pengertian sedekah

19
PENGERTIAN SEDEKAH Sedekah Menurut Bahasa Perkataan sedekah berasal daripada kata kerja صدق. Perkataan صدق” ini mempunyai beberapa erti. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Benar. 2. Lurus. 3. مودةف اوصا امع لال”, Maksudnya: “Orang yang memiliki sifat- sifat terpuji dengan sempurna” . 4. لفقرأ ل ذات مأ اعطيته”, Maksudnya “Perkara yang anda berikan kepada orang fakir kerana Allah”. Kesimpulannya, sedekah mengandungi pengertian yang menunjukkan kepada pemberian atau bantuan yang dihulurkan kepada mana-mana orang dengan ikhlas kerana Allah SWT. Ia juga merangkumi sifat yang terpuji di sisi syarak. Sedekah Menurut al-Quran Al-Quran menggunakan perkataan sedekah dalam pelbagai ayat. Hal ini dapat difahami daripada beberapa nas seperti berikut: 1. Firman Allah SWT: Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan

Upload: ilaa-pilus

Post on 20-Jul-2015

216 views

Category:

Economy & Finance


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian sedekah

PENGERTIAN SEDEKAH

Sedekah Menurut Bahasa

Perkataan sedekah berasal daripada kata kerja صدق. Perkataan “صدق” ini mempunyai

beberapa erti. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Benar.

2. Lurus.

,”اجلامع لألوصاف احملمودة“ .3

Maksudnya: “Orang yang memiliki sifat-sifat terpuji dengan sempurna”.

,”مأ اعطيته يف ذات هللا للفقرأ“ .4

Maksudnya “Perkara yang anda berikan kepada orang fakir kerana Allah”.

Kesimpulannya, sedekah mengandungi pengertian yang menunjukkan kepada

pemberian atau bantuan yang dihulurkan kepada mana-mana orang dengan

ikhlas kerana Allah SWT. Ia juga merangkumi sifat yang terpuji di sisi syarak.

Sedekah Menurut al-Quran

Al-Quran menggunakan perkataan sedekah dalam pelbagai ayat. Hal ini dapat

difahami daripada beberapa nas seperti berikut:

1. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah

(zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan

mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,

kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan

Page 2: Pengertian sedekah

(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

(Surah al-Taubah 9:103)

Al-Qusyairi menegaskan bahawa Ikrimah berpendapat perkataan “sedekah” dalam

ayat di atas bermaksud sedekah fardu iaitu zakat (al-Qurtubi,1996:8: 244).

2. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk

orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang

mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk

hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang

berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang

musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang

demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan

(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Surah at-Taubah 9:60)

Perkataan “sedekah” dalam ayat tadi bermaksud sedekah fardu iaitu zakat

kerana diikuti dengan kata-kata “فريضة من هللا” iaitu satu fardu daripada Allah

SWT.

Al-Qurtubi (1967,8: 168) menafsirkan maksud sedekah dalam ayat ini dengan

perkataan “صدقه” apabila disebut secara mutlak (iaitu tanpa sebarang kaitan) dalam

ayat al-Quran,maka ia dimaksudkan dengan sedekah fardu.

Page 3: Pengertian sedekah

3. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu Yang

menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia

membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam.

(Surah al-Baqarah 2: 196)

Al-Qurtubi (1967, 3:381-384) ketika menafsirkan perkataan “sedekah” dalam ayat ini

menegaskan dengan katanya: “Sedekah dengan erti kata memberi makan” seperti

memberi gandum,tamar,syaair(barli) atau zabib(kismis) kepada fakir miskin.

Berdasarkan hujah tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa perkataan sedekah di dalam

al-Quran ditafsirkan kepada beberapa erti berdasarkan kedudukannya dalam mana-

mana ayat yang berkaitan. Antaranya ialah sedekah wajib, pelupusan hutang,

memberi lebih daripada sesuatu pembelaan, mengembalikan hak kepada empunya,

memberi makan, keampunan, memberi keutamaan, memberi kelonggaran, dan

sedekah “تطوع”.

