seni persembahan dalm perkahwinan … · web viewdi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang...

26
PANTUN DALAM ISTIADAT PERKAWINAN MELAYU DI SUMATERA UTARA Fadlin Muhammad Dja’far Pendahuluan Pantun adalah sebagai salah satu karya sastra tradisional Melayu. Di dalam pantun, secara umum terkandung nilai-nilai dan filsafat hidup orang Melayu. Pantun adalah salah satu genre sastra yang sangat terkenal dan paling dominan kedudukannya di dalam kebudayaan Melayu. Melalui pantun semua pesan komunikasi disampaikan secara estetis dan berbudaya. Di dalam kebudayaan masyarakat Melayu Sumatera Utara, pantun digunakan dalam berbagai kegiatan seperti: menyambut tetamu, acara berbalas pantun di televisi dan radio, acara persembahan budaya, dan yang terutama adalah untuk upacara atau istiadat perkawinan mengikut budaya Melayu. Fungsi pantun terus berkekalan karena di dalamnya terkandung aspek edukasi peradaban dan dapat memenuhi keinginan komunikasi yang estetis dan menaris. Perkawinan adalah sebuah institusi sosiobudaya dalanm kebudayaan Melayu, yang berfungsi utama untuk melanjutkan genersi umat Melayu agar berkembang dan mengikuti sunatullah. Ini juga sejalan dengan konsep Tidak Melayu hilang di dunia. Begitu pentingnya perkawinan ini dalam kebudayaan Melayu, sehingga upacaranya sendiri memiliki tahapan-tahapan yang begitu rinci, unik, menarik, dan eksotik. Melalui tulisan ini, penulis akan menguraikan bagaimana keberadaan pantun di dalam upoacara perkawinan menurut istiadat Melayu Sumatera Utara.

Upload: truongdang

Post on 16-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

PANTUN DALAM ISTIADAT PERKAWINAN MELAYU DI SUMATERA UTARA

Fadlin Muhammad Dja’far

PendahuluanPantun adalah sebagai salah satu karya sastra tradisional Melayu. Di

dalam pantun, secara umum terkandung nilai-nilai dan filsafat hidup orang Melayu. Pantun adalah salah satu genre sastra yang sangat terkenal dan paling dominan kedudukannya di dalam kebudayaan Melayu. Melalui pantun semua pesan komunikasi disampaikan secara estetis dan berbudaya.

Di dalam kebudayaan masyarakat Melayu Sumatera Utara, pantun digunakan dalam berbagai kegiatan seperti: menyambut tetamu, acara berbalas pantun di televisi dan radio, acara persembahan budaya, dan yang terutama adalah untuk upacara atau istiadat perkawinan mengikut budaya Melayu. Fungsi pantun terus berkekalan karena di dalamnya terkandung aspek edukasi peradaban dan dapat memenuhi keinginan komunikasi yang estetis dan menaris.

Perkawinan adalah sebuah institusi sosiobudaya dalanm kebudayaan Melayu, yang berfungsi utama untuk melanjutkan genersi umat Melayu agar berkembang dan mengikuti sunatullah. Ini juga sejalan dengan konsep Tidak Melayu hilang di dunia. Begitu pentingnya perkawinan ini dalam kebudayaan Melayu, sehingga upacaranya sendiri memiliki tahapan-tahapan yang begitu rinci, unik, menarik, dan eksotik.

Melalui tulisan ini, penulis akan menguraikan bagaimana keberadaan pantun di dalam upoacara perkawinan menurut istiadat Melayu Sumatera Utara. Tulisan ini memakai pendekatan ilmu-ilmu budaya. Sebelum menguraikan pantun dalam upacara perkawinan mengikut istiadat Melayu di Sumatera Utara, terlebih dahulu diuraikan tentang struktur kekerabatan masyarakatnya.

Struktur Kekerabatan Masyarakat Melayu di Sumatera UtaraMatlamat am perkahwinan dalam kebudayaan Melayu adalah

menjalankan perintah agama dan meneruskan generasi keturunan manusia. Selain itu, perkahwinan juga dilakukan untuk menjaga jurai atau struktur sosial, yang mencakup struktur kekerabatan dan struktur masyarakat secara luar. Perkahwinan diatur dan ditentukan oleh adat Melayu. Oleh itu sebelum menghuraikan bagaimana proses upacara perkahwinan dan penggunaan seni persembahan, perlu diperikan struktur kekerabatan dan darjah sosial dan

Page 2: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

keturunan dalam kebudayaan Melayu. Ini amatlah penting bagi melihat hubungan institusi perkahwinan dengan struktur masyarakat.

Dalam kebudayaan Melayu Sumatera Utara, sistem kekerabatan berdasarkan sama ada daripada pihak bapak mahupun ibu, dan masing-masing anak wanita atau pria mendapat hak hukum adat yang sama. Dengan demikian termasuk ke dalam sistem parental atau bilateral.

Pembahagian harta pusaka berdasarkan kepada hukum Islam (syarak), yang terlebih dahulu mengatur pembahagian yang adil terhadap hak syarikat, iaitu harta yang diperolehi bersama dalam sebuah pernikahan suami-isteri. Hak syarikat ini tidak mengenal harta bawaan daripada masing-masing pihak. Harta syarikat dilandaskan pada pengertian saham yang sama diberikan dalam usaha hidup, yang ertinya mencakupi: (1) suami berusaha dan mencari rezeki di luar rumah; (2) isteri berusaha mengurus rumah tangga, membela dan mendidik anak-anak. Hak masing-masing adalah 50 %, separuh daripada harta pencarian. Hukum ini dalam budaya Melayu Sumatera Utara, pada awalnya ditetapkan oleh Sultan Gocah Pahlawan, ketika menjadi Wakil Sultan Aceh, Iskandar Muda, di Tanah Deli. Sehingga kini hukum ini tetap berlangsung (temubual dengan Tengku Muhammad Daniel, Al-Haj, 12 September 1998).

