dari lenten ke pascha - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... ·...

6
Berita Rakan Penabur ialah penerbitan berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur Alamat Surat-Menyurat: P.O.Box: 8327 Pejabat Pos Kelana Jaya, 46787 Petaling Jaya SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected] Website: wawasanpenabur.org Dari Lenten ke Pascha Kita sudah di penghujung Lent (Bahasa Inggeris lama: Lenten) dan sebenatr lagi ke Paskah (Yunani: Pascha). Walau bagaimanapun, Lent tidak diikuti oleh semua denominasi Kristian. Tetapi semasa saya berada di Sabab beberapa minggu lalu, saya mendapati bahawa Lent adalah suatu perkara yang besar, berpuasa dan merenung jalan salib, serta pengorbanan dan kesabaran Yesus dalam empat puluh hari dicubai oleh Iblis di padang gurun. Saya juga bertemu dengan dua orang sister di Ranau yang mengajak saya menyertai mereka berdoa untuk negara ini, dan untuk kepulangan seorang pastor yang diculik hampir 2 bulan lalu. Paskah adalah permulaan musim bunga – yang subur dengan kelahiran semula, permulaan baru, dan pertumbuhan baru. Tetapi sebelum kita dapat melihat bebunga, ada benih yang tertimbus di dalam tanah untuk beberapa bulan di sepanjang musim sejuk. Namun terlalu kerap, kita mahu masuk ke Kebangkitan Paskah tanpa benar-benar menghayati proses Lenten yang membawa kita ke sana. Lent memberi kita satu peluang untuk mendalami kerohanian kita dengan melibatkan diri dalam beberapa disiplin bermula dari Rabu Abu sehinggalah Minggu Paskah. Padang gurun Lent adalah satu jalan menuju transformasi rohani. Ada satu metafora menarik yang boleh membantu kita menhayati padang gurun dan menghalang kita dari berlumba-lumba untuk Paskah. Ia adalah metafora benih – perumpamaan tentang penabur dalam Matius 13. Untuk melihat metafora pertumbuhan Kristian dan pembangunan rohani yang terkandung dalam benih adalah untuk belajar pelajaran berharga tentang perubahan dan transformasi. Kita semua menabur benih dalam kehidupan rohani peribadi, perkhidmatan dan pelayanan kita. Ia mungkin menolong beberapa pelajar sekolah Alkitab yang memerlukan, atau kanak- kanak yang haus serta lapar akan makanan rohani, atau bahkan diri kita sendiri yang perlu disegarkan semula dan diperbaharui oleh Tuhan sekali lagi. Benih yang kekurangan tanah boleh bercambah, tetapi dengan cepat akan layu dan mati. Walaupun dalam tanah yang baik, tanpa air dan nutrient, pertumbuhan juga akan terbantut. Tanpa matahari dan rawatan, tanaman akan mereput dan rosak. Benih memerlukan persekitaran yang kaya dan sihat untuk bertumbuh. Benih memerlukan jumlah masa yang ditetapkan sebagaimana diperuntukkan dalam waktu Tuhan yang sempurna. Manusia, bagaimana pun, cenderung untuk kurang sabar. Budaya kita memberi tekanan kepada kita untuk tergesa-gesa dalam segala hal. Kita hidup di zaman kepuasan segera. Benih mengajar kita bahawa kita perlu belajar untuk menunggu, untuk membangunkan kesabaran. Pembentukan sifat Kristian adalah seperti satu proses pembenihan. Kesabaran adalah bahan utama kepada pertumbuhan transformasi. Pertumbuhan adalah satu hasil pengakhiran. Kecuali benih itu melahirkan benih-benih baru, mereka gagal memenuhi tujuan mereka. Transformasi tidak berlaku demi transformasi saja tetapi untuk membawa kita ke satu tempat yang baru. Pertumbuhan tidak berlaku hanya supaya pengetahuan kita meningkat, tetapi supaya kita boleh berbuah. Pada akhirnya, benih-benih dihakimi dengan buahnya. Orang Kristian harus jangan puas hati hanya dengan pertumbuhan pengetahaun mereka tentang Allh. Pertumbuhan yang tidak membawa kepada perubahan dalam tingkah laku adalah satu pertumbuhan yang tidak sihat. Kita bertumbuh untuk satu sebab, dan sebab itu adalah sesuatu yang jauh lebih besar daripada keperluan individu itu sendiri. Pengajaran tentang benih sepatutnya dapat membantu kita melihat Lent, bukan hanya sebagai masa pengorbanan dan penafian, tetapi sebagai waktu persediaan dan antisipasi – persediaan untuk kerja yang Allah telah panggil kita, dan antisipasi kepenuhan hidup yang Allah janjikan.. Selamat Pascha! Visi Wawasan Penabur Menabur, menanam dan menyebar bahan sumber Kristian yang terbaik di kalangan umat Kristian berbahasa Malaysia di Malaysia Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Upload: hadien

