pengertian guru

23
PENGERTIAN GURU Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Guru merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya agen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan. Guru atau pendidik ialah ى ب ر م, دب ؤ م م . عل مatau ULAMAK. Islam juga memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam:m.s: 4 ) اء م عل لده ا ا ب ع ن م ه ل ى ال$ ;pma&ش خ( ي ا ;pma&م ن+ اMaksudnya: Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya ialah ulamak( Surah Fatir, ayat 28 ) SIAPAKAH DIA YANG LAYAK MENJADI GURU Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kamahiran tersebut boleh mereka perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh

Upload: halimatus-saadiah-mahadi

Post on 16-Apr-2015

337 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Guru

PENGERTIAN GURU

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Guru merupakan sumber

kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya agen yang

menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap

tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan kriteria peribadi

pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan.

Guru atau pendidik ialah , . مربى مؤدب atau ULAMAK. Islam juga memberi penghormatan yang معلم

amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri

malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah.

( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam:m.s: 4 )

العلماء عباده من الله يخشى إنما

Maksudnya: “ Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya ialah ulamak”

( Surah Fatir, ayat 28 )

SIAPAKAH DIA YANG LAYAK MENJADI GURU

Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pengetahuan

atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kamahiran tersebut boleh mereka

perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang.

Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang

bertauliah.

Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi

insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran

yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya

murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru

menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas

bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )

Page 2: Pengertian Guru

Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukkan peribadi

manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban

sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup

dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.

1. Dari segi akal fikiran:

Kelayakan dari segi akal fikiran dan pengetahuan ialah sempurna akal dengan ertikata akil baligh, sihat

berfikir, mempunyai ingatan yang waras, pandangan yang jauh, pengetahuan dan pelajaran yang banyak

dalam perkara pengajaran dan pendidikan serta gemar membaca buku-buku pengetahuan khususnya

buku-buku yang ada hubungannya dengan mata-mata pelajaran yang diajar olehnya.

2. Dari segi tubuh badan:

Kelayakan dari segi kesihatan badan ialah kesempurnaan anggota dan kesejahteraan pancainderanya,

cergas bergerak dan bekerja dan sebaik-baiknya mempunyai rupa yang menarik serta bergaya

senantiasa menjaga kebersihan dan kesegaran badan, pandai mengawal pakaian dan kekemasannya,

tetapi tidak mesti mempunyai kebolehan-kebolehan yang tertentu dalam lapangan olahraga kecuali jika

hendak menjadi guru dalam lapangan.

3. Dari segi Akhlak:

Kelayakan dari segi akhlak dan budi pekerti ialah berbudi mulia dan tinggi, tidak suka mengeluarkan

kata-kata kotor dan membuat perkara-perkara yang luar batas kesopanan, percaya kepada kebolehan

sendiri, berjiwa jujur dan ikhlas, tetap pendirian, ceka[ dan tegas ketika membuat sesuatu, bersifat

pengasih dan penyayang, luas dada, sanggup menerima keritik dengan tenang, tidak cepat marah,

senantiasa meriah dan riah hati, rajin dan tekun menjalani kewajipan, pandai menggalakkan murid-

murid atas kebolehan dan kemajuan dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau

pemberangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat

dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam

Guru, m.s: 2-4 )

GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA

Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai

cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih

Page 3: Pengertian Guru

mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini.

( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).

Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam

keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam

perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka

sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang berjudul Teachers,

Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya

dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka

berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan yang wujud dalam

profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam

profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan

keraguan sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )

Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha sesebuah

negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak

membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan

peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru

kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah,

di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara.

Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan

guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).

Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi social

yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman

pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu

profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan

ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan

kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan

mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan.

( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).

Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘ profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan

pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

Page 4: Pengertian Guru

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu.

Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah

pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya

lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap

dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif

dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan

mereka dengan kehendak pelajar sebagai “ knowledge worker” dalam era revolusi maklumat abad ke-

21.

Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau

kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme,

komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid,

Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)

Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang yang

memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi

seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga

mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang

professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu:

i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi

ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi

iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah yang baik

dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang

elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun.

Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan

sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam

profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,

penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. Ini

kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,

Page 5: Pengertian Guru

perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi

dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam

teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah

menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti

Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya fikir

serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu,

khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa

isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.

Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu semasa

sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem

pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan

nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-

8 )

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang

professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dan pengetahuan pedagogi serta

pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selaras dengan guru yang profesional: ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut:

• Bersikap professional

• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori

• Kaya dengan ilmu

• Bertindak atas landasan etika dan tatasusila

• Bermoral teguh

• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran

• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa

• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid

• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa

• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul

pada setiap masa

• Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas

Page 6: Pengertian Guru

• Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunuyai kekuatan ilmu,

berpersonaliti sihat dan serba boleh

• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik

• Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral, berakhlak

mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu ).

• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya

• Menunjukkan kesetiaan kepada kerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi

• Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional. Sejauh

manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat dinafikan bahawa

peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam system pendidikan

Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying,

Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )

PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan Negara

Mungkin ada orang berkata bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar, mencurah dan

memindahkan ilmu pengetahuan. Jika ini peranan seorang guru maka ianya terlalu sempit, ertinya

seorang guru tidak menjadi seorang pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan pendidik bukan

sahaja menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, mengasuh bakat yang baik,

mengembangkan bakat tersebut, memberi ilmu pengetahuan dan membentuk ilmu pengetahuan dan

membentuk akhlak, menjadikannya seorang yang akan menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah

dan dalam masa yang sama sebagai Khalifah Allah di bumi .

Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik murid,

membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan yang benar yang

diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang berpengaruh, membimbing murid-

muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul mengenai bnuruk dan baik, batil dan haq. Inilah

sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan.

Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru dalam

Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )

Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan peranan

ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan

Page 7: Pengertian Guru

ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia: memberikan

contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat: membawa pandangan-pandangan baharu

yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dengan lain perkataan menjadi agen

perubahan.

Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah perlu

penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan bahawa sifat guru

itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-olah sifat-sifat guru itu sedia ada

semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan bukan dipelajari dengan cara-cara yang

tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk

menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping

mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai,

mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak

diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam

pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 )

Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan

kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam

sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan matlamat sekolah.

Antara peranan-peranan guru ialah:

1. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan

melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

2. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar

secara individu atau berkumpulan.

3. Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan

meja-kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

4. Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini

akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.

5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka

membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat.

6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-

nilai murni yang ditonjolkan oeh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid.

7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang

Page 8: Pengertian Guru

menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.

8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan aktiviti

sekolah.

9. Sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid , kertas ujian dan peperiksaan,

dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan yang

terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenal pasti, guru

dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang

dihadapi.

10. Sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod

markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan, menulis surat kepada ibu

bapa dan kerja-kerja kerani yang lain.

11. Sebagai pelajar dengan mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan dari

semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajaran.

12. Sebagai pembantu pentadbir sekolah menjalankan tugas-tugas yang diagihkan oleh Guru Besar.

13. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak sekolah

dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )

Guru akan menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat

tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Murid juga

digalakkan untuk menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu, murid digalakkan untuk

membuat penemuan melalui sesi soal jawab, dialog atau perbincangan dengan mengemukakan soalan-

soalan yang bercapah. Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan

masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru

perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan

membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s:

18 )

Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa

sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak harus

ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus pembangunan.

(Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).

Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru seharusnya

memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan mereka bukan sekadar

Page 9: Pengertian Guru

menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Tugas mereka

adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek.

Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistic. Domain

yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi, kognitif, afektif dan

social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulum di sekolah pula adalah

pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic,

dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan

semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahjawa

keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor

penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo Say

Fooi: 2007: m.s: 100 )

Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas mereka di

setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap kehidupan masa depan

beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang –orang tersebut bertahun-tahun bahkan

boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan besar dalam mencetak kehidupan

setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah.

Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata’ala berselawat

kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang

diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )

GURU SEBAGAI PEMIMPIN – buku jejak2 MS 103 – Metodologi Kepimpinan

Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh orang lain

untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh

mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang mengikutnya melakukan sesuatu mengikut

arahan dan kehendaknya.

Rasulullah ialah pemimpin umat Islam dalam erti kata umat Islam mengakui Baginda sebagai Nabi, Rasul

yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi dan dihormati, golongan yang

dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui kenabian dan kerasulan Baginda atau golongan

mukmin. Matlamat daripada adanya kepimpinan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ini iaitu

kepimpinan Islam ialah keredhaan Allah Subhanahu Wat’ala.

Page 10: Pengertian Guru

Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab

mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang

menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja kuat,

menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan

semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai

pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s:

205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh

mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar

kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka.

(Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )

Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja

dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan,

keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil

memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail

Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).

