pendedahan kepada pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni

Upload: janic-chew

Post on 10-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bagus

TRANSCRIPT

Pendedahan kepada Pengetahuan dan Kemahiran Asas dalam Seni Peringkat Sekolah Rendah

Pendedahan kepada Pengetahuan dan Kemahiran Asas dalam Seni Peringkat Sekolah Rendah

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKANDisediakan oleh CHEN JIE MIN 940425-01-5276SOH CHIN YI 940320-01-5288SIA YIIK SIAU 940724-13-6246CHEW MIN SHAN 940721-04-5082JAMIE LEE JIA CHYI 940707-13-5356Pengenalan kepada konsep asas seni visualPendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi 4 bidangMenggambarMembuat rekaan dan mencorakMembentuk dan membuat binaanKraf tradisional

Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Dengan ini, murid akan dapat memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.Melalui kegiatan ini, pelajar dapat meneroka kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya.Bidang 1: MenggambarKesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran juga menjadi fokus dalam kegiatan menggambar.Melalui kegiatan ini, pelajar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap semi reka seperti warna, garisan, susunan dan kesanan.Contoh kegiatan dalam bidang menggambar:LukisanCatanKolajMontajCetakan

Lukisan Kolaj Catan Montaj CetakanBidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid untuk memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.Bidang 2: Membuat Rekaan dan CorakKegiatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Bidang ini mengandungi aktiviti yang menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi (3D). Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Bidang ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Bidang 3: Membentuk dan Membuat BinaanIni memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.Contoh aktiviti:Arca timbulAsemblajMobailStabailModelDioramaBonekaTopengOrigami

Arca timbulMobailOrigamiBonekaTopeng

Stabail

Asemblaj

Diorama

ModelBidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.Aspek aspresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.Bidang 4: Kraf TradisionalDi sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

Alat permainanTekatAlat domestikUkiranAlat pertahanan diriTenunanAlat perhiasan diriAnyamanBatik tembikarPengenalan asas seni rekaAsas seni rekamerupakan pengetahuan tentang unsur seni dan prinsip rekaan.Unsur seni merujuk kepada garisan , rupa, bentuk, jalinan, ruang, dan warna.prinsip rekaan pula terdiri daripada harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian serta kesatuan.Pemahaman dalam asas seni reka sangat penting dalam setiap penghasilan karya seni visual.Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dengan prinsip rekaan.Unsur seni REKAAN1. GarisanGarisanialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.

Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

Jenis-jenis garisan

Garisan halusGarisan tebalGarisan beralunGarisan berduriGarisan bergerigiGarisan berpancarGarisan berlingkarGarisan berbijiGarisan berbuluGarisan zig zagGarisan putus-putusGarisan berserabutFungsi garisanMenimbulkan rupa.Menimbulkan bentuk.Menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.Mewujudkan ruang.Menghasilkan jalinan.Menghasilkan motif pada reka corak.Mewujudkan ton.Menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.Garisan dengan Ton/RuangGarisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

Penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapanPerbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

Semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah atau kecil dengan tekanan yang lebih perlahan2. RupaRupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mulaRupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luarTerdapat 2 jenis rupa iaitu:Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.Rupa organik rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.Rupa boleh diolah dalam bentuk:Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu kawasanRupa negatif ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupaRUPAi. Rupa geometriRupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empatsegi dan lain-lain rupa yang bersudut.Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.

ii. Rupa organikRupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnyaseperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.Dihasilkan secara spontan

Rupa positif dan negatifRupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

Rupa positifRupa negatif3. BentukBentukmempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:Bentuk konkrit bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

Penghasilan bentuk melalui teknik lukisanCiri-ciri bentukBersifat tiga dimensi (3D) Mengandungi ketinggian, lebar dan kedalamanBerstrukturMempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurnaBoleh dilihat dari semua arahMempunyai lebih dari satu permukaanTerdapat bayangan Mempunyai kesan cahaya dan bayangi. Bentuk konkritBentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)Contoh: batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

ii. Bentuk ilusiBentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lainBentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.4. JalinanJalinanmerujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua:Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.

