penutup asas kepimpinan

3
PENUTUP Tugasan Asas Kepiminan dan Perkembangan Profesonal Guru ini menghendaki guru menghuraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh seorang guru bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme diri dan merumus perkembangan profesion dan kerjaya diri serta merancang program yang berkait dengan peranan dan tugas guru dalam aspek pengurusan sekolah. Pembelajaran sepanjang hayat penting dalam diri seorang guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme keguruan. Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Antaranya ialah budaya berfikir, budaya menyelidik, budaya membaca dan sebaginya. Langkah ini perlu diaplikasikan dan diamalkan dalam diri guru supaya guru tidak dikatakan ketinggalan zaman. Kesimpulannya, dunia pendidikan masa kini penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh guru dalam usaha mengangkat martabat profesion perguruan ke tahap yang tertinggi. Oleh itu, dengan mengenggam erat konsep pembelajaran sepanjang hayat, akauntabiliti dan integriti serta berpandukan kod etika profesion keguruan, usaha murni tersebut akan dapat dicapai berbekalkan azam dan tekad yang kuat untuk menjayakannya. Semoga pada masa akan datang, profesion perguruan akan melangkah setapak lagi untuk mendaki puncak kegemilangan yang diidamkan.

Upload: wanihawani

Post on 26-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENUTUP Asas Kepimpinan

PENUTUP

Tugasan Asas Kepiminan dan Perkembangan Profesonal Guru ini menghendaki guru

menghuraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh seorang guru bagi

meningkatkan perkembangan profesionalisme diri dan merumus perkembangan

profesion dan kerjaya diri serta merancang program yang berkait dengan peranan dan

tugas guru dalam aspek pengurusan sekolah.

Pembelajaran sepanjang hayat penting dalam diri seorang guru untuk meningkatkan

perkembangan profesionalisme keguruan. Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Antaranya ialah budaya berfikir, budaya

menyelidik, budaya membaca dan sebaginya. Langkah ini perlu diaplikasikan dan

diamalkan dalam diri guru supaya guru tidak dikatakan ketinggalan zaman.

            Kesimpulannya, dunia pendidikan masa kini penuh dengan pelbagai cabaran

dan rintangan yang perlu dihadapi oleh guru dalam usaha mengangkat martabat

profesion perguruan ke tahap yang tertinggi. Oleh itu, dengan mengenggam erat

konsep pembelajaran sepanjang hayat, akauntabiliti dan integriti serta berpandukan

kod etika profesion keguruan, usaha murni tersebut akan dapat dicapai berbekalkan

azam dan tekad yang kuat untuk menjayakannya. Semoga pada masa akan datang,

profesion perguruan akan melangkah setapak lagi untuk mendaki puncak

kegemilangan yang diidamkan.

Page 2: PENUTUP Asas Kepimpinan

REFLEKSI KERJA KURSUS PROJEK (KKP)

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

(EDU 3108)

NAMA : WAN NURULHAWANI BINTI ARIFIN

NO. KP: 890917-03-5684

UNIT : PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 8

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnia dan

inayah-NYA dapat saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Setelah

bertungkus-lumus mengikut tempoh yang telah diberikan, maka inilah yang dapat saya

persembahkan. Sepanjang melakukan tugasan ini, saya tidak menghadapi masalah

yang besar, hal ini kerana pensyarah En. Kholid bin Salleh telah memberi penerangan

dengan jelas mengenai tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) pada kali ini.

Tugasan ini memerlukan saya dan rakan menyiapkan penulisan ilmiah

berkaitan cara-cara meningkatkan perkembangan profesional seorang guru sebagai

pembelajar sepanjang hayat dan jangkaan dalam perkembangan kerjaya diri. Tugasan

pertama dilaksanakan secara individu. Tugasan kedua adalah menyediakan kertas

kerja dan brosur berkaitan dengan aktiviti yang dipertanggungjawabkan di sekolah.

Tugasan kedua pula dilaksanakan secara berkumpulan. Kemudian, kami dikehendaki

membuat penulisan reflektif.

Melalui tugasan ini pelbagai pengetahuan baharu yang telah saya perolehi iaitu

beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh seseorang guru bagi mengamalkan

pembelajaran sepanjang hayat. Maklumat tentang langkah-langkah yang saya perolehi

akan saya aplikasikan dalam profesion saya kelak. Saya juga mendapat pengetahuan

dalam menyediakan kertas kerja dan brosur. Semasa mendapatkan maklumat, saya

memperolehi pelbagai pengalaman. Saya mendapatkan maklumat melalui sumber

buku dan sumber internet. Saya perlu menelaah dan memahami maklumat yang

diperolehi untuk menyiapkan penulisan akademik. Hal ini telah membantu saya

menambah pengetahuan dalam asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru.

Dalam menyiapkan tugasan jangkaan dalam perkembangan diri , saya telah

mendapatkan maklumat dan telah merefleksi diri untuk jangkaan masa depan saya

Page 3: PENUTUP Asas Kepimpinan

dalam bidang kerjaya. Saya juga ada mendapatkan maklumat melalui temu bual

dengan rakan-rakan yang telah menamatkan pengajian.

Masalah yang saya hadapi sepanjang menjalankan tugasan ini adalah

kekangan masa. Hal ini kerana masa yang terhad , namun saya dan rakan terpaksa

menyiapkan tiga tugasan dalam masa yang sama. Oleh itu, kami perlu bijak

membahagikan masa untuk menyiapkan semua tugasan. Situasi ini telah mengajar

saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan betul dan menyedarkan saya untuk

menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin.

Selain itu, masalah lain yang saya hadapi adalah kekurangan rujukan yang

spesifik berkaitan pembelajaran sepanjang hayat. Saya juga menghadapi sedikit

masalah dalam menyiapkan tugasan jangkaan dalam perkembangan kerjaya diri.

Antara masalah lain yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang

bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber

maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya mengatasi masalah ini dengan

mencari maklumat dalam internet.

Tugasan ini banyak menambah pengalaman dan pengetahuan saya serta

meningkatkan kefahaman saya berkaitan aspek kepimpinan dalam meningkatkan

profesionalisme seseorang guru. Saya dapat mengaitkan tugasan ini dengan diri saya,

di mana saya perlu menghayati profesion keguruan dengan mendalami ilmu budaya

membaca, menyelidik dan menulis reflektif, budaya musyawarah serta budaya

kolaborasi. Dengan cara demikian, saya mendapat pengetahuan baharu seterusnya

dapat meningkatkan asas kepimpinan dan profesionalisme sebagai seorang guru.

Sebagai seorang bakal guru, tugasan ini memberi pengetahuan kepada saya

dan rakan –rakan kerana semasa di lapangan kelak, setiap program yang dirancang

perlu disediakan kertas kerja dan brosur. Oleh sebab itu, tugasan ini banyak

membantu saya dan rakan-rakan.

Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi kefahaman, pengetahuan dan

dapat mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerja

kursus ini. Saya berharap guru pelatih dapat mengaplikasikan pengetahuan yang

diperoleh semasa menyiapkan tugasan ini semasa menjadi guru kelak.