pentaksiran dalam rbt.docx

151
TAJUK 1 Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian Sipnosis Tajuk ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Tajuk ini juga merupakan pengenalan kepada pentaksiran dan penilaian yang meliputi definisi, konsep dan hubungkait kedua-dua aspek ini serta penjelasan berkaitan prosedur penilaian. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian. 2. Membezakan konsep pentaksiran dan penilaian. 3. Menghubungkaitkan penilaian dan pentaksiran. 4. Mengenal pasti prosedur penilaian. Kerangka Tajuk 1 Pengenalan pentaksiran dan penilaian Prosedur penilaian Definisi konsep pentaksiran Hubungan pentaksiran dengan penilaian t Definisi konsep penilaian e r s

Upload: michelle995

Post on 20-Dec-2015

559 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Sipnosis

Tajuk ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata pelajaran Reka

Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Tajuk ini juga merupakan pengenalan kepada

pentaksiran dan penilaian yang meliputi definisi, konsep dan hubungkait kedua-dua aspek ini

serta penjelasan berkaitan prosedur penilaian.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian.

2. Membezakan konsep pentaksiran dan penilaian.

3. Menghubungkaitkan penilaian dan pentaksiran.

4. Mengenal pasti prosedur penilaian.

Kerangka Tajuk 1

Pengenalan pentaksiran dan penilaian

Prosedur penilaian

Definisi konsep pentaksiran Definisi konsep penilaian

Hubungan pentaksiran dengan penilaian

TAJUK 1 Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian

Classroom assessments can be defined as the collection, evaluation and use of

information to help teachers make better decisions.

(McMillan, 2004)

….the total sets of information gathered about students in the classroom.

(Banks, 2005)

1.1Konsep pentaksiran dan penilaian

1.1.1Definisi dan konsep pentaksiran.

Adakah penilaian dan pentaksiran merujuk kepada perkara yang sama? Cuba anda dapatkan jawapan

daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab persoalan di atas.

Ramai dalam kalangan kita menganggap penilaian dan pentaksiran merupakan dua istilah yang boleh

saling ditukarganti. Mari kita teliti dan hayati beberapa maksud pentaksiran dan penilaian berikut.

Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai;

McMillan (2004) di dalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula mendefinisikan

pentaksiran bilik darjah seperti berikut

Kita dapati, definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian wujud dalam pentaksiran.

Penilaian melibatkan pertimbangan nilai (McMillan, 2004). Ini bermakna ada aktiviti menghurai,

menganalisis, menterjemah dan menafsir.

Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Apakah jenis penilaian yang anda gunakan bagi menilai gambar tersebut ?

…proses mengumpulkan dan mentafsir maklumat tentang pelajar untuk membuat

keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.

(Mohamad Sahari, 2004)

Pentaksiran bilik darjah dari kacamata Mohamad Sahari (2002) merangkumkan kedua-dua definisi Banks

dan McMillan:

Definisi oleh Mohamad Sahari menulis dengan nyata perkataan mentafsir.

Kesimpulannya kita boleh katakan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul, merekod, menghurai, menganalisis, menterjemah

dan mentafsir maklumat bertujuan membantu pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan

pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Pentaksiran juga merupakan suatu proses yang meliputi

pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Untuk melaksanakan pentaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-elemen penting yang terkandung

dalam pentaksiran. Tujuan umum pentaksiran di bilik darjah ialah untuk membantu meningkatkan mutu

pembelajaran murid dan pengajaran guru. Bagi mengetahui mutu P & P yang sedang diamalkan, satu

aktiviti yang dapat memberikan satu petunjuk pencapaian mestilah dilaksanakan. Salah satu aktiviti yang

mampu memberikan petunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia memberikan nilai kuantitatif yang

boleh kita lihat. Aktiviti pengukuran ini perlu diikuti oleh aktiviti penilaian kerana ia memberikan

pertimbangan nilai atas apa yang diukur. Melalui maklumat-maklumat ini, baharulah tindakan yang

membantu memperkukuhkan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan secara

berterusan. Jika diteliti, seiring dengan matlamat pentaksiran, pentaksiran ini perlu dilakukan dalam

setiap langkah pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran.

Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik darjah, kita harus sedar

proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksana dan dinilai dengan teliti. Justeru, proses penaksiran hanya

dapat menghasilkan maklumat-maklumat yang berguna dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematik.

1.1.2 Definisi dan konsep penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenal pasti,

memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan

yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa

…the specific process of describing and making judgments about assessments.

(Banks., 2005)

…satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran telah

dicapai oleh para pelajar.

…an interpretation of what has been gathered through measurement, in which value

judgments are made about performance.

yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu

proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Walaupun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar seperti Stufflebeam (1971),

Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu

proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran

maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif

pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara

ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum

penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti

empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan

menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian

menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang

sering dilakukan di sekolah adalah penilaian terhadap projek, kajian kes, portfolio, kerja kursus, dan buku

skrap pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan

boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan

pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang

dan rapuh.

Menurut Banks pula, penilaian ialah......

Gronlund (1981 dalam Mokhtar, 1995) menterjemah maksud penilaian sebagai;

McMillan(2004), pula menyatakan penilaian melibatkan;

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan

menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Secara kesimpulannya, penilaian merupakan satu proses yang sistematik untuk menentukan sejauhmana

objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Ia juga merupakan proses menentukan perubahan tingkah

laku seseorang individu dan membuat pertimbangan nilai.

1.2Hubungan antara pentaksiran dan penilaian

Dari kupasan beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh rumuskan bahawa untuk

melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti yang dapat membantu kita mengkategorikan

perubahan tingkah laku yang kita harapkan – itulah dia penilaian.

Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan gambarajah yang dibina oleh

Banks (2005).

Rajah 1.1: Perkaitan pentaksiran dengan penilaian

Jelas, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses P & P yang merangkumi aktiviti penilaian.

Sebelum kita membuat pentaksiran, kita perlu membuat penilaian. Mengapa perlu kita berbuat demikian?

Pentaksiran

Penilaian Pentaksiran tidak formal

1.3 Prosedur penilaian

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan

prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti

Rajah 1.2 di bawah.

Rajah 1.2: Prosedur penilaian

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam

aktiviti penilaian.

Dengan bantuan gambarajah, jelaskan perkaitan antara penilaian, pengukuran dan pengujian.

Peringkat Persediaan Ujian

Peringkat Pentadbiran Ujian

Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran

Peringkat Analisis Ukuran

Peringkat Interpretasi dan Tindakan Susulan

Sipnosis Tajuk ini menjelaskan tentang definisi pengujian, pengukuran dan penilaian. Pelbagai jenis penilaian yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga turut didedahkan dalam tajuk

ini.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan definisi pengujian, pengukuran dan penilaian.

2. Membanding dan membezakan pelbagai jenis penilaian.

3. Menghuraikan setiap jenis penilaian dan fungsinya.

4. Mengenal pasti jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran

Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah.

Kerangka Tajuk 2

Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Definisi pengujian, pengukuran dan penilaian

Penilaian dan proses pengajaran-pembelajaran

Jenis-jenis penilaian

Penilaian alternatif

TAJUK 2 Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Sebelum anda meneruskan bacaan unit ini, cuba anda dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab beberapa soalan berikut :

Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian, pengukuran dapenilaian?

Apakah yang anda ketahui tentang jenis-jenis penilaian?

Nyatakan bentuk-bentuk sistem penilaian yang anda tahu.

2.1Definisi Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Dapatkah anda jelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian? Mari kita teliti maksud

terminologi di bawah.

Pengujian ialah:

“pengetahuan satu kaedah, tugas, atau prosedur yang digunakan untuk

memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau trait

seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi”.

(Mokhtar,1995)

Cronbach (1970) mendefinisi pengujian sebagai:

“satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan

memperihalkannya dengan bantuan sekala bernombor atau satu sistem

berkategori”

Pengujian juga merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian

tepat dibuat terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran di sekolah. Ujian adalah alat

ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

Menurut Milagros (1981 dalam Raminah, 1991);

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk

membuat penilaian atau pengadilan.”

Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu mata pelajaran

bagi merangsang murid untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran

berkenaan. Tahap penguasaan murid biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan

yang diberi.

Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi

tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan, tumpuan perlu diberi bagi

membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan

tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat

dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara memastikan ini berlaku ialah

dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Bagi seseorang guru, pengujian menjelaskan sejauh

mana penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau nilai murni seperti mana yang dikehendaki oleh

sukatan pelajaran.

Apa pula yang dimaksudkan dengan pengukuran? Kumpul 5 pengertian pengukuran daripada sumber yang berbeza. Kongsi dengan rakan-rakan anda.

Mokhtar (1995) mendefinisi pengukuran sebagai langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seorang

memiliki sifat tertentu. Menurut Aziz dan Mohd Isha (2008) pula, pengukuran bermaksud suatu proses

mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid

mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Reynolds, Livingston dan Wilson

(2010) mengutarakan pengertian pengukuran yang selari dengan pengkaji-pengkaji lain. Menurut

mereka,

“Measurement is a set of rules for assigning numbers to represent objects, traits, attributes, or behaviors.”

Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana nombor-nombor diberi (biasanya

dikenali sebagai skor) untuk menunjukkan kuantiti ciri atau atribut seseorang atau sesuatu objek,

mengikut rukun-rukun tertentu. Nombor-nombor yang diberi itu mengekalkan pertalian sebenar yang

terdapat antara orang-orang daripada segi atribut yang diukur itu.

Kumpul maklumat dari internet berkaitan pengertian penilaian. Buat nota pendek daripada setiap pengertian. Bawa ke kelas untuk dibincangkan.

Penilaian ialah …….

“Proses menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda.”

(Mokhtar, 1995)

“Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran

telah dicapai oleh para murid.”

(Mokhtarl, 1995)

Bagi seseorang guru, penilaian berlaku apabila guru menggunakan keputusan ujian bersama-sama

dengan maklumat lain bagi menilai prestasi muridnya. Dalam hal ini, terdapat dua aspek yang penting

dalam penilaian iaitu proses sistematik di mana terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan terdapat

objektif pengajaran yang telah dikenal pasti terlebih dahulu. Bagi Popham (1975) penilaian pendidikan

mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha

pengajaran yang ditentukan. Selain itu, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan maklumat atau

data kuantitatif atau data kualitatif atau kedua-duanya sekali. Bolehkah anda fikirkan contoh bagi

penilaian ini?

Sebagai kesimpulan, pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan proses yang penting dalam

mengesan pencapaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Maka, kemahiran menghasilkan instrumen

pengujian, pengukuran dan penilaian yang baik memainkan peranan yang penting bagi menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bacaan lanjutan mengenai tajuk ini boleh didapati melalui layaran laman web seperti berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

2.2 Penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran

2.2.1 Penilaian pencapaian

Penilaian pencapaian ialah satu daripada aktiviti guru yang dilakukan pada setiap bulan, setiap penggal

dan setiap tahun. Penilaian ini dijalankan dalam bentuk ujian atau peperiksaan sebagai satu sumber

maklum balas pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran, dan prestasi pencapaian murid.

2.2.2 Penilaian pembelajaran

Penilaian pembelajaran merupakan satu penilaian yang dijalankan sepanjang masa pengajaran dan

pembelajaran dilakukan. Penilaian ini membolehkan guru mendapatkan pengetahuan tentang

pencapaian murid dalam perkara yang telah diajar untuk setiap hari atau sepajang hari agar dapat

mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan murid. Penilaian ini merangkumi aktiviti mendapat

maklumat melalui soalan murid dan membuat perbandingan daripada kerja atau latihan murid

semasa pembelajaran dan pengajaran itu berlaku.

Tiga perkara perlu dipatuhi semasa penilaian pembelajaran dilakukan. Pertama kerja murid perlu

diperiksa sama ada betul atau salah sahaja. Murid perlu diberi balik kerjanya dengan pengetahuan

kemahiran atau ilmu pengetahuan telah dikuasai dan belum dikuasai. Akhirnya guru perlu menjalankan

kerja-kerja pemulihan sebaik sahaja kerja murid dikembalikan.

2.2.3 Perbandingan rujukan norma

Perbandingan rujukan norma digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian

individu murid dengan prestasi pencapaian murid lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau

kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang ditekankan adalah apakah murid A

lebih mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan

penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada murid sudah menguasai sesuatu isi pelajaran

dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk

memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang murid dengan murid lain. Soalan ujian rujukan

norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras

kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan

ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi antara murid pandai dan murid lemah yang

tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai

asas perbandingan pencapaian antara murid.

Perbandingan rujukan norma juga membawa pengertian “membuat perbandingan di antara murid yang

dikumpulkan mengikut ciri-ciri yang sama seperti umur atau peringkat perkembangan yang sama.” Ini

bermakna sekiranya terdapat murid yang tidak dapat melakukan tingkah laku seperti sebahagian besar

murid lain, maka dia dikategorikan lemah atau di bawah pencapaian norma. Contohnya sebilangan besar

murid yang berumur 6 tahun telah boleh membaca semua 26 abjad. Tetapi sebaliknya terdapat seorang

murid yang sama umurnya gagal membaca semua abjad ini, maka dia dianggap berada di bawah

pencapaian norma.

Popham (1981) menjelaskan.............

“Ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid

berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan.”

Ujian rujukan norma memberi penekanan kepada siapa yang lebih baik tetapi tidak memberi satu

gambaran yang terperinci seperti kemahiran seseorang murid. Kerja menghasilkan soalan ujian

hendaklah diberi perhatian agar dapat menunjukkan perbezaan di antara murid-murid. Kesukaran soalan

boleh dibahagikan kepada 25% yang sukar dan 25% yang senang di mana 50% soalan yang sederhana

sukar. Dengan ini sekiranya seorang murid menjawab 50 soalan dengan betul daripada 60 soalan dalam

sesuatu ujian dan skor mentah murid ini ialah 50. Merujuk kepada satu jadual norma, kedudukan murid

ini dalam pangkat peratusan telah dibandingkan dengan satu kumpulan murid lain sebagai norma. Hasil

rujukan ini memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 dari jadual norma, maka prestasi murid tersebut

dikatakan berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid lain dalam kumpulan norma.

2.2.4 Perbandingan rujukan kriteria

Perbandingan rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian

seseorang murid dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada

seseorang murid telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria

tidak mengambil kira kedudukan seseorang murid berbanding dengan murid lain.

Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kandungan pelajaran yang berbentuk kumulatif iaitu murid

perlu menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak

semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya kriteria yang digunakan tidak semestinya

kandungan sesuatu pelajaran yang hanya diperoleh pada akhir semester. Guru boleh menggunakan

kriteria berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, guru perlu membina banyak ujian

rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran

yang diuji. Soalan-soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan

objektif pembelajaran.

Jadual 2.1 di bawah menjelaskan perbandingan antara Penilaian Rujukan Norma dengan Penilaian

Rujukan Kriteria.

Jadual 2.1Perbandingan antara Penilaian Rujukan Norma dan Penilaian Rujukan Kriteria

Dimensi Ciri Rujukan Norma Rujukan Kriteria

Matlamat Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain

Membandingkan prestasi seorang pelajar dengan kriteria piawai yang ditetapkan.

Pembinaan Soalan Soalan menggalakkan kepelbagaian. Soalan menggunakan pengacau terbaik

Soalan memberi tumpuan kepada kriteria tingkah laku yang diuji. Menumpukan kepada pengenalpastian tingkah laku.

Kandungan Ujian Cetek, kebiasaannya 1 atau 2 soalan setiap objektif

Mendalam, banyak soalan bagi setiap objektif

Kepelbagaian Kandungan

Semakin pelbagai soalan ujian semakin baik

Kepelbagaian soalan ujian adalah minimum

Pelaporan dan Pentafsiran

Persentil dan skor piawai Bilangan lulus atau gagal serta julat prestasi yang boleh diterima

2.2.5 Penilaian terkawal

Penilaian terkawal merujuk kepada penilaian di mana murid-murid diberi masa yang sama panjang,

menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama,

menjawab dalam bentuk dan pada kertas yang serupa dan diawasi sepanjang masa oleh pengawas.

Penilaian ini sesuai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran.

2.2.6 Penilaian tidak terkawal

Penilaian tidak terkawal berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta berlaku dalam

keadaan sebenarnya dan semasa perlakuan itu berlaku. Perkara seperti sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti

seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan secara terkawal. Maka guru perlu bersifat bersedia

dan sensitif kepada keadaan yang boleh menjadi sumber penilaian tidak terkawal.

2.3 Jenis-jenis penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa

boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan, diagnostik dan alternatif. Justeru ujian

yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis

penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan

sumatif.

2.3.1Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit-unit

pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan murid telah menguasai setiap unit

pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif

sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan murid dapat dikesan.

Penilaian formatif dapat menentukan samada murid telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya

yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar.

