pemarkahan penulisan

63
KERTAS 2 MASA : 1 jam 15 minit

Upload: zanariahbintiismail

Post on 24-Jun-2015

4.697 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemarkahan penulisan

KERTAS 2

MASA : 1 jam 15 minit

Page 2: Pemarkahan penulisan

PENGENALAN

BENTUK

Terbahagi kepada tiga bahagian

Bahagian A –Memindahkan maklumat /Mentafsir bahangrafik

Bahagian C –Membuat ulasan

Masa 1 jam 15 mint

Bahagian B –Menulis karangan

Page 3: Pemarkahan penulisan

UPSR (BAHASA MELAYU)FORMAT BAHARU MULAI 2005

KERTAS 2

Markah.

Markah penuh : 60 markah

Bahagian A : 10 markahBahagian B : 30 markahBahagian C : 20 markah

Page 4: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN AMentafsir

BahanGrafik

15 minit

BAHAGIAN BKarangan

40 minit

BAHAGIAN CMembuat

Ulasan

20 minit

Page 5: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN AMentafsir Bahan Grafik

• 10 markah• Tiada had bilangan patah

perkataan• Tulis 5 ayat berpandukan

grafik• Soalan berdasarkan bahan

grafik yang diberikan

Page 6: Pemarkahan penulisan

APA ITU BAHAN GRAFIK ?

• Gambar - Tunggal @ Bersiri

• Carta• Graf• Jadual• Peta• Pelan

• Contoh : Gambar Tunggal

Page 7: Pemarkahan penulisan

SOALAN BAHAGIAN A- Cadangan masa menjawab -

15 minit

-Wajib dijawab

-Soalan berdasarkan grafik yang diberi

-Mungkin terdiri daripada gambar bersiri atau gambar tunggal.

-Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang terdapat dalam gambar sahaja.

Page 8: Pemarkahan penulisan

PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A

1. Baca dan fahamkan arahan.- Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.- Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di di bawah.

2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalandengan bahan grafik yang diberi.

Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafikseberapa banyak yang ada dan tandakan atausenaraikan maklumat tersebut.

Page 9: Pemarkahan penulisan

3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi.

a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan.i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.

Page 10: Pemarkahan penulisan

ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara

yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerja atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi.

iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

Page 11: Pemarkahan penulisan

4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibinaseimbang.

Tiga ayat daripadagambar pertama ataudua ayat daripada gambarpertama.

Dua ayat daripadagambar kedua atautiga ayat daripadagambar kedua.

Page 12: Pemarkahan penulisan

5. Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:-

a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. Elakkan membina ayat yang mudah.

Page 13: Pemarkahan penulisan

Cuba senaraikan aktiviti-aktiviti yang terdapatdalam gambar di atas.Bina ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti yangdiperoleh.

UPSR 2005

Tulis lima ayat yanglengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapatdalam gambar.

Page 14: Pemarkahan penulisan

Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:-

a. Urutan nombor; 1. .……………………………………

2. …………………………………......

b. Urutan abjad; a. ……………………………………

b. ……………………………………

c. Simbol ( -, /, * dan seumpamanya) d. Perenggan

Ayat yang ditulis tidak semestinyaberkaitan antara satu sama lain

Page 15: Pemarkahan penulisan

TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

Page 16: Pemarkahan penulisan

Siapa Mengapa(aktiviti/perkara)

Apa (objek/peristiwa)

Page 17: Pemarkahan penulisan

TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

Page 18: Pemarkahan penulisan

Tulis lima ayat yang lengkap tentanggambar di bawah.

Page 19: Pemarkahan penulisan

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambardi bawah.

Page 20: Pemarkahan penulisan

Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkangambar di bawah.

Page 21: Pemarkahan penulisan

1. Pada hari Sabtu yang lalu, Mimi sekeluarga telah pergi berkelah di pantai Port Dickson.

2. Ibu dan kakak menyusun makanan di atas tikar, manakala saya membantu ayah mengeluarkan barang dari kereta.

3. Saya menolong ibu dan ayah mengemas barang.

4. Saya dan kakak mandi-manda sambil menunggu ibu menyiapkan makanan.

5. Kami datang ke sana untuk berehat sambil bergembira dan boleh mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Page 22: Pemarkahan penulisan

- Kami sekeluarga pergi berkelah di sebuah pantai yang indah dan permai.

- Saya dan adik sedang menolong ayah mengangkat barang keperluan untuk berkelah.

- Ibu sedang menyusun makanan di atas tikar.

