pengurusan bermukun dalam masyarakat melanau di … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat...

24

Upload: others

Post on 13-Nov-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan
Page 2: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI SARAWAK

NOR HAIDAWANIE BT GHANI

31770

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2014

Page 3: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ()

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the …20………..day of………June……..2014.

Student’s Declaration:

I -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the

work entitled -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------- is my original work. I have not copied from any other students’ work or

from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the

text, nor has any part been written for me by another person.

20 JUNE 2014 Nor Haidawanie Bt Ghani (31770)

__________________ _____________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I – Dr. Anna Durin (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the work entitled Pengurusan

Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak.

(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *

partial/full fulfillment for the conferment of -------------------------------------------------------------------------

--------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the

best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: ______________________________ Date: _____________

(Name of the supervisor)

Nor Haidawanie Bt Ghani (31770) Faculty Of Applied And Creative Arts

june

Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak

Page 4: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall

be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and

rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the

purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalize the

content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this

Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________

( ) ( )

Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as

annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Management Of Bermukun In Melanau Society In sarawak, Kampung Tellian, 96400 Mukah

Sarawak

Page 5: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

i

PENGAKUAN

Projek bertajuk Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di

Sarawak telah disediakan oleh Nor Haidawanie Bt Ghani dan telah diserahkan

kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif untuk memenuhi syarat mendapatkan

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

……………………………….

(Dr. Anna Durin)

Tarikh:

……………………………

Page 6: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

ii

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya

menyiapkan tesis ini dengan sempurna. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan

yang tulus ikhlas kepada Dr. Anna Durin, yang merupakan seorang penyelia tesis ini dan

telah banyak membantu serta memberi bimbingan yang amat bernilai sepanjang proses

penyiapan tesis ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat

dalam menyiapkan dan menyumbangkan data-data yang berguna, terutama kepada Ahli

kumpulan Bermukun yang telah memberi kerjasama dalam sesi temuramah serta tidak

lupa juga kepada kawan-kawan seperjuangan dalam memberi maklumat dan pandangan

terhadap kajian ini.

Seterusnya ingatan tulus ihlas buat keluarga tercinta terutama ayahanda dan

bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi

kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan perjuangan ini.

Page 7: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

iii

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau di

Sarawak. Objektif kajian ini adalah Mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti

fungsi mukun, cara penyampaian pantun, irama pantun, cara bergendang dan cara

menari serta mengkaji pengurusan bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak

contohnya pengurusan kewangan, pengurusan perancangan dan promosi. Lokasi kajian

ini dijalankan di kampung Tellian Mukah di negeri Sarawak. malah skop kajian ini

dijalankan juga dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian, temu

bual, dan pendokumentasian. Manakala dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa

hasil dapatan adalah berdasarkan dua objektif kajian tersebut iaitu mengenalpasti mukun

dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian pantun, irama pantun, cara

bergendang dan cara menari. Serta mengkaji pengurusan Bermukun dalam masyarakat

Melanau di Sarawak. Hasil kajian telah membuktikan bahawa persembahan mukun

memang mempunyai peranan dalam masyarakat Melanau seperti masyarakat Melayu.

Selain itu, persembahan mukun juga memang mempunyai aturcara yang tertentu seperti

permulaan majlis, semasa dan selepas. Ia juga mempunyai pengurusan yang tersendiri.

Page 8: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

iv

ABSTRACT

Research is about Management Bermukun In Melanau community in Sarawak. The

objective of this study is to identify mukun closer as mukun function, mode of delivery

rhymes, rhythmic rhymes, how drumming and dancing as well as examine how

management bermukun in Melanau in Sarawak such as financial management, planning

and promotion. This research was conducted in the village Tellian Mukah in Sarawak.

scope of this study but also by using qualitative methods through observation,

interviews, and documentation. The findings of this study suggest that the findings are

based on two objectives: to identify mukun study more closely as mukun function, mode

of delivery rhymes, rhythmic rhymes, how drumming and dancing way. And review

management Bermukun in Melanau in Sarawak. The results showed that the

performances mukun does have a role in such Melanau Malay community. Additionally,

the presentation mukun also does have a certain program like the beginning of the

ceremony, during and after. It also has its own management.