Penggunaan penilaian formatif banyak digunakan di sekolah-sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan murid dalam unit-

unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak

menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

2.3.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan mata

pelajaran. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi atau semester. Contoh penilaian sumatif

ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir semester, skor-skor dari

penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan murid daripada

memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid. Skor penilaian sumatif banyak

digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan murid.

Kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif.

Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian

sumatif?

2.3.3 Penilaian Diagnostik

Penilaian diagnostik dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada murid sudah bersedia untuk

mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya murid belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan

kekuatan murid agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh dilakukan. Penilaian

diagnostik juga adalah berkaitan kesukaran pembelajaran yang wujud secara berulang yang tidak dapat

diperbaiki melalui penilaian formatif. Matlamatnya adalah untuk menentukan punca masalah

pembelajaran dan menyediakan perancangan untuk tindakan pemulihannya.

2.3.4 Ujian penempatan atau pra-kelayakan

Ujian penempatan atau pra-kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi,

bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi.

Antara tujuan lain ujian ini diadakan ialah bagi menempatkan murid pada peringkat pelajaran yang sesuai

dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pelajaran. Selain itu. penempatan dilakukan supaya tindakan

susulan dapat dibuat agar murid diberi aktiviti pembelajaran yang sesuai. Jenis ujian penempatan yang

biasa dijalankan di sekolah ialah ujian pencapaian atau ujian sumatif

Empat jenis penempatan yang dijalankan ialah :

a. penempatan murid ke sekolah yang berlainan seperti sekolah vokasional atau sekolah biasa

b. murid dimasukkan ke aliran sains atau sastera

c. murid dimasukkan ke dalam darjah yang berlainan mengikut kemampuan murid

d. murid yang berlainan kemampuan dikumpulkan dalam satu bilik darjah dan guru terpaksa

menggunakan pelbagai strategi pengajaran apabila mengendalikan darjahnya.

2.3.5 Penilaian ujian piawai (scholastic aptitude)

Ujian piawai merupakan ujian yang diselaraskan secara bersama dari peringkat merancang, mengubal

dan mentadbir ujian serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkannya oleh

satu organisasi tertentu. Ujian ini direkabentuk untuk meramal penguasaan murid dalam aktiviti tertentu

pada masa hadapan. Ujian ini juga digunakan untuk mengukur kebolehan murid terhadap pengetahuan

atau kemahiran yang telah dipelajari. Maklumat dari ujian ini berguna dalam menentukan kesediaan

belajar murid, pengajaran secara individu, membentuk kumpulan dalam bilik darjah, mengenal pasti

murid yang lemah, mengenal pasti masalah pembelajaran, dan membantu murid dalam perancangan

pelajaran dan vokasional. Contoh ujian piawai ialah ujian bakat dan ujian kecerdasan.

2.4 Penilaian alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada

pengujian tradisional yang menggunakan kertas dan pensil. Penilaian pengajaran di sekolah sering

melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid. Antara penilaian

alternatif ini adalah penilaian terhadap portfolio, penilaian berasaskan ketrampilan dan penilaian

berasakan projek. Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu mata

pelajaran melalui portfolio yang disediakan oleh murid. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan

dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.

2.4.1 Penilaian portfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian

murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan

dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran

yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan

penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan

mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat

awal hingga ke akhir.

Portfolio bertujuan untuk memberi peluang murid mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang

diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan, menggalakkan murid menyemak dan

menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik dan menyediakan ruang bagi murid membuat

refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Ciri-ciri Portfolio

a. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti murid iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja,

pengalaman dan harapan.

b. Sesuatu yang dilaksanakan oleh murid secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk murid

menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja

lapangan.

c. Menunjukkan perlakuan murid yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus

direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

d.Membuat catatan pembimbing yang membantu murid merenung dan membuat refleksi tentang kerja

yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

e.Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan murid sebagai penggalak

kepada murid untuk mengambil bahagian secara aktif.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

Sesebuah portfolio mengandungi:

a.senarai semak yang disediakan oleh guru

b.nota-nota yang disediakan oleh guru

c.catatan jurnal

d.buku log

e.refleksi kendiri murid

f.gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio

a.Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran

b.Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian murid

c.Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid

d.Dapat memotivasikan murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan

pembelajaran yang diberi oleh guru.

2.4.2 Penilaian berasaskan keterampilan

Penilaian berasaskan keterampilan merupakan satu penilaian yang melibatkan proses melaksanakan

sesuatu tugasan atau menghasilkan sesuatu produk. Penilaian ini melibatkan murid menunjukkan

kecekapannya atau pengetahuannya dengan memberi jawapan yang tepat atau satu hasil produk yang

baik. Penilaian ini juga merupakan satu bentuk ujian yang memerlukan guru membuat pertimbangan

tentang penataran murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri afektif mereka. Kriteria penilaian

ditetapkan bersama-sama dengan murid.

Penilaian  berasaskan keterampilan juga merupakan proses mengumpul bukti dan membuat

pertimbangan tentang  sama ada kompetensi telah dicapai. Ini bagi mengesahkan sama ada seorang

murid dapat melaksanakan jangkaan  standard  yang telah ditetapkan.

2.4.3Penilaian berasaskan projek

Menurut Wiggins (1989), penilaian berasakan projek merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid

mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Penilaian ini melibatkan

banyak gabungan aktiviti, mereka, menyelesaikan masalah, membuat siasatan, dan membuat keputusan

sama ada secara kerja kumpulan atau individu.

Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Projek

a.Projek atau tugasan yang dilaksanakan mempunyai pelbagai reka bentuk sama ada lisan, visual atau

kinestetik

b.Projek yang dijalankan selalunya berbentuk jangka panjang

c.Projek yang dilaksana menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar

d.Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar

e.Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam membuat projek secara koperatif

f.Pelajar dapat menjalankan tugasan projek secara individu atau berpasukan

g.Pelajar perlu mensintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran

Peringkat-peringkat pelaksanaan projek

1. Sebelum pelaksanaan projek

Dapatkan panduan dari guru

Kenalpasti masalah dan tajuk

Tinjau projek lepas untuk rujukan

Bentuk pasukan dan pembahagian tugas

2.Semasa pelaksanaan projek

Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli kumpulan

Kenal pasti skop dan urutan

Sediakan jadual pelaksanaan projek

Tentukan punca maklumat

Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data

Penambahbaikan dan penilaian berterusan

Sediakan laporan projek

Bentangkan dapatan/ hasil

3. Selepas pelaksanaan projek

i. Penilaian projek oleh guru dalam aspek perancangan, pelaksanaan atau proses, dan projek yang

dihasilkan mempunyai kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan

ii. Maklum balas daripada rakan berkaitan kekuatan, kelemahan dan cadangan mengatasi

iii. Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan dan kemahiran

iv. Rekod pemarkahan/skor dan analisis markah

v. Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

Penilaian jenis ini berlaku dalam tiga fasa:

1. Fasa 1

Sebelum projek dilaksanakan, guru seharusnya mengenal pasti sama ada secara formal seperti pra-

pentaksiran bertulis mahu pun tidak formal berkenaan maklumat sedia ada murid mengenai topik projek.

Bagi pembelajaran berasaskan projek, asas pengetahuan amat penting. Penilaian ke atas maklumat

sedia ada murid membantu guru dalam agihan murid dalam kumpulan.

2. Fasa 2

Semasa projek dilaksanakan, pentaksiran menggunakan senarai semak dan skala kadar memberi

maklum balas bernilai kepada murid mengenai pembelajaran dan kemajuan projek mereka. Rubrik

pemarkahan boleh membantu murid-murid menilai kemajuan perancangan projek sementara bagi guru

pula menjadi rujukan ketika mengadakan sesi perbincangan mengenai tahap pencapaian dan kemajuan.

3. Fasa 3

Selepas projek, pentaksiran menggunakan rubrik dapat memberikan maklumat bernilai mengenai hasil

projek dan dalam membuat pembentangan di hadapan rakan kelas. Rubrik yang sesuai juga dapat

membantu memberikan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan projek yang dibentang.

2.4.4 Penilaian kerja kursus berasaskan sekolah

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan

pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina

instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat

penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat

sekolah ini dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu

peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke

semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan

murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat

mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa

melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika

perlu. PBS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak dapat dinilai

secara berpusat.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat

tentang pencapaian murid di seluruh negara. PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam

sistem penilaian. PBS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran

murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Melalui PBS guru akan dapat:

a.mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

b. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa

ke semasa;

c.mengetahui keberkesanan pengajarannya;

d.merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

e.menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

CiriI-Ciri Penilaian Berasakan Sekolah

PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah

pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak

terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan

diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid

meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang

dalam penilaian di peringkat pusat.

PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut:

i.dikendalikan oleh guru dalam menilai muridnya sendiri

ii. berasaskan kriteria di mana penguasaan murid dinilai menilai berdasarkan hasil pembelajaran yang

telah ditentukan

iii.berbentuk formatif di mana penilaian ini dijalankan secara berterusan dalam mengesan perkembangan,

kemajuan dan pencapaian murid

iv.menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan, penulisan dan sebagainya

v.mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan

jasmani

vi.menekankan perkembangan Individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan

antara individu

vii.bersistem yang melibatkan proses merancang, menentukan instrumen, melaksana, menganalisis,

merekod, melapor dan mengambil tindakan susulan

viii.menggalakkan penilaian kendiri di mana murid dilatih menilai kemajuan sendiri secara berterusan dan

guru mendapat maklumat tambahan

ix.membolehkan tindakan susulan diambil bagi mengatasi kelemahan pembelajaran dan

mempertingkatkan kekuatan pembelajaran murid.

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta

minta dan bentangkan di dalam kelas.

1.Pengertian bagi konsep-konsep berikut:

a.Pengujian

b.Pengukuran

c.Penilaian

2.Banding bezakan di antara penilaian formatif dan penilaian sumatif.

3.Bagaimanakah penilaian portfolio dan penilaian projek dapat dilaksanakan dalam penilaian kerja

kursus Reka Bentuk Teknologi?

Sinopsis

TAJUK 3 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Pentaksiran

Tajuk ini membincangkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, jenis penilaian, penggunaan dan

interprestasi data. Analisis Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian perlu

dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Hasil Pembelajaran:1. Menerangkan maksud kesahan pentaksiran

2. Menerangkan maksud kebolehpercayaan pentaksiran

3. Menjelaskan jenis-jenis kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran

4. Membandingkan antara pemeriksa dan pemerhati (inter-rater)

Kerangka Tajuk 3

3.0 Ciri-Ciri Utama Ujian

Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran

Antara pemeriksa dan antara pemerhati serta faktor

mempengaruhi kebolehpercayaanJenis kebolehpercayaan

Jenis kesahan pentaksiran

Matlamat pendidikan, hasil pembelajaran dan pentaksiran

Penilaian merangkumi kesemua proses yang melibatkan pengukuran dan pengujian dan

membuat penghakiman terhadap hasilan keputusan yang diperolehi. Dengan itu, pengujian dan

penilaian merupakan alat yang amat penting didalam sesuatu organisasi.

Untuk membina sesuatu ujian yang dikatakan baik, setiap guru hendaklah memahami dan

mengetahui beberapa prinsip yang penting. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan adalah:

a. Kesahan

b. Kebolehpercayaanc. Keobjektifand. Kebolehtadbirane. Kebolehtafsiran

3.1Definisi Kesahan Pentaksiran

Kesahan sesuatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang

sepatutnya diukur oleh alat tersebut (Hanna & Dettmer, 2004). Ciri kesahan bagi sesuatu alat ukuran

amat penting supaya alat ukuran tersebut dapat mengukur apa yang hendak diukur.

3.1.1Jenis kesahan

Mehrens dan Lehmann (1991) telah menyenaraikan empat jenis kesahan, iaitu:

.

Kesahan kandungan

Kesahan ramalan Kesahan serentak

Kesahan hubungan-kriteriaKesahan muka

Kesahan gagasanKesahan kandungan

JENIS KESAHAN

Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencakupi kandungan

pelajaran yang telah ditetapkan. Kesahan kandungan adalah penting, terutama bagi ujian pencapaian,

sebab markah yang diperoleh pelajar akan menunjukkan tahap pencapaian pelajar tersebut bagi

kandungan pelajaran tertentu. Sekiranya soalan ujian tidak meliputi secukupnya kandungan pelajaran

tersebut, penilaian terhadap pencapaian pelajar menjadi tidak sah/bias.

b.Kesahan gagasan/konstruk

Kesahan gagasan/konstruk merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu

gagasan/konstruk berasas teori psikologi.

c.Kesahan muka

Kesahan muka bukanlah kesahan saperti definisinya yang kita fahami tetapi ia lebih kepada sesuatu alat

ukuran ’nampak pada permukaan’ mempunyai kesahan yang tinggi. Ini bermaksud sekali pandangan,

nampak alat ukuran itu sah atau orang biasa / tidak terlatih nampak alat ini sebagai sah.

d.Kesahan hubungan – kriteria

Kesahan hubungan – kriteria merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan

skor yang mempunyai hubungan dengan beberapa ukuran luaran (kriteria). Ukuran luaran dibahagikan

kepada dua jenis, satu ukuran serentak bermaksud apabila ukuran luar diambil serentak dengan ukuran

alat. Kedua ukuran ramalan bermaksud apabila ukuran luaran diambil selepas ukuran alat. Daripada

ukuran-ukuran luaran ini kita boleh mencari keesahan serentak dan kesahan ramalan saperti berikut:

e.Kesahan Serentak

Kesahan serentak merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang

mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil serentak. Sebagai contoh sekiranya

alat ukuran kecerdasan A menghasilkan skor yang mempunyai hubungan (pekali kolerasi tinggi) yang kuat

dengan skor daripada alat ukuran kecerdasan B, maka alat A dikatakan mempunyai kesahan serentak

yang tinggi. Dengan ini alat A boleh mengganti alat B untuk mengukur kecerdasan.

f.Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang

mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil kemudian. Sebagai contoh sekiranya

ujian percubaan Matematik menghasilkan markah yang mempunyai hubungan yang kuat dengan gred

Matematik SPM, maka ujian Matematik percubaan dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Ini

bermakna pencapaian pelajar dalam ujian percubaan dapat meramalkan keputusan SPM.

Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur Contoh, jika kita hendak mengukur sikap hendaknya kita mengukur

sikap Contoh, jika kita gunakan ujian diagnostik maka tidak sah jika diberi

gred Contoh jika ujian ejaan hendaknya mengukur kebolehan mengeja

atau ujian mendengar hanyalah untuk mengukur kemahiran mendengar

3.1.2Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang

mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang

rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah.

Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu

ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut

mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah

faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan

rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak.

Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga

boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.

Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah disebabkan

minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi

perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan

kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan

menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan yang terhad.

Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku

yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang.

Indeks Kebolehpercayaan

Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan

dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan

menggunakan kaedah uji dan uji semula, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji

semula dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang ditadbirkan kepada

murid yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk setara dibuat apabila guru memperoleh dua

set skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada murid pada masa yang sama. Kaedah

bahagi dua dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari jawapan murid terhadap soalan bernombor

ganjil dan soalan bernombor genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada murid. Sekurang-kurangnya

indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai.

Mempertingkatkan Kebolehpercayaan

Berikut adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang

dibina.

a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.

b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.

c. Soalan hendaklah seragam (homogen).

d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.

e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.

f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. Juga bermaksud ketekalan markah atau skor yang dihasilkan dari  ujian tersebut. Namun kebolehpercayaan juga dipengaruhi oleh faktor seperti emosi, tempat ujian dijalankan, situasi persekitaran, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.

Jenis-Jenis Kebolehpercayaan

a. Ukuran Kestabilan juga dipanggil "anggaran kebolehpercayan uji-uji semula (test-retest estimate of

realibility) boleh di kira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang

sama selepas ujian pertama di tadbirkan dan seterusnya mengira pekali korelasi Perason antara dua

atau pasangan skor yang diperoleh setiap murid. Memberi gambaran tahap keyakinan kepada kita untuk

membuat generalisasi skor yang diperolehi murid sekiranya di ulang semula ujian yang sama.

 

b.Ujian Keseteraan atau ujian keselarian (parallel) dikira dengan memberi dua ujian yang berbeza tapi

setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan dan arahan menajwab

serta min, varians dan interkolerasi skor) kepada kumpulan murid dan pada hari yang sama dan

seterusnya mengira pekali korelasi Pearson antara dua atau pasangan skor yang diperolehi setiap murid.

 

c. Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan ini akan memberi tahap keyakinan kepada kita untuk membuat

generlisasi skor yang akan diperolehi murid sekiranya mereka diberi ujian yang setara pada masa yang

berlainan. Ujian akan menghapus kesan hafalan jawapan atau kesan latih-tubi soalan ujian pertama

terhadap jawapan ujian kedua di samping menilai pencapaian pelajar selepas jangka masa yang

panjang.