Dalam teori kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan dan

perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. Ini

bermakna bukan setakat ‘qiadah’ atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan ‘qudwah’ iaitu ikutan dan

juga contoh tauladan iaitu ‘uswah’. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith

yang memerintahkan kita taat dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah,

tidak mencabul tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai

qudwan dan uswah hasanah.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya.

Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Wat’ala, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu

tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 )

Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan perbuatan,

perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut. Pemimpin hendaklah yakin

dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara perkataan dengan tindakan hendaklah

serasi. Sikap ‘double standard’ adalah dikutuk oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Sikap seperti ini jika

Page 11: Pengertian Guru

diamalkan akan menghancurkan kepercayaan terhadap kepimpinan. Dalam ayat yang lain Allah

Subhanahu Wata’ala berfirman maksudnya:

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu

sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wata’ala tidaklah kamu berakal ( Al-

Baqarah, ayat 44 ).

Ayat ini dengan jelas menempelak golongan yang hanya pandai memerintah, mengarah dan memberi

nasihat kepada orang lain untuk berbuat kebaikan sedang ianya tidak mengamalkan apa yang

dikatakannya itu. Pemimpin menurut Islam seorang pemimpin itu hendaklah iltizam dan mengamalkan

apa yang diteori ,diarah dan dikatakannnya terlebihn dahulu.

Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat terpuji

seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara’, berilmu,

berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah

tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat pimpinannya, mengamalkan prinsip

syura, senantiasa berfikir dan berusaha kearah yang lebih baik dan sempurna, tidak kasih kepada dunia,

dan menjadikan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa

yang sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 – 104 )

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mentarbiyyah murid-

muridnya agar mengenal baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan haram. Guru terus berperanan

memimpin mereka untuk mendapat keredaan Allah, masuk ke syurga dan bahagia di dunia dan akhirat.

Menurut Islam, ilmu yang diajarkan oleh guru-guru itu hendaklah ilmu yang bermanfaat, ilmu tersebut

sama ada berbentuk ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah. Ilmu ini bermakna ilmu yang boleh

mendorong seseorang itu berfikiran matang, berpengetahuan dan berpandangan jauh yang mana ilmu

tadi mendatangkan kebajikan kepada manusia dan alam seluruhnya dan boleh mendekatkan dirinya

kepada Allah dan Rasulnya.

Hasrat dan cita-cita almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Almarhum Sultan Omar Ali

Saifuddien Sa’adul Khairi Waddein diteruskan dan dipertingkatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam dengan membina Sekolah-sekolah agama khas, disemua daerah di Negara ini,

Page 12: Pengertian Guru

serta berkenan meninigkatkan taraf guru-guru agama tempatan sebanding dengan guru-guru agama

dari luar negeri iaitu, dengan menubuhkan pusat latihan perguruan Ugama dinamakan sebagai Maktab

Perguruan Ugama Seri Begawan.( Dipetik dari: kata aluan-aluan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar

Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Mohd Zain bin Hj Serudin Menteri Hal Ehwal Ugama

dalam buku ‘ Perkembangan Persekolah Agama Di Negara Brunei Darussalam Dari tahun 1956-1984’

yang dirulis oleh Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid bin Mohd. Daud )

Dengan tertubuhnya institusi latihan perguruan dan penaikan tafar institusi tersebut pada menjadi

sebuah Kolej univedrsiti dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan juga agensi-

agensi pengajian Islam, Jabatan Masjid, Pusat Da’wah Islamiah dan Jabatan Mufti disamping institusi-

institusi lain yang mempunyai maksud visi, misi dan matlamat yangh sama dalam mendidik masyarakat

Brunei. Ini bererti peluang untuk masyarakat mendapatkan didikan agama adalah terbuka luas. ( Kertas

Kerja Usataz Mazne Bin Hj Othman ).

Guru adalah melaksanakan tugas yang berat tetapi mulia. Menjadi guru bererti mengajar dan

mencurahkan ilmu yang bermanfaat, di samping mendidik dan mentarbiyyah murid-murid agar

berakhlak mulia. Tugas ini sebenarnya tugas yang telah dipikul oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelum

ini.

Firman Allah Subhanahu Wataa’la bermaksud:

“ Wahai Tuhan Kami!. Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan

membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) serta hikmah kebajikansanaan, dan membersihkan (hati

dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha

Bijaksana”

Ayat di atas adalah doa Nabi Ibrahim Alaihis salam bagi negeri Mekah Al-Mukaramah dan penduduknya.

