pengelolaan kejohanan bola baling antara ipg peringkat zon utara 2010

13
1.0 KERTAS KERJA PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA BALING ANTARA IPG PERINGKAT ZON UTARA 2010

Upload: afiq-syazwan

Post on 24-Jun-2015

413 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

1.0

KERTAS KERJA PENGELOLAAN

KEJOHANAN BOLA BALING ANTARA IPG

PERINGKAT ZON UTARA 2010

Page 2: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

2.0

MINIT MESYUARAT

INDUK

Page 3: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

3.0

MINIT MESYUARAT

AHLI JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN

Page 4: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

LAPORAN MINIT MESYUARAT AJK KEPEGAWAIAN

BIL : 1/TAHUN 2010

Tarikh : 25.9.2010

Masa : 8.00-9.00 malam

Tempat : Kelas 4PISMP PJ/PK/PSK

Kehadiran : Norazman Bin Mohamad (Ketua AJK Kepegawaian) Mohd Afiq Syazwan Bin Jame’an Mohd zahiruddin Bin Abdul Halim

Tidak Hadir Bersebab : -

Kehadiran Pensyarah Penasihat : -

Bil. Perkara Catatan1. 1.0 Ucapan Ketua AJK Kepegawaian

1.1Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat menghadirkan diri bagi membincangkan mengenai tugas AJK Kepegawaiaan Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara IPG Peringkat Zon Utara bagi tahun 2010.

1.2Tarikh bagi Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara IPG Peringkat Zon Utara telah dirancangkan, iaitu pada 30 Oktober 2010

1.3Tugasan bagi AJK Kepegawaian telah dibincangkan bersama pengerusi pengelolaan kejohanan:

a) Penyediaan papan markah bagi setiap padang

b) Penyediaan bola bagi setiap perlawananc) Penentuan masa bagi setiap perlawanan

yang dijalankan.

2. 2.0Ucapan Ahli Jawatankuasa

2.1Perbincangan mengenai pembahagian tugasan bagi AJK Kepegawaian:

Page 5: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

2.1.1 Saudara Afiq Syazwan dengan sukarela mengambil tugasan mengenai penyediaan papan markah.

2.1.2 Saudara Zahirudin mencadangkan agar diberikan tugasan bagi penyediaan bola yang diperlukan bagi setiap pelawanan. Ketua AJK bersetuju.

2.1.3 Ketua AJK Kepegawaian saudara Norazman dengan sukarela menerima tugasan menyediakan alatan dan menentukan masa yang diperlukan bagi setiap perlawanan.

2.2Permintaan diharap agar setiap AJK dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan serta merta.

2.3Saudara Zahirudin mencadangkan agar meminta bantuan dari rakan yang lain semasa kejohanan dijalankan agar tidak terdapat sebarang masalah yang tidak diingini.

3. 3.0Perkara Berbangkit

3.1Semua AJK diminta agar tidak melengahkan tanggungjawab yang diterima.

3.2Bidang Tugas

2.1.1 Setiap AJK haruslah mencari maklumat mengenai tanggungjawab yang diterima dan haruslah merujuk kepada pensyarah penasihat mengenai sebarang tindakan yang perlu diambil.

2.1.2 Setiap AJK hendaklah melaporkan perjalanan tugasan yang dijalankan kepada ketua AJK dan Pengerusi Kejohanan.

2.1.3 Kerjasama penting dalam pelaksanaan tugas.

4. 4.0 Hal-hal lain

4.1Penyediaan alatan

Page 6: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

1.1 Setiap AJK perlu menyenaraikan alatan yanga diperlukan dan menyerahkan senarai alatan kepada AJK Alatan sebelum masa yang ditetapkan oleh AJK Alatan.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 9.00 malam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MOHD AFIQ SYAZWAN BIN JAME’AN ) (EN.OTHMAN BIN CHE MAN)AJK Kepegawaian Pensyarah PenasihatPengelolaan Kejohanan Bola Baling Pengelolaan Kejohanan Bola Baling

Peringkat Zon Utara Peringkat Zon Utara

Page 7: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

4.0

LAPORAN AJK KEPEGAWAIAN

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN

Page 8: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

Pada tanggal 30 Oktober 2010, pelajar dari kelas 4PISMP PJ/PK/PSK akan

menganjurkan pertandingan Bola Baling Antara IPG Peringkat Zon Utara. Oleh yang

demikian, perkara utama yang telah dilakukan untuk penganjuran tersebut ialah

pembentukan Ahli Jawatankuasa Induk dan Kerja untuk pertandingan ini. Pengerusi

yang telah dilantik ialah Zaril Iswan manakala Naib Pengerusi pula disandang oleh Wan

Ismayuzi. AJK Kepegawaian yang telah dipilih pula ialah Zahiruddin, Azman dan Afiq

Syazwan.