Post on 13-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dari Lenten ke Pascha - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · lengkap dengan alat bantu mengajar, ... Orang Ulu dan Melanau) membentuk 46% daripada

Berita Rakan Penabur ialah penerbitan berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur

Alamat Surat-Menyurat: P.O.Box: 8327 Pejabat Pos Kelana Jaya, 46787 Petaling Jaya SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected]

Website: wawasanpenabur.org

Dari Lenten ke Pascha Kita sudah di penghujung Lent (Bahasa Inggeris lama: Lenten) dan sebenatr lagi ke Paskah (Yunani: Pascha). Walau bagaimanapun, Lent tidak diikuti oleh semua denominasi Kristian. Tetapi semasa saya berada di Sabab beberapa minggu lalu, saya mendapati bahawa Lent adalah suatu perkara yang besar, berpuasa dan merenung jalan salib, serta pengorbanan dan kesabaran Yesus dalam empat puluh hari dicubai oleh Iblis di padang gurun. Saya juga bertemu dengan dua orang sister di Ranau yang mengajak saya menyertai mereka berdoa untuk negara ini, dan untuk kepulangan seorang pastor yang diculik hampir 2 bulan lalu. Paskah adalah permulaan musim bunga – yang subur dengan kelahiran semula, permulaan baru, dan pertumbuhan baru. Tetapi sebelum kita dapat melihat bebunga, ada benih yang tertimbus di dalam tanah untuk beberapa bulan di sepanjang musim sejuk. Namun terlalu kerap, kita mahu masuk ke Kebangkitan Paskah tanpa benar-benar menghayati proses Lenten yang membawa kita ke sana. Lent memberi kita satu peluang untuk mendalami kerohanian kita dengan melibatkan diri dalam beberapa disiplin bermula dari Rabu Abu sehinggalah Minggu Paskah. Padang gurun Lent adalah satu jalan menuju transformasi rohani. Ada satu metafora menarik yang boleh membantu kita menhayati padang gurun dan menghalang kita dari berlumba-lumba untuk Paskah. Ia adalah metafora benih – perumpamaan tentang penabur dalam Matius 13. Untuk melihat metafora pertumbuhan Kristian dan pembangunan rohani yang terkandung dalam benih adalah untuk belajar pelajaran berharga tentang perubahan dan transformasi. Kita semua menabur benih dalam kehidupan rohani peribadi, perkhidmatan dan pelayanan kita. Ia mungkin menolong beberapa pelajar sekolah Alkitab yang memerlukan, atau kanak-kanak yang haus serta lapar akan makanan rohani, atau bahkan diri kita sendiri yang perlu disegarkan semula dan diperbaharui oleh Tuhan sekali lagi. Benih yang kekurangan tanah boleh bercambah, tetapi dengan cepat akan layu dan mati. Walaupun dalam tanah yang baik, tanpa air dan nutrient, pertumbuhan juga akan terbantut. Tanpa matahari dan rawatan, tanaman akan mereput dan rosak. Benih memerlukan persekitaran yang kaya dan sihat untuk bertumbuh. Benih memerlukan jumlah masa yang ditetapkan sebagaimana diperuntukkan dalam waktu Tuhan yang sempurna. Manusia, bagaimana pun, cenderung untuk kurang sabar. Budaya kita memberi tekanan kepada kita untuk tergesa-gesa dalam segala hal. Kita hidup di zaman kepuasan segera. Benih mengajar kita bahawa kita perlu belajar untuk menunggu, untuk membangunkan kesabaran. Pembentukan sifat Kristian adalah seperti satu proses pembenihan. Kesabaran adalah bahan utama kepada pertumbuhan transformasi. Pertumbuhan adalah satu hasil pengakhiran. Kecuali benih itu melahirkan benih-benih baru, mereka gagal memenuhi tujuan mereka. Transformasi tidak berlaku demi transformasi saja tetapi untuk membawa kita ke satu tempat yang baru. Pertumbuhan tidak berlaku hanya supaya pengetahuan kita meningkat, tetapi supaya kita boleh berbuah. Pada akhirnya, benih-benih dihakimi dengan buahnya. Orang Kristian harus jangan puas hati hanya dengan pertumbuhan pengetahaun mereka tentang Allh. Pertumbuhan yang tidak membawa kepada perubahan dalam tingkah laku adalah satu pertumbuhan yang tidak sihat. Kita bertumbuh untuk satu sebab, dan sebab itu adalah sesuatu yang jauh lebih besar daripada keperluan individu itu sendiri. Pengajaran tentang benih sepatutnya dapat membantu kita melihat Lent, bukan hanya sebagai masa pengorbanan dan penafian, tetapi sebagai waktu persediaan dan antisipasi – persediaan untuk kerja yang Allah telah panggil kita, dan antisipasi kepenuhan hidup yang Allah janjikan..