Sistem kekerabatan etnik Melayu di Sumatera Utara, berasas kepada hirarki vertikal adalah dimulai daripada sebutan yang tertua sampai yang muda: (1) nini, (2) datu, (3) oyang (moyang), (4) atok (datuk), (5) ayah (bapak, entu), (6) anak, (7) cucu, (8) cicit, (9) piut, dan (10) entah-entah. Hirarki horizontal adalah: (1) saudara satu emak dan ayah, lelaki dan wanita; (2) saudara sekandung, iaitu saudara seibu, laki-laki atau wanita, lain ayah (ayah tiri); (3) saudara seayah, iaitu saudara laki-laki atau wanita daripada satu ayah lain ibu (emak tiri); (4) saudara sewali, iaitu ayahnya saling bersaudara; (5) saudara berimpal, iaitu anak daripada makcik, saudara perempuan ayah; (6) saudara dua kali wali, maksudnya atoknya saling bersaudara; (7) saudara dua kali impal, maksudnya atok lelaki dengan atok perempuan bersaudara, (8) saudara tiga kali wali, maksudnya moyang laki-lakinya bersaudara; (9) saudara tiga kali impal, maksudnya moyang laki-laki sama moyang perempuan bersaudara. Demikian seterusnya empat kali wali, lima kali wali, empat kali impal, dan lima kali impal. Sampai tiga kali impal atau tiga wali dihitung alur kerabat yang belum jauh hubungannya.

Dalam sistem kekerabatan Melayu Sumatera Utara dikenal tiga jenis impal: (1) impal larangan, iaitu anak-anak gadis daripada makcik kandung, saudara perempuan ayah. Anak gadis makcik ini tidak boleh kahwin dengan pihak lain tanpa persetujuan daripada impal larangannya. Kalau terjadi, dan impal larangan mengadu kepada raja, maka orang tua si gadis

Page 3: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

didenda 10 tahil atau 16 ringgit. Sebaliknya jika si gadis itu cacat atau buruk sekali rupanya, impal larangan wajib mengahwininya untuk menutup malu si gadis yang tak laku; (2) impal biasa, iaitu anak laki-laki daripada makcik; (3) impal langgisan, iaitu anak-anak daripada emak dengan emak yang bersaudara.

Istilah kekerabatan lainnya untuk saling menyapa adalah sebagai berikut: (1) ayah, (2) mak (emak, asal katanya mbai); (3) abang (abah); (5) akak (kakak); (6) uwak, daripada kata tua, iaitu saudara ayah atau mak yang lebih tua umurnya; (7) uda, daripada kata muda, iaitu saudara ayah atau mak yang lebih muda umurnya; (8) uwak ulung, uwak sulung, saudara ayah atau mak yang pertama baik laki-laki atau perempuan; (9) uwak ngah, uwak tengah, saudara ayah atau emak yang kedua baik laki-laki atau perempuan; (10) uwak alang atau uwak galang (benteng), saudara ayah atau mak yang ketiga baik laki-laki atau perempuan; (11) uwak utih, uwak putih, saudara ayah atau mak yang keempat baik laki-laki atau perempuan; (12) uwak andak, wak pandak, saudara ayah atau mak yang kelima baik laki-laki atau perempuan; (13) uwak uda, wak muda, saudara ayah atau mak yang keenam baik laki-laki atau perempuan; (14) uwak ucu, wak bungsu, saudara ayah atau mak yang ketujuh baik laki-laki atau perempuan; (15) wak ulung cik, saudara ayah atau mak yang kelapan baik laki-laki atau perempuan; dilanjutkan ke uwak ngah cik, uwak alang cik, dan seterusnya. Jika anak yang dimaksud adalah naka daripada andak misalnya, maka panggilan pada nombor 8 sampai 11 tetap uwak, dan nombor 11 dan seterusnya ke bawah disebut dengan: (1) ayah uda, (2) ayah ucu, (3) ayah ulung cik, (4) ayah ngah cik, (5) ayah alang cik, dan seterusnya.

Peristilahan kekerabatan lainnya adalah seperti berikut. (1) mentua atau mertua, kedua orang tua isteri; (2) bisan (besan) sebutan antara orang tua isteri terhadap orang tua sendiri atau sebaliknya; (3) menantu, panggilan kepada suami atau isterinya anak; (4) ipar, suami saudara perempuan atau isteri saudara laki-laki, demikian juga panggilan pada saudara-saudara mereka; (5) biras, suami atau isteri saudara isteri sendiri. Misalnya Ahmad berbiras dengan Hamid, kerana isteri Ahmad adalah kakak kandung isteri Hamid. Kedua saudara itu dalam keadaan bersaudara kandung. Dapat juga sebaliknya. (6) semerayan (semberayan), iaitu menantu saudara perempuan daripada mertua perempuan; (7) kemun atau anak kemun, iaitu anak laki-laki atau perempuan daripada saudara-saudar kita; (8) bundai, iaitu panggilan aluran ibu yang bukan orang bangsawan; (9) bapak, kata asalnya pak, yang bererti ayah atau entu (ertinya suci), dapat juga dipanggil abah; (10) emak, berasal daripada kata mak, yang bererti ibu atau bunda, yang melahirkan kita (embai); (11) abang, yang berasal daripada kata bak atau bah yang ertinya

Page 4: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

saudara tua laki-laki; (12) kakak, berasal daripada kata kak, yang berarsaudara tua perempuan; (13) adik, yang berasal daripada kata dik, ertinya saudara lelaki atau perempuan yang lebih muda; (14) empuan, ertinya sama dengan isteri, tempat asal anak; (15) laki, iaitu suami.

