signifikasi akta warisan kebangsaan 2005 kepada warisan

16
SIGNIFIKASIAKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 KEPADA WARISAN KEBUDAYAAN BAWAHAIR MALAYSIA Baszley Bee B. Basrah Bee ABSTRAK Artikel ini membincangkan signijikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005) dalam usaha untuk memelihara dan melindungi warisan kebudayaan bawah air Malaysia. Penggubalan undang-undang ini bagi mengganlikan Akla Benda Purba 1976 (Akta 168) dianggap sebagai sudah liba pada masanya sejajar dengan perubahan perundangan anlarabangsa. cabaran dari industr; warisan komersil dan kegiatan pemburuan hana karun. Pandangan yang diberikan adalah febih menjurus kepada perspektif arkeologi dan bidang pengurusan warisan. fa diharapkan dapal memberi kefahaman yang lebih mudah mengenai aspek perundangan berkaitan dengan warisan kebudayaan bawah air khususnya kepada golongan bukan pengamal undang-undang iaitu ahfi akademik. arkeologis. peniaga barangan antik, syarikat salvaj. pengumpul barangan antik dan pemilik objek warisan. Tidak lerkecuali juga kepada pemburu harta karun bagi menyedarkan mereka bahawa wujud satu undang-undang yang seharusnya dipatuhi. Secara lidak langsungjuga elemen kekuatan dan kelemahan peruntukan berkailan dengan warisan ini juga akan diperihalkan. PENGENALAN Sejarah penggubalan undang-undang berkaitan warisan kebudayaan di Malaysia wujud sejak 120 tahun lalu. Proses penggubalan undang-undang mengenainya bermula dengan pengenalan ordinan mengenaijumpaan harta karun oleh pentadbiran kolonial di negeri Perak pada tahun 1888, diikuti dengan Treasure Trove State of lohore (No. 28) pada tahun 1936 dan negeri Kedah dengan Treasure Trove Enactmen (No. 22, 1357 Hijrah). Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pad a tahun 1957 membawa kepada penggubalan Treasure Trove Act 1957 (Act 542j1 sekali gus telah memansuhkan kedua-dua enakmen negeri Kedah dan Johor terdahulu. Negeri Sarawak pula memiliki Antiquities Ordinance 1954 yang kemudiannya dipinda pad a tahun 1963 bagi tujuan penyelarasan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Sarawak kemudiannya memperkenalkan Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 untuk mengukuhkan usaha dalam melindungi sumber warisan budaya negeri tersebut. Negeri Sabah hanya memiliki un dang-un dang khusus pada tahun 1977 dengan penggubalan Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun 1977 (No. 11), Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997 (No.2)2 dan terkini, Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun (Pindaan) 2006 (No.2).

Upload: lydan

Post on 28-Jan-2017

290 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

SIGNIFIKASIAKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 KEPADA WARISAN KEBUDAYAAN BAWAHAIR MALAYSIA

Baszley Bee B. Basrah Bee

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan signijikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005) dalam usaha untuk memelihara dan melindungi warisan kebudayaan bawah air Malaysia. Penggubalan undang-undang ini bagi mengganlikan Akla Benda Purba 1976 (Akta 168) dianggap sebagai sudah liba pada masanya sejajar dengan perubahan perundangan anlarabangsa. cabaran dari industr; warisan komersil dan kegiatan pemburuan hana karun. Pandangan yang diberikan adalah febih menjurus kepada perspektif arkeologi dan bidang pengurusan warisan. fa diharapkan dapal memberi kefahaman yang lebih mudah mengenai aspek perundangan berkaitan dengan warisan kebudayaan bawah air khususnya kepada golongan bukan pengamal undang-undang iaitu ahfi akademik. arkeologis. peniaga barangan antik, syarikat salvaj. pengumpul barangan antik dan pemilik objek warisan. Tidak lerkecuali juga kepada pemburu harta karun bagi menyedarkan mereka bahawa wujud satu undang-undang yang seharusnya dipatuhi. Secara lidak langsungjuga elemen kekuatan dan kelemahan peruntukan berkailan dengan warisan ini juga akan diperihalkan.

PENGENALAN

Sejarah penggubalan undang-undang berkaitan warisan kebudayaan di Malaysia wujud sejak 120 tahun lalu. Proses penggubalan undang-undang mengenainya bermula dengan pengenalan ordinan mengenaijumpaan harta karun oleh pentadbiran kolonial di negeri Perak pada tahun 1888, diikuti dengan Treasure Trove State of lohore (No. 28) pada tahun 1936 dan negeri Kedah dengan Treasure Trove Enactmen (No. 22, 1357 Hijrah). Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pad a tahun 1957 membawa kepada penggubalan Treasure Trove Act 1957 (Act 542j1 sekali gus telah memansuhkan kedua-dua enakmen negeri Kedah dan Johor terdahulu.

Negeri Sarawak pula memiliki Antiquities Ordinance 1954 yang kemudiannya dipinda pad a tahun 1963 bagi tujuan penyelarasan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Sarawak kemudiannya memperkenalkan Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 untuk mengukuhkan usaha dalam melindungi sumber warisan budaya negeri tersebut. Negeri Sabah hanya memiliki un dang-un dang khusus pada tahun 1977 dengan penggubalan Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun 1977 (No. 11), Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997 (No.2)2 dan terkini, Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun (Pindaan) 2006 (No.2).

Page 2: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Bas:/ey Bee B. Basrah Bee

Di peringkat Persekutuan. Akta Senda Purba 1976 (Akta 168) diwujudkan lebih awal bagi menggantikan Treasure Trove ACI1957 (act 542) kecuali berkaitan dengan harta karun. Hampir tiga dekad akta ini digunakan dalam memelihara dan melindungi sebarang bentuk warisan kebudayaan negara. Kekurangan dan kekaburan ten tang beberapa perkara berkaitan dengan takrif warisan. bidang kuasa dan peningkatan aktiviti pemburuan harta karam di perairan Malaysia) telah membawa kepada penggubalan satu lagi akta pada tahun 2005 bagi menggantikannya yang dikenali sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) (AWK 2005)'. Undang­undang lain yang berkaitan yang terus dirujuk atau diguna pakai bagi warisan kebudayaan bawah air~ ialah Sahagian X. Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Seksyen 3( I) dan Seksyen 4(2) Ordinan No.7 Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 19676