 

d. Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan mengunakan sekali ujian sahaja. Boleh di

lakukan dengan membelah atau memecahkan ujian kepada separuh-separuh (split-half). Mengunakan

rumus Kuder-Richardson dan kaedah Alpha Cronbach. Pengiraan akan menunjukkan hubungan atau

korelasi antara setiap item dengan sejumlah skor ujian atau keseragaman (homogeneity) antara item

dalam sesuatu ujian.

 

e.Kebolehpercayaan Pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran atau skor yang diberikan oleh dua atau

lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Kebolehpercayaan pemeriksa akan

memberikan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat generalisasi bahawa skor yang diberikan oleh

dua atau lebih pemeriksa kepada murid adalah sama bagi menyeragamkan pemberian markah apabila

skrip jawapan ujian diperiksa oleh ramai pemeriksa.

 

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kebolehpercayaan

a. Panjang Ujian indeks kebolehpercayaan akan meningkat sekiranya ujian bertambah panjang.

b. Kehomogenan Kumpulan mempengaruhi indeks kesukaran dimana indeks kebolehpercayaan akan

menjadi lebih rendah jika kumpulan homogenous yang mengambil ujian.

c.Kesukaran Item menunjukkan ujian yang susah akan mewujudkan kumpulan yang heterogenous

(berbeza) yang akan meningkatkan nilai kebolehpercayaan.

d.Objektiviti Jawapan menunjukkan item-item yang jawapannya lebih objektif mempunyai indeks

kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan sebaliknya item-item yang mempunyai jawapan yang lebih

subjektif akan mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah.

3.1.3 Keobjektifan 

Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah

yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian

objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau

perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah

terjamin. Panduan Pemarkahan dan proses moderasi turut di jalankan untuk memastikan perbezaan

pemarkahan  di antara pemeriksa dapat di kurangkan.

3.1.4 Kebolehtadbiran 

Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan

ujian seharusya jelas dan mudah. Ujian juga hendaklah praktikal dan mudah di urus. Pelaksanaan ujian

juga memerlukan bilik darjah atau dewan peperiksaan yang memenuhi spesifikasi dan sesuai untuk

dijalankan ujian. Ini termasuklah persediaan dewan atau bilik darjah yang sistematik dan efisien,

penghantaran dan pentadbiran kertas ujian, memneri arahan dengan terang dan jelas, pengawasan yang

teratur dan pemungutan kertas ujian dan skrip jawapan. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi.

Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan

kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan.

Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan

guru untuk menanda.

3.1.5 Kemudahtafsiran

Kemudahtafsiran maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan

mengadakan ujian. Merujuk kepada hasilan keputusan ujian yang diterjemahkan agar ianya memberi

maklumat yang jelas tentang objektif penilaian. Ini bermaksud hasilan dan keputusan ujian mudah

diperolehi dan diterjemahkan bagi memberi gambaran tentang atau mengenai:

i.pencapaian seseorang pelajar di dalam bilik darjah

ii.pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

iii.kekuatan dan kelemahan pembelajaran seseorang murid

iv.kesesuaian strategi pengajaran

v.kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar

vi.kesesuaian aras kesukaran item ujian

vii.membandingkan keputusan di antara ujian-ujian yang dijalankan

Ini bermakna keputusan pemarkahan yang diperolehi boleh ditukarkan kepada pernomboran statistik

seperti purata (mean), sisihan piawai (standard deviaton), skor piawai z dan skor piawai T. Dan jika

semua ini berlaku, ujian di anggap sebagai mudahtafsiran.

Alfa CronbachIndeks untuk mengukur ketekalan dalaman atau keseragaman item atau soalan yang bukan berjawapan dikotomi

Indeks KesukaranIndeks untuk mengukur aras kesukaran sesuatu item iaitu nisbah calon yang memberi jawapan betul kepada jumlah calon atau markah purata dibahagikan dengan julat markah penuh

Indeks DiskriminasiIndeks yang dihasilkan oleh sesuatu item untuk mengukur perbezaan keupayaan pelajar iaitu nisbah pelajar pandai yang menjawab dengan betul ditolak nisbah pelajar lemah yang menjawab soalan yang betul

Indeks KebolehpercayaanIndeks untuk mengukur ketekalan ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu ukuran yang boleh dikira dengan mengunakan pekali korelasi Pearson (coefficient correlation), Kuder-Richardson atau Alpha Cronbach

Indeks KesahanIndeks untuk mengukur sejauh mana sesuatu alat dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut yang boleh dikira menggunakan pekali korelasi Pearson atau persamaan regresi

Kesahan Konstruk/GagasanKesahan dari segi sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk tertentu

Kesahan KandunganKesahan sejauh mana sesuatu ujian mewakili kandungan sukatan pelajaran yang telah diajar

Kesahan KriteriaKesahan sejauh mana sesuatu ujian mempunyai hubungan

dengan ujian yang lain sama ada ujian yang ditadbirkan secara serentak atau kemudian

Kesahan MukaKesahan sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk tertentu seperti yang dipersepsikan calon yang menduduki ujian

Sipnosis

TAJUK 4Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

Tajuk ini mendedahkan pelbagai jenis penilaian dan pentaksiran pengetahuan dan kemahiran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di bilik darjah.

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan pelbagai jenis penilaian bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah.

2. Menghuraikan setiap jenis penilaian dan fungsinya.

3. Mengenal pasti jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir aspek pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

Kerangka Tajuk 4

4.1Penilaian secara ujian bertulis

Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

Penilaian secara ujian bertulis Penilaian melalui pemerhatian

Peraturan pemarkahan berasaskan rubrik

1. Apakah jenis ujian yang paling kerap digunakan untuk menilai

Pencapaian hasil pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk

Teknologi?

4.1.1Ujian objektif dan ujian subjektif.

Ujian objektif mengandungi item/soalan yang mempunyai jawapan spesifik/tepat. Semua

soalan ini mempunyai jawapan tertentu, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul,

betul atau salah, padanan yang betul.

Ujian subjektif terdiri dari item yang mempunyai jawapan tidak spesifik atau jawapan

terbuka, Ujian subjektif sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi dan

membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan.

4.1.2Tujuan ujian

Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu

dijawab. Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk

mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di semua

institusi pendidikan, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir

ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu

memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat

dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara memastikan

ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Bagi seseorang guru,

pengujian menjelaskan sejauh mana penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau

nilai murni seperti mana yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran.

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian calon. Ujian adalah suatu

cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam

keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan

dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Menurut Cronbach (1970), ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati

perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan

skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu

mata pelajaran bagi merangsang murid untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka

dalam mata pelajaran berkenaan. Tahap penguasaan murid biasanya dikuantifikasikan

dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

4.1.3Langkah-langkah dan peraturan

Langkah-langkah mentadbir ujian termasuk

a. persediaan dewan ujian, seperti penyusunan kerusi dan meja

b. prosedur pengedaran dan memungut kertas soalan/jawapan

4.2 Penilaian melalui pemerhatian

4.2.1.Kepentingan penilaian melalui pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat dan kemudiannya dijadikan

ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh calon. Kaedah ini

mempunyai batasan tersendiri, seperti pemerhatian memerlukan masa yang panjang

atau pentafsiran mungkin tidak tepat.

4.2.2Jenis-jenis alat pemerhatian

a. Rekod anekdot

i. Penjelasan ringkas tetapi mencukupi tentang sesuatu peristiwa yang

signifikan. Termasuk tingkahlaku yang diperhatikan, latar di mana

tingkahlaku berlaku dan interpretasi tentang peritiwa.

ii. Satu rekod tentang perlakuan yang dianggap penting. Pemerhatian

penilai mesti spesifik dalam merekodkan apa yang dilihat dengan tepat,

elak interpretasi atau asingkan interpretasi dalam catatan anekdot

Rekod anekdot (peristiwa)

-Satu huraian terperinci mengenai satu kejadian atau peristiwa spesifik dan penting berkaitan dengan

tingkah laku seseorang individu.

-Peristiwa atau kejadian ini berlaku pada sesuatu situasi tertentu.

iii.Untuk berfungsi sebagai alat penilaian, sesuatu anekdot harus mempunyai ciri-ciri berikut:

-menghuraikan dengan tepat apa yang diperhatikan; mengasingkan kejadian sebenar yg diperhatikan daripada perasaan dan tafsiran pemerhati;-direkodkan serta merta supaya ralat mengingat semula dapat dielakkan;-merekodkan pemerhatian mengenai hanya satu kejadian tingkah laku sahaja;

-merekodkan pemerhatian secara objektif;

-hanya menghuraikan kejadian yang penting dan yang relevan dengan perkembangan tingkah laku murid.

Contoh: Rekod anekdot

Nama Pelajar:…………….……… Tarikh: ……….…………

Nama Pemerhati:………….……. Masa: …………………..

Tempat Kejadian: ………….……

Huraian Kejadian:

Kamal adalah seorang murid lelaki yang baru dipindah ke kelas ini. Dia adalah seorang budak yang badannya besar. Sebentar sebelum waktu rehat, dia berkelahi dengan Ali mengenai soal siapa harus menjadi penjaga gol pasukan bola sepak kelas. Dia menumbuk meja sambil menjerit. Dia menunjukkan penumbuknya kepada Sani dan suruh dia diam. Beberapa minit kemudian, dia menolak Kkalid yang jatuh dan menangis.

Maklumat Lain Yang Relevan :

Tafsiran / Komen Pemerhati:

b.Senarai semak

i. Senarai yang berguna untuk menilai prestasi diri, mengandungi ciri-ciri atau aktiviti yang

dikemukakan kepada individu yang dikaji. Penilai perlu mengkaji kandungan pernyataan yang

diberikan dan membuat tanda yang bersesuaian bersebelahan dengan ciri-ciri atau aktiviti yang

berkaitandengan calon.

ii. Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk ditanda bagi menunjukkan sama ada

sesuatu tingkah laku, trait atau ciri dapat diperhatikan;

iii. Satu poin diberi untuk setiap perkara yang diperhatikan;

iv. Palilng sesuai digunakan untuk mengukur tingkah laku kompleks yang dapat bahagikan kepada

bahagian-bahagian yang lebih spesifik; pengukuran yang dihasilkan mempunyai ciri skala

ordinal.

Contoh: Senarai Semak

Tingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi Kerja

Nama Pelajar:………………………………Tarikh: ………………………

Pemerhati:…………………………………..

Tingkah Laku Tanda “ √ ” Jika Ada

Penuh semangat _________

Rela kerja dalam kumpulan _________

Sanggup bekerja tanpa penyeliaan _________

Boleh dipercayai _________

Siapkan kerja dengan cepat _________

Keinginan untuk memperbaiki kerja _________

Mengambil berat tentang keselamatan orang lain_________

c.Skala kadar

i. Penilai perlu menentukan satu tahap berdasarkan satu kontinum yang

menunjukkan darjah perkadaran yang diberikan, contoh skala kadar

numerik.

ii. Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk dirakamkan

penghakiman tentang setakat mana tingkah laku, trait atau ciri bagi

sesuatu objek tertentu dapat diperhatikan;

iii. Membolehkan pemerhati menunjukkan perbezaan tentang status atau

kualiti sesuatu yang dinilai;

iv.Terdapat dua jenis skala kadar yang popular:

Skala Kadar Numerik

Nombor-nombor yang diberi menunjukkan nilai-nilai sesuatu sifat. Huraian diberi untuk

menjelaskan pengertian nombor-nombor berkenaan;

Pemerhati menanda (pangkah atau bulatkan) salah satu daripada nombor dalam skala untuk

menunjukkan pemerhatiannya;

Contoh: Skala Kemahiran Bertutur

Skala Kadar Grafik

Satu garis ufuk mewakili kontinum (continuum) sifat bagi sesuatu objek /operasi / hasil / projek yang diperhatikan;Pemerhati menanda pada garis ufuk (kontinum) untuk

1 2 3 4 5

Amat tidak Amat fasih fasih dan dan amat amat tidak lancar lancar

menunjukkan penghakiman tentang kualiti sifat yang diperhatikan.

Contoh: Skala Kadar

Tingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi Kerja

Nama Pelajar: ………………………………Tarikh: ……………………

Pemerhati: …………………………………..

Tingkah Laku

Tidak Pernah Selalu

Rela kerja dalam kumpulan 1 2 3 4 5

Sanggup bekerja tanpa penyeliaan 1 2 3 4 5

Siapkan kerja dengan cepat 1 2 3 4 5

Keinginan untuk memperbaiki kerja 1 2 3 4 5

Mengambil berat tentang keselamatan orang lain 1 2 3 4 5

4.3Peraturan pemarkahan berasaskan rubrik

4.3.1Definisi

Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk

sesuatu tugasan atau sesuatu kerja, ia merupakan panduan penilaian yang menggambarkan

kriteria yang diinginkan oleh guru dalam menilai atau mempertingkatkan hasil kerja pelajar.

Rubrik perlu mengandungi kriteria yang diinginkan dan panduan untuk menilai kriteria tersebut.

4.3.2Tujuan

Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti

daripada lemah ke cemerlang. Kriteria ini digunakan untuk membuat pemeringkatan atau

ranking terhadap pencapaian murid. Penggredan yang menggunakan rubrik menjelaskan tentang

penskoran bagi sesuatu tahap pencapaian atau respons yang pelajar kemukakan.

4.3.3Ciri-ciri rubrik

Ujian ialah sejenis alat/instrumen untuk mengumpul maklumat. Ujian lebih berstruktur,

tegar dan membolehkan guru mengumpul evidens bagi semua murid dengan cara dan

masa yang sama. Murid-murid dapat mempamerkan evidens tentang pembelajaran

mereka melalui ujian dan penghakiman tentang pencapaian murid dapat dibuat dengan

penskoran. Proses pemberian skor kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan

penskoran/rubrik.

4.3.4Jenis-jenis rubrik

a.Penilaian konsep / proses / produk berasaskan rubrik

Rubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik holistik. Rubrik holistik

mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid.

Rubrik analitik pula terdiri daripada penerangan terperinci berserta agihan

markah bagi setiap poin untuk menilai hasil kerja murid. Rubrik memberikan

penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan

telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman

tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan Pentaksiran

Pusat

Contoh : Penilaian pembinaan portfolio

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Tidak melengkap-kan portfolio seperti yang ditetapkan.

Tidak berusaha untuk

Kurang berusaha untuk mengemaskinikan porfolio dengan maklumat dan dokumen baru.

Terdapat penambahan maklumat dan dokumen yang releven dengan tugasan, tetapi pengolahan-nya kurang kemas, kreatif

Menunjukkan kesungguhan dan kerajinan dalam proses pembinaan portfolio – dokumen dan maklumat yang ditambah itu

Menunjukkan kesungguhan dan kerajinan dalam proses pembinaan portfolio – dokumen dan maklumat yang ditambah itu

menambah maklumat dan dokumen yang releven

Maklumat yang diberikan kurang berkaitan.

dan teratur. releven.

Penyediaan portfolio kemas, kreatif dan teratur serta menepati objektif penyediaan portfolio.

amat releven.

Penyediaan portfolio amat kemas, kreatif dan teratur serta amat menepati objektif penyediaan portfolio.

4.3.5Kebaikan penilaian berasaskan rubrik

Rubrik kerap digunakan di dalam penaksiran kerja kursus, bertujuan untuk menjelaskan huraian

tugas supaya penilaian lebih objektif dan konsisten. Rubrik memberi maklumat penilaian dan

pelajar dapat maklumbalas yang tepat

Layari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Terdapat berbagai bentuk penilaian yang boleh anda jalankan di sekolah.

Anda telah menjalankan satu projek Kemahiran Hidup Reka Cipta untuk

pelajar Darjah 5. Bincangkan kaedah penilaian yang tepat untuk anda menilai

projek pelajar.

Sinopsis

Peringkat selepas pengubalan soalan ialah mentadbir ujian calon. Ini mencakupi persediaan bilik

peperiksaan,mengedarkan kertas soalan dan jawapan, memungut kertas jawapan dan

menyimpan dan menyerahkan kertas jawapan kepada pemeriksa. Tajuk ini secara khususnya

akan menerangkan bagaimana ujian seharusnya ditadbir dan membincangkan tentang

penyelarasan pemarkahan, pemeriksaan skrip jawapan, penyelarasan dan penilaian markah

ujian.

Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1.Membincangkan langkah pentadbiran ujian

2. Membincangkah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian semasa mentadbir ujian

3.Menyelaraskan pemarkahan jawapan ujian dan markah ujian

4.Membuat penilaian terhadap markah ujian.

TAJUK 5 Pembentukan Dan Pelaksanaan Ujian

5.1 Pentadbiran Ujian

A.Arahan Ujian

Arahan ujian melibatkan dua aspek; pertama arahan ketua pengawas dan kedua arahan

dalam kertas soalan.

Arahan yang diberikan dalam kertas soalan:

Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas jawapan yang

disediakan

Masa peperiksaan 2 jam 30 minit

Sila tulis jawapan pada ruangan yang disediakan

Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan

Arahan Ketua Pengawas:

Berikut beberapa arahan yang biasa diberi kepada calon;

i.Sebelum peperiksaan bermula.

