aplikasi teknologi dalam pentaksiran

69
Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran 1.0 Pendahuluan Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson a data that has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective decisions . Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data. Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku. Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya 1

Upload: mazlan-mohd-mohsin

Post on 29-Jul-2015

1.633 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Penggunaan ICT dan teknologi dalam pentaksiran sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

1.0 Pendahuluan

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang

pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi

Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran.

Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah

memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang

bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses

menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang

dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data that has been processed into a form that is

meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective

decisions”.

Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai

maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat

kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi

menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah

berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.

Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan

dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun

menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan

keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian

yang berlaku.

Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam

melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan

1

Page 2: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar

dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan

bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya

berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai.

Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah organisasi

yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah berlumba-lumba untuk

menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan ianya amat jelas diaplikasikan

pada syarikat yang berskala besar.

Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia telah

menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi

penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian

Pelajaran mula memberikan penekanan kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya

sekolah bestari di Malaysia, makmal komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan

kurikulum pelajaran yang berasaskan teknologi maklumat.

1.1 Maksud pentaksiran

Pentaksiran ialah proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu

peraturan atau piawaian. (Popham,2000)

Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, membuat skor dan menterjemahkan maklumat

tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. (Lembaga

Peperiksaan Malaysia,2000)

2

Page 3: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh

didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.

Dalam pendidikan dapatlah dirumuskan bahawa pentaksiran ialah satu proses

mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses

pendidikan.

1.2 Tujuan pentaksiran:

a) Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran.

b) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

c) Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan

sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

e) Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

f) Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Teknologi Maklumat

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih dari satu

takrifan :

a) Pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses

untuk menyelesaikan masalah manusia.

b) Perkataan technology berasal dari perkataan Greek iaitu

technologia . Techne bermaksud seni, kemahiran, rekaan. Dan logia

pula bermaksud pembelajaran, kajian.

c) Teknologi selalunya berkait rapat dengan menggunakan prinsip

3

Page 4: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

sains dan proses terkini.

d) Dalam bidang ekonomi teknologi ialah tahap pengetahuan semasa

dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang

dikehendaki. Teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal

berubah.

e) Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-

institusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan

sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah

manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

1.4 Definasi Teknologi Maklumat

a) Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan

maklumat menggunakan perantaraan teknologi.

b) Boleh ditakrifkan sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah,

menyebar dan memaparkan maklumat.

c) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: teknologi berkait dengan

pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran

maklumat melalui teknologi komputer dan tele-komunikasi.

1.5 Teknologi maklumat dalam pentaksiran.

1.5.1 Pengertian

Pentaksiran berasaskan web merupakan satu istilah umum yang merangkumi

penggunaan komputer dan internet dalam proses pentaksiran. Istilah pentaksiran

berasaskan web ini adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknolgi

digital digunakan dalam semua kegiatan meliputi perancangan dan penghantaran

pentaksiran, penandaan dalam komputer dan alat-alat atas talian, dan semua proses

pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di

peringkat sekolah

4

Page 5: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

JISC/QCA (2007) mendefinisikan pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses

pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah

digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas.

Menurut mereka lagi, kaedah pentaksiran berasaskan web ini adalah berbeza dengan

pentaksiran berasaskan komputer (CBA) yang merujuk kepada pentaksiran

dilaksanakan dan ditandakan/periksa dengan komputer, dan pentaksiran berbantukan

komputer (CAA) adalah merujuk kepada amalan yang bergantung kepada penggunaan

komputer:: Contohnya penggunaan atas talian bagi tujuan forum perbincangan, maklum

balas kerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan secara elektronik atau e-

portfolio.

Sehubungan dengan itu sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan

mencadangkan supaya penggunaan teknologi diperluaskan dalam sistem pentaksiran

berasaskan sekolah. (Marzita Abdullah, 2009). Pada tahun 2001, Lembaga Peperiksaan

Malaysia menyediakan sistem pentaksiran bestari, selaras dengan konsep Sekolah

Bestari.

Dengan mengambil contoh sistem pengkalan data peperiksaan (Sispa) dan

Headcount yang digunakan bagi penilaian dan peperiksaan di sekolah, maklumat

mengenai pencapaian setiap murid dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis

di dalam sistem pengkalan data. Data pentaksiran boleh diakses dalam bentuk graf, carta

pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah. Ini dapat membantu

pentadbiran sekolah serta para guru untuk mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada

dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan proram susulan yang

sesuai dan releven disamping memudahkan urusan dokumentasi dan penyimpanan data.

Pentaksiran dalam talian terhad kepada sekolah yang mempunyai infrastruktur

yang mencukupi, iaitu komputer yang dirangkaikan (network) dan aplikasi sistem

pengurusan pentaksiran. Capaian kepada aplikasi ini boleh dibuat dari mana-mana

komputer yang mempunyai sambungan ke internet.

5

Page 6: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Pentaksiran dalam talian akan menggunakan item yang disimpan dalam bank

item berkomputer dan boleh diakses oleh pengguna menerusi rangkaian (network).

Dengan menggunakan bank item dan rangkaian, guru danmurid boleh menjalankan

aktiviti pentaksiran apabila mereka telah bersedia dan memerlukannya.

Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagi mengenalpasti keperluan

murid dan dapat menanam keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan murid

kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta

merta. Pentaksiran ini berpotensi mengembangkan pemahaman murid terhadap

pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan dan penilaian yang berkesan.

Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran yang

berkesan (JISC/QCA, 2007)

Antara kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatan masa, memudahkan

menanda dan penjimatan ruang menyimpan. Dengan menggunakan komputer, guru akan

mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. (Fabilah Baharom

dan Zaidatun Tahir, 2005)

Pentaksiran berasaskan web ini lebih bersifat peribadi. Murid boleh melaksanakan

pentaksiran pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa. (Bull, 1999)

telah mendapati bahawa murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer

kerana dapat memberi maklum balas serta mambuat analisis statistik dengan cepat dan

tepat berikutan dari penandaan yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000) Menurut

Vendlinski dan Stevens (2002) pula, teknologi menawarkan keadah pengukuran baru

bagi menarik minat murid seterusnya dapat mentaksir pembelajaran yang berupaya

memberi maklum balas serta merta prestasi pencapaian murid.

6

Page 7: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

1.5.2 Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Sisitem Pengurusan Ujian dan

Tugasan

Sub modul berikut terdapat di dalam Aplikasi Pengurusan Ujian dan Aplikasi

Pengurusan (Guided Mode)

a) Penyelenggaraan Bank Soalan

Menambah soalan ke dalam bank soalan

Menukar soalan-soalan yang sedia ada di dalam bank soalan

b) Penyediaan Ujian

Menyediakan ujian

Menggunakan soalan-soalan dari bank soalan untuk ujian

dalam talian.

c) Jadual Ujian dan calon

Membuat jadual peperiksaan dengan menggunakan ujian

yang telah disediakan.