Derajat Sosial dan KeturunanUpacara perkahwinan dan penggunaan seni persembahan Melayu, bukan

hanya didukung oleh masyarakat kebanyakan (rakyat), tetapi juga oleh golongan bangsawan. Oleh itu, dikaji pula tingkatan kebangsawanan Melayu. Dalam kebudayaan Melayu dikenal beberapa tingkat kebangsawanan. Mengikut Tengku Luckman Sinar (temubual pada 23 September 2006), bangsawan dalam konsep budaya Melayu adalah golongan yang dipercayakan secara turun-temurun menguasai satu kekuasaan tertentu. Namun demikian, seorang bangsawan yang berbuat salah dalam ukuran norma-norma yang berlaku dalam kebudayaan, boleh dikritik bahkan diturunkan daripada kekuasaannya, seperti yang tercermin dalam konsep raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Hirarki kekuasaan adalah daripada Allah, kemudian berturut-turut ke negara, raja, pimpinan, rakyat, keluarga dan keturunannya.

Dalam kebudayaan Melayu, tingkatan golongan bangsawan itu adalah sebagai berikut: (a) Tengku (di Riau disebut juga Tengku Syaid) adalah pemimpin atau guru—sama ada dalam agama, akhlak, mahupun adat-istiadat. Menurut penjelasan Tengku Lah Husni (temubual 17 Maret 1998), istilah Tengku pada budaya Melayu Sumatera Timur, secara rasmi diambil daripada Kerajaan Siak pada tahun 1857. Dalam konteks kebangsa-wanan, seseorang dapat memakai gelar Tengku apabila ayahnya bergelar Tengku dan ibunya juga bergelar Tengku. Atau ayahnya bergelar Tengku dan ibunya bukan Tengku. Jadi gelar Tengku secara genealogi diwarisi berdasarkan hubungan darah secara patrilineal (nasab bapa).

(b) Syed, adalah golongan orang-orang keturunan Arab dan dianggap sebagai zuriat daripada Nabi Muhammad. Gelar ini terdapat juga di Riau dan Semenanjung Malaysia.

(c) Raja, iaitu gelar kebangsawanan yang dibawa dari Inderagiri (Siak), ataupun anak bangsawan daripada daerah Labuhan Batu: Bilah, Panai dan Kota Pinang. Pengertian raja di daerah Melayu tersebut adalah sebagai gelar yang diturunkan secara genealogi, bukan seperti yang diberikan oleh Belanda. Oleh pihak penjajah Belanda, gelar raja itu diberikan baik mereka yang mempunyai wilayah pemerintahan hukum yang luas ataupun hanya mengepalai sebuah kampung kecil sahaja. Pengertian raja yang diberikan Belanda ini adalah kepala atau ketua. Menurut keterangan Sultan Kesebelas

Page 5: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Kesultanan Deli, Tengku Amaluddin II, seperti yang termaktub dalam suratnya yang ditujukan kepada Gubernur Sumatera Timur tahun 1933, jika seorang wanita Melayu bergelar Tengku bernikah dengan seorang bangsawan yang bergelar Raden daripada Tanah Jawa atau seorang bangsawan yang bergelar Sutan daripada Minangkabau (Kerajaan Pagaruyung), maka anak-anak yang diperolehi daripada perkahwinan ini berhak memakai gelar raja.

(d) Wan. Jika seorang wanita Melayu bergelar Tengku kahwin dengan seorang yang bukan Tengku, dengan seseorang daripada golongan bangsawan lain atau masyarakat awam, maka anak-anaknya berhak memakai gelar wan. Anak lelaki keturunan mereka seterusnya dapat memakai gelar ini, sedangkan yang wanita tergantung dengan siapa dia bernikah. Jika martabat suaminya lebih rendah daripada wan, maka gelar ini berubah untuk anaknya, mengikuti gelar suaminya--dan hilang jika kahwin dengan orang kebanyakan.

(e) Datuk. Terminologi kebangsawanan datuk ini, awalnya berasal daripada Kesultanan Aceh, baik langsung ataupun melalui perantaraan Wakil Sultan Aceh di Deli. Gelar ini diberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan daerah pemerintahan autonomi yang dibatasi oleh dua aliran sungai. Batas-batas ini disebut dengan kedatuan atau kejeruan. Anak-anak lelaki daripada datuk dapat menyandang gelar datuk pula. Sultan atau raja dapat pula memberikan gelar datuk kepada seseorang yang dianggap berjasa untuk kerajaan dan bangsanya. Di Malaysia gelar datuk diperolehi oleh orang-orang yang dianggap berjasa dalam pengembangan budaya Malaysia. Kemudian tingkatan datuk lainnya adalah datuk seri dan datuk wira. (f) Kaja. Gelar ini dipergunakan oleh anak-anak wanita seorang datuk.

(g) Daeng, yang terdapat di Riau adalah golongan bangsawan yang merupakan keturunan bangsawan daripada masyarakat Bugis Sulawesi. Seperti diketahui bahawa masyarakat Bugis ramai yang menetap di kawasan Melayu dan menjadi bahagian daripada etnik Melayu tempatan.

(h) Encik dan Tuan adalah sebuah terminologi untuk memberikan penghormatan kepada seseorang, lelaki atau wanita, yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dalam berbagai-bagai bidang sosial dan budaya seperti: kesenian, dagang, bahasa, agama, dan lainnya. Panggilan itu bisa diucapkan oleh sultan, raja, bangsawan, atau masyarakat kebanyakan.1

1Tingkatan-tingkatan bangsawan Melayu Sumatera Timur ini, diolah daripada penjelasan yang dikemukakan para narasumber: (1) Tengku Lah Husni, (2) Tengku Luckman Sinar, (3) Encik Tairani, (4) Datuk Filiansyah, (5) Fadlin, (6) Encik Dahlia Abu Kasim Sinar, (7) Wan Saifuddin, dan lain-lainnya. Temubual dilakukan selama tahun 2000 sampai 2007.

Page 6: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Sesuai dengan peralihan zaman, maka penggolongan kebangsawanan ini tidak lagi dominan dan memberi pengaruh yang luas dalam konteks sosial budaya etnik Melayu di Sumatera Utara, walaupun biasanya golongan bangsawan tetap mempergunakan gelarnya. Kini yang menjadi orientasi kehidupan sebahagian besar etnik Melayu adalah menyerap ilmu pengetahuan dan teknologi, dengan didasari oleh adat-istiadat Melayu. Struktur sosial inilah yang hedak dipulihara oleh institusi perkahwinan dalam kebdayaan Melayu. Selanjutnya bagaimana proses perkahwinan adat Melayu itu, dihuraikan dalam tulisan berikut ini.

