penulisan bahagiana

Upload: khairun-aimi-khairun-anuar

Post on 18-Jul-2015

182 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bahagian A Perkara : Memindahkan maklumat dari bahan grafik Stimulus : Gambar / carta / graf / peta / dsb. Bilangan soalan : 1 soalan sahaja (Tiada pilihan) (Soalan wajib dijawab) Jumlah perkataan : Tiada had Bentuk jawapan : Ayat yang lengkap / gramatis (bernombor/ point / perenggan) Markah : 10 markah Cadangan masa menjawab : 15 minit

KERTAS 2 - BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)PANDUAN MENJAWAB LANGKAH 1 1. Lihat gambar dengan teliti. 2. Fikirkan 3 kata tanya (mana/siapa/apa) 3. mana berkaitan dengan tempat 4. siapa berkaitan dengan orang yang ada 5. apa berkaitan dengan aktiviti yang berlaku LANGKAH 2 Catatkan aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang terdapat dalam gambar. (kata kerja)

LANGKAH 3 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti tersebut.

LANGKAH 4 Baca semula ayat-ayat tersebut. Betulkan semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda bacaan dan ejaan.

CONTOH 1Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah

LANGKAH 1 & 2mana? siapa?taman permainan 1. perempuan dewasa dan kanak-kanak 2. lelaki dewasa dan kanak-kanak (budak)

apa?

1. 2. 3. 4. 5.

berbual-bual bermain bermain berjoging menangkap

LANGKAH 3Bina ayat lengkap 1. Tiga orang budak perempuan sedang berbual-bual sambil duduk di bangku. 2. Dua orang budak perempuan bermain buaian yang terdapat di taman permainan. 3. Dua orang budak lelaki sedang bermain bola sepak. 4. Beberapa orang sedang berjoging di sekitar taman permainan. 5. Seorang budak perempuan cuba menangkap rama-rama dengan menggunakan jaring.

CONTOH 2

mana? siapa?

ruang tamu 1. perempuan 2. lelaki

keluarga surat khabar seluar baju televesyen buku

apa?

1. 2. 3. 4. 5.

membaca menjahit melipat menonton membaca

Bina ayat lengkap

1. Ayah duduk di atas sofa sambil membaca surat khabar. 2. Emak sedang menjahit sehelai seluar yang koyak dengan menggunakan mesin jahit. 3. Kakak yang duduk di lantai sedang melipat beberapa helai seluar dan baju. 4. Abang asyik menonton televisyen akan rancangan yang diminatinya. 5. Adik duduk di meja bacaan sambil membaca buku

LATIHAN 1

1. Amin padam dan bersihkan papan hitam di bilik darjahnya. 2. Saraswathy mengelap cermin tingkap. 3. Ali sedang meja susun di dalam kelasnya kemas dan teratur. 4. Amin dan Ah chong sedang menyapu sampah di dalam kelasnya supaya sentiasa bersih 5. Mariam mengutip sampah lalu memasukkan ke dalam tong.

LATIHAN 3

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA BAHAGIAN A CEMERLANG, ayat gramatis, menepati stimulus,perbendaharaan kata dan kosa kata meluas, ejaan dan tanda baca yang betul. Keputusan BAIK, ayat jelas dan menepati stimulus, perbendaharaan kata dan kosa kata sederhana

MEMUASKAN - mudah, ringkas dan sesuai dengan stimulus. Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM bila ayat tidak sesuai dengan stimulus, penggunaan perkataan yang terhad dan tidak besesuaian dengan stimulus. Banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.