titian ilmu kepimpinan pendidikaniab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/manuskrip titian ilmu.pdf ·...

221
1 TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKAN SIRI KOLEKSI KAJIAN IAB INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2017 2017

Upload: others

Post on 13-May-2020

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

1

SIDANG EDITOR KOLEKSI KAJIAN IAB

Penaung

Pengarah Institut Aminuddin Baki

TITIAN ILMU

KEPIMPINAN

PENDIDIKAN SIRI KOLEKSI KAJIAN IAB

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2017

2017

Page 2: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

2

Penasihat Puan Misterine binti Radin

Timbalan Pengarah Khidmat Latihan

Penasihat Bersama Dr. Norlaila binti Kuslan

Ketua Pusat Penyelidikan, Penilaian dan Teknologi Maklumat Komunikasi

Sidang Editor

Md.Rahaimi bin Abdul Rashid (Ketua) Kumaravalu a/l Ramasamy Ph.D

Ahamad bin Hussein Ph.D Liew Yon Foi Ph.D

Sharifah Nor binti Syed Abdul Rahman Maimunah binti Karim

Editor Marina binti Abas

Mohd Nashahruddin bin Mat Daud

Page 3: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

3

KATA PENGANTAR PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI

PRAKATA

SENARAI KAJIAN

Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) untuk Pemimpin Sekolah

8 - 67

Keberkesanan Modul Kepimpinan Program i-Think: Peranan

Pemimpin Sekolah Dalam Membudayakan Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT) di Sekolah

68 - 129

Pencapaian Pengetahuan, Kemahiran dan Efikasi Kendiri Pemimpin

Pertengahan Sekolah

130 - 144

Kompetensi Pensyarah Institut Aminuddin Baki dalam Penyampaian

Kursus Bahasa

145 - 221

KANDUNGAN

Page 4: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

4

Assalamualaikum warrohmatullahiwabarokhatuh

Syukur alhamdulillah di atas rahmat dan keizinanNYA siri koleksi kajian IAB ini berjaya diterbitkan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sidang editor dan semua pengkaji yang terlibat. Koleksi seperti ini adalah bahan bukti bagi kompetensi pensyarah IAB dalam melaksanakan penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

Wawasan IAB adalah menjadi Premier Center di rantau ini dalam bidang latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan. IAB akan menjadi pusat rujukan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Kecemerlangan IAB sebagai pusat rujukan bagi ilmu kepimpinan dan pengurusan pendidikan bergantung kepada kompetensi pensyarah IAB melaksanakan penyelidikan dalam bidang berkenaan. Sehubungan dengan itu, IAB telah melancarkan dasar 1 Pusat 1 Kajian dan impaknya kita mula melihat penglibatan pensyarah-pensyarah IAB dalam penyelidikan terus meningkat dan lebih banyak hasil kajian telah mula dihasilkan.

Penglibatan berterusan dalam penyelidikan adalah diperlukan dalam usaha meneroka pengetahuan baharu dan mengembangkan pengetahuan sedia ada. Disebabkan berlaku peningkatan kompleksiti dalam sistem pendidikan di seluruh dunia, maka amalan-amalan kepimpinan dalam bidang pendidikan juga mengalami perubahan dan teori-teori baharu kepimpinan perlu ditemui bagi menangani cabaran masa akan datang. Justeru, setiap pensyarah IAB perlu rajin meneroka dan menyelidik melalui proses yang sistematik dan saintifik untuk menemui pengetahuan baharu. IAB mesti muncul sebagai penjana ilmu (producer of knowledge) dan tidak boleh terus kekal dalam zon selesa sebagai pengguna ilmu (consumer of knowledge). Hasrat ini hanya akan tercapai melalui penyelidikan saintifik yang dirancang dan dilaksanakan secara rapi dan sistematik.

Saya menghargai segala usaha yang telah dilakukan dari peringkat awal lagi daripada penyediaan kertas cadangan dan pembentangannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan sehingga ke peringkat pembentangan dalam Mesyuarat Lembaga Pengajian. Prosedur dan peraturan ini perlu sentiasa dipatuhi bagi memastikan kajian yang dijalankan berkualiti, terkini dan relevan dengan fungsi IAB.

Akhir sekali saya menyeru semua pensyarah IAB untuk terus menyumbang kepakaran dalam penyelidikan pendidikan demi merealisasikan visi dan misi IAB menjadi pusat rujukan yang terbilang.

Terima kasih.

Page 5: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

5

Buku Titian Ilmu Kepimpinan Pendidikan ini memuatkan koleksi empat kajian yang telah dijalankan oleh pensyarah-pensyarah IAB dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Koleksi ini membawa laporan-laporan kajian yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengajian Institut Aminuddin Baki (IAB) sepanjang tahun 2016 hingga Disember 2017. Sebelum diangkat ke Mesyuarat Lembaga Pengajian IAB, laporan kajian perlu terlebih dahulu dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan IAB. Penghasilan siri koleksi kajian ini merupakan satu pengiktirafan kepada pensyarah-pensyarah IAB yang berkecimpung dalam penyelidikan khususnya dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Kajian pertama menilai keberkesanan program latihan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Guru Besar dan Pengetua yang dianjurkan oleh Jabatan Penilaian Pendidikan. Pentaksiran berasaskan sekolah berfokus pada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pendidikan abad ke-21. Kajian kedua bertujuan menilai keberkesanan modul kepimpinan program i-Think dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di sekolah. Kajian ketiga bertujuan untuk menilai tahap pencapaian pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri dalam kalangan peserta Kursus Rintis Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML). Kajian keempat telah dijalankan bagi menilai kompetensi pensyarah program latihan Jabatan Bahasa dan Komunikasi daripada perspektif pemimpin sekolah yang telah mengikuti latihan di jabatan ini. Jabatan Bahasa dan Komunikasi melaksanakan latihan bagi menyokong dasar MBMMBI dengan melatih pemimpin sekolah dalam kemahiran bahasa dan komunikasi. Dua kajian yang pertama adalah berbentuk kajian keberkesanan program atau modul latihan. Satu kajian menilai tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri peserta kursus rintis pemimpin pertengahan manakala satu lagi kajian menilai tahap kompetensi pensyarah yang mengajar kursus Bahasa Inggeris untuk pemimpin sekolah. Akhir sekali, sidang editor berharap, buku ini memberi manfaat kepada semua. Semoga, perkembangan terkini yang berlaku dalam dunia pendidikan sentiasa diikuti oleh warga IAB, pemimpin sekolah dan semua pihak yang berkaitan dengan pendidikan di Negara ini. Sekian. Sidang Editor

PRAKATA

Page 6: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

6

KEBERKESANAN KURSUS PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) UNTUK PEMIMPIN SEKOLAH

En. Periasamy a/l Ramasamy, En. Liew Fook Sin,

Pn. Sharifah Nor binti Syed Abdul Rahman, Pn. Hjh. Rosmah binti Ab. Rani, Pn. Haslina binti Said

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan kursus Pengurusan PBS untuk

pemimpin sekolah anjuran Instittut Aminuddin Baki. Kajian ini telah dirangka berasaskan

teori Model Penilaian Kirkpatrik (1979) penilaian reaksi peserta dan penilaian tingkah laku

peserta sahaja. Kajian ini melibatkan peserta kursus pengurusan PBS pada tahun 2015

dengan seramai 150 sampel yang telah dipilih secara rawak mudah. Triangulation Mixed

Method Design telah digunakan. Borang maklum balas peserta (BK9) dan borang soal

selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Pengkaji telah menggunakan BK9 untuk

menilai tahap reaksi peserta sejurus tamat mengikuti kursus pengurusan PBS. Manakala

borang soal selidik dalam bentuk google form dalam talian telah digunakan untuk menilai

tahap pelaksanaan PBS di sekolah menghadiri kursus tersebut. Kajian rintis telah

dijalankan kepada kumpulan peserta kursus pengurusan PBS 2016 dan nilai pekali

Cronbach Alpha 0.79 diperoleh. Item hujung tertutup borang soal selidik dianalisis

menggunakan aplikasi Microsoft Office Excel dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu

membuat analisis data secara frekuensi, peratus, min, dan sisihan piawai. Manakala bagi

item hujung terbuka borang BK9 pengkaji telah mengkategorikan data mengikut tema

tertentu. Bagi item hujung terbuka borang soal selidik pula pengkaji telah menggunakan

aplikasi RQDA. Hasil dapatan BK9 menunjukkan bahawa peserta berpuas hati dengan

kandungan sesi latihan yang diberikan iaitu melebihi 90 peratus dengan skor min 3.90 ke

atas. Manakala dapatan borang soal selidik pula menunjukan tahap pelaksanaan PBS

berada pada tahap kekerapan yang tinggi.

Kata kunci: Pentaksiran - pengurusan – PBS

Page 7: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

7

1. Latar Belakang Kajian

1.1 Pendahuluan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu inisiatif Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam aspek pentaksiran. PBS dilaksanakan seiring dengan

program transformasi pendidikan negara untuk meningkatkan kualiti pendidikan

supaya mampu melahirkan murid berkemahiran abad ke-21 dan kompetitif dalam era

globalisasi, iaitu menghasilkan modal insan k-worker yang bertaraf dunia. PBS mula

dilaksanakan pada tahun 2011 bagi murid tahun satu dan penambahbaikan UPSR

pada tahun 2016, mulai Tingkatan 1 pada tahun 2012 dan penambahbaikan PMR

pada tahun 2014.

Berbanding dengan sistem pentaksiran sebelum ini, PBS bersifat lebih menyeluruh

dan holistik iaitu pentaksiran bukan sahaja tertumpu kepada aspek kognitif (intelek)

malah merangkumi aspek afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)

selaras dengan school product yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Dengan lain kata, PBS mentaksir bidang akademik dan bukan

akademik yang komponennya terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran

Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran

Psikometrik.

PBS direka bentuk agar dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah secara

berperingkat dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mengikut prosedur yang

ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Konsep PBS bukanlah

sesuatu yang baharu, kerana pentaksiran sedemikian sememangnya sudah lama

dilaksanakan oleh guru di sekolah melalui kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan

aktiviti-aktiviti lain. Sehubungan ini, pelaksanaan PBS ini hanya merupakan

penambahbaikan kepada amalan pentaksiran sedia ada dengan pengenalan

pentaksiran merujuk standard serta memberi fokus yang lebih seimbang kepada

pentaksiran proses dan produk secara formatif dan sumatif. Pentaksiran Rujukan

Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain

tetapi melapor prestasi murid itu sendiri dalam pembelajaran dengan menerangkan

tentang kemajuan dan pertumbuhan murid berkenaan dalam pembelajaran merujuk

kepada pernyataan standard.

Page 8: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

8

PBS juga dilaksanakan dengan hasrat memberi pengiktirafan dan autonomi kepada

guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan

sekolah. Hal ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan

kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-

masing kerana mereka dapat memantau perkembangan murid secara berterusan

serta memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran

murid. Pentaksiran juga lebih tepat dan bermakna kerana mereka lebih memahami

konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid yang diajar.

Memandangkan pelaksanaan PBS melibatkan semua sekolah dan pentaksiran

merupakan bahagian kritikal dan part and parcel dalam sesuatu proses

pembelajaran dan pengajaran yang berkesan, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah

merangka kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk membantu

pemimpin sekolah merancang dan mengendalikan pentaksiran di sekolah masing-

masing mengikut keperluan yang dihasrat dan ditetapkan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia.

Kursus Pengurusan PBS telah mula ditawarkan sebagai kursus Pembangunan

Profesional Berterusan (CPD) di IAB pada tahun 2012 dan isi kandungan kursus

lebih memberi penekanan kepada konsep PBS dan pengoperasian pentaksiran di

sekolah berasaskan pekeliling dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia.

Pelaksanaan PBS telah menghadapi pelbagai masalah operasi pada awal

pelaksanaan walaupun dari segi konsep dan dasar diterima baik oleh warga

pendidik. Pada awal tahun 2014, pelaksanaan PBS terpaksa dihentikan buat

sementara bagi membolehkan kajian dibuat untuk memantapkan dan melicinkan

pengoperasian di sekolah. Pada 1 April 2014, penambahbaikan kepada PBS telah

diumumkan oleh Menteri Pendidikan, iaitu pelaksanaan PBS disambung kembali

dengan beberapa perubahan seperti penggunaan Dokumen Standard Prestasi

diganti dengan Panduan Pembangunan Pembelajaran Murid, perekodan pencapaian

murid dalam Sistem Aplikasi PBS dimansuhkan, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

diperkenalkan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan sebagainya.

Sehubungan ini, kursus Pengurusan PBS yang dijalankan di IAB juga telah

dikemaskinikan isi kandungannya seiring dengan perubahan-perubahan yang telah

diumumkan.

Page 9: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

9

1.2 Pernyataan Masalah

Kursus pengurusan PBS telah dijalankan sejak tahun 2012 di IAB. Pada tahun 2015,

isi kandungan kursus telah ditambah baik bersesuaian dengan penambahbaikan

pelaksanaan PBS yang diumumkan, serta perkembangan terkini pentaksiran kelas

yang berfokuskan pembelajaran abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT).

Sungguhpun kursus Pengurusan PBS sudah dijalankan selama lima tahun oleh IAB

tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang kajian yang dijalankan untuk menilai

keberkesanan kursus ini. Sehubungan dengan itu, tiada input atau maklumat yang

mungkin dapat digunakan untuk menambah baik dan memantapkan untuk kegunaan

masa hadapan.

Selain itu, kajian ini juga ingin meneroka sejauh mana peserta kursus

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan PBS di sekolah

masing-masing selepas berkursus di IAB. Dr. Zainuriah, Ketua Penolong Pengarah

Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan, LPM semasa pembentangannya di

dalam Kolokium PBS 2011 di IAB, menekankan kepentingan kemahiran kepimpinan

dan pengurusan yang cekap bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan PBS di

sekolah. Sehubungan itu, adalah wajar sekiranya satu kajian dijalankan untuk

menilai secara objektif setakat mana kursus Pengurusan PBS anjuran IAB kepada

pemimpin sekolah dapat membantu mereka dalam melaksanakan PBS dengan baik

dan berkesan.

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini akan membantu pihak IAB terutama penggubal modul Kursus Pengurusan

PBS dan pensyarah untuk membuat penambahbaikan dari segi;

i. objektif latihan;

ii. kandungan latihan;

iii. tempoh pelaksanaan kursus;

iv. perancangan aktiviti pembelajaran; dan

v. teknik penyampaian pensyarah

Page 10: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

10

Di samping itu, kajian ini juga akan membantu IAB merealisasikan hasrat sebagai

Premier Centre untuk memastikan kepuasan pelanggan iaitu peserta kursus dapat

dipenuhi dengan berkesan.

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kursus Pengurusan PBS anjuran

IAB dan menambah baik keseluruhan aspek kursus ini agar memberikan impak yang

besar kepada pemimpin sekolah dalam mengurus PBS di sekolah masing-masing.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut;

i. Mengukur tahap reaksi peserta terhadap keberkesanan kursus Pengurusan

PBS sejurus selepas menghadiri kursus .

ii. Mengenal pasti tahap pelaksanaan PBS oleh pemimpin sekolah selepas

menghadiri kursus Pengurusan PBS.

iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pemimpin sekolah dalam

pelaksanaan PBS.

iv. Mengenal pasti cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan

keberkesanan kursus Pengurusan PBS.

1.6 Soalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian tersebut di atas, persoalan kajian adalah seperti

berikut;

i. Apakah tahap reaksi peserta terhadap keberkesanan kursus Pengurusan

PBS sejurus selepas menghadiri kursus?

ii. Apakah tahap pelaksanaan PBS di sekolah selepas menghadiri kursus

Pengurusan PBS?

iii. Apakah masalah yang dihadapi oleh pemimipin sekolah dalam pelaksanaan

PBS?

iv. Apakah cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan kursus

Pengurusan PBS?

Page 11: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

11

1.7 Kerangka Kajian

Kajian ini telah dirangka berasaskan kerangka teori Model Penilaian Kirkpatrik

(1979). Mengikut model ini, terdapat empat aras penilaian iaitu reaksi, pembelajaran,

tingkah laku dan keberhasilan. Bagi kajian ini, penilaian dibuat pada aras pertama

dan ketiga iaitu penilaian reaksi dan penilaian tingkah laku peserta sahaja.

Rasional pemilihan penilaian pada aras pertama dan ketiga adalah kerana

pengumpulan dan interpretasi data mudah dijalankan serta kekangan masa pengkaji

dan juga faktor kewangan. Data reaksi diperoleh daripada borang maklum balas BK

09 yang diisi oleh peserta selepas kursus. Manakala data penilaian tingkah laku

peserta diperoleh melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada peserta secara

dalam talian.

Rajah 1: Kerangka Teori Kajian Berasaskan Model Penilaian Kirkpatrik (1994)

1.8 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai dua batasan kajian yang merangkumi perkara berikut:

i. Kajian ini hanya melibatkan peserta-peserta kursus Pengurusan PBS yang

telah dijalankan oleh pihak IAB pada tahun 2015. Seramai 150 orang yang terdiri

daripada peserta kursus iaitu Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan telah

mengambil bahagian sebagai sampel kajian ini.

PENILAIAN REAKSI

PENILAIAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN TINGKAH LAKU

PENILAIAN

HASIL

Page 12: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

12

ii. Kajian ini juga hanya membuat penilaian terhadap reaksi peserta kursus dan

penilaian terhadap perubahan tingkah laku peserta sekurang-kurangnya tiga bulan

selepas menghadiri kursus.

1.9 Definisi Operasional Kajian

Terdapat beberapa terminologi yang digunakan di dalam kajian ini;

1.9.1 Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), keberkesanan bermaksud

menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada

sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh

kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan

dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau

perasaan dan sebagainya).

Bagi kajian ini, keberkesanan merujuk kepada setakat mana kursus Pengurusan

PBS anjuran IAB kepada pemimpin sekolah dapat membantu mereka dalam

melaksanakan PBS dengan baik. Dapatan kajian ini nanti akan membantu pihak IAB

terutama penggubal modul kursus Pengurusan PBS dan pensyarah untuk membuat

penambahbaikan dari segi objektif latihan, kandungan sesi latihan, tempoh

pelaksanaan kursus, perancangan aktiviti pembelajaran dan teknik penyampaian

pensyarah.

1.9.2 Pengurusan

Pengurusan merupakan fungsi untuk mencapai sesuatu melalui kegiatan orang lain

dan mengawasi usaha individu untuk mencapai tujuan bersama. Menurut Robert

Kreitner (1983), ianya boleh didefinisikan sebagai suatu proses kerja dengan dan

melalui orang lain bagi mencapai objektif organisasi secara berkesan dengan

menggunakan sumber-sumber terhad dengan lebih cekap dalam situasi yang

sentiasa mengalami perubahan. Aktiviti pengurusan meliputi merancang,

mengorganisasi, memimpin atau mengarah dan mengawal yang sering kali disebut

sebagai POLC (planning, organizing, leading and controlling).

Page 13: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

13

Dalam kajian ini, istilah pengurusan bertujuan untuk melihat cara pemimpin sekolah

mengurus tadbir pelaksanaan PBS mengikut ketetapan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia, selepas menghadiri kursus di IAB.

1.9.3 Pemimpin

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pemimpin adalah orang yang

memimpin dan difahamkan bertindak sebagai jurutunjuk. Secara umumnya

pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara formal atau tidak

formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha menjayakan

matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan mandat

untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi mencapai

objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut. Dalam kajian

ini, pemimpin sekolah adalah termasuk pengetua, guru besar dan guru penolong

kanan sekolah yang telah menghadiri kursus Pengurusan PBS di IAB pada tahun

2015.

1.10 Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan kursus Pengurusan PBS anjuran

IAB untuk pemimpin sekolah yang telah menghadiri kursus tersebut pada tahun

2015. Dapatan kajian diharapkan dapat digunakan untuk membuat penambahbaikan

terhadap kursus ini pada masa akan datang dan seterusnya memberi impak yang

lebih baik kepada peserta kursus terutama dalam melaksanakan pengurusan PBS di

sekolah mereka.

2. Kajian Literatur

2.1 Pendahuluan

Payne (2013), menganggap pentaksiran sebagai sebahagian proses pengajaran dan

pembelajaran. Beliau berpendapat pentaksiran yang baik hendaklah mengambil kira

cara murid belajar termasuk gaya pembelajaran, aspek-aspek yang menyokong

pembelajaran dan keperluan yang perlu dipenuhi supaya pembelajaran dapat berjalan

dengan berkesan. Dalam kata lain, pentaksiran bertujuan memupuk pembelajaran

berterusan dan perlu diintegrasikan dalam proses pembelajaran. Menurut Tan Ah Mei

(2010), pentaksiran dalam kelas dilakukan untuk memastikan agar aspek ilmu,

Page 14: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

14

kemahiran, pembentukan sikap dapat dikuasai dan diamalkan dalam kalangan pelajar.

Konsep ini selari dengan trend di negara maju yang lebih menekankan pentaksiran

sebagai satu proses berbanding sebagai satu produk.

Airasian (2000), pula berpendapat pentaksiran bukan sahaja bertujuan untuk menilai dan

menggred tetapi pentaksiran amat penting untuk menyeimbangkan pencapaian murid

dalam bilik darjah dan membantu guru untuk merancang dan mengendalikan pengajaran

dengan lebih berkesan. Pentaksiran seharusnya dapat memberi maklum balas tentang

tindak susul yang perlu dilakukan. Pendapat beliau ini disokong oleh Mohd. Najib (2012),

yang berpendapat pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, memberi

nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat dan seterusnya membuat inferens

dan keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat tersebut.

Sehubungan itu, secara operasinya pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan

maklumat berkaitan pembelajaran murid, kekuatan dan kelemahan, serta sejauh mana

murid tersebut menguasai pembelajarannya. Pengumpulan maklumat ini bertujuan untuk

meningkatkan pembelajaran murid dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara dan

tidak hanya melalui peperiksaan semata-mata (Jamil, 2011).

Secara umumnya pentaksiran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pentaksiran tentang

pembelajaran (assessment of learning) dan pentaksiran untuk pembelajaran

(assessment for learning). Pentaksiran tentang pembelajaran seringkali dikaitkan

dengan pentaksiran sumatif yang diadakan pada hujung unit pembelajaran seperti ujian

bulanan dan peperiksaan akhir tahun. Hasil pentaksiran ini ialah pencapaian murid

berdasarkan gred melalui satu set kriteria yang ditetapkan untuk melihat kedudukan

murid tersebut berbanding pencapaian murid yang lain. Menurut Jamil (2011), walaupun

terdapat banyak kaedah untuk melaksanakan pentaksiran sumatif, tetapi kebanyakan

guru melalui sokongan pemimpin sekolah sering kali menggunakan ujian kertas yang

berbentuk formal.

Pentaksiran untuk pembelajaran pula ialah proses mendapatkan maklumat untuk

mendapatkan maklum balas yang boleh digunakan untuk mengubahsuai aktiviti

pembelajaran dan pengajaran (Black dan William, 1998). Dalam hal ini, amat penting

untuk kita memahami bahawa interaksi guru dan murid juga merupakan sebahagian

daripada proses pentaksiran itu sendiri (Torrance dan Pryor, 2001). Dalam pentaksiran,

proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran itu berlaku secara timbal balik dan

bersepadu. Dalam hal ini, guru tidak perlu mengadakan peperiksaan atau ujian secara

formal tetapi membuat pentaksiran secara tidak formal melalui integrasi dalam

Page 15: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

15

pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut, guru dapat mengetahui sama

ada murid telah menguasai topik pembelajaran atau sebaliknya. Guru juga dapat

membuat keputusan sama ada perlu mengulangi pengajarannya atau meneruskan ke

tahap yang lebih tinggi. Guru juga dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid

dan maklumat yang diperoleh akan menjadi panduan kepada guru dan murid ke arah

pembelajaran yang lebih berkesan.

Proses pengumpulan maklumat murid boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada

melalui pentaksiran seperti kuiz, soal selidik, amali atau kerja kursus tetapi juga

pemerhatian oleh guru. Proses pentaksiran juga menjadi lebih bermakna apabila murid

digalakkan untuk melakukan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Konsep

pentaksiran sedemikan akan menjadi lebih bermakna apabila murid dapat belajar sendiri

melalui interaksi, pengalaman dan potensi diri sendiri.

2.2 Konsep Pentaksiran di Malaysia dan Pelaksanaan PBS

Konsep pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia merupakan proses mendapatkan

maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Menurut Mohd.

Najib (2012), salah satu prinsip pentaksiran pendidikan di Malaysia adalah merujuk

kepada suatu set pernyataan standard prestasi yang boleh dicapai mengikut

keupayaan murid dan dibina berlandaskan kurikulum yang ditetapkan. Peperiksaan

yang dilaksanakan merupakan salah satu kaedah pentaksiran yang digunakan untuk

mengukur keupayaan dan prestasi pencapaian murid pada akhir proses pengajaran

dan pembelajaran. Namun begitu, Jamil (2011), mempersoalkan sama ada sistem

pentaksiran yang menekankan peperiksaan dapat menyediakan modal insan untuk

merealisasikan Wawasan 2020. Terdapat juga persoalan tentang sejauh manakah

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan proses untuk

melahirkan manusia yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia tercapai?

dan adakah potensi murid-murid mampu dikembangkan secara menyeluruh dan

bersepadu melalui satu sistem pentaksiran yang berteraskan peperiksaan? Proses

pentaksiran seharusnya bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan hasil atau gred

semata-mata tetapi perlu memberi impak kepada murid.

Sehubungan itu, dalam mencapai kecemerlangan pendidikan bertaraf global,

pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan telah dilakukan. Hal ini adalah kerana

pendidikan merupakan faktor utama yang menjadi asas bagi merealisasikan aspirasi

Page 16: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

16

negara (Pelan Strategik Interim, 2012). Salah satu daripadanya ialah melaksanakan

transformasi daripada peperiksaan kepada pentaksiran yang cakupannya jauh lebih

luas. Dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negara, Pelan Strategik

Interim 2011-2020 telah dilancarkan bagi melaksanakan beberapa transformasi

pendidikan. Daripada 14 inisiatif yang digariskan, Sistem Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) merupakan satu teras strategik ke arah penambahbaikan kaedah

penilaian murid sedia ada. Kesinambungan kepada proses perubahan dalam sistem

PBS, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), telah digariskan

beberapa transformasi yang menunjukkan bahawa proses perubahan pendidikan

yang dijalankan adalah berterusan dan ditambah baik dari semasa ke semasa (Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013).

Berdasarkan Pelan Strategik Interim 2011-2020 dan PPPM 2013-2025, pelaksanaan

PBS merupakan satu proses penambahbaikan kaedah penilaian murid sedia ada bagi

memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelaksanaan PBS adalah

seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang

boleh bersaing di peringkat antarabangsa. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,

2013). Dapatan daripada pencapaian murid Malaysia dalam peperiksaan peringkat

antarabangsa iaitu Trend in Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme

for International Students Assessment (PISA), menunjukkan sistem pentaksiran sedia

ada perlu berubah kepada satu sistem pentaksiran yang lebih holistik. Sistem pendidikan

negara sedia ada berorientasikan peperiksaan dan penekanannya adalah kepada

pencapaian dalam peperiksaan dan tidak bersifat menyeluruh. (Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia, 2013).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah diperkenalkan kepada murid tahun 1 pada

Januari 2011, manakala murid Tingkatan 1 pada Januari 2012. Penambahbaikan telah

dilaksanakan melalui Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan

memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang

pembelajaran. Penambahbaikan juga telah dilakukan apabila PT3 menggantikan PMR

sebagai pentaksiran pusat pada tahun 2014.

Lembaga Peperiksaan (2014), mendefinisikan PBS sebagai satu proses mengumpul

maklumat tentang pembelajaran murid yang dilaksanakan oleh guru di sekolah. PBS

diurus dan ditadbir secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan. Berbanding

dengan sistem pentaksiran sebelum ini, PBS bersifat lebih menyeluruh dan holistik iaitu

Page 17: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

17

menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan FPK dan kurikulum

kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan

akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran

Pusat (PP) manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik

(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua

kategori ini memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif

dan sumatif yang berasaskan sekolah (Mohd Najib, 2012).

Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,

diperiksa, direkod dan dilaporkan oleh guru. Pentaksiran formatif dijalankan seiring

dengan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan instrumen seperti

lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan dan ujian. Pentaksiran Pusat

(PP) pula merupakan satu pentaksiran yang ditadbir, diperiksa dan direkod pada

peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran,

tugasan, garis panduan penskoran dan pengredan yang ditetapkan oleh Lembaga

Peperiksaan.

Konsep PBS bukanlah suatu yang baharu kerana pentaksiran sedemikian sebenarnya

telah lama dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti kuiz, projek, soal jawab dan

sebagainya. Sehubungan itu, pelaksanaan PBS merupakan penambahbaikan kepada

amalan pentaksiran dalam bilik darjah sedia ada dengan memperkenalkan pentaksiran

merujuk standard. Pentaksiran ini juga memberi fokus yang lebih seimbang kepada

pentaksiran proses dan produk secara formatif dan sumatif. Sebelum ini, sistem

pentaksiran hanya berfokus kepada pencapaian akademik murid pada akhir satu jangka

masa pembelajaran yang merupakan pembelajaran tentang pembelajaran. Sistem

pentaksiran yang sebegini, lebih mendorong murid-murid belajar untuk lulus peperiksaan

dan menyebabkan pengetahuan yang diterima tidak kekal dan tidak mempunyai manfaat

yang optimum.

PBS menggalakkan guru menggunakan pentaksiran untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi murid dengan merujuk satu

standard prestasi. Melalui pendekatan ini, dapat membimbing guru menentukan sejauh

mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai perkara yang dipelajari

berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak

membandingkan pencapaian seorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan

prestasi seseorang murid tentang kemajuan murid berkenaan. Melalui laporan tersebut,

guru dapat membuat tindak susul yang sesuai. Guru merupakan orang yang paling

Page 18: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

18

sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka dapat memantau

perkembangan murid mereka secara berterusan dan seterusnya memberi maklum balas

yang membina untuk membuat penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam melaksanakan transformasi sistem pentaksiran ini pastinya kita akan berhadapan

dengan banyak cabaran. Cabaran yang paling utama dalam memastikan pelaksanaan

sistem PBS ini mencapai matlamatnya ialah memastikan pelaksana iaitu guru-guru di

sekolah memahami sebenar-benarnya prosedur dan pengoperasian PBS agar tiada

percanggahan maklumat. Sehubungan itu, pengoperasian PBS memerlukan

perancangan yang teliti, pelaksanaan yang seragam, boleh diurus dan mematuhi

prosedur penjaminan kualiti yang telah ditetapkan. Hal ini amat penting agar dapat

menjamin berlakunya keadilan, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran.

Dalam merancang pelaksanaan PBS, Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya,

Lembaga Peperiksaan memerlukan penglibatan sepenuhnya daripada pelbagai pihak

seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Institut Aminuddin

Baki, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Bagi

menjamin kualiti pelaksanaan PBS, aspek penataran penyelarasan dan pemantauan

amat penting. Penataran merupakan usaha penting bagi memastikan wujudnya

kefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna skor supaya skor yang diperoleh

mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dilaksanakan

dengan tujuan memberi kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir,

kriteria yang dirujuk, evidens, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan pihak sekolah telah diberi

kefahaman yang jelas berkaitan prosedur jaminan kualiti bagi memastikan pentaksiran

dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan,

2014.

2.3 Peranan Pemimpin Sekolah Sebagai Pengurus Pentaksiran

Pengetua sebagai pemimpin instruksional, merupakan agen perubahan yang perlu

menyediakan iklim sekolah yang kondusif bagi melaksanakan PBS di sekolah.

Sehubungan itu, pengetua perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi segala

cabaran dalam mengimplementasikan perubahan baru dalam sistem PBS bagi

mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah. Berjaya atau gagal perubahan itu

bergantung kepada pengetua sesebuah sekolah (Hussein, 2008). Sebagai agen

perubahan, pengetua bertanggungjawab untuk memberi sokongan, membantu,

Page 19: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

19

membimbing dan menggalakkan guru-guru untuk mengamalkan dan melaksanakan

sesuatu perubahan dan inovasi di sekolah (Azhari, 2002).

Jamil (2011), menjelaskan mengurus pentaksiran bermaksud merancang, mengatur,

mengendali, mentadbir dan menjaga standard kualiti pelaksanaan pentaksiran

secara cekap dan berkesan sehingga hasil pentaksiran mempunyai darjah kesahan

dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam pengurusan PBS, beliau berpendapat,

aspek tersebut lebih melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan cara guru

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengetua

atau guru besar sebagai pengurus PBS perlu melihat cara guru melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan sempurna tanpa banyak

ujian atau latih tubi menjawab soalan ujian. Pengajaran guru dalam konteks

pengurusan PBS hendaklah berfokus kepada amalan terbaik yang mampu

menyediakan murid yang dapat menguasai pembelajaran sempurna dan asli.

Bagi memainkan peranannya, pengetua dan guru besar perlu merangka dan

menyampaikan matlamat yang hendak dicapai apabila berlaku perubahan dalam

sistem pentaksiran. Hal ini sejajar dengan pendapat Green dan Cypers (2009), yang

menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang penting untuk diberi perhatian

semasa melaksanakan perubahan di sekolah. Hal ini termasuklah menyediakan

satu pelan tindakan berdasarkan penyelidikan di sekolah tentang perubahan yang

perlu dilaksanakan serta bersedia untuk mengubah suai pelan tindakan mengikut

situasi atau keperluan perubahan. Segala matlamat yang dibina, perlulah difahami

oleh guru-guru supaya mereka dapat menterjemahkannya melalui proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Sehubungan itu, amat penting bagi para guru

dimaklumkan dengan sejelas-jelasnya tentang tugas dan tanggungjawab mereka

dalam melaksanakan PBS.

Mattar (2012), menyatakan pemimpin sekolah perlu melibatkan guru-guru dalam

perancangan dan persediaan bahan pengajaran, berbincang hal-hal yang berkaitan

pengajaran dan lawatan ke kelas bagi tujuan penyeliaan. Hal ini jelas telah

digariskan dalam buku panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh

pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2010), bahawa pengetua dan guru besar

menerajui pelaksanaan kurikulum bagi menjalankan pencerapan terhadap guru serta

menggunakan maklum balas pencerapan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Apabila pemimpin sekolah menyelia dan menilai pengajaran guru,

Page 20: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

20

mereka perlu memastikan keutamaan yang ditekankan oleh guru dalam bilik darjah

selari dengan matlamat PBS yang telah dibina.

Melalui kajian yang dilaksanakan oleh Fullan (1991) mendapati pemimpin sekolah

dapat melaksanakan perubahan di sekolah dengan berkesan kerana mementingkan

budaya kerja berpasukan dalam kalangan guru, menyediakan bantuan, memantau

perubahan, dan menyokong guru dalam melaksanakan perubahan. Bagi memastikan

pelaksanaan PBS berjalan dengan lancar, pemimpin sekolah perlu bekerjasama

dengan semua pihak di peringkat pentadbiran sekolah bagi menetapkan individu

yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan PBS di sekolah. Pemimpin

sekolah juga boleh melibatkan guru pada peringkat perancangan dan pembuatan

keputusan dalam melaksanakan proses perubahan. Hal ini mengikut Alas (2008),

akan dapat meningkatkan tahap kesediaan dalam kalangan guru di sekolah.

Sokongan dan galakan perlu diberikan kepada guru-guru untuk menggunakan

kemahiran baru yang diperlukan bagi mengendalikan PBS di dalam bilik darjah. Oleh

itu, pemimpin sekolah perlu memastikan guru-guru diberi latihan dalam perkhidmatan

selari dengan matlamat yang hendak dicapai. Pendapat ini disokong dengan

pernyataan Hussein (2008) yang menyatakan pengetua dan guru besar yang

menyokong perubahan di sekolah akan menyediakan maklumat dan latihan bagi

meningkatkan kreativiti dan motivasi guru. Tan (2010) juga menekankan bahawa

latihan dalaman harus diberi dalam kalangan panitia dan guru yang tidak

menunjukkan keyakinan dan tidak berkompetensi dalam pelaksanaan PBS. Peluang

perkembangan professional ini amat perlu agar guru-guru lebih bersedia dengan

kemahiran yang diperlukan dan seterusnya mewujudkan komitmen untuk

melaksanakan perubahan yang diperlukan.

Jamil (2011), berpandangan kebanyakan pengetua dan guru besar bukan tidak

mahu berubah tetapi mereka tidak tahu cara hendak mencipta dan membawa

perubahan kepada kepimpinannya. Oleh itu, mereka juga perlu mendapatkan nasihat

dan bimbingan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Sebagai pengurus

pentaksiran, pengetua dan guru besar seharusnya mengetahui cara hendak

membawa perubahan dari segi pelaksanaan PBS. Mereka perlu yakin dan percaya

bahawa perubahan yang dilakukan dalam kepimpinan pentaksiran mampu

menghasilkan kesan yang positif.

Page 21: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

21

2.4 Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Untuk Pemimpin

Sekolah

Sebagai pemimpin di sekolah, pengetua dan guru besar mempunyai peranan yang

amat penting dalam membantu guru menjadi pentaksir yang kompeten untuk

memastikan potensi diri murid dapat dibangunkan secara optimum. Sehubungan itu

sewajarnya, pemimpin sekolah mempunyai kefahaman yang jelas bukan sahaja

berkaitan pengurusan pentaksiran PBS tetapi juga proses pentaksiran. Oleh itu,

sebagai pemimpin pengurusan, pembangunan profesional kepimpinan juga perlu

dilaksanakan kepada pemimpin sekolah agar pemimpin dapat menunjukkan

kepimpinan berteladan. Hal ini termasuk membina satu sistem pentaksiran yang

mantap, khususnya dari segi memberi guru bimbingan dan pemantauan dari semasa

ke semasa.

Thody (2007) menyatakan aspek latihan pengurusan amat perlu dalam menentukan

keberkesanan kepimpinan. Di samping itu, Chan Yuen Fock dan Santiamoorthy

Kannan (2003) pernah menyarankan supaya latihan pengurusan yang berterusan

diberikan kepada pengetua sekolah jika mahu menghasilkan kepimpinan yang

berkualiti. Penelitian Abdul Ghani Ishak (1993) menunjukkan bahawa pengetua yang

mempunyai latihan pengurusan lebih mengambil berat tentang kebajikan guru

berbanding dengan pengetua yang tidak mempunyai latihan pengurusan. Deal dan

Peterson (2000) berpendapat pentadbiran yang bersandarkan pengalaman semata-

mata tidak akan memberi kesan terhadap kebekerkesanan kepimpinan berbanding

angkubah latihan formal.

Sehubungan itu, sebagai pusat latihan pengurusan dan kepimpinan, menjadi

tanggungjawab Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk menyediakan latihan kepimpinan

yang strategik dalam membangunkan kapasiti kompetensi pemimpin sekolah untuk

memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Memandangkan pelaksanaan PBS

melibatkan semua sekolah dan pentaksiran merupakan kritikal dan part and parcel

dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan, IAB telah

merangka kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk membantu

pemimpin sekolah merancang dan mengendalikan pentaksiran di sekolah masing-

masing mengikut keperluan yang dihasratkan dan ditetapkan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia. Kursus tersebut ditawarkan sebagai kursus Pembangunan

Profesional Berterusan (CPD) pada tahun 2011. Isi kandungannya lebih memberi

penekanan kepada konsep PBS dan pengoperasian pentaksiran di sekolah

Page 22: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

22

berasaskan pekeliling dan garis panduan yang dikeluarkan oleh LPM. Sejajar

dengan beberapa penambahbaikan yang dibuat pada tahun 2014 bagi

memantapkan dan melicinkan pengoperasian PBS di sekolah, kursus Pengurusan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di IAB juga telah dikemas kini.

Isi kandungannya lebih memberi tumpuan kepada aspek penjaminan kualiti dan

pentaksiran dalam kelas seiring dengan perubahan-perubahan yang telah

diumumkan.

Penilaian berterusan juga perlu dititikberatkan terhadap latihan formal yang

diberikan. Kamaruzaman (2013) menyatakan penilaian terhadap sesuatu program

latihan seringkali dilihat sebagai satu kemestian bagi sesebuah organisasi yang ingin

melihat kebaikan dan kelemahan program latihan yang dilakukan. Menurut

Stufflebeam (1986), penilaian program sangat penting kerana untuk melakukan

penambahbaikan, kekuatan dan kelemahan sesuatu program perlu diketahui.

Kirkpatric (1994), pula menyatakan bahawa penilaian latihan adalah proses

sistematik bagi mengumpul dan menganalisis maklumat untuk memperihal dan

menghakimi merit atau kebaikan sesuatu program.

