pengurusan sumber warisan - full assignment

Upload: fizz-crimlnz

Post on 09-Oct-2015

150 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Heritage Management

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANKEMBOJA

Sumber : THE CAMBODIA STORY (http://khiri.com/our-office/cambodia/ cambodia-detail/ ) . diakses pada 18/9/2014.2.00 ptangKemboja atau dikenali sebagai kampuchea dalam bahasa sanskrit kambuja[footnoteRef:1] merupakan sebuah negara asal tertubuhnya empayar Khmer pada suatu ketika dahulu. Kedudukannya adalah terletak di selatan Indochina yang berada dalam lingkungan kawasan asia tenggara dan merangkumi sekitar 181.035 kilometer persegi dari sempadan utara negara Thailand. Kadar populasi kemboja adalah sekitar 14.8 juta dan tergolong dalam negara ke-68 yang mempunyai populasi tertinggi di dunia. Agama rasmi yang dianuti oleh masyarakat Kemboja adalah buddha theravada yang diamalkan hampir 95% populasi masyarakat kemboja, manakala terdapat juga kelompok minoriti seperti masyarakat vietnam, cina, champa, dan 30 puak bukit. Bandar utama Kemboja adalah Phnom Penh yang merupakan pusat politik, ekonomi dan kebudayaannya. Sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya Asia, Kemboja memiliki 2 aset terpenting dalam tapak warisan dunia UNESCO iaitu yang pertama, tapak arkeologi Angkor Wat yang ditambah ke dalam senarai pada tahun 1992 dan yang kedua adalah pada 2008 iaitu kuil Preah Vihear yang terletak berhampiran dengan sempadan Thailand-Kemboja.[footnoteRef:2] [1: David P. Chandler, History of Cambodia, Boulder : Westview Press, 1992, hlm.1.] [2: Cambodia UNESCO World Heritage Sites dlm, http://allpointseast.com/blog/tour-info/cambodia/cambodia-unesco-world-heritage-sites/, diakses pada 18/9/2014. 3.13 am.]

2.0 TAPAK WARISAN ANGKOR WAT

Angkor merupakan salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Asia Tenggara. Kawasan ini berkeluasan hampir 400km termasuklah kawasan hutan dan tapak arkeologi Angkor. Kawasan ini memiliki ciri-ciri geografi yang unik seperti strukturnya yang hidraulik (lembangan, benteng, takungan dan terusan) serta terdapat puluhan kuil di kawasan sekitarnya. Pengaruh kebudayaan Khmer yang berkembang di Angkor memainkan peranan penting dalam membawa evolusi kesenian di kawasan Asia Tenggara. Keunikan seni empayar Khmer berkembang dan mengalami evolusi daripada adaptasi keseniaan India sehingga berjaya membentuk kesenian sendiri yang memiliki ciri serta keistimewaan tersendiri.[footnoteRef:3] [3: Angkor- UNESCO World Heritage dlm http://whc.unesco.org/en/list/668, diakses pada 1/10/2014, 1.50 am.]

2.1 SEJARAH PEMBENTUKAN

Pada abad ke-9, terdapat dua daerah yang meliputi kawasan kemboja moden pada hari ini adalah asalnya digabungkan melalui pemerintahan Jayavarman II. Jayavarman II merupakan pengasas kepada empayar Khmer yang merupakan empayar yang terkuat di Asia Tenggara sekitar abad ke-5. Setengah abad kemudian, anak kepada Jayavarman iaitu Yashovarman telah mengasaskan Yashodapura (kemudiannya dipanggil angkor) yang telah menjadi bandar utama empayar Khmer sehingga abad ke 15. Bandar pertama empayar Khmer memiliki ciri-ciri klasik seperti memiliki kubu pertahanan, benteng dan kuil berada di tengah-tengah. Bahan binaanya diperbuat daripada bata atau batu, dan terdapat sebuah istana yang diperbuat daripada kayu. Di sekeliling bandar pula terdapat beberapa bangunan sekular (keagamaan) yang dibina hampir keseluruhannya menggunakan kayu. Kota pertama empaya Khmer ini juga memiliki senibina kuil yang dinamakan Bakong terletak di daerah Roluos. Kuil ini dibina bagi memperingati moyang kerabat diraja iaitu Preah ko dan dibina pada 880. Selepas sedekad pemerintahan empayar Khmer sebuah takungan yang besar yang dibina, di bahagian tengah pula telah berdirinya kuil ketiga yang terletak di utara barat Roluos sekitar bukit Phnom Bakeng, dan kawasan ini dikenali sebagai Baray Timur (eastern baray).[footnoteRef:4] [4: Ibid]

Bandar kedua yang dibina di Angkor adalah diasaskan oleh Rajendravarman pada 960s di sekitar daerah Pre Rup. Dalam pembinaan bandar kedua ini, Rajendravarman telah membina sebuah kuil yang dinamakan sebagai Banteay Srey di kawasan timur Mebon iaitu satu pulau tiruan (artificial island) yang dibina ditengah-tengah Baray Timur. Namun setelah digantikan oleh anaknya, Jayavarman V, beliau telah meninggalkan tapak Pre Rup dan membina bandar baru serta turut membina kuil negeri di Ta Kev yang telah dibina sekitar 1000. Setelah Jayavarman V diturunkan takhta oleh Suryavarman I, Suryavarman I bertindak membina istana diraja dan kuil negeri yang diberi nama Phimeanakas. Beliau turut membina kawasan baray barat. Pada 1050, pengganti Suryavarman membila beberapa kuil yang baru dan lebih mengkagumkan iaitu Baphuon. Era kegemilangan kesenian serta keagungan pembinaan empayar Khmer adalah apabila pada 1113, Suryavarman II mengambil alih tampuk pemerintahan. Beliau bertanggungjawab dalam pembinaan monumen empayar Khmer yang ulung iaitu Angkot Wat bagi memperingati dewa Vishnu. Kematian Suryavarman II pada 1150 telah membawa kepada masalah dalaman dan tekanan daripada kuasa-kuasa luar, namun situasi ini dapat dipulihkan oleh Jayavarman VII yang telah membawa kepada perleluasan kuasa dan pembinaan sebuah lagi bandar batu di Angkor Thorn. Kuil yang dibina oleh Jayavarman VII adalah Bayon, dibina sebagai simbolik agama Buddha.[footnoteRef:5] [5: Op.Cit., Angkor- UNESCO World Heritage.]