Calon diarahkan untuk memasuki bilik/dewan peperiksaan dan duduk dimeja yang

telah ditetapkan. Calon diingatkan tidak melakukan sebarang salah laku peperiksaan

seperti meniru jjawapan atau berbincang dengan calon lain.Seterusnya calon

diarahkan untuk mengisi maklumat pada kertas jawapan, seperti k/pengenalan dan

angka giliran. Kemudian ketua pengawas mengarahkan calon untuk menyemak

kertas soalan peperiksaan supaya tidak ada sebarang kecacatan, seperti bilangan

muka surat mencukupi,mendapat kertas soalan peperiksaan yang sepatutnya dan

percetakan yang jelas.

ii.Semasa mula menjawab soalan

Apabila tepat masa menjawab soalan, ketua pengawas akan memberikan arahan

supaya calon mula menjawab dan memberi tahu masa tamat menjawab soalan.

iii.Sebelum tamat masa menjawab

Lima belas minit sebelum masa menjawab tamat, ketua pengawas perlu

mengumumkan berapa lama masa yang masih ada untuk calon menjawab soalan.

iv.Selepas tamat masa menjawab

Ketua pengawas mengarahkan semua calon berhenti menjawab soalan dengan

meletakkan pen atau pensel di atas meja, apabila masa menjawab tamat.Ketua

pengawas mengarahkan semua calon duduk ditempat masing-masing sehingga

semua kertas jawapan dikutip.

B.Suasana di bilik peperiksaan

Menurut Abu Bakar (1996), calon yang lemah dan yang masih muda amat memerlukan

tempat yang selesa untuk memberi peluang menjawab dengan sebaik-baiknya. Oleh itu

guru perlu memberikan tempat peperiksaan yang tidak menganggu tumpuan calon semasa

menjawab. Ini termasuklah aspek pencahayaan dan pengudaraan yang sesuai.

C.Jarak tempat duduk calon

. Kedudukan tempat duduk dan meja calon perlu dijarakkan sedikit antara kedudukan

tempat duduk calon dihadapan dan belakang seta di kiri dan kanan calon. Ini bagi

mengelakkan calon daripada meniru jawapan calon lain dan ini juga bagi memudahkan

pergerakan pengawas peperiksaan.

Lain-lain aspek yang perlu diberikan perhatian oleh ketua pengawas dan pengawas

peperiksaan termasuklah mengawasi pergerakan keluar masuk calon semasa peperiksaan

seperti ke bilik air. Amaran kepada calon tentang melanggar peraturan peperiksaan seperti

meniru atau berbincang.

5.2 Pemeriksaan Kertas Jawapan

A.Skema Pemarkahan

Skema pemarkahan bagi sesuatu soalan perlu disediakan oleh guru selaras dengan

penyediaan soalan. Ini bagi membantu guru mengenalpasti soalan yang tidak sesuai,

soalan yang perlu diperbaiki atau tidak dijadikan soalan peperiksaan. Ini kerana skor yang

diperolehi oleh calon adalah bergantung kepada prestasi/kualiti jawapan yang diberikan

bagi setiap soalan yang dijawab. Skor juga dipengaruhi oleh cara pemarkahan oleh

pemeriksa.

Penyediaan skema pemarkahan

a.Skema pemarkahan Holistik

Disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan

pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya

diberi berdasarkan impresi (impression).

Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu

jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut

kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu

soalan. Calon bebas memberikan jawapan, selagi tidak menyeleweng daripada

kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang

berpengalaman dan benar-benar menguasai mata pelajaran berkenaan.

Kelebihan skema ini, pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Namun

kekurangannya ialah kurang objektif. Untuk meningkatkan keobjektifannya dibuat

penyelarasan markah antara pemeriksa. Dalam mesyuarat ini ketua pemeriksa akan

memberikan panduan memeriksa jawapan diikuti dengan perbincangan daripada

pemeriksa.

b.Skema Pemarkahan Analitik

Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih

terperinci yang nmana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Ia

mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus.

Pemarkahan secara analitik adalah lebih objektif berbanding dengan holistik. Ini kerana

skema yang lebih terperinci. Ini akan mengambil masa yang lama dalam penandaan.

Langkah bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan berbentuk esei:

B.

Penyelarasan Pemeriksaan Kertas Jawapan

Perlu dilakukan apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang.calon. Penyelarasan

dibuat sebelum pemeriksaan kertas jawapan dimulakan. Pemeriksa terlebih dahulu

hendaklah memeriksa beberapa contoh jawapan dan membandingkannya dengan

pemeriksaan yang dibuat oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa.

Tujuan penyelarasan adalah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa. Setelah

semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan esei, ketua pemeriksa akan

mengambil secara rawak beberapa kertas jawapan yang telah disemak oleh pemeriksa-

pemeriksa lain untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.

C.Penyelarasan Markah Ujian

Dibuat apabila keputusan ujian yang diperolehi calon adalah diluar jangkaan. Kadangkala

markah dalam sesuatu ujian didapati terlalu ramai pelajar yang mendapat markah terlalu

rendah. Penyelarasan pemeriksaan skrip ini diharap dapat membantu pemeriksa memberi

markah yang lebih adil kepada calon.

Langkah penyelarasan markah ujian

Sebagai contoh, dalam satu ujian RBT, markah yang diperolehi pelajar ialah antara 36 dan

78. Sebagai guru anda ingin membuat pertimbangan agar ada calon yang mendapat

markah A dalam ujian ini. Untuk mendapat markah A calon perlu mendapat markah 80 dari

78. Keputusan untuk memberi gred A kepada pelajar yang mendapat markah 78 terpulang

Tahap Langkah-langkah

1 Memahami kehendak soalan

2 Menyediakan skema pemarkahan

3 Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan

4 Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan

5 Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu

6 Memeriksa jawapan sehingga selesai

7 Mengelak daripada mengenali nama calon

8 Memberikan ulasan pada kertas jawapan

kepada anda sebagai guru.Pertambahan 2 markah perlu bagi membolehkan pelajar

mendapat A. Dalam masa yang sama anda ingin membantu pelajar pelajar yang

mendapat markah 36 untuk mendapat gred lulus 40.

Formula pengiraannya ialah:

y = mx + c

Di mana y ialah markah baru, x ialah markah asal dan c ialah pemalar.

Nilai c dan m (kecerunan persamaan perubahan markah) diperolehi

Melalui formula:

m = (MA – ML)/ (MPA – MPL )

c = MA - m MPA

Di mana MA ialah markah minimum untuk gred A, ML ialah markah minimum untuk gred

lulus, MPA ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred A dan MPL ialah markah

minimum pelajar yang ingin diberi gred lulus.

Penyelarasan markah ini juga akan mengurangkan varians markah yang diberikan kepada

pelajar, iaitu ia dapat mengurangkan perbezaan/ variasi keputusan ujian. Selagi nilai

kecerunan persamaan perubahan markah kurang daripada 1, varians markah baru akan

lebih rendah daripada varians markah asal. Misalnya jika nilai kecerunan persamaan

perubahan markah ialah 0.85, maka varians bagi markah baru akan menjadi (0.85)x(0.85)

= 0.7225 varians markah asas.

5.3 Penilaian

Markah yang diperolehi oleh oleh calon adalah dalam bentuk kuantitatif. Guru perlu

menginterpretasikan markah tersebut untuk kegunaan tertentu. Mengikut Lindvill dan Nitko

(1975), markah kuantitatif penting kerana dapat memberikan perihalan yang lebih tepat tentang

sesuatu keadaan, dapat meningkatkan keobjektifan langkah pengukuran dan membolehkan

komunikasi yang lebih lancar dan jelas.

A.Penilaian Markah Ujian

Kebiasaan pelaporan markah berdasarkan markah mentah bagi melaporkan kemajuan

dan perkembangan seseorang murid dalam kelas adalah kurang memberi makna.

Misalnya adakah markah 85 yang diperoleh oleh calon itu menunjukkan pelajar tersebut

cemerlang berbanding pelajar lain. Oleh itu untuk membuat perbandingan pencapaian, kita

memerlukan maklumat tambahan. Maklumat itu dikenali sebagai markah terbitan. Apabila

markah terbitan dibentuk ini akan memudahkan perbandingan markah dibuat. Markah

terbitan meliputi pangkat ratusan, stanines dan penentuan gred. Penentuan markah ini

adalah berdasarkan markah berdasarkan kemahiran atau pengetahuan, berdasarkan

tahap kesukaran dan markah yang membezakan calon

B.Penilaian Pencapaian

Pertimbangan pencapaian pelajar boleh didilakukan mengikut rujukan norma atau rujukan

rujukan kriteria. Pengeredan mengikut rujukan norma lebih kuantitatif, manakala rujukan

kriteria lebih bersifat kualitatif. Ward &Ward (1999) mencadangkan lima panduan dalam

penentuan gred murid.

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan pencapaian pelajar dari markah yang

diperolehi. Kaedah itu ialah pangkat, gred, pangkat ratusan dan stanines.

Panduan Penentuan Gred

1 Menentukan tujuan system penggredan sebelum menggredkan pelajar. Jika untuk membina motivasi, penggredan wajar secara criteria

2 Menerangkan kepada pelajar tentang system penggredan yang akan digunakan pada awal semester

3 Elakkan daripada menukar cara penggredan semasa ujian sedang dilaksanakan

4 Memasukkan pemboleh ubah yang sesuai kepada tugasan dalam pemberian gred

5 Memastikan amalan menggredkan pelajar adalah selaras dengan amalan peringkat pusat atau kebangsaan

a.Pangkat

Menentukan pangkat dari paling tinggi kepada yang paling rendah. Atau kedudukan

pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ia tidak dapat membandingkan murid dalam

kelas lain.

b.Penentuan Gred

Penentuan gred A, B, C, D, E, sebagai gred lulus dan F sebagai gagal. Gred ini

menentukan pencapaian murid berkenaan dengan gred A lebih baik dari gred B dan

seterusnya.

c.Pangkat Ratusan

Pangkat ratusan/persentil ialah markah tertentu yang menunjukkan peratusan murid

yang mendapat markah lebih rendah daripada markah tersebut. Persentil ke-25

dipanggil kuartil pertama (Q1), persentil ke 50 dipanggil kuartil kedua (Q2), atau

median dan persentil ke 75 dipanggil kuartil ketiga (Q3). Misalnya jika dikatakan

pencapaian Ahmad berada di kedudukan persentil 70, ini menunjukkan markah

Ahmad lebih tinggi daripada markah 70% murid-murid lain.

Pangkat persentil dapat dianggap sebagai satu skor terbitan yang mempunyai median

50 bermula dari taburan 1 hingga 99. Skor persentil menunjukkan kedudukan markah

pada sepanjang taburan markah (Bhasah, 2003).

Pangkat persentil = Kekerapan kumulatif/N x 100

Kekerapan kumulatif ini dikira hingga ke markah sebelum markah yang ingin

ditentukan persentilnya atau bilangan pelajar yang memperoleh markah lebih rendah

daripada markah tersebut.

d. Stanines (standard nine).

Stanines dibentuk berdasarkan andaian bahawa pencapaian mengikut taburan

normal. Stanines mempunyai min = 5 dan sp = 2 . Ia adalah berdasarkan skor - z

Formula:

Stanines = 2 z + 5

Di mana, z = skor – z yang mempunyai min = 0 dan

sisihan piawai = 1

Kelebihan penilaian markah secara rujukan norma ini ialah dapat memberi maklumat

ringkas tentang prestasi pelajar yang boleh difahami dengan mudah oleh pelajar dan

ibu bapa. Maklumat itu memberi makanisme untuk menyusun pelajar dalam

pencapaian cemerlang, sederhana dan gagal. Di samping membantu guru mengenal

pasti pelajar lemah.

Kelemahan markah rujukan norma pula ialah markah yang diperolehi tidak menunjukkan

dengan jelas sejauh manakah seseorang calon menguasai ilmu atau kemahiran yang

ditetapkan. Ia juga memungkinkan rasa rendah diri kepada calon yang terkebawah.

Penggredan berdasarkan rujukan kriteria pula ialah dengan melaporkan prestasi

seseorang pelajar secara relatif bagi menggambarkan sejauh mana seseorang pelajar

menguasai suatu objektif mata pelajaran yang ditetapkan. Skor dan gred yang diperoleh

menggambarkan pencapaian yang sama dalam mana-mana tugasan yang dilaksanakan.

Kelebihan penggredan rujukan kriteria ialah pelajar boleh mendapatkan gred yang tinggi

jika mereka berusaha bersungguh. Guru mudah memberi gred kepada calon, kesahan

pencapaian pelajar adalah tinggi. Kelemahan ujian rujukan kriteria menurut Sax (1997)

adalah aras kesukaran yang akan menentukan peratusan pelajar yang mendapat gred-

gred tertentu. Ujian yang sukar akan menyebabkan ramai pelajar mendapat markah

rendah.

5.4 Rumusan

Pemarkahan dan penggredan merupakah aspek penting dalam pengujian dan penilaian. Ia akan

menjadi petunjuk terhadap pencapaian calon dalam mata pelajaran tertentu. Kepentingannya

melibatkan ibu bapa, matlamat suatu mata pelajaran, kawalan aktiviti program dan pengiktirafan

kepada calon. Justeru aspek pentadbiran dan pelaksanaan perlu diberikan penekanan.

Sinopsis

Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian.

Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak

terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai

kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian

adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU

dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi

iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

Hasil pembelajaran

Kerangka konsep

Jadual spesifikasi ujian

DefinisiKepentingan JSU Langkah pembinaan JSU

Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

.1. membina Jadual Penentuan Ujian;

.2 menjelaskan langkah penyediaan item ujian;

.3. membina item ujian objektif; dan

4. membina item ujian subjektif.

5 memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU

6 penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian

TAJUK 6Perancangan Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

6.1 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)

Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.

Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan

kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

6.2 Kepentingan JSU

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

6.3Membentuk JSU

6.3.1 Langkah Pembinaan JSU

Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatan

pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4)

menentukan bilangan soalan. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam Rajah 6.1

berikut.

Rajah 1Langkah Pembinaan JSU

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang

menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran

perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.

Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:

• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;

• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;

• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk- tajuk lain;

• kompleksiti sesuatu tajuk; dan

• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran

Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk

menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap

2. Menganalisis objektif pengajaran

1. Mengkaji sukatan pelajaran

4. Menentukan bilangan soalan

3. Menentukan jenis soalan

Langkah Pembinaan

JPU

kesukaran mana perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran

diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya,

seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas

adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian

untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan

penganalisisan inilah JPU dibina. Lazimnya JPU mengandungi dua paksi utama,

iaitu:

i. Paksi Kandungan ii. Paksi Objektif Pengajaran

(a) Kandungan Pengetahuan

Tajuk

Tajuk kecil

(a) Objektif Kognitif

(b) Kandungan Kemahiran

Tajuk

Tajuk kecil

(b) Objektif Psikomotor

(c) Kandungan Afek/Perasaan

Tajuk

Tajuk kecil

(c) Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan

pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan

kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan

bilangan soalan

3. Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu

menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial)

dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin

mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk

“Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah

soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis

“Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan

cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain

objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.

Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan

kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud

keupayaansesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar

menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan

sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur. Perkara-perkara ini

akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

6.4Langkah Am Menentukan pembinaan Item Ujian

Terdapat lima (5) langkah am menentukan pembinaan item ujian, iaitu (1) meyediakan JPU, (2)

menulis item ujian, (3) menyemak item ujian, (4) menilai item ujian, dan (5) membuat kajian rintis

terhadap keseluruhan item.

1. Menyediakan JPU

Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JPU seperti yang

dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif

pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama

penyediaan JPU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan

kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang

ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin

soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau

sikap yang kita ingin murid-murid kita kuasai.

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan

digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu dibina

sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah

matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan

kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai

daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting

dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih

sesuai.

2. Menulis Item Ujian

Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan

bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk

membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item

beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank

item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item),

item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip

pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsip-

prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut:

• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami

pelajar,

• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami

maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya

akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran

yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk

pengetahuan/

kepintaran am.

• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada

kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam

keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf

besar.

• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran

yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua

titik perpuluhan.

3. Menyemak Item Ujian

Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item

tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah

tepat dan mudah difahami pelajar.

• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami

pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan

mencukupi.

• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan

objektif pengajaran.

• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi

petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

4. Menilai Item Ujian

Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu

disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu

dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang

disebut di atas, iaitu:

• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah

mudah difahami pelajar.

• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi

maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya

• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan seimbang untuk

mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan

dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

6.5 Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu

a. soalan objektif (30 soalan)

b. 1 markah bagi 1 item

c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

= Jumlah masa X Jumlah soalan

= Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item

Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

Domain Kognitif

6. Penilaian Sukar

5. Sintesis

4. Analisis

3. Penggunaan

2. Kefahaman

1. Pengetahuan Mudah

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?