Sedekah Menurut Al-Sunnah

Antara hadith tentang sedekah:

صدقة.عن جابر قال : قال رسول هللا عليه وسلم كل معروف

Maksud : Daripada Jabir menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Setiap

amalan makruf (baik) adalah sedekah.

Page 4: Pengertian sedekah

(Ibn Hibban 1978,,5 :161)

عن أبي هريرة رضي هللا عنه عن النبي صلى هللا عليم وسلم : تميط األذى عن الطريق صدقة.

Maksud : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW : Kamu membuang sesuatu

yang membahayakan di tempat-tempat lalu-lalangnya adalah sedekah.

(al-Bukhari 1377H,5 :114)

Daripada beberapa hadith, dapat disimpulkan bahawa perkataan sedekah yang

digunakan dalam beberapa pengertian iaitu sedekah wajib, zakat, pemberian, segala

amalan baik yang dilakukan untuk diri sendiri atau orang lain, menghilangkan segala

perkara yang boleh membawa kemudaratan ke atas manusia, meninggalkan segala

perkara buruk, amar makruf, nahi mungkar, dan setiap manfaat yang lahir daripada

sesuatu yang diusahakan oleh seseorang, kemudian manfaat itu digunakan oleh

manusia ataupun haiwan. Malah perkataan sedekah merangkumi setiap yang makruf.

Sedekah Menurut Istilah Ulama

Perkataan sedekah mempunyai hubungan yang rapat dengan perkataan zakat. Ibn

Hajar menegaskan : “Sesungguhnya perkataan sedekah digunakan kepada zakat,

namun begitu ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau” (al-Asqalani

1959, 4:60).

Daripada keterangan tersebut dapatlah difahami bahawa perkataan sedekah boleh

dipakai secara timbal balik antara perkataan “zakat”. Berhubung dengan perkataan

zakat pula, Nukhbah binti al-Karamah (1302 H,1 :30) menegaskan dengan katanya :

Zakat menurut bahasa bereti kesuburan dan kebersihan, dan ia dipakai kepada erti

sedekah wajib, sedekah sunat, nafkah, dan keampunan”. Daripada kata-kata Nukbah

ini dapatlah difahami bahawa perkataan zakat walaupun digunakan secara bergilir-

hilir dengan perkataan sedekah, tetapi pengertiannya lebih umum daripada perkataan

zakat kerana perkataan sedekah mencakupi sedekah wajib,sedekah sunat, nafkah, dan

keampunan.

Berdasarkan kenyataan yang dipaparkan tadi dapatlah disimpulkan bahawa perkataan

sedekah menurut istilah ulama ialah pemberian yang bertujuan untuk mendapatkan

ganjaran pahala akhirat sama ada berbentuk wajib atau sunat. Ia sejajar dengan

pengertian itu berkisar di sekitar pemberian yang berkaitan dengan harta benda.

Page 5: Pengertian sedekah

Konsep Sedekah

Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang

memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang

membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal.

Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan

kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya.

Hukum Dan Syarat Memberi dan Menerima Sedekah

Hukum memberi sedekah pada amnya adalah sunat dan tidak terikat dengan masa-

masa tertentu untuk mengeluarkannya. Ia bergantung kepada kesanggupan dan

keupayaan seseorang yang memberi, bukan seperti zakat yang mempunyai masa-masa

dan syarat tertentu.

Menerima sedekah pula hukumnya harus. Orang yang diberikan sedekah perlu

menerima dengan rela hati. Makruh hukumnya jika seseorang menolak pemberian

sedekah daripada orang lain tanpa sebab yang munasabah

Walaubagaimanapun hukum memberi sedekah akan berubah mengikut keadaan atau

situasi berikut:

1) Sunat : (keadaan) sepanjang masa.

2) Haram: (keadaan) sekiranya diketahui ia akan digunakan bagi tujuan maksiat.

3) Wajib: (keadaan) sekiranya terdapat di kalangan anggota masyarakat yang

dalam kelaparan sedangkan seseorang itu mempunyai lebihan makanan yang

diperlukannya).

