pengenalan pendidikan khas

164
TAJUK 1 : ASAS PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Takrif Sekolah Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui: Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid- murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif 1.1 Definisi Pendidikan Khas Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982) Page 1

Upload: cikgusuepkhas

Post on 20-Jan-2015

30.073 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

TAJUK 1 : ASAS PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Takrif Sekolah Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan

melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan

khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah

penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan

sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran

dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif

1.1 Definisi Pendidikan Khas 

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-

kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan

dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya

daripada rancangan sekolah biasa'

(Chua,1982)

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab

mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak

dan belia yang bersifat luarbiasa.

(Gearhart dan Weishahn,1980)

 

Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai

Page 1

anak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin

menjadi sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak

berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah

rendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan

khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-

pakar dalam bidang:

Hallahan dan Kauffman

(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan

untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka

bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan

penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi

memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin

dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.

Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang

berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang

yang berkemahiran

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia

Page 2

Pendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas

menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan

dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan

( development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan

kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).

Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan

kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan

pendidikan khas seperti berikut :-

kebolehan kognitif

perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial

penguasaan bahasa lisan / pertuturan

penguasaan membaca

kemahiran matematik

kemahiran pertumbuhan asas manusia

kemahiran berdikari

kemahiran keusahawanan

kebolehan penglihatan

kebolehan pendengaran

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dinamakan ‘children with

exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’. Pelbagai istilah lain telah

digunakan untuk ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dan antaranya ialah; kanak-kanak

istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya

(children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak

abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan

kanakkanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan

Page 3

Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar

biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan

tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa

mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa

sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau

mengala mi kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak-kanak

berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental

(pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan

berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi

(bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun

istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini

mempunyai maksud yang berlainan.

(a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila

sesuatu kekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau

kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai

masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak

cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah pembelajaran,

masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah melakukan pekerjaan dan

masalah-masalah lain (Heward, 2003). Contohnya, seorang kanak-kanak

yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah

menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.

Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yang

menghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individu

normal. Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatu

kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai

seorang yang normal.

(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang

dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam

Page 4

sekeliling. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu

persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan.

Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar

bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa.

Sebaliknya, kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika dalam makmal

sains.

KLASIFIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS.

Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang

dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak

berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya

(disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan

kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah

dicantumkan.

(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran

Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan

berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran

dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (dengan

ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang

hanya boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami

kesukaran pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh

mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan

deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini

secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca,

perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan

terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).

Page 5

(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan

sahaja iaitu:

(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa,

termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan,

pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka

juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke

satu tempat.

(ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai

keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau

gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta

pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas

dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang

upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti

intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta

atau berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk

berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar,

bukubuku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku

Braille

(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental

Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak

dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik

mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar

untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi

lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian

Page 6

intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri,

kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan,

akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18

tahun

(d) Kurang Upaya Fizikal

Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan

otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit

sedemikian. Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami

kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota

badan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi

motor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal

perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit yang membawa kepada

kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan

tulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok dan

akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang

menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini

lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan

ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja

(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa

Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai

kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi,

morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa

mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah

berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak

mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau

arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab

Page 7

soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan

mengeluarkan pendapat apabila bercakap

(f) Kurang Upaya Pembelajaran

Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah

kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu

pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan

mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang

dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa

lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik.

Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada

ketidakfungsian sistem saraf pusat.

(g) Gangguan Emosi

Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan

sebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung

kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-

kanak lain pula emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi

mempengaruhi keupayaan untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkan

hubungan interpersonal yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai

sedih. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku

luaran seperti kerap berjalan dalam kelas, menjerit,

mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan

diri, berkhayalan dan sebagainya.

(h) Pintar Cerdas

Page 8

Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang

mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya

imaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaran

memimpin, mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini

disalah sangka oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain

atau pun tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa

bosan kerana apa yang diajar telah mereka fahami. Mereka sebenarnya suka aktiviti-

aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .

Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atas

memilikiciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yang

sama.Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran

berkongsiciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur.

Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja

kerana setiap individu adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-

kanak yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan

yang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada di

kalangan kanak-kanak ini yang boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu juga

dengan kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin

memiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri khusus.

Memahami persamaan dan perbezaan ciri-ciri umum dan khusus ini amat penting bagi

guru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyai

potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru seharusnya member layanan yang berbeza

kepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori.

1.2 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan

Page 9

sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang

upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam

perkembangan pendidikan khas.

Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya

Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-

kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di

Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam”

(lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap

umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak

‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali

Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu,

Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu

kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di

barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun,

berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat

dan maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda

dapat membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku

di Malaysia. Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila

Akta Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975

diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan

perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang

20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek

pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal

ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-

undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak utama untuk membangunkan

Page 10

pendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita akan teliti secara umum perkembangan

dan pembangunan pendidikan khas di Amerika dan di Britain.

Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat

.

Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan

Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua

Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini

menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima

pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang

perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-

negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan

melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang

upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang

upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana

pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak

akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah

disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.

Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggil

Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act,

Public Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in

menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang

ditekankan ialah:

Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada

kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal

ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadap

persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada

sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-

kanak ini.

Page 11

Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak

menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive

environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada

dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak

khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa.

Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai “pendidikan inklusif”

Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam

penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan

dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini,

penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada

kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan

mereka.

Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan

setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-

kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan

pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru

pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap

murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru

merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa

tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan

kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep ‘kolaboratif’ dalam

pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa,

kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas.

Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan

Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya

berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat

Page 12

mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta,

kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA,

kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak

kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-

kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi

keperluan mereka. Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan

perumahan masing masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang

upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini

belajar bersama dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang

mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih

khusus. Melalui akta ini juga konsep ‘pendidikan untuk semua’ dan ‘pendemokrasian

pendidikan’ diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan

sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu

konsep ‘kolaborasi’ dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai

kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan

khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di

sesetengah negara lain.

Perkembangan Pendidikan Khas di Britian

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock

ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan

Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan

pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang

dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock

dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang

dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya.

Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak

berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak

Page 13

berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka

daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep

percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang

dikenali sebagai ‘integerasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif

menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian

biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan

diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara

lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan

kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta

Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan

khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang

sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’

iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas

mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat

diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat

penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa

yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran

dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas

diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas

belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.

Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah

mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa

yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran

masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan

kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

Page 14

1.3 AKTA,PERATURAN DAN PEKELILING.

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi

setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam

Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand

yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya

menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan

persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya

sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]2. Pada tahun

1959,

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak

Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka

berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang

dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai

pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I

(Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang

menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya”.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran

melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu

penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di

Malaysia. Perakuan ini menyebut;

Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap

pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih

sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang

mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan

sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Page 15

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun

1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk

mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang

upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan

ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.

Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak

bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah

pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-

kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana serta kanak-kanak

spastik.

. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal

dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran

1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus

mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan

bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak

sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki

membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga

memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan

kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-

kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.

41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-

peraturan menetapkan:

Page 16

(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid

yang menerima pendidikan khas;

(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;

(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi

pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan

(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi

maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah

khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah

atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

AKTA ORANG CACAT 2002

BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN

1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harus

menerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan

belas tahun.

2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancangan

pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah.

3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya

ke dalam sekolah biasa.

Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah

biasa, pihak berkenaan harus -

(a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkat sekolah

dan masyarakat umum;

Page 17

(b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi;

(c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati,

latihan perguruan yang berterusan dan guru penyokong.

4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyai

kemudahan yang diperlukan atau bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai bagi

pelajar kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar untuk dididik

sekolah biasa. Kualiti pendidikan harus menggambarkan piawaian serta aspirasi sama

seperti pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum, pelajar

kurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberi

kepada mereka yang bukan cacat.

5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas harus

diberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah pengajaran dan

perkhidmatan sokongan:

5.1 Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolah

rendah, kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada,

latihan sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel,

orientasi dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yang

mempunyai perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan.

Persediaan untuk 'mainstreaming' harus diuruskan pada tahap awal persekolahan

di peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatan

seperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yang

terencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahap

yang setinggi-tingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi,

mereka akan diintegrasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang

sama. Pelajar yang cacat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatan

sokongan seperti bahan bacaan dalm bentuk brel atau audio, kelengkapan brel,

alat pembaca, komputer yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alat

Page 18

kelengkapan bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan,

kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah)

5.2 .Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yang

diubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasa

yang sesuai dengan keperluan pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas

untuk mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentak

menggunakan komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yang

lain. Mereka akan diirujukan kepada staf sokongan seperti jurubahasa isyarat,

otologist, audiologist, pakar pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lain

seperti diperlukan.

Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta, pendidikan

bersesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas di

sekolah biasa.

5.3.Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikan

berkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan mereka

akan dibenarkan menghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana

boleh. Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengan

keperluan pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah dan

maktab tidak mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan.

5.4 Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuai

akan menitikberatkan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian

yang berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yang

terencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiran

penjagaan diri.

5.5 Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti

autisma, mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyai

Page 19

kecacatan pelbagai, kurikulum yang diubahsuai akan merangkumi aktiviti serta

teknik penyampaian bagi menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiran

berdasarkan fungsi serta akademik untuk mengintegrasikan mereka ke dalam

masyarakat.

5.6 Pihak berkuasa berkenaan akan memulakan atau menyebabkan

bermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat bantuan,

alat bantuan pengajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan yang

diperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanak

kurang upaya.

5.7 Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihan

perguruan yang secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukan

kerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususan

dalam bidang mengajar pelajar kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapat

disalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya.

5.8 Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasa

berkenaan akan menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumi

pelaksanaan rancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya di

sekolah;

-kemudahan pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau bantuan

kewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upaya

mereka menghadiri sekolah;

-memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukan

bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya;

Page 20

-biasiswa bagi pelajar kurang upaya;

-mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa

dalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah.

BAHAGIAN 3. PEKERJAAN

1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengendalikan projek untuk menggalakkan

penggajian orang kurang upaya, dengan:

-mewujudkan peluang pekerjaan dan mengadakan kerja yang bersesuaian untuk

orang kurang upaya

-langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja supaya memberi

kemudahan akses kepada mereka yang mempunyai kecacatan yang berbeza.

-menyokong kegunaan teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, dan

peralatan serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada orang

kurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk mencari kerja

-menyediakan latihan dan penempatan dalam pekerjaan yang bersesuaian serta

sokongan berterusan seperti kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat;

- kempen kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif serta

kecurigaan terhadap orang kurang upaya

- langkah untuk meningkatkan keadaan persekitaran kerja untuk mengelakkan

kecederaan semasa bekerja dan juga menyediakan kemudahan pemulihan bagi

mereka yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja.

Page 21

2. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal dasar-dasar berikut untuk memastikan

peluang pekjaan bagi orang kurang upaya:

-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam dikhaskan bagi orang kurang

upaya

-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurang

upaya

- insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada

5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12

bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus

pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan;

- Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang

upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi

mereka.

3. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi mengalakkan

keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan orang kurang upaya:

· bantuan kewangan bagi perniagaan kecil yang dimiliki sendiri oleh orang kurang upaya;

· pinjaman bagi modal;

· tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya;

· kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang upaya;

· agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran orang kurang upaya.

Page 22

BAHAGIAN 4. PEMULIHAN

1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengadakan atau menyokong penubuhan program

pemulihan di peringkat kebangsaan bagi orang kurang upaya yang mengalami berbagai

jenis kecacatan. Program tersebut harus berdasarkan keperluan sebenar orang kurang

upaya dan atas prinsip penyertaan penuh dan penyamaan peluang.

2. Program pemulihan akan merangkumi, tetapi tidak dihadkan kepada, latihan kemahiran

asas bagi meningkatkan atau menampung sesuatu fungsi yang terjejas, perkhidmatan

kaunseling kepada orang kurang upaya serta keluarga mereka, menggalakkan sifat

berdikari, serta perkhidmatan tidak berkala seperti penilaian dan bimbingan.

3. Perkhidmatan pemulihan tersebut akan dibka kepada semua orang kurang upaya,

termasuk mereka yang mengalami kecacatan yang teruk atau pelbagai.

BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI

1. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal polisi untuk menyediakan kemudahan

akses di persekitaran serta memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi orang

kurang upaya.

2. Kerajaan tempatan akan memastikan bahawa pencapaian persekitaran tanpa

halangan, melalui pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan, akan memberi orang

kurang upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan bangunan kepunyaan pihak

swasta.

3. Pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan peruntukan kewangan untuk

menyediakan kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta tempat

lain yang berkaitan.

4. Pihak berkuasa akan mengadakan program komprehensif untuk membantu orang

Page 23

kurang upaya menggunakan kemudahan pengangkutan.

5. Pihak berkuasa akan mengadakan rancangan untuk memastikan maklumat serta

dokumentasi mudah diakses oleh semua golongan orang kurang upaya. Brel,

perkhidmatan rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain harus

digunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat peruturan bagi mereka yang

cacat pendengaran.

6. Sebagai langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan yang lain,

perkhidmatan alih bahasa isyarat akan disediakan di tempat-tempat utama seperti institusi

pendidikan dan pusat perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini seperti

kamera web, persidangan video dan perkhidmatan telekomunikasi penyiaran harus

diadakan.

7. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal garis panduan bagi media terutamanya

televisyen, radio dan akhbar, dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi harus

memastikan perkhidmatan itu boleh diakses oleh oran kurang upaya.

8. Persatuan orang kurang upaya akan dihubungi apabila,

(a) menggubal piawaian serta amalan bagi kemudahan akses kepada alam

persekitaran;

(b) mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat mudah

diakses;

BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN

1. Pihak bekuasa berkenaan akan mengadakan perhubungan berkala dengan persatuan

orang kurang upaya untuk memastikan penyertaan mereka dalam pembangunan dasar

Page 24

kerajaan.

Persatuan orang kurag upaya akan mempunyai peranan mengenalpasti keperluan serta

keutamaan, menyertai dalam perancangan, implimentasi dan pematauan perkhidmatan

tindakan berkenaan khidupan orang kurang upaya, dan menyumbang tehadap kesedaran

awam dan untuk menggalakkan perubahan.

2. Pihak berkuasa bekenaan harus menjemput persatuan orang kurang upaya memberi

pandangan mereka dan mengambil keputusan dalam perancangan program yang

berkaitan dengan orang kurang upaya atau yang melibatkan kedudukan sosial dan

eonomi mereka.

