penulisan upsr

193

Click here to load reader

Upload: cekamar

Post on 18-Dec-2015

175 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

upsr

TRANSCRIPT

  • Apa khabar semua?

  • Saya baik. Heehee

  • anBahagian A: Membina Ayat(i) Aktiviti(ii) Situasi / Gambaran / Suasana(iii) Umum

  • PPenskoran [9 -- 10 markah]Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik I(ii) Penggunaan pelbagai kosa kata yang sesuai dengan tugasan

  • (iii) Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul(iv) 5 ayat yang betul dan tidak melakukan lebih daripada 3 kesalahan

  • LANGKAH 11. Lihat gambar / grafik dengan teliti.2. Fikirkan 3 kata tanya (siapa/mengapa/mana)3. siapa berkaitan dengan orang / manusia4. mengapa aktiviti-aktiviti yang telah berlaku5. mana berkaitan dengan tempat / situasiPANDUAN MENJAWAB

  • LANGKAH 3Binalah lima ayat yang lengkap berdasarkan situasi atau aktiviti tertentu berdasarkan gambar atau grafik.LANGKAH 2Catatkan aktiviti (kata kerja) atau situasi (kata adjektif) yang terdapat dalam gambar atau grafik.LANGKAH 4Baca semula ayat-ayat yang dibina. Betulkan semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat (gramatis), penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.

  • Ayat pertamaAyat kedua3.Ayat ketiga4.Ayat keempatAyat kelima

    1123452345

  • 12345

  • 12345

  • 1.Seorang budak perempuan sedang berjoging untuk menyihatkan badan. CONTOH JAWAPAN2.Dua orang budak lelaki sedang bermain bola sepak di taman permainan itu. 3.Seorang budak perempuan sedang mengejar beberapa ekor rama-rama. 5.Cik Zulaikha sedang membaca sebuah novel sambil duduk di atas bangku.4.Dua orang budak perempuan sedang berbuai dengan riang dan gembira.

  • 1.Seorang ibu bersama anaknya hendak membeli ayam goreng. CONTOH JAWAPAN2.Seorang budak lelaki sedang membawa dua bungkusan plastik yang berisi sesuatu. 3.Peniaga itu sedang mencedok air berperasa epal dari salah sebuah balang. 5.Seorang lelaki pula sedang memilih kuih yang disukainya di gerai itu. 4.Seorang peniaga sedang menyusun bebera biji kek di atas meja.

  • 12345

  • 1.Encik Ali menjual berbagai-bagai barangan kraf tangan Sarawak di gerainya. CONTOH JAWAPAN (Aktiviti)2.Pembantu Encik Ali sedang menyusun barang-barang kraf tangan di atas meja. 3.Seorang budak perempuan sedang memakai dan mengayakan seutas rantai yang dibelinya. 5.Seorang budak lelaki sedang memegang sebiji pasu yang cantik. 4.Puan Nita dan anaknya sedang memilih pasu untuk dijadikan hadiah.

  • 1.Gerai yang menjual barangan kraf tangan dari Sarawak itu cantik dan kemas. CONTOH JAWAPAN (Situasi)2.Barangan kraf tangan yang dijual di gerai itu buatannya sangat halus. 3.Barang-barang kraf tangan Sarawak itu dijual dengan harga yang berpatutan. 5.Berpuluh-puluh biji pasu yang pelbagai saiz dan berwarna-warni tersusun di atas meja. 4.Pasu yang pelbagai saiz dan beraneka corak itu menarik hati para pelancong yang datang.

  • 12345

  • 1.Beberapa orang budak lelaki bermain baling-baling bola sambil mandi-manda. CONTOH JAWAPAN [Aktiviti]2.Seorang kanak-kanak berlari untuk menaikkan layang-layangnya. 3.Seorang peniaga aiskrim membunyikan loceng untuk menarik perhatian pelanggannya. 5.Aiman dan adiknya membina istana pasir di tepi pantai dengan menggunakan sebiji baldi. 4.Puan Normah sedang menghidangkan juadah untuk dinikmati oleh keluarganya.

  • 12345

  • 1.Beberapa orang murid kehujanan ketika pulang dari sekolah. CONTOH JAWAPAN2.Beberapa buah rumah ditenggalami air banjir akibat hujan lebat yang turun berjam-jam. 3.Pihak polis memberi bantuan kecemasan dan memindahkan mangsa banjir.5.Pak Cik Samad memikul segulung permaidani sambil meredah banjir.4.Seorang budak membawa sebuntil bungkusan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.[Situasi]

  • 12345

  • 1. Encik Kamil sekeluarga berkelah di tepi pantai yang indah.2. Sambil duduk di tikar mengkuang, dia memerhatikan anak-anaknya yang riang berkejaran di pasir memutih.3. Di laut yang landai, kanak-kanak dengan ditemani penjaga masing-masing seronok bermandi-manda.4. Dua orang kanak-kanak membaling bola tanpa mengira penat.5. Di sebatang pokok yang rimbun, seorang dewasa memerhatikan gelagat orang ramai yang berada di tepi pantai.