Baginda telah berdoa agar Allah Subhanahu Wataa’ala mengutus dari kalangan mereka seorang

Rasulullah yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, mengajar isi kandungan Al-Quran, al-

hikmah dan membersihkan jiwa mereka serta mentazkiah diri mereka. ( Peranan Guru dalam Pendidikan

menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 10 – 11 )

Sebagai pendidik, guru memerlukan sikap kehidupan dan pembawaan yang jelas. Antara sifat-sifat harus

dimiliki oleh guru ialah:

Page 13: Pengertian Guru

1. Sifat Zuhud

Sifat zuhud iaitu mendidik semata-mata kerana mencari keredaan Allah.

Bertolak dari kewajipan sebagai penyampai ilmu, para guru perlu disemai dengan sifat-sifat zuhud dalam

dirinya. Bersifat zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana balasan kebendaan atau

penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredaan Allah. Namun demikian ini bukan bermakna

kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu tetapi, kemuncak matlamat kerja yang dilakukan itu

seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan, kerana itu akan membahayakan peningkatan

diri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikannya.

2. Kebersihan Diri.

Guru sebagai pendidik hendaklah berjiwa bersih dari segala kekotoran adat atau syarak iaitu mempunyai

kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, pemarah atau

mempunyai sifat-sifat lain yang keji.

3. Keikhlasan Dalam Bekerja.

Dalam urusan pekerjaan, sifat keikhlasan adalah suatu unsure penting yang menbdorong kearah

kejayaan satu-satu perkhidmatan atau pelajaran, bagi seorang guru, antara cirri-ciri keikhlasan yang

perlu wujud dalam dirinya ialah:

i. Guru mesti melaksanakan setiap janji yang dibuat.

ii. Tingkah laku seorang guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar.

iii. Amanah hidupnya semata-mata untuk ilmu yang dibawa.

iv. Tidak segan untuk mengakui sesuatu yang tidak diketahuinya.

v. Cuba mencari dan mendalami lagi sesuatu bidang yang tidak diketahuinya.

Ahli ilmu yang sebenar sentiasa merasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan berterusan berusaha

untuk menambahkan ilmu. Dalam hubungan ini, guru itu akan merasa dirinya sebagai murid yang

sedang mencari kebenaran.

Dalam Islam ahli ilmu diberi kebebasan dalam mengkaji dan mempertingkatkan diri dalam bidang

keilmuan. Tidak ada petak-petak tertentu yang dibataskan dalam kajian ilmu. Hal ini terletak kepada

kemampuan individu untuk mendalaminya. Disiplin keilmuan tidak mengikatnya dalam ruang dan batas

yang sempit. Pengkhususan bidang bukan menjadi penghalang kepada bidang-bidang yang lain.

4. Mempunyai Sifat Helem.

Guru mestilah mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun disamping boleh menguasai diri dan

Page 14: Pengertian Guru

dapat melayani muridnya dengan penuh perhatian dan sabar. Seorang guru juga tidak mudah marah

atau berang dengan perkara-perkara kesilapan yang kecil.

5. Guru Perlu Menjaga Kehebatan Dan Kehormatan Diri.

Guru hendaklah mempunyai kehebatan diri pada pandangan murid. Ini boleh dilakukan dengan menjaga

peribadi, mempunyai sifat rendah diri serta pandai melayani hati orang dalam pergaulan. Guru juga

tidak boleh melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya, samada

dari segi pakaian, perbuatan atau percakapan.

6. Guru Sebagai Bapa Dalam Menghadapi Setiap Muridnya.

Guru mesti mempunyai perasaan kasih terhadap setiap murid sebagaimana ia kasih kepada anaknya

sendiri. Untuk itu ia perlu memahami latar belakang muridnya supaya ia dapat melayan mereka dengan

sebaik-baiknya terutama bagi pelajar-pelajar yang dating dari keluarga yang miskin. Dengan layanan

sedemikian, sekurang-kurangnya dapat menimbulkan rasa saying dan hormat gulungan murid kepada

guru. Kesemua ini akan memudahkan lagi bagi guru untuk memberi pendidikan dan bimbingan kepada

mereka kerana ikatan mesra telah terjalin erat.

7. Guru Mesti Memahami Tabiat Muridnya.

Guru hendaklah memahami dengan jelas akn latar belakang dan kemampuan muridnya. Dengan berbuat

demikian ia bukan sahaja dapat menyesuaikan bahan dan cara penyampaian kepada murid-murid malah

dapat juga melayani mereka dengan sebaik-baiknya.

8. Kemampuan Dalam Keilmuan.

Guru hendaklah mempunyai persediaan yang cukup dalam bidang ilmu yang diajar kepada muridnya.

