tajuk 1 pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah

47
Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah

Upload: kamal-khalip

Post on 27-Dec-2015

264 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pentaksiran Pendidikan

Moral di Sekolah Rendah

Page 2: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan

kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran.

Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item ujian Pendidikan Moral.

Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan.

PENGENALAN

Page 3: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan.

Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur  prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan.

Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

Page 4: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada

bahasa Latin yang membawa maksud ”duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.

Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.

Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

Definisi Pentaksiran

Page 5: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

David Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar terhadap tugasan mereka.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Mokhtar Ismail pula menyatakan pentaksiran sebagai satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang itu memiliki sifat tertentu.

Page 6: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang

dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini adalah mengenai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Gage dan Berliner (1991) menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti khusus dan sebahagian daripada akauntibiliti pendidikan iaitu pendidik adalah bertanggungjawab ke atas kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang membantu penggubal polisi untuk mempertingkat lagi pendidikan. contohnya, penilaian dilakukan ke atas kurikulum, pengajaran, bahan pengajaran dan juga pencapaian pelajar untuk mendapatkan data supaya kelemahan yang ada dapat diatasi.

DEFINISI PENILAIAN

Page 7: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Abu Bakar (1986), mentafsirkan penilaian sebagai proses yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat, dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.

Penilaian dalam pengajaran dapat dikatakan sebagai proses yang merangkumi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maklumat tersebut dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan mengambil tindakan sewajarnya.

Dalam proses penilaian ini terdapat aktiviti pengukuran dan pengujian iaitu data-data diperoleh dan diukur untuk memberikan penilaian yang tepat supaya cadangan yang tepat boleh diberikan.

Page 8: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pengujian atau ujian adalah satu teknik memperoleh maklumat tentang tingkah laku seseorang untuk memenuhi proses pengukuran dan penilaian.

Gagne (1970) menerangkan ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang kerana kerana pembelajaran dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Secara mudahnya dapatlah dikatakan bahawa ujian adalah satu set soalan atau tugasan bagi pelajar memberi tindak balas.

DEFINISI PENGUJIAN

Page 9: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

 Kesimpulannya dasar penting bagi pencapaian

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah.

Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Page 10: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Jenis-jenis Penilaian Formal

Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang bertujuan untuk membuat keputusan bagi mempertingkatkan sesuatu program.

Gronlund (1985) mengatakan empat jenis penilaian, iaitu penilaian formatif, sumatif, penempatan, dan diagnostik.

Penilaian secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

PENTAKSIRAN SECARA FORMAL

Page 11: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Scriven (1976) merujuk penilaian formatif

sebagai penilaian yang dibuat dalam masa pengajaran dijalankan.

Penilaian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas tentang pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran dan proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan.

Penilaian formatif ini membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan meningkatkan pencapaian pelajar.

PENILAIAN FORMATIF

Page 12: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Tujuan penilaian formatif ini adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas sesuatu kemahiran diajar.

Jika keputusan penilaian lemah maka guru akan merancang aktiviti pemulihan. Bagi pelajar yang berjaya pula akan diberikan aktiviti pengayaan.

Penilaian formatif ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru secara tidak formal ataupun melalui tugasan dan soalan yang dikemukan oleh guru.

Melalui maklum balas yang diperolehi guru akan memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir.

Page 13: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus.

Tujuannya ialah untuk menentukan gred atau taraf sijil.

Dalam penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM.

Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran.

Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar dan bagi menentukan gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar dalam kelas yang sesuai.

PENILAIAN SUMATIF

Page 14: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

  UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF

Fungsi Menghasilkan maklumat

balik kepada murid dan

guru tentang kemajuan

murid

Pensijilan murid di akhir

kursus

Masa

diberi

Sepanjang pengajaran Di akhir satu-satu kursus atau

unit

Kesukara

n item

Berubah-ubah mengikut

segmen

Semua peringkat. Ada yang

sangat senang dan ada

yg.susah

Jenis alat Alat pengukur formatif

yang di bentuk khusus

Peperiksaan akhir tahun

Contoh Ujian bulanan, lembaran

kerja dan lain-lain

UPSR, PMR, STPM,

Peperiksaan Sijil Perguruan,

pepriksaan akhir tahun

PERBANDINGAN DI ANTARA UJIAN FORMATIF DAN SUMATIF

Page 15: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Ujian bilik darjah bertujuan untuk

mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai serta berguna tentang pencapaian pelajar-pelajar.

Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya.

Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk merangkuminya.

UJIAN BILIK DARJAH

Page 16: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Membentuk jadual penentuan

ujian. Menulis item-item soalan. Menyunting item. Menjalankan pra-ujian. Mentadbir ujian atau peperiksaan.

