pengetahuan asas dalam muzik

Upload: wan-ahmad-fitri

Post on 03-Apr-2018

322 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    1/25

    X PENGENALANMuzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak bolehdipisahkan. Tanpa muzik, dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu,muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar sentiasamemberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapatmelahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama danton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung

    TTooppiik

    Pengetahuan

    AsasdalamMuzik

    X

    55

    6. Merancang aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahapkemampuan pelajar.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan membolehkanpelajar memahami prinsip-prinsip muzik;

    2. Menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat dan objektifmuzik;

    3. Menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu adapada setiap pelajar;

    4. Menjelaskan faedah Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajarandan pembelajaran;

    5. Menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yangperlu ada pada setiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan danpermainan alat; dan

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    2/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK86

    kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalamproses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya.Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi

    aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajarsecara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan danperkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu,pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajarterhadap mata pelajaran lain.

    PENGENALAN ASAS MUZIK5.1

    Biasanya apabila disebut muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian,mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya, atau

    mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain.

    Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, padahakikatnya tiada orang yang sepatutnya berkata: Saya tidak suka muzik.Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakankegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan,kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik bolehmenggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikanpernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

    Kegiatan muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting.Fahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagatakan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahamankemanusiaan.

    5.1.1 Definisi Muzik

    Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramaijuga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untukmendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitumudah. Pada amnya, muzik diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yangmenggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-

    bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggapmemuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga

    boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

    Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipasdan bunyi-bunyi lain yang didengar di persekitaran boleh didefinisikan sebagaimuzik juga.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    3/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 87

    Dalam bahasa Arab, pengertian muzik adalah sebagai handasah alsawt yangbermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik. Sebenarnya, muzik ialah satuperkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba

    Yunani. Perkataan Yunani Muses bermaksud semua bentuk seni halustermasuk muzik. Tetapi pada hari ini, perkataan muzik ini digunakan secarauniversal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.

    5.1.2 Matlamat dan Objektif

    (a) MatlamatPendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensidan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melaluipelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup

    dalam konteks budaya dan aspirasi negara.

    (b) ObjektifDengan memahami muzik, pelajar akan dapat:

    (i) menikmati pelbagai pengalaman muzik;(ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri;(iii) merasai dan mengenal konsep muzik;(iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;(v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;(vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian,

    muzik dengan gerakan dan permainan alat;

    (vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;(viii)mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;(ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional

    dan semasa yang sesuai;

    (x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan(xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    4/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK88

    5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

    Principles of the Pestalozzian System of Musicmengenai prinsip pengajaran dan

    pembelajaran muzik adalah seperti berikut:

    (a) Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau simbologi(kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulusebelum mempelajari notasi muzik.

    (b) Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supayamemerhati, mendengar, meniru, serta membezakan bunyi-bunyi yangdidengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha merekasendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk

    didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan ataupanduan yang paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaranyang aktif dan bukan yang berbentuk pasif (kaedah penemuan kendiri).

    (c) Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi,bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harusdijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan denganunsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiapunsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan

    berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut (pembelajaranmengikut urutan).

    (d) Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktikdijalankan. Dengan itu, pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik danteori dengan usaha sendiri (pembelajaran heuristik).

    (e) Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik danmembuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usahasendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan

    berkonsep).

    (f) Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harusdiselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    5/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 89

    Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran MuzikRajah 5.1 di bawah menunjukkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran

    muzik serta pengasasnya:

    Rajah 5.1: Pendekatan pengajaran Pembelajaran Muzik serta pengasasnyaKebanyakan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telahdiasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, ShinuchiSuzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walaupun setiap pengkaedah muzikmempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyakmemberi perhatian kepada bagaimana konsep-konsep muzik seharusnyadiperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Di antara kelima-lima pendekatan itu,pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan keranamenggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkatatau sequential.

    Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodaly dan Gordon lebih memberikan penumpuankepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. ManakalaSuzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan

    berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah.

    Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic adalahmerupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dannyanyian solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze.Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik di kalangan pelajar boleh

    berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    6/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK90

    aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Bagi Dalcroze, aktiviti-aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkanintelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak-geri tubuh

    badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivititerhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk ataustruktur muzik di kalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badanmanusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem uratsaraf atau otot-otot yang begitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam

    bidang neurologi telah banyak memberi bukti kepada pendapat Dalcrozemengenai kaedah kinestetik yang dinamakan eurhythmics.

    Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalamanmuzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan

    peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagipelajar. Sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnyadalam pendekatan Orff. Idea-idea Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliautelah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama(chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa iramabahasa/lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh banyakmembantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesankonsep-konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatanOrff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukanimprovisasi dengan muzik dengan cara penemuan sendiri.

    Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada lima komponen utama:

    (a) Imitasi (Mengajuk B alik)Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas denganmenggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badanyang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik

    jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti iniboleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik.Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glockenspiel,xilofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan.

    Manakala alat melodi yang utama ialah rekoder.

    (b) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyimuzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.

    (c) ImprovisasiPelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu ataukumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya, hanya skel

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    7/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 91

    pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentupada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xilofon dan metalofon.Cuma not tonik do dan not yang kelima soh dimainkan; kesemua not-not

    lain ditanggalkan. Alat xilofon yang lain pula hanya menggunakan skelpentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh ti dan not keempat fah.

    Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.

    (d) MenciptaPada tahap ini, pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakanbahan asas dari fasa-fasa di atas. Bahan itu digunakan untuk menciptarondos, mini suitesdan theme and variation. Di peringkat ini, cerita pelajardan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzikdengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian danpermainan alat-alat muzik Orff.

    (e) LiterasiPada tahap ini, pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzikseperti sight singing, menulis corak irama dan skor muzik.

    Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang begitu terkenal di seluruhdunia. Beliau telah merancang satu kurikulum muzik untuk kegunaan sekolahdi mana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kaliseminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah.Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau sequential dalam

    beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasimuzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelaskepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagimelalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi.Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangga nadapentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringanalat muzik).

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    8/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK92

    Pendekatan Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzukimenamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat. Sepertipendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu

    violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasukpenglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muziksecara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus

    bermula dari peringkat awal kanak-kanak dan pengajaran muzik perludimulakan dengan bermain secara menghafal rote playing sebelummenerima pembelajaran notasi formal. Mendengar muzik secara berulangkali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting didalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatanSuzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran danpembelajaran muzik.

    Latihan Solfa Isyarat Tangan Curw enPendekatan Kodaly menekankan kepentingan belajar menyanyi mengikut picyang betul. Pada kurun ke-18, John Spencer Curwen dari England menciptaisyarat-isyarat tangan (Rajah 5.2) untuk mengiringi suku kata solfa (do re mi).Kodaly menyerapkan isyarat-isyarat tangan ini ke dalam metodpengajarannya.

    Isyarat-isyarat tangan merupakan cara mewakili pic vokal menggunakankedudukan fizikal. Dorendah bermula pada paras tengah (midsection). Setiappic yang kemudiannya seharusnya di atas pic yang sebelumnya. Maka, isyarattangan akan sentiasa menaik apabila pic menaik. Dotinggi adalah pada parasmata.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    9/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 93

    Rajah 5.2: Isyarat tangan CurwenPendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangkapanjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkatsekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding pendekatanDalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafahmasing-masing. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol di manakeutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasidahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon,pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapatmenguasai satu kebolehan yang dipanggil audiation iaitu satu proses mentalyang membolehkan seorang manusia mendengar muzik dalam akal fikiran tanparujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration).Dengan itu, punca bunyi dalam audiation adalah dari akal fikiran sendiri dan

    bukan dari persekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordonjuga diatur secara berperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa.Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama dengan aspek-aspekpembelajaran muzik yang lain. Dengan itu, pelajar boleh membezakan irama,meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membacanotasi atau menghayati muzik.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    10/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK94

    AKTIVITI 5.1

    Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan pendekatan Kodalydalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.

    KONSEP MUZIK5.2

    Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualititersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsepmuzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi irama, melodi,

    harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

    Unsur-unsur Muzik(a) Melodi

    Rajah 5.3 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam melodi:

    Rajah 5.3: Elemen-elemen dalam melodiMelodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi, contohnya laguRasa Sayang.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    11/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 95

    Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jedatiga).Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikutlangkah tertentu, contohnya skel C major.

    Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.Berikut adalah antara contoh-contoh skor muzik:

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    12/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK96

    (b) HarmoniRajah 5.4 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalamharmoni:

    Rajah 5.4: Elemen-elemen harmoniHarmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atauserentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kodadalah untuk mengiringi melodi.

    Tiga elemen dalam harmoni ialah:

    (i) Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuktriad, not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelimadari satu skel.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    13/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 97

    (ii) Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satupersatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakanarpeggio atau kod curai.

    (iii) Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain,ianya disebut sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yanglazim digunakan adalah pergerakan kod IIVV. Kod-kod inidinamakan sebagai kod primer.

    (c) IramaRajah 5.5 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalamirama:

    Rajah 5.5: Elemen-elemen iramaIrama adalah gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza yangmenghasilkan irama yang berbeza.

