laporan ping pong 2012

of 5 /5
SK LINGGA BARU TAMPARULI, TUARAN SABAH. LAPORAN PERTANDINGAN PINGPONG PERINGKAT DAERAH TUARAN DAN PANTAI BARAT (PENAMPANG) 16, 17 dan 19, 20 hb. 01.2012 Nama Aktiviti : Pertandingan Ping Pong Daerah Tuaran dan Pantai Barat (K.K) Guru Terlibat : En.Wilter Dousip Pelajar Terlibat : Adik Lefrus Moliki Adik Maxie Moisin Tempat : Dewan Chen Sin Tuaran dan Dewan Datuk St.Peter Mojuntin Penampang. Tarikh / Masa : 16, 17 (Daerah Tuaran) 19 dan 20 (Daerah Penampang) Pingat : Adik Lefrus Moliki telah mendapat tempat Ketiga dalam acara Perseorangan Lelaki manakala acara bergu salah seorang murid tidak hadir iaitu Adik Maxie. Dalam Pertandingan Pantai Barat Adik Lefrus

Upload: wilter-dousip

Post on 24-Jul-2015

304 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ping Pong 2012

SK LINGGA BARU TAMPARULI, TUARAN SABAH.

LAPORAN PERTANDINGAN PINGPONG PERINGKAT DAERAH TUARAN

DAN PANTAI BARAT (PENAMPANG)

16, 17 dan 19, 20 hb. 01.2012

Nama Aktiviti : Pertandingan Ping Pong Daerah Tuaran dan Pantai Barat

(K.K)

Guru Terlibat : En.Wilter Dousip

Pelajar Terlibat : Adik Lefrus Moliki

Adik Maxie Moisin

Tempat : Dewan Chen Sin Tuaran dan Dewan Datuk St.Peter Mojuntin

Penampang.

Tarikh / Masa : 16, 17 (Daerah Tuaran) 19 dan 20 (Daerah Penampang)

Pingat : Adik Lefrus Moliki telah mendapat tempat Ketiga dalam

acara Perseorangan Lelaki manakala acara bergu salah

seorang murid tidak hadir iaitu Adik Maxie. Dalam

Pertandingan Pantai Barat Adik Lefrus hanya mampu

mengalahkan seorang lawan peserta daripada Kota kinabalu.

Rumusan :

Page 2: Laporan Ping Pong 2012

i. Kekuatan

a. Daripada pertandingan Ping Pong yang disertai, murid-murid dapat

mempelajari kepelbagaian cara permainan sebenar dalam pertandingan

Ping Pong yang di anjurkan.

b. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan pertandingan-

pertandingan Ping-Pong yang akan diadakan kelak.

c. Murid-murid dapat merasai pertandingan sebenar dan mampu

meningkatkan kemahiran di masa akan datang.

d. Keyakinan murid dapat dipertingkatkan menerusi pertandingan yang

dianjurkan

e. Guru pengiring juga mempelajari bagaimana pengurusan Pertandingan

Ping Pong di adakan serta mempelajari peraturan-peraturan pertandingan

sebenar.

f. Mengeratkan hubungan murid bersama murid yang lain dan guru serta

guru-guru yang lain menerusi pertandingan ping pong.

g. Murid-murid daripada Sk.Lingga Sangat berbakat dan kemahiran ini dapat

di asah dengan lebih cemerlang menerusi perancangan yang sesuai.

h. Daripada pertadingan guru merasakan satu kaedah perancangan yang teliti

perlu di gunakan bagi melatih kemahiran yang ada pada pelajar.

i. Adik Maxie di bawa bersama semasa pertandingan Pantai Barat bagi

mendedahkan kepada situasi perlawanan dan kepelbagaian teknik ping

Pong para peserta pertandingan.

ii. Kekurangan

a. Kekurangan dari segi peralatan ping pong di sekolah perlu di atasi iaitu

kekurangan meja bagi melatih murid-murid.

b. Pihak penganjur perlu berhati-hati semasa penganjuran pertandingan ping

pong diadakan kerana semasa berlakunya pertandingan di Chen Sin,

berlakunya kekurangan dari segi pengurusan perlawanan yang kurang adil

dan berat sebelah.

iii. Cadangan penambahbaikan

Page 3: Laporan Ping Pong 2012

a. Satu perancangan mengenai latihan asas perlu di terapkan dalam

pengajaran Ping Pong bagi memperbaiki mutu permainan Ping Pong

Murid-murid.

b. Pada masa kelak, pengurusan pertandingan perlu menyediakan juri

yang berpengatahuan dalam pengurusan pertandingan bagi mengurus

peserta pertandingan.

c. Di pihak sekolah, Guru-guru akan meningkatkan lagi cara bermain

ping pong di kalangan murid-murid bagi memperbaiki kelemahan

mereka.

d. Murid-murid akan didedahkan dengan kepelbagaian Video perlawanan

Ping-Pong bagi mendedehkan mereka kepada kepelbagaian teknik

bermain ping-pong.

e. Penubuhan satu kelab Ping-pong sekolah bagi membina satu

pengurusan yang baik di mana ahli-ahli dapat merancang sendiri

aktiviti yang sesuai di jalankan.

Disediakan oleh: DIsemak oleh:

…………………………………… …………………………………..

( En.Wilter Dousip ) (En.Francisco Dungkim)

Guru Sukan 1M 1S dan Pengiring Ketua Guru Sukan 1M 1S Ping

Pong

Di Sahkan Oleh

………………………………….

(Pn.Beneh Ramlee)

Guru Besar Sk.Lingga Baru

Lamprian Gmbar semasa Pertandingan Ping Pong Peringkat Daerah dan Pantai Barat

(Penampang)

Page 4: Laporan Ping Pong 2012

Adik Lefrus Menerima Tempat Ketiga Daerah Tuaran

Adik Lefrus Ketika Beraksi semasa Pertandingan Pantai Barat di Dewan Datuk St.Peter Mojuntin Penampang