sdp : topik 4 - pengetahuan asas dalam psv

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 04-Apr-2018

417 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    1/21

    54OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENIVISUAL

    PENGENALAN

    Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjekyang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasikurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visualmenjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen,pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar,Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

    OBJEKTIF

    Pada akhir kursus ini, pelajar akan:

    1. mengetahui makna Pendidikan Seni Visual dari konteks KBSR;

    2. menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visualsekolah rendah;

    3. menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan

    4. menyatakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaranPendidikan Seni Visual di sekolah.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    2/21

    55OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    PETA MINDA

    4.1 PENGENALAN SENI VISUAL

    Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepadaseni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek inilebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspekpemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya

    kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagikepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupandengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolahrendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak,membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjekini pada perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melaluikefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagaikhazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

    4. 1. 2 Bidang-bidang dalam Seni Visual

    Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    3/21

    56OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    x Melukis dan membuat gambar

    x Membuat rekaan corak

    x Membentuk dan membuat binaan

    x Kraf tradisional

    (i) Melukis dan Membuat GambarBidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis sertakegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik danmenarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.

    Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah kandungan subjekatau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang

    dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapatmenggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut caraekspresinya yang atersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar dari aspekpsikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

    Rajah 4.1:Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    4/21

    57OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    (ii) Membuat Rekaan dan CorakBidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai carauntuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.

    Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasildaripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terjadidaripada pelbagai teknik dan cara.

    Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawalatau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:

    x Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan

    x Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, dan gunting

    x Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

    x Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

    Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:

    x Penuh

    x Turun satu suku

    x Turun tiga suku

    x Turun separa

    x Sisik ikan

    x Selang seli

    x

    Tampak dam dan tampak caturx Siku keluang

    x Pucuk rebung

    x Orgee

    x Batu bata

    x Tunggal

    x Berpusat

    x Sendeng

    x Berombak

    x Jidar

    x Berjalur

    x Cerminan

    Teknik Corak

    Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaianmotif dan tujuan corak ini dihasilkan.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    5/21

    58OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    Rajah 4.2: Corak tidak terancang

    Rajah 4.3: Corak terancang

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    6/21

    59OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    (iii) Membentuk dan Membuat Binaan

    Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari

    segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebutpelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuatbinaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan jugamendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknikpenghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif denganalat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

    Bidang kegiatan membentuk dan mermbuat binaan di sekolah rendah merangkumi;

    x Arca timbul

    x Arca assemblaj

    x

    Arca mobailx Arca stabail

    x Model

    x Diorama

    x Boneka

    x Topeng

    x Origami

    Tema dan Subjek

    1. Alam semulajadi

    2. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

    3. Aliran dan tema sejagat

    4. Keperluan dan pengalaman harian

    (iv) Kraf Tradisional

    Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan

    seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dankreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

    Jenis-jenis Kraf

    1. Alat domestik

    2. Alat permainan

    3. Alat mempertahankan diri

    4. Batik

    5. Seni tekat

    6. Tembikar

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    7/21

    60OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    7. Anyaman

    8. Kelarai

    9. Ukiran

    4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual

    Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakanmelalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu reka cipta dan kreativiti pelukis akanmenjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkaryayang terdahulu dengannya. Mereka akan membuat kembara seni melalui pelbagai ujikajidan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaan yang akhirnyamenyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan ideadalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang

    yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikansecara personal untuk disampaikan dalam karyanya.

    Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya pelukis jugamemikirkan nilai estetika yang inginkan ditampilkan. Bagaimana estetika itu bolehditampilkan dalam karya?

    (a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan ImejDi dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilaiestetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej . Estetikayang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemahsemula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan

    peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran dibolehkan.

    (b) Ekspresi dalam Perasaan dan EmosiPelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gough dan Goyasering mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yangberkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan kecelakaan yangmelanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di kanvas dan arca-arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapatmenimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan.

    (c) Menggunakan Kaedah Formalistik

    Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan danunsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan,warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolahmelalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian,pengasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenaiprinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahanruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkanimej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij danagong.

    (d) KeaslianDalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis.

    Dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang ditegah dan

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    8/21

    61OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilaiestetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.

    4.2 ASAS SENI REKA

    4.2.1 Unsur Seni

    Unsur seni terdiri garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.

    (a) Garisan

    x Garisan merupakan cantuman satu siri titik

    x Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi,beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.

    x Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar

    x Melalu garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuatrupa dan membentuk.

    Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti;

    1. Teknik koyakan

    2. Teknik tampalan

    3. Teknik kolaj

    4. Teknik gosokan

    5. Teknik cetakan

    6. Teknik capan

    (b) Warna

    Warna terdiri daripada;

    1. Warna asas

    2. Warna sekunder

    3. Warna tertier

    Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkanmelalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila iadicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentukwarna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungudan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren ataujingga. Warna asas dan warna sekunder apabila dicampurkan akan membentuk warnatertier. Secara mudahnya warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenaiwarna ini memudahkan pelajar untuk kerja-kerja mewarna kepada subjek yang dihasilkan.

