peranan unit sastera dewan bahasa dan pustaka …ir.unimas.my/22120/1/peranan unit sastera dewan...

24
PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN MELAYU SARAWAK KEPADA MASYA. RAKAT TEMPATAN Erine Anak Liam PL 5138 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian E68 (Pengurusan Seni) 2006 2006

Upload: trinhthien

Post on 21-Jun-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN

KESUSASTERAAN MELAYU SARAWAK KEPADA MASYA. RAKAT TEMPATAN

Erine Anak Liam

PL 5138 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian E68 (Pengurusan Seni) 2006 2006

Page 2: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

04100 Kota Sarnarattan

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN MELAYU SARAWAK KEPADA

MASYARAKAT TEMPATAN

SESI PENGAJIAN : 2003 - 2006

Saya ERINE ANAK LIAM

Mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarwak dibenarkan membuat salinan

tesisilaporan ini sebagai bahan pertukaran antara intitusi pengajian tinggi 5. * sila tandakan 2

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi%badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

P / ýc__

Tann Penuli. I . in4, h : ': .y /-(

\lamat I Clap : E36-01-06. Taman Malihah. RPR Matang Phase 2. 93050 Kuching, Sarawak.

Tandatanofin Pentieliä Tarikh

.1 g70(jl$ l

Qistina Donna Lee Abdullah Ptnsyarah

Falculti Seni Gunaan ran Kreatif UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK

Catatan :* Tesis laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ' Jika Tesisilaporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi

hcrkenaan dengan mcnyatakan sekali sebab dan tempoh tesisi/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

1

Page 3: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

MIII IIIIIYII II II III AI 1000191074

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN MELAYU

SARAWAK KEPADA MASYARAKAT TEMPATAN

ERINE ANAK LIAM

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

I

Page 4: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

Projek bertajuk " Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) Dalam Memartabatkan Kesusasteraan Melayu Sarawak Kepada Masyarakat Tempatan. " telah di sediakan oleh Erine anak Liam dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

Nama eny

Tarikh:

oýi d1, t ý

Qistina Donna Lee Abdallah Ptnsyarah

Fakulti Seni Guaaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Nama'Penyelia)

III

Page 5: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

PENGHARGAAN

Pertubuhan kesusasteraan melayu di Sarawak secara jelasnya telah bermula di

negeri Sarawak sejak tahun 1876 apabila terbitnya Hikayat Panglima Nikosa hasil karya

Allayarham Ahmad Shawal Abdul Hamid di Kuching. Oleh kerana kurangnya

peyelidikan yang luas dan mendalam menyebabkan perkembangan kesusasteraan Melayu

di Sarawak kurang di ketahui oleh peminat sastera di seluruh negara umumnya dan negeri

Sarawak sendiri khasnya. Ini akhirnya menimbulkan tanggapan bahawa Sarawak

ketandusan dari segi pertumbuhan bakat dan karya sastera. Walau bagaimanapun jika

diselidiki dan dikaji ternyata anggapan tersebut tidak benar kerana dalam tempoh lebih

seabad ini, Sarawak telah melahirkan ramai penulis tempatan walaupun

perkembangannya tidak sepesat perkembangan seperti di Semenanjung Malaysia.

Jadi di dalam kajian ini pengkaji akan meyelidik peranan Dewan Bahasa dan

Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) terutamanya unit sastera di dalam memartabatkan

bidang ini kepada masyarakat tempatan di Sarawak. Secara tidak langsung juga ia

meneliti serba sedikit akan perkembangan sastera di negeri Sarawak. Dengan kajian ini di

harap agar ianya dapat mengikis tanggapan bahawa Sarawak ketandusan dari segi bakat

dan karya sastera seterusnya dapat menarik perhatian masyarakat untuk lebih mendalami

bidang ini dan akan menggalakkan perkembangan yang pesat dalam bidang kesusasteraan

Melayu Sarawak.

