pengertian seni

15
PENGERTIAN SENI

Upload: tae-yang

Post on 28-Jun-2015

306 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGERTIAN SENI

PENGERTIAN SENI

Page 2: PENGERTIAN SENI

• Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.

• Manakala seni, II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, dan hasil daripada sesuatu ciptaan.

• Seni juga boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah belaka.

• Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran.

Page 3: PENGERTIAN SENI

• Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts in Islamic Civilization (1981:10): menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam al-Ghazali memperkatakn bahawa, “seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan” ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain. Beliau menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam.

• Art : ‘The production of something beautiful: skill or ability in such work. Works such as paintings or sculptures produced by skills.’ (The Oxford Paperback Dictionary, 1989 :40)

• Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika.” Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).

Page 4: PENGERTIAN SENI

• George Kubler : “Marilah kita anggap bahawa gagasan seni itu boleh diperbesarkan batasnya demi merangkumi semua dan segala benda yang dibuat oleh manusia, termasuk alat-alat dan tulisan, di samping benda-benda yang indah, puitis dan juga benda-benda

• Oxford Student Dictionary Of Current Engslih For KBSM,FAJAR BAKTI menyatakan art:the creation or expression of what is beautiful especially in visual form: great skill or ability in such expression.

• Seni juga membawa maksud kebolehan mencipta , melukis, mengukir , menggubah , dan sebagainya. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai hasil buatan manusia yang diatur dengan mahir dan boleh digunkan untuk menyuarakan pengalaman manusia.

Page 5: PENGERTIAN SENI

▪Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak .Kita sebagai manusia mengunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu.

▪Visual merujuk kepada sesuatu boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia.

▪Wujud atau terbit daripada idea atau pengalaman atau rangsangan individu untuk melahirkan daya cipta yang indah serta dapat dinilai serta dilihat meggunakan deria penglihatan manusia.

▪Seni visual dapat dinilai keindahannya berdasarkan pengalaman estetik.

▪ Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memrlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.

Page 6: PENGERTIAN SENI

Karya Seni VisualPenghasilan seni visual melibatkan penggunaan:(i) Media - bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.Contohnya catan cat minyak. (ii)Teknik - kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan menghasilkan karya.Contohnya catan cat minyak menggunakan teknik impasto.Hasil seni visual pula terbahagi kepada dua bentuk penghasilan karya iaitu hasil karya dua dimensi dan tiga dimensi.Contohnya catan dan arca.

Dalam seni halus, karya seni adalah hasil atau ciptaan seni seperti catan, arca, atau cetakan dan lain-lain yang diolah dan dibentuk sehingga menjadi sesuatu yang indah yang mengandungi lebih pernyataan simbolik daripada fungsi khusus.

Perkataan karya seni atau dalam bahasa Inggerisnya “artwork” telah digunakan secara meluas dalam sejarah seni moden dan pasca moden dan berkembang meliputi karya fotografi, filem, seni persembahan, seni konseptual dan seni video.Apa yang ditanggapi sebagai sebuah karya seni berbeza mengikut budaya dan era sesebuah zaman atau aliran.

Page 7: PENGERTIAN SENI

SKOP PENGHASILAN KARYA SENI VISUAL

• pengkaryaan

• Seni halus terdiri daripada lukisan,catan, cetakan , dan seni cetakan.

• Menjurus kepada pemahaman makna daripada sesuatu yang dihasilkan . Ia menekankan aspek estetik di samping menitikberatkan unsur seni dan prinsip rekaan.

• Perekaan• Bermaksud mereka benuk sesuatu .Perekaan memberi penekanan kepada fungsi

penghasilan karya di samping penekanan kepada nilai estetik yang melibatkan unsur dan prinsip seni reka.

• Terdiri daripada bidang komunikasi visual , reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran.

Page 8: PENGERTIAN SENI

LUKISAN• 1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni

halus.

• 2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.

• 3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.

• 4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.

• 5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

• 6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.

• 7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).

• 8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

Page 9: PENGERTIAN SENI
Page 10: PENGERTIAN SENI
Page 11: PENGERTIAN SENI

CATAN• Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau

medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.

• Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini.• Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap

salah satu pekara penting dalam bentuk seni.• Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat

yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Page 12: PENGERTIAN SENI
Page 13: PENGERTIAN SENI
Page 14: PENGERTIAN SENI
Page 15: PENGERTIAN SENI