Deskripsi Umum Upacara Perkahwinan Adat Melayu Sumatera UtaraPada  kebudayaan  etnik Melayu di kawasan Sumatera Utara, biasanya

secara konseptual dan praktek,  menjadi sebuah  pikiran sesebuah keluarga, apabila  anaknya   telah dewasa (melampaui usia  akil baligh), sama ada  lelaki mahupun perempuan  belum  mendapatkan jodoh  untuk berumah tangga. Biasanya  syarat  dewasa ini selalu  dihubungkan dengan pengertian  dalam agama Islam. Pengertian dewasa  mengikut agama Islam bagi kaum wanita adalah telah  mendapat  haid (menstruasi)  sekitar umur 12 tahun, sedangkan untuk  kaum lelaki  apabila  suaranya telah menjadi parau  (berubahnya suara untuk sementara waktu daripada kanak-kanak menjadi suara yang  agak membesar). Artinya seorang lelaki ataupun wanita  dapat  dinikahkan  oleh tuan  kadi  apabila telah dewasa (akil baliqh atau mukalaf mengikut hukum Islam).

Mengikut  Pak Habibullah (informan) sebuah  perkahwinan yang  normal, menurut kebiasaan yang berlaku dalam  kehidupan  etnik Melayu, biasanya melalui satu  masa pertunangan  (ikat  janji antara pihak wanita dan  pihak pria) yang  lamanya sekitar satu tahun. Dalam  masa pertunangan itulah seorang anak dara (gadis) dan jejeka (pemuda) berkenalan. Masa perkenalan itu, secara amnya, selalu  terjadi pada beberapa musim yang berkenaan dengan aktiviti mengolah makanan pokok etnik Melayu iaitu padi, seperti: (a) musim menanam  padi,  (b)  musim mengetam padi,  dan  (c) musim mengirik padi.

Masa  perkenalan dan pertunangan ini diakhiri  dengan masa perkahwinan. Dalam tata cara perkahwinan yang direstui kedua  orang  tua ataupun  keluarga  masing-masing  pihak, biasanya menurut konsep budaya tradisional Melayu di kawasan ini, dilakukan dengan mengikuti beberapa tahapan, yaitu: (a) merisik kecil melalui seorang telangkai (perantara); (b) merisik rasmi dan meminang; (c) menyorong tanda sebagai pengabsahan pertunangan; (d) ikat janji; (e) jamu sukut, iaitu kenduri untuk

Page 7: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

memberitahukan  kepada keluarga masing-masing pihak; (f) akad nikah; (g) berinai; (h) mengantar pengantin; dan (i) "meminjam" pengantin.

Akad NikahHari  pernikahan dapat saja dilakukan pada pagi  hari ataupun malam, hal

tersebut ditentukan oleh suatu mufakat. Pada acara tersebut calon pengantin laki-laki diantar oleh sekitar  sepuluh  orang keluarganya  yang tua-tua  laki-laki atau perempuan ke rumah pihak perempuan untuk mengucapkan akad nikah. Biasanya  pakaian  calon pengantin pada  waktu nikah haruslah sesuai dengan apa yang telah dijanjikan  sewaktu meminang. Misalnya telah dijanjikan bahawa sewaktu  nikah calon pengantin  laki-laki harus memakai pakaian  haji, iaitu serban tegang dan jubah panjang.

Maka  apabila pada waktu itu calon  pengantin  laki-laki datang pakai baju teluk belanga dan kupiah saja, maka ada  hak pihak perempuan untuk menolaknya, malahan  selalu pula kejadian penolakan seperti ini, iaitu seperti yang telah  dijanjikan:  uang mahar dinaikkan juga  pada  waktu nikah setengah dari jumlah seluruhnya, kerana  perjanjian pakaian yang dilanggar ini. Uang mahar itu dibayar dengan uang ringgit.

Uang  mahar itu dibungkus dalam kain tiga lapis  yang berlainan  warna, kadang-kadang ada yang  membuat  sampai sembilan  lapis,  dengan ditambahi  bertih  (beras   yang digoreng tanpa menggunakan minyak), beras kuning  (beras yang direndam pada air kunyit), dan bunga rampai (beraneka ragam  bunga-bungaan), serta uang ringgit--lalu  dibungkus dan diikatkan dengan benang panca warna yang diikat dengan simpul  hidup. Kemudian uang yang telah  dibnungkus  itu dimasukkan  ke dalam cepu (peti kecil) dan cepu  tersebut dibungkuskan  pula  baik-baik pada sehelai  kain panjang, setelah  selesai  diletakkan di atas sebuah  dulang  kecil yang dinamakan semerip. Uang  mahar tersebut digendong untuk dibawa ke rumah pihak perempuan  dengan  penuh kasih  sayang,   seperti layaknya menggendong anak bayi. Peralatan-peralatan  yang turut  dibawa yakni: pahar  (tempat  yang terbuat  dari kuningan berbentuk bulat), yang berisi pulut kuning,  ayam panggang, dan sebuah tepak nikah, di dalamnya dimasukkan sebahagian biaya  nikah untuk tuan kadi. Biasanya  biaya nikah dibayar oleh kedua belah pihak masing-masing seorang sebahagian.

