sastera penggerak bahasa sayembara mencipta lagu puisi ... · pdf fileperlu memainkan peranan...

1
K edudukan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi kini agak membimbangkan. Sehubungan dengan itu, Seminar Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan telah diadakan pada 4 hingga 5 Jun 2007 lalu di Hotel Kuala Lumpur International, dengan tema “Sastera Menjana Modal Insan Cemerlang”. Seminar tersebut dianjurkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara lain, objektif utama seminar ini adalah untuk menilai semula kerelevanan Kesusasteraan Melayu dalam pem- binaan negara bangsa, dan mening- katkan minat serta penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar yang dihadiri oleh kira-kira 80 orang sarjana, guru, dan penggiat sastera. Profesor Rahman Shaari dari Universiti Malaya (UM) dalam kertas kerjanya “Puisi Melayu Moden:Kaedah Pengajaran dan Penilaian” mencadangkan supaya pengajaran puisi dilengkapkan de- ngan pengajaran penulisan puisi serta penulisan esei tentang puisi, manakala Profesor Dr. Mokhtar bin Abu Hassan dari Universiti Malaya (UM) dalam ker- tas kerjanya “Kesusasteraan Melayu dan Kerjaya: Antara Realiti dan Harapan” menekankan pentingnya penerapan multimedia dalam pengajian sastera untuk menjadikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu lebih menarik dan bernilai komersial. Terdahulu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Dr. Firdaus Hj. Abdullah, dalam ucapan pe- rasmiannya, antara lain menyatakan “di samping meningkatkan taraf pengajian sastera di IPT, karyawan sastera juga perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan nilai sastera mela- lui penghasilan karya-karya kreatif”. Beliau berharap seminar ini dapat menghasilkan sesuatu yang konkrit dan menjadi landasan untuk diusulkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan kedudukan mata pelajaran sastera, sebagai alat untuk meningkatkan kecintaan masya- rakat kepada negara serta memupuk persefahaman kaum. L agu puisi “Suatu Senja Datang Keinsafan” ciptaan Badrul Hisham Abdul Hamid, 37 berjaya menggon- dol hadiah pertama dalam Pertandingan Akhir Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-8 yang berlangsung di Dewan Auditorium (DBP) pada 18 Mei 2007. Dengan cetusan rasa yang men- dalam apabila menghayati puisi ilham Lene Piee ini, Badrul ber- jaya mencipta rentak, irama dan lagu yang indah. Apabila ditanya tentang maksud puisi yang telah dipilih untuk dipertandingkan, Badrul menerangkan bahawa “puisi yang indah ini memberi maksud yang mendalam tentang ketuhanan dan usaha mencari keredaan dan petunjuk-Nya”. Usaha beliau tidak sia-sia apa- bila lagu puisi yang dipersem- bahkan oleh Ayai, berjaya memu- kau para penonton pada malam itu. Badrul berharap agar suatu masa nanti, lagu-lagu puisi akan menjadi siulan golongan remaja. Badrul membawa pulang hadi- ah wang tunai bernilai RM6,000 manakala Ayai yang memenangi persembahan terbaik menerima wang tunai RM2,000 . Sayembara ini diadakan sebagai salah satu usaha DBP untuk memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebang- saan. Sayembara peringkat kebangsaan ini dianjurkan ber- sama DBP dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebanyak 10 buah lagu puisi telah dipertandingkan dalam pertandingan kali ini. Hadiah kedua bernilai RM5,000 dimena- ngi oleh, Nik Nizam Jaafar, mela- lui lagu puisi “Di Bahumu Aku Ingin Bersandar” (puisi karya Siti Zaleha Hashim) yang disam- paikan oleh penyanyi Ronie. Rosli Ahmad Abdul Hamid menduduki tempat ketiga de- ngan lagu puisi ciptaannya "Aku Hanya Mahu Ke Seberang" (puisi karya Hashim Yaakob), membawa pulang RM4000. Lagu beliau disampaikan oleh kumpul- an Nowseeheart. Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin diiringi Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar yang turut hadir menyak- sikan sayembara pada malam itu. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007 SASTERA PENGGERAK BAHASA Sayembara Mencipta Lagu Puisi VIII 2007 BH PILIH L10 16 emel Oleh Norfarhana Ahmad Oleh Mazalina Ishak D alam keluaran yang lepas, kita telah membicarakan gaya bahasa perbandingan yang terdiri daripada simile, metafora, dan personifikasi. Kali ini, kita akan memperkatakan pula tentang ‘gaya bahasa pertentangan’, khususnya yang digunakan dalam penulisan dan penelitian sesebuah puisi. Salah satu gaya bahasa pertentang- an yang lazim digunakan oleh pe- nyair ialah hiperbola. Hiperbola ialah gaya bahasa yang cuba menyatakan sesuatu perkara dengan cara yang berlebih-lebihan. Hiperbola boleh dibuat sama ada melalui pemilihan kata, frasa atau ayat dengan tujuan untuk melebih- lebihkan sesuatu situasi, idea, atau sifat. Antara tujuan penggunaan hiper- bola adalah untuk menyampaikan sesuatu pemikiran, perasaan atau pandangan penyair. Untuk melihat penggunaan hiper- bola dalam puisi, mari kita teliti bahagian ketiga dalam sajak “Pak Utih (2)” karya Sasterawan Negara Usman Awang. III Suatu malam Pak Utih bermimpi menerima wahyu dari radio di kedai tempat berhutang suara itu berkata lantang! tulis olehmu! Pak Utih gelengkan kepala, tak tahu suara itu memerintahkan lagi: tulis olehmu tulislah! tiba-tiba Pak Utih pandai menulis ditulisnya huruf-huruf sebesar batang kelapa: I-N-F-L-A-S-I maka dilihatnya huruf-huruf itu menari-nari lalu ditulisnya lagi seratus kali huruf-huruf itu menjelma berganda-ganda seribu banyaknya sepuluh ribu banyaknya dan tiga puluh ribu semuanya, menari-nari. Melalui petikan sajak Pak Utih (2) ini, kita boleh melihat bagaimana penyairnya melebih-lebihkan suatu situasi dengan menggambarkan Pak Utih menerima wahyu daripada radio. Seterusnya penyair terus membe- sar-besarkan situasi tersebut den- gan menyatakan bahawa setiap per- kataan inflasi yang ditulis oleh Pak Utih adalah sebesar batang kelapa. Bayangkan betapa besarnya setiap perkataan tersebut. Jika kita memikirkan dari segi logik tentu sahaja tidak munasabah, walaupun berlaku dalam mimpi Pak Utih. Di sinilah penyair telah meng- aplikasikan penggunaan gaya baha- sa hiperbola dalam menyampaikan mesej atau pemikiran terhadap isu harga barang yang naik kerana kuasa beli yang semakin meningkat, sedangkan bagi golongan yang mis- kin ia menjadi suatu beban. Untuk menggunakan gaya bahasa hiperbola yang berkesan, penyair- lah yang harus menekankan kesan makna yang ingin disampaikan. (bersambung...) Hiperbola Oleh Saifullizan Yahaya PEDOMAN SASTERA BANGGA: Badrul Hisham dan Ayai (tengah) diapit oleh pemenang kedua (kiri) dan pemenang ketiga (kanan). Seminar Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan J abatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha melahirkan seramai mungkin penulis pelapis sepanjang tahun 2007 telah melaksanakan Bengkel Penulisan Bakal Pesara di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur pada 25-27 Mei yang lalu. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memaksimumkan jumlah penulis dan khalayak sastera, mem- perkaya produk sastera serta mela- hirkan ilmuwan atau pengkritik dalam bidang tersebut. Bengkel Penulisan Bakal Pesara merupakan salah satu dari tujuh bengkel yang akan dilaksana- kan oleh DBP di bawah Program Pembinaan Penulis sepanjang tahun ini. Bengkel penulisan yang telah dilaksanakan secara konferensi dan praktikal ini telah mendapat sambut- an yang amat menggalakkan dari golongan bakal pesara kerajaan dan swasta. Penyertaan adalah terbuka kepada semua bakal pesara dari selu- ruh negara. Bengkel bimbingan Zaharah Nawawi ini telah dihadiri oleh 25 orang bakal pesara yang telah dipi- lih berdasarkan pencapaian mereka dalam menghasilkan karya kreatif dalam genre cerpen. “Saya yakin karya bakal-bakal pesara yang dihasilkan akan dapat mengisi kelompangan karya yang telah dihasilkan oleh golongan muda sebelum ini melalui pengalaman dan norma hidup yang berbeza”. Demikian ditegaskan oleh Ketua Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan DBP, Puan Zalila Sharif, yang juga Pengerusi, Program Pembinaan Penulis, DBP dalam uca- pannya semasa majlis penutupan dan penyampaian sijil. Bengkel ini merupakan salah satu langkah untuk membantu pihak kerajaan merancang program yang dapat membantu para bakal pesara dalam merancang aktiviti dan meng- isi masa terluang mereka selepas ber- sara kelak. Bakal Pesara Dalami Ilmu Penulisan Kreatif Oleh : Mohd Zamri Abdul Hamid KHUSYUK: Para peserta tekun mendengar bimbingan yang diberikan oleh Zaharah Nawawi.

