penggunaan-latihan-berasaskan-komputer-dalam-pendidikan-seni-peringkat-awal-kanak-kanak.pdf

11
1 Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Dalam Pendidikan Seni Peringkat Awal Kanak-Kanak (pra- sekolah) Siti Zuraida Bte Maaruf, Khadijah Said Hashim dan Syamsul NurAzlan Mohamed Fakulti Pendidikan, UiTM Malaysia ABSTRAK Latihan Berasaskan Komputer Multimedia interaktif adalah persembahan latihan dan banan- bahan pendidikan melalui komputer. Objektif utama penulisan ini ialah untuk membincangkan bagaimana guru boleh mengitegrasikan kaedah pengajaran secara konvensional seiring dengan penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Multimedia interaktif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni di peringkat awal kanak-kanak. Di samping itu penulis juga turut membincangkan ciri-ciri atau gaya pembelajaran (learning styles) yang digemari oleh kanak-kanak mengikut perkembangan menyeluruh mereka.Penulisan ini juga menyentuh tentang kelebihan-kelebihan teknologi komputer atau multimedia yang mana dapat membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar-pelajar secara amnya di sekolah. Dalam penulisan kajian ini, penulis mengaplikasikan kajian berasaskan kepada analisa perbincangan secara mendalam terhadap kajian-kajian lampau yang berkaitan dengan penggunaaan teknologi dan Latihan Berasaskan Komputer Multimedia interaktif secara umum dan khususnya dalam pendidikan Seni peringkat awal kanak-kanak. Adalah diharapkan, agar penulisan ini dapat membuka ruang bagi menwujudkan kesedaran di kalangan warga guru terhadap peluang untuk memperbaiki dan memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan memenfaatkan kemudahan teknologi komputer atau multimedia yang bersifat lebih interaktif dan menarik. Kata kunci : Pengintegrasian, Latihan Berasaskan Komputer, Multimedia Interaktif, Gaya Pembelajaran dan Motivasi

Upload: rai-yana

Post on 17-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

1

Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Dalam Pendidikan Seni Peringkat Awal

Kanak-Kanak (pra- sekolah)

Siti Zuraida Bte Maaruf, Khadijah Said Hashim dan Syamsul NurAzlan Mohamed

Fakulti Pendidikan, UiTM Malaysia

ABSTRAK

Latihan Berasaskan Komputer Multimedia interaktif adalah persembahan latihan dan banan-

bahan pendidikan melalui komputer. Objektif utama penulisan ini ialah untuk

membincangkan bagaimana guru boleh mengitegrasikan kaedah pengajaran secara

konvensional seiring dengan penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Multimedia

interaktif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni di peringkat awal

kanak-kanak. Di samping itu penulis juga turut membincangkan ciri-ciri atau gaya

pembelajaran (learning styles) yang digemari oleh kanak-kanak mengikut perkembangan

menyeluruh mereka.Penulisan ini juga menyentuh tentang kelebihan-kelebihan teknologi

komputer atau multimedia yang mana dapat membantu meningkatkan minat dan motivasi

pelajar-pelajar secara amnya di sekolah. Dalam penulisan kajian ini, penulis

mengaplikasikan kajian berasaskan kepada analisa perbincangan secara mendalam terhadap

kajian-kajian lampau yang berkaitan dengan penggunaaan teknologi dan Latihan Berasaskan

Komputer Multimedia interaktif secara umum dan khususnya dalam pendidikan Seni

peringkat awal kanak-kanak. Adalah diharapkan, agar penulisan ini dapat membuka ruang

bagi menwujudkan kesedaran di kalangan warga guru terhadap peluang untuk memperbaiki

dan memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan memenfaatkan

kemudahan teknologi komputer atau multimedia yang bersifat lebih interaktif dan menarik.

Kata kunci : Pengintegrasian, Latihan Berasaskan Komputer, Multimedia Interaktif, Gaya

Pembelajaran dan Motivasi

Page 2: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

2

Pengenalan

Konstelnik, Soderman, dan Wiren (1993) berpendapat bahawa peringkat prasekolah adalah

masa terbaik untuk perkembangan kanak-kanak di mana banyak perubahan-perubahan yang

penting berlaku. Perubahan ini berkaitan dengan interaksi yang kompleks, iaitu antara struktur

dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan

sosial. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran, sama ada

positif ataupun negatif berbanding pada masa-masa lain. Apabila kanak-kanak tidak diberi

pengalaman yang menggalakkan pada masa perkembangan yang terbaik ini, mereka mungkin

tidak bermotivasi dan tidak berjaya memperolehi potensi.