Rukun Sedekah

1. Pemberi : mestilah baligh dan berakal

Page 6: Pengertian sedekah

2. Penerima : Layak memiliki iaitu orang-orang yang sangat berhajat, seperti

kerana keadaannya terlantar sakit, tidak mampu untuk bekerja, keperluan

hidup tidak mencukupi atau dengan kata lain pendapatannya tidak mampu

menampung keperluan minimanya. Maka sedekah yang diberikan kepada

orang yang mampu tidak sah tetapi bertukar menjadi hadiah.

3. Barangan :

i)Mestilah wujud dan boleh diserahkan.

ii) bernilai

iii) dimiliki oleh pemberi

4. Ijab dan Qabul, ertinya: Pemberi menyatakan memberikan sesuatu dan

Penerimanya menerima dengan rela dan gembira.

Adab Memberi Sedekah

1. Ikhlas: dilakukan semata-mata keranaAllah dan bukan untuk mengharapkan

balasan.

2. Merahsiakan pemberian: ia bertujuan mengelakkan rasa riak dalam diri

seseorang.

3. Memberi barang yang disayangi: Untuk menggembirakan penerima dan

mengelak pemberian barang yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan.

4. Mengutamakan kaum kerabat dan jiran: mendahulukan kaum kerabat dan

jiran berbanding orang lain.1

1 Charity S.O.S,Konsep Bersedekah dalam Islam, http://www.charitysos.org/2012/07/konsep-

bersedekah-dalam-islam.html, 1 Disember 2013.

Page 7: Pengertian sedekah

SEDEKAH HARTA BENDA

Harta benda merupakan antara perkara yang boleh dijadikan bahan untuk bersedekah.

Sedekah harta benda boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

I. Sedekah wajib

II. Sedekah sunat

Sedekah wajib

Sedekah wajib ini juga dikenali sebagai zakat. Zakat terbahagi kepada dua bahagian

iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat menurut bahasa bererti berkat,subur,bersih,

dan banyak. Menurut istilah pula,zakat dirujuk kepada nama bagi perkara yang

dikeluarkan daripada harta benda atau diri(badan) dengan cara yang khusus. Zakat

merupakan satu fardu yang dikenakan ke atas umat Islam. Zakat juga merupakan

salah satu rukun Islam yang lima.

1) Zakat Harta

Terdapat sebanyak tujuh jenis harta berdasarkan hadith yang diriwayatkan

berhubung harta benda yang dikenakan zakat tidak termasuk perusahaan iaitu :

a) Haiwan Ternakan

Sebarang ternakan yang menjadi mata pencarian dan sumber ekonomi

kepada masyarakat pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini dilakukan

supaya masyarakat penternak yang menceburkan diri ke dalam bidang

ternakan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa juga

berpeluang menunaikan ibadat zakat ini.

Page 8: Pengertian sedekah

b) Barang kemas

Barang kemas yang diwajibkan zakat hanya perak dan emas.

c) Biji-bijian

Wajib zakat ke atas bijian seperti gandum. Manakala bijian lain atau

bahan makanan lain yang berasakan perhumaan perlulah dikiaskan

dengan gandum kerana semua bahan makanan itu menjadi rezeki

kepada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

d) Buah-buahan

Buah-buahan seperti durian,rambutan,pisang,manggis dan lain-lain

yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk yang memiliki iklim

tertentu maka perlulah dikiaskan dengan tamar dan zabib, supaya umat

Islam yang hidup dalam pelbagai iklim berpeluang berbuat ibadat

zakat ini.

e) Barang Perniagaan

Pendapatan yang dihasilkan menerusi perniagaan diwajibkan zakat.

Contohnya perniagan kain, makanan, perumahan, kenderaan dan lain-

lain bahan dimana bahan-bahan itu menjadi keperluan, sumber

rezeki,dan kekayaan kepada masyarakat.

f) Harta Simpanan)الركاذ) dan Galian (المعدن)

Rikaz dan ma’dan perlu diperluaskan kepada semua barang yang

tertanam di dalam bumi dan dasar laut yang mempunyai nilai harga

yang tersendiri,dan semua bahan galian yang menjadi sumber rezeki

serta pendapatan kepada manusia sama ada galian yang berbentuk

cecair gas,mahupun bijih, bukan hanya perak dan emas.

