modul cerpen mutiara bonda

12
Tingkatan Tiga Masa 80 Minit Tajuk Mutiara Bonda Genre Cerpen Fokus Utama 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. Aras 2 (iv) Menganalisis watak dan perwatakan serta latar. Fokus Sampingan 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. Aras 1 (iii) Mentafsirkan dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah, peribahasa, ayat dan perenggan. Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat : i. Menganalisis watak dan perwatakan serta latar dalam novel. ii. Mentafsirkan dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah dan peribahasa, ayat dan perenggan. iii. Memberikan maksud enam kata ganda yang terdapat dalam cerpen. Kemahiran Bahasa Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Membaca Sistem Bahasa Tatabahasa: Morfologi Peribahasa : bertikam lidah, bersengkang mata, mencangkul angin, musuh dalam selimut, bendera

Upload: anna-juliyanti

Post on 07-Aug-2015

1.590 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Cerpen Mutiara Bonda

Tingkatan Tiga

Masa 80 Minit

Tajuk Mutiara Bonda

Genre Cerpen

Fokus

Utama

10.6

Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.

Aras 2 (iv)Menganalisis watak dan perwatakan serta latar.

Fokus Sampingan

7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.

Aras 1 (iii)Mentafsirkan dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah, peribahasa, ayat dan perenggan.

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat : i. Menganalisis watak dan perwatakan serta latar dalam novel.

ii. Mentafsirkan dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah dan peribahasa, ayat dan perenggan.

iii. Memberikan maksud enam kata ganda yang terdapat dalam cerpen.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Mendengar dan BertuturKemahiran Membaca

Sistem Bahasa

Tatabahasa: Morfologi

Peribahasa : bertikam lidah, bersengkang mata, mencangkul angin, musuh dalam selimut, bendera putih

Kosa Kataculang-caling, berpiuh-piuh, bertalu-talu, meleret-leret, terkinja-kinja, berjela-jela

Page 2: Modul Cerpen Mutiara Bonda

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Sivik, Pendidikan MoralNilai : Kasih sayang, pengorbanan, ketabahan

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir : Memberi pendapat tentang Keluarga BahagiaKontekstual : Mengaitkan pengalaman sedia ada.

Page 3: Modul Cerpen Mutiara Bonda

LangkahAktiviti Pengajaran dan

PembelajaranPenilaian Formatif

KBT/Catatan

SetInduksi

Guru menperdengarkan lagu ‘Buatmu Ibu’ nyanyian kumpulan Aeman.

Guru meminta murid menghayati lirik lagu tersebut.

Guru mengaitkan lirik lagu dengan isi pelajaran.

Lampiran 1Lagu ‘Buatmu Ibu’

1 Watak dan Perwatakan dan Latar

Guru memilih tiga orang murid untuk menjayakan aktiviti ‘Teater Pembaca’ bagi menjelaskan perwatakan Adik (Mohd Harraz), Bonda dan Kak Cik dalam cerpen.

Guru meminta murid mengisi Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) dengan maklumat watak Adik, Bonda dan Kak Cik melalui aktiviti ‘Teater Pembaca’ tadi.

Berdasarkan cerpen “Mutiara Bonda” murid diminta mengilustrasikan latar tempat atau latar masyarakat

Guru membuat rumusan selepas mendengar pembentangan murid.

Lampiran 2(a)Penjelasan Teknik Teater Pembaca

Lampiran 2(b)LPG watak dan perwatakan Adik (Mohd. Harraz), Bonda dan Kak Cik.

Lampiran 2(c)LPG jawapan watak dan pwerwatakan Adik, Bonda dan Kak Cik.

Page 4: Modul Cerpen Mutiara Bonda

LangkahAktiviti Pengajaran dan

PembelajaranPenilaian Formatif

KBT/Catatan

2 Menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah, peribahasa, ayat dan perenggan

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan akan diberikan 1 perkataan.

Berdasarkan perkataan tersebut setiap kumpulan akan mencari makna perkataan tersebut dan dikembangkan perkataan tersebut menjadi rangkai kata, peribahasa, ayat dan perenggan.

Guru membuat ulasan tentang jawapan murid

Objektif (ii) tercapai

Perkataan:

tunggal persis mulut jantung

3 Mencari Maksud Kata Ganda dan Membina Ayat

Guru mengedarkan LPG kata ganda.

Guru melengkapkan LPG dengan menyatakan maksud kata ganda.

Guru membuat ulasan tentang jawapan murid.

