pengalaman berasaskan sekolah(pbs) aku

Upload: leonlaguna

Post on 12-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

latihan perguruan

TRANSCRIPT

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)PengenalanPengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Tujuan Pernyataan Professional

i.Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas.

ii.Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik.

iii.Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan.

iv.Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/penambahbaikan.

2. Pernyataan Professional

2.1 Pernyataan Sebelum PBS

Pada 17 Ogos 2013 lebih kurang jam 10 pagi yang lalu, pihak Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah memanggil guru-guru pelatih Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah j-QAF (DPLI SR j-QAF) ambilan Disember 2012 dan Januari 2013 untuk sesi taklimat tutorial Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kami telah melengkapkan alamat dan butiran sekolah yang bakal saya laksanakan PBS tersebut dan telah diserahkan kepada Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. PBS ini berfokuskan kepada subjek major pelajar-pelajar Diploma Perguruan Lepas Ijazah iaitu major Bahasa Arab dan juga Pendidikan Islam. Taklimat tersebut telah diadakan oleh Encik Taufiq Bin Haji Ahmad bahagian Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di Surau. Setelah selesai taklimat tersebut, saya telah membuat perancangan bagi tugasan yang perlu disiapkan sewaktu menjalankan PBS nanti. Di samping itu, saya juga perlu membuat pemerhatian terhadap pengurusan dan pentadbiran di sekolah tersebut.2.2 Pernyataan Semasa PBS

Saya telah memfokuskan bagaimanakah pengurusan pihak sekolah memastikan prestasi dan gred sekolah tidak jatuh dan menurun. Selain itu saya juga telah melihat bagaimanakah iklim dan suasana sekolah dan bagaimanakah pihak pentadbir dan guru-guru melaksanakan aktiviti dalam memastikan iklim dan suasana sekolah sentiasa dalam keadaan baik.

Dengan itu, saya telah merancang beberapa aktiviti yang saya ingin fokuskan iaitu mengadakan sesi dialog bersama Guru Besar iaitu Puan Hajah Jamilah Binti Abdul Rahman, Penolong-penolong Kanan iaitu Encik Haji Yusof Bin Hamzah dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM) iaitu Encik Mohamad Shahhir Bin Shaharani, guru-guru, ustaz dan ustazah GPI (Guru Pendidikan Islam) dan guru-guru j-QAF, guru pra sekolah, pembantu murid serta staf-staf pentadbiran.

Pada hari pertama 19 Ogos 2013 iaitu hari Isnin, saya telah menyerahkan surat pemberitahuan pelaksanaan PBS kepada Guru Besar. Pada hari pertama, saya telah mengadakan sesi dialog bersama Guru Besar. Dan saya berpeluang untuk mengadakan sesi dialog bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Tetapi sesi dialog itu telah diadakan secara santai di kantin sekolah sambil makan-makan dan minum-minum. Walaupun temu bual di adakan di kantin, saya telah mendapat segala maklumat dan info dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) tersebut dan saya telah rekodkan segala perbualan itu di dalam buku catatan saya.

Pada hari kedua iaitu 20 Ogos 2013, saya ingin meninjau dan memerhati segala yang ada di sekeliling sekolah sama ada dari segi pengurusan mahupun pembelajaran murid dalam kelas. Walaubagaimana pun, sekolah tersebut sudah tidak asing lagi bagi diri saya dan saya sudah mengetahui selok-belok dan segala ceruk di sekolah tersebut.

Pada hari ketiga iaitu 21 Ogos 2013 pula, saya ingin fokuskan kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam kelas sama ada di dalam kelas biasa, kelas pemulihan (pemulihan j-QAF) dan kelas pra sekolah.

Pada hari keempat iaitu 22 Ogos 2013, aktiviti yang difokus pada hari ini ialah membuat aktiviti soal selidik dengan murid berkaitan dengan topik perbezaan individu. Perbezaan individu ini meliputi kecerdasan verbal, logik, visual. Saya telah memilih murid Tahun 5 untuk menjawab borang soal selidik yang telah disiapkan. Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan murid di dalam kelas tersebut.