- Ayah mengambil barang yang perlu untuk berkelah.

- Kami sekeluarga berkelah dengan penuh kegembiraan.

Page 23: Pemarkahan penulisan

Maria dan keluarganya berkelah di tepi pantai.Mereka membawa peralatan untuk berkelah.Ibu membawa makanan dan minuman untukberkelah.Maria dan keluarganya sangat gembira dapatberkelah bersama-sama.Maria dan ibunya menyediakan makanan untuk Azman dan ayahnya.

Page 24: Pemarkahan penulisan

• Seorang budak lelaki sedang menolong ayahnya mengangkat barang keperluan berkelah

• Seorang ibu pula sedang menyusun makanan di atas tikar manakala anak perempuannya menghulurkan makanan kepada ibunya.

• Mereka berkelah di sebuah pantai yang indah dan menarik.

• Mereka berkelah berhampiran sebuah pohon yang rendang.

• Mereka sekeluarga berasa sangat gembira dan seronok berkelah bersama-sama.

Page 25: Pemarkahan penulisan

Tulis lima ayat yang lengkap tentanggambar di bawah.

Page 26: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN BKARANGAN

• 30 markah• Tidak kurang 80 patah

perkataan• Diberikan tiga buah

karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja.

KaranganBerformat

Karangan Tidak

Berformat

Page 27: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN B

FORMAT

Tiga tajuk karangan diberi.Jawab SATU soalan

Pilihan soalanmungkin soalanberformat / tidakberformat

Jumlah perkataan tidak kurang 80 patah perkataan

Masa cadangan40 minit

Page 28: Pemarkahan penulisan

BENTUK SOALAN

Corak karangan yang diujimungkin

BERFORMAT

TIDAK BERFORMAT

Apa dia karangan berformat dan karangantidak berformat ?

Contoh …..?????

Page 29: Pemarkahan penulisan

Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatukarangan ?

Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki –Minimum TIGA (3) isi penting. Kalau lebih …… ?

Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan beberapa isi adakalanya sesuai diberi pertimbangan markah yang baik walaupun tanpa huraian lanjut tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang berbentuk penceritaan.

Pertimbangan markah yang sesuai perlu diberi bagi isi yang disertakan contoh dan

huraian, isi beserta contoh atau isi sahaja.

Page 30: Pemarkahan penulisan

YANG PALING PENTING PENULISAN BAHAGIAN BIALAH :--

1. IDEA / ISI - BERAPA ?

2. MENEPATI TUGASAN – SESUAI/TIDAK?

3. PANJANG KARANGAN – JANGAN KURANG 80 pp

4. MEMATUHI FORMAT

5. PERENGGAN – PERLU ADA & BERAPA?

6. LARAS BAHASA

Page 31: Pemarkahan penulisan

YANG PALING PENTING PENULISAN BAHAGIAN BIALAH :--

1. IDEA / ISI - BERAPA ?

2. MENEPATI TUGASAN – SESUAI/TIDAK?

3. PANJANG KARANGAN – JANGAN KURANG 80 pp

4. MEMATUHI FORMAT

5. PERENGGAN – PERLU ADA & BERAPA?

6. LARAS BAHASA

Page 32: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN CBAHAGIAN C

MEMBUATMEMBUATULASANULASAN

Cadangan masa menjawab Bahagian C20 minit

Page 33: Pemarkahan penulisan

Membuat Ulasan• 20 markah• Ulasan yang dibuat berpandukan

soalan kepada situasi yang diberikan.

• Tidak lebih 50 patah perkataan.

Page 34: Pemarkahan penulisan

Bahagian C ini mengandungi satu teks atau pernyataan atau puisi yangmengandungi banyak pengajaran atau nilai-nilai murni.

Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi soalan ini ialah 20 markah.

Page 35: Pemarkahan penulisan

Cara Menjawab SoalanCara Menjawab Soalan

• Baca dan fahami situasi.• Gariskan kata kunci dalam soalan.• Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.• Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10

ayat sahaja.• Panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan.

Page 36: Pemarkahan penulisan

Contoh SoalanContoh SoalanMembuat UlasanMembuat Ulasan

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Page 37: Pemarkahan penulisan

Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikan

1. Disiplin diri- bangun awal2. Rajin- menolong ibu di dapur3. Kasih sayang- bersarapan bersama4. Menghormati orang tua - bersalam5. Menghargai masa –membaca buku6. Bertanggungjawab-menyapu kelas

Page 38: Pemarkahan penulisan

Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menontontelevisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergike sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlahtiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapansekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa menguncibasikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalambarisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapatibahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpangoleh rakan untuk pulang ke rumah.

