pentaksiran dalam bahasa melayu

36
1.0 Pengenalan Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan 1.1 Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Oleh itu, aspek-aspek utama dalam pentaksiran adalah (i) instrumen, (ii) kumpulan yang ditaksir, (iii) respons, (iv)kumpulan yang menaksir, dan (v) skor. (Faridah Nazir et.al, 2012). Sehubungan itu, proses mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang pendidikan memerlukan para pendidik dan guru melakukan pengukuran. Oleh hal yang demikian, Rajah 1 berikut menunjukkan lima kaedah yang digunakan dalam kaedah pentaksiran 1

Upload: muhammad-zaidiee-iqram

Post on 13-Sep-2015

206 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pentaksiran dalam Bahasa Melayu BMM3033E

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanPentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan1.1PentaksiranPentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Oleh itu, aspek-aspek utama dalam pentaksiran adalah (i) instrumen, (ii) kumpulan yang ditaksir, (iii) respons, (iv)kumpulan yang menaksir, dan (v) skor. (Faridah Nazir et.al, 2012).Sehubungan itu, proses mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang pendidikan memerlukan para pendidik dan guru melakukan pengukuran. Oleh hal yang demikian, Rajah 1 berikut menunjukkan lima kaedah yang digunakan dalam kaedah pentaksiran

Rajah 1: Kaedah Pentaksiran1.2PengujianPengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan berkehendakkan murid memberi satu set tindak balas atau respons. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya. Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian murid (dalam bentuk markah) sahaja. (Faridah Nazir et.al, 2012).Oleh hal yang demikian, terdapat empat tujuan utama pengujian iaitu (i) mengesan hasil pembelajaran yang dicapai, (ii) mengesan kemajuan yang diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain, (iii) ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran dan (iv) ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.Sehubungan dengan itu, terdapat enam jenis ujian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut:

Rajah 2: Jenis-Jenis Ujian1.3PenilaianPenilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Dalam Kurikulun Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. (Faridah Nazir et.al, 2012).Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian, iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan, dan penilaian mengesan pencapaian seperti yang digambarkan dalam Rajah 3 berikut:

JENISHURAIAN

Penialaian Mengesan PenguasaanPenilaian ini dijalankan ketika guru berada di bilik darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta merta.

Penilaian MengesanKemajuanGaya penilaian ini dilakukan selepas beberapa kamahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Penilaian MengesanPencapaianPenilaian ini dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan penialaian ini diadakan adalah untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.

Rajah 3: Jenis Aktiviti Penilaian

Berdasarkan KSSR pula, pentaksiran untuk pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Oleh hal yang demikian, kaedah pentaksiran pelbagai yang bersifat autentik dan holistik digunakan. Perkara ini selari dengan matlamat KSSR untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

2.0 Taksonomi BloomTaksonomi Bloom merupakan taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan dikhususkan untuk domain kognitif. Perkembangan pemikiran adalah satu proses yang mengambil masa yang lama dan berlaku dengan pesat sewaktu murid-murid bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Oleh itu, domain kognitif menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam peringkat. Domain tersebut bermula dari tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi (penggunaan), analisis, sistesis dan penilaian (Faridah Nazir et.al, 2012) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5 yang berikut :TAHAPISTILAH

Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Pemahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Pilih, terangkan, tulis semula.

Aplikasi (Penggunaan) Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf dari data-data lain.Selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, bina alat.

Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, dan membuat klasifikasiBina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritikPilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Rajah 5: Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom

2.1 Aras PengetahuanPengetahuan bermaksud mengingat kembali perkara-perkara khusus, kaedah, universal, proses dan juga struktur pengetahuan tentang perkara-perkara khusus merujuk terminologi seperti simbol, lisan dan pengetahuan fakta khusus misalnya, mengetahui kejadian yang sebenar. Domain pengetahuan juga mempunyai kaitan dengan cara mengkritik, mempertimbangkan, mengkaji dan mengolah.2.2 Aras KefahamanMerujuk kepada kemahiran memahami sesuatu perkara yang juga merupakan unsur penting objektif tingkah laku. Sehubungan itu, untuk memahami sesuatu perkara, proses mengingat adalah diutamakan kerana dengan mengingat sesuatu, murid dapat mengemukakan pendapatnya sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Seterusnya, murid-murid juga dapat menterjemahkan satu bahasa kepada bahasa lain dan menginterpretasikannya melalui proses mengingat.

