pengertian dadah

24
PENGERTIAN DADAH Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. 1. Opait 2. Perangsang (stimulants) 3. Penekanan (Depressants) 4. Hallucinogen 5. Ganja (Cannabis) OPAIT Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE) Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda- tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap- tiap hari. JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

Upload: anon-187920

Post on 07-Jun-2015

2.144 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGERTIAN DADAH

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1. Opait 2. Perangsang (stimulants) 3. Penekanan (Depressants) 4. Hallucinogen 5. Ganja (Cannabis)

OPAIT

Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri. 2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu. 3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan

dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. 4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

Page 2: PENGERTIAN DADAH

5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya. 6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa. 7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah. 8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya. 9. Kerana keporak perandaan rumahtangga. 10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak. 11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang

termampu olehnya. 12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk

menjalankan pengaruhnya. 13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

DADAH YANG TERKENAL DI SABAH

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

a. ICE b. GLASS c. CRACK METH d. HIROPONG e. BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis

Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah

Page 3: PENGERTIAN DADAH

Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-

C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3

2. LATAR BELAKANG

2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;

2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;

2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.

3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:

3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.

4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1    Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;

Page 4: PENGERTIAN DADAH

4.3.2    Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan4.3.3    Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:

4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;4.4.3. Keseronokan dan khayalan;4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:

5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;5.1.2. Dalam motor starter;5.1.3. Lampu Kalimantang;5.1.4 Bekas stater kalimantang5.1.5. Bekas tin bedak;5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China White

Page 5: PENGERTIAN DADAH

ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I - Cristal StonesGred II - China WhiteGred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran; b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang; c. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan d. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok); b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental; c. Keracunan pada sistem saraf tunjang; d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya; e. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan f. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang

sukar diubati.

8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA

Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gmRM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A (1) Memiliki20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm

Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.

  39A(2) Memiliki 50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10

Page 6: PENGERTIAN DADAH

kali.

  6BMenanam pokok ganja

Tidak kira berapa pokok

Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali

  39B Mengedar 200gm ke atas MATI

Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  39B Mengedar 1000gm MATI

Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine

12(2) Memiliki Ke bawah 2gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI

Ubat Batuk 9(1)

Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar

-RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya

Pil 30(3)

Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar

-RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya

Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Page 7: PENGERTIAN DADAH

  39B MENGEDAR50gm ke atas atau lebih

MATI

-Ke Muka Depan-

Apakah itu dadah?

Dadah adalah apa juga bahan kimia asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh, boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna.

Ubat digunakan oleh doktor-doktor untuk merawat penyakitpenyakit, tetapi dadah adalah racun yang boleh menyebabkan penyakit dan penagihan, ataupun maut.

Penggunaan Dadah

Penggunaan dadah adalah kemasukan dadah ke dalam tubuh badan dengan apa cara sekalipun (makan, telan, minum, hisap atau suntikan).

 

Opiat

Pengenalan

Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan kesakitan.

Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.

OPIAT BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN

- Candu

 

Getah bunga popi

 

Amerika Selatan

Columbia

Page 8: PENGERTIAN DADAH

- Heroin

 

 

 

 

 

 

 

- Morfin

 

- Kodein

 

Acetic, Anhydride, Acetone

Acetic Acid (glacial)

Calcium Oxide

Potassium Carbonate

Sadium Carbonate

Sadium Hydroxide

Sadium Hypoclorite

 

Opium Alkaloid

 

Opium Alkaloid

Guatamala

Mexico

Asia Tenggara

Burma

Laos

Thailand

Asia Barat

Afganistan

Pakistan

NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN TANDA PENGAMBILAN

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA PENDEK

JANGKA PANJANG

Asli - CANDU- Candu  mentah- Candu    masak - Tahi candu

Dihisap dengan paip,telan, makan

Khayal- halusinasi, Euforia - kesugulan, pemikiran/ pertimbangan berkurangan

Mengantuk, badan menjadi lemah, mengalami gangguan jiwa

Ketagihan, kelemahan fizikal dan mental

MORFIN- White powder- White stuff- Morfin    mentah- Base morfin- Pil morfin

Dicairkan, Disuntik kedalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.

Pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual/muntah, hilang selera makan

Rasa resah, cirit birit, sakit perut, rasa sejuk, berpeluh

HIV/AIDS, gangguan jiwa, lebih dose, mati

HEROIN NO.3HEROIN NO.4BROWN HEROINHEROIN BLACK TAR

KODEIN

Masuk dalam rokok, dihisap,chasing the dragon, disuntik, dicair

Diminum dlm ubat batuk

Muka jadi merah, mata hitam menjadi kecil, tiada pertimbangan, hilang selera makan, bersifat hyperaktif, bertambah risau dan terlalu sensitif, tekanan darah, suhu badan, diameter anak mata mengalami perubahan, keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif.

Tanggapan Menjadi kurang terang, tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar, bingung/ berkela-kuan seperti orang mabuk, Ambil berlebihan kekejangan, tiada wujud muforia, menjadi ketagih, berlebihan

Hepatitis, Kancing gigi, Keracunan darah, HIV / AIDS. Mati

Page 9: PENGERTIAN DADAH

kepada dadah pengurusan diri lebih mudah

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.

Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.

Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.

Hilang selera makan atau selera bertambah.

Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.

Apabila bercakap tidak bertentang mata.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.

Parut atau bekas suntikan di lengan.

Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.

Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.

Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.

Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.

Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.

Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.

Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.

Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.

Page 10: PENGERTIAN DADAH

Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.

Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.

Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.

Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).

Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.

Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

Page 11: PENGERTIAN DADAH

PENDAHULUAN

Di dalam Perlembagaan Negara ini – Bahagian 1, perkara 3 (I) – tercatat:

“Ugama Islam ialah Ugama persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan”.

Oleh kerana agama adalah suatu ciri penting bagi negara ini maka sewajarnyalah kita berusaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada tatacara perkhidmatan awam negara, ini selaras dengan peruntukan perlembagaan seperti yang tertera di atas. Sebagai permulaan, hendaklah disedari bahawa Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara dirinya, keluarganya dan juga bagi ibubapanya yang telah tua. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu “KERJA” yang halal ialah tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Dengan kata-kata lain hamba Allah itu beribadat. Maka menurut Islam setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap kegiatannya menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya dan kegiatannya itu sekiranya dimulai dengan niat, hendaklah dianggap sebagai ibadat. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.”(Riwayat Al- Bukhari)

Selain dari itu Rasulullah S.A.W. juga ada bersabda yang bermaksud:

“Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu”.(Riwayat Al- Baihaqi)

Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”.(Al-Baqarah : 286)

Page 12: PENGERTIAN DADAH

Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat itu jua menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya.

Selain dari itu setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”.(Al-Muddaththir : 38)

Ini bererti iaitu sekira kita tidak menunaikan kerja kita dengan sewajarnya, seperti kita mencuri masa dengan membuat kerja peribadi di dalam waktu pejabat, melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinyalah kita akan dihukum di akhirat kelak walaupun kita mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib atau pun hukuman di dunia ini. Sebaliknya berbahagialah kita di dunia dan di akhirat sekiranya kita melaksanakan tugas kita dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam.

Daripada semua yang diutarakan di atas ini jelaslah bahawa menurut ajaran Islam, setiap manusia wajib mempunyai kerja. Islam benci kepada pengemis dan penganggur. Di samping itu seseorang pekerja mestilah melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya kerana Allah telah menegaskan bahawa setiap pekerja itu berupaya dan mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya. Samada seseorang pekerja itu dapat menunaikan tugasnya dengan baik atau tidak hanyalah bergantung kepada sikap pekerja itu sendiri. Seterusnya setiap kegiatan pekerja itu akan menerima ganjaran yang sewajarnya di akhirat nanti. Berasaskan semuanya ini maka etika kerja dalam Islam adalah seperti :

1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah

2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah

3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap

4. Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran 

5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat 

ETIKA KERJA PERTAMA:

Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah

Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti

Page 13: PENGERTIAN DADAH

segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya selaras dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”.(Al-Baqarah : 21)