Di kesempatan ini juga penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

semua mereka yang terlibat di dalam kajian ini khususnya kepada warga DBPCS di

dalam memberikan kerjasama dan memberikan maklumat kepada pengkaji di dalam

penghasilan kajian ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah program pengurusan seni

IV

Page 6: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

iaitu Puan Qistina Donna Lee, Puan Noria Tugang dan juga Cik Karen Audrey yang telah

banyak memberikan tunjuk ajar di sepanjang kajian ini di jalankan. Ucapan ini juga

ditujukan kepada kedua orang tua yang banyak memberikan sokongan dari segi

kewangan dan juga sokongan moral dan tidak dilupakan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sudi menghulurkan bantuan. Terima kasih semua.

V

Page 7: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

rusat Knidmat MaKiumat AKaaemts UNI VERSIT I MALAYSIA SARAWAIG

04010 Kota Samarat au

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Definisi 11

1.2 Objektif kajian 15

1.3 Skop kajian 17

1.4 Permasalahan kajian 19

1.5 Kepentingan kajian 21

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan 23

2.1 Maklumat bibiliografi 24

2.2 Kandungan umum 28

2.3 Perkaitan dengan kajian 36

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 39

3.1 Lokasi kajian 40

3.2 Sumber data 41

3.3 Populasi 43

3.4 Persampelan 44

3.5 Instrumen kajian 45

3.6 Limitasi kajian 46

3.7 Rumusan dan kesimpulan 48

VI

Page 8: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 49

4.1 Analisa data respondan

4.1.1 Bahagian A

4.2.1.1 Jantina Respondan 51

4.2.1.2 Peringkat Umur Respondan 52

4.2.1.3 Pekerjaan Respondan 53

4.2.1.4 Bangsa Respondan 54

4.2.2 Bahagian B 55

4.2.2.1 Minat Respondan 56

4.3 Analisa soalan temuramah 59

4.4 Kesimpulan 63

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.0 Pengenalan 65

5.1 Rumusan kajian 66

5.2 Cadangan dan harapan 72

5.3 Kesimpulan 79

SENARAI LAMPIRAN 80

VII

Page 9: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

Prouam Penp-urusan Seni

tiama Pclajar : Erinc A. Liam No. Matrik : 10018 Tajuk Tesis : Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) Dalam Memartbatkan Kesusasateraan Melayu Sarawak Kepada Masyarakat Tempatan.

ABSTRAK

Unit sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di tubuhkan bertujuan untuk memaju dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan di Sarawak. Unit ini bekerjasama dengan unit bahasa di dalam mencapai matlamatnya dan di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu sastera moden, sastera tradisional dan unit pengembangan sastera.

Antara usaha-usaha yang dijalankan dan di rancang oleh unit ini adalah seperti pertandingan menulis sastera kreatif; ceramah dan bengkel-bengkel penulisan. Di sini pengkaji akan mengkaji tentang peranan yang diambil oleh unit ini di dalam memartabatkan Kesusasteraan Malayu Sarawak kepada masyarakat tempatan.

ABSTRACT

Literature unit at Dewan Bahasa dan Pustaka in Sarawak is build to developing language and literature in Sarawak. This unit co-operate with language unit to archive their goal and divided again with three unit like modern literature unit, traditional literature unit and literature development unit.

This unit have organize and plan many activity to audience like writing competition, speech and campaign.

VIII

Page 10: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

Bab 1 Pengenalan

1.0 Pengenalan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan di Johor Bharu, pada 22 Jun 1956

di dalam suasana dan semangat untuk menyambut hari kemerdekaaan negara. Pada awal

penubuhannya, DBP ditempatkan di Bukit Timbalan, Johor Bharu. Ketika itu ia dikenali

sebagai Balai Pustaka.

DBP berpindah dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur, pada tahun 1957 bagi

memudahkan pelaksanaan tugasnya selaras dengan pelaksanaan dan pengisytiharan

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal selepas sepuluh tahun merdeka.

