peperangan rasul saw

Upload: wan-muzaffar

Post on 09-Mar-2016

280 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Peperangan Rasul S.A.W dari buku Sirah Nabawiyah - Microsoft Powerpoint

TRANSCRIPT

PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W

PEPERANGANRASULULLAH S.A.WSemua perang adalah selepas hijrahPeperangan yang disertai nabi dinamakan Ghazwah. Sebanyak 26 ghazwahPertempuran kecil yang tidak disertai nabi dinamakan Sariyyah. Sebanyak 36 sariyyah.Yang akan dibincangkan adalah 11 peperangan yang terkenal.Perang Badar al-KubraBerlaku pada 7 Ramadhan, tahun ke-2 hijrahNabi mempelawa sahabat untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Mekah. Misi asal sekatan bukan untuk berperang. Kafilah diketuai Abu Sufian terselamat dari sekatan namun telah pun menghantar utusan ke Quraisy untuk melindungi mereka. Dari situ, Quraisy hantar 1,000 orang tentera (600 berbaju perisai 100 ekor kuda dipakaikan perisai dan 700 ekor unta)Bilangan orang Islam 313 atau 314 orang (kebanyakan orang ansar, 70 ekor unta, 2-3 ekor kuda). Mereka bergilir-gilir menaiki unta.70 orang musyrik terbunuh, termasuk Abu Jahal, 70 orang ditawan.Dalam Quran ada menceritakan Ghazwah Badar, surah ali imran : 123-127Ghazwah UhudBerlaku pada Sabtu, 15 Syawal tahun ke-3 hijrahSebab : Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan dalam Ghazwah Badar.Quraisy 3,000 orang pejuang. 700 orang berbaju perisai, 200 pahlawan berkuda, 7 orang wanita seperti Hindun bin Utbah isteri Abu SuffianGhazwah Bani Nadhir Bani Nadhir adalah salah satu ras Yahudi yang berjiran dengan kota Madinah. Sekutu mereka Khazraj.Mereka meterai janji dengan orang islam, namun khianati langgar dan cuba bunuh nabiNabi halau mereka, namun Abdullah bin Ubay janji hantar mereka pertolongan 2,000 kaumnya untuk tolong. Mereka menolak arahan nabi supaya keluar dari kampung kota Madinah.Nabi serang, bantuan munafik tidak sampai. Kepung kotaSurah al-Hasyr ayat 2-4 cerita mengenai perang iniGhazwah al-AhzabDinamakan juga Ghazwah Khandak. Berlaku pada Syawal tahun 5 hijrah.Sebab : Bani Nadhir disuir keluar kota Madinah, beberapa ketua mereka ke Mekah mengajak dan hasut api-apikan Quraisy perangi Rasulullah. Diorang terima.Bani Nadhir Quraisy Mekah Bani Fazzarah Bani Murrah Bani Asyjak Bani Quraizoh terlibat dalam perang ke Madinah.Orang islam bina parit sekeliling kota Madinah hasil cadangan Salman al-FarisiTentera Quraisy 10,000 orang, tentera islam 3,000 orangAda parit yang sempit orang Quraisy melompat masuk, maka berlaku pertempuranAl-Ahzab 9-11, al-Ahzab 22-25Ghazwah Bani QuraizohBerlaku selepas perang al-Ahzab pada tahun 5 hijrahBani Quraizoh tinggal dalam kota Madinah. Namun mereka langgar perjanjian berpaling kepada Quraisy semasa saat-saat genting perang Ahzab.Tak sempat sebab perang al-Ahzab telah tamat, Quraisy pulang tak dapat kalahkan orang islam.Nabi ambil tindakan tatatertib pengkhiantan mereka

Dalam riwayat Bukhari dari AisyahOrang islam seramai 3,000 orang dan 36 ekor kuda, panji dibawa oleh AliMereka berpura-pura di hadapan nabi, di belakang mereka mencaci mengutuk nabi.Kepung selama 25 malam.Al-Ahzab ayat 13-16, 26-27