  • 1. Walaupun hujan turun dengan lebat, Zahid dan Alex terus mengayuh basikal untuk pulang ke rumah.2. Dalam perjalanan, mereka ternampak sebatang pokok tumbang dan pokok itu merentangi jalan raya.3. Zahid berusaha mengalihkan batang pokok itu, manakala Alex meminta bantuan kenderaan yang lalu di situ.4. Sebuah kereta berhenti, lalu mereka berempat mengalihkan batang kayu itu ke tepi.5. Pemandu dan temannya mengucapkan penghargaan kepada Zahid dan Alex atas sikap prihatin yang ditunjukkannya.

  • Tiga soalan & perlu pilih satu soalan sahaja.Setiap karangan sekurang-kurangnya 3 isi.Setiap isi perlu tiga ayat.Ayat tersebut perlu ISI, CONTOH, & KESAN

  • Penskoran [24 -- 30 markah](i) Penyampaian idea atau persembahan yang jelas dan menarik(ii) Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat gramatis bertepatan dengan tema/tugasan

  • (iii) Penggunaan pelbagai kosa kata dan bersesuaian dengan tema(iv) Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan (iii)Tidak lebih 5 kesalahan

  • ICKUntuk Karangan Fakta Isi + Contoh + KesanFaedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar

  • 1. Kita perlu mengikuti lawatan sambil belajar.2. Banyak faedah yang diperoleh daripada lawatan itu.3. Pihak sekolah biasanya akan mengenakan bayaran tertentu.

  • 1. Banyak faedah yang diperoleh daripada lawatan.2. Salah satu daripadanya boleh menambahkan ilmu pengetahuan.3. Pengetahuan penting kepada setiap murid.

  • 1. Lawatan sambil belajar boleh menambahkan ilmu pengetahuan.2. Kita akan mengetahui proses membuat minuman apabila melawat ke kilang membuat minuman.3. Pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas.

  • FAEDAH-FAEDAH BERSUKANIdeaDapat Menyihatkan Badan

  • 1. Ramai yang suka bersukan.2. Kita boleh bersukan pada waktu pagi ataupun petang.3. Banyak faedah apabila kita bersukan.

  • 1. Menerusi sukan, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita.2. Tubuh yang sihat penting bagi setiap orang.3. Oleh itu, kita perlu bersukan supaya tubuh kita sihat.

  • 1. Menerusi sukan, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita.2. Sebagai contoh, ketika kita berlari, tubuh kita akan mengeluarkan peluh.3. Kesannya, tubuh kita menjadi sihat, lalu mudahlah untuk kita mengulang kaji pelajaran.

  • [I] Menambahkan ilmu pengetahuan [M] Memanfaatkan masa [H] Hiburan

  • Menambahkan Ilmu Pengetahuan

    Apabila ____________ pengetahuan kita akan bertambah. Sebagai contoh, kita akan mengetahui ___________. Pengetahuan itu boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran di kelas / kehidupan seharian.

  • Memanfaatkan Masa LapangSeterusnya, apabila kita _____bermakna kita menggunakan masa kita dengan baik. Jika tidak ______, kemungkinan kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Akibatnya kita terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat seperti merokok.

  • Memberi HiburanKita juga akan memperoleh hiburan apabila kita ________. Sebagai contoh, kita akan _________. Kesannya diri kita akan tenang, seterusnya dapat mengulang kaji pelajaran dengan berkesan.

  • Pengalaman Menarik Berkelah di Port DicksonPada hari minggu lalu saya sekeluarga makan angin di pantai Port Dickson. Kami bertolak dari rumah jam 8.30 pagi dengan menaiki kereta. Apabila kami tiba dua jam kemudian, orang telah ramai membanjiri tepi pantai.

  • Ayah meletakkan kereta di kawasan letak kereta tidak jauh dari pantai. Kemudian kami mengangkat barang yang dibawa seperti beg pakaian, tikar, dan pinggan mangkuk ke bawah sepohon pokok yang rendang. Selepas itu saya dan abang saya, Amirul segera bertukar pakaian.

  • Kami bermandi-manda dalam suasana yang menyeronokkan. Terdapat sekumpulan kanak-kanak melemparkan bola plastik ke arah kami. Kami mengambil bola tersebut dan melemparkan semula ke arah mereka untuk mewujudkan suasana kemesraan.

  • Sedang kami leka bermandi-manda, tiba-tiba terdengar orang meminta tolong.Tolong...! Tolong...!

  • Orang lemas! jerit abang saya. Abang saya yang mahir berenang dan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, segera ke arah kanak-kanak yang hampir lemas itu. Abang menarik tangan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu dibawa ke tepi pantai.

  • Beberapa orang pemuda dan juga keluarga kanak-kanak itu menyambut kanak-kanak itu di tepi pantai. Air yang terminum oleh kanak-kanak itu dikeluarkan oleh seorang pemuda dengan menggunakan mulut. Beberapa minit kemudian kanak-kanak itu sedar semula.

  • Keluarga kanak-kanak tersebut mengucapkan terima kasih kepada abang saya. Abang tersenyum dan mengangguk. Saya yakin abang berasa puas kerana pengorbanannya dihargai.

  • FAEDAH-FAEDAH MAHIR DALAM MENGGUNAKAN KOMPUTERKomputer merupakan alat yang merangkumi alat monitor, papan kekunci dan mesin penyimpan maklumat. Penggunaan komputer mula meluas digunakan pada tahun 1980-an. Jika mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020, setiap rakyat perlu tahu menggunakannya.