Pada tahun 1959, melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP

bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun dan dengan perubahan ini DBP telah

diberi kuasa autonomi untuk menggubal dasarnya yang khusus bagi menyusun program

pembinaan serta pengembangan bahasa dan sastera di samping menjalankan kegiatan

penerbitan dan perniagaaan buku secara kompetetif menurut prinsip dan amalan

perusahaan dan profesion penerbitan. Matlamat utama DBP ialah untuk membina dan

mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat.

DBP berpindah bangunan pada 31 Januari 1962 di Jalan Dewan Bahasa ( Jalan

Lapangan Terbang Lama). Bangunan baru setinggi 33 tingkat iti memuatkan ruang

pejabat, Muzium Bahasa dan Sastera, auditorium dan galeri penulis. Bangunan ini juga

1

Page 11: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

akan menjadi mercu tanda bahasa dengan menyediakan pelbagai kemudahan canggih

untuk melaksanakan pelbagai kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan kepustakaan

Bahasa Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak ( DBPCS ) mulai dibuka sejak

Januari 1977 bersama dengan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Pejabat cawangan ini telah mengambil alih tugas Biro Kesusasteraan Borneo (BLB) yang

ditubuhkan sejak dari tahun 1959 lagi. Dengan pengambilalihan BLB, ini bermakna

DBPCS telah menjadi agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal membina,

mengembang dan memartabatkan bahasa dan sastera di Sarawak, di samping tugas yang

amat penting iaitu untuk menyokong perkembangan bahasa dan sastera iaitu penerbitan

dan pemasaran buku terbitan DBP. Secara tidak langsung sejak penubuhan itu, DBPCS

telah menjadi pusat serta tumpuan para peminat, pengkaji dan khalayak bahasa dan

sastera di Sarawak.

DBPCS kini berada di bawah pentadbiran Encik Zaini Ojea @ Ozea selaku

Pengarah DBPCS. DBPCS dibahagikan kepada beberapa unit seperti unit pentadbiran,

unit kewangan, unit bahasa dan sastera serta unit penerbitan untuk memudahkan

perjalanan urusannya.

Pejabat cawangan ini menjalankan tugas pembinaan dan pengembangan bahasa

dan sastera, serta menjalankan tugas penerbitan dan pemasaran buku. DBPCS telah

menetapkan empat matlamat utamanya iaitu :

2

Page 12: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

1. Memaju dan memperkayakan Bahasa Kebangsaan.

2. Memaju bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.

3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau

penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan

dalam Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

4. Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang

sesuai dalam Bahasa Kebangsaan.

DBPCS mengambil perhatian yang serius di dalam memupuk minat dan

penghayatan masyarakat terhadap Kesusasteraan Melayu. Oleh sebab itu DBPCS telah

merumuskan tiga matlamat untuk memaju dan mengembangkan bakat sastera di Sarawak

iaitu di bawah seliaan unit bahasa dan sastera. Tiga matlamat tersebut ialah:

1. Untuk memupuk minat dan penghayatan terhadap sastera kebangsaan di

kalangan masyarakat di Sarawak.

2. Untuk membina bakat penulisan kreatif dan bukan kreatif dan

meningkatkan mutu ciptaan karya sastera kebangsaan di Sarawak.

3. Untuk memperbanyakkan bahan penerbitan sastera kebangsaan di

Sarawak.

Demi mencapai matlamat-matlamat di atas DBPCS telah menjalankan beberapa

kegiatan dan aktiviti untuk menarik perhatian masyarakat terhadap bidang Kesusasteraan

Melayu di Sarawak. DBPCS semenjak penubuhannya telah banyak berusaha untuk

3

Page 13: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

mencungkil dan membina bakat penulisan kreatif bagi meningkatkan mutu karya sastera

para penulis Sarawak dengan matlamat untuk memperbanyakkan bahan penerbitan

sastera kebangsaan yang berlatarbelakangkan alam dan masyarakat Sarawak.