Ghazwah HudaibiyahBerlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 hijrahRasulullah bermimpi mamasuki Baitullah al-Haram bersama sahabat dalam keadaan aman dan memotong mencukur rambut.Maka ajak sahabat ke Mekah dengan tujuan umrah bukan untuk berperang.Seramai 1,500 orang tanpa membawa senjata kecuali senjata pengembara iaitu pedang yang bersarung.Quraisy hantar Urwah bin Masud berjumpa nabi bertanya tujuan, Nabi utus Othman bin Affan ke Mekah. Othman terlewat pulang lalu tersebar berita beliau dibunuh.Nabi berbaiah berjihad dan mati syahid di bawah sebatang pokok Tolh (pokok acacia)Quraisy takut dan berdamai. Benar oang islam mukim 3 hari sahaja di Mekah. Disuruh pulang datang tahun hadapanGenjatan senjata selama 10 tahun.Dinamakan Perjanjian HudaibiyahSurah al-FathGhazwah KhaibarBerlaku pada akhir Muharram tahun ke 7 hijrahKhaibar merupakan sebuah oasis besar didiami orang Yahudi. 100 batu di utara Madinah menghala ke Syam.Sebab : Setelah perjanjian Hudaibiyah, nabi bercadang membersihkan saki baki Yahudi di sekekiling Madinah.Yahudi di Khaibar seramai 10,000 orang berkubu.Orang islam 1,600 orang termasuk 200 orang berkudaKubu dapat dipecahkan satu persatu sehingga tinggal 2 kubu terakhir mereka di dalamnya berdamai bersyarat dibebaskan terpelihara darah pejuang dan zuriat.Yahudi terbunuh 93 orang, orang islam 15 orang syahid.Ghazwah MutahBerlaku pada Jamdil Awal, tahun 8 hijrahMutah sebuah kampung di pinggir Syam. Sekarang dinama al-Karak. Tenggara Laut Mati.Sebab : Nabi utus Harith bin Umair al-Azdi bawa sepucuk surat kepada al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja Basrah wakil Hercules. Mengajak kepada islam.Utusan itu dibunuh. Tak ada utusan lain yang dihantar dibunuh selain ini.Seramai 3,000 orang diketuai Zaid bin Harithah kemudian Jaafar bin Abi Talib, kemudian Abdullah bin Rawahah.Diseru dahulu kepada islam sebelum diperangiDikenali Ghazwah kerana bilangan pejuang yang terlibat walaupun nabi tidak sertai hanya mengiringiPeperangan pertama di luar semenanjung tanah ArabGhazwah al-FathPeperangan membuka kota Makkah berlaku pada Ramadhan, tahun ke 8 hijrahSebab : Perjanjian Hudaibiyah benarkan berpakat dengan mana-mana kabilah. Bani Bakar berpakat dengan Quraisy, orang islam dengan Bani Khuzaah.Bani Bakar serang Bani Khuzaah bunuh 20 orang lelaki. Quraisy terlibat bekalkan senjata dan harta kepada Bani Bakar.Nabi tahu dan persiap tentera ke Mekah tanpa pengetahuan hala tuju ke mana. Supaya Mekah tidak tercemar dengan mayat.10 Ramadhan bertolak buka puasa, seramai 10,000 orang.Abu Suffian datang peluk islam dan al-Abbas juga.

Ghazwah HunainBerlaku pada 10 Syawal, tahun ke 8 hijrah. Beberapa hari selepas pembukaan kota Mekah.Sebab : Pemimpin Hawazin dan Thaqif menyangka nabi akan menyerang mereka setelah selesai di Mekah. Lalu mereka memulakan serangan dahulu. Mereka bawa semua barang harta bersama.Seramai 20,000-30,000 orang. Semua orang islam yang di Mekah turut serta, baru memeluk dan yang sudah lama memeluk islam juga.Pada awalnya menang, kutip harta kena serang, kalah. Hingga tersebar khabar angin nabi terbunuh. Ramai orang islam lari dan kumpul balik selepas al-Abbas menjerit nabi masih hidup. Semua kumpul dan menang semula.

Ghazwah TabukJuga dinamakan Ghazwah Usrah (peperangan yang susah). Berlaku pada Rajab tahun ke 9 hijrah. Tabuk ialah nama sebuah tempat antara Wadi al-Qura di bumi Hijaz dengan Syam.Sebab : Rom mengumpul angkatan tentera di Syam bersama kabilah Lakhm, Juzam, Amilah dan Ghassan dari Arab.Seramai 3 orang tidak sertai angkatan orang islam, 80 orang munafik,dan beberapa orang Badwi menyatakan keuzuran tidak benar tetapi tetap diterima nabi. Jumlah seramai 30,000 pejuang, 10,000 ekor kuda.Angkatan tentera paling besar pernah dilihat oleh Arab masa itu.Ghazwah terakhir nabi. Surah At-Taubah ayat 117-118