amalan pentaksiran dalam matematik

16
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MATEMATIK , AMBILAN NOV. 2008 SEMESTER 7 MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK. NAMA PELAJAR : AHMAD BIN JASMAN ANGKA GILIRAN : 2008212360051 TARIKH SERAHAN : MEI 2012 NAMA PENSYARAH : PN. NOOR KHALIZA BTE. MOHD. KHAIRUDDIN.

Upload: mazlan-mohd-mohsin

Post on 02-Aug-2015

4.103 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pentaksiran, penilaian, matematik

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MATEMATIK , AMBILAN NOV. 2008

SEMESTER 7

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK.

NAMA PELAJAR : AHMAD BIN JASMAN

ANGKA GILIRAN : 2008212360051

TARIKH SERAHAN : MEI 2012

NAMA PENSYARAH :PN. NOOR KHALIZA BTE.

MOHD. KHAIRUDDIN.

Page 2: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Nama : Ahmad Bin Jasman.Pengkhususan : PGSR Matematik.

Kod Kursus : MTE 3112.Tajuk Kursus : Amalan Pentaksiran dalam Matematik.

Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran.

(A). Teknologi maklumat dalam pentaksiran.

1. Pendahuluan:Pentaksiran merupakan sebahagian dalam dunia pendidikan matematik. Apabila ianya dilaksanakan dengan sempurna dan baik, ianya mampu menjanakan informasi yang hebat.

1.1 Pada Guru:Dapatan pentaksiran menyediakan maklumat kepada pendidik tentang keberkesanan pendekatan, strategi atau teknik pengajaran yang digunakan, justeru memberi suntikan kepada proses pencarian keadah mengajar yang lebih efisien.

1.2 Pada murid:Bagi seorang murid, hasil pentaksiran merupakan satu indikator atau petunjuk kepada apa yang telah mereka pelajari, apa yang masih perlu dipelajari dan bagaimana cara terbaik untuk mempelajarinya.

1.3 Pada ibubapa/penjaga:Memberi panduan tenang bagaimana cara yang terbaik untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka.

2. Maksud pentaksiran.2.1 Pentaksiran ialah proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu

peraturan atau piawaian. (Popham,2000)

2.2 Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, membuat skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000)

2.3 Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.

1

Page 3: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

2.4 Dalam pendidikan dapatlah dirumuskan bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

2.5 Tujuan pentaksiran:a). Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran.b). Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.c). Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.d). Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan

sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.e). Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. f). Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

3. Teknologi Maklumat3.1 Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih dari

satu takrifan :a). Pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses

untuk menyelesaikan masalah manusia.b). Perkataan technology berasal dari perkataan Greek iaitu

technologia . Techne bermaksud seni, kemahiran, rekaan. Dan logia pula bermaksud pembelajaran, kajian.

c). Teknologi selalunya berkait rapat dengan menggunakan prinsip sains dan proses terkini.

d). Dalam bidang ekonomi teknologi ialah tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal berubah.

e). Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi- institusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

3.2 Teknologi Maklumata). Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.b). Boleh ditakrifkan sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat.c). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: teknologi berkait dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui teknologi komputer dan tele-komunikasi.

2

Page 4: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4. Teknologi maklumat dalam pentaksiran.

4.1 Pengertian:

Pentaksiran berasaskan web merupakan satu istilah umum yang merangkumi penggunaan komputer dan internet dalam proses pentaksiran. Istilah pentaksiran berasaskan web ini adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknolgi digital digunakan dalam semua kegiatan meliputi perancangan dan penghantaran pentaksiran, penandaan dalam komputer dan alat-alat atas talian, dan semua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah

JISC/QCA (2007) mendefinisikan pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Menurut mereka lagi, kaedah pentaksiran berasaskan web ini adalah berbeza dengan pentaksiran berasaskan komputer (CBA) yang merujuk kepada pentaksiran dilaksanakan dan ditandakan/periksa dengan komputer, dan pentaksiran berbantukan komputer (CAA) adalah merujuk kepada amalan yang bergantung kepada penggunaan komputer:: Contohnya penggunaan atas talian bagi tujuan forum perbincangan, maklum balas kerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan secara elektronik atau e-portfolio.

