penulisan rencana

44
BAHASA DALAM BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS: KOMUNIKASI BERTULIS: RENCANA RENCANA

Upload: encikseni

Post on 18-Jun-2015

12.235 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN RENCANA

BAHASA DALAM BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS:KOMUNIKASI BERTULIS:

RENCANARENCANA

Page 2: PENULISAN RENCANA

DEFINISIDEFINISI

• Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat,ulasan,huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta sebenar.

• Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.

Page 3: PENULISAN RENCANA

• Fakta – fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik rencana.

• Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana.

• Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang khusus.

Page 4: PENULISAN RENCANA

CIRI-CIRI PENULISAN CIRI-CIRI PENULISAN RENCANARENCANA

• Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya adalah seperti yang berikut:

1.Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal.

Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan mempunyai struktur yang lebih terancang.

Page 5: PENULISAN RENCANA

Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi.

Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.

Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan rencana.

Page 6: PENULISAN RENCANA

2. Tujuan penulisan rencana adalah serius. Melalui rencana terdapat maklumat yang

merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.

Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.

Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu, nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan bagi sesuatu fakta.

Page 7: PENULISAN RENCANA

3. Ada digniti. Penulisan rencana mempunyai

martabatnya kerana mempunyai nilai intelektual.

Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.

Page 8: PENULISAN RENCANA

Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.

Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka,Perpustakaan Negara dan sebagainya.

Page 9: PENULISAN RENCANA

4. Ada ukuran kepanjangan. Sesebuah rencana yang bermutu

mempunyai ukuran kepanjangan yang tertentu.

Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.

Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.

Page 10: PENULISAN RENCANA

Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.

Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan.

Page 11: PENULISAN RENCANA

5. Penulisan yang jelas dan jitu. Penulisan rencana padat dengan

maklumat yang berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.

Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan hujahan penulis.

Page 12: PENULISAN RENCANA

Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan.

Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa, menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut.

Page 13: PENULISAN RENCANA

6. Menyampaikan maklumat. Penulisan rencana dapat menyampaikan

maklumat yang lebih banyak dan jelas kapada para pembaca.

Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut.

Page 14: PENULISAN RENCANA

Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi.

Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing,setinggan,budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan masyarakat.

Page 15: PENULISAN RENCANA

Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana) dan how(bagaimana).

Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh pembaca.

Page 16: PENULISAN RENCANA

7. Rencana bersifat ulasan subjektif. Melalui penulisan rencana,penulis dapat

melahirkan perasaan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang lebih mendalam mengenainya di akhbar.

Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis.

Page 17: PENULISAN RENCANA

Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya.

Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri.

Page 18: PENULISAN RENCANA

8. Tempoh tarikan tidak terhad. Ruang dan tempoh tarikan penulisan

rencana tidak terhad sebagaimana yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.

Page 19: PENULISAN RENCANA

Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu.

Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah berupa imbasan kembali.

Page 20: PENULISAN RENCANA

9. Organisasi penulisan yang logik. Maklumat yang disampaikan dalam

rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut.

Page 21: PENULISAN RENCANA

10. Pembatasan pembicaraan Rencana ditulis berdasarkan skop yang

dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

Page 22: PENULISAN RENCANA

BENTUK-BENTUK RENCANABENTUK-BENTUK RENCANA

• Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu:

Rencana bentuk ilmiahRencana bentuk separa ilmiahRencana bentuk popular

Page 23: PENULISAN RENCANA

1. Rencana bentuk ilmiahRencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam sesuatu bidang.Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain.Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.

Page 24: PENULISAN RENCANA

2. Rencana bentuk separa ilmiahBentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang mendalam.Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat untuk pembaca.Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi.

Page 25: PENULISAN RENCANA

3. Rencana bentuk popularIsi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah berat.Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan santapan rohani pembaca.

Page 26: PENULISAN RENCANA

Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

Page 27: PENULISAN RENCANA

JENIS-JENIS RENCANAJENIS-JENIS RENCANA

1. Rencana jenis peneranganKebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa kumpulan fakta dari berita harian.Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.

Page 28: PENULISAN RENCANA

2. Rencana jenis berita.Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya.Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya.

Page 29: PENULISAN RENCANA

3. Rencana jenis profil.Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh.Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal.Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.

Page 30: PENULISAN RENCANA

4. Rencana jenis penyiasatan.Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir serta pendapat orang ramai. Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang sebenarnya.Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.

Page 31: PENULISAN RENCANA

6. Rencana jenis pendapat.Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh tertentu.Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

Page 32: PENULISAN RENCANA

7. Rencana jenis perbahasanDalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan.Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat pihak lain.

Page 33: PENULISAN RENCANA

8. Rencana jenis kritikan.Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau perkara dengan mengemukakan alasannya.Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan lain kemudiannya.Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian.

Page 34: PENULISAN RENCANA

9. Rencana jenis umum.Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari. Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.

Page 35: PENULISAN RENCANA

PERINGKAT PENULISAN.Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.

BahasaBahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.

Page 36: PENULISAN RENCANA

KANDUNGAN RENCANAKANDUNGAN RENCANA

Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan,tubuh rencana dan penutup rencana.

Page 37: PENULISAN RENCANA

1.1. PendahuluanPendahuluanPendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga akhir.Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata.Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan.

Page 38: PENULISAN RENCANA

2.2. Tubuh rencana.Tubuh rencana.

Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana.Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan kepada tema rencana.Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis. Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah difahami.

Page 39: PENULISAN RENCANA

Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan.Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan.Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut.

Page 40: PENULISAN RENCANA

Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari awal hingga akhir penulisan.Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.

Page 41: PENULISAN RENCANA

• Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaan penanda wacana yang tepat.

• Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan dibicarakan dan mengukuhkan idea utama.

Page 42: PENULISAN RENCANA

3.3. Penutup rencanaPenutup rencana

Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.

Page 43: PENULISAN RENCANA

KESIMPULANKESIMPULAN

Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni penulisan yang tersendiri.Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah dengan baik.

Page 44: PENULISAN RENCANA

BIBLIOGRAFIBIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab.Rashid, 2002. Bahasa Kebangsaan. Pearson Malaysia : Petaling Jaya.