Pada hari ke lima iaitu 23 Ogos 2013, saya telah mengambil gambar-gambar persekitaran sekolah dan mengadakan sesi temu bual bersama kakitangan sekolah.2.3 Pernyataan Selepas PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah saya laksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Ampang selama 5 hari. Memandangkan penempatan PBS diadakan di sekolah yang sama, maka perjalanan PBS berjalan dengan sangat lancar. Saya juga telah mendapatkan maklumat serta bukti mengenai tugasan yang telah diberikan. Selepas melaksanakan PBS, saya perlu menyediakan portfolio PBS. Portfolio yang disediakan perlulah mengikut senarai semak penyediaan portfolio yang diberikan. Penyediaan portfolio meliputi profil pelajar, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, rekod kolaborasi, ilmu atau pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir PBS.

2.4 Penilaian Dan Laporan

Saya telah berjaya melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Ampang selama 5 hari. Objektif PBS saya juga tercapai. Warga sekolah tersebut sememangnya telah menerima kehadiran saya dengan baik sekali. Mereka turut meringankan tangan dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Kerjasama warga sekolah amat saya hargai. Saya telah membuat pemerhatian serta berinteraksi dengan warga sekolah berkaitan tugasan yang diberi. Di samping itu, saya turut mendapat ilmu dan pengetahuan baru sepanjang melaksanakan PBS ini.

Dari aspek amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan, setiap pendidik harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid kepada pembelajaran yang akan disampaikan. Guru harus membina percambahan pemikiran murid supaya mereka lebih bersedia untuk belajar. Guru mesti berusaha agar dapat menimbulkan minat dan motivasi murid untuk belajar dengan memberikan cadangan aktiviti yang sesuai kepada murid dalam pembelajaran mereka.

Dari aspek pola tingkah laku dan gaya pembelajaran murid pula, setiap murid adalah individu yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan itu, dapat dilihat menerusi kelebihan, minat dan keperluan mereka. Setiap murid secara individu mempunyai perbezaan kelebihan, minat dan keperluannya yang tersendiri. Oleh itu, guru harus bertindak mengikut amalan yang bersesuaian dan menghormati perbezaan murid murid sebagai individu yang berbeza antara satu sama lain.

Dari aspek peranan guru terhadap murid dari aspek bimbingan dan kebajikan, guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi turut berperanan sebagai pembimbing, penasihat, pengurus dan pembentuk nilai muridmuridnya. Tambahan lagi, yang paling utama guru berperanan sebagai ibu bapa murid yang kedua di sekolah. Oleh itu, tugas guru amat penting sebagai pendidik bangsa.

Setiap aktiviti yang telah saya lakukan di sekolah sepanjang PBS telah saya rekodkan perbualan di dalam tulisan., di analisis dan disediakan refleksi setiap satunya.3. Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan3.1 Pemerhatian

Instrumen pemerhatian digunakan untuk medapatkan maklumat berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Ampang seperti infrastruktur yang terdapat di sekolah tersebut serta pelan sekolah tersebut. Di samping itu, instrumen ini turut digunakan terhadap pengurusan dan pentadbiran sekolah. Sebagai contoh, aktiviti yang dilakukan di sekolah seperti perhimpunan, sesi pengajaran dan pembelajaran, waktu rehat serta aktivti sampingan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemerhatian turut dilakukan untuk mengenalpasti dan mengkaji, disiplin murid, pola tingkah laku murid di bilik darjah, pengurusan bilik darjah dan peranan guru dalam bilik darjah. Gambar ditangkap sebagai bukti bersama maklumat yang didapati. 3.2 Senarai Semak

Instrumen ini dilakukan untuk menyemak kembali dokumen apakah yang sudah mencukupi agar tidak berlakunya keciciran dokumen-dokumen yang penting. Senarai semak ini seperti senarai semak penyediaan portfolio, senarai semak tugasan professional, senarai semak gambar-gambar dan sebagainya.

