penulisan artikal hasman

Upload: hasman-nawi

Post on 05-Mar-2016

239 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

artikal kajian tindakan

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 6 DALAM KEMAHIRAN MENGENAL PASTI PEMBOLEH UBAH MENGGUNAKAN KAEDAH UJIKAJI FAIR TEST

HASMAN BIN NAWI

SK MANGUT,95600 SPAOH

[email protected]

ZALIHA BINTI MUSA

IPG KampusTun Abdul Razak

AbstrakPenyelidikan tindakan ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid Tahun 6 dalam mengenal pasti pembolehubah iaitu pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah dimalarkan. Strategi ujkaji Fair Test telah digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan ini terdiri daripada lima orang murid Tahun 6 yang telah dipilih berdasarkan tinjauan awal yang telah dilaksanakan. Pengumpulan data dibuat menerusi Ujian 1 (ujian sebelum stategi ujikaji Fair Test dilaksanakan) dan Ujian 2 (ujian selepas ujikaji Fair Test dilaksanakan) serta melalui temubual separa berstruktur. Hasil analisis kedua-dua instrument kajian menunjukkan kemahiran kelima-lima orang murid kajian dalam mengenalpasti pembolehubah telah meningkat. Keputusan kajian menunjukkan stetegi ujikaji Fair Test terbukti dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengenal pasti pembolehubah.

Refleksi P&P yang LaluPada 26 Februari 2015 saya telah menjalankan Ujian Pra 1 UPSR untuk sujek Sains kepada murid-murid Tahun 6. Sasaran yang telah ditetapkan untuk ujian tersebut ialah 3A,8B,7C. Namun, setelah kertas ujian selesai disemak didapati keputusan murid adalah tidak memuaskan. Murid hanya memperolehi 1A,3B,10C,4D. Daripada hasil post-morterm yang telah dibuat selepas ujian tersebut didapati murid gagal menjawab dengan baik soalan bahagian B yang berkaitan dengan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah. Menurut Nooraziyah (2012): Soalan melibatkan pemboleh ubah merupakan asas utama kepada soalan Bahgian B. Kenyataan ini turut disokong oleh Noor Hana (2008) yang berpendapat kegagalan menjawab soalan Bahagian B berpunca daripada lemahnya penguasaan Kemahiran Proses Sains oleh murid. Amalan pengajaran harian adalah menggunakan kaedah tradisonal iaitu chalk and talk. Adakah kaedah yang saya gunakan ini kurang berkesan untuk pelajar saya seperti yang dinyatakan oleh Azmil (2010) kurangnya pendedahan murid tentang ujikaji atau eksperimen telah menyebabkan murid menghadapi masalah untuk mengenalpasti pemboleh ubah. Murid-murid saya juga sangat meminati mata pelajaran Sains dan sering melibatkan diri secara aktif apabila disoal. Persoalan yang bermain difikiran saya ialah mengapa murid saya masih gagal untuk menjawab soalan berkaitan dengan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah? Sehubungan itu, saya memikirkan untuk menggunakan pendekatan baru ataupun mengubah suai gaya pembelajaran saya.

Tinjauan dan Analisis MasalahSebanyak empak kaedah telah digunakan sebagai tinjauan dan analisis masalah iaitu analisis Ujian Pra 1 UPSR Sains (Bahagian B), Ujian 1, Temubual dan Ujian Diagnostik.

Rajah 1 : Ujian Pra 1 UPSR sains bahgian B dan Analisis jawapan murid.Analisis yang telah saya lakukan terhadap jawapan murid dalam ujian Pra 1 UPSR Sains Bahagian B telah menunjukkan terdapat 6 orang murid telah menjawab semua soalan mengenal pasti pemboleh ubah dengan salah. Seterusnya pada 2 Mac 2015, saya telah melakukan tinjauan dengan menjalankan Ujian 1 bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah kepada enam orang murid yang telah dikenalpasti menggunakan dua set soalan yang mempunyai enam markah.

Rajah 2 : Soalan Ujian 1 bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah

Rajah 3 : Skor jawapan murid dalam Ujian 1

Hasil daripada ujian itu telah menunjukkan enam orang murid yang terlibat masih tidak mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan bagi dua set soalan tersebut iaitu 100% markah.

Seterusnya, untuk mengesahkan kewujudan masalah ini, saya telah menemu bual kelima-lima orang murid secara berasingan pada 9 Mac 2015 dan 10 Mac 2015.