    Latihan 4.1

    Apakah warna penggenap? Dengan menggunakan warna bagaimana iaterbentuk.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    9/21

    62OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    (c) JalinanJalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar,halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatanmanusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiridari ciptaan Yang Maha Kuasa.

    Jalinan terbahagi dua jenis:

    (i) Jalinan tampak(ii) Jalinan sentuh

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    10/21

    63OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Iaterdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebabia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

    Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tigadimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian danlain-lain lagi.

    Jalinan boleh dihasilkan melalui,

    x Teknik cetakan

    x Teknik pualaman

    x Teknik kolaj

    x Teknik campuran

    x Teknik binaan

    x Teknik cantuman

    (d) RupaRupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan danpenghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper ataumendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organikmempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan.Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupageometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun,

    kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secaralumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.

    Jenis-jenis rupa;

    x Rupa positif dan negatif

    x Rupa dan corak

    x Rupa dan lambang

    x Rupa dan muka taip

    (e) Bentuk

    Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkandengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton,jalinan ruang diaplikasi sekaligus.

    Bentuk terdiri dari dua jenis;

    (i) Bentuk ilusi (maya)

    (ii) Bentuk konkrit

    Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi, lukisan dangurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia

    hanya permukaan datar kerana dalam bentuk dua dimensi.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    11/21

    64OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyaiton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia danlain-lain lagi.

    (f) RuangRuang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Iamenggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar,di tepi di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkandengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaanya, ruangdikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

    4.2.2 Prinsip-prinsip Rekaan

    Prinsip rekaan terdiri daripada;

    x Harmoni

    x Penegasan

    x Imbangan

    x Kontra

    x Pergerakan

    x Kesatuan

    x Kepelbagaian

    (a) HarmoniHarmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang.

    Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan danpenyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan,bentuk, rupa, jalinan, ruang

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    12/21

    65OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    dan warna yang saling lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan didalamnya.

    (b) PenegasanPenegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatuunsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan denganmewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsurseni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasayang boleh dikaitkan dengan penegasan.

    (c) ImbanganImbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruangan kiri dankanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil,sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak,bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau

    bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang kiridan atau atas bawah. Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri.

    (d) KontraKontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingindiutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untukmendapatkan reaksi sipermerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan,warna dan corak.

    (e) PergerakanSelain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar jugaboleh menjadikan sebagai kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaanbermotor misalnya, nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakantambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan bolehdihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.

    (f) KesatuanKesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk,warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat.Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabilapenyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama iaakan menwujudkan kesatuan.

    (g) KepelbagaianKepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan yangmembentuk satu gubahan. Kombinasai unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk,warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yangharmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.

    Latihan 4.2

    Bincangkan fungsi kesatuan dalam Seni Visual dapat menghasilkan sebuahkarya yang menarik?

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    13/21

    66OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    4.2.3 Struktur Rekaan

    Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana

    penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yangbaik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yangbaik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik di gunakan. Strukturasas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu garisan grid dan garisanstruktur.

    Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas dimana petak-petak terbentukdan motif corak dilukis pada setiap petak tadi. Garisan struktur pula ialah garisan yangterbentuk mengikur sifat objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisanstrukturnya terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubatnyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya dan berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan.

    Rajah 4.4: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang

    Rajah 4.5: Grid digunakan untuk menggambar dalam struktur rekaan

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    14/21

    67OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    Rajah 4.6: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak

    4.2.4 Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah

    Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utamapembelajaran di kalangan pelajar. Drs. Abd. Rahman Saleh (1976) menyarankan agarsebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas dikdaktikdalam usaha membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajianilmu secara sisetematis dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Soalnya bagaimanakahSeni visual ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Drs. Abd. Rahman Saleh ia bolehdilaksanakan dengan beberapa cara.

    (a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus.

    Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur senisecara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yangmungkin berupa lanskap, mural, arca , taman permainan, simbol-simbol dan grafikyang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan senitersebut.

    (b) Memilih method atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajarandan pembelajaran. Guru Besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untukmemperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru-guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenar untuk mengajar Seni Visual.Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mentarbiyah pelajar denganseni lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah.

    (c) Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seniyang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas danmenyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik.

    (d) Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di sekolah.Maksudnya, adalah hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapatmembuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secarapertandingan, sport check , kempen atau agenda tahunan sekolah.