2.5 Rumusan

Kunci utama kepada inovasi dan kreativiti dunia pendidikan bergantung kepada

sejauh mana pemimpin sekolah mampu menjadi guru kepada semua anggota

komuniti sekolah. Pemimpin yang bertanggungjawab perlu peka terhadap perubahan

persekitaran di samping memastikan sebarang perubahan yang dilakukan menepati

jangkaan serta bertindak selaras dengan jangkaan yang telah dibuat. Pemimpin

hendaklah bersikap terbuka terhadap perkara-perkara baru termasuk membawa

perubahan yang sewajarnya. Mereka harus bersedia untuk mengambil pendekatan

baru dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Oleh itu, pemimpin

sekolah mesti sentiasa mencari peluang untuk menguasai kemahiran-kemahiran

baru yang diperlukan seiring dengan transformasi pendidikan negara dan konsep

pendidikan pendidikan sepanjang hayat.

Page 23: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

23

3. Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji untuk

mengumpul dan menganalisis data. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam

bab ini ialah reka bentuk kajian, persampelan kajian, kaedah pengumpulan data dan

analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah Triangulation Mixed Method Design untuk mengenal

pasti tahap reaksi peserta terhadap keberkesanan kursus Pengurusan PBS anjuran

IAB dan tahap pengurusan dan pelaksanaan PBS oleh pemimpin sekolah selepas

menghadiri kursus ini. Menurut Johnson, Onwuegbuzie dan Turner (2007), mereka

berpendapat bahawa kaedah campuran memberikan manfaat dan lebih ideal kerana

menggabungkan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif. Pendapat ini turut

disokong oleh, Chua Yam Piaw (2012) yang menjelaskan bahawa gabungan kedua-

dua kaedah penyelidikan ini akan mampu menerangkan secara terperinci masalah

kajian dan pada masa sama mampu menggeneralisasikan isu yang dikaji. Pengkaji

menggunakan kaedah kuantatif untuk melihat tahap reaksi peserta kursus dan juga

cara pengurusan pelaksanaan PBS di sekolah masing-masing. Manakala pengkaji

juga menggunakan kaedah kualitatif untuk mengenalpasti masalah-masalah yang

dihadapi oleh peserta dalam melaksana pengurusan dan pelaksanaan PBS di

sekolah dan cadangan penambahbaikan kursus pengurusan PBS.

3.3 Sampel Kajian

Seramai 210 orang peserta yang menghadiri tujuh siri kursus pengurusan PBS pada

tahun 2015 yang terdiri pemimpin sekolah. Daripada populasi itu seramai 150 orang

peserta telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian seperti yang

disarankan oleh Krejcie, Robert, Morgan dan Daryle (1970). Pemilihan sampel kajian

dibuat secara rawak bagi memberikan peluang yang sama rata kepada peserta

kursus untuk terlibat sebagai sampel kajian ini dalam mewakili populasi yang dikaji

(Majid Konting, 2000). Prosedur pemilihan sampel dimulakan dengan memperoleh

data nama peserta kursus daripada buku log kehadiran. Kemudian nama-nama

tersebut disusun mengikut siri kursus secara teratur. Seterusnya setiap nama

Page 24: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

24

dinomborkan bermula daripada 1 hingga 210. Kemudian daripada senarai itu,

sampel dipilih berdasarkan selang dua (k=2) daripada kerangka pensampelan.

Sampel yang terdiri daripada pemimpin sekolah dari negeri Johor, Melaka, Negeri

Sembilan, Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Peserta kursus

dipilih dari negeri berkenaan sahaja berdasarkan ketetapan zon dan keperluan

kursus di negeri-negeri tersebut. Jadual 1 menunjukkan komposisi sampel bagi

setiap negeri yang dipilih.

Jadual 1: Sampel Kajian

Bil Negeri Komposisi Sampel

1. Johor 26

2. Melaka 24

3. Negeri Sembilan 35

4. Sabah 21

5. Selangor 25

6. Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

19

Jumlah 150

3.4 Instrumen Kajian

Mohamad Najib (1999), menjelaskan bahawa penggunaan soal selidik merupakan

salah satu kaedah kajian paling popular dalam kalangan pengkaji kerana mudah

ditadbir serta senang diproses dan dianalisis. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan

Borang Maklum Balas (BK09) dan Borang Soal Selidik sebagai instrumen kajian

untuk mengumpul data kuantitatif.

Borang BK09 ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi

tujuh item soalan tertutup dan bahagian B pula terdiri daripada dua soalan terbuka.

Setiap item menggunakan Skala Likert empat pilihan (rujuk lampiran A ).

Seterusnya borang soal selidik pula mengandungi tiga bahagian iaitu; Bahagian A

mengandungi demografi responden yang terdiri daripada 5 item iaitu jantina,

jawatan, kategori sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pelajaran

Page 25: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

25

negeri (JPN); Bahagian B pula mengandungi aspek-aspek pengurusan dan

pelaksanaan PBS di sekolah yang terdiri daripada 18 item; dan bahagian C

mengandungi dua soalan terbuka. Bagi soalan terbuka pertama, peserta dikehendaki

menyatakan masalah utama yang dihadapi dalam pelaksanaan PBS di sekolah dari

aspek pengurusan PBS, penjaminan kualiti, pentaksiran prestasi, dan pemantauan.

Soalan kedua pula,peserta dikehendaki memberikan cadangan penambahbaikan

bagi meningkatkan keberkesanan kursus pengurusan PBS (rujuk lampiran B).

Pengkaji telah menjalankan kajian rintis untuk menguji kefahaman responden

terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam borang soal selidik ini, di

samping meninjau masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar dijalankan.

Menurut Chua (2006), tujuan utama kajian rintis dijalankan untuk menguji kesahan

dan kebolehpercayaan instrumen. Creswell (2008) turut menambah bahawa dengan

menjalankan kajian rintis mampu memberi peluang kepada pengkaji untuk

menambah baik instrumen yang digunakan berdasarkan maklum balas daripada

kumpulan kecil individu yang diuji semasa menjawab instrumen tersebut.

Pada peringkat kedua pengkaji telah membina item-item soal selidik dan kemudian

dihantar kepada penyelia (Mentor) untuk melihat kesesuaian item-item tersebut

dengan objektif dan soalan kajian. Menurut Bogdan dan Biklen (2003) bahawa salah

satu daripada kesahan data kuantitatif adalah melalui pengesahan penyelia dan

rakan penyelidik terhadap keteraturan kajian yang dilakukan. Setelah item soalan

disahkan oleh penyelia, pengkaji telah menjalankan kajian rintis dengan

mengedarkan borang soal selidik kepada satu kumpulan peserta kursus pengurusan

PBS pada tahun 2016. Selepas data dianalisis, nilai pekali Cronbach Alpha yang

diperoleh ialah 0.79. Hal ini menunjukkan item soal selidik ini mempunyai tahap

kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk menjalankan kajian ini.

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

Menurut Creswell (2013), data kuantitatif mungkin dikumpulkan melalui langkah-

langkah seperti laporan diri dan ujian fisiologi, manakala data kualitatif dikumpulkan

melalui kumpulan fokus, temubual berstruktur atau separa berstruktur dan analisis

data kuantitatif dan kuanlitatif secara teliti dan meyakinkan. Kajian ini melibatkan dua

peringkat pengumpulan data. Pada peringkat pertama pengkaji telah mengumpul

data tentang tahap reaksi peserta melalui borang BK09 yang diisi selepas tamat

kursus daripada sistem bersepadu IAB.

Page 26: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

26

Selepas itu, pengkaji telah menghubungi JPN terlebih dahulu untuk mendapatkan

kebenaran menjalankan kajian ini. Selepas memperoleh kebenaran dari JPN,

pengkaji telah menghubungi peserta kursus terpilih untuk menjelaskan perihal kajian

ini sebelum mengedarkan Borang Google dalam talian. Mereka telah diberi masa

selama tiga minggu untuk menjawab item soal selidik. Kaedah pengedaran soal

selidik dalam talian digunakan untuk menjimatkan masa dan kos kajian.

Walaupun borang soal selidik dihantar kepada sampel kajian, namun hanya 73 orang

sahaja telah memberi maklum balas. Jadual 2 menunjukkan bilangan responden

kajian mengikut negeri.

Jadual 2: Bilangan Responden Kajian

Bil Negeri Bilangan

Responden Peratus

1. Johor 16 21.91%

2. Melaka 17 23.29%

3. Negeri Sembilan 02 02.74%

4. Sabah 09 12.33%

5. Selangor 20 27.40%

6. Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur 09 12.33%

Jumlah 73 100.00%

Walaupun pengkaji menghubungi responden yang tidak memberi maklum

balas melalui telefon dan melanjut tempoh selama dua minggu, namun tidak

mendapat kerjasama. Mengikut Hamidah, Jamal dan Khalip (2014), kajian tinjauan

memerlukan sekurang-kurangnya minimum 30 sampel bagi kajian kecil. Walaupun

48.67 peratus sahaja memberi maklum balas, namun jumlah ini melebihi bilangan

minimum sampel yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu kajian.

3.6 Kaedah Analisis Data

Pengkaji telah mengaplikasikan kaedah statistik deskriptif untuk menganalisis data.

Data dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Data yang dijana ini

Page 27: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

27

Tema Tema Tema Tema

KOD KOD KOD KOD KOD KOD KOD KOD KOD

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

Sub-Kod

diperoleh daripada Sistem Bersepadu IAB untuk mendapatkan purata peratus skor

prestasi sesi pembelajaran. Manakala item-item soalan tertutup borang soal selidik

pula diproses menggunakan aplikasi Microsoft Office Excel bagi mendapatkan data

deskriptif (skor min).

Pengkaji telah menggunakan aplikasi analisis data kualitatif, RQDA untuk

menganalisis data soalan terbuka borang soal selidik. Setiap responden

dinomborkan bermula dengan R1, sehingga R73. Kemudian data tersebut

dimasukkan melalui aplikasi RQDA untuk dianalisis. Data kualitatif dianalisis

menggunakan tema. Maklum balas soalan terbuka responden, telah

disub-kodkan dan sub-kod itu dikategorikan kepada kod tertentu. Kod-kod yang telah

dibina akan dikategorikan berdasarkan tema. Proses ini digambarkan melalui rajah 2

seperti di bawah :

Rajah 2: Proses Pengkategorian Tema

3.7 Rumusan

Mengikut Pakas Rao (2004), apabila pengkaji menggunakan metodologi kajian yang

berkesan, maka kita akan dapat keputusan kajian yang jelas, tepat, sah dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini telah dijalankan mengikut metodologi kajian

yang dirancang untuk memperoleh dapatan kajian yang mempunyai

kebolehpercayaan dan kesahan tinggi dan dapat digeneralisasikan.

Page 28: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

28

4. Dapatan Kajian

4.1 Pendahuluan

Bab ini akan membentangkan dapatan data berdasarkan instrumen kajian yang telah

digunakan iaitu maklum balas BK09 yang dijawab oleh peserta secara dalam talian

selepas tamat kursus dan borang soal selidik yang dihantar kepada peserta selepas

tiga bulan tamat kursus. Keputusan analisis akan dibahagi berdasarkan 4 soalan

kajian iaitu;

i. mengenal pasti tahap reaksi peserta selepas kursus;

ii. tahap pelaksanaan PBS di sekolah selepas menghadiri kursus;

iii. masalah yang dihadapi; dan

iv. cadangan penambahbaikan.

4.2 Apakah tahap reaksi peserta terhadap keberkesanan kursus

Pengurusan PBS sebaik selesai menghadiri kursus?

Bagi menjawab soalan tahap reaksi peserta terhadap keberkesanan kursus

Pengurusan PBS sebaik selesai menghadiri kursus, pengkaji membuat penilaian

berdasarkan maklum balas sesi latihan BK09. Maklum balas sesi latihan BK09 terdiri

daripada item hujung tertutup dan item hujung terbuka.

4.2.1 Bahagian I: Maklum Balas Sesi Latihan (BK09) Item Hujung Tertutup

Peratus dan skor min digunakan bagi menganalisis item-item hujung tertutup.

Interpretasi skor min pencapaian seperti dalam jadual 3 digunakan untuk

menentukan tahap reaksi peserta kursus Pengurusan PBS.

Jadual 3: Skor Min dan Interpretasi

Skor Min Interpretasi Tahap

1.00 – 1.75 Sangat Rendah/Tidak pernah Rendah

1.76 – 2.50 Rendah/Jarang-jarang Sederhana

2.51 – 3.25 Tinggi/Kerap Tinggi

3.26 – 4.00 Sangat Tinggi/Sangat Kerap Sangat Tinggi

Page 29: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

29

Item hujung tertutup tersebut mempunyai 4 skala pemeringkatan seperti dalam

jadual 4. Item-item tersebut memfokuskan kepada enam aspek iaitu:

Jadual 4: Purata Peratus dan Skor Min bagi Maklum Balas Sesi Latihan BK09

(Item Hujung Tertutup)

Berdasarkan Jadual 4 di atas, dapatan analisis menunjukkan peserta sangat berpuas

hati dengan semua slot latihan yang diberikan. Hal ini berdasarkan pencapaian skor

prestasi setiap slot latihan melebihi 97 peratus (skor min 3.90 ke atas) yang

menunjukkan tahap sangat tinggi. Jurang skor prestasi antara setiap slot latihan tidak

besar iaitu 1.6 peratus. Walaupun demikian, pengkaji berpendapat bahawa slot

Aspek Jaminan Kualiti perlu ditambah baik kerana purata peratus skor prestasi

pencapaian yang diperoleh adalah yang terendah iaitu 97.04 peratus (skor min 3.88).

4.2.2 Bahagian II: Maklum Balas Sesi Latihan (BK09) Item Hujung Terbuka

Maklum balas sesi latihan BK09 bagi item hujung terbuka merupakan cadangan

peserta tentang aspek yang perlu ditambah baik dalam sesi latihan. Sebanyak 254

maklum balas berkaitan cadangan penambahbaikan diperoleh. Cadangan itu

dikategorikan kepada empat tema iaitu penggunaan masa, pengisian kandungan

latihan, kaedah penyampaian dan bahan sokongan semasa latihan. Keputusan

dianalisis berdasarkan kekerapan tema adalah seperti jadual 5.

Bil TAJUK Peratus

(%)

Skor Min

1. Konsep Pentaksiran dalam Pendidikan 97.14 3.89

2. Konsep Pentaksiran Berasaskan

Sekolah

97.87 3.91

3. Aspek Jaminan Kualiti dan Integriti 97.04 3.88

4. Amalan Pentaksiran Bilik Darjah 97.92 3.92

5 Teknik Pemarkahan Rubrik dalam PBS 97.83 3.90

6. Pengurusan dan Kepimpinan

Pelaksanaan PBS

98.64 3.95

PURATA 97.74 3.91

Page 30: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

30

Jadual 5: Taburan Kekerapan Cadangan Penambahbaikan Responden

Berdasarkan dapatan itu, peserta amat menekankan aspek penggunaan masa

semasa sesi latihan. Hal ini disokong dengan peratus kekerapan paling tinggi iaitu

37.40 peratus (95 cadangan). Rumusan yang diperoleh menunjukkan peserta

menekankan agar peruntukan masa bagi setiap slot kandungan latihan perlu

ditambah. Antara cadangan yang diberikan ialah;

“Masa yang diperuntukkan untuk setiap slot latihan perlu ditambah agar sesi

perkongsian pengalaman, kemahiran dan ilmu yang diterima lebih jelas dan

berkesan.” Pada pandangan peserta, peruntukan masa untuk perbincangan dan soal

jawab adalah terhad. “Masa latihan dan bengkel perlu ditambah supaya

pembentangan dan perbincangan lebih berkesan.” Terdapat juga peserta yang

mencadangkan agar bengkel latihan teknik pemarkahan rubrik diberi masa yang

lebih dan diadakan pada waktu pagi.

Peratus kekerapan kedua tertinggi ialah kaedah penyampaian pensyarah iaitu 32.28

peratus. Antara cadangan peserta ialah sesi soal jawab setiap pembentangan lebih

terbuka dalam kalangan peserta. Sesi perbincangan kumpulan juga perlu lebih aktif

dan terbuka; “sesi perbincangan dalam kumpulan yang lebih aktif agar merangsang

penglibatan yang lebih aktif daripada semua peserta”.

Terdapat juga cadangan bahawa perbincangan perlu dikawal kerana terdapat

peserta terpesong daripada tajuk perbincangan. Peserta juga mencadangkan agar

sesi amali diberi penekanan dan banyak aktiviti pergerakan seperti dalam cadangan

berikut: “Mungkin perlu aktiviti bergerak pada waktu yang sangat kritikal pada usia

ini”.

Bil Tema Kekerapan Peratus (%)

1. Masa 95 37.40

2. Kaedah penyampaian 82 32.28

3. Pengisian kandungan

latihan 47 18.51

4. Bahan sokongan 30 11.81

Jumlah 254 100.00

Page 31: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

31

Selain daripada itu, peserta juga menekankan tentang penggunaan media dalam

kaedah penyampaian. Antara cadangannya ialah menggunakan tayangan video

sebagai salah satu daripada aktiviti yang lebih berkesan. Cadangan

penambahbaikan ketiga yang diberi meliputi pengisian kandungan latihan. Antara

cadangan yang dicatatkan ialah “tunjukkan contoh-contoh atau video tempatan

tentang amalan terbaik pengurusan PBS di sekolah”.

Berdasarkan cadangan yang diberi itu, antara slot kandungan yang perlu diberi lebih

penekanan ialah aspek jaminan kualiti dan integriti dengan menunjukkan langkah-

langkah komprehensif untuk melaksanakan Pementoran, Penyelarasan,

Pemantauan, Pengesanan (4P) di sekolah. Selain itu, peserta juga mencadangkan

agar diberi penekanan kepada pembelajaran abad ke-21, bengkel pembinaan

soalan berbentuk KBAT dan lebih banyak masa diperuntukkan untuk pembinaan

item rubrik. Peserta juga berasa bahawa perbincangan tentang Jadual Spesifikasi

Ujian (JSU) perlu dimasukkan dalam slot kandungan latihan.

Bagi slot pengurusan dan kepimpinan, antara cadangan penambahbaikan diberikan

ialah “Perbincangan isu-isu atau cabaran pengurusan PBS di sekolah dan cara

penyelesaiannya.” dan “Perbincangan yang lebih tentang aspek kepimpinan PBS

atau peranan pengetua dan guru besar sebagai ketua PBS di sekolah.”

Hanya 11.81 peratus cadangan tentang bahan sokongan diberikan. Antara cadangan

penambahbaikan ialah berkaitan adalah dengan masalah penggunaan projector LCD

dan slaid pembentangan. Antara cadangannya ini ialah “tulisan dalam slaid

powerpoint perlu dikurangkan dan diperbesarkan”. Cadangan lain ialah berkaitan

bahan edaran yang perlu dimurnikan iaitu “Handouts ceramah perlu dalam teksnya

boleh dibaca. Mungkin dua slaid dalam satu muka surat sahaja” dan “Bahan-bahan

yang digunakan boleh dikongsikan dalam bentuk softcopy”.

4.3.1 Analisis Demografi Responden(Borang Soal selidik)

Sejumlah 48.67 peratus (73 orang) daripada 150 peserta yang disasarkan yang telah

respons terhadap soalan kaji selidik. Seramai 24.66 peratus (18 orang) daripada

jumlah responden adalah terdiri daripada pemimpin sekolah menengah manakala

75.34 peratus (55 orang) adalah dari sekolah rendah. Pemerhatian ini adalah sejajar

Page 32: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

32

dengan bilangan kursus yang dianjurkan bagi pemimpin sekolah rendah adalah lebih

daripada sekolah menengah.

Sebanyak 39.72 peratus (29 orang) daripada responden adalah lelaki manakala

selebihnya iaitu sebanyak 60.27 peratus (44 orang) adalah perempuan. Pemerhatian

ini menunjukkan bahawa bilangan peserta perempuan yang menghadiri kursus ini

adalah lebih ramai daripada lelaki.

Seterusnya, dari aspek pecahan jawatan responden, 19.18 peratus (14 orang)

responden adalah pengetua, 38.36 peratus (28 orang) adalah guru besar dan yang

selebihnya iaitu 42.46 peratus (31 orang) adalah terdiri daripada penolong kanan

sekolah menengah dan rendah. Tarikh pelaksanaan kursus memberi kesan ke atas

pemerhatian ini kerana sebahagian besar kursus telah dijalankan selepas bulan Jun.

Walaupun kursus telah dijadualkan pada awal tahun dan sasaran utama kursus

adalah pengetua dan guru besar namun ramai penolong kanan yang menghadiri

kursus kerana tarikh kursus bertembung dengan peperiksaan awam seperti UPSR,

PT3 dan amali SPM atau program utama sekolah seperti lawatan pegawai KPM dan

hari kecemerlangan sekolah.

Jadual 6: Pecahan Responden Kajian

Negeri Kekerapan Peratusan

Johor 16 21.91%

Melaka 17 23.29%

Negeri Sembilan 2 2.74%

Selangor 20 27.40%

WP Kuala Lumpur 9 12.33%

Sabah 9 12.33%

JUMLAH 73 100.00%

Berdasarkan jadual 6, bilangan responden paling ramai kajian ini adalah dari negeri

Selangor diikuti responden dari negeri Melaka dan negeri Johor. Keadaan ini

disebabkan bilangan peserta paling ramai adalah juga daripada negeri-negeri

tersebut.

Page 33: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

33

Walaupun bilangan peserta kursus dari Negeri Sembilan adalah hampir sama

dengan bilangan peserta dari negeri-negeri lain, tetapi jumlah responden adalah

paling rendah. Pengkaji telah beberapa kali menghubungi peserta-peserta dari

negeri berkenaan namun demikian hanya dua orang peserta yang memberi maklum

balas.

4.4 Analisis Item Hujung Tertutup (Borang Soal Selidik)

Borang soal selidik item hujung tertutup mengandungi 18 item. Analisis dapatan

item-item itu adalah seperti di bawah;

4.4.1 Aspek Pelaksanaan Aktiviti Pengurusan PBS

Jadual 7: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Pengurusan PBS

Item Item Kaji Selidik Tidak

Pernah

Jarang

-jarang Kerap

Sangat

Kerap Min

Sisihan

Piawai

Tahap

Kekerapan

Berasaskan

Min

1 Saya memastikan

perbincangan

pengurusan PBS

dijalankan dalam

mesyuarat panitia

sekolah

0.00% 5.48% 67.12

%

27.40% 3.22 0.53 Tinggi

2 Saya

menjelaskan

kepentingan

pentaksiran

dijalankan secara

berterusan

0.00% 4.11% 58.90

%

36.99% 3.33 0.55 Sangat

Tinggi

3 Saya

melaksanakan

LADAP di

sekolah untuk

1.37% 31.51% 53.42

%

13.70% 2.79 0.69 Tinggi

Page 34: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

34

meningkatkan

kompetensi guru

dalam PBS

4 Saya

membimbing

guru

melaksanakan

pelbagai kaedah

pentaksiran

dalam PDP

0.00% 12.33% 75.34

%

12.33% 3.00 0.50 Tinggi

5 Saya akan

memastikan

setiap guru

membuat

penambahbaikan

PdP berasaskan

analisis

keputusan

pentaksiran

0.00% 5.48% 72.60

%

21.92% 3.16 0.50 Tinggi

Purata 0.27% 11.78% 65.48%

22.47% 3.10 0.55 Tinggi

Rajah 3: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Pengurusan PBS

Page 35: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

35

Hasil analisis keseluruhan data kuantitatif bagi item-item 1 hingga 5 menunjukkan

bahawa 87.95 peratus (min=3.10, s.p.=0.55) daripada responden melaksanakan

aktiviti-aktiviti pengurusan PBS pada tahap kekerapan yang tinggi di sekolah selepas

menghadiri kursus di IAB. Dapatan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan

sekolah-sekolah responden memandang serius terhadap pengurusan PBS. Nilai

sisihan piawai 0.55 yang agak tinggi (melebihi 0.5) menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan persepsi kekerapan yang signifikan sesama responden. Pemerhatian ini

dipengaruhi oleh nilai min dan sisihan piawai bagi item ketiga mengenai pelaksanaan

LADAP untuk meningkatkan kompetensi guru dalam PBS.

Secara terperinci 94.52 peratus responden melaporkan bahawa mereka memastikan

pelaksanaan pengurusan PBS dijadikan satu agenda tetap dan sangat kerap

dibincangkan dalam mesyuarat panitia sekolah. Dapatan ini seiring dengan saranan

yang ditekankan semasa kursus di IAB. Walaupun usaha individu guru adalah

penting namun bagi memastikan kelestarian pentaksiran berkualiti yang berterusan

dilaksanakan di bilik darjah maka perlu strategi yang terancang serta inisiatif kerja

berpasukan oleh setiap panitia mata pelajaran.

Di samping itu, 95.83 peratus daripada responden melaporkan bahawa mereka

kerap menjelaskan kepentingan pentaksiran dijalankan secara berterusan kepada

guru sekolah masing-masing. Daripada maklum balas semasa kursus, terdapat

peserta yang mengatakan bahawa pentaksiran di sekolah mereka masih dijalankan

mengikut kaedah lama iaitu pentaksiran sumatif sahaja yang diberi tumpuan. Hal ini

bermakna, ujian berbentuk formatif masih kurang diamalkan dalam kalangan guru.

Peringatan yang kerap oleh responden kepada guru merupakan satu evidens

bahawa kursus IAB mempunyai kesan positif ke atas kesedaran responden

menekankan kepentingan dan perlunya pentaksiran formatif dilaksanakan.

Dapatan kajian juga memaparkan bahawa 87.67 peratus daripada responden kerap

membimbing guru melaksanakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdP dan 94.52

peratus kerap memastikan setiap guru membuat penambahbaikan PdP berasaskan

analisis keputusan pentaksiran. Dua pemerhatian ini menjelaskan bahawa keputusan

pentaksiran PBS sekolah responden digunakan secara produktif untuk meningkatkan

keberkesanan PdPc dan bukan hanya sekadar disimpan sebagai rekod untuk

semakan pegawai JPN dan PPD. Evidens ini menyokong bahawa pengurusan PBS

telah dilaksanakan seperti yang dihasratkan oleh KPM untuk mengubah persepsi

Page 36: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

36

guru bahawa tujuan pentaksiran bukan hanya untuk menilai pencapaian murid tetapi

lebih ke arah menyokong dan membuat penambahbaikan ke atas PdP dalam bilik

darjah supaya lebih berkesan.

Item LADAP telah merekodkan peratusan dan min kekerapan yang terendah jika

dibandingkan dengan item-item pengurusan PBS yang lain. Nilai sisihan piawai

yang agak besar menunjukkan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan

responden mengenai item ini.

4.4.2 Aspek Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran Prestasi

Jadual 8: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran Prestasi

Ite

m

Item Kaji

Selidik

Tidak

Perna

h

Jarang

-jarang

Kerap Sangat

Kerap

Sko

r

Min

Sisiha

n

Piawai

Tahap

Kekerapan

Berasaska

n Min

6 Perancangan

pentaksiran

prestasi

dibincangkan

dalam panitia

mata

pelajaran

0.00% 12.33% 68.49

%

19.18

%

3.07 0.56 Tinggi

7 Pemarkahan

rubrik

dihasilkan

bersama

dalam

perbincangan

panitia mata

pelajaran

1.37% 28.77% 58.90

%

10.96

%

2.79 0.64 Tinggi

8 Guru

melaksanaka

n pentaksiran

prestasi

semasa PdP

1.37% 5.48% 68.49

%

24.66

%

3.16 0.58 Tinggi

Page 37: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

37

di dalam kelas

12 Sekolah

melaksanaka

n pemantauan

PdP terhadap

aspek

pentaksiran

prestasi

0.00% 13.70% 69.86

%

16.44

%

3.03 0.55 Tinggi

Purata 0.68% 15.07% 66.44

%

17.81

%

3.01 0.58 Tinggi

Rajah 4: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran Prestasi

Pentaksiran prestasi atau dikenali sebagai pentaksiran autentik merupakan satu

bentuk pentaksiran berciri pembelajaran abad ke-21 yang disyorkan oleh KPM.

Menurut maklum balas peserta kursus, ramai yang masih belum terdedah kepada

konsep dan kaedah pelaksanaan pentaksiran sebegini. Pentaksiran yang lazim

dijalankan di sekolah responden masih berbentuk tradisional iaitu berbentuk sumatif

dan berasaskan kaedah pensil dan kertas.

Dapatan analisis item 6, 7, 8 dan 12 menunjukkan bahawa secara keseluruhan

kekerapan pelaksanaan pentaksiran prestasi dalam kalangan sekolah-sekolah

Page 38: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

38

responden adalah pada tahap yang tinggi iaitu 84.25 peratus (min=3.01, s.p.=0.58).

Keadaan ini menggambarkan bahawa guru-guru sekolah responden sudah kerap

melaksanaan pentaksiran prestasi. Namun begitu, nilai sisihan piawai yang tinggi (

s.p. > 0.5) menunjukkan terdapat perbezaan pendapat untuk item ini.

Item yang berkaitan dengan guru melaksanakan pentaksiran prestasi semasa PdP di

dalam kelas mencatatkan peratusan kekerapan tertinggi iaitu 93.15 peratus. Dapatan

ini menunjukkan bahawa kursus IAB berjaya memperkenalkan konsep pentaksiran

prestasi kepada responden serta berjaya menggalakkan guru-guru mengamalkannya

secara kerap.

Perancangan pentaksiran prestasi didapati telah dibincangkan dalam panitia mata

pelajaran dengan peratusan kekerapan yang tinggi sebanyak 87.67 peratus. Namun

begitu, penghasilan rubrik pemarkahan secara bersama semasa mesyuarat panitia

mata pelajaran masih tidak begitu kerap dilaksanakan. Item ini mencatatkan

peratusan yang terendah iaitu sebanyak 69.86 peratus (min=2.79, s.p.=0.64).

Dapatan ini menunjukkan bahawa responden masih belum dapat mempengaruhi

guru-guru mereka menghayati kelebihan mesyuarat panitia mata pelajaran sebagai

platform terbaik untuk menghasilkan rubrik permarkahan yang berkualiti. Nilai

sisihan piawai yang besar bagi item ini turut menunjukkan bahawa terdapat

responden yang telah mula menghasilkan rubrik permarkahan secara kolaboratif

semasa mesyuarat panitia mata pelajaran.

Dapatan menunjukkan item perancangan dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan

item pemantauan pelaksanaan prestasi telah dilaksanakan dengan kekerapan yang

tinggi iaitu 87.67 peratus dan 86.30 peratus masing-masing. Kaedah ini

menggambarkan bahawa responden telah merancang dan memantau pentaksiran

prestasi bagi memastikan pelaksanaan pentaksiran prestasi telah dlaksanakan

dengan baik. Hal ini juga menunjukkan bahawa kursus IAB telah berjaya menanam

kesedaran tentang pentingnya komponen perancangan dan pemantauan dalam

menjayakan sesuatu inisiatif baru yang ingin dibudayakan dalam kalangan guru.

Page 39: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

39

4.4.3 Aspek Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran Bercirikan KBAT

Jadual 9: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran Bercirikan KBAT

No.

Item

Item Kaji Selidik Tidak

Pernah

Jarang

-jarang

Kerap Sangat

Kerap

Mi

n

Sisihan

Piawai

Tahap

Kekerapan

Berasaska

n Min

9 Saya membimbing

guru saya

mengintegrasi elemen

KBAT dalam bilik

darjah

0.00% 13.70% 69.86

%

16.44% 3.0

3

0.55 Tinggi

10 Sekolah

melaksanakan

pemantauan

pentaksiran terhadap

aspek Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi

(KBAT)

0.00% 16.44% 64.38

%

19.18% 3.0

3

0.60 Tinggi

11 Sekolah

melaksanakan

pemantauan

pentaksiran terhadap

aspek teknik

penyoalan KBAT

0.00% 17.81% 71.23

%

10.96% 2.9

3

0.54 Tinggi

Purata 0.00% 15.98% 68.49

%

15.53% 3.0

0

0.56 Tinggi

Page 40: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

40

Rajah 5: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran Bercirikan KBAT

Analisis maklum balas bagi item-item 9, 10 dan 11 menunjukkan bahawa secara

keseluruhan 84.02 peratus (min=3.0, s.p.=0.56) sekolah responden melaksanakan

pentaksiran berciri KBAT dengan kekerapan yang tinggi selepas menghadiri kursus

IAB. Hal ini menyokong bahawa fokus kursus kepada konsep, perancangan dan

pelaksanaan pentaksiran berciri KBAT dalam bilik darjah memberi kesan yang positif

terhadap responden.

Item 9 dengan peratusan kekerapan 86.03 peratus menunjukkan penglibatan aktif

responden sebagai pemimpin instruksional dalam membimbing guru mengintegrasi

elemen KBAT dalam bilik darjah. Peratus kekerapan pemantauan ke atas

pentaksiran KBAT yang tinggi iaitu 83.03 peratus mempamerkan usaha responden

dalam memastikan PdP serta pentaksiran bercirikan KBAT dilaksanakan.

Salah satu aspek penekanan kursus Pengurusan PBS ialah teknik penyoalan KBAT.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa 82.16 peratus daripada responden kerap

melaksanakan pemantauan pentaksiran terhadap aspek teknik penyoalan KBAT. Hal

ini merupakan satu petanda bahawa kursus IAB mempunyai pengaruh signifikan

terhadap responden dalam memastikan elemen KBAT diterapkan dalam PdP bilik

darjah.

4.4.4 Aspek Pelaksanaan Aktiviti Jaminan Kualiti

Pelaksanaan jaminan kualiti merupakan komponen terpenting dalam pengurusan

PBS. Secara keseluruhan item-item 13 hingga 17 yang menggambarkan

Page 41: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

41

pelaksanaan jaminan kualiti dalam kalangan responden telah menunjukkan purata

kekerapan amalan yang tinggi iaitu 85.48 peratus (min=3.01, s.p.=0.56). Namun

begitu, terdapat perbezaan pendapat yang jelas dalam kalangan responden (s.p.>

0.5) tentang hal ini.

Jadual 10: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Jaminan Kualiti

Ite

m

Item Kaji Selidik Tidak

Perna

h

Jarang-

jarang

Kerap Sangat

Kerap

Min Sisiha

n

Piawai

Tahap

Kekerapa

n

Berasask

an Min

13 Tindakan

penambahbaikkan

dilaksanakan

selepas analisis

rekod pemantauan

pentaksiran

0.00% 17.81% 61.64% 20.55% 3.03 0.62 Tinggi

14 Sekolah melakukan

aktiviti pemantauan

pengoperasian PBS

mengikut panduan

yang ditetapkan

oleh LPM

0.00% 8.22% 76.71% 15.07% 3.07 0.48 Tinggi

15 Sekolah

melakukan aktiviti

pementoran bagi

memastikan guru-

guru mempunyai

pemahaman dalam

pelaksanaan PBS

0.00% 17.81% 69.86% 12.33% 2.95 0.55 Tinggi

16 Sekolah

melakukan aktiviti

penyelarasan

pemeriksaan hasil

kerja murid bagi

menjamin kesahan

dan

0.00% 15.07% 67.12% 17.81% 3.03 0.58 Tinggi

Page 42: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

42

kebolehpercayaan

skor

17 Sekolah

melakukan aktiviti

pengesanan

instrumen

pentaksiran bagi

memastikan item

dibina menepati

prinsip pembinaan

item

1.37% 12.33% 73.97% 12.33% 2.97 0.55 Tinggi

Purata 0.27 14.25 69.86 15.62 3.01 0.56 Tinggi

Rajah 6: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Jaminan Kualiti

Secara terperinci lebih daripada 82.00 peratus responden telah melaporkan

pelaksanaan yang kerap terhadap setiap komponen penjaminan kualiti 4P di sekolah

masing-masing. Item aktiviti pemantauan menunjukkan peratusan kekerapan yang

tertinggi iaitu 91.78 peratus selaras dengan fungsi utama pemimpin instruksional iaitu

memastikan pemantauan yang kerap dan rapi dijalankan agar menepati panduan

dan arahan pentaksiran KPM.

Aspek pengesanan dan penyelarasan juga kerap dijalankan oleh responden iaitu

dengan peratusan kekerapan 86.30 peratus dan 84.93 peratus masing-masing. Hal

Page 43: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

43

ini menunjukkan penekanan responden ke atas kualiti instrumen pentaksiran dan

kaedah permarkahan guru bagi memastikan gred pencapaian murid tidak

dipertikaikan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Pementoran tidaklah

sebegitu kerap dijalankan berbanding dengan aspek-aspek jaminan kualiti yang lain,

namun peratus kekerapan masih pada tahap yang tinggi iaitu, 82.19 peratus.

Secara keseluruhan, dapatan ini menunjukkan bahawa kursus IAB memberi kesan

kepada responden dalam usaha melaksanakan jaminan kualiti yang kerap untuk

mempertingkatkan pengurusan PBS di sekolah.

4.4.5 Aspek Pelaksanaan Aktiviti Penekanan Intergriti

Jadual 11: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Penekanan Intergriti

Item Item Kaji Selidik Tidak

Pernah

Jaran

g-

jarang

Kera

p

Sanga

t

Kerap

Min Sisiha

n

Piawai

Tahap

Kekerapan

Berasaska

n Min

18 Sekolah menekankan

aspek intergriti dalam

pelaksanaan setiap

aktiviti pentaksiran

0.00% 2.74% 68.49% 28.77% 3.26 0.50 Tinggi

Rajah 7: Peratusan Keseluruhan Kekerapan Pelaksanaan Aktiviti Penekanan Intergriti

Page 44: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

44

Hasil analisis item 18, dapat disimpulkan bahawa nilai integriti dalam pentaksiran

amat diberi penekanan dalam kursus IAB dan telah mendapat perhatian responden.

Peratus kekerapan 97.26 peratus menunjukkan pihak sekolah menitik beratkan

aspek intergriti dalam pelaksanaan setiap aktiviti pentaksiran. Komitmen yang sangat

tinggi ini jelas menunjukkan kesungguhan pemimpin sekolah memastikan keyakinan

ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan sentiasa terpelihara.

4.5 Analisis Item Soalan Hujung Terbuka

Kajian keberkesanan Kursus Pengurusan PBS turut mengumpul maklumat mengenai

masalah-masalah utama yang dihadapi oleh responden apabila mereka

melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dalam tempoh 3 bulan selepas

menghadiri kursus di IAB. Masalah-masalah pelaksanaan yang menjadi tumpuan

kajian merangkumi 4 aspek iaitu pengurusan PBS, penjaminan kualiti, pentaksiran

prestasi, pemantauan, dan lain-lain masalah yang dilaporkan oleh responden.

4.5.1 Masalah Pengurusan PBS

Masalah pengurusan PBS yang dihadapi oleh pihak sekolah meliputi sebarang isu,

halangan atau kerumitan yang dihadapi semasa pemimpin sekolah cuba merancang

dan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah seperti yang diwajibkan oleh

KPM serta yang disarankan oleh IAB.

Jadual 12: Masalah Pengurusan PBS

Bil. Masalah Pengurusan

Pelaksanaan PBS

Kekerapan

Masalah

atau Isu

Peratusan

Kekerapan

1. Kekangan Masa 12 20.69%

2. Kompetensi Guru

(Pengetahuan, Kemahiran dan

Sikap)

12

20.69%

3. Arahan Pelaksanaan Kurang

Jelas

9

15.52%

4. Bebanan Kerja Guru 9 15.52%

5. Perekodan Pencapaian Murid 8 13.79%

Page 45: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

45

6. LADAP PBS 3 5.17%

7. Lain-lain 5 8.62%

Jumlah 58 100.00%

68.49 peratus atau 50 responden telah melaporkan bahawa mereka menghadapi

masalah dalam pengurusan PBS di sekolah masing-masing selepas tempoh 3 bulan

menghadiri kursus. Sejumlah 58 masalah atau isu telah dilaporkan yang meliputi 6

tema utama seperti dipaparkan dalam jadual 12 di atas.

Masalah utama berkaitan dengan pelaksanaan pengurusan PBS berpunca daripada

kekangan masa dalam kalangan guru iaitu sebanyak 20.69 peratus. Misalnya,

responden R15 telah menyatakan dengan jelas bahawa, "Kekangan masa untuk

menjelaskan serta memantau perjalanan dan pelaksanaan PBS”. Responden R47

turut menyokong responden R15 mengenai masalah kekangan masa tetapi lebih

tertumpu kepada aktiviti perekodan markah, “Pengurusan Masa: Disamping arahan

profesional untuk menyiapkan tugas-tugas lain khususnya mentaksir pelbagai aspek

murid (kokurikulum, sahsiah dan kurikulum), guru-guru juga perlu mematuhi tarikh-

tarikh yang dijadualkan untuk mengisi markah murid seperti mana ditetapkan dalam

jadual."

Responden R22 pula melaporkan masalah kekangan masa melaksanakan

pengurusan PBS akibat aktiviti yang diarahkan oleh PPD dan JPN yang padat:

“Kekangan masa dengan program dan aktiviti yang padat serta tugasan sampingan

guru-guru yang ditambah oleh pihak PPD dan JPN yang mana sekolah terpaksa

dilaksanakan.”