  • Komputer dapat memudahkan kerja-kerja menaip. Sebagai contoh, komputer boleh menyunting bahan yang ditaip, menyimpan, dan dicetak dalam jumlah yang diingini. Kesannya, segala urusan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan.

  • Kini komputer telah dimasukkan talian Internet. Hal ini memudahkan kita memperoleh maklumat yang terkni dalam apa juga bidang dari seluruh dunia. Kesannya menjadikan kita manusia yang tahu dengan perkembangan semasa menyebabkan kita tidak seperti katak di bawah tempurung.

  • Komputer boleh juga menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dengan menggunakn Internet, kita akan memperoleh maklumat dalam bidang sains, sejarah, dan bahasa. Segala pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran di kelas.

  • Komputer juga boleh memberikan hiburan. Contohnya, terdapat pelbagai jenis permainan boleh disimpan di dalam komputer. Bermain dalam keadaan terkawal menyebabkan diri kita tenang, lalu mudahlah untuk kita mengulang kaji semula nota pelajaran.

  • Kesimpulannya, komputer merupakan alat yang banyak memberi faedah. Jadi, saya menyeru kepada rakan-rakan, kuasailah ilmu komputer untuk memastikan kita orang yang berjaya. Cara tidak langsung, kita akan menjadi manusia yang berjiwa besar, bukan berjiwa hamba.

  • Pada waktu rehat di kantin sekolah, kamu mendapati beberapa rakan kamu termuntah-muntah. Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk mengatasi masalah tersebut.

  • Nasi Lemak Beracun Pada waktu rehat, murid-murid diminta pergi ke kantin. Tiada seorang pun yang dibenarkan duduk di dalam kelas. Tujuannya untuk mengelakkan kecurian yang dilakukan oleh mereka yang panjang tangan.

  • Pada hari itu, selepas membeli makanan, saya duduk di sebuah bangku panjang. Sebelum sempat saya menikmati nasi lemak, saya terlihat tiga orang murid termuntah-muntah di belakang saya. Secepat kilat saya membuat kesimpulan, tentu mereka mengalami keracunan makanan.

  • Tanpa memikirkan perut yang lapar, saya mendapatkan murid tersebut. Saya meminta- nya jangan meneruskan memakan nasi lemak. Saya membawanya ke tepi agar tidak mengotorkan lantai yang sudah dibersihkan oleh pekerja kantin.

  • Kamu duduk di sini diam-diam. Saya akan memberitahu guru yang bertugas, kata saya lalu bergegas ke bilik guru. Belum tiba di bilik guru, saya terserempak Cikgu Tahir yang hendak ke kantin. Saya menerangkan apa yang berlaku.

  • Cikgu Tahir segera ke kantin mendapatkan tiga orang murid yang kelihatan seperti ayam berak kapur. Mereka segera di bawa ke bilik kesihatan. Guru besar segera mengarahkan pengusaha kantin jangan menjual nasi lemak sehingga terbukti makanan itu benar-benar bersih.

  • Mangsa keracunan kemudiannya dibawa ke klinik. Saya berharap mangsa akan segera sembuh. Sementara menanti rakan-rakan itu pulang, saya alas perut dengan memakan roti.

  • Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar.

  • Kita beruntung kerana negara kita banyak tempat yang boleh dilawati. Kita boleh ke kawasan peranginan di puncak gunung, di tepi pantai, dan kawasan air terjun. Kita juga boleh melihat tempat bersejarah dan kawasan industri.

  • Rakan-rakan yang diingati,Mengikuti lawatan sambil belajar bersama keluarga ataupun rakan boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika ke Melaka, kita akan dapat melihat kesan bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bangunan Stadhuys. Segala pengetahuan itu boleh digunakan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

  • Aktiviti makan angin boleh merehatkan minda setelah penat belajar. Sebagai contoh, jika kita berpeluang melihat keindahan Pulau Pangkor, hati akan terasa terhibur. Kesannya, perasaan menjadi tenang, yang menyebabkan mudah untuk kita mengulang kaji semula pelajaran.

  • Rakan-rakan yang dikasihi,Mengikuti lawatan sambil belajar bermakna kita menggunakan masa lapang dengan aktiviti bermanfaat. Jika tidak turut serta, kemungkinan kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, kemungkinan kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti menghisap rokok.

  • Aktiviti lawatan ini jika dalam tempoh yang lama boleh meningkatkan penguasaan dalam sesuatu bahasa. Sebagai contoh, jika kita mengikuti keluarga melawat ke Britain, penguasaan bahasa Inggeris akan meningkat. Kesannya, mudahlah kita menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris ketika belajar di Malaysia.

  • Rakan-rakan yang disayangi,Demikianlah serba sedikit faedah yang diperoleh apabila mengikuti lawatan sambil belajar. Sesunggunya luas berjalan, luaslah pengalaman kita. Saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun yang berbunyi,

  • Sertai Cuti-cuti Malaysia, Indahnya bercuti bersama keluarga;Bercuti boleh membawa bahagia, Hilang risau hati pun lega.Sekian, terima kasih.

  • Karangan Berbentuk Cerita

    Kamu dan rakan kamu berbasikal untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Tulis pengalaman yang kamu lalui itu.