Page 9: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

v

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA M/ SURAT

Surat Pengakuan……………………………………………………………...i

Penghargaan…………………………………………………………………..ii

Abstrak………………………………………………………………………..iii

Abstrac………………………………………………………………………..iv

Isi Kandungan………………………………………………………………...v-viii

BAB SATU PENGENALAN

Pengenalan……………………………………………………………………1

Latar Belakang………………………………………………………………..2-3

Permasalahan Kajian………………………………………………………….4

Objektif Kajian………………………………………………………………..5

Hipotesis Kajian……………………………………………………………….6

Soalan Kajian………………………………………………………………….7

Skop Kajian……………………………………………………………………8

Page 10: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

vi

Lokasi Kajian………………………………………………………………….9

Kerangka Kajian……………………………………………………………….10-14

BAB DUA SOROTAN KESUSASTERAAN

Pengenalan…………………………………………………………………….15

Definisi Bermukun…………………………………………………………….16

Konsep Pantun………………………………………………………………..17-18

Bergendang……………………………………………………………………18

Seh Gendang………………………………………………………………….19

Rebana………………………………………………………………………...20

Bertandak……………………………………………………………………...20

Nopeng………………………………………………………………………...21

Masyarakat Melanau…………………………………………………………..21-22

Organisasi Masyarakat Melanau……………………………………………….22

Rumusan………………………………………………………………………...23

Page 11: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

vii

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan…………………………………………………………………..24-25

Kaedah Pemerhatian…………………………………………………………25

Kaedah Temubual……………………………………………………………26

Kaedah Dokumentasi………………………………………………………..27

Instrumen Kajian…………………………………………………………….27-28

Rumusas……………………………………………………………………..29

BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN

Pengenalan…………………………………………………………………..30

Asal Usul Mukun……………………………………………………………31-32

Fungsi Mukun……………………………………………………………….33

Contoh Persembahan Bermukun…………………………………………….34-36

Cara Penyampaian Pantun…………………………………………………..37-38

Irama Pantun…………………………………………………………………38-40

Peralatan Bermukun…………………………………………………………41-45

Persiapan Sebelum Persembahan……………………………………………46-47

Page 12: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

viii

Kostum dan Pakaian………………………………………………………….48-49

Cara dan Tertib Bergendang…………………………………………………50-52

Cara Menari………………………………………………………………….53-54

Masyarakat Melanau…………………………………………………………55

Pengurusan Bermukun………………………………………………………56-58

Pengurusan Sumber Manusia………………………………………………..59-61

Pengurusan Kewangan………………………………………………………61-63

Pengurusan Perancangan…………………………………………………….64-67

Promosi………………………………………………………………………67-70

Reaksi Masyarakat…………………………………………………………..71

Cabaran-cabaran Dalam Mengurusi Bermukun……………………………..72

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan…………………………………………………………………...73-74

Cadangan………………………………………...............................................74-78

Rujukan…………………………………………………………………….......79-80

Lampiran………………………………………………………………………..81-84

Page 13: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

1

BAB SATU

Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak

Pengenalan

kajian ini adalah berkenaan dengan Pengurusan Bermukun dalam masyarakat

Melanau di sarawak iaitu di kampung Tellian Mukah. Perkara yang ingin dikaji adalah

pengurusan Bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak seperti asal usul mukun,

Fungsi mukun, cara penyampaian pantu, irama pantun, cara bergendang, dan cara

menari.

Bergendang adalah salah satu adat yang merupakan khazanah budaya dan

kesenian yang diwarisi masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka.

Aktiviti ini sangat unik kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti

bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang di khalayak ramai.

Masyarakat kaum Melanau mempunyai adat bermukun yang masih diamalkan.

Kebiasaannya, adat bermukun bagi kaum Melanau diadakan ketika malam majlis

perkahwinan selepas persandingan dilangsungkan. Aktiviti ini dijalankan seperti

berpantun, berjoget, dan berkaraoke. Selain itu, aktitiviti ini, dapat mengeratkan

hubungan silaraturahim orang kampung, dapat berkerjasama antara satu sama lain dan

dapat mengenali budaya serta adat tersebut.

Perkara yang hendak dikaji ialah pengurusan yang terdapat dalam persembahan

Bermukun. Terdapat beberapa sistem pengurusan yang digunakan dalam mengendalikan

persembahan Bermukun seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan,

pngurusan perancangan serta promosi.

Page 14: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

2

Latar belakang kajian

Mukun berasal daripada satu bekas untuk menyimpan permata dan sesuatu barang

berharga. Bekas tersebut akan diletakkan di tengah-tengah orang bergendang dan dengan

itulah majlis bergendang dipanggil sebagai bermukun. Bermukun dalam masyarakat

melanau diadaptasikan daripada masyarakat Melayu. Masyarakat melanau Sarawak

mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya. selain

itu, masyarakat Sarawak mempunyai sastera rakyat seperti lagu, tradisi dan pelbagai

permainan, adat bermukun atau bergendang adalah salah satu tradisi yang paling

popular dikalangan masyarakat melanau walaupun diadaptasikan daripada masyarakat

Melayu.

