penulisan cemerlang

Download PENULISAN CEMERLANG

Post on 04-Jul-2015

1.837 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

ZH/Penulisan cemerlang

PENULISAN KARANGAN CEMERLANGPerekayasaan oleh Zaiton Hashim(GCBM),SMKSB PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia KBSM, Bahasa Melayu kertas 1 terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A ialah karangan berpandu berdasarkan bahan rangsangan dan Bahagian B ialah karangan respons jenis dan format terbuka . Bentuk soalan yang dikemukakan berdasarkan yang dipelajari. Manakala satu bentuk soalan berunsurkan

sastera merupakan item terakhir dalam Bahagian B. Peruntukan masa bagi kertas 1 ialah dua jam 15 minit . Soalan Bahagian A MESTI dijawab. Calon diminta untuk menjawab satu soalan pada Bahagian B .Calon boleh menggunakan tulisan Rumi atau Jawi. Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.(Smith, 1969)

1

ZH/Penulisan cemerlang BAHAGIAN A Karangan berpandu berdasarkan bahan rangsangan. BAHAN RANGSANGAN

Gambar foto Gambar rajah Ilustrasi kartun Pelan Iklan Petikan Catatan Masa yang dicadangkan untuk bahagian A ialah 45 minit. Markah yang

diperuntukkan sebanyak 30 markah. Calon boleh menulis karangan antara 200 250 patah perkataan. Tema diberikan secara tersurat / tersirat berdasarkan bahan rangsangan. Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan dengan jelas. Calon perlu meneliti tugasan soalan (huraikan / jelaskan / bincangkan dll) dan mengenal pasti skop soalan. Isi dalam bahan rangsangan membantu pelajar merangka dan menulis karangan. Jumlah isi hendaklah sesuai dengan kepanjangan karangan dan markah yang diperuntukkan. Dicadangkan supaya pelajar dapat mengemukakan tiga idea yang sesuai dengan kehendak soalan. Pemarkahan karangan Bahagian A Pemarkahan berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.

2

ZH/Penulisan cemerlang

Bahagian B Jenis karangan berformat Surat kiriman Syarahan/ucapan/ceramah Wawancara/dialog/forum Rencana Berita Laporan Perbahasan Karangan tidak berformat Ulasan Pendapat/pandangan Perbincangan Fakta Peribahasa/cogan kata Masa yang dicadangkan untuk bahagian B ialah satu jam 30 minit. Markah yang diperuntukkan sebanyak 100 markah. Panjang karangan hendaklah melebihi 350 patah perkataan. Calon seharusnya menggunakan masa dengan berkesan untuk membaca arahan dan memilih soalan. Rancangkanlah masa untuk merangka idea, menulis dan menyunting karangan.Calon perlulah mematuhi langkah-langkah untuk menulis karangan yang cemerlang.

3

ZH/Penulisan cemerlang

Langkah-langkah penulisan 1 Baca arahan dengan teliti. Pilihlah soalan yang benar-benar difahami,

mudah dan sesuai dengan kemampuan calon.Pastikan calon mempunyai banyak idea tentang soalan yang dipilih. 2 Setelah memilih soalan, pastikan karangan berformat atau tidak. Tandakan soalan yang telah anda pilih. Pastikan calon memahami setiap kata dan maksud keseluruhan soalan itu. 3 Seterusnya, calon perlu menyediakan rangka karangan. Bahagikan pendahuluan, idea karangan dan penutup. Tujuan rangka karangan kepada

menulis rangka karangan adalah untuk mengelakkan daripada tertinggal idea dan mendahulukan idea penting. 4 5 yang 6 7 Pendahuluan hendaklah tepat dan berkesan serta menarik pemeriksa Perenggan idea sesuai harus mestilah dihuraikan dengan berkembang berserta digunakan untuk memperlihatkan pertautan dan untuk membaca perenggan yang seterusnya. dengan contoh yang sesuai dan penyampaian yang menarik. Penanda wacana kesinambungan antara perenggan. Bahagian penutup merupakan kesimpulan karangan terhadap pendapat Calon dinasihatkan menggunakan kosa kata yang sesuai, tepat dan yang telah dikemukakan dan menjelaskan pemahaman calon terhadap soalan. luas.Penggunaan pelbagai jenis ayat seperti ayat majmuk, ayat penyata, ayat tanya dan ayat songsang dapat memberikan kesan dari segi bahasa. 8 Penggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa, simpulan bahasa, pendapat tokoh dan sebagainya menunjukkan kepelbagaian bahasa dan kematangan calon dalam bahasa. 9 Sebelum menulis karangan, pastikan anda mencatat nombor soalan yang dipilih pada kertas jawapan.