Signifikasi

A WK 2005 memberi sign ifikan dalarn usaha rnernel ihara, mel indungi dan mernul ihara warisan Malaysia. Peruntukan rnengenai warisan kebudayaan bawah air' terkandung dalarn Sahagian IX, Seksyen 61-66 mernberi perhatian khusus bent uk warisan ini. Sahagian ini bersarna dengan bahagian lain yang diguna bersama rnerupakan kekuatan akta ini. Narnun dernikian, hakikat ini kurang difaharni oleh masyarakat urnurn, menjadikannya lemah dari segi pelaksanaan di peringkat akar urnbi. Olch itu, perbincangan seterusnya cuba rnengupas dan rnenganalisis dari perspektif urn urn agar dapat disedari akan signifikasinya bukan sahaja kepada pihak yang rnelaksanakan akta ini tetapi juga khusus kepada golongan akadernik, arkeologis, pernburu harta karun, syarikat salvaj, pengurnpul barangan antik dan pernilik objek warisan. Terdapat tujuh signifikasi yang dikenal pasti berdasarkan kornitrnen dan status Malaysia terhadap Convention on the Protection of the Under Water Cultural Heritage 2001 (CPUCH 2001) dan peruntukan dalarn Sahagian IX yang berkait rapat dengan bahagian-bahagian lain khususnya Sahagian VlII yang rnenyentuh peri hal berkenaan objek Warisan dan Sahagian X rnengenai Warisan Kebangsaan.

Konvensyen UNESCO

Kebiasaannya latar belakang perundangan dornestik menjadi asas atau penentu kepada penerirnaan dan ratifikasi sebarang perjanjian atau konvensyen antarabangsa. Perkara ini akan rnewujudkan keadaan bahawa sebarang obligasi terhadap perjanjian atau konvensyen antarabangsa tidak akan rnernbawa perubahan besar dalarn perundangan dornestik' namun bagi kes Malaysia, sebaliknya yang berlaku. Malaysia hanya berbekalkan dengan Akta Sendapurba 1976 apabila rnenerirna perisytiharan CPUCH 2001. Lantaran itu, tindakan Malaysia untuk rnelengahkan ratifikasi konvensyen9 UNESCO ini tepat kerana tidak rnempunyai asas perundangan warisan yang kukuh sehingga penggubalan AWK 2005 dibuat. Tarnbahan lagi, negara ini mengamalkan Doktrin Pengubahan 10 untuk aplikasi undang-undang awam di peringkat dornestik.

2

Page 3: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Slgmfikasl Akla Waman Kebangsaan 2()()5

Meskipun selepas wujudnya A WK 2005. Malaysia masih terus tidak mahu meratifikasikan konvensyen tersebut kerana banyak perkiraan lain yang harus diambil kira" khususnya berkaitan dengan hak kedaulatan perairan wilayah Malaysia yang menyentuh hak kedaulatan negara. keselamatan. pemeliharaan kawasan marine reserve/paries. penguatkuasaan dan kuasa-kuasa dalam hal-hal warisan budaya bawah air.12 Perlu diketahui bahawa Malaysia tidak memberi sebarang input semasa drafkonvensyen ini digubai ll • Hanya selepas 2 November 200 I iaitu tarikh konvensyen ini diisytiharkan baharulah Jabatan Peguam Negara memberi komitmen l4

• Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) mula mengadakan siri mesyuarat antara agensi berkaitan untuk membincangkan maklum balas terhadap konvensyen tersebut sejak tahun 2002. Langkah ini dilihat sebagai usaha awal jika meratifikasinya iaitu suatu yang belum ditetapkan tarikhnya.'~

Berdasarkan siri pembentangan dan perbincangan dalam Bengkel Draf Konvensyen Mengenai Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Bawah Air yang diadakan pada 6 hingga 8 Jun 2002 di Tanjung Balau. Johor.16 Malaysia pert am a kali memberi maklum balas dan pendiriannya di peringkat antarabangsa berkaitan CPUCH 200 I. Pada bengkel yang diadakan Hong Kong pada tahun dinyatakan. usaha Malaysia mendraf AWK 2005 yang akan dijadikan asas jika meratifikasikan CPUCH 2001.17 Sementara itu. pada mesyuarat pakar serantau yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 2007. Malaysia menyatakan kewujudan AWK 2005 iaitu mempunyai peruntukan khusus mengenai kapal karam. Dinyatakan lagi. akta ini memberi kuasa kepada JMM dalam memelihara dan melakukan penyelidikan sebarang bentuk tinggalan purba di perairan Semenanjung Malaysia. Juga dinyatakan bahawa berdasarkan bengkel yang diadakan di Tanjung Balau pada tahun 2002. Malaysia belum mengambil keputusan untuk meratifikasi CPUCH 2001.11 Oleh itu. dari segi perundangan warisan Malaysia, ia sebenamya mempunyai satu sandaran yang kuat dalam melindungi warisan kebudayaan bawah air seperti yang diobjektitkan oleh CPUCH 2001. Sarna ada meratifikasi konvensyen ini atau tidak. Malaysia sudah mempunyai perundangan tersendiri yang mampu digunakan dalam memelihara dan melindungi warisan tersebut. Cum a jika Malaysia tidak mengikuti konvensyen ini akan menjejaskan reputasinya atau tanggungjawab antarabangsa sebagai anggota UNESCO tetapi tiada sebarang sekatan akan dikenakan. 'Q

Takrifan

A WK 2005 telah memperkemaskan dan memperlengkapan takrifan umum yang terkandung dalam Akta Benda purba 1976. Akta terdahulu ini tidak mempunyai takrifan khusus mengenai hal yang dimaksudkan dengan "warisan kebudayaan bawah air". Akta ini hanya menyatakan: 20

3

Page 4: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Bas=1ey Bee B. Brurah Bee

"benda purba' ertinya;

(a) sesuatu benda alih atau tak alih atau sesuatu bahagian daripada tanah atau dasar sungai, tasik atau laut, yang telah dibina, dibentuk, diterakan, didirikan, digali atau dikeluarkan atau diubah suai secara lain dengan day a usaha manusia dan yang dipercayai atau munasabah dipercayai berumur sekurang-kurangnya seratus tahun;

Sementara itu, AWK 2005 dengan bahagian khusus mengenai "warisan kebudayaan bawah air" menyebut:21