Feldman (1991) menyatakan kanak-kanak belajar secara semulajadi. Mereka ingin tahu,

berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-perkara baru.

Mungkin antara cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain Berikut

merupakan perkembangan yang dapat dipupuk melalui aktiviti bermain :

a. perkembangan kognitif, bahasa dan fizikal

b. kestabilan emosi

c. kreativiti kanak-kanak

d. perkembangan dan kemahiran sosial

e. memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak

Nor Hashimah dan Yahya (2003) mengketogerikan pembelajaran yang bersandarkan aktiviti

permainan kepada empat jenis. Keseimbangan diantara aktiviti bermain dan belajar

merupakan rangka kerja yang penting dalam membentuk kurikulum dan persekitaran

pembelajaran kanak-kanak. terdapat empat jenis permainan yang dikenalpasti iaitu:

1. Permainan ‘solitary’

2. Permainan ‘parallel’

3. Permainan ‘associative’

4. Permainan ‘cooperative’.

Pembelajaran kanak-kanak juga melalui penglibatan yang aktif dengan objek-objek konkrit

bukan sahaja melalui aktiviti bermain. Mereka belajar melalui deria, iaitu dengan melihat,

mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu yang mana setiap daria ini merupakan

perantaraan pada otak. Penekanan kepada keperluan pelbagai bahan dan media untuk

rangsangan deria kanak-kanak adalah aspek penting dalam pembelajaran melalui deria. Bagi

Page 3: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

3

menyatakan perkara yang mereka fikirkan kanak-kanak perlu bercakap berkenaan

pengalaman mereka.

Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2001) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

membolehkan kanak-kanak prasekolah memperolehi asas komunikasi, kemahiran sosial dan

kemahiran lain yang positif seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani dan nilai estetik sebagai

persediaan ke sekolah rendah. Di alaf baru pembangunan globalisasi negara yang berteraskan

kepada kemajuan teknologi berasaskan komputer berhasrat bagi melahirkan insan yang

seimbang dari segenap aspek boleh dilaksanakan dengan cara mengintegrasikan penggunaan

komputer dalam pendidikan bersama dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara

konvensional yang sedia ada seawal peringkat prasekolah.

Dengan kewujudan komputer sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran pendidikan

prasekolah telah memberikan kepelbagaian maklumat kepada guru-guru prasekolah, guru-

guru pelatih dan ibu bapa dalam usaha untuk mengajar kanak-kanak yang baru berada di alam

pendidikan. Kemampuan komputer untuk menyimpan maklumat dalam saiz yang besar

termasuk data-data yang berbentuk multimedia interaktif telah menjadikan maklumat-

maklumat tersebut mudah diurus dan diguna pakai.

Multimedia merupakan salah satu elemen penting yang turut hangat diperkatakan hari ini

yang mana berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada

penggunaan komputer. Ramai orang berangapan bahawa multimedia merupakan satu revolusi

terbesar dalam bidang pendidikan dan komunikasi selepas terciptanya mesin percetakan.

Antara lain komputer turut memainkan peranan penting dalam usaha merapatkan jurang

informasi dan geografi dalam perkembangan perhubungan dan pengetahuan manusia. Seorang

penulis, Gayaski (1993) mendefinisikan multimedia sebagai suatu kumpulan media

berasaskan komputer dan system komunikasi yang berperanan untuk membina, menyimpan,

menghantar dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio dan sebagainya.

Multimedia merupakan penggunaan pelbagai jenis media yang digunakan bagi tujuan

komunikasi secara umumnya. Namun begitu jenis media yang diterima sebagai elemen

multimedia berubah mengikut peredaran masa dan juga teknologi. Multimedia masa dahulu

merupakan gabungan dua ataupun lebih media dalam proses penyampaian maklumat. Kini

multimedia umum diterima sebagai kombinasi perbagai jenis media yang berhubung terus

dengan penggunaan teknologi komputer.

