peluang kerjaya dalam bahasa kadazandusun...

12
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 1 PELUANG KERJAYA DALAM BAHASA KADAZANDUSUN James Geoffrey W. Molijoh ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bidang pekerjaan yang membawa kepada peningkatan ekonomi komuniti penutur bahasa Kadazandusun melalui jawapan soal selidik pelatih yang sedang mengikuti Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Kadazandusun dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Kadazandusun. Dapatan menunjukkan bahawa pekerjaan (mengikut urutan) pengacara RTM; penulis novel; penulis: kamus, buku teks, rujukan; guru; pengubah lagu; pemandu pelancong; penterjemah, pakar ICT; pelukis kartun dan pensyarah menjadi pilihan utama responden. Cadangan kajian lanjutan termasuk kaedah kualitatif (temu bual); kajian sejarah perkembangan bahasa Kadazandusun dan penilaian kurikulum PISMP Bahasa Kadazandusun menggunakan Model CIPP (context, input, process, product). Kata Kunci: Bidang pekerjaan, komuniti penutur bahasa Kadazandusun, soal selidik, kaedah kualitatif, penilaian kurikulum, Model CIPP. PENGENALAN Latar belakang Bahasa Kadazandusun Semasa Simposium Bahasa Kadazandusun pada tahun 1989 anjuran Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Bahasa Kadazandusun telah dicadangkan untuk dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah kebangsaan. Pada bulan Februari 1997, Bahasa Kadazandusun mulai diajar di sekolah kebangsaan di 21 daerah seluruh Sabah melibatkan 440 buah sekolah rendah, 881 orang guru bukan opsyen bahasa Kadazandusun yang diberi kursus pendedahan dan 19,731 murid. Bahasa Kadazandusun telah menjadi mata pelajaran dalam peperiksaan PMR pada tahun 2009 dan seterusnya dalam peperiksaan SPM pada tahun 2011 (Madius, 2014). Pada tahun 2012, Kohort pertama Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Bahasa Kadazandusun sekolah rendah telah memulakan pengajian di IPG Kampus Kent, Tuaran yang disusuli oleh dua lagi kohort pada tahun 2013 dan 2014. Pada tahun 2014, IPG Kampus Keningau telah menerima kohort pertama PPISMP Bahasa Kadazandusun. Kemungkinan pada tahun-tahun akan datang, IPG Kampus Gaya dan IPG Kampus Tawau yang merupakan dua lagi IPG dalam zon Sabah akan menerima kohort PPISMP Bahasa Kadazandusun. Pada tahun 2018, kohort pertama pelatih opsyen bahasa Kadazandusun IPG Kampus Kent akan dijangka menamatkan pengajian dan akan mengajar Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah.

Upload: dinhque

Post on 18-Mar-2019

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

1

PELUANG KERJAYA DALAM BAHASA KADAZANDUSUN

James Geoffrey W. Molijoh

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bidang pekerjaan yang membawa

kepada peningkatan ekonomi komuniti penutur bahasa Kadazandusun melalui

jawapan soal selidik pelatih yang sedang mengikuti Persediaan Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Bahasa Kadazandusun dan Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan Bahasa Kadazandusun. Dapatan menunjukkan bahawa

pekerjaan (mengikut urutan) pengacara RTM; penulis novel; penulis: kamus,

buku teks, rujukan; guru; pengubah lagu; pemandu pelancong; penterjemah,

pakar ICT; pelukis kartun dan pensyarah menjadi pilihan utama responden.

Cadangan kajian lanjutan termasuk kaedah kualitatif (temu bual); kajian sejarah

perkembangan bahasa Kadazandusun dan penilaian kurikulum PISMP Bahasa

Kadazandusun menggunakan Model CIPP (context, input, process, product).

Kata Kunci: Bidang pekerjaan, komuniti penutur bahasa Kadazandusun, soal

selidik, kaedah kualitatif, penilaian kurikulum, Model CIPP.

PENGENALAN

Latar belakang Bahasa Kadazandusun

Semasa Simposium Bahasa Kadazandusun pada tahun 1989 anjuran

Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Bahasa Kadazandusun telah

dicadangkan untuk dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah kebangsaan.

