pertandingan ping pong - gemaputera perlis 2018 · persekutuan ping pong antarabangsa (“ittf”)...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

KEJOHANAN
SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018
28 - 31 MAC 2018
Pertandingan Ping Pong
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS
(PKENPs)

PERATURAN/UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BAGI ACARA PING PONG
1. NAMA
1.1 Pertandingan ini dinamakan “KEJOHANAN PING PONG
SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018”
2. PERATURAN AM PERTANDINGAN
2.1 Kejohanan Ping Pong ini akan dijalankan mengikut Undang-undang
Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (“ITTF”) dan Persatuan Ping
Pong Malaysia (“TTAM”).
2.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.
2.3 Kejadian luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Kejohanan Ping
Pong Sukan GEMAPUTERA XV Perlis 2018 berasaskan undang-undang di
atas.
2.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur
Kejohanan adalah muktamad.
2.5 Selain daripada peraturan di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur
Kejohanan adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan
tambahan, selaras dengan matlamat Kejohanan Ping Pong Sukan
Gemaputera XV Perlis 2018.
3. TARIKH / MASA PERTANDINGAN
3.1 28-03-2018 hingga 31-03 2018
KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
2
KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018
ANJURAN
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

3 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
4. TEMPAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan akan diadakan di gelanggang DEWAN SERBAGUNA UniMAP,
KUBANG GAJAH, KANGAR, PERLIS.
5. KELAYAKAN PENYERTAAN
5.1 Pertandingan ini hanya terbuka kepada pegawai dan kakitangan tetap PKEN,
Anak Syarikat, Syarikat Sekutu dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah.
5.2 Pegawai dan kakitangan yang bertugas secara kontrak juga layak menyertai
pertandingan ini dengan syarat telah berkhidmat tidak kurang daripada satu
(1) tahun.
5.3 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan semua pemain dengan
menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh pihak Penganjur.
6. PENDAFTARAN PASUKAN/PEMAIN
6.1 Setiap kontinjen dibenar menghantar hanya (1) pasukan ke Kejohanan ini dan
setiap pasukan hendaklah mengandungi :-
● Pengurus Pasukan - 1 orang
● Jurulatih Pasukan - 1 orang
● Perseorangan Lelaki - 2 orang
● Bergu Lelaki - 4 orang
● Bergu Lelaki (Veteran) - 2 orang
● Simpanan - 2 orang
6.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 orang pemain termasuk dua (2)
orang pemain simpanan dan dua (2) orang pegawai. Jurulatih dan pengurus
Pasukan tidak dibenarkan bermain.
6.3 Semua pemain hanya boleh bermain dalam satu acara sahaja bagi setiap
perlawanan.
6.4 Pemain bergu lelaki (veteran) had umur perlulah mengikut syarat dan
Peraturan Am Sukan Gemaputera XV Perlis 2018.

4 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
6.5 Senarai pendaftaran ini hendaklah disertakan dengan butiran dan maklumat
seperti berikut :-
i. Nama penuh pemain dan pegawai (termasuk jawatan pegawai).
ii. Salinan Kad Pengenalan pemain dan pegawai.
iii. Gambar pemain dan pegawai (bersaiz pasport).
iv. Acara yang akan diwakili oleh pemain.
6.6 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan
borang yang disediakan oleh Penganjur Kejohanan. Hanya pemain yang
berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.
6.7 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika
terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan
kemudiannya beliau bermain untuk pasukan lain maka penyertaan bagi
kedua-dua pasukan berkenaan akan dibatalkan.
6.8 Bagi pemain bertaraf pemain Negeri @ Kebangsaan @ Profesional perlulah
mengikut syarat dan Peraturan Am Kejohanan Sukan GEMAPUTERA XV
Perlis 2018.
7. CARA KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Kejohanan ini adalah acara berpasukan.
7.2 Pasukan akan diundi ke dalam dua (2) kumpulan.
7.3 Undian untuk tentukan kumpulan akan diadakan semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan.
7.4 Semua perlawanan di peringkat kumpulan/awal akan diadakan secara liga .
7.5 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan diperingkat kumpulan / liga akan layak
ke pusingan separuh akhir .
7.6 Pengadil akan disediakan dari peringkat awal hingga akhir.
8. PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR & AKHIR
8.1 Pusingan separuh akhir akan diadakan secara Kalah Mati atau kalah keluar.

KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
5
8.2 Juara Kumpulan A akan bertemu dengan Naib Juara Kumpulan B manakala
Juara B akan bertemu dengan Naib Juara Kumpulan A diperingkat separuh
akhir.
8.3 Pemenang separuh akhir pertama akan bertemu dengan pemenang separuh
akhir kedua di perlawanan akhir.
8.4 Pasukan yang menang dalam Perlawanan Akhir diisytiharkan sebagai Johan
dan yang kalah sebagai Naib Johan bagi Kejohanan Ping Pong Sukan
GEMAPUTERA XV Perlis 2018.
8.5 Manakala bagi pasukan yang kalah diperingkat separuh akhir diisytiharkan
sebagai pemenang tempat ketiga bersama.
9. SUSUNAN PERLAWANAN
9.1 Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :
9.1.1 Acara Berpasukan ( Setiap Pasukan ) 1 Pasukan
i. Perseorangan Lelaki Pertama
ii. Bergu Lelaki Pertama
iii. Perseorangan Lelaki Kedua
iv. Bergu Lelaki Kedua
v. Bergu Lelaki (Veteran)
10. TUTUP PENDAFTARAN DAN YURAN PENTANDINGAN
10.1 Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada 31 Disember 2017.
10.2 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Seribu
Ringgit sahaja) bagi setiap pasukan.
10.3 Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau cek di atas nama
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS. Sila pastikan resit
rasmi diperolehi dari pihak Penganjur kejohanan.

KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
11. PERTUKARAN PEMAIN
11.1 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa Taklimat / Mesyuarat
Pengurus Pasukan. Selepas mesyuarat tersebut sebarang permintaan
pertukaran pemain TIDAK akan dilayan.
11.2 Pertukaran pemain untuk semua‐ acara adalah dibenarkan dan penggantinya
hendaklah daripada pemain pemain yang telah didaftarkan sahaja.
12. FORMAT PENGIRAAN MATA, PEMBERIAN MATA ATAU PENENTUAN
PASUKAN PEMENANG
12.1 Pertandingan dijalankan secara “BEST OF FIVE”. Format pengiraan mata
adalah seperti berikut :-
a) Sistem kiraan sebelas (11) mata akan digunakan. Jika keputusannya
terikat sepuluh (10) – sepuluh (10) sama, pemain yang terlebih dahulu
mencapai kelebihan dua (2) mata akan diisytiharkan sebagai
pemenang.
b) Perlawanan di Peringkat Kumpulan, mana-mana pasukan mendahului
3-0 perlu juga menghabiskan perlawanan beregu.
c) Bagi perlawanan Peringkat Kalah Mati, mana-mana pasukan yang
mendahului 3-0 akan terus dikira pemenang tanpa meneruskan acara
seterusnya.
12.2 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan format berikut:-
a) MENANG = 2 mata
b) KALAH
c) WALK OVER
=
=
1 mata
0 mata
12.3 Pemberian Mata atau Penentuan Pasukan Pemenang
12.3.1 Dua (2) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata
kepada yang kalah dan kosong (0) kepada walk-over.
6

7 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
12.3.2 Dalam perlawanan liga peringkat kumpulan, penentuan pasukan-
pasukan teratas atau pemenang mengikut susunan hierarki seperti
berikut :-
a) Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi, dikira sebagai
pasukan di tempat nombor satu.( Pemenang kumpulan)
12.3.3 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai, dua
pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama,
maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambil kira
untuk menentukan pemenang :-
a) Jika dua (2) pasukan mendapat mata yang sama selepas
pusingan awal, keputusan perlawanan kedua-dua pasukan
dipusingan tersebut akan diambil kira untuk menentukan
pemenang.
12.3.4 Jika tiga atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka
tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambil kira untuk
menentukan pemenang :-
a) Bilangan perlawanan - nisbah menang dan kalah
b) Bilangan permainan - nisbah menang dan kalah
c) Bilangan mata perlawanan - nisbah menang dan kalah
12.3.5 Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Kejohanan akan menentukan
kedudukan pasukan dan keputusan adalah muktamad.
13. MASA PERTANDINGAN
13.1 Kejohanan ini dijalankan dalam tempoh tiga (3) hari bermula pada jam 9.00
pagi.
13.2 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu perlawanan di
dalam satu (1) hari.

8 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
13.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
13.4 Semua Pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di
gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
13.5 Pengurus Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada
Pengadil Rasmi 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
13.6 Pemain yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan akan
diberi masa tangguhan selama 15 minit. Jika setelah tamat tempoh masa
yang diberikan, pemain tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma
akan diberikan kepada pasukan lawan yang hadir.
14. BILANGAN PEMAIN YANG TIDAK MENCUKUPI
14.1 Sekiranya mana-mana pasukan kekurangan pemain dalam beregu apabila
pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang
dijadualkan maka beregu berkenaan tidak layak bertanding bagi perlawanan
tersebut dan Jawatankuasa Teknikal dan Kejohanan Ping Pong Sukan
GEMAPUTERA XV Perlis 2018 akan memberi kemenangan kepada beregu
lawan dengan keputusan set 3 – 0 di peringkat kumpulan dan diteruskan
dengan perlawanan berikut.
15. PAKAIAN
15.1 Semua pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai kecuali berwarna
putih
15.2 Sekiranya warna baju kedua-dua pasukan yang bertarung adalah sama, salah
satu pasukan mesti menukarkan baju yang digunakan dengan baju berwarna
lain. Jika kedua-dua pasukan tidak mahu menukar baju secara sukarela, maka
pasukan yang diarahkan untuk menukar baju akan dibuat secara cabut undi.
15.3 Kasut hendaklah bertapak getah dan menutupi kaki. Pemain adalah dilarang
memakai selipar atau kasut bertapak kulit.