Mengagihkan calon untuk setiap peperiksaan.

d) Pelaksanaan ujian

Murid melaksanakan ujian dalam talian.

e) Penyelenggaraan keputusan ujian

Memasukkan keputusan ujian luar talian.

Keputusan ujian dalam talian akan masuk secara

outomatik.

f) Kemajuan pelajar

Memaparkan kemajuan pelajar.

7

Page 8: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Peperiksaan Secara Online ini adalah

merupakan sebahagian dari program dalam Projek Jangka Panjang Lembaga

Peperiksaan Malaysia untuk tahun 2001 hingga 2010 dan ianya adalah selaras

dengan Program Rancangan Rangka Jangka Panjang ke (3) Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mengintegrasikan sistem pentaksiran ke

dalam sekolah bestari.

1.5.3 Contoh perisian yang berkaitan dengan pentaksiran

a) Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan

pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sistem ini

dibangunkan secara atas talian.

b) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

8

Page 9: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data

peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh

dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM. JPN, PPD dan sekolah.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras,

berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melaluinya boleh digunapakai oleh semua pihak

terutamanya PPD , JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

c) EDUWEBTV

9

Page 10: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendidikan di antara bandar,

luar bandar dan pendalaman.

Membolehkan guru mengolah dan memprebiu rancangan serta

menggunakannya dalam bilik darjah tanpa terikat pada masa siaran

dan tempat tayangan.

d) Perisian Hot Potatoes

Ia adalah sebuah perisian percuma yang digunakan untuk membina

soalan dalam pelbagai bentuk.

Antaranya ialah kuiz, mengisi tempat kosong, soalan objekif, soalan

padanan dan juga teka silangkata.

Boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan juga ujian.

Dilaksanakan secara soalan bercetak atau secara online.

Perisian ini amat menyeronokkan.

Contoh :

soalan objektif

10

Page 11: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

e) Program MS Excel

11

Page 12: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Fungsi-fungsi worksheet adalah tool-tool khusus yang melakukan

perhitungan kompleks dengan cepat dan mudah. Mereka seperti tombol

kunci khusus pada kalkulator canggih yang menghitung akar pangkat

dua, logaritma dan evaluasi statistik.

Microsoft Excel memiliki lebih dari 300 fungsi built-in yang melakukan

berbagai macam perhitungan. Beberapa fungsi, seperti SUM, setara

dengan formula matematika panjang yang bisa Anda lakukan dengan

manual. Fungsi-fungsi lain, seperti IF dan VLOOKUP, tidak dapat ditiru

olah formula

1.6 Kelebihan teknologi maklumat (Komputer) dalam pentaksiran

a) Melaksanakan kiraan matematik dengan cepat dan tepat.

b) Memaparkan visual statik dan dinamik.

c) Memainkan bunyi, suara dan muzik pada masa dan tempoh yang

diperlukan.

d) Mengenalpasti pengguna yang sah dan tidak sah melalui kata laluan.

e) Memproses keputusan dengan tepat dan cepat.

f ) Memaparkan pelbagai format keputusan seperti teks, graf, suara dan

jadual.

g) Memilih dan memaparkan soalan secara rawak.

h) Menyimpan keputusan penilaian dan boleh dicapai semula dengan

mudah.

i) Tidak prejudis dalam memberi markah.

j) Mengemukakan maklumat analisis penilaian untuk panduan membuat

keputusan.

k) Mudah menyampaikan ujian kepada ramai pengguna dalam masa

yang singkat.

l) Menggurangkan kos tadbir ujian dengan menggunakan keadah ujian

dalam talian.

12

Page 13: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

m) Meningkatkan penerimaan dan kepuasan calon.

n) Memenuhi keperluan keadah ujian dan penilaian masa hadapan.

1.7 Kekangan menggunakan teknologi maklumat dalam pentaksiran

a) Perlu alatan yang mencukupi, komputer, internet, perisian.

b) Perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT.

c) Memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputer-

pengguna boleh berinteraksi dengan berkesan.

d) Laporan keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar murid.

2.0 Aplikasi Teknologi Dalam Pembinaan Item

Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari

segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut

akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah,

calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau

di luar jangkauan mereka.

Ujian dan peperiksaan ialah alat pengukuran dan penilaian terhadap pencapaian

murid dalam proses pembelajaran. Dalam kata lain, sesuatu piawai atau penanda aras

proses pelaksanaan kurikulum dapat digunakan untuk membezakan murid cemerlang,

sederhana dan penguasaan minimum. Selanjutnya, langkah campur tangan (intervensi)

dalam bilik darjah dapat direka bentuk dengan lebih tepat.

Di peringkat sekolah, reka bentuk pentaksiran peringkat tertinggi akan ditentukan

oleh mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah sebelum dipanjangkan kepada panitia

mata pelajaran. Jadual Penentuan Ujian akan menjadi panduan asas untuk penyediaan

13

Page 14: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

item soalan. Bidang tajuk yang diuji akan diselaraskan jika terdapat lebih daripada

seorang guru mengajar mata pelajaran yang sama.

Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan

teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan

minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan

berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif

adalah lebih selamat. Guru harus mengambil kira data kiraan kepala (head count), nilai

lepas landas (take off value, TOV), dan jangkaan pencapaian sasaran (expected target

result, ETR).

Hakikatnya proses pembinaan item soalan ujian dan peperiksaan ialah perkara

serius dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Walaupun sudah biasa dengan

penyediaan item pentaksiran berasaskan sekolah sejak mula bertugas, ulang kaji tentang

proses dan tatacara pembinaan item ini tidak boleh sama sekali diabaikan. Kesibukan

guru dengan pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum, pengurusan, peningkatan

profesionalisme dan kegiatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sedikit sebanyak

akan memberi tekanan kepada guru untuk menyediakan item ujian yang mantap dan

signifikan.

2.1 Konsep Item

Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang berupa

evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran/pengukuran sesuatu konstruk.

Jenis item terbahagi kepada 2, iaitu :

i) Item Objektif

ii) Item Subjektif

2.1.1 Item Objektif

Item Objektif dapat memberi maklum balas segera kepada pelajar mengenai

perkembangan dirinya dari aspek kognitif, afektif, kemahiran dan juga personaliti. Item 14

Page 15: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

jenis ini membolehkan pelajar meneruskan aktiviti pemulihan atau pengayaan. Ia juga

dapat menunjukkan status pencapaian pelajar, sama ada telah menguasai atau

sebaliknya sesuatu topik atau kemahiran yang yang diajar.