Page 9: Pengertian sedekah

g) Usaha (الكسب)

Perkataan “كسب” digunakan dengan makna yang umum iaitu termasuk

segala bentuk perniagaan, perkhidmatan, dan perusahaan yang boleh

mendatangkan rezeki, dan pendapatan yang disebut sebagai harta atau

amwal. Oleh itu zakat kasb ini perlu diperlukan kepada semua bidang

tadi secara menyeluruh.

2) Zakat Fitrah

Ia disebut dengan zakat fitr dan juga sedekah fitr kerana kewajipannya

disebabkan kehadiran Hari Raya Puasa pada satu Syawal, dan juga disebut

sebagai zakat fitrah yang bererti khalqah(kejadian) seperti yang dimaksudkan

dalam firman Allah SWT dalam surah ar-Ruum 30:30 yang bermaksud:

Maksudnya : Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan

bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya.

Berdasarkan pengertian ini, zakat fitrah diwajibkan ke atas umat Islam

keseluruhannya sama ada lelaki,wanita,yang merdeka,hamba,kanak-kanak dan

orang dewasa. Namun demikian orang yang dituntut untuk menunaikan

kewajipan ini ialah orang yang betanggujawab memberi nafkah kepada

mereka. Zakat fitrah adalah bertujuan untuk membersihkan diri dan

menyuburkan amalannya.

SEDEKAH SUNAT

Ada beberapa jenis sedekah yang berasaskan harta benda. Jenis sedekah tersebut

adalah sunat.

Page 10: Pengertian sedekah

1) Hibah

Hibah merupakan salah satu cara untuk memberi dan mengurniakan harta

benda kepada seseorang. Sesiapa sahaja harus menghibahkan hartanya kepada

sesiapa sahaja yang dikehendaki. Bapa juga boleh menghibahkan hartanya

kepada anak-anaknya dengan saksama. Cara ini agak terbaik bagi seseorang

bapa untuk melihat dan melatih anak-anak menyelenggarakan harta yang

diberikan kepadanya.

2) Hadiah

Dari segi bahasa, hadiah diertikan sebagai pemberian. Manakala dari segi

istilah pula bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih sayang dengan maksud

memberi penghormatan kepada orang yang menerima hadiah. Ia juga

ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil tanpa syarat pertolongan.

3) Wasiat

Perkataan wasiat dari segi bahasa diertikan sebagai sambungan atau hubungan.

Manakala dari segi istilah pula,wasiat bermaksud membuat perjanjian, dan

perjanjian itu akan terlaksana sesudah meninggal dunia. Wasiat adalah amalan

yang digalakkan oleh Islam kepada umatnya. Kadar wasiat yang diharuskan

adalah sekadar satu per tiga sahaja daripada hartanya. Wasiat kepada kaum

kerabat lebih utama dilakukan,seterusnya sahabat handai dan lain-lain. Perkara

yang diwasiatkan menjadi kenangan abadi kepada penerimanya daripada yang

mewasiatkan.

Sebahagian daripada orang salaf mengharuskan wasiat kepada waris

berdasarkan keperluan waris tersebut kerana ada antara mereka yang sudah

kaya raya da ada juga yang papa. Contohnya seorang isteri yang dicerai oleh

suaminya dan tidak mempunyai keluarga lain selain anaknya dan anaknya

berpendapat peruntukan pusaka yang ditetapkan untuk ibunya adalah tidak

mencukupi. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan wasiat untuk kebaikan bagi

Page 11: Pengertian sedekah

golongan ini. (Muhammad Rashid Ridha t.t, 2 : 136-137).