Page 39: Pemarkahan penulisan

1. Menepati masa- bangun awal pagi2. Menghargai masa- tidur awal3. Menjaga kesihatan diri-bersarapan4. Menghormati ibu bapa- bersalam5. Menjaga keselamatan diri-mematuhi peraturan6. Bersabar-tidak tergesa-gesa7. Menyayangi harta-mengunci basikal8. Hormat – berdiri lagu negaraku dinyanyikan9. Baik hati- menolong orang

Page 40: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN C – Cara menulis.

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikanini ialah ……………………………..(huraian/contoh).Seterusnya, terdapat nilai murni……………………...................................(huraian/contoh)……………...Di samping itu, terdapat nilai murni……………......(huraian/contoh)………………………………………..Selain itu, terdapat nilai murni……………………….……………………………..(huraian/contoh)………….………………………………………………………………Akhirnya, kita……………………….(huraian/contoh)……………………………………………………………..Kita janganlah…………………………………………...(sekiranya perlu)

Page 41: Pemarkahan penulisan

Untuk mendapat markah yang cemerlang Dalam bahagian C ini, anda mestilah:

1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.

Page 42: Pemarkahan penulisan

Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolahyang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedihmelihat cenderamata yang diperolehi daripadasahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adikkerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasabersalah dan meminta maaf kepada kakak.

Page 43: Pemarkahan penulisan

FORMAT SEDIA ADA

PERBANDINGAN ANTARA FORMAT BARU DENGAN FORMAT SEDIA ADA

FORMAT BARU 2005

1. RESPON TERBUKA

2. MASA – 60 MINIT

3. SOALAN 1 – 1A / 1B SOALAN 2 – WAJIB

4. 80 – 120 PP

5. 50 MARKAH S1 – 25 MARKAH S2 – 25 MARKAH

1. RESPON TERBUKA / TERHAD

2. MASA – 1 JAM 15 MINIT

3. BAHAGIAN A – WAJIB BAHAGIAN B – PILIHAN ( 1/3 ) BAHAGIAN C - WAJIB

4. Bah. A – tiada had Bah. B – tidak kurang 80 pp BAH. C – TIDAK lebih 50 PP

5. 60 MARKAH Bah. A – 10 markah bah. B – 30 markah bah. C – 20 markah

Page 44: Pemarkahan penulisan

FORMAT SEDIA ADA

PERBANDINGAN ANTARA FORMAT BARU DENGAN FORMAT SEDIA ADA

FORMAT BARU 2005

6. Terdiri daripada ;-

- Kem. Menulis

7. KAEDAH PENANDAAN - ANALITIK. Isi/pk/sa/ejaan/ tb/imbuhan

6. terdiri daripada ;-

Bah. A – memindah maklumat

BAH. B – KEM. MENULIS

BAH. C - KEM. MENULIS, MEMBINA ULASAN

7. Kaedah penandaan - holistik/ impression. cemerlang / baik / memuaskan / pencapaian tahap minimum

Page 45: Pemarkahan penulisan

GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA

A. CARA PEMERIKSAAN - UMUM

1. PEMERIKSAAN DILAKUKAN SECARA HOLISTIK IAITU DENGAN MELIHAT SECARA KESELURUHAN DAN PENSKORAN DIBUAT MENGIKUT KRITERIA YANG

DIGARISKAN.

PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBACA SETIAP AYAT/ KARANGAN DENGAN TELITI UNTUK MENDAPAT KESAN

(IMPRESSION) DARIPADANYA. SELEPAS ITU NILAI DANANGGARKAN TAHAP KARANGAN ITU DAN DISESUAIKANDENGAN KRITERIA YANG DITETAPKAN

Page 46: Pemarkahan penulisan

2. BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA -

TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKORBERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN.

ISI

( ) KESALAHAN ISI

/\/\/\/\/\/\/ KESALAHAN STRUKTUR AYAT

KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN

KESALAHAN TANDA BACA

KESALAHAN EJAAN

KESALAHAN EJAAN BERULANG

KESALAHAN IMBUHAN

KESALAHAN IMBUHAN BERULANG

Page 47: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN A – 10 MARKAH

PENSKORAN KRITERIA

CEMERLANG( 9 -10 )

i. Menggunakan ayat yang gramatis & menepati bahan grafik.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik.iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul

BAIK( 7 – 8 )

i. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik.iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

MEMUASKAN( 4 – 6 )

i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan bahan grafik.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan

PENCAPAIAN TAHAP

MINIMUM( 1 – 3 )

i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik.ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan grafik.iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

Page 48: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN B – 30 MARKAH

PENSKORAN KRITERIA

CEMERLANG( 24 -30 ) i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik

untuk dibaca. - Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema.iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.