Terapat 2 jenis ujian objektif, iaitu :

i) Jenis item respon bebas (separuh objketif)

ii) Jenis item respon tetap (objektif)

Kemampuan seorang guru membuat aneka jenis soalan berasaskan web

merupakan pilihan yang tepat untuk membuat pembelajaran menjadi lebih menarik

( interactive-learning ) dan menyeronokkan. Hot Potatoes merupakan satu tool untuk

membuat soalan-soalan yang beraneka bentuk. Program Hot Potatoes terdiri atas enam

program yang dapat digunakan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran secara

interaktif.

Menurut Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga

kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang- dengar.

Bahan- bahan bantu mengajar bukan elektronik

o Bahan bantu mengajar asas seperti papan tulis, buku teks dan papan

pamer.

o Bahan bantu bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan

pengajaran dan lain- lain lagi.

o Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem

jalur, filem jalur, piring hitam cakera padat audio, komputer dan disket

komputer.

o Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar

seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan relia.

15

Page 16: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah

diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi.

Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya

mengandungi:

Kemahiran 

Permainan dan simulasi

Analisis statistik

Mendapatkan maklumat

Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah

pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:

Tutorial

Latihtubi dan latihan

mulasi

Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya

dalam menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Sebelum kita melihat lebih jauh lagi

contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan

penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran iaitu: 

Penjimatan masa 

Pemaparan maklumat lebih menarik

Pemupukan budaya berfikir

Agen motivasi

2.2 Kelebihan Penggunaan Pangkalan Data Elektronik

16

Page 17: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Pada asasnya, terdapat 4 kelebihan kaedah penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara trasional, iaitu:

I. Paparan grafik yang berwarna dapat menjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih

berkesan berbanding dengan cara kita melukiskannya di atas papan hitam.

II. Men je la jah setiap muka skrin dengan kursor @ teknik animasi memberikan satu

cara pangajaran yang tidak mungkin dapat dilakukan dengna menggunakan

sebuah buku teks.

III. Perubahan cas pada molekul akibat didekati oleh molekul yang lain boleh

disimulasikan oleh skrin komputer.

IV. Penjelasan dan juga pengiraan yang kompleks dapat dipersembahkan dengan

cepat dan tepat.

2.3 Bina Item Objektif Guna Perisian Hot Potatoes

Apakah yang dikatakan Hot Potatoes? Hot Potatoes ialah satu perisian yang

direka oleh University of Victoria Language Centre, Canada yang bertujuan untuk

memudahkan pengguna untuk membina soalan berbentuk interaktif berlandas internet

atau dalam lain perkataan Hot Potatoes membolehkan kita membina bahan-bahan ilmiah

dengan mudah tanpa menggunakan bahasa pengaturcaraan. Ianya lebih mudah dari

17

Page 18: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

yang disangka, terutama setelah mencubanya.dan menggunakannya dalam pengajaran

dan pembelajaran kita.Terdapat enam modul dalam perisian ini. Antaranya ialah JBC

Pembinaan item soalan dalam moodle boleh dipermudahkan dengan cara

mengimport item soalan yang telah dibina dalam perisian Hot Potateos.Modul membina

soalan objektif aneka soalan atau soalan betul / salah. Antara kebaikan atau kelebihan

modul JBC ini ialah JBC boleh membina soalan objektif interaktif dengan cara yang

paling mudah. Jawapan dan markah akan dipapar tanpa sebarang arahan

pengaturcaraan komputer.

Anda juga boleh mengubah Configure Output  yang telah sedia ada daripada

bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau apa-apa juga yang anda suka dan juga

latar  belakang. Tapi biarlah dalam bahasa yang baik.Anda hanya perlu mengubahnya

sekali sahaja dan pada masa akan datang respon yang sama akan dipapar.

2.3.1 Penggunaan Program Hot Potatoes

Secara umum, kelima-lima modul yang terdapat dalam software ini memiliki format

berikut:

1. Membuat dan menulis soalan

2. Mereka konfigurasi output

3. Menyimpan (save) master

4. Meng-export file atau menyimpan file dalam web document (html) atau CD.

Hot Potatoes adalah satu perisian yang mengandungi 5 jenis alat pengarangan 

yang membolehkan kita mencipta 5 jenis latihan /soalan interaktif berasaskan Web 

dan alat pengurusan ujian The masher. Ia juga berupaya membina soalan dalam semua

bahasa dan menggunakan pelbagai huruf.

Ada 5 jenis alat pengarangan soalan yang terdapat dalam Hot Potatoes iaitu

18

Page 19: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

JQuiz Soalan Objektif

JMix Latihan Menyusun Ayat

JCross Latihan Teka Silang Kata

JMatch Latihan Membuat Susunan

JCloze Latihan Mengisi Tempat Kosong

Masher mempunyai dua fungsi:

1. Ia digunakan untuk mencipta unit latihan Hot Potatoes (dan lain-lain laman

Web).

2. Setiap unit yang dibangunkan dengan Masher berkongsi set rupa yang

sama,dan dihubungkan antara satu sama lain secara automatik dengan butang

navigasi dan indeks halaman diberi secara automatik. Jika anda kerap mencbina

turutan latihan dan lain halaman -- "units" atau "bab" bahan pengajaran -- Masher

boleh membantu anda menyusun dan membina laman web dengan cepat dan mudah.

3. Ia juga digunakan untuk memuat naik fail bukan Hot Potatoes

eserver  hotpotatoes.net . Bila anda  mengeksport latihan untuk mencipta Halaman

Web dari dalam Hot Potato, anda boleh memuat naik secara automatik halaman dan

fail media yang dikaitkan kepada hotpotatoes.net; walaubagaimanapun jika anda ingin

memuat naik lain-lain jenis fail (dokumen PDF, dokumen Word , imej, dsb.) untuk

pelajar anda anda boleh melakukannya menggunakan Masher

Berikut langkah-langkah instalasi , pembuatan quiz,dan cara memasukan quiz yang

sudah telah dibina di dalam aplikasi web, misalnya Moodle.