2.3 Aras AplikasiAplikasi amat penting kepada murid-murid yang ingin menghubungkaitkan sesuatu situasi dengan situasi lain. Sebagai contohnya, kemahiran bertutur yang dipelajari dibilik darjah ketika pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat diaplikasikan oleh murid-murid ketika berada ditempat misalnya, ketika membeli belah di pasar raya.2.3 Aras AnalisMurid-murid memerlukan daya kreativiti yang baik untuk menganalisis sesuatu perkara. Disamping itu, murid-murid juga perlu memahami perkara yang dianalisis khususnya, isu utama yang diketengahkan. Berdasarkan isu utama tersebut, murid-murid berupaya pula membezakan isu sampingan ketika menganalisis.2.3 Aras SintesisMerujuk kepada keupayaan untuk menggabungkan komponen-komponen kecil kepada bentuk baharu. Sehubungan itu, kematangan yang tinggi perlu dimiliki oleh murid-murid untuk mencapai objektif ini.2.3 Aras PenilaianMerupakan bidang kognitif tertinggi kerana pada peringkat ini murid-murid mampu membuat keputusan yang munasabah. Murid-murid seharusnya mampu melakukan pertimbangan yang wajar dan pengukuran yang tepat untuk mengenal pasti sejauh mana sesuatu penilaian yang dilakukan oleh orang lain dapat diterima atau tidak.

3.0 Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifiikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran. Penggubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses terlebih dahulu sebelum menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.Ringkasnya, ujian merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat penilaian tentang pencapaian murid-murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, guruharus memastikan bahawa bahan ujian yang diberikan itu betul-betul dapat menguji apa yang hendak diuji dan semestinya sentiasa tekal (Faridah Nazir et.al, 2012).

3.1 Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)Terdapat empat langkah dalam pembinaan JSU iaitu seperti yang diterangkan pada Rajah 6 berikut :

Rajah 6: Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

Mengkaji sukatan pelajaran merupakan langkah pertama dalam pembinaan JSU. Pada langkah ini guru perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk, pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk, kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.Langkah kedua pula adalah menganalisis objektif pengajaran. Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran perlu dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang akan diuji dan pada tahap kesukaran yang mana murid perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu paksi kandungan dan paksi objektif pengajaran. Tujuannya adalah untuk mewujudkan ruang-ruang yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan atau tajuk-tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.Menentukan jenis soalan merupakan langkah ketiga dalam penghasilan JSU. Tujuannya, untuk menentukan jenis soalan yang sesuai, guru perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat. Menentukan bilangan soalan adalah langkah keempat iaitu jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana hal ini mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.

3.2 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu. Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, guru perlu menyenaraikan topik-topik yang telah guru ajar dan sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses menghasilkan JSU, guru akan memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama guru dapat merasakan kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan.Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan. Bentuk-bentuk soalan sama ada objektif, subjektif, struktur ataupun esei. Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya sesuatu topik itu atau merujuk pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu, guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada soalan-soalan yang telah dijawab murid. Selain itu, JSU juga dapat menjimatkan masa guru untuk menyemak kertas jawapan murid. Contohnya, bagi soalan yang berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk memeriksa atau menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur atau esei.