Masalah kedua dalam pengurusan PBS adalah berkaitan dengan kompetensi guru.

Masalah ini turut mencatatkan peratusan yang sama iaitu 20.69%. Responden R46

telah menyatakan tentang isu keyakinan guru, "Walaupun guru-guru telah mengikuti

kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam mentaksir murid. Kekurangan

pengetahuan, kemahiran dan sumber material menambahkan lagi ketidakyakinan

mereka dalam pentaksiran. Perkara ini telah disokong oleh responden R52 yang

menyatakan bahawa, “Selama ini wakil sekolah akan dihantar untuk mendapatkan

ilmu tersebut dan akan menyampaikan semula kepada guru-guru sama ada secara

formal atau tidak formal. Kesannya, maklumat yang disampai mungkin bukan

Page 46: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

46

sepenuhnya atau mungkin berlaku kesilapan penyampaian maklumat maka guru

kurang yakin melaksanakan PBS disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran".

Masalah ketiga dengan peratusan 15.52 peratus disebabkan oleh arahan

pelaksanaan yang kurang jelas daripada JPN dan PPD. Responden R23 telah

mencatatkan, “Guru-guru agak terkeliru dalam pelaksanaan PBS”. Responden R42

turut menyatakan pandangan yang sama, “Kecelaruan dan pertindihan kehendak

pihak yang lebih tinggi dalam akademik dan pentaksiran”. Responden R21 pula

mengadu tentang prosedur pelaksanaan yang lambat dikeluarkan, “Masih tidak

mendapat apa-apa maklumat terkini daripada pihak atasan. Sekolah hanya

menyediakan apa-apa laporan mengikut kefahaman pihak sekolah. Tiada panduan

khusus diberikan untuk persediaan murid tahun 6 bagi tahun ini”.

Masalah yang turut mendapat perhatian ialah bebanan kerja guru dan pentadbir.

Sebanyak 15.52 peratus atau sembilan masalah pelaksanaan dilaporkan untuk

kategori ini. Contoh masalah ialah seperti yang dikemukakan oleh responden R32,

“Tidak dapat menjalankan pemantauan setiap masa ke atas guru-guru yang

menjalankan PBS kerana pentadbir perlu melaksanakan tugasan PdP dan urusan

pejabat.”. Responden R29 turut melaporkan masalah yang hampir sama, “terdapat

masalah dalam memastikan guru-guru dapat melengkapkan dan mengumpul

perekodan dalam jangkamasa yang ditetapkan akibat dari kekangan beban kerja

yang perlu dipenuhi oleh guru dalam PdP bentuk abad ke 21.”

Masalah beban kerja menjadi lebih ketara bagi sekolah kurang murid seperti yang

dinyatakan oleh R70, “Bagi sekolah yang kecil seseorang guru memegang banyak

jawatan dan mengajar banyak subjek. Ini menyebabkan pelaksanaan PBS kurang

berkesan” .

Masalah seterusnya yang dicatatkan dengan peratusan 12.07% ialah perekodan

gred pencapaian murid. Masalah ini telah dinyatakan oleh Responden R26, “Guru

menjalankan semasa PdP tetapi tidak merekodkan PBS secara lisan atau

pemerhatian.” Responden R40 telah mempersoalkan berkaitan dengan format

perekodan dan Responden R61 telah mengutarakan penggunaan teknologi dalam

perekodan, “Pengurusan penyimpanan data PBS iaitu perlu penyediaan komputer

khas /berpusat agar mudah diakses oleh semua guru.”

Page 47: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

47

Masalah yang turut mendapat perhatian ialah mengenai pengendalian latihan dalam

perkhidmatan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam PBS iaitu sebanyak 12.07

peratus daripada jumlah masalah yang dicatatkan. Responden R28 menyatakan,

“Penglibatan dan komitmen semua guru dalam menghadiri mesyuarat dan LDP

sangat diperlukan.”

Masalah lain yang turut dicatatkan adalah berkaitan dengan peruntukan kewangan

yang tidak mencukupi, sikap murid yang tidak mengambil berat tentang pentaksiran

yang dijalankan dalam bilik darjah, serta tempat atau ruang sekolah yang terhad

untuk aktiviti PBS.

4.5.2 Masalah Pelaksanaan Integriti dan Jaminan Kualiti

Jaminan kualiti dalam PBS merujuk kepada proses terancang dan sistematik

(pendekatan, program, kaedah) yang perlu dilaksanakan untuk memastikan

keyakinan yang mencukupi bahawa pentaksiran yang dijalankan memenuhi kualiti

dan piawai yang ditetapkan oleh KPM. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS

dilakukan melalui pemantauan, pementoran, pengesanan dan penyelerasan.

Objektif utama penjaminan kualiti ialah untuk memastikan skor PBS yang diperolehi

oleh setiap murid adalah sah dan mempunyai kebolehkepercayaan yang tinggi dan

boleh diharapkan. Berikut ialah tema-tema masalah yang telah dicatatkan oleh 53.42

peratus atau 39 daripada 73 responden mengikut kekerapan apabila jaminan kualiti

dilaksanakan di sekolah-sekolah responden.

Jadual 13: Masalah Pelaksanaan Jaminan Kualiti PBS

Peratusan Kekerapan Masalah Pelaksanaan Jaminan Kualiti PBS Bil.

48.28% 14 Kompetensi Guru 1.

13.79% 4 Pengrekodkan eviden dan pencapaian

murid

2.

10.34% 3 Pemantuan pelaksanaan 3.

10.34% 3 Kualiti Instrumen 4.

6.90% 2 Kekangan Masa 5.

10.34% 3 Lain-lain 6.

100% 29 Jumlah

Page 48: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

48

Masalah yang paling kerap yang dihadapi oleh responden semasa melaksanakan

penjaminan kualiti ialah kompetensi guru yang tidak mencapai ekspetasi pemimpin

sekolah iaitu 48.28 peratus daripada jumlah masalah yang telah dinyatakan.

Contohnya, Responden R18 memberitahu, “Guru tidak didedahkan secara

maksimum tentang kualiti dan kebanyakannya kurang faham”. Responden R28 pula

mengatakan bahawa, “Masih terdapat segelintir guru yang belum memahami

sepenuhnya tentang penjaminan kualiti (4P) terutama guru-guru baharu yang

mendapat posting. Guru-Guru masih perlu dibimbing untuk mengisi borang-borang

berkaitan 4P Penjaminan Kualiti." Sebaliknya responden R33 dan R47 melaporkan

masalah kompetensi berkaitan guru baharu. Misalnya responden R47 mengatakan:

“Pertukaran guru-guru merupakan salah satu cabaran besar untuk guru baharu

dalam penjaminan kualiti PBS di sekolah”.

Masalah pelaksanaan jaminan kualiti yang kedua paling kerap dihadapi iaitu 13.79%

ialah mengenai perekodan dan menyimpan evidens pentaksiran murid. Responden

R18 telah mengadu bahawa setengah masalah yang dihadapi ialah berkaitan

dengan penyimpanan gred pencapaian murid secara offline seperti berikut, ”Bila

dibuat offline terdapat guru yang lambat mengisinya dan tidak selaras antara kelas

apabila ada guru yang cuti bersalin dan diganti dengan guru relief”. Responden R36

membertitahu bahawa, “Eviden murid yang dibuat perlulah disimpan secara

sistematik.” dan responden R30 pula mencatatkan masalah pengurusan dokumen

secara offline seperti berikut, ”Dokumen tidak lengkap.”

Pelaksanaan penjaminan kualiti ialah pemantauan pelaksanan mengikut prosedur

yang ditetapkan, serta kualiti instrumen pentaksiran telah mencatatkan peratusan

kekerapan yang sama, (10.34 peratus). Misalnya responden R43 menyatakan,

"Pemantauan yang masih belum mantap, hanya melalui post mortem peperiksaan

dua kali setahun." Bagi kualiti instrumen pula, terdapat responden yang tidak puas

hati dengan soalan pentaksiran yang dibina oleh guru. Misalnya, responden R64

telah memberitahu bahawa, “Penjaminan kualiti, soalan belum mencapai tahap yang

diingini”. Responden R60 juga menyokong pandangan R64 dengan kenyataan

seperti berikut, “Soalan yang disediakan tidak mengikut JSU.”

Masalah-masalah lain yang dihadapi oleh responden berkaitan dengan pelaksanaan

jaminan kualiti adalah seperti masalah kekangan masa, integeriti guru dan arahan

pelaksanaan yang kurang jelas.

Page 49: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

49

4.5.3 Masalah Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi

Pentaksiran prestasi atau juga dikenali sebagai pentaksiran autentik merupakan satu

pendekatan pentaksiran yang mengutamakan keupayaan murid dalam melakukan

sesuatu tugasan atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan

sesuatu yang baharu dan kreatif. Pentaksiran prestasi disyorkan kepada kepada

peserta kursus kerana pendekatan ini mempunyai kelebihan jelas khususnya dalam

mentaksir prestasi dan kemajuan murid secara holistik. Pentaksiran prestasi juga

amat sesuai mentaksir kemahiran berfikir bertahap tinggi yang lazim terangkum

dalam aktiviti-aktiviti PdP seperti pembelajaran berasaskan projek.

Terdapat 45.21 peratus atau 33 daripada 73 responden telah memberi maklum balas

mengenai masalah yang mereka hadapi semasa memperkenalkan atau

melaksanakan pentaksiran prestasi di sekolah masing-masing.

Jadual 14: Masalah Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi

Peratusan Kekerapan Masalah Pelaksanaan Pentaksiran

Prestasi

Bil.

39.29% 11 Kompetensi Guru 1.

25.00% 7 Kekangangan Masa 2.

17.86% 5 Perekod dan Eviden Pentaksiran 3.

14.29% 4 Masalah murid 4.

3.57% 1 Masalah penyelarasan 6.

100% 28 Jumlah

Dua masalah utama yang dialami oleh responden ialah mengenai kompetensi guru

dalam merancang dan melaksanakan pentaksiran prestasi dalam kelas (32.14

peratus) dan kekangan masa (25.00%). Kedua-dua isu ini sahaja telah merangkumi

lebih daripada 50 peratus masalah yang telah diutarakan oleh responden semasa

melaksanakan pentaksiran prestasi dalam bilik darjah.

Responden R13 dan R44 telah memaklumkan bahawa guru kurang kompeten dalam

menghasilkan rubik pentaksiran. Kenyataan ini dapat dijelaskan oleh responden R13

seperti berikut, “Guru masih belum mahir dalam membina rubrik untuk pentaksiran

Page 50: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

50

prestasi.” Pandangan Responden R61 juga menyokong kenyataan responden R13,

”Kurang pemahaman konsep dan pelaksanaan pentaksiran prestasi.”

Mengenai isu kekangan masa, responden R47 telah memberitahu bahawa, "Atas

sebab kekangan masa, kadangkala pentaksiran prestasi boleh menghadapi isu

kelemahan dalam pentaksiran." Masalah serupa turut dinyatakan oleh responden

R21, “Kekangan masa dan kurang mendapat kerjasama daripada guru.”

Masalah mengurus dan merekod evidens pentaksiran serta masalah berkait rapat

dengan sikap murid menduduki dua tempat berikutnya mengikut kekerapan. Hanya

satu masalah berkaitan dengan penyelarasan, iaitu usaha memastikan keseragaman

pemberian skor berdasarkan standard prestasi telah dilaporkan.

4.5.4 Masalah Pemantauan Pelaksanaan PBS

Pemantauan pelaksanaan PBS oleh pemimpin sekolah adalah untuk memastikan

pentaksiran berasakan sekolah dijalankan mengikut prosedur seperti yang disyorkan

oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Aktiviti pemantauan yang kerap amat

kritikal untuk menjaminkan proses pentaksiran berintegriti dan sentiasa mendapat

kepercayaan ibu bapa dan pihak berkepentingan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 53.42 peratus daripada jumlah

responden telah berdepan dengan masalah apabila mereka membuat pemantauan

ke atas pelaksanaan PBS.

Jadual 15: Masalah Pemantauan Pelaksanaan PBS

Peratusan Kekerapan Masalah Pemantauan

Pelaksanaan PBS

Bil.

45.83% 11 Kekangangan Masa 1.

25.00% 6 Sistem Pemantauan PBS 2.

25.00% 6 Kompetensi Guru 3.

4.17% 1 Kekangangan sumber 4.

100% 24 Jumlah

Page 51: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

51

Masalah dengan kekerapan tertinggi yang dihadapi oleh responden semasa

menjalankan pemantauan pelaksanaan PBS di sekolah ialah kekangan masa (45.83

peratus). Responden R2, R3, R6, R49, R60, R62, R66 dan R64, semuanya

berpendapat bahawa halangan dalam pelaksanaan pemantauan pelaksanaan PBS

ialah kekangan masa. Misalnya R6 memberitahu, “Kekangan masa dalam aspek

pemantauan memberi kesan kepada kekerapan pemantauan yang telah ditetapkan.”

Walhal, dua masalah berikutnya berkongsi kekerapan yang sama (25.00 peratus)

adalah mengenai pemantauan PBS dan kompetensi guru. Sebagai contoh,

responden R11 menyatakan bahawa, “Pengagihan tugas dan pemantauan perlu ada

satu yang kaedah menyenangkan.” dan responden R54 juga memberitahu

menghadapi mengalami masalah yang hampir sama, “Sistem pemantauan yang

berbeza-beza mengikut mata pelajaran boleh mengakibatkan kekeliruan dalam

kalangan guru-guru.” Selain itu, terdapat juga satu masalah yang berkaitan dengan

kekangan sumber (4.17 peratus) direkodkan.

4.5.5 Masalah Lain-Lain

Hanya 20.55% (15 orang) daripada jumlah responden yang memberi maklum balas.

Sungguhpun demikian, kebanyakan masalah yang dimaklumkan adalah isu-isu yang

pernah disentuh dalam bahagian-bahagian terdahulu ini.

Jadual 16: Masalah lain-lain

Peratusan Kekerapan Masalah lain-lain Bil.

61.54% 7 Sikap guru 1.

7.69% 1 Arahan yang tidak jelas 2.

7.69% 1 Sokongan dan bantuan yang sesuai 3.

7.69% 1 Kekangan masa 4.

7.69% 1 Masalah ibu bapa 5.

7.69% 1 Masalah sistem 6.

100% 13 Jumlah

Masalah utama yang agak berbeza daripada yang telah dinyatakan sebelum ini ialah

mengenai sikap guru. Terdapat 61.54 peratus (tujuh catatan) daripada kesemua

masalah yang dinyatakan memperihalkan isu ini. Misalnya, responden R9 dan R18

Page 52: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

52

menyatakan tentang sikap guru yang kurang positif dan guru sentiasa perlu diingat

dan dipantau agar PBS dilaksanakan.

Responden R18 turut memberitahu bahawa, "guru-guru diingatkan dari semasa ke

semasa dan guru juga dipantau tentang perjalanan PBS melalui pemeriksaan buku

rekod mengajar dari semasa ke semasa". Responden R57 dan R65 pula

menyatakan bahawa terdapat guru yang gagal atau lewat menghantar markah PBS.

Walhal responden R12 memaklumkan bahawa wujudnya sikap guru yang negatif

terhadap PBS, "Untuk direnung: Majoriti guru berpendapat sejak PBS dimulakan

pada 2012, penguasai ilmu pelajar dalam pelbagai mata pelajaran semakin merosot

atau kurang. Hasil PBS tahun 2012 dan 2013 adalah pelajar tingkatan 4 dan 5 yang

kini mempunyai sikap kurang menitik beratkan pembelajaran. Kurang membuat

bacaan."

Hanya terdapat satu rekod masalah yang berpunca daripada ibu bapa (responden

R66) yang menyentuh tentang penerimaan PBS oleh ibu bapa tanpa penjelasan

yang lebih lanjut. Masalah mengenai sokongan dan bantuan yang sesuai yang

dikemukakan oleh responden R27 lebih merupakan cadangan iaitu, “Perlu terdapat

seorang pembantu guru di setiap kelas bagi melicinkan kerja-kerja sampingan yang

terpaksa dilakukan oleh guru sebelum ini.” Akhirnya, sekali responden R33 yang

menyentuh sikap terlalu memberatkan keputusan peperiksaan mempunyai pengaruh

ke atas pelaksanaan PBS di sekolah, ”Penekanan dalam keputusan peperiksaan

masih sangat dipentingkan dalam UPSR.”

4.5.6 Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Kursus Pengurusan PBS.

Salah satu tujuan utama kajian ialah mendapatkan pandangan dan cadangan

penambahbaikan daripada peserta-peserta kursus selepas mereka berpeluang

mempraktik atau mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari

semasa latihan. Sebanyak 57.53 peratus (42 responden) telah memberi cadangan

penambahbaikan dalam pengurusan PBS.

Jadual 17: Cadangan Penambahbaikan

Peratusan Kekerapa

n

Cadangan Penambahbaikan Bil.

47.50% 19 Kursus perlu diperluaskan kepada guru dan 1.

Page 53: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

53

guru penolong kanan

27.50% 11 Menangani isu pelaksanaan PBS di sekolah

masing-masing

2.

5.00% 2 Bahan edaran kursus untuk peserta 3.

5.00% 2 Kandungan kursus mengenai Jaminan

Kualiti Pengurusan PBS

4.

5.00% 2 Kaedah amali perekodan pencapaian murid 5.

5.00% 2 Tambahan aktiviti penandaarasan 6.

5.00% 2 Mengurangkan keliluran mengenai

pelaksanaan PBS

7.

100% 40 Jumlah

Cadangan penambahbaikan yang mendapatkan kekerapan tertinggi ialah

memperluas kursus Pengurusan PBS kepada penolong kanan dan guru. Terdapat

hampir 47.50 peratus (19 cadangan) sedemikian daripada responden. Misalnya,

responden R57 menyatakan, “Kursus ini perlu diberi kepada penolong kanan dan

ketua bidang supaya pengetahuan yang mereka dapat boleh digunakan untuk

membantu mengurus pelaksanaan PBS dengan lebih berkesan”. Cadangan ini turut

disokong oleh responden R4, “.......lebih baik jika penolong kanan pentadbiran turut

diberi pendedahan secara hands-on untuk pentadbir boleh berbincang dari semasa

ke semasa.” Responden R18, pula memberitahu “.....dicadang kursus diberi kepada

semua ketua panitia supaya boleh membantu memantau perjalanan PBS. Selain

daripada responden-responden di atas, masih terdapat lima lagi responden turut

menyokong cadangan ini supaya penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia

diberi peluang menghadiri kursus pengurusan PBS di IAB. Selain dari itu, 6

responden yang memohon agar guru-guru turut diberi peluang mengikuti kursus ini.

Misalnya responden R43 menyatakan, “Kursus kepada guru-guru hendaklah

diberikan sekerap mungkin untuk mendapat kefahaman yang mendalam tentang

pelaksanaan PBS”. Seruan ini turut dibuat oleh responden R44, “Sentiasa menyebar

luas pengurusan PBS kepada semua guru.”

Cadangan kedua paling popular dengan 27.05 peratus (11 responden) ialah

mengenai isi kandungan kursus yang perlu lebih menjurus kepada pelaksanaan PBS

di sekolah. Misalnya responden R15 memberitahu, “Perlu ada satu penandaaras

yang tepat bagaimana PBS dilaksanakan. Setakat ini guru keliru bagaimana cara

Page 54: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

54

PBS dilaksanakan dengan betul. Pentadbir perlu didedahkan dengan tepat tentang

pelaksanan PBS”. Perkara yang sama turut dicadangkan oleh responden R21,

“Sekolah diberi panduan yang khusus dan terkini tentang pengurusan dan prosedur

yang sebenarnya PBS. Pelaksanaan berjalan mengikut ketetapan sekolah”.

Seterusnya, responden R27 pula mengesyorkan: “Kursus PBS perlu dilaksanakan

secara hands-on bagi tujuan pemahaman.”

Selain dari itu, cadangan penambahbaikan berikutnya mendapat perhatian peserta

iaitu ;

i. Bahan edaran kursus yang disediakan kepada peserta ;

ii. Memberi penekanan kepada kandungan kursus mengenai kaedah

mempertingkatkan aspek jaminan kualiti dalam pengurusan PBS ;

iii. Mengadakan aktiviti amali cara merekod dan menyimpan gred pencapaian

murid ;

iv. Mengadakan penandaarasan ke sekolah contoh dalam pengurusan PBS

sebagai satu aktiviti kursus ; dan

v. Memperkenalkan kaedah mengurangkan keliruan mengenai pengoperasian

peraturan dan panduan pelaksanaan PBS di sekolah.

4.6 Rumusan

Secara keseluruhan, hasil maklum balas sesi latihan (BK09) dari responden kursus

Pengurusan Berasaskan Sekolah didapati peratus dan skor min pencapaian berada

pada tahap sangat tinggi (melebihi 95%). Peserta berpendapat kesemua tujuh aspek

latihan iaitu pencapaian objektif latihan, kadungan latihan yang disampaikan mudah

difahami, kesesuaian kandungan latihan dengan keperluan tugas, sesi latihan

membantu dalam menjalankan tugas, kaedah sesi latihan merancang pembelajaran

aktif, penggunaan masa sesi latihan berkesan dan jawapan yang memuaskan

kepada soalan peserta berada pada tahap tinggi dan sangat tinggi.

Namun demikian, mereka menjelaskan masih menghadapi beberapa masalah

semasa merangcang dan melaksana PBS di sekolah. Masalah yang sering mereka

hadapi dari segi kekangan masa dalam melaksanakan pengurusan PBS di sekolah,

isu kompetensi guru, dan kurang pemahaman tugas sebenar penyelaras PBS.

Mereka juga memberi beberapa cadangan penambahbaikan kursus pengurusan

PBS seperti memberi penekanan kepada pendidikan abad ke-21, cabaran

Page 55: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

55

pengurusan PBS di sekolah dan cara penyelesaian, penekanan kepada jaminan

kualiti.

Hasil dapatan kajian ini adalah diharapkan akan membantu pihak IAB untuk

membuat penambahbaikan supaya kursus ini menjadi lebih relevan kepada pemipin-

pemimpin sekolah yang bakal menghadiri kursus pengurusan PBS pada masa akan

datang.

5. Perbincangan, Implikasi dan Cadangan

5.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan hasil dapatan, kaitan dengan objektif kajian, soalan kajian

dan keselarasan serta perbezaan dengan kajian-kaijan lepas. Perbincangan dalam

bab ini juga akan membincangkan tentang implikasi kajian dan mengemukakan

cadangan-cadangan penambahbaikan bagi pelaksanaan kursus PBS pada masa

hadapan.

5.2 Tahap Reaksi Peserta Terhadap Keberkesanan Kursus Pengurusan PBS

Sejurus Selepas Menghadiri Kursus.

Secara keseluruhan , reaksi peserta terhadap kursus Pengurusan PBS adalah pada

tahap sangat tinggi melebihi 95 peratus. Dapatan ini menunjukkan peserta kursus

sangat berpuas hati dengan kandungan sesi latihan yang diberikan.

5.3 Tahap Pelaksanaan PBS di Sekolah Selepas Menghadiri Kursus

Pengurusan PBS

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan PBS di

sekolah berada pada tahap kekerapan yang tinggi. Keadaan ini memberi gambaran

bahawa pemimpin sekolah telah mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang diperoleh daripada kursus PBS. Penilaian terhadap pelaksanaan PBS

merangkumi beberapa aspek termasuklah pelaksanaan aktiviti pengurusan PBS,

pentaksiran prestasi, aktiviti pentaksiran bercirikan KBAT dan jaminan kualiti.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kursus telah memberi penekanan

kepada pengurusan PBS di sekolah bagi memastikan berlakunya pentaksiran

pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, pelaksanaan aktiviti LADAP di sekolah

Page 56: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

56

sewajarnya dipertingkatkan agar dapat meningkatkan kompetensi guru bagi

menguruskan PBS dengan lebih cekap dan berkesan. Hal ini menyokong hasrat

KPM untuk mengubah persepsi guru bahawa tujuan pentaksiran bukan hanya untuk

menilai pencapaian murid tetapi lebih ke arah menyokong dan membuat

penambahbaikan ke atas PdP dalam bilik darjah supaya lebih berkesan.

Walaupun aspek pentaksiran prestasi baharu diperkenalkan kepada peserta atas

cadangan pihak LPM, namun dapatan menunjukkan pelaksanaan pentaksiran

prestasi di sekolah pada tahap kekerapan yang tinggi. Hal ini menunjukkan kursus

Pengurusan PBS telah memberi impak yang baik kepada peserta kursus.

Walaubagaimanapun rubrik pemarkahan tidak dilaksanakan sepenuhnya dalam

pentaksiran prestasi. Hal ini diperoleh daripada dapatan yang menunjukkan bahawa

penghasilan rubrik pemarkahan secara bersama semasa mesyuarat panitia mata

pelajaran masih tidak begitu kerap dilaksanakan. Dapatan tersebut juga

menunjukkan bahawa pemimpin sekolah masih kurang mementingkan pembinaan

rubrik dalam pentaksiran prestasi.

Secara keseluruhan, dapatan juga menunjukkan bahawa kursus IAB memberi kesan

kepada pemimpin sekolah dalam usaha melaksanakan jaminan kualiti yang kerap

untuk mempertingkatkan pengurusan PBS di sekolah. Pemimpin sekolah juga

memberi penekanan kepada aspek jaminan kualiti dalam urusan yang berkaitan

dengan aktviti pentaksiran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini juga

menunjukkan bahawa kursus IAB telah berjaya menanam kesedaran tentang

pentingnya komponen 4P iaitu pementoran, pemantauan, penyelarasan dan

pengesanan dalam kalangan pemimpin sekolah.

5.4 Cadangan Peserta Terhadap Aspek yang Perlu Ditambah Baik dalam

Sesi Latihan

5.4.1 Penggunaan Masa

Peserta amat menekankan aspek penggunaan masa semasa sesi latihan

dilaksanakan. Hal ini menunjukkan bahawa peruntukan masa bagi setiap slot

kandungan latihan perlu ditambah agar sesi perkongsian pengalaman, kemahiran

dan ilmu yang diterima lebih jelas dan berkesan. Selain itu, pertambahan masa untuk

Page 57: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

57

sesi latihan juga perlu supaya aktiviti pembentangan dan perbincangan lebih

berkesan.

5.4.2 Kaedah Penyampaian Pensyarah

Cadangan-cadangan yang diberikan oleh peserta berkaitan dengan kaedah

penyampaian ialah sesi perbincangan kumpulan perlu lebih aktif, terbuka dan perlu

dikawal agar tidak terpesong daripada tajuk perbincangan dan aktiviti yang

bersesuaian dengan peringkat usia serta mempelbagaikan kaedah penyampaian

pensyarah. Hal ini bererti peserta memerlukan kaedah penyampaian pelbagai yang

bertujuan untuk merangsang penglibatan mereka semasa kursus PBS dijalankan.

Kebijaksanaan pensyarah untuk mengendalikan sesi bengkel juga diperlukan agar,

kursus PBS mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu, konsep pembelajaran orang dewasa perlu diberi penekanan,

memandangkan peserta kursus terdiri daripada golongan orang dewasa. Kenyataan

ini selaras dengan Teori Pembelajaran Transformatif oleh Mezirow (1990)

menyatakan ciri pembelajaran orang dewasa yang unik dan menonjol bukanlah

sekadar menambah apa yang mereka telah tahu, tetapi pembelajaran baru itu

merubah pengetahuan sedia ada kepada perspektif baru dan membawa kepada

peningkatan profesionalisme individu tersebut.

5.4.3 Pengisian Kandungan Latihan

Berdasarkan cadangan yang diberi, antara slot kandungan yang perlu diberi lebih

penekanan ialah aspek jaminan kualiti dan integriti dengan menunjukkan langkah-

langkah komprehensif untuk melaksanakan 4P di sekolah. Selain itu, peserta juga

mencadangkan agar diberi penekanan kepada pembelajaran abad ke-21, bengkel

pembinaan soalan berbentuk KBAT dan lebih banyak masa diperuntukkan untuk

pembinaan item rubrik. Peserta juga menyatakan bahawa perbincangan tentang JSU

juga perlu dimasukkan dalam slot kandungan latihan.

Selain itu, perbincangan perlu berfokus kepada aspek yang berkaitan isu-isu atau

cabaran pengurusan PBS di sekolah dan cara penyelesaiannya serta peranan

pemimpin sekolah.

Page 58: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

58

5.4.4 Bahan Sokongan

Peserta mencadangkan penambahbaikan dalam penggunaan LCD dan bahan-bahan

pengajaran yang digunakan boleh dikongsikan dalam bentuk softcopy. Hal ini

menunjukkan bahan sokongan dapat membantu untuk melancarkan perjalanan

kursus PBS. Justeru, pelaksanaan kursus PBS sewajarnya dilengkapi dengan

pelbagai kemudahan bahan sokongan agar kursus PBS dapat dilaksanakan dengan

lebih cekap dan berkesan.

5.5 Masalah Yang Dihadapi oleh Pemimpin Sekolah dalam Pelaksanaan

PBS

Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh

pemimpin sekolah yang berkaitan aspek pengurusan pelaksanaan PBS, intergriti dan

penjaminan kualiti, pentaksiran prestasi, pemantauan pelaksanaan PBS dan

masalah-masalah lain yang berkaitan dengan pengurusan PBS di sekolah. Oleh

yang demikian penambahbaikan dalam kursus PBS perlu dilaksanakan khususnya

untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin sekolah untuk

melaksanakan pengurusan PBS. Sehubungan itu, pemimpin sekolah sewajarnya

diberi bimbingan agar mereka dapat melaksanakan pengurusan PBS dengan

berkesan dan menepati standard yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga

Peperiksaan. Penyataan ini selaras dengan Lembaga peperiksaan (2014)

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan pihak sekolah telah diberi

kefahaman yang jelas berkaitan prosedur jaminan kualiti bagi memastikan

pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan.

5.6 Cadangan Penambahbaikan bagi Kursus Pengurusan PBS

Berdasarkan hasil dapatan kajian, penambahbaikan kursus pengurusan PBS perlu

dilaksanakan adalah seperti berikut:

i) Kursus Pengurusan PBS diperluaskan kepada guru dan penolong

kanan;

ii) Bahan edaran kursus disediakan kepada peserta dalam bentuk soft

copy;

iii) Penekanan kepada kandungan kursus mengenai kaedah

mempertingkatkan aspek jaminan kualiti dalam pengurusan PBS;

iv) Aktiviti amali cara merekod dan menyimpan gred pencapaian murid;

Page 59: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

59

v) Program penandaarasan amalan terbaik pengurusan PBS;

vi) Panduan pengoperasian pelaksanaan PBS di sekolah.

5.7 Implikasi Kajian

Dapatan kajian ini dapat memberi maklumat dan membantu pihak Jabatan Penilaian

Pendidikan (JPP) untuk membangunkan modul latihan yang sejajar dengan

keupayaan dan keperluan peserta yang sebenar. Justeru, untuk tujuan

penambahbaikan, JPP perlu mengkaji semula aspek yang perlu ditambahbaik dalam

sesi latihan. Contohnya mempelbagaikan kaedah penyampaian agar menjadikan

sesi latihan lebih menarik dan memberi makna kepada peserta. Hal ini adalah

disebabkan majoriti peserta kursus adalah terdiri daripada golongan dewasa.

Berdasarkan kepada masalah-masalah yang diutarakan oleh pemimpin sekolah,

mereka wajar diberi bimbingan dan secara tidak langsung membantu guru untuk

melaksanakan PBS di sekolah dengan cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu JPP

perlu melaksanakan Follow up Follow through untuk membimbing pemimpin sekolah.

Bimbingan ini perlu menjurus kepada aspek pengurusan PBS, intergriti dan

penjaminan kualiti, dan pemantauan PBS. Sehubungan itu, terdapat banyak kajian

yang telah dilakukan oleh para pengkaji mendapati bawa pementoran ini memberi

impak yang positif kepada mentee (seperti contoh bidang kerjaya dan psikososial)

dan organisasi (Ghosh dan Jr, 2013; Rollins et. al. , 2014).

Salah satu alternatif untuk memperkasa kursus Pengurusan PBS adalah dengan

membangunkan modul kursus prerequisite secara dalam talian dan bersemuka.

Kaedah ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos tetapi juga meningkatkan masa

perbengkelan menjurus ke arah kemahiran aplikasi. Selain itu, kursus dalam talian

akan membantu dari aspek kesediaan peserta sebelum menghadiri kursus secara

bersemuka.

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian keberkesanan pengurusan PBS hanya meliputi beberapa negeri sahaja. Oleh

yang demikian, kajian ini perlu diperluas kepada semua negeri di Malaysia agar

keputusan kajian dapat digeneralisasikan kepada seluruh Malaysia dan sejajar

dengan kepentingan pengurusan PBS pada masa kini.

Page 60: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

60

Kaedah pengumpulan data kualitatif boleh dikumpul menerusi pelbagai teknik seperti

temu bual dan pemerhatian atau kumpulan fokus supaya dapat mengesahkan

dapatan yang diperoleh daripada kajian kualitatif. Melalui kaedah temu bual dengan

responden, membolehkan pengkaji mendapat maklumat yang mendalam untuk

tujuan mengesahkan rumusan yang dibuat dalam kajian.

5.9 Penutup

Secara keseluruhannya, kajian ini menilai keberkesanan kursus pengurusan PBS

dan hasil dapatan diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan kursus pengurusan

PBS pada masa akan datang. Pelaksanaan kursus Pengurusan PBS yang mantap

akan dapat membantu pemimpin sekolah untuk meningkatkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai profesional mereka untuk menjalankan tugas harian di sekolah.

Selain itu, kajian ini juga dapat memberi maklumat yang kukuh untuk peningkatan

kompetensi pensyarah khususnya dalam kaedah penyampaian semasa sesi latihan

dijalankan dan membantu JPP untuk penambahbaikan dalam pengisian kandungan

kursus pengurusan PBS.

Rujukan

Abdul Ghani Ishak. 1993. Kepemimpinan pengetua sekolah menengah agama di negeri

Selangor dan kaitannya dengan kepuasan kerja di kalangan guru. Tesis Sarjana

Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alas, R. (2008). The Impact of Work-Related Values on the Readiness to Change in

Estornian Organization. Journal of Bussiness Ethics.

Airasian, P.W. (2000). Assessment in the Classroom: A Concise Approach (2nd ed.). Boston:

McGraw-Hill.

Azahari, J. (2002). Persepsi guru Terhadap Peranan Pengetua Sebagai Agen Perubahan:

Satu Kajian di sebuah sekolah di Jasin Melaka. Laporan Penyelidikan Sarjana,

Universiti Malaya.

Black, P. J & William, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment in

Education. Principles, Policy and Practice.

Page 61: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

61

Chan Yuen Fook (2003). Pendekatan Penilaian: Satu Tinjauan dari Aspek Kesesuaiannya

dalam Penilaian Program Latihan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

Jld.13, bil., Jun.

Chan Yuen Fook & Sathiamoorthy, K. (2003). Cabaran dan Keperluan Latihan Pengetua

Kanan dalam Alaf Baru. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memperkasakan

Sistem Pendidikan Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

Johor Bahru, 19 hingga 21 Oktober.

Deal, T., & Peterson, K. (2000). The Leadership Paradox: Balancing Logic and Artistry in

Schools. San Francisco: Jossey-Bass.

Fullan, M. (1991). The New Meaning of Educational Change. 2nd Edition. New York:

Teachers College Press.

Green, R. L & Cypress, S. L (2009). Instructional Leadership: A Moel of Change in Alternative

Middle Schools. Middle Grades research Journal. 2009.

Ghosh R, TGR Jr (2013) Career Benefit Associated with Mentoring for Mentors: A

Meta-Analysis.Journal of Vocational Behavior 83,106-116.

H. Mintzberg, (1973). The Nature of Managerial Work. New York: Harper & Row.

Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Edisi kedua. Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamil bin Adimin, (2011). Guru besar sebagai Pengurus dan Pemimpin Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah. Prosiding Kolokium Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah . Unit Penerbitan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands,

Pahang, 2012.

Kamaruzaman Moidunny, (2013) . Penilaian Program : Tinjauan terhadap konsep dan

model-model berkaitan. Artikel:

http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2013/01/artikel-14-penilaian-program-

tinjauan.html

Kamus Dewan edisi ke Empat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kirkpatrikck (1994) dalam Kamaruzaman Moidunny, (2013) , Penilaian Program : Tinjauan

terhadap Konsep dan Model-Model Berkaitan. Artikel:

Page 62: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

62

http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2013/01/artikel-14-penilaian-program-

tinjauan.html

Kreitner.R.& Cassidy. C. (2012). Management (12th ed.). https://books.google.com.my

(18 January 2017)

Kwakman, K. (2003). Factors Affecting Teachers’ Participation in Professional learning

Activities. Teaching and Teacher Education, 19(2), 149-170. doi:10.1016/s

0742-051x(02)00101-4.

Mattar, D. (2012). Instructional leadership in Lebanese Public Schools. Educational

Management Administration & Leadership, 509-531.

Mohammad Najib bin Ali, (2012). Konsep Pelaksanaan PBS dalam Transformasi Pendidikan.

Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah, Institut Aminuddin Baki.

Panduan Pengurusan Berasaskan Malaysia (2014), Lembaga Peperiksaan Malaysia,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014.

Payne, D. A. (2003). Applied educational assessment. Belmont, CA: Wadsworth Thomson

Learning.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2013). Putrajaya, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Pelan Strategik Interim Kementerian Pendidikan Malaysia 2011-2020. (2012). Putrajaya,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rollins M et al. (2014) The Role of Mentoring on Outcome Based Sales Performance:

A Qualitative Study from the Insurance Industry. International Journal of

Evidence Based Coaching and Mentoring 12(2), 119-132.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2010). Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Putrajaya,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Stufflebeam (1986) dalam Kamaruzaman Moidunny, (2013). Penilaian Program : Tinjauan

terhadap konsep dan model-model berkaitan. Artikel.

http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2013/01/artikel-14-penilaian-program-

tinjauan.html

Page 63: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

63

Tan Ai Mei. 2010. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia : Kesediaan Guru, Isu

dan Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise, Kuala Lumpur. Tesis Doktor

Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Torrance, Harry & Pryor, John (2001). Developing Formative Asessment In The

Classroom : Using Action Research To Explore And Modify Theory. British

Educational Research Journal, 27 (5). Pp. 615-631.

Thody, A., Papanaoum, Z., Johansson, O., & Pashiardis, P. 2007. School

preparation in Europe. International journal of educational management

21(1) : 37 – 53.

Page 64: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

64

KEBERKESANAN MODUL KEPIMPINAN PROGRAM I-THINK: PERANAN

PEMIMPIN SEKOLAH DALAM MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

ARAS TINGGI (KBAT) DI SEKOLAH

Quah Cheng Sim, PhD; Abdul Mu’ti Ahmad; Suriani Sulaiman; Sharifah Nor Syed Abdul

Rahman; Samsiah Si-Rajab; Zoolaiha Abdul Rahman, PhD; Chai Sai Hon; Zaiton Ismail,

PhD; Indira Popatlal; Ashfahani Zakaria, PhD; Nor Ainun Amir; Ym Raja Ibrahim Raja

Midin; Periasamy Ramasamy; Ahmad Salihin Mat Saat; Norazmir Ahmad

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Modul Kepimpinan Program i-THINK dalam mengurus dan memimpin perubahan, merancang, dan memantau pelaksanaan dan pembudayaan KBAT di sekolah oleh pemimpin sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik temubual bersemuka secara berfokus digunakan oleh penyelidik untuk pengutipan data. Pengumpulan data dibuat sepanjang tempoh 3 April hingga 30 Jun 2017 dan melibatkan 14 orang pensyarah IAB sebagai penyelidik. Persampelan bertujuan (purposive) yang hanya melibatkan ahli pasukan pemandu, guru dan PGB yang telah mengikuti kursus bersemuka i-THINK pada tahun 2012 dan 2013 serta Kursus i-THINK atas talian. Seramai 1,000 orang PGB telah mengikuti program i-THINK pada tahun 2012 dan 2013. Namun hanya 51 buah sekolah yang PGB masih dalam perkhidmatan sahaja yang dapat dijejaki oleh penyelidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 477 orang daripada 51 buah sekolah, merangkumi Pengetua/Guru Besar, ahli pasukan pemandu dan guru-guru sekolah. Kebanyakan pemimpin sekolah iaitu pengetua dan guru besar (PGB) telah berjaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui modul latihan Kepimpinan KBAT sebagai wadah dalam pelaksanaan dan pembudayaan KBAT. Walau bagaimanapun, masih terdapat PGB yang kurang menonjolkan keterlibatan mereka dalam pemantauan pelaksanaan KBAT umpamanya post-mortem dan tindakan susulan dalam membudayakan pelaksanaan KBAT. Implikasi kajian menunjukkan Modul program i-THINK khususnya Modul 1 (pengurusan dan kepimpinan), Modul 2 (mengurus perubahan) dan Modul 3 (perancangan) telah berjaya tetapi, Modul 4 (pemantauan pelaksanaan KBAT) kurang berjaya. Beberapa cadangan telah dikenalpasti dalam kajian ini iaitu pemantauan secara berkala oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia harus dijalankan secara berterusan agar tindakan susulan diambil oleh PGB. Tambahan lagi, Modul 4 (Pemantauan) harus dimantapkan lagi dengan melihat kepada penyampaian secara ‘hands-on” agar dapat membudayakan pelaksanaan KBAT secara menyeluruh.