"warisan kebudayaan bawah air" ertinya segal a kesan kewujudan manusia yang mempunyai sifat kebudayaan. sejarah atau arkeologi yang sebahagiannya atau keseluruhannya di bawah air, berkala atau berterusan. selama sekurang-kurangnya satu ratus tahun -

(a) tapak, struktur, bangunan. artifak dan pcninggalan manusia. bersama­sama dengan konteks arkeologi dan semulajadinya;

(b) vesel, pcsawat udara, kenderaan lain atau mana-mana bahagiannya. kargo atau kandungan lainnya, bcrsama-sama dcngan konteks arkeologi dan semulajadinya; dan

(c) objek bersifat prasejarah;

Pengertian terkini inijelas memberi takrifan bersesuaian dengan pengertian umum "sumber kebudayaan bawah air" menurut bidang arkeologi bawah air iaitu apa juga tinggalan budaya yang berada di bawah air atau tenggelam.22 Keperluan satu takrifan yangjelas terhadap warisan kebudayaan bawah air amat penting bagi proses pengenalpastian dan interpretasi akan sebarang bentuk tinggalan budaya yang berada di bawah air.

Namun. perkara yang dapat difahami ialah takrifan AWK 2005 adalah terjemahan dari takrifan yang terkandung dalarn CPUCH 200 I. Pentakrifan yang sarna menjadikan AWK 2005 tidak bertentangan dengan konvensyen tersebut. Meskipun belum meratifikasi konvensyen ini. keselarasan pada perkara utama dalam kedua-dua perundangan ini memberi keselesaan Malaysia untuk tidak terburu-buru berbuat demikian. CPUCH menyebut bahawa: 23

I. (a) 'Underwater cultural heritage" means all traces of human existance having a cultural. historical or archaeological character which have been partially or totalZv under water. periodically or continuously, for at least 100 years such as:

4

Page 5: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Slgn!!iluJSl Akla Warlsan Kebangsaan 2()(}5

(i) sites. structures. buildings. artifacts and human remains. together with their archaeological and natural context;

(ii) vessels. aircraft. other vehicles and human remains. together with their archaeological and natural context; and

(iii) objects of prehistoric character.

Takrifan AWK 2005 juga menjadi rujukan kepada undang-undang negeri yang tidak mempunyai pentakrifan mengenai warisan kebudayaan bawah air. Perlu diketahui hingga kini tiada satu pun negeri di Malaysia yang mempunyai undang­undang khusus atau bahagian dalam undang-undang sedia ada mengenai warisan kebudayaan bawah air. Misalnya bagi Sabah. Enakmen Barang-Barang Kuno dan Horta Karun 1977 (No. II) menyebut warisan kebudayaan bawah air disebut dalam istilah "barang kuno" yang ditakrifan sebagai:24

(a) sesuatu benda alih atau tak alih at au sesuatu bahagian tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut. yang telah atau yang munasabah dipercayai telah dibina. dibentuk. dipersurat. didirikan. dikorek atau selainnya dihasilkan atau diubah suai oleh perantaraan manusia pada suatu tarikh terdahulu daripada atau munasabah dipercayai terdahulu daripada I Januari I 92D.

Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1977 bagi Sabah peri hal warisan kebudayaan bawah air ditakrifan dalam istilah "warisan Budaya". iaitu:25

"warisan budaya" termasuklah mana-mana bendapurba. benda bersejarah. tapak tanah bersejarah. tapak tanah. kawasan (sarna ada atas atau dalam laut) •...

Setelah membandingkan istilah dan takrifan yang digunakan di peringkat perundangan negeri. persekutuan dan CPUCH 200 I. jelas A WK 2005 amat signifikan dalam memberi satu takrifan asas dalam memperihal perkara yang dimaksudkan dengan warisan kebudayaan bawah air.

Penemuan

Isu penemuan sesebuah tapak arkeologi khususnya kapal karam bukanlah isu baharu. la menjadi begitu kritikal apabila industri salvaj komersil berkembang. Konsepfinders keepers atau "penemu pemunya" yang diamalkan oleh pemburu kapal karam begitu sinonim khususnya di Amerika Syarikat.26 Konsep ini dijadikan sebagai hak kebebasan individu bagi golongan ini. Namun. iajauh untuk menjadi realiti di Malaysia.

5

Page 6: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Bas=ley Bee B. Basrah Bee

Berdasarkan Sehyen 6/ perihal mengenai penjumpaan warisan kebudayaan di bawah air di perairan Malaysia jelas dimaktubkan bahawa setiap penemuan sesebuah tapak seperti kapal karam haruslah dinotiskan jumpaannya kepada Pesuruhjaya Warisan atau pegawai pelabuhan (Perenggan I). Dengan terrnaktubnya perkara ini, menjadi satu kesalahan menyembunyikan satu-satu penemuan (Perenggan 4). Kuasa Pesuruhjaya Warisan ke atas penemuan dimaktubkan dengan menyatakan bahawa pegawai pelabuhan apabila menerima notis penemuan hendaklah memaklumkan dan jika mungkin menyerahkannya dengan segera. Jika pencmuan tersebut dianggap atau mempunyai nilai warisan kebudayaan bawah air, penemuan terse but akan disenaraikan dalam Daftar Warisan Kebangsaan (Perenggan 2 dan Perenggan 3) yang mengandungi senarai butiran warisan yang didaftarkan di bawah AWK2oo5.2'

Peruntukan yang terkandung dalam Seksyen 6/ ini merupakan amalan lazim yang digunakan oleh sesebuah negara yang mempunyai undang-undang khusus mengenai warisan kebudayaan bawah air atau mengenai tapak kapal karam. Seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat melalui The Ahandoned Shipwreck Act /987 (ASA) yang memberi hak kepada Kerajaan Persekutuan ke at as kapal karam yang ditemui di perairannya dan seterusnya membolehkannya dimasukkan dalam National Register.21 Begitu juga amalan di Britain melalui Merchant Shipping Act /995 yang digunakan bersama dengan Protection of Wreck Act /973 dan Ancient Monuments and Archaeological Areas Act 1979 bagi perkara yang sama.29

Walaupun peruntukan ini dianggap mengekang penemu untuk menyembunyikan penemuan satu-satu tapak warisan bawah air khususnya kapal karam, ia tidak menghalang individu atau syarikat dari memperoleh sebarang bentuk keuntungan dari penemuannya. Seksyen ini hanya berperanan dalam menyenaraikan sebarang penemuan sebagai warisan negara. Penemunya masih boleh menuntutnya secara sah melalui pemberi lesen dan konsesi pembahagian artifak atau kargonya.