Di  rumah pihak perempuan telah menanti sebuah  tepak sirih  dan sebuah pahar pulut kuning. Pahar  tersebut nantinya dipertukarkan sewaktu hendak pulang. Acara  pernikahan ini ditempatkan di ruangan bahagian dalam, tempatnya  tersendiri, di atas tikar  pandan  yang disebut tikar ciau, yang di atasnya  dibentangkan  sebuah tilam (katil)  yang  dilapisi  kain, di sinilah calon  pengantin didudukkan. Apabila rombongan  pihak laki-laki telah

Page 8: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

sampai  di rumah  perempuan,  kaum laki-laki dipersilahkan duduk  di ruang muka,  dan kaum ibu di ruang  dalam.  Tepak  sirih nikah, pulut kuning, dan bungkusan uang mahar yang  dibawa tersebut  diletakkan di  ruang  muka,  di tengah-tengah hadapan  majelis dan hadirin yang ada. Setelah  itu  maka pihak perempuan memulai berkata sebagai pembuka kata dengan cara berpantun, ditujukan ke pihak laki-laki.

Makan sirih berpinanglah tidak,Pinang ada dari Melaka,Makan sirih mengenyanglah tidak,Hanya kerana budi bahasa.

Pulau Tagor bukannya pulau,Serbajadi di atas bukit,Duduk kami bagai terpukau,Datang rombongan bukan sedikit.

Sorong papan ke atas atap,Buah langsat diperama nanti,Sirih kami minta disantap, Apa hajat di dalam hati.

Pantun  tersebut  berdasarkan  falsafah  hidup  orang Melayu memberi tahu bahawa tuan rumah mempersilahkan  untuk memakan  sirih,  agar pelaksanaan segera  dapat  dimulai. Maka  pihak  laki-laki memakan sirih tersebut,  dan bila selesai mulai berkata menyambut pantun tadi.

Tuan-Tuan  dan  Puan-Puan sekalian,  pada  hari  baik, bulan  baik, datang  pula kami  kemari, menagih  dan menepati  janji, janji yang dimuliakan, remaja  putera kami bawakan, untuk diambil akad nikah, mahar pun kami antarkan. Pembayar hutang yang diucapkan, hutang adat hutang  syarak,  harus  selesai  seluruhnya,  demikian pinta dari kami.

Pihak perempuan lalu menyambut pantun di atas  dengan berkata-kata dengan gaya berpantun sebagai berikut.

Tuan-Tuan  yang mulia, syukur kita pada Ilahi,  segala sesuai menurut janji, tanda manusia  tetap beradat, tanda  kampung  tetap berpenghulu, tanda  luhak  tetap beraja,  tanda syarak tetap dipegang,

Page 9: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

tetap adat  jadi pusaka. Lain  dari  pada itu Tuan-Tuan  dan  Puan-Puan,  sudah menanti tepak nikah, sudah terhampar tikar ciau, sudah tergantung  tabir di dinding, sudah terentang  langit-langit, sudah terhidang pulut kuning, sudah terbilang orang  duduk,  sudah menanti tuan kadi,  sedah  sekata anak beru. Oleh sebab itu, usaha baik kita percepat, teruna  disilakan mengambil tempat,  demikianlah  kata dari kami.

Setelah pihak laki-laki dan perempuan  berbalas-balas pantun,  untuk mengutarakan maksud, maka oleh  anak  beru pihak perempuan membuka bungkusan uang mahar, yang dibawa pihak   laki-laki  dengan  cermat  dan hati-hati,   serta dihitung  jumlah isinya, apakah sesuai dengan  yang  telah dijanjikan atau tidak.

Menghitung  uang  di dalam cepu  (peti  kecil)  tidak boleh  sampai mengeluarkan bunyi gemerisik.  Pada  masa dahulu  ketika  pada kehidupan etnik Melayu  memakai  uang ringgit, apabila kedengaran  bunyi berdenting, maka "semangat"  kedua  pengantin bisa  hilang,  dan akibatnya mereka nantinya saling bertengkar. Apabila telah dihitung dengan jumlah yang cukup, maka uang tersebut  dibungkus  kembali  seperti  semula  dan disorongkan ke ruang dalam agar didukung (ditimang-timang) oleh  keluarga yang tua-tua secara bergantian. Hal ini dimaksudkan   agar perkahwinan itu   nantinya mendapat keselamatan dan kekal. Setelah dipegang bergantian,  lalu diserahkanlah  kepada orang tua pengantin perempuan untuk diberikan kepada si pengantin perempuan.

Pengantin  laki-laki telah duduk di atas  tilam  yang diapit kiri kanan oleh guru ataupun keluarganya yang punya ilmu   kebatinan,  agar  dalam pelaksanaan   pernikahan tersebut tidak ada halangan apa-apa. Di hadapan pengantin laki-laki  duduk seroang tuan kadi dan disertai dua  orang saksiuntuk mendengar akad nikah tersebut. Keluarga  yang lain  duduk menyaksikan upacara secara cermat,  lalu  tuan kadi  mengucapkan  doa nikah, setelah  itu berkata  yang nantinya dijawab oleh pengantin laki-laki:

Hamba  nikahkan  akan tuan dengan Siti  Halimah,  yang berwakil walinya kepada hamba dengan mahar 64 ringgit.

Sambil  menarik sedirkit demi sedikit telunjuk  pengantin, yang  artinya calon pengantin tersebut menjawab  perkataan tuan kadi:

Hamba  terima  nikah Siti Halimah dengan  maharnya  64 ringgit.

Page 10: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Kalau ucapan ini lancar dan terang didengar oleh tuan kadi  dan dua orang saksi, maka sahlah nikah  itu,  sering juga pernikahan tidak dapat dilakukan dengan sempurna  dan diulang-ulang beberapa  kali  sampai jelas. Hal  ini biasanya  ada sesuatu gangguan, seperti  masalah  gangguan makhluk halus terhadap pengantin yang dikirim  orang-orang yang tak senang. Apabila  nikah telah selesai, tuan  kadi  membacakan do'a selamat, dilanjutkan dengan jamuan makan. Pada waktu pulang,   pihak  laki-laki membawa  pulut kuning   yang disediakan pihak pengantin wanita.

