topik 1 pengenalan ilmu linguistik

35
T T o o p p i i k k 1 1 Pengenalan Ilmu Linguistik HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan ilmu linguistik; 2. Menyatakan bidang-bidang kajian ilmu linguistik; 3. Mengkelaskan linguistik sebagai satu disiplin ilmu; 4. Menyatakan struktur, fungsi dan pengalaman bahasa; 5. Mengenal pasti peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); 6. Menerangkan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran; 7. Meringkaskan pembinaan tamadun Melayu dan penyerapan bahasa asing; dan 8. Menjelaskan peranan faktor pembentuk bahasa.

Upload: cekgu-syida

Post on 25-Jul-2015

973 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TTooppiikk 11 Pengenalan

Ilmu

Linguistik

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan ilmu linguistik;

2. Menyatakan bidang-bidang kajian ilmu linguistik;

3. Mengkelaskan linguistik sebagai satu disiplin ilmu;

4. Menyatakan struktur, fungsi dan pengalaman bahasa;

5. Mengenal pasti peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP);

6. Menerangkan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran;

7. Meringkaskan pembinaan tamadun Melayu dan penyerapan bahasa asing; dan

8. Menjelaskan peranan faktor pembentuk bahasa.

Page 2: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK2

PENGENALAN

Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.

Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.

DEFINISI LINGUISTIK

Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud ÂbahasaÊ. Dalam bahasa-bahasa „Roman‰ (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggerís memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah linguistics dalam bahasa Inggerís adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau „linguistik‰.

1.1

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah yang anda faham dengan ilmu linguistik? Adakah anda fikirilmu linguistik perlu dikuasai oleh guru di sekolah-sekolah, khususnya guru Bahasa Melayu?

Page 3: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 3

Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut.

Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu „sistem‰. Manakala, istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan „Di mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan‰. Parole yang merupakan ÂtuturanÊ pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan merujuk kepada ÂloghatÊ,ÊucapanÊ, dan ÊperkataanÊ. Dalam bidang kajian ilmu linguistik, kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu istilah profesional.

Di dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut „linguis‰ yang dipinjam daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna Âseseorang yang fasih dalam berbagai bahasaÊ. Sebagai contoh, ungkapan ÂHe is quite a linguistÊ yang bererti ÂDia fasih dalam beberapa bahasaÊ. Dalam istilah ilmiah pula, linguistdapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa orang yang fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak sama dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris linguist di dalam bahasa seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.

Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum.

Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistik.

Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain.

Page 4: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK4

Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan „ilmu bahasa‰ seperti dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam bidang ilmu kajian linguistik.

Terdapat banyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan tentang definisi ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.

Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh John Lyons (1968:89). Menurut beliau, linguistik adalah „The scientific study of language‰. Pandangan kedua-dua tokoh ini memperlihatkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik.

Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian kata ÂlinguistikÊ merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang

Page 5: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 5

sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

BIDANG KAJIAN LINGUISTIK

Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik yang perlu diketahui oleh pelajar ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis dan linguistik terapan. Sila rujuk Rajah 1.1. Di dalam modul ini, tiga bidang utama sahaja akan disentuh, iaitu bidang fonetik dan fonologi, morfologi dan sintaksis.

Rajah 1.1: Kajian Ilmu Linguistik/Bahasa

Penerangan mengenai bidang fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis adalah seperti berikut:

1.2

Page 6: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK6

(a) Fonetik dan Fonologi Pertuturan bahasa melibatkan „bunyi-bunyi bahasa‰. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya.

Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian mengikut bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi „p‰ yang secara lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga udara keluar dengan „menghasilkan suatu bunyi letupan‰. Penghasilan bunyi „p‰ tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.

Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan tertentu, ia dikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Ini bermakna dua bunyi tersebut dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam bahasa Melayu, bunyi „p‰ dan „t‰ berbeza dari segi fungsional atau secara fonologi. Ia disebut sebagai pasangan minimum kerana kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-dua bunyi tersebut berbeza dari segi kata-kata yang dihasilkan, seperti dalam contoh kata „padi‰ dan „tadi‰. „Padi‰ merujuk kepada sejenis tanaman, manakala „tadi‰ merujuk kepada kata keterangan masa. Jelas, perbezaan pasangan minimum tersebut memperlihatkan wujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut. Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian ilmu fonologi.

(b) Morfologi Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai „bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata‰, manakala Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.

Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam sesuatu bahasa dan juga melalui proses-proses tertentu. Kata yang

Page 7: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 7

dilahirkan melalui kata tertentu; sebagai contoh di dalam bahasa Melayu merupakan kata yang dihasilkan di dalam bahasa Melayu itu sendiri. Manakala, kata yang melalui proses tertentu pula ialah melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Melalui proses pengimbuhan kata dasar, kata yang dihasilkan ialah kata terbitan. Melalui proses penggandaan, kata yang dihasilkan merupakan kata ganda dan melalui proses pemajmukan pula, kata yang dihasilkan merupakan kata majmuk.

Di dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh kata nama ialah „sabun‰, „cangkul‰,dan „penyapu‰. Contoh kata kerja pula ialah kata „gerak‰, „kumpul‰, dan „letup‰ manakala contoh kata adjektif ialah kata „baik‰, „gemuk‰ dan „panjang‰. Selain kata utama, terdapat juga kata tugas yang mempunyai tugas tertentu, sama ada di dalam perkataan atau binaan ayat.

(c) Sintaksis Perkataan ÂsintaksisÊ berasal daripada perkataan Yunani ÂsuntuteinÊ yang bermaksud menyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, „sintaksis bermaksud kajian pembentukan ayat‰.

Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah „cabang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat‰, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim et al. (1986) mendefinisikan sintaksis sebagai „bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat‰. Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah „istilah untuk mengkaji pembentukan ayat‰, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai „bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat‰.

Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji „bentuk, struktur dan binaan ayat‰. Ia sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bidang kajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.

Page 8: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK8

Ayat yang terhasil melalui penyusunan rangkaian perkataan yang membentuk frasa dan daripada gabungan frasa ini membentuk klausa dan seterusnya ayat. Di dalam erti kata lain, ayat terdiri daripada konstituen frasa dan konstituen klausa. Kedua-dua konstituen ini terbina daripada susunan perkataan. Oleh itu, dalam sesebuah ayat terdapat unsur kata atau perkataan, frasa dan klausa.

Kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat; seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, ayat tanya, ayat aktif dan ayat pasif.

Sintaksis merupakan cabang daripada ilmu linguistik yang membicarakan tentang wacana, ayat, klausa dan frasa. Di dalam bahasa Inggeris, istilah sintaksis disebut syntax. Untuk menjelaskan urutan sintaksis ini, lihat sahaja contoh ayat berikut:

Berdasarkan contoh ayat tersebut, ia terdiri daripada satu klausa yang terdiri daripada subjek; iaitu „seorang pelajar‰ dan predikat ialah „sedang belajar‰ dan keterangan iaitu „di perpustakaan‰. Setiap klausa tersebut terdiri daripada beberapa kesatuan frasa bagi membentuk ayat. Sebagai rumusan, sintaksis membicarakan bagaimana gabungan beberapa frasa bagi membentuk klausa dan seterusnya gabungan beberapa klausa akan membentuk ayat.

LINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN

Linguistik merupakan suatu disiplin ilmu yang dapat berdiri sendiri dan bersifat autonomi. Menurut Koentjaraningrat (1997), linguistik meliputi ilmu yang berkait dengan ilmu sosial dasar. Sebagai suatu cabang ilmu pengetahuan, linguistik mempunyai subdisiplinnya yang tersendiri. Antara subdisiplin linguistik adalah bidang linguistik, sifat telaah linguistik, pendekatan objek linguistik, instrumen yang digunakan, ilmu lain yang berkaitan dengan linguistik, penerapan linguistik serta aliran dan teori linguistik.