Selamat Pascha!

Visi Wawasan Penabur

Menabur, menanam dan menyebar bahan sumber

Kristian yang terbaik di kalangan umat Kristian berbahasa

Malaysia di Malaysia

Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Page 2: Dari Lenten ke Pascha - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · lengkap dengan alat bantu mengajar, ... Orang Ulu dan Melanau) membentuk 46% daripada

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Adakah Kita Menabur Benih Hari Ini?

Satu kajian yang dijalankan oleh Pew Research Centre pada bulan Disember 2016* menunjukkan bahawa Muslim mempunyai lebih persekolahan formal di Malaysia berbanding dengan agama lain. Data yang diperolehi untuk kajian ini adalah dari Banci Penduduk 2010 untuk mengukur tahap pendidikan bagi tiga kategori: “tua” (lahir 1936-1955), “pertengahan” (lahir 1956-1975) dan “muda” (lahir 1976-1985). Purata kebangsaan tahun persekolahan formal adalah 9.9 tahun. Kaji selidik itu menjelaskan bahawa ‘pendidikan di sekolah-sekolah agama yang mematuhi piawaian negeri atau kerajaan pada umumnya dikategorikan sebagai persekolahan formal.’

Jadual 1: Purata Tahun Pendidikan Formal

Lelaki Perempuan

Islam 10.6 9.8

Buddha 10.4 9.2

Hindu 10.3 9.1

Kristian 9.6 8.4

Lain-Lain 8.2 8.2

Walaupun perlu diperhatikan bahawa kualiti pendidikan tidak diambil kira, ia masih signifikan bahawa pendidikan di sekolah agama juga diambil kira, di mana Islam adalah agama majoriti di Malaysia (67%). Purata yang rendah bagi orang Kristian adalah satu perkara yang serius kerana dua daripada tiga orang Kristian di Malaysia adalah berbahasa Malaysia yang majoritinya dari Sabah dan Sarawak, tidak lupa juga dengan Orang Asli di Semenanjung.

