pengurusan dan pentadbiran bengkel

29
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL Dalam sistem pentadbiran dan pengurusan, bengkel merupakan pusat operasi pengajaran dan pembelajaran. Bengkel juga berperanan sebagai tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan murid menerima pembelajaran. Selain itu juga, bengkel berperanan sebagai tempat murid membuat latihan praktis Oleh yang demikian, bengkel yang sempurna memerlukan pengurusan yang cekap iaitu : 1. Struktur Organisasi 2. Jabatan 3. Pengurusan Murid Struktur Organisasi Sesebuah bengkel yang lengkap, tersusun dan selamat mesti memilki sebuah struktur Organisasi yang lengkap dan berkesan. Struktur ini merangkumi jawatan penting dalam sesebuah pentedbiran dan berbentuk hiaraki. Pengarah akan berada di jawatan paling atas dan disusuli olah jawatan yang berikutnya.

Upload: khairul-azri

Post on 22-Dec-2015

305 views

Category:

Documents


64 download

DESCRIPTION

pengurusan bengkel

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL

Dalam sistem pentadbiran dan pengurusan, bengkel merupakan pusat operasi

pengajaran dan pembelajaran. Bengkel juga berperanan sebagai tempat untuk guru

menyampaikan pengajaran dan murid menerima pembelajaran. Selain itu juga,

bengkel berperanan sebagai tempat murid membuat latihan praktis Oleh yang

demikian, bengkel yang sempurna memerlukan pengurusan yang cekap iaitu :

1. Struktur Organisasi

2. Jabatan

3. Pengurusan Murid

Struktur Organisasi

Sesebuah bengkel yang lengkap, tersusun dan selamat mesti memilki

sebuah struktur Organisasi yang lengkap dan berkesan. Struktur ini merangkumi

jawatan penting dalam sesebuah pentedbiran dan berbentuk hiaraki. Pengarah akan

berada di jawatan paling atas dan disusuli olah jawatan yang berikutnya.

Page 2: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Pembahagian Tugas Mengikut Organisasi Bengkel

GURU BESAR

Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal, meningkatkan kurikulum

dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hal pengurusan, pentadbiran, kewangan dan keselamatan.

Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

Mempastikan peruntukan kewangan bengkel digunakan dengan sewajarnya.

GURU PENOLONG KANAN

Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya.

Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran,

hubungan masyarakat dan keselamatan.

Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.

Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan

sekolah.

GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM

Menentukan alat dan perkakas yang digunakan dalam keadaan selamat.

Carta-carta keselamatan makmal/bilik khas dipaparkan.

Memastikan alatan dan bahan berada dalam keadaan tersusun.

Menentukan kemudahkan asas keselamatan dalam keadaan kemas kini.

Merekod stok dan inventori.

Page 3: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

GURU PANITIA

Peka kepada kemungkinan berlakunya kemalangan.

Memastikan peraturan makmal sentiasa dipatuhi.

Menentukan alatan/perkakas yang akan digunakan selamat.

Sentiasa mengawasi penggunaan alat dengan betul.

Memastikan murid melakukan kerja amali secara sistematik.

Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik dalam keadaan selamat.

Page 4: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Pengurusan Murid

Dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa, guru kemahiran

hidup atau ketua panitia boleh menyediakan Peraturan Keselamatan Bengkel dan ia

wajib dipatuhi oleh sesiapa sahaja termasuk guru, murid dan orang luar. Faedahnya,

ia memastikan murid sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara

bersistematik dan selamat.

Tugas Formen (Ketua Kumpulan)

Sebagai ketua, beliau perlu memastikan murid dan pengguna bengkel mematuhi

disiplin dan menjaga kebersihan bengkel. Ketua Formen bertanggungjawab

memastikan segala alatan dikembalikan setelah digunakan dan disusun di tempat

yang disediakan. Ketua Formen juga bertanggungjawab melaporkan segera kepada

guru jika ada berlaku sebarang kemalangan.

Tugas Penolong Formen

Sebagai penolong, beliau mestilah membantu ketua dan mengambil alih jawatan

ketua formen apabila ketua formen tiada. Beliau juga perlu memastikan tugas-tugas

kumpulan dipatuhi dan dilaksanakan dengan sempurna.

Page 5: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN BENGKEL

Pengenalan

Persekitaran bengkel yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan

mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga institusi.