4.0 Pembinaan UjianUjian bermaksud bahan-bahan yang bertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Sebagai contoh guru membina ujian kloz bagi menguji kemahiran membaca dan ujian karangan bagi menguji kemahiran menulis. Oleh itu, istilah ujian boleh merujuk kepada alat-alat yang digunakan untuk menguji kemahiran-kemahiran tersebut (Faridah Nazir et.al, 2012). Terdapat banyak bentuk ujian bilik darjah yang digunakan oleh guru sejak dahulu lagi dalam mengukur dan menilai hasil pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ujian berbentuk pensil-kertas adalah ujian tradisi yang sentiasa digunakan untuk menilai kemajuan pelajar dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2003)Walau apapun bentuk item yang dipilih oleh guru dalam ujian bilik darjah, selain daripada kepentingan ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan, proses perancangan dan pembinaan ujian mesti dititikberatkan oleh guru. Proses perancangan ujian yang baik akan memandu ke arah ujian yang tinggi ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifannya

4.1 Jenis-Jenis UjianTerdapat beberapa jenis ujian seperti ujian objektif dan subjektif.1) Ujian ObjektifUjian objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Ujian objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama. Antara item ujian ini termasuklah item jenis pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan item jenis kloz.

a) Item Respon BebasItem jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menulis sendiri jawapan tersebut. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.i) Contoh jenis soalan:a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?(ke-an)b) Apakah lawan bagi perkataan untung? (rugi)ii) Item Melengkapkan Pernyataana) Kita mesti naik bas ke rumah Zulaidil kerana rumahnya ______ (jauh) dari tempat ini.b) Suhaimie pernah ________ (tinggal) di Kuala Lumpur.

b) Item Respon Tetap (item jenis pilihan)Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.Item Salah-BetulSoalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).Item PadananSoalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.Item Aneka PilihanAneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap. Contoh item aneka pilihan adalah berbentuk soalan, antonim, jenis negatif dan mengisi tempat kosong.

2) Ujian SubjektifUjian subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif murid melalui respon secara tulisan. Soalan subjektif terbahagi kepada dua iaitu:a) Item Jenis Strukturb) Item Jenis EseiPrinsip pembinaan soalan jenis strukturItem jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasanya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.Prinsip pembinaan soalan jenis eseiAras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar

Jadual Spesifikasi Ujian Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa MelayuTahun 420 Soalan ObjektifKertas 1BilBentuk Soalan ObjektifNo. SoalanAras TaksonomiJumlah Item

Topik / Aspek BahasaPengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian

1Imbuhan1/1

2Kata banyak makna2/1

3Kata banyak makna3/1

4Ragam ayat4/1

5Ayat sama maksud5/1

6Ragam ayat6/1

7Ayat sama maksud7/1

8Bina jawapan8/1

9Petikan 1- Surat tidak rasmi9, 10, 11, 12, 13, 14//////6

10Petikan 2 Sejarah Melayu 15, 16, 17, 18, 19, 20//////6

Jumlah Soalan32463220

PERATUS ARAS ITEM / SOALAN %RENDAHSEDERHANATINGGI

25 %50 %25 %

Soalan 1Pilih jawapan yang paling sesuai.

PENGETAHUAN1. Ketibaan rombongan pengantin lelaki itu _________ dengan meriah oleh tuan rumah dan penduduk kampong.

A. disambutB. sambutanC. penyambutD. menyambut

Soalan 2 3Pilih penggunaan ayat bergaris dengan betul.

APLIKASI2. I Air milo di dalam peti sejuk itu telah beku.II Bihun itu sukar dimasak kerana masih beku.III Setelah lama berenang di dalam kolam, kaki dan tangannya beku.IV Musa tidak dapat memberikan idea yang baik kerana fikirannya beku.

A. I dan IIB. I, II, dan IIIC. II, III, dan IVD. I, II III, dan IV

3. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Kompleks Mega itu telah dirasmikan oleh orang besar.II. Kegawatan ekonomi dunia menjadi masalah besar kepada negara.III. Majlis perkahwinan anak bangsawan itu memakan belanja yang besar.IV. Senyum besar orang itu apabila mendapat pujian daripada majikannya.

A. I dan IIB. I, II, dan IIIC. II, III, dan IVD. I, II III, dan IV

ANALISIS4. Pilih ayat yang betul.