Contoh jalinan pada benda buatan manusiaContoh jalinan pada benda alam semulajadii. Jalinan sentuhMerupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerangJalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainyaii. Jalinan tampakMerupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Contoh penghasilam karya berjalinan tampak

GosokanPualamanIkat dan celupBatikLukisan dan catanCapanFungsi jalinanSebagai PenyamaranSesumpah, serangga, harimau dan kuda belangMenahan GeseranTayar kereta, tapak kasutSebagai hiasanCorak pakaian, corak kertas dindingPengaliran air dan udaraJala ikan5. RuangRuang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.Ruang juga berkait dengan jarak dan kedudukan di antara objek dengan objek yang lain.Terdapat 2 jenis ruang iaitu:Ruang nyata / fizikal/ konkrit ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkritRuang tampak/ ilusi ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

Ruang nyataRuang ilusi

Jenis-jenis ruang ilusiSecara amnya, ruang ilusi yang digunakan untuk menghasilkan karya 2D ialah ruang cetek, ruang dalam, ruang rata dan ruang meragukan.

Ruang cetekMerupakan gambaran pada karya 2D yang hanya melibatkan kawasan yang sempit atau rakaman objek pada jarak dekatBiasanya diolahkan dengan mempunyai ruang depan dan ruang belakangRuang dalamRuang dalam pada karya 2D adalah berpandukan garis ufuk yang jauh, biasanya dikaitkan dengan gambaran lanskapOlahan ruang dalam biasanya terbahagi kepada ruang depan, ruang tengah dan ruang belakang

Ruang rataRuang rata ialah gambaran yang menunjukkan subjek dan latarnya duduk sama rata sebagaimana terdapat corak batik dan pelbagai jenis catan abstrakRuang meragukanRuang meragukan merupakan ruang mengelirukan atau kesamaran ialah kesan ilusi yang memberikan dua gambaran berlainan pada masa yang sama mengikut kepekaan yang melihatRuang dan perspektifKesan ruang boleh digambarkan melalui perbezaan saiz objekPerspektif ialah satu kaedah menghasilkan ruang untuk meletakkan objek 3D di permukaan 2DDi antara elemen penting dalam penghasilan perspektif ialah garisan ufuk atau horizon dan titik lenyapKedua-dua elemen tersebut bertanggungjawab menyorot pandangan kita masuk ke dalam lukisan atau catan.

Ruang dan warnaWarna memainkan peranan penting bagi menentukan kedalaman sesuatu ruang yang ingin digambarkanObjek dan latar diwarnakan dengan terang di bahagian hadapan dan semakin pudar ke belakang untuk menampakkan perbezaan jarakWarna dapat bertindak menentukan sesuatu ruang itu timbul atau tenggelamWarna yang kuat kuasanya seperti warna asas akan kelihatan lebih ke hadapan daripada warna sekunderAplikasi warna yang lebih pekat memberi gambaran kedudukan yang dekat dengan pemerhati dan warna yang lebih pucat menyorot masuk ke dalam catan yang memberi ilusi ruang yang jauh dan dalam

6. WarnaWarnaialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaituWarna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertierWarna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.Warna tertier percampuran warna asas dan sekunder.Terdapat 3 gubahan warna iaitu:Warna harmoni warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)Terdapat 2 suhu warna iaitu:Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)Prinsip seni REKAAN1. HarmoniDalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damaiDalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbangHarmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warnaHarmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah2. KontraKontrawujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakanKontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan).Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan3. PenegasanPenegasanialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik.Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan4. ImbanganImbanganialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan5. Irama dan PergerakanPergerakanwujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb6. KepelbagaianKepelbagaianmerupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahanSusunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan7. KesatuanKesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahanKesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesaSekian, terima kasih