penggunaan dadu dalam pengajaran konsep...

13
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP NOMBOR UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH Lajiwin@Jovinia Kudun Benny Kong Tze Loong Raiman@Datu Raiman Bin Datu Kauman ABSTRAK Penggunaan dadu merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengajar konsep nombor dalam tunjang sains dan teknologi: awal sains dan awal matematik di prasekolah. Inovasi ini menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan murid dan mempunyai ciri- ciri pendekatan konstruktivis, di mana murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan berdasarkan kepada pengalaman murid. Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan dadu dalam pengajaran konsep nombor untuk murid prasekolah yang dikaji. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada penggunaan dadu dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, kemahiran pengamatan dan kreativiti murid prasekolah. Kaedah penyelidikan kualitatif menggunakan pemerhatian telah dilaksanakan ke atas 18 orang murid prasekolah daripada dua buah prasekolah di daerah Tuaran dan Kota Belud. Senarai semak yang direkabentuk berdasarkan standard pembelajaran dalam tunjang sains dan teknologi: awal sains dan matematik digunakan untuk merekod tingkah laku murid semasa pemerhatian dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan wujud perubahan tingkah laku yang positif selepas penggunaan dadu dalam semua aspek yang diperhatikan iaitu aspek memahami nombor 1- 10, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, kemahiran pengamatan dan kreativiti. Dapatan lain yang diperoleh daripada kajian ini ialah penggunaan dadu telah melatih murid-murid prasekolah supaya boleh berkerjasama dalam kumpulan. Kata kunci: dadu, pengamatan, kreativiti, komunikasi, sosial, pengalaman, konsep nombor PENGENALAN Penguasaan awal matematik dalam kalangan murid prasekolah amat penting kerana ia merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman mereka berkaitan benda-benda konkrit atau objek di sekeliling mereka yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka. Justeru, pembelajaran awal matematik yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menghiburkan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik. Salah satu komponen penting yang diberi penekanan dalam pengajaran awal matematik di prasekolah ialah konsep nombor. Konsep ini perlu diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid.

Upload: lamliem

Post on 08-Mar-2019

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

13

PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP NOMBOR UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Lajiwin@Jovinia Kudun Benny Kong Tze Loong

Raiman@Datu Raiman Bin Datu Kauman

ABSTRAK

Penggunaan dadu merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengajar konsep nombor dalam tunjang sains dan teknologi: awal sains dan awal matematik di prasekolah. Inovasi ini menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan murid dan mempunyai ciri-ciri pendekatan konstruktivis, di mana murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan berdasarkan kepada pengalaman murid. Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan dadu dalam pengajaran konsep nombor untuk murid prasekolah yang dikaji. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada penggunaan dadu dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, kemahiran pengamatan dan kreativiti murid prasekolah. Kaedah penyelidikan kualitatif menggunakan pemerhatian telah dilaksanakan ke atas 18 orang murid prasekolah daripada dua buah prasekolah di daerah Tuaran dan Kota Belud. Senarai semak yang direkabentuk berdasarkan standard pembelajaran dalam tunjang sains dan teknologi: awal sains dan matematik digunakan untuk merekod tingkah laku murid semasa pemerhatian dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan wujud perubahan tingkah laku yang positif selepas penggunaan dadu dalam semua aspek yang diperhatikan iaitu aspek memahami nombor 1-10, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, kemahiran pengamatan dan kreativiti. Dapatan lain yang diperoleh daripada kajian ini ialah penggunaan dadu telah melatih murid-murid prasekolah supaya boleh berkerjasama dalam kumpulan. Kata kunci: dadu, pengamatan, kreativiti, komunikasi, sosial, pengalaman, konsep nombor

PENGENALAN

Penguasaan awal matematik dalam kalangan murid prasekolah amat penting kerana ia merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman mereka berkaitan benda-benda konkrit atau objek di sekeliling mereka yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka. Justeru, pembelajaran awal matematik yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menghiburkan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik.

Salah satu komponen penting yang diberi penekanan dalam pengajaran awal matematik di prasekolah ialah konsep nombor. Konsep ini perlu diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid.