Bidang linguistik meliputi linguistik umum, linguistik terapan, linguistik teoritis dan sejarah linguistik. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 1.2. Linguistik umum merumus secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah. Linguistik terapan pula merupakan ilmu yang berusaha menerapkan hasil penelitian di dalam bidang linguistik untuk keperluan praktis. Sementara, linguistik teoritis mengutamakan penelitian bahasa dari segi internal atau dalaman. Akhir sekali,

1.3

Seorang pelajar sedang belajar di perpustakaan.

Page 9: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 9

sejarah linguistik menyentuh mengenai uraian knonologis, iaitu tentang perkembangan bahasa.

Rajah 1.2: Bidang Linguistik

Sifat telaah linguistik meliputi bidang linguistik mikro yang bidang kajiannya lebih sempit dan bersifat internal, sementara linguistik makro bersifat luas dan eksternal. Pendekatan objek linguistik meliputi bagaimana menganalisis bahasa. Dengan demikian, bahasa dapat dilihat secara deskriptif, historis komparatif, kontrastif, sinkronik dan diakronik. Instrumen linguistik pula ialah penggunaan komputer atau linguistik komputer. Ilmu lain yang berkaitan dengan linguistik ialah psikologi, antropologi, sosiologi dan sebagainya.

Penerapan linguistik meliputi:

(a) Dialektologi

(b) Leksikografi

(c) Leksikostatistik

Dialektologi mempelajari serta membandingkan bahasa yang masih serumpun untuk mencari titik persamaan dan perbezaan. Leksikografi pula ialah kajian mengenai kosa kata dan leksikostatistik ialah kajian tentang umur kata sejak kata wujud.

Linguistik dilihat dari segi teori, aliran struktur dan aliran transformasi yang melahirkan linguistik struktural dan linguistik transformasi. Ini akan dijelaskan seterusnya.

Page 10: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK10

STRUKTUR BAHASA

1.4.1 Pengenalan Kepada Struktur Bahasa

Kamus ZaÊba mentakrifkan kata ÂstrukturÊ kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah „susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan‰, manakala kategori yang kedua ialah „sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang‰. Kategori yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Kata ÂstrukturÊ juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang kedua ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang (Kamus ZaÊba, 2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi kata ÂstrukturÊ jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global, 1997: 1073).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata ÂstrukturÊ didefinisikan sebagai cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur di dalam bahasa Melayu.

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata ÂstrukturÊ merujuk kepada binaan atau rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Hlm.297). Kamus Pelajar Terkini pula mendefinisikan kata ÂstrukturÊ yang merupakan binaan kata daripada cantuman kata struk + tur (KN) yang membentuk kata nama ialah sesuatu yang dibentuk, dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau gubahan) yang merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad Mahmood Musanif, 1996: 465). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera, struktur bahasa wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah struktur bahasa iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid Hasan Lubis, 1994: 132).

Menurut Kamus Linguistik edisi ketiga, kata ÂstrukturÊ merujuk kepada struktur batin, struktur fonemis, struktur frasa, struktur lahir, struktur praleksikal, struktur semantik (makna) dan struktur tematis (Harimurti Kridalaksana, 1993: 203-204). Jika dirujuk di dalam A Dictionary of Linguistics and Phonetics, edisi keempat menyatakan seperti berikut:

1.4

Page 11: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 11

Adakah bahasa satu fenomena penting di dalam hidup kita? Kita sering menganggap kebolehan bertutur sebagai salah satu daripada kebolehan asasi manusia, sama seperti kita berjalan dan bernafas. Kita tidak pernah menyoal sama ada kebolehan manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semula jadi, iaitu berlaku secara tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh manusia. Bahasa yang digunakan di dalam pertuturan merupakan satu alat perhubungan yang penting di antara manusia dengan manusia (kadang-kadang dengan binatang). Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi teratur dengan menggunakan kod tertentu.

Walau bagaimanapun, bahasa bukanlah satu-satunya alat perhubungan manusia kerana terdapat juga cara lain yang digunakan oleh manusia untuk berhubung seperti melalui gerak-geri, simbol atau kod telegraf, muzik dan banyak lagi (Abdullah Hassan, 1992: 3). Seperti bidang ilmu yang lain, bidang ilmu bahasa atau linguistik diwarnai dengan pelbagai paradigma, aliran, teori dan pendekatan yang menjadi pegangan seseorang ahli bahasa. Ia banyak menentukan cara mereka memandang dan menghuraikan hal kebahasaan (Zulkifley Hamid, 1996: 2).

Masih ramai yang belum mengetahui apakah yang dikatakan linguistik. Lazimnya, orang akan menganggap seorang linguis (ahli bahasa) itu ialah seorang yang boleh bertutur banyak bahasa. Ini adalah satu fenomena yang tidak betul. Sebenarnya, hanya sebahagian daripada linguistik melibatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Linguistik adalah lebih luas daripada itu. Secara jelasnya, seperti yang dikatakan oleh Bolinger (1968), linguistik ialah satu sains bagi mengkaji bahasa. Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji secara saintifik.

Menurut A. Bakar Hamid (1960), linguistik atau ilmu bahasa ialah suatu sains yang mempelajari bahasa manusia (Rencana Linguistik, susunan Abdullah

„Structure in its most general sense, and especially as defined by structuralist studies of human institutions and behavior, the term applies to the main abstract characteristic of a semiotic system. A language for example is a structure in the sense that it is a network of interrelated units, the meaning of the parts being specifiable only with reference to the whole. In this sense, the terms ÂstructureÊ and ÂsystemÊ are often synonymous (and the phrase Âstructured systemÊ which is sometimes encountered as in Âlanguage is a structure systemÊ -as a tautology)⁄‰

David Crystal,1997 :367

Page 12: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK12

Hassan, 1992:28). Ahli ilmu bahasa dapat membuat sejarah bahasa dan rumpun bahasa, selain membandingkan bahasa untuk mencapai suatu rumusan tentang ciri umum yang terdapat di dalam semua bahasa. Misalnya, semua bahasa mempunyai bentuk-bentuk fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.

Apabila kita berbicara berkenaan struktur bahasa, kita mesti mengetahui tata tingkat bahasa yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Strukturnya dapat kita lihat seperti hierarki di dalam Rajah 1.3 berikut.

Rajah 1.3: Struktur Bahasa

Penerangan mengenai bentuk-bentuk fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana adalah seperti berikut.

(a) Fonem Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi

bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain.

Page 13: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 13

Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon-fon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.

Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi. Setiap fonem diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang gabungan dua huruf, seperti fonem / / yang diberi lambang huruf ng. Ini bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem (Abdullah Hassan, 2006: 62-63).

Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18

fonem konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/, / /, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/,

/j/, /m/, /n/, / /, / /, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/.

(b) Morfem Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang

mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Misalnya, kata minum ialah morfem kerana unit yang terkecil, unit yang mengandungi makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil dan bermakna. Morfem dengan sendirinya boleh menjadi kata. Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kelima terdiri daripada morfem {ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu morfem dan ada juga yang terbentuk daripada lebih daripada satu morfem. Misalnya, kataminum terdiri daripada satu morfem, manakala minuman terdiri daripada dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem dapat juga dibezakan berdasarkan jenis maknanya. Ada golongan morfem yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara, perbuatan atau sifat yang

Page 14: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK14

terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan mempunyai makna yang leksikal dan disebut morfem leksikal. Contohnya, „pokok‰, „kerusi‰, „duduk‰, „tidur‰ dan sebagainya. Golongan morfem yang tidak atau hampir tidak mempunyai makna asas, tetapi kehadirannya membawa fungsi nahuan disebut morfem nahuan/gramatikal. Contohnya, ber-, -kan, di-, tetapi, yang, dan, itu dan banyak lagi (Ahmad Khair Mohd Nor, 2007: 2).