Keywords: Keberkesanan modul, pembudayaan KBAT

1. Pendahuluan

Beberapa tokoh penyelidik yang terkenal seperti Alvin Toffler, Thomas Friedman,

Wagner dan sebagainya telah menekankan kepentingan kemahiran berfikiran aras

tinggi dalam mengharungi cabaran pendidikan abad ke-21. Toffler (1990) telah

menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read

or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.' Manakala Friedman

(2007), pula menyatakan pendidikan memainkan peranan penting dan menjadi kunci

Page 65: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

65

utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.

Malah, Partnership for 21st Century Skills (2015) telah membangunkan Kerangka

Kerja Pembelajaran Abad ke-21 dengan menggabungkan beberapa komponen

keberhasilan pelajar dan sistem sokongan abad ke-21 iaitu kemahiran pemikiran

kritikal, kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran kolaboratif, pentaksiran,

penyelesaian masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi. Sehubungan itu,

pendidikan di Malaysia sekarang perlu membekalkan generasi muda dengan

kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyediakan mereka dengan cabaran abad ke-

21. Ini bertepatan dengan kajian Wagner (2008) yang mencadangkan setiap murid

perlu memiliki tujuh kemahiran hidup untuk bersedia menghadapi abad ke-21.

Antaranya adalah memiliki pemikiran kritikal dan dapat menyelesaikan masalah,

sentiasa bekerjasama dan mempunyai sifat ketangkasan serta daya kepimpinan,

keupayaan menyesuaikan diri, sentiasa berinisiatif dan bersifat keusahawanan,

memiliki komunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan, dapat mengakses

dan menganalisis maklumat serta mempunyai rasa ingin tahu dan berimaginatif.

Kesemua kemahiran tersebut merupakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Higher Order Thinking Skills (HOTS).

Bahagian Pembangunan Kurikulum mendefinasikan KBAT sebagai keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan

refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya

mencipta sesuatu. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan

pendekatan yang menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen yang

terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta

empat elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber

dan bina upaya (BPK, 2014).

Sejarah pelaksanaan KBAT di sekolah-sekolah di Malaysia bermula apabila

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM – dikenali sebagai Kementerian Pelajaran

Malaysia pada ketika itu) memperkenalkan program i-THINK pada tahun 2012.

Program i-THINK diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan dan

membudayakan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah

menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis. Kesedaran untuk melaksanakan

Program i-THINK ini timbul apabila pencapaian Malaysia dalam Trends in

Mathematics and Science Study (TIMSS) pada waktu itu iaitu tahun 2007 adalah

pada kedudukan ke-20 bagi Matematik dan ke-21 bagi Sains dalam kalangan 49

buah negara yang terlibat. Manakala laporan Program for International Student

Page 66: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

66

Assessment (PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada

kedudukan ke-57 bagi Matematik, ke-55 bagi Sains dan ke-52 bagi Kefahaman

dalam kalangan 74 negara di seluruh dunia. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan

laporan kajian keperluan oleh pihak perunding Kestrel Education (UK) dan 21

Century Schools (USA) pada 2 November 2011 yang mendapati bahawa pemikiran

aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia adalah pada tahap yang amat

rendah (Kestrel Education, 2011). Pada Tahun 2011 pula, pencapaian Malaysia

dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) adalah pada kedudukan

ke-20 bagi Matematik dan 32 bagi Sains dalam kalangan 49 buah Negara (TIMSS,

2011).

Pada awal program ini, sebanyak 10 buah sekolah rintis telah dipilih di seluruh

negara dan dilatih oleh Kestrel Education, United Kingdom (pihak perunding yang

dilantik oleh KPM) dengan kerjasama oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Latihan

yang diberikan meliputi pedagogi guru dalam bilik darjah yang melibatkan

penggunaan peta-peta pemikiran dan teknik penyoalan. Program ini kemudiannya

dikembangkan kepada 1,000 buah sekolah pada tahun 2012 dan 2013 dengan

menggunakan kepakaran jurulatih peringkat negeri yang dilatih dan seterusnya pada

tahun 2014 program ini diteruskan ke semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada

melalui kursus secara bersemuka ataupun melalui Kursus i-THINK dalam Talian

(KiDT). Bagi memastikan pelaksanaan program i-THINK di sekolah mencapai

matlamat yang dihasratkan, pemimpin sekolah juga telah diberi latihan yang sama

seperti guru-guru. Selain itu, pemimpin sekolah diberi pendedahan dalam aspek

kepimpinan program i-THINK dengan menggunakan Modul Kepimpinan Program i-

THINK yang telah dibangunkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) bersama AIM dan

Kestrel Education. Modul Kepimpinan Program i-THINK tersebut terdiri daripada

empat submodul yang penting iaitu Modul 1: Kepimpinan; Modul 2: Mengurus dan

Memimpin Perubahan; Modul 3: Perancangan; dan Modul 4: Pemantauan dan

Amalan Terbaik dalam pelaksanaan Program i-THINK. Seramai 1000 orang

pemimpin sekolah yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar (PGB) telah

mendapat latihan menggunakan Modul Kepimpinan Program i-THINK ini secara

bersemuka daripada pensyarah-pensyarah IAB.

Page 67: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

67

Jadual 1: Bilangan Pemimpin Sekolah Yang Telah Menerima Latihan Kepimpinan Program I-THINK

Melalui latihan tersebut, diharapkan pemimpin sekolah dapat membudayakan

amalan KBAT melalui pendekatan program i-THINK di sekolah masing-masing. Ilmu

dan kemahiran yang diperoleh semasa latihan dapat membantu pemimpin sekolah

dalam memberi bimbingan berkesan, pementoran, melaksanakan penilaian dan

membuat pemantauan secara klinikal bagi memastikan KBAT dilaksanakan dengan

berkesan. Pemimpin juga diharapkan dapat memimpin pembudayaan KBAT melalui

pembangunan organisasi secara menyeluruh menggunakan pengupayaan dalaman

sekolah yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti setempat. Pemimpin

sekolah juga dapat memainkan peranan sebagai penggerak untuk menginstitusikan

pembudayaan KBAT dalam aktiviti sekolah. Latihan secara berterusan dan

peningkatan profesionalisme guru serta penggemblengan tenaga melalui pasukan

pemandu Program i-THINK dan warga sekolah sudah pasti dapat memberikan hasil

yang positif seperti yang dihasratkan oleh KPM.

Page 68: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

68

1.1 Modul Kepimpinan Program I-Think

Modul kepimpinan KBAT yang dibangunkan bersama Kestrel Education dan AIM

meliputi empat submodul seperti yang dinyatakan. Setiap submodul dilaksanakan

untuk tempoh selama dua jam. Dalam program ini, pensyarah-pensyarah IAB yang

terpilih sebagai jurulatih telah didedahkan dengan modul tersebut bagi meningkatkan

pengetahuan dan keupayaan penyampaian mereka. Selain latihan secara

bersemuka kepada PGB, kaedah latihan daripada IAB juga meliputi latihan kepada

pegawai-pegawai School Improvement Partner (SIP+) yang menjadi pegawai

pembimbing dalam pelaksanaan Program i-THINK kepada pemimpin sekolah

tersebut. Melalui kaedah ini, pegawai SIP+ didedahkan kepada maklumat,

pengetahuan dan kemahiran berkaitan pelaksanaan Program i-THINK di sekolah.

Mereka juga diberi bimbingan penyeliaan berkaitan cara menyelia pelaksanaan

Program i-THINK di sekolah.

Selain daripada pegawai SIP+, IAB juga memberi bimbingan penyeliaan kepada

pegawai meja KBAT di JPN dan PPD agar mereka dapat membantu PGB dalam

usaha membudayakan KBAT di sekolah. Selain itu, pegawai-pegawai dari Lembaga

Peperiksaan dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) telah dijemput untuk

memberi penerangan tentang pentaksiran KBAT dan instrumen pemantauan KBAT

yang digunakan.

2. Pernyataan Masalah Kajian

Pembangunan tahap pemikiran murid melalui penerapan elemen KBAT dalam

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) amat dititikberatkan bagi merealisasikan

transformasi sistem pendidikan negara. Hal ini terkandung di dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menyatakan Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu inisiatif KPM bagi mencapai aspirasi

murid. Inisiatif tersebut dapat dilaksanakan melalui pengurusan bilik darjah dan PdPc

yang mengamalkan pembelajaran abad ke-21 dengan memberi penekanan terhadap

pembelajaran berpusatkan murid secara aktif serta memberi peluang kepada murid

mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan isu

dan masalah. Pemupukan pembelajaran merentas disiplin membolehkan

perkongsian ilmu dan pengalaman pembelajaran diperkukuhkan aplikasi KBAT

dalam kurikulum, aktiviti kokurikulum dan hal ehwal murid.

Page 69: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

69

Dalam konteks sebuah sekolah, kejayaannya berkait rapat dengan kecemerlangan

dan kewibawaan pimpinan tertingginya. Menurut Edmond (1979) dan Bush dan

Forman (1998), kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah dilihat sebagai kunci

kecemerlangan sekolah. Pemimpin sekolah juga merupakan individu yang sangat

penting dalam memastikan pelaksanaan sesuatu inisiatif pendidikan mencapai Key

Performance Index (KPI) yang ditetapkan. Hal ini disokong oleh Muhd Bustaman dan

Hairuddin (2009) mengatakan bahawa KPI merupakan suatu sistem pengukuran

yang mudah, berkesan, dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap

kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan pada pelanggan selaras

dengan misi dan visi sesuatu organisasi. Sehubungan itu, pelbagai usaha telah

diperkenalkan oleh KPM bagi memastikan kepimpinan sekolah dilengkapkan dengan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menerajui inisiatif KBAT. Antara

usaha awal ialah membangunkan satu Modul Kepimpinan Program i-THINK bagi

membantu PGB membudayakan KBAT di sekolah. Peterson (2002) mengatakan

bahawa satu budaya sekolah akan sentiasa diolah sama ada budaya berkenaan

membantu atau membantutkan pembelajaran. Sehubungan itu, amatlah wajar kajian

ini dilakukan bagi menilai secara objektif sama ada pemimpin sekolah memainkan

peranan dalam membudayakan pelaksanaan KBAT setelah mereka memperoleh

pengetahuan dan kemahiran tersebut. Di samping itu, kajian ini juga dapat

membantu melihat keberkesanan modul yang dibangunkan tersebut.

Selain itu, pengetahuan guru tentang kemahiran berfikir dalam proses PdPc

dikatakan masih berada pada tahap yang rendah seperti yang dilaporkan dalam

kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century School USA

(2011). Dapatan ini disokong dengan hasil analisis keperluan BPK (2012) yang

menunjukkan bahawa KBAT dalam kalangan guru dan pelajar masih pada tahap

rendah. Dapatan kajian Sukiman et. al. (2012) menunjukkan bahawa terdapat

pengajaran yang tidak memberi penekanan ke arah kemahiran berfikir murid.

Dapatan kajian beliau juga mendapati bahawa amalan penerapan KBAT dalam bilik

darjah adalah kurang dalam kalangan guru. Hal ini berkemungkinan terjadi kerana

pengetahuan guru-guru di negara kita mengenai strategi pengintegrasian KBAT di

dalam kelas hanyalah terhad kepada lapan peta pemikiran dan teknik penyoalan

(Nooriza Kassim & Effandi Zakaria, 2015). Jelas perkara ini wujud kerana modul

KBAT yang dibentuk untuk guru-guru lebih menekankan kepada penggunaan lapan

peta pemikiran i-THINK dan teknik penyoalan. Walhal terdapat banyak lagi aspek

yang boleh dikaitkan dengan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 70: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

70

Kesukaran dalam aspek pembinaan item soalan beraras tinggi juga merupakan

masalah yang dihadapi oleh guru. Dapatan kajian Sukiman et al, (2012),

menunjukkan bahawa guru kurang menanyakan soalan terbuka dan beraras tinggi

kepada murid semasa dalam bilik darjah mahupun dalam peperiksaan. Malahan,

guru-guru juga turut menghadapi masalah kekurangan sumber rujukan yang boleh

dijadikan panduan dalam penyediaan soalan-soalan ini (Nooriza Kassim dan Effandi

Zakaria, 2015). Kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan

KBAT boleh membantut pelaksanaan KBAT secara berkesan di sekolah. Menurut

Hasnah dan Jamaludin (2017), kompetensi guru mengajarkan kemahiran berfikir

merupakan aspek utama bagi menentukan murid mampu mendalami serta

menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Zamri (2014) menyatakan

pendidikan sekarang memerlukan guru-guru mahir agar murid aktif berfikir dalam

disiplin ilmu masing-masing. Dalam mengatasi masalah ini, KPM telah

melaksanakan pelbagai program seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Walau

bagaimanapun dalam konteks mencapai kecemerlangan dalam pelaksanaan

membudayakan KBAT di sekolah, sudah tentu pemimpin sekolah menjadi tonggak

utama. PGB mempunyai dua peranan atau fungsi utama secara serentak iaitu

sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran.

Maka, kajian ini perlu dijalankan untuk melihat sejauh mana pemimpin pendidikan

setelah melalui Modul Kepimpinan i-THINK dapat memainkan peranan mereka

dalam mengamalkan pelaksanaan dan pembudayaan KBAT di sekolah.

3. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

i. mengenalpasti amalan pemimpin sekolah mengurus dan memimpin

pelaksanaan KBAT

ii. mengenalpasti amalan pemimpin sekolah mengurus perubahan semasa

pelaksanaan KBAT

iii. mengenalpasti amalan pemimpin sekolah merancang pelaksanaan KBAT

iv. mengenalpasti amalan pemimpin sekolah memantau pelaksanaan KBAT

Page 71: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

71

4. Soalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah dibincangkan, kajian ini terarah untuk

mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut:

i. Sejauh manakah pemimpin sekolah mengurus dan memimpin pelaksanaan

KBAT?

ii. Sejauh manakah pemimpin sekolah mengurus perubahan semasa

pelaksanaan KBAT?

iii. Sejauh manakah pemimpin sekolah merancang pelaksanaan KBAT?

iv. Sejauh manakah pemimpin sekolah memantau pelaksanaan KBAT?

5. Kerangka Kajian

Kerangka kajian keberkesanan Modul Kepimpinan Program i-THINK ini

mengadaptasi Model Penilaian Program Input Process Output (Bushnell, 1990).

Sehubungan itu, kerangka ini mengandungi tiga elemen utama iaitu input, process

dan output.

Rajah 1: Kerangka konsep Kajian Kerkesanan Modul Program i-THINK

Rajah 1 di atas, menunjukkan kerangka konsep bagi Kajian Keberkesanan Modul

Kepimpinan Program i-THINK. Elemen Input diwakili oleh kandungan yang terdapat

dalam Modul Kepimpinan Program i-THINK yang dibina pada tahun 2012 iaitu

Kepimpinan, mengurus dan memimpin perubahan, perancangan dan pemantauan

dan amalan terbaik. Manakala Proses pula diwakili oleh proses penyampaian

Page 72: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

72

kandungan modul tersebut kepada PGB sama ada secara langsung iaitu melalui

kursus bersemuka yang diberikan oleh IAB kepada PGB dan Kursus Kepimpinan

Program i-THINK (KIDT) dalam talian atau secara tidak langsung iaitu dalam bentuk

bimbingan oleh PPD/JPN/SIP+ (yang menerima latihan bimbingan daripada IAB)

terhadap PGB. Seterusnya, output ialah penilaian tehadap peranan yang dimainkan

oleh PGB dalam membudayakan program i-THINK di sekolah berdasarkan Modul

Kepimpinan Program i-THINK yang telah dilaksanakan oleh IAB yang dilihat dari

sudut tiga elemen iaitu peranan PGB, isu atau cabaran yang dihadapi dan cara

mengatasi.

6. Tinjauan Literatur

Bahagian ini akan membincangkan tentang peranan pemimpin sekolah dalam

pelaksanaan KBAT dalam aspek penglibatan pemimpin dalam pelaksanaan KBAT di

sekolah, peranan pemimpin dalam mengurus dan memimpin perubahan, peranan

pemimpin dalam perancangan pelaksanaan KBAT dan pemantauan dan penilaian.

6.1 Peranan Pemimpin Sekolah dalam Pelaksanaan KBAT

6.1.1 Penglibatan Pemimpin dalam Pelaksanaan KBAT di Sekolah

Kepimpinan merupakan tingkah laku pemimpin mencari jalan untuk melakukan

sesuatu tugasan yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi tersebut.

Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah

organisasi (Stodgill, 1974). Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa

kepada kejayaan sesuatu inisiatif serta kecemerlangan sesebuah organisasi. Shahril

(2001) pula menyatakan bahawa kepimpinan yang cemerlang mempunyai ciri-ciri

kepimpinan berkualiti, berkemahiran dan berketrampilan, mempunyai wawasan dan

kreatif serta inovatif. Pemimpin yang cemerlang juga perlu mempunyai kemahiran

berkomunikasi dan bermotivasi, berkemahiran membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah, mempunyai kecergasan fizikal, kestabilan emosi dan

kecergasan fikiran serta beriman dan bermoral.

Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan sekolah, usaha pemimpin

mempengaruhi warga sekolah melaksanakan semua inisiatif yang telah

diperturunkan adalah amat penting. Bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

Page 73: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

73

ini penggunaan alat berfikir, teknik penyoalan dan aktiviti berpusatkan murid

merupakan elemen yang sangat penting. Menurut Bahagian Pembangunan

Kurikulum (2013), suasana bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan bagi

merangsang murid berfikir manakala guru dan murid menggunakan pelbagai alat

berfikir dalam PdPc. PGB perlu memastikan guru memperbanyakkan aktiviti

berpusatkan murid dan menaakul manakala murid perlu dilatih untuk berfikir

menggunakan alat berfikir dan digalakkan mengemukakan soalan berbentuk aras

tinggi semasa PdPc.

Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu memainkan peranan dalam memastikan

elemen-elemen tersebut diperkasakan. Isu dan cabaran merupakan perkara yang

akan timbul semasa pelaksanaan inisiatif namun perlu ditangani segera. Di sini

penglibatan PGB dalam memastikan amalan KBAT dilaksanakan secara berterusan

amat penting. PGB sebagai pemimpin kemanusiaan sentiasa memupuk tahap

keterlibatan yang tinggi dalam segala keputusan yang dibuatnya. Hal ini bermakna

PGB perlu sentiasa membuat tindakan susulan agar semua arahan yang dikeluarkan

berjalan dengan lancar. Fullan (1993) menegaskan bahawa perancangan yang baik

dapat menjamin kejayaan pelaksanaannya.

Selain itu, kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah ditentukan oleh

kemampuan pengetua menggembleng staf di bawahnya dengan cekap lagi berkesan

ke arah mencapai matlamat sekolah tersebut (Rusmini Ku Ahmad, 2004). PGB yang

cemerlang ialah PGB yang tahu hala tuju ke arah memposisikan organisasinya serta

berkeupayaan mencungkil dan memperkasakan potensi yang ada pada stafnya bagi

faedah organisasi. Selaras dengan itu, PGB perlu bersama-sama dengan pasukan

pemandu sekolah merancang dan menilai pelaksanaan KBAT di sekolah. Kerja

berpasukan sangat penting untuk mencapai hala tuju sesebuah organisasi. Proses

penyelesaian masalah dan membuat keputusan tidak lagi hanya tertumpu kepada

pengurusan atasan, sebaliknya pasukan kerja diberi kuasa dan tanggungjawab untuk

menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam organisasi dan membuat

keputusan tertentu terutama yang melibatkan operasi kerja bagi memastikan

matlamat pasukan kerja dan organisasi tercapai (Lussier & Achua, 2000).

Guru merupakan tunjang utama bagi menjayakan segala dasar, perancangan, dan

pelaksanaan proses pendidikan sama ada berbentuk kurikulum atau kokurikulum

sejajar dengan perkembangan pendidikan masa kini. Oleh itu, amat penting bagi

PGB memberi sokongan dan pengiktirafan yang diharapkan oleh warga guru

Page 74: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

74

khususnya bagi berkongsi hasrat menuju matlamat sekolah, komited dengan misi

dan visi sekolah. Hasrat untuk melahirkan sekolah yang cemerlang demi pencapaian

matlamat pendidikan tidak akan berjaya tanpa peranan dan dedikasi yang

disumbang oleh guru (Omardin Ashaari, 1996).

6.1.2 Peranan Pemimpin Dalam Mengurus Dan Memimpin Perubahan

Peranan kepimpinan sekolah sebagai agen perubahan adalah sangat penting. Hal ini

terutamanya dalam mengimplementasikan inovasi dan perubahan dalam budaya

sekolah. Hanafi Kamal (1990) menjelaskan bahawa kepentingan pengetua dalam

pentadbiran terutamanya dari aspek perubahan adalah kerana sekolah dilihat

sebagai organisasi yang sentiasa berubah. Setiap perubahan memerlukan tindakan

penyesuaian dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Maka peranan pemimpin

sekolah adalah sangat penting dalam melahirkan sebuah organisasi yang dinamis

serta berupaya menghadapi sebarang perubahan. Dalam mengurus perubahan

seorang pemimpin berperanan sebagai pemikir, pelaksana dan penilai kepada

perubahan tersebut.

Bagi memastikan kejayaan perubahan, Kanter, Stein dan Jick (1992) mengatakan

bahawa pemimpin harus menganalisis sebab perubahan perlu dilaksanakan,

bertindak membangunkan perkongsian wawasan dan hala tuju, membangunkan

‘sense of urgency’, menyediakan sokongan kepada pihak yang memainkan peranan

penting, membangunkan pelan pelaksanaan, membangunkan struktur, pengukuhan

dan menginstitusikan perubahan dan menghebahkan serta melibatkan subordinat.

Mengikut Jaafar Muhamad (1999), seseorang pengurus yang peka dan

bertanggungjawab akan membuat sesuatu untuk memelihara keutuhan

organisasinya apabila berlaku tekanan untuk perubahan. Pengurus akan menilai dan

memastikan bahawa setiap perubahan yang dilakukan adalah tepat dan sesuai

dengan masalah yang dihadapi. Keadaan yang sama juga sepatutnya dilakukan oleh

PGB apabila melaksanakan perubahan di sekolah.

Setiap perubahan yang dilakukan tidak dapat lari daripada menempuh pelbagai

halangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin sekolah yang

berkesan harus dapat menjangka halangan yang bakal dihadapinya sebelum

sesuatu perubahan dilaksanakan. Jaafar Muhamad (1999), menyatakan faktor-faktor

yang menghalang perubahan dilaksanakan dalam sesebuah organisasi termasuk

Page 75: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

75

sekolah ialah pengurangan kuasa dan tanggungjawab, menambahkan beban kerja,

kehilangan sumber ekonomi, ketidakselesaan, kekurangan sumber kewangan dan

tidak yakin dengan kejayaan.

Banyak pendapat dan cadangan yang diberikan untuk mengatasi atau

mengurangkan halangan atau penentangan terhadap perubahan dalam sesebuah

organisasi. Mengikut Jaafar Muhammad (1999), beberapa taktik yang boleh

digunakan iaitu melalui pendidikan dan komunikasi, penglibatan bersama,

menyediakan kemudahan dan peralatan, perundingan, manipulasi dan penggunaan

kuasa. Selain itu, satu cara yang lain yang boleh digunakan ialah melalui taktik

penglibatan. Sebarang keputusan yang hendak diambil haruslah melibatkan guru-

guru dan kakitangan lain. Biasanya seseorang yang terlibat dalam proses memberi

pandangan dan membuat keputusan tentang perubahan akan menyokong

perubahan.

6.1.3 Peranan Pemimpin Dalam Perancangan Pelaksanaan KBAT

Perancangan merupakan aspek yang sangat penting dalam pelaksanaan KBAT di

sekolah. Secara umumnya perubahan terancang di sekolah memerlukan strategi dan

pelan tindakan. Perancangan jangka panjang dan jangka pendek perlu dibina melalui

pembinaan perancangan strategik. Menurut Edaris (2004), perancangan strategik

dalam pengurusan sekolah merupakan satu alat untuk memahami tentang tekanan-

tekanan dan perubahan-perubahan persekitaran masa depan secara sistematik dan

strategik. Hal ini membolehkan seorang pemimpin menjadi pemimpin yang mampu

menyelesaikan isu masa kini dengan membayangkan hala tuju yang hendak dicapai.

Seorang pemimpin akan dapat melaksanakan perkara yang betul, pada waktu yang

betul dan kaedah yang betul.

Hala tuju merupakan mandat, misi, visi dan matlamat yang hendak dicapai. Mengikut

Kamus Dewan (2013) hala tuju bermaksud sesuatu yang ingin dicapai oleh

seseorang, negara dan organisasi dan sebagainya secara khusus. Muhd. Bustaman

dan Hairuddin (2009) menyatakan dalam membangunkan hala tuju, seorang

pemimpin perlu menjelaskan mandat, visi, misi dan nilai, membuat analisis

persekitaran dan membangunkan fokus bidang kecemerlangan. Oleh itu,

perancangan berdasarkan hala tuju yang telah dibangunkan ini memastikan

pelaksanaan pelaksanaannya lebih sistematik dan tepat. Analisis organisasi

Page 76: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

76

merupakan proses yang sangat penting. Menurut Blanchard dan Thacker (1999),

analisis organisasi ialah satu proses yang digunakan untuk mendapatkan

pemahaman yang lebih jelas mengenai ciri-ciri dan iklim organisasi dengan tujuan

untuk menentukan aspek atau bahagian dalam organisasi yang memerlukan latihan.

Komponen yang wujud dalam analisis organisasi ialah objektif organisasi, sumber-

sumber organisasi, iklim untuk latihan dan halangan persekitaran.

Selain itu, menurut Datnow (2006), usaha yang berterusan untuk meningkatkan

tahap pendidikan penting kerana perubahan terhadap cara atau teknik pengajaran

yang betul memerlukan masa dan komitmen tinggi warga sekolah. Dalam konteks

perancangan pembudayaan KBAT, Saemah dan Zamri (2017) mengatakan dalam

merancang dan melaksanakan kurikulum, tumpuan perlu diberi terhadap

pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. Hal ini

bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara

rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks.

6.1.4 Pemantauan Dan Penilaian

Pemantauan merupakan proses yang sangat penting. Pemantauan dijalankan bagi

memastikan pelaksanaan program adalah mengikut perancangan yang telah dibina

secara tepat. Berdasarkan Kamus Dewan, Edisi Keempat (2013) pantau bermaksud

memerhatikan dan memeriksa perkembangan sesuatu perkara, fenomena dan

sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan untuk mengawal, mencegah,

memperbaiki, mengawasi dan lain-lain lagi. Pemantauan juga membolehkan proses

pembangunan dan peningkatan sekolah berkenaan dilaksanakan secara berterusan.

Malahan pemantuan dilaksanakan bagi mengesahkan kejayaan dan mengetahui

penambahbaikan yang diperlukan.

Menurut Mortimore (1995), pemantauan pengajaran dilihat sebagai salah satu usaha

penting dalam memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Hal ini

bertujuan memastikan guru-guru dapat memperkembangkan potensi diri dan

mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada. Pemantuan pengajaran juga dilihat

sebagai satu usaha mendorong, menyelaras dan membimbing guru-guru dalam hal

pengajaran supaya mereka terus mampu berfungsi sejajar dengan perkembangan

semasa. Untuk melaksanakan aktiviti ini dengan berkesan, pengetua atau penyelia

seharusnya menguasai pengetahuan dan kemahiran teknikal khusus dalam bidang

Page 77: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

77

kurikulum pengajaran, pengesanan dan penilaian serta juga hubungan manusia.

Kecekapan pengetua dalam melakukan penyeliaan atau pemantauan

membolehkannya membuat diagnosis masalah pendidikan, membantu guru untuk

memajukan kecekapan dan amalan mereka dalam melaksanakan pengajaran

(Glickman, 1992).

Bagi Sloman (1994) dan Edaris (2004), setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu dinilai

untuk mengetahui keberkesanannya terhadap pencapaian matlamat organisasi.

Pendapat ini disokong oleh Ibrahim Mamat (1996) yang merumuskan takrifan

penilaian sebagai satu proses untuk menaksir nilai sesuatu, proses mendapat dan

mengumpulkan maklumat berguna untuk dijadikan pilihan tertentu bagi membuat

keputusan. Al Ramaiah (1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk

mendorong, menyelaras dan membimbing para guru dalam hal pengajaran supaya

mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh

Lebar (2000) pula menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah

berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu, penyeliaan merupakan satu peranan PGB yang amat penting

kerana penyeliaan adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah. Pada dasarnya,

keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan pengurusan sekolah yang

sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan tugas

yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993) keberkesanan sesebuah

sekolah dapat diukur daripada proses pelaksanaannya dan bukan bergantung

kepada dapatan kajian semata-mata. Lantas, peningkatan kecemerlangan, sahsiah

dan profesionalisme kerja guru perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah

melalui amalan pemantauan yang berkala dan berterusan di sekolah.

7. Metodologi Kajian

7.1 Pensampelan

Persampelan kajian ini adalah berbentuk persampelan bertujuan (purposive) yang

hanya melibatkan ahli pasukan pemandu dan guru dimana PGB telah mengikuti

kursus bersemuka i-THINK pada tahun 2012 dan 2013 serta Kursus i-THINK dalam

talian. Seramai 1,000 orang PGB telah mengikuti program i-THINK pada tahun 2012

dan 2013. Namun hanya 51 orang PGB yang masih dalam perkhidmatan sahaja

Page 78: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

78

yang dapat dijejaki oleh penyelidik. Usaha menjejaki PGB dibantu oleh semua

pegawai meja KBAT dan i-THINK yang berada di Jabatan Pendidikan Negeri.

Mengikut Silverman (2002), pemilihan sampel bertujuan memberi banyak sumber

maklumat yang berkaitan. Sebanyak 51 buah sekolah yang telah dikenalpasti dalam

kajian ini. Berikut adalah ciri-ciri yang dikenaIpasti bagi pemilihan sampel:

i. Sekolah ini ialah antara 1000 sekolah peluasan i-THINK bagi tahun 2012 –

2013 di seluruh negara.

ii. PGB adalah mereka yang juga telah mengikuti kursus bersemuka i-THINK

pada tahun 2012 - 2013 dan Kursus i-THINK Dalam Talian (KIDT).

iii. Sekolah yang dipilih mestilah terdiri daripada kategori sekolah menengah dan

sekolah rendah

iv. Sekolah juga mestilah dari kategori jenis sekolah yang pelbagai contoh, SK,

SJKC atau SJKT.

Sampel kajian (sekolah) dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berstrata

iaitu dipilih secara rawak berdasarkan negeri dan daerah. Setiap sekolah yang dipilih

diwakili oleh 10 orang yang terdiri dari ahli pasukan pemandu dan guru biasa.

Seramai 477 orang ahli pasukan pemandu dan guru sekolah dipilih sebagai

responden kajian. Tujuan pemilihan sampel yang terdiri daripada pelbagai jawatan ini

adalah untuk mendapatkan data daripada pelbagai perspektif untuk tujuan

pengesahan data. Sampel kajian terdiri daripada sekolah-sekolah yang telah

disenarai pendek oleh pegawai meja KBAT Jabatan Pendidikan Negeri mengikut

kriteria yang ditetapkan. Penyelidik telah melaksanakan pengumpulan data dari

tempoh 3 April hingga 30 Jun 2017. Berikut adalah taburan sekolah sampel kajian

seperti dalam jadual 2:

Jadual 2: Taburan Sekolah Sampel Kajian

Negeri Bil.

PPD

Jumlah Sekolah

Peluasan

SR SM

JUM SEK

TERLIBAT

Perlis 1 10 1 0 1

P Pinang 5 40 3 0 3

Kedah 8 72 3 0 3

Johor 10 113 1 2 3

Melaka 3 31 2 1 3

N. Sembilan 6 47 4 2 6

Page 79: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

79

Kelantan 10 59 2 1 3

Terengganu 7 49 1 2 3

Pahang 11 73 3 0 3

Perak 10 108 4 2 6

Sabah 24 127 3 0 3

Sarawak 31 144 4 0 5

Selangor 10 92 3 2 5

WP KL 3 30 1 0 1

WP

Putrajaya 1 2 1 1 2

WP Labuan 1 3 0 1 1

Jumlah 141 1,000 36 14 51

Seramai 477 orang responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah terdiri dari ahli

pasukan pemandu dan guru sekolah. Jadual 3 menunjukkan taburan sampel

mengikut negeri.

Jadual 3: Taburan Sampel Mengikut Negeri

Bil. Negeri Bilangan

Responden

1 P.Pinang 26

2 Kedah 31

3 Perlis 9

4 Perak 59

5 Kelantan 29

6 Terengganu 30

7 Kuala Lumpur 8

8 Selangor 47

9 Negeri Sembilan 53

10 Melaka 26

11 Johor 28

12 Labuan 10

13 Sabah 28

14 Sarawak 45

Page 80: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

80

15 Pahang 30

16 Putrajaya 18

JUMLAH

477

7.2 Instrumen

Instrumen soal selidik ini dibina sendiri oleh pasukan penyelidik IAB yang

berpengalaman dalam pembinaan awal modul Kepimpinan program i-THINK. Intipati

instrumen ini adalah berdasarkan kepada empat sub-modul kepimpinan iaitu

kepimpinan, memimpin dan mengurus perubahan, perancangan dan pemantauan.

Instrumen kajian ini adalah terdiri daripada 3 bahagian iaitu:

Bahagian A: Bahagian ini mengandungi soalan untuk mendapatkan data demografi

sampel yang melibatkan PGB, pasukan pemandu dan guru sekolah. Ia terdiri pula

daripada 2 sub bahagian iaitu Bahagian I: maklumat sekolah (10 item) dan Bahagian

II: maklumat PGB (10 item).

Bahagian B: Bahagian ini mengandungi soalan berbentuk separa berstruktur untuk

mengukur pandangan pasukan pemandu serta guru terhadap peranan PGB dalam

melaksanakan pembudayaan KBAT di sekolah. Ia mengandungi 4 sub bahagian

yang mewakili modul-modul yang terdapat dalam Modul kursus i-THINK yang

dilaksanakan secara bersemuka. Modul-modul berkenaan ialah Modul 1:

Pengurusan dan Kepimpinan, Modul 2: Mengurus dan Memimpin Perubahan, Modul

3: Perancangan dan Modul 4: Pemantauan

Bahagian C: Meninjau eviden-eviden amalan pelaksanaan KBAT melalui senarai

semak penyelidik. Terdapat 17 item (soalan 4.1 – 4.17) disediakan dalam senarai

semak penyelidik untuk memastikan data kajian disokong oleh eviden yang

diperolehi daripada responden. Maklumat diperolehi dalam memastikan aktiviti

pelaksanaan pembudayaaan KBAT dijalankan oleh PGB yang melibatkan semua

warga sekolah seperti murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP). Di

antara eviden yang dikenalpasti dan perlu diberi perhatian semasa pengumpulan

data ialah jadual-jadual pelaksanaan program, rekod-rekod pencerapan/

pemantauan, peta pemikiran dan alat pemikiran yang digunakan dalam PdP, RPH,

Page 81: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

81

laporan program, fail dan dokumen yang menyokong pembudayaan KBAT di

sekolah.

7.3 Kaedah Pengumpulan Data

Kutipan data untuk kajian ini dilaksanakan dengan melalui temu bual secara

berfokus. Dalam kajian ini, teknik temubual digunakan untuk pengutipan data dengan

melibatkan interaksi bersemuka (face-to-face) antara penyelidik dengan pasukan

pemandu dan guru. Kaedah temubual merupakan sumber yang membolehkan

pengkaji mengetahui dan memahami serta mendapatkan pengesahan tentang

fenomena yang dikaji. Kaedah temu bual memerlukan pengkaji samada bersermuka

secara individu atau berkumpulan dengan peserta kajian bagi mendapatkan

maklumat atau penjelasan mengenai sesuatu perkara (Merriam, 2001).

Selain daripada kaedah temubual, kajian ini juga menggunakan kaedah analisis

dokumen. Analisis dokumen dilakukan berdasarkan penyemakan eviden dengan

berpandukan instrumen soal selidik kajian. Bahagian penyemakan eviden adalah

diadaptasi daripada instrumen pemantauan KBAT yang telah dibina oleh Bahagian

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta kandungan Modul Kepimpinan Program i-

THINK yang digunakan semasa latihan sesi bersemuka bersama 1000 orang

pemimpin sekolah pada tahun 2012–2013. Dalam kajian ini juga, analisis dokumen

juga dibuat dengan merujuk majalah atau Jurnal sekolah, Standard Kurikulum,

Rancangan Pengajaran Harian, buku teks dan buku rujukan, kertas peperiksaan dan

ujian bulanan, tugasan atau buku latihan murid, rekod pencapaian, minit mesyuarat

panitia dan lain-lain eviden yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Semua

dokumen yang berkaiatan telah diteliti dan dilaporkan dalam ruangan yang

disediakan dalam instrumen kajian.

7.4 Kaedah Analisis Data

Analisis paling biasa dan paling popular digunakan oleh pengkaji dalam penyelidikan

kualitatif ialah berdasarkan tema dapatan kajian (Dawson, 2002). Prinsip “kata

kunci” ialah salah satu cara untuk membina tema bagi sesuatu data dengan melihat

kepada kata kunci daripada data tersebut (Blaxter et. al. , 2006). Dalam kajian ini, di

peringkat awalnya, semua data mentah diisi oleh pengkaji dalam goggle form yang

Page 82: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

82

telah dibina. Seterusnya data tersebut dikategorikan berdasarkan tema-tema yang

terdapat dalam jawapan responden. Ini dilakukan dengan menganalisis pernyataan-

pernyataan yang didapati daripada soalan terbuka tersebut dengan menggunakan

analisis tema untuk menghasilkan jadual matriks berkaitan dengan tema-tema

cadangan. Seterusnya, data tersebut dipersembahkan dalam kajian ini dengan

menggunakan matrik jadual dan huraian. Dalam kajian ini, pengkaji meneliti

hubungan antara data, menyemak kesahan melalui bukti yang menyokong dapatan,

mencari bukti yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektif

alternatif iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian dan menyemak silang

dengan rakan penyeldik lain.

8. Keputusan Kajian

8.1 Mengurus dan Memimpin Pelaksanaan KBAT

8.1.1 Pasukan Pemandu

Berdasarkan Rajah 2 di bawah, kajian mendapati sejak tahun 2012 sehingga tahun

2017, sebanyak 93.8% daripada 51 buah sekolah telah berjaya menubuhkan

pasukan pemandu di sekolah masing-masing setelah menghadiri kursus yang

dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara kronologi, pada

tahun 2012, selepas kursus i-THINK dilaksanakan, hanya 23.1% (12) buah sekolah

sahaja yang menubuhkan pasukan pemandu tetapi setahun kemudian peratusan

penubuhan pasukan telah meningkat kepada 61.6% iaitu bilangan ini telah

meningkat sebanyak 20 buah sekolah lagi (38.5%) pada tahun 2013. Pada tahun

2014, sebanyak 21.2% daripada sekolah telah menubuhkan pasukan pemandu,

diikuti dengan 6 buah lagi sekolah pada tahun 2015 dan 2 buah sekolah lagi pada

tahun 2016 dan 3 buah sekolah pada tahun 2017.

Page 83: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

83

Rajah 2: Penubuhan Pasukan Pemandu

Setelah pasukan pemandu telah diwujudkan di sekolah sampel masing-masing,

sebanyak 90.9% daripada responden menyatakan bahawa PGB mereka pernah

membimbing pasukan pemandu dan hanya 9.1% sahaja mengaku bahawa PGB

mereka tidak berbuat demikian. Dalam konteks kekerapan, berdasarkan Rajah 3,

sebanyak 26.3% responden menyatakan bahawa PGB mereka telah membimbing

pasukan pemandu lebih daripada 4 kali setahun. Manakala 17% responden

menyatakan bimbingan berlaku sebanyak sebanyak 4 kali setahun, diikuti dengan

19.3% sebanyak 3 kali setahun dan sebanyak 21.1% 2 kali setahun. Hanya 7.3%

responden menyatakan bahawa PGB mereka membimbing pasukan pemandu hanya

sekali setahun sahaja. Negeri Sarawak dan negeri Pahang merupakan dua negeri

yang paling banyak respon bahawa PGB mereka memberi bimbingan lebih daripada

4 kali setahun. Manakala Negeri Sabah merupakan negeri yang paling banyak

respon bahawa PGB mereka tidak pernah memberi bimbingan langsung kepada

pasukan pemandu.

