penggunaan ping pong abakus dalam meningkatkan kemahiran.docx

62
34 PENGGUNAAN PING PONG ABAKUS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BAHAGI MURID TAHUN TIGA MOHD SHAHARUDIN BIN EMBOK MAKSAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,BATU PAHAT,JOHOR MEI2015

Upload: din-shaharudin

Post on 10-Nov-2015

292 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN PING PONG ABAKUS DALAM MENINGKATKANKEMAHIRAN BAHAGI MURID TAHUN TIGA

MOHD SHAHARUDIN BIN EMBOK MAKSAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhiSebahagian daripada syaratPenganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian(Matematik Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TUN HUSSEIN ONN,BATU PAHAT,JOHOR

MEI2015

PENGESAHAN PENYELIA

saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan inidan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segiskop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanIjazah Sarjana Muda PerguruanMatematik Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2011

Tandatangan :...Nama Penyelia:Tarikh:

PENGAKUAN PENULIS

saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilanDan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan: Nama Penulis : Tarikh:

DEDIKASI

Khas untukUNTUK KEDUA IBU BAPA YANG DIKASIHITeristimewa buatIsteri dan anak-anak yang tercintaNORHAILI BINTI KAMALUDINAnak-anakMUHAMMAD SHAREED NAZMIMUHAMMAD SHARIF NAUFALMUHAMMAD SHAHIR NAZLEESITI NAURAHRakan-rakan seperjuanganPPG MATEMATIK 1 KOHORT 1

Semoga jasa kalian semua diberkati Tuhan

PENGHARGAAN

Alhamdulililallah, syukur kehandrat ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapat saya menyempurnakan laporan kajian ini.Pertama sekali saya ingin merngucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Puan Norrila Binti Satari yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar serta dorongan di samping teguran yang membina sebagai panduan dan bimbingan dalam melaksanakan kajian ini.Keduanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah,guru-guru dan murid-murid yang ikhlas serta sedia memberikan kerjasama dalam fasa kajian ini. Pengalaman yang diperolehi banyak memberikan impak serta kesan yang positif bagi menjayakan kajian ini.Akhir sekali tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang tersayang serta rakan rakan sekelas yang banyak memberikan bantuan serta dorongan serta sebagai sumber inspirasi dalam menjayakan kajian ini,hanya kepada Tuhan yang esa budi ini dapat dibalas serta ribuan terima kasih pengakhir bicara.

ABSTRAK

Matematik merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap murid seperti mana yang telah ditentukan oleh kerajaan Malaysia. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu empat orang murid Tahun 3 dalam meningkatkan kemahiran membahagi melibatkan pengumpulan semula atau tidak melalui penggunaan ping pong abakus. Kaedah ini melibatkan penggunaan bahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti yang disusun secara berperingkat serta bahan bantu mengajar yang berbeza bagi menarik minat murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian lembaran kerja. Seramai empat orang murid telah dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan pemerhatian lembaran kerja. Data untuk kajian diperolehi melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan temu bual. Analisis ujian pra dan ujian pasca mendapati bahawa terdapat peningkatan skor bagi keempat empat subjek. Berdasarkan hasil pemerhatian dan temu bual, kaedah ini didapati berkesan dalam meningkatkan kemahiran bahagi dengan mudah. Penyelidik akan mengaplikasikan kaedah ini kepada murid yang menghadapi masalah yang sama dalam kemahiran bahagi pada masa akan datang.

ABSTRACT

Mathematics is a compulsory subject that must be learned by every pupils as this is listed in Malaysia Governments Rules. This study was conducted to help four students in improving their skills of division with or without regrouping using the Ping-pong abacus methody . By using manipulative thing and different of activities and teaching learning meterials were used to attract attention from students. Initial survey was carried out through observation on worksheet.Four students were selected as subject based on the observation from worksheet. Data was collected through a pre-test, post test, observation and interview. Analysis of pre-test and post test showed improvement in four subjects result. Based on observation and interview, this method is found affective for easily enhancing the division with or without regrouping skill. Hence, the researcher is intended to apply this method to other student who have the same problems in division skill in the future.