3. Pihak berkuasa berkenaan akan, dalam jangka masa tertentu, mengumpul statistik

berdasarkan jantina atau maklumat lain mengenai keadaan kehidupan orang kurang

upaya. Pengumpulan statistik sedemikian boleh dilakukan semasa banci penduduk dan

banci seisi rumah, dan dikendalikan dengan kerjasama, antara lain, universiti, institusi

penyelidikan dan persatuan orang kurang upaya.

4. Pihak berkuasa berkenaan harus menyokong dari segi kewangan atau dengan cara

lain, perkembangan, pengeluaran, penyibaran dan penyelenggaraan alat bantuan serta

alat kelengkapan serta penyibaran maklumat mengenainya.

5. Pihak berkuasa harus menyokong, dengan bantuan kewangan atau selainnya,

perkembangan dan penyediaan program pembantu peribadi dan perkhidmatan alih

bahasa, terutamanya bagi mereka yang mengalami kecacatan teruk atau pelbagai.

BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL

1. Pihak berkuasa berkenaan akan memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatan

kepada orang kurang upaya yang, oleh kerana kecacatannya atau faktor yang berkaitan

dengan kecacatannya, telah kehilangan pendapatan untuk sementara waktu atau

menerima pendapatan yang berkurangan atau tidak diberi peluang pekerjaan.

Page 25

2. Rancangan keselamatan sosial juga harus memberi insentif kepada orang kurang

upaya untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh memperolehi pendapatan.

3. Orang kurang upaya dan keluarga mereka harus dimaklumkan tentang langkah

pencegahan terhadap penderaan seksual dan juga penderaan yang lain. Orang kurang

upaya mudah jadi mangsa kepada penderaan oleh keluarga, komuniti atau institusi dan

mereka harus dimaklumkan bagaimana mengelakkan berlakunya penderaan, menyedari

apabila berlakunya penderaan dan melaporkan perkara sedemikian.

1.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH

PEMBELAJARAN.

Pendapat orang ramai sesetenganya menyatakan bahawa kebanyakan kanak-kanak

yang mengalami masalah pembelajaran, mungkin mengalami sedikit kerencatan mental

kerana tahap kognitif,jasmani,emosi dan afektifnya yang terlalu rendah dan terlampau

tidak munasabah dengan tahap perkembangan serta pertumbuhannya. Kebanyakan

pakar perubatan berpendapat bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah

pembelajaran mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti yang telah

disenaraikan dibawah ini

KECEDERAAN OTAK.

Sebelum kelahiran.

Pelbagai kecederaan atau kecacatan janin boleh berlaku kepada kanak-kanak ketika

berada di dalam kandungan ibunya. Semasa mengandung, jika ibunya mengalami

demam yang teruk atau dijangkiti rubella,herpes simplex, toxoplasmosis, chicken pox,

cytomegalovirus ( CMV ) dan AIDS, maka keputusan untuk mendapat kecederaan otak

amat tinggi. Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras,tabiat

merokok dan penyalahgunaan dadah boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ

Page 26

penting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.kekurangan zat

pemakanan dan mengambil makanan yang tidak seimbang seperti asid folik dan

vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin..

Kekerapan serangan sawan semasa mengandung, menjadi salah satu punca

kerencatan mental kerana dos ubat antisawan dalam darah perlu diambil sekiranya

serangan semakin kerap. Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang cacat

dalam populasi adalah sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit sawan, nilai ini bertambah

menjadi sekitar 6-8%. Risiko ini juga berkait dengan jenis ubat antisawan yang

digunakan. Di antara jenis-jenis lazim kecacatan bayi adalah seperti:

1. Sumbing bibir serta lelangit pada mulut.

2. Keabnormalan tiub neural, contohnya spina bifida.

3. Bayi yang rendah berat kelahirannya

4. Kepala kecil

5. Ketandusan dari segi tumbesaran serta perkembangandarah

8. Masalah sawan pada masa hadapan.

9. Terencat mental

10. Masalah pembekuan darah.

Semasa kelahiran.

Risiko seseorang kanak-kanak untuk menjadi cacat semasa dilahirkan mungkin juga

berpunca daripada kelahiran yang tidak cukup bulan,berat badan kurang daripada 2.5

kg , bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan, mungkin mengalami

kecacatan mental selepas dilahirkan. Begitu juga kanak-kanak yang menghidap

penyakit kuning ( jaundis ).Kandungan bilirubin yang tinggi boleh merosakkan otak.

Kanak-kanak juga boleh mengalami kecacatan otak kerana kekurangan oksigen

Page 27

semasa dilahirkan atau terlambat lahir dalam tempoh masa yang ditetapkan, lantaran

itu para doktor terpaksa menggunakan alat perubatan alternative seperti penggunaan

vakum dan forsep

Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitukepala keluar dahulu. hanya

sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau

melintang (tranverse lie).Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa

sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau

kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi

akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Punca Bayi Songsang

Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra

matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar,

bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan

seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh

dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan faktor

kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan

(oligohidramnios)

Selepas kelahiran.

Kadangkala kanak-kanak mengalami asphysia sewaktu dilahirkan,iaitu masalah

kesukaran bernafas seperti penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai

ke otak. Kanak-kanak juga boleh mengalami gegaran otak yang serius, akibat pernah

digoncang dengan kuat ( shaken baby syndrome ) semasa bayi atau kerap jatuh

daripada buaian atau tempat tinggi. Kemalangan jalan raya turut menyumbang kepada

kecederaan otak ,kesan hentakan yang kuat pada bahagian kepala. Penyakit lain

seperti demam panas yang terlampau tinggi, ketumbuhan pada otak dan jangkitan

Page 28

kuman seperti enchepalitis dan meningitis juga boleh menyebabkan kanak-kanak

menjadi lembam dan lambat pertumbuhan mental dan fizikalnya.

GENETIK.

Walaupun hubung kait di antara masalah genetik dengan masalah pembelajaran masih

lagi menjadi pertikaian, namun kelewatan perkembangan kanak-kanak juga kadangkala

berpunca daripada genetic kedua ibu bapanya atau salah satu. Menurut Safani,Mohd

Mokhtar dan Abdullah ( 2006 ),para penyelidik telah mendapati bahawa kira-kira 35 –

45 % kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapa

yang juga mempunyai masalah membaca. Penemuan yang sama juga didapati bagi

kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan ( Lewis 1992 ), dan juga masalah

ejaan ( Schulte-korne,Diemel,Muller,Gutenbrunner dan Remschmidt,1996 ).hasil

beberapa kajian jelas membuktikan bahawa kembar monozigot ( kembar seiras )

menghadapi masalah membaca jika kembanya itu menghadapi masalah yang

sama.Menurut Gargiulo ( 2006 ) , ini memperkukuhkan lagi hipotesis bahawa masalah

pembelajaran mempunyai kaitan dengan genetik.

KETIDAK SEIMBANGAN BIOKIMIA.

Ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan dikatakan boleh menjadi punca

kepada masalah hiperaktif yang boleh mengakibatkan kesukaran member tumpuan ke

atas kerja sekolah.kekurangan vitamin menyebabkan masalah pembelajaran ,andainya

berlebihan dan makan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan ia boleh menjadi racun

dan memudaratkan pelajar. Kesan pengambilan ubat pada peringkat trimester pertama

boleh menganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain.Masalah

timbul selepas anak itu dilahirkan, apabila proses metobolisme ubat disingkirkan melalui

buah pinggang bayi yang belum matang .Penggunaan bahan-bahan pengawet

makanan berlebihan dan asap-asap gas yang dilepaskan oleh kilang boleh

menyebabkan kecacatan bayi.Semasa mengandung para ibu dilarang melakukan

Page 29

sinaran x-ray kerana ia juga akan menjejaskan kandungan .Kajian menunjukkan ibu

yang terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda berkemungkinan

mempunyai anak yang menghidap leukemia.amalan atau cubaan mengugurkan anak

dengan cara tradisional seperti makan akar kayu,jamu, tapai dan pil-pil daripada doctor,

turut menjadi penyumbang kepada kerosakkan pertumbuhan janin serta kecacatan

organ bayi, sekiranya perbuatan tersebut gagal dilaksanakan.

PERSEKITARAN.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran yang serba kekurangan

kerana kemiskinan boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran kanak-

kanak.Bagi keluarga yang miskin ,mungkin tidak dapat menyediakan makanan yang

mencukupi, tempat tinggal yang sesuai dan lain-lain keperluan untuk perkembangan

sosial dan kognitif anak yang sihat. ( hill 2001 ) dan ( Wan Sofiah Meor Othman 2007 ).

Kadangkala masalah pembelajaran juga merujuk kepada bagaimana guru-guru

meningkatkan kebolehannya sebagai guru.Bagi ibu bapa pula, bagaimana ia

memberikan bimbingan dan sokongan kepada anak-anak mereka.Rancangan di

sekolah kebanyakannya memberikan tumpuan seratus peratus kepada anak-anak

sederhana dan cerdik.Dalam situasi seperti ini, kana-kanak merasakan dia akan gagal

dalam hidupnya,cita-citanya tidak diendahkan,terbantut dan dimusnahkan.

LAIN-LAIN FAKTOR.

Ketika berusia 35 tahun ke atas para ibu tidak digalakkan mengandung kerana risiko

melahirkan bayi yang cacat syndrome down,cerebral palsy dan sebagainya.walaupun

fakta ini masih lagi belum dapat dibuktikan dengan bukti yang kukuh, namun para

doktor sering menasihatkan kepada ibu yang mengandung pada usia lewat agar

menjaga kesihatan diri, kerana semakin berusia semakin merosot tahap kesihatan

mereka.

Page 30

1.5 IMPLIKASI MASALAH PEMBELAJARAN.

Implikasi kepada pendidikan.

a. Deklerasi-deklerasi antara bangsa merupakan penyumbang terbesar kepada

perkembangan pendidikan khas di Malaysia iaitu;

- Deklerasi ini menghasilkan ‘ Peraturan-peraturan Standard Mengenai

Persamaan Peluang –Peluang Pendidikan Untuk Orang Kurang Upaya

(1993).

- Negara-negara dunia digesa memastikan bahawa pendidikan orang kurang

upaya dimasukkan dalam system pendidikan negara-negara masing-masing.

- Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti mempunyai akses di

sekolah-sekolah biasa yang menerima mereka dengan pedagogi yang

berpusatkan murid dan mampu memenuhi keperluan mereka.

- Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan inklusif merupakan cara yang

paling berkesan untuk menentang sikap-sikap diskriminasi,membentuk

komuniti yang menerima,membina masyarakat yang inklusif dan memenuhi

pendidikan untuk semua.

- Pendidikan inklusif diperkenalkan di Malaysia bagi murid-murid pendidikan

khas.

b. Penggubalan Akta Pendidikan 1996.

- Penghasilan Falsafah Pendidikan Khas.

- Penglibatan ibu bapa.

Page 31

Implikasi kepada kebajikan.

a. Pemberian insentif dan elaun kepada semua kumpulan OKU.

b. Penglibatan ibu bapa.

c. Sokongan moral dari pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan.

Implikasi kepada perkhidmatan.

a. Mewujudkan kolaborasi dari kumpulan pelbagai disiplin.

b. Penyediaan kemudahan,infrastruktur dan peralatan mengikut keperluan

kumpulan OKU.

c. Kepentingan peranan setiap ahli kumpulan pelbagai disiplin.

d. Kerjasama dari pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan.

1.6 MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS UNTUK MURID-MURID BERMASALAH

PEMBELAJARAN.

Amalan untuk berdikari.

Latihan kemahiran kerja perlu diberikan pendedahan kepada murid pendidikan khas.

Matlamat utamanya untuk member kemahiran kendiri,sosialisasi dan kemahiran asas

berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja dibahagikan kepada

tiga bentuk iaitu:

a.latihan dalaman - berbentuk kerja projek

Guru perlu melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.

Page 32

CONTOH;

A. Perkebunan dan penjualan hasil tanaman.

B. Aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim,biskut,kek dan lain-lain.

C. Memelihara ikan,burung dan lain-lain.

D. Latihan kerja yang melibatkan pihak luar atau kerja luar.

Maksudnya mendapatkan barangan dari luar ( kilang ) untuk pembungkusan

(assemble) dalam waktu persekolahan.Membuat barangan yang

tertentu,contohnya hasil kraftangan murid seperti batik,bunga telur dan lain-lain

untuk dijual.

b. Latihan kerja sebenar.

Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta,

mendobi dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempat

sebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.

Keusahawanan / kerjaya..

Fungsi bengkel terlindung adalah untuk member pengalaman,latihan,penilaian dan

pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas.terdapat bengkel terlindung yang

beroperasi sendiri ( dibawah pengurusan sekolah ) atau yang mempunyai perjanjian

dengan agensi yang member perkhidmatan berkaitan kerjaya.Bengkel terlindung tidak

mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja

individu,menanam minat,memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-

personal.

Di bengkel terlindung perlu ada :

a. Penilaian kemahiran vokasional.

b. Latihan bekerja secara umum atau khusus.

c. Memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas.

Page 33

d. Peluang berekreasi.

e. Perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan.

f. Bekerja dalam jangka masa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain.

Potensi diri.

Kanak-kanak istimewa boleh dilatih dan dididik untuk memperkembangkan potensi

diri. Potensi diri yang ditunjukkan mengambil masa yang panjang dan memerlukan

kesabaran untuk menguasainya. Beberapa jenis potensi diri yang boleh dikuasai

oleh murid-murid istimewa ialah:

a. Melakukan kerja amal.

b. Mengembangkan bakat.

c. Perkembangan fungsi diri.

- Perkembangan psikomotor.

- Perkembangan kognitif.

- Peningkatan sosialisasi.

- Peningkatan akademik.

- Perkembangan komunikasi.

- Pengurangan masalah tingkah laku.

Page 34

Tajuk 2: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Definisi Perkembangan.

Bersifat kualititatif, tersusun bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula

semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organism hasil dari kombinasi

pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi,

mental dan sosial.

2.1 Peringkat perkembangan:

1. Peringkat bayi 0-2 tahun.

Kadar pertumbuhan lambat seperti merangkak, berjalan, mengeluarkan bunyi-

bunyi suara , lambat bercakap dan bertutur. Kurang kemahiran kawalan motor,

motor halus dan motor kasar seperti tidak boleh memegang objek dengan kuat.

2. Peringkat awal kanak-kanak 2 – 10 tahun

Kurang kawalan motor halus dan kasar dan penguasaan kemahiran. Kadar

pertumbuhan lambat dan tidak boleh berinterksi dengan baik dengan rakan

sebaya serta suka mengasingkan diri. Memerlukan perhatian dan kasih sayang

serta motivasi. Lemah kemahiran kooedinasi mata dan tangan. Bersikap agresif,

pasif dan hyperaktif, kurang tumpuan serta kurang kemahiran urus diri.

3. Awal remaja 11- 14 tahun

Berlaku perubahan fizikal, mula menunjukkan minat untuk bersosial. Tidak dapat

membezakan perkara yang baik dan buruk. Melihat dan menilai sesuatu

mengikut pandangan sendiri. Sukakan kebebasan dan tidak suka dikawal serta

tidak boleh membuat keputusan sendiri dan sangat bergantung kepada orang

lain.