Keceriaan dan kebersihan bengkel adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan

kerana mempunyai persekitaran yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya

Visi dan Misi institusi.

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bengkel adalah berkait

rapat dengan iklim dan suasana di dalam bengkel. Oleh itu untuk mencapai

kecemerlangan, institusi mestilah memastikan bahawa bengkel sentiasa di dalam

keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bengkel seharusnya

dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini,

membudayakan amalan kebersihan dan keceriaan bengkel amat sesuai diadakan

secara berterusan bagi memastikan murid sentiasa berada di dalam keadaan yang

selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama

dan pertandingan yang sihat diantara murid tentunya akan menghasilkan

kecemerlangan dalam akademik dan disiplin murid. Ini adalah sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan murid yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 6: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Objektif Kebersihan Dan Keceriaan Bengkel

I. Mewujudkan iklim serta identiti bengkel sebagai tempat yang bersih, indah

dan ceria

II. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan

maksimum

III. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga institusi terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang

disediakan

IV. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya yang berterusan

dalam menjalani kehidupan seharian

V. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan

kebersihan bengkel

VI. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program

kebersihan bengkel

Langkah – Langkah Menjaga Kebersihan Dan Keceriaan Bengkel

I. Memastikan bengkel sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria

II. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama diantara murid di dalam

bengkel

III. Membina semangat persaingan yang sihat diantara bengkel

IV. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bengkel

mengenai pengurusan dan kepimpinan.

V. Menjadikan bengkel sebagai tempat yang selamat sepanjang murid berada

di sekolah.

Page 7: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

LAPORAN

PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH YANG SELAMAT DAN EFISIEN

Selama berprktikum selama lapan minggu di SK Temenggung Ibrahim Penggaram

(SKTIP), saya telah membuat beberapa pemerhatian berkaitan pengurusan bengkel

Kemahiran Hidup di sekolah ini. Terdapat beberapa bahan bukti pencarian maklumat

yang telah saya lakukan terdiri daripada pemerhatian, temu bual, foto, bahan

bercetak, internet dan perbandingan bengkel Kemahiran Hidup di sekolah lama saya

iaitu di Sekolah Sk Seri Sabak Uni. Terdapapt beberapa aspek yang diberi

pemerhatian iaitu:

1. Aspek pengurusan dan pentadbiran bengkel.

2. Aspek amalan keselamatan bengkel.

3. Amalan pengurusan keselamatan bengkel.

Page 8: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

1. ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

BENGKEL

A. ORGANISASI BENGKEL

Berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang didapati,Bengkel Kemahiran hidup ini

ada struktur organisasi untuk panitia Kemahiran Hidup.Berikut di bawah merupakan

struktur organisasi Panitia Kemahiran hidup sekolah rendah.

Page 9: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Namun yang demikian, di bengkel Kemahiran Hidup di SKTIP ini, tiada organisasi

bengkel untuk murid dan tiada jadual bertugas untuk murid-murid.

Papan Kenyataan Organisasi SKTIP

Contohnya waktu hari selasa, kelas 5 Bestari menggunakan bengkel ini, tiada

contoh organisasi bagi kelas ini. Penglibatan murid juga tiada langsung dalam

organisasi bengkel. Kesannya murid tidak mengambil peduli tentang keselamatan

bengkel. Contohnya tidak mengemas bengkel sebelum atau selepas menggunakan

bengkel. Sistem fail Kemahiran Hidup kurang baik kerana tidak dikemasakinikan

mengikut perkembangan. Walaupun mempunyai kelemahan, namun pengurusan

bengkel di SKTIP ini jauh lebih baik berbanding dengan sekolah lama saya iaitu SK

Seri Sabak Uni (SKSSU) kerana dengan ketiadaan bengkel kerana bengkel telah

ditukarkan kepada kelas dan dari segi segala sistem pengurusan tidak ditunjukkan.

Page 10: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Berikut merupakan kelebihan dan kelemahan daripada segi pengurusan bengkel

Kemahiran Hidup di SKTIP

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN: ORGANISASI BENGKEL SKTIP

ASPEK KELEBIHAN KELEMAHAN

Carta Organisasi 1.Ada carta organisasi

2.Mengikut hierarki yang

Betul

3.Ditampal dipapan

kenyataan

Tiada carta organisasi

bagi pelajar dan jadual

waktu bertugas bagi

pelajar.