Rajah 4 :Temubual bersama Mohd. Hasri dan Zarina pada 9 Mac 2015

Temubual bersama Mohd Hasri dan Zarina pada 9 Mac 2015 telah menunjukkan bahawa kedua-dua mereka tahu terdapat tiga jenis pembolehubah tetapi mereka tidak dapat membezakan setiap pembolehubah yang dimaksudkan.Rajah 5 : Temubual bersama Muhd. Amirul dan Nor Ain

Temubual bersama Muhd. Amirul dan Nor Ain pada 9 Mac 2015 menunjukkan kedua-dua mereka tidak dapat mengenal pasti pembolehubah bergerak balas dengan baik.

Rajah 6 : Temubual bersama Nurul Fazalia

Temubual bersama Nurul Fazalia pula mendapati dia mempunyai pengetahuan yang agak baik tentang pembolehubah, namun dia gagal menjawab soalan Bahagian B dengan baik kerana berpendapat soalan tentang pembolehubah adalah sukar.

Objektif KajianObjektif kajian ini ialah untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 6 dalam kemahiran mengenal pasti pembolehubah menggunakan kaedah ujikaji Fair Test.Kumpulan SasaranKumpulan sasaran saya bagi kajian ini hanya seorang murid Tahun 4 sahaja. Murid ini seorang lelaki dan tidaklah mempunyai prestasi akademik yang rendah cuma perlu dipertingkat penguasaannya dalam penolakan sebarang dua nombor empat digit dan lima digit dengan pengumpulan semula.

Pelaksanaan TindakanStrategi yang saya gunakan untuk membantu murid saya ini dinamakan 19 Alternatif. Sebenarnya strategi ini adalah berdasarkan Mental Arithmetic tetapi saya perkenalkan dalam bentuk model. Murid biasanya menggunakan bahan konkrit seperti straw, guli dan batu sebagai alat untuk mengira. Memang mudah untuk mengira menggunakan bahan konkrit jika mengira jumlah yang kecil akan tetapi dengan menggunakan 19 alternatif ini murid hanya perlu hafal nombor bulat hingga 19. Dibawah ini adalah gambar model tersebut.

Rajah 2 : Model 19 Alternatif

Berikut adalah langkah-langkah penggunaan Model 19 Alternatif ini. Saya memberi contoh penolakan dua nombor tiga digit dengan pengumpulan semula iaitu 52 346 34 759. Saya akan menerangkan bagaimana model 19 Alternatif ini digunakan dalam penolakan nombor kecil dengan nombor besar pada nilai tempat sa, puluh, ratus dan ribu. Pendedahan pengajaran ini adalah untuk memberi pemahaman tentang konsep pinjam sebelah untuk menyelesaikan penolakan nombor bulat dengan mengumpul semula. Model ini terdapat nombor bulat iaitu daripada nombor 1 hingga nombor 19. Di bawah adalah cara menggunakannya dengan bantuan jadual nilai tempat dan dalam bentuk lazim.Puluh RibuRibuRatusPuluhSa

64759

32341

32418

64759

32341

32418

Rajah 2(a): Contoh Penolakan Tanpa Pengumpulan semulaPuluh RibuRibu Ratus Puluh Sa

45112 123134166

34759

17587

411121316

52346

34759

17587

Rajah 2(b): Contoh Penolakan Dengan Pengumpulan Semula

Berdasarkan Rajah 8.1 (b) subjek kajian diajar bagaimana untuk memahami tentang konsep pinjam sebelah untuk menyelesaikan penolakan sebarang dua nombor lima digit dengan mengumpul semula. Melalui model 19 Alternatif, murid boleh menolak dengan berpandukan model tersebut. Contohnya apabila murid ingin menolak 16 9, murid ini perlu mencari nombor 16 terlebih dahulu. Selepas itu responden mencari nombor yang ditolak iaitu 9. Apabila sudah mencari kedua-dua nombor tersebut murid perlu mengundur ke belakang sebanyak 9 kali. Jadi dengan pengunduran sebanyak 9 kali daripada 16, maka jawapannya ialah 7. Murid boleh mengulang cara ini pada nilai tempat puluh, ratus dan ribu.