Pada bulan Februari 1997, Bahasa Kadazandusun mulai diajar di sekolah

kebangsaan di 21 daerah seluruh Sabah melibatkan 440 buah sekolah rendah,

881 orang guru bukan opsyen bahasa Kadazandusun yang diberi kursus

pendedahan dan 19,731 murid. Bahasa Kadazandusun telah menjadi mata

pelajaran dalam peperiksaan PMR pada tahun 2009 dan seterusnya dalam

peperiksaan SPM pada tahun 2011 (Madius, 2014).

Pada tahun 2012, Kohort pertama Program Persediaan Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan (PPISMP) Bahasa Kadazandusun sekolah rendah telah

memulakan pengajian di IPG Kampus Kent, Tuaran yang disusuli oleh dua lagi

kohort pada tahun 2013 dan 2014. Pada tahun 2014, IPG Kampus Keningau

telah menerima kohort pertama PPISMP Bahasa Kadazandusun. Kemungkinan

pada tahun-tahun akan datang, IPG Kampus Gaya dan IPG Kampus Tawau

yang merupakan dua lagi IPG dalam zon Sabah akan menerima kohort

PPISMP Bahasa Kadazandusun. Pada tahun 2018, kohort pertama pelatih

opsyen bahasa Kadazandusun IPG Kampus Kent akan dijangka menamatkan

pengajian dan akan mengajar Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

2

Sebelum ini guru-guru yang mengajar di sekolah rendah adalah guru-guru

bukan opsyen Bahasa Kadazandusun yang boleh bertutur dalam Bahasa

Kadazan atau Bahasa Dusun dan mendapat latihan pendedahan sahaja. Untuk

rancangan masa panjang, komuniti Kadazan dan Dusun harus memikirkan

keperluan untuk menyediakan guru-guru opsyen bahasa Kadazandusun yang

mengajar di sekolah menengah. Tenaga pengajar untuk sekolah menengah

datang dari para graduan universiti awam seperti Universiti Malaysia Sabah

seperti dalam perundingan antara universiti dan Institut Pendidikan Guru.

Apapun Bahasa Kadazandusun diharap dapat mempertingkatkan

identiti, membela maruah dan mempertingkat martabat suku bangsa kadazan

dan Dusun agar Bahasa Kadazandusun tidak akan hilang di dunia. Pelatih

PPISMP dan PISMP di IPG Kampus Kent yang telah melalui pengajaran

sekolah peringkat rendah dan menengah telah diminta oleh pengkaji untuk

memilih 10 potensi pekerjaan utama berdasarkan senarai yang disediakan oleh

pakar rujuk Kadazandusun Language Foundation (KLF). Dalam tinjauan awal

ini, pengkaji ingin mengetahui pandangan pelatih tentang potensi pekerjaan

atau kemenjadian murid yang mengambil Bahasa Kadazandusun dalam

peringkat SPM. Dalam erti kata yang lain kajian ini hendak meninjau hala tuju

bahasa kadazandusun iaitu adakah Bahasa Kadazandusun sudah berkembang

di mana lebih ramai ahli komuniti sudah menguasai bahasa Kadazandusun

dan apakah sumbangan bahasa Kadazandusun dalam meningkatkan taraf

hidup komuniti penutur bahasa Kadazandusun sehinggakan bahasa ini perlu

dipelajari dan digunapakai.

Pengkaji juga mengongsikan pengalaman komuniti Maori di New

Zealand di mana bahasa Maori hampir pupus kerana kurangnya kesedaran

akan kepentingan bahasa tersebut sehinggalah pada tahun 2011 di mana

pejuang bahasa Moari telah membangkitkan semangat dalam kalangan

komuniti Maori dan kini bahasa Moari itu sudah diajar di peringkat universiti

sebagai bahasa ilmiah dan terus berkembang pada masa akan datang

(Ministry for Māori Development, 2011).

REKA BENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif

dan menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan.

PENYATAAAN MASALAH

Berdasarkan kajian literatur, pengkaji mendapati masih kurang kajian tentang

peranan bahasa Kadazandusun dalam meningkatkan taraf hidup komuniti

penutur bahasa Kadazandusun (kemenjadian murid). Pengkaji juga

dimaklumkan oleh pakar rujuk (Kadazandusun Language Foundation) bahawa

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

3

masih kurang kajian tentang perkembangan bahasa Kadazandusun sejak diajar

di sekolah pada 1997.