Pemilikan

AWK 2005 tidak menghalang pemilikan sedia ada ke atas sebarang bentuk warisan kebudayaan bawah air. Pemilik hanya perlu memberi notis bertulis maklumat mengenai pemilikannya itu. Begitu juga jika berlaku tidak mahu memilikinya atau memindahmilikan atau menjual atau melupuskannya. lO Perkara ini terrnaktub dalam Selcsyen 62 dan diperjelaskan lagi dalam Selcsyen 69 yang menyebut:

Mana-mana Warisan Kebangsaan yang dipunyai at au dimiliki oleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri boleh terus berada dalam milikan pemunya, penjaga atau pemegang amanahnya.

Hal yangjelas ialah AWK 2005 tidak menghalang pemilikian sebarang bentuk warisan kebudayaan bawah air oleh individu atau kumpulan. Perkara ini penting bagi

6

Page 7: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Signtfikasi Akla War/san Kebangsaan 2005

memastikan pemiliknya tidak berasa keliru atau khuatir jika mereka memaklumkan pemilikan mereka kepada pihak kerajaan atau ingin mendaftarkannya sebagai objek warisan mengikut Seksyen 50-52. 31 Sebilangan besar pemilik khususnya yang mewarisi artifak secara pusaka tidak memaklumkan kepada pihak kerajaan kerana takut artifak tersebut dirampas. Mereka juga tidak mengetahui kesalahan mereka bukan kerana memilikinya tetapi sebenamya tidak melaporkannya. Persoalannya, adakah masyarakat umum mengetahui hak mereka ini? Sudah sampai masanya perkara ini dimaklumkan kepada masyarakat umum khususnya oleh Kementerian Perpaduan, Kesenian. Kebudayaan dan Warisan. Kempen atau poster atau iklan media elektronik boleh difikirkan. Usaha ini akan meningkatkan jumlah senarai Daftar Warisan Kebangsaan atau objek warisan. Seterusnya, menghalang dari sebarang bentuk warisan hilang tanpa diketahui terutamanya apabila jatuh ke tangan pengumpul barangan antik yang menjalankan aktiviti mereka khususnya di luar ban dar at au pedalaman.

Perisytiharan dan Pewartaan Tapak

Perisytiharan tapak warisan kebudayaan warisan bawah air merupakan satu perkara yang amat penting dalam memelihara dan melindungi sesebuah tapak secara in-situ dan sebarang artifak yang berkaitan walaupun usianya bukan 100 tahun. Apabila diisytiharkan dalam warta hendaklah disenaraikan dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Perihal ini disusuli dengan melindungi kawasan tersebut sebagai zon yang dilindungL Peruntukan ini amat penting dalam memastikan sesebuah kawasan khususnya tapak kapal karam tidak dicerobohi untuk sebarang bentuk aktiviti seperti penyelaman rekreasi dan penangkapan ikan yang sering memudaratkan fizikal rangka kapal dan artifak. Namun. ia tidak menghalang jika aktiviti seperti penyelidikan atau survei dilakukan dengan kelulusan bertulis daripada Pesuruhjaya. Berdasarkan Seksyen 63 dan Seksyen 6-1, m:!ncerobohi kawasan yang diwartakan adalah satu kesalahan.

Peruntukan ini merupakan langkah terbaik dan memudahkan pengawasan pihak penguat kuasa seperti Polis Marin dan Jabatan Laut dalam menjalankan tugas pemantauan. Perkara ini seiring dengan kehendak CPUCH 2001.12 Jika tapak atau objek yang hendak diisytiharkan terletak di at as tanah negeri. perisytiharan akan dibuat dengan merundingkannya dengan pihak berkuasa negerLH Sementara itu, jika tapak atau objek dimiliki oleh orang persendirian atau penjaga atau pemegang amanah tanah tapak tersebut maka ia harus dimaklumkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh perisytiharan tersebut dicadangkan.

Hanya yang menjadi persoalan ialah pemantauan cuma dapat dilakukan di kawasan permukaan. tidak di bahagian dasar lautnya. Dengan perkembangan teknologi penyelaman menggunakan kcndcraan selaman seperti kapal selam mini atau unde,..water scooter sebarang pencerobohan amat sukar dikesan kerana kapal utama akan berlabuh di luar zon yang dilindungi. Aktiviti perikanan yang menggunakan teknik selaman hookah bagi menembak ikan atau menangkap udang kara, tiram atau kerang juga boleh digunakan untuk menceroboh kawasan tapak tanpa dikesan.

7

Page 8: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Ba.dey Bee B. Basrah Bee

Lanlaran ilu. cadangan menambah baik harus dilakukan ke alas A WK2005 dengan menyenaraikan aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai pencerobohan.

Peruntukan ini lebih efektifbagijika zon yang dilindungi mempunyai zon penampan sebagai salah satu cara bagi menghalang sebarang aktiviti dilakukan terlalu hampir dengan sempadan zon yang dilindungi. Pendekatan sedemikian walaupun boleh menjejaskan aktiviti perikanan khususnya. tetapi warisan kebudayaan bawah air tidak boleh digadaikan hanya kerana menjaga kepentingan segelintir individu. Sememangnya tapak kapal karam khususnya menjadi tukun kepada pelbagai jenis spesies hidupan laut dan nelayan mengetahui akan perkara ini. Namun. mereka harus diberi kefahaman bahawa aktiviti mereka di zon yang dilindung akan mendatangkan kemudaratan kepada kepentingan negara.

Kerja Salvaj

Salvaj dan ekskavasi merupakan perkara terpenting dalam usaha memelihara. melindungi dan memulihara warisan kebudayaan bawah air tetapi ia bukanlah pendekatan yang digalakkan. Kerja ini hanya dilakukanjika tapak berkemungkinan berhadapan atau sedang mengalami ancaman kemusnahan iaitu penyelamatan akibat aktiviti manusia seperti pembangunan atau penjarahan. Seperti kerja ekskavasi di daratan. peruntukan A WK 2005 membenarkan kerja salvaj dan ekskavasi bawah air dengan pemberian lesen oleh Pesuruhjaya. Walau bagaimanapun. bagi Sabah dan Sarawak kerana bidang kuasa kedua buah negeri tersebut ke atas tapak-tapak arkeologi bawah air yang berada di perairan negeri-negeri tersebut ialah sehingga sejauh 12 batu nautika.