Antara kegiatan-kegiatan yang diadakan oleh DBPCS di dalam mencapai

matlamatnya ialah seperti penganjuran Peraduan Menulis Sastera Kreatif dalam pelbagai

genre yang terbuka kepada para pelajar dan juga masyarakat luar yang berminat di dalam

bidang penulisan. DBPCS juga memberi khidmat nasihat, tenaga dan kewangan kepada

persatuan-persatuan penulis, maktab perguruan dan sekolah-sekolah yang mengadakan

kegiatan bahasa dan sastera selaras dengan matlamat dan dasar DBP. Selain itu kegiatan

seperti seminar, ceramah, bengkel penulisan, diskusi buku dan pementasan teater turut

dianjurkan. DBP juga bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menganjurkan pelbagai

kegiatan seminar dan bengkel kesusasteraan khususnya organisasi-organisasi kerajaan .

Bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBPCS kerap kali mendapat bimbingan

khusus daripada penulis-penulis yang terkenal seperti Ajikik, Hashim Awang, Abdullah

Tahir, Saleh Daud, Othman Puteh, Rubaidin Siwar, Dinsman, Anwar Ridwan, Sahian

Mohd. Saman, Rahman Shaari dan Anis. Penglibatan Sasterawan Negara iaitu Usman

Awang, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Abdullah Hussain dan Muhammad Haji Salleh

banyak membantu dalam pembinaan penulis kreatif di Sarawak.

Usaha untuk memperbanyakkan bahan penerbitan sastera kebangsaan di Sarawak

menjadi satu daripada matlamat penting penubuhan DBPCS. Melalui kegiatan peraduan

4

Page 14: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

penulisan dan bengkel-bengkel penulisan yang diadakan, ia telah menghasilkan banyak

manuskrip-manuskrip yang layak untuk diterbitkan. Menurut buku yang ditulis oleh

Hamzah Hamdani di dalam bukunya yang bertajuk "Pertumbuhan dan Perkembangan

Sastera Melayu di Sarawak", dalam tempoh suku abad penubuhan DBPCS, sejumlah 144

judul buku telah berjaya diterbitkan.

Setelah beberapa tahun DBPCS ditubuhkan, perkembangan kesusasteraan

kebangsaan di Sarawak amat menggalakkan. Kejayaan sebahagian daripada penulis

Sarawak kini secara tidak langsung juga merupakan kejayaan bersama yang dicapai oleh

DBPCS. Antara senarai penulis Sarawak yang telah mendapat bimbingan DBPCS ialah

seperti Jong Chian Lai, Jamilah Morshidi, dan Jais Sahok, dan nama-nama ini adalah

antara peserta Bengkel Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh DBPCS. Nama-nama

penulis yang di nyatakan ini adalah antara senarai nama penulis yang sedang meningkat

naik dalam bidang penulisan.

1.0.1 Kesusasteraan

Menurut Saiee Driss kesusasteraan ialah segala khazanah budaya yang berupa

ciptaan dan gubahan kreatif yang bermediakan bahasa dan mempunyai ciri-ciri indah dan

berseni. Bahan teresbut mungkin sudah berada dalam bentuk cetakan atau tulisan atau

masih dalam bentuk lisan. Kesusasteraan ialah bahan kesusasteraan yang telah ditulis

dalam Bahasa Malaysia serta tersebar luas di seluruh negara.

5

Page 15: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

Kesusateraan diistilahkan sebagai hasil seni yang berbentuk prosa atau puisi.

Dalam erti kata lain, kesusasteraan ialah karya kreatif yang menggunakan bahasa yang

indah dan tepat untuk menggambarkan fikiran dan perasaan manusia. Kesusasteraan ini

dihasilkan oleh masyarakat yang tidak terlepas daripada kebudayaan masyarakatnya.

Kesusasteraan bukan sahaja hasil seni yang menggunakan keindahan bahasanya, tetapi

juga merupakan cetusan daya imaginasi yang mencerminkan pengalaman manusia, sama

ada yang digambarkan melalui alam sekitar kebudayaannya ataupun yang melampaui

batas-batas dunia kejasmanian.

A. Bakar Hamid dalam kertas kerjanya semasa mengadakan Seminar

Kesusasteraan Nusantara yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1973 telah

menyifatkan kesusasteraan sebagai satu seni yang bercorak intelektual yang tidak dapat

dipisahkan daripada kegiatan intelek manusia. Di sebabkan sifat itu, kesusasteraan

dituntut untuk memberi kepuasan intelek di samping kepuasan estetika.

Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, kesusasteraan rakyat (kesusasteraan

lisan) tersebar dengan meluas. Kesusasteraan lisan terawal ialah cerita asal usul (nama

tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang), cerita binatang ( berwatakkan binatang seperti

Sang Kancil), cerita-cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Si Luncai dan

Pak Belalang), cerita penglipurlara ( Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik

Tunggal), dan cerita-cerita moral ( Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu

Bertangkup, Si Tenggang).

6

Page 16: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

Selain dari bentuk prosa, masyarakat Melayujuga mempunyai kesusasteraan lisan

yang berbentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka. Kesusasteraan

Melayu mempunyai tujuan untuk berhibur di samping diselitkan unsur-unsur sindiran,

nasihat dan cetusan rasa sedih atau gembira.

Kesusasteraan di alam Melayu ini juga tidak dapat lari dari pengaruh asing

terutama Hindu. Dua buah epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana telah disadur

dari bahasa Sanskrit dan dijadikan hikayat Melayu. Hikayat-hikayat Melayu itu diberi

nama Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Boma. Pengaruh

kedua-dua epik Hindu itu juga kelihatan dalam kesusasteraan Jawa kuno seperti

Nagarakertagama, Kanjarakarma, Sutasoma dan Arjunawiwaha. Beberapa buah cerita

jenaka Melayu yang juga dipengaruhi oleh kitab-kitab Hindu ialah Jataka, Pancatantra

dan Sukasapati

Menurut Sohaimi Abd Aziz di dalam rencananya yang beitajuk Erti

Kesusasteraan Kepada Kehidupan Manusia menerangkan bahawa erti kesusasteraan

kepada kehidupan manusia boleh dilihat daripada dua pandangan iaitu pandangan lama

dan barn, sesuai dengan hakikat bahawa sastera itu yang berkembang dari segi bentuk,

jenis, dan fungsinya. Menurut beliau, sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan

bahasa. Melalui bahasa, sastera dikarang dan digubah menggambarkan kehidupan

manusia yang halus dan dipersembahkan dengan cara yang paling indah.

Saiee Driss pula menyatakan bahawa sebuah karya sastera dicipta untuk khalayak,

iaitu pembaca itu sendiri. la dihasilkan oleh seorang penulis yang memasukkan ke

dalamnya ilham, bakat, dan kemahirannya dalam menggubah bahasanya dan ilmu

7

Page 17: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

pengetahuannya yang pelbagai mengenai tema atau isu yang dijadikan inti di dalam

sesebuah karya sastera. Maka di dalam sebuah karya harus ada bakat dan ilham, serta

hasil pembudayaan yang membentuk keperibadiaan penulisnya.

Kesuasteraan ialah satu khazanah yang di dalamnya terdapat pelbagai ciri-ciri

pilihan daripada pemikiran intelektual, pengolahan seni serta pengalaman hidup sesebuah

masyarakat mengikut perjalanan sejarah yang telah dilalui oleh masyarakat yang terbabit.

1.0.2 Unit sastera

Unit sastera ditubuhkan bertujuan untuk memaju dan mengembangkan bahasa dan

sastera kebangsaan di Sarawak. Unit ini bekerjasama dengan unit bahasa di dalam

mencapai matlamatnya dan dibahagikan kepada tiga unit lagi iaitu unit sastera moden dan

unit sastera tradisional serta unit pengembangan sastera. Setiap unit ini di bawah seliaan

seorang ketua unit iaitu Encik Jaraiee Sawal untuk unit sastera, Encik Jiso Rutan untuk

unit sastera tradisional dan yang paling penting ialah unit pengembangan sastera di

bawah kawal selia Encik Hazami Jahari. Mereka ini telah diberi tanggungjawab besar di

dalam mengurus dan mengawal selia pengurusan serta perkembangan sastera di bawah

unit masing-masing.