Kesimpulannya, wasiat adalah antara amalan yang digalakkan oleh Islam

kepada umatnya. Wasiat kepada kaum kerabat lebih utama dilakukan,

seterusnya sahabat handai, dan lain-lain. Perkara yang diwasiatkan menjadi

kenangan abadi kepada penerimanya yang mewasiatkan.

4) Wakaf

Wakaf dari segi bahasa bermaksud tahan. Dari segi istilah pula,wakaf

diertikan sebagai pencegahan daripada menjual asal(harta) dengan cara yang

khusus dan disedekahkan faedah dan hasilnya. Ia juga ditakrifkan sebagai

penahanan harta yang berfaedah serta kekal ainnya daripa menjualnya dan

juga sebarang muamalat yang lain.

5) Ibra’al-Dain (Pelepasan hutang)

Yang dimaksudkan dengan ibra’al-Dain di sini ialah “Tuan hutang

(pemiutang) mengampun dan menyedekahkan hutangnya kepada si

berhutang”. Ganjaran bagi orang yang menyedekahkan hutang nya kepada si

berhutang ialah Allah akan memberi keampunan kepadanya.

6) Penguguran hak

Apa yang dimaksudkan hak dalam perbahasan ini ialah suatu ganjaran atau

balasan yang perlu diterima oleh seseorang sama ada berbentuk harta benda

seperti diat atau bukan harta benda seperti qisas iaitu melakukan kecederaan

yang sama dengan kecederaan yang dialaminya ke atas pesalah. Pengguguran

terhadap hak-hak ini adalah menjadi sedekah. Allah akan meningkatkan darjat

kepada mana-mana orang yang memberi keampunan secara ikhlas terhadap

orang yang melakukan sebarang kezaliman ke atas dirinya.

Page 12: Pengertian sedekah

KESAN SEDEKAH KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT

SEDEKAH WAJIB ( ZAKAT)

I. Menyempurnakan Rukun Islam.

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Sesiapa dalam

kalangan umat Islam yang memiliki harta benda yang sampai kepada had

wajib zakat,maka dia berkewajipan untuk menunaikan zakat harta tersebut.

Sekiranya dia tidak menunaikannya maka tidak sempurnalah rukun Islamnya.

Daripada Ibn Umar menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

وإقام الصالة وإيتاء الزكاة بين األسالم على مخس شهاداة أن إله إال هللا وأن حممدا رسول هللا

رمضان. واحلج وصوم

Maksud : Islam dibina atas lima (perkara) iaitu menyaksikan sesungguhnya

tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh

Allah,mendirikan solat,memberi zakat,(melaksanakan ibadat) haji, dan

(menunaikan puasa di bulan Ramadhan).

(al-Asqalani 1989,1:49)

Mana-mana orang Islam yang menyempurnakan rukun Islam ini dengan baik

dan sempurna,maka dia akan mendapat kejayaan di akhirat.

II. Jaminan Kewangan kepada Golongan yang Tertentu.

Zakat merupakan kumpulan dana harta yang menjadi jaminan hidup kepada

Page 13: Pengertian sedekah

golongan dan bidang tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

menerusi firman-NYA:

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah

untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang

mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan

untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-

orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah,

dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan.

(Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan

(yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,

lagi Maha Bijaksana.

(Surah At-Taubah 9:60)

Dengan yang demikian pengagihan dan pengaliran harta daripada

orang yang kaya kepada golongan dan saluran seperti yang dinyatakan

itu diharapkan dapat mewujudkan hubungan kasih sayang dan saling

menghargai antara satu sama lain yang melambangkan kemesraan dan

keharmonian yang amat mendalam dalam kalangan mereka.

SEDEKAH SUNAT (TATAWWU’)

I. Mendapat Pahala yang Besar

Sesiapa sahaja dalam kalangan umat Islam yang bersedekah dan

menderma sesuatu yang berfaedah kepada orang lain maka dia akan

mendapat ganjaran yang besar daripada Allah pada hari akhirat. Antaranya

Page 14: Pengertian sedekah

akan mendapat lindungan daripada Allah SWT di padang mahsyar.