Page 2: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

14

Perkembangan awal konsep nombor adalah penting untuk membangun sikap positif kanak-kanak terhadap matematik pada usia yang awal. Kaedah khas serta aktiviti yang terancang perlu diaplikasikan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran awal numerasi. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah penggunaan bahan konkrit yang boleh dimanipulasikan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak perlu lebih banyak 'melakukan' dan 'menyebut' sebelum aktiviti bertulis. Hal ini sesuai dengan teori Piaget dalam Atherton (2013) bahawa kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang digunakan menarik perhatian mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkaitan pemikiran kanak-kanak.

Dalam kajian ini standard kandungan yang diberi tumpuan ialah memahami nombor 1-10 yang merupakan satu daripada empat standard dalam konsep nombor. Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan, dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu. Contoh padanan satu dengan satu;

Memadan benda berpasangan yang sama seperti kasut

Memadan benda berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu

Memadan bilangan yang sama

Memadan bilangan objek dengan simbol nombor Penyataan Masalah

Tinjauan awal telah dilakukan di beberapa buah prasekolah mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran awal matematik dalam kalangan murid-murd prasekolah. Hasil tinjauan mendapati pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru juga sangat gemar menggunakan lembaran kerja dalam sesi pembelajaran. Biasanya, guru memberi contoh dan penerangan secara kelas dan murid melaksanakan aktiviti lembaran kerja. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran guru akan mengutip lembaran kerja dan membuat penilaian secara umum.

Kaedah pengajaran yang diamalkan ini tidak menepati teori perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget. Menurut Piaget dalam Atherton (2013), setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang digunakan menarik perhatian mereka. Justeru, penggunaan lembaran kerja adalah kurang sesuai dan kurang praktikal digunakan kerana ia tidak menarik serta membosankan apabila digunakan dengan kerap. Penggunaan lembaran kerja yang stereotype juga menyebabkan kemahiran pengamatan seperti visual, taktil dan kinestatik kurang diberi tumpuan kerana fokus guru lebih kepada murid dapat menyelesaikan tugasan dengan betul. Strang (1968) dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” mengatakan pengamatan ialah satu proses yang

Page 3: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

15

bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak. Objek-objek di sekitar ditanggap melalui alat-alat panca indera dan diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat laun tersusunlah pola pengalaman yang kekal dalam diri kita. Oleh kerana, asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling kanak-kanak, kemahiran pengamatan wajar diberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran murid-murid prasekolah.

Nor‟aini Tahir, Roszikin Zakaria dan Zainab Zakaria (2007) menjelaskan bahawa matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabii nya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Sementara itu, National Association For the Education of Young Children (NAEYC) mengatakan matematik bermula dengan penerokaan bahan seperti membuat binaan blok-blok, pasir dan air. Program matematik seharusnya membolehkan kanak-kanak menggunakan matematik sebagai alat untuk meneroka dan mencari penemuan baharu. Hal ini kerana matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa dan bahasa. Justeru, murid-murid prasekolah perlu berinteraksi dengan rakan sebaya semasa pembelajaran matematik. Faktor rakan sebaya bukan sahaja penting dalam pembelajaran matematik tetapi juga dalam bidang-bidang lain untuk membantu perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Sebagai contoh, jika murid-murid bersosialisasi dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Justeru, pembelajaran matematik harus disepadukan dengan sains, sains sosial serta bidang-bidang lain. Namun demikian, penggunaan lembaran kerja yang terlalu kerap menyebabkan aspek sosial dan komunikasi tidak diberi perhatian kerana matlamat guru adalah murid dapat menyiapkan tugasan dalam lembaran kerja dengan betul. Justeru, guru tidak tahu tahap penguasaan sebenar kanak-kanak dalam aspek kemahiran sosial dan komunikasi. Hal ini akan menimbulkan masalah apabila murid beralih ke Tahun Satu.

Tujuan kajian Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan dadu dalam pengajaran konsep nombor untuk murid prasekolah yang dikaji dengan memberi fokus kepada memahami nombor 1-10, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, kemahiran pengamatan dan kreativiti.