Page 4: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

4

Keistimewaan sistem ini ditambah lagi dengan perkembangan teknologi multimedia dalam

bidang pendidikan yang membolehkan komputer bukan sahaja menggunakan teks sebagai

sumber penyaluran informasi yang utama malah menyelitkan juga elemen-elemen grafik,

video, animasi, audio dan interaktiviti di dalamnya. Dengan penambahan elemen-elemen

tersebut dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan dan keupayaan penggunaan sistem

komputer ke tahap yang maksimum dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Dengan adanya kemudahan pengaplikasian dalam bentuk multimedia interaktif ini ia telah

membuka satu lembaran baru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif

kepada para guru dan ibu bapa. Sistem integrasi multimedia ini juga dimasukkan ke dalam

perpustakaan-perpustakaan dan kelas-kelas bagi mengubah bentuk maklumat yang sedia ada

dan juga mengubah cara perolehan maklumat itu dicapai.

Integrasi Teknologi Komputer Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kurikulum

Pendidikan Seni Pra-sekolah

Terdapat pelbagai maksud yang berbeza yang memberi gambaran terhadap kurikulum.

Menurut Catron dan Allen (1999), kurikulum dianggap, sama ada sebagai satu set aktiviti

yang memenuhi matlamat dan objektif yang dirancang, rangka kerja untuk membuat

keputusan berkenaan pemilihan bahan dan aktiviti, ataupun pendekatan komprehensif untuk

memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa, kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian,

iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan

pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti

jasmani, rohani, intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian. Manakala kurikulum

tersembunyi ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti

tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

Dalam kandungan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah: Edisi Percubaan (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001) telah mengariskan beberapa perkara yang perlu dijadikan

panduan oleh guru-guru prasekolah, iaitu Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara,

matlamat, objektif, model konseptual, pengurusan pengajaran-pembelajaran, penilaian dan

rekod perkembangan kanak-kanak, kanak-kanak dengan keperluan khas dan penglibatan ibu

bapa.

Page 5: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

5

Salah satu daripada enam komponen atau bidang yang diberi tumpuan dalam kurikulum

prasekolah adalah kreativiti dan nilai estetika. Nor Hashimah dan Yahya (2003) melihat

komponen ini sebagai teras kepada perkembangan sifat kreatif dan ekspresif melalui

imaginasi dan pemikiran. Kanak-kanak boleh terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti seni

seperti lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi. Bagi menyatakan idea dan

ekspresi diri. Pengalaman melalui aktiviti seni ini penting bagi membantu kanak-kanak

membina kenyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri. Komponen ini meliputi lima aspek,

iaitu: persekitaran dan keindahan alam; lukisan dan kraf tangan; muzik, nyanyian dan

pergerakan kreatif; drama dan puisi dan warisan budaya.

Penglibatan dalam aktiviti seni dan kreatif dilihat oleh Narimah dan Nani Menon dalam

Rohani dan Mohd Sharani (2003) sebagai sesuatu yang sangat penting dalam perkembangan

pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni

seperti melukis, mewarna, kraf tangan, membentuk arca dan sebagainya.

Perkembangan kanak-kanak melalui penerokaan boleh dibantu menerusi aktiviti seni. Sebagai

contoh, aktiviti melukis atau mengambar dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak

dalam memilih bahan, warna, garisan, saiz dan bentuk. Mereka boleh memilih bahan-bahan

yan disukai dan mengeluarkan idea. Kemahiran motor halus dan motor kasar dapat

ditingkatkan menerusi aktiviti seni dan kraf misalnya melalui aktiviti menggunting dalam

aktiviti kolaj. Ketika menggunakan krayon kanak-kanak belajar membuat kawalan pergerakan

jejari mereka. Melalui aktiviti kreatif dan estetika kanak-kanak dapat menyampaikan

kegembiraan, kesedihan dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudah aktiviti estetika dan

kreatif membantu kanak-kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka.

B.F. Skinner (1954, 1968) mengemukakan satu cadangan pendekatan yang dikenali sebagai

“programmed instruction” atau pengajaran berprogram yang melibatkan tiga prinsip

pengendalian semasa mempersembahkan bahan baru kepada pelajar:

1. Tindak Balas Yang Aktif - tindak balas yang diberikan oleh pelajar secara berterusan

2. Membentuk - apa yang pelajar sudah tahu merupakan permulaan pengajaran,

kemudian maklumat baru dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dan

persembahkan kepada pelajar semasa pelajaran dijalankan. Tingkah laku yang

dikehendaki (penguasaan subjek atau perkara berkenaan) dibentuk secara beransur-

ansur sambil pelajar memperoleh maklumat tambahan dan jawapan yang beransur-

ansur sukar

Page 6: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

6

3. Pengukuhan Segera - penguasaan setiap bahagian adalah hampir dijamin oleh sebab

pengajaran melibatkan kemajuan yang beransur-ansur. Jadi, dengan mendapatkan

maklum balas bahawa jawapannya itu betul pelajar mempunyai kebarangkalian yang

tinggi untuk memberi tindak balas yang betul kepada soalan-soalan yang ditanya dan

diberi pengukuhkan segera [B.F. Skinner (1954, 1968)].