Bermukun atau bergendang adalah salah satu adat yang merupakan khazanah dan

kesenian yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Aktiviti ini sangat unik kerana

mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam

keadaan terbuka dan terang di khalayak orang ramai. Bermukun dalam diadakan ketika

majlis perkahwinan selepas persandingan dilangsungkan.

Aktiviti bermukun ini, dikendalikan dikalangan wanita seramai dua atau lebih yang

duduk dibahagian balik tabir untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini di

panggil atau dikenali sebagai „tukang gendang‟atau „seh bergendang‟. Kaum lelaki pula

akan duduk secara berselerak mengikut bersesuaian atau keselesaan masing- masing di

luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah berdekatan

tabir sebagai gelanggan tarian. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir dengan pasangan

masing- masing.

Page 15: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

3

Kaum lelaki berperanan bermain biola mengiringi seh bergendang untuk

menjadikan irama lebih menarik dan merdu. Selain itu, penggesek biola yang akan

menjadi ikutan seh ketika berpantun. Kebiasaannya aktiviti ini berlangsung sepanjang

malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak atau kemampuan seh bergendang

dengan keizinan tuan rumah.

Peralatan untuk aktiviti bermukun atau bergendang ini seperti gendang, biola,

gong, dan sidak. Sidak adalah sejenis alat iaitu lengkungan rotan untuk menengangkan

kulit kambing agar bunyi gendang yang terhasil itu kuat ketika dipukul. Ada juga sidak

yang menggunkan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi peralatan ini sukar

dicari dan diperolehi. Peralatan ini adalah sangat penting dalam melakukan aktiviti

bermukun ini.

Kesimpulannya, aktiviti bermukun atau bergendang sungguh popular dikalangan

masyarakat Sarawak yang amat digemari serta sering diadakan pada majlis keramaian

seperti perkahwinan, bertunang bagi menghiburkan tetamu yang hadir. Aktiviti

bermukun ini bukan hanya untuk masyarakat melanau yang menjadikan aktiviti

bermukun sebagai hiburan tetapi kaum Bidayuh juga turut mengamalkannya.

Page 16: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

4

Permasalahan kajian

Permasalahan kajian merupakan perkara utama yang mendorong kepada

berlakunya kajian ke atas sesuatu masalah yang ingin dikaji. Mukun merupakan satu

persembahan yang diadakan di Negeri Sarawak sempena majlis keramaian, majlis

bertunang dan perkahwinan. Pendedahan mengenai persembahan mukun seperti fungsi

mukun, cara penyampaian pantun,lirik pantun, cara bergendang,dan cara menari dalam

masyarakat melanau kurang dipraktikkan ke atas golongan remaja yang menyebabkan

mukun semakin di pinggir. Oleh itu. Persembahan bermukun perlu diberi pendedahan

secara strategik perlu dilaksanakan dalam mengetengahkan persembahan ini.

Seterusnya, Pengurusan Bermukun juga kurang diketahui oleh masyarakat di

negeri Sarawak akibat daripada pengaruh oleh perubahan dunia masa kini yang banyak

mempengaruhi gaya hidup masyarakat serta menyebabkan adat Bermukun kian

dilupakan. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini kurang tahu tentang pengurusan

Bermukun dalam masyarakat melanau. Persembahan bermukun dalam masyarakat

melanau merupakan persembahan yang diadaptasikan dari masyarakat Melayu Sarawak.

selain itu juga kurangnya minat masyarakat tentang persembahan bermukun ini.

Page 17: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

5

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menetapkan maklumat kajian yang

akan dilakukan mengenai pengurusan bermukun dalam masyarakat melanau di Sarawak

dan bagaimana kaedah pengurusan yang sesuai dalam mengekalkan persembahan

bermukun. Melalui objektif ini juga, pengkaji akan dapat mengetahui tentang respon

serta hasil penyelidikan sama ada bertepatan dengan objektif kajian ataupun

bertentangan dengan apa yang difokuskan dalam kajian ini.

1. Mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian

pantun, irama pantun, cara bergendang dan cara menari.