Objektif (iii) tercapai

Lampiran 3(a)LPG kata ganda

Lampiran 3 (b)Jawapan LPG kata ganda

Penilaian dan

Peneguhan

Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari tersebut.

Lampiran 1

Buatmu Ibu

(Aeman)

Ibu bergenang air mataku

Terbayang wajahmu yang redup sayu

Kudusnya kasih yang engkau hamparkan

Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan

Tak pula kau merasa jemu

Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu

Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan

Biarpun dirimu yang telah terkorban

Tak dapat kubalasi akan semua ini

Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amatlah aku harapkan

Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu

Mengajarku erti kesabaran

Kau bagai pelita di kala aku kegelapan

Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku

Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku

Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai

Itulah harta yang engkau berikan

Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu 

Page 5: Modul Cerpen Mutiara Bonda

Lampiran 2(a)

Page 6: Modul Cerpen Mutiara Bonda

Penjelasan Teknik Teater Pembaca

Aktiviti Teater Pembaca

AKTIVITI TEATER PEMBACA

Definisi:

Membaca skrip dengan intonasi dan sebutan dengan penghayatan tinggi tanpa aksi.

Langkah mengajar:

a)Melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.

b)Lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi dan mimik muka.

c)Murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan kembali selangkah ke belakang selepas gilirannya habis.

d)Membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah berlaku di hadapan mereka.

e)Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Lampiran 2(b)

Page 7: Modul Cerpen Mutiara Bonda

LPG watak dan perwatakan Adik (Mohd Harraz), Bonda dan Kak Cik.

Lengkapkan jadual dengan watak dan perwatakan berdasarkan peristiwa dalam petikan cerpen ’Mutiara Bonda’ di bawah.

KAD PERISTIWA WATAK PERWATAKAN

1Bondalah yang berkuyup lencun memandikan adik. Gigi adik pun bonda yang gosokkan. Disuruh mengangakan mulut, ada kalanya jari bonda digigit adik. Isyy... kalau saya... memang lima jari sudah tercap di pipinya. Tetapi bonda? Bonda Cuma berkata perlahan, ”Kenapa adik buat bonda begini? Adik tidak kasihankan bonda?”

2”Panggg!” Satu tamparan singgah ke pipi adik. Saya betul-betul tidak sengaja. Sabar saya sudah berkecai.

3”Sibuk betul perempuan ni! Adik punya pasallah!” ”Jangan pergi, adik!” Larangan bonda hilang dalam pekat malam yang menelan adik.

Lampiran 2(c)

Page 8: Modul Cerpen Mutiara Bonda

LPG watak dan perwatakan Adik (Mohd Harraz), Bonda dan Kak Cik.

Lengkapkan jadual dengan watak dan perwatakan berdasarkan peristiwa dalam petikan cerpen ’Mutiara Bonda’ di bawah.

KAD PERISTIWA WATAK PERWATAKAN

1Bondalah yang berkuyup lencun memandikan adik. Gigi adik pun bonda yang gosokkan. Disuruh mengangakan mulut, ada kalanya jari bonda digigit adik. Isyy... kalau saya... memang lima jari sudah tercap di pipinya. Tetapi bonda? Bonda Cuma berkata perlahan, ”Kenapa adik buat bonda begini? Adik tidak kasihankan bonda?”

Bonda Seorang yang penyabar

2”Panggg!” Satu tamparan singgah ke pipi adik. Saya betul-betul tidak sengaja. Sabar saya sudah berkecai.

Saya (Kak Cik) Seorang yang pemarah

3”Sibuk betul perempuan ni! Adik punya pasallah!” ”Jangan pergi, adik!” Larangan bonda hilang dalam pekat malam yang menelan adik.

Adik Seorang yang degil

Lampiran 3(a)

Page 9: Modul Cerpen Mutiara Bonda

LPG Kata Ganda

Lengkapkan jadual dengan maksud yang sesuai bagi setiap kata di bawah.

Perkataan Maksud

culang-caling

berpiuh-piuh

bertalu-talu

terkinja-kinja

berjela-jela

meleret-leret

Lampiran 3(b)

Page 10: Modul Cerpen Mutiara Bonda

LPG Kata Ganda

Lengkapkan jadual dengan maksud yang sesuai bagi setiap kata di bawah.

Perkataan Maksud

culang-caling tidak teratur

berpiuh-piuh berpilin-pilin seperti dipintal (tali, rambut)

bertalu-talu berturut-turut, berulang-ulang

terkinja-kinja terlonjak-lonjak, terloncat-loncat (kerana kegirangan)

berjela-jela bergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai

meleret-leret berpanjang-panjang(perbualan, percakapan, cerita)