Perihal ini selari dengan perkara dalam Perenggan 2 Selcsyen 3 Bahagian /I yang memperuntukkan bahawa:

(2) Menteri tidak boleh menyediakan atau mengeluarkan apa-apa dasar. pemyataan atau arahan di bawah subseksyen (I) jika perkara. urusan. strategi atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan melibatkan kuasa atau bidang kuasa Negeri melainkan jika Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan telah dirunding. l4

Sementara itu. bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bagi kedua buah negeri tersebut pula ialah pada Iingkungan zon EEZ darijarak 12 batu nautika l

' bersesuaian dengan tafsiran mengenai perairan Malaysia dalam peruntukan Paragraf2 Sehyen 4 Ordinan No.7 (Kuasa-kuasa Perlu) Darural 1969 dan Sehyen 2 Bahagwn I AleJa Warisan Kehangsaan 2005}. Maka itu.jelas bahawa kuasa memberi lesen kerja salvaj dan eksvasi tidak wujud kerana ia merupakan kuasa Kurator atau Pengarah Jabatan Muzium Sabah dan Jabatan Muzium Sarawak tertakluk kepada bidang kuasa kedua buah negeri tersebut ke atas sebarang tapak warisan kebudayaan bawah air. Namun, usaha pemeliharaan tapak-tapak tersebut boleh dilaksanakan bersama dengan

8

Page 9: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Signifikasl Akta Waman Kebangsaan 2()()5

Kerajaan Persekutuan seperti yang terkandung dalam Senarai 111- Senarai Bersama 9£ Perlembagaan Persekuluan.

Pemilikan

Isu pemilikan atau pemunya objek atau artifak purba merupakan isu sejagat yang membayangi usaha pemeliharaan, perlindungan dan pemuilharaan sebarang bentuk warisan budaya sejak wujudnya perundangan yang mengesahkan atau menidakkan pemilikannya. 8agi A WK 2005, tiga perihal pemilikan ditentukan. Pertama, sebarang penemuan bentuk warisan kebudayaan bawah air melalui kerja mengukur, salvaj atau penggalian terletak hak pad a Pesuruhjaya dan hendaklah disenaraikan dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Seperkara lagi,jika ia diambil milikan oleh Pesuruhjaya maka beliau dalam masa 48 jam akan memaklumkan satu senarai warisan kebudayaan bawah air ditampalkan di mana-mana pejabat pelabuhan dalam daerah ia ditemui, seperti peruntukan dalam Perenggan I dan 2, Seksyen 66, Bab 3, Bahagian IX

Kedua, bagi pemilik yang dapat membuktikan bahawa objek warisan kebudayaan bawah airadalah milik mereka, dalam masa setahun dari tarikh Pesuruhjaya menjadi pemiliknya dan setelah fi dibayar serta kos belanja salvaj dibayar, pemilik yang menuntutnya berhak memilikinya. Namun, penuntut tersebut masih terikat pada terma dan syrata yang ditentukan oleh Pesuruhjaya. Menjadi kesalahanjika pemilik terse but tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan mengikut peruntukan dalam Perenggan 3 dan 4, Seksyen 66, Bab 3, Bahagian.

Ketiga, bagi objek yang tiada pemunya yang dapat mengesahkan pemilikannya dalam setahun, ia menjadi harta mutlak Kerajaan Persekutuan. 8agi tapak atau objek yang belum dialihkan ia boleh dipelihara secara in situ atas arahan Menteri. J6 Ketiga-tiga bentuk pemilikan inijelas adil bagi merekayang sah pemiliknya dan demi kepentingan tapak at au objek warisan kebudayaan bawah air. Peruntukan dalam Selcsyen 66 yang memperihal hak pemilikan ini menidakkan konsep penemu pemunya meskipun melalui tuntutan atau membawanya ke mahkamah. 8agi mereka yang mempunyai pemilikan yang sah, penjaga atau pemegang amanah akan suatu Warisan Kebangsaan boleh mendapat bantuan kewangan dengan kelulusan Menteri bagi mematuhi mana-mana tatacara atau garis panduan seperti yang ditetapkan bagi tujuan pengurusan. pemuliharaan dan pemeliharaan kategori yang berlainan bagi Warisan Kebangsaan.J7 Pemilikan tersebut boleh diwarisi atau dijual tetapi dengan kelulusan Pesuruhjaya.lI Perihal nyatanya masih memberi peluang kepada umum untuk khususnya bagi pengumpul dan pedagang barangan antik yang melakukan aktiviti mereka berlandaskan undang-undang.

9

Page 10: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Bas=1ey Bee B. Basrah Bee

KESIMPULAN

Menurut mantan Menteri Kebudayaan. Kesenian dan Warisan,lq Datuk Seri Dr. Rais Yatim. A WK 2005 dianggap sebagai satu un dang-un dang umum berkaitan dengan warisan Malaysia.40 Penggubalannya dengan memasukkan perihal warisan kebudayaan bawah air membuktikan pandangan ini tepat. Setelah dianalisis dari pelbagai sudut akan peruntukan-peruntukan dalam bahagian berkaitan warisan tersebut. jelaslah bahawa AWK 2005 mempunyai signifikasi yang besar dalam menjamin akan warisan ini tidak musnah atau hilang akibat pelbagai bentuk aktiviti manusia secara berperundangan atau haram. Walaupun demikian masih terdapat beberapa kelemahan yang masih boleh diperbaiki dengan pindaan atau penambahan peruntukan sedia ada.la khusus berkaitan dengan penjelasan lebih lanjut akan aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan antara Kerajaan Persekutuan dengan pihak berkuasa Sabah dan Sarawak. Pemahaman terhadap kuasa kedua buah negeri tersebut memang sukar difahami tanpa rujukan ke atas akta lain yang berkaitan. Oleh itu. perihal sedemikian seharusnya dapat dijelaskan dalam AWK 2005 bagi mengelakkan kekeliruan interpretasi dalam kalangan pegawai penguat kuasa .