LANGKAH-LANGKAH DAN PROSEDUR PEMBINAAN

UJIAN

Page 17: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah.

Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan.

Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostic dan ujian sumatif. 

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus.

Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

Menentukan Tujuan Ujian

Page 18: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah

sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran

ialah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan.

Ia merupakan sistem yang mengelaskan kepada objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Menentukan Objektif Pengajaran Yang Akan

Diukur

Page 19: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Hasil pembelajaran bagi unit pelajaran (perancangan ujian) boleh dinyatakan seperti berikut:

mengetahui makna istilah pengujian. mengetahui fakta tentang

perancangan ujian. mengetahui prosedur perancangan

ujian. mengetahu prinsip-prinsip pengujian. menggunakan prinsip-prinsip dalam

perancangan ujian.

Page 20: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji.

Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian.

Pembentukan JPU penting untuk membantunya dalam penggubalan soalan-soalan ujian.

Fungsi jadual ini ialah untuk menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk memberi satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Page 21: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Menjadikan setiap soalan yang dibina tidak

sembarangan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.

Sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan.

Menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke setahun.

Menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.

Tujuan JSU

Page 22: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Panduan dan prosedur akan membolehkan

penggubal lain membina soalan yang telah ditetapkan.

Membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Menggambaarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid. Konsep adil dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya soalan yang mudah, sederhana, dan yang sukar.

Page 23: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah

mengikut perancangan dan keparluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan

Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan oleh murid.

JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.

Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Page 24: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak mengandungi tajuk-tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis kemahiran yang akan diuji.

JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian.

Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian bagi memastikan item ujiann adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan).

JSU menggambarkan bilangan soalann mmengikut aras kesukaran. Contohnya, soalan aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding dengan soalan pada aras pengetahuan dan kefahaman.

JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai dengan baik oleh murid.

Page 25: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Keseimbangan sasaran ujian Keseimbangan tahap pembelajaran yang

telah dilaksanakan Format ujian sama ada item jenis soalan

objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur esei dan sebagainya.

Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru.

Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksonomi Bloom.

Elemen Penting Membina Jadual Spesifikasi Ujian

Page 26: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Aras

kemahiran isi

atau

kandungan

 

Pengetahu

an

(7.5%)

 

Kefahama

n

(25%)

 

Aplikasi

(55%)

 

Analisis 

(10%)

 

Sintesis 

(2.5%)

 

Penilaian

(2.5%)

 

Jumlah

 

Sikap bersih

fizikal &

mental

 

Sikap belas

kasihan

Sikap

sederhana

 

Sikap rajin

 

Sikap

berterima

kasih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1

 

 

1

 

1

 

 

 

1

 

 

1

 

 

 

1

 

 

5

 

2

 

 

1

 

 

1

 

 

 

4

 

 

12

 

4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3

 

1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1

   

 

2

 

 

2

 

 

 

6

 

 

22

 

8

Jumlah 3 10 22 4 1   40

JADUAL SPESIFIKASI UJIANBagi Kertas Ujian Pendidikan

Moral

Page 27: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Jadual di atas menunjukkan kertas soalan

Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5.

Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Dari jadual ini juga menunjukkan 2 soalan objektif (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi). 22 soalan (1 aras pengetahuan, 5 aras kefahaman, 12 aras aplikasi, 3 aras analisis dan 1 aras sintesis.

ANALISIS JADUAL

Page 28: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pada umumnya dari JSU di atas peratus taburan soalannya ialah:

7.5% aras pengetahuan 25% “ kefahaman 55% “ aplikasi 10% “ analisis 2.5% “ sintesis

Page 29: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

menunjukkan ujian dibina secara sembarangan.

menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.

menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.

menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.

membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlianan.

membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .

FAEDAH JSU

Page 30: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Aras kemahiran dalam bidang kognitif

Contoh soalan

1. PengetahuanMenguji pengetahuan murid-muridMengingat kembali fakta, menjelaskan erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang telah dipelajari

 Nyatakan lima Prinsip Rukun Negara

2. KefahamanMenguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari.

 Huraikan dua tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapanya.

3. AplikasiMenguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

 Sunil merupakan seorang murid yang malas. Dia selalu meminta bantuan orang lain untuk menyempurnakan kerja sekolahnya. Jelaskan nilai yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia boleh menjadikan dirinya cemerlang.

Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi

Bloom

Page 31: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

4. AnalisisMenguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

Banding bezakan antara dua watak yang terdapat dalam cerita “Bawang Putih Bawang Merah”.

5. SintesisMenguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan

Lengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul berdasarkan teks yang telah anda baca.

6. PenilaianMenguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Page 32: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Taksonomi Bloom Aras Kesukaran

Tugasan

 

• Pengetahuan

• Kefahaman

Aras Mudah

 

• Aplikasi

• Analisis

Aras Sederhana

 

• Sintesis

• Penilaian

Aras Kompleks

 

ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL

Page 33: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh

digunakan:

Mengetahui

Mengingat Kembali

Takrifkan Padankan Senaraikan

Perihalkan Namakan Lakarkan

Kenal pasti Nyatakan Tuliskan

Labelkan Lukiskan

Memahami

Menterjemah bahan atau idea

drp satu bentuk idea ke bentuk

lain; mentafsir bahan atau idea;

merangkakan trend masa depan

Ubahkan Tentukan Buat inferens

Anggarkan Tukarkan Hubungkaitkan

Terangkan Banding bezakan Cirikan

Berikan contoh Tambahkan Kelaskan

Ukur Ramalkan Sukat

 

Mengaplikasi

Menggunakan bahan atau idea

dalam situasi yang baru dan konkrit

Kirakan Hitungkan Ubahsuai

Tunjuk cara Jelaskan dgn contoh

Contoh Kata Tugas Yang Boleh Digunakan Bagi Setiap Aras Kemahiran Domain Kognitif

Page 34: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh digunakan:

Menganalisis

Mengasingkan maklumat kepada

komponen-komponennya untuk

memahami struktur

organisasinya dan perhubungan

antara komponen

Cerakinkan Jelaskan melalui contoh

Pilih Buat Urutan

Asingkan Selesaikan masalah

Buat andaian

Kawal pembolehubah

Susun mengikut keutamaan

Huraikan

Buat Kesimpulan

Mensintesis

Menggabungkan komponen-

komponen untuk menghasilkan

keseluruhan idea atau struktur

yang baru dan kreatif

Gabungkan Konsepsikan

Rancangkan Buat gambaran mental

Ringkaskan Definisi secara operasi

Binakan Buat hipotesis

Rangkakan Reka bentukkan

Buat eksperimen

Buat analogi

Buat reka cipta

Menilai

Menilai idea/maklumat/ /kaedah/

bahan berdasarkan kriteria yang

spesifik untuk tujuan yang

tertentu

Taksirkan Tafsirkan Kritik Wajarkan

Kesan kecondongan Buat keputusan Sokong

Page 35: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pemerhatian Senarai semak dan skala

pemeringkatan Rekod Anekdot Hasil kerja pelajar Temu bual

Pentaksiran Secara Tidak Formal

Page 36: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

i) Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah.

Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

Page 37: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

ii) Senarai Semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu.

Guru akan menyemak prestasi pelajar berasakan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu.

Semakin tinggi markah senarai semak menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang dijangkakan ditonjolkan oleh murid-murid.

Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

Page 38: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Nama : kelas: Tempoh :

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

 

BIL

 

TINGKAH LAKU

PEMERHATIAN

(YA) (TIDAK

)

1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan

kawasan sekolah

   

2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain

di sekolah

   

3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-

undang

   

4. Bersopan santun    

5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru    

6. Selalu bersikap adil    

7. Menepati masa    

8. Menghabiskan tugasan yang diberikan    

  Jumlah skor    

Page 39: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala.

Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.

Page 40: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan tidak dipengaruhi oleh kesan halo.

Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif.

Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.

Pengaruh Kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menojol.

Page 41: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Nama : Kelas : Tahun:

BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA

PEMERINGKATAN)

TINGKAH LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER 2

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1. Mematuhi peraturan

sekolah

                   

2.Berdiri tegak semasa

menyanyikan lagu

`Negaraku’

                   

3. Berbaris semasa

perhimpuan

                   

4.Memberikan salam

apabila berjumpa dengan

guru

                   

Page 42: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

5. Tidak membuat

bising semasa

guru tidak ada dalam

kelas

                   

6. Mendengar arahan

guru

                   

7.Menghantar kerja

rumah pada masa yang

ditetapkan

                   

8.Memakai pakaian

seragam sekolah yang

kemas dan bersih

                   

Skor                    

Jumlah Besar    

Page 43: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu.

Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti.

Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.

Page 44: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Tingkah laku yang diperhatikan

haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.

Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.

Page 45: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

 

REKOD ANEKDOT

Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________

 

Tarikh Jenis Perlakuan Komen

 

9.7.04

17.8.04

23.8.04

2.9. 04

3.9.04

 

Bergaduh di dalam kelas

Berbual-bual semasa perhimpuan

Tidak memakai lencana sekolah

Merosakkan meja di dalam kelas

Meniru ujian matematik

 

Tandatangan Guru

___________________

 

Page 46: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

V) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah.

Guru boleh menilai hasil murid-murid berasakan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja.

Aspek–aspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.

Page 47: TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Vi) Temu bual  Temu bual melibatkan interaksi bersemuka

dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan

perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka.

Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.