Fungsi organisasi Guru menjalankan tuga

iaitu menjaga rekod keluar

masuk peralatan di

bengkel.

1. Murid tidak terlibat

dalam menguruskan

organisasi bengkel.

Sistem fail 1.Ada fail panitia

Kemahiran

Hidup

2. Disimpan di tempat

yang sesuai iaitu terdapat

laci penyimpanan fail.

3. Rekod kemasukkan

barang peralatan di isi

dengan betul

Tiada

Page 11: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan untuk fungsi organisasi ialah mengariskan panduan

tugas guru panitia. Dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa, guru

kemahiran hidup atau ketua panitia boleh menyediakan Peraturan Keselamatan

Bengkel dan ia wajib dipatuhi oleh sesiapa sahaja termasuk guru, murid dan orang

luar. Faedahnya, ia memastikan murid sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja

secara bersistematik dan selamat.

Page 12: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Tugas Formen (Ketua Kumpulan)

Sebagai ketua, beliau perlu memastikan murid dan pengguna bengkel mematuhi

disiplin dan menjaga kebersihan bengkel. Ketua Formen bertanggungjawab

memastikan segala alatan dikembalikan setelah digunakan dan disusun di tempat

yang disediakan. Ketua Formen juga bertanggungjawab melaporkan segera kepada

guru jika ada berlaku sebarang kemalangan.

Tugas Penolong Formen

Sebagai penolong, beliau mestilah membantu ketua dan mengambil alih jawatan

ketua formen apabila ketua formen tiada. Beliau juga perlu memastikan tugas-tugas

kumpulan dipatuhi dan dilaksanakan dengan sempurna.Struktur adalah hubungan

antara macam-macam fungsi atau aktiviti di dalam organisasi. Struktur organisasi

adalah hubungan antara para pegawai dan aktiviitip-aktiviti mereka satu sama lain

serta terhadap keseluruhan, di mana bagian-bagiannya adalah tugas-tugas,

pekerjaan-pekerjaan atau fungsi-fungsi dan masing-masing anggota kelompok

pegawai yang melaksanakannya.

Struktur organisasi yang akan dibentuk tentunya struktur organisasi yang

baik. Struktur organisasi yang baik harus memenuhi syarat sihat dan efisien. Struktur

organisasi sihat dan efisyen bererti tiap-tiap satu organisasi yang ada dapat

menjalankan peranannya dengan tertib dan dalam menjalankan peranannya

tersebut masing-masig satuan organisasi dapat mencapai perbandingan terbaik

antara usaha dan hasil kerja.

Contoh laci simpanan fail di SKTIP

Page 13: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Cadangan penambahbaikan bagi sistem fail ialah mengikut sistem fail yang

sistematik. Tugasan sistem fail ialah Proses: MENGKELAS, MENGINDEKS,

MENYIMPAN, MENGESAN KEMBALI. Maka, panitia Kemahiran Hidup memerlukan

sistem fail yang baik untuk menjalankan proses-proses yang dinyatakan. Untuk

menjadikan organisasi yang baik, penyusunan fail perlu mengikut panduan yang

betul.

B.REKA BENTUK BENGKEL

RUANG

Gambar di bawah merupakan gambar bengkel kemahiran hidup di SKTIP

Bengkel Kemahiran Hidup berada di bagunan lama SKTIP. Kedudukannya yang

berada di kawasan yang sangat strategik kerana boleh melakukan pelbagai aktiviti

kerana berjauhan dengan kelas. Hal ini dapat memudahkan pelajar untuk melakukan

pelbagai kerja-kerja amali dan tidak akan mengganggu pelajar-pelajar lain yang

belajar di kelas lain.

Page 14: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

PELAN LANTAI BENGKEL KH SKTIP

Pelan lantai di atas menunjukkan kedudukan susun aturt yang terdapat di Bengkel SKTIP

PAPAN KENYATAANPAPAN HITAMKABINET FAIL

MEJA GURU

RAK PENYIM

PANAN

PROJEK H

ASIL KERJA MU

RID

RAK PENYIM

PANAN

PROJEK H

ASIL KERJA MU

RID

MEJA MURID

KABINET PENYIMPANAN ALATAN TANGAN

PAPAN KENYATAAN

MEJA PEMANTAU

MEJA MURIDMEJA MURID

MEJA MURID MEJA MURID

MEJA MURID

PINTU

MEJA

KOM

PUTER

SINKI

MEJADEMONTRASI

Page 15: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Di bengkel ini terdapat 6 meja kayu yang disusun secara melintang.Susunan ini

dapat memudahkan pelajar untuk lebih fokus dengan apa yang disampaikan oleh

guru.

