2 hasil pembelajaran - · pdf file1 pengenalan 2 hasil pembelajaran ... ketamadunan dan...

4
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 10/1/2013 Maruwiah Ahmat 1 BAB 1 KONSEP PERADABAN ISLAM IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN Maruwiah Ahmat 1 PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN • Menerangkan Konsep dan perkembangan peradaban Islam • Menjelaskan sumbangan peradaban Islam kepada peradaban dunia • Menghuraikan perkembangan peradaban Islam di Nusantara. DEFINISI PERADABAN 3 Pengertian peradaban dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian peradaban atau tamadun secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. DEFINISI PERADABAN 4 Bahasa Asing Inggeris Civilization, asal dari perkataan latin bermaksud bandar Latin: Civitas - kota Bahasa Melayu Peradaban Bahasa- dari akar kata adab’ – bererti seseorang individu yang mempunyai tingkah laku yang baik dan sesuai dengan persekitarannya. Istilah - ketamadunan dan kehidupan yang maju dari pelbagai aspek 5 ‘Umran’ - kawasan tanah atau rumah yang didiami atau diduduki orang dalam keadaan berkembang maju. Ibn Khaldun ‘Hadharah’– digunakan dalam abad ke 20, sama makna dengan umran. Madaniyyah’ - berkenaan dengan bandar atau kehidupan bandar. - Mohamad Farid Wajdi Tamadun’ tahap perkembangan yang tinggi bercirikan bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun rapi, kehidupan bandar, sains, teknologi dan pendidikan yang mencapai perkembangan, arkitektur yang membina monumen dan bangunan besar dan aktiviti kesenian yang berkesan. Jurji Zaidan DEFINISI PERADABAN Bahasa Arab CIRI-CIRI PERADABAN ISLAM 6 Rabbani (ketuhanan/keagamaan) Berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan ketuhanan. Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia adalah telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Upload: lamngoc

Post on 02-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 HASIL PEMBELAJARAN -   · PDF file1 PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN ... ketamadunan dan kehidupan yang maju dari ... Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: menuntut ilmu

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 10/1/2013

Maruwiah Ahmat 1

BAB 1

KONSEP PERADABAN ISLAM

IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN Maruwiah Ahmat

1

PENGENALAN 2

HASIL PEMBELAJARAN

• Menerangkan Konsep dan perkembangan peradaban Islam

• Menjelaskan sumbangan peradaban Islam kepada peradaban dunia

• Menghuraikan perkembangan peradaban Islam di Nusantara.

DEFINISI PERADABAN 3

Pengertian peradaban dan tamadun Islam

mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa

dan istilah. Pengertian peradaban atau

tamadun secara keseluruhannya dapat dilihat

melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemologi

bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa

Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk

dalam konteks tamadun.

DEFINISI PERADABAN 4

Bahasa Asing

• Inggeris – Civilization, asal dari perkataan latin bermaksud bandar

• Latin: Civitas - kota

Bahasa Melayu

Peradaban

• Bahasa- dari akar kata

‘adab’ – bererti seseorang

individu yang mempunyai

tingkah laku yang baik dan

sesuai dengan

persekitarannya.

• Istilah - ketamadunan dan

kehidupan yang maju dari

pelbagai aspek

5

‘Umran’ - kawasan tanah atau rumah yang didiami atau diduduki orang dalam keadaan

berkembang maju.

– Ibn Khaldun

‘Hadharah’– digunakan dalam abad ke 20, sama makna dengan umran.

‘Madaniyyah’ -berkenaan dengan

bandar atau kehidupan bandar.

- Mohamad Farid Wajdi

‘Tamadun’ – tahap perkembangan yang tinggi bercirikan bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun

rapi, kehidupan bandar, sains, teknologi dan pendidikan yang

mencapai perkembangan, arkitektur yang membina monumen dan bangunan besar dan aktiviti kesenian yang berkesan.

– Jurji Zaidan

DEFINISI PERADABAN

Bahasa Arab

CIRI-CIRI PERADABAN ISLAM 6

Rabbani (ketuhanan/keagamaan)

Berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan ketuhanan.

Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia adalah

telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Page 2: 2 HASIL PEMBELAJARAN -   · PDF file1 PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN ... ketamadunan dan kehidupan yang maju dari ... Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: menuntut ilmu

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 10/1/2013

Maruwiah Ahmat 2

7

Sejagat/Universal

CIRI-CIRI PERADABAN ISLAM 8

Sempurna (Syumul) – meliputi semua bidang kehidupan

CIRI-CIRI PERADABAN ISLAM

9

Tetap dan anjal

CIRI-CIRI PERADABAN ISLAM 10

Sepanjang zaman

Ideal dan realistik

Seimbang

Wasatiyah

CIRI-CIRI PERADABAN ISLAM

11

Menjaga hubungan manusia dengan Allah -Pengabdian diri

kepada Allah SWT semata-mata dengan melakukan suruhan dan

meninggalkan larangan-Nya.

Menjaga hubungan baik sesama manusia - Peraturan dalam

membina hubungan tersebut dengan menghayati segala sifat

terpuji dan menjauhi sifat tercela.