Menghantar PengantinPada zaman dahulu (tak dapat ditentukan periodenya) yang lajim

dilakukan orang, setelah pengantin perempuan duduk di pelaminan, maka dikirimlah utusan ke rumah pihak pengantin laki-laki untuk menyatakan bahawa pengantin perempuan telah siap untuk bersanding di pelaminan. Pada siang harinya, pengentin laki-laki dihantar ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan sanak keluarga dan handai taulan. Pengantin laki-laki berpakaian pengantin lengkap (iaitu memakai destar di kepala, baju bertabur atau telepuk (kerah kecak musang, celana panjang, berkain samping untuk menutup pinggang, memakai keris sebelah kanan pinggang, dan memakai pending diikatkan di tangan. Ia memegang sebuah tabung perak berisi beraneka ragam bunga dan daun sirih (yang disebut dengan sirih genggam). Demikian juga di atas pelaminan, pengantin perempuan memegang sirih genggam pula. Apabila pengantin laki-laki telah sampai di tempat pengantin wanita, di atas pelaminan, kedua sirih genggam ini dipertukarkan, kerana sirih genggam pengantin laki-laki adalah yang dibawa untuk isterinya, sedangkan sirih genggam pengantin wanita adalah untuk menyambut suaminya.

Di halaman rumah pengantin perempuan, sebelum sampai ke atas pelaminan, pengantin laki-laki diapit oleh dua orang anak kecil (gading-gading) yang nantinya bekerja mengipasi kedua pengantin. Pengantin laki-laki yang datang, diarak beramai-ramai dengan aktivitas musikal. Sebuah balai, iaitu bangunan beberapa kotak papan, semakin ke atas semakin kecil (jumlahnya ganjil), yang berisi pulut kuning, seekor ayam dipanggang, dan beberapa buah telur yang dibungkus dan dihiasi oleh kertas (kertas minyak atau manila), beberapa tepak sirih dan bunga sirih, serta uang yang belum diberikan/kekurangannya, dibawa oleh anak beru di barisan bahagian depan. Bahagian depan barisan ini ada beberapa orang bersilat untuk menjaga-jaga apabila ada sesuatu gangguan terhadap prosesi tersebut. Pengantin laki-laki di barisan bahagian tengah, ditandu di atas sebuah kursi--yang mengangkatnya adalah anak beru pihak pengantin laki-laki. Pada barisan bahagian belakang,

Page 11: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

adalah kaum wanita dan bapak-bapak--berdasarkan persepsi tradisi Melayu mereka harus memakai pakaian adat Melayu. Kaum wanita memakai baju kebaya panjang, kain songket, dan selendang. Kaum bapak memakai baju teluk belanga, celana (seluar) panjang, dan kain samping serta memakai peci (tutup kepala).

Di depan pintu masuk pekarangan rumah pengantin wanita, telah menunggu dan berjaga-jaga beberapa anak beru pihak pengantin wanita. Selembar kain panjang ataupun seutas tali yang berbunga direntangkan mereka, sehingga rombongan pengantin laki-laki tidak dapat masuk. Kelompok prosesi pihak pengantin laki-laki berhenti, tidak dapat berjalan masuk, kerana ditahan oleh kelompok pengantin wanita.Peristiwa penahanan prosesi kelompok pengantin laki-laki oleh kelompok pengantin wanita ini, secar adat disebut dengan gatang-gatang) (yang merupakan hak adat anak beru).

Dengan pura-pura marah, sambil menggertak, anak beru pihak laki-laki maju menghadap mereka dan bertanya apa sebabnya arak-arakan ini tidak boleh masuk. Anak beru perempuan hanya tertawa sahaja, kain penghambat jalan tetap tidak dibuka, dan salah satu di antara mereka berkata:

Tuan-Tuan, adat diisi, lembaga dituang. Dimana ranting dipatah, di situ air disauk, dimana tanah dipijak, di situ langit dijunjung, siapa melanggar akan dilanggar, penyelesaian hanya diperoleh jika adat dipenuhi.

Maka terjadilah pertengkaran yang “dibuat-buat" dan tawar-menawar tentang penyelesaian adat. Akhirnya pihak pengantin laki-laki membayar uang batang-batang sebesar seperempat mahar, Setelah uang batang-batang ini dipenuhi, kain penghalang (dapat juga disebut penghalang pintu) ini dibuka, dan perarakan rombongan pihak pengantin laki-laki diteruskan. Oleh pihak pengantin wanita, di depan pintu pekarangan telah disediakan tiga orang untuk mengangkat pengantin laki-laki dan kedua gading-gading sampai ke depan pintu rumah pengantin wanita, di tempat inilah mereka diturunkan. Di depan pintu telah menanti pula beberapa impal (anak laki-laki dari saudara ibu yang laki-laki atau kemanakan). Mereka berhak atas adat hempang pintu sebanyak seperempat mahar. Sebelum uang adat tersebut dibayar, pengantin laki-laki tidak dibenarkan masuk--maka timbullahpertengkaran yang juga "dibuat-buat". Pihak impal pengantin wanita ini berkata:

Page 12: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Datuk-Datuk yang kami muliakan, Tinggilah terbang burung kenari,Hinggap kelana di atas dahan,Apakah maksud datang kemari,Adat yang mana tuan bawakan.Impal larangan menghempang pintu,Bahu membahu berbanjar-banjar,Menuntut bahagian adat dahulu,Rela berkorban kalau dilanggar.

Pihak pengantin laki-laki pun menjawab sebagai berikut.

Datuk-Datuk yang handalan, serta keluarga yang kami muliakan,Tatkala dulu burung terbang,Panji sudah kita tanamkan,Orang kini mendapatkannya,Tatkala dulu kami datang,Janji sudah kita simpulkan,Sekarang kami menepatinya.

Sudah terkembang payung adat,Sudah tersusun pulut balai,Sudah beriring bunga sirih,Disambut dengan tepung tawar,

maka itu:Kami datang membawa adat,Hempang pintu minta diurai,Inilah uncang orang yang letih,Hak impal seperempat mahar.

Pihak pengantin wanita pun menyambutnya.