Kaedah Mengumpul DataUjian Awal digunakan untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap konsep pinjam sebelah dan pemahaman murid dalam penolakan sebarang dua nombor lima digit dengan pengumpulan semula melalui cara biasa yang digunakan. Dalam Ujian Awal ini mengandungi 10 soalan penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Ujian Akhir digunakan selepas murid diajar menggunakan model 19 Alternatif. Ujian Akhir ini mengandungi 10 soalan penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Kedua-dua soalan ini ada mempunyai soalan yang sama. Saya masih menggunakan beberapa soalan yang sama kerana ingin melihat sejauh mana kemantapan subjek kajian saya dalam menguasai penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan penegumpulan semula selepas menggunakan strategi model 19 Alternatif ini.Kedua-dua ujian diperuntukkan satu soalan betul satu markah. Murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 20 minit. Jadi markah keseluruhan ujian ini ialah sepuluh markah. Markah yang diperolehi dikumpul dalam bentuk peratus. Melalui Ujian Awal saya dapati Dan menjawab sepuluh soalan itu dengan cepat sekali. Mungkin soalan yang diberi itu terlalu mudah fikir saya. Apabila selesai Ujian Awal saya telah menjalankan tiga aktiviti Intervensi bagi memantapkan penguasaan Dan dalam penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Saya telah menyediakan tiga set soalan bagi aktiviti Intervensi. Setiap set soalan mengandungi sepuluh soalan yang melibatkan penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Semasa aktiviti Intervensi dijalankan, saya dapati Dan menunjukkan minat kerana saya telah menunjukkan dan mengajar bagaimana menggunakan model 19 Alternatif. Dalam menjalankan aktiviti itu saya dapati Dan menunjukkan minat terhadap model tersebut. Malah membimbing Dan dalam meminati dan mempelajari topik ini dengan lebih mendalam. Semasa aktiviti Intervensi dijalankan saya cuba bertanya dan mengajak Dan berbual untuk mengetahui sajuhmana pemahaman dia dalam menggunakan model 19 Alternatif itu sebagai bahan bantu belajar nya.Ketiga-tiga hasil kerja Dan dalam aktiviti Intervensi tersebut memang memeranjatkan kerana setiap hasil kerja dijawab dengan baik walaupun ada soalan yang salah.

Dapatan KajianPada 29 Oktober 2014, saya telah melaksanakan Ujian Awal kepada murid saya. Ujian Awal tersebut merangkumi sepuluh soalan yang melibatkan penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Selepas ujian tersebut, saya bertanya kepada murid saya, Senang atau susah soalan tadi?. Dia menjawab, Senang, cikgu!. Saya berasa kecewa sedikit selepas menyemak jawapan Dan kerana cara dia menjawab soalan tersebut nampak seperti seorang murid yang tidak mempunyai masalah dalam penolakan. Akan tetapi, agakan saya tersasar kerana banyak soalan yang dijawab salah. Melalui ujian tersebut saya dapati hanya satu soalan betul yang dapat dijawab oleh Dan. Rajah 3(a) adalah soalan bagi Ujian Awal yang diduduki oleh Dan.

Rajah 3(a) : Ujian Awal

Berdasarkan Ujian Awal tersebut, sebanyak sembilan soalan daripada sepuluh soalan dijawab salah. Contohnya, soalan nombor 5 iaitu 58003 4653 =_____. Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh murid saya pada nilai tempat puluh, ratus dan ribu. Apabila Dan ingin menolak pada nilai tempat puluh iaitu digit 0 tolak digit 5, Dan tidak membuat pinjaman pada digit 8 iaitu yang berada pada nilai ribu. Dan tidak mengurangkan nilai pada digit 8 tersebut semasa membuat penolakan. Malah dia mengekalkan digit 8 tersebut. Jadi saya telah memulakan sesi Intervensi (Sesi 1) untuk mempertingkatkan penguasaannya dalam menolak sebarang dua nombor empat digit dengan pengumpulan semula. Di sini, saya telah memperkenalkan satu strategi 19 Alternatif. Apabila saya menunjukkan dan memperkenalkan alat yang akan digunakan semasa intervensi (Sesi 1) ini kepada Dan, murid lain juga tertarik dengan bahan bantu mengajar itu. Ada di antara mereka yang ingin mengikuti kelas intervensi bersama Dan walaupun mereka sudah mahir menolak. Akan tetapi saya memberitahu mereka ia akan digunakan oleh Dan dalam kelas intervensinya. Melalui Intervensi (Sesi 1) ini, saya telah menunjukkan cara bagaimana untuk menggunakan 19 Alternatif. Selepas penerangan tersebut, Dan pun menjawab sepuluh soalan dengan menggunakan 19 Alternatif. Dalam sesi 1 ini, Dan hanya betul enam soalan daripada sepuluh soalan. Apabila ditanya, adakah penggunaan 19 Alternatif membantunya. Dan menjawab, Ya, membantu cikgu. Di bawah adalah soalan Intervensi (Sesi 1):-