    Seterusnya perlaksanaan pendekatan dikdatik di sekolah akan dapat dilaksanakan ke ataspelajar melalui pendekatan yang berikut:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    15/21

    68OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    (a) Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan, mempunyai hubungandengan kehidupan sehari-hari

    (b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas sehingga murid dapat mempelajaripenyelesaian sendiri masalah-masah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu strukturpelajaran mesti dirancang dengan baik.

    (c) Antara guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalumembantu dan mendorong kegiatan belajar pelajar, dapat membangkitkanpersaingan dengan kerjasama murid.

    (d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk mencuba,menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari.

    (e) Penyajian bahan harus diatur berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan denganjelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut sekuen.

    (f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai, guruharus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa evaluasi adalahmerupakan sebahagian daripada mengajar.

    Sekiranya masalah maseh berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. Wan Zahid(1993 ) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi antaranya:

    (a) Pembetulan (correction) Membetulkan fakta dan konsep yang menyeleweng

    (b) Orientasi (Orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepatmengenai mata pelajaran ini.

    (c) Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras displin-displin ilmu yang mengganggudan menggagalkan.

    (d) Kesepaduan (integration) Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atauparadigma yang berteraskan tawhid.

    Namun begitu kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika:

    (a) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah

    (b) Perkongsian wawasan dan tujuan

    (c) Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat

    (d) Jangkaan kejayaan yang tinggi

    (e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan pembelajaran

    (f) Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar

    (g) Hak pelajar dan tanggung jawab pelajar yang dipelihara dan dihormati

    (h) hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu pertalian yangtidak putus-putus

    (i) Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menakkul danmembina pengalaman.

    Akhirnya, hasil (out-come) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat dilaksanakan

    dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    16/21

    69OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    4.3 AKTIVITI SENI VISUAL

    4.3. 1 Menggambar

    Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian.

    Berikut disenarikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

    1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, plywood Pensel, pensel warna, penteknikal,oil pastel, krayon,

    arang, berus

    2. Catan Kertas, kanvas, kain, plywood,linseed, air, turpentine

    Berus, pisau palet, easel,kadbod, papan

    3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan

    Gunting, pisau, mangkuk

    4. Montaj Kertas, gambar, majalah, suratkhabar, gam

    Gunting, pisau, pembaris

    5. Cetakan Dakwat cetak, gam, tupentine, minyak

    tanah, minyak linseed, papan

    Penggelek, papan,

    Spatula, cermin, kertas suratkhabar

    6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, scrapper

    7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna, pensel,oil pastels

    Kain, papan

    8. Stensilan Profilm, kertas, dakwat cetak, dye Squeezy, penggelek dan kain

    9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, strew, berus gigi

    10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris

    11. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan-bahanterbuang, gam

    Papan, gunting, pisau

    12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    17/21

    70OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    Contoh-contoh dalam Bidang Menggambar

    Rajah 4.7: Menggambar menggunakan teknik kolaj

    Rajah 4.8: Menggambar dengan menggunakan teknik catan

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    18/21

    71OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak

    (a) Corak Tidak Terancang

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

    1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat minyak Besen, berus

    2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air, warnabatik

    Strew, berus

    3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli

    4. Ikatan dan celupan Kertas, tisu, warna batik, getahgelang,kain

    Besen warna, berus

    5. Renjisan dan percikan Warna air, kertas, kanvas Berus, bekas warna

    (b) Corak Terancang

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

    1. Lukisan Kertas, kanvas, kain,plywood

    Pensel, pensel warna, pen teknikal,oilpastel, krayon, arang, berus

    2. Catan Kertas, kanvas, kain,

    plywood, linseed, air,turpentine

    Berus, pisau palet, easel, kadbod,

    papan

    3. Kolaj Kertas warna, gam,kapas, bahan-bahan

    tampalan

    Gunting, pisau, mangkuk

    4. Montaj Kertas, gambar, majalah,surat khabar, gam

    Gunting, pisau, pembaris

    5. Cetakan Dakwat cetak, gam,tupentine, minyak tanah,minyak linseed, papan

    Penggelek, papan,

    Spatula, cermin, kertas surat khabar

    6. Resis Kertas, lilin, minyak, air,warna air

    Berus, scrapper

    7. Capan Warna, dakwat, kertas,bahan-bahan terbuang,

    gam

    Papan, gunting, pisau

    8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi, buluh, resam

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    19/21

    72OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    4.3.3 Membentuk dan Membuat Binaan