Sudah terdinding kain tabir, sudah terbentang langit-langit, sudah terbentang tikar ciau, sudah berdiri pelaminan, sudah tersimpuh mempelai puteri, hutangadat telah dibayar, hutang letih ditepung tawar, kain hempang kami turunkan, silahkan pengantin masuk ke dalam.

Page 13: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Hempang pintu telah dibuka, pengantin laki-laki serta rombongan masuk ke ruangan tengah, dipimpin oleh anak beru perempuan pihak pengantin laki-laki. Kaum bapak tidak boleh masuk, melainkan duduk di ruangan depan. Setelah berada di ruangan tengah, pengantin laki-laki dan rombongan (terdiri dari kaum ibu) ditahan lagi--kerana belum membayar adat, iaitu penahanan tabir pendinding pelaminan yang dijaga oleh anak beru pihak perempuan. Dan pada saat ini terjadi lagi "pertengkaran." Apabila pihak pengantin laki-laki membayar uang adat sebesar seperdelapan mahar, maka dibukalah tabir pendinding pelaminan.

Setelah itu pengantin laki-laki menuju pelaminan, tetap antara dua sampai tiga meter kembali berhenti, kerana tikar dan kain belum dibentangkan, untuk menjadi tempat berjalan pengantin. Tikar tersebut dijaga oleh saudara-saudara ibu pengantin wanita. Pada saat ini saudara-saudara ibu pengantin wanita mempunyai hak adat yang disebut kembang tikar dan pihak pengantin laki-laki harus membayar seperdelapan mahar lagi. Setelah dibayar, maka tikar pun dikembangkan--dan pengantin laki-laki dibawa ke pelaminan. Sebelum menginjakkan tikar, terlebih dahulu menginjakkan sebuah talam sebagai lambang membersihkan kaki. Setelah selesai didudukkanlah pengantin tersebut pada kursi pelaminan, di sebelah kanan pengantin perempuan, yang dari semula telah duduk di kursi pelaminan. Pada saat ini, wajah pengantin wanita masih ditutupi dengan kipas, dipegang oleh isteri dari saudara laki-laki dari pengantin wanita.

Maka pihak laki-laki dan hadirin yang saling bertanya-tanya, pertengkaran "berpura-pura" pun terjadi. Pihak pengantin wanita menyatakan bahawa hak adat yang terakhir belum dipenuhi, yakni membayar seperdelapan mahar lagi, untuk hak adat hempang kipas. Setelah mahar diberikan, maka kipas yang menutupi wajah pengantin wanita dibuka--dan hadirin dapat melihat kedua pengantin di pelaminan. Sirih genggam kedua pengantin tersebut ditukarkan. Pada sisi kiri dan kanan pengantin, duduk orang yang menjaga dan mengatur masing-masing pengantin. Maka bersandinglah kedua mempelai beberapa lama, dikipasi oleh kedua anak gading-gading dan dilihat beramai-ramai oleh sanak keluarga, tetangga, handai tolan, dan segenap yang hadir.

Di atas tangga pelaminan sebelah bawah terletak sebuah tepak sirih, iaitu simbol menyambut mereka datang. Balai pulut yang dibawa oleh pihak pengantin laki-laki diletakkan sejajar dengan balai pulut pihak perempuan. kemudian kedua pengantin ditepungtawari Menurut Lah Husni telah menjadi adat kebiasaan pula, bahawa puak Melayu memakai tepung tawar pada beberapaupacara dan kejadian-kejadian penting, seperti perkahwinan, pertunangan, khitanan, seseorang yang kembali dengan selamat dari suatu

Page 14: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

perjalanan, atau terlepas dari marabahaya, atau mendapat rahmat dari Tuhan di luar dugaannya. Menurutnya istilah tepung tawar ini berasal dari kata tampung tawar yang maknanya tangan menampung penawar (obat). Susunan tepung tawar yang biasa digunakan oleh masyarakat Melayu, secara umum terdiri dari tiga bahagian pokok: (1) ramuan penabur yang terdiri dari: a. beras putih yang melambangkan kesuburan; b. beras kuning yang melambangkan kemuliaan dan kesungguhan; c. bertih yang melambangkan perkembangan, d. bunga rampai yang melambangkan keharuman nama, e. tepung beras yang melambangkan kebersihan hati; (2) ramuan rinjisan yang terdiri dari daun kalinjuhang (silinjuhang; tangkai dan daun pohon pepulut (sipulut); daun gandarusa atau daun sitawar; daun jejerun (jerun-jerun); daun sepenuh; daun sedingin; dan pohon dan akar sembau.(3) perdupaan yang terdiri dari kemenyan atau setanggi yang dibakar--yang dapat diartikan doa kepada yang Maha Kuasa. (1977:74-79), oleh sanak keluarga dari kedua belah pihak.

Acara berikutnya, setelah tepung tawar adalah makan nasi hadap-hadapan--iaitu segala macam "hiasan" yang dihadapkan kepada kedua pengantin serta hadirin dari kedua belah pihak yang dihormati atau dituakan. Kesemua hiasan tersebut terbuat dari makanan. Yang pertama adalah nasi sulang-sulangan--maksudnya agar kedua pengantin saling tolong menolong. Lalu saling memberikan minuman dan keduanya saling berlomba mengambil hidangan berupa seekor ayam yang telah dimasak, dimasukkan pada tempat tertentu (kotak) ditimbuni dengan nasi minyak (lemak), iaitu nasi yang dimasak dengan santan kelapa). Di atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan ini merupakan suatu ikatan lahir dan batin antara kedua mempelai dan keluarganya--kerana pada mulanya mereka (kedua pengantin) tidak saling kenal. Berbeza dengan zaman sekarang, umunya mereka menentukan pilihannya sendiri, dan saling kenal sebelum beranjak ke jenjang perkahwinan.