Rajah 3(b) : Intervensi 1

Selepas Dan mahir menggunakan 19 Alternatif, saya meneruskan dengan Intervensi (Sesi 2) iaitu soalan yang melibatkan penolakan sebarang dua nombor iaitu lima digit dengan empat digit dengan pengumpulan semula. Saya menggunakan soalan ini adalah untuk melihat sejauh mana penguasaan Dan dalam menolak sebarang dua nombor lima digit dengan empat digit dengan pengumpulan semula. Apabila Dan habis menjawab kesemua soalan tersebut, saya merasa terkejut melihat sembilan soalan daripada sepuluh soalan dijawab dengan betul. Saya rasa berpuas hati kerana dengan penggunaan strategi 19 Alternatif ini banyak membantu Dan meningkatkan penguasaannya dalam penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Di bawah adalah soalan bagi Intervensi (Sesi 2):-

Rajah 3 (c) : Intervensi 2

Dalam Intervensi (Sesi 3) pula, saya telah menyediakan soalan penolakan sebarang dua nombor lima digit dengan lima digit dengan pengumpulan semula. Melalui pemerhatian saya, Dan tidak berhati-hati semasa menjawab soalan. Sikapnya yang bersahaja dalam menjawab soalan dan sikap ingin cepat menyebabkan dia hanya empat soalan betul daripada sepuluh soalan. Saya tidak kisah Dan melakukan kesilapan kecil ataupun hanya beberapa soalan sahaja yang betul cuma saya sering berpesan kepadanya supaya berhati-hati dan sentiasa bercakap dengan soalan semasa menjawab soalan. Maksud saya disini ialah apakah yang perlu dilakukannya selepas menolak digit ke digit dari sa hingga nilai tempat yang seterusnya. Adakah digit yang berada di nilai tempat tersebut dapat menolak digit yang berada pada nilai tempat itu sendiri. Jika tidak dapat jadi apakah yang perlu dilakukan olehnya. Maka, secara tidak langsung Dan dapat menjawab soalan dengan sebaiknya. Rajah 3 (d) memaparkan hasil kerja Dan bagi Intervensi (Sesi 3) :-

Rajah 3 (d) : Intervensi 3

Berdasarkan Intervensi dalam sesi ketiga ini, Dan kerap melakukan kesilapan berulang iaitu lupa untuk meminjam pada digit yang berada nilai tertentu. Contohnya, pada soalan 1 iaitu 23025 12468 = ________. Apabila Dan dapat menolak digit pada nilai tempat sa dengan meminjam daripada digit pada nilai tempat puluh dengan betul, dia lupa untuk memotong digit 3 pada nilai tempat ribu kerana digit pada nilai tempat puluh dan ratus tidak dapat menolak digit pada nilai tempat masing-masing. Kecuaian seperti sering berlaku pada Dan. Oleh sebab itu saya selalu menekankan kepadanya selalu bercakap dengan soalan. Itulah maksud dan caranya dalam menjawab soalan supaya kita lebih berhati-hati. Akan tetapi bagi saya Dan telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan dalam penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Daripada ketiga-tiga intervensi tersebut saya telah menjalankan Ujian Akhir bagi melihat penguasaan Dan dalam penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Di bawah adalah soalan bagi Ujian Akhir :-