2. Mengkaji pengurusan mukun dalam masyarakat melanau di Sarawak contohnya

pengurusan kewangan, pengurusan perancangan dan promosi

Page 18: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

6

Hipotesis Kajian

Hipotesis merupakan andaian awal yang dibuat oleh pengkaji sebelum data

kajian diperolehi. Penentuan hipotesis bagi sesebuah kajian amat penting supaya langkah

pelaksanaan kajian sentiasa menepati kehendak utama tajuk kajian. Kegunaan hipotesis

ini bukan sahaja sebagai rujukan semasa membuat kajian, malah turut menjadi dasar

yang penting kepada topik kajian. Dalam mendapatkan data bagi penyelidikan ini

pengkaji akan mengaplikasikan beberapa elemen-elemen yang bersesuaian dengan

kaedah kajian menggunakan idea-idea yang mampu untuk menyumbang kepada hasil

kajian yang bertepatan dengan kehendak hipotesis di awal kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji mengandaikan pengurusan yang lebih strategik oleh

pemukun dapat menarik minat masyarakat terhadap persembahan bermukun. Seterusnya

pemukun mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan bermukun dalam

masyarakat melanau di negeri Sarawak. Dengan adanya usaha yang berterusan oleh

pemukun dalam mengurus persembahan bermukun ini sekaligus dapat memaparkan

peranan pemukun sebagai penggiat persembahan bermukun dalam masyarakat melanau

di negeri Sarawak. Usaha pengurusan yang dilakukan oleh pemukun banyak membantu

dalam memperkenalkan persembahan bermukun dalam masyarakat melanau kepada

masyarakat di negeri Sarawak serta manarik minat generasi kini untuk mendekati

persembahan bermukun.

Page 19: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

7

Soalan Kajian

Kajian ini memerlukan beberapa soalan yang boleh membantu dalam

menyelesaikan masalah kajian dan juga membantu mencapai objektif kajian. Soalan

yang pertama adalah bagaimana untuk mengenalpasti mukun dalam masyarakat

Melanau Mukah. Soalan ini akan membantu untuk mencapai objektif pertama kajian

iaitu mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian

pantun, irama pantun, cara bergendang, dan cara menari. Soalan yang kedua pula adalah

apakah kaedah pengurusan yang digunakan dalam mengendalikan persembahan

Bermukun tersebut. Soalan ini dapat membantu dalam mengkaji kaedah pengurusan

dalam mengurusi persembahan Beremukun sekaligus dapat mencapai objektif kajian

yang kedua melalui sesi temuramah dengan pengurus dan pihak yang terbabit. Sesi

temuramah ini akan membantu untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai

pengurusan yang dijalankan dalam mengendalikan Persembahan Bermukun.

Page 20: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

8

Skop kajian

Skop kajian merupakan ruang lingkup yang telah ditetapkan untuk sesuatu

kajian. Skop kajian ini telah dibahagikan mengikut keperluan dan kehendak kajian.

Pemilih skop kajian ini haruslah bersesuaian dan mempunyai kaitan dengan tajuk utama

kajian. Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa skop kajian telah dibahagikan mengikut

kesesuaian perkara dan bidang kajian yang telah dikenal pasti.

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja

supaya skop kajian tidak terlalu luas.

skop kajian ini, lebih memudahkan pengkaji memproses data kajian dengan lebih

terperinci. Skop kajian merupakan hal yang utama yang ingin dikaji. Skop kajian

pengkaji adalah sistem pengurusan bermukun yang dilakukan oleh pemukun. Dalam

konteks lain, pengkaji ingin mengetahui kaedah-kaedah pengurusan yang telah

dilaksanakan oleh pemukun dalam menarik minat masyarakat melanau terhadap

persembahan bermukun.

Skop kajian seterusnya adalah mengkaji pengurusan bermukun yang diadakan oleh

pemukun. Tujuanya adalah untuk mengkaji cara penyampaian pantun secara berdialog

oleh seh gendang yang mengikut irama lagu yang dimainkan oleh pemukun. Seterusnya,

kajian dilakukan dengan mengkaji fungsi mukun terhadap persembahan bermukun di

negeri Sarawak. Masyarakat pada hari ini kurang mmengetahui mengenai fungsi

bermukun diadakan. Ini mendorong kajian dilakukan bagi mengenal pasti fungsi

persembahan mukun dilakukan oleh pemukun dalam masyarakat melanau di negeri

Sarawak. Kajian ini lebih menyentuh mengenai fungsi mukun dalam pengurusan

bermukun dalam masyarakat melanau di Sarawak.

Page 21: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

9

Lokasi kajian

Dalan melaksanakan sesuatu kajian itu, tempat atau lokasi merupakan salah satu

elemen penting dalam memastikan kajian dapat dihasilkan dengan sempurna. Penentuan

lokasi ini snagat membantu pengkaji dalam mengumpul data atau maklumat yang boleh

dijadikan sebagai dapatan kajian. Pengkaji juga turut melakukan penyelidikan dilokasi

kajian yang dinayatakan supaya maklumat atau data yang diperolehi tidak terpesong dari

skop kajian pengkaji. Selain itu, ini membantu pengkaji mengenal pasti lokasi kajian dan

dapat mengetahui proses- proses pengumpulan data yang akan dilakukan di sesuatu

lokasi itu. Pengkaji telah memilih dua lokasi kajian iaitu di kampung Telian Mukah dan

jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Negari Sarawak.