Page 35

4. Remaja 15 – 20 tahun.

Perkembangan fizikal dan mental yang lambat dan perlahan. Sangat mudah

dipengaruhi oleh persekitaran. Menunjukkan perasaan rendah diri yang menebal,

kurang keyakinan diri , lambat matang serta mudah dipengaruhi oleh

persekitaran.

2.2 PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN PERKEMBANGAN DENGAN

KANAK-KANAK NORMAL.

KANAK-KANAK NORMAL KANAK-KANAK BERMASALAH

Bayi 0-2 tahun.

Boleh mengecam suara,

bunyi,member tindakbalas,

tersenyun,membalas sentuhan

dan menggenggam.

Kemahiran motor kasar dan

motor halus meningkat.

Tahap pertumbuhan dan

perkembangan berlaku

mengikut umur.

Bayi 0-2 tahun

Kadar pertumbuhan lambat

seperti merangkak, berjalan,

bercakap da bertutur.

Kurang kawalan kemahiran

motor halus dan kasar.

Tahap pertumbuhan dan

perkembangan tidak mengikut

umur hayat.

Awal kanak-kanak 2-10 tahun.

Pertumbuhan cepat seiring

dengan umur.

Pandai berdikari dan mengurus

diri sendiri.

Kawalan motor dan

penguasaannkemahiran cepat

dikuasai.

Kemahiran berinteraksi dan

komunikasi

Boleh member tumpuan

Awal kanak-kanak 2-10 tahun

Kadar pertumbuhan lambat.

Memerlukan lebih perhatian

dan kasih sayang.

Kawalan motor lambat dikuasai

Sukar bergaul, mengasingkan

diri.

Lemah koordinasi mata tangan

Agresif, pasif dan hyperaktif.

Kurang kemahiran urus diri.

Awal remaja 11-14 tahun Awal remaja 11-14 tahun

Page 36

Perubahan fizikal yang

seimbang dan ketara

Pandai bersosial

Dapat membezakan perkara

yang baik dan buruk

Boleh membuat keputusan ,

rumusan dan menilai sesuatu.

Perubahan fizikal tidak

seimbang dengan umur.

Tidak dapat beza yang baik

dan buruk

Melihat sesuatu dengan

pandangan sendiri.

Mula minat untuk bersosial.

Remaja 15-20 tahun

Perkembangan fizikal dan

mental yang optimum

Emosi yang stabil

Citarasa dan keyakinan yang

tinggi

Matang dan tidak suka

bergantung kepada orang lain

Boleh menentukan hala tuju

dan membuat keputusan

sendiri.

Remaja 15-20 tahun

Perkembangan fizikal dan

mental lambat

Mudah dipengaruhi oleh

persekitaran

Kurang keyakinan diri

Perasaan rendah diri yang

menebal

Suka kebebasan dan sukar di

kawal.

Tidak boleh memberi

keputusan.

Aspek Pertumbuhan Perkembangan

Jasmani Pertumbuhan saiz, berat, gigi Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat

Mental Bertambah keupayaan berfikir Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis

Emosi Perasaan seronok, gembira, sedih , takut

Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu

Sosial Meluaskan perhubungan, Kemahiran mendisiplin dan

Page 37

komunikasi, bergaul dengan orang lain

sesuaikan diri dalam pergaulan

SIAL A

2.3 PERBEZAAN INDIVIDU

Borish dan Tambori 1997….

Variasi yang boleh diperhatikan dalam kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-

ciri tertentu.

Definisi:

Merupakan variasi yang dapat diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan

dari beberapa aspek seprti temperamen, tenaga, pola persahabatan, hubungan

kekeluargaan.

Satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di anrtara

manusia yang berlainan. Variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma

kumpulan sama ada daripada sifat-sifat kognitif, emosi,fizikal dan moral. Tingkah laku

sosial, bakat dan aspek-aspek lain yang mungkin terdapat dalam kalangan individu.

Aspek-aspek perbezaan individu:

Page 38

1) Budaya

2) Sosial

3) System nilai / norma

4) Status sosio ekonomi

5) Aspirasi/motivasi

6) Kecerdasan

7) Gaya kognitif/gaya belajar

8) Emosi

9) Lokasi

10)Kesihatan

11)Bangsa

12)Personality

13)Fizikal

2.3.1 TEORI-TEORI PERBEZAAN INDIVIDU

1) Teori ekologi Bronfenbrenner;

menekankan aspek sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, makro dan

krono Sistem ini berpusat secara kecil kepada besar/ lingkaran dalam

bulatan/ tindanan .

2) Teori Arnold Gessel

Fokuskan kepaa baka sebagai penggerak utama dalampekembangan

individu. Beliau percaya bahawa kematangan fizikal pentinga alam

kelancaran proses pembelajaran. Kebolehan anak akan muncul mengikut

perkembangan dan kematangan masing-masing.

Ia juga mengikut urutan dan pola tertentu. Maka perkembangan tingkah

laku tidak dapat diramalkan.

3) Teori Havigurst

Tugas perkembangan bermaksud jangkaan han harapan ibu bapa dan

masyarakat .

Page 39

4) Teori Psikososial Erikson

Seseorang kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan dalam kidup

yang penuh dengan krisis. Sesorang perlu melalui krisis pada tahap-tahap

tersebut.

2.3.2 Perbezaan dari aspek Kognitif:

Galton(1865), Goddard(1890),Newman(1937), dan Sheldon(1962) telah

membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan

intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.

Menaakul, berfikiran logik, kebolehan bergaul, mengira dan berimaginasi.

Setiap individu berbeza dari segi kecerdasan, keupayaan mental, dan cara

individu mengadaptasi kepada persekitaran serta penyesuaian seseorang

dengan persekitaran baru.

Umur mental tidak sama dengan umur hayat.

Perbezaan dari aspek Bahasa

Murid yang menggunakan bahasa yang pelat dan sukar difahami akan

ketinggalan jika dibandingkan dengan murid-murid yang menggunakan bahasa

yang betul.

Bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang akan mempengaruhi

perkembangan bahasa kanak-kanak.

Perbezaan dari aspek Psikomotor

Setiap murid berbeza dari segi fizikal, tinggi – rendah, warna kulit, saiz.

Tiada dua orang yang sama kecuali mereka yang kembar seiras.

Perbezaan dari aspek Afektif

Murid murid yang ceria dan bersedia untuk belajar akan lebih mudah menerima

pelajaran yang murung, suka memendam perasaan dan mrendah diri.

Persekitaran di rumah juga mempengaruhi emosi kanak-kanak.

Page 40

Perbezaan dari aspek Personaliti

Ekstrovert – periang , petah bercakap , suka berkawan, mudah menyesuaikan

diri, bersifat kembara, meminati aktiviti luar dan tahan lasak.

Introvert – pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam penulisan, sensitive

dan berhati-hati dalam membuat tindakan.

Ambivert- kombinasi ciri-ciri ekstrovert dan introvert.

2.3.3 Implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran

Kesediaan belajar – setiap kanak kanak mempunyai tahap kecerdasan yang

berbeza. Ini bermakna kesediaan belajar juga adalah berbeza. Guru perlu

mempertimbangkan bagi mengelakkan berlaku keciciran.

Penentuan objektif dan aras pengajaran – Menentukan objektif yang sesuai dan

berbeza mengikut tahap keupayaan dan kebolehan kanak-kanak dengan

pelbagai aktiviti yang mengikut aras murid supaya yang lemah tidak ketinggalan.

Kewujudan pola tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru- Peka kepada

keperluan pelbagai tingkah laku yang distruktif dan hiperaktif supaya tidak

menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar –mengesan gaya kepelbagaian

belajar kanak-kanak yang berbeza-beza sesuai dengan bahan dan aktiviti yang

dijalankan.

Perbezaan personaliti pelajar ( pendiam, dan ceria, bising dan ramai kawan)-

Pelbagai personality boleh mendatangkan masalah jika kanak-kanak tidak dapat

menyesuaikan diri dan bekerjasama dalam kumpulan.

2.3.4 Peranan guru menghadapi Perbezaan Individu

Page 41

Pemilihan kaedah kumpulan – membentuk aktiviti mengikut kaedah kumpulan

berdasarkan tahap keupayaan murid. Secara tidak langsung akan memudahkan

guru menyediakan latihan dan aktiviti serta rekod kemajuan murid .

Program pengayaan dan pemulihan – mudah bagi guru menyediakan latihan dan

bahan mengikut kumpulan murid, pengayaan untuk kumpulan yang cerdas dan

pemulihan untuk kumpulan yang lemah.

Pengajaran terancang/ modul/ bahan Multimedia-penyediaan bahan bagi

pelbagai kumpulan agar murid dapat memahami objektif pengajaran

Pembelajaran koperatif – Aktiviti pembelajaran dijalankan dalam kumpulan di

mana murid yang cerdas akan membantu murid yang lembab kerana prestasi

murid yang lembab akan membantu markah dalam kumpulan. Ini kerana

pembelajaran dalam kumpulan dengan rakan sebaya lebih berkesan dari guru.

Peneguhan positif dan negatif –Guru perlu member peneguhan yang positif pada

setiap perlakuan yang disukai dengan serta merta, dan peneguhan yang negatif

pada setiap perlakuan yang tidak disukai supaya murid dapat membuat

perbandingan serta membaiki kepada tingkah laku yang lebih baik.

Agihan tugas mengikut minat dan keupayaan –Latihan dan tugasan yang sesuai

dengan tahap keupayaan murid bagi menggalakkan murid berfikir dan

berkembang mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid.

Kepelbagaian Bahan bantu mengajar – Bahan bantu mengajar akan dapat

merangsang minda murid dan dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Pencarian dan penyampaian maklumat memberikan banyak pengetahuan

kepada murid-murid.

Kepelbagaian Bentuk penilaian –Penilaian kertas dan pensil tidak dapat

menggambarkan kecerdasan yang sebenar, pelajar boleh dinilai semasa

menjalankan aktiviti melalui hasil kerja, buku skrab, projek dan sebagainya.

Page 42

Pengajaran semuka/ individu- Bimbingan dan latihan yang dijalankan secara

individu sesuai dengan tahap keupayaan murid. Bahan-bahan dan model

digunakan memberikan keseronokan kepada murid.

Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran- Pelbagai teknik dan kaedah

yang dipelbagaikan akan menarik perhatian murid dan motivasi menjalankan

aktiviti dan penglibatan dalam pembelajaran.

TAJUK 3: KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

3.0.Pengenalan

Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ialah golongan murid yang

dikenalpasti dan disahkan oleh Pengamal Perubatan  sebagai mengalami kecacatan

yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan

mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan berikut:

Kognitif

Tingkahlaku sosial / perkembangan sosial

Penguasaan bahasa lisan / pertuturan

Page 43

Penguasaan membaca

Kemahiran perkembangan (development skills)

Kemahiran matematik

3.1. Kanak-kanak bermasalah emosi atau tingkah laku

Kanak-kanak tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini. Disebabkan oleh

perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku.

Kanak- kanak ini berisiko mengalami kemurungan berpunca dari pengalaman tekanan

perasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga, kehilangan seseorang yang

disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat, keluarga yang mempunyai sejarah

penyakit kemurungan dan mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) pada

zaman kanak-kanak.

3.1.1. Definisi dan punca masalah emosi atau tingkah laku

Masalah emosi ialah merupakan gangguan perasaan yang berlaku kepada

individu sehingga mengganggu aktiviti kehidupan seharian. Mengikut pendapat Twiford,

1979, masalah emosi ialah tingkah laku yang menganggu pertumbuhan perkembangan

normal kanak-kanak , dipetik dari buku Ang Huat Bin (1999).  Kerap kalinya tingkah laku

yang tidak normal dapat kita lihat dari segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian

emosi dan pelakuan sosial kanak-kanak tersebut.  Menurut Herbert (1974) dan buku

Ang Huat Bin (1999), masalah emosi ialah manifestasi yang berbagai-bagai seperti

penarikan diri, pengantungan diri kepada orang lain, kekuatan, masalah kencing

malam, mencuri, agresif, malas dan kurang pencapaian akademik.

           

Page 44

Secara umumnya, ciri-ciri asas gangguan emosi ialah keresahan yang dianggap

keterlaluan.  Keresahan ini mungkin tidak ditunjukkan secara terbuka. Gangguan ini

sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang kebanyakkanya disebabkan reaksi

terhadap tekanan daripada alam persekitaran (Kasmini Kassim, 1992). Secara

khususnya dapatlah dikaitkan bahawa emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi

tingkah laku seseorang murid. Situasi ini akan member gambaran bahawa jika murid

pendidikan khas mengalami masalah seperti merajuk, ia akan memperlihatkan tingkah

lakunya seperti mendiamkan diri atau mengasingkan diri.

Masalah emosi dan tingkah laku boleh wujud bersama dengan ketidakupayaan lain

contohnya, ketidakupayaan pendengaran, masalah pembelajaran, autisme dan

sebagainya.

Kategori ini mungkin merangkumi kanak-kanak atau remaja yang menghidapi

‘schizophrenia’, masalah afektif, masalah kebimbangan (anxiety) atau masalah tingkah

laku lain bila ia memberi kesan buruk kepada perlakuan pendidikan.

3.1.2.Punca masalah emosi dan tingkah laku

Aspek masalah emosi:

1.  Faktor genetik atau baka

     Menurut Kasmini Kassim (1992: 28), faktor genetik boleh menerangkan

sebahagian     gangguan emosi walaupun pada zahirnya belum boleh dipastikan

lagi.  Gangguan obsesif kompulsif, sindrom Gilles de la Tourette dan tik kronik boleh

dikaitkan dengan faktor genetik.  Ada kanak-kanak yang cepat naik radang dan ada

pula yang cepat rasa gelisah.  Ini mungkin berlaku disebabkan temperamen kanak-

kanak yang semulajadi.  Keadaan ini boleh juga disebabkan oleh cara bagaimana

ibu bapa mendidik anak-anak.

Page 45

2.   Faktor persekitaran

       Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi

perasaan dan emosi kanak-kanak.  Keluarga adalah yang paling rapat dengan

kanak-kanak.  Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarganya yang menghadapi

tekanan, keresahan, kerunsingan atau ketegangan akan memberi pengaruh yang

besar kepada kanak-kanak.  Kawalan yang keterlaluan kepada anak-anak atau

terlalu bebas boleh memberi kesan yang sama.  Jika kanak-kanak tidak mendapat

jaminan keselamatan dalam keluarga, akan menyebabkan dia sentiasa berasa

terancam apabila berhadapan dengan dunia luar.

