pentaksiran dalam moral

32
1 EEM 513 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________ ASSIGNMENT MEI 2013 SEMESTER SUBJECT CODE : EEM 513 SUBJECT TITLE : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL PROGRAMME : BACHELOR OF EDUCATION STUDENT’S NAME : INTAN NURBAIZURRA MOHD ROSMI MATRIC NO. : E30103110097 ACADEMIC FACILITATOR : ENCIK CHE MOHD ZAM LEARNING CENTRE : KUANTAN INTAN NURBAIZURRA MOHD ROSMI_E30103110097

Upload: intan-nurbaizurra-mohd-rosmi

Post on 02-Oct-2015

116 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

EEM 513 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

12EEM 513 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORALIntan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 )______________________________________________________________________________________________________

ASSIGNMENT

MEI 2013 SEMESTER

SUBJECT CODE

:EEM 513

SUBJECT TITLE

:PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAMME:BACHELOR OF EDUCATION

STUDENTS NAME

:INTAN NURBAIZURRA MOHD ROSMI

MATRIC NO.

:E30103110097

ACADEMIC FACILITATOR

:ENCIK CHE MOHD ZAM

LEARNING CENTRE

:KUANTAN

ISI KANDUNGANM/S

SOALAN 1 :3 - 6 ESEI PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL KURANG DI BERI PERHATIAN DI SEKOLAH RENDAH SOALAN 2 :3 - 17 MENILAI KEBOLEHAN DALAM MENGGUBAL INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL.

RUJUKAN18

1.0 SOALAN 1Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)adalah satusistem pentaksiran yang diperkenalkan dalamtransformasi pendidikan. SPPK merupakantransformasi daripada sistemyang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap yang diperolehi seseorang individu. Dalam erti kata yang lain, pentaksiran bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Jelaslah bahawa pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah perlu di nilai atau di taksir samada dalam bentuk formal atau tidak formal. namun begitu, terdapat beberapa kekangan dan masalah yang perlu di hadapi oleh guru pendidikan moral dalam mentafsir dan membuat penilaian di sekolah. Di antara faktor tersebut adalah di sebabkan pendidikan moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai dan emosi, maka pentaksiran dan penilaian terhadapnya menghadapi masalah. Penilaian moral sukar di nilai secara afektif kerana memerlukan guru untuk menilai aspek afektif serta tingkah laku yang mengakibatkan aspek ini tidak dinilai dengan berkesan dalam konteks tersebut. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh (Rahman & Ali, 2008) mendapati permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan pentaksiran yang mana sebahagian daripada pentaksiran alternatif atau dikenali sebagai pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) adalah berdasarkan faktor guru. Guru adalah peranan yang paling penting dalam melaksanakan pentaksiran alternatif. Dapatan kajian tersebu tmenunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiranyang sederhana tinggi dalam melaksanakan pentaksiran moral. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap proses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain. Begitu juga kajian (Noor & Sahip, 2010) yang menunjukkan bahawajadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk melaksanakan pentaksiran tersebut.Kajian oleh (Begum & Farooqui, 2008) pula menyatakan bahawa guru sangat optimis mengenai perubahan sistem pentaksiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem pentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat latihan yang secukupnya untuk melaksanakan pentaksiran tersebut. Guru yang bukan opsyen dan tidak terlatih mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akan menyebabkan markah tidak dapat diagihkan dengan berkesan akibat ketidakmampuan dan kurangnya pemahaman dalam matapelajaran moral guru tersebut. Jika pentaksiran alternatif ini dilaksanakan tanpa menyediakan latihan kepada guru-guru yang mencukupi, jurang yang besar akan wujud antara strategi yang digubal oleh kerajaan dengan realiti sebenar dalam bilik darjah.