SENARAI KANDUNGANMukaSuratPENGESAHAN PENYELIAiPENGAKUAN PENULISiiDEDIKASIiiiPENGHARGAANivABSTRAKvABSTRACTviSENARAI JADUALviiSENARAI RAJAHixSENARAI LAMPIRANx1.0 PENDAHULUAN11.1 Pengenalan11.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran41.3 Refleksi Nilai Pendidikan52.0 FOKUS KAJIAN 72.1 Isu Kajian 72.2 Definasi Operasi 102.3 Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian 113.0 OBJEKTIF KAJIAN4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRESTASI 8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA RUJUKAN LAMPIRAN

SENARAI JADUALJadualmuka surat1Peringkat- Peringkat Sesi Rawatan

2Langkah Langkah Penggunaan Model Ping Pong Abakus

3Skor Markah Bagi Ujian Penilaian Pra dan Ujian Pasca

SENARAI RAJAHRajah Muka Surat

SENARAI LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PengenalanMatematik merupakan penggerak atau jentera kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi ke arah mencapai matlamat Pelan Pembangunan Induk Pendidikan Negara kita. Oleh itu, penguasaan ilmu matematik di kalangan rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Perkara ini dapat dicapai dengan mempertingkatkan usaha menggalakkan masyarakat membudayakan dan mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian. Kurikulumnya yang teratur dari segi struktur dan kandungannya yang tersusun secara hierarki memerlukan seseorang pelajar menguasai asas Matematik sebelum mereka boleh menguasai ilmu Matematik yang lebih sukar. Kemahiran asas ini boleh dipelajari melalui pembelajaran secara formal atau melalui interaksi manusia sesama manusia dalam kehidupan seharian. Ini adalah kerana pemahaman terhadap berbagai kandungan dan pernyataan bermakna dalam matematik terbina daripada pemahaman manusia sesama manusia melalui interaksi yang berlaku.

Menurut Christina Lau Yuan Yuan (2012), sekiranya keadaan mereka iaitu murid-murid tidak dapat menguasai operasi bahagi jika dibiar begitu sahaja berkemungkinan besar akan menyebabkan mereka menghadapi masalah apabila belajar di peringkat yang lebih tinggi. Bahagi merupakan satu perkataan yang tidak asing bagi kanak-kanak kerana mereka sudah biasa mendengar perkataan tersebut sebelum mereka menerima pembelajaran secara formal di dalam kelas lagi (Maryann wickett, Susan ohanian, Marilyn Burns, 2002). Selain itu perkataan bahagi, murid-murid lebih kerap mendengar perkataan kongsi. Menurut Richard Leffingwell(2006), berkongsi benda untuk mendapatkan jumlah yang sama banyak dikenali sebagai bahagi. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa relevan, oleh yang demikian Kurikukulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran matematik ini telah diolah serta disusun semula. Kesinambungan yang lebih diperinci serta berterusan serta ia nya selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan yang berguna pada masa hadapan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran matematik ini diolah dan disusun semula. Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi serta menangani perubahan di era kemajuan teknologi.Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing (Hashim, 2009). Rekabentuk kajian tindakan boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan sebenar di sekolah. Penyelidikan Kajian Tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian.KSSR iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah digubal dalam Pernyataan Standard terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Apakah Standard Kandungan itu? Standard Kandungan ialah pernyataan spesefik mengenai perkara murid patut tahu dan boleh lakukan manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kreteria atau petunjuk kualiti pembelajaran yang diukur bagi setiap kandungan (Tudia, 2013).Beberapa kajian menunjukkan di mana pengulangan atau kemahiran dalam sesuatu tajuk itu akan diulang sehingga pelajar tersebut dapat menguasai keseluruhan tajuk sebelum berpindah kepada tajuk yang baru. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Jesteru itu kaedah ping pong abakus akan dapat membantu murid-murid meningkat prestasi mereka dalam tajuk pembahagian .