INSTALASI SOFTWARE HOT POTATOES

Langkah untuk mengoperasikan peringkat permulaan hot potatoes ini cukup mudah iaitu:

1. Install hot potatoes (sesuai dengan OS) dengan mendownload versi

terbaru di h tt p : // ho t p o t. u v i c . c a /

2. Register produk tersebut dengan cara online melalui

19

Page 20: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

h tt p : // ho t p o t. u v i c . c a / r eg / r e g i s t e r. h t m a tau menggunakan User name:

Temporary registration key: ISRB-TRXM-TRKE

Langkah Awal : Menyediakan Folder Kerja

Sebelum membina soalan, bahan-bahan sokongan seperti gambar, teks rujukan dan

rajah yang akan dimasukkan kedalam soalan/latihan, hendaklah disediakan terlebih

dahulu dan disimpan didalam folder yang sama, kerana latihan yang dihasilkan oleh Hot

Potatoes adalah bahanberasaskan web dan ini memerlukan penyusunan bahan-bahan

sokongan seperti bahan grafik, teks, rajah dan lain-lain dalam folder yang sama.

a) APLIKASI HOT POTATOES DALAM JQUIZ

1. JQuiz (tools untuk membina kuiz) dengan

langkah-langkah:

20

Klik pilihan dalam menu di atas:

Page 21: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

a. Isilah title untuk memberikan tajuk soalan tersebut.

b. Isilah Q sebagai pertanyaan soalan yang dibina.

c. Gambar anak panah di sebelah Q bertujuan untuk menentukan

nombor soalan.

d. Kemudian klik pilihan anda :

i) Multiple-choice (pelbagai pilihan)

ii) Short-answer (jawapan pendek)

iii) Hybride (gabungan)

iv) Multi-select (lebih dari satu jawapan)

e. Isilah A, B, C dan D sebagai alternatif jawapan

f. Isilah feedback sebagai jawapan kembali setelah pelajar memilih

g. Isilah salah satu butang correct untuk jawaban yang benar

h. Simpanlah file tersebut dengan menekan tanda disket di kiri

atas anda

i. Buatlah file htm dengan cara:

1) Klik file

2) Klik create webpage

3) Klik standard format

21

Page 22: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

4) Ketik nama file dengan tidak menggunakan spacing

5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan

muncul seperti gambar berikut berikut :

2. JCross (tools pembina teka silang kata) dengan langkah-

langkah:

a. Isilah title untuk memberikan tajuk soalan.

b. Isilah jawapan teka silang kata terlebih dahulu.

22

Page 23: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

c. isilah soalan teka silang kata tersebut dengan meng-klik add

clues, sehingga muncul seperti berikut:

d. Isilah pertanyaan dengan meng-klik jawapan kemudian klik OK

e. Klik OK untuk selesai

f. Buatlah file htm dengan cara:

1) Klik file2) Klik create webpage3) Klik standard format

4) Klik nama file dengan tidak menggunakan spacing

5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan

muncul seperti gambar berikut :

23

Page 24: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

3. JMix (menyusun ayat, menu ini khusus untuk pelajaran bahasa)

dengan langkah-langkah:

a. Isilah title dengan tajuk

b. Isilah main sentence dengan kata-kata dengan menggunakan

enter

c. Isilah alternate sentences dengan ayat yang benar

d. Simpan dengan mengklik gambar disket

e. Buatlah file htm dengan cara:

1) Klik file

2) Klik create webpage

3) Klik standard format

4) Tekan nama file dengan tidak menggunakan spacing

5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan

muncul seperti gambar berikut ini

24

Page 25: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

6) Klik kata yang akan disusun7) Klik check untuk memeriksa jawapan

4. JClose ertinya isian tertutup, caranya:

a. Isilah title dengan judul soal

b. Klik sepotong ayat yang boleh menjadi sebuah soalan

dengan cara:

1) Blok kata tersebut baik dengan mouse atau manual

25

Page 26: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

2) Klik grap, maka akan muncul tampilan berikut:3) Klik clue sebagai petunjuk jawapan4) Klik alternatif jawapan apabila pelajar menjawab salah

misalnya Hirosima dengan Hiroshima5) Klik OK untuk menyelesaikan seting tersebut

5. JMatch (tools untuk membina soalan padanan) dengan

langkah-langkah:

a. Isilah title sebagai tajuk

b. Isikan left (ordered) items sebagai pasangan

sebelah kiri dan

c. Isikan right (jumbled) items sebagai pasangan

sebelah kanan

d. Isikan default untuk pilihan tetap

e. Simpan file tersebut dengan mengklik gambar disket

f. Buatlah file htm dengan cara:

1) Klik file

2) Klik create webpage pilihlah salah satu format:

3) Klik standard format

4) Tekan nama file dengan tidak menggunakan spacing

5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan

muncul seperti gambar berikut :

26

Page 27: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

6) Selain menggunakan standard format, anda boleh juga

menggunakan drag/drop format

Klik nama file dengan tidak menggunakan spacing

Klik view the exercise in my browser, kemudian akan

muncul seperti gambar berikut ini:

27

Page 28: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

7) Anda boleh juga menggunakan flash card format

Ketik nama file dengan tidak menggunakan spasi

Klik view the exercise in my browser, kemudian akan

muncul seperti gambar berikut ini

3.0 Analisis Item

Menurut Mok Soon Sang (1989), penganalisaan item / soalan merupakan satu

kajian yang sistematik terhadap item / soalan yang telah digunakan dalam sesuatu ujian

pra. Kajian itu berdasarkan keputusan-keputusan ujian pra itu yang digunakan untuk

menentukan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi setiap item / soalan yang telah

digubal. Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi yang didapati dengan cara demikian

akan ditafsir untuk menentukan sama ada item / soalan sesuai digunakan atau tidak.

Menurut Ng Kok Fu (Pensyarah Unit Peperiksaan & Penilaian, Institut Perguruan

Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman), Analisis Item ialah satu proses

menganalisis secara statistik tindak balas calon terhadap setiap item dalam sesuatu ujian

untuk membuat pertimbangan mengenai kualiti dan keberkesanan item-item tersebut. Ia

memberi maklumat kepada kita mengenai bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi

dalam ujian. Secara khusus melalui analisisi item, kita akan mengetahui indeks 28

Page 29: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan tiap-tiap pilihan (pengganggu) bagi

setiap item.

Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan

selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan

item (item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan

dari semasa ke semasa.  

Antara kepentingan melakukan analisis item adalah seperti berikut :

• untuk memastikan item/soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan.

• membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu

sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan

pelajar.

• dapat menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pandai

daripada pelajar lemah.

• untuk menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut

dan juga apakah sebenarnya yang diukur oleh ujian ini.

• menghasilkan pekali / indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks

Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian.

Untuk memastikan bank item yang sentiasa mengandungi item

pelbagai strand atau kemahiran yang bermutu, perkara berikut perlu dilaksanakan :

pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina 

analisis item untuk memastikan item bermutu dipilih

Item boleh dianalisis, secara empirikal, berdasarkan jawapan yang diberi untuk

mengetahui kekuatan dan kelemahan item. Hasil analisis item boleh digunakan untuk

memperbaiki kualiti item berkenaan. Sesuatu item objektif aneka pilihan boleh dianalisis

untuk mendapatkan maklumat berikut:

29

Page 30: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Indeks kesukaran (p)

Indeks diskriminasi (D)

Keberkesanan distraktor (penggangu)

3.1 Indeks Kesukaran

Indeks ini digunakan untuk menunjukkan item / soalan sama ada terlalu sukar,

sederhana atau terlalu senang.

Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka

pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi

jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Nilai

indeks ini boleh dihitung dengan cara berikut :

Indeks Kesukaran (p) =

Contohnya, satu soalan dapat dijawab dengan betul oleh 30 orang pelajar daripada

sejumlah 40 orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. Nilai p bagi soalan ini ialah

30/40 = 0.75.

Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.

30

Rajah 5.1 : Indeks Kesukaran dan Kesukaran Item

Nilai p

Item

0.0 0.5

1.00

Sukar Sederhana Sukar Mudah

Bilangan calon yang menjawab dengan betul Jumlah calon yang mencuba item / soalan

Page 31: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang

menjawab sesuatu item dengan betul. Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu

item dengan betul, lagi mudahlah item tersebut (Wood, 1960).

Item yang dijawab dengan betul oleh 85% , pelajar akan mempunyai nilai p = 0.85,

manakala item yang dijawab dengan betul oleh 50% pelajar akan mempunyai nilai p =

0.50. Sebaliknya, indeks kesukaran item boleh memberi jangkaan peratus pelajar yang

dapat menjawab item tersebut dengan betul. Misalnya, jika indeks kesukaran bagi

sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut

dengan betul.

Bagi item subjektif (esei); yang markahnya mengambil nilai 0, 1, 2, 3, …; indeks

kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat

markah penuh seperti berikut (Nitko, 2004: 317):

Indeks Kesukaran (p) =

Contoh:

31

Markah purataJulat Markah Penuh

Page 32: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah minimum 0 dan maksimum 10.

Sepuluh (10) orang pelajar (P) telah menjawab soalan ini dan mendapat markah seperti

dalam jadual di bawah. Jumlah markah bagi 10 orang pelajar ialah 63.0.

• Pengiraan indeks kesukaran item ialah seperti berikut:

3.1.1 Panduan Indeks Kesukaran

• Indeks kesukaran item yang dapat menghasilkan indeks diskriminasi item yang

maksimum ialah antara 0.50 hingga 0.85, bergantung kepada format item.

• Indeks kesukaran tersebut ialah :

0.50 bagi item berjawapan pendek/melengkap,

0.70 bagi item objektif lima-opsyen,

0.74 bagi item objektif empat-opsyen,

0.77 bagi item objektif tiga-opsyen, dan

0.85 bagi item objektif dua-opsyen (betul/salah)

[Lord (1952) dalam Mehrens & Lehmann (1991)]

• Indeks kesukaran bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan

(contohnya, membaca) haruslah antara :

0.16 dan 0.84 (item-item mudah, sederhana sukar dan sukar); 0.40 hingga 0.60 (item-item sederhana sukar) bagi item-item ujian yang

mengukur dua jenis keupayaan (contohnya, membaca dan menulis)

32

Page 33: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

[ Nitko (2004: 323) ]3.1.2 Tujuan Indeks Kesukaran

3.2 Indeks Diskriminasi Item

Item / soalan yang baik akan dapat membezakan / mendiskriminasikan antara

mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Indeks yang diguna

untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi item.

Mehrens & Lehmann, (1991)

Suatu item yang baik (dari segi kuasa diskriminasi) ialah item yang berupaya

mengenalpasti dan membezakan calon berpencapaian tinggi (CPT) daripada calon

berpencapaian rendah (CPR). Jika item tersebut diberi kepada sekumpulan calon, calon

pencapaian tinggi akan menjawab item itu dengan betul, manakala calon pencapaian

rendah akan menjawab item itu dengan salah. Dengan kata lain, calon yang menjawab

betul item tersebut dapatlah dikenalpasti sebagai calon yang berpencapaian tinggi.

Jika kedua-dua kumpulan calon CPT dan CPR mempunyai bilangan calon yang

hampir sama menjawab suatu item dengan betul, maka item itu dianggap tidak atau

kurang mempunyai keupayaan pengasingan. Petunjuk keupayaan pengasingan item ini

dipanggil Indeks Diskriminasi (ID) dan sangat penting dalam ujian jenis pengasingan atau

rujukan norma.

33

Page 34: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Ada berbagai cara mengira Indeks Diskriminasi dan perisian Penyemakan Ujian

dan Analisis Item ini menggunakan kaedah "point-biserial correlation" atau r-pbis. Di

bawah kaedah ini, jumlah skor yang diperolehi oleh seseorang calon dalam ujian yang

mengandungi item itu digunakan untuk mengukur pencapaian calon. Dengan itu,

koefisien korelasi di antara skor calon dengan skor item dapat dikira. Skor item ialah

sama ada 1 (jika calon menjawab betul) atau 0 (jika calon menjawab salah). Jika

kebanyakan calon yang mendapat skor 1 bagi sesuatu item itu juga mendapat skor ujian

yang tinggi, dan kebanyakan calon yang mendapat skor 0 bagi item yang sama juga

mendapat skor ujian yang rendah, maka item itu mempunyai korelasi positif yang tinggi.

Oleh itu korelasi ini boleh digunakan sebagai Indeks Diskriminasi. Formula r-pbis

yang digunakan oleh perisian ini adalah seperti berikut:

di mana

X - skor item

Y - skor ujian

N - jumlah calon

Jadual 3: Tafsiran Indeks Diskriminasi Item

Nilai r-pbis (kunci) Tafsiran

0.4 £ r-pbis £ 1.0 Item ini mempunyai kuasa diskriminasi tinggi

0.2 £ r-pbis < 0.4 Item ini mempunyai kuasa diskriminasi sederhana

0.0 < r-pbis < 0.2 Item ini mempunyai kuasa diskriminasi tetapi rendah

0 Item ini tiada kuasa diskriminasi

negatif Diskriminasi songsang, di mana lebih ramai CPR dari CPT yang menjawab betul. Item perlu diubahsuai/digubal semula.

34

Page 35: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Perlu diingatkan bahawa hasil analisis item tidak mengatakan suatu item itu baik

atau tidak baik dari segi kandungan yang diajar. Contohnya, satu item yang dijawab oleh

semua calon dengan betul (IK=1.0) akan mempunyai ID sifar. Ini tidak bermakna item itu

tidak baik. Keadaan ini (IK=1.0, ID=0) mungkin kerana guru telah mengajar dengan

berkesan sehingga semua calon telah menguasai kemahiran yang diuji itu. Cuma item itu

tidak dapat membezakan calon dalam ujian rujukan norma.

3.2.1 Langkah-Langkah Pengiraan Indeks Diskriminasi Item

1. Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian

rendah (27% pelajar berpencapaian terrendah), pelajar berpencapaian

sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan

pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi).

2. Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar

berpencapaian rendah (RL – Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab

dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (RU – Right Upper)

dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (T(L+U) – Total).

Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU – RL) dengan

separuh T(L+U) seperti berikut:

Contoh, andaikan seramai 200 orang pelajar menjawab soalan tertentu. Setelah

54 orang (27% daripada 200) pelajar berpencapaian tinggi dikenalpasti, didapati 45 orang

daripada mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan betul (RU = 45).

Seterusnya, daripada 54 orang pelajar berpencapaian rendah, seramai 15 orang

dapat menjawab dengan betul (RL = 15). Dalam contoh ini, jumlah pelajar berpencapaian

rendah dan tinggi ialah 108 orang (T(L+U) = 54 + 54 = 108).

Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut:

35

Page 36: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Soalan-soalan yang dibina oleh guru hanya mempunyai Indeks Kesukaran antara

0.00 hingga 0.50. [Hanna dan Dettmer (2004: 252) ]

Indeks Diskriminasi untuk soalan-soalan ujian di bilik darjah perlu melebihi 0.20,

sekiranya pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua (separuh berpencapaian rendah,

separuh berpencapaian tinggi). Indeks ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.20,

sekiranya pelajar dibahagikan kepada 27% berpencapaian rendah dan 27%

berpencapaian tingggi. [Mehrens dan Lehmann (1991) ]

Item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah mempunyai Indeks

Diskriminasi melebihi 0.30. [Nitko (2004: 323) ]

Justeru, sebagai kesimpulan, item / soalan yang baik untuk sesuatu ujian perlu

mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30.

36

Page 37: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

3.2.2 Pertalian antara Kuasa Diskriminasi dengan Kesukaran

Kebolehan sesuatu item untuk mendiskriminasi (membezakan pelajar) adalah Kebolehan sesuatu item untuk mendiskriminasi (membezakan pelajar) adalah

bergantung kepada indeks kesukaran item itu; bergantung kepada indeks kesukaran item itu;

Item yang amat sukar Item yang amat sukar atauatau yang amat senang tidak dapat mendiskriminasi yang amat senang tidak dapat mendiskriminasi pelajar.pelajar.

3.3 Analisis Keberkesanan Distraktor (Pengganggu)

Analisis distraktor diperlukan menggubal sesuatu item. Selain mengira indeks

kesukaran dan diskriminasi,  dalam analisis item juga perlu diketahui tentang distraktor

atau pengganggu yang disediakan itu berkesan atau sebaliknya. Apakah semua pilihan

jawapan yang disediakan dianggap betul oleh semua pelajar, pilihan jawapan hanya

37

Page 38: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

bertumpu kepada pilihan tertentu sahaja atau pilihan yang sama sekali tidak

ada pemilihnya. 

Dengan memeriksa pola pilihan jawapan, kita dapat mengenalpasti beberapa perkara di

antaranya :

1)  Bilangan pelajar yang menjawab betul.

2) Distraktor mana yang terlalu jelas atau pelajar langsung tidak merasa

terganggu untuk membuat pilihan jawapan. 

3) Distraktor yang boleh mengelirukan pelajar walaupun dari kumpulan tinggi.

4) Distraktor mana yang dapat menarik pelajar kumpulan rendah, tetapi

tidak cukup menarik bagi pelajar dari kumpulan tinggi.

Distraktor atau pengganggu dikatakan berkesan bila minimal dijawab oleh 5% 

pelajar, ataupun  5% x (A + B)

Untuk menganalisis distraktor bagi sesuatu Item Q:Untuk menganalisis distraktor bagi sesuatu Item Q:

1.1. Pelajar dalam kumpulan atas (A) yg memilih setiap distraktor (penggangu) sebagai Pelajar dalam kumpulan atas (A) yg memilih setiap distraktor (penggangu) sebagai

jawapan yg betul ditentukan dengan menyemak kertas jawapan kumpulan atas yang jawapan yg betul ditentukan dengan menyemak kertas jawapan kumpulan atas yang

telah diasingkan terlebih dahulu;telah diasingkan terlebih dahulu;

2.2. Pelajar dalam kumpulan bawah (B) yang memilih setiap distraktor sebagai Pelajar dalam kumpulan bawah (B) yang memilih setiap distraktor sebagai

jawapan yg betul juga ditentukan. jawapan yg betul juga ditentukan.

Jadual berikut menunjukkan hasil analisis tersebut:

Item QItem Q Pilihan JawapanPilihan JawapanOmitOmit AA BB CC DD

Kumpulan Atas (15 pelajar)Kumpulan Atas (15 pelajar) 00 22 55 00 88Kumpulan Bawah (15 pelajar)Kumpulan Bawah (15 pelajar) 11 44 1010 00 00

Indeks Kesukaran, p = (5+10)/30 Indeks Kesukaran, p = (5+10)/30 = 0.5= 0.5

Indeks Diskriminasi, D = (5/15) – (10/15) Indeks Diskriminasi, D = (5/15) – (10/15) = 0.33 – 0.66 = -.33= 0.33 – 0.66 = -.33

38

Page 39: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

3.4 Contoh-Contoh Hasil Analisis

 Contoh 1: Item 7 (Jawapan: D)  

            A        B        C        D*      Omit 

diff     0.1765   0.2235   0.0059   0.5882   0.0059 

r-pbis  -0.1607  -0.0617  -0.0223   0.2044  -0.0389 

N             30        38         1      100          1

Keterangan:

o Item ini sederhana kesukarannya (diff item = 0.5882).

o Kuasa diskriminasi juga sederhana (r-pbis item = 0.2044).

o Pilihan A dan B adalah pengganggu yang baik di mana diff masing-masing

adalah lebih dari 0.05, manakala r-pbis adalah negatif (diskriminasi

songsang).

o Pengganggu C agak lemah dan patut diperbaiki (diff kurang dari 0.05)

o Kesimpulan: Item ini boleh diterima jika pengganggu C

diubahsuai/diperbaiki.

  Contoh 2: Item 18 (Jawapan: B)

  

            A         B*        C         D        Omit 

diff     0.0588   0.8059   0.1059   0.0294   0.0000 

r-pbis  -0.0432   0.1417   0.1654   0.0296   0.0000 

N            10       137        18         5         0

Keterangan:

o Item ini senang (diff item 0.8059 )

o Kuasa diskriminasi yang rendah (r-pbis 0.1417).

39

Page 40: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

o Pilihan A adalah pengganggu yang baik (diff melebihi 0.05 dan diskriminasi

negatif).

o Pilihan C kurang berkesan kerana mempunyai kuasa diskriminasi yang

positif, walaupun dapat menarik lebih dari 5% calon untuk memilihnya.

o Pilihan D adalah pengganggu yang tidak baik kerana diff < 0.05 dan r-pbis positif.

o Kesimpulan: Item tidak baik. Pokok soalan dan pilihan perlu dikaji semula.