Page 4: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

16

Soalan Kajian 1. Adakah pemahaman murid prasekolah terhadap nombor 1-10 meningkat

selepas menggunakan dadu? 2. Adakah kemahiran sosial murid prasekolah meningkat selepas

menggunakan dadu? 3. Adakah komunikasi murid prasekolah meningkat selepas menggunakan

dadu? 4. Adakah kemahiran pengamatan murid prasekolah meningkat selepas

menggunakan dadu? 5. Adakah kreativiti murid prasekolah meningkat selepas menggunakan

dadu? Kepentingan Kajian Kajian ini penting kerana ia dapat memberi maklumat kepada pengkaji tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di prasekolah yang dikaji. Dapatan-dapatan awal telah membantu pengkaji memahami keperluan pembelajaran murid-murid prasekolah dan seterusnya merancang kaedah untuk membantu mempertingkatkan kualiti pembelajaran murid-murid prasekolah. Batasan Kajian • Dapatan kajian hanya terbatas kepada murid-murid prasekolah yang dikaji

sahaja. • Kajian ini hanya berfokus kepada kaedah pengajaran guru prasekolah. • Kajian ini tidak menggunakan sebarang peruntukan penyelidikan yang

khusus. • Kajian dilakukan mengikut masa terluang pengkaji sebagai pensyarah

yang terikat dengan jadual waktu mengajar.

KAJIAN LITERATUR Peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting kerana ia akan mempengaruhi persepsi dan sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik sepanjang hayat. Ilmu awal dalam bidang matematik juga memainkan peranan untuk mengetahui bagaimana seseorang membina dan memperoleh ilmu matematik pada masa hadapan. Banyak kajian awal telah dijalankan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dalam kebolehan matematik. Antara pengkaji yang terkenal mengenai pemikiran awal kanak-kanak dalam matematik ialah Piaget. Menurut Piaget (1952 dalam Slavin (2008)), perkembangan pemikiran kanak-kanak menunjukkan perkembangan yang berperingkat mengikut tahap dan terdapat had yang jelas tentang kemahiran tertentu pada tahap tertentu. Piaget telah mengaitkan had-had ini kepada tahap-tahap perkembangan kognitif seperti yang terdapat dalam teori beliau iaitu tahap sensorimotor, pra operasional, operasional konkrit dan operasional formal. Walau bagaimanapun, ada pengkaji yang mengemukakan

Page 5: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

17

pendapat berbeza di mana faktor bahasa dan persekitaran turut memainkan peranan dalam mempengaruhi had kanak-kanak melakukan kemahiran seperti yang dikemukakan oleh Piaget dalam teorinya.

Ginsburg (1977) menyatakan bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud dalam kanak-kanak sejak awal lagi. Menurut beliau, kebanyakan kanak-kanak termasuk mereka yang berasal daripada keluarga yang miskin, memasuki prasekolah dengan sedikit kemahiran informal (Russell & Ginsburg, 1984). Kanak-kanak prasekolah ini secara amnya belajar konsep-konsep informal dari ahli keluarga, televisyen, dan rakan sebaya mereka. Pengetahuan informal ini akan mempengaruhi cara mereka belajar dan memahami matematik formal yang akan dipelajari di peringkat sekolah secara formal. Pendapat Ginsburg disokong oleh Baroody (1987). Beliau menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak akan mentafsir apa sahaja kemahiran, simbol atau konsep matematik yang diajar di sekolah dan cuba menggunakan kemahiran formal ini berdasarkan pengetahuan matematik informal yang sedia ada pada mereka. Saunders (1992) berpendapat, pengetahuan matematik formal tidak boleh dipaksa ke atas murid-murid tetapi perlu dipersembahkan kepada mereka dalam bentuk yang menolong mereka mencipta sesuatu yang menjadi kepunyaan mereka. Justeru, guru-guru tidak sewajarnya menganggap murid-murid sebagai tin kosong yang perlu diisi dengan segala pengetahuan tanpa mempertimbangkan kebolehan semulajadi mereka. Hal ini kerana murid-murid mempunyai kebolehan dari segi kognitif dalam mengadaptasi diri dan mengubahsuai pengetahuan yang diperoleh dalam membina sesuatu pengetahuan yang baharu.