Rajah 3 (e) : Ujian Akhir

Berdasarkan soalan Ujian Akhir ini, saya berpuas hati dengan markah yang diperolehi oleh Dan. Dan tidak lagi membuat kesilapan yang sama seperti pada Ujian Awal dan Intervensi (Sesi 3) iaitu lupa untuk memotong digit yang telah dipinjam. Walaupun pada soalan 6, soalan 7, soalan 9 dan soalan 10 Dan telah melakukan kesilapan tetapi bagi saya itu masih dapat diperbetulkan dan diberi tunjuk ajar dan latih tubi pada masa yang akan datang.RefleksiKajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh saya dalam topik penolakan sebarang dua nombor empat digit dan lima digit dengan pengumpulan semula amat mencabar pemahaman saya berkaitan dengan membentuk murid saya memahami dan meningkatkan penguasaan penolakan sebarang dua nombor ini. Walaupun topik ini nampak senang tetapi bagi sesetengah murid masih belum menguasai sepenuhnya topik ini. Melalui ujian awal, saya dapati sembilan soalan salah daripada sepuluh soalan. Ini amat merisaukan saya, lebih-lebih lagi murid saya ini hanya seorang sahaja. Rasa tercabar dengan markah yang diperolehinya. Oleh itu, saya telah merancang satu strategi yang dinamakan 19 Alternatif. Strategi ini digunakan oleh saya sebagai ubat untuk merawat penyakit murid saya ini. Bahan bantu mengajar ini direka oleh saya bertujuan untuk menarik minat murid saya. Saya telah menyediakan bahan bantu mengajar ini dengan lukisan kartun pada bahan ini. Intervensi pertama bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid saya dalam penolakan sebarang dua nombor ini. Apabila saya menunjukkan bahan bantu mengajar tersebut, saya dapati muka murid saya berubah. Seolah-olah tertanya-tanya apakah bahan tersebut. Saya seronok dengan reaksi murid saya. Saya pun menjelaskan pada dia bahawa bahan tersebut akan digunakan oleh dia untuk membantu meningkatkan penguasaannya dalam topik ini. Semasa intervensi yang pertama, saya telah mengajar murid saya bagaimana hendak menggunakan bahan tersebut. Dia berasa gembira, seolah-olah faham akan penggunaan bahan tersebut. Selepas habis melakukan aktiviti menjawab soalan itu, saya dapati dia mendapat enam soalan betul daripada sepuluh soalan. Saya tidak tersentak kerana dia baru diperkenalkan strategi tersebut. Masuk hari yang kedua, saya telah memanggil Dan untuk melakukan aktiviti intervensi yang seterusnya. Kali ini Dan nampaknya lebih bersedia untuk sepuluh soalan tersebut. Daripada apa yang saya lihat, saya dapati Dan lebih cepat mahir menggunakan bahan bantu mengajar itu. Hasilnya, Dan mendapat sembilan soalan betul daripada sepuluh soalan. Apabila saya menanyakan Dan sama ada strategi ini baik dan berkesan kepadanya, Dan menjawab, Ya, cikgu! Bahan bantu mengajar ini cukup bagus. Hari yang berikutnya pula saya meneruskan dengan aktiviti intervensi yang ketiga. Kali ini Dan tidak melakukan dan menjawab soalan tersebut dengan baik. Mungkin pada hari itu ada pelawat yang datang ke sekolah. Mungkin Dan berasa ingin tahu apakah yang terjadi di sekolah. Dan juga mendengar suara rakan-rakannya menjerit di luar perpustakaan. Dan pun menjawab soalan tersebut dengan laju tanpa menghiraukan bahan bantu mengajar tersebut. Apabila dilihat Dan kadang-kadang mencapai bahan bantu mengajar tersebut, kadang-kadang dia langsung tidk menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Hasilnya Dan telah mendapat empat soalan betul daripada sepuluh soalan. Saya berpendapat, situasi ini mengganggu Dan dalam menjawab soalan. Bagi Dan, saya rasa dia memerlukan suasana pembelajaran yang tenang dan jauh daripada gangguan seperti duduk di dalam bilik peperiksaan. Howard Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Mungkin juga saya perlu mencantikkan lagi bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh saya itu. Memandangkan bahan bantu itu pada mulanya menarik minat Dan, apakah salah jika saya bersama-sama Dan membuat bahan bantu itu bersama-sama agar Dan akan menghargai setiap hasil yang dilakukan olehnya. Apabila Dan selesai dengan ketiga-tiga intervensinya, saya telah memberikan Ujian Akhir bagi menilai sejauhmana strategi yang digunakan oleh saya itu dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan penolakan sebarang dua nombor empat digit dan lima digit dengan pengumpulan semula terhadap Dan. Kali ini Dan tidak menggunakan bahan bantu mengajar kerana saya telah mengajarnya strategi dan teknik menjawab soalan tersebut. Hasilnya, Dan telah mendapat enam soalan betul daripada sepuluh soalan. Walaupun hanya enam soalan yang betul tetapi saya masih berasa bangga terhadap Dan kerana dapat menangkap pembelajaran pada aktiviti intervensi yang lepas serta dapat memahami pembelajaran yang diajar saya itu. Dengan hanya enam soalan yang betul saya berpuas hati dengan Dan, sekurang-kurangnya Dan telah mencuba yang terbaik berbanding sebelum diperkenalkan strategi ini pada Ujian Awal. Mudah-mudahan selepas ini saya akan meneruskan pengajaran saya dengan soalan yang dijawab salah oleh Dan. Saya akan menunjukkan bagaimana untuk menjawab soalan tersebut dengan betul dengan menggunakan bahan bantu mengajar tersebut agar Dan akan lebih faham. Sekurang-kurangnya Dan dapat menjawab soalan tanpa menggunakan bahan bantu mengajar itu jika sudah mahir dan faham bagaimana menggunakan bahan itu dengan cara berfikir yang lain. Bagi saya, saya akan meneruskan cara ini kepada mana-mana murid yang lemah dalam matapelajaran matematik agar murid yang lemah tidak akan berasa rendah diri dan lemah semangat oleh kerana kurang kemampuan dalam menjawab soalan dalam mana-mana topik matematik. Melalui kesemua aktiviti yang dijalankan oleh Dan, saya mendapati murid memang memerlukan banyak bahan bantu mengajar agar dapat membantu mereka memahami sesuatu topik tersebut. Bukan hanya dengan cara lisan tetapi dipraktikkan dengan pelbagai bahan bantu mengajar agar murid dapat faham salah satu strategi yang digunakan oleh kita sebagai guru.