 

3.5 Analisis item dengan Quest

Satu keperluan utama sebelum menyediakan sesuatu ujian mengikut kebolehan

pelajar ialah penubuhan bank item. Item-item yang berdasarkan aras kesukaran dan

mengikut strand kurikulum perlu disediakan. Item yang disimpan dalam bank sebaik-

baiknya ditentukur (calibrate). Penentukuran ini membolehkan item disusun dari yang

mudah ke sukar pada satu skala atau continuum yang sama. 

Item dapat ditambah melalui praujian yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Item baru dari isi kandungan yang sama boleh ditambah ke dalam bank dengan

teknik equating. Bank item yang ditubuhkan berdasarkan model Rasch sesuai untuk

tujuan tersebut. 

Item ujian diambil dari bank yang menggunakan skala yang sama bukan sahaja

membolehkan guru mentafsir keberkesanan pengajaran sendiri bahkan dapat membuat

perbandingan dengan guru-guru yang lain. Berdasarkan analisis ujian, guru perlu

mengubahsuai kaedah pengajaran di samping memperbaiki kelemahan pelajar. 

Item yang akan disimpan dalam bank perlu dianalisis dan ditentukur. Hasil ujian

yang menggunakan item yang ditentukur membolehkan guru menentukan kelemahan

dan kekuatan pelajar di samping membuat perbandingan antara pelajar.

3.5.1 Program Quest

40

Page 41: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Perisian analisis item yang dibincangkan di sni berpandukan kepada Quest. Quest

ialah perisian komputer yang dibina berpandukan Model Rasch. Model Rasch merupakan

satu model kebarangkalian. Kebarangkalian kejayaan seorang calon menjawab sesuatu

item dengan betul ialah fungsi antara kebolehan calon dengan kesukaran item. Sesuatu

model yang baik seharusnya dapat menunjukkan ujian yang sah memenuhi syarat-syarat

berikut:

Calon yang berkebolehan tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk

menjawab sesuatu item dengan betul

Sesiapa pun mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjawab item yang

mudah

Hasil analisis Quest dibentangkan dalam bentuk jadual dan juga gambar rajah.

Analisis fit merupakan suatu analisis yang penting untuk menentukan kesesuaian item

dalam sesuatu ujian. 

Sebelum melakukan analisis, pastikan program telah dimasukkan (Install) dalam

satu folder yang diberi nama Quest. Apabila disket yang mengandungi Quest berada di

dalam pemacu A, taipkan perkara berikut pada C:\ 

C:\md quest <Enter> 

C:\a:pkxarc a:quest c:\quest <Enter>

Penganalisisan dengan Quest memerlukan 

fail data dan 

fail kawalan.

Fail data mengandungi jawapan calon manakala fail kawalan mengandungi

perintah untuk pelaksanaan. Quest sesuai untuk menganalisis item ujian objektif dan item

ujian esei. Contoh fail kawalan di bawah ini boleh diubahsuai untuk menganalisis item

ujian esei. Prosedur menganlisis item ujian objektif adalah seperti berikut:

41

Page 42: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

(a) Sediakan fail data yang mengandungi respons/jawapan calon dengan sebarang

pemproses perkataan atau DOS Editor. Simpan fail itu dalam bentuk ASCII dengan nama

fail seperti BM.dat. Contoh berikut menunjukkan cara untuk menaipkan jawapan calon

dengan DOS Editor.DOS Editor menyimpan semua fail dalam bentuk ASCII. 

Taipkan edit BM.dat pada C:\ 

Taipkan nombor calon atau pun nama calon dan dikuti dengan jawapan calon seperti berikut: 

00001ACDABDACADCBBBBBBA

002ABBBBCCDDDCBBAABBC 

(b)  Bukakan fail contoh yang dibekalkan itu dengan DOS Editor. Ubahsuaikan fail

kawalan seperti contoh di bawah yang mengandungi perintah untuk menganalisis data.

Perkara yang perlu diubahsuai ialah tajuk pada perintah Title dan nama fail analisis

seperti BM.map ke satu nama yang sesuai. Gantikan jawapan pada

perintah key mengikut jawapan yang disediakan dalam Peratuan Memberi Markah.

Simpan fail kawalan dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti MTH.ctl. 

Title Ujian Matematik Bulan Mac 2012 (obj)

Set logon >- BM.log

data_file <<BM.dat

codes ABCD

format name 1-3 items 4-23

key DCADBCCBABCDAAADDBDA

*item_names <<BM.nam

estimate !iter=50

set width = 132 !PAGE

42

Page 43: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

show !map = 1,2,3 >- BM.map

show !table = 1,2 >- BM.tbl

show counts >- BM.cnt

show items !order = fit >- BM.itm

show cases !order = fit >- BM.cas

itanal >- BM.ana

kidmap >- BM.kim

quit

(c) Laksanakan analisis mengikut langkah berikut:

C>CD\Quest 

C:\QUEST>Quest 

>Submit BM.ctl 

Tunggu sehingga analisis tamat 

(d) Cetak hasil analisis terutama sekali hasil berkait dengan item map (BM.map), item fit

map (BM.map), person fit map (BM.map), distractor analysis (BM.ana), dan kidmap

(BM.kim). 

(e) Tafsir hasil analisis

3.6 Analisis item dengan Perisian AI v5.0

Perisian AI v5.0 mempunyai kemudahan untuk mengekspot data ke dalam format

data untuk kegunaan perisian QUEST. Dua data fail dapat dijana secara otomatik: fail

kawalan (.CTL) and fail data (.DAT). Perisian AI v5.0 mempunyai kemudahan untuk

43

Page 44: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

mengekspot data ke dalam format data untuk kegunaan perisian QUEST. Dua data fail

dapat dijana secara otomatik: fail kawalan (.CTL) and fail data (.DAT).

Perisian ini pada asalnya dibangunkan bagi memenuhi keperluan maktab

perguruan untuk membuat analisis item terhadap peperiksaan perguruan asas. Versi

yang diperkenalkan di sini adalah dibangunkan semula dalam persekitaran Windows

menggunakan bahasa pengaturcaraan Delphi.

Secara ringkas perisian Penyemakan Ujian dan Analisis Item membolehkan

seseorang menaipkan respon (jawapan) calon bagi satu ujian/peperiksaan aneka pilihan.

Kemudian perisian ini akan menyemak dan melaporkan skor serta merta bagi setiap

calon, dan menjalankan analisis item serta mengira statistik asas selepas semua respon

telah dimasukkan. Antara lain ia mengira Indeks Kesukaran, Indeks Diskriminasi (kunci

dan pengganggu), Min, Sisihan Piawai, Skor Mentah dan Skor-z/T. Juga disediakan

kemudahan mengenalpasti calon yang menjawab betul/salah atau yang memilih mana-

mana opsyen jawapan. Ini membolehkan anda mengenalpasti calon-calon yang lemah

bagi setiap soalan. Perisian ini dapat juga mentafsir setiap item dari segi kesesuaian

pengganggu-penganggunya. Hasil analisis item ini dapat membantu anda memilih soalan

yang berkualiti untuk dikumpulkan dalam bank soalan/item.