      Pertelingkahan dan perceraian dalam keluarga juga akan menyebabkan kanak-

kanak hilang kasih sayang dan rasa diabaikan, sekaligus menganggap ibu bapanya

sebagai satu ancaman kepada mereka.  Tekanan yang sedikit dan terus bertambah

akhirnya mewujudkan satu gangguan emosi yang kritikal.  Suasana sekolah juga

turut memberi kesan yang besar, wujudnya masalah ini.  Pencapaian yang rendah

dalam akademik menyebabkan kanak-kanak rasa rendah diri dan kurang yakin pada

diri sendiri.  Ejekan dari rakan sebaya mengenai kekurangan dirinya misalnya

gemuk dan sebagainya, membuatkan kanak-kanak ini rasa disingkirkan dan tidak

berguna lagi.

3.   Faktor penyakit fizikal atau kecederaan

       Penyakit fizikal dan kecederaan boleh menimbulkan gangguan emosi dengan 3

cara :

1.Kanak-kanak yang menghidap penyakit lelah/asma.  Mereka akan rasa takut

setiap kali diserang penyakit ini, mereka takut untuk dirawat di hospital atau takut

akan mati.  Perasaan yang menyelubungi diri mereka ini akhirnya menjadi satu

tekanan yang berat dalam diri mereka.

Page 46

2.Sikap ibu bapa yang terlalu bimbangkan akan kesihatan anak mereka.  Ibu bapa

terlalu resah dan cuba melindungi anak mereka setiap saat sampai ke tahap

yang keterlaluan, menyebabkan kanak-kanak rasa terkongkong.  Kadang kala

keadaan ini menyebabkan anak menjadi terlalu manja, tidak tahu berdikari,

sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan kurang keyakinan diri.

3.Bentuk fizikal kanak-kanak.  Kanak-kanak yang mempunyai bentuk badan yang

ganjil atau mempunyai kecacatan fizikal akan selalu diperhatikan orang lain dan

sering diejek oleh rakan.  Ini akan menimbulkan perasaan malu dan rendah diri

dalam kalangan kanak-kanak ini.  Contohnya tubuh badan yang gemuk, gigi

jogang, pendek dan sebagainya.

 

3.1.3.Aspek masalah tingkah laku

Masalah tingkah laku berpunca daripada berbagai faktor yang bertindak antara satu

sama lain.  Secara ringkas, sebab-sebabnya bolehlah dibahagikan kepada 4 faktor  :

 

1.  Faktor juzukan (konstitusi)

1.1.Faktor baka

Menurut Kasmini Kassim (1992), faktor baka boleh sedikit sebanyak

mempredisposkan seseorang kepada gangguan ini.  Ini adalah berdasarkan

kajian yang dijalankan kepada kembar-kembar dan anak angkat kerana

seseorang itu boleh dipredisposkan kepada jenayah, namun bukti ini tidak terlalu

jelas dalam kalangan kanak-kanak.

1.2.Kecelaruan kromosom

Page 47

Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kromosom yang mempunyai

risiko yang tinggi untuk menjadi kanak-kanak Sindrom Down.  Oleh itu kanak-

kanak ini akan menunjukkan masalah tingkah laku dan emosi. 

1.3.Kerosakan atau penyakit semasa dalam kandungan

Janin yang terganggu perkembangan semasa dalam kandungan disebabkan

penyakit atau kecederaan.  Contohnya jangkitan kuman, virus, penyakit

berjangkit dan sebagainya.

1.4.Kecederaan semasa bersalin

Kecederaan  pada otak atau koma yang berpanjangan kerana susah semasa

proses hendak melahirkan anak.  Contohnya seperti bersalin dengan

menggunakan kaedah forcep, vakum dan sebagainya.

1.5.Kelahiran tidak cukup bulan

Kanak-kanak ini perlu diberi rawatan intensif selepas dilahirkan oleh itu mereka

terpaksa dipisahkan dari ibu mereka selama beberapa bulan.  Ini boleh

menjejaskan perhubungan emosi di antara ibu dan anak. Perpisahan ini boleh

menwujudkan masalah emosi dan tingkah laku kanak-kanak di kemudian hari.

2.  Faktor Penyakit dan Kecederaan

            Kanak-kanak yang menghadapi penyakit yang melibatkan bahagian otak, lebih

berisiko tinggi menunjukkan gangguan tingkah laku.  Keadaan begini sering berlaku

dalam kalangan kanak-kanak yang menghidapi penyakit epilepsy dan juga kanak-

kanak yang mempunyai tahap kecerdasan otak yang rendah.  Ada juga kecederaan

atau kemalangan yang berlaku  kepada kanak-kanak tersebut sehingga

meninggalkan atau memberi kesan terhadap emosi dan tingkah lakunya. 

Contohnya, kanak-kanak terbabit terlibat dalam kemalangan jalan raya dan

memdapat kecederaan di kepala atau anggota yang lain.  Ini akan memberi kesan

Page 48

yang mendalam dalam jiwa dan perasaan kanak-kanak tersebut, jika ia tidak

dibendung atau mendapat rawatan yang sewajarnya menyebabkan timbulnya

masalah tingkah laku dalam diri kanak-kanak tersebut. 

3.  Faktor Persekitaran

      a)  faktor dalam keluarga

o ·Kurangnya keharmonian dalam keluarga, timbulnya ketegangan dan

pertelingahan dalam keluarga tersebut. Contohnya,  ibu bapa yang selalu

bertelingkahan di hadapan anak-anak,  ibu bapa yang bercerai dan tidak

ada persefahaman antara ibu bapa dengan anak-anak atau

ketegangan/pertelingkahan dalam kalangan adik beradik.

Kanak-kanak yang sering berpindah tangan dari satu keluarga ke satu keluarga

yang lain atau dari satu pengasuh kepada pengasuh yang lain.  Sepatutnya

kanak-kanak mempunyai keluarga yang tetap.  Kadangkala bila wujudnya

masalah atau bencana dalam keluarga, kanak-kanak terpaksa dipelihara oleh

orang lain.  Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat

menikmati pengalaman pembelajaran yang konsisten yang diperlukan untuk

pergaulan mereka.  Mereka juga berasa sukar untuk merapatkan diri kepada

keluarga baru dan sukar mendapat kasih sayang sepenuhnya.  Kanak-kanak ini

juga sukar untuk merapatkan diri dengan seseorang yang boleh dijadikan

sebagai contoh.

Ibu dan bapa yang sibuk, sering tiada di rumah bila anak-anak memerlukan

mereka, menyebabkan kanak-kanak rasa bagai tersisih dan hilang kasih sayang.

Mereka bebas melakukan apa saja untuk melepaskan perasaan tertekan dan

kesunyian yang dialaminya tanpa kawalan ibu bapa.

Tidak ada persefahaman antara ibu bapa dengan anak-anak.  Ibu bapa sering

kali tidak memahami perasaan dan kehendak anak-anak, menyebabkan

Page 49

timbulnya konflik dalam perhubungan mereka.  Selalunya keadaan ini akan

mewujudkan satu situasi yang negatif dalam diri anak-anak. Ada sesetengah ibu

bapa yang terlalu mengongkong anak-anak sehingga anak-anak rasa sangat

tertekan dan seterusnya memberontak.  Ada pula ibu bapa yang terlalu

membebaskan atau memberi kebebasan yang melampau sehinggakan anak

tersebut tak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

o Keluarga yang terlalu besar atau ramai sehinggakan anak-anak tidak

terjaga atau terbiar untuk menjalani kehidupan sendiri atau berdikari tanpa

pengawasan ibu bapa.

o Kedudukan atau status ekonomi yang rendah juga menjadi faktor

berlakunya gangguan tingkah laku pada kanak-kanak.  Kemiskinan hidup

menyebabkan kanak-kanak mencari jalan sendiri untuk merasai

kemewahan yang diimpikan mereka.

o ·Sikap ibu bapa yang tidak dapat dijadikan satu contoh atau ‘role model’. 

Kadangkala ibu bapa bersikap tidak konsisten dalam sesuatu peraturan

atau disiplin yang dibuat , samada terlalu ketat, longgar atau tidak tetap

pendiriannya.

· Kurang penekanan disiplin dan adab dalam keluarga.  Contohnya

tidak ada peraturan tetap mengenai rancangan atau aktiviti harian

anak-anak seperti waktu makan, belajar, menonton, bermain dan

sebagainya.

· Kanak-kanak kurang diberi ganjaran yang berkesan.  Maksudnya di

sini ialah menunjukkan tindak balas yang berlainan setiap kali satu

tingkah laku yang buruk atau yang baik di lakukan oleh anak. 

Kegagalan ibu bapa menunaikan janji-janji hukuman atau janji-janji

ganjaran mengikut tingkah laku mereka juga menyebabkan anak-

anak hilang kepercayaan dan rasa hormat mereka kepada orang

tua.

Page 50

           b)  faktor rakan sebaya

Kanak-kanak sering terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya.  Oleh

kerana mereka mahu diterima dalam kumpulan rakan sebaya, maka mereka

sedia mengikut sikap dan rentak kumpulan tersebut walaupun bersifat

negatif.

 

d)faktor sekolah/guru

            Kanak-kanak yang sering berpindah sekolah tidak dapat menyesuaikan

diri dan sering menunjukkan gangguan tingkah laku, terutama sekali di sekolah

yang ada pengaruh unsur-unsur buruk.  Sikap guru yang tidak peka dan tidak

memahami masalah pelajar juga memburukkan lagi keadaan kanak-kanak.

 

e)Sosial penolakan oleh rakan sebaya

Penolakan rakan sebaya atau pun dengan kata lain, tidak di terima dalam

kumpulan rakan sebaya.  Situasi ini akan mengakibatkan kanak-kanak rasa

tertekan dan membuat tingkah laku di luar kawalan untuk menarik perhatian.

3.1.3 .Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku

1.Kelakuan

o Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan

o Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan

Page 51

o Terpinggir / terasing

o Marah dan suka bermusuh

o Hubungan yang tegang

o Kerapkali tidak hadir ke sekolah

o Hendak lari dari rumah

o Kelakuan yang merosakkan diri sendiri

2. Perasaan /Emosi/Pemikiran

o Perasaan tidak puas hati

o Kurang tumpuan

o Kurang keyakinan diri

o Rasa diri tidak berguna

o Bosan

o Tertekan kerana disingkir

o Cepat marah

3. Perubahan Fizikal

o Kurang tahap tenaga kecerdasan

o Perubahan masa tidur atau makan

o Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya

o Perubahan berat badan

Di bawah ini disenaraikan secara ringkas ciri kanak-kanak yang menghadapi masalah

emosi  :

·Emosinya kurang matang.

·Kanak-kanak ini sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan tidak tahu untuk bergaul

dengan kanak-kanak lain.

Page 52

·Hidup mereka penuh dengan kebimbangan kerana takut akan kehilangan keluarga,

mati atau ditimpa bencana.

·Sukar untuk tidur, tidur mudah terganggu kerana sering bermimpi dan mengigau.

·Tumpuan fikiran mereka mudah terjejas dan mereka mudah dipengaruhi oleh apa

yang berlaku di sekeliling mereka.

· Hilang selera makan, rasa loya, sakit perut, cirit birit, muntah, pening kepala, mulut

rasa kering dan rasa hendak pitam.

· Tapak tangan terasa seram sejuk dan berpeluh.

·Kerap kencing dan gagal mengawal kencing pada waktu malam atau siang.

3.1.4. Pertimbangan pendidikan

Murid yang bermasalah emosi atau tingkah laku perlu diberi cara yang betul untuk

memperbetulkan kesalahan bukannya didenda.

Guru perlulah merangsang dan mengajar tingkah laku yang bersesuaian agar

tingkah laku yang negatif itu dapat dikurangkan secara beransur-ansur. Contonhnya

tingkah laku yang suka mengambil barang kawan.

Pengajaran guru perlu disokong dengan ganjaran apabila menunjukkan tingkah laku

positif. Contohnya guru memberi tepukan / pujian setelah murid yang melakukan

tugasan dengan kemas. Ganjaran ini tidak semestinya pada tingkah laku tetapi pada

penampilan diri murid yang positf sebagai tanda menghargai diri mereka. Contoh Cikgu

Salmah memuji Amir yang berambut pendek.

Page 53

Guru kerap berinterkasi dan melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran. Guru

memberi perhatian dengan cara memberi peluang murid menjawab dulu soalan yang

diberi. Ini sudah tentu memberi perangsang kepada murid untuk belajar dengan tekun.

Murid juga diberi cara untuk mengawal diri dengan kaedah pemantau kendiri atau

guru akan memantau tingkah laku murid dengan cara merekod. Kemudian guru akan

maklumkan berapa kali tingkah laku yang negatif itu diulang.

3.2. Kanak-kanak Autism

Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia

merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15

setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah

komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini menggalakan murid

autisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untuk

memberi peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai

semua aktiviti yang terdapat di sekolah.

Biasanya sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan

jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli

penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun,

penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak di ketahui lagi walaupun ada bukti yang

menyokong sebab-musabab yang pelbagai

( Bauserman, 1981).

Page 54

Autisma dapat dikesan menerusi masalah dari segi perkembangan yang melibatkan interaksi

sosial,ramai murid dalam situasi tersebut tidak dapat menunjukkan potensi sebenar.Menurut

Simpson(2001 ) kanak-kanak dan belia autisma merupakan sebahagian kumpulan yang unik

bilamana dibandingkan dengan kanak-kanak berketidakupayaan yang lain.

3.2.1. definisi dan punca autisma

Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang

bererti aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang menyebabkan

kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisma adalah kategori

ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial,

gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.

Punca berlaku autisma

Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme

membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap

dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

1.kerosakan otak

Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian

otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normal

kerana ada yang lebih besar.

2.Genetik

Kecelaruan autistik boleh diwarisi.

3.Komplikasi semasa kandungan

Page 55

Dalam kes tertentu autism dikaitkan dengan gangguan semasa atau selepas mengandung,

termasuk

· Kekurangan oksigen semasa kelahiran

· Keracunan thalidomide

· Rubela kongenital

· Encephalitis

· Measles-campak

· Mum-Begok (Chess, Korn, & Fernandez, 1971).

Kedudukan anak juga ada kaitan iaitu:

· Anak pertama daripada dua anak dlm sekeluarga

· Anak keempat atau seterusnya bagi yg anak lebih daripada empat orang (Mesibov et al.,

1997)

4.faktor pemakanan yang tidak seimbang dan berkhasiat

Pemakanan yang seimbang merupakan saranan yang terbaik untuk menjamin kandungan yang

bakal lahir tidak bermasalah. Kebiasaannya ibu yang mengandung akan mengalami alahan

yang teruk dan ini menyumbang kepada pemilihan makanan yang tidak sihat dan berkhasiat.

Contohnya kekurangan zat besi akan menyebabkan bayi tumbesarannya terbantut.

5.Emosi ibu yang mengandung yang sering murung

Semasa mengandung, ibu dan ahli keluarga perlu memastikan tahap emosi berada dalam

keadaan terkawal. Ini kerana emosi yang terganggu seperti bergaduh dengan suami akan

memberi kesan kepada emosi si ibu untuk bersikap murung dan seterusnya memberi kesan

yang negatif kepasa bayi yang bakal lahir.