Umat Islam di Malaysia memulakan pendidikan Islam di sekolah seawal usia tiga tahun. Di beberapa tempat di Indonesia, kanak-kanak semuda 3 tahun belajar membaca kitab suci mereka melalui program “Iqra” (Baca/Bacalah), sebelum mereka belajar ABC. Mereka belajar satu jam sehari, 5 kali seminggu, dan 4 jam penuh setiap hari semasa cuti sekolah!

*Lihat(https://www.malaysiakini.com/columns/366903#ixzz

4anQym8jn).

Bagaimana dengan kita? Bilakah tahun terawal anak-anak kita belajar membaca Alkitab? Dan berapa kerap mereka membaca, atau terdedah kepada Alkitab? Adakah hanya satu jam seminggu di Sekolah Minggu? Adakah kita menanam benih dalam hidup mereka dan membimbing mereka untuk bertumbuh dan berbuah?

Pada akhir bulan April 2017 ini, set lengkap bahan mengajar Sekolah Minggu, Lapan Permata, boleh didapati dari Wawasan Penabur. Ia terdiri dari 18 buah buku yang lengkap dengan alat bantu mengajar, sesuai untuk kelas Tadika hingga ke darjah 6.

Tidak kira apa pun kurikulum yang digunakan, masa satu jam yang kita ada bersama kanak-kanak setiap hari Ahad harus dilihat sebagai waktu untuk melabur sesuatu yang kekal dalam hidup mereka. Kita mesti beralih dari susu (seperti aktiviti mewarna) untuk memberi mereka makanan rohani pejal. Anda akan terkejut bagaimana iman mereka bertumbuh kerana sesungguhnya iman bertumbuh dengan mendengar Firman Allah.

Lapan Permata telah bermula dengan baik tahun lepas, dengan beberapa pelatuhan yang dijalankan di Sabah dan Semenanjung. Pengajaran dan alat bantu mengajar yang datang bersama buku panduan guru pasti akan membuat kelas Sekolah Minggu lebih menyenangkan.

Seramai 52 guru Sekolah Minggu dari PCS tamat program itu pada September 2016, menghasilkan lapisan pertama guru-guru yang komited dan berdeikasi. Guru-guru ini memimpin team ke kampung-kampung di pedalaman, menjalankan latihan untuk guru-guru baru dan menggalakkan pelayanan Sekolah Minggu di gereja-gereja. Dengan Lapan Permata sebagai bahan mengajar mereka, mereka dapat menjangkau dan mengajar Firman Allah kepada kanak-kanak dan komuniti yang belum mendengar Injil.

Page 3: Dari Lenten ke Pascha - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · lengkap dengan alat bantu mengajar, ... Orang Ulu dan Melanau) membentuk 46% daripada

Menjambatani Komuniti Kristian

Penabur Benih – Menyemai Pengaruh Kristian ke dalam Generasi Pelapis Kita

Sama seperti kanak-kanak lain di rumah panjang yang seumur dengannya, Rina menghabiskan sebahagian besar harinya dengan bermain dan berlari di ruai (ruang terbuka panjang yang sepanjang rumah panjang itu). Apabila cuaca baik, mereka akan cuba menangkap pepatung di lapangan terbuka, atau beberapa ekor ikan guppi dari kolam yang berdekatan. Abangnya, Rian, belajar di Darjah 3. Orang tua akan berkumpul di hadapan bilik (unit keluarga), menenun pua kumbu, atau sekadar menghirup kopi sambil bercakap tentang isu-isu semasa di kampung. Di dalam biik, TV Astro atau muzik karaoke dangdut sentiasa berkumandang. Sekali-sekala, upacara miring dilakukan untuk pemujaan semangat.

