asas teori muzik

12
NADA Nada (ton) ditakrifkan sebagai not bunyi yang mempunyai ketepatan pic yang tertentu atau not bunyi yang mempunyai tinggi rendahnya yang spesifik. Dalam lagu Two Guitars ini, lagu ini dimainkan dalam nada D minor. D minor merupakan relatif kepada F major kerana kandungan notnya sama. D minor adalah relatif kepada F major Walau bagaimanapun, jeda antara not-not dalam skel F major dan skel D minor adalah berlainan. Jeda untuk skel major adalah not ke-3 – not ke-4, not ke-7 – not ke-8. Untuk skel minor harmonik pula, jedanya ialah not ke-2 – not ke-3, not ke-5 – not ke-6, not ke-7 – not ke-8. Not ke-7 dinaikkan kepada 1 semiton. Skel D minor harmonik menaik tanpa tanda nada. Skel D minor harmonik menaik dengan tanda nada

Upload: marylynanneatot

Post on 25-Dec-2015

496 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

asas teori muzik

TRANSCRIPT

NADA

Nada (ton) ditakrifkan sebagai not bunyi yang mempunyai ketepatan pic yang

tertentu atau not bunyi yang mempunyai tinggi rendahnya yang spesifik.

Dalam lagu Two Guitars ini, lagu ini dimainkan dalam nada D minor. D minor

merupakan relatif kepada F major kerana kandungan notnya sama.

D minor adalah relatif kepada F major

Walau bagaimanapun, jeda antara not-not dalam skel F major dan skel D minor

adalah berlainan. Jeda untuk skel major adalah not ke-3 – not ke-4, not ke-7 – not ke-8.

Untuk skel minor harmonik pula, jedanya ialah not ke-2 – not ke-3, not ke-5 – not ke-6, not

ke-7 – not ke-8. Not ke-7 dinaikkan kepada 1 semiton.

Skel D minor harmonik menaik tanpa tanda nada.

Skel D minor harmonik menaik dengan tanda nada

Lagu Two Guitars dimainkan dalam nada D minor. Lagu ini diklasifikasikan dalam

nada D minor kerana mengandungi tanda nada dengan F major dan mempunyai C# yang

menepati ciri-ciri skel D minor harmonik.

METER

Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia dikumpulakan dalam kumpulan2, 3,

4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik

adalah sama banyak dalam setiap bar.

Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter. Ia dinyatakan dalam skor

lagu dalam bentuk tanda masa. Jadual berikut menunjukan contoh kiraan meter dalam

muzik.

Dalam lagu Two Guitars ini, tanda masanya adalah atau diwakili sebagai simbol

Meter ini merupakan meter lazim. Meter ini mempunyai empat krocet dalam satu bar. Setiap

krocet bersamaan dengan setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua kuaver

( ).

TRIPLET

Triplet merupakan detik dalam meter lazim dibahagikan kepada 3 bahagian.

Dalam Lagu Two Guitars ini, triplet terdapat pada bar ke-16 dan ke 18.

Bar ke-16

Bar ke-18

SINKOPASI

Sinkopasi ialah gangguan dalam pengaliran irama. Contoh kepada sinkopasi ialah

kemunculan tekanan irama pada not yang biasanya tidak ditekankan.

Sinkopasi telah digunakan dalam pelbagai jenis muzik dan merupakan asas muzik

Afrika seperti ragtime, jazz, jump blue, funk, rap dan lain-lain. Contohnya, dalam meter

tekanan biasanya dikenakan pada detik nombor genap, jika tekanan ditekan pada detik

nombor bulat, irama meter tersebut dikatakan telah disinkopasikan.

Dalam lagu Two Guitars ini, sinkopasi terdapat pada bar yang ke-20.