6.Kesihatan ibu yang sering terganggu

Page 56

Ibu yang mengandung perlu memastikan kesihatan diri sentiasa terkawal dan dipantau agar

masalah yang dihadapi / penyakit dapat dikesan dan dirawat dengan segera. Kesihatan yang

sering terganggu menyebabkan ibu yang mengandung sukar untuk memberi tupuan kepada

bayi yang dikandung.

7. Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di dalam

kandungan ibunya.Teratogen memberi kesan buruk terhadap kandungan pada 8 minggu

pertama kehamilan.

Di antaranya ialah :

1. Thalidomide

2. Asid Valproik

3. Misoprostol

4. Jangkitan Rubella pada ibu

3.2.2. ciri-ciri kanak-kanak Autisma

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

1.Komunikasi

Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur

Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.

Kurang cerdas semasa bermain

Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain

Ekolalia

Tidak suka bertentang mata dengan orang lain

 

2.Tindak balas sosial

Page 57

Hilang tumpuan dan kurang mimik muka

Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain

Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain

Suka bermain sendirian

Tidak suka bergaul

3.Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan

badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala

Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan

Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran

Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Sukakan rutin

Cederakan diri sendiri

Tidak suka disentuh

Selain dari itu murid Autisma juga bermasalah dari segi:

1. Kerencatan bahasa

2. Masalah kefahaman

3.2.3. Pertimbangan pendidikan

Guru perlu memainkan peranan untuk sentiasa memberi peneguhan positif kepada murid

Autisma. Situasi ini akan merangsang mereka untuk berkomunikasi dan aktif dalam aktiviti

pembelajaran.

Di samping itu juga sebagai guru kelas, murid Autisma perlu diberi peluang untuk membentuk

kemahiran dalam pelbagai situasi. Guru perlu perkenalkan situasi yang berbeza untuk murid

Autisma merasa perbezaan. Ini kerana mereka sukakan rutin. Oleh itu dengan sedikit

Page 58

perubahan yang dibuat, murid akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan

sekaligus mendapat pengalaman serta pengetahuan baru.

Murid Autisma berpotensi dalam akademik. Prestasi mereka diukur melalui pemerhatian dan

diubahsuai jika guru tidak berpuashati.

Kerjsama ibu bapa dan guru dalam kaedah terapi amat memberi kesan kepada kemajuan diri

murid Autisma. Antara kaedah yang dapat digunakan ialah kaedah terapi Floortime iaitu murid

didedahkan ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa. Kaedah Terapi

Pertuturan akan membantu murid Autisma bertutur dengan bahasa dan situasi yang sesuai.

Guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah TEACCH (Training and Education of

Autistic and Related Communication Handicapped) iaitu kaedah yang menggunakan bahan

visual untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran berdikari seperti menyusun pakaian

secara teratur. Kaedah dijelaskan dengan kad gambar secara berperingkat iaitu dari mudah

kepada susah.

3.3. Kanak-kanak Sindrom Down

Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang

pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866

3.3.1. Definisi dan punca Sindrom Down

Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom

nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya

hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.

Punca Sindrom Down

1. Faktor usia ibu

Page 59

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih

tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down.

2.Faktor kromosom yang ganjil

95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh

"non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses

pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di

kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan

"Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom

14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah

kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur

yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma.

3.faktor baka

Salasilah keluarga yang ada Sindrom Down,kebarangkalian untuk mewarisinya adalah tinggi.

3.3.2. Ciri-ciri kanak –kanak Sindrom Down

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik.

1.sifat pada kepala, muka dan leher

Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal

hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut

adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi

lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan

agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.

2.sifat pada tangan dan lengan

Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari

kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan

urat dinamakan "simian crease".

Page 60

3.sifat pada kaki

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan

tapak kaki.

4.sifat pada otot

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi

lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

5.Masalah-masalah yang berkaitan:

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman

terutama sekali jantung dan usus.

6. Pertumbuhan yang lambat.

7. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

3.3.3. Pertimbangan pendidikan

Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan

kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam

semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan

bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh

ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka

lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir

semua pergerakan kasar.

Sebagai guru kelas dan ibu bapa perlulah memberi pendedahan yang teratur dalam

penguasaan bahasa,peningkatan kognitif dan sosial. Guru perlu juga mengajar mereka supaya

dapat menguruskan diri sendiri,membuat latihan senaman untuk menguatkan otot dan

pergerakan.

Selain dari itu, murid Sindrom Down perlu diberi pendedahan mengenai konsep-konsep konkrit

iaitu yang dapat dilihat dan disentuh. Contohnya gambar bola dan bola yang realistik.

Page 61

Murid Sindrom Down juga boleh diajar sesuatu perkara dengan cara yang mudah atau tugas-

tugas yang kecil seperti mengajar mengelap meja. Latihan secara berterusan akan dapat

melatih mereka memahami maksud kebersihan dan cara menjaga kebersihan.

3.4. Kanak-kanak hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD)

3.4.1. Definisi dan punca ADHD

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia

melibatkan 3 jenis kepayahan :

Kurang tumpuan 

Hiperaktif

Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan

seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.

Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di

dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Punca ADHD

Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat

kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh

perkara-perkara berikut:

Menonton televisyen

Alah pada makanan

Gula yang berlebihan

Keadaan hidup yang miskin

Sekolah bertaraf rendah

Page 62

3.4.2. Ciri-ciri ADHD

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih

dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :

Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.

Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya

Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah

Tidak dapat menyelesaikan tugasnya

Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya

Tidak berupaya mematuhi arahan

Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran

Mudah hilang perhatian

Pelupa

B. Hiperaktif

Kanak-kanak sering :

Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya

Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ

Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)

Bising waktu bermain

Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)

Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)

Page 63

Kanak-kanak akan :

Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis

Tidak sabar menunggu giliran

Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

Tambahan :

o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun

o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan

o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah,

tempat awam

o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu

o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan

o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,

dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

3.4.3. Pertimbangan pendidikan

Guru perlu peka dengan minat dan menarik perhatian murid agar berminat untuk belajar.

Penggunaan bahan bantu mengajar dan belajar yang menarik dan berwarna-warni akan

memberi suatu keseronokan kepada murid ini untuk memberi perhatian. Walaupun tumpuan itu

tidak lama yang penting usaha guru untuk mengekalkan minat dan tumpuannya.

Murid ADHD perlu diberi peluang untuk menjadi ketua kumpulan secara bergilir. Ini bertujuan

untuk melatih mereka faham tanggungjawab dan bersikap lebih prihatian terhadap orang lain.

Tugasan yang perlu diberikan kepada murid ADHD perlulah menjurus kepada tugas

pengamatan yang menarik. Contohnya aktiviti bermain puzzle atau mazing.

3.5. Kanak-kanak Bermasalah komunikasi

3.5.1. Definisi dan punca masalah komunikasi

Page 64

Murid yang bermasalah berkomunikasi merupakan murid yang mengalami ketidakupayaan

menyampaikan dan menerima maklumat secara normal. Ketidakupayaan menggunakan kod-

kod bahasa dan kaedah yang boleh dikongsi bersama.

Punca masalah komunikasi

1.faktor baka

Jika salah seorang daripada ibu atau bapa mengalami masalah kerencatan mental, ia akan

mempengaruhi perkembangan mental mental anak-anak.

2. masalah pendengaran

Kecacatan pendengaran sama ada penuh atau separa akan mengakibatkan gangguan

komunikasi kerana sukar untuk mendengar dan menafsir gelombang bunyi yang di sekitarnya.

Oleh kerana tidak mendengar, komunikasi tidak dapat berlaku secara lisan.

3.faktor kemalangan

Kemalangan yang melibatkan alat pendengaran dan pertuturan akan menjejaskan komunikasi.

Contohnya kehilangan pada alat pendengaran iaitu telinga akan menyebabkan masalah

komunikasi.

4.faktor kecacatan pada alat artikulasi

Kecacatan pada alat alrikulasi akan menyebabkan sebutan dan kelancaran terjejas. Ini

menyebakan apa yang disebut sukar untuk difahami oleh orang lain.

5. masalah suara

Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau

luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada,

kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan

Page 65

secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu

komunikasi yang berkesan.

6. masalah kelancaran

Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan

pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling

biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang,

tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan

pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap

berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan

ketegangan otot pertuturan.

3.5.2. Ciri-ciri kanak bermasalah komunikasi

1.tidak yakin diri

2. sebutan tidak jelas

3.gagap

4.menggunakan laras bahasa yang tidak sesuai dengan usianya

5.perbendaharaan kata terhad

6.tidak suka berbual-bual

7.bercakap pelat

8.menggunakan isyarat untuk mendapatkan sesuatu

9.tumpuan terganggu

10.membaca gerak bibir dan meminta diulang ketika bercakap.

Page 66

3.5.3. pertimbangan pendidikan

1. penggunaan alat sokongan untuk mendengar seperti implan koklea

2.penggunaan bahasa isyarat untuk membantu murid bermasalah komunikasi berhubung

dengan betul.

3. penggunaan bahan bantu belajar yang interkatif dan menarik

4. terapi pertuturan untuk membantu murid bertutur dengan betul

5.aktiviti pengajaran yang terancang dan menarik

3.6. Kanak-kanak Terencat Akal

3.6.1. Definisi dan konsep terencat akal

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya

pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan

akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.

Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara

hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota,

penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat

kerencatan akal.

Persatuan Pediatrik Malaysia mentafsirkan terencat akal sebagai kanak-kanak yang

mempunyaiu daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka

yang kerencatan akal yang teruk,tidak boleh berjalan,bercakap dan menjaga diri. Manakala

yang tidak teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri.

Kecacatan terbahagi kepada kecacatan fizikal/ anggota.penglihatan dan pendengaran.

Kecacatan anggota ini tidak bermakna anak yang terlibat mengalami kerencatan akal.

Punca terencat akal

1. sebelum kelahiran

Page 67

Perkahwinan keluarga yang rapat

Gen –gen lemah yang diwarisi akan mempunyai risiko yang tinggi.

Mewarisi baka yang tidak dominan

Umur ibu semasa hamil

Faktor Rh dalam darah ibu bapa

Fakor Rh adalah satu bahan dalam sel-sel darah merah manusia. Rh+ bagi yang ada

dan RH- bagi yang tiada. Ibu yang mempunyai sel merah Rh+ dan mengandung anak

yang mewarisi Rh- menghadapi risiko tinggi untuk mendapat anak yang kurang sel

darah merah. Kekurangan ini menjejaskan bekalan oksigen yang boleh menyebabkan

kerencatan akal.

Tempoh masa yang lama dalam kandungan

Kesan penyakit lain yang berisiko seperti diabetis,darah tinggi,barah,penyakit Rubella

yang boleh menyebabkan kerenacatan akal,katarak dan pekak.

Kesan sinar-X yang berlebihan

Kesan penggunaan dadah dalam ubatan seperti streptomycin,neomycin,quinine yang

berisiko anak cacat anggota atau pekak.

Pencemaran alam sekitar iaitu terdedah kepada bahan-bahan kimia seperti merkuri dan

plumbum.

2. semasa kelahiran

Ketagihan alkohol

Kekurangan iodin menyebabkan tumbesaran terbantut.

Kecederaaan semasa hamil

Proses kelahiran yang sukar iaitu tidak cukup bulan,songsang dan penggunaan vakum

atau forsep.

3. selepas kelahiran

Pengaruh ibu bapa yang membiarkan anak terencat akal terbiar dan terabai.

Masalah kesihatan kerana kelahiran yang tidak cukup bulan

Kecederaan pada kepala

Page 68

Factor sosioekonomi

3.6.2. Ciri- ciri kanak-kanak terencat akal

Kanak-kanak yang terencat akal berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka berbeza dari

segi ;

1.kognitif

Tahap keupayaaan yang rendah

Masalah untuk memahami tugasan yang diberikan

Lemah menaakul dan menatafsir

2. sosial / emosi

Tumpuan singkat

Tidak sabar dan mudah meradang

Sukar tunjukkan emosi secara verba

Tidak memahami apa yang orang lain sebut

3.penggunaan bahasa

Tatabahasa yang terhad

Penggunaan laras bahasa yang kurang tepat dan tidak sesuai

Sukar faham maksud

4. keupayaan fizikal dan motor

Mengalami pelbagai kecacatan termasuk penglihatan,pendengaran dan kemahiran motor halus.

3.6.3. Pertimbangan pendidikan

1.murid terencat akal yang sederhana boleh dibimbing.

2.penggunaan bahan berbentuk visual dan bunyi akan dapat menarik perhatian mereka.

3. terapi pertuturan dan terapi cara kerja akan dapat membantu murid terencat akal untuk

bertutur dan menulis dengan baik.

Page 69

3.7. Kanak-kanak kurang upaya dalam pembelajaran / Lembam / slowlearner

3.7.1. definisi dan punca kurang upaya dalam pembelajaran

Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa,

terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka

pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Punca kurang upaya dalam pembelajaran

- Baka

- Tersekat pengalaman

- Intelek yang rendah

- Masalah emosi

- Kekecewaan

- Rasa rendah diri

- Kemantangan yang lambat

- Lemah daya ingatan

- Mudah terganggu tumpuan

- Kurang rangsangan

- Faktor-faktor kesihatan

- Persekitaran

- Amalan makanan

- Kesan semasa mengandung

- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.

- Ubat semasa mengandung.

- Kemalangan.

- Sosio - ekonomi.

3.7.2. Ciri-ciri kurang upaya dalam pembelajaran

Page 70

1-Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.

2- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.

3- Sukar menerima arahan.

4- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.

5- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.

6- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.

7- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.

8- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.

9- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun

10- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah

11- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.

12- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.

13- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.

14- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

3.7.3. Pertimbangan pendidikan

1. -Temubual

2. - Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan

3. - Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan

4. - Senang kepada susah.

5. - Konkrit kepada abstrak.

6. - Melibatkan seberapa banyak pancaindera

7. - Banyakan pengukuhan dan latihtubi.

8. - Jauhkan dendaan yang negatif

TAJUK 4 : PENGELOLAAN PROGRAM MASALAH PEMBELAJARAN

4.1 JENIS-JENIS PROGRAM:

1. INTEGRASI

2. KELAS KHAS

3. KELAS INKLUSIF

Page 71

4. PUSAT LATIHAN HARIAN

5. INSTITUSI PESENDIRIAN/SWASTA/KERAJAAN

4.1.1 PROGRAM INTEGRASI.

Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak bekeperluan khas bersama-sama

dengan kanak-kanak biasa dalam satu sekolah. Ini adalah berdasarkan prinsip

kanak-kanak berkeperluan khas perlu berkongsi segala kemudahan

pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak lain.(Williams 1988). Menurut

Jenkinson 1987 integrasi ialah menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak

berkeperluan khas di sekolah biasa.Laporan Warn telah membahagikan integrasi

kepada tiga jenis:

1. Lokasi- kanak-kanak berkeperluan khas akan belajar bersama-sama dalam

satu sekolah tetapi berlainan unit atau kelas. Mereka mempunyai hubungan

sosial yang terbatas dengan kanak-kanak biasa seperti menggunakan

padang permainan dan sebagainya.