  • Nyawamu Masih PanjangOleh sebab rumah kami cuma dua kilometer dari sekolah, saya dan Alex lebih senang berbasikal untuk pergi dan pulang dari sekolah. Hari itu, awan gelap hampir menutupi keseluruhan angkasa. Menyedari masa itu emas, tanpa berlengah kami mengayuh basikal meninggalkan perkarangan sekolah.

  • Dalam perjalanan, tiba-tiba gerimis membasahi bumi, lalu kami memecut laju seperti lipas kudung. Hujan yang pada mulanya renyai-renyai, tiba-tiba bertukar menjadi lebat. Saya menjerit meminta Alex berteduh di sebuah rumah kosong.

  • Saya rasa tempat ini tidak selamat, kata saya meluahkan rasa bimbang. Apa tidaknya, keadaan rumah yang usang yang bila-bila masa sahaja menyembah bumi. Guruh dan petir pula bersilih ganti.

  • Saya memerhatikan keadaan rumah. Alex yang dikenai dengan sikap berani, memijak anak tangga untuk naik ke atas. Belum sempat saya menegah, tiba-tiba rumah menyembah bumi, lalu saya melompat keluar.

  • Alex! Alex!! jerit saya apabila menyedari Alex masih di dalam, di bawah timbunan rumah yang roboh itu. Saya tidak mampu mengangkat timbunan papan dan tiang. Saya ke jalan untuk meminta pertolongan.

  • Dalam hujan yang hampir teduh, sebuah kereta berhenti apabila melihat lambaian saya. Seorang lelaki keluar dan saya terangkan apa yang berlaku. Belum sempat kami membantu Alex, Alex seperti ayam berak kapur keluar dari timbunan rumah itu dengan badan yang dipenuhi darah.

  • Karangan Berunsur Fakta

    Setiap tahun sekolah kamu akan mengadakan pesta sukan tahunan. Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai aktiviti tersebut.

  • Faedah-faedah Menyertai Acara Sukan Tahunan Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan pesta sukan. Pesta sukan biasanya diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang ibu bapa hadir. Aktiviti tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.

  • Menerusi penyertaan dalam pesta sukan, badan kita akan sihat. Hal ini demikian kerana apabila kita berlari otot-otot kita akan mengeluarkan peluh. Kesannya kita akan memperoleh ketenangan yang menyebabkan mudah untuk kita mengulang kaji pelajaran.

  • Aktiviti sukan juga boleh menambahkan rakan kita. Sebagai contoh, penyertaan sukan mengikut rumah; Rumah Kuning, Rumah Biru, Rumah Hijau, atau Rumah Merah tanpa mengira kaum. Secara tidak langsung boleh memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia.

  • Penyertaan dalam sukan dapat menaikkan nama sekolah. Hal ini berlaku kerana apabila kita terpilih mewakili sekolah dan menjadi juara, nama sekolah kita akan harum. Dalam jangka panjang, apabila kita sudah dewasa, kita akan berusaha untuk mengharumkan nama negara.

  • Penyertaan dalam sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita. Jika tidak bersukan, mungkin kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang menyebabkan kita menjadi kacang hantu dan muka tembok. Kesannya, diri kita bebas daripada gejala yang tidak sihat, sekali gus tidak berfikiran jumud bagai katak di bawah tempurung.

  • Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu disertai oleh setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sukan yang sekolah anjurkan.

  • Bahagian C: Ulasan Nilai Murni @ PengajaranPelbagai petikan; cerita, berita, atau puisi (pantun, sajak, syair)Perlu 5 nilai murni / pengajaranSetiap isi perlu keterangan dan bukti

  • Penskoran [17 hingga 20 markah](i) Idea jelas dan tepat dengan menggunakan ayat gramatis(ii) Penggunaan pelbagai kosa kata yang meluas dan bersesuaian bahan rangsangan

  • (iii) Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul (iv) Terdapat 5 nilai murni / pengajaran (v) Tidak lebih 3 kesalahan

  • N 16 Nilai MurniBaik Hati 2. Berdikari3. Hemah tinggi 4. Kasih Sayang 5. Hormat-menghormati 6. Keadilan 7. Kebebasan8. Keberanian 9. Kejujuran10. Kebersihan Fizikal & Mental

  • 12. Kerajinan 13. Kerjasama14. Kesyukuran 14. Rasional15. Kesyukuran 16. Semangat Bermasyarakat

  • Nilai MurniKebiasaannya pada hari minggu seperti ini, selepas bersarapan, Anita akan mengulang kaji pelajaran. Dia lebih suka membaca buku daripada menonton televisyen. Sedang dia membaca, dia terdengar namanya dilaung. Tanpa membuang masa dia keluar dari dalam bilik.

  • Tolong emak siram pokok anggerik itu, pinta Puan Zainon. Anita dengan senang hati membuat seperti yang diminta oleh ibunya. Sambil menyiram, dia akan mengutip sampah yang bertaburan di halaman.

  • Tanpa diduga, dia ternampak seekor ular daun menjuntai dari celah pokok anggerik. Anita berdiri tegak, kemudian mengundur secara perlahan untuk mendapatkan ibunya yang sedang mencuci lantai anjung rumah.