A. Dia menjumpai bungkusan itu di tepi jalan.B. Eddie membawa basikal barunya ke sekolah.C. Saya tidak dapat menamatkan semua soalan.D. Bang Teong menjagakan beberapa ekor burung.

5.Tiba-tiba aku tersedar,Lamunan yang merugikan terlepas kini, Sejarah hempedu pahit ku lupakan,Kini, ku semaikan benih-benih harapan,Bersama jutaan impian,Aku kan tempuh segala cabaran.

Ku semaikan benih-benih harapan pada petikan di atas bermaksudA. Penulis menanamkan cita-cita untuk berjaya.B. Penulis belajar dengan bersungguh-sungguh.C. Penulis mengharapkan dirinya tidak dilupakan.D. Penulis menanam benih-benih baru di ladangnya.

6. Pilih ayat-ayat yang betul.

I.Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.II.Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.III.Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.IV.Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

A. I dan IV B. II dan III C. III dan IV D. II,III dan IV

7. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Kuah sate ini sedap tetapi agak masin, kata Wati kepada Nurul.

A. Wati diberitahu oleh Nurul bahawa kuah sate ini sedap tetapi agak masin.B. Wati menjemput Nurul makan kuah sate yang masin tetapi sedap.C. Wati memberitahu Nurul bahawa kuah sate itu masin tetapi sedap.D. Wati memberitahu Nurul bahawa kuah sate ini sedap tetapi agak masin.

SINTESIS8. Susun ayat di bawah mengikut urutan yang betul.

I. Kemudian orang ramai menolong mangsa yang cedera.II. Fauzi sedang menunggang basikal di sebatang jalan raya.III. Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital untuk dirawat.IV. Fauzi segera ke pondok telefon dan menelefon polis dan ambulans V. Tiba-tiba dia ternampak kemalangan antara sebuah kereta dengan motosikal.

A. V, II, IV, I, IIIB. I, III, II, V, IVC. II, III, V, IV, ID. IV, I, III, II, VA. Baca dan fahami petikan di bawah.

Elwa Gloria Justin,Kampung Maukab,89300 Ranau,Sabah.26 Mei 2015.

Menemui sahabatku, Nadia, yang kini berada di Manek Urai Baru, Kelantan. Semoga saudari dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping keluarga. Saya di sini juga berada dalam keaadan sihat sejahtera.Saudari,Saya telah menerima warkah saudari dengan selamat pada minggu lalu. Saya mengucapkan terima kasih kerana saudari sudi mengirim warkah buat saya. Hajat saudari untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal usul kaum Kadazan Dusun di Sabah akan saya perjelaskan dalam warkah ini.Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum etnik Kadazan Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Liwan, Tindal, Pahu, Lotud, Bagahak, Labuk, Kimaragang, Tagahas, Tangara, Rungus, Kuijau, Tambanuo, dan Orang Sungai.Pada awalnya, Tun Fuad Stephens sebagai Huguan Siou atau Pemimpin Agung pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi penyatuan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa untuk memberikan mereka suara yang lebih besar. Memandangkan suku kaum Dusun ialah kumpulan etnik yang terbesar maka istilah kadazan Dusun dipilih sebagai tanda permuafakatan. Istilah Kadazan Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa kumpulan etnik keil lain.Saudari yang saya ingati,Kaum Dusun merupakan satu pertiga daripada penduduk Sabah. Suku kaum Dusun ini tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud, Tambunan, Keningau, dan juga di lembah bukit Ranau. Kebanyakan mereka merupakan petani tradisi yang menanam padi sawah dan padi huma. Ada juga yang memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka ini pula tinggal di kawasan lembah pantai barat dan kawasan pedalaman.Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan antara 150 hingga 200 orang daripada beberapa institusi keluarga. Walaubagaimanapun, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini pada masa kini. Mereka telah banyak berubah dari segi fizikal dan mental mengikut arus pemodenan.Sekian sahaja buat kali ini. Semoga penerangan saya dapat memenuhi hajat saudari. Akhir kata, sampaikan salam saya buat keluarga saudari disana.Sekian, terima kasih.Sahabatmu,Elwa Gloria Justin

B. Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan

PENGETAHUAN1. Dimanakah Nadia tinggal?