Faktor seterusnya berkait rapat dengan proses penilaian yang memerlukan masa yang panjang. Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dankenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak,skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan. Penilaian kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau kurang efektifpelaksanaan kerana kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran guru dalam aspek-aspek seperti pemerhatian dan temu bual . Kalau dipraktikkan pun, markah ataupenilaiannya tidak diambil kira dalam keputusan akhir dalam mata pelajaran itu.Selain itu Penilaian Pendidikan Moral juga adalah subjektif. Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang hipotetikalmenyebabkan pelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat membuat keputusan moral secara pemahaman situasi sebenar murid. .Malah, pentaksiran yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak di pengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Ini menyebabkan penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui. Penekanan pengajaran kepada subjek peperiksaan juga mempengaruhi faktor mengapa pentaksiran moral kurang diberi perhatian. Ini kerana kebanyakkan sekolah rendah lebih menekankan subjek peperiksaan UPSR berbanding subjek elektif seperti pendidikan moral. Wujudnya mindset dalam fikiran guru bahawa subjek elektif tidak penting berbanding subjek lain. Situasi ini berlaku berkait rapat dengan sistem pengurusan sekolah yang lebih mementingkan aspek kecemerlangan berbanding aspek lain. Walaupun ada penggabungjalinan di antara subjek teras dan subjek elektif, namun ianya tidak dititikberatkan. Dengan sebab itulah, proses perkembangan murid dalam menaakul menjadi lemah kerana skop pembelajaran mereka bersifat peperiksaan. Malah, ada juga sesetengah sekolah yang menggunakan masa pendidikan moral untuk di gantikan dengan subjek peperiksaan.

Dengan adanya sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang menekankan semua subjek yang perlu diberikan pentaksiran dapat mengatasi masalah pentaksiran pendidikan moral yang kurang diberi perhatian. Ini sekaligus membuka mata semua pihak bahawa setiap matapelajaran adalah penting dan harus di beri penekanan. Justeru itu, guru-guru boleh menggunakan pelbagai medium dan kaedah untuk mantaksir murid mereka. Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah.

Jelaslah, bahawa pelaksanaan pentaksiran dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan,kemahiran dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu dilatih dengan menghadiri kursus, seminar atau mesyuarat berkaitan bagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran. Guru juga perlu dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dan tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Kekangan dari segi masa, jadual yang padat dan tenaga boleh diatasi denga nmembahagikan tugasan kerja yang sama rata antara setiap guru disekolah. Pihak pentadbir perlu bijak membahagikan tugasan kerja, bagiguru subjek yang perlu melakukan pentaksiran, tugasan kerja yang berat harus dielakkan untuk memastikan pentaksiran dapat dijalankandengan jayanya tanpa sebarang alasan.Dalam usaha untuk menegakkan dan mempertahankan mutu kualitipentaksiran dalam sistem pendidikan di Malaysia, ketelusan dalam sistem pentaksiran baru ini memerlukan gandingan yang kukuh dan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, guru perlu memahami segala jenis pentaksiran samaada pentaksiran tradisional mahu pun pentaksiran alternatif bagimewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secaratidak langsung proses pembinaan modal insan yang holistik dapat diteruskan sejajar dengan saranan kementerian. Jesteru itu, dapatdirumuskan bahawa pentaksiran dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar.

2.0 SOALAN 2PENGENALANSalah satu cabaran negara untuk rnenjadi sebuah negara rnaju rnenjelang tahun 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Bagi merealisasikan aspirasi Negara, kemantapan sistem pendidikan Negara merupakan asas penting. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Negara, Wawasan 2020, PIPP dan sifat Malaysia sebagai sebuah Negara yang bermasyarakat majmuk sangat menuntut supaya matapelajaran Pendidikan Moral boleh menjadi salah satu alat untuk mencapai matlamat pendidikan dan aspirasi masyarakat dan Negara. Dalam sukatan Pendidikan Moral Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) yang dilaksanakan pada tahun 2011, terdapat 14 nilai universal yang ingin di pupuk secara berterusan dari tahun satu hingga tahun enam. Ianya merangkumi nilai kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan dan toleransi. Ianya bermatlamat dalam membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang kea rah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Nilai Kasih Sayang bermaksud kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Antara ciri-ciri nilai kasih sayang adalah kasih sayang lahir dari hati yang ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau orang lain. Perasaan sayang sesama manusia akan melahirkan suasana yang harmoni manakala sayang kepada alam akan menjadikan persekitaran terpelihara. Sifat ini perlu dipupuk dari kecil dalam diri anak-anak agar kehidupan lebih sejahtera. Sentiasa menghargai nyawa haiwan dan tidak menganiayainya.dan perlunya sikap perikemanusiaan dalam diri agar dapat membantu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa. Manakala Nilai Berterima kasih adalah merujuk kepada perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. Murid dapat mengamalkan sikap berterima kasih dan mengenali pelbagai cara memberi penghargaan, menyatakan perasaan penghargaan atas pemberian yang diterima, memberi penghargaan melalui pelbagai cara dan menunjukkan cara memberi penghargaan.