  • Terdapat beberapa nilai murni yang boleh didapati daripada petikan. Nilai murni yang pertama ialah menghargai masa, contohnya Anita mengisi masa terluang dengan mengulang kaji pelajarannya agar memahami apa yang guru ajar. Seterusnya, nilai murni yang kedua pula ialah hormat dan taat kepada ibu bapa, contohnya Anita segera keluar dari bilik dan mendapatkan ibunya sebagai tanda menghormati panggilan ibunya itu.

  • Selain itu, nilai murni yang ketiga ialah kerajinan, contohnya Anita menyiram pokok anggerik supaya pokok itu hidup subur dan mengeluarkan bunga. Selanjutnya nilai murni yang keempat ialah keikhlasan, contohnya Anita ikhlas menyiram pokok bunga tanpa mengharapkan sebarang balasan. Nilai murni yang kelima ialah menjaga kebersihan, contohnya Anita mengutip sampah yang bertaburan di halaman rumah agar persekitaan kelihatan bersih.

  • Nilai murni yang terakhir ialah boleh membuat pertimbangan, contohnya Anita berdiri tegak dan berundur secara perlahan apabila berhadapan dengan ular. Kesimpulannya, kita hendaklah mengisi masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah agar dapat memberi kegembiraan kepada diri sendiri dan orang lain.

  • PENGAJARANZAIDI: Mengapa kamu duduk sahaja di sini? Kamu tak pergi makan?GOPAL: Duit saya dicuri orang. Hilang ketika di dalam kelas lagi.ZAIDI: Saya bawa RM2.00. Ambillah RM1.00.

  • GOPAL: Terima kasih. Kamu memang kawan yang baik hati.ZAIDI: Eh, budak di sana tu muntah! Mungkin memakan makanan yang tidak bersih! Kita jangan membeli makanan yang kotor. Sebenarnya untuk memastikan makanan bersih dan berjimat lebih elok membawa makanan dari rumah.

  • Terdapat beberapa pengajaran yang boleh didapati daripada petikan dialog di atas. Pengajaran pertama, kita hendaklah prihatin dengan masalah rakan, contohnya Zaidi bertanya kepada Gopal sebab rakannya itu duduk sahaja di situ, sedangkan orang lain pergi membeli makanan.

  • Pengajaran yang kedua, kita perlulah bersikap amanah, contoh sikap murid yang mencuri duit Gopal sehinggakan Gopal tidak boleh berbelanja pada waktu rehat janganlaah diikuti. Pengajaran yang ketiga, kita seharusnya berkongsi masalah dengan rakan, contohnya Zaidi memberi RM1.00 kepada Gopal agar rakannya itu boleh membeli makanan.

  • Pengajaran yang keempat, kita sepatutnya melahirkan penghargaan pemberian orang, contohnya Gopal mengucapkaan terima kasih setelah Zaidi memberikan wang sebanyak RM1.00. Pengajaran yang kelima, kita hendakklah memakan makanan yang bersih, contohnya sikap murid yang memakan yang kurang bersih menyebabkan termuntah ketika makan.

  • Pengajaran yang terakhir, kita sewajarnya berjimat dalam berbelanja, contohnya, sebaik-baiknya membawa makanan dari rumah sebagai langkah berjimat. Oleh hal demikian, kita hendaklah bersikap baik hati dengan membantu orang yang dalam kesusahan agar orang lain juga akan membantu kita ketika kita memerlukan.

  • Ulasan A [Nilai Murni]Hafiz dan Raju berjalan berhati-hati di bahu jalan. Di depan dia ternampak sebuah kereta Proton Waja. Daripada nombor kereta itu, dia tahu kereta itu kepunyaan Cikgu Halimah. Mereka melangkah lebih cepat. Hafiz bertanya untuk mengetahui kedudukan perkara yang sebenar.

  • Kereta cikgu habis minyak. Setesen minyak pula jauh. Hendak menelefon suami, telefon cikgu tertinggal di rumah, kata Cikgu Halimah, guru kelas mereka.

  • Cikgu jangan bimbang. Biar saya belikan minyak petrol di kedai Pak Kassim. Biasanya motosikal beli minyak di kedai itu, kata Hafiz. Cikgu Halimah bersetuju, lalu menyerahkan wang sebanyak RM10.00. Hafiz segera bergegas ke kedai setengah 500 meter dari situ.

  • Beberapa minit kemudian Hafiz datang dengan membawa bekas plastik. Setelah minyak dituang, enjin kereta dapat dihidupkan. Cikgu Halimah mengucapkan terima kasih atas pertolongan Hafiz.

  • Ulasan B [Pengajaran]Kami akan ke rumah Cikgu Safuan, kata Kim Boon, berbohong kepada ibunya. Kim Boon, Taufik, dan Raja secara diam-diam ke lombong di hujung kampung. Sebelum sampai di tempat dimaksudkan, mereka akan melalui dusun Pak Tahir. Tanpa meminta izin tuan punya dusun, mereka memakan sepuas hati buah rambutan, duku, dan langsat.

  • Setibanya di tasik bekas lombong itu, mereka segera mandi. Sekiranya ibu bapa mereka mengetahui aktiviti tersebut, sudah tentu mereka akan dimarahi. Mereka mandi di situ sudah 90 minit. Sedang mereka mandi, tiba-tiba Kim Boon meminta tolong. Beberapa minit kemudian dia hilang daripada pandangan. Taufik dan Raja cuba membantu, tetapi gagal.