. Bagi masyarakat umum. hak mereka memiliki objek warisan harus disedari. Jabatan Warisan Negara seharusnya menjalankan Kempen kesedaran ini. Kempen sedemikian akan dapat mengelakkan objek warisan daripada hilang atau dijual kepada pihak luar tanpa mengetahui nilainya sebagai khazanah negara. Pastinya tidak ramai yang mengetahui hak pemilikan objek warisan khususnya melalui pusaka atau diwarisi adalah sah disisi undang-undang selagi ianya didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan. Selama masyarakat umum lebih senang menyimpannya atau menjualnya berbanding memaklumkannya kepada pihak berkuasa kerana takut objek pusaka mereka dirampas atau dibayar pampasan atau saguhati yang murah nilainya. Dengan adanya AWK 2005. hak pemilikan adalah jelas diperuntukan. tapi berapa ramai yang mengetahuinya.

Perihallain yangjuga harus jelas ialah mengenai hak konsesi terutama yang melibatkan kerja salvaj kapal Karam dan kargonya. Seperkara lagi ialah pelanggaran suatu kesalahan menurut akta inijika disabit kesalahan akan dipenjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM50,OOO atau kedua-duanya dan kompaun tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan yang dilakukan. Masalahnya tidak ramai yang mengetahui hukuman ini dan kesalahan yang melibatkan warisan kebudayaan bawah air yang terbukti boleh mencecah nilai warisan sehingga berbilion ringgit. Maka itu, pindaan dan penambahan harus dilakukan dari masa ke semasa demi memperkasakanAWK 2005. bersesuaian dengan perkembangan terkini yang semakin kompleks berkaitan dengan warisan ini. Penemuan banyak warisan sedemikian pada tapak kapal Karam di perairan negara yang lebih kepada penemuan tidak disengajakan oleh para nelayan dan aktiviti pemburuan tapak kapal Karam oleh individu dan dan syarkat salvaj akan dapat dipantau. Meskipun demikian. fen omena bersifat sejagat masih sukar dibendung oleh negara kelautan walaupun hingga kini wujud perundangan domestik di setiap negara tersebut dan konvensyen antarabangsa.

10

Page 11: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Slgntji/wSI Akla Uimsan Kebangsaan 2005

Nota

1 Mohd Radzi Hj. Ahmad. Perundangan dan Arkeologi dalam Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (eds.), Pembangunan Arkeologi Pelancongan, Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang, 1997, him. 148-149.

2 Norazaliani Mohd Johar, Kes Diana: Dari Dasar Laut ke Timbangtara. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004. him. 13.

) BiIcher Bala & Baszley Bee B. Basrah Bee. Arkeologi Maritim Malaysia. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2002, him. 30-31.

4 Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang masih menerima pakai Treasure Trove Act 1957 (Act 542) dan tidak menerima pakai Bahagian XI Akta Warisan Kebangsaan 2005 masih mempunyai kuasa ke atas jumpaan harta karun di negeri masing-masing seperti yang disebut dalam pcruntukan Subseksyen (2) Seksyen 125 Bahagian XVII Akta Warisan Kebangsaan 2005.

5 Perbincangan mengenai undang-undang dan warisan kebudayaan bawah air secara umum boleh dirujuk dalam Lynde\ V. Prott & Patrick J. O'keefe, Law and the Underwater Heritage dalam UNESCO, Protection of the Underwater Heritage. Paris: UNESCO, 1981. him. 167-200.

• Adi Hj. Taha. Masalah dan Persoalan Semasa Mengenai Arkeologi 'Maritime' di Semenanjung Malaysiadalam Mohd. YusofHashim (eds.). Kapal dan Harta Karam, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1986, him. 138-139.

7 Perbincangan asas mengenai warisan kebudayaan bawah secara konsep boleh dirujuk perbincangan pada Bab I dalam Anastasia Strati, The Protection of Underwater Cultural Heritage: An Emerging Objective of the Contemporary Law of the Sea, The Hague: Martinus NijhofT, 1995, him. 7-33.

• Sara Dromgoole, Law and the Underwater Cultural Heritage: A Question ofBalancing Interest. dalam Neil Brodie & Kathryn Walker Tubb (eds). Illicit Antiquities: The Theft of Cultural and the Extinction of Archaeology, London: Routledge, 2002, him. 121.

• Sehingga Oktober 2008 sebanyak 17 buah negara telah meratifikasikan konvensyen ini iaitu Panama, Bulgaria, Croatia, Sepanyol, Libya, Nigeria, Mexico. Lithuania, Paraguay, Portugal, Ecuador, Ukraine, St. Lucia, Kampuchea, Cuba, Montenegro dan Slovenia. Peri hal persoalan. isu dan signifikasi untuk ratifikasi CPUCH 2001lihat Sarah Dromgoole, Cooperative Approaches to Protecting Underwater Cultural Heritage: Emerging Themes and Trends dalam Victor Mastone (ed.), ACUA Underwater Archaeology Proceedings 2007, 2007, him. 57-62; dan Sean D. Murphy, United States Practice in International Law. Cambridge: Cambridge University Press. 2006, him. 130- \34.

10 Lihat, Abdul Ghafur Hamid, Public International Law: A Practical Approach, Petaling Jaya: Prentice Hall, 2007; R. W. Siomanson, Fundamental Perspectives on International Law, California: Wadsworth. 2003; J. Brownie. PrinCiples of Public International Law. London: Oxford University Press, 1998; dan P. Malanczuk, Akehurst s: Modern Introduction to International Law, London: Oxford University Press, 1997.

11

Page 12: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Ba.s='ey Bee B. Bmrah Bee

II Seperti juga negara lain di Asia yang mempunyai warisan kebudayaan bawah airnya. Antaranya seperti China yang berpendirian untuk tidak meratifikasi konvensyen ini tanpa pindaan undang-undang yang berkaitan. Lihat. Zhu Huayou & Ren Huaifeng, Protection of Underwater Cultural Heritage in the South China Sea and Regional Cooperation dalam Myron H. Nordquist (eds.) (et 01.). Recent Developments in the Law of the Sea and China. Leiden: Martinus Nijhoff, 2005. him 489-494; dan Robert C. Blumberg, Protection of Underwater Cultural Heritage, Conference on Law of the Sea in the East and South China Seas. Xiamen. China. March 12.2005.

12 Rujuk. Surat Peguam Kanan Persekutuan. Bahagian Penasihat dan Antarabangsa. Jabatan Peguam Negara kepada Ketua Pengarah. Jabatan Muzium dan Antikuiti bertajuk Maklum balas Mengenai Convention on the Protection of the Underwater Cultural Heritage (tanpa tarikh). JPN (R) 189/33. Surat ini maklum balas kepada Mesyuarat Mengenai Konvensyen Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Bawah Airyang diadakan pada 8 Julai 2005 di Jabatan Muzium Negara.