Bagaimanakah caranya para guru dapat menggunakan teknologi yang berasaskan komputer

untuk mengukuhkan pembelajaran pelajar? Kognitivis percaya bahawa kanak-kanak

memerlukan peluang untuk membina pengetahuannya sendiri. Istilah konstructivisme adalah

berpendirian bahawa pelajar membina pengetahuan secara aktif, ini telah diaplikasikan dalam

teori-teori Piaget, Vygotsky dan Bruner. Antara pendapat lain yang berkaitan dengan

perkembangan manusia adalah pendapat ahli-ahli Interaktionis. Teori ini juga turut dikenali

sebagai teori Kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget yang melibatkan aspek-aspek

struktur intelek yang digunakan bagi memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif bukanlah

hanya hasil kematangan organisma dan bukan juga pengaruh persekitaran sahaja, bahkan

melibatkan kedua-duanya. (Md. Nasir dan Ibrahim, 2003)

Namun begitu, mengikut pendapat Harris (1998), Hirsch (1996), Nuthall (1996) mengetahui

bahawa pembelajaran merupakan proses konstruktif (pembinaan) sahaja tidak menjamin

pembelajaran yang berkesan. Ahli-ahli psikologi kognitif percaya bahawa terdapat banyak

cara untuk menolong pelajar bagi membina pengkalan ilmu pengetahuan yang kaya dan

canggih. Antaranya, guru boleh: menyediakan peluang untuk percubaan (experimentation);

menegaskan kefahaman konseptual (pembinaan ilmu pengetahuan dari yang mudah kepada

yang susah, mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama); mendapatkan pelajar

untuk mempersembahkan idea orang lain; mempromosikan dialog di kalangan pelajar;

menggunakan aktiviti-aktiviti autentik; serta mewujudkan suatu komuniti pelajar yang boleh

berkongsi apa yang mereka telah pelajari.(Ormrod, 2003)

Menerusi eksplorasi, penerangan, perbincangan dan perdebatan kanak-kanak membina

pengetahuan. Kognitivis mencipta dan memikiran kembali kerja mereka dan kefahaman

mereka sendiri. Mereka mengambil tahu tentang pembinaan pengetahuan yang tidak dapat

diperhatikan. Mereka menumpuan kepada penyeleasaian masalah dan strategi pembelajaran.

Menurut Conway (1997) guru menyusun bagi memperolehi sumber yang diperlukan dan

bertindak sebagai panduan kepada pelajar sementara pelajar sendiri menetapkan matlamat

sendiri dan “mengajar diri sendiri”.

Page 7: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

7

Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Menurut Howard Gardner,

kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi dan murid-murid boleh dikenali melalui aspek

kecerdasan yang boleh dikesan dalam diri mereka. Kreativiti boleh dilahirkan melalui

pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan pembelajaran bagi membantu mereka

mambina kemahiran seterusnya memperolehi ilmu dan mengamalkanya.

Teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) iaitu ‘Theory of Multiple

Intelligences’ menjelaskan, kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun

mencipta produk yang diharga oleh sesuatu budaya. Mengikut Gardner lagi, setiap individu

mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental yang berasingan atau bebas, iaitu

kecerdasan.

Sehingga kini beliau mengenal pasti sembilah jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie,

1996). Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) Gardner yang dijumpai dalam Gardner and Hatch

(1990) mencadangkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis kebolehan, atau

kecerdasan yang agak berlainan. Perspektif ini mengemukakan kemungkinan yang pelajar

kita berkemungkinan agak cerdas dari suatu segi. Lapan jenis kecerdasan itu ialah:

1. Kecerdasan Linguistik atau Pertuturan adalah kebolehan menggunakan bahasa

secara berkesan dalam bentuk tulisan dan pertuturan,

2. Kecerdasan Logikal atau Matematik adalah kebolehan pembelajaran dalam bentuk

pengiraan dan penaakulan untuk berhujah secara logik, terutama dalam matematik

dan sains,

3. Kecerdasan Visual atau Spatual adalah kebolehan untuk memperhatikan butir-butir

yang dilihat serta membayangkan dan memanipulasikan objek visual dalam bentuk

imaginasi melalui minda,

4. Kecerdasan Muzikal atau Irama adalah kebolehan untuk mencipta, memahami, dan

menghayati muzik melalui kepekaan terhadap bunyi yang pelbagai dalam

persekitaran mereka,

5. Kecerdasan Kinestetik-badan adalah kebolehan berkaitan dengan gerak badan

termasuk motor otak yang mengawal pergerakan anggota badan seseorang dengan

mahir,

6. Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memerhati aspek-aspek halus mengenai

tingkah laku orang lain serta boleh berhubung dan berkomunikasi,

7. Kecerdasan Intrapersonal adalah kesedaran tentang perasaan, niat, dan hasrat diri

Page 8: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

8

8. Kecerdasan Naturalist adalah kebolehan mengenal corak-corak dalam alam

semulajadi dan perbezaan antara pelbagai bentuk hidup dan objek semulajadi.

9. Kecerdasan Existentialist adalah merujuk displin falsafah. Kanak-kanak belajar dalam

konteks di manakah pegangan manusia

(Ormrod, 2003: 108-109)

Mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai, setiap kecerdasan tidak bergantung antara satu sama

lain (Hatch dan Gardner, 1997). Setiap kecerdasan menunjukkan ciri-ciri penyelesaian

masalah tertentu dan kebolehan memproses maklumat. Jensen (1980)berpendapat ,

kecerdasan adalah hasil daripada pengaruh keturunan, yang bermaksud kecerdasan seseorang

kanak-kanak secara keseluruhannya dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Bagaimanapun,

Kamin (1975) dan Humphreys (1986) berpendapat kecerdasan adalah ditentukan oleh faktor-

faktor persekitaran sosial seseorang. Schif, et. al (1982) dan Scarr dan McCartney (1983)

mempertahankan faktor keturunan dan persekitaran sosial sebagai memainkan peranan yang

penting terhadap perkembangan kecerdasan.

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) teori kecerdasan mempunyai implikasi yang sangat

luas terhadap strategi pengajaran, stail pembelajaran dan pencapaian pelajar. Kecerdasan

mempengaruhi kebolehan berfikir, khususnya perkembangan pemikiran aras tinggi.

Kecerdasan juga mempergaruhi kecekapan otak seseorang dari segi menangkap dan

menguasai pelbagai idea, konsep dan membuat generalisasi.

Implikasi teori ini ialah bahawa Pendidikan Seni Prasekolah yang tergolong dalam kecerdasan

ruang boleh dipelajari, dididik, dan dipertingkatkan. (Kebolehan menggambar bukan hanya

sekadar melibatkan bakat seseorang sahaja kontrari dengan persepsi orang ramai sebelum ini.)

Namun begitu, guru seharus menyedar bahawa kesemua kecerdasan ini tidak berkembang

seiring dalam setiap individu. Hanya satu atau dua kecerdasan yang berkembang dengan

sepenuhnya walaupun semua kecerdasan itu wujud dalam setiap individu itu.

Walaubagaimana pun, kecerdasan-kecerdasan ini boleh dirangsang untuk ditajamkan tetapi

tidak harus dinilai secara berasingan.

Para guru seharusnya menyediakan pelbagai aktiviti untuk memenuhi kecerdasan pelbagai

yang dimiliki oleh pelajar kerana pelajar dimotivasikan belajar apabila mereka dapat

melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, dalam suatu pelajaran Pendidikan Seni, guru boleh

mengadakan aktiviti yang melibatkan penceritaan (kecerdasan linguistik), perbincangan

(kecerdasan interpersonal), dan lukisan atau menggambar (kecerdasan visual dan spatual).

Page 9: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

9

Kesimpulan

Penggunaan komputer sebagai komponen multimedia yang boleh merupakan alat yang

merangsang pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah adalah suatu inovasi

baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga

sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kini bagi

melahirkan generasi celik komputer kerana ia melibatkan pengaktifan semua deria sebanyak

mungkin seperti deria pendengaran, sentuhan, visual dan sebagainya. Semua ini membantu

mengukuhkan ingatan dalam pembelajaran seawall peringkat kanak-kanak. Banyak kajian

terdahulu menunjukkan kepentingan komputer dalam menggalakkan kemahiran kognitif dan

bahasa. Komputer dapat memupuk pelbagai kecekapan seperti mengalakkan potensi

imaginatif, kreatif, emosi dan pemikiran logik dan kritikal.