Dapatan-dapatan kajian lepas dalam bidang perkembangan awal kanak-kanak dalam kebolehan matematik jelas menunjukkan bahawa pengalaman lepas dalam pengetahuan informal memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana kanak-kanak belajar di sekolah. Untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan awal matematik, guru-guru perlu menghubungkan pengetahuan sedia ada yang dibawa oleh kanak-kanak dengan pengetahuan yang bakal diajar di dalam bilik darjah. Justeru, banyak kajian telah menekankan kepentingan melaksanakan pendekatan konstruktivis dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Konstrukivis bermaksud seseorang individu mengalami sesuatu yang baharu melalui proses dalaman yang berdasarkan kepada pengalaman lalu atau pengetahuan sedia ada. Guru yang bersetuju dan mempraktikkan pendekatan konstruktivis sentiasa mempunyai tanggapan bahawa setiap murid adalah aktif dalam pembelajaran mereka. Murid sentiasa membawa idea dan situasi dari pengalaman harian mereka yang dapat digunakan dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu sedar bahawa pembelajaran matematik bukan sahaja melibat adaptasi ilmu yang baharu tetapi juga melibatkan perubahan atau penghapusan idea lama yang ada pada seseorang murid. Ia perlu melibatkan sesuatu proses yang aktif di mana seseorang murid bertindak memahami dan membina kefahamannya sendiri tentang sesuatu konsep tertentu.

Salah satu faktor penting dalam persekitaran konstruktivis ialah output iaitu pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada persekitaran pembelajaran tetapi pengalaman, sikap dan matlamat murid yang terlibat. Pembelajaran

Page 6: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

18

melibatkan pembinaan ilmu melalui pengalaman dengan persekitaran fizikal melalui interaksi sosial. Proses konstruktif melibatkan hubungan antara ilmu atau pengalaman lepas dengan proses membentuk, memeriksa dan membina semula idea dan hipotesis. Proses pembelajaran bukan sesuatu yang pasif kerana murid mempunyai matlamat dan boleh mengawal pembelajaran mereka sendiri.

Oleh kerana, asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman mereka berkaitan benda-benda konkrit, objek serta nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka, pendekatan konstruktivis sangat sesuai digunakan untuk murid-murid prasekolah. Justeru, beberapa penyesuaian boleh digunakan dalam mengadaptasi konsep konstruktivis dalam bilik darjah iaitu dengan membina konteks semasa menerangkan sesuatu konsep atau simbol, mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid-murid dengan konsep yang diperkenalkan kepada mereka, menekankan penggunaan konsep itu dalam kehidupan seharian dan menggunakan peralatan seperti objek yang dapat dimanipulasikan oleh kanak-kanak dalam membina kefahaman mereka.

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Kajian ini berasaskan kepada reka bentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian. Sampel dipilih daripada dua buah prasekolah di sekitar Tuaran dan Kota Belud yang terdiri daripada pelbagai kaum serta latar belakang ekonomi dan sosial yang berbeza. Sampel kajian terdiri daripada 18 orang murid prasekolah yang berusia di antara lima hingga enam tahun dan sedang belajar di dua buah kelas di sekolah yang dipilih bagi kajian ini.

Dalam kajian ini, senarai semak digunakan untuk merekod tingkahlaku murid semasa pemerhatian dijalankan. Senarai semak direkabentuk berdasarkan standard pembelajaran dari tunjang sains dan teknologi: awal sains dan awal matematik dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) serta adaptasi daripada Rohani Abdullah (2002). Aspek-aspek yang disenaraikan di dalam senarai semak ialah kemahiran komunikasi, kemahiran sosial (persahabatan dan kerjasama), kemahiran pengamatan, kreativiti, dan memahami nombor 1 hingga 10.