2.2 Keistimewaan Tapak Angkor.

UNESCO melakukan pemilihan Angkor berdasarkan beberapa kriteria, antaranya :

i) Angkor memiliki keunikan dalam pencapaian kesenian dan memperlihatkan karya yang agung, kreatif dan genius.ii) Ia telah memberi pengaruh yang besar dalam sejarah, budaya dunia, dan juga memperlihat perkembangan dalam bidang seni bina, serta monumental seni, dan landskap.iii) Ia membuktikan ketamadunan agung yang telah lama hilang.iv) Ia memaparkan kesenian arkitek yang tinggi nilainya dan memaparkan satu kesignifikasian evolusi dalam sejarah. (UNESCO 1993:22)

2.3 PROSES PEMILIHAN UNESCO TERHADAP TAPAK ANGKOR

Dalam proses menjadikan Angkor sebagai tapak warisan dunia, pelbagai pihak di peringkat dunia, kebangsaan, mahupun tempatan banyak terlibat. Perkara ini berlaku kerana pengaruh kesemua pihak dalam pengurusan tapak Angkor bukan sahaja melibatkan politik, tetapi juga simbol kebudayaan dan ekonomi berasaskan warisan. Interaksi yang berlaku bukan sahaja telah mengubah pelbagai dasar pengurusan warisan Kemboja tetapi turut melibatkan pentadbiran warisannya.

Apabila tercetusnya era peperangan di Kemboja pada 1989, telah muncul badan komuniti kebangsaan untuk membantu Kemboja melindungi monumen Angkor tetapi tidak bertujuan untuk memasukkan Angkor sebagai salah satu tapak warisan dunia. Kemunculan pertama ini dimulakan oleh Putera Norodom Sihanouk yang merupakan ketua yang diiktiraf dalam UN bahagian perundingan kerajaan demokratik Kemboja. Sihanouk telah mengetengahkan permintaan perlindungan melalui Federico Mayor yang merupakan ketua pengarah tertinggi UNESCO yang berpusat di Paris.[footnoteRef:6] Apabila Sihanouk menandatangani rundingan damai dalam mesyuarat tidak rasmi di Jakarta pada Mei 1989, perkara ini telah menyebabkan UNESCO untuk menghantar satu misi pencarian fakta ke Angkor. Perkara ini merupakan permulaan campurtangan secara rasmi perutusan UNESCO ke Angkor dan sekitar 1990 hingga 1991, UNESCO bersama beberapa agensi kerajaan dan beberapa agensi bukan kerajaan turut menjalankan misi bagi membuat penilaian dan melihat keadaan tapak warisan Angkor. Dua persidangan meja bulat yang diwakili oleh beberapa pakar tentang tapak warisan Angkor telah dilakukan iaitu pada Jun 1990 di Bangkok dan di Paris pada September 1991.[footnoteRef:7] Persidangan kedua di Paris telah dihadiri oleh Sihanouk sebagai pengerusi tertinggi kebangsaan Kemboja. Di dalam persidangan tersebut, Sihanouk menyatakan permintaanya agar UNESCO membantu untuk mengkoordinasi semula pengurusan tapak Angkor dan kemuncak kepada persidangan kedua ini telah membawa persetujuan [6: UNESCO, Safeguarding and development of Angkor (prepared for the Inter-Governmental Conference on Angkor), Tokyo, October 1993, hlm.1213.] [7: Ibid., hlm.18-19.]

for UNESCO to assist, in co-operation with ICOMOS and the World Heritage Committee, the Cambodian authorities to prepare the necessary formalities to ratify the World Heritage Convention and submit an application for the inscription of Angkor on the World Heritage List.[footnoteRef:8] [8: Op.Cit., hlm.19.]

Pada November 1991, Federico Mayor telah melakukan lawatan rasmi ke Kemboja atas permintaan Sihanouk. Pertemuan ini telah membawa kepada persetujuan rasmi di antara UNESCO dan Kemboja bagi menyenaraikan Angkor sebagai tapak warisan dunia.

for UNESCO to assist, in co-operation with ICOMOS and the World Heritage Committee, the Cambodian authorities to prepare the necessary formalities to ratify the World Heritage Convention and submit an application for the inscription of Angkor on the World Heritage List.[footnoteRef:9] [9: Ibid.]

Seterusnya UNESCO, menggariskan bahawa tugas mereka terhadap Kemboja adalah untuk menyelamatkan tapak warisan Angkor dan pada masa yang sama, terselit kewajipan untuk menyelamatkan warisan kemanusiaan. Pada bulan yang sama Federico melawat Kemboja, berlaku satu sidang yang dijalankan SNC dan perkara ini telah membawa kepada persetujuan bagi mewujudkan Taman Arkeologi Angkor serta memasukkannya secara rasmi Angkor ke dalam Tapak Warisan Dunia dan Jawatankuasa Warisan Dunia telah memberikan sejumlah besar dana dalam membantu pengurusan awal tapak warisan Angkor. Pemilihan tapak Angkor sebagai tapak warisan dunia meliputi 401km yang mengandungi 3 kumpulan iaitu Angkor, Roluos, dan Banteay Srei.[footnoteRef:10] [10: ZEMP Expert Team, Zoning and environmental management plan for Angkor (Discussion Draft, Chapter 4), Phnom Penh, 1993, hlm.1.]

2.4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.

Pada awal perangkaan badan pengurusan dan pentadbiran tapak Angkor, Kemboja berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menjalankan pilihanraya kebangsaan pada 1993 yang merupakan pilihanraya pertama yang dijalankan selepas konflik berdekad lamanya. Disebabkan ketegangan sosio-politik Kemboja pada ketika itu, Angkor kemudiannya diletakkan senarai tapak warisan dunia yang berada dalam keadaan terancam. Kemboja diberikan masa selama tiga tahun (1993-1995) untuk melakukan kajian mendalam terhadap tapak Angkor dan membuat satu jawatankuasa yang bertugas untuk menjalankan operasi memelihara dan memulihara tapak tersebut. Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah :

a) Membuat satu akta perlindungan legislatif.b) Menubuhkan sebuah agensi khas sebagai badan keselamatan.c) Menetapkan sempadan tetap tapak berdasarkan projek UNDP.[footnoteRef:11] [11: Projek UNDP bermaksud Zoning and Environmental Management Plan (ZEMP).]

d) Menetapkan Zon Penampan.e) Menubuhkan badan koordinasi dan pemantau antarabangsaan dalam melaksanakan usaha pemuliharaan.