Antara usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dirancang oleh unit

ini adalah seperti pertandingan menulis sastera kreatif pelbagai genre, ceramah dan

bengkel-bengkel penulisan, dan mengumpul pelbagai cerita rakyat daripada pelbagai

kaum yang ada di Sarawak.

8

Page 18: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

Sekitar tahun 1990-an telah muncul beberapa orang penulis muda Sarawak yang

telah membawa sedikit kelainan dalam teknik penulisan serta penggarapan tema dan

persoalan. Dalam bidang puisi telah lahir Yusuf Lotot, Arjuna Mustapha, Benjamin

Matusin, Dahiri Saini, Jaafar Hamdan, Robby Emang dan Roslan Jomel. Para penulis ini

membawa gaya penulisan yang lebih bebas, lebih berahsia dan lebih ringkas

persajakannya.

Bagi Dahiri Semang, beliau mempunyai kekuatan dari segi penggarapan tema dan

persoalan yang tepat dan padat. Beliau juga bergiat cergas dalam bidang cerpen yang

mempunyai masa depan yang cukup baik dalam penulisan kreatii Beliau telah banyak

kali memenangi peraduan penulisan kreatif sama ada di peringkat negeri mahupun

kebangsaan dalam kedua-dua genre puisi dan cerpen.

Robby Emang pula mempunyai gaya persajakan yang amat beijimat dengan kata

tetapi sarat dan bermakna. Yusuf Lotot pula mengisi sajak-sajaknya dengan falsafah

kehidupan yang rencam. Berlainan pula dengan Roslan Jomel kerana beliau mencipta

sajak yang penuh rahsia, penuh simbol dan kadang-kadang agak panjang. Jaafar Hamdan

muncul dengan sajak-sajak yang langsung namun penuh dengan semangat kecintaan

terhadap negara dan begitujuga dengan Benjamin Matusin.

Awal tahun 1990-an juga turut didatangi oleh muka-muka baru dalam bidang

penulisan cerpen yang menjanjikan penghasilan karya yang bermutu. Mereka ini ialah

Dahin Saini, Abang Madian Abang Said, Sriwati Labot dan Zaha Hassan.

9

Page 19: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

Namun dalam bidang penulisan skrip drama pula, tidak ramai penulis muda yang

tampil dan produktif. Hanya sebilangan sahaja daripada penulis ini yang bergiat akti£

Dalam bidang drama hanya muncul nama-nama seperti Awangku Merali Pangeran

Mohamad dan Hazami Jahari. Nasib yang sama juga berlaku dalam bidang kritikan

sastera. Bidang ini masih lagi mengekalkan nama-nama Jeniri Amir dan di samping

beliau muncul Abang Patdeli Abang Muhi, Saiee Driss, Rafae Ismail, Jaafar Hamdan dan

Hazami Jahari.

Senarai di atas adalah antara senarai nama penulis yang masih lagi bergiat cergas

dalam bidang penulisan sastera di Sarawak. Nama-nama ini juga pernah mencipta nama

masing-masing di dalam bidang penulisan di peringkat kebangsaan seterusnya menambah

senarai nama penulis yang ada di Sarawak. Dengan kehadiran penulis-penulis ini, adalah

diharapkan agar bidang Kesusasteraan Melayu Sarawak akan berkembang maju dan

dikenali ramai.

10

Page 20: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

1.1 Definisi

Cawangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBPCS) di Sarawak ditubuhkan sejak

Januari 1977 dan telah mengambil alih tugas Biro Kesusasteraan Borneo yang telah

ditubuhkan sejak tahun 1959 lagi.