Dia hendaklah sentiasa membaca dan mengkaji supaya apa yang disampaikan itu tidak dirasakan beku

atau mendatar. Dengan kemampuan yang baik dikalangan guru-guru maka akan lahirlah kepercayaan

kepada murid dan ibu bapa. ( Guru, Ilmu dan pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 6 – 12 )

CABARAN GURU- Inovasi dan perubahan dalam pendidikan – di dalam buku Guru dan Cabaran Semasa

Ketibaan abad ke-21 membawa bersama perubahan yang serba canggih serta menjanjikan satu zaman

yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, beberapa elemen utama perlu diambil kira misalnya kadar literasi

masyarakat yang semakin meningkat, kemajuan teknologi maklumat dan komputer yang semakin

canggih, serta dapatan terkini dalam kajian tingkah laku manusia. Semakin ramai pekerja hari ini

mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi serta kemahiran yang lebih spesifik berbanding dengan

Page 15: Pengertian Guru

dua dekad yang lepas. Peranan pemimpin kini menjadi semakin rumit dan harus mengambil pendekatan

yang lebih relevan agar keberkesanan kepemimpinan dapat dikekalkan.

Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran untuk

menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Corak kepemimpinan teragih,

pengupayaan dan keputusan kolektif lebih mendapat sambutan dan penerimaaan dalam kalangan

organisasi masa kini. Pemimpin yang rigid dan tidak mampu menyesuaikan diri untuk menghadapi

cabaran baharu akan menemukan kegagalan. Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan

mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan

untuk bekerja dalam persekitaran yang berpandukan teknologi canggih merupakan antara cabaran yang

perlu ditangani dan diatasi untuk memastikan keberkesanan kepemimpinan terus berkekalan. ( Noriati

A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 111 )

Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula

segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka murid yang dilahirkan

akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa dapat diaplikasikan

dalam kehidupan yang sebenar. Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi

pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah,

berkomunikasi dan berkolaborasi. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 :

M.s: 227 )

Seseorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar dalam sesuatu mata pelajaran haruslah

membuat persiapan yang rapi untuk dijadikan sebagai rancangan semester, mingguan dan harian.

Perkara ini dititikberatkan kerana asasnya fungsi sesuatu pengajaran itu adalah untuk menyamoaikan

ilmu dan kemahiran secara efektif serta menyeronokkan sehingga berlakunya suatu perubahan diri

murid tersebut.

Pada peringkat perancangan, seseorang guru harus mengambilkira aspek hasilan pembelajaran. Hasil

pembelajaran ialah bentuk perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu pengajaran sama ada perubahan

dari segi ilmu, kemahiran yang dijelmakan melalui tingkah atau minda murid. Penentuan ini dapat

menjadikan pengajaran guru lebih berfokus, menepati masa serta memudahkan guru memilih bahan

pengajaran yang bersesuaian dengan pengajaran. Aspek perancangan ini akan membantu guru untuk

memilih strategi yang inovatif dalam pengajaran yang bakal dilaksanakan kelak.

Page 16: Pengertian Guru

Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah gaya pengajarannya seperti kita menukar-

nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak dan kemaskini. Perubahan ‘ fesyen

‘ dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Untuk

mencapai hasrat tersebut, seseorang guru seharusnya berupaya mengahadpi cabaran secara positif

dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri

dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kemahiran dengan menggunakan strategi

Inovatif dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, setiap guru harus berusaha untuk

menimbulkan keseronokan belajar kepada murid. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin

Miskon : Julai 2010 : M.s: 228 )

Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri-ciri kepimpinan bilik

darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti

dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Drath dan Palus ( dlm, Yukl, 2002 ) mengatakan

kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan

faham dan menjadi komited. Bagi House et al, ( dlm Yukl, 2002 ) kepimpinan adalah keupayaan

seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain menyumbang

kearah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut, kepimpinan

bolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan

dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha kearah keberkesanan dan pencapaian

matlamat organisasi. Namun begitu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru adalah setakat mana guru

boleh bertindak untuk mempengaruhi murid supaya boleh belajar dan berubah? Murid boleh mudah

terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan bimbingan guru. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa,

Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 240 )

Perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di

bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid, tetapi amalan para pendidik masih

lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif murid dan memberinya

peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri. Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap

pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa murid juga mungkin kecewa

dengan gaya pengajaran guru. Raiff ( 1992 ) menyatakan, memahami gaya pembelajaran seseorang

murid dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kecewaan

murid tersebut.

