pengertian tarannum al.docx

9
Pengertian Tarannum Al-Quran Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik. Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu. Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama adalah alunan atau bentuk bunyi. Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda: ن رأ لق ا م ب ن ر لت أ ن س ح ى ب لن ن ذ ىء ما أ ش ل له أل ن ذ ما أ. ( ارى خ ب لروأه أ) Maksudnya: “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Upload: khairul-imran

Post on 08-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Tarannum Al.docx

Pengertian Tarannum Al-Quran

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama,

yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau

menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan

bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama,

yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation,

recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi

maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan

mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW.

Sabda Baginda:

.ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن

(رواه البخارى)

 

Maksudnya: “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan

kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Sejarah Tarannum

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda

memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok

serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat

Page 2: Pengertian Tarannum Al.docx

beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik

antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah

bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah)

dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum

yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran

(sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara

sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika

zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu

pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring

dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai

berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan

Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-

lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah

aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan

mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan

sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya

mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

Aliran Hijazi

• Padang pasir.• Bukit bukau.• Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya

lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.

Page 3: Pengertian Tarannum Al.docx

Aliran Misri

• Lembah nil.• Subur menghijau.• Suhu sederhana.Lalu: irama dan

rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.

Asal Ilham Tarannum

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari

persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu,

bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-

lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam

bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.

Hukum Umum Bertarannum

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah

kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;

1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak

masyarakat ingin mendekati Al-Quran.

2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.

3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang

indah.

4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan

diperolehi.

5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar

atau riyak atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid,

meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi

yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Page 4: Pengertian Tarannum Al.docx

اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه

سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح. ال يجاوز حناجزهم

.مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم

(رواه الطبرني والبيهق)

Maksudnya: “Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang

berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara

yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu

ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya

sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja

membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai

nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui

khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka

yang mengkaguminya”.

Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut

hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa

penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati

serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”

Falsafah Tarannum

Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan

pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.

PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM

زينوا القرأن بأصواتكم

(ابو داوود)

Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan

suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).

Page 5: Pengertian Tarannum Al.docx

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum

sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan

tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:

a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq

menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh

Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan

lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran

Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir

menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh

Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah

seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan

lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an.

Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin

jasad”

1. Banjakah.

2. Husaini.

3. Mayyah.

4. Rakbi.

5. Jiharkah.

6. Sikah.

7. Dukah.

Page 6: Pengertian Tarannum Al.docx

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak.

Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah

yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.

2. Soba.

3. Hijaz.

4. Nahawand.

5. Rast.

6. Sikah.

7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam,

Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini

dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran

Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi

nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir

dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah

mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana,

peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai

menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan

tarannum bil Quran yang berlahjah arab.

Page 7: Pengertian Tarannum Al.docx

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa

komponan penting untuk mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah

dan satu mahattah).

2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan

sendirinya dan yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang

sempurna).

2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut

ilmu tangga-tangga suara ).

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan

beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian

amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan

rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T.

Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu

penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah:

Page 8: Pengertian Tarannum Al.docx

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling

agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “diturunkan al-Quran

itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)

2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca

dan pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah

Ta’ala yang bermaksud: “Mereka segera menundukkan muka sambil

menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan

dan keinsafan”. (Surah al-Isra’:ayat 109)

3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud:

“Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan

diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh

rahmat Allah Ta’ala”. (Surah al-A’raf:ayat 204).

4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda

Rasulullah SAW: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan

suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu

menambahkan keindahan seni al-Quran”.