2.5 PENUBUHAN INSTITUSI RANGKAKERJA SAH

Bemula pada 1990, pihak berkuasa Kemboja mula berada dalam keadaan sibuk untuk membangunkan semua Kemboja daripada kesan peperangan. Secara umumnya, proses pemuliharaan dan pemeliharaan Angkor perlu dilaksanakan melalui skema yang ditetapkan kerajaan baru yang telah tertubuh dan perkara ini penting dalam memberi kuasa serta autoriti kepada pihak yang bertanggungjawab bagi melindungi monumen-monumen Angkor.[footnoteRef:12] [12: B.H.Schaublin, World Heritage Angkor and Beyong (Circumstances and Implication of UNESCO Listing in Cambodia), Germany : University of Gottingen, 2011, hlm.15.]

1. USAHA MENUBUHKAN BADAN PENGAWAL DAN KOORDINASI ANTARABANGSA SYARAT (E).

Pada peringkat awal, satu persidangan telah dilakukan di Tokyo pada bulan Oktober 1993 bagi menubuhkan International Coordinating Committee (ICC) untuk membantu menjaga serta membangunkan tapak warisan Angkor.[footnoteRef:13] Dalam persidangan tersebut, ICC meletakkan dua kerusi pembantu yang diwakili oleh negara Perancis dan Jepun, manakala UNESCO pula bertindak sebagai sekretariat rasmi memandangkan UNESCO telah awal berhubung dengan kerajaan Kemboja sebagai badan pembantu tapak Angkor dan Siem Reap. UNESCO turut membantu pihak berkuasa Kemboja untuk mengambil langkah-langkah perlu dilakukan seperti apa yang disarankan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia. [13: Chau Sun, Krya, Angkor sites, Cultural World Heritage, dalam Barbara T. Hoffman, Art and Cultural Heritage : Law, policy, and practice, Cambridge : Cambridge University Press, 2006, hlm.148.]

2. UNDANG-UNDANG ZON SYARAT (C) DAN (D)

Seterusnya, usaha dilakukan adalah pada Mei 1994 melalui pengistiharan diraja bagi mendirikan zon kebudayaan yang dilindungi (Protected Cultural Zones) yang meliputi kawasan Siem Ream/Angkor dan segala panduan dalam pengurusan tapak tersebut. Perangkaan zon dilindungi di Angkor ini adalah berdasarkan projek Zoning and Enviromental Management Plan (ZEMP), dan pada 1993, UNDP dan Swedish International Development Agency (SIDA) telah membantu dalam memberikan dana kepada ZEMP untuk untuk menjalankan projek tersebut. Badan-badan pelaksana luar turut memberikan bantuan teknikal serta peralatan dan antara yang terlibar adalah Angkor Foundation of Hungaru, World Conservation Union (IUCN), EFEO, United States National Park Service, dan Thai Fine Arts Department. Sebagai tenaga penggerak pula UNESCO telah melantik sebuah organisasi yang terdiri daripada 25 pakar dalam pelbagai bidang dari 11 buah negara yang diketuai oleh Jonathan Wager (UK). Kepakaran yang dibekalkan dalam projek ZEMP ini termasuklah dalam bidang pemetaan sumber, Sistem Bersepadu Geografi (GIS) dan data pengurusan, pakar bidang sejarah serta pra-sejarah Khmer dan ahli arkeologi, pemuliharaan seni bina, hidrologi, pemuliharaan ekologi dan hidupan liar, agronomi, perhutanan dan pembangunan luar bandar, antropologi sosial, pembangunan pelancongan, perancangan bandar dan pengangkutan, perancangan taman dan pentadbiran, dan rangka kerja undang-undang dan peraturan.[footnoteRef:14] [14: Op.cit., ZEMP Expert Team]

Undang-undang zon yang diwujudkan adalah berdasarkan 5 teras kawasan iaitu zon 1 - tapak monumen (zon teras), zon 2 Rizab Arkeologi dilindungi (zon penampan), zon 3 Landskap Kebudayaan dilindungi (sepanjang sungai), zon 4 - tempat-tempat arkeologi, Antropologi atau kawasan tarikan Bersejarah (tidak termasuk dalam Zon 1 atau 2), zon 5 kawasan sosio-ekonomi dan pembangunan zon kebudayaan wilayah siem reap. Tujuan utama pengezonan kawasan dilakukan adalah untuk meletakkan kawasan perlindungan disamping berhasrat untuk menghalang segala aktiviti pembangunan serta pembandaran yang berleluasa di mana monumen tertumpu. Selain itu, Kawasan semulajadi yang mengelilingi monumen dan kawasan pemandangan sungai (riverscapes) juga turut diletakkan sebagai kawasan perlindungan. Penetapan undang-undang pengezonan juga menggariskan langkah-langkah dalam pengurusan tanah, air, landskap, penduduk tempadan, pagodan dan lain-lain.[footnoteRef:15] Terdapat juga zon pembangunan hotel di bandar Siem Reap yang diwujudkan pada 1993. [15: APSARA Authority, Reforestation project in Siem Reap Angkor region. Phnom Penh : APSARA Authority ( Department of Water and Forestry), 2004, hlm.212-220.]

3. KUASA PENGURUSAN SYARAT (B)

Syarat keempat adalah menubuhkan sebuah agensi khas sebagai badan keselamatan dan pengurusan Angkor serta kawasan Siem Reap (APSARA). Badan ini mempunyai kor polis khas (Special Police Corps) atau dikenali sebagai polis warisan dan dilatih oleh Perancis di bawah arahan menteri dalam negeri bersama APSARA. Tugas polis warisan ini adalah melindungi monumen dan tapak angkor daripada aktiviti gali cari secara haram dan memusnahkan, pencurian artifak serta apa-apa aktiviti yang dianggap membahayakan warisan.

4. RANGKA PERUNDANGAN YANG SAH.

Syarat kelima yang perlu dipenuhi adalah mebuat satu enakmen perundangan untuk melindungi warisan kebudayaan (NS/RKM/0196/26). Pada 1996, UNESCO bersama UNTAC telah membuat satu draf legislatif yang sah untuk tapak Warisan Angkor dan dalam masa 4 tahun setelah semua syarat dipenuhi, kajian tentang implikasi pengurusan tapak Angkor mula dijalankan.[footnoteRef:16] [16: APSARA Authority, Eco-village for sustainable developmen : Concept note of an ecological human settlement. Phnom Penh : Run Ta-Ek. , 2008, hlm.233-245.]