Rasional pemilihan kedua-dua deskriptor tersebut adalah ingin menguji kemampuan murid dalam memilih perlakuan yang menunjukkan tingkah laku kasih sayang di anatara ahli keluarga dan bagaimana mereka dapat membanding bezakan di antara tingkah laku yang betul. Selain itu, murid dapat menyatakan penghargaan kepada ahli keluarga dalam bentuk perilaku bergambar. Daripada pentaksiran tersebut, guru dapt merumuskan samada pengajaran yang dilakukan berkesan ataupun tidak serta mencapai objektifnya.

PENGGUBALAN INSTRUMENSebagaimana yang telah di tetapkan oleh Kementerian Pendididkan Malaysia, mulai 2011 murid Tahun 1 di seluruh negara merupakan perintis terhadap pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum baru ini adalah menggantikan kurikulum lama yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

KSSR telah mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan namun begitu, sekolah masih tetap perlu menilai pencapaian murid-murid melalui pentaksiran berasaskan sekolah. KSSR di gubal bagi memastikan murid-murid ini berada di landasan yang betul dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk memastikan satu pelaporan perkembangan murid-murid ini secara holistik dapat dilaksanakan maka pendekatan dan cakupan sistem pentaksiran ini berbeza daripada biasa iaitu melalui Pentaksiran Sekolah yang menggunakan kaedah Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran tidak lagi berbentuk gred iaitu berdasarkan peratus markah yang diperolehi dalam peperiksaan sebaliknya mereka akan dilabelkan dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bermula dengan band 1 sehingga band 6 yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang seperti dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band murid-murid ini dalam setiap mata pelajaran perlu disokong dengan evidens yang telah ditetapkan dalam dokumen standard prestasi mata pelajaran tersebut. Pentaksiran perlu dilakukan ke atas semua mata pelajaran yang diajar di sekolah tidak kira subjek teras mahupun subjek elektif.

Proses pembinaan instrumen bermula daripada guru memilih hasil pembelajaran yang akan di ajar daripada huraian sukatan pelajaran. Dalam proses ini, rujukan dokumen standard prestasi adalah penting bagi merujuk kepada deskriptor yang akan di tadbir. Langkah seterusnya adalah dengan merancang pengajaran dan pembelajaran murid mengikut sukatan dan menyediakan kaedah pentaksiran yang sesuai. Semasa menggubal instrumen evidens guru perlu memastikan tahap keupayaan dan pemahaman murid dalam tajuk yang di ajar. Instrumen pentaksiran yang dibina juga perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan serta menepati hasil pembelajaran dalam huraian sukatan pelajaran dan dokumen standard prestasi. Penerapan nilai perlu dinyatakan semasa menggubal instrumen. Guru akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melakukan pentaksiran selepas pengajaran berakhir. Penilaian dan perekodan prestasi dan pelaporan berdasarkan evidens perlu untuk tujuan rekod semasa dan pendokumentasian. Seandainya semasa proses pentaksiran, murid tidak dapat mencapai objektif maka guru perlu menggunakan instrumen yang berbeza dalam memastikan murid boleh menguasai dokumen standard prestasi.

Justeru itu, guru mata pelajaran perlu membina instrumen yang merupakan alat untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain. Instrumen ini boleh dalam bentuk ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. Setelah instrumen ini digunakan ke atas murid maka barulah ia boleh dijadikan sebagai evidens. Untuk membina instrumen ini guru perlu merujuk dokumen standard prestasi mata pelajaran masing-masing yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dokumen ini mengandungi pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Melalui sistem pentaksiran yang baru ini, adalah diharapkan agar sistem pendidikan kita mampu untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

PENTADBIRAN & KEPUTUSANSetelah melalui proses penggubalan instrumen, guru akan mentadbir pentaksiran instrumen yang di gubal. Semasa proses pentaksiran berlaku, murid telah diberi kedua dua instrumen yang telah di gubal oleh guru sejurus selesai sesi pengajaran. Memandangkan sekolah saya merupakan sekolah kurang murid ataupun SKM, maka bilangan murid tahun dua yang mengambil matapelajaran moral hanyalah lima orang pelajar sahaja. Murid tersebut terdiri daripada murid orang asli dan murid india. Tiga daripada mereka adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Rata-rata daripada murid ini mempunyai kemampuan dan tahap yang sama jadi tidak sukar untuk menggubal instrumen untuk mereka. Sejurus selepas proses pentaksiran selesai, saya menggunakan rekod transit SPPBS untuk mengisi pencapaian evidens murid secara manual sebelum di pindahkan ke dalam Sistem PBS. Salah satu sebab mengapa rekod transit di gunakan adalah kerana ianya mudah dan ringkas di gunakan setelah pentaksiran di buat. Kod evidens yang di gunapakai adalah sama dengan rekod di dalam sistem. Rekod ini juga membantu memudahkan guru merekod dan melaporkan pencapaian evidens murid pada setiap masa dan memudahkan proses penjaminan kualiti PBS dilakukan. Di dalam rekod ini disertakan nama murid, nombor kad pengenalan serta tarikh perlaksanaan pentaksiran yang di catatkan dalam ruang yang di sediakan. Borang ini juga akan disimpan di dalam fail guru untuk memudahkan pengisian dan semakan.