9 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
15.4 Pasukan/pemain dinasihatkan sentiasa bersedia dengan dua helai baju
permainan‐ yang berlainan and warm colour) untuk bertanding warna (cool
and warm colour) untuk bertanding.
15.5 Pemain pemain dalam satu pasukan/pasangan mesti berpakaian seragam.
16. PERALATAN PERTANDINGAN
16.1 Pihak Penganjur akan menyediakan bola jenis “JOOLA THREE STAR
PREMIUM 40+” berwarna putih.
16.2 Pengunaan getah Bat hendaklah berlainan warna pada kedua-dua
permukaan dan warna getah yang dibenarkan atau diluluskan oleh
Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (“ITTF”).
16.3 Semua pemain harus gunakan “Water Base Glue “ sahaja untuk melekatkan
getah pada racket ping pong.
16.4 Bola bagi sesi latihan tidak akan dibekalkan oleh pihak Penganjur.
17. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
17.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 27 Mac 2018.
17.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta
berserta dengan Kad Pengenalan atau Kad Anggota Pekerja.
17.3 Senarai nama peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan adalah muktamad.
18. BANTAHAN
18.1 Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus pasukan sahaja
dan hendaklah dibuat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika
itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis
kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kejohanan Ping
Pong Sukan GEMAPUTERA XV Perlis 2018 dalam masa satu (1)
jam selepas tamat perlawanan tersebut.

11 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
18.2 Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus pasukan dengan
disertakan bersama wang pemprosesan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ribu
Sahaja (RM2,000.00) tunai. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan itu ditolak oleh Jawatankuasa, sepertimana yang
dinyatakan dalam Perkara 6.1, Undang-Undang dan Peraturan Am, Kejohanan
Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.
18.3 Keahlian Jawatankuasa Kecil Bantahan dan Displin adalah sepertimana
tertakluk dalam Perkara 6.3, Undang-Undang dan Peraturan AM, Kejohanan
Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.
18.4 Sekiranya bantahan tersebut berjaya, kemenangan akan diberikan kepada
pasukan tersebut dengan keputusan set 3-0 bagi acara yang dibuat bantahan
dan keputusan bagi acara yang lain adalah kekal.
18.5 Sebarang bantahan mengenai kelayakan pemain hendaklah dibuat semasa
Taklimat / Mesyuarat Pengurus Pasukan dan sebarang keputusan yang dibuat
oleh Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib adalah muktamad.
19. HADIAH
19.1 Hadiah-hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah seperti berikut :-
19.1.1 Johan - 12 medal
19.1.2 Naib Johan - 12 medal
19.1.3 Tempat Ketiga Bersama (x2) - 12 medal X 2 Pasukan
20. UJIAN KAWALAN RAKET (RACKET CONTROL):
20.1 Ujian Kawalan Raket akan dilaksanakan dengan mengikut peraturan dan
prosedur seperti yang ditetapkan oleh ITTF dan TTAM.
21. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR
21.1 Persatuan Ping Pong Perlis selaku jawatankuasa bersama akan mengawal
dan mengelola segala pengurusan dan susunan teknikal.
21.2 Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah
peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah
muktamad.

11 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
21.3 Jika terdapat sebarang‐ masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukan
dalam peraturan peraturan Pertandingan Kejohanan ini Jawatankuasa
Teknikal dan Rayuan, Sukan Gemaputra akan memutuskannya dan
keputusannya adalah muktamad.
22. PERINTAH AM
22.1 Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk
kepada Peraturan AM Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018
yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Urusetia Kejohanan akan
memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang
berkenaan, sekirannya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib serta peraturan- peraturan pertandingan yang
berkenaan.
SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PASUKAN DAN TERIMA KASIH DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN

Bil Nama Pegawai Jawatan No. Pekerja/KWSP
1 PENGURUS
2 JURULATIH
Bil
Nama Pemain
No. K/P
Kategori Permainan
No. Pekerja/ KWSP
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
* Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan Ping
Pong & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018.
Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang kejohanan
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur
Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam borang
pendaftaran individu
Pengurus Pasukan Disahkan oleh
Nama :
No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua
No. Tel : Jabatan)
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN PING PONG GEMAPUTERA XV PERLIS
2018
PERMAINAN/SUKAN : PING PONG asdfds
PASUKAN : _

TARIKH :
Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap.
Sertakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Penyata KWSP/KWAP
Gambar dua (2) keping berukuran passport
Sediakan 2 Keping
gambar berukuran
passport dan 1 keping
dilekatkan di sini
BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU
KEJOHANAN PING PONG
GEMAPUTERA XV PERLIS
2018
NAMA PENUH :
NO. K/P :
TARIKH LAHIR :
ALAMAT :
(Tempat Bertugas) :
NO. PEKERJA :
TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN :
PENGURUS
JURULATIH
PEMAIN
NO. TEL :