2.6 PENTADBIRAN ANGKOR (2014) Authority for the Protection and Management of Angkor and the Region of Siem Reap (APSARA)Dalam mengawal selia tapak warisan Angkor, badan yang dipertanggungjawabkan adalah APSARA. APSARA seperti dinyatakan dalam proses menjadikan Angkor sebagai tapak warisan dunia merupakan sebuah Organisasi yang ditubuhkan atas dekri diraja pada tahun 1995 dan dekri diraja kedua pula diberikan pada Januari 1999. Pada hari ini, APSARA diletakkan dibawa dua badan penyeliaan iaitu presiden majlis menteri-menteri (sebagai penyeliaan teknikal) dan kementerian ekonomi dan kewangan (sebagai penyeliaan kewangan). Pengarah utama APSARA dalam jawatankuasa tertingginya adalah dibantu oleh beberapa ketua jabatan dengan usahasama agensi kerajaan.[footnoteRef:17] Antara tugas-tugas APSARA adalah [17: APSARA History and Organization, dalam http://www.autoriteapsara.org/en/apsara/ about_apsara/history_organization.html, diakses pada 1/10/2014, 2.24 am. ]

i) Melindungi, mengekalkan, memulihara dan meningkatkan nilai tapak arkeologi, budaya, dan persekitaran serta sejarah daerah Angkor sebagai salah satu tapak warisan dunia.ii) Menapis dan memohon pelan induk yang membawa kepada pembangunan pelancongan mengikut lima zon, yang ditakrifkan pada tahun 1994 melalui Royal Dekri mengenai perlindungan dan pengurusan Siem Reap-Angkor, serta mengambil tindakan terhadap penebangan hutan, penempatan haram serta aktiviti anarki dalam wilayah Siem Reap-Angkor.iii) Berusaha mencari sumber pendapatan dan pelaburan sendiri.iv) Telibat dalam dasar pengurangan kadar kemiskinan dalam kerajaan diraja Siem Reap-Angkor.v) Bekerjasama dengan majlis pembangunan Kemboja dalam pelaburan terhadap projek-projek yang melibatkan bidang kuasa APSARA.vi) Bekerjasama dengan menteri, institusi, pelabur, institusi kebangsaan, komuniti antarabangsa, kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan projek yang berkaitan bidang kuasa APSARA.

Bidang kuasa APSARA adalah jelas dinyatakan dalam artikel 5 dalam undang-undang perlindungan warisan kebudayaan yang dkuatkuasakan pada 1996. Istilah Siem Reap-Angkor adalah di definisikan serta termenterai dalam dekri/perintah diraja untuk membina kawasan perlindungan warisan yang terbahagi kepada 5 zon. Melalui perundangan tersebut, APSARA diberikan mandat bagi mewakili kerajaan diraja Kemboja untuk mengurus segala hal-hal yang berkaitan kelima-lima zon tersebut sebelum pihak luar terutamanya agensi antarabangsa ingin melakukan campurtangan. Bidang kuasa APSARA termasuklah dalam pengurusan kebudayaan, proses urbanisasi, serta pembangunan dalam kawasan. Bidang kuasa ini merupakan delegasi Kemboja terhadap International Coordinating Committee (ICC) dan jawatankuasa teknikal.[footnoteRef:18] [18: Ibid., APSARA History and Organization.]

Organisasi Dalaman

Ketua Pengarah merupakan jawatankuasa tertinggi dalam APSARA. Dibawah jawatan ini, terdapat beberapa Jabatan pembantu yang diketuai oleh seorang pembantu pengarah. Antara senarai jabatan yang tersenarai dalam APSARA adalah :

Jabatan Pemuliharaan Monumen Taman Angkor dan Pencegahan Arkeologi Jabatan Kemajuan Pelancongan Angkor Jabatan Perancangan Tanah dan Pengurusan Habitat Taman Angkor Jabatan Pertanian dan Masyarakat Jabatan Pengurusan Air Jabatan Pengurusan Perhutanan, Landskap, Kebudayaan dan Alam Sekitar Jabatan Ketenteraman Awam dan Kerjasama Jabatan Pembangunan Kebudayaan, Muzium dan Warisan Norma Jabatan Pembangunan Bandar Warisan Siem Reap Jabatan Pemuliharaan Monumen luar Taman Angkor Jabatan Pentadbiran, Personel dan Bahan Jabatan Kewangan dan Perakaunan Jabatan Komunikasi Projek Jabatan Inter-sektor dan Sokongan Teknikal Penyelidikan Antarabangsa dan Pusat Dokumentasi Angkor

Carta Organisasi APSARA

SUMBER : General Director of APSARA Authority dalam, www.autoriteapsara.org, diakses pada 1/10/2014, 2.27 am.

3.0 KUIL Preah Vihear.

3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN

Secara umumnya, kuil Preah Vihear dibina semasa pemerintahan ke-tujuh monarki Khmer. Pembinaan kuil ini dimulakan oleh raja Yasovarman I yang memerintah dari 889 910 AD dan pembinaanya siap pada era pemerintahan Suryavarman II (raja yang membina kuil-kuil di sekitar Angkor) 1112-1152 AD. Istilah Prasat Preah Vihear membawa maksud Biara Suci dan merupakan tempat beribadah semasa era kegemilangan Angkor. Pada asalnya pembinaan kuil ini adalah didedikasikan kepada Dewa Shiva dalam agama Hindu, oleh itu ramai penganut agama Hindu dari seluruh empayar Khmer akan datang ke kuil ini untuk meminta rahmat Dewa Shiva. Namun, sekitar abad ke-13, kuil kekurangan pelawat/jemaah apabila Srindravarman menggulingkan bapa mertuanya, Jayavarman VIII. Srindravarman merupakan pengikut agama Buddha Theravada dan dengan kuasa yang ada, beliau telah menjadikan agama Buddha Theravada sebagai agama rasmi.Dari segi geografi, kuil Preah Vihear ini terletak di atas cenuram setinggi 525-meter di pergunungan Dangrek wilayah Preah Vihear, Kemboja dan berhampiran dengan sempadan Thailand moden pada hari ini.[footnoteRef:19] [19: ICOMOS, The Sacred Site of the Temple of Preah Vihear (Cambodia) No.1224, 1 September 1992, hlm.1-13.]