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang laluProses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu medium untuk murid-murid menerima input pelajaran dalam suasana bilik darjah yang kondusif. Kepelbagaian aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid-murid memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu input pelajaran yang disampaikan. Proses mengenalpasti masalah murid dapat dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Semasa saya menyemak lembaran kerja bagi operasi bahagi bagi mengesan kekuatan dan kelemahan operasi bahagi didapati hampir separuh murid tahun 3 tidak dapat menunjukkan prosedur yang betul dalam menyelesaikan operasi bahagi dalam bentuk lazim. Hasil semakan juga menunjukkan murid-murid tidak mengetahui nombor apakah yang perlu diletakkan di tempat hasil bahagi walaupun ianya dibantu dengan menyalin sifir nombor pembahagi.Selain itu, saya mendapati murid-murid mengalami kesukaran dalam menentukan prosedur yang mana sepatutnya dilakukan terlebih dahulu kerana murid seharusnya mengikut prosedur yang betul bagi mendapatkan jawapan yang betul. Bagi soalan yang melibatkan pengumpulan semula saya dapati murid-murid tidak dapat melakukan kaedah pengumpulan semula yang betul.Semasa sesi di dalam kelas, murid-murid sangat memberikan tumpuan dan memberikan kerjasama semasa penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Namun, saya dapati bahawa penggunaan bahan manipulatif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak dirancang secara sistematik dan tanpa bimbingan yang khusus daripada guru mengakibatkan murid-murid tidak dapat memahami tajuk bahagi dengan betul.Penggunaan bahan manipulatif yang dirancang secara sistematik oleh guru itu bagi operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi dengan betul, ianya akan menjadikan sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik dan berfokus.Daripada pengamatan semasa sesi pengajaran yang telah dilaksanakan, saya dapati bahawa murid-murid saya kebanyakannya tidak dapat menguasai operasi bahagi. Oleh yang demikian, saya ingin membantu murid-murid saya untuk mengatasi masalah dalam menjawab soalan jenis ini.1.3 Refleksi Nilai PendidikanKandungan asas mata pelajaran matematik sekolah rendah merupakan topik-topik asas seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Pengetahuan Matematik merupakan konsep, teorem, prinsip dan hukum tentang nombor, perkaitan, bentuk dan ruang serta kuantiti seperti masa, wang dan sebagainya.Selden (1995) mendapati bahawa individu berkeupayaan menentukan kebenaran bukti-bukti dalam matematik sekiranya mereka mempunyai kebolehan untuk menerangkan stuktur logik pernyataan matematik. Bagi menyediakan generasi yang mahir maka Pendidikan di Malaysia bersedia untuk melengkapkan mereka untuk menguasai bidang-bidang sains, teknologi, informatik yang antara lain meliputi matematik dan komputer (Zaibedah, 2000). Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orentasi teknologi maklumat.Masalah yang dihadapi oleh murid-murid tentang masalah bahagi merupakan masalah yang tidak boleh dipandang mudah kerana kegagalan murid itu adalah kerana kegagalan guru menangani masalah murid. Maka, saya berasa perlu melakukan sesuatu bagi meningkatkan kemahiran murid dalam operasi bahagi agar masalah ini tidak berterusan. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi murid walaupun masalah tersebut merupakan masalah yang kecil.Sekiranya masalah operasi bahagi ini tidak diambil perhatian, murid-murid akan berterusan melakukan kesilapan tersebut. Kesan daripada masalah ini akan menyebabkan murid-murid berasa bosan kepada mata pelajaran matematik. Selain itu, sekiranya permasalahan ini tidak dipulihkan ianya akan memberi kesan kepada murid tersebut pada masa akan datang kerana tajuk bahagi sentiasa ada kesinambungannya kepada tajuk-tajuk lain pada masa akan datang.Oleh yang demikian adalah menjadi satu kewajipan dan amanah kepada pengkaji untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam operasi bahagi untuk memastikan masalah ini segera diatasi dengan jayanya.

2.0FOKUS KAJIAN

2.1 Isu KajianMelalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya telah dapati bahawa murid-murid tidak berminat pada subjek Matematik. Ini berpunca daripada tanggapan murid terhadap mata pelajaran matematik itu sendiri.

Rajah 1 : Kesilapan Murid Dalam Buku LatihanRajah 1 di atas menunjukkan kesilapan yang telah dilakukan oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dimana, murid meletakkan jawapan di tempat yang salah serta menolak dengan prosedur yang salah untuk bahagi dalam bentuk lazim, walaupun murid ini membina sifir bagi nombor pekali bahagi dengan betul.Isu yang diperhatikan dan dikenal pasti semasa saya mengajar mata pelajaran Matematik dalam kelas tahun 3 adalah bagi tajuk Bahagi. Tajuk ini agak sukar difahami oleh murid-murid disebabkan konsepnya yang banyak dan sukar diterangkan. Hal ini dapat dikenal pasti daripada ketidakupayaan murid-murid untuk menjawab soalan latihan yang diberikan dalam buku latihan. Walaupun langkah penyelesaian telah dinyatakan kepada murid-murid, namun mereka masih gagal untuk melakukan pengiraan bagi menyelesaikan soalan bahagi dalam bentuk lazim.

Rajah 2 : Kesilapan Murid Dalam Buku LatihanRajah 2 menunjukkan kesalahan murid di mana ini adalah disebabkan mereka tidak faham tentang pembahagian dalam bentuk lazim, dan mereka tidak tahu prosedur yang betul bagi menyelesaikan soalan bahagi dalam bentuk lazim. Jadi, selain menyatakan langkah penyelesaian yang sepatutnya, kaedah menggunakan abakus harus diajar kepada murid-murid mengikut teknik yang mudah bagi mereka. Pendekatan yang berbeza juga boleh digunakan oleh guru terhadap murid-murid supaya pengajaran dapat berlangsung dengan lancar.