Bengkel KH SKTIP mempunyai stor alat dan bahan. Stor ini terletak di bilik yang lain

daripada bengkel KH.

Dengan kedudukan stor penyimpanan yang berbeza, hal ini menyukarkan

kawalan guru ketika ingin mengambil barang yang terdapat pada stor. Guru

perlu keluar daripad kelas untuk mengambil barang atau alatan yang terdapat

pada stor tersebut. Hal ini membahayakan jika ketika guru keluar ketika murid

membuat projek didalam kelas, jika terdapat kemalangan, guru tiada di dalam

kelas dan murid menjalankan kerja amali tanpa pantauan guru.

Gambat di atas menunjukkan suasana pada stor KH

Page 16: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Di bengkel Kemahiran hidup SKTIP, ruang demonstrasi disediakan dengan

meja yang mempunyai roda, dan boleh diubah-ubah ketika ingin melakukan

teknik demonstrasi. Ketika tidak mahu menggunakan meja itu boleh

diletakkan ke tepi dinding.

Lantai bengkel pula menggunakan lantai daripada simen. Lantai ini mudah

dibersihkan, tahan lasak dan sesuai digunakan di dalam bengkel.

Penggunaan lantai simen mengurangkan kerosakkan kerana di bengkel kita

ingin melakukan kerja-kerja pertukangan dan lebih sesuai menggunakan

lantai ini berbanding lantai kayu.

Dari segi pintu, Bengkel KH SKTIP hanya mempunyai satu pintu masuk dan

keluar walaupun mempunyai dua pintu. B ini tidak mengikut spesifikasi

bengkel yang sesuai kerana jika berlakunya kecemasan seperti kebakaran,

murid akan berpusu-pusu menggunakan hanya satu pintu sahaja. Kesannya,

pergerakan murid-murid tidak lancar untuk menyelamatkan diri dan

mungkinnya berlakunya kecelakaan atau kemalangan.

Pencahayaan di SKTIP sangat baik dan tidak mengganggu tumpuan murid.

Dari segi pengudaraan, Bengkel Kemahiran hidup ini mempunyai

pengudaraan yang baik kerana tingkap dapat berfungsi dengan baik.

Warna pada bengkel KH SKTIP menggunakan warna putih dan kuning.

Warna-warna ini amat sesuai menampakkan ruang bengkel lebih luas.

Warna putih dan kuning diaplikasi

Page 17: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Alat-alat kebersihan seperti penyapu, kain pengelap disediakan dengan jumlah yang

mencukupi. Sinki yang terdapat pada belakang kelas juga berfungsi dengan baik

memudahkan proses pembersihan.

Sinki yang terdapat di SKTIP.

ASPEK KELEBIHAN KELEMAHANKeluasan bengkel Tidak luas

Susunan kerusi meja Saiz sesuai dan

mencukupi Menghadap guru

Tiada

Stor alat Ada stor alat Kedudukan tidak sesuai (di luar kelas)

Stor menyimpan hasil pelajar

Terdapat ruang menyimpan di rak yang telah dibuat ditepi kelas.

Terlalu tinggi menyukarkan pelajar untuk mencapai.

Ruang kerja Terdapat ruang meja demontrasi untuk guru.

Tiada

lantai Daripada simen,mudah dibersihkan

Pintu Terdapat pintu masuk dan keluar.

Terdapat satu pintu sahaja.

Pencahayaan Baik, tingkap befungsi. TiadaPengudaraan Baik, tingkap befungsi. Tiada Kebersihan Mempunyai alat-alat

pembersihan mencukupi dan lengkap

Tiada

Page 18: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

2.ASPEK AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Bengkel Kemahiran hidup ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sesuai, tetapi

beberapa perlu di pertingkatkan lagi seperti:

a) Ruang dan kawasan kerja.

Ruang bengkel perlu mempunyai saiz yang sesuai dan luas bagi

memudahkan pergerakkan semasa menjalankan projek.