Contoh-Contoh Skrin Menggunakan Perisian AI v5.0

44

Masuk Respon Calon Senarai Keputusan

Page 45: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

3.7 Analisis item dengan Perisian PediA v2.0

PediA v2.0 adalah singkatan daripada Program Pengisian Data dan Analisis Item.

Ia adalah perisian komputer yang digunakan oleh para guru untuk memasukkan data

atau markah murid. Di samping itu juga ia memudahkan para guru untuk menganalisis

setiap item dalam sesuatu ujian. Pengendalian program ini adalah berasaskan kepada

MS Excel.

Kebaikan utama program ini adalah seperti berikut :

a) Mengurangkan masa guru untuk memeriksa jawapan objektif.b) Membantu guru untuk membuat tindaksusul.

45

Hasil Analisis Item Tafsiran Item dan Distraktor

Calon Menjawab Betul Calon Menjawab Salah

Page 46: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

c) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid secara individu.

d) Membantu guru mengenalpasti keberkesanan pengajaran.

Lain-lain faedah menggunakan program ini ialah :

a) Membantu guru mengenal pasti masalah pembelajaran murid agar kelemahan

pelajar tidak terus terhimpun.

b) Mengkaji ciri-ciri item sama ada sesuai/tidak untuk dijadikan alat mengukur

penguasaan murid.

c) Membantu guru untuk menentukan kualiti item yang digunakan.

d) Mengenal pasti item yang sukar atau mudah berdasarkan indeks kesukaran

item.

e) Kenal pasti item yang sukar/mudah berdasarkan indeks kesukaran.

f) Kenal pasti murid yang telah/belum menguasai perkara yang telah diajarkan.

g) Kenal pasti item yang boleh membezakan antara murid yang berpencapaian

tinggi dan rendah berdasarkan indeks diskriminasi.

h) Bantu guru menambah koleksi item.

Apabila guru menggunakan perisian ini, guru hanya perlu mengisi maklumat yang

terdapat dalam bahagian `Setup’ dan juga `Masuk Respon Calon’. Selepas itu perisian ini

akan memproses data yang telah dimasukkan secara automatik. Perisian ini akan

menganalisis setiap item termasuk indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan juga

keberkesanan distraktor yang digunakan. Ini bermakna kerja-kerja guru semakin mudan

dan menjimatkan masa. Di samping itu juga, guru dapat memilih item-item yang berkualiti

untuk dijadikan koleksi di dalam bank soalan atau membaiki item tersebut sekiranya

terdapat item-item yang lemah.

46

Page 47: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Contoh-Contoh Skrin Menggunakan Perisian PediA v2.0

47

Menu Utama Masuk Respon Calon

Analisis 2

Analisis 1 Hasil Analisis 1

Page 48: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

48

Hasil Analisis 2Julat Gred Markah

Rumusan

Senarai Skor Calon

Page 49: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

3.8 Analisis item menggunakan MS Excel

Secara asasnya analisis item boleh dilakukan dengan menggunakan MS Excel.

Dengan menggunakan MS Excel, guru-guru boleh mencari peratusan, indeks kesukaran,

indeks diskriminasi dan menganalisis keberkesanan distraktor yang digunakan dengan

menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam MS Excel. Penggunaan MS Excel ini

agak terbatas secara manual memandangkan tahap penguasaan guru-guru terhadap

software ini agak rendah. Di antara fungsi-fungsi yang digunakan dalam melakukan

analisis ini ialah COUNTIF, SUM, AVERAGE, STDEV, dan banyak lagi.

Namun sekarang telah banyak perisian yang menggunakan MS Excel bagi

membuat analisis item. Guru-guru hanya perlu memasukkan data / markah murid sahaja,

segala-galanya telah diperoses dianalisis secara automatik.

Paparan di bawah menunjukkan contoh format pengisian data dan analisis item

menggunakan MS Excel.

Guru hanya perlu memasukkan jawapan murid di dalam column yang disediakan.

49

Page 50: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Hasil Analisis Item telah tersedia bagi tujuan tindakan guru selanjutnya.

Dengan menggunakan MS Excel ini segala kerja guru dapat dipermudahkan dan

menjimatkan masa.

4.0 Kesimpulan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah suatu yang

baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah

sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan

berasaskan komputer. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu

tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai bahan yang

terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dewasa ini, kita tahu komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan

maklumat dan data pelajar malah menyenangkan guru membuat statistik dan pengiraan

markah pelajarnya. Justeru tidak terkecuali juga di dalam menyediakan ujian kepada

pelajarnya menggunakan bantuan perisian di dalam komputer. Kini ujian boleh di bina

menggunakan perisian – perisian yang ada sama ada secara percuma atau berbayar.

Contohnya, melalui perisian MS Word, guru boleh membina ujian berbentuk on-

line, membina kiuz melalui perisian ‘Hot Potato’ dan sebagainya. Selain itu, melalui ujian

50

Page 51: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

berasaskan komputer, pelajar lebih rasa tertarik dan juga memudahkan guru untuk

menyemak markah pelajar.

Kesimpulannya, aplikasi teknologi maklumat telah memberikan satu kesan yang

amat positif samada kepada guru mahupun kepada pelajar. Semestinya di era globalisasi

ini, kemahiran komputer amat penting kepada pelajar untuk menyediakan mereka

dengan cabaran di era maklumat dihujung jari ini. Untuk itu, patutlah kita sebagai guru

untuk memulakan perkara ini dan memberi peluang kepada pelajar kita untuk berjinak –

jinak dengan teknologi maklumat ini.

51

Page 52: Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran

Senarai Rujukan

Al Gahmudi, Y.A. S (1987). The Effectiveness of Using Microcomputers in Learning

Algebraic Precedence Conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.

Cockroft, W.H. (1986). Mathematics Count. London. HMSO

Frary, Robert B. (1995). More multiple-choice item writing do's and don'ts. Practical

Assessment, Research & Evaluation, 4(11). [Available

online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=4&n=11]

Funkhouser, C. (1993). The Influence of Problem Solving Software in Students' Attitude

about Mathematics. Journal of Research on Computing in Education. 23(3), 339-346.

Ibrahim Saad, (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran. DBP, Kuala

Lumpur.

Kehoe, Jerard (1995). Basic item analysis for multiple-choice tests. Practical Assessment, Research & Evaluation, 4(10). [Available online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=4&n=10]

Rudner, Lawrence (1998). Item banking. Practical Assessment, Research & Evaluation, 6(4). [Available online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=6&n=4] 

52