Morfem terbahagi kepada dua, iaitu: Morfem bebasMorfem terikat

Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu bergabung dengan unsur lain untuk membentuk kata. Umpamanya „rumah‰, „tidur‰, „sedih‰, „takut‰ dan sebagainya. Morfem bebas juga boleh bergabung dengan morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk. Contohnya, „batu‰ boleh diterbitkan menjadi „berbatu, membatu, batuan, batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu‰.

Morfem bebas juga terdiri daripada dua jenis, iaitu yang bersifat terbuka dan tertutup. Morfem bebas yang bersifat terbuka boleh bergabung dengan morfem lain dan boleh menjadi dasar manakala morfem bebas tertutup tidak boleh bergabung dengan morfem lain dan tidak dapat menjadi kata akar. Contohnya, „dan, ke, dari, atau serta dengan‰. Morfem terikat pula tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai kata asal atau kata dasar. Contohnya; imbuhan beR-, ke-, -kan, meN-, -kandan sebagainya yang mesti bergabung dengan unsur lain. Morfem terikat juga terdiri dari dua jenis, iaitu morfem terikat yang dapat bergabung dengan morfem dasar seperti ke-, di-, ber-, pe-, se-, -an, -i dan em-, dan morfem terikat yang dapat bergabung dengan morfem lain seperti „tapa (bertapa), juang (berjuang) dan renang (berenang)‰.

(c) Kata Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002), bebas mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang terdiri daripada satu kata. Misalnya ÂpergiÊ dapat berdiri sendiri sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang disebut bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006: 4). Kata adalah unsur yang terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem dan fonem.

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataannya. Ada yang bersifat tunggal, contohnya „rumah‰, ‰tinggal‰, dan „merah‰ serta ada juga perkataan yang dibentuk hasil proses

Page 15: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 15

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah „meninggal‰ dan „meninggalkan‰; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah „putih melepak‰ dan „rumah pangsa‰; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah „putih-putih‰ dan „Perdana Menteri-Perdana Menteri‰ (Nik Safiah Karim et al., 2003: 59). Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tergolong di dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa ini membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar; iaitu digabungkan secara serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisip (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.

(d) Frasa Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan

klausa dan ayat. Melalui binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat. Frasa ialah unsur terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di dalam tata tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat bahawa frasa bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti terdiri lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak. Lihat contoh ayat yang seterusnya:

Di dalam ayat „Fatihah menjadi pengawas‰, ada dua frasa. Frasa pertama ialah „Fatihah‰ yang menjadi subjek. Frasa kedua ialah „menjadi pengawas‰ yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek „Fatihah‰ terdiri daripada satu kata sahaja. Frasa predikat „menjadi pengawas‰ terdiri daripada dua kata.

Frasa berbeza dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak sebaliknya. Perbezaan yang dapat dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk „itu‰ dan „ini‰ (binaan frasa ditutup oleh kata penunjuk „itu‰ dan „ini‰). Frasa juga boleh menerima sisipan „yang‰, sekiranya frasa yang terlibat itu terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Perkataan „yang‰ boleh digunakan bagi membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa, maka „yang‰ boleh disisipkan antara bahagian-bahagiannya dengan tidak mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti dan penerang tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti frasa menurut kata yang menjadi intinya, maka frasa dapat dijeniskan kepada

Fatihah menjadi pengawas.

Page 16: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK16

frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa adverba. Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat.

(e) Klausa Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi kedua-

duanya adalah berbeza. Binaan sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata, iaitu kata inti sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan predikat. Sebenarnya, klausa adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali sebagai anak ayat. ZaÊba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh ayat adalah seperti berikut;

Di dalam ayat „Aminah tidak datang kerana dia sakit‰, terdapat dua klausa, iaitu „Aminah tidak datang‰ dan „dia sakit‰. Kedua-duanya digabungkan oleh kata hubung „kerana‰. Klausa „Aminah tidak datang‰ boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa „Aminah tidak datang‰ mempunyai subjek „Aminah‰, dan predikat „tidak datang‰. Klausa „dia sakit‰ juga mempunyai subjek, iaitu „dia‰ dan predikat, „sakit‰. Klausa „dia sakit‰ digabungkan dengan klausa „Aminah tidak datang‰ menggunakan kata hubung „kerana‰.

Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Klausa tak bebas pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan klausa adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa ini dapat digantikan dengan satu kata nama. Klausa adverba pula memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis keterangan, antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan lain-lain.

(f) Ayat Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat,

terdapat unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa. Penggabungan unsur inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji dari aspek bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield (1930), mengatakan ayat ialah satu bentuk bebas di dalam bahasa yang tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih besar. Ada kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, ia

Aminah tidak datang kerana dia sakit.

Page 17: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 17

masih belum berdiri sendiri kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat.

Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang diterbitkan oleh rumus tatabahasa. Secara keseluruhannya, kata ialah unit yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di dalam mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-pola ayat tersebut. Di antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan pola yang terbentuk daripada pola dasar tersebut melalui proses transformasi.

(g) Wacana Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh

terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan satu kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi selepas ayat. Wacana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Ini ditunjukkan dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Ciri Ketekstualan Wacana

Page 18: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK18

Keterangan lanjut mengenai tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh dinyatakan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Keterangan Ciri Ketekstualan Wacana

Bil. Ciri Ketekstualan Wacana Keterangan

1. Tautan atau kohesi Ia adalah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

Keserasian hubungan ini lazimnya dapat dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat yang lain yang terdapat di dalam wacana tersebut.

Tautan penting kerana dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.

2. Runtutan atau koheren Ia merupakan kesinambungan idea yang terdapat di dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

Oleh itu, runtutan merupakan asas di dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

3. Tujuan Setiap wacana yang diujarkan, sama ada di dalam bentuk lisan atau tulisan perlu mempunyai tujuan.

Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut, sama ada penulis atau pembicaranya.

Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya; tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

Page 19: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 19

4. Penerimaan Sesuatu wacana juga perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang merupakan penerima bagi sesebuah wacana.

Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.

Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

5. Maklumat Setiap wacana juga perlu mempunyai maklumat.

Maklumat yang terdapat di dalam sesebuah wacana boleh dibahagikan kepada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu.

Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula di dalam konteks yang berikutnya.

Manakala maklumat baharu ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

6. Keadaan Keadaan juga menjadi faktor untuk membentuk wacana yang relevan dengan situasi ujaran.

Sesebuah wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.

Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan, pemilihan perkataan, frasa dan ayat adalah penting.

7. Interteks Interteks pula bermaksud suatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain.

Ini bermaksud wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

Oleh itu, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarinya.

Page 20: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK20

Kesimpulannya, struktur bahasa, khususnya di dalam bahasa Melayu mempunyai unsur yang membina strukturnya untuk menjadi satu bahasa yang mantap. Pada peringkat awal pembentukan kata, fonem dan morfem terlebih dahulu dikaji sebelum menjadi kata. Setelah membentuk kata, frasa dan klausa pula akan memainkan peranan untuk membentuk atau menghasilkan ayat. Manakala, wacana yang merupakan hierarki tertinggi di dalam tata tingkat bahasa berperanan untuk menghasilkan satu bahasa, sama ada lisan atau bukan lisan yang mantap dan utuh.

PENGALAMAN BAHASA

Pengalaman yang ÂditimbaÊ oleh bahasa Melayu telah membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gemilang dan layak dijadikan Bahasa Kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu telah banyak melalui pengalaman yang bermakna, sama ada dari awal hingga kini yang dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Terdapat banyak bahan, yang pada zaman awalnya menggunakan bahasa Melayu seperti batu bersurat, hasil sastera dan bahan sejarah.