BAIK( 17 – 23 ) i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca.

- Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema.iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan.

MEMUASKAN( 11 – 16 ) i. - Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas.

- Menyatakan idea dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah koma) - Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan.

PENCAPAIAN TAHAP

MINIMUM( 1 – 10 )

i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema - Idea tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami.ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema.iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

Page 49: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN C – 20 MARKAH

PENSKORAN KRITERIA

CEMERLANG( 17 -20 )

i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul

BAIK( 12 – 16 )

i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

MEMUASKAN( 6 – 11 )

i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan

PENCAPAIAN TAHAP

MINIMUM( 1 – 5 )

i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

Page 50: Pemarkahan penulisan

PANDUAN PEMERIKSA

1. BACAAN PERTAMA – BACA SECARA MENYELURUH DAN LETAKKAN DALAM ARAS YANG SESUAI.

2. BACAAN KEDUA – BACA SECARA TELITI IAITU UNTUK MENENTUKAN ASPEK ISI & BAHASA. - PERUBAHAN ARAS PENSKORAN AKAN BERUBAH

SAMA ADA NAIK / KEKAL / TURUN PADA BACAAN KALI KEDUA.

3. KETIKA MENILAI…LIHAT -> a. AYAT DAHULU ( BACA ) UNTUK MEMASTIKAN JAWAPAN YANG DITULIS MENJAWAB TUGASAN ATAUPUN TIDAK. b. PENGGUNAAN KATA (IMBUHAN) C. EJAAN & KOSA KATA d. TANDA BACA.

Page 51: Pemarkahan penulisan

4. KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

5. KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

6. MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 1 MARKAH SAHAJA. Bahasa yang tidak difahami biji butirnya layak dapat 1 markah sahaja.

7. JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH KESELURUHAN AKAN TURUN.

8. JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN

Page 52: Pemarkahan penulisan

PENANDAAN BAHAGIAN A

PENEKANAN UTAMA KEPADA;- PEMINDAHAN MAKLUMAT- TATABAHASA- STRUKTUR AYAT / BINAAN AYAT.

1. AYAT TERSIRAT TIDAK BOLEH DITERIMA. AYAT BERUNSUR NEGATIF DITOLAK SAMA SEKALI.

2. AYAT BERBENTUK DIALOQ BOLEH DITERIMA JIKA SESUAI DENGAN GAMBAR TETAPI

TIDAK DIGALAKKAN.

Page 53: Pemarkahan penulisan

3. BACA SEMUA AYAT YANG DITULIS OLEH CALON. PILIH LIMA AYAT YANG MENGANDUNGI AKTIVITI ATAU MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR SAHAJA.

4. JIKA BUAT LEBIH DARIPADA 5 AYAT, CALON TIDAK BOLEH DAPAT MARKAH PENUH. TIDAK LAYAK DAPAT CEMERLANG. SEKURANG-KURANGNYA BAIK.

5. JIKA SATU POINT/NOMBOR MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SATU AKTIVITI, HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI ISI YANG BERLAINAN. ( SATU AYAT TETAPI

BANYAK AKTIVITI HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI 2 ISI SAHAJA.

6. JIKA CALON BUAT 4 AYAT SAHAJA PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA. SEKIRANYA

MEMPUNYAI LIMA AYAT BERKAITAN GAMBARLAYAK DAPAT MARKAH PENUH.

Page 54: Pemarkahan penulisan

6. JIKA BUAT 2 ATAU 3 AYAT SAHAJA, ARAS PENSKORAN MEMUASKAN.

7. 1 AYAT SAHAJA – PTM

P/S : AYAT YANG GRAMATIS BERMAKSUD AYAT YANG DITULIS BERDASARKAN KEPADA PRINSIP NAHU ATAU TATABAHASA.