Pemerhatian dilakukan sebanyak satu pusingan ke atas 18 orang responden. Pengkaji akan menanda (/) pada ruang yang sesuai di dalam senarai semak setiap kali sampel menunjukkan tingkahlaku yang dikehendaki. Data-data yang diperoleh daripada senarai semak dijumlahkan bagi setiap aspek yang diperhatikan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kemahiran komunikasi dan sosial

Berdasarkan analisis senarai semak seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1, Jadual 1.2 dan Jadual 1.3, terdapat perubahan tingkah laku yang positif dari aspek kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial selepas murid-

Page 7: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

19

murid menggunakan dadu dalam sesi pembelajaran awal matematik (konsep nombor) berbanding sebelum menggunakan dadu. Jadual 1.1: Jumlah kekerapan murid menunjukkan tingkah laku komunikasi

Kemahiran komunikasi

Aspek perlakuan komunikasi yang diperhatikan

(Jum. Kekerapan) Sebelum (guna lembaran kerja)

(Jum. Kekerapan) Selepas (guna dadu)

Jum. responden

bertanya 10 30 18 memberi komen 10 24 18 mengkritik 18 24 18 memberi penjelasan 18 28 18 memberi pendapat 18 24 18 mendengar 6 30 18

Jadual 1.2: Jumlah kekerapan murid menunjukkan tingkahlaku sosial/ bekerjasama

Kemahiran sosial (bekerjasama)

Aspek perlakuan sosial yang diperhatikan

(Jum. Kekerapan) Sebelum (guna lembaran kerja)

(Jum. Kekerapan) Selepas (guna dadu)

Jum. responden

berkongsi 19 34 18 bekerjasama 12 32 18 bermain 24 36 18

Jadual 1.3: Jumlah kekerapan murid menunjukkan tingkahlaku sosial/persahabatan

Kemahiran sosial

Aspek perlakuan sosial yang diperhatikan

(Jum. Kekerapan) Sebelum (guna lembaran kerja)

(Jum. Kekerapan) Selepas (guna dadu)

Jum. responden

Suka kanak-kanak 24 32 18 Ikut idea 18 30 18 Terima teguran 18 30 18 Suka kongsi 19 34 18 Tindak balas 22 34 18

Kreativiti Jadual 1.4 merupakan analisis senarai semak yang menunjukkan kekerapan murid menunjukkan perlakuan kreativiti sebelum dan selepas murid-murid

Page 8: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

20

menggunakan dadu dalam sesi pembelajaran awal matematik (konsep nombor). Berdasarkan analisis, terdapat perubahan tingkah laku yang positif selepas murid menggunakan dadu.

Jadual 1.4: Jumlah kekerapan murid menunjukkan perlakuan kreativiti

Kreativiti

Aspek perlakuan kreativiti yang diperhatikan

(Jumlah Kekerapan) Sebelum (guna lembaran kerja)

(Jumlah Kekerapan) Selepas (guna dadu)

Jumlah responden

Membuat pelbagai bentuk

0 36 18

Mempelbagaikan warna semasa membuat reka bentuk

6 36 18

Kemahiran Pengamatan Jadual 1.5 merupakan dapatan analisis daripada senarai semak yang menunjukkan kekerapan murid menunjukkan perlakuan pengamatan sebelum dan selepas murid-murid menggunakan dadu dalam sesi pembelajaran awal matematik (konsep nombor). Dapatan menunjukkan terdapat perubahan tingkah laku murid yang positif selepas penggunaan dadu.

Jadual 1.5: Jumlah kekerapan murid menunjukkan tingkah laku pengamatan

Kreativiti

Aspek perlakuan pengamatan yang diperhatikan

(Jumlah Kekerapan) Sebelum (guna lembaran kerja)

(Jumlah Kekerapan) Selepas (guna dadu)

Jumlah responden

Visual a. lihat pergerakan tangan semasa membuat surihan

0 21 18

b. lihat pergerakan tangan semasa melambung dadu

0 30 18

Taktil a. rasa permukaan dadu pembilang dengan hujung jari semasa menyurih

0 33 18

Page 9: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

21

Kinestatik a. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan nombor

0 18 18

b. rasa pergerakan otot semasa melambung dadu

0 32 18

Memahami nombor 1-10 Berdasarkan dapatan analisis senarai semak seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.6, pengkaji mendapati terdapat perubahan tingkah laku murid yang positif dari aspek memahami nombor 1-10 selepas menggunakan dadu dalam sesi pembelajaran awal matematik (konsep nombor). Jadual 1.6: Jumlah kekerapan murid menunjukkan perlakuan memahami nombor 1-10

Memahami nombor 1-10

Aspek perlakuan memahami nombor 1-10 yang diperhatikan

(Jum. Kekerapan)