Page 17: Pengertian Guru

Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indicator bagaimana seseorang

murid belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi

pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang murid memberikan maklumat

tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran.

Dalam pembelajaran individu, Ingham ( 1992 ) dan Wan Zahid ( 1993 ) mengesyorkan agar para guru,

murid dan ibu bapa memahami gaya pembelajaran murid dan mengaggap perbezaan yang ada pada diri

seseorang murid itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu

secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematik amat

diperlukan memandangkan gaya belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam

pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program disesuaikan dengan gaya

belajar murid, pencapaian akademik dan sikap murid akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah

berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan

pendapat tersebut Wan Zahid ( 1993 ) menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan

dengan gaya belajar individu.

Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru, tugas dan

tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang

dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajaranya maka perkataan seperti ‘

pengajaran cikgu membosankan’ akan keluar dari mulut murid-murid yang mungkin memberi gambaran

bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek isi pengajaran atau

perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.

Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidang profesion

perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses mewujudkan

pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser ( 1990 ) pernah mendefinisikan pengajaran berkesan iaitu

selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga harus mampu

mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Keseronokan belajar para murid akan lebih

mudah diwujudkan jika guru berjaya menjadi seorang guru yang inovatif.

( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 224-226 )

Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan ( multiple intelligence

theory ) oleh Howard Gardner ( 1983 ) yang berkaitan dengan kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik,

muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan banyak

Page 18: Pengertian Guru

kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah gaya

pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar

berasaskan gaya pembelajaran murid? ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai

2010 : M.s: 232 )

Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan

kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan

dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali

berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan

pengkhususuan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan

pembelajran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum yang sering berubah. Ini semua akan

mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada

guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati

kebanyakkan guru di sekolah sering merungut kerana terpaksa brhadapan dengan pelbagai tugas

sampingan dan dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input

mengenai perubahan dalam pendidikan. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai

2010 : M.s: 241 )

Guru juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ‘ rapport’ bersama murid. Masalah ini akan lebih

ketara bagi guru permulaan. Perhubungan antara guru dengan murid di dalam bilik darjah perlu

diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang

guru mengamalkan tingkah laku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerlukan kemahiran,

keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia

murid dengan hasrat memperngaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia murid dapat

menghasilkan persefahaman dengan murid khususnya pada taraf emosi yang mesra. Namun begitu

cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk membina hubungan yang dimaksudkan itu. Bukan semua

guru dapat melaksanakannnya. Jika guru berjaya mengatasi cabaran tersebut, akhirnya dua pihak yang

terlibat akan saling bersedia serta sanggup berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama. ( Syed Ismail

Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 242-243 )

Perkembangan teknologi semasa juga memberi kesan kepada penggunaan teknologi dalam bidang

pendidikan. Kesedaran terhadap kepentingan teknologi telah mendorong kepada perkembangan

konsep-konsep baru dalam pendidikan seperti on-line learning, e-learning, virtual learning dan

sebagainya telah mula diperkenalkan. Teknologi Pendidikan juga boleh digunakan untuk keperluan

Page 19: Pengertian Guru

perkembangan professional guru. Menurut Grant ( 1999 ), perkembangan profesionalisme dalam bidang

teknologi pendidikan mestilah dapat membantu guru menjadi lebih produktif, professional dan memberi

mereka kepercayaan bahawa teknologi berkenaan akan membawa manfaat kepada mereka khususnya

dalam pengajaran. Penggunaan teknologi seharusnya dapat meningkatkan kualiti profesion mereka.

( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 234 )

Killion ( 1999 ) kemudiannya menjelaskan bahawa guru mestilah perpengetahuan serta berkemahiran

menggunakan ICT dan mengintegrasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan

di bilik darjah. Namun begitu Cuban ( 1995 ) pula menjelaskan bahawa apa yang menjadi masalahnya

adalah sebab kurang penggunaan ICT di sekolah ialah ketidaksediaan guru untuk menggunakannya di

dalam pengajaran mereka. Sepatutnya guru harus bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai

sebahagian daripada proses dan aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan dan menambahbaik

pengetahuan, kemahiran dan minat murid terhadap pembelajaran mereka. ( Syed Ismail Bin Syed

Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 236 )

Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dapat membantu murid secara individu dan secara

berkumpulan. Ini dapat dijalankan denan menggunakan komputer melalui Arahan Program. Murid boleh

belajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka., Ini adalah penting supaya murid

tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua murid terpaksa

mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka dapat mengikuti pelajaran

tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan murid

‘lemah’ untuk membaiki kelemahan dam pembelajaran mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad

Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 237 )

Penggunaan multimedia dalam pengajaran juga banyak membantu guru untuk mencapai objektif

pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini membolehkan guru menjalankan

pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial. Kaedah tutorial boleh disampaikan oleh guru atau

tutor, komputer atau bahan cetak. Dalam kaedah ini, tutor akan mempersembahkan maklumat,

mengemukakan soalan atau masalah, meminta tindak balas daripada murid, menganalisis maklum balas,

memberi maklum balas yang sesuai dan menyediakan latihan sehingga murid dapat menunjukkan suatu

peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah ini nyata lebih mesra murid dan merupakan satu

pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua murid. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin

Miskon : Julai 2010 : M.s: 238-239 )

Page 20: Pengertian Guru

Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang

pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta

kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk

multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang

lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan

kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna

dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru

dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke

arah melahirkan seorang murid berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan

jasmani serta hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan

pada Tuhan. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 246 )

CARA MENINGKATKANNYA

Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus

meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras bagi

memastikan objektif setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan

murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. ( Syed Ismail Bin Syed

Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 141 )

Keberkesanan sesuatu pengajaran terletak kepada berlaku atau tidaknya pemindahan pelajaran.

Pemindahan pelajaran ialah suatu proses pembelajaran tentang perkara-perkara yang telah dipelajari

pada suatu keadaan yang dapat digunakan dalam keadaan yang lain. Pemindahan pembelajaran ini ada

yang bercorak positif dan ada yang bercorak negatif. Pemindahan pembelajaran yang bercorak positif

berlaku apabila pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi dapat membantu atau memudahkan

pembelajaran yang lain dan dapat memberi manfaat secara keseluruhan kepada orang perseorangan

misalnya kemahiran matematik dapat membantu dalam pembelajaran ilmu perdagangan. Pemindahan

negatif pula berlaku apabila pembelajaran asal menganggu atau menghalang pembelajaran seterusnya.

Misalnya pengetahuan bahasa Malaysia mungkin menganggu pelajaran bahasa Inggeris.

Keberkesanan pembelajaran juga bergantung kepada pengolahan teknik yang berkesan, kesesuaian

bahan serta alat bantu yang dapat merancang dan menggalakkan murid-murid berfikir, berkomunikasi

dan berinteraksi.

Page 21: Pengertian Guru

Guru berkesan tidak mengajar mengikut satu cara sahaja tetapi mereka mempunyai pelbagai teknik,

tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada keperluan pelajar, bentuk

mata pelajaran dan kompleksiti hasil pembelajaran. Antara komponen dalam keberkesanan pengajaran

termasuklah kebolehan berkomunikasi dan kemahiran mengajar yang perlu seperti kemahiran

merancang dan menyediakan pelajaran, menerangkan dengan jelas, mewujudkan persekitaran kondusif,

mengurus bilik darjah dengan menggunakan masa secara optimum, menangani konflik dan menilai

prestasi mengajar sendiri. . ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )

Keberkesanan banyak bergantung kepada faktor guru. Guru harus cekap, bermotivasi, mempunyai sifat-

sifat kepimpinan, rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Sesuatu pengajaran tidak akan memberi

kesan sekiranya tidak ada kesediaan pengajaran, kurangnya galakkan dari guru terhadap murid-murid,

tidak ada ganjaran atau denda yang digunakan, kurangnya interaksi antara guru dengan murid dan

sebab-sebab yang lain. (( Guru, Ilmu dan pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 19 – 20 )

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah

yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara dan umat ini. Oleh itu

kemahiran dan pengetahuan mengenai metod-metod pendidikan secara berkesan dan berhikmah harus

diperrkemaskinikan dari semasa ke semasa. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada

perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan

strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan progresif dan inovatif.

( Kertas Kerja oleh Ustazah Hajah Zaliha Binti Haji Ibrahim. M.s: 16 )

Menurut Sufean hussin 1993, guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh terhadap

perkembangan pembelarajan murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan memberikan

sepenuh komitmen terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru

dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s:

147 )

Model Slavin ( 1989 ) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi pengajaran

yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran ( pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantuan

mengajar), kesesuaian aras pengajaran ( pengemaskinian kandungan dan sistem penilaian serta

mingikut aras kebolehan pelajar ), insentif ( perancangan isi pengajaran serta memberikan motivasi

Page 22: Pengertian Guru

sama ada ganjaran atau dendaan) dan masa ( engaged time dan time on task ). ( Noriati A.Rashid, Boon

Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )

The National Board of Professional Teacher Standards ( 1993 ) di Amerika Syarikat telah mengenal pasti

lima domain yang wajib dimiliki oleh guru-guru, iaitu:

1. Guru perlu komited terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Guru cukup berkemahiran dalam bidang masing-masing dan tahu cara untuk menyampaikan kepada

pelajaranya.

3. Guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau pemnbelajarn pelajarnya.

4. Guru berfikir secara sistematik semasa menjalankan tugasnya dan sentiasa mempelajari daripada

pengalaman masing-masing.

5. Guru sentiasa mengambil bahagian dalam situasi pembelajaran sesebuah komuniti. ( Mohd Yusof

Abdullah et al.: 2009: m.s: 157 )

KESIMPULAN.

Pada akhirnya kita dapat mengatakan bahaa kekuatan falsafah pendidikan Negara kita adalah kerana ia

berpijak di bumi nyata berdasarkan reality kehidupan kita sebagai umat Islam yang mendukung al-quran

al-karim dan as-Sunnah dan mengikuti aliran Ahli Sunnah Waljama’ah yang sederhana. Falsafah

pendidikan Negara kita ini bukan tercipta di awing-awangasn atau di alam khayalan, sebaliknya adalah

pancaran dari perlembagaan Negara Brunei Darussalam, dari Watiqah Permasyhuran Kemerdekaan

Negara kita, dari falsafah Negara kita, dari sikap dan pandangan raja kita Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Haji

Omar ‘Ali Saifuddien.

Falsafah pendidikan Negara kita ini jika dihayati dan di implemintasikan sepenuhnya insya allah akan

dapat menyelamatkan agama kita, bangsa kita, raja kita dan Negara kita dari sebarang anasir negative

yang tidak diingini sebaliknya akan memacu kita ke hadapan dan membangun dalam segala bidang

kehidupan dan lapangan ekonomi, sains, kejuruteraan, perhubungan, pembinaan dan lain-lainnya

kerana falsafah itu tidak sedikitpun menghalang kemajuan duniawi juga tidak menghalang untuk kita

menunaikan kewajipan ukhrawi sebagaimana kata-kata hikmat ada mnyatakan: Bekerjalah kamu

bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan bagi dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup

selama-lamanya dan beribadatlah kamu bagi akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Ini

bermakna duniawi dan ukhrawi itu tidak terpisah atau tidak boleh dipisahkan sama sekali. Buktinya

Page 23: Pengertian Guru

adalah jelas bahawa kejayaan umat Islam pada zaman kegemilangannya dahulu adalah kerana mereka

mahu cemerlang di dunia dan di akhirat kerana itu mereka kuat bekerja, kuat beribadat dan tidak takut

menghadapi seberang risiko. Tetapi apabila kecintaan mereka lebih kepada nikmat dunia semata-mata

itulah yang membawa mereka lemah dan akhirnya ditelan oleh bangsa lain. ( Pendidikan &

profesionalisme: 2006: m.s: 85-86 ).

Bagi kita pemimpin teragung contoh dan ikutan utama ialah Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam

insan kamil, ulama dan pewaris mereka. Menjadikan Islam sebagai hidup dan Al-Din, merupakan

tuntutan syara’ daripada itu kita hendaklah berusaha kea rah itu, dengan demikian peranan ulama

adalah penting dalam kepimpinan semua bidang.

Kelesuan dan kelemahan ulama untuk berfungsi seperti yang sewajarnya dan menjalankan tugas mereka

sebagai pewaris para Nabi dan Rasul adalah natijah daripada beberapa factor luaran dan dalaman

ummah dan ulama itu sendiri.

Kita hendaklah berusaha ke arah mengatasi kelemahan dan kelesuan ulama agar mereka berfungsi dan

berperanan seperti yang sewajarnya. Di antara cara berkesan untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah

dengan mewujudkan sistem pendidikan yang bersepadu, diantara wahyu dengan akal, ilmu, iman

dengan amal, rohani, akli, jasmani dengan akhlak, agama dengan sains, ilmu Fardu Ain dengan ilmu

Fardu Kifayah dan penekanan tugas manusia sebagai khalifah dan dalam masa yang sama sebagai ‘ abd ‘

yang salih.

Penekanan kepada penguasaan bahasa Arab hendaklah dipentingkan untuk membolehkan ulama

merujuk kepada sumber asal dan asas Islam dan Islamisasi ilmu hendaklah dilakukan dengan segera dan

dengan lebih berkesan. ( Jejak-jejak ; 203: M.s; 105