Kawasan kerja yang sesuai seperti menempatkan stesen-stesen kerja,

kawasan untuk alatan, kawasan atau rak hasil kerja murid yang sukar untuk

dicapai perlu di rendahkan lagi, kawasan pengstoran yang mudah untuk

mengambil barang tanpa keluar daripada kelas dan alat-alat pertukangan,

laluan untuk bekerja perlu diperluaskan

.

Rak khas hasil kerja murid tetapi terlalu tinggi untuk dicapai.

b) Pintu dan tanda keluar.

Mengikut peraturan pihak bomba dan penyelamat, setiap premis atau bengkel

itu sendiri perlu mempunyai dua pintu untuk keluar dan masuk bagi

memudahkan jika berlakunya kecemasan. Oleh itu, pintu bengkel yang tidak

digunakan perlulah digunakan kembali.

c) Kawalan kesihatan dan persekitaran.

Kawalan kesihatan dan persekitaranmerupakan aspek penting dalam

pengurusan bengkel. Oleh itu bengkel ini mempunyai aspek yang betul dan

perlu diteruskan.

Page 19: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

d) Peralatan perlindungan diri.

Aktiviti amali dalam bengkel mendedahkan kita kepada risiko kemalangan

atau kecelakaan. Peralatan perlindungan diri dalam bengkel yang cukup

telah disediakan seperti kain apron.

e) Perubatan dan pertolongan cemas.

Peti kecemasan yang terdapat dalam bengkel perlulah lengkap dengan

alatan yang dicadangkan oleh pihak hospital. Bengkel KH SKTIP ini

mempunyai peti pertolongan cemas, tetapi bahan ubatan tidak

diselenggara atau ditukar dengan baik seperti ubatan yang sudah lama

atau mencapai tarikh luput. Cadangan penambahbaikkan ialah guru harus

memantau peti kecemasan agar ubatan tidak mencapai tarikh luput yang

boleh memudaratkan pesakit.

Kawasan mencuci tangan iaitu sinki terdapat di bengkel ini bagi

memudahkan untuk mencuci tangan di bengkel ini

.

f) Pencegahan kebakaran.

Risiko untuk terjadinya kebakaran adalah tinggi apabila di bengkel. Oleh itu

Pencegahan kebakaran dalam sesebuah bengkel perlu disediakan.

Alat pemadam api didapati tedapat di dalam bengkel ini dan sentiasa

diselenggara dengan baik dan perlu diteruskan. Alat ini boleh ditempatkan di

tempat yang mudah untuk dicapai dan mudah dilihat.

Page 20: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

Cadangan lain yang boleh meningkatkan lagi keselamatan ialah menambah

alatan seperti hos bomba, pengesan haba, dan sprinkler juga boleh

dipasang pada bengkel.

a) Moto

Terdapat juga moto atau peringatan untuk mengingatkan pengguna

bengkel untuk mengutamakan keselamatan.

.

Page 21: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

3.AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

a) Penstoran bahan.

Di bengkel ini, sistem penstoran yang sistematik telah diwujudkan.

Peralatan disusun dengan rapi dan memudahkan untuk mencapai.

Akan tetapi terdapat barang lain yang terdapat di stor yang berada diluar

kawasan bengkel.

Cadangan penambahbaikkan ialah guru perlu menempatkan di dalam kelas

agar mudah dicapai.

Page 22: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

b) Buku rekod.

Amalan penggunaan buku di bengkel ini.

Seperti buku rekod seperti Buku rekod kerosakkan atau kehilangan barang,

Buku rekod penyenggaraan alatan, Buku rekod peminjaman alatan, dan Buku

rekod kecemasan atau kemalangan.

Akan tetapi buku ini kurang dikemaskini. Oleh itu guru haruslah sentiasa

mengemaskini buku rekod ini agar setiap pekara yang berlaku di bengkel ini

dicatit untuk memudahkan untuk disemak.

Page 23: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel

c) Panduan laluan kebakaran

DI bengkel ini juga terdapat panduan laluan kebakaran untuk digunakan pada

waktu kecemasan.

Panduan ini diletakkan di papan kenyataan bagi memudahkan untuk dilihat.

d) Peraturan

Senarai perturan ketika menggunakan bengkel juga dipaparkan di papan kenyataan

agar murid dapat lihat dan memahami peraturan ketika di bengkel.

Page 24: Pengurusan Dan Pentadbiran Bengkel