2.2 Definasi Operasi

2.2.1Model Ping Pong AbakusModel Ping Pong Abakus ini adalah inovasi daripada saya berdasarkan model abakus 4:1 yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR terkini. Antara sebab saya memberikan nama Ping Pong Abakus bagi memperkukuhkan kefahaman murid-murid berkaitan dengan Operasi bahagi. Menurut Wikipedia ( 2007 ) Sempoaatau juga dikenali sebagai Abakus merupakan alat hitung untuk melakukan proses-prosesaritmetik. Selalunya, ia terdiri daripada sebuah rangka kayu, dengan manik-manik yang menggelangsar pada wayar-wayar. Penggunanya menggelangsar pembilang secara insani pada batang-batang atau alur-alur. Ia telah digunakan selama berabad-abad sebelum penerimagunaan sistem angka Hindu-Arabtertulis dan masih digunakan secara meluas pada hari ini oleh para pedagang dan kerani diChina,Jepun, Afrikadan negara-negara yang lain.2.2.2Meningkatkan KemahiranDalam tajuk saya, definasi bagi meningkatkan ialah terdapatnya peningkatan serta perbandingan markah antara ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan. Peningkatan tersebut tidak ada hadnya, kalau soalan yang dijawab betul bagi ujian pasca lebih satu daripada ujian pra pun juga dikira sebagai peningkatan. Dengan itu keseluruhannya meningkatkan kemahiran ialah meningkatkan kemahiran bahagi bagi subjek yang dipilih, serta ada peningkatan antara ujian pra dan ujian pasca. 2.2.3Pengumpulan SemulaMenurut Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 3(2012), pemgumpulan semula berlaku jika penambahan pada setiap nilai tempat melebihi 9, maka nilai puluhnya dibawa ke tempat yang lebih besar. Pengumpulan semula dalam kajian ini merujuk pembahagian sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula dari(a) Sa ke puluh(b) Puluh ke ratus(c) Sa ke puluh dan puluh ke ratus2.2.4MuridMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), murid membawa maksud pelajar, penuntut, anak atau orang yang sedang belajar atau berguru sama ada secara formal atau tidak. Murid dalam konteks kajian ini ialah empat orang murid Tahun 3 yang telah dipilih sebagai subjek kajian

2.3Tinjauan LiteraturMatematik ialah suatu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan(Wikipedia, Matematik, 2013). Menurut Noraini Tahir dalam bukunya Pembelajaran Kognitif dan Pembelajaran Kanak-Kanak daripada pautan Scribd, Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dalam membuat keputusan.Menurut Peh Kheng Sat ( 2013 ) , bahagi adalah satu proses pengumpulan sama banyak atau perkongsian sama rata dan merupakan songsangan bagi proses pendaraban. Hal ini jelas dibuktikan dalam konsep bahagi yang mewakili tiga perwakilan iaitu pengkongsian ,pengumpulan sama banyak dan songsangan darab. Berdasarkan kepada konsep bahagi tersebut, Troutman & Liehtenberg (2003) menyatakan ianya menunjukkan bahawa operasi bahagi berkait rapat dengan operasi darab dan tidak akan memisahkan kedua-dua operasi tersebut.Oleh itu, pengkaji merasakan penggunaan alat atau kaedah yang baru harus diperkenalkan supaya ianya akan menimbulkan minat murid dan seterusnya menggerakkan murid-murid untuk belajar. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Sumber penting yang dinyatakan adalah penggunaan bahan bantu belajar dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Tambahan lagi, Omardin Ashaari (1999) dalam Noor Azlan & Nurdalina (2010) menyatakan bahawa bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Dengan menggunakan alat bantu mengajar juga, ia akan dapat membantu guru-guru menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan.

