peranan rasul

Download Peranan Rasul

Post on 22-Jun-2015

1.696 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Pengenalan Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan kepadanya wahyu Allah untuk amalan dirinya sahaja. Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang lain.

Seorang negarawan atau pimpinan pula dapat diertikan sebagai seorang ketua, ahli politik dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan dan pentadbiran yang baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak kepada negaranya di samping memberikan kemakmuran dan kesenangan kepada rakyatnya.

Benarkah Nabi Muhammad Bin Abdullah itu adalah seorang Nabi, Rasul dan negarawan yang agung. Terdapat banyak bukti yang dikutip daripada catatan ahli sejarah yang menunjukkan bahawa memang benar Muhammad Bin Abdullah itu ialah seorang Nabi, Rasul dan negarawan Tanah Arab yang ulung.

Sebagai Nabi dan Rasuly

Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran dalam alQuran.

y

Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.

y

Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.

y

Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.

y

Bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad: -

Pengalaman Kanabian Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami proses pengalaman kenabian dan kerasulan seperti yang juga pernah dialami oleh nabi-nabi sebelumnya. Misalnya, pengakuan yang diberikan oleh Waraqah bin Naufal bahawa apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah petanda-petanda bahawa baginda bakal menjadi seorang Nabi. Pengakuan ini diberikan setelah isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidatina Khadijah menceritakan kepada Waraqah bin Naufal tentang pengalaman baginda bertemu Malaikat di dalam Gua Hirak.

Kedatangan Nabi adalah Dinanti-nantikan Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sendiri memang telah dinati-nantikan oleh sebahagian daripada masyarakat Arab. Misalnya ketika Abdul Mutalib

mengunjungi Yaman untuk menyatakan tahniah kepada Saif Zu Yazin yang berjaya menguasai semuala Yaman daripada orang-orang Habsyah. Saif Zu Yazin telah memberitahu kepada Abdul Mutalib tentang bakal kelahiran seorang

bayi dari Mekah yang mempunyai "tanda tertentu" pada badannya yang akan menjadi pemimpin manusia sehingga ke Hari Kiamat.

Keterangan dari Kitab-kitab Terdahulu Kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s (Taurat) dan Isa a.s (Injil) dengan jelas ada menyatakan tentang bakal kelahiran seorang Nabi dari arah Mekah dan dari keturunan keluarga atau saudara-mara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s itu sendiri, walaupun bukan dari keturunan Yahudi atau Nasrani. Malah kaum Yahudi di Yastrib (Madinah) sering pula menakut-nakutkan masyarakat Arab kota itu tentang kelahiran "Nabi" tersebut yang diceritakan dalam kitab mereka (Taurat). Mereka mendakwa "Nabi" tersebut akan menganut agama Yahudi dan mengalahkan orang-orang Arab.

Sejarah penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad Allah S.W.T telah menurunkan wahyu kepada nabi dan rasul sebelum baginda diutus menjadi rasul, sebagaimana firmannya :

Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaiman kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya[An-nisa 4:163] Al-quran ialah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur. Ulama telah berbeza pendapat dalam menentukan wahyu pertama dan terakhir yang diturunkan kepada baginda. Dalam konteks wahyu pertama pendapat mereka adalah seperti berikut: 1. Pendapat pertama mengatakan ayat 1-5(Surah Al-Alaq,96) 2. Pendapat kedua mengatakan ayat 1-56 (Surah Al-Mudathir,74) 3. Pendapat ketiga menyatakan ayat (bimillahirrahmanirrahim) 4. Pendapat keempat mengatakan ayat surah Al-Fatihah kesuluruhannya. Setiap pendapat ini ada hujah masing-masing. Jumhur ulama melihat pendapat pertama sebagai yang paling rajih, berdasarkan sahih riwayat Aishah yang menceritakan kisah penurunan wahyu pertama di gua Hira. Manakala dalam konteks wahyu terakhir pula perbezaan pendapat ulama lebih ketara. Antara pendapat tersebut ialah: 1. Ayat 287(Surah Al-Baqarah,2) yang berkaitan dengan riba. 2. Ayat 281(Surah Al-Baqarah.2) yang berkaitan dengan hari kematian dan hari pembalasan di akhirat. 3. Ayat 282(Surah Al-Baqarah,2) yang berkaitan dengan hutang piutang. 4. Ayat 159(Surah Ali-Imran,3) 5. Ayat 176(Surah an-Nisa) 6. Ayat 128-129(Surah At-Taubah,9) Masalah penentuan wahyu terakhir sukar kerana kesemua pendapat tersebut adalah ijtihad peribadi ulam yang dibuat secara andaian semata-mata, bukan dalil yang dipastikan oleh syara.