Ujian objektif

Ujian struktur

Ujian esei, dan lain-lain.

Langkah V:

Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei

dan lain-lain)

Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)

Pemarkahan

Langkah VI

Nyatakan mata pelajaran

Nyatakan tingkatan

Susunan nombor soalan mengikut tajuk

6.6 Pembinaan Item Ujian

Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah

soalan juga perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan, yang

bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan,kemampuan bahasa pelajar

dan lain-lain. Aras kesukaran soalan biasanya sukar ditentukan, kecuali melalui pengalaman

pembina soalan atau kajian rintis yang diadakan sebelum sesuatu set soalan digunakan.

Anda digalakkan untuk membuat peta minda berhubung dengan langkah- langkah pembinaan

JSU ini. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman anda tentang bab ini.

6.7Kepentingan JSU

JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan

ujian. Antara kepentingannya ialah:

• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;

• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin

• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;

• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan

• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh

pembina lain

6.8 Langkah Am Penyediaan Item Ujian

Di sepanjang tempoh anda menjadi seorang guru, apakah kaedah-kaedah yang anda gunakan

untuk menghasilkan sesebuah item ujian? Adakah kaedah yang telah anda gunakan ini

mempunyai persamaan dengan 5 langkah penyediaan item ujian ini. Sekiranya terdapat

perbezaan apakah yang pro dan kontra yang anda perolehi daripadanya?

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu :

(1) meyediakan JSU,

(2) menulis item ujian,

(3) menyemak item ujian,

(4) menilai item ujian, dan

(5) membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

6.8.1. Menyediakan JSU

Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JPU seperti yang

dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif

pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama

penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan

kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang

ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin

soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau

sikap yang kita ingin pelajar-pelajar kita kuasai.

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan

digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina

sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah

matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan

kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai

daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting

dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih

sesuai.

6.8.2. Menulis Item Ujian

Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan

bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk

membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item

beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank

item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item),

item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip

pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.

Prinsip- prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.

• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami

pelajar,

misalnya, “Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan

sahaja”.

• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami

maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya

akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran

yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk

pengetahuan/kepintaran am.

• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada

kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam

keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf

besar.

• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran

yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua

titik perpuluhan.

Penyediaan item ujian memerlukan beberapa langkah. Untuk menulis

item ujian ini anda digalakkan menyediakan lakaran peta minda untuk

rumusan anda.

6.8.3. Menyemak Item Ujian

Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut.

Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan

mudah difahami pelajar

• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan

mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi

• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif

pengajaran.

• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda

(clue) kepada jawapan yang dikehendaki

Sekiranya anda telah menyelesaikan penyediaan item ujian yang akan

dikemukakan kepada para pelajar anda, siapakah yang anda rasakan

paling layak untuk menyemak item ujian anda ini? Pernahkah anda

menggunakan khidmat mereka yang bukan berada dalam bidang

pendidikan untuk mendapatkan pandangan? Kenapa?

6.8.4. Menilai Item Ujian

Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak

dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi

menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:

• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah

difahami pelajar.

• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat

yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang ntuk mengukur

kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan dijawab dalam masa yang

diperuntukkan.

6.9.Penerangan Tentang Konstruk Dalam JSU

6.9.1Penerangan Tentang Konstruk

Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Sintesis dan

Penilaian (Bloom, 1956) adalah meliputi objektif untuk mengingat semula atau mengenal

pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sukatan mata pelajaran.

Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan

dilabelkan sebagai konstruk.

6.9.2 Menguji dan Mentaksir Pencapaian Pelajar

Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ada sembilan konstruk yang telah

dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir pencapaian pelajar dalam

kertas ini.

Berikut penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan dilabelkan

mengikut konstruk.

i. Pengetahuan tentang Terminologi

Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara

ii. Pengetahuan tentang Fakta

Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti fungsi,

keadaan atau tujuan sesuatu komponen

iii. Pengetahuan tentang Konvensyen

Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu

kelaziman seperti simbol atau tanda lazim

iv.Pengetahuan tentang Urutan

Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang berlaku secara

tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti

v.Pengetahuan tentang Pengelasan

Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan

sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan

vi. Pengetahuan tentang Kriteria

Pengetahuan tentan gsesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau

komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara

vii.Pengetahuan tentang Metodologi

Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam

melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja

vii. Pengetahuan tentang Prinsip atau Ganeralisasi

Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan

pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan

ix Pengetahuan tentang Teori dan Struktur

Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar pembentukkan sesuatu

fenomena yang dapat dibukti dengan kukuh hasil daripada kajian, penyelidikkan

pemerhatian

6.9.3 Kod Konstruk Penerangan Aspek

COO Kefahaman(comprehension)

Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan

tidak memerlukan atauk memerhati tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut

AOI Aplikasi (application)

Kebolehan menggunakan prinsip (kebenaran) dan generalisasi (penyataan umum) pada

suatu masalah dan situasi baru

NOO Analisis (analysis)

Kebolehan memisah suatu set komunikasi kepada beberapa bahagian sehingga suatu

bentuk pertalian antara bahagian yang membina set komunikasi itu dapat di lihat dengan

jelas

TOO Sintesis (synthesis)

Kebolehan menggabungkan bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi yang tidak

jelas sepenuhnya

VOO Penilaian (evaluation)

Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah, kriteria atau standard

untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan (kesesuaian, keberkesanan, prosedur,

kecekapan dan lain-lain)

RUMUSAN

Dalam penilaian, JSU berperanan sangat penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti

calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu

jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak

digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.

Bab ini juga telah membincangkan tentang jsu dan pembinaan soalan-soalan objektif dan subjektif untuk

mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Pembinaan soalan objektif yang dibincang meliputi bentuk

soalan beraneka pilihan, betul-salah, mengisi tempat kosong dan padanan. Pembinaan soalan subjektif

meliputi bentuk esei berjawapan pendek, sederhana dan panjang. Pembinaan item ujian biasanya

mengambil masa yang panjang dan memerlukan banyak penelitian dan pertimbangan agar ujian yang

dihasilkan dapat mengukur kandungan dan peringkat objektif pengajaran yang diingini dengan adil dan

saksama.

AKTIVITI

Arahan:

Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1

mengandungi 20 soalan objektif.

Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras

kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.

Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.

TAJUK 7 PEMBINAAN ITEM UJIAN

Sinopsis

Tajuk ini mendedahkan bagaimana item itu dilaksanakan. Penggunaan Jadual Penentuan Ujian

(JPU) pastinya dapat membantu anda untuk memilih jenis item tersebut. Secara lazimnya anda

sudah mengetahui terdapat dua jenis item ujian bertulis iaitu; a. item objektif seperti item yang

memerlukan pelajar memilih jawapan yang betul atau melengkapkan ayat; b. item struktur dan c.

item esei yang memerlukan pelajar menggubal jawapan sendiri. Item objektif termasuklah item

betul-salah, beraneka pilihan, padanan atau pelengkap sementara item struktur termasuklah item

berjawapan pendek, sederhana atau panjang; dan item esei merupakan item jawapan terbuka;

atau item berkaitan penyelesaian masalah.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan langkah penyediaan item ujian

2. Membina item ujian objektif

3. Membina item ujian struktur dan

4. Membina item ujian esei

7.1 Pembinaan Item Objektif

Sekiranya anda diminta menyediakan item objektif untuk mata pelajaran yang bukan bidang

pengajaran anda? Apakah yang perlu anda lakukan? Apakah implikasi yang anda rasakan akan

berlaku sekiranya anda terus menyediakan item, tetapi tidak mengajar mata pelajaran tersebut?

Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana murid-muridnya

memahami apa yang mereka pelajari. Jika item ini dibina dengan baik, ia boleh diguna untuk

membandingkan pencapaian antara murid-murid atau membandingkan pencapaian antara

sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri

oleh guru-guru mata pelajaran tertentu. Bagaimanapun, item yang disediakan oleh guru untuk

murid-muridnya sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab item ini

hanya ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar oleh guru.

Seperti yang kita sedia maklum, item objektif bermaksud item yang mempunyai jawapan

tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan.

Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada

beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.

7.1.1Pembinaan Item Beraneka Pilihan

Item yang sering digunakan dalam ujian pencapaian di peringkat sekolah rendah,

sekolah menengah atau institut pengajian tinggi ialah item beraneka pilihan. Item ini

terdiri daripada tiga (3) bahagian iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan.

Stimulus adalah bahagian item yang mengandungi maklumat khusus di mana

soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.

Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya

berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.

Jawapan Pilihan adalah bahagian item yang mengandungi jawapan pilihan, yang

biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain

lagi.

Item jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab

oleh murid tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan

menggunakan borang OMR). Murid mendapati item beraneka pilihan sukar

dijawab berbanding item jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan

secara tepat. Jadual 7.1 merupakan 9 prinsip untuk menyediakan item berbentuk

beraneka pilihan.

Jadual 7.1: Prinsip Penyediaan Item Berbentuk Beraneka Pilihan

Prinsip Penerangan

1Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.

2Item dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

3Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapi dimasukkan dalam badan soalan, seperti perkataan “oleh” dalam Contoh 1

4Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.

5 Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak iaitu tidak mengikut sistem tertentu untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan yang betul.

6Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan yang betul.

7Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.

8Aras kesukaran setiap item perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan seperti Contoh 2), supaya setiap item mempunyai aras kesukaran yang sama.

9Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.

Contoh Item Beraneka Pilihan

1. Dalam tindakan refleks, impuls dihantar ke saraf tunjang oleh:

a) Efektor

b) Reseptor

c) Neuron deria

d) Neuron perantaraan

2. Manakah antara berikut peranan seorang usahawan kepada masyarakat

dan negara?

I. Menghasilkan barangan berkualiti.

II. Mengembangkan industri sedia ada.

III. Menyumbang terhadap perkembangan politik.

A. I dan II sahaja.

B. I dan III sahaja.

C. II dan III sahaja.

3. Anda dikehendaki memilih jawapan yang betul berdasarkan dua (2)

pernyataan berikut:

I. Bursa Komoditi Kuala Lumpur merupakan sebuah badan

perniagaan.

II. Bursa Komoditi Kuala Lumpur ditubuhkan kerana Malaysia

adalah pengeluar utama beberapa jenis komoditi.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A Betul Betul

B Salah Salah

C Betul Salah

D Salah Betul

7.1.2Pembinaan Item Betul-Salah

Item beraneka pilihan terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus,

pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”. Item jenis

ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar

menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah.

Jadual 6.2 merupakan 8 prinsip yang perlu ada semasa menyediakan item

berbentuk betul-salah.

Jadual 7.2: Prinsip Pembinaan Item Betul-Salah

Prinsip Penerangan

1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda ( / )/A bagi jawapan yang betul atau (X)/B bagi jawapan yang salah.

2 Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

3 Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

4 Aras kesukaran setiap item perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan), supaya setiap item mempunyai aras kesukaran yang sama.

5 Item-item hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas, betul atau yang jelas salah.

6 Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

7 Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

8 Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

Contoh Item Betul - Salah

1. Gunung yang paling tinggi di Malaysia terletak di negeri Pahang.

A. Betul

B. Salah

2. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan

yang salah dalam kotak yang disediakan.

David Beckham adalah ketua pasukan bola sepak Wales.

Nicol David adalah merupakan perenang negara paling unggul.

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Selatan Thailand.

7.1.3Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong

Item ini terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus dan pernyataan yang

mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar. Item jenis ini amat sesuai digunakan

untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.

Jadual 7.3 merupakan enam prinsip untuk menyediakan item berbentuk mengisi ruang

kosong.

Jadual 7.3: Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong

Prinsip Penerangan

1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.

2 Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

3 Aras kesukaran setiap item perlu setara (seperti bilangan perkataan dalam ruang kosong), supaya setiap item mempunyai aras kesukaran yang sama.

4 Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.

5 Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan/ayat, supaya item tidak menjadi terlalu susah.

6 Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat, supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

Contoh Item Mengisi Ruang Kosong

1. Dalam tindakan refleks, impuls dihantar ke saraf tunjang oleh ______________.

2. Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah

______________, __________________ dan _______________.

7.1.4 Pembinaan Item Padanan

Item ini terdiri daripada dua set maklumat yang perlu dipadankan oleh murid. Kedua-dua

set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan.

Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai

perkaitan/hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur

kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep. Bagaimanapun, kita

perlu ingat bahawa padanan yang melibatkan dua set maklumat ini menjadikan item

padanan sebagai item “banyak soalan dalam satu soalan”, yang bergantung kepada

bilangan perkaitan yang ada. Justeru, guru perlu memberikan markah yang setimpal

dengan bilangan perkaitan ini.

Jadual 7.4 merangkumi enam prinsip untuk menyediakan item berbentuk padanan.

Jadual 7.4: Pembinaan Item Berbentuk Padanan

Prinsip Penerangan

1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu atau padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.

2 Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga- bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

3 Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan perkataan), supaya setiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang sama.

4 Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.

5 Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

6 Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.

Contoh Item Padanan

Padankan simpulan bahasa berikut dengan maknanya.

Simpulan Bahasa Makna

Tangkai jering Bersiar-siar

Ayam tambatan Suka menolong orang lain

Makan angin Orang yang boleh diharap

Ringan tulang Orang yang kedekut

7.2 Pembinaan Item Subjektif

Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak

spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti

dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan

kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap

kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis,

membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran

berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya

persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut.

7.2.1Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana

atau panjang. Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi

ketiga-tiga kategori soalan tersebut. Jadual 6.5 adalah tujuh prinsip am untuk

menyediakan soalan berbentuk esei.

Jadual 7.6: Pembinaan Soalan Bentuk Subjektif

Prinsip Penerangan

1 Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya item yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

2 Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

3 Item hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

4 Aras kesukaran setiap item perlu setara supaya setiap item yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

5 Item perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

6 Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

7 Gunakan lebih banyak item berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada item berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak item boleh diberikan.

7.2.2 Kata Tugas Item Subjektif

Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai

digunakan untuk membina item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk

memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh item. Oleh itu, pemilihan kata tugas

yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata

tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal

memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah.

Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item

berkenaan. Bagaimana pun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian

sahaja kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan.

Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak item.

Bagaimana pun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberap

perkataan lain untuk menjadikan kehendak item itu lebih jelas.

Jadual 7.6 menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.

Jadual 7.6: Kata Tugas

Bil Kata Tugas Jawapan yang diharapkan

1 Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

2 Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu.

3 Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik

4 Bagaimanakah Memperihalkan, memberi penerangan tentang cara, keadaan, langkah atau kejadian.

5 Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

6 Berapakah Memberi kuantiti.

7 Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.

8 Bilakah Menyatakan masa atau waktu.

9 Binakan Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu.

10 Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

7.2.3 Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek

Item jenis ini memerlukan murid memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan)

yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea

sendiri. Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan

aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir. Item

esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihat

contoh) daripada item esei berjawapan terbuka. Dengan jawapan yang terbatas ini,

pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan

kebolehpercayaan item tersebut. Di sini, walau pun jawapannya lebih objektif daripada

jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif/pelbagai. Oleh

kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina item perlu menyediakan

skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin.

Contoh Item Esei Berjawapan Pendek:

1. Senaraikan warna-warna tali pinggang tae kwan do dan nyatakan bila seseorang

pelatih itu dikurniakan warna-warna tersebut.

2. Iris adalah bahagian mata yang berwarna. Jelaskan bagaimana iris membantu

kita untuk

7.2.4 Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka

Item bentuk ini membenarkan murid merancang dan memberi jawapan secara bebas,

justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada murid. Misalnya, murid

bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea,

membina hujah yang logik, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau

mengaitkan pemikiran dengan perasaan. Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk

mengukur konstruk, yang memerlukan murid menggunakan beberapa kemahiran seperti

menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Item jenis ini juga

membolehkan murid mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.

Murid juga akan menghadapi masalah semasa menjawab item berjawapan terbuka ini,

sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan

sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea, dan seterusnya, menulis dengan cara yang logik

supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan dengan baik. Oleh sebab

jawapannya yang amat terbuka, mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti tertentu,

maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/peraturan pemarkahan yang

jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian murid dapat dibuat

sewajarnya.

Sebelum seseorang murid tersebut mencapai kematangan dalam menyelesaikan satu-

satu persoalan secara kritis dan kreatif, apakah langkah-langkah yang perlu ada pada

pelajar tersebut. Adakah langkah-langkah tersebut perlu diterapkan sebagai sebahagian

daripada pengetahuan mereka?

Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyai

kekuatan tersendiri iaitu dapat menggalakkan murid:

• menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah;

• membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat;

• mempamerkan sesuatu idea yang asli;

• mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan

• mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara

atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis.

Dengan beberapa kekuatan yang ada, item berjawapan terbuka turut mempamerkan

beberapa masalah/kekangan yang tersendiri dan ia memerlukan:

• pemeriksa yang terlatih untuk memeriksa jawapan;

• masa yang panjang untuk memeriksa jawapan berbanding item objektif;

• masa yang panjang untuk pelajar menulis jawapan; dan

• pelajar menulis secara jelas dan boleh dibaca (readble).