Bangsa Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya tidak boleh lagi berundur dan terus mengangkat tangan menyerah kalah dalam memartabatkan bahasa Melayu. Kita ingin membuktikan bahawa kita adalah bangsa yang besar yang tidak segan menghadapi cabaran. Bangsa yang besar harus tahu sejarah perkembangan bahasa kebangsaannya sendiri. Jika ada pendapat yang menyangka bahawa orang Melayu khususnya tidak perlu belajar bahasa Melayu atau bahasa Malaysia disebabkan bahasa itu adalah bahasa pertama mereka, sangkaan tersebut adalah salah. Alangkah kecewanya generasi kita yang sekarang ini gagal melaksanakan tugas bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Malaysia adalah tonggak kepada bangsa Melayu sejagat yang sentiasa memainkan peranan penting di dalam perjuangan memartabatkannya. Ia adalah antara bahasa yang dituturkan oleh banyak bangsa dan merupakan gabungan daripada bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Melalui perdagangan dan penjajahan, bahasa Melayu berkembang dan menerima istilah daripada bahasa Inggeris, Cina dan India. Dari aspek dakwah, usia bahasa Melayu adalah lebih tua daripada segala macam bahasa yang wujud di Malaysia.

Bahasa itu berdaulat kerana bahasa Melayu meniti di bibir dan lidah penguasa Melayu yang memeluk agama Islam. Hal ini membezakan bahasa Melayu daripada bahasa lain yang tidak mencapai darjat kekuasaan. Ertinya, bahasa lain di dalam bentuk dakwah Islam tidak berada di puncak kekuasaan seperti mana kedudukan bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu. Justeru, apabila

1.5

Page 21: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 21

bangsa Melayu kini tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan, keilmuan dan dakwah, maka bahasa ini akan mati dengan sendirinya. Penerimaan kemasukan istilah pula ke dalam cabang bahasa Melayu melibatkan wacana keilmuan dan lain-lain dimensi cabang pengetahuan. Oleh sebab itu, bahasa Melayu berkembang kerana dalam kalangan pakar bahasa Melayu, kita mampu memperincikan hal ini dengan teliti mengikut pengalaman bahasa.

1.5.1 Era Sebelum dan Selepas Merdeka

Sejarah awal penggunaan tulisan rumi di dalam bahasa Melayu dilakukan oleh pedagang, pengembara dan penjelajah yang datang dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Penulisan mula dijalankan dengan membuat penulisan tentang bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi Latin. Huruf Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis perihal bahasa Melayu ditemui di dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1522. Catatan-catatan di dalam bahasa Melayu daripada Antonio Pigafetta yang telah menyusun daftar kata Melayu-Itali pada tahun 1522 lagi membuktikan pengalaman bahasa Melayu sehingga menerbitkan kamus Melayu-Itali yang pertama iaitu Vocaboli De Quedti Popoli Mori. Berkisar tentang penerbitan tersebut, penerbitan kamus telah berkembang pesat. Selain itu, pengaruh bahasa Sanskrit amat luas sewaktu kebudayaan Melayu mengalami pengaruh peradaban India. Pengaruh tersebut meliputi bidang keagamaan, undang-undang, kesenian dan bidang lain. Namun, struktur bahasa Melayu tidak terjejas. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf rumi oleh pedagang, pengembara, penjelajah dan sarjana dari Eropah. Rumpun keluarga bahasa Melayu-Austronesia atau ikatan rumpun Melayu-Polynesia telah berkembang saling berhubung kait melalui asas budaya yang hampir sama. Penerimaan hubungan tersebut diolah dan diterima suai pengaruh kebudayaan asing tanpa melenyapkan asas-asas keserumpunan atau memusnahkan bahasa yang menjadi kekuatan bahasa Melayu.

Daripada tinjauan sosial juga, bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Nasional kerana penyebarannya yang luas di Nusantara dan peranan tokoh yang berpengaruh. Malahan, orang Eropah tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu baku sudah menjadi bahasa rasmi sejak beratus-ratus tahun. Di perpustakaan Sorbonne di Perancis, ada dua pucuk surat Raja Ternate kepada Raja Timor dalam abad ke-13 yang ditulis dalam bahasa Melayu Hikayat. Kenyataan itu membuktikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting untuk urusan rasmi. Bahasa berkembang, bertukar dan berubah; iaitu yang dikatakan pendekatan dinamik (tidak statik).

Page 22: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK22

Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan Malaysia. Sebelum 1969, Bahasa Kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu, tetapi sesudah 13 Mei 1969, bahasa ini diberi nama baru. Namun, nama baru ini dapat diumpamakan sebagai pakaian baru yang dikenakan oleh orang perseorangan untuk tujuan tertentu tanpa menimbulkan sebarang perubahan kepada dirinya (Asmah Omar, 1978).

ÂBahasa menunjukkan BangsaÊ adalah perumpamaan yang sering disebutkan di dalam penggunaan berbahasa. Ini bermaksud secara tidak langsung, kita akan memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di dunia. Sebelum era kemerdekaan, bahasa Melayu telah banyak melalui cabang-cabang kegemilangan sebagai bahasa yang dipertuturkan di dalam urusan rasmi. Justeru, proses perubahan zaman pada abad ke-20 telah mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar ilmu pengetahuan dan bahasa utama di dalam sistem pendidikan. Bahasa Melayu mampu berkembang seiring dengan keperluan dan tuntutan semasa serta berupaya menangani perubahan. Bahasa Melayu mempunyai kekuatan sejarah, kekuatan serumpun serta telah banyak melalui pengalaman.

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Pada tahap bahasa Melayu mencapai kekuatannya selepas era penjajahan, beberapa institusi telah wujud bagi mengembangkan dan memajukan bahasa Melayu. Melalui penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Malaysia pada tahun 1956, pelbagai kegiatan dan aktiviti untuk mengembangkan lagi potensi bahasa Melayu telah berjalan dengan rancak. Bahasa Melayu menjadi ÂalatÊ perhubungan moden pada abad ke-20. Pelbagai bentuk program dan aktiviti kebahasaan diadakan oleh DBP, antaranya penerbitan buku di dalam pelbagai bidang ilmu. DBP juga menghasilkan kamus dan perkataan-perkataan baharu Melayu.

Secara kasar, kemajuan dan pengalaman yang ditimba oleh bahasa Melayu adalah pada tahap yang memenuhi seluruh rakyat Malaysia, sama ada perkamusan di dalam ekabahasa mahupun di dalam dwibahasa. Pengalaman bahasa Melayu telah berkisar pada perkembangan dan pengaruh yang ditinggalkan secara bertahap-tahap mengikut peredaran masa. Oleh itu, bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa perhubungan di dalam bidang perdagangan, pemerintahan, ilmu pengetahuan serta dalam hubungan diplomatik. Perubahan yang ditempuhi bahasa Melayu dengan Âseribu macamÊ pengalaman akibat berlakunya perubahan sejarah dan politik seperti geopolitik, selepas kolonial dan kemerdekaan.

1.6

Page 23: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 23

1.7 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahasa Melayu telah menjadi alat bahasa pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di dalam sistem pendidikan negara. Keadaan ini berterusan apabila Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, perubahan telah berlaku di dalam sistem pendidikan negara apabila pengajaran bagi subjek atau mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan di dalam bahasa Inggeris. Pengalaman Bahasa Melayu di dalam pengajaran di sekolah telah dipinggirkan selaras dengan dasar baru Kementerian Pelajaran yang menuntut supaya mata pelajaran Inggeris dipertingkatkan. Akhirnya, bahasa Melayu akan lenyap sekiranya kerajaan dan pihak kementerian khususnya, meminggirkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Seharusnya, bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa ilmu kerana pengalaman yang lampau banyak ÂmematangkanÊ bahasa Melayu di dalam pembentukan tamadun Melayu di Malaysia sendiri.