Sebelum (guna lembaran

kerja)

(Jum. Kekerapan)

Selepas (guna dadu)

Jum. responden

a. Kanak-kanak boleh menyebut nama nombor 1 hingga 10 (route counting)

26 34 18

b. Kanak-kanak boleh membilang objek 1-10

22 34 18

c. Kanak-kanak boleh menggunakan bentuk seperti titik untuk mewakili bilangan objek

26 34 18

d. Kanak-kanak boleh memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul

18 34 18

e. Kanak-kanak boleh menyurih angka 1-10

16 32 18

f. Kanak-kanak boleh membilang secara menaik 1-10 dan menurun 1-10

6 20 18

g. Kanak-kanak boleh menulis nombor 1-10 mengikut cara yang betul

12 30 18

Page 10: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

22

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan Secara keseluruhannya dapatan daripada pemerhatian menggunakan senarai semak menunjukkan terdapat perubahan tingkah yang positif ditunjukkan oleh murid sebelum dan selepas menggunakan dadu. Walaupun perubahan tingkah laku ini tidak diukur secara kualitatif namun pengkaji berpendapat data-data yang dikemukakan telah menjawab persoalan kajian iaitu:

i. Penggunaan dadu telah meningkatkan pemahaman murid prasekolah yang dikaji terhadap nombor 1 hingga 10 selepas menggunakan dadu.

ii. Penggunaan dadu telah meningkatkan kemahiran sosial murid prasekolah yang dikaji terhadap selepas menggunakan dadu.

iii. Penggunaan dadu telah meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak prasekolah yang dikaji selepas menggunakan dadu.

iv. Penggunaan dadu telah meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak prasekolah yang dikaji selepas menggunakan dadu.

v. Penggunaan dadu telah meningkatkan kreativiti kanak-kanak prasekolah yang dikaji selepas menggunakan dadu.

IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

Implikasi kajian dilihat dari aspek menyebarluaskan berikutan kejayaan penggunaan dadu dalam pengajaran konsep nombor di dua buah prasekolah yang dikaji. Pengkaji telah memperkenalkan inovasi ini di kelas LINUS dan kelas Pendidikan Khas di sekitar daerah Tuaran. Kelas LINUS

• Murid merasa sangat seronok melakukan aktiviti yang dijalankan. Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget yang menyatakan bahawa pada peringkat umur 7 hingga 11 tahun, kanak-kanak berada pada peringkat operasi konkrit iaitu memahami sesuatu melalui benda maujud.

• Dengan bahan yang menarik ini, perhatian murid juga tertumpu kepada apa yang perlu dipelajari. Mereka ketawa gembira dan seronok.

• Melalui aktiviti ini murid diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek yang diberikan. Murid menggunakan semua deria semasa menjalankan aktiviti.

• Murid juga lebih mengawal tingkah laku kerana jika mereka tidak mendengar arahan guru, mereka tidak boleh bermain.

• Penggunaan bahan ini juga menggalakkan interaksi antara murid dengan murid serta murid dengan guru. Mereka saling bertoleransi dan membantu rakan memeriksa sama ada dadu yang dibaling padan dengan pasangan dadu yang lain.

• Kelebihan bahan ini juga ialah ianya boleh disesuaikan dengan aktiviti lain seperti padankan angka dengan perkataan nombor sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Page 11: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

23

Kelas Pendidikan Khas

Kekuatan bahan ini ialah pada reka bentuk yang menarik minat murid. Hal ini kerana warna yang digunakan sangat terang dan saiz yang sesuai dengan tahap murid.

Dadu ini juga mampu menunjukkan perwakilan nombor yang pelbagai iaitu dalam perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, angka dan bilangan secara perlambangan objek.

Bahan ini sangat sesuai digunakan dalam sesi pengukuhan atau pengayaan.

Murid menumpukan perhatian pada aktiviti yang dijalankan dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nombor yang sama pada kedua-dua dadu yang diberikan. Namun satu permukaan yang kosong pada dadu mengganggu murid dan mereka kerap bertanya mengapa kosong. Oleh itu mungkin permukaan tersebut boleh dilekatkan dengan perkataan “Cuba Lagi” , “Ulang” atau gambar yang dapat memberikan makna kepada murid.