3.3 Temu Bual

Bagi mendapatkan maklumat serta pandangan yang berkaitan, saya turut menemubual Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), guru-guru, ustaz-ustazah, guru pra sekolah, pembantu murid, kakitangan sekolah dan dan juga murid-murid. Temubual tersebut telah saya catatkan dan rekodkan di dalam buku catatan saya.3.4 Soal Selidik

Instrumen soal selidik telah digunakan untuk mengenalpasti perbezaan individu bagi murid di dalam bilik darjah. Borang soal selidik telah dibuat untuk diisi oleh murid. Perbezaan individu ini meliputi tahap kecerdasan verbal, logik, dan visual. Instrumen ini membantu saya menilai tahap kecerdasan dan penglibatan pelajar di dalam kelas. Selain itu, saya juga dapat mengetahui pola tingkah laku dan gaya pembelajaran murid dalam bilik darjah.

4. Kolaborasi

Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama Guru besar, Penolong Kanan, guru-guru, ustaz-ustazah, kakitangan sekolah dan juga murid-murid ke dalam borang kolaborasi yang di sediakan. Saya berpendapat bahawa, kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.

*Rujuk Lampiran bil.4 Kolaborasi (Lampiran 4)4.1 Perbincangan Dengan Pengurusan Sekolah

Kolaborasi telah dibuat semasa saya mula melapor di sekolah. Kolaborasi dibuat dengan Guru Besar sekolah tersebut. Sesi pengenalan dilakukan walaupun guru besar sekolah sudah mengenali saya. Kemudian, beliau telah memberi sedikit taklimat mengenai PBS yang bakal dilaksanakan. Beliau turut memberi sedikit sebanyak pengenalan mengenai sekolah tersebut. Selain itu, kami juga berbincang mengenai soalan tugasan PBS yang meliputi topik pengurusan bilik darjah, pola tingkah laku murid dan peranan guru.

4.2 Perbincangan Dengan Guru-Guru Dan Mentor

Saya telah diletakkan di bawah mentor iaitu Ustaz Mohammad Bin Shaari. Beliau merupakan guru j-QAF di sekolah itu. Saya telah berkolaborasi mengenai tugasan yang diberi bersama beliau. Beliau memberi sedikit penerangan mengenai tugasan yang diberi. Amalan pengurusan yang berkesan merangkumi susun atur, persekitaran dan kebersihan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah juga meliputi komunikasi antara murid dan guru. pola tingkah laku murid dapat dilihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Peranan guru terhadap murid dari aspek bimbingan dan kebajikan memperlihatkan tugas guru sebagai fasilitator, penasihat, pengurus dan pembentuk nilai murid di dalam bilik darjah.

Pada hari pertama PBS, saya turut membuat kolaborasi dengan Guru Besar, Penolong Kanan. Perbincangan dibuat mengenai sekolah tersebut. Sekolah itu berstatus sekolah gred A yang terletak di tengah bandaraya. Bilangan murid pula 1768 (enrolmen). Bilangan guru adalah 73 perempuan dan 30 lelaki. Sekolah tersebut mempunyai infrastruktur sangat lengkap seperti makmal sains, makmal komputer, perpustakaan, bilik muzik, bilik j-QAF, bilik panitia Pendidikan Islam, bilik kaunseling, bilik buku teks, bilik Self Acces Learning (SAL), bilik pemulihan, bilik seni, bilik kemahiran hidup, stor sukan, kantin dan lain-lain lagi. Disiplin murid amat memuaskan. Tahap pencapaian akademik pula adalah sekitar 90-98%.4.3 Perbincangan Dengan Kakitangan Sekolah

Kolaborasi telah dibuat dengan pembantu tadbir, Puan Zalazam berkaitan pengaplikasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di sekolah. Aspek melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek difokuskan. Dari segi jasmani, pihak sekolah menitikberatkan kesihatan murid. Subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan tahap jasmani mereka. Rohani dan emosi kebanyakan murid adalah memuaskan di sekolah. Namun begitu dari aspek ini kurang memberangsangkan semasa mereka di luar sekolah. Keterampilan diri murid pula memuaskan dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Di sini, ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membimbing murid dan anak - anak.