Golongan yang dididik dengan bahasa pinjaman (bahasa Inggeris) akan membina pemikiran berdasarkan kepada bahasa pinjaman tersebut. Berdasarkan kajian, didapati negara yang menggunakan bahasa peribumi sebagai bahasa pengantar pendidikan akan dapat mengekalkan keaslian dan kreativiti pemikirannya. Contohnya, negara Jepun yang menerima pendidikan Barat, masih lagi mengamalkan kebahasaan Jepun walaupun pentadbiran, perdagangan serta sains dan teknologi diserap daripada Barat. Keadaan ini disebabkan keutuhan dan keaslian pemikirannya yang dikekalkan melalui pendidikan dalam bahasa ibundanya.

Perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 diikuti dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, telah meletakkan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selangkah demi selangkah, bahasa Melayu membentuk peranan dalam merealisasikan hasrat masyarakat Malaysia untuk melihat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kepesatan pembangunan ekonomi Malaysia di dalam negeri dan perkembangan ekonomi antarabangsa seharusnya membawa bersama tanggungjawab pengembangan dan penggunaan bahasa Melayu. Pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi mempunyai nilai bahasa perpaduan bangsa di negara Malaysia. Usaha untuk menegakkan perpaduan bangsa adalah sesuai dengan prinsip demokrasi dan peruntukan Perlembagaan, yakni tidak juga menghalang penggunaan bahasa kaum atau dialek masing-masing.

Page 24: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK24

1.8 PEMBINAAN TAMADUN MELAYU

Pengalaman bahasa Melayu sebagai alat komunikasi serta asas kepada pembinaan tamadun Melayu haruslah dikekalkan dan dipertahankan melalui tradisi ilmu. Bahasa Melayu hendaklah berupaya mengungkapkan peranannya di dalam pelbagai bidang dan cara kehidupan bangsanya. Ia meliputi akal fikiran dan daya ciptaan di dalam tuntutan kemasyarakatan, persekitaran politik, ekonomi dan sosial. Perancangan bahasa Melayu yang lebih tersusun memperlihatkan bahasa sebagai lambang negara.

Pembinaan manusia yang berharkat-bermartabat sambil menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan teknologi selalu dipesankan melalui pesan-pesan bahasa. Oleh sebab itu, fungsi dan kedudukan bahasa Melayu bukan hanya sebagai bahasa pergaulan atau lingua franca tetapi juga sebagai bahasa kebudayaan dan adat istiadat di dalam masyarakat. Terdapatnya keragaman gaya bahasa dan variasi bahasa yang disebabkan pengelompokan masyarakat yang berupa idolektis, dialektis dan sosiolek. Bahasa Melayu juga merupakan alat untuk mengekspresikan harapan, maksud dan keinginan yang berkait dengan diri sendiri, keluarga mahupun di dalam lingkungan masyarakat.

PENYERAPAN BAHASA ASING

Bahasa Melayu memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan penyerapan kata dan istilah daripada pelbagai bahasa, seiring dengan kehendak dan perkembangan zaman. Keadaan ini disebabkan pengaruh dan hubungan bangsa atau suku bangsa lain dengan penggunaan bahasa Melayu. Penyerapan bahasa asing meliputi bahasa Sanskrit, Jawa, Arab dan Inggeris. Penyebaran bangsa Melayu memberi petunjuk tentang penyebaran dan perkembangan bahasa Melayu. Selain itu, unsur asing yang menyusupi bahasa Melayu itu dapat melengkapi kosa kata bahasa Melayu. Kajian dari aspek dialek yang digunakan, termasuklah bahasa daerah dari segi kosa kata, tatabahasa dan sebagainya dianggap perlu di dalam bahasa Melayu.

Era Bahasa Melayu yang terus berkembang juga dapat menjelaskan lagi proses penerimaan bahasa Melayu itu sendiri, misalnya bahasa Melayu kuno yang dapat dilihat pada aspek strukturnya. Dari sudut peminjaman, ia banyak diselitkan dengan kata Sanskrit. Bahasa Melayu tengahan pula dikatakan menerima pengaruh bahasa Arab. Datanya banyak sekali berupa kitab, hikayat dan sebagainya. Pelbagai kemahiran telah diterapkan di dalam meningkatkan perkembangan bahasa yang banyak ÂmendewasakanÊ bahasa Melayu. Lazimnya, kemahiran bahasa merupakan matlamat utama di dalam pengajaran bahasa; iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Kemahiran bahasa berlaku secara berperingkat-peringkat; sama ada daripada kemahiran

1.9

Page 25: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 25

1.10

permulaan, kemahiran pertengahan atau kemahiran kefahaman yang juga dikenali sebagai kemahiran tertinggi. Aspek bunyi dan tatabahasa Sanskrit turut meninggalkan kesan ke atas bahasa Melayu walaupun unsur ini tidak begitu jelas kelihatan dan menjadi berkurangan dengan unsur penyerapan daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Pengaruh bahasa Inggeris bukan sahaja kelihatan melalui perbendaharaan kata, malahan merangkumi morfologi dan sintaksis Melayu yang turut dipengaruhi dengan jumlah yang amat besar.

Pengaruh penyerapan dan penerimaan bahasa asing terus berkembang dan disesuaikan dengan penggunaan kata di dalam bahasa Melayu. Ini termasuk pengaruh Islam dan Barat dan kemudian, pengaruh bahasa Jawa. Setelah kedatangan Islam, kedudukan bahasa Melayu amat penting kerana bahasa Melayu mula menjadi bahasa pengantar agama. Peranan bahasa dan kesusasteraan Melayu menjadi penting. Perubahan dalam pandangan hidup keilmuan dan keintelektualan mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu.

Gerakan bahasa dan kebangsaan di Malaysia selepas kemerdekaan dilahirkan dengan ciri-ciri kebangsaan, salah satu daripadanya ialah bahasa. Perkembangan baru di dalam bidang bahasa telah memesatkan lagi kegiatan bahasa, seperti penulisan di dalam bentuk novel, drama, sajak dan esei. Dengan itu, bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahan sastera, malahan perkembangan bahasa telah membentuk menjadi bahasa moden.

FUNGSI BAHASA

Bahasa adalah satu konsep umum yang menjadi dasar di dalam perhubungan. Terdapat beberapa sarjana yang memberi definisi mereka terhadap bahasa. Menurut Kamus Linguistik, bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berkomunikasi (Kamus Linguistik, 1997:27). Menurut Gorys Keraf (1997:1), bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Walau bagaimanapun, bahasa tidak semestinya sebagai alat berkomunikasi kerana komunikasi juga boleh terbentuk melalui isyarat tubuh

AKTIVITI 1.1

(a) Nyatakan contoh yang sesuai bagi memperlihatkan perbezaan padastruktur bahasa.

(b) Nyatakan kekuatan yang ada pada bahasa Melayu yangmenjadikannya terus kekal dan hidup hingga ke hari ini.

Page 26: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK26

atau melalui cara yang telah disepakati seperti lukisan, asap api, bunyi gendang atau tong dan sebagainya. Bahasa memberikan kemungkinan yang jauh lebih luas dan kompleks daripada yang dapat diperoleh dengan mempergunakan media tadi. Bahasa haruslah merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Ia bukannya sebarang bunyi tetapi adalah bunyi yang merupakan simbol atau perlambangan.

Bahasa mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ia boleh memberi fungsi apabila bahasa tersebut telah seragam penggunaannya melalui perbendaharaan dan pengimbuhan dan mengikuti segala peraturan penggunaannya (Darwis Harahap Mohamad, 2004: 50). Fungsi adalah beban makna suatu satuan bahasa atau hubungan antara satu satuan dengan unsur-unsur gramatikal, leksikal/fonologi di dalam suatu deretan satuan/peranan unsur dalam suatu ujaran dan hubungannya secara struktural (Harimurti Kridalaksana, 1993: 60). Terdapat beberapa fungsi bahasa yang utama.