Bahan juga boleh disediakan dalam beberapa set lagi agar setiap orang murid boleh memiliki satu set semasa sesi dijalankan. Bagi murid yang lebih ramai, murid boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Untuk cadangan kajian pada masa akan datang, pengkaji akan memperluaskan penggunaan dadu agar dapat digunakan untuk standard pembelajaran yang lain. Pengkaji juga akan mempertimbangkan cadangan-cadangan penambahbaikan yang disarankan oleh guru-guru LINUS dan pendidikan khas agar dadu dapat digunakan dengan berkesan untuk murid pendidikan khas dan LINUS.

PENUTUP Pengetahuan asas yang baik dalam matematik adalah penting bagi masyarakat Malaysia yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju yang berteraskan Sains dan Teknologi. Justeru, murid-murid prasekolah perlu mempunyai kefahaman yang baik terhadap konsep-konsep asas matematik kerana ia akan membantu mereka dalam pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Bagi mencapai tujuan ini, semua institusi pendidikan perlu mengkaji semula pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di prasekolah. Inovasi terhadap pengajaran perlu dilaksanakan segera agar pembelajaran murid lebih berkesan dan berkualiti. Para pendidik juga perlu menitikberatkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dalam mendidik asas pemikiran matematik dari peringkat awal persekolahan. Hal ini kerana pengalaman sangat penting dalam pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam teori konstruktivisme. Sesungguhnya, murid mempunyai kebolehan dari segi kognitif serta mengadaptasi diri dan mengubahsuai pengetahuan yang diperoleh dalam membina sesuatu pengetahuan yang baharu. Justeru, pengalaman murid bermain dadu sambil belajar konsep nombor dapat diadaptasi oleh murid dalam situasi yang lain tapi masih menggunakan konsep yang sama. Dengan itu kemahiran-kemahiran lain seperti komunikasi, sosial, pengamatan dan kreativiti tidak diabaikan dan dapat dilaksanakan serentak seperti yang disarankan dalam KSPK.

Page 12: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

24

RUJUKAN

Atherton, J.S. (2013). Learning and teaching; Piaget's developmental theory [On-line: UK] muat turun 1 Ogos 2014 dari http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm.

Bahagian Pendidikan Kurikulum. (2010). Kurikulum stsndard prasekolah

kebangsaan: Kementerian Pelajaran Malaysia. Baroody, Arthur J. (1987). Children‟s mathematical thinking: A developmental

framework for preschool, primary and special education teachers. New York: Teachers College Press.

Catron, C.E. dan Allen, J. (1999) Early childhood curriculum: a creative-play

model (2nd. Ed). Prentice-Hall. New Jersey. Feldmen, J.R. (1991), A survival guide for preschool teachers, New York : The

Center for Applied Research in Education. Gallagher, J.M. & Reid, D.K. (1981). The learning theory of Piaget and inhelder.

Monterey, CA: Brooks/Cole. Ginsburg, H. (1977). Learning to count. computing with written numbers

mistakes. In Ginsburg, H., Children's Arithmetic: how they learn it and how you teach it (pp. 1-29, 79-129).

Jaslina Makantal. (2012). Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui

bermain. Tesis Sarjana. UPSI. Jonassen, D. H. (1998), Designing constructivist learning environment 1. In

C.M. Reigeluth (ed.), Instructional Theories and Models, 2nd Ed., Mahwah, NJ : Lawrence, Erlbaum.

Mata, Lucia. (t.t.). How to teach numbers to preschoolers. dimuat turun pada 27

Julai dari http://www.ehow.com. Nor‟aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria dan Zainab bt Zakaria (2007).

Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan pendidikan

prasekolah. Siri Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad (2003), Panduan

kurikulum prasekolah, Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd. Slavin, Robert E. (2008). Psikologi pendidikan: teori dan praktik. Ed.ke 8.

Jakarta: PT Indeks.

Page 13: PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN KONSEP …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/2.pdf · Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 13 PENGGUNAAN DADU DALAM PENGAJARAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

25

Strang, R.M. (1968). Reading diagnosis and remediation. University of

Michigan: International Reading Association.