Tujuan Kajian

Untuk mengkaji potensi pekerjaan yang meningkatkan kualiti hidup komuniti

penutur bahasa Kadazandusun

Soalan Kajian

Ada pihak tertentu mengatakan bahawa bahasa Kadazandusun tidak ada nilai

ekonomi. Berikut adalah potensi pekerjaan yang boleh meningkatkan kualiti

hidup penutur bahasa Kadazandusun (Kadazan Language Foundation):

1. Pengacara di RTM ( membaca berita/ DJ) 2. Juruacara (Contoh: Pesta Kaamatan) 3. Wartawan @ Journalist 4. Perancang Pendidikan 5. Pensyarah 6. Guru (kelas tuisyen) 7. Penulis (Kamus, buku teks/ buku rujukan) 8. Pelukis kartun/ Arts dalam surat khabar/ majalah 9. Pengubah lagu 10. Penulis novel (Tan Sri Bernard Giluk Dompok Literary Award) 11. Penyunting majalah / buku 12. Graphic Designer (Bill board) 13. ICT (Kadazandusun Online Dictionary) 14. Penterjemah 15. Linguist 16. Penggubal soalan peperiksaan 17. Penerbit 18. Pengadil 19. Pemandu pelancung (Kadazandusun Culture) 20. Pengkaji – penerbit (Multiple Source of income) 21. Konsultan / Pakar I. Daripada senarai di atas, pilih 10 potensi pekerjaan yang utama dan berikan rasional anda. II. Senaraikan potensi pekerjaan lain yang tidak tersenarai di atas. Objektif Kajian

I. Mengenalpasti 10 potensi pekerjaan utama yang meningkatkan kualiti hidup

komuniti penutur bahasa Kadazandusun mengikut pandangan pelatih

II. Menjana idea tambahan tentang potensi pekerjaan dalam kalangan pelatih

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

4

Kepentingan Kajian

I. Memberi maklumat kepada Jabatan Bahasa Kadazandusun tentang

pengetahuan pelatih berkenaan potensi pekerjaan mempelajari bahasa

Kadazandusun.

II. Memberi maklumat kepada pensyarah bahasa Kadazandusun tentang

keperluan pelatih untuk menjadikan bahasa Kadazandusun berkesan

dalam meningkatkan taraf hidup komuniti penutur

II. Memberi maklumat kepada pengkaji tentang perkembangan bahasa

Kadazandusun sejak diajar di sekolah.

Batasan Kajian

Kajian yang telah dijalankan hanya dilaksanakan dalam kalangan pelatih

PPISMP dan PISMP bahasa Kadazan dusun di IPG Kampus Kent sahaja.

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.

KAJIAN LITERATUR

Mengikut Zeitlin (1967), “Subsistence is more than for shelter and the like. It

is the product of the historical development and will vary according to time and

place depending on the customary confinement in which the class of workers

has been formed”. Ini bermaksud kehidupan dan taraf hidup seseorang

adalah ditentukan oleh perkembangan sejarah dan bergantung kepada masa

dan tempat dia berada. Dalam konteks hala tuju bahasa Kadazandusun

dalam komuniti penutur bahasa tersebut, adalah wajar untuk melihat

bagaimana bahasa Kadazandusun dapat dimanfaatkan oleh penutur dalam

mencari pekerjaan untuk menaik taraf kehidupan.

Masyarakat kadazan dan dusun pada hakikatnya adalah petani dan

nelayan pada satu masa dahulu. Kemudian mereka telah beralih kepada

pekerjaan sebagai buruh, pembantu di kedai-kedai dan generasi muda telah

berpindah ke semenanjung Malaysia untuk bekerja di restoran, hotel, kedai

dan kilang-kilang. Mereka yang berjaya dalam pelajaran akan mendapat

peluang pekerjaan yang lebih baik dalam jabatan kerajaan dan bidang

profesional (Herman Luping, 2009).