2. Sosial- penempatan murid di sekolah di mana hubungan sosial yang biasa

berlaku misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti

sekolah walaupun pendidikan formal berlaku di tempat-tempat yang

berasingan.

3. Kefungsian- kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa

dan mengambil bahagian bersama-sama dengan murid lain, berkongsi

kemudahan yang disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviti

sekolah.

Faktor-fakor yang mempengaruhi kejayaan Program Integrasi.

1. Faktor kanak-kanak:

a) Tahap penyesuaian tingkah laku dan kemahiran bersosial

b) Tahap keupayaan kognitif

Page 72

c) Kemahiran akademik

d) Kesediaan untuk terlibat dalam program integrasi

2. Faktor Rakan Sebaya

a) Sikap rakan sebaya dalam kelas

b) Kesediaan murid biasa untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak

berkeperluan khas.

3. Faktor Guru dan Pengajaran

a) Kualiti program kelas biasa

b) Kesedaran guru kelas biasa menyesuaikan pengajaran dalam kelas

biasa untuk memenuhi keperluan kanak-kanak khas.

c) Bilangan kanak-kanak / murid berkeperluan khas yang terlibat dalam

program integrasi.

d) Kualiti latihan dalam perkhidmatan guru -guru biasa

4. Faktor Pentadbir

a) Penetapan kriteria untuk kejayaan integrasi

b) Kualiti sumber yang disediakan untuk guru

c) Penyediaan perkhidmatan sokongan dan pakar yang mencukupi

d) Tahap sokongan yang diberikan kepada guru kelas

5. Sikap ibu bapa dan masyarakat

a) Sikap ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas terhadap program

intergrasi

b) Sikap ibu bapa kanak-kanak biasa terhadap program intergrasi

4.1.2 KELAS KHAS

OBJEKTIF

Setiap orang pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk

membolehkan mereka ;

1. Menguasai kemahiran berkomunikasi .

Page 73

2. Menguasai kemahiran bergaul .

3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan

alam sekeliling .

4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri .

5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian .

6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif .

7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi .

8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor

9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni .

10.Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek .

KURIKULUM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah dirancang untuk

membolehkan pelajar-pelajar mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yang

telah ditetapkan . Kurikulum tersebut mengandungi bidang-bidang berikut :

1. Bidang Komunikasi .

2. Bidang Sosial dan Alam sekitar .

3. Bidang Kemahiran Amali Untuk berdikari .

4. Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif .

5. Bidang Nilai dan Kerohanian .

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dilaksanakan adalah

berdasarkan Kurikulum Rendah Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

4.1.3 INKLUSIF

Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke

arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha

tertentu hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. (Geatheart,

Page 74

Weishahn & Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan

terdapat faktor-faktor tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan

program-programPendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor

tersebut ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih

dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982).UNESCO (1988) tiga

keutamaan yang dikenalpasti dalam mendidika kanak-kanak istimewa:

1.Pendidikan wajib bagi semua kanak-kanak

2.Integrasi murid-murid dengan kecacatan ke sekolah-sekolah biasa

3.Latihan guru ditingkatkan bagi mencapai tujuan tersebut.

Definisi:

Satu program yang menempatkan murid-murid Pendidikan Khas yang telah menguasai

sebahagian mata pelajaran atau kemahiran ke kelas biasa untuk mengikuti

pembelajaran yang normal. Dijalankan dalam bentuk separa inklusif atau sepenuh

masa. Separa Inklusif bermaksud murid hanya mengikuti pelajaran pada mata pelajaran

yang tertentu sahaja, waktu selebihnya berada di kelas khas. Sepenuh masa pula

mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.

Strategi Perlaksanaan Pendidikan Inklusif.

Zalizan Mohd Jelas (1997) ada beberapa faktor sebagai prasyarat kearah

perlaksanaan pendidikan Inklusif yang berkesan:

1.Pengurusan pihak sekolah yang efektif – sikap pihak pentadbir masa kini adalah

kritikal dalam proses pembentukan polisi dan amalan pendidikan Inklusif di sekolah.

Kesungguhan dan komited dari segala aspek termasuk pengurusan masa, peruntukan

sumber serta sokongan dan galakan peribadi akan menentukan kejayaan program ini.

Page 75

2.Keyakinan guru membantu kanak-kanak belajar – sikap positif dan optimis dari guru-

guru perdana dan guru-guru pendidikan khas dalam menghadapi cabaran mampu

meningkatkan prestasi murid-murid Inklusif.

3.Rasa optimis bahawa semua murid dapat belajar dan mampu mencapai

kejayaan.Guru perlu tahu minat dan kebolehan murid-murid supaya dapat memandu

arah mereka ke jalan yang betul dan percaya kepada kebolehan sendiri.

4.Mengatur system sokongan- Kerjasama antara guru dengan perkongsian maklumat,

pengetahuan dan kemahiran antara guru digunakan pada saluran yang betul.

5.Mengesan dan menyemak kemajuan – prosedur yang sistematik perlu ada bagi

mengesan dan menyemak kemajuan secara berterusan. Melalui mekanisme ini dapat

mengesan kelemahan dan pencapaian seseorang murid itu.

Isu semasa dalam Pendidikan Inklusif

1.Kurang mendapat kerjasama dari pihak pentadbir dan guru-guru perdana kerana tidak

memahami perjalanan program inklusif tersebut. Kebanyakan mereka gagal memahami

sikap dan kelemahan murid Inklusif dan menganggap sebagai satu beban dalam kelas.

2.Kurang pengetahuan terhadap potensi murid dan cara mengatasi masalah bila

bersama dengan murid-murid Inklusif.

3.Sikap ibu bapa dan penjaga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan mengambil

tahu perkembangan anak-anak mereka.

4.Penerimaan rakan sebaya dalam kelas yang mungkin memandang rendah dengan

kebolehan murid Inklusif.

5.Kesuntukan masa untuk member tumpuan yang lebih kepada murid Inklusif dan

dalam usaha untuk menghabiskan sukatan. Beban guru akan bertambah yang akan

menimbulkan stress di kalangan guru.

Page 76

4.1.4 PUSAT LATIHAN HARIAN

1.Pusat Latihan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluan pekerjaan kepada

orang kurang upaya. Terdapat 11 buah institusi orang kurang upaya seperti di bawah:-

Taman Sinar Harapan (TSH)

i. Pengenalan TSH

Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya

masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan

perlindungan. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia.

ii. Objektif

Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya

bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga

dan yang memerlukan latihan pemulihan.

Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya

mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.

Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.

Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-

kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.

Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan-badan

sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP)

i.  Pengenalan PLPP

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah

Page 77

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang

upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

ii. Objektif

Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk

mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi

meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.

Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya

menjadi bertambah teruk.

Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut

perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan

yang memerlukan.

Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.

Bengkel Terlindung (BT)

i.  Pengenalan BT

Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung

1979. Bengkel terlindung ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya

saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Institusi berkenaan adalah seperti

berikut:-

Bengkel Daya Klang

Bengkel Daya Sungai Petani

ii. Objektif

Mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya.

Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran

warga kurang upaya.

Page 78

Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.

Pusat Harian Bukit Tunku

i. Pengenalan

Pusat Harian ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 Jun 1989 oleh Y.B. Datuk

Mustaffa bin Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Menerima kemasukan

kes-kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai di Johor

Bahru, Hospital Bahgia di Tanjung Rambutan, Hospital Besar di Kuala Lumpur bagi

menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat Harian Bukit Tunku supaya

pesakit-pesakit ini dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat.

ii. Objektif

Untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang boleh

menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyakat.

Untuk menyedari keupayaan dan kebolehan seseorang pesakit jiwa dan

memupuk keupayaan atau kebolehan tersebut.

Untuk mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap dirinya dan juga

terhadap orang lain.

Untuk membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam kehidupan harian

mereka.

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pengenalan

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation"

(CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan

Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya

Page 79

diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program ini.

Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepadaperkhidmatan pemulihan

di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang

kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di

mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang

sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

2.  Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu

bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan

penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga

merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran

masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

 

3.  Program ini bukan sahaja “cost-effective” tetapi juga dapat memberi liputan yang

lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya.  Di samping itu, ianya juga dapat

mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu

dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. 

Selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada

pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.

Objektif PDK

Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab

masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU.

Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang

diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan

setempat.

Page 80

Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia

ada untuk memberi perkhidmatan.

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya

untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut

keperluan OKU.

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

Home Based.

Centre Based.

Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

Kemahiran motor kasar.

Kemahiran motor halus.

Perkembangan sosial.

Perkembangan bahasa.

Pengurusan diri sendiri.

Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.

Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.

Latihan Vokasional.

Terapi muzik.

Sukan dan rekreasi.

4.1.5 INSTITUSI

Page 81

Kerajaan:

1.Jabatan Kebajikan Masyarakat

Perkara-perkara Sosial Yang Diberi Perhatian

1) Dasar Kebajikan Masyarakat Negara akan memberi keutamaan dalam kemajuan

negara dan menjamin kesejahteraan rakyat, iaitu :

Usaha proses pembangunan diarahkan untuk tujuan mempertingkatkan potensi

semua golongan masyarakat.

Perhatian khusus diberikan untuk meningkatkan penyamaan peluang ke arah

hidup yang lebih bermakna dalam arus pembangunan negara.

 

2) Aspek kebajikan bagi golongan kurang upaya yang diberikan perhatian ialah :

Jagaan bagi golongan yang mempunyai keperluan khas

Perkhidmatan khusus serta sokongan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan

perlu bagi membantu golongan tertentu untuk diserapkan ke dalam arus masyarakat.

 

             

Kumpulan Sasaran Yang Diberi Perhatian

Kebajikan masyarakat mementingkan kebajikan semua golongan masyarakat.

Sistem kebajikan di semua lapisan masyarakat diperkukuhkan khususnya bagi

golongan sasaran supaya wujud unsur-unsur kemajuan diri, sifat berdikari dan

persepaduan.

Golongan sasaran yang dimaksudkan itu ialah :

Kanak-kanak

Kanak-kanak dilindungi semua bahaya termasuk najis penyalahgunaan, penyiksaan,

penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Di samping itu penekanan khusus diberi

kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal., sosial, emosi dan mental.

Page 82

Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka

mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan.

Orang Kurang Upaya

Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima

rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka

ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran

keadaan semasa.

Perkhidmatan Orang Kurang Upaya

Perkhidmatan di Luar Institusi

 Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat

berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif

sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.

Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara.

Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri

dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

 

Faedah-faedah yang boleh diperolehi ialah:

rawatan perubatan

khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional

pendidikan akademik di sekolah khas dan institusi tertentu

bantuan kewangan, alat-alat tiruan dan alat-alat kemudahan

pertimbangan Elaun Pekerja Kurang Upaya

Page 83

pertimbangan jagaan dan perlindungan, didikan dan latihan di institusi

JKM/NGOs mengikut Program

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

peluang pekerjaan di sektor awam atau sektor swasta

JABATAN KESIHATAN

Kesihatan Orang Kurang Upaya dan Rehabilitasi

Perkhidmatan Rehabilitasi dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Komuniti

disediakan dibawah satu unit iaitu Unit Mental/Rehabilitasi yang ditubuhkan pada

tahun 1996. Perkhidmatan bagi Orang Kurang Upaya pula meliputi penjagaan kanak-

kanak keperluan khas serta perkhidmatan pencegahan dan kawalan masalah

kebutaan, kepekakan dan kecacatan fizikal. Golongan OKU turut dikecualikan

daripada bayaran rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini.

Program-program yang dijalankan:

1. Program imunisasi

2. Institusi Kesihatan Umum

3. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

JABATAN PENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas

kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program

integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran

Page 84

kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan

kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan.

Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00

sebulan.

Jabatan Pendidikan Khas

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang

diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang

dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini

dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua

Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995,

Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya

sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan

tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.

Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang

mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap

pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya

pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan

keperluan Khas.

Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan

keperluan khas.

Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan

keperluan khas.

Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan

terkini.

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang

pendidikan khas.

Page 85

Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi

kepada tiga bahagian dan satu unit:

(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar

Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan

pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai

pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat

perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.

(b) Bahagian Pengurusan Sekolah

Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan

menyelaras kurikulum dan kokurikum.

(c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu

Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberi

khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang,

mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan

sokongan (seperti bahan Braille).

(d) Unit Pengurusan

Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui

perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan

warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

Page 86

Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua

Pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan

bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-

murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah

penglihatan, ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah

menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar

berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi pelajar

berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2

tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan

pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004)

Swasta

NASOM

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia berperanan mengesan dan menjalankan

rawatan, pembelajaran bagi kanak-kanak autism.Selain itu member nasihat kepada

keluarga yang terlibat dan cadangan aktiviti – aktiviti yang boleh dijalankan bagi

meningkatkan potensi kanak – kanak autism.

KIWANIS

Satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang bertujuan membentu kanak-

kanak down syndrome mendapat pelajaran dan latihan kemahiran hidup sebelum

mereka bersekolah.

PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIA

Mengesan kanak-kanak buta dan mendaftarkan ke program seperti pra sekolah dan

memastikan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan mata yang sempurna dan

member nasihat kepada ibu bapa.

Page 87

NURY

Pertubuhan yang member perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai kanak-

kanak bermasalah dan membantu ke arah pembangunan keluarga bagi melahirkan

anak-anak yang cemerlang di samping menjalankan aktiviti – aktiviti terapi yang

bersesuaian.

TASPUTRA PERKIM

Berperanan memberi asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak berkeperluan khas

dan kanak-kanak cacat anggota. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memberikan

latihan yang meningkatkan kekuatan mental dan fizikal.

LAIN-LAIN KHIDMAT SOKONGAN

Perkhidmatan Audiologi - boleh didapati di hospital kerajaan , swasta dan NGO.

Memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan masalah pendengaran. Ujian ini

bertujuan mengesan tahap pendengaran atau kerosakan pendengaran dan

mencadangkan alat-alat bantuan pendengaran yang sesuai.

Perkhidmatan Terapi Pertuturan-menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan

masalah perkembangan masalah komunikasi dari aspek pertuturan dan bahasa.

Pelbagai teknik dan kaedah digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah

pada alat artikulasi.

Perkhidmatan Neurologi – memberikan perkhidmatan mengesan kecederaan atau

kecacatan pada otak yang boleh membawa kepada kecelaruan mental.

Perkhidmatan Pediatrik – memberikan perkhidmatan merawat kanak-kanak dan

mengesan punca-punca masalah.

Perkhidmatan Oftomologi – memberikan perkhidmatan mengesan masalah penglihatan

kanak-kanak dan membuat pemeriksaan dan cara merawat/membantu dalam

penglihatan.