Sekumpulan kanak-kanak di ruai yang kosong di Kapit

Tetapi ada sesuatu yang hilang dari rumah panjang hari ini. Walaupun ada 6-40 bilik dalam sebuah rumah panjang biasa, anak-anak muda adalah elemen yang hilang dalam keluarga bilik tradisional tiga generasi. Peningkatan migrasi ke bandar telah menyebabkan kebanyakan rumah panjang hanya dihuni oleh kanak-kanak umur persekolahan, dan datuk nenek berusia 50 tahun ke atas. Daripada 1,276 juta Dayak, 761,100 adalah Iban (Sarawak State Planning Unit Report, 2015). Mereka memegang salah satu kunci kepada pembaharuan dan kebangkitan rohani di Malaysia, namun majoriti daripada mereka masih belum terjangkau. Dayak (Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan Melanau) membentuk 46% daripada jumlah penduduk Sarawak, namun tidak ramai orang Dayak memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.

Tetapi mereka tidak dilupakan. Nelson Mandela pernah berkata, “Pendidikan adalah senjata yang paling berkuasa yang anda boleh gunakan untuk mengubah dunia.” Sekumpulan profesional Dayak memulakan gerakan dengan visi untuk menubuhkan perpustakaan di setiap rumah panjang, supaya kanak-kanak seperti Rina boleh belajar membaca dan menulis dari usia yang sangat muda. Aspirasi Sarawak melakukan usaha yang besar dalam mencabar orang Dayak yang berjaya untuk membantu bangsa mereka sendiri.

Salah seorang peserta, Pastor Aliah, semasa menggunakan Lapan Permata di Sekolah Minggu, juga melatih pelapis guru Sekolah Minggu di gerejanya di Suangpai, Kudat. Kumpulan lain menggunakan bahan ini dalam pertemuan mingguan wanita, mensasarkan kaum ibu di kampung. Lapan Permata juga adalah sebahagian daripada kurikulum Tadika SIB Sabah dan PCS.

Di beberapa buah rumah panjang dan sekolah-sekolah di Sarawak, benih juga ditanam di kalangan kanak-kanak. Cikgu Mary (bukan nama sebenar) bekerja tanpa mengenal penat lelah ketika dia merenungkan apa yang Yesus berkata, “Kita harus mengerjakan pekerjaan Dia yang mengutus kita, selama masih siang; akan datang malam, di mana tidak ada seorangpun yang dapat bekerja.” (Yohanes 9:4). Dia menyelaras pengagihan Alkitab Kanak-Kanak di antara sekolah rendah, dan mengajar cerita Alkitab di rumah panjang.

Yesus berkata, “Inilah hidup yang kekal itu, bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.” Mary percaya kanak-kanak akan bertumbuh melalui mendengar dan membaca Firman Allah. Setiap cerita Alkitab dan petikan Alkitab yang mereka belajar atau hafal akan membantu mereka untuk bertumbuh, terutama apabila mereka belajar untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, dengan melakukan apa yang ia ajar.

Adakah anda menyemai benih hari ini?

Page 4: Dari Lenten ke Pascha - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · lengkap dengan alat bantu mengajar, ... Orang Ulu dan Melanau) membentuk 46% daripada

Seorang kanak-kanak sedang membaca di Ruai Ilmu

Tetapi hanya menubuhkan sebuah perpustakaan kecil tidak mencukupi. Kita perlu melabur dalam sesuatu yang kekal. “Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun dia tidak akan menyimpang dari jalan itu.” (Amsal 22:6). Oleh itu, sekumpulan Dayak Kristian yang komited menamakan diri mereka Penabur Benih Sarawak, berwawasan mengedar dan mengajar Firman Allah di setiap rumah panjang Iban dan sekolah rendah. Dengan menggerakkan guru dan sukarelawan Kristian, mereka secara aktif mengedarkan Alkitab Kanak-Kanak di kawasan pedalaman Sarawak.

Melalui usaha gigih beberapa orang guru yang berdedikasi yang melawat rumah panjang seminggu sekali, kanak-kanak seperti Rina kini boleh mendapat makanan rohani melalui sesi cerita Alkitab. Cikgu dan teamnya akan mengajar mereka bagaimana membuka Alkitab, membaca dan memahami beberapa kebenaran rohani, dan berdoa.

