penggunaan ping pong abakus dalam meningkatkan kemahira1

Download PENGGUNAAN PING PONG ABAKUS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRA1

If you can't read please download the document

Post on 10-Nov-2015

17 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN PING PONG ABAKUS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRANBAHAGI MURID TAHUN TIGA

OlehMohd Shaharudin Bin Embok MaksahInstitut perguruan Tun Hussien Onn Batu Pahat Bob.shaharudin@gmail.com

ABSTRAKPenyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu empat orang murid Tahun 3 dalam meningkatkan kemahiran membahagi melibatkan pengumpulan semula atau tidak melalui penggunaan ping pong abakus. Kaedah ini melibatkan penggunaan bahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti yang disusun secara berperingkat serta bahan bantu mengajar yang berbeza bagi menarik minat murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian lembaran kerja. Seramai empat orang murid telah dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan pemerhatian lembaran kerja. Data untuk kajian diperolehi melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan temu bual. Analisis ujian pra dan ujian pasca mendapati bahawa terdapat peningkatan skor bagi keempat empat subjek. Berdasarkan hasil pemerhatian dan temu bual, kaedah ini didapati berkesan dalam meningkatkan kemahiran bahagi dengan mudah. Penyelidik akan mengaplikasikan kaedah ini kepada murid yang menghadapi masalah yang sama dalam kemahiran bahagi pada masa akan datang.Kata kunci : Ping Pong Abakus, bahagi dengan baki atau tidak, bahan manipulatif, Murid Tahun 3 ABSTRACTThis study was conducted to help four students in improving their skills of division with or without regrouping using the Ping-pong abacus methody . By using manipulative thing and different of activities and teaching learning meterials were used to attract attention from students. Initial survey was carried out through observation on worksheet.Four students were selected as subject based on the observation from worksheet. Data was collected through a pre-test, post test, observation and interview. Analysis of pre-test and post test showed improvement in four subjects result. Based on observation and interview, this method is found affective for easily enhancing the division with or without regrouping skill. Hence, the researcher is intended to apply this method to other student who have the same problems in division skill in the future.Keywoard : Ping Pong abacus,division with or without regrouping, learning meterialPENGENALANKonteks Saya merupakan seorang guru keluaran Diploma Perguruan Maktab Perguruan Ipoh Perak tahun 2001 dan telah ditempatkan di SK Desa Temu Jodoh sehingga kini, tempoh berkhidmat yang menjangkau 14 tahun banyak memberi impak dari segi pengalaman secara langsung dan tidak langsung serta memberikan motivasi diri sebagai seorang guru yang berjuang mendidik anak bangsa.Kumpulan sasaran kajian tertumpu kepada sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh,Chaah, Segamat. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid yang dipilih iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan dari 23 orang murid kelas Tahun 3 yang berprestasi rendah melalui pemerhatian buku kerja semasa tajuk bahagi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.FOKUS KAJIANPengkaji telah menggunakan instrumen analisis dokumen, temubual dan juga pemerhatian bagi tinjauan masalah. Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji telah mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah ini;1. Murid tidak dapat menunjukkan prosedur bahagi dalam bentuk lazim dengan betul.

2. Murid melakukan kesilapan meletakkan hasil darab nombor untuk ditolak dengan nombor yang di bahagi walaupun sifir yang dibina telah betul.

Tinjauan literaturMenurut Peh Kheng Sat ( 2013 ) , bahagi adalah satu proses pengumpulan sama banyak atau perkongsian sama rata dan merupakan songsangan bagi proses pendaraban. Hal ini jelas dibuktikan dalam konsep bahagi yang mewakili tiga perwakilan iaitu pengkongsian ,pengumpulan sama banyak dan songsangan darab. Berdasarkan kepada konsep bahagi tersebut , Troutman & Liehtenberg ( 2003) menyatakan ianya menunjukkan bahawa operasi bahagi berkait rapat dengan operasi darab dan tidak akan memisahkan kedua-dua operasi tersebut.Oleh itu, pengkaji merasakan penggunaan alat atau kaedah yang baru harus diperkenalkan supaya ianya akan menimbulkan minat murid dan seterusnya menggerakkan murid-murid untuk belajar. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Sumber penting yang dinyatakan adalah penggunaan bahan bantu belajar dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Tambahan lagi, Omardin Ashaari (1999) dalam Noor Azlan & Nurdalina (2010) menyatakan bahawa bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Dengan menggunakan alat bantu mengajar juga, ia akan dapat membantu guru-guru menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan.

OBJEKTIF KAJIANObjektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Pong Ping Abakus ke atas kemahiran murid Tahun 3 dalam menyelesaikan operasi bahagi.

1. Menguji keberkesanan kaedah Ping Pong Abakus bagi menyelesaikan masalah bahagi dalam bentuk lazim2. Meningkatkan tahap penguasaan murid-murid yang berprestasi rendah dalam memahami prosedur yang betul berkaitan operasi bahagi.

PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 di dalam operasi bahagi . 2. Bagaimanakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 di dalam operasi bahagi .