Page 88

Peranan Ibu Bapa – memberikan galakan dan motivasi kepada anak-anak dan sentiasa

berinteraksi dengan pelbagai kumpulan disiplin supaya dapat membantu meningkatkan

tahap keupayaan anak dan mempelajari langkah-langkah yang bersesuai

mengurangkan masalah.

4.2 PROSES PENEMPATAN PELAJAR KE KELAS KHAS BERMASALAH

PEMBELAJARAN.

Kriteria kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar ke program Kelas Khas

Bermasalah Pembelajaran ialah setelah menedapat pengesahan daripada doktor atau

pakar perubatan . Kriteria penempatan berdasarkan kepada pakar perubatan ini sangat

penting kerana pakar perubatan telah melakukan pemeriksaan secara klinikal kepada

pelajar-pelajar khas tersebut .

Penempatan akan ditentukan berdasarkan ujian saringan yang telah dijalankan oleh

pengamal perubatan. Kecacatan dan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas akan

menentukan ke sekolah yang berkaitan. Antara syarat kemasukan/ penempatan yang

disyorkan adalah seperti berikut:

1.Had Umur – Pra sekolah Pendidikan Khas 4 – 6 tahun

Program Pendidikan Khas Rendah 7 - 14 tahun

Program Pendidikan Khas Menengah 15 - 18 tahun

Vokasional /Teknik 19 – 21 tahun

2. Tempoh belajar sama dengan sama dengan tempoh persekolahan yang sedia ada

tetapi boleh di lanjutkan selama 2 tahun lagi samada di sekolah rendah atau menengah.

3.Penempatan akan ditentukan mengikut kecacatan yang di alami samada ke Program

Integrasi atau Sekolah Pendidikan Khas.

Page 89

4. Pengesahan pakar yang dari Hospital Kerajaan diiktiraf akan diguna pakai sebagai

rujukan. Pengesahan akan menentukan samada kanak-kanak tersebut layak ke

sekolah atau ke Pusat Harian Biasa.

5.Guru-guru yang telah mengenalpasti kanak-kanak yang bermasalah akan berbincang

dengan ibu bapa atau penjaga supaya mereka faham akan kedudukan anak-anak

mereka . Atas persetujuan mereka akan kanak-kanak akan dirujuk kepada pakar-pakar

yang berkenaan.

Sementara itu, terdapat juga proses penempatan pelajar-pelajar khas yang

berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan, melalui Jabatan Pendidikan Negeri .

Selain daripada itu juga, kehendak ibu bapa yang tinggi untuk menempatkan anak-anak

mereka ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran juga memainkan peranan dalam

proses penempatan pelajar berkenaan .

Di samping itu juga, guru-guru kelas juga memainkan peranan dalam penempatan

pelajar-pelajar khas ini . Guru kelas dapat menilai keupayaan pelajar dari masa ke

semasa dan mengetahui latar belakang serta tahap kebolehan pelajar-pelajar mereka .

Dengan itu guru-guru ini mengesyorkan agar pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di

kelas khas .

4.3 KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT UNTUK MENENTUKAN CALON

Pemerhatian:

• Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan

dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan

sesuatu kemahiran.

Page 90

• Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan

gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan

dan penulisan.

• Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala

kadar/marking scheme.

Digunakan untuk menilai

- sikap

- perlakuan/amalan

- amali

- kemahiran manipulatif

- kemahiran bersosial

- kemahiran belajar

- kemahiran kinestetik

- kemahiran literasi komputer

- kemahiran mereka cipta

Pengesanan (Screening)

Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan semasa sesi p & p di dalam bilik darjah .

Proses Pengesanan Kenalpasti Kanak-Kanak Keperluan Khas

Mengumpul maklumat

-         kesihatan kanak-kanak

-         kesihatan ibu bapa

-         penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll

        Memproses maklumat / data

        Menganalisis maklumat / data

        Mengambil tindakan susulan

Page 91

        Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)

Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan

       Pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu

      soalan-soalan yang perlu difikirkan ..

- kenapa pemerhatian itu dijalankan

- apakah objektif yang hendak dicapai

- apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting)

- apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan

( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,

    bahasa, tingkahlaku bermasalah, kesihatan

- bagaimana merekod maklumat

- siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak

- bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot .

- apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian

- terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?

- Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian

- event sampling – perlukan masa yang lama

- time sampling – masa yang pendek sahaja

2.1    Matlamat pemerhatian

- Antara matlamat membuat pemerhatian :

-         sebagai satu latihan professional

- pengalaman

-         mengenalpasti tingkah laku kank-kanak

-         membuat keputusan contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat

permainan, ruang dll

-         keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

        Objektif pemerhatian perlulah bersesuaian dengan persekitaran dan  sumber

Page 92

2.2 Pendekatan pemerhatian

      Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :

Mirror -         jarak dekat – cth . mengesan pertuturan murid

pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk

mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.

2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian

        sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak

        personaliti pemerhati

        pengaruh setting – bahan , persekitaran , ruang …dll

2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian

        memilih kedudukan yang sesuai

        membuat catatan

2.5 Ralat dalam pemerhatian

        silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku

        tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)

        menambah maklumat yang tidak wujud

        keletihan dalam pemerhatian

        gangguan cth . bunyi dari persekitaran

        ketidak selesaaan

        personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)

        sikap bias ( biases) dalam pemerhatian

        kesesuaian tempat / situasi

2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan

Kumpulan

Page 93

- sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat yang sama  dan

homogeneous ( umur dan tahap perkembangan )

- sulit mencatat perbualan

- sesuai menggunakan rakaman video

- untuk 2 kanak-kanak – perhatian mestilah silih berganti

  sepanjang masa.

- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam

  kumpulan dan bukan individu .

Komponen kumpulan

  karakter ahli kumpulan ( member characteristic) – umur , bangsa , etnik ,

budaya dan agama .

- ianya mempengaruhi output aktiviti dalam   

               kumpulan .

        tingkah laku ahli ( member behavior)

        tingkah laku kontekstual ahli – hubungan antara ahli kumpulan sebagai

satu sistem ( norma)

2.7 Langkah-langkah pemerhatian

        tentukan perkara yang hendak diperhati

        merekod maklumat dengan lengkap

        merekod serta merta semasa pemerhatian

        hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja

        rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi

        rekod peristiwa positif dan negative

2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)

        kaedah bermaksud ‘ how to do it ' dan seluruh proses yang terlibat dengan

Page 94

pemerhatian, prosedur pemerhatian

- tingkah laku – behavior

- setting dan situation

        normal dan tidak formal

-         normal – dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik

-         tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa

Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku

        penulisan narrative ( narrative description)

-         menggunakan huraian yang panjang dan terperinci

-         on the spot

-         khusus kepada tingkah laku

-         tanpa gangguan, interpretasi atau penilaian

-         boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian

    time sampling

-    pemerhati mencari satu masa tertentu dan tingkah laku yang sesuai

untuk dijadikan sample

-    pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu

tingkahlaku berulang / berlaku .

    Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh , bertengkar

dan  panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa

itu  merupakan 'samples'

-    Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang

diperhatikan . .

-         cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan

selama 3 minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di

buat pemerhatian.

Page 95

-         biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan

semasa membuat pemerhatian .

Kebaikan

-         mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku

-         tidak memerlukan belanja tinggi

-         jimat masa

-         data mempunyai kebolehpercayaan tinggi

        Event sampling

-    Pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample untuk diperhati

semasa membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial

-   Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu

dipamerkan oleh murid semasa time sampling dilakukan.

-   Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang

hendak diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk

dianalisis.

-     Maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding

( senarai semak )

-         catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa

pemerhatian

-         tingkah laku yang tidak menjadi focus tidak diambil kira ( senarai

semak ) , namu jika menggunakan penulisan naratif semua perkara perlu

dicatat

  Rekod anekdot

-         maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh

disambung oleh guru lain.

-         melalui pemerhatian terus

-         mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah

-         catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.

Page 96

-         pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid

yang wujud pasa masa pemerhatian.

-         mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid

-         membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke

semasa

        Rekod frekuensi

-         merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat /

sebagai kekerapan )

-         mudah digunakan dan ditafsir

-         menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami

-         carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30% solidarity

dan 50% secara unoccupied

        Rekod harian

-         mencatat perkembangan murid bagi satu jangka masa yang panjang.

-         tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada

( perkembangan)

-         step by step progress over a period of time

-         satu cara yg informal

        Senarai semak ( check list)

-         Specific behavior

-         given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam

pemerhatian

        Skala ( rating scale)

-         menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik,

sederhana, lemah

Page 97

4.4  PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK

Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara

formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005).

Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar

dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan

mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang

strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran

bertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu

atau kumpulan kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak,

haruslah bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh,

Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak

yang syaki mengalami kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai

keberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan

untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi

awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.

Penyaringan

Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak

ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata

dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal

boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi

sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi.

Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan

pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa.

Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan

melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat

pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya

pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk

menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.

Pengujian Diagnostik

Page 98

Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau

beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk

untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada

jenis masalah yang

dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan

terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu

menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).

(a) Perkembangan Motor

Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran.

Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan,

kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak.

Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan

pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali

kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak

.

(b) Perkembangan Kognitif

Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti

kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau,

merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan.

Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat

sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda

perkembangan kognitif.

(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa

Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,

pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan

bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada

orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi.

Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan

Page 99

mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap

keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.

(d) Perkembangan Emosi dan Sosial

Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan

dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya

mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan

perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat

mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

(e) Kemahiran Adaptif

Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran

adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa

disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri,

membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat

mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh

diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur

tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang

patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan

boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan

bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya,

kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran

motor (berlari dan menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri

pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial

(mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa

bantuan).

Merujuk kepada semua rekod-rekod diatas , kita boleh membuat satu analisis daripada

data-data yang telah diperolehi supaya satu tindakan susulan boleh dibuat. Plan

Page 100

intevensi ini akan menentukan bagaimana kaedah dan teknik yang sesuai boleh

dilakukan begi menyelesaikan sesuatu masalah.

TAJUK 5 : RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

5.1. DEFINISI DAN KONSEP

Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan

Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan

pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri

mesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid.

Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu

bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana

keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak

tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala

menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan

penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu

murid kurang upaya.

Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan

pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai.

Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan

pencapaian sedia ada bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini

dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan.

RPI juga menentukan penempatan pendidikan yang diperlukan bagi mencapai

matlamat dan objektif. Di dalam RPI dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangka

masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan pencapaian murid.

Dengan RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti

menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan

Page 101

hasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila berlaku

perubahan dalam keperluan pembelajaran murid.

Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber yang

diperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat

dilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid ituu dalam

mencapai matlamat objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi

menyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai

pihak.

5.2. CIRI –CIRI RPI

Rancangan Pendidikan Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri berikut :

a)Komprehensif

RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah

laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-

tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatan

yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

b)Spesifik

Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat

diperhatikan dan diukur.

c) Mengikut urutan

RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

d) Realistik dan sesuai

Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan

kadar perkembagan sedia ada setiap murid.

Page 102

e) Difahami

RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan

juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.

f) Dipersetujui

RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain

yang terlibat.

5.2.1. Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI )

RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari

ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan

RPI perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid itu

menerima sebarang perkhidmatan ataupun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu

disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi

ibubapa dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.

5.2.3. Elemen RPI

a) Kerjasama

Berkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh

sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan

murid berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting

dalam proses ini.

b) Berkongsi Maklumat

Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada

individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi

bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan

yang akan dibuat.

c) Keputusan Bersama

Page 103

Ibu bapa dan golongan profesional bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu

membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid

berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

d) Kebolehpercayaan

Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu

dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

e) Dokumentasi

RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

f)Proses dan hasil

RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.

5.2.4. Jawatankuasa Pembentukan RPI

Jawatankuasa Rancangan Pendidikan Individu perlu sekurang-kurangnya terdiri

daripada:

a) Pentadbir sekolah

Wakil pihak sekolah selain daripada guru murid itu, yang berkelayakan bagi

menyediakan perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembelajaran

murid,juga berkelayakan memantau pelaksanaan program.

b) Guru

Pada peringkat permulaan, kemungkinan guru itu bukan guru bagi murid terlibat kerana

murid itu belum mempunyai gurunya sendiri. Oleh itu, guru yang sesuai adalah guru

yang berkelayakan mengikut tahap umur murid.

Page 104

c) Ibubapa ataupun penjaga murid

Ibu bapa ataupun penjaga perlu diberi peluang melibatkan diri dalam pembentukan dan

perkembangan RPI anak mereka. Sekiranya kerjasama ibubapa sukar diperoleh,

jawatankuasa yang lain perlu terus membentuk RPI yang sesuai.

d) Murid dengan keperluan khas

Murid dengan keperluan khas itu sendiri sepatutnya melibatkan diri dalam membentuk

RPI terutamanya di peringkat sekolah menengah yang melibatkan proses transisi. Ini

kerana fungsi RPI adalah untuk memenuhi keperluan unik murid itu sendiri.

Walaubagaimanapun, sekiranya murid itu dianggap kurang sesuai untuk bersama-sama

dalam pembentukan ini disebabkan ketidakupayaan yang dialaminya, jawatankuasa

yang lain perlu terus membentuk RPI yang sesuai dengan murid itu.

Pada peringkat permulaan pembentukan RPI juga, jawatankuasa perlu melibatkan

pihak yang terlibat dalam aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai

pengetahuan dalam prosedur penlaian yang dijalankan terhadap murid dengan

keperluan khas.

Program transisi turut perlu dimasukkan dalam RPI bagi murid yang berumur 14 tahun

ke atas, ataupun lebih muda sekiranya sesuai. Sehubungan itu, murid itu dan juga

agensi yang berkaitan dengan perkhidmatan bagi orang dewasa perlu dilibatkan.

Peluang perlu diberi kepada murid bagi membolehkan memilih rancangan transisi dan

perkhidmatan yang diperlukan. Dalam semua perjumpaan, pihak sekolah perlu

memastikan ibu bapa memahami apa yang dirancang bagi anak mereka.

Ahli Jawatankuasa lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam perjumpaan bagi

Page 105

membentuk Rancangan Pendidikan Individu adalah:-

a) Ahli Fisioterapi

b) Ahli terapi cara kerja

c) Patologi Pertuturan Bahasa

d) Kaunselor

e) Agensi Pemulihan

f) Guru Kelas Biasa

g) Guru Vokasional

5.3. KEPENTINGAN RPI

RPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancangkan sama

ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan. Dalam konteks ini,

RPI bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut :-

a) jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal

b) perkara yang perlu dipelajari oleh murid

c) jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan

d) penilaian pencapaian kemahiran

Proses RPI dapat memberi kebaikan kepada:-

1.1. Murid

a) setiap perancangan pendidikan digubal bertujuan membantu murid dalam proses

pembelajaran.

b) memberi peluang untuk terlibat dalm program pembelajaran yang dirangka

c) menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas

1.2. Guru

a) menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelas

Page 106

b) memberi peluang untuk mendapatkan maklumat tentang murid

c) menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan resos, sokongan dan

perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.

d) Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspek

perkhidmatan yang disediakan dan resos yang diperlukan

e) Menyediakan bantuan dalam menyelesikan masalah

f) Mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka yang berhubung dengan murid.