A. Kota BharuB. PenampangC. Manek UraiD. Kampung Makub

KEFAHAMAN2. Apakah hajat Nadia mengirim surat kepada Elwa Gloria Justin?

A. Untuk mengenali Elwa Gloria Justin dengan lebih dekatB. Untuk membalas warkah yang dikirim oleh Elwa Gloria JustinC. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal usul kaum Kadazan Dusun di Sabah.D. Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang asal usul kaum Kadzan Dusun di Sabah.

APLIKASI3. Kesemua yang berikut merupakan suku kaum Kadazan Dusun kecuali

A. Kiulu.B. Rungus.C. Bagahak.D. Kimarangang.

ANALISIS4. Berdasarkan petikan, pilih perkataan berlawanan dengan perkataan permuafakatan

A. PersainganB. PerbalahanC. PerpecahanD. Perundingan

SINTESIS5. Perkataan dialek dalam petikan bermaksud

A. kata.B. adat.C. resam.D. loghat.

PENILAIAN6. Frasa asal usul dalam petikan membawa maksud

A. punca.B. bangsa.C. salasilah.D. permulaan.

A. Baca dan fahami petikan di bawah.

Bahasa ialah alat perhubungan. Manusia bertutur menggunakan bahasa untuk saling memahami antasa satu dengan yang lain segala tindakan dan perbuatan menjadi mudah melalui perantaraan bahasa. Di Negara kita, bahasa juga menjadi alat penyatuan bangsa. Pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, dan lain-lain bersatu untuk memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu belum ada kepastian yang jelas dari mana asalnya.Cuma dapat dikatakan bahasa Melayu dituturkan oleh golongan manusia Austronesia yang berasal dari Yunan. Golongan ini bergerak ke merata tempat di Asia Tenggara dang mengambangkan bahasa masing-masing di setiap daerahBahasa Austronesia berpecah menjadi empat kelompok. Salah satunyaiallah kelompok Nusantara dan bahasa Melayu termasuk dalam kelompok ini. Lainlain bahasa seperti Tagalog, Aceh, Bali, Bugis, Iban, Melanau dan sebagainya juga termasuk dalam kelompok NusantaraWalaupun wujud pelbagai bahasa setempat, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa perantaraan di daerah kepulauan Melayu sejak awal lagi. Pedagangpedagang luar dari China dan Eropah juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan ketika mereka datang berdagang.Sejak abad ke- hingga abad ke-13, bahasa Melayu kegemilangan sebagai lingua franca di bawah empayar Sriwijaya. Ketika kegemilangan Kerajaan Melaka pada abad ke-14, bahasa Melayu berkembang pesat dan menjadi alat penyebaran agama Islam. Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, keduduan bahasa Melayu tetap teguh surat-menyurat antara pentadbir Eropah dengan raja-raja di Kepulauan Melayu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Kerajaan Belanda dan Inggeris juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran ketika berkuasa.Seiring dengan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan Negara, pejuang bahasa mahukan bahasa Melayu dijadikan bahasa ibunda perjuangan ini akhirnya tercapai dengan termaktubnya dalam perlembagaan, mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Kita seharusnya tidak mengabaikan bahasa Melayu jika mahukan bahasa kita terus hidup dan berkembang. Memang terdapat bukti bahawa bahasa juga boleh pupus kerana penuturnya tidak memberikan keutamaan untuk menjaga dan memeliharanya. Semua ini berlaku kerana masyarakat tersebut tidak berbangga dengan bahasa mereka sebaliknya mengutamakan bahasa lain sebagai bahasa pendidikan, bahasa pentadbiran, dan komunikasi

B. Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan

PENGETAHUAN1. Apakah kegunaan bahasa? A. Untuk berhubungB. Untuk memartabatkan bahasa MelayuC. Untuk memudahkan segala tindakan dan perbuatanD. Untuk menyatukan kaum seperti Melayu, Cina, India Kadazan, Murut, dan lain-lain

KEFAHAMAN2. Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada bahasa

A. Yunan.B. Nusantara.C. Austronesia.D. Asia Tenggara.

APLIKASI3. Kesemua yang berikut merupakan bahasa yang berasal dari kelompok Nusantara kecuali

A. Iban.B. Cina.C. Bugis.D. Tagalog.

ANALISIS4. Berdasarkan petikan, pilih perkataan berlawanan dengan perkataan kegemilangan.