Rajah 1: Lokasi kampung Tellian Mukah

(Sumber: Internet)

Page 22: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

10

Kerangka kerja

Kerangka kerja yang digunakan dalam kerja ini adalah berdasarkan

konsep‟konseptual theoretical‟ yang diambil ideanya daripada pengkaji-pengkaji masa

lampau. Konsep teori tersebut ialah berkaitan dengan pengurusan. Kajian ini ialah

tentang pengurusan iaitu pengurusan bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak.

Olah hal demikian, konsep yang dipilih adalah sangat sesuai di gunakan sebagai garis

panduan untuk membantu dalam menyelesaikan permasalahan kajian dan seterusnya

untuk membantu mencapai objektif kajian ini. Dalam pengurusan beberapa perkara

mengenai pengurusan yang berkaitan dengan kajian ini seperti di bawah

Pengurusan

Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin (Ahmad, 2006:6)

mengatakan Pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat organisasi

mengikut cara yang berkesan dan cekap. Semua organisasi mempunyai orang yang

bertanggungjawab untuk membantu mereka mencapai matlamat. Peranan pengurus ialah

untuk memandu organisasi kearah pencapaian matlamat. Oleh kerana semua organisasi

wujud untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu maka golongan pengurus

bertanggungjawab untuk menggabungkan dan menggunakan sumber-sumber organisasi

bagi memastikan organisasi mereka mencapai matlamat yang dikehendaki

Menurut kata Hersey (1998 : 6), menyatakan bahawa peranan pengurusan iaitu

perancangan, menyusun, motivasi dan mengawal adalah pusat untuk satu perbincangan

pengurusan oleh penulis yang ramai. Peranan ini terdiri daripada proses pengurusan dari

Page 23: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

11

langkah demi langkah cara untuk melakukan sesuatu yang berkaitan tanpa mengira jenis

organisasi atau tahap pengurusan yang berkenaan.

Pengurusan sumber manusia

Bynes (2008 : 188) mengatakan dalam proses pembentukan sesebuah organisasi,

perlunya penstaffan sumber manusia iaitu kakitangan atau pekerja di dalam sesebuah

organisasi. Penggunaan sumber manusia adalah sangat penting untuk memenuhi misi

dan menyokong pelan dan tindakan strategik organisasi.

Menurut Barnes (2013: 382), bahawa sumber manusia sangat penting dalam

organisasi. Sumber manusia merupakan kelas kedua dalam organisasi dan mempunyai

kepentingannya dalam meningkatkan sesuatu pengurusan. pengurus kini sedar bahawa

fungsi sumber manusia mempunyai impak besar ke atas prestasi barisan bawah syarikat.

Perancangan sumber manusia yang rendah boleh mendorong pemerhentian, serta

pembayaran pampasan yang mahal, perbelanjaan latihan, dan moral.

Page 24: PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI … · bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan

12

Matlamat pengurusan

Barnes (2013: 176) menyatakan bahawa suatu matlamat mempunyai tujuan yang

tertentu. Hal ini demikian kerana, matlamat yang wujud itu dapat memberi panduan dan

hala tuju kepada orang-orang dalam organisasi itu bersatu.

Matlamat juga boleh dijadikan sebagai sumber motivasi untuk pekerja

organisasi. Suatu matlamat yang khusus dan sederhana boleh mendorong pekerja untuk

bekerja lebih keras, terutamanya untuk mencapai matlamat yang mengakibatkan

ganjaran. Pada masa yang sama, matlamat juga dapat menyediakan mekanisme yang

berkesan untuk penilaian dan kawalan. Oleh itu, prestasi itu dapat dinilai pada masa

akan datang melalui matlamat yang dicapai.

Sumber kewangan.

Robins & Mukerji (1990 : 6) berpendapat bahawa sumber kewangan amat

penting dalam sesebuah pengurusan. Seseorang pengurus memainkan peranan penting

dalam pengurusan yang melibatkan sumber kewangan, manusia dan peralatan.

Perancangan pengurusan

Luthan dan Doh (2012 : 271) berpendapat misi dan objektif adalah salah satu

aspek dalam perancangan. Melalui proses perancangan, pengurus dapat menentukan

misi dan objektif jangka panjang sesebuah organisasi dan seterusnya melaksanakan

pelan tindakan untuk mencapai misi dan objektif tersebut.