5.4. MERANCANG DAN MEMBINA RPI

Penyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan murid

berkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai untuk

murid berkenaan.

5.4.1. Rujukan Pihak Yang Terlibat

Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan :

· antara guru

· antara ibu bapa dan sekolah

· antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan

5.4.2 Pengumpulan Data

Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan keperluan

murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Maklumat dikumpul melalui :

· borang biodata murid

· sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan

· borang kaji selidik akademik

· ujian diagnostik

· pemerhatian ke atas murid

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ini ialah :

Page 107

· cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid

· individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan

· jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat

· sejauhmana penglibatan murid

· sejauhmana penglibatan ibu bapa

· sejauhmana penglibatan khidmat sokongan

Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis, dirumus dan dicatat dalam borang

rumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat ahli jawatankuasa RPI.

5.4.3. Mesyuarat

Mesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama, iaitu :

1. Aspek Tugasan

· berkongsi maklumat

· menyediakan matlamat dan objektif

· menyenaraikan strategi pengajaran

· membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran

· menyediakan kriteria penilaian

· menetapkan tarikh penilaian / semakan semula

2. Tanggungjawab

· pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat

· menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain

· menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan

Dalam peringkat ini, perkara-perkara berikut perlu dilakukan :

· Wujudkan jawatankuasa

· Mengedar maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang terlibat

· Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau salah seorang

dari Guru Penolong Kanan di sekolah.

Page 108

5.4.4. Penyediaan RPI

Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu diingat

bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus diikut.

Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut :

· Objektif yang khusus untuk murid

· Strategi pengajaran yang terperinci

· Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.

· Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.

· Prosedur penilaian yang terperinci.

5.4.5 Pelaksanaan

Dalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dan

dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

· penyelarasan penggunaannya.

· mengenalpasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan

· penyelarasan program

· bantuan dan sokongan kepada guru.

· pemantauan dan penilaian program.

5.4.6 Penilaian

Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian dan

perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli. Maklumat yang tepat

tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu dibentang oleh guru. Segala

maklumat ini perlu dibincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan pemantauan.

Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif yang dirancang.

Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan yang seterusnya

perlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

Page 109

5.4.7 Penulisan RPI

Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut :

1.Jawatankuasa:

· guru besar

· guru khas

· ibu bapa

· para profesional dll.

2.Matlamat:

· jangka panjang

· jangka pendek

3.Pencapaian Murid:

· jangka masa untuk mencapai objektif

· pilih bidang-bidang yang penting sahaja

· tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.

4.Objektif:

· objektif merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan

· objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat

· objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.

5.Prosedur dan Kriteria Penilaian

· kriteria Penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif

6.Strategi Pengajaran

· bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif pengajaran

· perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.

Page 110

7.Resos

· guru perlu memastikan resos ini tersedia pada waktunya. RPI juga perlu menyatakan

dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya

bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.

8.Orang yang Bertanggungjawab

· menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan murid mencapai

objektif pembelajaran.

9.Inklusif

· harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa murid-murid berkenaan

diinklusif ke kelas biasa.

10.Catatan

· digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang berkaitan

· digunakan sebagai rekod

· digunakan untuk mencatat penggunaan resos

· ditulis selepas penilaian dijalankan

5.5. MENILAI RPI

Semakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya

perubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan

matlamat dan objektif, penambahan atau penamatan perkhidmatan, penambahan

ataupun perubahan penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktiviti

pendidikan. Persetujuan ibu bapa perlu diperoleh bagi sebarang perubahan,

penempatan ataupun penambahan perkhidmatan.

TAJUK 6 : INTERVENSI AWAL

Page 111

INTERVENSI AWAL

Konsep Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak

berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal

terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan,

perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan

keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson &

Lynch, 1989). Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,

mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan

interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan

sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara

apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah.

Definisi intervensi awal.

Intervensi awal sebagai suatu usaha yang tersusun untuk meningkatkan perkembangan

bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat. ( Fatimah bivi, 2002 ).

Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar

pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang

muda. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang

menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003).

Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih

banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat

perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai

kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-sia] (sejenis

masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada

tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi

lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran

menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis

Page 112

dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah

ketidakupayaan untuk member tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor

(contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi

semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain

seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam

bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan

murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini

(Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa

terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan

sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

Pentingnya Intervensi Awal

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada

kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan

jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke

bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan

kanakkanakberisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?

a. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak

berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.

b. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga

dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran

terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam

sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-

kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).

c. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.

Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan

Page 113

bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan

membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

d. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui

perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah

penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi

seperti perasaan kecewa.

e. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.

Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan

pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-kanak

yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya,

intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan

meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal

yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada

keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal

yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat

dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk

kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

BENTUK INTERVENSI AWAL YANG SESUAI.

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh

kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru

telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru

atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi

tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan

ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik

mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

(a) Intervensi Berpusatkan Guru

Page 114

Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan

mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas

sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak

hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu

ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah

dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan

peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru

yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, member

arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan

guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan

kemahiran.

(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar

Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal

tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh

mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar

dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang

berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-proses

pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar

memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara

daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan

matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah.

Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.

(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga

Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai

sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam

proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses

Page 115

pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-

kanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan

komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung,

pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan

kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. Apakah persamaan dan

perbezaan di antara intervensi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan

keluarga.

d. Intervensi berasaskan hospital.

Pihak hospital juga ada menyediakan perkhidmatan intervensi awal. Jenis-jenis

intervensi yang terdapat di hospital dikendalikan oleh ahli-ahli terapi yang terlatih.

TAJUK 7: KHIDMAT SOKONGAN

7.1 DEFINISI DAN KONSEP

Khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-

kurangnya antara dua k interaksi kumpulan yang ersetuju dalam membuat keputusan

untuk mencapai matlamat yang sama(Cook & Friend, 1991).

Sher dan Baur (1991) khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap

anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,

guru, ibu bapa dan murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-murid khas

bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga

menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.

7.2 JENIS-JENIS KHIDMAT SOKONGAN

a) Perkhidmatan Audiologi

b) Perkhidmatan Terapi Pertuturan

Page 116

c) Perkhidmatan Pediatrik

d) Perkhidmatan Neurologi

e) Perkhidmatan Oftomologi

f) Perkhidmatan Sosial dan Kerjaya

g) Perkhidmatan Pendidikan

7.3 Peranan Ibu Bapa / Penjaga

a) Ibu bapa sebagai penyebab anak mempunyai cirri-ciri ketidakupayaan.

b) Ibu bapa sebagai pengasas pertubuhan dan organisasi ibu bapa.

c) Ibu bapa sebagai pembentuk program pendidikan dan perkhidmatan.

d) Ibu bapa sebagai penerima keputusan daripada professional.

e) Ibu bapa sebagai guru kepada anak-anak mereka.

f) Ibu bapa sebagai pembela melalui political.

g) Ibu bapa sebagai pembuat keputusan dalam pendidikan.

h) Ibu bapa sebagai perlaku kerjasama

7.4 Peranan Komuniti

a) Mengetahui hak dan kepentingan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas.

b) Memberi sokongan, bersosial dan menikmati kehidupan yang sama dengan kanak-

kanak lain.

c) Kolaborasi dengan kumpulan pelbagai disiplin untuk mendapatkan informasi

mengenai ciri – cirri ketidaupayaan.

Page 117

d) Menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak

berkeperluan khas.

e) Sebagai rujukan untuk sesuatu keputusan dan perlaksaan intervensi

TAJUK 8: ISU PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Program pendidikan khas masalah pembelajaran sememangnya terdapat banyak isu

dan cabaran yang berkaitan untuk dibincangkan bersama. Segala isu yang wujud perlu

diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya agar segala permasalahan dapat

diselesaikan. Ramai daripada kita yang sering terlepas pandang atau mungkin tidak

menyedari, bahawa satu peratus penduduk Malaysia adalah kanak-kanak istimewa dan

mereka memerlukan perhatian khusus atau pendidikan khas dalam pembelajaran.

Sikap tidak peka atau langsung tidak mengambil endah terhadap masalah

pembelajaran dihadapi kanak-kanak istimewa itu, sekali gus menyebabkan golongan

berkenaan sering kali ketinggalan jauh atau keciciran dalam menerima pendidikan di

negara ini sehingga memberikan masa depan yang gelap.

Pensyarah Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM), Prof Madya Dr Norani Md Salleh, berkata kanak-kanak istimewa tidak boleh

dipinggirkan, malah seperti kanak kanak normal yang perlu diberikan pendidikan

sempurna demi memastikan kebaikan dan menjamin masa depannya, begitulah juga

dengan golongan itu.

8.0. Isu-isu yang sering dibincang

8.1. Kesan ke atas keluarga kanak-kanak tersebut.

Bagi keluarga yang mempunyai anak istimewa,kadangkala wujud perasaan

rendah diri dan malu dalam diri mereka. Keluarga yang sebegini akan mengasingkan

Page 118

diri dan tidak menonjolkan anak mereka di khalayak ramai. Mereka lebih senang

meletakkan anak istimewa ini di rumah berbanding memberi peluang kepada anak

istimewa mereka mengenali dunia luar.

8.2. Peranan masyarakat

Masyarakat masih kurang pengetahuan dalam bidang pendidikan khas. Ini

menjadikan masyarakat mudah melabel murid pendidikan khas sebagai orang yang

tiada berguna dan membawa beban dalam hidup. Situasi ini menjadikan masyarakat

seakan hilang punca serta semangat untuk mendidik sebaik mungkin anak istimewa

hilang. Oleh itu, tiada tindakan yang wajar diambil untuk menangani masalah yang

dihadapi.

Sokongan masyarakat terhadap keluarga yang memiliki anak istimewa tidak

begitu meluas. Masih wujud sikap masyarakat yang memandang negatif dan

mengaitkan kecacatan anak istimewa sebagai bala / sial / malang kepada keluarga.

8.3. Batasan / halangan yang dihadapi oleh keluarga

Masalah yang biasa dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak istimewa ialah

sikap masyarakat,masalah kewangan,cara untuk mendapatkan rawatan yang

betul,pengangkutan yang sesuai untuk anak istimewa dan penerimaan masyarakat

terhadap anak istimewa. Bagi keluarga yang berfikiran positif dan semangat juang yang

tinggi,halangan itu dianggap sebagai pendorong untuk memberi pendidikan yang

sempurna walaupun hakikatnya anak mereka tidak sempurna pada pandangan fizikal.

Pendidikan khas perlu diwujudkan di setiap sekolah rendah dan menengah bagi

memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa menghantar anak mereka yang

jaraknya dekat antara sekolah dan rumah. Situasi ini akan mengurangkan beban kos

pengangkutan yang terpaksa dialami oleh kebanyakan ibu bapa yang berpendapatan

sederhana.

Page 119

Memiliki anak istimewa juga menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Ini kerana masa yang diambil oleh anak istimewa untuk menguasai sesuatu kemahiran

seperti mengurus diri memakan masa yang agak lama. Terdapat juga kes yang

menyebabkan ibu berhenti kerja semata-mata untuk memberi perhatian kepada anak

istimewa. Wujud juga masalah ibu bapa yang tidak tahu mengajar pengurusan diri yang

betul kepada anak istimewa. Contohnya menggunakan isyarat yang salah untuk

menyatakan maksud ke tandas dan bercakap pelat dengan anak istimewa.

Di samping itu harga peralatan sokongan yang agak mahal memberi kesan

kepada ibu bapa untuk membeli peralatan tersebut. Contohnya kerusi roda, alat-alat

bantuan pendengaran yang spesifik seperti implan koklea untuk membantu murid

istimewa mendengar.

Selain dari itu, penerimaan ahli keluarga terhadap anak istimewa itu sendiri. Sikap

tidak suka mengambil tahu dan berkongsi masalah dengan keluarga yang mempunyai

anak istimewa menyebabkan masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan cara yang

betul.

8.4. Prasarana pendidikan di sekolah / institusi

Bilik pembelajaran untuk kanak-kanak istimewa di kebanyakan sekolah tidak

kondusif. Pada asasnya, nisbah satu kelas ialah empat murid bagi memudahkan guru

untuk bergerak dan memberikan perhatian kepada setiap murid. Selain itu lazimnya, di

dalam kelas ada banyak bantuan peralatan pembelajaran yang perlu digunakan untuk

mengajar kanak-kanak ini. Jika kanak-kanak normal boleh belajar dalam suasana

selesa dan teratur, sudah tentu kanak-kanak istimewa berhak mendapat semua itu.

Page 120

Selain dari itu, suasana sekolah yang tidak selesa, sesuai dan tidak memenuhi

keperluan kanak-kanak istimewa. Kebanyakan sekolah masih ada yang tidak peka

dengan kemudahan untuk murid istimewa. Contohnya penyediaan laluan khas untuk

murid yang menggunakan kerusi roda,palang besi di kaki lima untuk murid yang

bermasalah Serebral Palsi. Kemudahan ini bertujuan untuk memberi kemudahan untuk

bergerak di kawasan sekitar sekolah.

Masalah kekurangan kelengkapan dan kemudahan bilik terapi serta alat bantu

pembelajaran di sekolah. Hanya segelintir sekolah yang mampu menyediakan

kemudahan sebegini memandangkan kosnya yang tinggi. Namun begitu, harga

bukanlah menjadi persoalan kerana daya kreativiti dan semangat bekerjasama mampu

melahirkan alat yang mesra bajet.

8.5. Kepelbagaian masalah dalam kelas

Kebanyakan kelas pendidikan khas adalah sempit dan terpaksa berkongsi ruang.

Ini menjadikan pergerakan murid istimewa terhad dan terganggu. Keadaan ini boleh

mewujudkan pelbagai masalah terutamanya masalah tingkah laku.

Tahap keselamatan murid istimewa di dalam kelas jika mempunyai murid yang

bersikap agresif. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan emosi kepada rakan tetapi

kepada guru itu sendiri. Contohnya murid yang suka memukul rakan.

Memandangkan ruang yang agak sempit,wujud gangguan ketika sesi pengajaran

berlaku.Contohnya kelas A sedang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Muzik, sudah

tentu murid di kelas B akan terganggu penumpuannya.

Begitu juga akan wujud kehilangan barang di kelas jika tidak diletakkan di tempat

yang sesuai. Contohnya, anak patung biasanya disukai oleh murid Sindrom Down.

Page 121

Page 122