Salah satu detik perkembangan sejarah masyarakat kadazan dan

dusun dalam bidang pendidikan ialah dengan kesedaran masyarakat kadazan

dan dusun untuk menjadikan bahasa mereka diajar di sekolah (Borneo Mail,

1994). Beberapa usaha telah dilaksanakan oleh Pusat Bahasa Kadazan

dengan mengadakan bengkel mengenali bahasa Kadazan pada tahun yang

sama. Seterusnya usaha untuk menyediakan sukatan telah diamanatkan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

5

kepada Puan Evelyn Annol, seorang guru sekolah rendah pada waktu itu

supaya ia dapat ajar di pusat bahasa kadazan. Setelah ia diajar selama

setahun, bahasa kadazan seterusnya dicadangkan untuk diajar di sekolah-

sekolah di Sabah. Perkara ini telah dibawa oleh Tan Sri Bernard Dompok,

Perdana Menteri kepada perhatian Menteri Pelajaran pada waktu itu, iaitu

Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud pada tahun 1994. Pada tahun 1995, satu

Perjanjian Perisytiharan Bahasa Kadazandusun telah dibuat antara Kadazan

Dusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association

(USDA) di mana ketetapannya adalah bahasa yang diajar di sekolah adalah

bahasa Kadazandusun kerana ia lebih mewakili rumpun masyarakat kadazan

dan dusun di seluruh negeri Sabah. Pada tahun yang sama parlimen telah

meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996 yang mengantikan Akta

Pendidikan 1961 di mana salah satu implikasinya ialah Bahasa

Kadazandusun diajar sebagai pupil‟s own language (POL) atau bahasa

ibunda. Pusat Bahasa Kadazan telah bertukar menjadi Pusat Bahasa

Kadazandusun. Mata pelajaran Bahasa Kadazandusun telah mula diajar di

sekolah pada tahun 1997. Usaha selanjutnya untuk menyelengarakan bahasa

Kadazandusun telah diberikan kepada Kadazandusun Language Foundation

(KLF) yang telah ditubuhkan pada tahun 1995. Penyataan misi KLF adalah

untuk memerihara, membangun dan mempromosikan bahasa Kadazandusun

dan juga bahasa asal yang lain di Sabah dan di Persekutuan Labuan,

Malaysia.

Bahasa Kadazandusun telah bertukar status menjadi bahasa kedua

pada tahun 2011 seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Kajian yang

dilakukan oleh pengkaji adalah tinjauan awal tentang perkembangan bahasa

Kadazandusun yang sudah berada di sekolah sejak 1997. Skop dalam kajian

ini adalah untuk melihat hala tuju bahasa Kadazandusun dari segi

meningkatkan taraf hidup masyarakat atau komuniti penutur bahasa tersebut

berdasarkan pandangan pelatih PPISMP dan PISMP di IPG Kampus Kent

yang telah melalui pengalaman mempelajari bahasa Kadazandusun di

sekolah rendah dan sekolah menengah.

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan. Kaedah yang digunakan adalah

kaedah kuantitatif. Analisis data adalah menggunakan statistik deskriptif yang

fokus kepada kekerapan.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

6

Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada pelatih PPISMP (Kohort 3) dan PISMP (Kohort

1 dan 2) Bahasa Kadazandusun IPG Kampus Kent seramai 46 orang.

Instrumen Kajian

Soal selidik yang mengandungi 2 item (berdasarkan perbincangan pakar rujuk

Kadazandusun Language Foundation).

Prosedur Pengumpulan Data

Borang soal selidik diedarkan kepada responden. Kemudian taklimat ringkas

diberikan dan jawapan pelatih diterima pada hari soal selidik ditadbir.

Analisis Data

Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu dengan

berpandukan kepada kekerapan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bil Bidang Pekerjaan Kekerapan

Kohort 1 (18)

Kohort 2 (19)

Kohort 3 (9)

Jumlah 46

1 Pengacara di RTM 15 19 9 43 2 Penulis Novel 17 17 5 39 3 Penulis: kamus, buku

teks, rujukan 16 17 5 38

4 Guru 13 16 7 36 5 Pengubah lagu 12 16 7 35 6 Pemandu Pelancung 13 14 7 34 7 Penterjemah 13 12 9 34 8 Pakar ICT (KD Online

Dictionary) 11 13 7 31

9 Pelukis Kartun 14 13 3 30 10 Pensyarah 13 10 6 29 11 Juruacara 9 11 7 27 12 Linguist 7 11 3 21 13 Wartawan 6 8 0 14 14 Penyunting: majalah,

buku 3 7 0 10

15 Konsultan/ Pakar 5 4 1 10 16 Penggubal Soalan

Peperiksaan 3 3 4 10

17 Penerbit 3 3 2 08 18 Perancang Pendidikan 5 2 0 07

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

7

19 Pengkaji (MSI)

3 2 1 06

20 Graphic Designer

0 1 4 05

21 Pengadil 0 0 2 02

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan

Berdasarkan analisis data, bidang pekerjaan yang utama menurut pandangan

pelatih yang boleh meningkatkan taraf hidup penutur bahasa Kadazandusun

adalah mengikut senarai di bawah:

1. Pengacara di RTM 2. Penulis Novel 3. Penulis: Kamus, buku teks, buku rujukan 4. Guru 5. Pengubah lagu 6. Pemandu Pelancung 7. Penterjemah 8. Pakar ICT (KD Online Dictionary) 9. Pelukis Kartun 10. Pensyarah

Justifikasi yang diberikan oleh pelatih terhadap pilihan mereka adalah seperti berikut: Pengacara di RTM Pengacara/ DJ dalam bahasa Kadazandusun akan menyampaikan berita dalam bahasa piawai Kadazandusun yang boleh diikuti oleh semua rumpun dusunik Sabah; memainkan lagu lama dan baru; membuat promosi budaya dan bahasa orang Kadazan dan Dusun; memperdengarkan hiis; Mereka yang sudah didedahkan sejak peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah harus digalakkan dalam bidang pengacaraan sebagai kerjaya; Sebagai seorang pengacara, seseorang dapat mengekalkan dan mengutuhkan lagi penggunaan Bahasa Kadazandusun dalam perbualan isu-isu seharian dan meningkatkan nilai bahasa. Penulis Novel Lebih ramai penulis novel tempatan yang akan menghasilkan novel berkualiti menggunakan bahasa piawai kadazandusun dan menjadi bahasa ilmiah dan yang mengambilkira norma-norma kadazan dan dusun yang agar perkembangan bahasa ini akan terus terperihara; bidang ini menjadi satu

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

8

sumber kewangan kepada yang boleh menulis dengan baik, memperkasa penguasaan bahasa kadazan dusun dan teknik penulisan. Penulis: Kamus, buku teks, buku rujukan Kamus dwibahasa, buku teks bahasa kadazandusun, jurnal dan buku rujukan bahasa Kadazandusun masih kurang. Oleh itu dengan adalanya minat dan kemahiran dan kepakaran maka masalah kekurangan ini dapat diatasi. Pelbagai kajian Kadazandusun seperti bahasa, adat, perayaan, kesenian dll dapat dijalankan dan dibukukan; Masyarakat penutur bahasa Kadazandusun akan mendapat maklumat dalam buku yang diterbitkan. Penulis akan mendapat pendapatan aktif; penulisan akan mengetengahkan hujah atau pandangan penulis. Kita perlukan penulis yang berkualiti untuk sesuatu mata pelajaran; buku-buku rujukan sangat diperlukan di sekolah dan di IPG.

Guru Guru menggilap potensi dan bakat murid serta menanamkan semangat kerja, kesantunan, inovasi, kreativiti, kepimpinan, penyelesaian masalah dalam kalangan generasi akan datang; guru bahasa Kadazandusun boleh membuka tuisyen kepada mereka yang berminat mempelajari bahasa Kadazandusun. Ini boleh membawa pendapatan sampingan; Ramai lagi sekolah yang memerlukan guru bahasa Kadazandusun yang terlatih; Profesion sebagai guru adalah satu panggilan atau ibadah. Pengubah lagu Seseorang yang mempunyai pengguasaan bahasa Kadazandusun dan penghayatan yang sangat baik akan menghasilkan lirik yang berkesan kepada pendengar; Lirik yang berkualiti boleh mendatangkan pendapatan. Pemandu Pelancong Pemandu pelancong yang fasih dalam bahasa Inggeris/ Melayu dan bahasa Kadazandusun dapat menerangkan dengan jelas kepada pelancong dalam negara dan luar negara tentang sejarah dan budaya masyarakat kadazandusun; Satu lagi bidang pekerjaan yang membawa pendapatan; Ini amat praktikal dalam tempat-tempat pelancongan di kawasan di mana masyarakatnya menutur bahasa Kadazandusun; Membantu pelancong berinteraksi dengan penduduk tempatan. Penterjemah Penterjemah bahan sedia ada seperti kesihatan serta bahan ilmiah dalam bahasa Kadazandusun dan hasil terjemahan boleh dibukukan dan dipasarkan; seseorang yang boleh berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan bahasa Kadazandusun boleh membantu dalam perterjemahan supaya maklumat boleh sampai kepada penutur bahasa Kadazan dan dusun sahaja; Boleh menjadi