Pada awalnya, seorang anak menggunakan bahasa untuk mengekspresikan kehendaknya atau perasaannya pada sasaran yang tetap. Proses kognitif, iaitu pengenalan benda-benda kepada bahasa telah berlaku (Asmah Omar, 1993: 16). Inilah yang menjadi fungsi utama bahasa iaitu sebagai alat untuk mengekspresikan apa yang terlintas dalam pemikiran. Di dalam perkembangan bahasa, kanak-kanak tidak lagi menggunakan bahasa hanya untuk mengekspresikan kehendaknya, tetapi juga untuk berkomunikasi dengan lingkungan di sekitarnya.

Setelah dewasa, kita menggunakan bahasa untuk mengekspresikan diri dan berkomunikasi. Seorang penulis mengekspresikan dirinya melalui tulisan. Sebagai contoh, tulisan kita dalam sebuah buku, merupakan hasil ekspresi diri kita. Ketika menulis, kita tidak memikirkan siapa pembaca. Kita hanya menuangkan isi hati dan perasaan kita tanpa memikirkan apakah tulisan itu difahami orang lain atau tidak. Semasa menggunakan bahasa sebagai alat untuk mengekspresikan diri, si pemakai bahasa tidak perlu mempertimbangkan atau memperhatikan siapa yang menjadi pendengarnya, pembacanya, atau khalayak sasarannya. Ia menggunakan bahasa hanya untuk kepentingannya peribadi. Sebagai alat untuk menyatakan ekspresi diri, bahasa menyatakan secara terbuka segala sesuatu yang tersirat di dalam dada kita. Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri adalah untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan keinginan untuk membebaskan diri kita daripada semua tekanan emosi (Gorys Keraf, 1997: 4).

Fungsi utama bahasa adalah sebagai alat komunikasi (Mokhtar Mansor, 1991: 22). Manusia memerlukan suatu medium untuk melawan bicara dengan orang lain. Dalam komunikasi seharian, salah satu alat yang sering digunakan adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan. Bahasa menjadi alat

Page 27: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 27

komunikasi yang paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi berjalan lancar. Melalui komunikasi, kita mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang sezaman dengan kita.

Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan saluran perumusan maksud, melahirkan perasaan dan memungkinkan kita menciptakan kerja sama yang mewujudkan pelbagai aktiviti, merencanakan dan mengarahkan masa depan (Gorys Keraf, 1997: 4). Semasa menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, kita sudah memiliki tujuan tertentu antaranya ingin difahami oleh orang lain (Sumarsono, 2004: 143). Dalam berkomunikasi, kita mempertimbangkan bahasa apa yang ingin digunakan. Misalnya, kata makro hanya difahami oleh orang berpendidikan, namun kata besar atau luas lebih mudah difahami masyarakat.

Bahasa adalah unsur kebudayaan yang telah memberi manfaat kepada pengalaman manusia. Melaluinya, manusia mempelajari dan mengambil bahagian dalam pengalaman tersebut. Di dalam situasi ini, bahasa telah berfungsi sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial atau kemasyarakatan (Sumarsono, 2004: 145). Masyarakat hanya dapat disatukan secara efisien melalui bahasa. Bahasa sebagai alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan setiap orang untuk merasa dirinya terikat dengan kelompok sosial yang dimasukinya. Seterusnya manusia dapat melakukan segala kegiatan kemasyarakatan dengan menggunakan bahasa. Ia memungkinkan integrasi yang sempurna bagi setiap individu dengan masyarakatnya (Gorys Keraf, 1997: 5). Semasa mengadaptasi di dalam lingkungan sosial tertentu, kita akan memilih bahasa yang kita gunakan bergantung pada situasi yang dihadapi. Kita menggunakan bahasa yang berbeza pada orang yang berbeza. Kita perlu memilih dan menggunakan bahasa yang sesuai di dalam percakapan, misalnya menggunakan kata Kamu atau Saudara untuk memulakan perbualan. Kita perlu bijak agar dapat menghasilkan perbualan yang sesuai. Kata kamu sesuai untuk rakan manakala saudara adalah untuk mereka yang baru dikenali. Dengan menguasai bahasa suatu bangsa, kita dengan mudah berbaur dan menyesuaikan diri dengan bangsa tersebut (Zulkifley Majid, 1996: 16).

Fungsi seterusnya adalah sebagai alat di dalam mengawal sosial. Bahasa mampu untuk mengawal keadaan sosial dengan lebih efektif. Kawalan sosial ini dapat diterapkan pada diri kita sendiri atau kepada masyarakat. Pelbagai penerangan, informasi dan pendidikan disampaikan melalui bahasa. Buku-buku pelajaran dan buku-buku instruksional adalah salah satu contoh penggunaan bahasa sebagai alat kawalan sosial (Zulkifley Majid, 1996: 17). Ceramah agama atau dakwah merupakan salah satu contoh penggunaan bahasa yang berfungsi sebagai alat kawalan sosial. Begitu juga penyampaian ilmiah atau politik. Kita juga sering mengikuti diskusi atau perbincangan (talk show) di televisyen dan

Page 28: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK28

radio. Iklan layanan masyarakat atau layanan sosial merupakan salah satu kewujudan penerapan bahasa sebagai alat kawalan sosial.

Semua itu merupakan kegiatan berbahasa yang memberikan kepada kita cara untuk memperoleh pandangan baru, sikap baru, perilaku dan tindakan yang baik dengan menggunakan bahasa. Di samping itu, kita juga dapat belajar untuk menyemak dan mendengarkan pandangan orang lain mengenai suatu hal. Contoh fungsi bahasa sebagai alat kawalan sosial yang sangat mudah kita terapkan adalah sebagai alat pereda rasa marah. Menulis merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk meredakan rasa marah. Tuangkanlah rasa tidak puas hati dan marah kita ke dalam bentuk tulisan. Biasanya, pada akhirnya, rasa marah kita beransur-ansur hilang dan kita dapat melihat persoalan secara lebih jelas dan tenang.

Bahasa sebagai alat untuk berfikir adalah fungsi yang hampir sama dengan ekspresi. Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara. Walaupun tanpa bahasa manusia juga boleh berfikir, namun ia akan lebih bermakna seandainya ia dapat diinterpretasikan melalui bahasa. Dalam proses berfikir, kita menggunakan bahasa agar apa yang kita fikirkan mampu untuk diungkapkan. Apa yang terbayang dalam pemikiran ialah bunyi-bunyi bahasa yang membentuk pertuturan atau paparan. Paparan ini boleh diungkapkan menjadi suatu bahan iaitu bahan bertulis yang bercetak seperti buku, majalah dan akhbar. Selain itu, alat berfikir ini juga boleh menjadi bahasa lisan yang boleh digunakan untuk berkomunikasi (Mokhtar Mansor, 1991: 23).

Bahasa juga berfungsi sebagai alat perakam (Mokhtar Mansor, 1991: 24). Apabila seseorang itu melihat gambar atau simbol, dia merakam apa yang dilihatnya itu dalam fikirannya. Namun, ia tidak dapat dipancarkan kepada orang lain melainkan menggunakan medium seperti kamera. Tetapi sekiranya medium tersebut tidak ada, manusia terpaksa menceritakannya. Di dalam hal ini, aspek bahasa adalah penting sebagai medium di dalam memindahkan segala apa yang ingin diperkatakannya. Oleh itu, bahasa mengetengahkan fungsinya sebagai sebuah alat yang mampu merakam segala kejadian. Kejadian yang terakam sememangnya tidak terbukti seperti apa yang mampu untuk dirakamkan melalui kamera tetapi ia diungkapkan kembali melalui penceritaan semula dengan menggunakan bahasa.