  • Petang itu, lebih 50 penduduk kampung berusaha mencari Kim Boon. Usaha mereka berhasil tetapi Boon Kim sudah tidak bernyawa. Taufik dan Raja berasa sedih dan menyesal akan perbuatan mereka bermandi-manda di kawasan yang dilarang.

  • Ulasan 1NADIA: Kami sekeluarga mengucap- kan takziah atas pemergian ayahmu, Azuen. Saya berharap kamu tabah menghadapi dugaan ini.AZUEN: Terima kasih Nadia kerana sudi datang. NADIA: Itulah kawan namanya. Saya cuma ingin tahu, sebelum ayah kamu meninggal dunia, ada dia berpesan apa-apa kepada kamu?

  • AZUEN: Ayah berpesan kepada saya, sebagai anak sulung, dia mahu saya gigih belajar supaya memperoleh kejayaan dan kejayaan itu dapat dicontohi oleh adik- adik. Ayah juga mahu jika saya ada kelapangan hendaklah membantu ibu di dapur, sebagai latihan apabila saya dewasa. Satu lagi, ayah mahu saya menghormati dan mendengar nasihat guru.

  • NADIA: Saya perhatikan kamu begitu tabah menghadapi dugaan ini. AZUEN: Saya perlu tabah dan tidak perlu berterusan menangis, kelak menambah rasa risau ibu dan dua orang adik saya. Ayah mahu saya memperoleh 5A dalam UPSR. Walaupun ayah telah tiada, saya tetap berusaha menunaikan impian ayah yang mahu saya mendapat keputusan yang cemerlang.

  • NADIA: Sebagai tanda simpati, terimalah sedikit pemberian daripada kami sekeluarga.AZUEN: Buat apalah susah-susah. Kamu sudah datang pun sudah lebih daripada cukup. Terima kasih banyak-banyak.

  • Ulasan 2Diana seorang murid yang rajin. Pada waktu lapang, dia akan menghabiskan masa dengan membaca buku sekolah. Dia suka membaca buku cerita sama ada dalam bahasa Melayu, mahupun dalam bahasa Inggeris.

  • Di dalam kelas, dia akan tekun mendengar apa yang guru ajar. Jika dia tidak mengetahui tentang sesuatu topik yang guru ajar, dia akan bertanya guru. Sikapnya yang ringan mulut dan ringan tulang menyebabkan rakan-rakan dan guru-guru menyayanginya.

  • Ketika di rumah dia tidak pernah duduk diam. Selepas membat kerja sekolah yang guru beri, dia akan membantu ibunya di dapur seperti membasuh pinggan mangkuk, mengelap meja, dan menyampu lantai. Apabila dia penat, dia akan merehatkan badan dengan menonton televisyen.

  • Pada waktu lapang, dia akan membantu ibunya di dapur. Dia tahu ibunya letih, sebab itulah dia ringan tulang membantu. Kadang-kadang dia akan dia akan bermain badminton dengan jiraan sebelah rumaahnya, Anita.

  • Ulasan 3Syair Pesanan AyahandaDengarlah anakanda ayahandamu berperi,Kepada anakanda yang muda bestari,Nasihat berguna ayahanda beri,Menjadi bekalan kemudian hari.

  • Menjalankan kerja janganlah malas,Zahir dan batin janganlah culas,Lakukanlah pekerjaan dengan ikhlas,Tergambar kebaikan bagai air di gelas.

  • Tutur kata sopan perlu dilafazkan,Perangai yang lembut anakanda lakukan,Hati yang sabar anakanda tetapkan,Perasaan orang perlu fikirkan.

  • Kesukaan orang anakanda cari,Kawan tidak akan lari,Masyhurlah anakanda dalam negeri,Sebab kelakuan anakanda bijak bestari.

  • Ulasan 4Saya menunggang basikal dengan berhati-hati. Pengalaman yang dilalui oleh rakan saya yang patah kaki akibat dilanggar kereta membuatkan saya berhemah ketika di jalan raya. Saya yakin, jika saya melalui jalan yang betul dan memakai baju yang cerah, risiko kemalangan akan kurang.

  • Di depan, saya ternampak satu bungkusan di tepi jalan. Saya berhenti dan membuka bungkusan itu untuk mengetahui apa yang terdapat dalam bungkusan yang beratnya melebihi 10 kilogram.

  • Eh, ini barangan pos. Macam mana posmen boleh terjatuh? Alamatnya... saya kenal Pak Cik Hamid, penduduk kampung saya, bisik hati saya lalu meletakkan barang tersebut di tempat barang. Saya mengayuh basikal di ke rumah Pak Cik Hamid, dua kilometer dari sini. Apabila tiba di rumah Pak Cik Hamid, saya menujukkan bungkusan itu.

  • Pak Cik Hamid kemudian menghadiahi saya wang sebanyak RM10.00 atas pertolongan saya. Saya menolaknya dengan baik kerana apa yang saya lakukan memang ikhlas. Pak Cik Hamid bersyukur kerana barang yang berharga yang dipesannya akhirnya dapat diterima dalam keadaan selamat.