7.4.5 Kelebihan dan Kekangan antara Jenis Item Ujian

Kelebihan/kekuatan dan kekangan/kelemahan yang diwarisi oleh setiap jenis item ujian

ditunjukkan dalam Jadual 7.7 dan Jadual 7.8. Aspek-aspek perbandingan ialah dari segi:

• keupayaan mengukur kebolehan murid,

• keluasan persampelan kandungan,

• kecepatan menyedia soalan,

• keobjektifan pemeriksaan,

• kemudahan diperiksa mesin, dan

• mengelak daripada tekaan.

Jadual 7.7: Kelebihan dan Kekangan Jenis Item Objektif

Kekuatan Item Objektif Kekangan/Kelemahan Item Objektif

Persampelan kandungan yang luas Sukar membina item, terutama bagi peringkat tinggi; dan

Dapat diperiksa secara objektif Menggalakkan tekaan.

Dapat diperiksa oleh mesin, dan

Cepat dan mudah diperiksa,

Jadual 7.8: Kelebihan dan Kelemahan Jenis Item Subjektif

Kelebihan Item Subjektif Kelemahan Item Subjektif

Keupayaan mengukur objektif pengajaran pada peringkat tinggi

Persampelan kandungan agak sempit

Dapat mengelak daripada tekaan Susah dan lambat diperiksa,

Item mudah dibina Tidak dapat diperiksa secara objektif

Tidak dapat diperiksa oleh mesin.

Persampelan yang sempit bagi ujian yang menggunakan item subjektif sahaja, turut

menyebabkan kesahan ujian menjadi rendah. Justeru, dengan menggabungkan item

objektif dan item subjektif dalam satu ujian dengan kadar yang sesuai akan dapat

menjamin kesahan ujian dari segi liputan kandungan dan juga penilaian pada peringkat

objektif yang tinggi.

LATIHAN

a.Jelaskan maksud item objektif.

b.Jelaskan apa maksud item esei berjawapan pendek.

c. Berikan kekuatan dan kekangan item bentuk esei berjawapan

pendek.

d Berikan contoh-contoh item yang sesuai untuk menjelaskan

kekuatan dan kekangan esei berjawapan pendek

1.1TAJUK 8 ANALISIS ITEM UJIAN

Sinopsis

Kursus ini menekankan kefahaman kaedah menganalisis item ujian

Hasil Pembelajaran

1. Membina dan menilai soalan berdasarkan Indeks Kesukaran

2. Membina dan menilai soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi

8.1Analisis Item Ujian

Analisis Item Ujian Aras Kesukaran Item

Aras Diskriminasi Item

Analisis Item ialah satu proses menganalisis secara statistik tindak balas calon terhadap setiap

item dalam sesuatu ujian untuk membuat pertimbangan mengenai kualiti dan keberkesanan item-

item tersebut. Ia memberi maklumat kepada kita mengenai bagaimana sesuatu item itu akan

berfungsi dalam ujian. Secara khusus melalui analisis item, kita akan mengetahui aras kesukaran

dan aras diskriminasi item tersebut.

8.1.1Aras/indeks Kesukaran Item

Item boleh dianalisis, secara empirikal, berdasarkan jawapan yang diberi untuk

mengetahui kekuatan dan kelemahan item. Hasil item analisis boleh digunakan untuk

memperbaiki kualiti item berkenaan. Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu

item ujian ialah indeks kesukaran  item (item  difficulty index, p). Indeks ini dapat

menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah

dijawab atau susah dijawab. Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong,

padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan

calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang

menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:

Sekiranya satu soalan dapat dijawab dengan betul oleh 20 orang pelajar daripada

sejumlah 40 orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. Nilai p bagi soalan ini ialah

20/40  =  0.50. Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00. Sekiranya tiada seorang pelajar pun

dapat menjawab dengan betul, maka nilai p akan menjadi 0 (soalan amat sukar), tetapi

jika semua pelajar dapat menjawab dengan betul, nilai p akan menjadi 1 (soalan terlalu

mudah). Secara statistik, Indeks Kesukaran mempunyai nilai di antara 0.0 dan 1.0.

Indeks yang bernilai tinggi menunjukkan item itu senang, dan indeks yang bernilai rendah

menunjukkan item itu sukar. Justeru, item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah,

sebaliknya item yang mudah/senang mempunyai nilai p yang tinggi, seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Indeks kesukaran item

Item A mendapat respons betul oleh 50 daripada 80 orang pelajar,

sementara Item B mendapat respons betul oleh 20 daripada 40 orang

pelajar. Item mana yang lebih sukar?

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu diingatkan

bahawa soalan yang terlalu mudah/senang (p >  0.85) atau soalan yang terlalu sukar (p

< 0.15) tidak dapat memberikan maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang

bermakna. Ini adalah disebabkan soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh

hampir semua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar tidak akan dapat dijawab

oleh hampir semua pelajar. Justeru, soalan-soalan tidak dapat membezakan pelajar yang

lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupayaan. Sebagai panduan, aras

kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang ditunjukkan dalam Jadual

8.1.

Jadual 8.1 : Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Nilai p Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 terlalu sukar

0.21 – 0.40 sukar

0.41 – 0.60 sederhana senang

0.61 – 0.80 senang

0.81 – 1.00 terlalu senang

Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab

sesuatu item dengan betul. Lebih tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item

dengan betul, lebih mudahlah item tersebut (Wood, 1960). Item yang dijawab dengan

betul oleh 85% pelajar akan mempunyai nilai p = 0.85, manakala item yang dijawab

dengan betul oleh 50% pelajar akan mempunyai nilai p = 0.50. Sebaliknya, indeks

kesukaran item boleh memberi jangkaan peratus pelajar yang dapat menjawab item

tersebut dengan betul. Misalnya, jika indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.65, ini

bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul

Sebagai ingatan, nilai p merupakan nilai yang relatif kepada sesuatu kumpulan pelajar

yang mengambil ujian. Nilai ini boleh berubah mengikut keupayaan kumpulan pelajar

tersebut, dan seterusnya boleh berubah sekiranya kumpulan calon yang sama

menduduki ujian kali kedua. Sebagai contoh, item manakah lebih sukar antara “Siapakah

Tun Abdullah Ahmad Badawi?” dan “Siapakah Tun Dr. Mahathir Mohamed?”. Kita tidak

boleh menyatakan item mana yang lebih sukar selepas membaca soalan ini. Kita hanya

boleh menentukan kesukaran soalan ini selepas kita mentadbirkannya kepada

sekumpulan pelajar dan mengira nilai p bagi soalan ini.

Bagi item subjektif (esei); yang markahnya mengambil nilai 0, 1, 2, 3, …; indeks

kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat

markah penuh seperti berikut (Nitko, 2004: 317):

Sebagai contoh, suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah minimum 0 dan

maksimum 10. Sepuluh (10) orang pelajar (P) telah menjawab soalan ini dan mendapat

markah seperti dalam jadual di bawah. Jumlah markah bagi 10 orang pelajar ialah 63.0.

Pengiran indeks kesukaran item ialah seperti berikut:

Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 Jumlah

Marka

h

6.5 3.5 7.0 2.5 4.5 8.5 9.0 6.5 9.5 5.5 63.0

Berbeza daripada indeks kesukaran item objektif, indeks kesukaran item subjektif dapat

menggambarkan markah purata bagi sesuatu item dalam peratus. Contohnya, markah

purata 6.3 (daripada 10) ialah 63% (iaitu sama dengan indeks kesukaran didarabkan

dengan 100).

Seterusnya, indeks kesukaran item yang dapat menghasilkan indeks diskriminasi item

(akan dibincangkan kemudian) yang maksimum ialah antara 0.50 hingga 0.85,

bergantung kepada format item. Indeks kesukaran tersebut ialah 0.50 bagi item

berjawapan pendek/melengkap,  0.70 bagi item objektif lima-opsyen, 0.74 bagi item

objektif empat-opsyen, 0.77 bagi item objektif tiga-opsyen, dan 0.85 bagi item objektif

dua-opsyen (betul/salah)  [Lord (1952) dalam Mehrens & Lehmann (1991)]. Selain itu,

Nitko (2004: 323) menyatakan indeks kesukaran bagi item- item ujian yang mengukur

satu jenis keupayaan (contohnya, membaca) haruslah antara 0.16 dan 0.84 (iaitu ada

item-item mudah, sederhana sukar dan sukar); sementara bagi item-item ujian yang

mengukur dua jenis keupayaan (contohnya, membaca dan menulis) haruslah

mempunyai indeks kesukaran item antara 0.40 hingga 0.60 (item-item sederhana sukar).

Satu item subjektif diberi markah satu dan maksimum lima. Markah

lima orang pelajar ialah 3,2,4,2,5. Kira indeks kesukaran item ini.

Adakah ia mudah atau susah?

Selain menjadi panduan semasa membina item supaya indeks diskriminasi menjadi

maksimum, indek kesukaran juga boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti dalam

Jadual 8.2:

Jadual 8.2: Tujuan Indeks Kesukaran

Prinsip Penerangan

1 Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar)

2 Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai pelajar

3 Memberi maklum  balas kepada  pelajar  tentang kekuatan  dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji

4 Mengenal  pasti  soalan  yang  biasa  kepada  sesuatu  kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran (misalnya, diberi latih tubi/ulangan)

8.1.2Aras/Indeks Diskriminasi Item

Salah satu daripada tujuan ujian ialah untuk mengenal pasti calon/pelajar yang

berkeupayaan tinggi, untuk matlamat tertentu, seperti melanjutkan pengajian dalam

bidang tertentu. Item/soalan yang baik akan dapat membezakan/ mendiskriminasikan

antara mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Indeks yang

diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi

item. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-langkah Mehrens & Lehmann

(1991) seperti berikut:

a. Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian rendah

(27% pelajar berpencapaian terendah), pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian

antara terendah dan tertinggi) dan pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar

berpencapaian tertinggi).

b. Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar

berpencapaian rendah (RL – Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan

pelajar berpencapaian tinggi (RU – Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi

(T(L+U) – Total).

c. Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU – RL) dengan

separuh T(L+U) seperti berikut:

d. Sebagai contoh, andaikan seramai 200 orang pelajar menjawab soalan tertentu. Setelah

54 orang (27% daripada 200) pelajar berpencapaian tinggi dikenal pasti, didapati 45 orang daripada

mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan betul (RU = 45). Seterusnya, daripada

54 orang pelajar berpencapaian rendah, seramai 15 orang dapat menjawab dengan betul (RL = 15).

Dalam contoh ini, jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi ialah 108 orang (T = 54 + 54

= 108). Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut:

e. Dalam contoh ini, Indeks Diskriminasi boleh bernilai 1.00, sekiranya semua pelajar

berpencapaian tinggi dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini

dengan betul (RU – RL = 54 – 0 = 54):

f. Indeks Diskriminasi boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan pelajar berpencapaian tinggi

dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama (R – R = 0).

g. Akhirnya, Indeks Diskriminasi boleh bernilai –1.00, sekiranya semua pelajar

berpencapaian rendah dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini

dengan betul (RU – RL = 0 – 54 = –54).

Item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan pelajar berpencapaian

tinggi lebih ramai dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul daripada pelajar

berpencapaian rendah. Nilai Indeks Diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan

tersebut baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) sebab ia membezakan pelajar

berpencapaian tinggi daripada pelajar berpencapaian rendah. Soalan yang mempunyai

Indeks Diskriminasi positif menghampiri 0.00 dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia

tidak berupaya membezakan pelajar pandai dan lemah manakala Indeks Diskriminasi

negatif yang menghampiri -1.00 soalannya dikatakan tidak baik untuk PRN sebab secara

songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah. Pembina soalan perlu

memperbaiki atau menggantikan soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi rendah

atau negatif. Jadual 5.3 olah dijadikan panduan dalam mentafsir aras kesukaran soalan.

Jadual 8.3: Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Nilai (d) Pengkelasan Item

0.00 – 0.10 Tidak baik

0.11 – 0.20 Kurang baik

0.21 – 0.30 Sederhana baik

0.31 – 0.40 Baik

0.41 – 1.00 Sangat baik

Menurut Hanna dan Dettmer (2004: 252), soalan-soalan yang dibina oleh guru hanya

mempunyai Indeks Kesukaran antara 0.00 hingga 0.50. Walaubagaimanapun, menurut

Mehrens dan Lehmann (1991), Indeks Diskriminasi untuk soalan-soalan ujian di bilik

darjah perlu melebihi 0.20, sekiranya pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua

(separuh berpencapaian rendah, separuh berpencapaian tinggi). Indeks ini sepatutnya

lebih tinggi daripada 0.20, sekiranya pelajar dibahagikan kepada 27% berpencapaian

rendah dan 27% berpencapaian tingggi. Seterusnya, Nitko (2004: 323) menyatakan item

yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah mempunyai Indeks Diskriminasi

melebihi 0.30. Justeru, sebagai kesimpulan, item/soalan yang baik untuk sesuatu ujian

perlu mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30. Walaubagaimanapun, Indeks

Diskriminasi yang lebih tinggi diperlukan untuk ujian-ujian PRN. Akhirnya, seperti juga

Indeks Kesukaran, selain menjadi panduan semasa membina item, Indek Diskriminasi

juga boleh digunakan untuk lima tujuan seperti dalam Jadual 8.4.

Jadual 8.4: Tujuan Indeks Diskriminasi

Tujuan Penerangan

1 Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai

2 Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai

3 Memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji

4 Mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar

5 Mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu

Seramai 40 dari 50 orang pelajar berpencapaian rendah dapat

menjawab satu soalan objektif dengan betul sementara 20 daripada

50 orang pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini

dengan betul. kira indeks diskriminasi soalan ini dan jelaskan

kesesuaiannya.

STATISTIK DALAM PENTAKSIRAN

DAN PENILAIAN STATISTIK

ASASPEMARKAHAN DAN PMERINGKATAN

TAJUK 9 Statistik Asas Dalam Pentaksiran Dan Penilaian

Sipnosis

Tajuk ini memberi pendedahan tentang analisis markah dan statistik asas dalam mentafsir

markah yang diperoleh pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. membanding beza pelbagai jenis teknik matematik yang terlibat dalam

menganalisis data kuatitatif.

2. mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-perisian

dalam proses menganalisis data kuatitatif dan kualitatif

3. membuat perkiraan untuk mencari nilai-nilai dalam topik ukuran kecenderungan

memusat, sisihan piawai, skor-z dan skor-t

Kerangka tajuk-tajuk modul ini

9.1Statistik Asas

Definisi statistik

Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis

danmembuat kesimpulan atau keputusan tentangdata yang berbentuk kuantitatif

Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik digunakan untuk membuat analisis,

kesimpulan dan keputusan

Data yang dipungut biasanya tidak disusun dengan teratur

Untuk memudahkan kita merujuk kepada data ini, data seharusnya direkodkan secara teratur

dan sistematik

9.1.1Taburan Markah

Laporan taburan markah akan dapat membandingkan skor mentah kepada beberapa

jenis skor dan taburan piawai. Laporan ini menyenaraikan perkara-perkara berikut :-

Skor Mentah

Persentil

Skor Z

Skor T

9.1.2Data Kelompok

57, 70, 86, 90, 46, 70, 56, 90, 40, 90, 56, 70, 90, 78

a.Skor Mentah

Skor mentah di atas boleh disusun secara taburan menaik atau menurun

Taburan Secara Menaik

Data-data disusun daripada yang terendah kepada tertinggi seperti di atas:

Taburan Secara Menurun

Data-data disusun daripada yang tertinggi kepada terendah seperti di atas.

b.Taburan Kekerapan

Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam sesuatu

taburan.

Maka kekerapan untuk skor 90% ialah 4 (kekerapan tertinggi), skor 70 ialah 3 dan

kekerapan untuk 56% ialah 2(kekerapan terendah).

Jika mempunyai bilangan skor yang banyak,adalah berguna untuk dibina taburan

kekerapan secara berkumpul serta graf taburan.

Skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas,dan bilanganskor yang ada dalam setiap sela

digundalkan. Tanda-tanda gundal ini dikira untuk memperolehkekerapan, iaitu bilangan skor

dalam setiap sela kelas.

Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor berikut disusun dalam taburan kekerapan

dengan julat kelas sebanyak 5.

40, 46, 56, 56, 57, 70, 70, 70, 78, 86, 90, 90, 90, 90

90, 90, 90, 90, 90, 90, 86, 78, 70, 70, 70, 57, 56, 56, 46, 40

Skor Kekerapan Kadar Kekerapan

90 4 Tertinggi

70 3 Sederhana

56 2 Terendah

Jadual 9.1 : Sela Kelas dan Kekerapan

33 12 6 45 27 25 11 37

22 16 48 26 37 21 3 26

14 34 22 19 40 24 22 15

32 24 27 30 23 31 19 24

27 20 33 14 27 20 29 23

31 22 16 36 27 9 28 25

17 29 13 18 44 12 28

9.1.3Gambaran Grafik, Lengkung dan Taburan Normal

Rajah 9.1 : Histogram Taburan Kekerapan

a.Kekerapan Poligon

Poligon Kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap sela kelas ke ketinggian

selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan.