Selanjutnya, dikemukakan satu lagi firman Allah yang maksudnya adalah seperti berikut:

“Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu.”(An-Nisaa’ : 59)

Ayat ini pula menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada Rasulullah S.A.W. dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang dimaksudkan dengan  ‘‘orang yang berkuasa dari kalangan kamu’’. Bagi mentaati Allah dan Rasulullah S.A.W. maka setiap manusia hendaklah mempunyai kerja yang halal. Bagi mentaati kerajaan pula setiap pekerja awam hendaklah menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatannya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya maka bererti pekerja tersebut telah pecah amanah kepada Allah. Sanggupkah kita yang mengakui bahawa kita ini hamba Allah, melakukan pecah amanah kepada Allah ?

Seterusnya seseorang pekerja hendaklah menyedari dan menghayati bahawa bekerja mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu adalah ibadat. Bahkan Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan".(Riwayat Al-Bukhari)

Dengan memahami maksud hadis ini dan menyedari bahawa bekerja itu bererti beribadat maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. 

ETIKA KERJA KEDUA :

Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah

Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya adalah hasil permohonannya sendiri dan buakanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang dilaksanakan olehnya itu adalah suatu amal saleh dalam usahanya mengabdikan diri

Page 14: PENGERTIAN DADAH

kepada Penciptanya di samping berusaha untuk menyara dirinya dan keluarganya yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.

Seterusnya setiap insan mestilah bersyukur kepada Allah kerana rahmat-Nya kepada kita yang tidak terhitung banyak-nya dan satu daripadanya ialah yang kita sandangi ini. Kesyukuran kita seharusnya memuncak lagi  sekiranya kita menginsafi bahawa banyak lagi manusia lain yang masih menganggur dan tidak dapat menyara keluarganya dengan sewajarnya. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan atau kerja kita ini, kita dapat mengikut serta menyumbangkan tenaga di dalam usaha membangunkan negara kita yang tercinta. Moga-moga tercapailah cita-cita suci kita untuk membangunkan suatu negara yang direhdai Allah seperti firman-Nya:

“Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan”(Saba’: 15)

Sekiranya kita dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah itu, insya Allah kita akan dapat menunaikan tugas kita dengan ikhlas. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’.(Riwayat Al-Quda’)

Di dalam pendahuluan rencana ini, telah dinyatakan bahawa sesuatu  kerja atau jawatan itu adalah amanah Allah kepada kita. Maka dengan kesedaran bahawa kita ini adalah hamba Allah yang dijadikan-Nya, sewajarnyalah kita menunaikan amanah tersebut sedaya upaya kerana Allah telah berfirman dan maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”.(An-Nisaa’ : 58)

Selain dari itu kita semua menyedari bahawa sesuatu kerja atau jawatan adalah hasil daripada perjanjian yang disetujui bersama di antara pekerja dengan majikan. Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan pula berjanji akan membayar gaji yang tertentu setiap bulan. Oleh demikian sewajarnyalah kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan memenuhi perjanjian tersebut. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak menunaikan tugasnya dengan sewajarnya tetapi sanggup menerima gajinya dengan sepenuhnya maka pekerja tersebut bolehlah dianggap sebagai seorang yang menipu dan telah memecahkan janjinya. Dengan sendirinya pekerja itu telah mengingkari perintah Allah kerana Allah telah berfirman dengan maksudnya :

“Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”.(Al-Maidah : 1)

 Hadith Rasulullah S.A.W. juga menegaskan dengan maksud:

Page 15: PENGERTIAN DADAH

“Sesiapa menipu, bukanlah ia dari golongan kami”.(Riwayat Muslim)

Pepatah melayu pula mengatakan : “Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”.

Pepatah ini membayangkan bahawa manusia yang menipu itu adalah lebih hina daripada kerbau.

Dengan hujah-hujah yang dikemukakan itu sanggupkah lagi kita mengabaikan kerja atau tugas masing-masing? Sanggupkah kita mengkhianati amanah Allah, Allah yang telah mengurniakan kita dengan akal dan fikiran?Tepuklah dada tanyalah selera. 