2.3.1Penggunaan Bahan Manipulatif dalam Pengajaran dan PembelajaranBahan manipulatif merupakan suatu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, social, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Penggunaan bahan manipulatif dikalangan kanak-kanak merupakan suatu peringkat yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep.Menurut Muhammad Sahron Bin Mahmad Zulkepli ( 2013 ), manipulatif adalah bahan bantu mengajar yang boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh digunakan oleh pelajar itu sendiri. Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat menarik minat pelajar kerana dapat mengendali serta melihatnya dengan jelas.Menurut Sowell (1989) dan Suydam dan Higgins (1977) dalam pautan Scribd, pembelajaran yang efektif terhadap konsep dan teknik matematik ialah dengan penggunaan bahan-bahan manipulasi. Penggunaan bahan bahan manipulatif seperti attributes block, bongkah atau blok kayu adalah sangat penting. Menurut Heddens(2005) dalam pautan Scribd juga, bahan manipulatif didefinasikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep matematik untuk menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid (Ling,2013). Atan long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan ini mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipaparkan. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar ( Nurfadhilah, 2013).2.3.2Kajian-Kajian Lepas tentang Penggunaan Bahan Manipulatif dalam Pengajaran dan PembelajaranPeranan guru sebagai fasilatator dan pemantau dalam memastikan murid melakukan dan melaksanakan aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan hasrat Negara ke arah untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha meningkatkan sistem pendidikan bagi ianya selaras dengan budaya dan amalan terkini bagi menambahbaik mutu pendidikan sama ada di sekolah rendah mahupun menengah. Perubahan tersebut adalah dari segi pembelajaran hafalan dan latih tubi kepada bentuk pembelajaran yang lebih merangsangkan pemikiran, berunsur kreatif serta memenuhi kemenjadian murid pada masa kini.Menurut dapatan kajian lepasan oleh Fadzli bin Dahaln dan Ranjit Singh A/L Malkiat Singh (2012), bahan bercetak sahaj yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru Ketua Panatia Daerah Kulim Bandar Baharu. Tahap penggunaan bahan bantu mengajar yang lain seperti poster/carta, perisian komputer dan LCD projektor pula pada tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan audio visual seperti televisyen dan radio, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah (Fadzli and Ranjit Singh)3 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif KajianObjektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Ping Pong Abakus ke atas murid dalam menyelesaikan masalah bahagi.i. Menguji keberkesanan kaedah Ping Pong Abakus bagi menyelesaikan masalah bahagi dalam bentuk lazimii. Meningkatkan tahap penguasaan murid-murid yang berprestasi rendah dalam memahami prosedur yang betul berkaitan operasi bahagi.

3.2 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian tersebut;i. Adakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 di dalam operasi bahagi .ii. Bagaimanakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 di dalam operasi bahagi .

4.0 KUMPULAN SASARAN

Saya merupakan seorang guru keluaran Diploma Perguruan Maktab Perguruan Ipoh Perak tahun 2001 dan telah ditempatkan di SK Desa Temu Jodoh sehingga kini, tempoh berkhidmat yang menjangkau 14 tahun banyak memberi impak dari segi pengalaman secara langsung dan tidak langsung serta memberikan motivasi diri sebagai seorang guru yang berjuang mendidik anak bangsa.Kumpulan sasaran kajian tertumpu kepada sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh, Chaah, Segamat. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid yang dipilih iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan dari 23 orang murid kelas Tahun 3, di mana hasil dari pemerhatian buku kerja semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas didapati empat murid ini tidak dapat menjawab soalan bahagi dalam bentuk lazim.Selain itu, subjek- subjek didapati agak kurang berkeyakinan semasa menjawab soalan bahagi yang diberikan oleh guru dan melalui pemerhatian yang saya jalankan ada seorang subjek tidak dapat menulis dalam bentuk lazim bagi operasi bahagi yang diberikan. Melalui perbualan yang dijalankan didapati murid ini tergolong daripada golongan keluarga yang berpendapatan sederhana.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Perancangan TindakanSaya telah menggunakan proses kajian tindakan model Kurt Lewin dalam pelaksanaan kajian tindakan Kemmis & Mc Taggard (1988). Menurut dalam buku Mok Soon Sang, seorang ahli ksikologi, Proses kajian tindakan ditinjau sebagai satu kitaran kajian berlingkaran yang merangkumi empat peringkat merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi, sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah 5 berikut (Mok ,2010).1. Perancangan

4. Refleksi2. Tindakan

3. Pemerhatian

PERANCANGAN SEMULA/ULANGAN

Rajah 5 : Kitaran Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard ( 1988)

5.1.1Perancangan Pengkaji akan mengadakan satu ujian pra bagi tajuk bahagi kepada murid tahun 3 yang terpilih. Seterusnya pengkaji akan menganalisis terhadap skrip jawapan murid-murid bagi melihat tahap penguasaan serta mengesan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Ujian pra yang dibuat merangkumi 6 soalan yang melibatkan operasi bahagi.

Rajah 6 : Semasa Ujian Pra Dijalankan5.1.2TindakanPengkaji akan bertindak melakukan rawatan terhadap subjek yang dipilih. Rawatan 1 dijalankan dengan memperkenalkan kaedah Ping Pong abakus kepada subjek kajian. Rawatan yang dilaksanakan terbahagi kepada 4 fasa dan menggunakan masa yang agak lama serta kesesuaian tempat yang dipilih adalah tempat yang terhindar dari ganguan.

Rajah 7 : Semasa sesi rawatan 1

Rawatan 1 : Memperkenalkan model Ping Pong AbakusBerkonsepkan abakus 4:1 , Pengkaji memperkenalkan Ping Pong Abakus kepada subjek kajian. Penerangan tentang ciri-ciri yang terdapat pada Ping Pong abakus, Palang Pembahagi, Petak 100, Nilai warna pada Ping Pong dan fungsiya.