Selain itu, terdapat beberapa orang tokoh seperti Karl Buhler, Simanjuntak, John Concon dan sebagainya yang telah mengemukakan fungsi bahasa mengikut pandangan mereka sendiri.

Karl Buhler mengemukakan fungsi yang hampir sama dengan Simanjuntak. Mereka mengemukakan tiga fungsi utama bahasa iaitu Appel, Ausdruck dan Darstellung. Appel/evokasi (membangkitkan) menunjukkan bahawa bahasa

Page 29: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 29

berfungsi sebagai alat untuk memerintah atau meminta lawan bicara untuk melakukan sesuatu. Fungsi ini seperti seorang komander memberi arahan kepada pasukan mereka (Sumarsono: 148). Ausdruck/ekspresi (melahirkan) pula menunjukkan bahawa bahasa berfungsi untuk mengungkapkan suasana hati penutur. Contohnya perkataan aduh, amboi dan wah. Perkataan ini sudah mampu untuk memberitahu tentang suasana hati penutur. Fungsi seterusnya ialah Darstellung/representatif (mewakili) iaitu berfungsi untuk mengacu objek tertentu yang berada di luar diri penutur dan lawan tuturnya. Fungsinya adalah untuk mengacu dan menjelaskan secara lebih terperinci, contohnya memberi analisis tentang sesuatu.

John C. Concon Jr. turut memberi fungsi terhadap bahasa. Menurutnya, bahasa berfungsi untuk membuka perbicaraan, menghindarkan komunikasi, komunikasi instrumental, komunikasi afektif, melepaskan tekanan perasaan, menceritakan perkara tahayul dan berfungsi dalam bidang ritual (Sumarsono, 2004: 154).

Halliday pula memberikan bahasa kepada beberapa fungsi iaitu sebagai fungsi deskriptif (menerang, menghurai), ekspresif (mengungkap) dan berfungsi di dalam bidang sosial. Halliday (1978), juga menjelaskan bahawa bahasa berfungsi sebagai pencetus ideasional. Manusia menggunakan bahasa untuk menata (mengorganisasikan) pengalaman penutur atau penulis tentang dunia nyata atau dunia fantasi kepada pengungkapan. Bahasa tersebut mengacu kepada barang, orang, tindakan, peristiwa, keadaan dan sebagainya di dalam keadaan nyata atau yang dibayangkan. Bahasa juga berfungsi di dalam mengungkap interpersonal manusia. Bahasa mampu untuk menunjukkan, membangun atau mempertahankan hubungan sosial antara manusia. Ini mencakupi bentuk penyapaan, fungsi tutur, modalitas dan sebagainya. Fungsi seterusnya adalah sebagai tekstual. Di dalam hal ini, bahasa mencipta teks bertulis atau lisan yang koheren di dalam dirinya dan yang sesuai bagi sesuatu situasi tertentu (Sumarsono, 2004: 49).

Bahasa boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan ia terbentuk daripada beberapa faktor, antaranya disebabkan oleh pengekodan, dialek dan sebagainya. Bahasa mempunyai beberapa fungsi; sebagai alat ekspresi diri, alat komunikasi dan identiti diri yang memudahkan pekerjaan manusia. Melalui bahasa, kita dapat menunjukkan sudut pandang kita, pemahaman kita atas suatu hal, asal usul bangsa dan negara kita, pendidikan kita, bahkan sifat kita. Bahasa menjadi cermin diri kita, baik sebagai bangsa mahupun sebagai diri sendiri. Bahasa adalah suatu yang utuh dan bersistem, tidak menumpang kepada bahasa lain, wujud secara tersendiri dan mempunyai banyak bentuk.

Derasnya arus globalisasi di dalam kehidupan telah menyerlahkan perkembangan dan pertumbuhan bahasa sebagai pendukung pertumbuhan dan perkembangan budaya, ilmu pengetahuan dan teknologi. Semua manusia di

Page 30: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK30

dalam era ini memberi peranan penting di dalam dunia persaingan bebas dan komunikasi. Konsep dan istilah baru di dalam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat (IT) secara tidak langsung memperkaya khazanah bahasa Melayu. Maka, semua produk budaya akan tumbuh dan berkembang pula sesuai dengan pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi itu. Sekali gus, ia berperanan sebagai prasarana berfikir dan pendukung pertumbuhan dan perkembangan IT. Menurut Sunaryo (2000), tanpa adanya bahasa, bidang IT tidak dapat tumbuh dan berkembang. Selain itu, bahasa di dalam struktur budaya, telah memiliki kedudukan, fungsi, dan peranan iaitu sebagai akar dan produk budaya. Bahasa menjadi medan prasarana pemikiran moden. Biasanya, penggunaan bahasa yang baik akan menghasilkan buah fikiran yang benar. Bahasa juga menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa perlu dipelihara kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

1.10.1 Peranan Faktor Pembentuk Bahasa

Pembentukan adalah perbuatan atau hal yang membentuk (Ahmad Mahmood, 2001: 133). Pembentukan bahasa adalah konsep umum yang mencakup infleksi, devirasi, afiksasi dan penggabungan bahasa (Harimurti Kridalaksana, 1993: 159). Faktor atau peranan pembentukan bahasa terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor ini menjadi asal kejadian kepada bahasa. Menurut hipotesis monogenesis, semua bahasa di dunia ini berasal daripada satu bahasa induk. Bahasa merupakan sesuatu yang dikurniakan daripada tuhan yang telah tersebar ke serata dunia. Ini berlandaskan daripada kitab-kitab suci setiap insan seperti Bible dan al-Quran (Sumarsono, 2004: 68).

Di dalam al-Quran sendiri ada menceritakan tentang hal ini, iaitu di dalam Surah al-Baqarah: Ayat 31 dan 32, ÂDan Allah mengajarkan kepada Nabi Adam semua nama benda, kemudian Allah berfirman kepada malaikat, „Sebutkan kepada-Ku nama-nama benda itu jika kamu memang benar‰. Mereka menjawab, „Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang Engkau ajar kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha BijaksanaÊ (Terjemah al-Jumanatul Ali Al-Quran, 2004: 7).

Terdapat ahli falsafah yang tidak bersetuju dengan hipotesis monogenesis. E.B de Condillac (1968) mengatakan bahawa bahasa berasal daripada suara dan gerak-geri badan yang mempunyai sifat naluri. Semua manusia dilengkapi dengan naluri. Naluri tersebut kemudiannya dibangkitkan oleh emosi yang kuat dan suara-suara yang beremosi tersebut akan berubah menjadi bunyi-bunyi yang bermakna seterusnya membentuk bahasa.

Page 31: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 31

Terdapat juga hipotesis yang disebut sebagai hipotesis polygenesis, iaitu hipotesis yang mengatakan bahawa bahasa-bahasa yang berlainan lahir daripada pelbagai masyarakat yang berlainan dan bahasa tersebut berevolusi. Bahasa itu hadir sama ada kerana onomatope atau bahasa yang hadir akibat daripada kesedaran manusia (Sumarsono, 2004: 72). Menurut Von Herder, bahasa lahir daripada alam dan onomatope iaitu tiruan daripada bunyi alam. Bunyi yang ditimbulkan oleh alam seperti guruh dan bunyi binatang ditiru oleh manusia secara onomatope dan diolah untuk tujuan tertentu. Selepas pengolahan, peniruan tersebut akan dimatangkan daripada dorongan hati manusia yang kuat untuk berkomunikasi.