ETIKA KERJA KETIGA:

Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap

Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka tekun, insya Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksud:

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.(Riwayat Al-Baihaqi)

Pepatah Melayu pula mengatakan : “Belakang parang pun kalaulah diasah, nescaya menjadi tajam”.

Pepatah ini menunjukkan bahawa dengan ketekunan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat diatasi insya Allah dan dengan sendirinya meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu.

Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya terus menerus. Ajaran Islam ada menegaskan:

“Tuntutan ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Di dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu sepanjang hayat menjadi suatu perkara yang penting sekiranya kita tidak mahu ketinggalan zaman, kerana terlalu pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan di dalam kedua-dua bidang itu.

Selain dari itu hadith Rasulullah S.A.W. menyatakan, berkaitan dengan pekerja dengan maksud seperti berikut:

Page 16: PENGERTIAN DADAH

“Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancuran.”

Hadith ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya keahlian ataupun kecekapan seseorang pekerja menurut pandangan Islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja itu meningkat maka dengan sendirinya hasil kerjanya juga turut meningkat. 

ETIKA KERJA KEEMPAT: 

Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran 

Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu membantu di antara satu sama lain  di antara pekerja, akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Firman Allah juga menegaskan dengan maksud:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan…(Al-Ma’idah : 2)

Semangat bergotong-royong adalah suatu ciri kebudayaan negara ini yang semestinya dipupuk terus dan disuburkan semula. Bagai kata pepatah kita :  “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”.

Di samping kita bergotong-royong menjalankan tugas, kita juga hendaklah menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, untuk mengkaji masalah yang ada dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Perbincangan seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan pekerja yang berkenaan. Rasa keenakan berpadu tenaga dan berpadu fikiran ini telah dinikmati oleh datuk nenek kita dahulu dan rasa indah itu telah diabadikan oleh mereka dengan pepatah:

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

“Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

Cara berpadu fikiran ini jualah yang sekarang selalu dibincangkan dengan nama barunya itu “kumpulan kawalan mutu’, (quality control circle). Allah juga memerintahkan manusia menyelesaikan sekalian masalah mereka dengan perbincangan atau bermesyuarat seperti firman-Nya:

Page 17: PENGERTIAN DADAH

“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”.(Asy-Syuraa : 38) 

ETIKA KERJA KELIMA:

Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat

Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran Islam (berpunca daripada Al-Quran dan hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar, kerana maju mundurnya pembangunan negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada negara lain di dunia. Namun demikian patut dikemukakan di sini firman Allah yang bermaksud :

‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)’.(Al-Baqarah : 256)

Juga firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan".(Al-Maidah : 8)

Ayat yang pertama di atas ini menjelaskan bahawa walaupun Islam itu ialah agama untuk semua manusia tetapi orang yang tidak menganuti Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam. Ayat yang kedua pula melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap sesuatu kaum walaupun kita benci kepada kaum tersebut. Kedua-dua ayat tersebut memberi pengertian bahawa setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan, menurut ajaran Islam. Di samping itu, sewajarnya kita berusaha menurut ajaran hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukannya dalam menghadapi manusia."(Riwayat Al-Baihaqi) 

KESIMPULAN

Sebagai sebuah negara yang mengakui di dalam perlembagaan bahawa Islam itu ialah agama rasminya, Malaysia sudah semestinya terus menerus meningkatkan usaha menerapkan nilai-nilai Islam di dalam setiap bidang kegiatan kerajaan. Namun demikian oleh kerana segala kegiatan kerajaan itu melibatkan manusia maka sewajarnya setiap pekerja (termasuk pekerja Badan-Badan Berkanun) diberi bimbingan khusus dari semasa ke semasa untuk melengkapkan mereka sebagai pekerja yang akan melaksanakan

Page 18: PENGERTIAN DADAH

tugasnya selaras dengan ajaran Islam. Dari pihak pekerja sendiri, mereka hendaklah sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas mereka menurut ajaran Islam, ajaran yang mementingkan kebahagiaan umat manusia sejagat. Wajarlah bagi setiap pekerja menghayati firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari pada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah’.(Al-An’am : 153)