Bahkan Rasulullah S.A.W tidak pernah menentukan kepada mana-mana sahabat bahawa sesuatu itu sebagai wahyu terakhir. Walaubagaimanapun pendapat yang paling rajih ialah ayat: Dan peliharalah dirimu dari huru hara hari kiamat yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tipap seseorang menurut apa yang teah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasan sedikit pun.(Al-Baqarah 2:281) Pendapat ini dikatakan paling rajih kerana ayat tersebut diturunkan hanya beberapa hari sebelum baginda Rasulullah wafat. Wahyu umpama lampu yang menyuluh manusia ke jalan yang lurus. Melalui wahyu-wahyu yang diturunkan ini terzahir peranan seorang rasul dalam mengukuhkan pegangan syariat manusia.

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutuskanmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagau penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberi-Nya, dan sebagai lampu yang menerangi. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang

menggembirakan kepada orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar daripada Allah. (Surah Al-Ahzab: 45-47)

Peranan rasulullah [1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja. Antara tugas pertama yang diamanahkan kepada Rasulullah sallallahualaihi-wasallam adalah mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Subhanahu waTaala. Allah menurunkan ayat berikut kepada Rasulullah untuk beliau katakan dan ajarkan kepada manusia: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. [al-Ikhlas 111:1-4] Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara samiyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin. Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut: "Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang itiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qati (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."

Manusia tidak boleh menerima peraturan dan undang-undang bagi mentadbir apa-apa jua urusan pun selain dari disyariatkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, Yang Maha Mengetahui segala peraturan dan hukum syariat bagi mentadbir segala urusan itu ialah tuhan pencipta alam ini, dan kuasa hakimiyah itu adalah disisi Allah SWT sahaja. [2] Membawa al-Quran untuk manusia. Firman Allah Subhanahu waTaala: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai

Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. [azZumar 39:41] Al-Quran ialah kalamullah yang bermujizat diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab diriwayatkan secara mutawatir dan membaca hurufnya adalah ibadah bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas. Untuk membuktikan kerasulan yang telah dibawa, baginda dikurniakan mujizat. Di antaranya ialah baginda sering menerima berita-berita ghaib atau ramalan-ramalan masa depan dengan tepat. Misalnya setelah tiga tahun umat Islam dipulaukan oleh kaum Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepada Abu Talib bahawa piagam pemulauan tersebut yang disimpan di dalam Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai. Apabila disiasat oleh kaum Quraisy didapati bahawa apa yang dinyatakan oleh baginda itu benar-benar berlaku. Mujizat yang diterima oleh baginda merupakan mujizat terbesar iaitu mujizat manawi. Kehebatan dan keagungan Al-Quran sebagai mujizat manawi dapat dilihat dari segi bahasa, isi kandungan dan ilmu pengetahuan yang terkandung didalamnya. Ayat-ayat dari kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan tegas menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdullah

itu ada menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dan seterusnya baginda diarahkan agar menyampaikannya kepada umat manusia yang lain. [3] Membacakan al-Quran kepada manusia. Firman Allah Subhanahu waTaala: Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (al-Quran). [Ali Imran 3:164] Membaca di sini bererti menyampaikan secara lisan ayat-ayat al-Quran. Sepertimana yang kita tahu, al-Quran dibawa oleh malaikat Jibrail