3.2 KEISTIMEWAAN KUIL PREAH VIHEAR.

Berdasarkan laporan International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) pada 21 Januari 2007, seni bina kuil Preah Vihear adalah berbeza berbanding monumen-monumen binaan empayar Khmer yang lain. Bebanding tapak Angkor yang merupakan bandar dan melambangkan tahap tertinggi ketamadunan sekitar abad ke-9 hingga ke-14, Preah Vihear adalah berbeza kerana pembinaanya lebih berunsurkan landskap alam semulajadi dan ia turut memperlihatkan ciri-ciri struktur yang unik terutamanya penggunaan kayu dan bumbung jubin. Analisis yang dilakukan oleh ICOMOS mendapati bahawa terdapat satu ikatan yang kuat antara landskap, kerohanian dan alam semulajadi dalam pembinaanya sama seperti Mont-Sain-Michel (Perancis) atau Meteora (Greece). Kesemua ciri ini melambangkan kekuatan diantara agama dan dunia yang diterapkan dalam seni bina berunsurkan alam semulajadi. Ciri-ciri perbezaan yang ketara dapat dilihat adalah kuil ini mempunyai 800 paksi satah yang dibina di sepanjang gopuras (menara pintu masuk) dan sepanjang jalan menuju ke kuil. Selain itu, bangunan binaan di bahagian hadapan juga adalah lebih besar daripada biaranya dan terdapat juga penggunaan bahan-bahan binaan yang ringan seperti kayu bumbung berjubin. [footnoteRef:20] [20: Ibid. ]

3.3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN. (2008-2014)

Memandangkan kuil Preah Vihear merupakan salah satu daripada warisan kebudayaan Kemboja, pengurusan serta pentadbiran kuil ini diletakkan di bawah pengawasan APSARA. Mengikut laporan ICOMOS pada Januari 2007, pada awalnya tiada pelan rasmi pengurusan diletakkan terhadap kuil Preah Vihear, namun terdapat pelan tindakan yang telah dibuat oleh jawatankuasa penyelarasan antara kementerian pada November 2005. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memperuntukkan perintah/dikri diraja (NS/RKM/0303/115) serta menubuhkan jawatankuasa bagi melaksanakan usaha pemuliharaan dan pengurusan kuil Preah Vihear berdasarkan pengurusan ASPARA yang dilaksanakan pada Disember 2006.

There is at the present time no formal management plan in force. However, awaiting the formulation of such a plan, an action plan has been prepared. This has involved the creation of an interministerial coordination committee (November 2005), amendment of Royal Decree NS/RKM/0303/115 of 11.03.2003 so as to increase Zone 2 (February 2006), issue of an order (sous-decret) implementing the above Royal Decree (July 2006), and establishment of an Authority for the Conservation and Management of Preah Vihear, based on that for Angkor Siem Reap, known as APSARA (December 2006).[footnoteRef:21] [21: Op.cit., ICOMOS]

Dalam langkah awal yang dirancangkan, beberapa objektif pengurusan perlu dipenuhi dalam menubuhkan jawankuasa tetap pengurusan tapak kuil Preah Vinear, antaranya adalah :

I) Rancangan pemuliharaan II) Pelancongan dan pengurusan pelawat; III) Kesedaran awam dan penyertaan; IV) Promosi dan pembentangan; V) laluan akses dan kemudahan letak kereta baru; VI) Akses Awam untuk aktiviti penziarahan penganut agama atau aktiviti keagamaan lain. VII) Penduduk dan penggunaan tanah di dalam zon penampan VIII) Pembinaan bangunan (jenis, saiz, bahan, dan lain-lain).

4.0 isu-isu pengurusan sumber warisan kemboja

4.1 angkor (siem Reap)

4.1.1 FASA 1 (fasa pemuliharaan)

Fasa pertama dalam pengurusan tapak warisan Angkor adalah tempoh awal dalam membina asas pentadbiran tapak tersebut. Pada fasa ini, beberapa jawatankuasa dan institusi bertanggungjawab telah ditubuhkan, beberapa rang perundangan juga telah dibuat bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran tapak Angkor berada pada tahap yang memuaskan. Namun terdapat beberapa isu/permasalahan telah timbul kerana pengurusan pada fasa pertama ini merupakan fasa percubaan dan masih banyak yang perlu diperbaiki. Antara masalah yang timbul adalah :

I. Persaingan kuasa dalam pengurusan serta pengawalan tapak angkor.

Dalam keadaan yang normal, apabila sesebuah tapak warisan dicalonkan dalam senarai tapak warisan dunia, sebuah badan pentadbir atau pengurusan sudah mula dibentuk sebelum berlakunya proses pencalonan. Namun dalam kes tapak warisan Angkor, proses ini tidak berlaku dengan betul kerana badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus tapak warisan tersebut adalah APSARA yang ditubuhkan selepas Angkor dicalonkan dalam senarai tapak warisan dunia. Perkara ini telah membelakangkan institusi pengurusan sedia ada iaitu Angkor Conservation Office (ACO) yang diletakkan di bawah kementerian kesenian dan budaya Kemboja.[footnoteRef:22] Untuk beberapa sebab yang tidak diketahui umum, kuasa pengurusan tapak Angkor tidak diberikan sepenuhnya kepada badan kerajaan tetapi dipilih melalui badan kebangsaan APSARA. Perkara ini menimbulkan kekecohan dalam pertembungan autoriti di antara ahli-ahli jawatankuasa APSARA dan ACO.[footnoteRef:23] Selain itu, terdapat persaingan kuasa yang turut berlaku diantara APSARA dan wakil UNESCO di Kemboja dalam pengurusan tapak Angkor, perkara ini kemudiannya membawa kepada pembubaran ahli asal di pejabat rasmi UNESCO (Angkor, Phnom Penh, dan Paris). [22: Op.cit., Chau Sun, hlm.149.] [23: Op.cit., B.H.Schaublin, hlm.20.]

Persaingan kuasa turut berlaku di antara APSARA dan kementerian pengangkutan dan kerja awam Kemboja, perkara yang menjadi isu adalah pemberian permit pembinaan hotel di kawasan zon perlindungan. Manakalah menteri pelancongan turut membangkitkan isu kuasa APSARA untuk mengawal selia beberapa tugasnya seperti pelaksaan acara teater di Angkor Wat dengan kerjasama menteri kebudayaan dan kesenian. Namun perkara sebaliknya yang berlaku adalah, pengurusan tempatan di Angkor Wat lebih memihak untuk berurusan dengan APSARA berbanding badan kerajaan. Pihak polis warisan dan APSARA turut mempunyai isu seperti pengharaman beberapa perlaksanaan upacara tradisional yang dilakukan oleh masyarakat tempatan dan penyalahgunaan kuasa oleh polis warisan.[footnoteRef:24] Di bawah APSARA, tugas polis warisan yang sebenarnya adalah untuk menghalang segala aktiviti yang memberi ancaman kepada tapak warisan, namun apa yang berlaku adalah polis warisan yang dilantik telah mengenakan caj perrlindungan terhadap para penjaja di sekitar kawasan perlindungan Angkor Wat dan perkara ini telah menyebabkan ketegangan di antara masyarakat tempatan dan polis warisan. [24: Miura, Keiko, Contested heritage : People of Angkor (Disertasi Ph.D.) , University of London : School of Oriental and African Studies , 2004, hlm.150.]