Page 55: Pemarkahan penulisan

8. JAWAPAN DALAM BENTUK ESEI DITERIMA TETAPI SKOR PEMARKAHAN ARAS BAIK SAHAJA. BACA ESEI DAN CARI 5 ISI SAHAJA.

9. HURAIAN DAN CONTOH TIDAK DIBERI MARKAH. CARI AKTIVITI YANG YANG SESUAI DENGAN GAMBAR. ASPEK BAHASA TETAP DINILAI.

10. BAHASA MASIH DINILAI.

11. ISI TIDAK IKUT URUTAN DAN WATAK YANG BERBEZA-BEZA DITERIMA.

12. KALAU GAMBAR BERSIRI, AYAT MESTI SEIMBANG. KALAU ADA 2 GAMBAR. 3 + 2 = CEMERLANG

4 + 1 = BAIK 5 + 0 = MEMUASKAN.

Page 56: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN B

1. MESTI ADA PENDAHULUAN & PENUTUP.

2. UNTUK MENDAPAT SKOR YANG CEMERLANG, MESTI ADA SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI + HURAIAN + CONTOH.

3. KALAU TIADA PENDAHULUAN, SKORNYA AKAN MENURUN. KALAU CEMERLANG BERI SKOR PADA CEMERLANG ARAS BAWAH.

4. SEKIRANYA BERFORMAT TETAPI TIADA BUAT IKUT FORMAT DIKEHENDAKI, TOLAK 2 MARKAH. BEGITU JUGA SEBALIKNYA.

Page 57: Pemarkahan penulisan

5. MENYALIN SOALAN PENSKORAN PTM BAWAH ( 1 – 5 MARKAH )

6. DARI SEGI PEMBERIAN MARKAH, 1-5 KESALAHAN EJAAN MASIH BOLEH DAPAT CEMERLANG. 6 -10 PENSKORAN PADA TAHAP BAIK DAN 11 – 15 PENSKORAN MEMUASKAN. 16 KE ATAS PTM.

7. PENILAIAN LAMA BERBENTUK ANALITIKAL SESUAI DIGUNA PAKAI KETIKA P&P KERANA DAPAT BIMBING PELAJAR MENGENALPASTI KESALAHAN.

8. JIKA CALON TULIS LEBIH SOALAN, PERIKSA KARANGAN PERTAMA SAHAJA.

Page 58: Pemarkahan penulisan

BAHAGIAN C

1. MENYALIN PETIKAN - MARKAH TIDAK LEBIH 2.

2. SEKIRANYA LEBIH DARIPADA 50 PP, MARKAH AKAN TURUN.

3. TULIS DALAM BENTUK POINT, ARAS SKOR MAKSIMA BAIK SAHAJA.

4. ULAS SEKURANG-KURANGNYA 5 NILAI SAHAJA. SEKIRANYA HENDAK ULAS SEMUA PUN BOLEH. TIADA PEMOTONGAN MARKAH.

5. ULASAN BAIK TETAPI TIDAK MENCUKUPI 5 NILAI SKORNYA MENURUN.

6. MENYENARAIKAN SAHAJA NILAI/PENGAJARAN PENSKORAN MAKSIMUM 3 SAHAJA.

Page 59: Pemarkahan penulisan

7. SEKIRANYA MENGULAS 5 NILAI/PENGAJARAN LAYAK CEMERLANG. KALAU ULAS 3 – 4 LAYAK DAPAT BAIK KALAU ULAS 2 MEMUASKAN TIDAK ADA ULASAN 1 MARKAH

8. MENJAWAB DALAM BENTUK PERNOMBORAN (TIDAK IKUT PERENGGAN) TETAPI ULASAN SERTA AYAT BAIK, PERKATAAN CUKUP, ARAS PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA.

Page 60: Pemarkahan penulisan

Kesilapan yang biasa dilakukanoleh calon semasa menjawab

soalan peperiksaan

1.

1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan - Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.

2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.

Page 61: Pemarkahan penulisan

3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi

dan penutup. - tiada mempunyai perenggan.

4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta

struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.

5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau

dialog dalam jawapan.

6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal

menjawab cukup soalan.

7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.

Page 62: Pemarkahan penulisan

PETUA SEORANG GURU

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap. Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sumbangan :

En. Jaafar Yusof

Guru Besar SK Palong 12 (F) Gemas, Negeri Sembilan.

Page 63: Pemarkahan penulisan

SELAMAT BERTEMU LAGI.JUMPA LAGI DI LAIN MASA &

KETIKA.

Disampaikan oleh:-MOHAMAD ASRI BIN AYOBSEKOLAH KEBANGSAAN MERU 2

019 3167907 / 03 33931598 (P)