Upload: phamcong

Post on 01-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA PENGGERAK BAHASA Sayembara Mencipta Lagu Puisi ... · PDF fileperlu memainkan peranan penting ... tentang maksud puisi yang telah dipilih untuk dipertandingkan, Badrul menerangkan

Kedudukan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar sekolah dan

Institut Pengajian Tinggi kini agak membimbangkan. Sehubungan dengan itu, Seminar Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan telah diadakan

pada 4 hingga 5 Jun 2007 lalu di Hotel Kuala Lumpur International, dengan tema “Sastera Menjana Modal Insan Cemerlang”.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara

lain, objektif utama seminar ini adalah untuk menilai semula kerelevanan Kesusasteraan Melayu dalam pem-binaan negara bangsa, dan mening-katkan minat serta penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar yang dihadiri oleh kira-kira 80 orang sarjana, guru, dan penggiat sastera. Profesor Rahman Shaari dari Universiti Malaya (UM) dalam kertas kerjanya “Puisi Melayu Moden:Kaedah Pengajaran dan Penilaian” mencadangkan supaya

pengajaran puisi dilengkapkan de-ngan pengajaran penulisan puisi serta penulisan esei tentang puisi, manakala Profesor Dr. Mokhtar bin Abu Hassan dari Universiti Malaya (UM) dalam ker-tas kerjanya “Kesusasteraan Melayu dan Kerjaya: Antara Realiti dan Harapan” menekankan pentingnya penerapan multimedia dalam pengajian sastera untuk menjadikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu lebih menarik dan bernilai komersial.

Terdahulu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Dr. Firdaus Hj. Abdullah, dalam ucapan pe-

rasmiannya, antara lain menyatakan “di samping meningkatkan taraf pengajian sastera di IPT, karyawan sastera juga perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan nilai sastera mela-lui penghasilan karya-karya kreatif”.

Beliau berharap seminar ini dapat menghasilkan sesuatu yang konkrit dan menjadi landasan untuk diusulkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan kedudukan mata pelajaran sastera, sebagai alat untuk meningkatkan kecintaan masya-rakat kepada negara serta memupuk persefahaman kaum.

Lagu puisi “Suatu Senja Datang Keinsafan” ciptaan Badrul Hisham Abdul

Hamid, 37 berjaya menggon-dol hadiah pertama dalam Pertandingan Akhir Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-8 yang berlangsung di Dewan Auditorium (DBP) pada 18 Mei 2007.

Dengan cetusan rasa yang men-dalam apabila menghayati puisi ilham Lene Piee ini, Badrul ber-jaya mencipta rentak, irama dan lagu yang indah. Apabila ditanya tentang maksud puisi yang telah dipilih untuk dipertandingkan, Badrul menerangkan bahawa “puisi yang indah ini memberi

maksud yang mendalam tentang ketuhanan dan usaha mencari keredaan dan petunjuk-Nya”.

Usaha beliau tidak sia-sia apa-bila lagu puisi yang dipersem-bahkan oleh Ayai, berjaya memu-kau para penonton pada malam itu. Badrul berharap agar suatu masa nanti, lagu-lagu puisi akan menjadi siulan golongan remaja.

Badrul membawa pulang hadi-ah wang tunai bernilai RM6,000 manakala Ayai yang memenangi persembahan terbaik menerima wang tunai RM2,000 .

Sayembara ini diadakan sebagai salah satu usaha DBP untuk memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebang-saan. Sayembara peringkat kebangsaan ini dianjurkan ber-

sama DBP dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebanyak 10 buah lagu puisi telah dipertandingkan dalam pertandingan kali ini. Hadiah kedua bernilai RM5,000 dimena-ngi oleh, Nik Nizam Jaafar, mela-lui lagu puisi “Di Bahumu Aku Ingin Bersandar” (puisi karya Siti Zaleha Hashim) yang disam-paikan oleh penyanyi Ronie.

Rosli Ahmad Abdul Hamid menduduki tempat ketiga de-ngan lagu puisi ciptaannya "Aku Hanya Mahu Ke Seberang" (puisi karya Hashim Yaakob), membawa pulang RM4000. Lagu beliau disampaikan oleh kumpul-an Nowseeheart.

Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Penerangan Malaysia,

Datuk Seri Zainuddin Maidin diiringi Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan

Jaafar yang turut hadir menyak-sikan sayembara pada malam itu.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Sayembara Mencipta Lagu Puisi VIII 2007

BH PILIH L10 16 emel

Oleh Norfarhana Ahmad

Oleh Mazalina Ishak

Dalam keluaran yang lepas, kita telah membicarakan gaya bahasa perbandingan yang

terdiri daripada simile, metafora, dan personifikasi. Kali ini, kita akan memperkatakan pula tentang ‘gaya bahasa pertentangan’, khususnya yang digunakan dalam penulisan dan penelitian sesebuah puisi.