4

ZH/Penulisan cemerlang 10 Peruntukkan lima hingga sepuluh minit terakhir untuk menyunting

karangan anda. Baca karangan sambil menyemak ejaan, tanda baca dan tatabahasa. Kesalahan ejaan dan format Kesalahan ejaan akan menyebabkan markah dipotong. Begitu juga dengan kesalahan format karangan. Kesalahan ejaan akan dipotong markah bagi setiap satu ejaan yang silap. Maksimum pemotongan kesalahan ejaan ialah 5 markah dan kesalahan format ialah 4 markah. Pemarkahan karangan bahagian B Pemarkahan berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan. Pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, bentuk soalan karangan dikemukakan mengikut dimensi karangan: 1 Diri 2 Keluarga 3 Masyarakat 4 Negara 5 Antarabangsa Dalam penulisan karangan yang cemerlang, unsur-unsur nilai murni boleh diserapkan. Menggabungjalinkan unsur ini dalam penulisan karangan akan memberi faedah kerohanian kepada penulis dan pembaca agar menjadi warganegara yang memiliki jati diri yang tinggi serta berperibadi mulia.Contoh nilai murni : Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat-menghormati Kasih sayang Keadilan kejujuran kerajinan kerjasama kesederhanaan kesyukuran patriotisme

5

ZH/Penulisan cemerlang Kebebasan Keberanian rasional semangat bermasyarakat

Kebersihan fizikal dan mental

Sediakan payung sebelum hujanBerdasarkan peribahasa di atas, pelajar perlu membuat persediaan secara

berstruktur untuk menghasilkan penulisan karangan cemerlang. Persediaan pelajar merangkumi membaca bahan-bahan yang sesuai seperti majalah , surat khabar dan bahan-bahan ilmiah termasuklah sumber rujukan semasa untuk memperoleh informasi, data dan petikan kata-kata tokoh tentang isu-isu muktahir. Pelajar boleh membuat buku skrap untuk mengumpulkan ke semua bahan bacaan yang diperoleh itu. Kompilasi bahan-bahan itu antaranya termasuklah : Rangkaian kata menarik/indah Kesunyian malam mendakap tubuhku Angin laut sepoi-sepoi bahasa Bicaraku mati di situ Air mata berladung di kolamnya Otak fikirannya menerawang mencari kepastian Terpaksa melalui ranjau dan duri Dendam di hati makin membara Kaya kosa kata Menjana minda Era globalisasi Mengawal selia anak-anak isu mutakhir Pembentukan jati diri

6

ZH/Penulisan cemerlang Pembangunan modal insan Era ledakan teknologi maklumat Aplikasi teknologi moden Koridor utara pelancongan negara Kepelbagaian produk tempatan Era pascamodenisme Cemerlang, gemilang, terbilang Memacu negara ke mercu jaya Membaca gaya wawasan Perkembangan potensi diri pelajar Masyarakat madani Buka hati, buka minda, kenali diri Penanda wacana Belakangan ini, Justeru, Oleh itu, Pada keseluruhannya, Secara khususnya, Walau bagaimanapun, Dalam nada yang berbeza, Bertitik tolak daripada itulah, Sekiranya diperinci dengan lebih mendalam, Berdasarkan senario di atas, Sebagai rumusannya, Sehubungan dengan itu, Secara tuntasnya, Namun begitu, Pada masa yang sama, Oleh yang demikian, Dapatlah disimpulkan bahawa 7

ZH/Penulisan cemerlang Secara keseluruhannya,

Nama tokoh/pemimpin Menteri Pelajaran ,Tan Sri Muhyiddin Yasin Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Sabree Chik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim At-Tarmizi Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik R.W. Emerson Rahsia utama menuju kejayaan ialah percaya kepada diri sendiri Pepatah Cina Perjalanan yang jauh itu, bermula dengan langkah yang pertama Pepatah Inggeris kalau kamu tua, berilah nasihat dan jika kamu muda, terimalah nasihat

PERIBAHASA 1. 2. 3. Bagai aur dengan tebing. Dua orang yang berkait rapat dan saling membantu. Bak cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa. Belakang parang jika diasah lagikan tajam.

8

ZH/Penulisan cemerlang Orang yang bodoh, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu, lamakelamaan akan menjadi pandai juga. 4. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bersusah payah dahulu untuk mendapat kesenangan di kemudian hari. 5. 6. 7. 8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Mengalami kesusahan dan kesenangan bersama-sama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat dan tidak berpecah. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kata sepakat yang dicapai dalam masyarakat Statistik/data Sebanyak 6548 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops statik X dari 26 Januari hingga 9 Februari 2006 Punca utama kemalangan ialah memandu secara melulu menyebabkan mereka terbabas dan ini terbukti dengan 80 kes, diikuti memotong atau menukar laluan sesuka hati sebanyak 69 kes. Perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa daripada 5 juta orang murid sekolah, sebanyak 0.4 peratus terlibat dalam masalah sosial. Sebuah kilang didenda sebanyak RM10,000 atas kesalahan membuang sisa toksik di sungai Beruas. Fakta-fakta penting RMK-9 menggariskan program pembangunan untuk tempoh lima tahun akan datang Program pertanian baru menumpukan usaha meneroka kegiatan berpotensi untuk dikomersialkan 9

ZH/Penulisan cemerlang Kerajaan akan menjadikan Malaysi