Sinkopasi pada bar ke-20 pada klef trebel dan klef bes

JEDA

Jeda merupakan ukuran jarak pic antara dua not. Jeda harmonik merupakan jeda yang

dimainkan secara serentak manakala jeda melodik merupakan jeda yang dimainkan secara

berasingan. Cara untuk mengukur jeda adalah sama bagi kedua-dua jenis jeda ini. Contoh

jeda adalah seperti berikut:

Jenis jeda Bilangan semiton

Unison 0 semiton

Minor kedua, m2 1 semiton

Major kedua, M2 2 semiton

Minor ketiga, m3 3 semiton

Major ketiga, M3 4 semiton

Perfek keempat, P4 5 semiton

Perfek kelima, P5 7 semiton

Minor keenam, m6 8 semiton

Major keenam, M6 9 semiton

Minor ketujuh, m7 10 semiton

Major ketujuh, M7 11 semiton

Oktaf, P8 12 semiton

Dalam lagu Two Guitars, saya memerhatikan bahawa terdapat beberapa jeda yang

menarik. Contohnya, pada bar yang ke-16 dan ke-17, terdapat jeda melodik, iaitu jeda minor

ke-6, antara A ke F.

Jeda melodik, Minor ke-6, bahagian klef bes

Terdapat juga jeda harmonik dalam lagu ini, iaitu pada bar yang ke-14, iaitu jeda

perfek ke-4 pada bahagian klef trebel.

Jeda harmonik, perfek ke-4, bahagian klef trebel

KORD PRIMER

Kord ditakrifkan sebagai satu kumpulan not yang terdiri daripada 3 atau lebih not

yang dibunyikan bersama secara serentak manakala Kord Primer dibahagikan kepada 3

jenis iaitu kord I, IV dan V.

D minor:

kord I – D minor

kord IV – G minor

kord V – A

Dalam lagu Two Guitars ini, kebanyakan kord adalah dalam kedudukan pembalikan.

Sebagai contohnya, pada bar yang ke-10, kord D minor dalam kedudukan pembalikan

pertama.

Kord D minor, pembalikan 1

DINAMIK

Dinamik biasanya merujuk kepada kelembutan atau kenyaringan dari sesuatu suara.

Dinamik adalah volume sesuatu bunyi muzik. Ada muzik yang kuat dan ada muzik yang

perlahan. Dalam muzik istilah perlahan tidak digunakan kerana ia boleh mengelirukan

samada dinamik atau pun tempo. Bunyi yang perlahan disebut sebagai bunyi lembut.

Dalam skor lagu Two Guitars ini, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat

dan istilah seperti berunsur lembut ( ) dan dan berunsur kuat (

). Selain itu, bunyi yang kuat dan lembut turut ditandakan dengan simbol

iaitu:

1. Bunyi yang kuat ditandakan dengan simbol f yang bermaksud forte.

2. Bunyi yang lembut ditandakan dengan simbol p yang bermaksud piano.

Bunyi yang berunsur lembut ditunjukkan pada bar yang ke-10 dengan simbol ff.

Unsur bunyi yang kuat adalah pada bar ke-37 dan beransur lembut pada bar ke-38.

TEMPO

Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu.

Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh

dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo

juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan metronome. Tempo yang cepat

mempunyai detik yang cepat. Tempo lambat mempunyai detik yang lambat. Panjang atau

pendeknya sesuatu bunyi diukur menggunakan detik. Lambang yang menunjukkan panjang

atau pendeknya bunyi bunyi itu dapat dikenali dengan merujuk kapada bentuk-bentuk not.

Dalam skor lagu Two Guitars ini, pada permulaannya, lagu ini dimainkan dengan

perlahan.

Pada bar ke-21, lagu dimainkan dengan tempo yang cepat.

Bermula dari bar ke-27, lagu ini dimainkan dengan tempo yang sangat cepat, atau

diwakili dengan istilah presto, yang bermaksud sangat cepat.

Pada bar ke-35, lagu ini kembali kepada tempo asal, iaitu dengan perlahan,

sehingga ke hujung lagu ini.

OSTINATO