Rajah 8 : Semasa Sesi Rawatan 2Subjek juga dilatih menggunakan abakus 4:1 dengan diberikan palang pembahagi, ini bertujuan murid dapat mengaplikasikan bahagi dalam bentuk lazim.

Rawatan 2 : Bahagi tanpa baki serta 6 soalan tambahan

Pengkaji menerangkan melalui model Ping Pong Abakus untuk soalan bahagi yang tiada berbaki. Disamping itu, pengkaji menyediakan enam soalan tambahan kepada subjek dengan menggunakan abakus serta diberi palang pembahagi.

Rawatan 3 : Bahagi dengan berbaki serta 6 soalan tambahanSemasa sesi rawatan ini, melalui penggunaan Model Ping Pong Abakus ini penekanan guru kepada pengiraan dan penggunaan petak 100 serta baki yang akan ditulis di ruangan jawapan, serta aplikasi ke abakus serta subjek diberikan 6 soalan tambahan bahagi dengan berbaki.

Rawatan 4 : Gabungan Bahagi tanpa baki dan berbaki sebanyak 6 soalanPada peringkat rawatan yang terakhir ini pengkaji akan memerhati subjek kajian menyelesaikan untuk 2 soalan yang pertama dengan abakus sebenar dan palang pembahagi. Manakala baki 4 soalan terakhir pengkaji akan meminta abakus 4:1 dikumpulkan, ini bertujuan supaya murid dapat menyelesaikan solan bahagi tersebut seperti seakan-akan menggunakan abakus tersebut.

Rajah 10 : Semasa sesi rawatan 4

6.0CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam pengumpulan data, saya telah menggunakan kaedah triangulasi data untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data yang dikumpulkan. Menurut Mok Soon Sang (2010), kaedah bercantum (triangulation) merupakan strategi atau teknik yang memberi sokongan atau kekayaan untuk hasil dapatan kajian melalui data yang didapati daripada sumber-sumber lain seperti pemerhatian, soal selidik , penyelidik lain, masa triangulation, ruang triangulation dan sebagainya (Mok,2010)

6.1.1PemerhatianPemerhatian merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mengumpul data. Saya telah meminta bantuan daripada rakan sejawat saya untuk mencatat nota pada Borang Pemerhatian yang telah saya sediakan. Data yang diambil mengambil kira aspek-aspek reaksi subjek dan tingkah laku subjek semasa rawatan dijalankan. Rajah menunjukkan contoh Borang Pemerhatian yang telah saya laksanakan.BilKriteria Tingkah lakuYaTidakUlasan

1.Mengurangkan kecuaian dalam pengiraan

2.Berkeyakinan menjawab soalan yang diberi

3.Menunjukkan minat dalam aktiviti pengajaran yang dijalankan

4.Melaksanakan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan

Rajah 9 : Borang Pemerhatian yang dilakukan

6.1.2TemubualTemubual telah dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Kaedah Ping Pong Abakus dalam menyelesaikan soalan bahagi. Temubual dijalankan secara individu berbentuk soalan separa struktur. Pada masa yang sama, soalan tambahan dirangka mengikut respons subjek kajian seperti yang ditunjukkan pada rajah 8 di bawah. Adakah kamu suka matapelajaran Matematik? berbanding abacus 4:1 yang biasa digunakan dengan Ping Pong Abakus, anda lebih suka yang mana? Adakah kamu faham penggunaannya? Dengan penggunaan Ping Pong Abakus , adakah kamu yakin untuk menjawab soalan bahagi?

6.1.3Analisis DokumenAnalisis dokumen saya adalah dalam bentuk artifak, iaitu melalui pengumpulan hasil lembaran kerja 1 pada sesi rawatan kedua dan lembaran kerja 2 pada sesi rawatan ketiga. Lembaran kerja ini dijadikan rujukan semasa membuat analisis data dan mengetahui perkembangan mereka dengan menggunakan kaedah ini.