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

9

sumber pendapatan kepada mereka yang belum mendapat pekerjaan tetap; Penterjemah syarikat dan mahkamah anak negeri; Perterjemah sambilan. Pakar ICT (KD Online Dictionary) Bersesuaian dengan keperluan masa kini, kepakaran menghasilkan kamus bahasa Kadazandusun secara online menggunakan kemahiran ICT sangat membantu dalam mempelajari bahasa Kadazandusun dalam abad ke 21; Mereka yang fasih dalam bahasa Kadazandusun boleh berkecimpung dalam bidang ini (computer programming) yang boleh menjanakan pendapatan; Tanpa ICT, bahasa Kadazandusun akan ketinggalan perkembangan arus semasa; Menerbitkan kamus bahasa Kadazandusun online sebagai inovasi ICT. Pelukis Kartun Lukisan yang berunsurkan komedi seperti karya Langkawit menjadi kesukaan masyarakat Kadazandusun seperti dalam surat khabar Ekspress Harian dan Utusan Borneo; Mereka yang mahir dalam melukis kartun boleh menyumbang kepada pekerjaan yang boleh membawa pendapatan; Menarik minat kebanyakan masyarakat dengan pelbagai idea dan mesej serta nilai murni dalam masyarakat berguna kepada masyarakat; Kartun boleh juga dimuat turun di laman-laman sosial; Kartun menarik perhatian kanak-kanak. Pensyarah Pensyarah bahasa Kadazandusun menghasilkan guru bahasa Kadazandusun bahasa kadazan Dusun boleh membuat kajian tindakan; Pensyarah meningkatkan kefahaman dan kompetensi bahasa Kadazandusun. Senarai Tambahan Bidang Pekerjaan Daripada jawapan pelatih, beberapa senarai tambahan bidang pekerjaan atau penglibatan komuniti yang boleh diceburi oleh penutur bahasa Kadazandusun setelah mengikuti pelajaran bahasa tersebut di sekolah rendah dan menengah seperti senarai di bawah: Pereka Fesyen Fesyen yang berdasarkan kesusasteraan dan kebudayaan kadazan dan dusun dapat diilhamkan. Tukang Masak Resepi masyarakat kadazan dan dusun akan lebih dikenali dengan adanya tukang masak profesional dalam kalangan penutur bahasa Kadazandusun. Ahli Persatuan Kadazandusun Cultural Association, Kadazandusun Language Foundation, Kadazan Society Sabah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

10

Sebagai ahli persatuan-persatuan ini, seseorang dapat mempromosikan kebudayaan kadazan dan dusun, memperkenalkan rumah tradisi, acara-acara tradisi dan terlibat dalam penganjuran pesta kaamatan serta menarik pelancong dari dalam dan luar negara; Sebagai anggota KLF, seseorang dapat memerihara dan memperluaskan penggunaaan bahasa Kadazandusun, membuat kajian dan menerbitkan buku yang berkaitan dengan bahasa Kadazandusun. Pengiat Kaum Kadazan dan Dusun Sebagai penggiat kaum Kadazan dan Dusun, seseorang akan mempunyai semangat daya saing yang tinggi; Tidak memandang rendah terhadap bahasa sendiri dan bertanggungjawap untuk meneruskan warisan nenek moyang, Pemimpin Sebagai pemimpin dalam masyarakat Kadazan dan Dusun, seseorang yang berpendidikan dalam mata pelajaran bahasa Kadazandusun akan menjaga kebajikan dan keperluan rakyat dan mengujudkan keharmonian rakyat. Penghibur/ Penyanyi Profesional Sebagai penghibur atau penyanyi profesional, seseorang akan mengeluarkan album-album yang boleh dijadikan harta intelek yang merupakan pendapatan aktif.

IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan, maklumat yang didapati oleh Jabatan Bahasa Kadazandusun ialah kebanyakan pelatih memilih pekerjaan yang mereka nampak secara praktik seperti mengacara di RTM, menulis: novel, buku teks; memandu pelancong; menterjemah; menggunakan ICT; melukis kartun; mengajar dan menyampaikan syarahan. Semua ini adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri apabila berada di sekolah dan sekarang berada di IPG.