Keesokan harinya kedua pengantin dihiasi dengan pakaian pengantin kembali, untuk mengadakan sembah keliling iaitu untuk memperjumpakan keduanya dengan ayah, bunda, dan kaum keluarga dari pihak perempuan yang ada di rumah tersebut. Keduanya pun menyembah dengan bergantian dan memberikan cemetuk (hadiah) kepada sanak keluarga yang telah membantu pelaksanaan perkahwinannya tersebut. Setelah itu dilanjutkan dengan acara para kaum kerabat memberikan nasehat-nasehat kepada kedua pengantin.

Page 15: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Jalannya UpacaraDalam upacara perkawinan Melayu terdapat tahapan-tahapan yang

mesti dilakukan menurut adat. Di antara tahapan-tahapan itu adalah sebagai berikut.

1. Silat tarik2. Hempang batang3. Tukar tepak sirih di halaman4. Tukar paying pengantin5. Perang bertih atau bunga rampai6. Tari Persembahan (Makan Sirih)7. Sepatah kata di halaman rumah8. Hempang pintu9. Pijak batu lagan10. Sembah mertua11. Hempang kipas atau hempang pelaminan12. Tepung tawar13. Makan nasi hadap-hadapan (nasi belam)

Contoh pantun yang dilakukan pada tahapan silat tarik:

Pihak perempuan:Niat baik bukan untuk menghadangBukan pula lagak menantangHanya memadu resam berbilangAgar adat tidak kan hilang

Pihak laki-laki:Sepanjang adat resam Melayu,Sepanjang janji yang sudah dipaduKami datng bukan nak diaduTapi ada pula pihak anak beru

Selat murung namanya kampongTempat lahir laksmana Hang TuahSilat laga sambung-menyambungAcara penyambutan makin meriah

Contoh pantun saat tukar tepak sirih di halaman.Perlis Kedah Kelang Melaka

Page 16: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Bandar Serawak sungguhlah ramaiHabis sudah silang sengketaTukar tepak tanda berdamai

Contoh pantun tukar paying pengantin.Digulung benang digulung taliDirajut benang buat selendangPayung datang paying menantimenyusul rombongan yang telah datang

Contoh pantun ketika perang bertihPerang bertih si bunga rampaiSeruling ditiup gendang dipaluAcara penyambutan semakin ramaiMenyambut datangnya pengantin baru

Contoh pantun pengantar Tari PersembahanTarai Persembahan penghias adatSejak dahulu selalu dibuatMenyambut datang tamu terhormatSeia sekata tetap sepakat

Contoh pantun pada sepatah kata di halamanSelamat datang tetamu kamiDatang berkunjung ke rumah iniSungguh sangat berkenan di hatiYang kami nanti telah terbukti

Di ufuk cerah mentari pagiBukan memuja bukan memujiTidak usah kami menantiYang kami nanti telah terbukti

Contoh pantun ketika hempang pintuPihak lelaki:Bukuh sebatang dibelah perangParang berhulu kayu tualangDisuruh datang kami dah datangMengapa di pintu kami dihadang

Page 17: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Pihak perempuan:Buah nangka si batang nibungGetah melilit si buah perepatMengapa tuan menjadi bingungIni dah jadi lembaga adat

Contoh pantun pijak batu lagan:Batu lagan di dalam talamInjakkan kaki ke atas batuSilahkan ananda masuk ke dalamSudah jadi anak menantu

Contoh pantun sembah mertuaSembah mertua selalu dibuatMohon doa serta berkatSeia sekata tetap sepakatMenjaga marwah serta martabat

Contoh pantun hempang kipas.Pihak laki-laki:

Pak Uncu pandai menariPandai menari dekat tepianHempang pintu dah dilaluiMengapa kini hempang pelaminan

Pihak perempuan:Hempang pelaminan hempang menantiMenurut adat zaman ke zamanJika nak duduk kasihlah kunciBaru bisa ke atas pelaminan

Contoh pantun tepung tawar:Hati-hati memetik mawarSalah petik kena durinyaHati-hati bertepung tawarSalah niat sirik jadinya

Tepung tawar tepung sejati

Page 18: SENI PERSEMBAHAN DALM PERKAHWINAN … · Web viewDi atas nasi tersebut dihiasi bunga-bungaan yang terbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam falsafah adat Melayu, kegiatan

Tepung asnak Si Raja PatiSial dibuang untung dicariMengharap ridho Allahu Rabbi

Contoh pantun makan nasi hadap-hadapan:Menurut adat resam MelayuSudah teradat sejak dahuluBila tepung tawar sudah berlaluMakan nasi hadapan segera bertemu

Nasi pengantin terhidang sudahLauk pauknya kueh dan haluaDisusun rapi ditata indahLaksana taman bertabur bunga(sumber: Yuscan, 2007)

PenutupDari uraian di atas tergambar dengan jelas bahwa pantun adalah

sebagai salah satu sarana komunikasi verbal dalam istiadat perkawinan Melayu termasuk masyarakat Melayu di Sumatera Utara. Pada pada istiadat perkawinan ini mencerminkan nilai-nilai dan filsafat budaya masyarakat Melayu yang dijunjung tinggi daeri masa ke semasa. Pantun adalah sarana komunikasi yang dilakukan dalam konteks adat yang menjadi bahagian dari sistem estetika dan sosial.

Daftar PustakaHadikusuma, Hilman, 1990. Hukum Perkahwinan Adat. Bandung: Citra

Aditya.Husni, Tengku Muhammad Lah, 1986. Butir-butir Adat Budaya Melayu

Pesisir Sumatera Timur. Jakarta: Depdikbud. Ma’ruf, Hasbullah, 1977. Naskah Cara-cara Nikah-Kahwin Adat Melayu

Sumatera Timur. Medan.Rais, B.N., 1983. Peranan,  Nelayan,  dan Perkahwinan dalam  Tata  Cara

Adat Istiadat  Melayu Deli Serdang. Ubuk Pakam: (tanpa penerbit).Sinar, Tengku Luckman, 1986. Sari Sejarah Serdang. Medan.Yuscan, 2007. Adat-istiadat Perkahwinan Melayu Sumatera Timur. Medan:

Pengurus Besar Majelis Adat Budaya Melayu Indonesia.