Page 84: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

84

Rajah 3: Kekerapan PGB Membimbing Pasukan Pemandu

Kajian mendapati sebanyak 99.3% responden menyatakan bahawa PGB mereka

menjelaskan fungsi pasukan pemandu dalam pelaksanaan KBAT dan hanya 0.7%

sahaja yang mengaku sebaliknya. Negeri Perak dan Negeri Sembilan merupakan

negeri yang paling banyak respon bahawa PGB mereka menjelaskan fungsi pasukan

pemandu dalam pelaksanaan KBAT. Manakala negeri Sarawak merupakan negeri

yang paling banyak respon bahawa PGB mereka tidak pernah menjelaskan fungsi

pasukan pemandu dalam pelaksanaan KBAT. Alasan utama yang diberi oleh Negeri

Sarawak adalah kerana PGB mereka baru berpindah ke sekolah malah PGB yang

lama sebelum itu tidak pernah menjelaskan fungsi pasukan pemandu dalam

pelaksanaan KBAT.

8.1.2 Penglibatkan PGB Dalam Aktiviti KBAT

Kajian mendapati sebanyak 98.5% responden menyatakan bahawa PGB mereka

melibatkan diri dalam aktiviti KBAT sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan

hanya 1.6% sahaja mengaku bahawa PGB mereka tidak pernah melibatkan diri

dalam aktiviti KBAT. Berdasarkan Rajah 4 dalam konteks kekerapan penglibatan

PGB dalam aktiviti KBAT, sebanyak 49.9% responden menyatakan bahawa PGB

mereka melibatkan diri dalam aktiviti KBAT lebih daripada 4 kali setahun. Manakala

21.8% responden menyatakan sebanyak 4 kali setahun, diikuti dengan 13.6%

sebanyak 3 kali setahun dan 13.4% sebanyak 2 kali setahun. Hanya 0.5%

menyatakan bahawa PGB mereka melibatkan diri dalam aktiviti KBAT sekali

setahun. Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang merupakan negeri yang paling

Page 85: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

85

banyak respon bahawa PGB mereka melibatkan diri dalam aktiviti KBAT lebih dari 4

kali setahun.

Rajah 4: Kekerapan Penglibatan PGB dalam Aktiviti KBAT

8.1.3 Penetapan Hala Tuju KBAT

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat empat cara yang digunakan oleh PGB

untuk menetapkan hala tuju KBAT iaitu secara kolaboratif, arahan daripada pihak

berkepentingan, PGB sendiri dan hala tuju yang berfokuskan visi dan misi sekolah.

Berdasarkan Rajah 5, penetapan hala tuju KBAT secara kolaboratif merupakan

kaedah yang paling banyak digunakan iaitu sebanyak 59.0% diikuti oleh kaedah

arahan daripada pihak berkepentingan (34.8%). Hanya 5.5% sahaja menunjukkan

hala tuju KBAT ditetapkan oleh PGB sendiri. Manakala 0.7% menunjukkan hala tuju

KBAT ditetapkan mengikut visi dan misi sekolah. Dalam konteks negeri, negeri Perak

diikuti dengan negeri Sarawak adalah negeri yang banyak mengamalkan kaedah

kolaboratif semasa menetapkan hala tuju KBAT di sekolah. Kebanyakan PGB

menetapkan hala tuju KBAT secara kolaboratif dengan melibatkan Penolong Kanan,

Ketua Panitia, dan Pemandu. Namun demikian, kebanyakan responden di Negeri

Sembilan berpendapat bahawa PGB mereka menetapkan hala tuju KBAT mengikut

arahan pihak berkepentingan iaitu mengikut arahan PPD, JPN dan KPM.

Page 86: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

86

Rajah 5: Penetapan Hala tuju KBAT

8.1.4 Penyebarluasan Matlamat KBAT

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat lapan cara yang digunakan oleh PGB

untuk menyebarluaskan matlamat KBAT iaitu melalui mesyuarat, perhimpunan,

LADAP dan dialog prestasi, media sosial, persekitaran, arahan bertulis, pencerapan

kelas dan sarana ibubapa. Berdasarkan Rajah 6, cara menyebarluaskan matlamat

KBAT melalui mesyuarat merupakan cara yang paling tinggi sekali peratusnya iaitu

sebanyak 42.9% diikuti dengan perhimpunan sekolah (23.2%), latihan dalam

perkhidmatan guru (12.7%), persekitaran sekolah (5.9%), memberi arahan bertulis

(4.3%), pencerapan dan pemantauan kelas (2.6%) dan sarana ibu bapa (0.3%).

Matlamat KBAT kerap disebarkan kepada guru melalui Mesyuarat JK Kurikulum,

Mesyuarat JK Panitia dan Mesyuarat Guru. Di samping itu, matlamat KBAT juga

disebarluaskan kepada guru-guru melalui latihan dan kursus serta pelaksanaan

dialog prestasi, memo dan buku SOP serta melalui perbincangan dengan guru

selepas melaksanakan pencerapan PdP dan pemantauan kelas. Setiap kali

perlancaran dan pertandingan yang melibatkan program KBAT, kebanyakkan

sekolah melaksanakannya dalam perhimpunan. Selain daripada saluran

perhimpunan, PGB juga mewujudkan persekitaran sekolah yang mendokong kepada

penyebarluasan matlamat KBAT. Ini dilakukan dengan mempamerkan matlamat

KBAT melalui banner, lukisan mural dan sebaran maklumat dalam papan pameran.

Program KBAT juga disebarkan kepada ibubapa melalui program-program Sarana

Ibubapa.

Page 87: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

87

Rajah 6: Penyebarluas Matlamat KBAT

8.2 Amalan Mengurus Dan Memimpin Dalam Pelaksanaan KBAT

8.2.1 Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam konteks PdPc, amalan mengurus dan memimpin pelaksanaan KBAT telah

dikategorikan kepada tujuh tema iaitu aplikasi KBAT dalam PdPc, pemantauan dan

pencerapan PdPc, memberi bimbingan kepada guru dan murid, melaksanakan

pembelajaran abad ke-21, mewujudkan iklim sekolah, mengaplikasikan teknologi

dalam PdPc, dan menyediakan peralatan untuk kemudahan pelaksanaan KBAT.

Berdasarkan Rajah 7, amalan yang paling banyak dilaksanakan oleh PGB adalah

memastikan aplikasi KBAT dalam PdPc iaitu sebanyak 36.3%. Amalan ini dilakukan

melalui penggunaan peta i-Think, peta minda dan teknik penyoalan aras tinggi dalam

kelas. Sebanyak 20.3% respon menyatakan amalan pelaksanaan KBAT dijalankan

melalui pemantauan dan pencerapan. Semasa membuat pencerapan, PGB juga

menyemak RPH guru dan hasil kerja murid. Terdapat juga PGB yang memastikan

guru-guru menulis amalan KBAT dalam rancangan pelajaran harian. Terdapat

responden iaitu sebanyak 19.7% respon yang menegaskan bahawa PGB memberi

bimbingan selepas membuat pencerapan PdP dan ini membantu guru melaksanakan

KBAT dalam kelas. Selain itu, amalan PGB memberi bimbingan kepada guru dan

murid telah dilaksanakan dalam perhimpunan sekolah, perbincangan dengan murid,

memberi galakkan kepada murid dan guru. Terdapat responden guru juga

Page 88: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

88

menyatakan bahawa PGB meminta guru memainkan peranan untuk menggalakkan

murid membuat peta i-Think semasa PdPc. Di samping itu, terdapat juga responden

melaporkan bahawa PGB mereka menggalakkan guru-guru menguasai aplikasi

KBAT dalam PdPc melalui PLC iaitu aktiviti lesson study, learning walk, peer

coaching dan teacher sharing session. Satu lagi amalan yang kerap dilaksanakan

oleh PGB untuk menggalakkan KBAT dalam PdP ialah amalan pembelajaran abad

ke-21 dalam kelas iaitu sebanyak 11.6% respon. PGB memastikan guru-guru

melaksanakan PdPc, pembelajaran koperatif, aktiviti kumpulan dan aplikasi teknik

pedagogi yang merangsang pembelajaran seperti simulasi dan role play. Amalan

yang lain ialah mewujudkan iklim sekolah yang mendorong pelaksanaan KBAT iaitu

sebanyak 6.2% daripada jumlah respon sementara 4.4% respon adalah aplikasi

teknologi dan 1.5% respon adalah penyediaan kemudahan untuk pelaksanaan

KBAT.

Rajah 7: Contoh Amalan dalam PdPc

8.2.2 Kokurikulum

Dalam konteks kokurikulum, amalan tersebut dibahagi kepada empat tema iaitu

penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum, rekacipta dan inovasi, perkhemahan

dan penggunaan peta pemikiran dalam aktiviti kokurikulum. Berdasarkan Rajah 8,

contoh amalan KBAT yang paling tinggi dalam bidang kokurikulum adalah

kepelbagaian penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dengan menggunakan

KBAT iaitu sebanyak 61%. Aktiviti yang dimaksudkan merangkumi pertandingan

Page 89: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

89

kokurikulum, aktiviti berkumpulan, aktiviti ko-akademik dan persatuan iaitu murid-

murid dilibatkan dengan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran teknikal

serta penerapan kemahiran berfikir. Negeri Sarawak diikuti dengan negeri Johor

merupakan negeri yang banyak melibatkan murid dalam amalan KBAT semasa

kokurikulum. Amalan KBAT yang kedua tertinggi dalam kokurikulum adalah

penggunaan peta pemikiran semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum (18.7%).

Manakala 11.5% menyatakan amalan tersebut dapat dilihat dalam aktiviti

perkhemahan yang dijalankan dan hanya 9% respon pula menyatakan contoh

amalan KBAT dapat jelas dilihat dalam aktiviti reka cipta dan inovasi.

Rajah 8: Contoh Amalan KBAT dalam Kokurikulum

8.2.3 Hal Ehwal Murid

Dalam konteks Hal Ehwal Murid, amalan KBAT dibahagi kepada tiga tema iaitu

penerapan elemen KBAT dalam aktiviti HEM, kepimpinan murid dan program

bersama ibu bapa/komuniti. Berdasarkan Rajah 9, penerapan elemen KBAT dalam

aktiviti HEM merupakan penerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 69.5% respon

menyatakan aktiviti tersebut diamalkan dalam pertandingan keceriaan kelas,

program mentor-mentee, program motivasi, program sekolah penyayang dan

program bina insan. Negeri Sembilan diikuti dengan negeri Sarawak merupakan

negeri yang banyak menerapkan elemen KBAT dalam aktiviti HEM. Manakala

sebanyak 19.9 % pula menyatakan unsur KBAT dapat diterap dalam kepimpinan

murid. Negeri Johor merupakan negeri yang banyak menerapkan unsur KBAT dalam

kepimpinan murid. Antaranya nilai kepimpinan yang ditunjukkan oleh pengawas.

Page 90: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

90

Penerapan nilai kepimpinan dapat ditunjukkan apabila murid dapat menguruskan

sendiri aktiviti dan perhimpunan sekolah. Hanya 7.12% menyatakan program

bersama ibu bapa atau komuniti turut menerapkan elemen KBAT. Negeri Kedah

merupakan negeri yang banyak menerapkan unsur KBAT dalam program bersama

ibu bapa atau komuniti.

Rajah 9: Contoh Amalan KBAT dalam HEM

8.2.4 Persekitaran Sekolah

Dalam konteks persekitaran sekolah, amalan tersebut dibahagi kepada tiga tema

iaitu penyediaan sudut dan papan kenyataan KBAT, penyediaan bunting, mural peta

pemikiran, brosur dan bilik atau laman i-Think. Berdasarkan Rajah 10, contoh

amalan KBAT yang paling tinggi dalam persekitaran sekolah adalah penyediaan

sudut dan papan kenyataan KBAT, penyediaan bunting, mural peta pemikiran,

brosur dan bilik atau laman i-Think. Bagi meningkatkan amalan pembudayaan KBAT,

sebanyak 56.9% respon menyatakan sekolah mereka menyediakan sudut khas dan

juga papan kenyataan untuk KBAT bagi memaparkan hasil kerja murid, maklumat

terkini tentang program i-Think dan bahan-bahan yang berkaitan tentang KBAT.

Negeri Perak diikuti dengan negeri Selangor dan Negeri Sembilan merupakan negeri

yang banyak menyediakan sudut khas dan juga papan kenyataan untuk amalan

KBAT. Sementara 35.9% pula menyatakan sekolah mereka menyediakan bunting,

mural dan brosur bagi mewar-warkan amalan KBAT. Negeri Sembilan diikuti dengan

negeri Sarawak merupakan negeri yang banyak menyediakan bunting, mural dan

Page 91: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

91

brosur bagi mewar-warkan amalan KBAT. Maklumat dalam bunting dan brosur ialah

berkaitan dengan amalan KBAT yang sedang dilaksanakan di sekolah umpamanya

penggunaan lapan peta pemikiran. Hanya 7.1% respon menyatakan amalan KBAT

dalam persekitaran sekolah dapat dilihat dengan penyediaan bilik atau laman i-Think

umpamanya di Negeri Sembilan dan Sarawak.

Rajah 10: Contoh Amalan KBAT dalam Persekitaran Sekolah

Soalan Kajian 2

Sejauh manakah pemimpin sekolah mengurus perubahan semasa

pelaksanaan KBAT?

9.1 Amalan Mengurus Perubahan dalam Pelaksanaan KBAT

9.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, kajian mendapati bahawa empat

elemen utama telah diberi tumpuan oleh PGB bagi memastikan pelaksanaan KBAT

diamalkan secara berterusan di sekolah iaitu pembangunan profesionalisme guru,

peringatan dan bimbingan, mewujudkan persekitaran PAK21 dan pemantauan.

Berdasarkan Rajah 11, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 38.4% respon

menyatakan PGB memberi tumpuan dalam aspek pemantauan melalui pencerapan

guru, penyemakan ke atas penilaian dan latihan murid serta pemantauan berterusan

Page 92: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

92

terhadap program yang melibatkan murid. Negeri Perak diikuti dengan negeri

Sembilan merupakan negeri yang banyak melaksanakan pemantauan terhadap

pengajaran dan pembelajaran. Elemen kedua tertinggi (37.1%) yang diberi tumpuan

oleh PGB ialah dalam aspek peringatan dan bimbingan. Negeri Sembilan diikuti

dengan negeri Selangor merupakan negeri yang banyak menekankan aspek

peringatan dan bimbingan. Tumpuan ketiga tertinggi ialah dalam aspek

pembangunan profesionalisme guru dimana sebanyak 15.7% respon menyatakan

PGB memberi tumpuan dalam aspek tersebut melalui kursus dalaman, bengkel

pemantapan KBAT serta program mentor mentee. Tumpuan yang terakhir ialah

sebanyak 8.9% respon menyatakan PGB memberi tumpuan dalam aspek

mewujudkan persekitaran PAK21. Antara usaha yang dilaksanakan oleh sekolah

adalah mengadakan aktiviti-aktiviti yang menerapkan KBAT contohnya Kem KBAT,

minggu pemikiran, pertandingan i-THINK, pertandingan buku skrap dan pewujudan

sudut i-THINK di dalam kelas. Negeri Perak diikuti dengan negeri Pulau Pinang

merupakan negeri yang banyak melaksanakan pembangunan profesionalisme guru.

Rajah 11: Mengurus Perubahan dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran

9.1.2 Kokurikulum

Dalam bidang kokurikulum, kajian mendapati bahawa enam elemen utama telah

diberi tumpuan oleh PGB bagi memastikan pelaksanaan KBAT diamalkan secara

Page 93: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

93

berterusan di sekolah iaitu penerapan unsur KBAT dalam aktiviti, usaha kolaboratif,

pemantauan, pembangunan profesionalisme guru, penyebaran maklumat dan

pemberian insentif. Berdasarkan Rajah 12, elemen penerapan unsur KBAT dalam

aktiviti kokurikulum merupakan tumpuan tertinggi iaitu sebanyak 67.7% respon.

Aktiviti tersebut merangkumi penyelesaian masalah seperti pertandingan papan

kenyataan, pertandingan penghasilan peta pemikiran kreatif serta pembentukan

strategi dalam permainan misalnya bola sepak. Negeri Perak diikuti dengan negeri

Sembilan merupakan negeri yang banyak menerapkan unsur KBAT dalam aktiviti

kokurikulum. Elemen kedua tertinggi yang diberi tumpuan oleh PGB ialah dalam

aspek pemantauan dimana sebanyak 22.0% respon menyatakan PGB memberi

tumpuan melalui pemantauan perancangan, semakan buku log aktiviti dan

penyediaan pelaporan aktiviti. Negeri Pahang merupakan negeri yang banyak

melaksanakan pemantauan dalam bidang kokurikulum. Dapatan ketiga tertinggi ialah

dalam aspek pembangunan profesionalisme guru dimana sebanyak 4.4% melalui

perbincangan dan penerangan PGB. Negeri Perak merupakan negeri yang banyak

melaksanakan pembangunan profesionalisme guru dalam bidang kokurikulum.

Rajah 12: Mengurus Perubahan dalam Konteks Kokurikulum

Page 94: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

94

9.1.3 HEM

Dalam bidang HEM, kajian mendapati bahawa tujuh elemen utama telah diberi

tumpuan oleh PGB bagi memastikan pelaksanaan KBAT diamalkan secara

berterusan di sekolah iaitu penerapan unsur KBAT dalam aktiviti HEM, pemantauan,

kolaboratif, pembangunan profesionalisme guru, peringatan dan teguran, sokongan

kepada aktiviti dan insentif. Berdasarkan Rajah 13, sebanyak 47.0% menegaskan

bahawa PGB mereka menerapkan unsur KBAT dalam aktiviti HEM dengan

menggalakkan penggunaan peta i-THINK pada poster yang dipamerkan serta teknik

penyoalan semasa perbincangan dengan murid dalam sesi kaunseling. Negeri

Selangor diikuti dengan negeri Melaka dan Sarawak merupakan negeri yang banyak

menerapkan unsur KBAT dalam aktiviti tersebut. Elemen kedua tertinggi yang diberi

tumpuan oleh PGB ialah dalam aspek peringatan dan teguran iaitu sebanyak 12.8%

respon menyatakan PGB memberi tumpuan dalam aspek tersebut melalui

peringatan dan teguran semasa mesyuarat, bimbingan serta peringatan semasa

perhimpunan. Negeri Perak diikuti dengan negeri Selangor merupakan negeri yang

banyak menggunakan peringatan dan teguran dalam bidang HEM. Tumpuan ketiga

tertinggi ialah dalam aspek pemantauan dimana sebanyak 12.4% respon

menyatakan PGB memantau pelaksanaan program yang dilaksanakan di sekolah.

Negeri Selangor diikuti dengan negeri Johor merupakan negeri yang banyak

membuat pemantauan dalam bidang HEM. Ini diikuti oleh tumpuan kepada

pembangunan profesionalisme guru iaitu sebanyak 11.9% menyatakan PGB

memberi tumpuan dalam aspek tersebut melalui penerangan dan perbincangan.

Sebanyak 8.1% respon menyatakan PGB memberi tumpuan dalam aspek usaha

kolaboratif bersama komuniti luar dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Page 95: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

95

Rajah 13: Mengurus Perubahan dalam Konteks HEM

9.1.4 Persekitaran

Dalam bidang persekitaran, kajian mendapati bahawa tujuh elemen utama telah

diberi tumpuan oleh PGB bagi memastikan pelaksanaan KBAT diamalkan secara

berterusan iaitu merangkumi sebaran maklumat, sokongan kepada aktiviti,

pemantauan, pemberian insentif, usaha kolaboratif dan penerapan KBAT dalam

aktiviti yang dilaksanakan. Berdasarkan Rajah 14, elemen sebaran maklumat diberi

tumpuan tertinggi oleh PGB iaitu sebanyak 41.8% respon dimana promosi maklumat

disebarkan melalui ucapan semasa perhimpunan, paparan maklumat KBAT dan i-

THINK pada papan kenyataan, banner, mural dan stesen i-THINK serta

menggunakan brosur dan risalah. Negeri Sembilan diikuti dengan negeri Pahang

merupakan negeri yang banyak melaksanakan sebaran maklumat bagi mewujudkan

persekitaran yang menyokong bagi memastikan pelaksanaan KBAT secara

berterusan. Tumpuan kedua tertinggi adalah dalam aspek sokongan kepada aktiviti.

Sebanyak 37.9% respon menyatakan PGB menggalakkan kewujudan sudut KBAT

dan sudut i-THINK, pembelian bahan yang menyokong aktiviti KBAT serta

memastikan bahan-bahan yang digunakan senantiasa dikemaskini. Negeri Selangor

merupakan negeri dimana PGB banyak memberi sokongan kepada aktiviti bagi

mewujudkan persekitaran yang menyokong KBAT. Ini diikuti oleh tumpuan

pemberian insentif iaitu sebanyak 8.7% menyatakan PGB memberi pujian dan

mempamerkan hasil kerja murid. Negeri Kelantan merupakan negeri dimana PGB

Page 96: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

96

banyak memberi insentif untuk menyokong persekitaran KBAT. Tumpuan yang

keempat adalah pemantauan iaitu sebanyak 7.7% respon menyatakan PGB

melakukan pemantauan ke bilik darjah bagi memastikan prasarana dan maklumat

mencukupi dan senantiasa ditambahbaik. Negeri Pahang dan negeri Perak banyak

melakukan pemantauan ke bilik darjah. Selain itu, tumpuan lain adalah seperti aspek

penerapan unsur KBAT dalam aktiviti, aspek sokongan kepada aktiviti dan aspek

usaha secara kolaboratif contohnya dengan pihak luar untuk mengadakan bengkel

dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong pelaksanaan KBAT secara

berterusan dilaksanakan di sekolah.

Rajah 14: Mengurus Perubahan dalam Konteks Persekitaran

9.2 Langkah-langkah mengurus perubahan dalam menjayakan KBAT

9.2.1 Memberi Penghargaan

Berdasarkan Rajah 15, dalam konteks memberi penghargaan kepada warga sekolah

yang melaksanakan perubahan untuk menjayakan KBAT di sekolah, sebanyak

92.0% daripada responden mengatakan PGB mereka memang memberi

penghargaan kepada warga sekolah yang melaksanakan perubahan untuk

menjayakan KBAT di sekolah dan hanya 7.8% responden mengatakan sebaliknya.

Contoh-contoh penghargaan yang diberikan adalah dalam bentuk sumbangan,

ucapan penghargaan, sijil penghargaan, hadiah dan anugerah kepada warga

Page 97: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

97

sekolah dalam melaksanakan perubahan untuk menjayakan KBAT di sekolah.

Berdasarkan Rajah 16, ucapan penghargaan merupakan bentuk penghargaan yang

tertinggi yang diberikan oleh PGB kepada warga sekolah iaitu sebanyak 42.3%

responden mengatakan demikian. Negeri Perak diikuti dengan negeri Sarawak

banyak memberi penghargaan melalui ucapan. Bentuk penghargaan yang kedua

tertinggi yang diberi oleh PGB adalah pemberian sijil penghargaan (32.3%) diikuti

oleh pemberian hadiah dan anugerah.

Rajah 15: Pemberian Penghargaan

Rajah 16: Contoh-contoh Penghargaan

Page 98: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

98

9.2.2 Mengambil Tindakan

Selain daripada penghargaan, PGB juga mengambil tindakan terhadap warga

sekolah yang tidak melaksanakan perubahan untuk menjayakan KBAT di sekolah.

Berdasarkan Rajah 17, sebanyak 72.3% responden mengatakan PGB mereka

memang mengambil tindakan jikalau tidak melaksanakan perubahan untuk

menjayakan KBAT di sekolah dan hanya 26.8% responden sebaliknya. Contoh-

contoh tindakan yang diambil adalah seperti dalam bentuk teguran dan peringatan,

bimbingan serta arahan. Berdasarkan Rajah 18, teguran dan peringatan menjadi

amalan tertinggi dalam kalangan PGB iaitu seramai 49.8% responden menyatakan

demikian. PGB memberi teguran dan peringatan di dalam mesyuarat, taklimat dan

telegram sekolah. Negeri Perak diikuti dengan negeri Sarawak banyak memberi

teguran dan peringatan terhadap warga sekolah yang tidak melaksanakan

perubahan untuk menjayakan KBAT di sekolah. Bimbingan merupakan amalan

kedua tertinggi yang diberi oleh PGB iaitu seramai 44.6% responden menyatakan

demikian. Bimbingan PGB dilaksanakan selepas pencerapan dan melalui Latihan

dalam Perkhidmatan yang dilaksanakan di sekolah. Negeri Perak banyak memberi

bimbingan terhadap warga sekolah yang tidak melaksanakan perubahan untuk

menjayakan KBAT di sekolah. Sebanyak 5.6% responden mengatakan PGB

memberi arahan agar kepada warga sekolah dalam melaksanakan perubahan untuk

menjayakan KBAT di sekolah.

Rajah 17: Tindakan Diambil

Page 99: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

99

Rajah 18: Contoh Tindakan Diambil oleh PGB

9.2.3 Menerima Cadangan

Berdasarkan Rajah 19, sebanyak 92.0% responden mengatakan PGB mereka

memang menerima cadangan yang diberikan oleh pasukan pemandu dan hanya

7.5% responden mengatakan sebaliknya. Contoh-contoh cadangan yang diterima

adalah penerapan KBAT dalam aktiviti yang dilaksanakan, perancangan aktiviti,

penyediaan infrastruktur, penyediaan dokumentasi, pembangunan profesionalisme

guru, insentif dan sokongan kepada aktiviti. Berdasarkan Rajah 20, cadangan

tertinggi yang diterima oleh PGB adalah dalam aspek penerapan unsur KBAT dalam

aktiviti yang dijalankan iaitu sebanyak 33.3% respon mengatakan demikian. Negeri

Selangor diikuti dengan negeri Melaka banyak memberi cadangan dalam aspek

penerapan unsur KBAT. Cadangan kedua tertinggi adalah dalam penyediaan

infrastruktur iaitu sebanyak 28.1% respon mengatakan usaha PGB menyediakan

infrastruktur seperti papan kenyataan serta papan tanda yang mempamerkan

informasi mengenai KBAT. Negeri Perak banyak memberi cadangan tersebut.

Cadangan dalam pembangunan profesionalisme guru merupakan cadangan ketiga

tertinggi iaitu sebanyak 19.3% respon mengatakan demikian. Negeri Selangor diikuti

dengan negeri Terengganu banyak memberi cadangan tentang pembangunan

profesionalisme guru. Perancangan aktiviti merupakan cadangan keempat tertinggi

sebanyak 14.5% responden mengatakan demikian. Sokongan kepada aktiviti iaitu

Page 100: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

100

sebanyak 2.8% respon mengatakan demikian manakala sebanyak 1.4% mengatakan

PGB menerima cadangan dalam penyediaan dokumentasi, sistem fail, CD Modul

KBAT serta penyediaan bahan bantu mengajar. Hanya 0.6% respon mengatakan

PGB menerima cadangan dalam pemberian insentif.

Rajah 19: Penerimaan Cadangan Pasukan Pemandu

Rajah 20: Contoh-contoh Cadangan Pasukan Pemandu

Page 101: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

101

Soalan Kajian 3

Sejauh manakah pemimpin sekolah merancang pelaksanaan KBAT?

10.1 Merancang Pelaksanaan KBAT

10.1.1 Perancangan Strategik KBAT

Dapatan kajian mendapati sebanyak 55.8% responden menyatakan bahawa sekolah

mereka mempunyai perancangan strategik KBAT yang tersendiri dan 43.8%

menyatakan sebaliknya. Negeri Perak dan negeri Sembilan merupakan negeri yang

paling banyak respon bahawa sekolah mereka ada membina perancangan strategik

KBAT. Hasil kajian mendapati terdapat enam tema yang berkaitan dengan inisiatif

KBAT dalam perancangan strategik KBAT. Berdasarkan Rajah 21, inisiatif untuk

mempelbagaikan aktiviti KBAT merupakan inisiatif yang tertinggi yang dikemukan

oleh responden (33.2% respon). Negeri Selangor diikuti oleh Melaka merupakan

negeri yang mempunyai respon tertinggi dalam inisiatif untuk mempelbagaikan

aktiviti KBAT. Manakala insiatif KBAT yang kedua tertinggi ialah peningkatan

kemahiran penggunaan alat berfikir dan penyelesaian masalah yang melibatkan

soalan KBAT dengan 24.89% respon. Negeri Perak merupakan negeri yang tertinggi

diikuti dengan Negeri Sembilan yang mempunyai inisiatif tersebut. Insiatif untuk

mempromosi KBAT merupakan inisiatif ketiga tertinggi dengan 16.2% respon.

Page 102: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

102

Rajah 21: Inisiatif dalam Perancangan Strategik KBAT

Walau bagaimanapun, terdapat dua negeri iaitu negeri Sarawak dan Kuala Lumpur

merupakan negeri yang tiada respon langsung mengatakan sekolah mereka

mempunyai perancangan strategik KBAT. Berdasarkan Rajah 22, alasan utama

responden bahawa sekolah mereka tidak membina perancangan strategik KBAT

adalah disebabkan perancangan strategik KBAT disisip ke dalam perancangan

strategik bidang kurikulum dengan 65.7% respon mengatakan demikian. Negeri

Sarawak mempunyai responden tertinggi yang mengatakan sedemikian. Walau

bagaimnapun, sebanyak 20.7% respon mengatakan bahawa mereka tidak pasti

mengapa perancangan strategik KBAT tidak dibina. Negeri Kelantan diikuti dengan

negeri Kedah mempunyai respon yang tertinggi tentang ketidakpastian ini.

Page 103: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

103

Rajah 22: Sebab Sekolah Tidak Membina Perancangan Strategik KBAT

10.1.2 Pelan Tindakan KBAT

Walaupun 43.8% responden menyatakan bahawa sekolah mereka tidak membina

perancangan strategik KBAT secara berasingan tetapi secara spesifikasi, sebanyak

60.8% respon mengatakan bahawa sekolah mereka ada membina pelan tindakan

KBAT. Negeri Perak merupakan negeri yang mempunyai respon yang tertinggi yang

mengatakan sekolah mereka ada membina pelan tindakan KBAT diikuti oleh Negeri

Sembilan. Walau bagaimanapun, sebanyak 38.8% respon mengatakan bahawa

pelan tindakan KBAT tidak dibina di sekolah. Negeri Sarawak diikuti oleh Negeri

Kedah merupakan negeri yang mempunyai respon yang tinggi mengatakan sekolah

mereka tidak membina pelan tindakan KBAT. Berdasarkan Rajah 23, alasan utama

responden bahawa sekolah mereka tidak membina pelan tindakan KBAT adalah

disebabkan pelan tindakan KBAT dimasukkan ke dalam perancangan panitia dengan

sebanyak 51.5% respon. Negeri Perak diikuti dengan negeri Selangor merupakan

negeri yang mempunyai respon tertinggi mengatakan demikian. Alasan kedua tinggi

(34.3%) ialah pihak sekolah tidak menerima sebarang pendedahan dan maklumat

tentang pembinaan pelan tindakan KBAT. Negeri Sembilan diikuti dengan negeri

Kelantan merupakan negeri yang mempunyai respon tinggi mengatakan demikian.

Sebanyak 12.7% respon mengatakan mereka tidak pasti mengapa pelan tindakan

KBAT tidak dibina di sekolah. Negeri Kedah diikuti oleh negeri Selangor merupakan

negeri yang mempunyai respon tinggi tentang ketidakpastian ini.

Page 104: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

104

Rajah 23: Sebab Sekolah Tidak Membina Pelan Tindakan KBAT

Kajian mendapati sekolah-sekolah di Malaysia juga menganalisis persekitaran

sekolah semasa merancang pelan tindakan KBAT. Negeri Perak diikuti dengan

Sembilan merupakan negeri yang mempunyai respon tinggi dalam menganalisis

persekitaran sekolah semasa merancang pelan tindakan KBAT. Walau

bagaimanapun sebanyak 30.2% respon mengatakan bahawa sekolah mereka tidak

menganalisis persekitaran semasa membina pelan tindakan KBAT umpamanya

negeri Sabah, Johor dan Kedah. Berdasarkan Rajah 24, alasan pertama yang diberi

adalah kerana mereka tidak mendapat pendedahan (71.4%) dan alasan yang kedua

menyatakan bahawa pelan tindakan KBAT telah disisip ke dalam perancangan

kurikulum (28.6%) dan tidak perlu membuat sekali lagi analisis persekitaran. Negeri

Sembilan, Kelantan dan Kedah merupakan negeri yang mempunyai respon yang

tinggi yang menekankan alasan pertama. Manakala negeri Perak dan Selangor

merupakan negeri tinggi yang menekankan alasan yang kedua.

Page 105: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

105

Rajah 24: Sebab tidak menganalisis persekitaran sekolah

Berdasarkan Rajah 25, aspek yang diambilkira semasa menganalisis persekitaran

dalam pembinaan pelan tindakan KBAT ialah penekanan kepada aspek sokongan

warga dalaman sekolah dengan 41.9% respon. Sokongan warga dalaman jelas

kelihatan melalui usaha mengadakan PLC melalui lesson study dan learning walk

dalam meningkatkan kepakaran guru mencukupi bagi melaksanakan KBAT.

Sarawak diikuti Negeri Sembilan merupakan negeri yang mempunyai respon yang

tinggi mengatakan demikian. Aspek kedua yang diambilkira semasa menganalisis

persekitaran dalam pembinaan pelan tindakan KBAT ialah kepakaran guru. Aspek ini

lebih diutamakan di negeri Perak, Pahang, Sarawak dan Putrajaya.

Rajah 25: Aspek Diambilkira untuk Menganalisis Persekitaran Sekolah

Page 106: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

106

Semasa pembinaan pelan tindakan, kajian mendapati sekolah-sekolah di Negeri

Perak diikuti dengan Negeri Sembilan dan Sarawak banyak melibatkan warga

sekolah semasa membina pelan tindakan KBAT. Manakala semua responden di

Kuala Lumpur menyatakan sekolah mereka langsung tidak melibatkan warga

sekolah semasa membina pelan tindakan. Berdasarkan Rajah 26, alasan utama

tidak melibatkan warga sekolah semasa membina pelan tindakan ialah pelan

tindakan KBAT digabungkan ke dalam pelan tindakan bidang kurikulum dan tidak

perlu penyediaan pelan tindakan khusus untuk KBAT. Alasan yang kedua ialah

hanya pentadbir, pemandu dan JK KBAT sahaja yang terlibat dalam pembinaan

pelan tindakan KBAT.

Rajah 26: Sebab tidak melibatkan warga sekolah semasa membina pelan tindakan

Bagi membudayakan KBAT, pelan tindakan telah dibuat penambahbaikan dari masa

ke semasa. Keseluruhannya, sebanyak 79.9% respon mengatakan penambahbaikan

telah dibuat kepada pelan tindakan KBAT berbanding 21.1% respon yang

mengatakan tidak membuat penambahbaikan. Negeri Perak diikuti dengan Negeri

Sembilan merupakan negeri yang mempunyai respon yang tinggi dalam membuat

penambahbaikan ke atas pelan tindakan KBAT. Walau bagaimanapun, terdapat

beberapa negeri yang mempunyai respon bahawa pelan tindakan tidak dibuat

penambahbaikan dari semasa ke semasa. Negeri Johor diikuti oleh negeri Sabah

merupakan negeri yang tertinggi bilangan respon yang mengatakan pelan tindakan

KBAT tidak dibuat penambahbaikan. Berdasarkan Rajah 27, antara beberapa alasan

Page 107: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

107

yang diberikan adalah dokumen perancangan KBAT tidak wujud, pelan tindakan

KBAT digabung dengan perancangan kurikulum, kekangan masa, PGB tidak

mengambil tahu mengenai pelaksanaan KBAT, bebanan tugas lain, pelan tindakan

KBAT yang asal masih lagi relevan serta kekurangan sumber. Alasan tertinggi yang

diberi oleh sekolah mengapa pelan tindakan KBAT tidak dibuat penambahbaikan

adalah dokumen perancangan KBAT tidak wujud di sekolah iaitu sebanyak 74.1%

respon. Negeri Selangor diikuti dengan negeri Kelantan merupakan negeri yang

mempunyai respon yang tinggi mengatakan demikian. Alasan kedua tertinggi adalah

kekangan masa dimana 12% respon mengatakan demikian. Negeri Selangor,

Terengganu dan Sabah mempunyai respon yang tinggi tentang masalah kekangan

masa untuk membuat pelan penambahbaikan KBAT.

Rajah 27: Sebab Tidak Membuat Pelan Penambahbaikan KBAT

10.2 Langkah-langkah merealisasikan perancangan dalam menjayakan KBAT

10.2.1 Penglibatan Warga Sekolah Dalam Pembinaan Pelan Tindakan

Kajian dapati bahawa penglibatan warga sekolah dalam pembinaan pelan tindakan

adalah berbentuk kolaboratif dalam kalangan warga sekolah seperti mesyuarat,

perbincangan dan sumbangsaran dilaksanakan secara bersama. Selain dari usaha

kolaboratif, pemberian insentif seperti penghargaan dan pengiktirafan juga

diamalkan. Kajian juga mendapati wujud usaha meningkatkan infrastruktur bagi

pelaksanaan KBAT seperti penyediaan sudut i-THINK, bimbingan serta pemantauan

dan penyediaan perancangan strategik bagi KBAT juga diamalkan. Tambahan pula,

Page 108: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

108

peningkatan kualiti proses pembelajaran dan pemudahcaraan serta program KBAT

turut dilaksanakan. Berdasarkan Rajah 28, usaha kolaboratif dalam sekolah

merupakan usaha tertinggi yang telah diamalkan iaitu sebanyak 55.5% respon.

Negeri Sembilan diikuti oleh Kelantan dan Sarawak mempunyai respon yang tinggi

tentang usaha kolaboratif ini. Bimbingan dan pemantauan merupakan usaha kedua

tertinggi diamalkan iaitu sebanyak (13.8%). Melaka merupakan negeri tertinggi

mengamalkan bimbingan dan pemantauan, diikuti oleh negeri Johor dan Kedah.

Usaha kolaboratif dengan PIBG serta komuniti merupakan usaha ketiga tertinggi.

Usaha ini kebanyakkannya diamalkan oleh negeri Selangor diikuti oleh Pahang dan

Negeri Sembilan.

Rajah 28: Penglibatan Warga Sekolah dalam Perancangan KBAT

10.2.2 Memotivasikan Warga Sekolah untuk Merealisasikan Perancangan

Beberapa usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk memotivasikan warga

sekolah bagi merealisasikan perancangan iaitu dengan cara memberi penghargaan,

mengadakan PLC, memberi peringatan berterusan dalam mesyuarat, memberi

dorongan secara berterusan melalui sokongan idea, moral dan kewangan serta

mengenakan arahan kerja. Berdasarkan Rajah 29, kajian mendapati kebanyakan

sekolah cenderung memberi penghargaan dengan respon sebanyak 44.8% respon.

Negeri Perak diikuti oleh negeri Selangor dan Negeri Sembilan mempunyai respon

yang tinggi dalam pemberian penghargaan. Pelaksanaan PLC (19.3%) merupakan

usaha yang kedua tertinggi untuk memotivasikan warga sekolah bagi merealisasikan

Page 109: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

109

perancangan. Kebanyakan usaha ini diamalkan di negeri Sembilan diikuti oleh Perak

dan Melaka. Usaha yang ketiga tertinggi ialah memberi peringatan dan makluman

secara berterusan dalam mesyuarat dan perjumpaan (15.6%). Usaha ini

kebanyakkannya berlaku di sekolah di Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

Rajah 29: Motivasi Warga Sekolah untuk Merealisasikan Perancangan

10.2.3 Penggunaan Sumber Untuk Membudayakan KBAT

Berdasarkan Rajah 30, kajian mendapati sumber yang digunakan dalam

membudayakan KBAT di sekolah adalah kepakaran guru dan jurulatih luar iaitu

sebanyak 46.4% respon. Negeri Selangor diikuti oleh negeri Sarawak merupakan

negeri tertinggi menggunakan sumber untuk membudayakan KBAT. Sumber yang

kedua tertinggi yang digunakan adalah bantuan kewangan PIBG dan agensi luar.

Negeri Perak diikuti oleh negeri Sarawak merupakan negeri tertinggi menggunakan

bantuan kewangan PIBG dan agensi luar untuk membudayakan KBAT. Sumber yang

ketiga tertinggi adalah penggunaan peruntukan kewangan sekolah iaitu sebanyak

19.4% respon mengatakan demikian. Negeri Selangor diikuti oleh negeri Melaka

merupakan negeri tertinggi menggunakan peruntukan kewangan sekolah untuk

membudayakan KBAT. Penggunaan ICT merupakan sumber terendah untuk

membudayakan KBAT (12.6%).