Menjaga hubungan antara makhluk dan alam - Meliputi

hubungan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala dan alam

seluruhnya

MATLAMAT PERADABAN ISLAM

12

MATLAMAT PERADABAN ISLAM

Page 3: 2 HASIL PEMBELAJARAN -   · PDF file1 PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN ... ketamadunan dan kehidupan yang maju dari ... Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: menuntut ilmu

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 10/1/2013

Maruwiah Ahmat 3

ASAS PERADABAN ISLAM

[email protected]

13

AKIDAH SYARIAH AKHLAK ILMU

14

• Pengertian Akidah

– Akidah dari segi bahasa bermaksud „ikatan‟ atau „simpulan‟.

– Ikatan dari segi istilah merujuk kepada kepercayaan-kepercayaan dalam agama dan fahaman-fahaman yang diperjuangkan oleh seseorang.

ASAS PERADABAN ISLAM

15

Akidah Islam ialah iman yang kuat dan

mendalam terhadap Allah S.W.T,

Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari

Akhirat, Qadha‟ dan Qadar.

Maksud iman ialah membenarkan

dalam hati, mengucap dengan lidah

dan beramal dengan anggota badan.

ASAS PERADABAN ISLAM 16

Pengertian Syariah

Syariah dari segi bahasa bererti „sumber air (air mata air)‟ dan „jalan yang lurus (jalan yang benar)‟.

Syariah dari segi istilah bermaksud peraturan dan hukum-hukum yang diturunkan Allah ke atas umat manusia yang meliputi hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w

ASAS PERADABAN ISLAM

17

Tujuan/objektif hukum syarak (maqasid

syariah) mengandungi lima perkara iaitu:

ASAS PERADABAN ISLAM

Melindungi akidah- syariat Islam sangat

tegas dalam mempertahankan akidah- mati

syahid bagi yang mati mempertahankan

agama.

Melindungi nyawa- Allah mewajibkan

manusia menjaga nyawanya dan melarang

melakukan kecederaan ke atas diri sendiri

atau mana-mana pihak.

18

Melindungi akal - Allah menuntut manusia menjaga akal supaya tidak rosak dan dipesong-kan dari kebenaran. Maka Islam mengharamkan meminum arak, mempercayai perkara khurafat dan mewajibkan menuntut ilmu.

ASAS PERADABAN ISLAM

Page 4: 2 HASIL PEMBELAJARAN -   · PDF file1 PENGENALAN 2 HASIL PEMBELAJARAN ... ketamadunan dan kehidupan yang maju dari ... Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: menuntut ilmu

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 10/1/2013

Maruwiah Ahmat 4

19

Melindungi keturunan – dengan mewujudkan sistem

keluarga dan mengharamkan zina.

ASAS PERADABAN ISLAM

Melindungi harta - Islam

menggalakkan manusia supaya

mereka mencari harta secara halal

dan melarang mereka mengumpul

harta secara haram seperti mencuri

dan menipu.

20

Pengertian Akhlak

Pengertian akhlak merupakan kata ganda dari perkataan al-khuluq.

Pengertian akhlak dari segi istilah. Menurut imam Al-Ghazali, akhlak hati yang terpendam di dasar hati menyerlah dalam bentuk perbuatan dan tindakan secara spontan.

• Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Sesungguh-nya telah diutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

(Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

ASAS PERADABAN ISLAM

21

Islam mengutamakan ilmu Islam adalah agama yang mengutamakan ilmu

pengetahuan.

Ajaran al-Quran menghormati akal manusia, ia menyuruh menuntut ilmu mendorong akal manusia merenung dan berfikir tentang kejadian alam. Ini adalah dasar yang sangat penting bagi terbinanya peradaban dan kebudayaan Islam.

Wahyu pertama yang diturunkan adalah berkenaan dengan ilmu iaitu surah al-„Alaq ayat 1-5.

ASAS PERADABAN ISLAM 22

Justeru dorongan tuntutan perintah daripada Al-Quran membawa umat Islam berlumba-lumba menuntut dan mencari ilmu pengetahuan dari segenap penjuru dunia dan ditapisi dengan Al-Quran lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi serta lahir juga tokoh-tokoh cendiakawan muslim yang terbilang tersohor nama mereka sehingga kini.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: menuntut ilmu itu wajib ke atas muslim laki-laki dan perempuan (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ASAS PERADABAN ISLAM

SUMBER PERADABAN ISLAM

[email protected]

23

AL

QU

RA

N

• Sumber rujukan utama dalam hidup manusia

• Mengandungi segala aspek kehidupan manusia

• Tiada kelemahan

• Ayat-ayatnya menjadi pedoman, pengajaran dan sempa-dan bagi manusia.

AS S

UN

NA

H • Menerang-

kan segala perkara yang berkaitan dengan perintah dan larangan Allah melalui utusan-Nya Nabi Muhammad SAW

• Menjelas dan mentafsirkan apa yang terdapat dalam Al-Quran.

IJTIH

AD

• Persepakatan para ulama tentang sesuatu perkara yang tidak dijelaskan dlm Al-Quran atau Sunnah

• Termasuk dalam ijtihad yang disepakati ialah ijma‟ ulama dan qias.

• Bertujuan mem-beri panduan dan keluasan ruang lingkup penyelesaian masalah manusia

TAM

AD

UN

ASIN

G

• Islam tidak menolak tamadun terdahulu, kini mahupun akan datang.

• Dengan syarat ia tidak bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.