Sehubungan dengan itu sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan mencadangkan supaya penggunaan teknologi diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah. (Marzita Abdullah, 2009). Pada tahun 2001, Lembaga Peperiksaan Malaysia menyediakan sistem pentaksiran bestari, selaras dengan konsep Sekolah Bestari.

Dengan mengambil contoh sistem pengkalan data peperiksaan (Sispa) dan Headcount yang digunakan bagi penilaian dan peperiksaan di sekolah, maklumat mengenai pencapaian setiap murid dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis di dalam sistem pengkalan data. Data pentaksiran boleh diakses dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah. Ini dapat membantu pentadbiran sekolah serta para guru untuk mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan proram susulan yang sesuai dan releven disamping memudahkan urusan dokumentasi dan penyimpanan data.

3

Page 5: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Pentaksiran dalam talian terhad kepada sekolah yang mempunyai infrastruktur yang mencukupi, iaitu komputer yang dirangkaikan (network) dan aplikasi sistem pengurusan pentaksiran. Capaian kepada aplikasi ini boleh dibuat dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan ke internet.

Pentaksiran dalam talian akan menggunakan item yang disimpan dalam bank item berkomputer dan boleh diakses oleh pengguna menerusi rangkaian (network). Dengan menggunakan bank item dan rangkaian, guru danmurid boleh menjalankan aktiviti pentaksiran apabila mereka telah bersedia dan memerlukannya.

Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagi mengenalpasti keperluan murid dan dapat menanam keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan murid kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta merta. Pentaksiran ini berpotensi mengembangkan pemahaman murid terhadap pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan dan penilaian yang berkesan. Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran yang berkesan (JISC/QCA, 2007)

Antara kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatan masa, memudahkan menanda dan penjimatan ruang menyimpan. Dengan menggunakan komputer, guru akan mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. (Fabilah Baharom dan Zaidatun Tahir, 2005)

Pentaksiran berasaskan web ini lebih bersifat peribadi. Murid boleh melaksanakan pentaksiran pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa. (Bull, 1999) telah mendapati bahawa murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer kerana dapat memberi maklum balas serta mambuat analisis statistik dengan cepat dan tepat berikutan dari penandaan yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000) Menurut Vendlinski dan Stevens (2002) pula, teknologi menawarkan keadah pengukuran baru bagi menarik minat murid seterusnya dapat mentaksir pembelajaran yang berupaya memberi maklum balas serta merta prestasi pencapaian murid.

4

Page 6: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4.2 Aplikasi pengurusan ujian dan aplikasi pengurusan tugasan dalam sistem pengurusan menggunakan teknologi maklumat.

Sub modul berikut terdapat di dalam Aplikasi Pengurusan Ujian dan Aplikasi Pengurusan (Guided Mode)

a). Penyelenggaraan Bank Soalan.- Menambah soalan ke dalam bank soalan.- Menukar soalan-soalan yang sedia ada di dalam bank

soalan.b). Penyediaan Ujian.

- Menyediakan ujian.- Menggunakan soalan-soalan dari bank soalan untuk ujian dalam talian.

c). Jadual Ujian dan calon.- Membuat jadual peperiksaan dengan menggunakan ujian yang telah disediakan.- Mengagihkan calon untuk setiap peperiksaan.

d). Pelaksanaan ujian.- Murid melaksanakan ujian dalam talian.

e). Penyelenggaraan keputusan ujian.- Memasukkan keputusan ujian luar talian.- Keputusan ujian dalam talian akan masuk secara outomatik.

f). Kemajuan pelajar.- Memaparkan kemajuan pelajar.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Peperiksaan Secara Online ini adalah merupakan sebahagian dari program dalam Projek Jangka Panjang Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk tahun 2001 hingga 2010 dan ianya adalah selaras dengan Program Rancangan Rangka Jangka Panjang ke (3) Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mengintegrasikan sistem pentaksiran ke dalam sekolah bestari.

5

Page 7: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4.3 Contoh perisian yang berkaitan dengan pentaksiran.

4.3.1 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

- Dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sistem ini dibangunkan secara atas talian.

4.3.2 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

- Dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

- Merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM. JPN, PPD dan sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras, berdasarkan skala gred kebangsaan.