II. PERSAINGAN DALAM PEMILIKAN WARISAN.

Pada awal 1990, usaha APSARA dalam melakukan operasi untuk melindungi serta memulihara monumen dan tapak warisan Angkor telah menyebabkan masyarakat tempatan tidak mengutarakan sebarang isu tentang hak-hak terhadap tapak warisan. Namun apabila berlakunya pertentangan di antara pihak berkuasa dan masyarakat tempatan yang telah mengharamkan segala aktiviti sosio-ekonomi tradisional yang dijalankan, ketegangan mula berlaku. Polis warisan umpamanya telah mengutarakan bahawa Angkor adalah hak milik negara dan dunia, bukannya hanya terhad kepada individu yang tinggal di kawasan sekitarnya. Perkara ini telah membelakangkan hak kebudayaan tempatan yang dimiliki oleh masyarakat tempatan yang tinggal di kawasan tersebut.[footnoteRef:25] Persaingan pemilikan tapak Angkor turut menjadi isu di antara negara Thailand dan Kemboja. Pada Januari 2003, akhbar Kemboja pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Suvanant Kongying (pelakon Thailand) telah mengatakan bahawa Cambodia had stolen Angkor Wat, kecuali Angkor Wat dikembalikan kepada Thailand, beliau tidak akan melawat Kemboja. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan yang mengakibatkan pejabat kedutaan Thailand di Phnom Penh yang baru sahaja dibina telah dimusnahkan, terdapat juga beberapa gudang-gudang perniagaan Thailand yang di buka di Kemboja telah dimusnahkan. Seterusnya, pihak Thailand telah bertindak menghantar pesawat tentera untuk memindahkan warganegara Kemboja dan mengawal ketat aliran masuk warganegara Kemboja di kawasan sempadan antara Kemboja dan Thailand. Namun, apa yang berlaku pula terhadap Kemboja adalah, warganegara Thailand telah melakukan demonstrasi besar-besaran di hadapan kedutaan Kemboja di Hong Kong.[footnoteRef:26] [25: Lloyd, Georgina, The safeguarding of Intangible Cultural Heritage: Law and policy a case in Angkor (Disertasi Ph.D.) , University of Sydney, 2009, hlm.147-292.] [26: Phnom Penh Post, Mobs go berserk in anti-Thai frenzy : Thai embassy torched, 13 Febuari 2003, hlm 1-2.]

4.1.2 FASA 2 (fasa pembangunan)

Fasa dua dalam pengurusan tapak warisan Angkor merupakan transisi daripada fasa pertama. Fasa ini merupakan fasa pembangunan, yang mana tumpuan pembangunan serta pemuliharaan diselaraskan secara sama rata, fasa ini telah memperlihatkan kesinambungan pembangunan yang baik dan memberansangkan. Walaupun kesan dilihat positif, namun telah timbul beberapa isu/permasalahan, sama ada dalam bentuk pengurusan, autoriti, hak dan lain-lain. Antara isu yang telah timbul di sepanjang fasa dua ini adalah :

I. kETIDAKSTABILAN PEMBANGUNAN ekonomi DAN PENDAPATAN PERKAPITA kawasan siem reap-angkor

Permulaan 2004 merupakan tahun yang paling bermakna bagi pembangunan kawasan Siem Reap dan telah membawa ekonomi berasaskan pelancongan Kemboja ke satu fasa yang baru. Menurut laporan ICC pada tahun 2005, jumlah pendapatan negara berasaskan pelancongan telah mencatat US$1,078 juta yang merangkumi 10 peratus daripada GDP[footnoteRef:27] dan pada tahun 2007 pula, jumlah kedatangan pelancong asing ke Siem Reap-Angkor telah mencatatkan hampir 2 juta[footnoteRef:28]. Walaupun pembangunan sektor pelancongan telah membawa kepada peningkatan ekonomi yang tidak terhingga kepada Kemboja khususnya melalui Siem Reap-Angkor, namun apa yang berlaku adala Siem Reap masih terletak dalam senarai ketiga kawasan termiskin di Kemboja dan hampir 52 peratus keluarga disenaraikan dalam kategori miskin tegar.[footnoteRef:29] Ini memperlihatkan bahawa, walaupun pembangunan pelancongan di Siem Reap-Angkor membawa kepada penjanaan ekonomi yang baik, namun penyaluran ekonomi tidak belaku terhadap penduduknya. Perkara ini telah menjadi isu dan jalan penyelesaian merupakan usaha yang perlu dilakukan oleh APSARA khususnya dalam menstabilkan kedua-dua pembangunan masyarakat dan ekonomi kawasan Siem Reap-Angkor. [27: ICC (International Coordinating Committee for the Safeguarding and Development of the Historic Site of Angkor), Fifteenth technical committee, Phnom Penh : ICC-UNESCO, 2006a, hlm.106.] [28: Esposito, Adle and Sylvia Nam, Siem Reap: Urban development in the shadow of Angkor. Los Angeles : Ghetty Conservation Institute, 2008, hlm.40-41.] [29: Hing, Vutha and Tuot Sokphally, Pro-poor tourism : Siem Reap case study, dalam CDRI (Cambodia Development Resource Institute): Pro-poor tourism in the greater Mekong sub-region, Phnom Penh : CDRI, 2007, hlm.27.]

II. PERTAMBAHAN POPULASI KAWASAN SIEM REAP-ANGKOR.

pada Julai 2006, satu persidangan mengenai pengurusan tapak Angkor telah diadakan di Universiti Sydney. Dalam persidangan ini, APSARA telah mengutarakan kebimbangan terhadap kadar peningkatan populasi di kawasan perkampungan Siem Reap-Angkor kerana fenomena ini telah memberi ancaman terhadap kebudayaan dan ekosistem persekitaran tapak Angkor serta turut memberi kesan terhadap penduduk asal.[footnoteRef:30] [30: Khuon, Khun-Neay, Angkor: A living World Heritage Site, kertas pembentangan bengkel ICCROM-SPAFA dalam Living Heritage: Empowering Community, Thailand : Phrae, November, 2006, hlm.2.]