Kemudian, perbincangan juga dibuat dengan pengurus kantin, Puan Rubiah Binti Muhammad . Kantin sekolah beroperasi dari 6 pagi 4.30 petang. Kebersihan kantin juga memuaskan. Makanan yang dijual di kantin adalah mengikut diet yang seimbang untuk murid-murid dan juga guru. Harga makanan yang dijual juga berpatutan dan sesuai dengan kemampuan murid-murid dan guru-guru. Disiplin murid di kantin agak memuaskan. Mereka membaca doa sebelum dan selepas makan. Murid turut beratur sebelum membeli makanan.

Saya juga membuat kolaborasi dengan pekerja am di sekolah berkaitan disiplin murid serta kebersihan sekolah. Hasil kolaborasi menunjukkan kebersihan sekolah di tahap yang memuaskan. Murid-murid pula mematuhi peraturan sekolah dan tidak membuang sampah merata-rata. Disiplin pelajar pula adalah baik. Murid-murid menghormati pekerja am dan menerima teguran mereka. Murid-murid juga megikut arahan yang diberi oleh guru dan kakitangan sekolah.

Akhir sekali, saya membuat perbincangan dengan pengawal sekolah berkaitan disiplin murid-murid, kebersihan kelas dan peranan guru. dari aspek disiplin, murid-murid menghormati guru dan kakitangan sekolah. Pelajar juga menunjukkan disiplin yang baik di sekolah. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar melakukan kesalahan kecil seperti datang lambat ke sekolah dan bermain semasa guru mengajar. Kebersihan kelas turut berada pada tahap yang memuaskan. Murid-murid yang membuang sampah meratarata tidak mengulangi kesilapan mereka apabila ditegur. Guru pula membuat pengawalan kelas yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru melakukan tanggungjawab mereka dengan jujur dan ikhlas.

4.4 Interaksi Dengan Murid

Saya telah mengadakan interaksi bersama murid-murid tahun 5. Murid tahun 6 pula sedang sibuk mengulang kaji mata pelajaran kerana peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semakin hampir. Berdasarkan interaksi dan penilaian awal saya terhadap murid-murid, saya ingin mengetahui maklumat berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid-murid sepanjang pembelajaran mereka di sekolah. Dan saya juga ingin mengenal pasti langkah-langkah yang perlu di ambil oleh murid-murid, guru-guru dan tidak lupa juga ibu-bapa mereka.

Antara masalah yang saya dapat kenal pasti ialah masalah pertuturan (pemalu, kurang daya keyakinan diri), hyper active disorder, masalah perilaku dan emosi, disleksia (sukar menumpukan perhatian). Ini adalah permasalahan yang menyebabkan murid-murid tidak dapat memahami, mengamal, memproses mahupun menghayati pelajaran dan pembelajaran yang dihadapi di sekolah. Lantaran itu, murid-murid ini akan diklasifikasikan sebagai tidak mencapai tahap cemerlang dan juga belum menguasai cemerlang seperti mana digariskan oleh ibubapa mahupun graf sekolah. Walaubagaimana pun, ini merupakan kes terpencil sebilangan murid sahaja. Peratusnya sangat kecil. Masalah ini hanya berlaku kepada murid-murid kelas terakhir sahaja.5. Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui Kaedah Pemerhatian, Temu Bual, Soal Selidik5.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati pengalaman tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah ditekankan dengan perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited.

Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang lemah dan pasif.