Kemudian, sambungkan kesemua titik-titik dengan garis lurus.

Titik awalan dan akhir harus berada pada paksi-X.

Rajah 9.2 : Histogram dan Poligon Kekerapan

b.Kekerapan Himpunan (Ogif)

Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data

sebelumnya

Berdasarkan jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang

memperoleh skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor tertentu.

Contohnya, bilangan pelajar yang memperoleh skor antara 15 – 19 skor atau

kurang daripadanya ialah 16.

Jadual 9.2 : Kekerapan Kumulatif

c.Lengkung Kekerapan Himpunan (Ogif)

•Lengkung taburan kekerapan himpunan juga dikenali sebagai ogif.

Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang dinamakan ogif

untuk mentafsir data yang diperoleh.

Untuk melukis ogif, nilai data berada di paksi-x, manakala kekerapan himpunan

berada pada paksi-y.

Ogif yang dilukis di bawah berdasarkan Jadual 9.2 di atas.

Rajah 9.3 : Lengkung Kekerapan Himpunan (Ogif)

d.Lengkung Taburan Normal

Lengkung taburan normal berbentuk loceng jika skor-skornya bertaburan

normal.

Kawasan di bawah lengkung mewakili semua skor (100%) di mana 50%

daripada skor berada di atas min dan 50% daripada skor pula berada di

bawah min.

Manakala, min, median dan mod adalah sama.

Kebanyakan skor berhampiran dengan min dan semakin jauh sesuatu skor

daripada min bermaksud kurangnya bilangan calon yang memperoleh skor

tersebut.

Rajah 9.4 : Lengkung Taburan Normal

e.Taburan Pencong Positif

Dalam konteks pengujian dan penilaian bilik darjah, kemungkinan kita tidak

akan dapat satu lengkung taburan normal.

Contohnya, taburan pencong positif merujuk kepada susunan ketiga-tiga

ukuran kecenderungan memusat dari kiri ke kanan ialah:

pertama, mod, iaitu nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai tengah; dan

akhirnya, min, iaitu nilai tertinggi.

Rajah 9.5 : Lengkung Taburan Pencong Positif

f.Taburan Pencong Negatif

Bagi taburan pencong negatif pula, susunan ketiga-tiga ukuran

kecenderungan memusat dari kiri ke kanan adalah pertama, min, iaitu nilai

terendah; kemudian, median, iaitu nilai tengah; dan akhirnya, mod, iaitu nilai

tertinggi.

Rajah 9.8 : Lengkung Taburan Pencong Negatif

9.1.4 Ukuran Kecenderungan Memusat

Ia merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor.

Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu min, mod dan median

Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian.

Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan

prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna

semasa mengira sishan piawai dan skor sishan;

Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu

taburan.

Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.

Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun kepada

dua bahagaian yang sama.

a.Min

Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita menggunakan formula

statistik untuk mengira sisihan piawai, skor z dan skor t. Untuk data tidak terkumpul,

min dikira dengan menjumlahkansemua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah

ini dengan bilangan skor.

Contohnya, min untuk skor-skor 70, 85 dan 100 dalam satu ujian ialah:

Min sesuatu data dikira menggunakan rumus berikut :-

di mana:

= Min

∑ = Jumlah

= skor individu dan

= jumlah bilangan skor

Min digunakan secara meluas kerana mengambil kira semua skor dalam taburan

dan sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guru-guru untuk mengira nilai purata

skor yang diperoleh oleh murid-murid dalam ujian buatan guru.

b.Median

Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau

nilaipurata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah

genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.

Contoh 1

35, 40, 56, 70, 94 (Susun secara menaik)

Median = 56

Contoh 2

45, 55, 62, 76, 80, 96 (Susun secara menaik)

Median =

= 69

Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu

taburan. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80.

Walaupun min taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran

kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna

sebagai ukuran kecenderungan memusat.

c.Mod

Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu

secara menaik atau menurun. Mod adalah skor yang mempunyai kekerapan yang

palingtinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih

mod atau tidak mempunyai mod langsung. Mari kita perhatikan skor-skor ujian

Matematik berikut:

Contoh 1: 76, 55, 34, 80, 60, 95, 70

Taburan skor ini tidak mempunyai mod

Contoh 2: 86, 70, 59, 70, 75, 68, 70

Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod)sahaja. Nilainya ialah 70.

Contoh 3: 76, 62, 54, 68, 62, 54, 88, 71

Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah 62 dan 54.

Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh, dalam

penghasilan baju-T, pengetahuan tentang mod akan membantu pengusaha

menentukan saiz baju-T yang paling dikehendaki.

9.1.5Sisihan Piawai

Selain daripada mengetahui tentang ukurankecenderungan memusat, kita perlu juga

mengetahui berapa jauh skor-skor itu tersebar,iaitu sisihan piawai. Terdapat dua kaedah

mengira Sisihan Piawai iaitu :

1.Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul

2.Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Pengiraan Sisihan Piawai Untuk Data Tidak Terkumpul (Contoh 1)

Skor untuk 5 orang pelajar ialah 1,2,3,4, dan 5

Langkah pertama cari Min

Langkah kedua, guna jadual untuk tentukan nilai-nilai dalam rumus

Langkah ketiga, guna rumus untuk mencari nilai Sisihan Piawai

=

Skor ( ) ( ( 2

5 2 4

4 1 1

3 0 0

2 -1 1

1 -2 4

∑ ( 2=10

Pengiraan Sisihan Piawai Untuk Data Tidak Terkumpul (Contoh 2)

Skor Kekerapan 𝑓70 2 140 4900 9800

60 4 240 3600 14400

50 8 400 2500 20000

40 4 160 1600 6400

30 2 120 900 1800

Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai

Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor.

Merupakan sejauh mana skor berubah keliling min

Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan

Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain

(homogen)

Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam

taburan.

Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).

9.1.6Skor – z dan Skor - t

Pentafsiran Skor - z

Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa sisihan piawai skor

tersebut berada di atas atau di bawah min taburan. Biasanya diwakili dengan skor-z atau

skor-t.

Skor-z dikira dengan menggunakan rumus berikut:

Skor-t dikira dengan menggunakan rumus berikut:

Contoh Perkiraan :-

Skor untuk 5 orang pelajar dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3.

Cari skor- z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai 10 markah.

Langkah pertama, cari Min

Langkah kedua, buat jadual untuk tentukan nilai-nilai dalam rumus

Skor ( ) ( ( 2

5 -1 1

8 2 4

10 4 16

4 -2 4

3 -3 9

∑ ( 2=34

Langkah ketiga, guna rumus untuk mencari nilai Sisihan Piawai

=

Langkah empat, tentukan nilai skor-z. bagi pelajar yang mendapat 10 markah mengguna

rumus.

Langkah lima, tentukan nilai skor-t

Sebagai contoh, Abdullah mempunyai skor sebanyak 55 dalam ujian Matematik; skor purata

kumpulan normal ialah 60 dan sisihan piawai 15.

Maka skor piawai Abdullah ialah:

Ini bermaksud skor Abdullah adalah satu pertiga sisihan piawai daripada min. Tanda negatif

menunjukkan bahawa ia adalah satu pertiga sisihan piawai di bawah min.

Bagi contoh kedua, katakan Abdullah mempunyai skor sebanyak 75 dalam satu ujian Sains;

purata skor untuk kumpulan normal ialah 65 dan sisihan piawai ialah 10. Maka skor piawai

Abdullah ialah:

Ini bermakna Abdullah adalah satu sisihan piawai daripada min. Tanda positif menunjukkan

bahawa ia adalah satu sisihan piawai di atas min.

Sipnosis

Banyak skor serta analisisnya boleh dijana selepas selesai sesuatu proses pentaksiran.

Pengertian serta pentafsiran terhadap skor serta analisisnya akan dibincangkan dalam tajuk ini.

Juga akan dibincangkan bagaimana data-data numerik tersebut boleh dimanfaatkan oleh

penerima laporan pentaksiran seperti pelajar, ibu bapa dan pihak pentadbir

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan kegunaan ukuran kecenderungan memusat iaitu min, median dan mod

2. Menghuraikan tentang tafsiran taburan serta kepentingan sisihan piawai dalam taburan

3. Membincangkan kepentingan skor z dan skor T serta hubungan kedua-duanya dengan skor mutlak

4. Menjelaskan kepentingan laporan pentaksiran kepada penerimanya

5. Menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan pentaksiran

TAJUK 10 Pentafsiran Markah dan Pelaporan Pentaksiran

10.1Kegunaan min, median dan mod

Hal min, median dan mod telah dibincangkan dalam Tajuk 9 : Ukuran Kecenderungan Memusat.

Secara rumusannya Ukuran Kecenderungan Memusat digunakan apabila satu angka perlu

ditonjolkan sebagai mewakili (representative) seberkas markah. Oleh sebab angka tersebut

seolah-olah merumuskan angka-angka dalam skopnya maka ia menjadi sebahagian daripada

bidang statistik rumusan (Summary Statistics)

Umumnya min adalah paling kerap digunakan kerana ia boleh dihitung terus daripada kalkulator,

sedangkan median dan mod perlu masa yang lebih lama untuk mendapatkan angka perwakilan

tersebut .

Dalam mendapatkan angka perwakilan itu ada ketikanya ukuran min bukanlah yang terbaik

kerana wujudnya markah terpisah ( outlier, kedudukan jauh daripada kebanyakan data ).

Pertimbangkan contoh dalam Jadual 10.1 :

Jadual 10.1

Katakan terdapat tiga set keputusan daripada ujian A, B dan C bagi 10 orang calon. Pada

pendapat anda antara min, median dan mod; ukuran kecenderungan memusat manakah yang

paling sesuai digunakan?

A B C

9 1 8

8 8 8

7 7 7

6 6 6

5 5 5

4 4 4

3 9 3

5 1 5

6 6 6

8 1 8

Ketika melaporkan hasil pentaksiran, guru perlu peka dalam memberikan laporannya. Jika

didapati kebanyakan data berkelompok berdekatan sesama mereka, min adalah ukuran yang

sesuai. Median digunakan apabila jelas wujudnya outlier.

10.2Taburan, min dan sisihan piawai

Seorang pentaksir pasti akan berhadapan dengan banyak skor setelah selesai sesuatu sesi

pentaksiran. Skor tersebut tidak akan memberi makna sekiranya dibiarkan bersepah begitu

sahaja. Ia perlu disusun atur dalam bentuk yang memberi manfaat kepada guru.

Susunan awal guru akan menampakkan bahawa kebanyakan skor seolah-olah berlonggak

sekitar satu nombor. Anda telah mengetahui bahawa kecondongan itu menimbulkan satu konsep

iaitu kecenderungan memusat.

Umumnya, data bertabur dalam keadaan kebanyakan data berlonggak ke arah data yang terletak

di tengah-tengah ( setelah data disusun mengikut tertib ). Dalam kehidupan seharian manusia,

data di tengah-tengah adalah min bagi set data tersebut. Pernyataan ini dianggap benar

sekiranya taburan itu normal; jika dilukiskan graf maka bentuknya seperti loceng (seperti

digambarkan dalam Rajah 10.1).

Rajah 10.1

Data-data dalam mana-mana taburan berbeza jarak antara satu dengan yang lain. Antara banyak

ukuran jarak, nampaknya sisihan piawai (s.d, standard deviation) lebih kerap digunakan. Sebagai

panduan asas, lebih kecil sisihan piawai maka lebih rapatlah data-data berkumpul sesama

mereka.

Sisihan piawai yang kecil memberikan makna bahawa mungkin murid adalah hampir sama

pencapaian mereka. Ini juga ditafsir bahawa terdapatnya persaingan yang dikira sengit sesama

mereka, lebih-lebih lagi jika didapati markah tinggi-tinggi belaka.

10.3Skor piawai (Skor z dan Skor T)

Gambarkan satu situasi yang mana markah asal murid A dalam kelas B 89% dan murid C dalam

kelas D memperolehi 85%. Sekali pandang memanglah A dianggap lebih baik pencapaiannya

berbanding murid C; namun perlu diingat bahawa sekitaran murid A dan C belum tentu sama.

Sebagai contoh mungkin kelas B lebih kondusif untuk pembelajaran, dengan itu memberikan

kesan yang positif kepada murid A serta rakan-rakan beliau. Justeru pendekatan analisis skor

seharusnya tidak boleh sama. Sehubungan itu satu pendekatan statistik digunakan agar skor

mentah (mutlak) ditukarkan kepada satu skala yang sama berasaskan min dan s.d populasi

masing-masing.

Pertimbangkan contoh berikut (di baca bersama Jadual 10.2)

Jadual 10.2

X z T

1 57.4 1.66271 66.6271

2 55.65 1.19035 61.9035

3 54.6 0.90693 59.0693

4 53.2 0.52905 55.2905

5 50.4 -0.2267 47.7327

6 49.7 -0.4157 45.8432

7 49 -0.6046 43.9538

8 Min 51.24 47.95 -0.888 41.1196

9 s.d 3.7048 47.6 -0.9825 40.1749

10 Median 50.05 46.9 -1.1715 38.2854

i 60.2 1.34495 63.4495

ii 57.4 0.90578 59.0578

iii 54.6 0.46662 54.6662

iv 54.6 0.46662 54.6662

v 53.2 0.24703 52.4703

vi 51.8 0.02745 50.2745

vii 51.1 -0.0823 49.1766

viii Min 51.625 49.35 -0.3568 46.4318

ix s.d 6.3757 46.9 -0.7411 42.5891

x Median 52.5 37.1 -2.2782 27.2182

Murid-murid dalam kelas P ( bilangan 1 – 10 ) dan kelas Q (i – x) telah menduduki satu ujian dan

menjawab kertas soalan yang sama. Markah (skor mutlak) yang diperolehi adalah dalam lajur X.

Min dan sisihan piawai bagi taburan skor kelas P dan Q turut dipamerkan.

Sekali pandang murid i (60.2) mendapat markah tertinggi. Murid 1 dan ii yang berkongsi markah

57.4 berada pada kedudukan yang sama. Adakah kedua-dua pernyataan ini benar?

Sebenarnya wujud satu ukuran piawai yang mengambil kira ciri satu-satu populasi; jelas, dalam

dalam hal kelas P dan Q min dan sisihan piawai mereka tidak sama. Dua ukuran piawai yang

popular ialah skor z dan skor T yang mengaplikasikan bacaan min dan sisihan piawai.

Dengan merujuk kepada Jadual 10.2 juga, jelas 60.2 (z=1.35;T=63.45) bukanlah markah

tertinggi. Murid 1 dari kelas P yang perolehi 57.4 (z = 1.66,66.63) menggondol tempat

utama. Murid ii pula yang turut perolehi markah mutlak 57.4 sebenarnya mendapat markah

piawai z = 0.91 atau T = 59.06. Jelas di sini bahawa skor z dan skor T adalah antara alat

yang berguna dalam membanding prestasi antara beberapa kumpulan yang berbeza cirinya.

10.4Pelaporan pentaksiran

Hasil daripada sesuatu usaha pentaksiran perlulah dihebahkan, dimaklumkan atau dibentangkan

kepada kelompok manusia tertentu. Bagaimana hasil pentaksiran (contoh: markah, gred dan

ulasan) dihebahkan, dimaklumkan atau dibentangkan dalam bentuk yang boleh difahami dan

bermakna oleh penerima laporan; keseluruhan itu merujuk kepada pelaporan pentaksiran.

10.4.1Penerima Laporan Pentaksiran

a. Pelajar

Pelajar memerlukan beberapa maklumat  tentang  diri  mereka sendiri untuk membantu

mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini merangkumi pengetahuan  dan  kemahiran 

asas,  gaya  dan  masalah pembelajaran  serta kemajuan dan pencapaian akademik mereka.

Maklumat  tentang  pengetahuan  dan  kemahiran  asas  ini  diperlukan untuk mereka 

membuat  ulang  kaji  tajuk-tajuk  yang  belum  mereka kuasai.

Pelajar-pelajar juga perlu mengetahui   gaya  pembelajaran mereka dan gaya pembelajaran

yang sesuai serta masalah-masalah pembelajaran mereka untuk mereka mengubah gaya

pembelajaran mereka. Seterusnya, pelajar perlu mengetahui kemajuan akademik mereka

untuk mereka mengubah kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai.

Akhirnya, pelajar perlu mengetahui pencapaian mereka yang menunjukkan kejayaan atau

sebaliknya, dalam sesuatu mata pelajaran pada akhir tahun persekolahan.

Justeru, laporan berkaitan pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah

pembelajaran serta penilaian formatif dan sumatif perlu diberikan kepada para pelajar.