Titik permulaan penulisan sastera berbahasa Malaysia di negeri ini masih lagi

sukar untuk dipastikan. Namun dengan penemuan beberapa naskhah lama karya

penduduk Sarawak sejarah kelahiran tradisi bertulis dan bercetak dalam bidang sasterx

mula terserlah. Hal ini dinyatakan oleh Mohammad bin Dris di dalam buku yang bertajuk ;

" Wajah Sastera Sarawak" di bawah selenggaraan Hamzah Hamdani. Menurut buku yang

ditulis oleh Hamzah Hamdani di dalam buku yang bertajuk "Pertumbuhan dan

Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak" menyatakan bahawa Pertumbuhan

Kesusasateraan Melayu dalam bentuk percetakan di Sarawak telah bermula sejak tahun

1876, apabila terbitnya sebuah buku yang bertajuk "Hikayat Panglima Nikosa" di bandar

Kuching. Buku ini adalah hasil tulisan Allhyarham Ahmad Shawal bin Abdul Hamid,

yang ditulis dalam bentuk cap batu (cetakan lito) yang bertarikh 30 Jun 1876.

Berdasarkan kepada fakta ini, ini menunjukkan bahawa Kesusasteraan Melayu di

Sarawak telah bermula dan berkembang lebih daripada satu abad di Sarawak. Naskhah

ini adalah sebahagian daripada koleksi Sir Hugh Low salah seorang pegawai Inggeris

yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Brooke.

11

Page 21: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

Menurut Mohammad Bin Dris lagi, naskhah ini dikatakan menarik kerana ia

merupakan catalyst yang memberi motivasi kepada perkembangan sastera Melayu di

Sarawak. Naskhah Hikayat Panglima Nikosa didapati lebih baik sebagai pegangan untuk

meneliti sejarah perkembangan sastera di Sarawak berbanding dengan naskhah-naskhah

Melayu yang ada di Muzium Sarawak.

Namun selepas kemunculan Hikayat Panglima Nikosa, bagaikan ada sesuatu yang

kosong dalam bidang kesusasteraan di negeri ini. Juga tidak diketahui sama ada usaha-

usaha percetakan karya sastera atau non sastera di percetakan lito yang diusahakan oleh

Allayarham Ahmad Shawal di Bukit Persinggahan itu ( berdekatan dengan Kampung

Boyan, Petra Jaya Kuching ) pernah dilakukan. Malahan tujuan sebenar penerbitan

Hikayat Panglima Nikosa masih lagi samar-samar.

Tetapi disebabkan oleh tiada usaha penyelidikan yang meluas dan mendalam,

sehingga kini sejarah pertumbuhan dan perkembangan tersebut kurang mendapat

perhatian masyarakat sama ada di Sarawak khasnya ataupun di Malaysia amnya. Oleh

sebab itu, terdapat banyak anggapan bahawa Sarawak tandus daripada pertumbuhan dan

perkembangan bakat serta karya sastera.

Kemalapan sambutan penduduk negeri Sarawak pada masa itu, iaitu terhadap

usaha yang dimulakan oleh Allahyarham Ahmad Shawal ini berkemungkinan besar

berhubung kait dengan latar pendidikan masyarakat pada masa tersebut. Hal iti boleh

12

Page 22: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

dijadikan alasan mengapa naskhah Hikayat Panglima Nikosa tidak menjadi koleksi

penduduk tempatan.

Menurut Hamzah Hamdani lagi di dalam bukunya, dalam tempoh lebih seabad

(1876-1976), perkembangan tersebut sering terputus kerana tradisi persuratannya tidak

mantap. Oleh itu para penulis sukar mencapai kematangan dalam penciptaan karya

sastera kerana setiap generasi perlu memulai era mereka tanpa bimbingan daripada

generasi penulis sebelum mereka. Kemunculan golongan literature Melayu di Sarawak

hanya berlaku selepas kedatangan Islam. Hal ini juga dinyatakan oleh Mohammad Dris.

Pengaruh kemasukan sastera luar clan kedatangan Islam disentuh kerana kedua-dua unsur

ini telah menyumbang ke arah pembentukkan kumpulan intelektual Melayu seterusnya

mengambil daya usaha melanjutkan perjuangan yang dibawa oleh Allahyarham Ahmad

Shawal dalam karya beliau iaitu Hikayat Panglima Nikosa.