Bloomfield telah mengemukakan tiga teori berkaitan asal kejadian bahasa. Teori pertama adalah teori bow-bow iaitu teori yang mengatakan bahawa bahasa muncul daripada keupayaan manusia untuk meniru suara-suara lain. Teori ding-dong pula menyatakan bahawa bahasa berasal daripada keupayaan manusia dalam memberi respons kepada bunyi yang dihasilkan oleh alam. Manakala, teori pooh-pooh menjelaskan bahawa bahasa berasal daripada teriakan kuat atau seruan keras (Sumarsono, 2004: 70). Teori pembentukan bahasa ini adalah sesuatu yang abstrak.

Bahasa juga terbentuk hasil daripada pertembungan yang berlaku kepada bahasa atau disebut bilingualisme. Bilingualisme adalah pertembungan antara dua bahasa dan penutur daripada kedua-dua bahasa tersebut berusaha untuk mempelajari bahasa daripada pihak masing-masing. Setiap penutur bahasa yang berlainan akan berusaha untuk mewujudkan komunikasi dengan menguasai bahasa orang yang dilawan bicara. Contohnya, pertembungan antara bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit telah membentuk bahasa baru seperti yang terdapat dalam beberapa perkataan bahasa Melayu (Kamarudin dan Siti Hajar, 1997: 14).

Faktor pembentukan bahasa yang paling utama berlaku hasil daripada pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Kita mengetahui bahawa kanak-kanak tidak memperoleh bahasa secara terus tetapi mereka harus melalui beberapa peringkat sehingga berjaya menguasai sesuatu bahasa. Mereka diajar sejak kecil untuk mengenali bahasa tersebut (Harimurti Kridalaksana, 1982: 24). Pemerolehan ini berlaku sama ada orang dewasa memberi mereka bahasa asli atau pinjaman atau menterjemah bahasa tersebut untuk memudahkan pemahaman kanak-kanak (Harimurti Kridalaksana, 1982: 55). Perkembangan kanak-kanak termasuk pemikiran mereka telah membawa kepada kebolehan mereka untuk mengungkapkan pemikiran atau gagasan mereka sebagai tanda wujudnya sosialisasi terhadap lingkungannya. Bahasa adalah satu proses yang sentiasa bersambung dan ia akan diperturunkan ke generasi seterusnya. Begitulah kita sebagai manusia akan memperturunkan bahasa yang kita gunakan kepada anak-anak kita. Pemerolehan bahasa bagi setiap manusia iaitu kanak-kanak bermula ketika mereka berumur 18 bulan dan ia hampir sempurna

Page 32: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK32

ketika mencapai usia 4 tahun (Sumarsono, 72). Pemerolehan bahasa ini bermula daripada proses prabahasa hinggalah kepada bahasa, melalui pemberian nama oleh kanak-kanak itu kepada benda-benda yang dilihatnya kerana setiap kanak-kanak dilahirkan dengan daya untuk memahami alam sekitarnya (Asmah, 1993: 67).

Faktor pembentukan seterusnya adalah melalui dialek. Dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan di dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial. Dialek berbeza daripada bahasa standard, loghat atau pelat daerah (Kamus Dewan, 2004: 302). Walaupun kita berteduh di dalam bumbung yang sama iaitu Malaysia, namun wujud beberapa dialek seperti dialek Kelantan dan dialek Kedah (Asmah, 1993: 114). Variasi atau kelainan bahasa ini merupakan cabang daripada bahasa Melayu, misalnya Sabah mempunyai variasi bahasanya sendiri dan orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri. Menurut Lyons, komuniti bahasa boleh wujud apabila semua orang dapat menggunakan satu bahasa atau dialek yang sama dalam sesebuah kawasan (Kamarudin dan Siti Hajar, 1997: 2).

Dialek daerah dan dialek sosial adalah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau dipanggil komunikasi bahasa (Kamarudin dan Siti Hajar, 1997: 5). Kedua-duanya wujud disebabkan oleh keadaan geografi, persekitaran, pergaulan dan faktor politik, taraf pendidikan, kedudukan sosial, cara penyampaian, sikap penutur, gangguan latar belakang serta tempat.

Pembentukan bahasa seterusnya berlaku disebabkan adanya proses pengekodan bahasa. Biasanya, pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, perkamusan dan peristilahan. Pengekodan ini biasanya menghasilkan satu bahasa baru. Di Malaysia, pewujudan bahasa baku adalah contoh bahasa yang telah mengalami proses pengekodan. Bahasa baku adalah bahasa yang dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut. Oleh itu, bahasa yang telah dikodifikasikan adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.

Menurut Nik Safiah Karim (1975), „Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap pihak berusaha menggugurkan ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri‰.

Page 33: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 33

Pengalaman bahasa Melayu merentasi zaman. Bahasa Melayu teruskekal sebagai bahasa utama dunia sejak dahulu hingga kini. Persoalanyang timbul dewasa ini, bersetujukah anda bahawa Bahasa Melayu perludipinggirkan dalam bidang keilmuan?

Bahasa merupakan suatu sistem komunikasi yang mempergunakan simbol vokal (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer. Bahasa dapat diperkuat dengan gerak-geri badan yang nyata. Ia merupakan simbol atau lambang kerana rangkaian bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia harus diberikan makna tertentu, dan ia biasanya menggunakan simbol tertentu.

Secara kesimpulannya, bahasa memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan kita seharian. Bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi turut memainkan peranan sebagai alat perpaduan dalam menyatukan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya.

Dengan hanya satu bahasa, iaitu bahasa Melayu telah berjaya menyatukan pelbagai etnik sehingga bangsa kita menjadi satu bangsa yang aman dan harmoni tanpa sebarang permusuhan atau persengketaan.

Istilah linguistik berasal daripada kata Latin lingua yang membawa maksud ÂbahasaÊ.

Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum yang bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa tertentu sahaja.

Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik yang bermakna di dalam bidang kajian linguistik seperti juga disiplin ilmu yang lain mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari.

Kajian linguistik meliputi fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, sosiolinguistik dan linguistik teoretis dan linguistik terapan.

Struktur bahasa meliputi tata tingkat bahasa yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa nasional kerana penyebarannya yang luas di Nusantara dan peranan tokoh yang berpengaruh.

SEMAK KENDIRI 1.2

Pengalaman bahasa Melayu merentasi zaman. Bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa utama dunia sejak dahulu hingga kini. Persoalan yang timbul dewasa ini, bersetujukah anda bahawa Bahasa Melayu perlu dipinggirkan dalam bidang keilmuan

Page 34: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK34

Bahasa Melayu telah menjadi alat bahasa pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di dalam sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran teras di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bahasa Melayu memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan penyerapan kata dan istilah daripada pelbagai bahasa seiring dengan kehendak dan perkembangan zaman.

Bahasa berfungsi untuk membuka perbicaraan, menghindarkan komunikasi, komunikasi instrumental, komunikasi afektif, melepaskan tekanan perasaan, menceritakan perkara tahayul dan berfungsi dalam bidang ritual.

Bahasa juga bersifat deskriptif (menerang, menghurai), ekspresif (mengungkap) dan berfungsi di dalam bidang sosial.

Pembentukan bahasa adalah konsep umum yang mencakup infleksi, devirasi, afiksasi dan penggabungan bahasa.

Bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pelbagai domain.

Appel Ausdruck

Darstellung Deskriptif

Dialek Ekspresif Linguistik

Linguistik Sinkronik Monogenesis

Onomatope Polygenesis

Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Percetakan Paavai.

Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik satu pengenalan konsep dan bidang kajian secara teoritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Arbak Othman. (1985). Pengajaran lwn. pendidikan bahasa: Satu perspektif dalam perancangan kurikulum. Seminar Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 35: Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik

TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK 35

Arbak Othman. (1987). Belajar tatabahasa dan Bahasa Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

Concise Dictionary of Linguistics. (1997). Oxford University Press.

Hashim Musa. (1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam Bahasa Melayu (Suatu huraian dari sudut tatabahasa Generatif). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.