laporan bengkel pengurusan asas pusat sumber sekolah

Download Laporan Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah

Post on 29-Sep-2015

266 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pss

TRANSCRIPT

LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN ASAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

8 APRIL 2015

NAMA PROGRAM: BENGKEL PENGURUSAN ASAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

TARIKH PELAKSANAAN: 8 APRIL 2015

SASARAN: SEMUA PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK KAMPONG JAWA

LAPORAN:

a) Kehadiran dan penglibatan :

1. Bengkel ini melibatkan semua pengawas pusat sumber SMK Kampong Jawa termasuk juga pengawas percubaan dari tingkatan 1

b) Pencapaian objektif / matlamat program :

1.Pengawas pusat sumber sekolah yang baru telah dapat dilatih dan didedahkan tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku, baik pulih buku, peranan dan tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing iaitu bahagian kaunter, sirkulasi, bahagian rak buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku dan sebagainya. 2.Diharapkan pengawas sumber sekolah yang baru dan yang lama akan lebih memahami dan mahir dalam pengurusan pusat sumber sekolah.dan bertanggungjawab menjaga harta awam seperti buku-buku, majalah, dan semua bahan bercetak mahupun bahan bukan bercetak perlu dijaga walaupun semasa ketiadaan guru.

c) Kekuatan program :

1. Kekuatan utama program ini adalah melalui sokongan dan kerjasama daripada semua pihak khususnya guru-guru dan jawatankuasa pelaksana program. 2. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti yang dirancang3.Pengawas pusat sumber yang lebih berpengalaman membantu pengawas yang baru dari semua aspek

d)Kelemahan program :

1. Guru pusat sumber tiada pengalaman kerana tidak menghadiri kursus pusat sumber 2. Fasilitator hanya terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dimana mereka lebih arif tentang pengurusan pusat sumber3. Sistem automasi yang lama dan tidak praktikal.

e)Cadangan penambahbaikan :

1. Guru pusat sumber perlu dikursuskan dengan segera supaya pengurusan pusat sumber lebih teratur dan rerancang2. Menjemput fasilitator yang berpengalaman dari luar untuk membantu menjayakan bengkel ini3. Mencari dan menggunakan sistem automasi yang baru seperti ps-sentral. I

4. Impak :

Program yang dijalankan adalah program yang amat baik dan bersesuaian dengan objektif program ini iaitu melatih dan mendedahkan tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku, baik pulih buku, peranan dan tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing iaitu bahagian kaunter, sirkulasi, bahagian rak buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku dan sebagainya. Secara keseluruhan, dengan adanya bengkel ini diharap para pengawas dapat membantu guru dengan koleksi maklumat yang boleh digunakan dalam proses P & P seperti bahan bercetak, bahan bukan bercetak dan sumber elektronik. Ini kerana penggunaan sumber maklumat ini dapat menarik minat pelajar, mempelbagaikan kadedah P & P dan membantu para pelajar memahami tajuk pembelajaran dan mempastikan P & P berkesan.

5. Aktiviti bergambar.

Taklimat awal oleh fasilitator yang terdiri daripada pengawas tingkatan 4

Fasilitator membantu para pengawas baru memproses buku

Para pengawas mempelajari teknik pengurusan bukuPara pengawas mempelajari teknik pengurusan buku

Para pengawas mempelajari teknik pengurusan buku

Disediakan oleh:

___________________

Tarikh: 10 April 2015

Recommended

View more >