II. Menjadi Benteng Api Neraka

Amalan sedekah dan menderma boleh menjadi kifarah dan penebus

kesalahan seseorang kepada keluarga,harta, dan jirannya.

III. Mendapat Doa Kebaikan daripada Malaikat

Pada setiap hari Allah SWT menurunkan dua malaikat bagi menemani

setiap manusia. Satu daripadanya bertugas untuk berdoa kepada Allah

supaya memberi gantian kepada temannya yang bersedekah manakala

yang satu lagi berdoa supaya membinasakan temannya yang bakhil.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa orang yang bersedekah dan

menderma adalah lebih baik. Abdullah ibn Umar r.a menyatakan bahawa

Rasullah SAW bersabda :

السائلة اليد العليا خري من اليد السلفى فاليد العليا هي املنفقة والسلفى هي

Maksud:

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas

ialah tangan yang menderma dan (tangan) yang di bawah ialah tangan

yang meminta-minta.

IV. Menghapuskan Sifat Bakhil

Sifat bakhil merupakan sifat yang tidak disukai oleh Allah SWT.

Seseorang Muslim sepatutnya tidak bersifat bakhil.

V. Pemilik Harta Hanya sebagai Wakil

Page 15: Pengertian sedekah

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa pemilik mutlak kepada alam

semesta ini hanyalah Allah SWT. Firman-Nya :

Dan bagi Allah jualah Kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada

Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

(Surah an-Nur 24: 42)

VI. Pahala Sedekah Sampai kepada Si Mati

Amalan sedekah boleh dilakukan oleh sesorang semasa hidup. Sedekah

juga boleh dilakukan oleh seseorang dengan maksud menghadiahkan

pahalanya kepada orang lain yang sudah meninggal dunia

VII. Menyemai Sikap Saling menghormati

Amalan sedekah,hadiah, dan menderma merupakan asas dan benih yang

boleh melahirkan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain

sama ada sesama jiran atau sebaliknya.

VIII. Menyemai Sikap Kasih sayang antara Satu Sama Lain

Sedekah merupakan amalan yang digalakkan oleh Islam. Ia mempunyai

hikmah yang tersendiri. Antaranya mampu memupuk ikatan kasih sayang

antara satu sama lain. Malah ia berupaya mengubah perasan benci yang

tertanam dalam lubuk jiwa seseorang kepada perasaan kasih sayang

terhadap orang tersebut.2

2 Ariffin Omar (2006), Sedekah Jaminan Keharmonian Umat Menurut Sunah . Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd, m/s 1-215.

Page 16: Pengertian sedekah

SEDEKAH KEPADA AHLI KELUARGA

Sedekah merupakan amalan yang digalakkan oleh Islam kepada umatnya secara

berterusan. Amalan sedekah bukan sahaja menjanjikan pahala di akhirat,malah ia

memberi ganjaran yang dapat dinikmati oleh penderma di dunia ini lagi terutamanya

kalau pendermaan itu berlaku antara kerabat.

Ikatan silaturahim antara kerabat perlu dipupuk dan disuburkan pada setiap masa.

Kunjung-mengunjung dan bantu-membantu, baik daripada sudut kewangan atau

sebagainya antara yang boleh mengeratkan silaturahim antara kerabat.

Dalam sebuah hadith yang panjang diriwayatkan oleh Zainab, isteri kepada Abdullah,

bahawasanya beliau dan seorang wanita daripada golongan Ansar datang ke rumah

Rasulullah SAW untuk bertanya berhubung dengan sedekah yang akan diberikan

kepada suami dan anak-anak yatim yang berada di bawah jagaan mereka. Namun

demikian mereka berdua tidak berani untuk bertanyakan sendiri secara secara terus

kepada Rasulullah SAW. Oleh itu mereka meminta supaya Bilal menyampaikan

pertanyaan itu kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah menjawab dengan

sabdanya:

هلما أجران أجر القرابة وأجر الصدقة

Maksud: Kedua-duanya mendapat pahala ;pahala kerabat dan pahala

sedekah.