Contoh Borang Evidens :REKOD DAN CATATAN PELAKSANAAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI TAHUN 1NAMA GURU : _______________________________________ KELAS: ________________ MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN MORALBILEVIDENSTARIKH INSTRUMEN

1B1D1E1Boleh menyatakan cara menjaga kebersihan diri

2B1D1E2Boleh menyatakan cara menjaga keselamatan diri

3B1D2E1Boleh menyatakan contoh keadilan dalam perlakuan seharian

4B1D3E1Boleh menceritakan perlakuan jujur

5B1D4E1Boleh menyatakan cara bertoleransi

6B1D5E1Boleh menyatakan perlakuan sederhana dalam diri

7B1D6E1Boleh menceritakan perlakuan berani mempertahankan maruah diri

8B1D7E1Boleh menceritakan sifat baik hati yang ada pada diri

9B1D8E1Boleh mengucapkan terima kasih dalam pelbagai bahasa

10B1D9E1Boleh mengenal pasti tutur kata yang bersopan

11B1D9E2Boleh mengenal pasti tingkah laku yang bersopan

12B1D10E1Boleh menyatakan ciri-ciri kerajinan dalam diri

13B1D11E1Boleh menyatakan keadaan alam di kawasan tempat tinggal

14B1D12E1Boleh menyatakan cara menjaga kehormatan diri

Contoh Rekod Transit :REKOD TRANSIT SPPBS TAHUN DUASEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERWASIHMATAPELAJARAN: PENDIDIKAN MORALKELAS: DUA BIJAKNAMA GURU : PUAN INTAN NURBAIZURRA BINTI MOHD ROSMIDESKRIPTOR : B1D1E1

BILNO K.PNAMABAND 1

B1D1E1

1.080504065430MADHAN RAJ A/L SELVAM

2/3

2.080302013423KEVEN

2/3

3.080105065530KHAIRUL BEDUK

2/3

4.080202015440LIYANA NABILA A/P HISHAM

2/3

5. 080907065660TIJAH A/P MAT

2/3

REKOD TRANSIT SPPBS TAHUN DUASEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERWASIHMATAPELAJARAN: PENDIDIKAN MORALKELAS: DUA BIJAKNAMA GURU : PUAN INTAN NURBAIZURRA BINTI MOHD ROSMIDESKRIPTOR : B2D8E1

BILNO K.PNAMABAND 1

B1D1E1

1.080504065430MADHAN RAJ A/L SELVAM

7/3

2.080302013423KEVEN

7/3

3.080105065530KHAIRUL BEDUK

7/3

4.080202015440LIYANA NABILA A/P HISHAM

7/3

5. 080907065660TIJAH A/P MAT

7/3

LAMPIRAN : INSTRUMEN 1Penilaian Prestasi Pendidikan Moral KSSR Tahun 2Nilai : Kasih SayangNama: Tarikh : Tahun: Band : B1D1E1Tandakan pada gambar yang menunjukkan tingkah laku kasih sayang terhadap ahli keluarga

Menguasai / Tidak menguasai

INSTRUMEN 2Penilaian Prestasi Pendidikan Moral KSSR Tahun 2Nilai : Berterima KasihNama: Tarikh : Tahun: Band : B2D8E1Tandakan (/) pada gambar yang menunjukkan tanda penghargaan kepada ahli keluarga dan (x) pada gambar yang tidak menunjukkan perhargaan.

Menguasai / Tidak menguasai

RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff.1999. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia

Ahmad Bashir Aziz. 2004. Nilai Etika dan Pengurusan : Analisa dari perpekstif Agama-Agama di Malaysia. Fakulti Pengurusan perniagaan Universiti Utara Malaysia Sintok. Malaysia

Nik Rosila Bt Nik Yaacob.Nilai dan Etika Menolong .Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM Malaysia.

INTAN NURBAIZURRA MOHD ROSMI_E30103110097