III. MASALAH ZON DAN SEKATAN

Masalah dalam pengezonan dan sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di kawasan Siem Reap-Angkor telah dirasai oleh penduduk tempatan sejak 2005. Ramai penduduk kampung tempatan khususnya tidak menyedari dan tidak tahu tentang zon yang mana kampung mereka terletak. Papan tanda yang didirikan tidak memberi penanda secara jelas dan perkara ini telah menjadi isu apabila terdapat beberapa penduduk tempatan yang telah didakwa melakukan jenayah/kesalahan tanpa mengetahui sekatan-sekatan yang di lakukan oleh APSARA.[footnoteRef:31] [31: Op.cit., B.H.Schaublin, hlm.28.]

IV. PENGGUNAAN TANAH DAN PROSES URBANISASI

dalam kerangka baru institusi APSARA, proses perhubungan yang berlaku antara APSARA dengan penduduk adalah agak sukar. Perkara ini berlaku disebabkan kepelbagaian Jabatan dan perlaksanaan dasar serta strategi adalah tidak jelas terhadap penduduk kampung. Perkara ini dapat dilihat melalui beberapa kenyataan APSARA seperti pada tahun 2007, APSARA menegaskan bahawa tiada larangan untuk mendirikan rumah rendah daripada 6 meter, mendirikan reban ayam, dan lain-lain tanpa perlu permit daripada APSARA, pada tahun 2008 pula, APSARA menegaskan bahawa jika terdapat sebarang individu yang tinggal di kawasan zon pelancongan, segala pembinaan hotel, rumah rehat, atau villa adalah tidak dibenarkan, namun pada tahun 2010, APSARA telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada sebarang pembinaan baharu dibenarkan dibina di kawasan perlindungan APSARA. Oleh itu, perkara ini telah menyebabkan banyak berlakunya aduan bahawa setiap jabatan dalam pengaruh kuasa APSARA mempunyai pelaksanaan undang-undang yang berbeza dan dasar serta strategi yang dilaksanakan APSARA adalah tidak jelas. Dalam pembinaan infrastruktur di kawasan perumahan pula, APSARA telah melaksanakan undang-undang yang amat ketat, oleh itu dalam beberapa hal jika seseorang membina satu infrastruktur tanpa adanya kebenaran, ianya akan dimusnahkan tanpa sebarang notis.[footnoteRef:32] [32: Op.cit., B.H.Schaublin, hlm.134.]

V. MASALAH DALAMAN (RASUAH, KETIDAKADILAN, DAN PERAS UGUT)

Dalam sesetengah kes, terdapat beberapa aduan daripada penduduk kampung yang menyatakan telah ditipu dan di peras ugut oleh ahli APSARA. Perkara ini telah menyebabkan APSARA ditakuti kerana penduduk kampung takut rumah mereka akan dimusnahkan atau disabit ke makamah. Rasuah dan ketidakadilan ahli APSARA telah dialami oleh para penduduk kampung dalam pentadbiran APSARA terutamanya terhadap sekatan pembinaan. Menurut beberapa sumber tidak rasmi antaranya oleh arkitek Kemboja, terdapat satu kes yang nyata dalam penipuan yang berlaku terhadap penduduk kampung. Salah satu daripada penduduk kampung telah menyatakan bahawa sesiapa yang ingin membina rumah di kawasan zon perlindungan Angkor, perlu membayar USD 3,000 kepada pihak APASARA dan tawaran yang rendah tidak akan diterima. Kes lain pula adalah salah seorang penduduk kampung di Zon 2 telah memohon permit pembinaan rumah pada tahun 2004, namun permit tidak dikeluarkan sehingga individu tersebut membina rumah tanpa menunggu permit. Pada tahun 2010, pihak APSARA telah melakukan pantauan dan memberitahu agar individu tersebut untuk mengambil permit pembinaan di pejabat APSARA, namun apa yang berlaku adalah surat yang ditandatangani adalah surat persetujuan untuk memusnahkan rumah yang dibinanya. Perkara ini telah menimbulkan ketidakpuashatian penduduk kampung, namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa disebabkan autoriti APSARA yang terlalu kuat.[footnoteRef:33] [33: Ibid., hlm.135.]

VI. SEKATAN DALAM AKTIVITI SOSIO-EKONOMI TRADISIONAL.

Sejak tahun 2000 apabila UNESCO mula melakukan beberapa aktiviti pemuliharaan tapak warisan Angkor, segala amalan tradisi sosio-ekonomi di kawasan tersebut telah disekat antaranya aktiviti memburu, membersihkan hutan, membina rumah baru, membiarkan haiwan ternakan berkeliaran dan lain-lain. Tambahan kepada sekatan tersebut adalah masyarakat juga dilarang untuk memancing di kawasan tasik Angkor Thom, memungut anggur, kayu api, serangga, madu lebah, membawa senapang di kawasan hutan yang dilindungi dan lain-lain. Disamping sekatan-sekatan yang berlaku, tindakan polis warisan yang mengenakan bayaran terhadap aktiviti penjaja di kawasan Siem Reap-Angkor ini telah mengundang lagi ketegangan diantara pihak tempatan dan APSARA. Antara tindakan yang dilakukan oleh polis warisan adalah seperti, menyekat 2000 penanam padi di kawasan Angkor Thom yang enggan membayar wang perlindungan kepada mereka.[footnoteRef:34] Terdapat juga penjaga kuil yang berkeliaran di kawasan Angkor telah dihalau. [34: Op.cit., B.H.Schaublin., hlm.116.]