Salah satu gaya bahasa pertentang-an yang lazim digunakan oleh pe-nyair ialah hiperbola.

Hiperbola ialah gaya bahasa yang

cuba menyatakan sesuatu perkara dengan cara yang berlebih-lebihan.

Hiperbola boleh dibuat sama ada melalui pemilihan kata, frasa atau ayat dengan tujuan untuk melebih-lebihkan sesuatu situasi, idea, atau sifat.

Antara tujuan penggunaan hiper-bola adalah untuk menyampaikan sesuatu pemikiran, perasaan atau pandangan penyair.

Untuk melihat penggunaan hiper-bola dalam puisi, mari kita teliti bahagian ketiga dalam sajak “Pak Utih (2)” karya Sasterawan Negara Usman Awang. III Suatu malam Pak Utih bermimpi

menerima wahyu dari radio di kedai tempat berhutang suara itu berkata lantang! tulis olehmu! Pak Utih gelengkan kepala, tak tahu suara itu memerintahkan lagi: tulis olehmu tulislah! tiba-tiba Pak Utih pandai menulis ditulisnya huruf-huruf sebesar batang kelapa: I-N-F-L-A-S-I maka dilihatnya huruf-huruf itu menari-nari lalu ditulisnya lagi seratus kali

huruf-huruf itu menjelma berganda-ganda seribu banyaknya sepuluh ribu banyaknya dan tiga puluh ribu semuanya, menari-nari.

Melalui petikan sajak Pak Utih (2) ini, kita boleh melihat bagaimana penyairnya melebih-lebihkan suatu situasi dengan menggambarkan Pak Utih menerima wahyu daripada radio.

Seterusnya penyair terus membe-sar-besarkan situasi tersebut den-gan menyatakan bahawa setiap per-kataan inflasi yang ditulis oleh Pak Utih adalah sebesar batang kelapa.

Bayangkan betapa besarnya setiap perkataan tersebut.

Jika kita memikirkan dari segi logik tentu sahaja tidak munasabah, walaupun berlaku dalam mimpi Pak Utih.

Di sinilah penyair telah meng-aplikasikan penggunaan gaya baha-sa hiperbola dalam menyampaikan mesej atau pemikiran terhadap isu harga barang yang naik kerana kuasa beli yang semakin meningkat, sedangkan bagi golongan yang mis-kin ia menjadi suatu beban.

Untuk menggunakan gaya bahasa hiperbola yang berkesan, penyair-lah yang harus menekankan kesan makna yang ingin disampaikan. (bersambung...)

HiperbolaOleh Saifullizan Yahaya

PEDOMAN SASTERA

BANGGA: Badrul Hisham dan Ayai (tengah) diapit oleh pemenang kedua (kiri) dan pemenang ketiga (kanan).

Seminar Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan

Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha melahirkan seramai mungkin

penulis pelapis sepanjang tahun 2007 telah melaksanakan Bengkel Penulisan Bakal Pesara di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur pada 25-27 Mei yang lalu.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memaksimumkan jumlah penulis dan khalayak sastera, mem-

perkaya produk sastera serta mela-hirkan ilmuwan atau pengkritik dalam bidang tersebut.

Bengkel Penulisan Bakal Pesara merupakan salah satu dari tujuh bengkel yang akan dilaksana-kan oleh DBP di bawah Program Pembinaan Penulis sepanjang tahun ini. Bengkel penulisan yang telah dilaksanakan secara konferensi dan praktikal ini telah mendapat sambut-an yang amat menggalakkan dari golongan bakal pesara kerajaan dan

swasta. Penyertaan adalah terbuka kepada semua bakal pesara dari selu-ruh negara.

Bengkel bimbingan Zaharah Nawawi ini telah dihadiri oleh 25 orang bakal pesara yang telah dipi-lih berdasarkan pencapaian mereka dalam menghasilkan karya kreatif dalam genre cerpen.

“Saya yakin karya bakal-bakal pesara yang dihasilkan akan dapat mengisi kelompangan karya yang telah dihasilkan oleh golongan muda sebelum ini melalui pengalaman dan norma hidup yang berbeza”. Demikian ditegaskan oleh Ketua Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan DBP, Puan Zalila Sharif, yang juga Pengerusi, Program

Pembinaan Penulis, DBP dalam uca-pannya semasa majlis penutupan dan penyampaian sijil.

Bengkel ini merupakan salah satu langkah untuk membantu pihak

kerajaan merancang program yang dapat membantu para bakal pesara dalam merancang aktiviti dan meng-isi masa terluang mereka selepas ber-sara kelak.

Bakal Pesara Dalami Ilmu Penulisan Kreatif

Oleh : Mohd Zamri Abdul Hamid

KHUSYUK: Para peserta tekun mendengar bimbingan yang diberikan oleh Zaharah Nawawi.