Malah Rian juga kini memiliki Alkitab Kanak-Kanak (AKK). Cikgu Margaret memimpin mereka dalam pertemuan ISCF mingguan mereka. Cikgu Margaret menulis, “Hari ini adalah hari Rabu, hari Bersaksi di sekolah saya. Kami mempunyai sesi SCF awal pagi sebelum sekolah bermula. Oleh kerana kanak-kanak telah menerima AKK mereka minggu lepas, kami bermula dengan kitab Kejadian pagi ini. Di tengah-tengah perkongsian saya, tiba-tiba mati letrik! Gelap pekat. Kerana ia awal pagi dan hujan lebat di luar, dewan itu gelap sama sekali. Kita tidak dapat melihat satu sama lain. Murid-murid mula berasa resah dan marah.”

“Menakjubkan Sang Penghibur memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan dan saya mendapati diri saya berkata, 'Aha ... pada mulanya dunia ini gelap seperti ini. Dan tahu bagaimana TUHAN membuat satu perbezaan? Dia hanya berfirman dan cahaya pun ada!’ Pada ketika itu juga letrik datang semula! Ia seperti mendemonstrasi apa yang berlaku ketika itu. Murid-murid merasa sangat takjub! Melihat itu, saya tidak dapat menahan kegembiraan saya, 'Adakah kamu melihat itu, anak-anak? Itu adalah seperti apa yang berlaku pada permulaan! Allah begitu berkuasa sehingga hanya dengan firman-Nya, penciptaan itu wujud.’"

Ada kanak-kanak yang begitu hauskan Firman Tuhan sehingga mereka selesai membaca seluruh Alkitab Kanak-Kanak, hanya dalam satu minggu! Tuhan sedang melakukan perkara-perkara yang besar di kalangan kanak-kanak Dayak. Guru-guru Kristian yang setia tidak hanya menanam benih, mereka juga menyediakan persekitaran yang kaya untuk benih bertumbuh. Tanpa persekitaran sedemikian, pertumbuhan rohani terbantut, bertakung, bahkan mati. Dan mereka tidak menggesa benih-benih itu bertumbuh. Sejumlah masa dan kesabaran yang besar diperlukan kerana benih-benih bertumbuh pada kadar yang berbeza. Beberapa bercambah dengan serta-merta dan bertumbuh kukuh. Yang lawat bercambah biasanya berkembang paling awal. Dan ada yang pada mulanya seolah-olah akan membesar dengan baik, tetapi akhirnya terbantut dan uzur. Jadi, cikgu-cikgu benar-benar mencurahkan hati mereka untuk membimbing murid-murid mereka secara peribadi.

Satu hari, ramai orang yang akan datang kepada guru-guru Kristian yang berdedikasi ini dan berkata, "Terima kasih kerana telah memberi untuk Tuhan. Saya hidup kerana cikgu memberikan masa cikgu untuk menanam benih iman dalam diri saya, memberi air dan melihatnya bertumbuh.” Tuhan memberkati anda, cikgu-cikgu!

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada inisiatif Penabur Benih ini, anda boleh memberi melalui akaun Maybank Wawasan Penabur, dengan menyatakan bahawa ia adalah untuk “inisiatif Penabur Benih”. Setiap RM10 yang anda beri, kami akan meletakkan sebuah Alkitab Kanak-Kanak di tangan kanak-kanak di Sarawak.