Tindakan dan Kajian SeterusnyaBerdasarkan kajian tindakan yang dijalankan, saya mendapati ada beberapa perkara yang perlu dimurnikan. Salah satunya adalah menambahbaik bahan bantu mengajar yang digunakan oleh saya sekarang. Apa yang perlu saya buat adalah mewarnakan bahan bantu mengajar saya tersebut. Saya juga perlu laminate bahan bantu mengajar itu agar dapat tahan lama. Bahan itu juga mungkin dapat digunakan oleh murid yang lain. Apabila saya mengkaji satu soalan salah yang dijawab Dan tersebut saya memikirkan Dan memerlukan banyak latihan penolakan yang melibatkan digit 0 dengan pengumpulan semula. Contoh soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul oleh Dan ini. 23025 12468 = ____________. Jawapan yang diberikan oleh Dan ialah 10657. Di sini saya cadangkan akan mengkaji penolakan sebarang dua nombor yang melibatkan digit 0 dalam setiap nilai tempat dengan pengumpulan semula. Mungkin Dan akan menjadi salah seorang subjek kajian saya agar saya boleh membantu Dan dalam meningkatkan semua topik yang melibatkan penolakan sebarang dua nombor.

RujukanAbu Hassan bin Kasim (2001), Pendidikan Amali Sains, Kemahiran Sainstifik, UTM Skudai.Azmil Fazrul Bin Ahmad Puad (2010). Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kebolehan Pelajar Tahun 4 Arif Untuk Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji Fair Test Di Sekolah Kebangsaan Bukit Mewah, Johor Bahru. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved from Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia Web Site: http://web.moe.gov.myEe Ah Meng, ( 1989 ) Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya Selangor.Ho Ho Tong, Zaliha binti Musa, John anak Brodi, Dr. Rahmah binti Murshidi, Ahap bin Awal, Sapiee bin Saidi, Dr. Gan We Ling, Lee Hou Yew & Stanley anak Abang (2013). Asas Penyelidikan Tindakan Teori dan Amalan. Sarawak, Malaysia: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan.Kim Phaik Lah (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.Noor Hana Che Hasan. (2008). Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) Bahagian B Dalam Kalangan Murid Tahun 6 SK SungaiNooraziyah Ali. (2012). Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kebolehan Pelajar Tahun 5 Usaha Untuk Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji. Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai.Othman Lebar.(2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Teori Dan Amalan. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Shd. Bhd.Rosie Turner-Bisset (2010). Pengajaran Pakar. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala LumpurRosinah Edinin.(2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.Yeo Kee Jiar, & Rasidah Rashid (2008). Gaya pembelajaran dan motivasi. Universiti Teknologi Malaysia,Johor,Malaysia