Senarai SemakNama murid :Tarikh :Masa :BilKriteria Tingkah lakuYaTidakUlasan

1.Mendifisitkan kecuaian dalam pengiraan

2.Berkeyakinan menjawab soalan yang diberi

3.Menunjukkan minat dalam aktiviti pengajaran yang dijalankan

4.Melaksanakan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan

5.Apabila tidak faham sedia untuk bertanya

6.1.4 Rasional Tindakan PelaksanaanPemerhatian dan analisis hasil kerja murid yang dilakukan pada minggu pertama bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun3 bagi tajuk bahagi. Senarai semak digunakan untuk pemerhatian yang dilakukan. Bagi analisis hasil kerja murid pula, sebarang kesilapan konsep yang ditunjukkan oleh murid boleh dicatat oleh guru agar kesilapan konsep ini dapat diperbetul dengan segera.Pada minggu pertama, ujian pra dijalankan untuk mengukur tahap pencapaian semasa yang dikuasai oleh murid-murid sebelum tindakan intervensi dilaksanakan.Selain itu, tujuan ujian pra adalah untuk mengenal pasti murid yang lemah berdasarkan pencapaian yang terendah untuk dipilih sebagai sampel kajian kes.Minggu ketiga dan keempat pula digunakan untuk mengadakan sesi invervensi terhadap sampel kajian yang telah dipilih selepas ujian pra. Semasa sesi yang dijalankan, guru akan mengajar murid-murid menyelesaikan soalan bahagi dengan menggunakan kaedah yang dipilih iaitu menggunakan Ping Pong Abakus.Pada minggu kelima pula, ujian pasca dijalankan terhadap sampel untuk menguji keberkesanan kaedah yang dilaksanakan sepanjang dua minggu yang lepas.Selain itu, pemerhatian dan soal selidik dijalankan terhadap murid-murid tersebut bagi memperoleh maklumat yang diperlukan.

7.0 KEPUTUSAN / ANALISIS DATA DAN INTERPRESTASI

7.1 Adakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 di dalam operasi bahagi.Dalam kajian ini, saya telah menggunakan dua bentuk ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Selain ujian ujian tersebut, saya juga memberikan lembaran kerja kepada subjek-subjek kajian saya selepas setiap sesi rawatan saya. Berikut merupakan analisis bagi ujian masing-masing.

7.1.1Ujian Penilaian Selepas RawatanBagi setiap sesi rawatan, lembaran kerja ataupun dikenali sebagai penilaian kecil telah diberikan kepada subjek kajian supaya ianya dapat mengukur tahap kemajuan mereka pada masa itu. Ujian penilaian kecil sangat penting kerana keputusan tersebut dapat memberikan satu gambaran yang sangat jelas kepada subjek-subjek mahupun pada diri saya sendiri pada bahagian bahagian yang perlu difokuskan lagi.

BILSUBJEKUJIAN PRAPERATUSUJIAN PASCAPERATUS

1A2/634%6/6100%

2B1/616%5/684%

3C3/650%6/6100%

4D1/616%6/6100%

Jadual 1 : Perbandingan Pencapaian ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 1: menunjukkan analisis ujian pra berbanding ujian pasca bagi ke-empat subjek kajian.Berdasarkan jadual tersebut semasa ujian pra dijalankan subjek kajian telah menjawab soalan tersebut dan min jawapan yang betul bagi setiap subjek kajian adalah 1 daripada 6 soalan yang diberi . Manakala bagi ujian pasca yang diberi selepas rawatan subjek kajian dapat menjawab semua jawapan dengan betul kecuali subjek B tersilap kerana kecuaian. 7.2Bagaimanakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid murid di dalam operasi bahagi .

Pengkaji telah menemubual kesemua subjek kajian dan hasil dapatan daripada temubual tersebut dianalisis. Pengkaji juga telah menyenaraikan beberapa tema yang terlibat dalam temu bual yang dijalankan.

Berikut merupakan tema yang telah diringkaskan dalam jadual di bawahBILTEMAKODKEKERAPAN

1Tahu selesaikan soalan bahagi dalam bentuk lazimTh4

2Terangkan bagaimana selesaikan soalan bahagiTr4

3 Ping Pong Abakus membantu menyelesaikan soalan bahagiBt4

4Mudah untuk menggunakan kaedah Ping Pong AbakusMd4

Panduan Th= Tahu Tr= TerangkanBt = BantuMd = MudahJadual 2 : kod temubual

Rajah : Borang Pemerhatian Rakan SejawatBerdasarkan jadual 2 , dapat diperhatikan keempat-empat subjek kajian telah tahu menyelesaikan soalan bahagi secara bentuk lazim, dapat menerangkan bagaimana menyelesaikan soalan bahagi , tahu bagaimana Kaedah Ping Pong Abakus digunakan serta mudah difahami.Skrip jawapan hasil temubualSubjek A 001 : Adakah anda meminati mata pelajaran Matematik? 002 : Ya ( jawab dengan penuh keyakinan 003 : berbanding abacus 4:1 yang biasa digunakan dengan Ping Pong Abakus, anda Suka yang mana? 004 : Ping Pong Abakus( jawab dengan senyuman) 005 : Kenapa? berikan sebabnya 006 : Cantik, ada palang bahagi serta ping pong ada tertulis nilai 007 : Adakah kamu faham penggunaannya? 008 : Sikit-sikit dan perlu berlatih lagi ( berkeyakinan)

Rajah : Borang pemerhatian rakan sejawatBorang pemerhatian yang telah dilakukan oleh rakan sejawat semasa sesi rawatan yang telah dilaksanakan murid benar-benar memahami penggunaan Model Ping Pong Abakus bagi menyelesaikan soalan bahagi, serta menunjukkan minat serta keyakinan bagi menjawab solan bahagi.