PELAN TINDAKANPengkaji telah menggunakan model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard ( 1988 ) bagi kajian tindakan ini.

Kemmis & Mc Taggard ( 1988)

Perancangan Pengkaji akan mengadakan satu ujian pra bagi tajuk bahagi kepada murid tahun 3 yang terpilih. Seterusnya pengkaji akan menganalisis terhadap skrip jawapan murid-murid bagi melihat tahap penguasaan serta mengesan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Ujian pra yang dibuat merangkumi 6 soalan yang melibatkan operasi bahagi.

TindakanPengkaji akan bertindak melakukan rawatan terhadap subjek yang dipilih. Rawatan dijalankan dengan memperkenalkan kaedahPing Pong abakus kepada subjek kajian.rawatan yang dilaksanakan terbahagi kepada 4 fasa dan menggunakan masa yang agak lama serta kesesuaian tempat yang dipilih adalah tempat yang terhindar dari ganguan Rawatan 1 : Memperkenalkan model Ping Pong Abakus

Berkonsepkan abakus 4:1 yang mana murid-murid telah pelajari, kelebihan pada Model Ping Pong Abakus tersedia Palang pembahagi, bola Ping Pong Oren tertulis nilai 5 dan Ping pong Putih tertulis nilai 1, Bagaimana fungsinya petak 100 dan terdapat ruangan bagi menulis soalan dalam ayat matematik serta hasil jawapan boleh ditulis diruangan yang disediakan.

Subjek juga dilatih bagaimana mengaplikasikan kepada abakus 4:1 dengan diberikan palang pembahagi

Rawatan 2 : Bahagi tanpa baki serta 6 soalan tambahan

Penerangan daripada pengkaji melalui model ping Pong Abakus untuk soalan bahagi yang tiada berbaki. Bagi enam soalan tambahan guru membimbing subjek dengan menggunakan abakus sebenar dan diberi palang pembahagi.Rawatan 3 : Bahagi dengan berbaki serta 6 soalan tambahan

Semasa sesi rawatan ini , melalui penggunaan Model Ping Pong Abakus ini penekanan guru kepada pengiraan dan penggunaan petak 100 serta baki yang akan ditulis di ruangan jawapan, serta aplikasi ke abakus sebenar bagi 6 soalan tambahanRawatan 4 : Gabungan Bahagi tanpa baki dan berbaki sebanyak 6 soalan pada peringkat rawatan yang terakhir ini pengkaji akan memerhati subjek kajian menyelesaikan untuk 2 soalan yang pertama dengan abakus sebenar dan palang pembahagi manakala baki 4 soalan terakhir pengkaji akan meminta abakus 4;1 dikumpulkan, ini bertujuan supaya murid dapat menyelesaikan solan bahagi tersebut seperti seakan-akan menggunakan abakus tersebut.

PemerhatianPemerhatian merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mengumpul data. Saya telah meminta bantuan daripada rakan sejawat saya untuk mencatat nota pada Borang Pemerhatian yang telah saya sediakan. Data yang diambil mengambil kira aspek-aspek reaksi subjek dan tingkah laku subjek semasa rawatan dijalankan. Rajah menunjukkan contoh Borang Pemerhatian yang telah saya laksanakan.BilKriteria Tingkah lakuYaTidakUlasan

1.Mendifisitkan kecuaian dalam pengiraan

2.Berkeyakinan menjawab soalan yang diberi

3.Menunjukkan minat dalam aktiviti pengajaran yang dijalankan

4.Melaksanakan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan

TemubualTemubual telah dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Kaedah Ping Pong Abakus dalam menyelesaikan soalan bahagi. Temubual dijalankan secara individu berbentuk soalan separa struktur. Pada masa yang sama, soalan tambahan dirangka mengikut respons subjek kajian seperti yang ditunjukkan pada rajah 8 di bawah. Adakah kamu suka matapelajaran Matematik? berbanding abacus 4:1 yang biasa digunakan dengan Ping Pong Abakus, anda lebih suka yang mana? Adakah kamu faham penggunaannya? Dengan penggunaan Ping Pong Abakus , adakah kamu yakin untuk menjawab soalan bahagi?

Ujian PascaUjian Pasca dirangka berdasarkan kemahiran yang telah diajar. Ia digunakan untuk melihat kesan kaedah Ping Pong Abakus. Kertas Ujian ini mengandungi 6 soalan. Data akan dikumpul untuk proses analisis dan perbandingan dibuat di antara keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca.Analisis DokumenAnalisis dokumen saya adalah dalam bentuk artifak, iaitu melalui pengumpulan hasil lembaran kerja 1 pada sesi rawatan kedua dan lembaran kerja 2 pada sesi rawatan ketiga. Lembaran kerja ini dijadikan rujukan semasa membuat analisis data dan mengetahui perkembangan mereka dengan menggunakan kaedah ini.Senarai SemakNama murid :Tarikh :Masa :BilKriteria Tingkah lakuYaTidakUlasan

1.Mendifisitkan kecuai

Recommended

View more >