4.2 KUIL PREAH VIHEAR

I. PEREBUTAN TAPAK WARISAN KUIL PREAH VIHEAR.

Satu-satunya isu yang berlaku di tapak Preah Vihear dan paling popular di mata dunia adalah perebutan kuil tersebut di antara pihak Thailand dan Kemboja. Keputusan UNESCO untuk menjadikan tapak kuil Preah Vihear sebagai salah satu warisan dunia bermula semasa persidangan di Quebec pada tahun 2008. Namun dalam persidangan tersebut, pihak Thailand telah melakukan bantahan terhadap pemilihan tersebut (walaupun perjanjian telah ditandatangani di antara menteri luar Thailand dengan pihak Kemboja untuk memberikan kuil Preah Vihear kepada Kemboja). Namun menurut pihak Thailand, keputusan yang dibuat adalah tanpa persetujuan ahli dalam parlimen dan perkara ini menyebabkan persetujuan yang berlaku tidak sah.[footnoteRef:35] Kesan daripada pertelingkahan ini, telah mewujudkan semula pertelingkahan sempadan dan kedua-dua pihak telah meletakkan tentera masing-masing untuk berkawal di kuil Preah Vihear. Perkara ini telah membawa kepada beberapa siri tembak-menembak daripada kedua belah pihak, terdapat beberapa tentera yang berkawal telah tercedera dan ada yang telah mati dan Kesan teruk kerosakan monumen juga turut berlaku terhadap kuil Preah Vihear.[footnoteRef:36] Di pihak barat pula, para pelancong yang ingin melakukan lawatan ke Kemboja telah diberi amaran, oleh itu persidangan jawatankuasa warisan dunia di Brasilia pada musim panas 2010 telah bersetuju untuk menangguhkan pemilihan kuil Preah Vihear sebagai warisan dunia sehingga 2011. Namun proses perundangan yang mengambil masa 3 tahun di antara kedua-belah pihak, akhirnya persetujuan telah dicapai dan ICJ telah mengistiharkan tapak kuil Preah Vihear adalah milik Kemboja pada Julai 2011.[footnoteRef:37] [35: Ibid., hlm.37.] [36: UNESCO,Cambodia.http://portal.unesco.org/geography/en/ev.phpURL_ID=2395&URL_DO = DO_TOPIC&URL_SECTION = 201.html , diakses pada 1 Oktober 2014, hlm.89.] [37: ICJ (International Court of Justice) dalam Memorial of the government of the Kingdom of CambodiaSectionB,Pleadings(Merits),http://www.icjcij.org/docket/index.php?p1=3&p2=3&k=46&PHPSESSID=570ee917d8d08757a71ff78ec171b54f&case=45&code=ct&p3=, diakses pada 1 Oktober 2014, jam 3.11. ]

RUJUKAN

APSARA Authority. 2004. Reforestation project in Siem Reap Angkor region. Phnom Penh : APSARA Authority ( Department of Water and Forestry).

APSARA Authority, Eco-village for sustainable developmen : Concept note of an ecological human settlement. Phnom Penh : Run Ta-Ek. , 2008, hlm.233-245.

B.H.Schaublin. 2011. World Heritage Angkor and Beyong (Circumstances and Implication of UNESCO Listing in Cambodia). Germany : University of Gottingen.

Chau Sun, Krya. 2006. Angkor sites, Cultural World Heritage. dalam Barbara T. Hoffman. Art and Cultural Heritage : Law, policy, and practice. Cambridge : Cambridge University Press.

David P. Chandler. 1992. History of Cambodia. Boulder : Westview Press.

Esposito, Adle and Sylvia Nam. 2008. Siem Reap : Urban development in the shadow of Angkor. Los Angeles : Ghetty Conservation Institute.

ICOMOS. 1992.The Sacred Site of the Temple of Preah Vihear (Cambodia) No.1224. 1 September 1992. hlm.1-13.

ICC (International Coordinating Committee for the Safeguarding and Development of the Historic Site of Angkor). 2006. Fifteenth technical committee, Phnom Penh : ICC-UNESCO.

Khuon, Khun-Neay. 2006. Angkor : A living World Heritage Site kertas pembentangan bengkel ICCROM-SPAFA. dalam Living Heritage: Empowering Community, Thailand : Phrae. November 2006.

Lloyd, Georgina. 2009.The safeguarding of Intangible Cultural Heritage: Law and policy a case in Angkor (Disertasi Ph.D.). University of Sydney.

Miura, Keiko. 2004. Contested heritage : People of Angkor (Disertasi Ph.D.). University of London : School of Oriental and African Studies.

Phnom Penh Post. 2003. Mobs go berserk in anti-Thai frenzy : Thai embassy torched. 13 Febuari 2003

UNESCO. 1993. Safeguarding and development of Angkor (prepared for the Inter-Governmental Conference on Angkor). Tokyo. October 1993.

ZEMP Expert Team. 1993. Zoning and environmental management plan for Angkor (Discussion Draft, Chapter 4), Phnom Penh.

Angkor-UNESCO World Heritage dlm. http://whc.unesco.org/en/list/668, diakses pada 1/10/2014, 1.50 am.

APSARA History and Organization. dalam http://www.autoriteapsara.org/en/apsara/ about_apsara/history_organization.html. diakses pada 1/10/2014, 2.24 am.

Cambodia UNESCO World Heritage Sites dlm. http://allpointseast.com/blog/tour-info/cambodia/cambodia-unesco-world-heritage-sites/. diakses pada 18/9/2014. 3.13 am.

Hing, Vutha and Tuot Sokphally. 2007. Pro-poor tourism : Siem Reap case stud. dalam CDRI (Cambodia Development Resource Institute) : Pro-poor tourism in the greater Mekong sub-region. Phnom Penh : CDRI.

ICJ (International Court of Justice). 2014. dalam Memorial of the government of the Kingdom of Cambodia SectionB, Pleadings (Merits), http://www.icjcij.org/docket/index.php?p1=3&p2=3&k=46&PHPSESSID=570ee917d8d08757a71ff78ec 171b54f&case=45&code =ct&p3=, diakses pada 1 Oktober 2014, jam 3.11.

UNESCO. 2014. Cambodia. http: // portal. unesco.org / geography/en/ev.php-URL_ID=2395&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html, diakses pada 1 Oktober 2014.

LAMPIRAN

ANGKOR

1. TENTERA KEMBOJA BERKAWAL DI KAWASAN KUIL PREAH VIHEAR.

2. TENTERA THAILAND BERKAWAL DI KAWASAN KUIL PREAH VIHEAR.

3. LEDAKAN KAWASAN PELANCONGAN SIEM REAP-ANGKOR.

4. APSARA MEMUSNAHKAN REBAN AYAM YANG DIDIRIKAN TANPA KEBENARAN.

5. KAMPUNG TRADISIONAL KAWASAN SIEM REAP ANGKOR.

6. BANGUNAN LAMA KAWASAN KEDAI SIEM REAP

7. LAKARAN KUIL PREAH VIHEAR

8. KEDUDUKAN KUIL PREAH VIHEAR

9. TINDAKAN APSARA MENGHALAU PENJAGA TAPAK ANGKOR

10. LAKARAN TAPAK ANGKOR WAT

11. ZON WARISAN TAPAK ANGKOR WAT

23