Page 5: Dari Lenten ke Pascha - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · lengkap dengan alat bantu mengajar, ... Orang Ulu dan Melanau) membentuk 46% daripada

Menjambatani Komuniti Kristian

Kisah Empat Bersaudara

Ia bermula 2 tahun yang lalu apabila seorang bapa dari Kampung Pangalat, Tenom, Sabah pulang dengan sebuah Alkitab Kanak-Kanak untuk anak-anaknya. Catherina berumur 11 tahun apabila dia menerima Alkitab itu. Tertarik dengan halamannya yang berwarna-warni, dia mula membaca berulang kali. Firman Allah membantunya apabila dia kesepian atau dalam kesusahan. “Saya mahu menjadi seperti Yesus, untuk merendah diri sama seperti Kristus telah merendahkan diri-Nya. Alkitab mengajar saya untuk memahami dan mengasihi orang lain di atas diri saya sendiri, dan untuk menghibur mereka yang sedih. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membuat Alkitab yang indah ini untuk kanak-kanak, dan ia telah membantu saya untuk mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk. "

Catherina mempunyai 3 adik yang lebih muda. Selepas berkongsi Alkitab untuk lebih dari setahun, mereka akhirnya mempunyai Alkitab mereka sendiri apabila gereja mereka memberikan Alkitab Kanak-Kanak sebagai hadiah Krismas.

Pada awalnya Annerine (10) tidak merasa teruja. Dia mengambil sedikit masa untuk menghargai Alkitab. Ketika dia setia membacanya 'halaman demi halaman kerana guru Sekolah Minggu saya menggalakkan kita melakukan,' cerita penyaliban Yesus membuat dia tersentak, tiba-tiba dia berasa “ada sesuatu yang tertanggal dari mata saya.” Dia kemudian teringat cerita ketika Allah berkata kepada ular itu di dalam Taman Eden, bahawa keturunan Hawa akan meremuk kepala ular! Dia tiba-tiba menyedari bahawa dia mempunyai kuasa untuk mengalahkan godaan dan berkata 'Tidak' kepada perkara-perkara yang tidak baik. Emerintiana (8) mula membaca Alkitab Kanak-Kanak sejak berusia 7. Ia menjadi buku kegemarannya kerana ia adalah hadiah daripada 'Sister di gereja saya.' Maxmillan (6) berkata dia masih belajar di tadika tetapi dia suka buku itu . “Saya suka mewarna,” tambahnya. Mereka mengambil keputusan untuk menulis kepada Wawasan Penabur ketika mereka melihat nota dalam halaman pengenalan Alkitab, “Sila tulis kepada kami bagaimana Alkitab Kanak-Kanak ini telah memberkati kamu.”

Satu Renungan Paskah Sukacita Memberi (Katherine Hepburn)