Page 110: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

110

Rajah 30: Sumber yang Digunakan untuk Membudayakan KBAT

Soalan Kajian 4

Sejauh manakah pemimpin sekolah memantau pelaksanaan KBAT?

11.1 Amalan Memantau Dalam Pelaksanaan KBAT

11.1.1 Pengajaran Dan Pembelajaran

Kajian mendapati bahawa sebanyak 90.2% daripada 477 responden menyatakan

sekolah mereka telah menjalankan pemantauan KBAT setiap tahun di sekolah dan

hanya 9.8% responden menyatakan sebalik. Kebanyakan sekolah umpamanya di

negeri Perak diikuti dengan negeri Sembilan cenderung menjalankan pemantauan

semasa PdP. Selain itu, kebanyakan respon dari negeri Kedah menyatakan

pemantauan KBAT hanya dilakukan sebagai sisipan PAK-21. Manakala negeri

Sarawak menjelaskan sekolah mereka baru hendak memulakan pemantauan KBAT.

Semasa pemantauan dijalankan sebanyak 86.2% daripada 477 responden

menyatakan sekolah mereka memang menyediakan jadual pemantauan KBAT.

Manakala sebanyak 13.8% responden memberitahu sekolah mereka tidak

menyediakan jadual pemantauan. Alasan utama jadual pemantauan tidak disediakan

adalah kerana pemantauan KBAT dijalankan semasa pencerapan PdP rutin sahaja.

Malah, kebanyakkan responden dari negeri Kedah menyatakan sekolah mereka

Page 111: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

111

hanya menjadikan pemantauan KBAT sebagai sisipan pemantauan PAK-21. Selain

itu, terdapat juga alasan umpamanya di negeri Perak menyatakan tidak ada

kepakaran dalam kalangan mereka menyebabkan jadual pemantauan KBAT tidak

disediakan.

Dalam proses pemantauan, sebanyak 40.5% respon menyatakan sekolah mereka

menggunakan instrumen JNJK semasa pemantauan PdP. Manakala 30.8% respon

menyatakan mereka menggunakan instrumen dari JPN dan hanya 28.8% respon

pula menjelaskan sekolah mereka menggunakan instrumen dari PPD untuk

memantau PdP di sekolah. Sebaliknya, kebanyakan respon di negeri Pulau Pinang,

Melaka dan Sarawak memberitahu sekolah mereka menggunakan instrumen yang

hanya disediakan oleh pihak sekolah sahaja. Manakala kebanyakan respon di negeri

Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Labuan dan Sabah

menjelaskan bahawa sekolah mereka tidak dibekalkan instrumen khusus untuk

pemantauan KBAT di sekolah.

Berdasarkan Rajah 31 semasa pemantauan dijalankan, kajian mendapati beberapa

alat pemikiran telah digunakan untuk memastikan KBAT dilaksanakan di sekolah.

Dapatan menunjukkan bahawa hampir 39.8% respon menyatakan mereka

menggunakan Peta Pemikiran sebagai alat pemikiran untuk memastikan KBAT

dilaksanakan di sekolah. Manakala sebanyak 36.3% respon menyatakan mereka

menggunakan Peta Minda sebagai alat pemikiran di sekolah. Sebanyak 4.6% respon

pula mengatakan mereka menggunakan enam topi pemikiran sebagai alat untuk

memastikan pelaksanaan KBAT di sekolah. Manakala hanya 0.5% daripada respon

memberitahu mereka menggunakan Ryan’s Thinkers Key sebagai alat untuk

memastikan pelaksanaan KBAT di sekolah dan 19.8% respon pula menyatakan

mereka menggunakan alatan lain selain dari alat tersebut untuk memastikan

pelaksanaan KBAT di sekolah.

Page 112: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

112

Rajah 31: Penggunaan Alat Pemikiran semasa Pelaksanaan KBAT

Kajian mendapati sebanyak 98.7% daripada 477 responden menyatakan

pemantauan di sekolah mereka menekankan kemahiran berfikir sebagai teras dalam

pengajaran dan pembelajaran dan hanya 1.3% responden menyatakan sebalik.

Alasan utama sekolah mereka tidak berbuat demikian adalah kerana kemahiran

berfikir telah disisipkan dalam pemantauan dalam PAK-21 dan juga masalah

kekangan masa. Dalam konteks aktiviti berpusatkan murid, sebanyak 99.2%

daripada 477 responden menyatakan aktiviti berpusatkan murid menjadi teras dalam

pemantauan mereka dan hanya 0.8% responden menyatakan sebalik. Manakala

dalam konteks teknik penyoalan, dapatan menunjukkan sebanyak 98.5% daripada

477 responden menyatakan teknik penyoalan menjadi teras dalam pemantauan di

sekolah dan hanya 1.5% tidak berbuat demikian.

Kajian mendapati sebanyak 97.4% daripada 477 responden menyatakan PGB

mereka mengadakan sesi perbincangan dengan guru selepas pencerapan PdP di

sekolah dan hanya 2.6% responden memberitahu tidak berbuat demikian. Beberapa

alasan PGB tidak melaksanakan sesi perbincangan dengan guru selepas

pencerapan PdP sesi perbincangan dengan guru selepas pencerapan PdP adalah

kerana rumusan keseluruhan hasil pemantauan hanya dibuat dalam mesyuarat guru

dan sebahagian besar juga menyatakan kekangan masa menjadi halangan kepada

mereka dari berbuat demikian. Selain itu, kajian juga mendapati sebanyak 79.0%

responden menyatakan PGB mereka melaksanakan pemantauan terhadap pasukan

pemandu dalam melatih guru-guru secara berterusan dan hanya 21.0% responden

menyatakan bahawa PGB mereka tidak berbuat demikian. Beberapa alasan PGB

Page 113: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

113

tidak melaksanakan pemantauan terhadap pasukan pemandu dalam melatih guru-

guru secara berterusan adalah kerana PGB mereka tidak pasti tentang pelaksanaan

pemantauan terhadap pasukan pemandu, kekangan masa dan pasukan pemandu di

sekolah mereka baru ditubuhkan.

11.1.2 Kokurikulum

Dalam pemantauan bidang kokurikulum, dapatan menunjukkan 82.6% responden

menyatakan PGB melaksanakan pemantauan aspek KBAT dalam bidang

kokurikulum. Manakala hanya 17.4% responden sebaliknya. Beberapa alasan

mengapa PGB tidak melaksanakan pemantauan aspek KBAT dalam bidang

kokurikulum ialah pemantauan dibuat secara umum sahaja tidak khusus kepada

kokurikulum, pemantauan kokurikulum kurang diberi penekanan di sekolah, kurang

jelas tentang pemantauan KBAT dalam kokurikulum dan tiada instrumen

pemantauan KBAT dalam kokurikulum.

11.1.3 HEM

Dalam pemantauan bidang HEM, kajian mendapati sebanyak 76.7% responden

menyatakan PGB mereka melaksanakan pemantauan KBAT manakala 23.3%

responden menyatakan sebaliknya. Beberapa alasan yang diberi mengapa PGB

mereka tidak melaksanakan pemantauan aspek KBAT dalam bidang HEM ialah

pemantauan dibuat secara umum dan bukan khusus untuk aspek KBAT dalam

bidang HEM, kekangan masa, memberi penekanan lebih kepada kurikulum, kurang

kemahiran untuk melaksanakan pemantauan aspek KBAT dalam bidang HEM dan

amalan pemantauan KBAT tidak jelas dalam HEM.

11.1.4 Persekitaran

Dalam pemantauan bidang persekitaran sekolah, kajian mendapati sebanyak 84.9%

responden menyatakan PGB mereka melaksanakan pemantauan KBAT manakala

15.1% responden tidak melaksanakan pemantauan tersebut. Beberapa alasan PGB

tidak melaksanakan pemantauan aspek KBAT dalam bidang tersebut ialah

pemantauan persekitaran dilaksanakan secara umum dan bukan khusus untuk

Page 114: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

114

aspek KBAT, tidak pasti dan kurang kemahiran untuk melaksanakan pemantauan

dalam bidang tersebut serta pemantauan dilaksanakan tetapi tidak

didokumentasikan.

11.2 Analisis dan Dokumentasi Hasil Pemantauan KBAT

11.2.1 Analisis Hasil Pemantauan KBAT

Dapatan menunjukkan hanya 52% daripada 477 responden menyatakan sekolah

mereka melaksanakan analisis pemantauan KBAT manakala 48% responden

menyatakan bahawa analisis pemantauan tidak dilaksanakan. Beberapa alasan

utama sekolah tidak membuat analisis pemantauan KBAT adalah kerana

ketidakpastian, tiada maklumat serta tiada pendedahan tentang pelaksanaan analisis

pemantauan, kesukaran mengumpul data, kekangan masa dan tiada kemahiran.

Malah, terdapat respon yang menyatakan analisis pemantauan ini baru hendak

diusahakan.

11.2.2 Laporan Pemantauan KBAT

Dapatan menunjukkan hanya 55.1% daripada 477 responden menyatakan sekolah

mereka menyediakan laporan pemantauan KBAT dan sebanyak 44.9% responden

mendedahkan bahawa sekolah mereka tidak berbuat demikian. Beberapa alasan

utama sekolah tidak menyediakan laporan pemantauan KBAT adalah kerana wujud

ketidakpastian tentang pelaksanaan pemantauan terhadap pasukan pemandu,

kekangan masa dan laporan pemantauan KBAT telah disisipkan dalam laporan

PAK21.

11.2.3 Post- Mortem Pemantauan KBAT

Kajian mendapati hanya 58.9% responden menyatakan sekolah mereka

menjalankan post-mortem terhadap hasil pemantauan KBAT dan 41.1% responden

mendedahkan bahawa sekolah mereka tidak berbuat demikian. Beberapa alasan

sekolah tidak menjalankan post-mortem terhadap hasil pemantauan KBAT adalah

kerana sekolah mereka tidak pasti dan tidak jelas tentang pelaksanaan post-mortem

terhadap hasil pemantauan KBAT, tiada maklumat tentang keperluan post mortem,

Page 115: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

115

kekangan masa, tiada laporan pemantauan dan pasukan pemandu di sekolah

mereka baru ditubuhkan.

11.2.4 Tindakan Susulan Pemantauan KBAT

Kajian mendapati sebanyak 65.2% daripada 477 responden menyatakan bahawa

sekolah menggunakan dapatan pemantauan untuk membuat tindakan susulan

manakala 34.8%. menyatakan bahawa dapatan pemantauan tidak digunakan untuk

membuat tindakan susulan. Beberapa alasan sekolah tidak menggunakan dapatan

pemantauan untuk membuat tindakan susulan adalah kerana sekolah mereka tidak

pasti dan tidak jelas tentang pelaksanaan tindakan susulan, tiada maklumat tentang

keperluan tindakan susulan, kekangan masa, tiada dapatan pemantauan oleh itu

post-mortem

11.2.5 Perkongsian Hasil Dapatan Pemantauan KBAT

Kajian mendapati sebanyak 74.0% responden menyatakan bahawa PGB mereka

kongsi bersama hasil dapatan pemantauan dengan guru-guru manakala 26.0%

responden menyatakan bahawa PGB mereka tidak berbuat demikian. Beberapa

alasan sekolah tidak menggunakan dapatan pemantauan untuk membuat tindakan

susulan adalah kerana sekolah mereka tiada pendedahan tentang perkongsian

tersebut, kekangan masa dan tiada dapatan pemantauan. Justeru itu, hasil dapatan

pemantauan tidak dapat dikongsi bersama dengan guru-guru.

11.2.6 Penyimpanan Dokumen Pemantauan KBAT

Dapatan menunjukkan sebanyak 75.7% daripada 477 responden menyatakan

bahawa sekolah mereka menyediakan dokumen KBAT yang lengkap dan mudah

dicapai manakala 24.3% responden menyatakan sekolah mereka tidak berbuat

demikian. Alasan utama sekolah tidak menyediakan dokumen KBAT yang lengkap

dan mudah dicapai adalah kerana sekolah mereka tiada maklumat dan pendedahan

tentang perkara tersebut.

Page 116: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

116

12. PERBINCANGAN

12.1 Amalan mengurus dan memimpin dalam pelaksanaan KBAT

Peranan PGB dalam pelaksanaan KBAT dapat dilihat berdasarkan kepada amalan

penglibatan PGB dalam pembudayaan KBAT. Dapatan kajian telah menunjukkan

hampir semua PGB sekolah yang mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya menubuhkan pasukan pemandu di

sekolah masing-masing dan membimbing pasukan pemandu dengan menjelaskan

fungsi pasukan pemandu dalam pelaksanaan KBAT. Tambahan pula, hampir semua

PGB telah melibatkan diri dalam aktiviti KBAT sekurang-kurangnya sekali dalam

setahun. Malah, sebahagian daripada PGB dalam sampel kajian memang

melibatkan diri dalam aktiviti KBAT lebih daripada 4 kali setahun.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat empat cara yang digunakan oleh

PGB untuk menetapkan hala tuju KBAT iaitu secara kolaboratif, arahan daripada

pihak berkepentingan, PGB sendiri dan hala tuju yang berfokuskan visi dan misi

sekolah. Penetapan hala tuju KBAT secara kolaboratif diikuti oleh arahan daripada

pihak berkepentingan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam

kalangan PGB. Kebanyakan PGB menetapkan hala tuju KBAT secara kolaboratif

dengan melibatkan Penolong Kanan, Ketua Panitia, dan Pemandu. Kajian juga

mendapati bahawa terdapat lapan cara yang digunakan oleh PGB untuk

menyebarluaskan matlamat KBAT iaitu melalui mesyuarat, perhimpunan, LADAP

dan dialog prestasi, media social, persekitaran, arahan bertulis, pencerapan kelas

dan sarana ibubapa. Penyebarluasan matlamat KBAT melalui mesyuarat dan

perhimpunan sekolah merupakan cara yang paling banyak diamalkan dalam

kalangan PGB.

Kajian mendapati PGB berperanan dalam membudayakan KBAT di sekolah. Hal ini

dapat dibuktikan melalui contoh-contoh amalan yang dilaksanakan berdasarkan

kepada keempat-empat bidang iaitu amalan pengajaran dan pembelajaran,

kurikulum, hal ehwal murid dan persekitaran. Hasil kajian menunjukkan dalam

mengurus dan memimpin guru-guru membudayakan amalan KBAT dalam bidang

kurikulum, PGB memainkan peranan dengan memberi peringatan dan bimbingan.

Peringatan dan bimbingan ini diberikan selepas sesi pencerapan dan semasa dalam

taklimat atau mesyuarat. Antara elemen KBAT yang sentiasa diberi peringatan ialah

penggunaan alat berfikir iaitu peta pemikiran dalam kelas, pembinaan item soalan

Page 117: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

117

dan teknik penyoalan. Dapatan ini selaras dengan pendapat Hall dan Hord (Huseein,

1993) bahawa PGB sebagai pemudah cara perubahan mengandungi tingkah laku

yang dinamik dan produktif dan menganggap peranan mereka ialah memberi

sokongan dan bimbingan kepada guru-guru. Elemen ketiga yang diberi keutamaan

oleh PGB ialah pembangunan kompetensi guru. Program pembangunan yang

dilaksanakan ialah kursus dalaman, bengkel pemantapan KBAT dan program

mentor-mentee. Usaha meningkatkan kompetensi guru ini amat penting kerana

peranan guru sekarang semakin mencabar. Guru perlu sentiasa bersedia dengan

mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang kreatif, berpusatkan murid,

pembelajaran kolaboratif dan berpemikiran komputasional selaras dengan aspirasi

negara untuk melahirkan murid berkemahiran aras berfikir yang tinggi. Keadaan ini

selaras dengan elemen seterusnya yang menjadi tumpuan PGB iaitu mewujudkan

persekitaran abad ke-21. Hasil kajian menunjukkan PGB telah menumpukan usaha

melaksanakan program-program kemahiran berfikir seperti kem KBAT, minggu i-

THINK, pertandingan buku skrap dan pengwujudan sudut i-THINK dalam kelas.

Semasa mengurus dan memimpin pengajaran dan pembelajaran, tumpuan utama

PGB bagi memastikan pelaksanaan KBAT diamalkan secara berterusan adalah

aplikasi KBAT dalam PdP, pemantauan dan pencerapan PdP, memberi bimbingan

kepada guru dan murid, melaksanakan pembelajaran abad ke-21, mewujudkan iklim

sekolah, mengaplikasikan teknologi dalam PdP, dan menyediakan peralatan untuk

kemudahan pelaksanaan KBAT. Amalan yang paling banyak dilaksanakan oleh PGB

adalah memastikan aplikasi KBAT dalam PdP melalui penggunaan peta i-THINK,

peta minda dan teknik penyoalan aras tinggi dalam kelas diikuti dengan amalan

pemantauan dan pencerapan.

Dalam bidang kokurikulum pula, amalan pembudayaan KBAT dapat dilihat semasa

penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan. Murid-murid

diterapkan dengan pelbagai kemahiran antaranya seperti kemahiran berfikir,

kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran teknikal semasa mereka

melaksanakan aktiviti secara berkumpulan atau pun melibatkan diri dalam

pertandingan. Aktiviti berkumpulan semasa perkhemahan bukan sahaja dapat

menyerlahkan bakat kepimpinan murid-murid tetapi juga mampu melahirkan murid-

murid yang berdaya fikir tinggi dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Hasil

dapatan juga menunjukkan murid-murid didedahkan dengan aktiviti rekacipta dan

inovasi yang dapat mencungkil kreativiti dan meningkatkan daya pemikiran murid-

murid. Hal ini selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang memerlukan

Page 118: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

118

keupayaan murid untuk bertindak pantas, lebih banyak memberi idea, kreatif dan

inovatif. Di samping itu, dapatan menunjukkan amalan pembudayaan KBAT di

sekolah dapat dilihat dengan jelas melalui penggunaan peta pemikiran sebagai alat

berfikir dalam aktiviti kokurikulum.

Dalam bidang HEM, kebanyakan elemen KBAT telah diterapkan dalam aktiviti yang

dilaksanakan oleh HEM. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan

keceriaan kelas yang dapat mencungkil kreativiti murid dalam menceriakan kelas

sehingga menghasilkan satu ruang yang kondusif untuk pengajaran dan

pembelajaran. Aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan oleh HEM juga menerapkan

elemen KBAT sama ada langsung ataupun secara tidak langsung seperti program

mentor-mentee, motivasi, bina insan dan sekolah penyayang. Dapatan kajian

menunjukkan kemahiran aras tinggi dapat diserlah melalui nilai kepimpinan yang

ditunjukkan oleh badan pengawas sekolah. Hal ini dapat dibuktikan dengan

keupayaan murid-murid menguruskan sendiri aktiviti dan perhimpunan sekolah tanpa

bantuan guru. Kemahiran mengurus dan memimpin ini selaras dengan hasrat KPM

untuk melahirkan pemikir yang inovatif dan sentiasa bersedia dari segi kognitif

dengan tugasan yang kompleks dan mencabar. Selain itu, hasil kajian ini mendapati

amalan KBAT juga diterapkan melalui program bersama ibu bapa dan komuniti.

Namun terdapat juga responden yang tidak pasti sama ada amalan KBAT telah

diaplikasikan dalam HEM dan terdapat juga responden yang tidak jelas tentang

penerapan elemen KBAT dalam HEM.

Dalam bidang persekitaran sekolah, penyediaan sudut dan papan kenyataan KBAT,

penyediaan bunting, mural peta pemikiran, brosur dan bilik atau laman i-THINK

merupakan amalan yang banyak dilaksanakan oleh PGB. Contoh amalan KBAT

yang paling tinggi dalam persekitaran sekolah adalah penyediaan sudut dan papan

kenyataan KBAT, penyediaan bunting, mural peta pemikiran dan bilik atau laman i-

Think. Bagi meningkatkan amalan pembudayaan KBAT, kebanyakan sekolah telah

menyediakan sudut khas dan juga papan kenyataan untuk KBAT bagi memaparkan

hasil kerja murid, maklumat terkini tentang program i-THINK dan bahan-bahan yang

berkaitan tentang KBAT. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat sekolah yang

menyediakan brosur berkaitan program KBAT sebagai satu langkah menyebarluas

aktiviti-aktiviti KBAT yang dilaksanakan. Selain itu, terdapat juga sekolah yang

melukis mural alat-alat berfikir seperti lapan peta pemikiran bagi meningkatkan

kefahaman warga sekolah termasuk ibu bapa tentang penggunaan alat berfikir.

Tambahan lagi didapati juga terdapat sekolah yang menyediakan bilik khas untuk

Page 119: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

119

program i-THINK. Bilik tersebut digunakan untuk pelaksanaan aktiviti yang berkaitan

dengan program tersebut disamping menjadi tempat paparan hasil kerja murid.

Terdapat juga sekolah yang menyediakan ruang yang dinamakan laman i-THINK

dan galeri i-THNK. Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa persekitaran yang

kondusif dalam mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat

murid untuk terus belajar telah berlaku selepas modul kepimpinan telah

diaplikasikan.

12.2 Amalan Mengurus Perubahan Dalam Pelaksanaan KBAT

Sesuatu perubahan yang dilaksanakan di sekolah perlulah dirancang dengan rapi

supaya dapat diterima dan mendatangkan hasil yang positif. Perancangan dan

tindakan yang dilakukan seharusnya melibatkan semua warga sekolah dan

masyarakat sekitar. Mengikut Fullan (1982), PGB merupakan orang yang paling

penting dalam membuat perubahan di sekolah. Selaras dengan itu, kajian ini

dilaksanakan untuk mengenal pasti tindakan-tindakan yang dilakukan oleh PGB

untuk memastikan pelaksanaan KBAT secara berterusan dalam bidang pengajaran

dan pembelajaran, kokurikulum, HEM dan persekitaran.

Semasa mengurus perubahan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,

tumpuan utama PGB adalah pembangunan profesionalisme guru, peringatan dan

bimbingan, mewujudkan persekitaran PAK21 dan pemantauan bagi memastikan

pelaksanaan KBAT diamalkan secara berterusan. Pemantauan dijalankan oleh PGB

melalui pencerapan guru, penyemakan ke atas penilaian dan latihan murid dan

pemantauan berterusan yang melibatkan murid merupakan tumpuan utama PGB

dalam mengurus perubahan semasa pelaksanaan KBAT.

Manakala dalam bidang kokurikulum, PGB lebih memberi tumpuan kepada

penerapan unsur KBAT dalam usaha kolaboratif, pemantauan, pembangunan

profesionalisme guru, penyebaran maklumat dan pemberian insentif. Penerapan

unsur KBAT seperti penyelesaian masalah dalam pertandingan papan kenyataan,

pertandingan penghasilan peta pemikiran kreatif serta pembentukan strategi dalam

permainan misalnya bola sepak merupakan tumpuan utama PGB dalam mengurus

perubahan semasa pelaksanaan KBAT.

Page 120: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

120

Sementara dalam bidang HEM, PGB lebih memberi tumpuan kepada penerapan

unsur KBAT alam aktiviti HEM, pemantauan, kolaboratif, pembangunan

profesionalisme guru, peringatan dan teguran, sokongan kepada aktiviti dan insentif.

Penggunaan peta i-THINK pada poster yang dipamerkan serta teknik penyoalan

semasa perbincangan dengan murid dalam sesi kaunseling merupakan aktiviti yang

paling banyak diamalkan.

Dalam bidang persekitaran pula, PGB memberi tumpuan kepada penerapan unsur

KBAT dalam sebaran maklumat, sokongan kepada aktiviti, pemantauan, pemberian

insentif, usaha kolaboratif dan penerapan KBAT dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Penyebaran maklumat melalui ucapan semasa perhimpunan, paparan maklumat

KBAT dan i-THINK pada papan kenyataan, banner, mural dan stesen i-THINK serta

menggunakan brosur dan risalah merupakan tumpuan utama PGB.

Dalam langkah mengurus perubahan, kebanyakan daripada PGB memang memberi

penghargaan kepada warga sekolah untuk menjayakan KBAT di sekolah. Selain itu,

kebanyakan PGB juga memang mengambil tindakan dalam bentuk teguran dan

peringatan, bimbingan serta arahan jika tidak melaksanakan perubahan untuk

menjayakan KBAT di sekolah. Tambahan pula, kebanyakan daripada PGB memang

menerima cadangan yang diberikan oleh pasukan pemandu. Contoh-contoh

cadangan yang diterima adalah penerapan KBAT dalam perancangan aktiviti,

penyediaan infrastruktur, penyediaan dokumentasi, pembangunan profesionalisme

guru, insentif dan sokongan kepada aktiviti. Kebanyakkan cadagan adalah berkaitan

dengan aspek penerapan unsur KBAT dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

12.3 Amalan Merancang Pelaksanaan KBAT

Perancangan sangat penting untuk memastikan pelaksanaan KBAT dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Malangnya, semasa merancang pelaksanaan KBAT

kajian mendapati hanya separuh daripada sekolah-sekolah sampel mempunyai

perancangan strategik KBAT yang tersendiri. Walau bagaimanapun, alasan utama

tidak membina perancangan strategik KBAT adalah disebabkan perancangan

strategik KBAT telah disisip ke dalam perancangan strategik bidang kurikulum.

Inisiatif untuk mempelbagaikan aktiviti KBAT merupakan inisiatif utama dalam

perancangan strategik.

Page 121: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

121

Dalam pembinaan pelan tindakan KBAT, hanya sebahagian daripada sampel

sekolah membina pelan tindakan KBAT berasaskan hala tuju sekolah. Selain

daripada pelan tindakan KBAT dibina berasaskan hala tuju sekolah, kajian

mendapati sekolah-sekolah di Malaysia juga menganalisis persekitaran sekolah

semasa merancang pelan tindakan KBAT. Alasan utama yang diberi adalah kerana

mereka tidak mendapat pendedahan dan pelan tindakan KBAT telah disisip ke dalam

perancangan kurikulum dan tidak perlu membuat sekali lagi analisis persekitaran.

Aspek yang diambilkira semasa menganalisis persekitaran dalam pembinaan pelan

tindakan KBAT ialah menekankan aspek sokongan warga dalaman sekolah.

Bagi membudayakan KBAT, kebanyakan sekolah telah membuat penambahbaikan

pelan tindakan dari masa ke semasa. Antara beberapa alasan tidak membuat

penambahbaikan adalah dokumen perancangan KBAT tidak wujud, pelan tindakan

KBAT digabung dengan perancangan kurikulum, kekangan masa, PGB tidak

mengambil tahu mengenai pelaksanaan KBAT, bebanan tugas lain, pelan tindakan

KBAT yang asal masih lagi relevan serta kekurangan sumber. Alasan tertinggi yang

diberi oleh sekolah mengapa pelan tindakan KBAT tidak dibuat penambahbaikan

adalah dokumen perancangan KBAT tidak wujud di sekolah. Salah satu langkah

merealisasikan perancangan dalam menjayakan KBAT adalah melibatkan warga

sekolah dalam pembinaan pelan tindakan. Kebanyakkan bentuk penglibatan warga

sekolah dalam pembinaan pelan tindakan adalah secara kolaboratif antara warga

sekolah termasuk komuniti sekolah seperti mesyuarat, perbincangan dan

sumbangsaran. Selain itu, beberapa usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk

memotivasikan warga sekolah bagi merealisasikan perancangan iaitu dengan cara

memberi penghargaan, mengadakan PLC, memberi peringatan berterusan dalam

mesyuarat, memberi dorongan secara berterusan melalui sokongan idea, moral dan

kewangan serta mengenakan arahan kerja. Kajian mendapati sumber yang

digunakan dalam membudayakan KBAT di sekolah adalah kepakaran guru dan

jurulatih luar.

12.4 Amalan memantau dalam pelaksanaan KBAT

Dapatan kajian menunjukkan elemen pemantauan menjadi keutamaan PGB dalam

memastikan pelaksanaan aktiviti KBAT berlaku secara berterusan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Pemantauan berterusan yang dilakukan adalah terhadap

pencerapan guru dan buku latihan murid. PGB juga melaksanakan pemantauan

Page 122: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

122

terhadap aktiviti kurikulum yang melibatkan murid. Dapatan kajian menunjukkan PGB

menyedari pentingnya pemantauan dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan

pengurusan kurikulum dan menjadikan proses penyeliaan sebagai salah satu

daripada tugas utama yang dijalankan oleh pentadbir. Hal ini amat penting kerana

penyeliaan merupakan satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing

para guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua

fungsi berkaitan pengajaran (Al Ramaiah ,1999).

Kajian mendapati kebanyakan sekolah telah menjalankan pemantauan KBAT

semasa PdP setiap tahun. Semasa pemantauan kebanyakkan sekolah memang

menyediakan jadual pemantauan KBAT. Dalam proses pemantauan, instrumen

JNJK adalah instrumen paling banyak digunakan untuk pemantauan diikuti dengan

instrumen JPN dan PPD. Semasa pemantauan dijalankan, kajian mendapati

beberapa alat pemikiran yang digunakan dalam PdP adalah peta pemikiran diikuti

oleh peta minda. Kebanyakan sekolah jarang menggunakan enam topi pemikiran

dan Ryan’s Thinkers Key sebagai alat untuk memastikan pelaksanaan KBAT di

sekolah. Kebanyakkan pemantauan di sekolah menekankan aktiviti berpusatkan

murid diikuti oleh kemahiran berfikir dan teknik penyoalan sebagai teras dalam

pengajaran dan pembelajaran. Hampir semua mengadakan sesi perbincangan

dengan guru selepas pencerapan PdP di sekolah. Selain dari bidang kurikulum

(PdP), kajian mendapati kebanyakan sekolah juga melaksanakan pemantauan KBAT

dalam bidang kokurikulum, HEM dan persekitaran sekolah. Hanya beberapa sekolah

yang tidak berbuat demikian. Alasan yang diberi ialah pemantauan dibuat secara

umum sahaja tidak khusus kepada bidang-bidang tertentu, kurang jelas tentang

pemantauan KBAT, tiada instrumen pemantauan KBAT dalam kokurikulum.

Manakala alasan yang diberi dalam bidang HEM ialah pemantauan dibuat secara

umum dan bukan khusus untuk aspek KBAT dalam bidang HEM, kekangan masa,

memberi penekanan lebih kepada kurikulum, kurang kemahiran untuk melaksanakan

pemantauan aspek KBAT dalam bidang HEM dan amalan pemantauan KBAT tidak

jelas dalam HEM. Begitu juga alasan yang diberi dalam bidang persekitaran iaitu

pemantauan HEM dilaksanakan secara umum dan bukan khusus untuk aspek KBAT,

tidak pasti dan kurang kemahiran untuk buat pemantauan dalam bidang tersebut

serta pemantauan dilaksanakan tetapi didokumentasikan. Dari segi analisis hasil

pemantauan KBAT, hanya sebahagian dari sekolah sampel yang membuat analisis

tersebut. Beberapa alasan utama sekolah tidak membuat analisis hasil daripada

pemantauan KBAT yang telah dilaksanakan adalah kerana ketidakpastian dan tiada

maklumat serta pendedahan tentang pelaksanaan analisis pemantauan, kesukaran

Page 123: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

123

mengumpul data, kekangan masa, tiada kemahiran dan ada yang menyatakan

analisis pemantauan ini baru hendak diusahakan. Dapatan kajian juga mendapati

hanya sebahagian dari sekolah sampel yang menyediakan laporan pemantauan

KBAT. Beberapa alasan sekolah tidak menyediakan laporan pemantauan KBAT

adalah kerana sekolah mereka tidak pasti tentang pelaksanaan pemantauan

terhadap pasukan pemandu, kekangan masa, tidak khusus kepada laporan

pemantauan KBAT secara berasingan tetapi disisipkan dalam laporan PAK21 dan

pasukan pemandu di sekolah mereka baru ditubuhkan.

Kajian mendapati hanya sebahagian dari sekolah sampel yang membuat post-

mortem pemantauan KBAT. Beberapa alasan sekolah tidak menjalankan post-

mortem terhadap hasil pemantauan KBAT adalah kerana sekolah mereka tidak pasti

dan tidak jelas tentang pelaksanaan post-mortem terhadap hasil pemantauan KBAT,

tiada maklumat tentang keperluan post-mortem, kekangan masa, tiada laporan

pemantauan oleh itu post-mortem tidak dapat disediakan dan pasukan pemandu di

sekolah mereka baru ditubuhkan. Malah, hanya sebahagian dari sekolah sampel

yang membuat tindakan susulan pemantauan KBAT. Beberapa alasan sekolah tidak

menggunakan dapatan pemantauan untuk membuat tindakan susulan adalah kerana

sekolah mereka tidak pasti dan tidak jelas tentang pelaksanaan tindakan susulan,

tiada maklumat tentang keperluan tindakan susulan, kekangan masa, tiada dapatan

pemantauan atau post-mortem. Walau bagaimanapun, lebih dari sebahagian

daripada sekolah sampel berkongsi hasil dapatan pemantauan dengan guru-guru

dan menyediakan dokumen KBAT yang lengkap dan mudah dicapai.

13. Kesimpulan Dan Cadangan

Transformasi pendidikan bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini

dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut

peluang dan cabaran abad ke 21 (Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, KPM

2013). Untuk bersaing dengan negara termaju dunia adalah penting untuk Malaysia

menyediakan pendidikan berkualiti yang mampu menghasilkan pelajar bertaraf dunia

dan mempunyai kemahiran-kemahiran kritikal abad ke 21.

Justeru, pembudayaan KBAT di sekolah merupakan antara agenda utama KPM

dalam usaha memenuhi hasrat negara untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia.

Dalam membudayakan KBAT di sekolah, keterlibatan PGB dalam aktiviti KBAT amat

Page 124: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

124

penting. Kajian ini telah dilaksanakan untuk meninjau keberkesanan modul

kepimpinan terhadap amalan PGB dalam membudayakan KBAT di sekolah

berdasarkan pandangan guru di sekolah yang terlibat dengan program i-Think.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan pemimpin

sekolah iaitu pengetua dan guru besar (PGB) telah memainkan peranan mereka

masing-masing dalam pelaksanaan KBAT di sekolah. Dengan kata lain, kebanyakan

pemimpin sekolah telah berjaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang diperoleh melalui modul latihan Kepimpinan KBAT sebagai wadah dalam

pembudayaan KBAT. Walau bagaimanapun, masih terdapat hampir sebahagian

daripada PGB yang masih kurang menonjolkan keterlibatan mereka dalam

pemantauan pelaksanaan KBAT umpamanya post-mortem dan tindakan susulan

dalam membudayakan pelaksanaan KBAT. Justeru itu, dicadangkan agar

pemantauan secara berkala oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dijalankan

secara berterusan agar tindakan susulan diambil oleh PGB untuk membudayakan

KBAT di sekolah masing-masing. Dengan wujudnya tindakan secara kolaboratif

daripada semua pihak dalam kalangan pemegang taruh, sudah pasti pembudayaan

KBAT yang merupakan agenda utama KPM merealisasikan aspirasi negara untuk

mencapai pendidikan bertaraf dunia.

14. Rujukan

(yg diwarnakan merah adalah rujukan yg tidak jumpa di dalam teks) ???

Alvin Toffler. (1990). Power Shift: Knowledge, Wealth and Power at the Edge of The

21st Century. Third Wave, USA.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Program i-Think Membudayakan

Kemahiran Berfikir. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). KBAT- Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi. Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Blanchard, P.N. dan Thacker, J.W. (1999). Effective Training: Systems, Strategies,

Practices. New Jersey: Prentice- Hall International Inc.

Page 125: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

125

Bushnell, D. S. (1990). Input, Process, Output Model for Evaluating Training

Training and Development Journal.

Datnow A. Manda. (2006). Comments on Micheal Fullan’s the Future of Educational

Change: System Thinkers in Action. Journal Education Change 7, 133-135.

Edaris Abbu Bakri. (2004). Pengurusan Strategik-Konsep dan Aplikasi untuk

Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Edmond, R. (1979). Effective Schools for the Urban Poor: [online] Available:

http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_197910_edmonds.pdf (20 Jun

2016)

Fullan, M. (1993). The Meaning of Educational Change. New York: Teacher College

Press.

Glickman, C.D. (1992). Supervision in tranisition. Alexandria, VA: ASCD.

Hairuddin Mohd. Ali & Muhammad Bustaman Abdul Manaf. (2009). Perancangan

Strategik Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Asdn. Bhd.

Halim Arifin. (2013). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Pemahaman Bacaan.

Tesis Dr Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hanafi Kamal (1990). Implikasi beberapa teori kepada kepimpinan di sekolah Suara

Pendidik, 13-14 (3&4), 28-32. https://www.scribd.com/doc/14769480/kesan-

amalan-gaya-kepemimpinan.

Hasnah & Jamaluddin. (2017). Kompetensi Guru Bahasa Melayu dalam Menerapkan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu Fakulti Pendidikan, UKM.

http://www.p21.org/storage/documents/docs/P21_framework_0816

Hussein Mahmood, (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Page 126: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

126

Ibrahim Mamat. (1996). Rekabentuk dan Pengurusan Latihan: Konsep dan Amalan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ina V.S., O.Martin, Pierre. F, Alka Arora.(2012). TIMSS 2011 International Results in

Mathematic. TIMSS & PIRLS International Study Center.

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. (1982). Buku Panduan Pentadbiran

Sekolah. Kuala Lumpur.

Jaafar Muhamad. (1999). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Kanter, Stein dan Jick. (1992). The Challenge of Organizational Change: How

Companies Experience It and Leaders Guide It. New York: Free Press.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2012). Pendidikan Islam: Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai Johor: Penerbit UTM.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kestral Education (2011). i-Think Pilot Project. Master Trainer Programme.14

November -18 November 2011.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Ringkasan Eksekutif Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2015. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Laporan Tahunan 2015: Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pusat Pentadbiran kerajaan

Persekutuan, Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan Tahunan 2016: Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, Putrajaya.

Page 127: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

127

Lussier, R.N. & Achua, C.F(2000). Leadership: Theory, Application, Skill. South-

Western College Publishing.

McGregor D. (2007). Developing Thinking Developing Learning: A Guide to Thinking

Skills in Education. New York: McGraw-Hill.

Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran Pendidikan Dan Pendidikan Di Malaysia.

Petaling Jaya, Selangor: Addison Wesley Longman Malaysia.

Mortimore, P. (1995). Key Characteristics of Effective Schools. Seminar Sekolah

Efektif. Anjuran Kementerian Pendidikan pada 13-14 Julai 1995 di Institut

Aminudin Baki.

Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru.

Prosiding Seminar Education Graduate Regional Conference, 60-67.

Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peterson K. (2002). Journal Of Staff Development, 23(3) pages 10-14. Retrieved

from http://www.nsdc.org/library/publications/jsd/peterson233.cfm

PISA. (2012). Assessment Framework Key Competencies in Reading, Mathematics

And Science. OECD.

Ramaiah A. L. (1999). Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini. Kuala

Lumpur:IBSB Buku Sdn. Bhd.

Rusmini Bt Ku Ahmad (2004). Keberkesanan Sekolah: Satu Tinjauan Dari Aspek

Kepimpinan, Kompetensi Guru Dan Amalan Pengurusan Terbaik. Kertas Kerja

Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12. Institut

Aminuddin Baki.

Saemah Rahman & Zamri Mahamod. (2017). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa: Mengoptimumkan Pembelajaran Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Page 128: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

128

Shahril @ Charil Marzuki. (2001). Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar

Berkesan yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan pada Abad Ke-21 ini.

Jurnal Institut Pengetua: Jilid 01, Bilangan 01.

Sloman,M.(1994).A Handbook of Training Strategy. England: Gower.

Stogdill, R. M. (1974). Handbook of Leadership: A Survey of Theory and Research.

New York: Free Press.

Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Abdullah. (2012). Pengajaran Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi: Persepsi dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan

Pembelajaran di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia,

2(1), 18-36.

Thomas Friedman. (2007). The World Is Flat: A Brief History of the Twenty-First

Century. New York: Picador/Farrar, Strauss and Giroux.

Wan Mohd Zahid Wan Nordin. (1993). Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan. Kuala

Lumpur. Nurin Enterprise.

World Economic Forum 2016: https://www.weforum.org/reports/the-global-

competitiveness www.21stcenturyschools.com/framework-for-21st-century-

school.tony_wagner.html

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan

Ketiga.Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 129: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

129

PENCAPAIAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN EFIKASI KENDIRI

PEMIMPIN PERTENGAHAN SEKOLAH

Zoolaiha Abd. Rahman, PhD; Abdul Mu’ti Ahmad, Rahayu Ahamad Bahtiar, Rohana Abd. Rahim,

PhD; Zarina Md. Yassin, PhD; Redzuan Jantan, PhD

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pencapaian pengetahuan, kemahiran dan efikasi

kendiri dalam kalangan peserta Kursus Rintis Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML).