    Lima elemen dalam irama ialah:

    (i) Detik: Rentak yang konsisten, contohnya denyutan jantung.(ii) Meter: Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti beriku

    2 3 4 2 6

    4 4 4 2 8

    Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawahmenentukan jenis detik.

    (iii) Corak Irama: Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkancorak irama yang berbeza.

    (iv) Rentak: Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringinyanyian atau permainan alat, contohnya rentak masri.

    (v) Tempo: Kelajuan sesebuah lagu atau muzik, contohnya allegro(cepat)dan moderato(sederhana).

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    14/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK98

    (d) EkspresiRajah 5.6 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalamekspresi:

    Rajah 5.6: Elemen-elemen ekspresiEkspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatupersembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks,istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal bolehmenghasilkan interpretasi tersendiri.

    Tiga elemen ekspresi ialah:

    (i) Dinamiks: Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat ataulembut dalam muzik.

    P (piano) Lembut (soft)F (forte) Kuat (loud)

    (ii) Istilah D inamiks: Tempo - berkaitan dengan kelajuandalam muzikAlla marcia - rentak marchAndante - sederhana cepatAllegro - rancak dan cepat

    Coda ( ) - bahagian tambahan dalamsesuatu ciptaanDa capo (D.C) - dari permulaanDal/segno (D.S) - dari tanda segnoFine - tamatModerato - sederhanaSegno - tanda

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    15/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 99

    (iii) Tanda Isyarat : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik denganmaksudkhusus. Contohnya:

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    16/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK100

    (e) BentukKarya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yangmempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.

    Contohnya: Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:

    Bentuk dua bahagian Bentuk tiga bahagian Bentuk rondo Bentuk strofik Bentuk tradisional

    (f) Warna TonBunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna tondalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbezaialah:

    (i) Suara lelaki dengan suara perempuan;(ii) Suara perempuan dengan suara pelajar;(iii) Suara orang menjerit dengan suara berbisik;(iv) Tepukan tangan dengan petikan jari;(v) Ketukan batu dengan ketukan kayu;(vi) Kicauan burung dengan salakan anjing;(vii) Geseran gelas dengan ketukan kayu;(viii)Paluan gong dengan gesekan biola; dan(ix) Petikan gitar dengan tiupan trumpetWarna ton bagi bunyi berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut

    serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalahseakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataanyang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut,kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat.

    Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan kepada dua jenisiaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan kepadatiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyaiwarna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenissuara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    17/25

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    18/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK102

    AKTIVITI 5.2

    1. Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza.2. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan

    menggunakan anggota badan seperti:

    Bibir Gigi

    Lidah Suara

    Jari Tangan

    Kaki

    5.2.2 Kemahiran Muzikal

    Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo danensembel dengan teknik yang betul, kita haruslah mengadakan aktiviti nyanyiandan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menikmati danmenilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah iniia telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik:

    (i) Kemahiran Muzikal Nyanyian(ii) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan(iii) Kemahiran Muzikal Permainan alat muzik(a) Kemahiran Muzikal Nyanyian

    (i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut:

    postur pernafasan sebutan artikulasi ekspresi penghasilan ton (register) rangkaian (phrasing)

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    19/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 103

    (ii) Membina kemahiran menyanyi Kem ahiran Individu

    menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan menyanyi serta-merta mengikut skor muzik

    Kemahiran Ensembel menyanyi dalam ensembel vokal secara senada (unison) menyanyi secara ensembel vokal secara berharmoni dalam

    lapisan suara (soprano, alto dan tenor) Mendengar secara aktif dan selektif

    (b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan(i) Bergembira bergerak dengan muzik.(ii) Melibatkan diri secara aktif.(iii) Mendengar secara aktif dan selektif.(iv) Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan.(v) Memahami konsep muzik melalui pergerakan.(vi) Mengenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan dengan muzik.(vii) Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan.(viii)Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

    (c) Kem ahiran Muzikal Permainan Alat Muzik(i) Bergembira bermain alat muzik.(ii) Melibatkan diri secara aktif.(iii) Mendengar secara aktif dan selektif.(iv) Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal.(v) Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat.(vi) Mengenali alat muzik tradisional.(vii) Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti

    alat permainan.

    (viii)Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    20/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK104

    PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAMAKTIVITI MUZIKAL

    5.3

    5.3.1 Nyanyian

    Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatanensembel vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secaraharmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengandisiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapannilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutamanya melalui lagu yang

    berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan

    dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.

    Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut:

    (a) Mari Menyanyi(i) Menyanyi lagu yang digemari:

    lagu beraksi lagu berentak tradisional

    lagu pusingan lagu suara berlapis

    (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

    (b) Menyan yi Secara Muzikal(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan

    kepada tekanan dan latihan sebutan berirama

    (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada: pic, tempo, corak irama, melodi; dan ekspresi mengikut mud dan dinamik.

    (c) Teknik dan Cara Menyanyi(i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel

    dan warna ton.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    21/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 105

    (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur,urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada:

    pernafasan pengeluaran suara artikulasi sebutan postur

    (d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian(i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti

    monofoni dan polifoni.(ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik

    seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.

    (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek: Lirik; Melodi; Cara menyanyi; dan Cara persembahan.

    (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatiankepada konsep muzik dan jenis muzik vokal.

    (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,lagenda dan tokoh.

    (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalamandiri.

    (vii)Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsurtradisional dan lagu dari negara lain.

    AKTIVITI 5.3

    Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidangpermainan alat muzik kepada pelajar tahun 2. Nyatakan langkah-langkah yang akan anda ambil dalam penyampaian konsep tersebut.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    22/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK106

    5.3.2 Muzik dengan Gerakan

    Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan

    tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang inimementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkanekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahamikonsep muzik, khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatanpergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yangmudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:

    (a) Gerakan mengikut lirik lagu(b) Gerakan mengikut konsep muzik(c) Interpretasi muzik dengan gerakan(d) Gerakan bebas dengan muzik(e) Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzikPergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yangdilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu:

    Imbangan berat badan Ruang

    Masa Daya/aliran(a) Imbangan Berat Badan

    Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, ketegangan dalamotot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah)mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan(paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuatmemerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringanmemerlukan sedikit sahaja tenaga otot.

    (b) RuangPastikan ada ruang di sekeliling anggota badan. Dari satu tempat yangtetap, kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan arastertentu. Ruang ini dinamakan lingkungan pergerakan. Pergerakan ini

    boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:

    Dari jauh menuju ke pusat badan Dalam ruang yang mengelilingi badan, bergerak mengikut aras

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    23/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 107

    Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatupergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuatpelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

    Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapapergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang,sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjakdan berguling di atas lantai.

    (c) MasaFaktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuatsesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa. Pergerakanyang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat

    menggunakan banyak masa.

    Kederasan pergerakan itu atau penurutan pergerakan tidak semestinyaberterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masaboleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta-merta.

    Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkankemalangan. Kebolehan mempercepat / melambat dan memberhenti /memulakan sesuatu pergerakan serta-merta sangat perlu untuk kawalandan kemahiran dalam pergerakan.

    (d) AliranAliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialahpergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masasahaja.

    Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta-merta. Aliranpergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjanganatau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan pergerakanitu.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    24/25

    X TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK108

    AKTIVITI 5.4

    Muzik dengan pergerakan merupakan satu cabang pendidikan muzikyang sangat diminati oleh setiap pelajar.

    (a) Nyatakan dua unsur pergerakan yang diberi keutamaandalam pengajaran dan pembelajaran muzik denganpergerakan.

    (b) Bincangkan tiga jenis kegiatan muzik dengan pergerakanuntuk pelajar sekolah rendah.

    5.3.3 Permainan Alat

    Permainan alat muzik melatih pelajar dalam pelbagai aspek (koordinasi mata,pendengaran dan psikomotor) melalui penglibatan pelajar dalam kegiatanpermainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan

    bereksperimen dengan pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuhbadan mereka. Seterusnya, kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untukpendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melaluiimprovisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melaluipenglibatan mereka bermain alat muzik.

    Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasamayang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensembel. Konsep muzikyang ditegaskan di dalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodidan ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alatsecara ensembel ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapaalat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai.

    Topik ini memberi tumpuan kepada pengetahuan asas dalam muzik. Ianyamerangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik diMalaysia.

    Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untukmengajar pendidikan muzik dikembangkan oleh tokoh-tokoh muzik sepertiCarl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon.

  • 7/28/2019 pengetahuan asas dalam muzik

    25/25

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK W 109

    Di samping itu, penekanan terhadap konsep muzik yang hendakdisampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Terdapat tiga komponen penting yang diberi tumpuan di dalam mengajarpendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan danpermainan alat muzik.

    Homofoni

    Kemahiran ensembel

    Komposisi

    Monofoni

    Polifoni

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran pendidikan muziksekolahrendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.

    Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: PenerbitMuzikal.

    Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory (Part 1). Great Britain:Associated Board.

    Hargreaves, D. J. & Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of musiclearning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of research on music teaching andlearning. New York: Schirmer Books.