Il Berbanding dengan United Nation Convention on the Law of the Sea (UNCLOS). Malaysia membuat deklarasi ke atas Artikel 303 dalam meratifikasi konvensyen pada 14 Oktober 1996. Roberta Garabello & Tullio Scovazzi. The Protection of the Underwater Cultural Heritage: Before and After 2001 UN £SCO Convention, Leiden: Martinus N ijhoff, 2003, him. 210; dan Iihat Kaare Bangert, A New Area of International Law: The Protection of Maritime Cultural Property dalam Sienho Vee & Wang Tieya, International Law in the Post-Cold War World, London: Routledge, 2001. hIm. 121-130; Myron H. Nordquist (eds.) (et aI.), United Nation Convention on the Law of the Sea. 1982: A Commentary. Boston: Martinus NojhofT. 1985, him. 158-162; dan United Nation C~nvention on the Law of the Sea.

" Peguam Negara berpendapat bahawa konvensyen ini tidak harus diratifikasikan oleh Malaysia kerana terdapat banyak lagi artikel dan peraturan yang harus dikaji dengan lebih mendalam. Setakat ini. konvensyen ini baharu di tahap di mana Malaysia telahpun memberi undi bersetuju dengan konvensyen ini. Pemberian vote ini mengikut prosedur UNESCO memberi kesan yang sarna seperti menandatangani sesuatu konvensyen biasa. Bermakna. Malaysia pada masa ini telah mempunyai obligasi moral terhadap konvensyen ini. JPN(R)189133.

IS Berdasarkan perbincangan Mesyuarat Mengenai Konvensyen Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Bawah A ir yang diadakan pada 8 Julai 2005 di Jabatan Muzium Negara. Mesyuarat ini dihadiri oleh penulis (UMS) dan perwakilan dari Jabatan Muzium Malaysia (Jabatan Muzium dan Antikuiti) Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Jabatan Peguam Negara, UNESCO Malaysia. Jabatan Perdana Menteri. Kementerian Sains. Teknologi dan Inovasi. Jabatan Laut Semenanjung Malaysia. Jabatan Muzium Sabah. PDRM. MIMA dan KUSTEM.

12

Page 13: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

S/gmfi/cas/ Akta War/san Kebangsaan 2005

II> Lihat. Adi Hj. Taha (ed.), Prosiding Draf Konvensyen Mengenai Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Bawah Air, 6-8 Jun 2002, Jabatan Muzium dan Antikuiti: Kuala Lumpur, 2003.

11 Lihat. Adi Hj. Taha. Underwater Archaeology - Malaysia Experience, Unesco Asia-Pacific Regional Workshop on The 200 I Convention on the Protection of the Underwater Cultural Heritage, 18-20 November 2003, Hong Kong.

II National Report on Underwater Cultural Heritage in Malaysia, UNESCO Regional Experts Meeting on the 200 I Convention on the Protection of Underwater Cultural Heritage, 9-11 April 2007, GallelHikkaduwa. Sri Lanka.

19 Surat Peguam Kanan Persekutuan, op. cit. 20 Perenggan (/). Seksyen 2. Bahagian I. Akta Bendapurba 1976. 21 Perenggan (I J. Selcsyen 2. Bahagian I. Akta Warisan Kebangsaan 2005. n Baszley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala, Pengurusan Warisan Kebudayaan

Bawah Air Negeri Sabah: Perkembangan. Isu dan Matlamat, Prosiding Seminar Sabah Setelah 50 Tahun Malaysia Merdeka, Shah Alam: UiTM, 2007. hIm. 197.

2) Paragraph I. Articles I. Convention on the Protection of the Underwater Cultural Heritage 2001.

24 Perenggan (2). Seksyen 2. Bahagian I. Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977.

25 Seksyen 2. Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1977. 2b Amerika Syarikat berusaha untuk menangani konsep ini melalui penggubalan

Abandoned Shipwreck 1987 tetapi masih berhadapan dengan banyak kes penuntutan pemilikan oleh individu atau syarikat salvaj komersil. Lihat. Dinah Shelton. Recent Developments in International Law Relating to Marine Archaeology dalam Association of Attenders and Alumni. Hague Academy of International Law, Papers of 38,h AAA Congress Organized in Co­operation with the European Council of Environmental Law. Leiden: Martinus NijhotT. 1997. hIm. 64-65; dan Gerard J. Mangone. United States Admiralty Law, Boston: Kluwer Law International, 1997. hIm. 223-237.

21 Seksyen 23. Bahagian VI. Akta Warisan Kebangsaan 2005. ZI Sherry Hut (et al.). Cultural Property Law: A Practitioner s Guide to the

Management. Protection. and Preservation of Heritage Resources. American Bar Association: Chicago. 2004. hIm. 125.

29 Lihat. MACE, Marine Archaeology and Cultural Heritage. Cardiff University Report to WWF Cymru. Marine & Coastal Environment Group. 2004.

)0 Rujuk Seksyen 56-58. Bab 1. Bahagian VIII. Akta Warisan Kehangsaan 2005. )1 Rujuk Seksyen 50-52. Bah 2. Bahagian VIII. Akta Warisan Kebungsaan 2005. Jl Paragraph I. Articles 12. Convention on the Protection of the Underwater

Cultural Heritage 200 I. JJ Rujuk Perenggan 1 dan 4. Seksyen 67. Bab 1. Bahagian X Akta Warisan

Kebangsaan 2005.

13

Page 14: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

&=Iey Bee B. Bas,ah Bee

}4 Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). J~ Sempadan Negeri disebutkan di bawah Seksyen 4(2) Ordinan No.7 (Kuasa-kuasa

Perlu) Darurat, 1969 iaitu bagi maksud tafsiran sempadan di bawah Kanun Tanah Negara 1965. sempadan laut negeri adalah bagi kawasan dalam lingkungan 3 batu nautika yang diukur dari tikas air surut kecuali bagi Sabah dan Sarawak. Dalam Kanun Tanah Negara tafsiran mengenai tanah dinyatakan melalui peruntukan Seksyen 5 yang mendefinisikan tanah antara lain meliputi kawasan tanah yang ditutupi oleh air laut. Untuk itu. bagi kawasan tanah laut dalam lingkungan 3 batu nautika ditafsirkan sebagai 'tanah' dan kuasanya terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) di Semenanjung Malaysia. Ordinan ini berkuat kuasa bagi semua tujuan kecuali yang terkandung di bawah Akta Pelantar llenua 1966 (Akta 83), Akta Per/ombongan Petroleum 1966 (akta 95) dan Kanun Tunah Negara 1965 (Akta 56).