Maklum balas ini diharapkan dapat menjadi motivasi dan seterusnya memperbaiki

pencapaian akan datang pelajar.

b. Guru Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar untuk membantu mereka dalam pengajaran.

Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar. 

Maklumat  tentang  pencapaian  lepas, pengetahuan dan kemahiran asas serta gaya dan

masalah pembelajaran pelajar  dapat  membantu  guru membuat  keputusan  tentang

sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.

Maklumat ini juga dapat membantu guru merancang dan melaksanakan ulang kaji tajuk-tajuk

tertentu yang menjadi asas kepada pelajaran baru. Selain itu, maklumat tentang minat,

motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasi pembelajaran

mereka. Seterusnya, dari masa ke masa, guru  perlu mengetahui kemajuan akademik

pelajarnya untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai

dengan mereka. Ujian diagnostik boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah

pembelajaran pelajar.

Akhirnya, guru perlu mengetahui pencapaian akhir pelajar yang boleh digunakan untuk

membuat keputusan tentang gred pencapaian akhir mereka dan menentukan pelajar yang

layak menerima hadiah atas kejayaan mereka.

Justeru, laporan berkaitan pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan

masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan formatif dan pencapaian akhir

pelajar perlu diteliti dan disimpan oleh guru.

c. Ibu Bapa

Ibu bapa perlu mengetahui beberapa maklumat tentang anak-anak mereka untuk membantu

mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan akademik dan

sahsiah anak-anak mereka. Maklumat ini termasuklah dari masalah pembelajaran, kemajuan

akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak mereka.

Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu bapa

memberikan bantuan pembelajaran kepada anak- anak mereka, sama ada di rumah atau  di

luar (contoh: kelas  tuisyen). Ibu bapa juga perlu mengetahui tentang pencapaian akhir anak-

anak mereka untuk membantu mereka membuat keputusan tentang bentuk bantuan

pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk anak-anak

mereka. Selain itu, maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar diperlukan oleh ibu

bapa untuk membantu  anak-anak  mereka membaiki perlakuan  dan sahsiah.

Dalam  keadaan  yang  meruncing, maklumat  tentang  kemajuan akademik dan

perkembangan sahsiah pelajar akan membantu ibu bapa membuat keputusan untuk

memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain yang lebih sesuai.

Dengan demikian, laporan berkaitan masalah pembelajaran, kemajuan akademik,

pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah pelajar perlu diberikan kepada ibu bapa.

Penyerahan laporan ini diharapkan juga akan dapat mengeratkan hubungan sekolah dan ibu

bapa.

d. Guru Kaunselor

Guru  kaunselor  memerlukan  beberapa  maklumat  pelajar untuk membantunya

memberikan bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar. Maklumat ini termasuklah

pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan

pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas dan gaya pembelajaran dapat

membantu guru kaunselor menasihati pelajar tentang gaya pembelajaran yang sesuai untuk

mata-mata pelajaran tertentu.

Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru

kaunselor meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar, sementara maklumat tentang

perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkan

perkembangan sahsiah pelajar.

Seterusnya, minat dan pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru  kaunselor 

untuk  menentukan  keberkesanan  program  kaunseling dan juga menasihat pelajar tentang

bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk setiap pelajar.

Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi,

sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi setiap kelas perlu diberikan

kepada guru kaunselor.

e. Guru Besar Sekolah

Guru besar sekolah memerlukan maklumat pelajar bagi membantu beliau merancang

program yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian  akademik  dan

pembangunan sahsiah pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi,

sikap, perkembangan sahsiah  dan  pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian

lepas, minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru besar  merancang  program 

untuk meningkatkan  motivasi  dan  kaedah pembelajaran pelajar.

Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru besar merancang

program untuk mencemerlangkan sahsiah pelajar. Seterusnya, pencapaian akhir pelajar

boleh digunakan oleh guru besar untuk menentukan keberkesanan program peningkatan

motivasi dan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan serta menyesuaikan kurikulum

dengan suasana di sekolah dan kawasan di sekelilingnya.

Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap,

perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar  bagi  keseluruhan  kelas  perlu 

disampaikan  kepada  guru  besar.

f. Pegawai Pendidikan Daerah

Pegawai pendidikan daerah (PPD) memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar

untuk membantunya merancang program yang boleh menyelaraskan peningkatkan motivasi

pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah

dalam daerah bawah penyeliaannya. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat,

motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar.

Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap dan perkembangan sahsiah

pelajar boleh membantu PPD merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah

pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah pelajar-pelajar dalam daerahnya. Seterusnya,

pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh PPD untuk menentukan keberkesanan

program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran serta  kecemerlangan  sahsiah 

dan  juga  membandingkan  pencapaian antara sekolah-sekolah dalam daerahnya.

Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap,

perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan sekolah perlu

disampaikan kepada PPD.

g. Bakal Majikan

Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar untuk membantu pihaknya

membuat keputusan dalam menggaji lepasan sekolah. Maklumat ini termasuklah pencapaian

akademik, penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar. Maklumat

tentang pencapaian akademik  dan  penguasaan  kemahiran  tertentu  oleh  pelajar  boleh

membantu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu

tugas.

Seterusnya, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar boleh membantu bakal majikan

menentukan sama ada pelajar ini akan menjadi seorang pekerja yang berkesan kepada

syarikat dan berjaya dalam kerjayanya.

Justeru, laporan berkaitan pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat, motivasi,

sikap dan sahsiah pelajar perlu disampaikan kepada bakal majikan, dengan kebenaran

daripada pelajar dan ibu bapa mereka.

10.5 Pemarkahan dan Sistem Gred

Umumnya hasil kerja murid akan ditaksir menggunakan simbol tertentu . Ia mungkin dalam

bentuk :

Gred Angka, contoh: 5/25 dan 63%

Gred Abjad, contoh: A, B dan X

Gred Mata (points) , contoh: 1.0 , 3.5 dan 4.0

Gred Penerang (descriptor), contoh : cemerlang, sederhana dan lemah

Simbol ini dipanggil ’markah’ atau ’gred’1 .

Sistem gred berhasrat memberikan gambaran tentang pencapaian murid. Gred yang lebih

’baik’ membawa erti murid telah menguasai sebahagian besar kandungan pelajaran.

Penjelasan tentang erti setiap gred adalah dinyatakan dalam gred norma.

a. Gred berangka (Numerical grade)

Gred berangka menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor daripada markah

maksimum yang boleh diperolehi ( contoh: per 20, 50 dan 100). Gred per angka yang

biasa digunakan ialah gred peratus.

Istilah peratus ini menunjukkan berapa peratus seseorang pelajar dapat menguasai

kandungan pelajaran tertentu. Nombor yang kecil menunjukkan pencapaian yang

rendah, sementara nombor yang besar menunjukkan pencapaian yang tinggi.

Gred peratus ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar

dalam penilaian formatif seperti kuiz mingguan, ujian bulanan atau tugasan.

Kebaikan gred peratus ialah ia dilaporkan dalam bentuk nombor, yang mudah ditafsirkan

1 Kebiasaannya ’markah’ dianggap sebagai berangka, manakala ’gred’ dirujuk kepada abjad. Modul ini mengambil pendekatan yang agak berbeza ; namun begitu tidaklah menyimpang sangat

dan mudah dibuat analisis lanjutan disebabkan oleh nilainya masih dalam bentuk

nombor.

Kelemahan gred peratus ialah sebenarnya gred peratus tidak menggambar secara tepat

peratus kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras

kesukaran soalan. Sekiranya pelajar yang sama diberi ujian yang lebih sukar, gred

peratusnya akan menurun.

b. Gred Abjad

Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad; sebagai contoh yang

biasanya terdiri daripada lima kategori, misalnya A, B, C, D dan F, yang mana abjad A

menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan F gagal. Gred

abjad ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam

penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/akhir tahun persekolahan.

Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan gred abjad ini.

Contohnya, markah antara 90% hingga 100% akan diberi gred A.

Kebaikan gred abjad ialah, seperti juga gred peratus, ia mudah ditafsirkan sebagai

pencapaian pelajar mengikut kategori pencapaian. Ia juga menggunakan bilangan

kategori gred yang kecil dan lebih bermakna, berbanding  dengan gred peratus yang

terdiri daripada terlalu banyak kategori.

Kelemahan gred abjad ialah ia tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan

yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain

itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred abjad, kita kehilangan maklumat

tentang markah asal pelajar.

c. Gred dwi-kategori

Gred dwi-kategori menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kelompok; iaitu

sama ada (antaranya) lulus/gagal, memuaskan/tidak memuaskan dan kompeten / tidak

kompeten.

Dengan menggunakan contoh gred lulus-gagal, penilai perlu menetapkan markah lulus

dan markah gagal, misalnya markah 50% dan ke atas diberi gred lulus dan bawah

daripada 50% diberikan gred gagal. Kita juga mengubah gred abjad kepada gred lulus-

gagal, iaitu dengan mengubah gred A, B, C dan D kepada gred lulus, sementara F

diubah kepada gred gagal.

Gred dwi-kategori ini juga biasanya digunakan untuk menilai penguasaan pelajar

terhadap sesuatu kemahiran, misalnya melakukan eksperimen sains dalam makmal.

Kebaikan lulus-gagal ialah ia menggalakkan pelajar menjawab soalan yang susah atau

mengambil kursus yang susah.

Kelemahan gred lulus-gagal ialah, sama seperti gred peratus/abjad, ia tidak

menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih

bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah

asal kepada gred lulus-gagal, kita telah mengelaskan markah ini kepada dua kategori

sahaja. Ini menyebabkan kita kehilangan banyak maklumat tentang markah asal pelajar.

Gred lulus-gagal juga tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan berasaskan gred

markah atau gred abjad. Gred lulus-gagal juga mempunyai kebolehpercayaan yang

rendah, iaitu kebolehpercayaan gred yang menggunakan lima kategori ialah 0.85,

sementara kebolehpercayaan gred yang menggunakan dua kategori ialah 0.63.

d.Gred Norma ( Norms grade )

Kerapkali pernyataan gred membawa makna yang amat ringkas serta kabur. Contohnya,

katakan gred A dikira sebagai ‘cemerlang’. Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan,

antaranya “cemerlang dalam hal apa?”. Maka untuk menangani isu ini, pernyataan setiap

gred perlulah dihuraikan lebih lanjut untuk menjelaskan makna gred itu; sebagai contoh

dalam Jadual 10.3:

Jadual 10.3

Gred abjad Pemerihal ( Descriptor )

A Huraian isu menyeluruh dan mendalam. Semua faktor penyebab diulas serta dijelaskan secara meyakinkan

BHuraian isu menyeluruh dan namun agak mendatar. Sebahagian besar faktor penyebab diulas serta dijelaskan secara meyakinkan

CHuraian isu menyeluruh dan mendatar. Sebahagian besar faktor penyebab diulas serta dijelaskan secara kurang meyakinkan

Gred norma juga boleh wujud dalam bentuk polisi yang ditetapkan oleh institusi

pendidikan. Polisi sedemikian wujud apabila pihak institut ingin mengawal terlalu ramai

calon yang mendapat gred cemeralang ( atau lemah ). Contoh Jadual 10.4 di bawah

mungkin boleh mencerahkan idea yang dimaksudkan:

Jadual 10.4

Gred mata % daripada calon

3.5 – 4.0 5 - 15

3.0 – 3.4 20 - 40

2.0 – 2.9 35 - 55

1.0 – 1.9 10

0.0 – 0.9 5

10.6Sistem penggenap kepada sistem gred

Selain daripada sistem pemarkahan dan gred yang diterangkan di atas, terdapat juga sistem

yang berusaha untuk mengurangkan kekaburan yang disebabkan oleh satu-satu gred. Sistem

gred abjad adalah terlalu ringkas maknanya dan walaupun lebih makna cuba diberi oleh gred

norma, namun ini masih belum mencukupi. Kelemahan lain tetap boleh dijumpai bagi gred

berangka, gred mata dan gred dwi-kategori

Sistem penggenap kepada sistem di atas adalah seperti berikut:

a. Senarai Semak

Senarai semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang mengandungi objektif

pengajaran/hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif,

psikomotor dan afektif. Untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci dan bermakna, kita

boleh masukkan juga aras pencapaian hasil pembelajaran (misalnya, gred abjad), seperti sangat

lemah (F), lemah (D), sederhana (C), baik (B), cemerlang (A).

Senarai semak agak sukar dilaksanakan disebabkan guru perlu menyediakan hasil pembelajaran

bagi setiap tajuk pelajaran, yang melibatkan ketiga-tiga domain pendidikan dan juga

perkembangan sahsiah pelajar.

Kebaikan senarai semak ialah ia mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan ia

mengandungi maklumat yang terperinci tentang pencapaian pelajar . Maklumat ini dapat

membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor untuk memberi nasihat kepada pelajar

atau merancang aktiviti untuk mereka, supaya pencapaian mereka meningkatkan. Senarai semak

juga amat sesuai diguna untuk melaporkan keputusan ujian diagnostik dan tindakan susulannya

seperti pemulihan/pengayaan.

Kelemahan senarai semak, ialah guru perlu bekerja keras untuk menyediakan senarai semak

yang lengkap. Walaubagaimanapun, senarai semak ini perlu disediakan sekali sahaja dan ia

boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas lain dan juga yang akan datang. Kelemahan kedua

ialah laporan penilaian yang menggunakan bentuk ini akan menjadi terlalu panjang, justeru,

pencapaian keseluruhan bagi sesuatu mata pelajaran susah diperoleh.

b. Penjelasan Bertulis

Penjelasan bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan tentang kekuatan

dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif serta perkembangan

sahsiah pelajar. Seperti juga. senarai semak, penjelasan bertulis ini akan menjadi terlalu panjang

sekiranya guru ingin menjelaskan kekuatan dan juga kelemahan pelajar. Biasanya, untuk tujuan

pemulihan, kita hanya memerlukan maklumat tentang kelemahan pelajar.

Penjelasan bertulis boleh dimudahkan dengan melaporkan gred markah/ abjad bagi sesuatu

mata pelajaran dengan disusuli oleh penjelasan bertulis tentang kelemahan pelajar sahaja.

Walaubagaimanapun, penjelasan bertulis agak sukar disediakan sekiranya sesuatu kelas itu

mempunyai ramai pelajar yang lemah dan bermasalah disiplin.

Kebaikan penjelasan bertulis ialah ia mudah lentur (flexible) disebabkan pelapor boleh memilih

untuk melapor perkara-perkara yang dirasakan penting sahaja, sama ada oleh guru, ibu bapa,

guru kaunselor atau guru disiplin. Ia juga mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita

disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar. Seperti juga senarai

semak, maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor/disiplin untuk

memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk memperbaiki pencapaian/sahsiah mereka.

Kelemahan penjelasan bertulis ialah guru perlu bekerja keras untuk menyediakan penjelasan

bertulis yang lengkap. Walaubagaimanapun, dengan bantuan komputer, pernyataan-pernyataan

yang akan digunakan boleh disimpan dan diambil semula daripada komputer apabila kita

menyediakan penjelasan bertulis.

c. Perjumpaan Ibu Bapa

Perjumpaan ibu bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas pihak sekolah

menghantar laporan penilaian kepada mereka, yang mana penjelasan ini dibuat melalui

perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu bapa, terutama bagi pelajar-pelajar yang

bermasalah pembelajaran, sahsiah atau disiplin. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberitahu

ibu bapa dan pelajar tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka, supaya ketiga-tiga pihak

mencapai persetujuan tentang tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah pelajar.

Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anak mereka dengan melihat

contoh kerja, jawapan ujian dan profil pelajar. Dalam perbincangan ini, pihak ibu bapa biasanya

ingin mengetahui kekuatan dan juga kelemahan anak mereka. Justeru, perjumpaan ini kadang

kala mengambil masa yang panjang dan melibatkan beberapa orang guru yang mengajar pelajar

tersebut.

Kebaikan perjumpaan ibu bapa ialah pihak guru dapat menjelaskan secara mendalam tentang

kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa di hadapan pelajar itu sendiri. Dengan

demikian, pihak ibu bapa memahami pencapaian dan masalah sebenar anak mereka dan juga

memahami tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Ini akan menjadikan mereka lebih

bertanggungjawab dan seterusnya memainkan peranan aktif untuk membantu anak mereka

mencapai kejayaan. Selain itu, maklumat daripada perjumpaan ibu bapa dapat membantu

guru/guru kaunselor/disiplin memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk pelajar tersebut.

Kelemahan perjumpaan ibu bapa ialah perjumpaan ini mengambil masa yang panjang. Ia juga

melibatkan ramai guru, sekiranya semua guru yang mengajar dan guru kaunselor/disiplin turut

terlibat dalam perjumpaan. Kelemahan lain ialah agar sukar untuk menjadualkan perjumpaan

disebabkan masa yang semua pihak boleh berjumpa adalah amat terbatas memandangkan

kebanyakan ibu bapa bekerja, guru-guru mengajar dan pelajar belajar di sepanjang waktu

persekolahan.