Perkembangan sastera di Sarawak menjadi lebih dinamik pada dekad 1980-an

apabila kegiatan DBPCS mampu menggerakkan dan memartabatkan kehidupan sastera

kebangsaan di Sarawak. Dalam hal ini, gandingan badan-badan penulis seperti Gabungan

Persatuan Penulis Sarawak (GPPS), dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia

(GAPENA) dengan DBPCS banyak membantu di dalam melaksanakan segala kegiatan

sastera yang dijalankan.

Penubuhan ruang "Sudut Penulis" di pejabat DBPCS dalam tahun 1980 telah

membantu dalam penampungan ruang bagi kegiatan para penulis Sarawak. Dengan

13

Page 23: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

kemudahan ini, para penulis tidak perlu lagi menumpang di balai raya kampung atau

ruang tamu rumah teman-teman untuk berkarya. Melalui sudut ini juga, ia telah memberi

peluang kepada mereka untuk bertemu dengan penulis lain contohnya dari Semenanjung

dan negarajiran yang sesekali datang ke Kuching.

Perkembangan dalam bidang penulisan ini telah mendorong para penulis untuk

menubuhkan persatuan-persatuan penulis seperti PUTERA dan ANGKAT ( Angkatan

Karyawan Kawasan Tengah ). Dengan kebangkitan persatuan-persatuan penulis ini, ia

telah menunjukkan perkembangan yang amat baik dalam dunia kesusasteraan di negeri

ini. Demi membina serta mengembangkan kesusasteraan Malaysia di Sarawak untuk

membina identiti tersendiri dan atas dasar kesedaran ini, maka dalam tahun 1982 telah

ditubuhkan sebuah badan bagi menggabungkan semua persatuan yang ada berdaftar di

Sarawak. Dengan ini AKS, PEBAS dan PUTERA telah dihimpunkan ke dalam sebuah

himpunan yang lebih besar yang digelar Gabungan Persatuan Penulis Sarawak ( GPPS )

untuk mendukung tujuan berikut:

a. Menyatupadukan penulis-penulis Sarawak yang menulis dalam bahasa

kebangsaan.

b. Mempertahankan dan memperjuangkan hal-hal dan kepentingan penulis.

c. Memberikan sumbangan moral dan meterial secara positif kepada tujuan clan cita-

cita Gabungan dan

d. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka.

14

Page 24: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA …ir.unimas.my/22120/1/Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan...I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia

i ;ýY . i". `, ý ý; r'\ .l

't: ýýý. 'iý Q4 Ahi i;, oi: i ; i, iiiudiatlßi¢

Sarawak sebenarnya mempunyai sejarah kesusasteraan dan tradisi penulisan yang

panjang, dan keadaan atau suasana perkembangan pada masa lalu dan had ini sahaja

tidak mampu untuk membersihkan selut yang menutupi tingkap dan pintu gedungnya

hingga dalam beberapa waktu ianya sepi dan menggerunkan.

Jadi di dalam kajian ini, pengkaji akan melihat dari sudut peranan unit sastera

DBPCS dalam memartabatkan Kesusasteraan Melayu Sarawak kepada masyarakat

tempatan. Di dalam kajian ini, tumpuan diberikan kepada pertumbuhan dan

perkembangan sastera melayu Sarawak, usaha-usaha yang dijalankan, matlamat dan

penerimaan masyarakat terhadap kegiatan-kegiatan yang dijalankan dan masalah yang

dihadapi oleh DBPCS.

1.2 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat peranan-peranan yang dimainkan oleh

unit sastera DBPCS dalam memartabatkan Kesusasteraan Melayu Sarawak kepada

masyarakat tempatan. Hal ini adalah disebabkan oleh bidang kesusasteraan masih lagi di

tahap yang rendah kerana tidak ramai masyarakat yang berminat untuk mengetahui dan

mendalami bidang ini secara dekat. Jadi objektif pengkaji di sini adalah untuk

menggalakkan lebih ramai masyarakat mendalami dan menghayati Kesusasteraan Melayu

dan lebih ramai perintis penulis muda yang akan meneruskan usaha murni DBP untuk

memartabatkan bidang ini.

15