Jo Rujuk Perenggan 5 dan 6, Seksyen 66, Bab 3, Bahagian IX, Akta Warisan Kebangsaan 2005.

J7 Rujuk Perenggan I dun 2, Seksyen 72, Bab 3, Bahagian X, Akla Wurisan Kebangsaan 2005.

JI Rujuk Perenggan I, Seksyen 70, Bab 3, Bahagian X. Akla Warisan Kebangsaan 2005.

JQ Kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan. Kebudayaan. Kesenian dan Warisan. 40 New Straits Times. 29 May 2006.

RUJUKAN

Abdul Ghafur Hamid. 2007. Public International Law: A Practical Approach. Pctaling Jaya: Prentice Hall.

Adi Hj. Taha (ed.). 2003. Prosiding Draf Konvemyen Mengenai Pemeliharaan Warisan Kehudayaan Bawah Air. 6-8 Jun 2001. Jabatan Muzium dan Antikuiti: Kuala Lumpur.

Adi Hj. Taha. 2003. Underwater Archaeology - Malaysia Experience. Unesco Asia­Pacific Regional Workshop on The 200 I Convention on the Protection of the Underwater Cultural Heritage. 18-20 November. Hong Kong.

Akta Bendapurba 1976(Akta 168}. Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83). Akta Perlombongan Petroleum /966 (Akta 95). Akta Warisan Kehangsaan 2005. Association of Anenders and Alumni. Hague Academy of International Law. 1997.

Papers of 38'h AAA Congress Organi:ed in Co-operation with the European Council of Environmental Law. Leiden: Martinus NijhofT.

Bala. Bilcher & Baszley Bee B. Basrah Bee. 2002. Arkeologi Maritim Malaysia. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

14

Page 15: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

Slgmji/wsl Akla Uelf/san Kebangsaan 2()()5

Baszley Bee 8. Basrah Bee & Bala, Bilcher. 2007. Pengurusan Warisan Kebudayaan Bawah Air Negeri Sabah: Perkembangan, Isu dan Matlamat, Prosiding Seminar Sabah Setelah 50 Tahun Malaysia Merdeka. Shah Alam: UiTM.

Blumberg Robert C. 2005. Protection ofU nderwater Cultural Heritage. Conference on Law of the Sea in the East and South China Seas. Xiamen, China. March 12,

2005. Brown ie, J. 1998. Principles of PuM ic International Law. London: Oxford University

Press. Brodie, Neil & Tubb, Kathryn Walker (eds). 2002. Illicit Antiquities: The Theft of

Cultural and the Extinction of Archaeology. London: Routledge. Crib, Donald Forsyth. 2000. Topic in Cultllral Resollrces. Washington: Society for

American Archaeology. Convention on the Protection of the Underwater Cultural Heritage 200 I. Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977. Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1977. Hoffman, Barbara T (ed.). 2006. Art Cultural Heritage: Law. Policy and Practice.

New York: Cambridge University Press. Hut. Sherry (et 01.). 2004. Cultural Property Law: A Practitioner S Guide to the

Management. Protection. and Preservation of Heritage Resources. American Bar Association: Chicago.

Hut. Sherry (et al.). 2006. Presenting Archaeology in Court: Legal Strategies for Protecting Cultural Resources. Oxford: Altamira Press.

Garabello. Roberta and Scovazzi. Tullio. 2003. The Protection of the Underwater Cultural Heritage: Before and After the 2001 UNESCO Convention. Leiden: Martinus Nijhoff.

Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). MACE. 2004. Marine Archaeology and Cultural Heritage. Cardiff University Report

to WWF Cymru. Marine & Coastal Environment Group. Malanczuk. P. t 997. Akehurst s: Modern Introduction to International Law, London:

Oxford University Press. Mangone. Gerard J. 1997. United States Admiralty Law. Boston: Kluwer Law

International. Mastone. Victor (ed). 2007. ACUA Underwater Archaeology Proceedings 2007. Mohd. YusofHashim (eds.). 1986. Kapal dan Harta Karam. Kuala Lumpur: Persatuan

Muzium Malaysia. Murphy,Sean D. 2006. United States Practice in International Law. Cambridge:

Cambridge University Press. Myron H. Nordquist (eds.) (et ul.). 1985. United Nation Convention on the Law of

the Sea. 1982: A Commentary. Boston: Martinus Nojhoff. National Report on Underwater Cultural Heritage in Malaysia. 2007.lJNESCORegional

Experts Meeting on the 200 I Convention on the Protection of Underwater Cultural Heritage. 9-11 April. GallelHikkaduwa, Sri Lanka.

15

Page 16: Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 kepada Warisan

&=/ey Bu B. Basrah Bee

New Straits Times, 29 May 2006. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (eds.). 1991. Pembangunun Arkeologi

Pelancongan. Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang. Norazaliani Mohd Johar. 2004. Kes Diana: Dari Dasar Laut ke Timbangtara. Tesis

Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nordquist, Myron H. (eds.) (et al. ).2005. Recent Developments in the Law of the Sea

undChina. Leiden: Martinus Nijhoff. Ordinan No.7 (Kuasa-Icuasa Perlu) Darurat. /969. Sienho Vee & Wang Tieya (eds.). 200 I. International Law in the Post-Cold War

World London: Routledge. Skeates, Robin. 2000. Debating the Archaeological Heritage. London: Duckworth. Siomanson, R. W. 2003. Fundamental Perspectives on International Law. California:

Wadsworth. Strati, Anastasia. 1995. The Protection of Underwater Cultural Heritage: An

Emerging Objective of the Contemporary Law of the Sea. The Hague: Martinus Nijhoff.

Surat Peguam Kanan Persekutuan, Sahagian Penasihat dan Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara kepada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium dan Antikuiti bertajuk Maklumbalas Mengenai Convention on the Protection of the Underwater Cultural Heritage (tanpa tarikh), JPN (R) 189/33.

Treasure Trove Act 1957(Act 542). UNESCO. 1981. Protection of the Underwater Heritage. Paris: UNESCO. United Nation Convention on the Law of the Sea, 1982.

16