Ketika aku masih seorang remaja, aku dan bapaku sedang berdiri dalam barisan untuk membeli tiket sarkas. Akhirnya, hanya ada satu keluarga yang lain di antara kami dengan kaunter tiket. keluarga ini memberi kesan yang besar kepadaku. Ada lapan kanak-kanak, semua mungkin di bawah umur 12. Anda boleh tahu dari cara mereka berpakaian bahawa mereka bukan dari keluarga berada, tetapi mereka kemas dan bersih. Kanak-kanak itu berkelakuan baik, semua berdiri sejajar, berpegangan tangan berdua-dua di belakang ibu bapa mereka. Mereka teruja sambil bercerita tentang badut, haiwan, dan semua aksi yang mereka akan lihat pada malam itu. Dari kegembiraan mereka, anda dapat merasakan mereka belum pernah ke sarkas. Ia akan menjadi satu kemuncak dalam hidup mereka. Bapa dan ibu mereka kelihatan sangat bangga. Ibu itu memegang tangan suaminya, melihat kepadanya seolah-olah berkata, "Engkau adalah perisaiku." Si bapa tersenyum dan menikmati melihat keluarganya gembira. Wanita di kaunter tiket bertanya kepada lelaki itu berapa banyak tiket yang dia mahu. Dia dengan bangganya menjawab, "Aku ingin untuk membeli lapan tiket kanak-kanak dan dua tiket dewasa, supaya aku boleh membawa keluargaku ke sarkas." Wanita itu menyatakan harga tiket. Isteri lelaki itu melepaskan tangannya, kepalanya tunduk, bibir lelaki itu mula menggigil. Kemudian dia bersandar lebih dekat dan bertanya, "Berapa harga semuanya?" Wanita itu menyatakan harga sekali lagi. Lelaki itu tidak mempunyai wang yang cukup. Bagaimana dia harus berpaling dan memberitahu lapan orang anaknya bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa mereka ke sarkas? Melihat apa yang sedang berlaku, ayahku memasukkan tangannya ke poketnya, dan menarik keluar $20, dan kemudian menjatuhkannya di atas tanah. (Kami bukanlah orang yang tidak kaya!) Ayah membungkuk dan mengambil wang $20 itu, menepuk bahu lelaki itu dan berkata, “Maaf tuan, ini jatuh keluar dari poketmu.” Lelaki itu memahami apa yang sedang berlaku. Dia tidak meminta-minta tetapi sudah pasti menghargai bantuan dalam satu keadaan yang terdesak, menyayat hati dan memalukan. Dia memandang tepat ke Ayah, mencapai tangan Ayah dan menggengam ketat wang $20 itu, dan dengan bibir bergemetaran serta air mata mengalir turun di pipinya, dia menjawab; "Terima kasih, terima kasih, tuan. Ini benar-benar bermakna kepada saya dan keluarga saya." Aku dan Ayah kembali ke kereta dan memandu pulang. Wang $20 yang Ayah berikan itu adalah untuk membeli tiket kami. Walaupun kami tidak dapat menonton sarkas pada malam itu, kami berdua merasakan satu sukacita dalam diri kami yang jauh lebih besar daripada kegembiraan menonton sarkas. Hari itu aku belajar sebuah nilai untuk memberi. Si pemberi adalah lebih besar daripada si penerima. Jika anda ingin menjadi besar, lebih besar daripada kehidupan, belajarlah untuk memberi. Hanya jika anda memberi barulah anda dapat menerima. Hati si pemberi hati menjadi seperti lautan, selaras dengan Yang Maha Kuasa. Kasih tidak ada kena mengena dengan apa yang anda harapkan untuk dapat, tetapi dengan apa yang anda dijangkakan untuk memberi, iaitu segala-galanya.

Page 6: Dari Lenten ke Pascha - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · lengkap dengan alat bantu mengajar, ... Orang Ulu dan Melanau) membentuk 46% daripada

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Membangun kesedaran dan menggalang dana.

Saya percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang.

Saya ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif

ini supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan

gereja BM melalui tenaga, dana dan doa.

Terlibat dalam projek penulisan &

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Menyumbang kepada “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” untuk kanak-kanak Gereja BM Orang Asli,

Sabah dan Sarawak

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Menyumbang kepada “Inisiatif Penabur Benih” untuk

meletakkan Alkitab Kanak-Kanak di tangan kanak-kanak di

rumah panjang dan sekolah di Sarawak.

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon : _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in: Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Berdoa untuk salah satu projek kami di 2017: Singa Yehuda

Badan Penasihat

Padan Pengurus (Penabur)

Rev Danil Raut

Rev Datuk Jerry Dusing

Rev Wong Fong Yang

Lim Heng Seng

Menyumbang untuk Projek “Lapan Permata” supaya

bahan pelajaran Pelayanan Kanak-Kanak dapat dicetak untuk

guru-guru Sekolah Minggu, Tadika dan Pelayanan Kanak-

Kanak.

Menyumbang untuk projek “Singa Yehuda” bagi

mencetak dan menyebar komik Injil dan Apologetika

kepada pelajar dan muda mudi.

Chow Chee Yan

Alfred R. Tais

Roshan Thiran

Randy Singkee

Kisah hidup dan pelayanan Tuhan kita Yesus Kristus dipersembahkan dalam bentuk buku komik untuk bacaan muda-mudi Kristian. Komik ini akan merangkumi bahan penginjilan dan apologetik serta aplikasi moden untuk beberapa perumpamaan Yesus. Kami merancang untuk mengedar 25,000 pada cetakan pertama. Dukung dalam doa untuk hikmat dalam strategi dan mitra pengedaran.