A. kejatuhanB. kegelapanC. kebangkitanD. kemusnahan

SISTESIS5. Frasa lingua franca dalam petikan membawa maksud

A. bahasa ibunda.B. bahasa kebangsaan.C. bahasa perhubungan.D. bahasa antarabangsa.

PENILAIAN6. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah

A. mengutamakan bahasa lainB. mengabaikan bahasa MelayuC. berbangga dengan bahasa lainD. memartabatkan bahasa Melayu

RefleksiSaya Muhammad Zaidiee Iqram bin Osman bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan BMM3033E ini dengan jayanya pada masa yang ditetapkan. Pada mulanya, setelah mendapat kerja kursus ini, saya agak tertekan sedikit kerana terpaksa memikirkan banyak tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh terdekat.. Di sini saya sertakan laporan refleksi tentang pengalaman melaksanakan tugasan. Saya turut sertakan kekuatan serta kelemahan yang saya perolehi sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini.Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dalam tugasan ini, terdapat beberapa perkara yang telah saya fahami. Antaranya ialah, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Beberapa maklumat penting yang telah saya kemukakan dalam tugasan ini mengenai penggunaan kaedah Taksonomi Bloom dalam penggubalan soalan peperiksaan merupakan kaedah yang utama digunakan dalam pendidikan negara. Kaedah Taksonomi Bloom digunakan untuk menilai tahap pencapaian murid-murid. Penggunaan kaedah Taksonomi Bloom yang menyeluruh dapat melahirkan murid-murid yang berilmu, kreatif, berdaya saing dan mampu mengiplementasikan ilmu yang dipelajari. Keadaan ini dapat disokong melalui penghasilan soalan peperiksaan yang telah saya gubal dan analisis berdasarkan aras-aras Taksonomi Bloom.

KekuatanBersemangat untuk melakukan perancangan aktiviti ini. Saya mula mencari bahan dari pelbagai sumber seperti Internet, buku dan guru yang lain. Berbincang dengan rakan tentang kerja kursus yang hendak dilakukan. Hasil dari perbincangan ini saya telah mengetahui sedikit sebanyak apa yang hendak dilaksanakan. Ia memudahkan saya untuk menyusun isi kerja kursus nanti.KelemahanKelemahan yang saya alami di sini ialah kurang memahami soalan yang diberi sehinggalah berbincang dengan rakan saya. selain itu,saya turut menghadapi masalah dalam pengurusan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Keadaan ini disebabkan terdapat banyak tugasan sekolah yang turut perlu disiapkan dalam tempoh yang terdekat. Saya terpaksa berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan kedua-dua tugasan tersebut. Selain itu, saya turut menghadapi masalah dalam mendapatkan maklumat yang saya perlukan dalam menyiapkan tugasan ini. Keadaan ini disebabkan di kawasan asrama saya mempunyai jalur lebar yang lemah dah memakan masa yang lama untuk membuka sesuatu laman sesawang. Saya terpaksa ke pusat bandar untuk mendapatkan akses Internet dengan kelajuan yang maksimum. Kesulitan ini memakan masa untuk saya menyiapkan tugasan tersebut.

BibliografiAida Hisyam. (2015). On Fun Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: QPS PressSdn.BhdFaridah Nazir et. al. (2012).Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Mok Soon Sang (2013) Pedadogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Jenis-jenis Ujian. (n.d.) Retrieved Februari 17, 2015, from blogspot.com:http://tankantsaiblogspot.com/2012/05/jenis-jenis-ujianhtml22