Secara keseluruhannya, buat masa ini, mereka belum memberi keutamaan kepada bidang pekerjaan seperti penyunting majalah, konsultan, penggubal soalan, penerbit, perancang pendidikan, pengkaji, graphic designer dan pengadil. Ini kemungkinan besar mereka masih dalam semester 1 dan 2 (kohort 1 dan 2) PISMP dan semester 1 PPISMP (kohort 3). Mereka perlu lebih banyak pendedahan untuk menjadikan bidang-bidang ini lebih diterokai. Sehubungan dengan itu, pensyarah bahasa Kadazandusun haruslah membantu pelatih bahasa Kadazandusun untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu agar kesemua bidang yang telah disenaraikan oleh KLF dapat diterokai oleh pelatih dan semasa mereka mengajar di sekolah, bidang-bidang tersebut seterusnya didedahkan pula kepada murid di sekolah peringkat rendah dan peringkat menengah. Oleh itu apabila bidang-bidang tersebut selalu

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

11

dibincangkan dan diberi penekanan semada sesi pembelajaran, murid -murid akan mempunyai banyak opsyen pekerjaan pada masa akan datang. Sebagai contoh, di dalam kelas guru senantiasa memberi motivasi murid untuk menjadi guru bahasa Kadazandusun termasuk pengalaman sendiri di sekolah, bagaimana ditemuduga, pengalaman di IPG, ganjaran dan insentif yang diterima. Begitu juga dengan guru yang telah memenangi pertandingan menulis novel. Dia akan menceritakan pengalamannya sehingga berjaya. Ini semua akan menjadi landasan kepada murid untuk perspektif kerja selepas tamat SPM. Pensyarah perlulah proaktif, kreatif dan inovatif untuk menganjurkan aktiviti yang menyeronokan dalam kampus atau di luar kampus yang lebih berbentuk applikasi kerjaya. Misalnya mengikuti pertandingan hius semasa sambutan pesta kaamatan dan sebagainya.

Satu perkara lagi yang boleh dibincangkan di sini ialah respon pelatih

telah memberi maklumat kepada pengkaji tentang perkembangan bahasa kadazandusun sejak diajar di sekolah. Setelah berada di sekolah selama 17 tahun, kurikulum bahasa Kadazandusun perlu dinilai dari aspek perkembangan dan kemenjadian murid yang mengambil mata pelajaran bahasa kadazandusun. Melalui justifikasi pelatih, bahasa Kadazandusun telah berkembang dengan baik dan positif. Ini dapat dilihat melalui kejayaan 3 kohort mendapat tempat di IPG Kampus Kent untuk mengikuti program ijazah sarjana muda bahasa Kadazandusun. Hujah-hujah mereka menunjukkan bahawa bahasa Kadazandusun berpotensi untuk menyediakan pekerjaan kepada murid yang mengambil mata pelajaran ini. Walau bagaimanapun kajian lanjutan harus dijalankan seperti melaksanakan kaedah kualitatif misalnya temu bual pelatih supaya data yang lebih terperinci dapat diperoleh berkaitan hala tuju atau perkembangan bahasa Kadazandusun sejak diajar di sekolah sehingga sekarang. Salah satu model yang digunakan untuk penilaian kurikulum bahasa Kadazandusun adalah Model CIPP (Context, Input, Process and product) oleh Stufflebeam (1984 dalam Pang, 2005).

RUJUKAN

Herman J. Luping. 2009. Indigenous Ethnic Communities of Sabah The Kadazandusun. Ministry of Information, Communication and Culture

Malaysia. Kuala Lumpur.

Madius Tangau. 2014. Bahasa Kadazandusun Sebagai Kurikulum Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan. Dicetak pada 8 Ogos 2014 http://upko.org/index.php/7- news/278-upko-want-kadazandusun- ept- set-up-in-varsity.

Pang, Vincent. 2005. Curriculum Evaluation: An Application in a Smart School Curriculum Implementation. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia

Sabah.

PDS to push for classes. 1994, June 15). Borneo Mail, p. 4. Kadazandusun Language Foundation. KLF Backgroud Information. Dicetak pada 8 Ogos 2014. https://www.facebook.com/klf6392g.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

12

Te Puni Kōkiri, Ministry for Māori Development. 2011. Revitalising Maori Language. Dicetak pada 8 Ogos dari2014http://www.tpk.govt.nz/en/about/who-we-are/.

Zeitlin, I.M. 1967. Marxism: A-Reexamination. D.Van Nostrand. London.