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

    1. Arca timbul Kepingan kayu, plaster of paris, batu,kayu, plastik, kertas lumat, papier

    mashe, tanah liat

    Pahat, penukul, alatpengukir, pengikis, kikirpari, kertas pasir

    2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, bongkahkayu, spare-part kenderaan, bahan

    kutipan, besi

    Alat patri, skru, paku,gergaji, ragum, gerudi,sepana hidup, pemutar skru

    3. Mobail Besi, dawai, kertas, tali temali, plastik,kepingan logam, zing, kad bod

    Gunting besi, alat patri,sepana, gerudi, pemutarskru

    4. Stabail Simen, kepingan logam, plastik,spare-parts kenderaan, besi, logam,

    papan

    Alat patri, skru, paku,gergaji, ragum, gerudi,sepana hidup, pemutar skru

    5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa,plywood, zing, akar kayu, papan

    Gunting besi, alat patri,sepana, gerudi, pemutarskru

    6. Diorama Plywood, papan, zing, cermin lutsinar,patung, karangan laut

    Gunting besi, alat patri,sepana, gerudi, pemutarskru

    7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, spraywarna, gam dunlop/UHU

    Gunting, pisau, playar,pemutar skru

    8. Topeng Papier mashe, plastik, kertas suratkhabar, habuk papan, gam, piring

    plastik, warna

    Gunting, pisau, besen

    9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau

    4.3.4 Kraf Tradisional

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

    1. Alat domestik Kepingan kayu, tempurung, besi,kayu, manik

    Pahat, penukul, alat pengukir,pengikis, kikir pari, kertas pasir,

    gergaji kecil

    2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam,kertas warna, kayu

    Gunting, pisau, gam, gergaji kecil,pemutar skru, skru

    3. Alat pertahanan diri Kayu, timah, besi, plumbum,

    loyang

    Gunting besi, alat patri, sepana,

    gerudi, pemutar skru

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    20/21

    73OUM

    TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    4. Alat perhiasan diri Benang, tekstil, prada, gam,butang,kayu

    Gunting, pisau,gergaji kecil,pemutar skru, ragum

    5. Batik Kain putih, campuran lilin,pewarna, pemati warna, debu

    soda, pelembut kain/fabrik

    Canting, pemidang kayu, berus,dapur atau plat pemanas, periuk,

    besen besar

    6. Tekat Benang emas, benag putih, kaindasar, baldu, kertas tebal, gam,

    rotan saga

    Pemidang kayu berkaki, cuban

    7. Tembikar Tanah liat, kaolin

    Tanah liat, kaolin

    Pisau, span,penggelek, papangolek, gergaji kecil, pengayak,dawai, pemotong, kayu ukur,angkup luar, pinggan, kayu,

    pengguris dan berus

    8. Anyaman Pandan, mengkuang, daun nipah,buluh, paku pakis, daun serdang,

    rotan, rumput rampai

    Parang, alat jangka, pelurut,tempayan, besen, periuk, penyisip,

    pisau kecil

    9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau,kikir, ketam, pengikis, daunmempelas, berus, syelek

    RUMUSAN

    Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh pelajarsemasa berada di alam persekolahan. Ia merupakan satu mata pelajaran yang dapatmemberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat dan seterusnyamendalami Seni Visual secara betul dan bersistem. Pelajar yang sedemikian pada jangkapanjangnya akan memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa seni yang tinggidan kreatif. Dalam topik ini pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting danperlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap danditerap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.

    GLOSARI

    Asemblaj Arca gabungan pelbagai bahan dan jenis

    Diorama Model kecil yang memperihalkan sesuatu tema atau cerita. Dikepungdengan cermin atau perspek untuk mudah dilihat di dalamnya.

    Mobail Arca yang digantung, boleh bergerak dan kadang menghasilkan bunyi

    Montaj Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita

    Resis Kalis air.

    Kaolin Cecair untuk pelembut tanah

  • 7/30/2019 SDP : Topik 4 - Pengetahuan Asas dalam PSV

    21/21

    OUM

    TOPIK 4PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

    UJIAN 1

    1. Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di persekitaran anda,

    lukiskan lima contoh objek yang mempunyai imbangan simetri.

    UJIAN 2

    1. Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan bagaimana pelukistersebut mengaplikasikan prinsip-prinsp rekaannya.

    UJIAN 3

    1. Teliti batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan persamaan yangketara dari segi penghasilannya.

    RUJUKAN

    Hurwitz, a. & et. al (2001). Children and their art, Harcourt College Publishers, U.S.A.

    Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni, Bangi: Penerbitan Pelangi,

    Edwards, B. (1986), Drawing on the artist within, Simon & Schuster,Inc.,USA.

    Rahmat Salihon (2003) Pendidikan seni visual tingkatan 1, Fajar Bakti, Selangor darulEhsan

    Raja Baharudin (1999), Kursus amali pendidikan seni PMR, Selangor Darul Ehsan: PanAsia Publications, Bhd.

    Gardner. H., (1989). Toward more effective arts education, Arts, Mind and Education,USA: University of Illinois Press.

    Lark- Harovitz, Lewis H. P., & Luca. M., (1967). Understanding childrens art for betterteaching, USA : Columbus.