  • Ulasan 5Waktu pembelajaran Bahasa Melayu sudah berlalu. Kini saya menunggu kedatangan Cikgu Noraini yang akan mengajar mata pelajaran Sains. Sementara menanti kedatangan Cikgu Noraini, saya meminta rakan-rakan membuka buku Sains.

  • Ada murid yang tidak mendengar kata; terus berbual dan mengetuk-ngetuk meja. Dalam suasana yang hinggar-binggar itu, saya ternampak Deren tiba-tiba jatuh pengsan. Saya meluru mendapatkan Deren yang terbaring di simen.

  • Sejurus selepas itu, Cikgu Noraini dan Cikgu Kamal muncul. Mereka berdua segera mendapatkan Deren yang dalam dalam keadaan pengsan. Deren kemudiannya diangkat oleh guru tersebut dengan dibantu empat orang murid dan dibawa ke bilik kesihatan. Oleh sebab keadaan Deren tidak juga berubah, Cikgu Kamal membawa Deren ke Klinik Sentosa.

  • Di klinik, saya yang turut menghantar Deren menanti di luar bilik rawatan. Kemudian doktor yang bertugas memberitahu keadaan Deren tidak membimbangkan. Menurutnya, Deren hanya pengsan biasa kerana terlalu letih bersukan. Saya berdoa semoga rakan baik saya akan pulih semula dan dapat ke sekolah kembali.

  • Ulasan 6Ketika dalam perjalanan untuk ke sekolah, hujan mula turun. Audrey dan Malik berteduh di sebuah pondok yang usang. Sambil menanti hujan teduh, mereka memanfaatkan masa yang terluang dengan membaca. Mereka tidak mahu masa yang ada berlalu begitu sahaja.

  • Setelah hujan teduh, mereka bergegas ke sekolah. Oleh sebab keadaan jalan becak, mereka berjalan di bahu jalan dengan berhati-hati. Mereka mempercepat langkah. Akhirnya mereka tiba di sekolah.

  • Jam sudah menunjukkan 8.30 pagi. Ketika mereka tiba, Cikgu Murni sedang mengajar Matematik. Malik mengetuk daun pintu. Sesudah meminta izin masuk, barulah mereka berdua masuk ke kelas 6 Excel.

  • Minta maaf, cikgu. Kami berdua lewat kerana hujan, kata Malik.Cikgu kagum melihat kamu berdua. Walaupun hujan tetap mahu ke sekolah. Sikap yang kamu tunjukkan seharusnya menjadi contoh kepada murid yang lain, balas Cikgu Murni.

  • Ulasan 7ZAIDI: Mengapakah kamu tidak hadir ke kelas tambahan semalam?

  • BADRUL: Saya penatlah. Lagipun dalam peperiksaan yang lepas saya mendapat keputusan yang agak baik. Tak payah susah- susah lagi.

  • ZAIDI: Habis, sepanjang petang kamu ke mana?BADRUL: Saya ke kolam memancing.ZAIDI: Ibu bapa kamu tahu?

  • BADRUL: Buat apa beritahu. Ah, mereka bukan tahu apa yang saya buat. Mereka sibuk dengan kerja sehinggakan saya ke sekolah atau pun tidak, mereka tidak kisah.

  • ZAIDI: Untuk berjaya dalam pelajaran, perlu berterusan belajar. Jangan berpuas hati terhadap keputusan yang lepas. Sebagai kawan, saya hanya mampu memberi nasihat.

  • BADRUL: Saya bosan dengan leteran. Saya tidak mahu mendengar apa-apa lagi teguran. Saya sudah bosan belajar.

  • PEMAHAMAN

  • ABCDSiniSituBeginiBegitu

    _______ lah cara membuat kek perasa vanila, kata Chef Wan kepada suri rumah itu.

  • ACBDYang MuliaYang BerusahaYang BerhormatYang Berbahagia

    _______ Putera Sultan Selangor telah melawat hospital yang baru itu pagi tadi.

  • ASemasa melawat kilang minuman itu, kami _______ dengan baik oleh pengurus kilang tersebut. BdilayandijamuCdijaga

  • ABCmenyesuaibersesuaianmenyesuaikan

    Nur Afiqah berusaha _______ diri dengan kawan-kawan di sekolah barunya.

  • ACBDbagiagarkeranasupaya

    Rancangan Hari Ini Dalam Sejarah disiarkan _______ mengenang kembali peristiwa silam.

  • ABCDmanjagaraulunaknyaringSuara Abdul Jamil sungguh _______ sehingga mengganggu adik perempuan-nya yang sedang tidur lena.

  • ABCDmemagutmenggigitmenggeritmengunyah

    Tikus putih _______ bekas plastik ini hingga tidak dapat digunakan lagi.

  • ABCDasuhaningatanarahandoronganIbu bapa perlu memberi _______ kepada anak-anak untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

  • ACBmerenjismenyirammenyimbah

    Tuan Haji Shamsuddin menabur bunga dan _______ air mawar ke atas pusara isterinya.

  • ABCDbenar-benarhidup-hidupbulat-bulatmasak-masakFikirkanlah perkara itu _______ sebelum kamu membuat keputusan, kata ayah kepada Shuhaimi.

  • DBCASetelah ituJika demikianNamun demikianMeskipun Rasdan gigih menjalani latihan. _______, dia gagal mendapat tempat pertama dalam pertandingan lompat jauh.