Dari segi displin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan displin yang tinggi dalam kalangan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Ampang yang telah dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu memandangkan sekolah tersebut adalah terletak di pusat bandaraya dan sekolah tersebut adalah sekolah bergred dan berstatus A. Murid-murid sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap hormat yang tinggi kerana perkara ini ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, murid-murid sentiasa tunduk dan menghormati guru. Murid-murid juga terlebih dahulu memberi salam kepada guru. Dan ada juga murid-murid mencium tangan guru. Ini merupakan budaya yang perlu diteruskan untuk membentuk modal insan yang gemilang.

Sekolah ini ingin sentiasa maju dan meningkatkan prestasi dalam segenap aspek ke tahap yang semaksimum yang mungkin. Hal ini telah mendorong kepada pelbagai perlaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan juga Jabatan Pelajaran Selangor. Hal ini menjadi dorongan dan motivasi kepada diri saya untuk menempuh alam perguruan kelak jika saya ditempatkan semula di sekolah tersebut selepas tamat di dalam latihan.Dokumentasi Sejarah Sekolah

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Alamat Sekolah: SK Taman Bukit Indah, 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan

No.Telefon

: 03-42808317

Emel

: [email protected] Sekolah/Band: A

Lokasi

: Bandar

Guru Besar

: Pn.Jamilah Binti Abdul Rahman

GPK Pentadbiran: En.Yusof Bin Hamzah

GPK Ko-Ku

: Pn.Zainap Binti Ahad

Penyelia Petang: En.Ishak Bin Osman

Bilangan Guru: 30 Lelaki 73 Perempuan

Bilangan Murid: 1768 (Enrolmen)

*Rujuk Lampiran bil.5.1 Pemerhatian (Dokumentasi, Demografi dan Sejarah Sekolah)5.2 Temu Bual

Saya telah membuat temubual dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Ko-Kurikulum, guru-guru, ustaz-ustazah, kakitangan sekolah iaitu pembantu tadbir, pekerja am, pengusaha kantin dan pengawal sekolah. Segala maklumat yang didapati telah saya rekodkan dalan rekod kolaborasi. Temubual dengan murid juga telah saya buat bagi mengetahui latar belakang dan gaya pembelajaran murid. Saya telah membuat borang temubual untuk diisi oleh murid.

*Rujuk Lampiran bil.5.2 (Temu Bual)5.3 Soal Selidik

Pada hari terakhir saya telah mengambil kesempatan untuk menyoal selidik murid-murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimulakan. Saya telah membuat borang soal selidik bagi mengenal pasti pola tingkah laku dan pembelajaran murid. Saya memberi keutamaan kepada aspek perbezaan individu. Berdasarkan borang soal selidik yang telah dibuat, saya mendapati murid Tahun 5 telah menguasai kesemua aspek kecerdasan ini dengan baik. Terdapat seorang murid tidak mampu menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira). Hampir kesemua murid dapat menjawab soalan yang diberi dengan betul.

*Rujuk Lampiran bil. 5.3 (Borang Soal Selidik).

5.4 InstrumenInstrumen : Senarai Semak

Senarai semak telah dibuat ketika menjalankan aktiviti di sekolah. Senarai semak ini mengandungi aspek-aspek seperti infrastruktur di sekolah, infrastruktur di bilik darjah untuk instrumen 1. Manakala untuk instrumen 2 senarai semak berkenaan kemudahan sekolah, kebersihan, sikap, pertuturan dan komunikasi, pemikiran, dan nilai yang terdapat pada murid.*Rujuk Lampiran bil.5.4 (Instrumen Senarai Semak 1 dan 2)

6. RefleksiRefleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah Aktiviti dan Perbincangan

Saya telah menghadirkan diri seperti biasa ke Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Ampang bagi melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Memandangkan saya merupakan pelajar Diploma Peguruan Lepasan Ijazah (DPLI SR j-QAF) dan juga sedang mengikuti Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS), perlaksanaan PBS ini bagi saya tersangatlah mudah kerana saya sudah pun mengenali sekolah ini dan sudah mengenali keseluruhan guru-guru sesi pagi. Saya merupakan Guru Dalam Latihan (GDL) di sekolah yang sama saya melakukan PBS ini. PBS ini dilaksanakan selama 5 hari iaitu dari hari Isnin 19 Ogos 2013 sehingga hari Khamis 23 Ogos 2013. PBS ini bertujuan untuk menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan baru mengenai tanggungjawab seorang guru sebagai penyediaan untuk sesi praktikum pada masa akan datang. Di samping itu, saya juga dikehendaki membuat pemerhatian dan interaksi dengan warga sekolah berkaitan tugasan PBS yang telah diberi.

Pada hari pertama 19 Ogos 2013 iaitu hari Isnin, dengan wajah yang santai dan bersahaja, saya telah menyerahkan surat pemberitahuan pelaksanaan PBS kepada Guru Besar. Guru Besar juga telah menyambut surat perlaksanaan PBS saya ini dengan wajah yang bersahaja kerana sememangnya beliau sudah mengenali saya. Pada hari pertama, saya telah mengadakan sesi dialog bersama Guru Besar. Dan saya berpeluang untuk mengadakan sesi dialog bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Tetapi sesi dialog itu telah diadakan secara santai di kantin sekolah sambil makan-makan dan minum-minum. Walaupun temu bual di adakan di kantin, saya telah mendapat segala maklumat dan info dari Penolong Kanan tersebut dan saya telah rekodkan segala perbualan itu di dalam buku catatan saya.

Pada hari kedua iaitu 20 Ogos 2013, saya ingin meninjau dan memerhati segala yang ada di sekeliling sekolah sama ada dari segi pengurusan mahupun pembelajaran murid dalam kelas. Walaubagaimana pun, sekolah tersebut sudah tidak asing lagi bagi diri saya dan saya sudah mengetahui selok-belok dan segala ceruk di sekolah.

Pada hari ketiga iaitu 21 Ogos 2013 pula, saya ingin fokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas sama ada di dalam kelas biasa, kelas pemulihan (pemulihan j-QAF) dan kelas pra sekolah. Tugasan pada hari ketiga sangat mudah kerana sememangnya saya mengajar matapelajaran Bahasa Arab di sesetengah kelas. Maka saya hanya perlu mengaplikasikan tugasan PBS ini di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang saya lakukan.

Pada hari keempat iaitu 22 Ogos 2013, aktiviti yang difokus pada hari ini ialah membuat aktiviti soal selidik dengan murid berkaitan dengan topik perbezaan individu. Perbezaan individu ini meliputi kecerdasan verbal, logik, visual. saya telah memilih murid Tahun 5 untuk menjawab borang soal selidik yang telah disiapkan. Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan murid di dalam kelas tersebut.

Pada hari ke lima iaitu 23 Ogos 2013, saya telah mengambil gambar-gambar persekitaran sekolah dan mengadakan sesi temu bual bersama kakitangan sekolah.