(Muslim ibn Hajjaj 1955, 3:80)

Page 17: Pengertian sedekah

Daripada hadith itu dapatlah difahami bahawa sedekah dan derma yang diberikan

kepada kaum kerabat adalah lebih baik daripada yang diberikan kepada mana-mana

orang tidak mempunyai hubungan kekerabatan, kerana sedekah yang diberikan

kepada kaum kerabat akan menerima dua pahala; pahala sedekah dan pahala

mengeratkan tali silaturahim antara kerabat.

Seseorang Muslim digalakkan supaya memberi bantuan kewangan dan sebagainya

kepada kaum kerabat mereka, sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya.

Jika ada ahli keluarga kita yang miskin maka dahulukan ahli keluarga kita sendiri

sebelum bersedekah kepada orang lain yang bukan ahli keluarga. Jika tidak ada ahli

keluarga kita yang miskin maka keutamaan sedekah kita adalah kepada orang miskin

tegar yang terdapat di dalam masyarakat kita.

Mengabaikan ahli keluarga sendiri yang miskin dan memerlukan bantuan adalah satu

sifat tercela dan dimurkai oleh Allah SWT.

Saranan supaya dimulakan sedekah kepada mereka yang menjadi tanggunganmu

menjelaskan keutamaan bersedekah iaitu dengan mendahulukan keluarga di bawah

tanggungan yang memerlukan bantuan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dinar

(wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan Allah, dinar yang engkau infakkan

untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang

miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar

adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." (Hadis riwayat Muslim)

Niat bersedekah juga perlu melihat kepada pihak yang ingin diberi sumbangan kerana

ada sesetengah pihak bersedekah kepada orang lain, tetapi ahli keluarga tidak diberi

perhatian sedangkan mereka juga mengharapkan sumbangan.

Rasulullah SAW menjelaskan melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang

ingin dibantu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada orang

miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan

dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim." (Hadis

riwayat Ahmad)

Page 18: Pengertian sedekah

Jika seseorang bersedekah sedang dia tidak memenuhi keperluan mereka yang berada

di bawah tanggungannya, maka dia dianggap berdosa kerana mengutamakan amalan

sunat bersedekah berbanding amalan diwajibkan baginya iaitu memenuhi segala

keperluan keluarganya.

Sabda Nabi SAW: "Cukup seseorang dinilai berdosa apabila dia mensia-siakan orang

yang menjadi tanggungannya." (Hadis riwayat Muslim)

Jangan pula kerana terlalu ghairah untuk bersedekah, konon ingin mendapat keredaan

serta ganjaran pahala, kita lupa tanggungjawab menyelesaikan urusan termasuk

melunaskan hutang.

Jika seseorang jauh daripada pertolongan serta perlindungan Allah, jiwanya lebih

cenderung untuk melakukan perkara diharamkan.

Selagi seseorang itu mampu untuk bekerja dia perlu berusaha bersungguh-sungguh

memenuhi keperluan hidup bagi diri dan keluarga daripada hasil titik peluhnya dan

jangan mengambil jalan mudah dengan menjadi peminta sedekah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Salah seorang daripada kalian yang mengambil

tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia

menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja)

lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau

tidak memberi." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini ialah dalil diharamkan seseorang itu menjadi peminta sedekah selagi dia

masih mampu bekerja. Mereka yang suka meminta sedangkan mampu bekerja tetapi

malas ialah golongan yang dicela.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang lelaki yang sentiasa meminta

daripada orang lain, pada hari kiamat yang akan datang, pada wajahnya tidak ada

sedikit daging pun." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Justeru, berusaha untuk mengelakkan diri daripada sikap suka meminta, apatah lagi

bagi mereka yang sudah dicukupkan Allah rezeki, tetapi masih suka mendapat

barangan yang diberi orang lain semata-mata untuk menambah apa yang ia ada.

Page 19: Pengertian sedekah

Lebih baik pihak yang dikurniakan Allah rezeki, bersedekah kepada mereka yang

memerlukan terutama barangan yang ia sayang, tetapi barang itu mendatangkan

manfaat lebih kepada orang lain.