Kami dari AJK Kepegawaian telah mengadakan beberapa sesi mesyuarat bagi

memastikan semasa penganjuran berlangsung kelak, tiada perkara berbangkit yang

tidak dapat diselesaikan. Kami juga telah membahagikan tugas antara kami bertiga iaitu

Zahiruddin ditugaskan di bahagian penyediaan bola iaitu bertanggungjawab dalam

memastikan bola yang digunakan sesuai untuk permainan dan menyediakan orang-

orang yang akan mengutip bola sekiranya bola keluar dari kawasan permainan. Azman

pula ditugaskan untuk menjaga masa iaitu skop kerjanya lebih terarah kepada

memastikan masa permainan berjalan dengan tepat dan betul tanpa ada berat sebelah.

Afiq Syazwan pula bertanggungjawab di papan skor iaitu skop kerjanya mencatat

jumlah gol yang berjaya diraih oleh pasukan yang sedang bermain pada setiap

perlawanan. Selain itu, Afiq juga bertanggungjawab mengarahkan orang bawahannya

untuk menghantar keputusan perlawanan kepada urusetia yang bertugas ketika itu.

Selain itu juga, kami telah menyediakan senarai bahan yang diperlukan semasa

hari pertandingan kepada AJK Peralatan iaitu Nik Ahmad Syafiq dan Prabhu Ragawan.

Antara barang yang telah diminta ialah papan skor, kad manila, kerusi dan meja serta

Page 9: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

bola baling yang sesuai. Kami berbangga kerana kerjasama yang diberikan oleh AJK

Peralatan sangat baik dan mereka melakukan kerja dengan komited. Di samping itu

juga, kami selalu meminta pendapat pengerusi dan beberapa orang pensyarah tentang

skop kerja kami supaya kami dapat melakukan kerja dengan baik dan lancar tanpa ada

sebarang masalah ketika penganjuran kelak.

Jadi, apa yang kami telah lakukan sebelum penganjuran pertandingan ini telah

pun kami lakukan dan diharap tugas kami semasa pertandingan dapat dijalankan

dengan baik dan lancar tanpa ada sebarang masalah. Sekian sahaja laporan dari kami

dari AJK Kepegawaian.

Disediakan oleh :

...............................................

(MOHD ZAHIRUDDIN BIN ABDUL HALIM)

Wakil AJK Kepegawaian,

4PISMP PJ/PK/PSK

IPG Kampus Tuanku Bainun

5.0 REFLEKSI

Page 10: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

Pada 30 Oktober 2010 akan berlangsungnya satu Kejohanan Bola Baling

Antara IPG Peringkat Zon Utara. Kami selaku AJK Kepegawaian telah

menerima tugas masing-masing dan diamanatkan agar berusaha

menjalankan tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah

kami semua dapat menjalankan tugasan yang diberikan di mana saya

bertanggungjawab dalam menyediakan papan markah bagi setiap

perlawanan dan melaporkan jumlah pungutan mata hasil dari perlawanan.

Manakala saudara Azman pula ditugaskan untuk menjadi ketua dalam

penjagaan masa setiap perlawanan dan saudara Zahirudin pula memastikan

bola perlawanan disediakan di setiap padang dan ada ahli yang

bertanggunjawab menjaga bola agar tidak berlakunya kelewatan masa.

Sebelum kejohanan berlangsung, kami semua telah mengadakan

beberapa mesyuarat agar dapat memastikan setiap dari kami memahami apa

yang diperlukan dan melaporkan mengenai sebarang perubahan atau

tindakan yang perlu diambil. Setelah mengetahui tanggungjawab masing-

masing, kami semua terus menyenaraikan segala peralatan yang diperlukan

agar tiada berlaku sebarang keciciran. Kami semua bersama-sama dalam

menyediakan tempat atau kawasan kejohanan. Perkara pertama adalah

dengan melukis garisan padang dan kami juga perlu mengangkat segala

peralatan yang diperlukan.

Page 11: Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Antara Ipg Peringkat Zon Utara 2010

Perkara yang berikutnya yang perlu kami lakukan selaku AJK

Kepegawaian adalah dengan melantik beberapa ahli di bawah bidang

tanggungjawab kami. Saya telah pun melantik 2 orang lagi pembantu dari

kelas saya agar dapat membantu dalam menulis atau mencatat markah.

Mereka juga akan membantu saya dalam menyediakan alatan yang

diperlukan seperti papan markah, pen marker, kerusi, meja dan jadual

keputusan perlawanan. Apabila perlawanan tamat, pembantu saya akan

mengisi borang jadual pemarkahan sebelum saya menghantar kepada AJK

Pusat yang bertanggungjawab dalam mengira jumlah mata yang diperolehi

setiap pasukan.

Di samping itu, tugasan lain adalah saya juga turut sama dalam

membantu rakan yang lain melaksanakan tanggungjawab mereka. Dengan

saling memberi kerjasama, perjalanan pertandingan akan berjalan dengan

lebih lancar dan sistematik. Manakala beban yang ditanggung akan

berkurangan. Oleh yang demikian, diharap segala tugasan yang kami

laksanakan dapat diterima oleh semua pihak dan sebarang kesilapan dari

kami, kami mohon segala kemaafan. Sekian, terima kasih.