Sepanjang proses melaksanakan tugasan PBS ini, masalah utama yang saya hadapi ialah kesempitan waktu. Kesukaran untuk saya menguruskan waktu untuk menyiapkan tugasan ini ialah kesempitan masa. Ini kerana saya seperti guru-guru yang lain iaitu saya mempunyai jadual pengajaran dan pembelajaran. Pada setiap hari isnin, saya mempunyai 4 kelas iaitu 4 masa bersamaan dengan 4 jam. Begitu juga dengan hari-hari yang lain. Walaupun begitu, segala halangan dan dugaan dapat saya atasi dengan baik dan saya juga telah berjaya menyiapkan tugasan PBS ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru di sekolah yang banyak membantu dan juga rakan-rakan sepengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah diperolehi, saya akan mempraktikkannya sebaik mungkin pada masa kelak selepas yang menjadi guru sebenar kelak. Selepas membuat banyak pencarian maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini, saya berharap ilmu ini akan terus memberikan manfaat kepada saya dan rakan-rakan. Selain itu, pengalaman beriteraksi dan berkolaborasi bersama guru-guru, ustaz dan ustazah di sekolah tersebut bagi melaksanakan tugasan ini sedikit sebanyak membantu saya dalam memperbaiki dan meningkatkan cara saya dalam berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan berkaliber. Tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus juga membantu saya memperbaiki kekurangan yang terdapat pada diri saya dan cuba untuk mengelak dari mengulanginya lagi pada masa hadapan.Tambahan pula, melalui proses melaksanakan tugasan ini telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan saya dengan rakan-rakan. Sikap toleransi dan kerjasama antara guru-guru dan rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan PBS ini. Saya juga lebih mengenali sikap dan cara bekerja rakan-rakan guru saya dengan lebih mendalam supaya kami dapat berusaha meningkatkan tahap mutu kerja kami bersama-sama kelak.7. Laporan AkhirTugasan Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) ini bertujuan untuk menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan baru mengenai tanggungjawab seorang guru sebagai penyediaan untuk sesi praktikum pada masa akan datang. Di samping itu, saya juga dikehendaki membuat pemerhatian dan interaksi dengan warga sekolah berkaitan tugasan PBS yang telah diberi.

Dari aspek amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan, setiap pendidik harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid kepada pembelajaran yang akan disampaikan. Guru harus membina percambahan pemikiran murid supaya mereka lebih bersedia untuk belajar. Guru mesti berusaha agar dapat menimbulkan minat dan motivasi murid untuk belajar dengan memberikan cadangan aktiviti yang sesuai kepada murid dalam pembelajaran mereka.

Kebersihan bilik darjah di sekolah ini berada di tahap yang sangat memuaskan. Susun atur perabot seperti almari di dalam bilik darjah juga adalah sesuai untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Meja guru terletak di hadapan bilik darjah bagi memudahkan guru untuk melihat dan memerhatikan muridmurid di dalam bilik darjah.

Semasa mengajar, guru telah mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa dan mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. Sesetengah guru turut menggunakan kemahiran berkomunikasi dan kelucuan untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengurangkan rasa takut dan suasana tegang di kalangan pelajar.

Dari aspek pola tingkah laku dan gaya pembelajaran murid pula, setiap murid adalah individu yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan itu, dapat dilihat menerusi kelebihan, minat dan keperluan mereka. Setiap murid secara individu mempunyai perbezaan kelebihan, minat dan keperluannya yang tersendiri. Oleh itu, guru harus bertindak mengikut amalan yang bersesuaian dan menghormati perbezaan murid murid sebagai individu yang berbeza antara satu sama lain.

Dari aspek peranan guru terhadap murid dari aspek bimbingan dan kebajikan, guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi turut berperanan sebagai pembimbing, penasihat, pengurus dan pembentuk nilai muridmuridnya. Oleh yang sedemikian, sudah semestinya seorang guru perlu untuk mempunyai sahsiah dan sikap yang baik sebagai contoh teladan yang baik kepada murid. Guru juga diibaratkan sebagai ibu bapa sewaktu berada di sekolah dan perlu menjaga kebajikan muridmurid mereka. Selain itu, guru turut terlibat di dalam pengurusan sekolah serta mempunyai tanggungjawab tertentu dalam organisasi sekolah.

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) banyak memberi saya ilmu pengetahuan baru dan pengalaman yang bermakna sebagai seorang guru di sekolah. Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru bukan suatu tugas yang mudah dan merupakan tugas yang dipandang mulia oleh masyarakat. Tugasan ini telah membuatkan saya lebih memandang tinggi dengan profesion guru ini serta menaikkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan memberi sumbangan kepada agama bangsa dan negara. Segala ilmu yang telah dipelajari akan saya aplikasikan apabila saya bergelar guru sebenar kelak setelah tamat di dalam latihan.

17