  • BCAterpijaktersepaktertendang

    Tan Ah Leong _______ tahi lembu yang bertaburan di atas jalan ketika dia hendak pergi ke rumah kawannya.

  • ACBDflora dan faunapemandangankeadaansuasana

    Amboi, cantiknya _______ di tasik itu! kata Nita kepada abangnya.

  • ACBDmenghayunmemimpinmenolakmenarik

    Puan Zunaidah _______ tangan anaknya ketika hendak melintas jalan itu.

  • CBADjalanpintubuahbijiLima _______ rumah kedai telah hangus dalam kebakaran di Jalan Bendahara, Teluk Intan pada bulan lepas.

  • ABCDterjatuhjatuhkanmenjatuhimenjatuhkan

    Hakim telah _______ pencuri itu hukuman penjara selama setahun enam bulan.

  • C

    BADsukarelawancendekiawanolahragawanbangsawanRumah kayu yang usang di Kampung Pasir Salak itu telah dibaiki dan dicat semula oleh sekumpulan _______.

  • CBADikatgugusbatangrumpun

    Mak Cik Norhasimah membeli dua _______ serai di pasar tani pagi tadi.

  • Dia ________ kejayaan dalam pertandingan itu kerana usaha gigihnya yang tidak pernah mengenal jemu. AperolehiBberolehkanCmemperolehDmemperolehi

  • Encik Rashid ________ isterinya sepasang anting-anting berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. AhadiahiBmenghadiahiCberhadiahkanDmenghadiahkan

  • Para pekerja Majlis Perbandaran Teluk Intan sedang ________ jalan menuju ke kawasan taman rekreasi itu. AmelebarBmemperlebarCmemperlebariDmemperlebarkan

  • Pak Malek sedang ________ besi pemegang kereta sorong itu supaya selesa dan senang untuk digunakan.

    ABCDmengikismengukirmengorekmengikir

  • Hidung dan tapak tangan kiri budak itu luka sedikit apabila dia jatuh ________ semasa berlari di padang pagi tadi.

    AtelentangDtersembamCterperosokBtejelepak

  • Abd. Rahim tenang duduk di dalam sampan sambil menunggu __________ dimakan oleh ikan di sungai itu. AkailnyaBjorannyaCumpannyaDpancingnya

  • AmenjatuhiHakim telah ________ pencuri itu hukuman penjara selama setahun sembilan bulan dan denda sepuluh ribu ringgit. CberjatuhanBdijatuhkanDmenjatuhkan

  • AYang Mulia________ Putera Sultan Terengganu telah melawat hospital yang baru siap dibina itu pagi tadi. CYang BerhormatBYang BerusahaDYang Berbahagia

  • DmemakuKerja-kerja ________ ini harus dilakukan dengan berhati-hati, pesan Cikgu Suhaimi kepada Murad. CmengetamBmemahatAmenggerudi

  • AgemalMak Cik Odah sedang menanam beberapa ________ anak padi di bendangnya petang semalam. CbatangBpokokDrumpun

  • CB

    ADsarapanmakananhidangansajianMereka menuju ke ruang tamu untuk menikmati juadah yang sudah berhidang. PERKATAAN SAMA ERTI

  • CB

    ADmenafikanmenyetujuimembantahmenolakSetelah disoal siasat, pencuri itu akhirnya mengakui perbuatannya. PERKATAAN BERLAWAN

  • 1 Setelah berbalah, penghabisannya tiada siapa yang dapat merebut jawatan itu. 11 Hari ini merupakan hari penghabisan sebelum muird-murid bercuti panjang.111 Kereta yang baharu dibelinya telah penghabisan minyak.1V Dia diamanahkan mengunci pintu pejabat kerana penghabisan keluar.A 1 dan 111 sahaja B 11 dan 111 sahajaC 1, 111, dan 1V sahaja D 1, 11, dan 1V sahaja

  • Kegiatan sukan membantu memumpuk semangat kesukanan, membina badan yang sihat, dan otak yang cerdas. A Adalah dipercayai bahawa badan yang sihat dan otak yang cerdas adalah hasil daripada kecerdasan seseorang dalam kegiatan sukan, sekali gus dapat memupuk semangat kesukanan.

  • B Semangat kesukanan yang tulen lahir daripada kegiatan sukan yang berasaskan kercerdasan otak dan badan yang sihat.C Orang mengatakan bahawa kegiatan sukan dapat melahirkan masyarakat yang bersemangat kesukanan.D Lazimnya, orang yang sihat dan berbudi bahasa ialah orang yang aktif dalam kegiatan sukan.

  • Penyakit barah merupakan penyakit moden yang berbahaya kerana penyakit itu akan merebak dan memusnahkan sel, tisu, dan organ. A Barah ialah penyakit yang boleh merebak melalui jangkitan sel, tisu, dan organ.

  • B Sel, tisu, dan organ yang musnah akibat kanser adalah disebabkan peredaran darah yang tidak berfungsi.C Barah ialah penyakit yang berbahaya dan pengubatannya memerlukan sel, tisu, dan organ baharu.D Salah satu penyakit yang boleh memusnahkan fungsi sel, tisu, dan organ seseorang ialah penyakit barah.