8.0PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DATA

Penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid murid di dalam operasi bahagi cepat.berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan kajian ini telah berjaya meningkatkan kefahaman prosedur operasi bahagi .Bagaimanakah penggunaan model Ping Pong Abakus dapat meningkatkan kemahiran murid murid di dalam operasi bahagi cepat. Apabila kefahaman yang lebih terperinci dengan menggunakan model Ping Pong Abakus ini, akhirnya apabila sudah mahir apabila dilakukan dalam bentuk lazim ia dapat diaplikasi serta penggunaan sehingga tahap maya.8.1IMPLIKASI KAJIAN&CADANGAN8.1.1Murid-muridMenarik minat dalam pembelajaran bahagi melalui warna pada ping pong abakus serta mudah cara.Dengan bantuan petak 100 operasi bahagi dengan ping pong abakus lebih mudah difahami.Meningkatkan daya psikomotor melalui pergerakan jari seiring dengan daya pemikiran semasa mengira.

8.1.2Guru Melalui penggunaan ping pong abakus ini menunjukkan kreativiti dan keyakinan guru semasa pengajaran Kefahaman melalui ping pong atas yang berwarna oren dan nilai bersamaan 5 dan ping pong bawah berwarna putih serta nilai 1 adalah lebih jelas.Perkongsian bahan bantu mengajar kepada guru-guru lain.

8.1.3Ibu bapaMenggalakkan serta memberi dorongan kepada anak-anak menggunakan abakus di rumah. Menghargai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan pengetahuan.

8.1.4Pihak sekolahMemberi galakan serta dorongan kepada pendidikan yang berteraskan alaf 21. Menggalakkan guru supaya menghasilkan inovasi yang berkualiti untuk meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran. Sebagai pengukur ke arah kecemerlangan serta menuju kearah kelestarian sekolah.

9.0REFLEKSI & CADANGAN

Secara keseluruhannya, penggunaan Ping Pong Abakus telah terbukti membantu murid yang berpencapaian rendah untuk menguasai operasi bahagi sama ada berbaki ataupun tanpa baki. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan peningkatan skor markah daripada ujian pra kepada ujian pasca yang sekurang-kurangnya 70% peningkatan.

RUJUKAN

Peh Kheng Suat. (2013). Express Revision Mathematics UPSR ( Year 4, 5, 6). Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.Petaling Jaya, Selangor Darul EhsanLau Yuan Yuan. (2012). Refleksi Pembelajaran Teknik Menganalisis Data Tentang Penggunaan Teknik CRA Dalam Membantu Murid Tahun 5 Menguasai Pembahagian Fakta Asas. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2012, Jilid 6, 1-8. Farah Liyana Bt Ramli. (2010). Double division method: An alternative method to help year five pupils to solve division by two digits. Jurnal penyelidikan muallim, 84- 103Hayazi Bin Mohd Yasin (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-guru Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 1-94.Leffingwell, R. (2006). Sharing and dividing. Chicago: Heinemann Library. Maryann wickett, Susan ohanian, Marilyn Burns. (2002). Lessons for introducing division. Sausalito, CA 94965: Math Solutions Publications.Troutman , A.P., & litchtenberg, B.K. (2003), Mathematics A Good Beginning, Sixth Edition, United States : Thomson/Wadsortf Publishing.

Harold Koontz & Heinz Weihrich .(1995).Pengurusan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh. (2005).Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan.Tanjong Malim:Quantum Books.

John Elliott (1996).Action research for education change. Buckingham: Open UniversitiPress.

Kim Phaik Lah, 1996.Menyokong dan Mengukuhkan Komuniti Kajian Tindakan di Malaysia. Kertas ceramah dalam Seminar Kajian Tindakan Ketiga, di Hotel Primula Parkroyal, Kuala Terengganu, 26-29 Ogos 1996.

Shafie Awang danAhmad bin Embong. Penguasaan Sifir Di kalangan Pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot. Kuala Terengganu

Zaenab Hanim, Rahmat Soeoed, Siti Rahayah Ariffin&Noriah Ishak.Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran Matematik di Sekolah Rendah..Jurnal Pendidikan 29 (2004).

34