Kanak-kanak boleh didedahkan kepada komputer daripada kecil lagi. Terdapat bukti

penyelidikan yang menunjukkan kanak-kanak berumur dua tahun boleh mula didedahkan

kepada komputer (Rohani, Sin, Cheah & Rosazizi, 2003 : Webb dan Rowe, 1995). Dalam

pembelajaran berteraskan komputer, kanak-kanak bebas memilih jenis dan tahap

pembelajaran yang mereka suka. Mereka juga dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih

lanjut dan mendalam, bergantung pada reaksi mereka kepada sesuatu perisian komputer.

Hasil penyelidikan lepas menunjukkan komputer menyediakan peluang pembelajaran yang

lebih berkesan kepada kanak-kanak. melalui komputer kanak-kanak mendapat berbagai-bagai

pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat di pasaran

masa kini. Di samping itu, pembelajaran berbantu komputer memenuhi keperluan kanak-

kanak yang mempunyai stail pembelajaran dan kemahuan tersendiri. (Rohani & Rosazizi

dalam Rohani, Nani Menon & Mohd. Sharani, 2003).

Adalah diharapkan, agar penulisan ini dapat membuka ruang bagi menwujudkan kesedaran di

kalangan warga guru terhadap peluang untuk memperbaiki dan memperkasakan kaedah

pengajaran dan pembelajaran dengan memenfaatkan kemudahan teknologi komputer atau

multimedia yang bersifat lebih interaktif dan menarik. Di samping itu juga diharapkan agar

penulisan ini juga dapat memberi inspirasi kepada mereka yang berminat untuk menjalankan

penyelidikan yang lebih mendalam tentang pengintegrasian teknologi komputer atau

multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kanak-kanak

prasekolah di Malaysia.

Page 10: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

10

SENARAI RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), kemahiran berfikir merentasi kurikulum, Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd

Catron, C.E. dan Allen, J. (1999) Early childhood curriculum: a creative-play model (2nd. Ed). Prentice-Hall. New Jersey

Convay, J. (1997). Educational technology’s effects on models of instruction.

(Article posted May, 1997) Http://udel.edu/~jconway/EDST666.htm, email: [email protected]

Feldmen, J.R. (1991), A survival guide for preschool teachers, New York : The

Center for Applied Research in Education Gardner, H. & Hatch, T. (1990). Multiple intelligences go to school: Educational

implications of the theory of multiple intelligences. Educational Researcher, 18(8), 4 –10.

Harris, D. B. (1963). Children’s as measure of intelligence maturity, New York: Harcourt, Brace & World.

Harris, J.R. (1998). The nurture asumption: why children turn out the way they

do. New York: Free Press. Hatch, T. and Gardner, H. (1997),’If Binet Had Looked Beyond theClassroom:

The Assesment of Multiple Intelligences’ di dalam Toff, B. (1997) Multiple Intelligence and Assessment: A Collection of Articles, Illinois : IRI Skylight

Hirsch, E.D., Jr. (1996). The schools we need and why we don’t have them. New York: Doubleday.

Jonassen, D. H. (1998), Designing constructivist learning environment 1. In C.

M. Reigeluth (ed.), Instructional Theories and Models, 2nd Ed., Mahwah, NJ : Lawrence, Erlbaum.

Kostelnik, M.J., Soderman, A.K. and Wiren, A.P. (1993) Developmentally appropriate programs in early childhood education. New York : MacMillan Publishing Company.

McCathy, S.A (1924). Children’s drawing. Baltimore: William and Wilkins. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan pendidikan

prasekolah. siri pendidikan prasekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. BHd.

Page 11: Penggunaan-Latihan-Berasaskan-Komputer-Dalam-Pendidikan-Seni-Peringkat-Awal-Kanak-Kanak.pdf

11

Nuthall, G. (1996). Commentary: Of learning and language and understanding the complexity of the classroom. Educational Psychologist, 31, 207-214

Ormrod, J.E. (2003). Educational psychology: Developing learners. Upper

Saddle River, NJ: Pearson Education Inc. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003),

Panduan kurikulum prasekolah, Kuala Lumpur : Percetakan Cergas (M) sdn. Bhd

Skinner, B.F. (1954). The science of learning and the art of teaching. Harvard

Educational Review, 24, 86-97. Skinner, B.F. (1968). The technology of teaching. New York: Appleton-Century-

Crofts.