- Data yang disimpan melaluinya boleh digunapakai oleh semua pihak terutamanya PPD , JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

6

Page 8: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4.3.3 EDUWEBTV

- Dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendidikan di antara bandar, luar bandar dan pendalaman.

- Membolehkan guru mengolah dan memprebiu rancangan serta menggunakannya dalam bilik darjah tanpa terikat pada masa siaran dan tempat tayangan.

4.3.4 Perisian Hot Potatoes

- Ia adalah sebuah perisian percuma yang digunakan untuk membina soalan dalam pelbagai bentuk.

- Antaranya ialah kuiz, mengisi tempat kosong, soalan objekif, soalan padanan dan juga teka silangkata.

- Boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga ujian.

- Dilaksanakan secara soalan bercetak atau secara online.- Perisian ini amat menyeronokkan.

7

Page 9: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Contoh

soalan objektif

8

Page 10: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4.3.5 Program Excel

Fungsi-fungsi worksheet adalah tool-tool khusus yang melakukan perhitungan kompleks dengan cepat dan mudah. Mereka seperti tombol kunci khusus pada kalkulator canggih yang menghitung akar pangkat dua, logaritma dan evaluasi statistik.Microsoft Excel memiliki lebih dari 300 fungsi built-in yang melakukan berbagai macam perhitungan. Beberapa fungsi, seperti SUM, setara dengan formula matematika panjang yang bisa Anda lakukan dengan manual. Fungsi-fungsi lain, seperti IF dan VLOOKUP, tidak dapat ditiru olah formula

9

Page 11: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

5. Kelebihan teknologi maklumat (Komputer) dalam pentaksiran.a). Melaksanakan kiraan matematik dengan cepat dan tepat.b). Memaparkan visual statik dan dinamik.c). Memainkan bunyi, suara dan muzik pada masa dan tempoh yang

diperlukan.d). Mengenalpasti pengguna yang sah dan tidak sah melalui kata laluan.e). Memproses keputusan dengan tepat dan cepat.f ). Memaparkan pelbagai format keputusan seperti teks, graf, suara dan

jadual.g). Memilih dan memaparkan soalan secara rawak.h). Menyimpan keputusan penilaian dan boleh dicapai semula dengan

mudah.i). Tidak prejudis dalam memberi markah.j). Mengemukakan maklumat analisis penilaian untuk panduan membuat

keputusan.k). Mudah menyampaikan ujian kepada ramai pengguna dalam masa

yang singkat.l). Menggurangkan kos tadbir ujian dengan menggunakan keadah ujian

dalam talian. m).Meningkatkan penerimaan dan kepuasan calon.

n). Memenuhi keperluan keadah ujian dan penilaian masa hadapan.

6. Kekangan menggunakan teknologi maklumat dalam pentaksiran.a). Perlu alatan yang mencukupi, komputer, internet, perisian.b). Perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT.c). Memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputer-

pengguna boleh berinteraksi dengan berkesan.d). Laporan keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar murid.

10

Page 12: AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

BIBLIOGRAFI

1)    Al Gahmudi, Y.A. S (1987). The Effectiveness of Using Microcomputers in

Learning Algebraic Precedence Conventions. Doctoral Dissertation, Florida State

University.

2)    Cockroft, W.H. (1986). Mathematics Count. London. HMSO

3)    Funkhouser, C. (1993). The Influence of Problem Solving Software in

Students' Attitude about Mathematics. Journal of Research on Computing in

Education. 23(3), 339-346.

4)    Ibrahim Saad, (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran.

DBP, Kuala Lumpur.

5)    Sue Brown & Bette Bush, (1992). Multimedia Math. The Computer Teacher,

20(3), 57-58

6)    Wan Mohd. Zahid Wan Mohd Nordin, (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia,

Hala Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia

7) http://www.oocities.org/gardner02_8/ilmiah2.htm

8) apps.moe.gov.my/sppbs/ 

9) saps.moe.gov.my/ 

10) www.eduwebtv.com/ 

11) www.halfbakedsoftware.com/ hot _pot.php

12) www.baycongroup.com/el0.htm

13) mujahid.tripod.com/kurimath_bestari.html 

11