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif melalui pendekatan kuantitatif

melibatkan analisis statistik deskriptif. Soal selidik LCML-I dan LCML-2 yang digunakan

dalam kajian ini dibina berdasarkan model Pengurusan dan Kepimpinan Pertengahan dan

adaptasi instrumen Career Decision Self Efficacy-Short Form (CDSE-SF). Dapatan daripada

Program Tindak Ikut Tindak Susul LCML 2016 (FUFT LCML) digunakan sebagai data

sokongan kajian ini. Sampel kajian melibatkan 53 peserta dipilih secara bertujuan (purposive

sampling) bagi memberi respons terhadap soal-selidik LCML-1. Untuk tujuan triangulasi, soal-

selidik LCML-2 ditadbir kepada 53 guru panitia sekolah peserta kursus LCML. Soal selidik

LCML-I dan LCML-2 telah ditadbir secara dalam talian menggunakan Google Forms. Data

dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi-18. Dapatan menunjukkan tahap

pencapaian peserta dalam dimensi pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri peserta

berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian menunjukkan pemimpin pertengahan perlu

melengkapkan diri dalam dimensi pengetahuan dan kemahiran terutama dalam

pembangunan kendiri, pembinaan dan pengurusan pasukan agar dapat membawa organisasi

sekolah ke arah kecemerlangan dengan lebih berkesan.

Katakunci: pengetahuan - kemahiran - efikasi kendiri

1. Pengenalan Kepimpinan pemimpin pertengahan merupakan satu fokus baharu peluasan

kepimpinan dalam kalangan pendidik. Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat

untuk meluaskan tumpuan bukan sahaja kepada pengetua dan guru besar, tetapi

juga merangkumi pengurusan pertengahan sekolah, seperti guru penolong kanan,

ketua bidang dan ketua panitia (PPPM, 2013-2025). Dalam konteks sekolah di

Malaysia, kumpulan pemimpin pertengahan dikategorikan kepada dua kumpulan

iaitu P1 dan P2. Kumpulan P1 merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) dan

kumpulan P2 merupakan Ketua Panitia (KP) bagi sekolah rendah dan Guru Kanan

Page 130: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

130

Mata Pelajaran (GKMP) bagi sekolah menengah. Kursus Kepimpinan Pemimpin

Pertengahan (LCML) difokuskan kepada Pemimpin Pertengahan kumpulan P2

manakala kumpulan P1 akan mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin

Kebangsaan (Professional Qualification for Educational Leaders – NPQEL). Sebagai

peringkat permulaan, LCML ditawarkan kepada pemimpin pertengahan sekolah, iaitu

KP bagi sekolah rendah dan GKMP bagi sekolah menengah. Pelaksanaan kursus

LCML di Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah bertepatan dengan maklum balas

Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bilangan 2/2015

bertarikh 2 Julai 2015 yang meminta semua Pengarah Bahagian melihat semula

inisiatif PPPM (2013-2025) Gelombang Kedua yang bermula pada tahun 2016.

Keputusan Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 4/2015 telah mengambil maklum

bahawa IAB dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan latihan kepada pemimpin

pertengahan sekolah. Rasional LCML dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan

kompetensi pemimpin pertengahan sekolah agar dapat menjalankan tugas dengan

berkesan dan cemerlang. Hal ini kerana pemimpin pertengahan memainkan peranan

penting sebagai pengantara antara pengurusan tertinggi (pengetua/guru besar) dan

guru serta staf sekolah di bawah kawalan mereka (Fleming, 2000). Peranan utama

pemimpin pertengahan ialah membangun dan memimpin pasukan guru di bawah

seliaan mereka dalam memastikan pelaksanaan amalan strategi bilik darjah

berkesan setiap hari (Pietila, 2016; Sharp, 2013). Sehubungan dengan itu, pemimpin

pertengahan perlu memiliki pelbagai kompetensi seperti kemahiran komunikasi,

proaktif, orientasi pencapaian, kerja sepasukan, kreativiti dan inovasi, berfokus

kurikulum, membangun kapasiti, perkongsian ilmu, menyelesaikan masalah dan

mengurus perubahan (KOMPAS, 2008; Nonaka & Takeushi, 1995). Pada masa

yang sama pemimpin pertengahan perlu bijak memainkan peranan sebagai

seseorang yang mampu menjuarai alternatif, memudah cara penyelesaian,

mensintesiskan maklumat dan melaksana strategi (Wooldrige, Schmidt & Floyd,

2008) dalam melaksanakan pengurusan kendiri (managing self), pengurusan tugas-

tugas utama (managing task) dan pengurusan pasukan (managing people) (Mbokazi,

Visser & Fourie, 2004).

Memandangkan LCML merupakan satu program yang baharu diwujudkan untuk

membina kepimpinan dalam kalangan pemimpin pertengahan P2 di IAB, persoalan

tentang sejauh manakah kursus LCML ini dapat membantu kepimpinan para

pemimpin pertengahan di sekolah sering diajukan khususnya kepada Pusat

Pembangunan Pengurusan Pendidikan (Pusat 3P) yang mengendalikan kursus ini.

Hal ini ditambah lagi dengan persoalan yang timbul tentang keupayaan yang dimiliki

Page 131: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

131

oleh GKMP dan KP yang ditempatkan di sesebuah sekolah dari segi pengetahuan

kepimpinan dan kemahiran mengurus (Shafila, 2008). Pernyataan beliau menyokong

pandangan Dayang Normala (2000) yang menyatakan bahawa GKMP dan KP tidak

jelas dengan tugas serta tidak memahami peranan mereka sebagai pemimpin

pertengahan, tidak mempunyai kemahiran merancang dan mengurus serta kurang

pendedahan terhadap kemahiran pengajaran sehingga meninggalkan kesan negatif

kepada sekolah. Peranan GKMP dan KP amat penting kerana pengetahuan

kepimpinan dan kemahiran mengurus akan menentukan kualiti dan pencapaian

sistem pendidikan secara menyeluruh. Sikap GKMP dan KP terhadap tugasnya juga

akan menentukan bentuk tindakannya sama ada berbentuk positif atau negatif

(Shafila, 2008). GKMP dan KP selaku pemimpin pertengahan seharusnya bertindak

melakukan pembaharuan bagi mengubah keadaan ini.

Rentetan dari permasalahan dan persoalan yang wujud, wajar dijalankan penilaian

terhadap tahap pencapaian GKMP dan KP yang menyertai kursus rintis LCML dari

dimensi pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri mereka sebagai pemimpin

pertengahan. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak IAB untuk menilai tahap

pencapaian pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri yang diharapkan berlaku

dalam kalangan para pemimpin pertengahan selepas menghadiri kursus dan

menjalani Program Tindak Ikut dan Tindak Susul (FUFT). Pengetahuan, kemahiran

dan efikasi kendiri merupakan kompetensi yang penting dalam membentuk

kepimpinan pemimpin pertengahan agar mereka bersedia dan jelas dengan bidang

tugas yang perlu dilaksanakan di sekolah. Peningkatan tahap pencapaian dalam

dimensi pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri peserta kursus merupakan suatu

petunjuk keberhasilan kursus rintis LCML. Kajian ini diharapkan dapat memenuhi

keperluan membangunkan kepimpinan dalam kalangan pemimpin pertengahan

dengan membantu memberi suatu perspektif baharu tentang peranan yang perlu

mereka laksanakan sebagai pemimpin pertengahan sejajar dengan kehendak PPPM

(2013-2025).

2. Tinjauan Literatur

2.1 Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan

Page 132: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

132

Pemimpin pertengahan merupakan individu yang penting dalam pengurusan

sesebuah sekolah. Mereka merupakan pengantara pengurusan tertinggi sekolah

dengan guru-guru di bawah tanggungjawab mereka. Modul Kursus Rintis LCML ini

dihasilkan berdasarkan Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan

IAB yang dirangka khusus untuk pemimpin pertengahan bagi memenuhi kompetensi

yang perlu dikuasai oleh mereka. Terdapat empat objektif dalam kursus rintis LCML

iaitu, (i) mengenal potensi diri sebagai pemimpin pertengahan, (ii) menterjemah

peranan pemimpin pertengahan dalam melaksanakan tugas utama di sekolah, (iii)

membina dan mengurus pasukan dengan berkesan, dan (iv) menyediakan pelan

pembangunan kendiri. Rajah 1 menunjukkan Model Pengurusan dan Kepimpinan

Pemimpin Pertengahan IAB yang digunakan dalam modul Kursus Rintis LCML.

Rajah 1: Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan.

Sumber: Buku Kecil LCML, IAB 2016.

Pemimpin pertengahan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran dalam pengurusan kendiri, pengurusan tugas utama dan pengurusan

pasukan dalam membangunkan kompetensi mereka (Mbokazi et al., 2004).

Pemimpin pertengahan perlu memainkan peranan dalam Menjuarai Alternatif,

Memudahcara Penyesuaian, Melaksana Strategi dan Mensintesis Maklumat

(Wooldrige et al., 2008). Menjuarai Alternatif merujuk kepada keupayaan pemimpin

pertengahan mengemukakan cadangan penyelesaian berdasarkan data dan reshape

konsep strategi organisasi pemimpin tertinggi berdasarkan data. Memudahcara

Penyesuaian merujuk kepada keupayaan pemimpin pertengahan menggalakkan

rakan sepasukan untuk mencuba pelbagai idea dan kaedah baharu dalam

melaksanakan tugasan. Melaksana Strategi merujuk kepada keupayaan pemimpin

pertengahan membantu rakan sepasukan dalam memastikan strategi organisasi

Page 133: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

133

tercapai. Mensintesis Maklumat merujuk kepada keupayaan pemimpin pertengahan

menggunakan data, menyatukan maklumat dan menyalurkan maklumat tersebut

kepada pihak pengurusan bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan

tepat berdasarkan data. Kompetensi terpenting sebagai pemimpin pertengahan iaitu

kompetensi komunikasi ditunjukkan menggunakan gelungan biru dan merah.

Pemimpin Pertengahan perlu memastikan maklumat daripada pengurusan tertinggi

sampai kepada para guru dan respons atau maklumbalas guru kembali kepada pihak

pengurusan tertinggi. Begitulah sebaliknya. Maklumat daripada guru sampai kepada

pihak pengurusan tertinggi dan kembali kepada guru segala maklumbalas dan

respons daripada pihak pengurusan tertinggi. Namun, pemimpin pertengahan bukan

sekadar pengantara yang manyampaikan maklumat tetapi perlu berperanan dalam

melunakkan komunikasi antara kedua-dua pihak.

Terma Bercapah merujuk kepada peranan pemimpin pertengahan dalam Menjuarai

Alternatif dan Memudahcara Penyesuaian yang memerlukan pemikiran di luar kotak.

Pemimpin pertengahan memerlukan kompetensi kreativiti dan inovasi bagi

membolehkan mereka dapat memainkan peranan berkesan dalam Menjuarai

Alternatif dan Memudahcara Penyesuaian. Manakala Terma Berfokus merujuk

kepada peranan pemimpin pertengahan dalam Mensintesis Maklumat dan

Melaksana Strategi. Hal ini membawa maksud pemimpin pertengahan perlu fokus

dengan data atau isu yang hendak ditangani dan strategi organisasi yang hendak

dicapai.

2.2 Program Tindak Ikut Tindak Susul (FUFT)

Dalam usaha memastikan peserta kursus mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari

dari kursus rintis LCML, program FUFT telah dijalankan sebagai suatu langkah

pemantauan dan penilaian peserta. Para peserta dipantau bagi memastikan

perkongsian ilmu dalam pasukan telah dilaksanakan di sekolah dan mereka

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan alat pengumpulan

data (tools) yang lebih sistematik dalam membuat sesuatu keputusan berasaskan

data yang diperoleh (data driven decision making). Sebagai contoh, Kanvas Strategi

Analisis Data Razak dan Nor (2016), diaplikasikan dalam merancang dan melaksana

program penambahbaikan di sekolah masing-masing. Dapatan FUFT hasil

triangulasi penilaian pensyarah IAB berserta pengetua dan guru besar terhadap

ketua panitia (KP) mendapati 73.4% peserta kursus rintis mencapai tahap

Page 134: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

134

cemerlang, 23.3% mencapai tahap baik dan 3.3% mencapai tahap sederhana di

sekolah rendah. Pada peringkat sekolah menengah pula, 86.7% guru kanan mata

pelajaran (GKMP) mencapai tahap cemerlang, 10% mencapai tahap baik dan 3.3%

mencapai tahap sederhana. Dapatan FUFT turut menunjukkan dimensi utama yang

perlu dibuat penambahbaikan dalam kalangan peserta kursus rintis LCML ialah

pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri. Sehubungan dengan itu, kajian ini

dijalankan bagi mengenal pasti secara terperinci keberhasilan peserta kursus

berdasarkan tahap pencapaian dalam elemen-elemen yang berkaitan dengan

dimensi pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri peserta kursus selepas program

FUFT dijalankan. Hal ini bertujuan untuk menambahbaik kursus LCML pada masa

akan datang dan seterusnya membangunkan para pemimpin pertengahan dengan

lebih berkesan.

3. Metodologi

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif untuk membuat penilaian

terhadap tahap pencapaian pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri peserta

kursus rintis LCML melalui pendekatan kuantitatif. Kajian ini menggunakan

pensampelan bertujuan (purposive sampling). Seramai 53 orang sampel dari

populasi peserta kursus rintis pemimpin pertengahan (LCML) digunakan untuk

menjawab menjawab Soal Selidik LCML-I. Untuk tujuan triangulasi, kajian juga

menggunakan responden kajian seramai 53 orang guru panitia dari sekolah-sekolah

peserta kursus untuk menjawab Soal Selidik LCML-2.

Instrumen Kepimpinan Pemimpin Pertengahan LCML-I dan LCML-2 dibangunkan

oleh kumpulan pengkaji IAB berdasarkan Model Pengurusan dan Kepimpinan

Pertengahan dan adaptasi instrumen Career Decision Self Efficacy-Short Form

(CDSE-SF) oleh Rohana (2010). Penyelidik juga menggunakan dapatan FUFT LCML

sebagai data tambahan sokongan bagi kajian ini. Nilai Alpha Cronbach untuk

dimensi pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri dan keseluruhan bagi LCML-1

dan LCML-2 ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Keputusan Ujian Alpha Cronbach

Instrumen

Dimensi Bilangan item Nilai Alpha Cronbach

LCML-1 Pengetahuan 18 0.966

Kemahiran 18 0.970

Page 135: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

135

Efikasi Kendiri 14 0.952

Keseluruhan 50 0.986

LCML-2 Pengetahuan 18 0.972

Kemahiran 18 0.978

Efikasi Kendiri 14 0.979

Keseluruhan 50 0.991

Skor min digunakan untuk mengukur tahap pencapaian pengetahuan, kemahiran

dan efikasi kendiri dalam kalangan pemimpin pertengahan. Nilai skor min bagi kajian

ini ditafsirkan mengikut interpretasi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Skor Min dan Interpretasinya

Skor Min Interpretasi (Tahap)

1.00 - 1.89 Sangat Rendah 1.90 - 2.69 Rendah 2.70 - 3.49 Sederhana 3.50 - 4.29 Tinggi 4.30 - 5.00 Sangat Tinggi

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2006)

4. Keputusan dan Perbincangan

Analisis tentang tahap pencapaian pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri guru

dari sudut penilaian peserta kursus (LCML-1) dan ahli panitia yang terdiri daripada

guru-guru di sekolah peserta (LCML-2) serta dapatan program FUFT dilaporkan

seperti berikut:

4.1 Tahap Pencapaian Pengetahuan, Kemahiran dan Efikasi Kendiri Pemimpin

Pertengahan

Jadual 3 menunjukkan tahap pencapaian peserta kursus dari dimensi pengetahuan,

kemahiran dan efikasi kendiri adalah tinggi. Dapatan dari soal selidik LCML-1,

menunjukkan dimensi pengetahuan mencatatkan nilai Min: 4.00, SP: 0.500; dimensi

kemahiran nilai Min: 3.99, SP: 0516 dan dimensi efikasi kendiri nilai Min: 4.08, SP:

0.525. Dapatan dari soal selidik LCML-2 menunjukkan dimensi pengetahuan dengan

nilai Min: 4.09, SP: 0.567; dimensi kemahiran nilai Min: 4.12, SP: 0567 dan dimensi

efikasi kendiri nilai Min: 4.22, SP: 0.606.

Page 136: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

136

Jadual 3: Tahap Pencapaian Pengetahuan, Kemahiran dan Efikasi Kendiri

Dimensi Min

(LCML-1) Sisihan Piawai

Min (LCML-2)

Sisihan Piawai

Tahap

Pengetahuan 4.00 0.500 4.09 0.567 Tinggi Kemahiran 3.99 0.516 4.12 0.567 Tinggi Efikasi kendiri 4.08 0.525 4.22 0.606 Tinggi

Dapatan ini menunjukkan min keseluruhan bagi tahap pencapaian peserta kursus

LCML dari dimensi pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri berdasarkan respon

GKMP, KP dan ahli panitia sekolah adalah tinggi. Hal ini adalah bertepatan dengan

dapatan FUFT hasil triangulasi penilaian pensyarah IAB berserta pengetua dan guru

besar terhadap KP yang mendapati 73.4% peserta kursus rintis mencapai tahap

cemerlang, 23.3% mencapai tahap baik dan 3.3% mencapai tahap sederhana di

sekolah rendah. Pada peringkat sekolah menengah pula, 86.7% GKMP mencapai

tahap cemerlang, 10% mencapai tahap baik dan 3.3% mencapai tahap sederhana.

Walau bagaimanapun, nilai Min dalam dimensi pengetahuan dan dimensi kemahiran

dalam LCML-1 dan LCML-2 mencatat nilai yang rendah berbanding nilai min dalam

dimensi efikasi kendiri peserta. Oleh itu, perhatian perlu diberikan untuk

meningkatkan tahap pencapaian peserta dalam dimensi pengetahuan dan

kemahiran kerana kompetensi yang terdiri daripada kognitif, afektif, kelakuan dan

motivasi atau pembawaan membolehkan peserta menunjukkan prestasi dalam

suasana tertentu (Tobias, 2006). Dapatan LCML-2 pada keseluruhannya

menunjukkan min yang diperoleh kebanyakannya lebih tinggi berbanding dapatan

LCML-1. Hal ini bermaksud, guru-guru panitia mendapati berlaku peningkatan tahap

pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri dalam kalangan GKMP dan KP di

sekolah masing-masing setelah mengikuti kursus LCML dan program FUFT.

Penilaian oleh guru-guru panitia ini dibuat setelah GKMP dan KP mengadakan sesi

perkongsian dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di IAB bersama semua

warga sekolah melalui kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan

Professional Learning Community (PLC) yang telah dilaksanakan di sekolah masing-

masing. Jadual 4 menunjukkan min kompetensi peserta kursus rintis LCML dari sub

dimensi Pengurusan Kendiri, Pengurusan Tugas-Tugas Utama dan Pengurusan

Pasukan.

Jadual 4: Min Mengikut Sub Dimensi

Dimensi Sub Dimensi

Min Sisihan piawai

Min Sisihan piawai

Page 137: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

137

Dimensi Sub Dimensi

Min Sisihan piawai

Min Sisihan piawai

Pengetahuan

P.Kendiri 3.94 0.546

4.00 0.500 P.Tugas Utama

4.05 0.515

P.Pasukan 4.05 0.514

Kemahiran

P.Kendiri 3.89 0.576

3.99 0.516 P.Tugas Utama

4.09 0.497

P.Pasukan 4.03 0.553

Efikasi Kendiri 4.08 0.525

Berdasarkan analisis terhadap Sub Dimensi Pengurusan Kendiri dalam dimensi

Pengetahuan, nilai Min: 3.94, SP: 0.546; Sub Dimensi Pengurusan Tugas Utama,

nilai Min: 4.05, SP: 0.515; dan Sub Dimensi Pengurusan Pasukan, nilai Min: 4.05,

SP: 0.514. Didapati Sub Dimensi Pengurusan Kendiri dalam dimensi Pengetahuan

mencatat nilai min terendah. Analisis terhadap Sub Dimensi Pengurusan Kendiri

dalam dimensi Kemahiran, nilai Min: 3.89, SP: 0.576; Sub Dimensi Pengurusan

Tugas Utama, nilai Min: 4.09, SP: 0.497; dan Sub Dimensi Pengurusan Pasukan,

nilai Min: 4.03, SP: 0.553. Sub Dimensi Pengurusan Kendiri dalam dimensi

Kemahiran turut mencatat nilai min terendah seperti dalam dimensi pengetahuan.

Berdasarkan analisis terhadap tahap pencapaian dimensi kemahiran, nilai skor min

yang diperoleh menunjukkan tahap pencapaian peserta dalam dimensi kemahiran

adalah seiring dengan dimensi pengetahuan peserta kursus. Nilai min tertinggi

dalam sub dimensi tugas-tugas utama menunjukkan peserta kursus mempunyai

pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam menjalankan tugas mengikut

keutamaan. Hasil dapatan FUFT menunjukkan antara aspek kekuatan peserta

kursus ialah proaktif dan hal ini selari dengan dapatan soal selidik LCML-1. Peserta

yang proaktif bermaksud mereka mempunyai kebolehan menetapkan objektif, jadual

kerja, dan anggaran perbelanjaan tanpa penyeliaan pihak atasan. Hal ini menyokong

situasi sebenar peserta yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi

dalam melaksanakan tugas-tugas utama sebagai GKMP dan KP. Nilai min terendah

menunjukkan peserta kursus mempunyai min pengetahuan dan kemahiran yang

rendah dalam aspek pembangunan kendiri iaitu melaksana pelan pembangunan

kendiri dan menilai pelan pembangunan kendiri. Aspek ini perlu diberi perhatian

dalam membangunkan jati diri peserta.

Page 138: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

138

4.2 Dapatan FUFT

Data sokongan hasil dari pemantauan FUFT yang telah dilaksanakan terhadap

peserta kursus mengenai aspek kekuatan peserta dan aspek yang memerlukan

penambahbaikan ditunjukkan oleh Jadual 5 dan Jadual 6.

Jadual 5: Aspek Kekuatan Peserta Kursus Rintis LCML

Bil. Aspek Kekuatan Peserta LCML Frekuensi (f)

Peratus (%)

1 Proaktif

21 35.0

2 Komunikasi

7 11.7

3 Keupayaan memimpin

7 11.7

4 Kerja sepasukan

6 10.0

5 Perkongsian ilmu 5 8.3

6 Berpengalaman

5 8.3

7 Ketelitian 4 6.7

8 Komitmen tinggi

2 3.3

9 Suri teladan

1 1.7

10 Penguasaan ICT

1 1.7

11 Menyelesai masalah 1 1.7

Jumlah 60 100.0

Jadual 5 menunjukkan aspek kekuatan peserta kursus rintis LCML yang diperoleh

hasil triangulasi antara pensyarah pembimbing, pengetua atau guru besar sekolah

peserta dan analisis dokumen yang dijalankan semasa program FUFT. Didapati

aspek kekuatan peserta dengan frekuensi tertinggi (f= 21, 35%) ialah proaktif.

Peserta yang proaktif bermaksud peserta mempunyai kebolehan menetapkan

objektif, jadual kerja, dan anggaran perbelanjaan tanpa penyeliaan pihak atasan.

Aspek ini boleh dijadikan sebagai suatu garis panduan kepada para pensyarah

dalam membimbing peserta. Aspek kekuatan peserta dengan frekuensi terendah

(f=1, 1.7%) ialah menjadi suri teladan, penguasaan ICT dan menyelesai masalah.

Page 139: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

139

Jadual 6 menunjukkan aspek penambahbaikan yang diperlukan oleh peserta kursus

rintis LCML. Aspek yang memerlukan penambahbaikan dengan mempunyai

frekuensi tertinggi (f=5, 22.7%) ialah keyakinan diri diikuti dengan aspek

pengetahuan yang mempunyai frekuensi kedua tertinggi (f=4, 18.2%).

Memandangkan aspek keyakinan diri dan pengetahuan mencatatkan nilai yang

memerlukan penambahbaikan, kajian dijalankan terhadap kedua-dua aspek ini bagi

mengenal pasti tahap pencapaian sebenar dalam dimensi efikasi kendiri dan

pengetahuan peserta kursus selepas program FUFT dilaksanakan. Aspek yang tidak

begitu memerlukan penambahbaikan ialah membudayakan Komuniti Pembelajaran

Profesional (PLC) dengan frekuensi terendah (f=1, 4.5%).

Jadual 6: Aspek Penambahbaikan Peserta Kursus Rintis LCML

Bil. Aspek Yang Perlu

Penambahbaikan

Frekuensi

(f)

Peratus

(%)

1 Keyakinan diri 5 22.7

2 Pengetahuan 4 18.2

3 Kreativiti dan inovasi 2 9.1

4 Hubungan interpersonal 2 9.1

5 Keberanian 2 9.1

6 Komunikasi 2 9.1

7 Kawalan emosi 2 9.1

8 Ketegasan 2 9.1

9 Membudayakan Komuniti

Pembelajaran Profesional (PLC)

1 5

Jumlah 22 100.0

5. Rumusan

Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian peserta kursus rintis adalah tinggi

dalam dimensi pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri. Hal ini menunjukkan

para guru panitia sekolah telah menilai tahap pencapaian yang lebih tinggi terhadap

GKMP dan KP mereka dalam pencapaian pengetahuan, kemahiran dan efikasi

Page 140: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

140

kendiri berbanding dengan peserta GKMP dan KP itu sendiri. Keadaan ini

menunjukkan tahap pencapaian GKMP dan KP telah meningkat hasil dari program

FUFT yang telah dijalankan selepas kursus LCML. Nilai min terendah menunjukkan

peserta kursus mempunyai min pengetahuan dan kemahiran yang rendah dalam

aspek pembangunan kendiri iaitu melaksana pelan pembangunan kendiri dan

menilai pelan pembangunan kendiri. Penekanan harus diberi terhadap aspek ini bagi

membantu para peserta merefleksi dan membangunkan diri dengan lebih berkesan.

Merujuk pada sub dimensi pula, dapatan menunjukkan tahap pencapaian peserta

LCML dalam mengurus kendiri adalah lebih rendah berbanding dengan sub dimensi

mengurus tugas-tugas utama dan mengurus pasukan. Hasil perbandingan dalam

dimensi pengetahuan dan kemahiran, didapati sub dimensi mengurus kendiri dalam

dimensi pengetahuan dan dimensi kemahiran mencatat nilai skor min terendah

berbanding sub dimensi mengurus tugas-tugas utama dan mengurus pasukan. Nilai

Min dalam mengurus kendiri adalah di bawah Min 4.00. Oleh itu, sub dimensi

mengurus kendiri ini perlu diberi lebih perhatian bagi membantu peserta merefleksi

dan membangun kendiri sebagai pemimpin pertengahan yang berkesan. Hal ini

menunjukkan satu pendekatan yang lebih bermakna perlu dilaksanakan agar para

peserta dapat mengurus kendiri dan merefleksi diri dengan lebih berkesan sebelum

bertindak membina dan mengurus pasukan. Pendekatan ini penting kerana

pemimpin pertengahan perlu membina kapasiti terlebih dahulu sebelum mengambil

alih peranan kepimpinan sekolah di masa hadapan. Seandainya mereka tidak

bersedia, keadaan ini akan menghalang mereka dari menyumbang kepada sistem

dan akhirnya akan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan

perkembangan pelajar (Mosley, 2012).

Dapatan positif yang diperoleh menunjukkan peserta kursus mempunyai tahap

kemahiran yang sangat tinggi dalam aspek tugas-tugas utama iaitu menjalankan

tugas mengikut keutamaan bidang tugas, melaksanakan tugas-tugas utama dalam

bidang dengan baik, mempertimbangkan pelbagai alternatif semasa menjalankan

tugas dan berkongsi maklumat dengan ahli pasukan, memimpin pasukan

pembelajaran profesional dalam bidang/panitia; mempunyai keyakinan yang tinggi

dalam berinteraksi dengan superordinat dan subordinat. Keadaan ini menyokong

dapatan FUFT yang menyatakan antara aspek kekuatan peserta ialah proaktif.

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi serta bersikap proaktif dalam

melaksanakan tugas-tugas utama sebagai GKMP dan KP merupakan aspek-aspek

positif peserta yang boleh dijadikan garis panduan dalam membantu pensyarah

Page 141: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

141

sewaktu sesi kuliah atau program FUFT dijalankan agar dapat membimbing dan

mengatasi kelemahan peserta dengan lebih berkesan.

Merujuk pada analisis terhadap dimensi efikasi kendiri dalam soal selidik LCML-1

dan LCML-2, didapati peserta kursus telah mencapai tahap pencapaian yang tinggi

dalam elemen komunikasi dan keyakinan diri. Dapatan ini membuktikan berlaku

peningkatan keyakinan diri dalam diri peserta setelah dibimbing dalam program

FUFT walaupun dapatan awal mendapati aspek keyakinan diri dan pengetahuan

mencatatkan nilai yang memerlukan penambahbaikan. Justeru, pemimpin

pertengahan ini tidak mempunyai masalah dalam memastikan maklumat daripada

pengurusan tertinggi sampai kepada guru dan maklum balas daripada guru kembali

ke peringkat pengurusan tertinggi dengan berkesan setelah melalui program FUFT.

Kesimpulannya, kursus rintis yang telah dijalankan menunjukkan peserta kursus

telah mencapai tahap pencapaian yang tinggi dalam dimensi pengetahuan,

kemahiran dan efikasi kendiri. Cuma terdapat beberapa elemen yang memerlukan

penambahbaikan agar dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian peserta kursus ke

tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, modul kursus ini sesuai digunakan untuk kumpulan

P2 iaitu kumpulan GKMP sekolah menengah dan kumpulan KP sekolah rendah.

Kursus ini perlu diteruskan dan ditambah baik dari segi aspek latihan dalam sub

dimensi mengurus kendiri serta mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran

peserta sebagai pemimpin pertengahan bagi merealisasikan penghasilan pemimpin

pertengahan yang berkualiti.

6. Rujukan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2006). Laporan kajian penilaian graduan NPQH. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Kecil LCML. (2016). Institut Aminuddin Baki: Kementerian Pendidikan Malaysia Dayang Normala Abang Bohari. (2000). Kompetensi pengurusan ketua-ketua panitia

mata pelajaran di sekolah-sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan: Satu tinjauan (Bahan ilmiah yang tidak diterbitkan). Universiti Malaysia Sarawak.

Fleming, P. (2000). The art of middle management in secondary schools: A guide to

effective subject and team leadership. David Fulton Publisher: New York.

Page 142: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

142

KOMPAS. (2009). Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia. Institut Aminuddin Baki: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mbokazi, M., Visser, D. & Fourie, L. (2004). Management Perceptions of

competencies essential for middle managers. SA Journal of Industrial Pschycology, 30(1), 1-9.

Mosley, A. M. (2012). Perceptions of California Middle School Teacher Leaders Regarding preparedness to execute functions of teacher leader model standard (Unpublished doctoral dissertation). California State University, Fresno. Nonaka, I. & Takeushi, H. (1995). The Knowledge-Creating Company, How

Japanese companies create the dynamics of innovation. Oxford University Press: New York.

Pietila, N. (2016). Where is the Middle Leadership in Our Schools? Retrieved

from https://www.skyward.com/discover/blog/skyward-blogs/skyward- executive-blog/october-2016/where-is-the-middle-leadership-in-our- schools, diperolehi Januari 2016.

Shafila Binti Jumaat. (2008). Pengetahuan Kepimpinan, Kemahiran Pengurusan, dan Sikap Ketua Panitia Sains di Sekolah Kebangsaan (Bahan ilmiah yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia.

Sharp, A. (2013). Developing the leadership skills of senior and middle managers to promote risk taking, E.S.R.C. Economic & social Research Council. The University of Nottingham: UK.

Tobias. (2006). Model Kompetensi Dan Perkhidmatan Awam Malaysia. Pengurusan Awam, 1 (2), 1 - 15. Wooldridge, B., & Floyd, S. (1990). The strategy process, middle management

involvement, and organizational performance. Strategic management journal, 11, 231-241.

Page 143: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

143

KOMPETENSI PENSYARAH IAB

DALAM PENYAMPAIAN KURSUS BAHASA

Yong Chee Ken, Zuriah binti Mad Ali, Mislinah binti Makin, Fadzilah binti Abdullah, Nor Hayati Bt. Aziz@Esa, Netty Yushani Bt. Yusof, Thanabal A/L M. Palanisamy,

Kanagarajan A/L Pandiyan, Sapinah Bt. Zakaria, Azhan Bin Ahmad, Mat Zizi B. Ismail, Teh Kim Peng, Faridah Bt. Mohamed, Chin Choon Tow, Karpanan A/L Manikam,

Maznah Bt. Abdullah, Dr. Siti Salina Bt. Mustakim, Samsiah Bt. Si-Rajab Dr. Tai Mei Kin

Abstrak

Kajian Kompentensi Pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam Penyampaian Kursus Bahasa telah dilaksanakan oleh Jabatan Bahasa dan Komunikasi (JBK) sejak Mac 2014 hingga akhir tahun 2015. Kajian ini bertujuan menilai tahap kompetensi pensyarah bahasa IAB dalam penyampaian sesi latihan bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI) berdasarkan enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB yang telah digubal oleh Jabatan Bahasa dan Komunikasi IAB pada tahun 2013. Kajian ini mempunyai tiga variabel utama, iaitu (1) kompetensi pensyarah bahasa IAB, (2) pengetahuan peserta kursus, dan (3) kemahiran peserta kursus. Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif melalui kaedah kaji selidik. Seramai 444 orang peserta kursus, iaitu 280 orang peserta kursus yang menghadiri 12 kursus BM, dan seramai 164 orang peserta kursus yang menyertai tujuh kursus BI, telah dipilih sebagai responden kajian ini. Borang kaji selidik ditadbirkan kepada peserta-peserta tersebut sebaik sahaja setiap kursus tamat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah BM dan BI IAB adalah kompeten dalam keenam-enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB, selain dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus. Bagi pensyarah kursus BM, tahap pencapaian mereka paling tinggi dalam dimensi Kemahiran Berbahasa, diikuti oleh dimensi Peningkatan Potensi Peserta dan dimensi Penilaian Berkualiti. Dimensi yang keempat tinggi ialah Kreatif dan Inovatif, diikuti oleh Pengurusan Peralatan dan Ruang, dan Kepelbagaian Kaedah. Bagi pensyarah kursus BI pula, mereka juga mencapai tahap paling tinggi dalam dimensi Kemahiran Berbahasa, diikuti oleh dimensi-dimensi Peningkatan Potensi Peserta, Kreatif dan Inovatif, Penilaian Berkualiti, Pengurusan Peralatan dan Ruang, dan Kepelbagaian Kaedah. Walaupun tahap pencapaian pensyarah bahasa tinggi, ruang penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih cemerlang masih wujud, khususnya dalam membangunkan modul latihan tentang cara (1) menetapkan tahap pengetahuan dan kemahiran modul latihan kursus sejajar dengan keperluan peserta, (2) menentukan keperluan semasa peserta, dan (3) mengelakkan kandungan modul latihan yang terlalu padat. Dapatan kajian ini memberi maklum balas yang spesifik kepada JBK dan IAB untuk menambah baik serta meningkatkan kualiti modul latihan. Dapatan kajian ini juga menjadi panduan untuk mewujudkan program pembangunan profesional berterusan bukan sahaja bagi mengekalkan prestasi tinggi para pensyarah, malah melonjakkan lagi kecemerlangan pensyarah-pensyarah bahasa JBK.

Page 144: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

144

1. Pendahuluan

Matlamat mewujudkan masyarakat yang menguasai bahasa Malaysia (BM) dan

bahasa Inggeris (BI) adalah antara fokus penting dalam sistem pendidikan negara

kita (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). BM merupakan bahasa kebangsaan

yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah

mencapai aspirasi 1Malaysia. BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang

perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di

peringkat nasional dan global. Matlamat dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) tersebut selaras dengan hasrat kerajaan

dalam menyediakan asas pembentukan negara bangsa dan pertumbuhan ekonomi

mampan dengan matlamat mentransformasikan Malaysia ke arah negara

berpendapatan tinggi.

Bagi memenuhi aspirasi MBMMBI, pemimpin pendidikan memainkan peranan

penting dalam meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan negara. Oleh sebab

itu, pemimpin pendidikan perlu mendapat latihan yang berkualiti agar dapat menjadi

pemimpin yang berwibawa (Nakpodia, 2011). Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai

Premier Centre pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan keupayaan

pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

perlu memberi latihan yang berkualiti kepada pemimpin sekolah bagi meningkatkan

tahap profesionalisme pemimpin pendidikan dari segi pengetahuan, kemahiran dan

sikap dari semasa ke semasa.

Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab melatih pemimpin

pendidikan dalam bidang bahasa, Jabatan Bahasa dan Komunikasi (JBK) perlu

mengenal pasti serta mengendalikan program yang relevan untuk meningkatkan

tahap kompetensi dan profesionalisme pemimpin pendidikan dalam bidang

pengurusan bahasa khususnya BM dan BI. Usaha tersebut dapat membantu

pemimpin pendidikan dalam melaksanakan dasar-dasar bahasa KPM di peringkat

sekolah dengan sistematik dan berkesan.

Bagi membekalkan latihan bahasa yang berkualiti kepada pemimpin sekolah,

pensyarah bahasa IAB haruslah mempunyai kelayakan yang berwibawa dan

berkompetensi tinggi. Oleh sebab itu, membangunkan kapasiti pensyarah bahasa

IAB sama ada pensyarah BM atau BI merupakan perkara penting yang perlu

Page 145: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

145

diberikan perhatian penuh dan diterjemahkan dalam bentuk operasional oleh pihak

IAB. Hanya dengan pensyarah bahasa yang berkualiti, IAB dapat meningkatkan

keberkesanan setiap latihan bahasa yang diadakan dan seterusnya membangunkan

keupayaan pemimpin pendidikan dalam bidang pengurusan bahasa secara

keseluruhannya.

2. Pernyataan Masalah

IAB merupakan institusi pendidikan yang bertanggunjawab membangunkan kapasiti

pemimpin pendidikan bagi menjamin kecemerlangan berterusan dalam sesi latihan

yang dilaksanakan. Untuk tujuan tersebut, penilaian dijalankan untuk setiap sesi

latihan dengan menggunakan borang BK09. Instrumen tersebut merupakan

instrumen generik yang digunakan oleh semua jabatan IAB bagi menilai prestasi

pensyarah dalam penyampaian sesi latihan. Walau bagaimanapun, instrumen itu

tidak berfokus untuk menilai kompetensi pensyarah dalam bidang bahasa secara

khususnya. Dengan kata lain, penggunaan BK09 tidak dapat membekalkan

makluman yang relevan dalam penilaian kompetensi seseorang pensyarah bahasa.

Misalnya, tahap kemahiran kebahasaan dalam penggunaan bahasa standard,

penggunaan laras bahasa yang sesuai dan kesantunan bahasa yang merupakan

kemahiran penting bagi seorang pensyarah bahasa yang berwibawa tidak menjadi

fokus penilaian instrumen tersebut.

JBK yang bertanggungjawab melatih pemimpin pendidikan dalam bidang

bahasa, khususnya BM dan BI yang selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI,

berhasrat untuk memantapkan lagi kompetensi pensyarah bahasa. Dengan

mengambil kira hasrat tersebut dan borang BK09 pula tidak dapat memberikan

makluman yang bersesuaian, maka satu kajian yang menggunakan instrumen

berfokuskan kemahiran kebahasaan perlu dijalankan. Kajian seperti ini amat penting

kerana sejak penubuhannya, JBK tidak pernah menjalankan apa-apa kajian yang

dapat mengenal pasti kemampuan pensyarah bahasa dalam mengendalikan latihan

bahasa yang selaras dengan kehendak dasar MBMMBI.

JBK berhasrat untuk memantapkan kompetensi pensyarah bahasa sekiranya

mempunyai makluman yang jitu tentang keperluan pensyarah bahasa. Disebabkan

selama ini JBK tidak pernah menjalankan sebarang kajian tentang kompetensi

pensyarah bahasa, memang tiada makluman tentang keperluan latihan yang boleh

Page 146: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

146

dijadikan sebagai asas rujukan kepada JBK secara khususnya, dan IAB secara

amnya. Hanya berdasarkan makluman atau dapatan kajian yang cukup, JBK dan

IAB dapat mengenal pasti program pembangunan profesional yang bersesuaian

dalam memantapkan kompetensi pensyarah bahasa IAB secara berkesan.

Selain itu, JBK juga tidak mempunyai data tentang sama ada kursus-kursus

BM dan BI yang dikendalikan selama ini benar-benar dapat menambahkan

pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus. Menurut Nakpodia

(2011), penilaian akan memberi maklumat yang penting tentang hasil latihan. Oleh

itu, wujud keperluan dalam kajian ini untuk menganalisis keberkesanan kursus dan

aspek-aspek sesi latihan yang dikendalikan oleh pensyarah BM dan BI IAB dengan

menggunakan Model Kompentensi Pensyarah Bahasa IAB. Dengan itu, tindakan

susulan boleh diambil oleh JBK supaya alternatif yang sesuai dapat dipilih untuk

penambahbaikan yang seterusnya. Tindakan seperti ini amat bermakna kerana ini

bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan kursus malah dapat memberi

manfaat kepada peserta kursus secara keseluruhannya.

3. Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan menilai tahap kompetensi pensyarah bahasa dalam

penyampaian sesi latihan BM dan BI berdasarkan enam dimensi Model Kompetensi

Pensyarah Bahasa IAB. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk:

3.1 Menentukan tahap pencapaian pensyarah BM dalam enam dimensi Model

Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB.

3.2 Menentukan tahap pencapaian pensyarah BI dalam enam dimensi Model

Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB.

3.3 Menentukan perbezaan atau persamaan tahap pencapaian kompetensi

antara pensyarah BM dan BI dalam enam dimensi Model Kompetensi

Pensyarah Bahasa IAB.

3.4 Menentukan keberkesanan kursus BM dan BI dalam meningkatkan tahap

pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus dengan

menggunakan Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB.

Page 147: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

147

4. Soalan Kajian

Soalan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap pencapaian pensyarah Bahasa Malaysia dalam enam dimensi

Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB?

2. Apakah tahap pencapaian pensyarah Bahasa Inggeris dalam enam dimensi

Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB?

3. Apakah perbezaan atau persamaan antara tahap pencapaian kompetensi

pensyarah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam enam dimensi

Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB?

4. Dengan mengaplikasikan kompetensi yang disarankan dalam Model

Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB, sejauh manakah sesi latihan kursus

bahasa yang dikendalikan oleh pensyarah bahasa IAB dapat menambahkan

pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus?

5. Kerangka Kajian

Kajian ini menggabungkan Teori Kognitif Piaget (1958), Teori Komunikasi Lasswell

(1948), dan Teori Behaviorisme Skinner (1948) dengan Model Kompetensi

Pensyarah Bahasa IAB (2013). Tiga pemboleh ubah utama dalam kajian ini, iaitu

Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB, Pengetahuan Peserta Kursus, dan Kemahiran

Peserta Kursus dicakupi oleh ketiga-tiga teori berkenaan. Kerangka kerja ini menjadi

asas utama dalam mengenal pasti proses bagi setiap pemboleh ubah untuk

mencapai objektif kajian.

Terdapat tiga komponen asas dalam Teori Kognitif Piaget (1958), iaitu

Skema, Assimilation-Accommodation-Equilibration, dan Stages in Development.

Dalam kajian ini, kerangka teori menggunakan Skema dan Assimilation-

Accommodation-Equilibration dalam menentukan pembangunan kompetensi

pensyarah dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta

kursus semasa latihan. Skema berfungsi sebagai ‘unit’ pengetahuan yang berkaitan

dengan aspek dunia, objek, tindakan dan konsep-konsep abstrak. Piaget dan Cook

Page 148: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

148

(1952) dan Wadsworth (2004) melihat keseimbangan asimilasi-accommocation

sebagai pertumbuhan intelek dalam proses penyesuaian atau pelarasan kepada

dunia. Hal ini berlaku melalui penggunaan skema yang sedia ada untuk berurusan

dengan objek baharu atau keadaan. Akhir sekali equilibration akan bergerak

membangun bersama yang lain. Pulaski (1971) menegaskan bahawa Piaget telah

menunjukkan kajian menyeluruh dan teliti. Pulaski juga mengatakan kajian Piaget

telah menunjukkan bahawa pemahaman lisan kanak-kanak dan guru-guru

mengubah bentuk pembelajaran yang datang melalui aktiviti sendiri dalam latihan.

Kebolehan dan keghairahan untuk belajar, merupakan sebahagian sumber

pendidikan yang paling berharga.

Dalam Teori Komunikasi Lasswell (1948), terdapat lima elemen iaitu Penutur,

Apa yang dituturkan, Saluran, Penerima, dan Kesannya. Lasswell percaya bahawa

mesej berpindah daripada penutur kepada penerima. Selain itu, setiap elemen

tersebut mempunyai analisis yang berlainan. Untuk elemen Penutur, wujud analisis

kawalan. Untuk elemen Apa, wujud pula analisis kandungan. Bagi elemen Saluran,

wujud analisis media. Analisis audiens pula wujud pada elemen Penerima, dan

analisis kesan bagi elemen Kesan. Lasswell percaya bahawa manusia

berkomunikasi untuk tiga sebab yang berlainan, iaitu Surveillance of the

environment, Correlation of components of society, dan Cultural transmission

between generations (CommunicationTheory.org, 2010).

Dalam Teori Operant Conditioning oleh Skinner (1937), pembelajaran berlaku

apabila terdapat perubahan sikap dalam kalangan peserta. Salah satu prinsip asas

dalam teori tersebut ialah pengukuhan positif untuk menguatkan perubahan sikap

dengan menggunakan perangsang positif apabila perubahan sikap berlaku. Aplikasi

PdP yang menggunakan prinsip Operant Conditioning yang digunakan dalam latihan

ialah melalui program latih tubi dan ulangan, tutorial, dan program menyelesaikan

masalah melalui simulasi dan permainan (Snowman & Biehler, 2006).

Antara ketiga-tiga teori tersebut, wujud satu kaitan. Teori Kognitif dan Teori

Komunikasi mempunyai kepentingan interaksi untuk pembangunan pembelajaran

formal dan semula jadi. Menurut Teori Operant Conditioning pula, pembelajaran

berlaku apabila terdapatnya perubahan sikap yang membawa kepada peningkatan

pengetahuan dan kemahiran.

Page 149: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

149

Dalam kajian ini, kompetensi pensyarah, dan pengetahuan dan kemahiran

peserta dinilai dengan menggunakan model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB.

Model ini terdiri daripada 6 dimensi, iaitu Kepelbagaian Kaedah, Kemahiran

Berbahasa, Pengurusan Peralatan dan Ruang, Peningkatan Potensi Peserta, Kreatif

dan Inovatif dan Penilaian Berkualiti. Manakala, tahap pengetahuan dan kemahiran

peserta diukur melalui empat kursus BM dan tiga kursus BI yang dihadiri oleh

mereka. Semua unsur ini digunakan untuk membina kerangka konsep kajian ini.

Page 150: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

150

Rajah 1. Kerangka Konsep Kajian

Peningkatan Potensi Peserta Kreatif dan Inovatif Penilaian Berkualiti

Kepelbagaian Kaedah

Kemahiran Berbahasa

Pengurusan Peralatan dan Ruang

Penilaian Berkualiti

Kreatif dan Inovatif

Peningkatan Potensi Peserta

Kompetensi

Pensyarah

Bahasa IAB

SK1, 2 dan 3

SK 4

Pengetahuan Peserta Kursus

Kemahiran Peserta Kursus

Nota. SK=Soalan kajian

Page 151: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

151

6. Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat membekalkan makluman lengkap tentang tahap kompetensi

pensyarah BM dan BI dalam penyampaian sesi latihan iaitu dalam aspek

Kepelbagaian Kaedah; Kemahiran Berbahasa; Pengurusan Peralatan dan Ruang;

Peningkatan Potensi Peserta; Kreatif dan Inovatif; dan Penilaian Berkualiti.

Berdasarkan dapatan tersebut, perbezaan atau persamaan antara pensyarah

bahasa BM dan BI dalam tahap pencapaian kompetensi tersebut juga dapat

digariskan. Makluman tersebut amat diperlukan untuk pensyarah bahasa dan JBK

agar dapat memberikan keutamaan kepada pengukuhan kompetensi yang

cemerlang dan keperluan menambahbaikkan kompetensi yang kurang dikuasai.

Memantapkan kompetensi pensyarah bahasa merupakan tanggungjawab

penting JBK. Peningkatan kompetensi pensyarah dapat disempurnakan melalui

kepelbagaian program pembangunan professional. Perancangan program dan

aktiviti pembangunan profesional untuk pensyarah perlu dilaksanakan dengan

merujuk kepada tahap penguasaan kompetensinya. Latihan yang diberikan mestilah

bersifat khusus untuk menangani kelemahan yang dikesan. Kajian ini yang bertujuan

menilai kekuatan dan kelemahan pensyarah bahasa dalam penyampaian sesi latihan

bahasa dapat membantu JBK mengumpulkan makluman untuk mengenal pasti

program pembangunan profesional yang bersesuaian bagi meningkatkan

kompetensi pensyarah bahasa BM dan BI secara berkesan.

Mengenal pasti aspek-aspek dan kursus-kursus BM dan BI yang kurang

berkesan atau kurang dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan

kemahiran peserta kursus merupakan satu lagi tujuan penting kajian ini.

Mengumpulkan makluman seperti ini merupakan satu usaha penting yang perlu

dilakasanakan oleh JBK supaya dapat memperoleh data rujukan untuk membuat

semakan semula kandungan kursus demi tujuan penambahbaikan secara

berterusan. Usaha ini dapat memastikan kualilti kursus yang dikendalikan oleh JBK

sentiasa relevan dengan keperluan semasa peserta dan kehendak dinamik arena

pendidikan yang sentiasa berkembang maju.

Menjamin kecemerlangan berterusan dalam sesi latihan merupakan

tanggungjawab penting bagi setiap jabatan IAB yang mengendalikan kursus-kursus

untuk pemimpin pendidikan. Sehubungan itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai

Page 152: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

152

contoh kepada jabatan-jabatan lain di IAB. Dengan menggunakan instrumen yang

relevan, kajian seperti ini dapat memberikan makluman yang kukuh untuk

peningkatan kompetensi pensyarah dan penambahbaikan kursus jabatan masing-

masing. Usaha seperti ini memberi implikasi penting bukan sahaja dalam

menentukan kualiti sesi latihan bahkan kualiti pemimpin pendidikan yang mempunyai

hubungan rapat dengan keberkesanan sistem pendidikan negara kita.

7. Tinjauan Literatur

7.1 Definisi Kompetensi

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, kemampuan dan sifat yang

perlu dimiliki oleh seseorang demi menjalankan tugas dan peranannya secara

berkesan dan cemerlang (Boak & Coolican, 2001; Cairns, 2000; Siti Rahayah Ariffin,

2006). Pengetahuan adalah ilmu yang diperlukan oleh seseorang bagi memahami

sesuatu tugas, keadaan dan persekitarannya. Pendidik yang berkesan seharusnya

merangka pengetahuan baharu berdasarkan pengalaman lepas (Khine, 2004). Pusat

Perkembangan Kurikulum (2001) juga menekankan bahawa pengetahuan boleh

dibina secara aktif oleh pelajar berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia

ada. Dalam proses ini, individu akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima

dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu dalam

mindanya. Justeru, seorang pensyarah yang kompeten perlu melengkapkan diri

dengan pengetahuan berkaitan dengan cara membantu peserta menjana

pengetahuan baharu berdasarkan pengalaman mereka.

Pengetahuan yang baik perlu sejajar dengan kemahiran yang baik.

Kemahiran bermaksud menguasai teknik dan kaedah untuk menjalankan sesuatu

tugas secara berkesan. Menurut Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin & Zulkiflee Haron

(2012), dalam menjalankan tugas secara berkesan, seseorang tidak akan berasa

selesa hanya dengan memiliki satu kemahiran asas. Dengan kata lain, seseorang

yang kompeten dalam tugasnya perlu memiliki pelbagai jenis kemahiran. Justeru,

seorang pensyarah perlu memiliki kemahiran yang sesuai dan pelbagai bagi

menghasilkan keberkesanan latihan atau pengajaran yang disampaikan.

Seseorang yang berkompetensi juga perlu memiliki sifat yang baik. Haris dan

Muijs (2005) menyatakan seorang pendidik haruslah berkeupayaan untuk

Page 153: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

153

mengekalkan hubungan baiknya dengan murid kerana hal tersebut penting bagi

mengupaya kecemerlangan latihan. Abdullah Sani (2007) yang menyatakan bahawa

pendidik yang cemerlang mampu memainkan peranannya untuk membimbing murid

ke arah matlamat yang ditujui. Pendapat ini selaras dengan peranan pensyarah

sebagai fasilitator. Abdullah Sani (2007) juga menjelaskan bahawa pendidik yang

berkualiti sentiasa bersikap terbuka untuk membuat perubahan berdasarkan idea-

idea dan kefahaman yang baharu. Kebolehan pensyarah untuk berkongsi idea, nilai,

dan perasaan saling mempercayai dengan pelajarnya akan menghasilkan impak

positif terhadap proses pembelajaran (Anderson, 2002).

7.2 Kompetensi Pensyarah Bahasa

Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Bahasa dan Komunikasi (JBK) IAB pada tahun

2013 telah mengenal pasti enam dimensi dalam menerangkan variabel kompetensi

pensyarah bahasa iaitu Kepelbagaian Kaedah, Kemahiran Berbahasa, Pengurusan

Peralatan dan Ruang, Peningkatan Potensi Peserta, Kreatif dan Inovatif dan

Penilaian Berkualiti.

7.2.1 Dimensi Kepelbagaian Kaedah

Dimensi Kepelbagaian Kaedah merangkumi aspek mereka bentuk latihan

berdasarkan latar belakang peserta yang berbeza, menjalankan aktiviti berdasarkan

keupayaan peserta yang berbeza dan mengadakan intervensi berdasarkan

keperluan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berbeza (JBK, 2013). Menurut

Chew (2011), setiap murid memiliki latar belakang berbeza seperti status sosio-

ekonomi keluarga, aliran pengajian, jantina, etnik dan lain-lain lagi. Justeru, cara

setiap murid berfikir dan bertindak serta belajar adalah berlainan berbanding dengan

yang lain. Mengikut New Mexico Teacher Competencies (2013), guru boleh

mengamalkan pelbagai kaedah PdP yang berkaitan dengan latar belakang individu

yang berbeza supaya pengetahuan dapat disalurkan kepada semua murid dengan

lebih berkesan. Dengan kata lain, untuk mempertingkatkan keberkesanan latihan,

pensyarah bahasa IAB juga perlu melayani peserta yang berbeza dalam

pengalaman dan tahap pengetahuan yang sedia ada dengan pendekatan yang

berlainan terutamanya dalam latihan pengukuhan bahasa.

Page 154: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

154

PdP yang berkesan juga memerlukan pensyarah menjalankan aktiviti

berdasarkan keupayaan peserta yang berbeza. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka (2002), keupayaan didefinisikan sebagai kesanggupan untuk mencapai atau

melakukan sesuatu. Setiap individu mempunyai keupayaan yang berbeza. Mengikut

Berliner (2005), kepelbagaian pendekatan yang sesuai dengan keupayaan murid

merupakan seni pengajaran guru cemerlang. Justeru, dalam memberi latihan kursus,

pensyarah perlu mengaplikasikan seni pengajaran ini ke dalam PdP dengan

bertindak sebagai fasilitator yang sentiasa kreatif. Pelbagai kaedah pengajaran akan

membentuk peserta yang pelbagai keupayaan memiliki keseimbangan dalam

kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis

secara efektif. Aktiviti yang berdasarkan pemilihan bahan yang relevan dengan

keupayaan peserta dapat melibatkan semua peserta secara aktif dalam

pembelajaran. Dengan ini, peserta yang lambat tidak terus tertinggal dan peserta

yang pandai tidak merasa bosan (Rosadah Mahamud & Khadijah Hussein, 2002).

Cara seperti ini dapat memaksimumkan hasil pembelajaran.

Intervensi dalam PdP adalah tindakan yang dirancang untuk membantu

peserta melonjak dari tahap pengetahuan semasa ke tahap pengetahuan yang ingin

dihasilkan (Gordon, 1994). Menurut Northampton College (2008), dalam proses

mengadakan intervensi berdasarkan keperluan PdP yang berbeza, perancangan

awal perlu diadakan. Perancangan seperti ini dapat membantu peserta menangani

situasi yang dihadapinya dengan lebih berkesan selain merangsang pembelajaran

dan menyediakan persekitaran yang membolehkan peserta belajar secara optima.

Misalnya, apabila pensyarah mendapati peserta menghadapi masalah tertentu dalam

penguasaan bahasa, pensyarah boleh mengadakan intervensi berdasarkan

keperluan PdP melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan keperluan

tersebut. Menurut Koomen dan Pameijer (2007), sebelum PdP dimulakan, pensyarah

perlu mengetahui dahulu masalah yang diihadapi, iaitu masalah yang memang

memerlukan intervensi, masalah yang memerlukan perubahan strategi atau kaedah

mengajar. Makluman yang mencukupi juga merupakan syarat yang penting untuk

pensyarah mengambil keputusan tepat untuk mengadakan intervensi PdP (Koomen

& Pameijer, 2007). Tindakan-tindakan ini bukan sahaja dapat meningkatkan

keberkesanan PdP bahkan dapat memenuhi kehendak peserta.

Page 155: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

155

7.2.2 Dimensi Kemahiran Berbahasa

Dimensi Kemahiran Berbahasa merangkumi aspek menggunakan bahasa yang

sopan, menggunakan bahasa pertuturan yang mudah difahami dan menggunakan

bahasa standard (JBK, 2013). Menggunakan bahasa yang sopan bererti

penggunaan bahasa yang halus dan menepati konteksnya, lemah lembut serta tidak

menyinggung perasaan pendengar (Awang Sariyan, 2007). Menurut Hashim Musa

(2008), kesantunan bahasa bukan sahaja dapat menghindarkan konflik dan

persengketaan dengan pendengarnya malah sentiasa menjaga air muka pendengar.

Mengikut Ahmad Khair Mohd dan Rohaida Abdul Gani (2005) pula, amalan

kesantunan berbahasa dapat membantu mewujudkan suasana dan perhubungan

yang mesra dalam sesuatu komunikasi. Secara ringkas, penggunaan bahasa yang

sopan adalah penting kerana kesantunan bahasa merupakan etika sosial yang

diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan antara ahli

masyarakat.

Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama

lain, iaitu segala maklumat yang ingin disampaikan boleh difahami oleh kedua-dua

pihak. Suatu proses berbahasa dikatakan berkesan apabila makna yang

disampaikan oleh seseorang dapat difahami oleh pendengar sehingga tidak

menimbulkan penafsiran yang salah. Sebaliknya, suatu proses berbahasa dikatakan

tidak berkesan apabila makna yang disampaikan seseorang tidak difahami atau

salah ditaksir oleh pendengar (Awang Sariyan, 2007). Salah satu cara untuk

memastikan proses berbahasa itu berkesan adalah dengan menggunakan bahasa

pertuturan yang mudah difahami. Dengan kata lain, daripada menggunakan bahasa

yang janggal, kita perlu menggunakan bahasa yang mudah dimengerti dan dapat

diterima oleh pendengar (Ding, 2005). Penggunaan bahasa yang mudah difahami

ramai bukan sahaja menyebabkan segala yang diperkatakan difahami oleh orang

lain malah dapat mencetuskan satu aktiviti berbahasa yang bermakna.

Penggunaan bahasa standard bererti menggunakan bahasa mengikut sistem

bahasa tersendiri iaitu dari segi ejaan, morfologi dan sintaksis (Marzhan, 2010).

Secara ringkas, penggunaan bahasa standard bererti menggunakan bahasa

berdasarkan tatabahasa yang betul dan tepat serta tidak menggunakan bahasa

rojak, bahasa slanga, dan bahasa pijin. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur

aduk misalnya antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa

Inggeris (Marzhan, 2010). Bahasa slanga didefinisikan sebagai kata-kata, ungkapan

Page 156: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

156

dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku tetapi lazimnya

digunakan dalam percakapan tidak rasmi (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007).

Bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu

dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Bahasa pijin pula wujud dalam bentuk

bahasa pasar iaitu bahasa yang digunakan antara satu bangsa dengan bangsa

berlainan (Awang Sariyan, 2006). Penggunaan bahasa rojak, bahasa slanga, dan

bahasa pijin akan merendahkan martabat sesuatu bahasa. Justeru, penggunaan

bahasa standard amat penting agar jati diri bahasa dapat dipelihara.

7.2.3 Dimensi Pengurusan Peralatan dan Ruang

Dimensi Pengurusan Peralatan dan Ruang merangkumi aspek memastikan susun

letak peralatan sesuai dengan keperluan aktiviti dan memastikan semua peralatan

untuk tujuan PdP berfungsi dengan baik (JBK, 2013). Mengikut Pusat Rujukan

Persuratan Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), susunan letak peralatan

ditakrifkan sebagai penyusunan persekitaran fizikal sesebuah bilik darjah seperti

cara susunan meja dan kerusi, perabot, peralatan, ruang untuk aktiviti yang boleh

mewujudkan keadaan kondusif dalam kalangan murid dan dapat memberi kesan

tertentu terhadap suasana pembelajaran. Menurut Evertson, Emmer, dan Worshom

(2003), susun letak peralatan dalam bilik darjah yang sesuai memudahkan aktiviti

PdP, memudahkan guru menjalankan pemantauan serta memastikan murid dapat

memerhatikan persembahan atau demonstrasi dengan mudah. Keberkesanan

konsep ruang bekerja atau ‘work space’ ini disokong oleh Hoy dan Weinstein (2006)

yang menyatakan bahawa persekitaran fizikal bilik darjah seperti penggunaan ruang

secara berkesan boleh mewujudkan suasana bilik darjah dan dimensi sosial

berinteraksi yang dapat membentuk budaya bilik darjah yang baik. Justeru,

pensyarah yang memberi latihan perlu memastikan penyusunan alatan dan perabot

di dalam bilik kuliah menepati keperluan aktiviti dan tidak mengganggu suasana

interaksi dan pergerakan pensyarah sewaktu penyampaian kuliah.

Keberfungsian peralatan pula merujuk kepada kebolehgunaan dan

kesempurnaan peralatan di dalam bilik darjah seperti alatan multimedia, komputer,

penghawa dingin, pembesar suara, lampu dan peralatan-peralatan elektrik yang lain

supaya berada dalam kedaan yang baik dan selamat untuk digunakan (Evertson,

Emmer, & Worshom, 2003). Peralatan yang akan digunakan sewaktu kursus, perlu

diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan sama ada peralatan itu berfungsi dengan

Page 157: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

157

baik atau tidak. Peralatan yang tidak berfungsi perlu diganti supaya tidak menggangu

PdP serta mengelakkan kecacatan sesi latihan yang dijalankan terutamanya dari

aspek kebersediaan pensyarah dan juga pengurusan masa (JBK, 2013). Dengan erti

kata lain, pensyarah perlu memastikan segala peralatan yang digunakan semasa

sesi latihan berfungsi dengan baik supaya sesi latihan berjalan dengan lancar dan

bermakna kepada peserta yang hadir berkursus.

7.2.4 Dimensi Peningkatan Potensi Peserta

‘Potensi’ berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris potential yang bermaksud

mempunyai atau menunjukkan keupayaan dan kebolehan (kecerdasan) dalam diri

individu dan jika dicungkil boleh menjadi sesuatu atau berkembang maju pada masa

akan datang (Izani, 2012; Majdi, 2007). Dengan kata lain, potensi merupakan

sesuatu yang boleh dikembangkan. Apabila dikaitkan dengan peserta yang

mengikuti kursus yang dianjurkan oleh JBK di IAB, dimensi ini merangkumi aspek

mewujudkan peluang untuk meningkatkan kemampuan peserta, memfasilitasi sesi

latihan untuk membangunkan keupayaan peserta, menimbulkan keaktifan pada diri

peserta agar bersedia untuk belajar dan menyedarkan peserta tentang kepentingan

peningkatan keupayaan diri dalam menjalankan tugas (JBK, 2013).

Pensyarah perlu mewujudkan peluang untuk meningkatkan kemampuan

peserta kerana setiap peserta mampu belajar. Kebolehan pensyarah mewujudkan

peluang untuk peserta meningkatkan potensi diri penting kerana penglibatan peserta

dalam sesi latihan dapat mencungkil bakat dan meningkatkan keupayaan mereka

(SKPM, 2010). Banyak pendekatan boleh digunakan untuk mewujudkan peluang

pembelajaran peserta misalnya melalui kaedah penyoalan. Semasa berdepan

dengan peserta yang berlainan tahap kemampuan, pensyarah perlu bijak

mengimbangi soalan kognitif aras rendah dan soalan kognitif aras tinggi bagi

memberi peluang kepada semua peserta menjawab mengikut kebolehan masing-

masing (Wilen, 1995; Onosko dan Newmann, 1994). Pendekatan seperti ini dapat

menggalakkan penglibatan peserta dan seterusnya meningkatkan kemampuan

mereka secara berkesan.

Peluang untuk meningkatkan kemampuan peserta boleh juga diwujudkan

menerusi sesi perbincangan antara peserta. Mengikut Ashari Sikor, Sapon Ibrahim,

Mohamad Hisham Mohd Hashim, Ahmad Rizal Madar dan Noor Azila Zamani

Page 158: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

158

(2011), teknik pembelajaran yang dominan digunakan oleh pelajar dewasa ialah

teknik perbincangan. Dalam proses perbincangan, setiap peserta perlu diberi

peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Pensyarah perlu

mendedahkan peserta dengan teknik perbincangan supaya mereka berpeluang

berkongsi idea dan belajar antara satu sama lain.

Pensyarah juga boleh mewujudkan peluang meningkatkan kemampuan

peserta melalui pembelajaran secara kolaboratif. Pembelajaran kolaboratif adalah

satu pendekatan pendidikan untuk PdPc yang melibatkan kumpulan peserta bekerja

bersama-sama untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan tugas, atau

menghasilkan produk (Cooper dan Robinson, 1998). Pendekatan pembelajaran

kolaboratif adalah berdasarkan idea bahawa pembelajaran adalah satu tindakan

semula jadi sosial yang para peserta berkomunikasi di antara mereka sama ada

secara fizikal atau virtual (Gerlach, 1994). Penglibatan yang sama rata di antara ahli

kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian atau urutan tugasan. Cara ini

menjadikan setiap peserta bertanggungjawab dan melibatkan mereka secara sama

rata.

Peningkatan potensi peserta juga berkait rapat dengan kemahiran pensyarah

memfasilitasi sesi latihan. Perkataan ‘memfasilitasi’ bermaksud memudahkan atau

untuk membuat lebih mudah. Seseorang pensyarah perlu menguasai kemahiran

memfasilitasi sesi latihan supaya peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan

lebih mudah, selesa dan produktif. Untuk mencapai tujuan tersebut, pensyarah perlu

ada makluman cukup tentang peserta termasuk tahap pengetahuan sedia ada dan

gaya pembelajaran peserta selain jelas tentang tujuan sesi latihan berkenaan (JBK,

2013).

Peningkatan potensi peserta boleh juga dicapai menerusi usaha pensyarah

menimbulkan keaktifan pada diri peserta agar bersedia untuk belajar dalam sesuatu

sesi latihan. Keterlibatan peserta merujuk kepada kesediaan peserta, keperluan dan

keinginan untuk mengambil bahagian dan berjaya dalam pembelajaran (Bomia,

Beluzo, Demeester, Elander, Johnson, dan Sheldon, 1997). Peserta akan terlibat

apabila mereka berminat dalam kerja mereka walaupun terdapat cabaran dan

halangan. Apabila peserta aktif dan bersedia untuk belajar, mereka akan lebih

senang menerima isi latihan yang disampaikan oleh pensyarah dan memudahkan

berlakunya perkongsian pengetahuan dalam kalangan peserta. Keterlibatan peserta

boleh ditingkatkan melalui beberapa prasyarat sebelum bermula sesi latihan seperti

Page 159: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

159

strategi pembelajaran aktif dan hubungan baik antara pensyarah dan peserta (Jones,

2008; Meyer dan Turner, 2006).

Menyedarkan peserta tentang kepentingan peningkatan keupayaan diri

dalam menjalankan tugas juga merupakan cara yang penting untuk meningkatkan

potensi peserta. Proses tersebut melibatkan proses pemahaman peserta tentang

konsep kendiri (Rogers, 1950). Konsep kendiri merujuk kepada persepsi tentang

kebolehan seseorang berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Hanya

peserta yang mengetahui kekuatan dan kelemahan kendiri akan cuba menyusun

strategi untuk meningkatkan potensi diri (Rogers, 1950). Untuk tujuan tersebut,

pensyarah perlu berkemahiran untuk mewujudkan peluang yang sesuai demi

menyediakan peserta membuat refleksi kendiri secara berkesan. Pensyarah perlu

mengaitkan kepentingan peningkatan keupayaan peserta dalam menjalankan tugas

dengan peranan mereka sebagai pemimpin sekolah khususnya dalam usaha

membangunkan institusi pendidikan secara berkesan dan berterusan.

Secara ringkasnya, pensyarah perlu berkompetensi dalam usaha

meningkatkan potensi peserta. Dalam konteks sektor awam negara kita, Dasar

Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang diwujudkan itu menghendaki setiap

anggota perkhidmatan awam melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan sikap,

kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian, melalui program pembangunan

sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan

pembelajaran berterusan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6, 2005).

7.2.5 Dimensi Kreatif dan Inovatif

Dimensi Kreatif dan Inovatif merangkumi aspek menggunakan kreativiti untuk

mereka bentuk sesi latihan yang menarik, menggalakkan pemikiran kritis dalam

kalangan peserta, memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan daya

kreativiti; dan menyediakan pelbagai pilihan untuk peserta menyelesaikan masalah

(JBK, 2013).

Kreativiti merupakan tindakan bagi mengubah idea baharu dan imaginatif

kepada kebenaran (Naiman, 2014). Di samping itu, kreativiti meliputi ciri kebolehan

mempersepsikan dunia ini dalam cara baharu untuk mencari pola tersembunyi,

menghubungkaitkan pelbagai fenomena yang kelihatan tidak berkaitan, serta

Page 160: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

160

menjana penyelesaian. Dalam bilik darjah, menurut Bocconi, Kampylis dan Punie

(2012), istilah ‘kreatif’ dirujuk sebagai amalan inovatif, misalnya kolaborasi,

personalisasi, pembelajaran aktif dan keusahawanan yang merangsang

pembelajaran kreatif. Dalam pengajaran atau latihan pula, pengajaran kreatif boleh

didefinisikan dalam dua cara; yang pertama, pengajaran secara kreatif, dan kedua

pengajaran demi kreativiti (Morris, 2006). Pengajaran secara kreatif boleh diertikan

sebagai guru atau pensyarah menggunakan pendekatan imaginatif untuk membuat

pembelajaran lebih menarik, lebih banyak penglibatan, lebih mengujakan dan lebih

berkesan. Pengajaran demi kreativiti pula paling baik dihuraikan sebagai

penggunaan cara-cara pengajaran bagi mengembangkan pemikiran dan tingkah laku

kreatif dalam kalangan murid atau peserta (Morris, 2006). Sesi latihan bermakna

pasti memerlukan pensyarah menggunakan kreativiti untuk mereka bentuk sesi

pengajaran secara kreatif mahupun sesi pengajaran demi kreatif yang menarik.

Seorang pensyarah yang kompeten dalam dimensi Kreatif dan Inovatif juga

cenderung menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan peserta (JBK, 2013).

Menurut Paul dan Elder (2007), pemikiran kritis merupakan seni menganalisis serta

menilai pemikiran dengan sesuatu pandangan yang bertujuan untuk memajukan

sesuatu. Menurut mereka lagi, seorang pemikir kritis yang dipupuk dengan baik,

antara lain dapat berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain selain dapat

menyediakan pelbagai penyelesaian terhadap masalah kompleks. Kemahiran

pemikiran kritis dianggap penting kerana kemahiran itu membolehkan seseorang

berhadapan dengan masalah sosial, saintifik, dan praktik secara berkesan

(Shakirova, 2007). Faedah daripada amalan pemikiran kritis tersebut amat

bersesuaian dengan keperluan pemimpin sekolah dalam zaman yang penuh dengan

perubahan ini. Mereka menghadapi pelbagai cabaran dan masalah kompleks dalam

tugas harian mereka yang perlu ditangani dengan bijak dan kreatif.

Pensyarah yang berkompetensi juga perlu memberi peluang kepada peserta

untuk menggunakan daya kreativiti mereka dalam proses pembelajaran (JBK, 2013).

Dalam menggalakkan penggunaan daya kreativiti, Stephens (2004) pernah

mencadangkan dua puluh cara yang berguna. Menggalakkan rasa ingin tahu tanpa

memberi jawapan secara langsung merupakan satu cara yang berkesan. Selain

memupuk rasa ingin tahu serta mencari jawapan, guru atau pensyarah harus

mengemukakan soalan bagi merangsang fikiran imaginatif. Pensyarah harus

sentiasa mengelakkan penggunaan perkataan negatif yang tidak membawa galakan.

Hormati segala usaha yang bersifat kreatif; paparkan hasil untuk dilihat oleh murid

Page 161: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

161

atau peserta. Di samping itu, peserta harus diberi peluang untuk melakukan

eksplorasi selain menghargai idea dan pandangan yang berbeza-beza. Satu kajian

yang dilaksanakan oleh The Office of Standards in Education (Ofsted) (2010)

mendapati bahawa guru mempromosikan pembelajaran kreatif dengan paling

berkesan apabila menggalakkan murid menyoal serta mencabar, membuat hubung

kait serta meninjau hubungan, meramal, bersikap terbuka, serta membuat refleksi

kritis terhadap idea, tindakan dan keputusan. Dengan kata lain, untuk menggalakkan

penggunaan daya kreativiti dalam kalangan peserta kursus, semua kaedah tersebut

boleh dijadikan rujukan serta diamalkan oleh para pensyarah.

Pensyarah yang kompeten juga perlu menyediakan pelbagai pilihan untuk

peserta menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran (JBK, 2013). Pemimpin

yang dinamik walaupun berhadapan dengan cabaran, mereka tetap tahu bagaimana

mengenal pasti penyelesaian yang berkesan. Untuk melatih pemimpin sekolah

menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berkesan, latihan perlu menyediakan

pelbagai pilihan untuk peserta mengambil keputusan agar menyelesaikan masalah.

Untuk mengambil keputusan yang baik, pemimpin sekolah dilatih bagaimana

mengenal pasti punca masalah, meninjau pelbagai alternatif dengan teliti, membuat

pilihan yang bersangkut paut dengan matlamat organisasi, dan menilai hasil

penyelesaian masalah (JBK, 2013). Dengan kata lain, latihan seperti bentuk seperti

ini dapat mendedahkan pemimpin sekolah dengan pendekatan yang relevan dan

berkesan untuk menyelesaikan masalah.

7.2.6 Dimensi Penilaian Berkualiti

Dimensi Penilaian Berkualiti merangkumi aspek menjalankan penilaian secara

objektif, menggunakan instrumen penilaian yang dapat menilai perkara yang dinilai,

menjalankan penilaian mengikut langkah-langkah yang ditetapkan dan menjalankan

penilaian berdasarkan data yang dikumpulkan (JBK, 2013).

Penilaian boleh diertikan sebagai satu prosedur yang digunakan untuk

mengenal pasti sama ada subjek latihan mencapai kriteria yang telah ditetapkan

lebih awal (Kizlik, 2012). Menurut Kirkpatrick dan Kirkpatrick (2006), penilaian

dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan sesuatu program

latihan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mengikut Sera dan Beaudry

(2007), reka bentuk, implementasi dan hasil sesuatu projek, program dan polisi boleh

Page 162: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

162

dinilai dengan sistematik dan objektif. Pensyarah perlu menjalankan penilaian secara

objektif. Ini bererti pensyarah tidak dipengaruhi oleh perasaan, interpretasi atau

prejudis peribadi. Objektif juga perlu berdasarkan fakta disamping tidak berat

sebelah. Secara ringkas, penilaian yang dijalankan perlu memperlihatkan ciri-ciri

keobjektifan, iaitu berdasarkan data dan tidak dicampuri perasaan peribadi

(Kirkpatrick & Kirkpatrick, 2006).

Instrumen penilaian boleh diertikan sebagai alat dan prosedur yang

digunakan untuk mengumpul serta menginterpretasi bukti kompetensi (The

Australian Quality Training Framework AQTF, 2010). Menurut AQTF (2010), satu

intrumen atau alat penilaian merangkumi unit kompetensi atau pembelajaran yang

hendak ditaksir. Selain itu, instrumen tersebut harus meliputi kumpulan sasaran,

konteks dan situasi penilaian selain tugas yang hendak ditadbirkan ke atas peserta.

Dalam penggunaan instrumen penilaian yang dapat menilai perkara yang dinilai,

pensyarah perlu mengetahui aspek yang hendak dinilai. Menurut Topno (2012),

tujuan dan kandungan program latihan merupakan fokus dalam penilaian latihan.

Penilaian dilaksanakan untuk memastikan tujuan atau objektif latihan dan program

pembangunan tercapai di samping keberkesanan kandungan program. Ringkasnya,

instrumen penilaian harus dapat berfungsi untuk menilai kriteria yang digariskan

dalam objektif kursus.

Dalam proses pengumpulan data penilaian, langkah-langkah pelaksanaan

penilaian perlu ditetapkan. Menurut Janet Wall (n.d.), proses penilaian boleh terdiri

daripada sembilan langkah. Mula-mula, penilai perlu menetapkan tujuan dan skop

penilaian. Kemudian, soalan penilaian tentang perkara yang hendak diketahui perlu

ditetapkan. Selepas itu, reka bentuk penilaian hendaklah ditentukan. Rancangan

pengumpulan data pula merupakan langkah yang seterusnya. Kemudian, data akan

dikumpulkan. Langkah seterusnya merupakan penganalisisan data. Apabila data

sudah dianalisis, dapatan didokumentasikan serta disebarluaskan. Langkah terakhir

merupakan maklum balas terhadap penambahbaikan program. Menurut Janet Wall

(n.d.) lagi, penilaian yang direka bentuk dengan baik serta dilaksanakan dengan teliti

dapat membekalkan makluman yang penting tentang hasil program di samping

menuju ke arah penambahbaikan aspek-aspek tertentu. Sebagai pensyarah yang

mengendalikan program latihan, penilaian harus dijalankan mengikut langkah-

langkah yang ditetapkan demi memperoleh maklumat dalam penambahbaikan

sesuatu program latihan.

Page 163: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

163

Pensyarah yang kompeten juga perlu menjalankan penilaian berdasarkan

data yang dikumpulkan (JBK, 2013). Data merupakan maklumat dalam bentuk

mentah atau belum diurus. Data boleh berada dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif

(Reynolds, 2001). Data mendasari pelbagai keputusan dalam perancangan PdP.

Untuk guru, jika mereka mempunyai maklumat atau data yang membantu mereka

mengenal pasti punca cabaran serta mengesan kemajuan, mereka dapat

membangunkan pelan tindakan yang boleh membawa impak positif terhadap

pembelajaran murid (Barneveld, 2008). Jika dikaitkan dengan pensyarah bahasa

IAB, data berkaitan dengan program latihan dan kumpulan sasaran atau peserta

dapat membekalkan makluman yang tepat dan kukuh. Makluman seperti ini dapat

membantu pensyarah membuat penambahbaikan dan meningkatkan keberkesanan

latihan.

8. Metodologi Kajian

8.1 Kaedah Penyelidikan dan Responden Kajian

Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif melalui kaedah kaji selidik.

Berdasarkan kaedah persampelan mudah, Pengetua, Guru Besar dan Penolong

Kanan yang menghadiri Kursus BM dan BI anjuran JBK IAB dari bulan Mac hingga

bulan Oktober 2014 dipilih sebagai responden kajian. Sebanyak 12 kali kursus BM

dan tujuh kali kursus BI dijalankan dalam tempoh masa tersebut. Ini termasuk empat

jenis kursus BM iaitu Kursus Komunikasi Berkesan (tiga kali), Kursus Pengurusan

Mesyuarat Berkualiti (empat kali), Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo

Berkualiti (tiga kali) dan Kursus Pengucapan Awam (dua kali). Tiga jenis kursus BI

termasuk Kursus Effective Communication (dua kali), Kursus Management of English

Language in Schools (dua kali) dan Kursus Professional Reading and Writing (tiga

kali). Seramai 280 dan 164 peserta kursus BM dan BI masing-masing dipilih sebagai

responden kajian ini. Dengan kata lain, seramai 444 peserta kursus telah terlibat

dalam kajian ini. Bilangan dan kekerapan kursus BM dan BI dijalankan dengan

bilangan responden masing-masing ditunjukkan dalam Jadual 1.

Page 164: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

164

Jadual 1: Bilangan dan Kekerapan Kursus BM dan BI Dijalankan dan Bilangan Respondennya

Bil. Kursus BM Kali Bilangan Responden

Bil. Kursus BI Kali Bilangan Responden

1. Komunikasi Berkesan

3 77 1. Effective Communication

2 42

2. Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

4 92 2. Management of English Language in Schools

2 54

3. Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti

3 62 3. Professional Reading and Writing

3 68

4. Kursus Pengucapan Awam

2 49

Jumlah 12 280 7 164

8.2 Instrumen Kajian

Skala Kompetensi Pensyarah Bahasa (SKPB) IAB yang digubal oleh Jabatan

Bahasa dan Komunikasi (JBK) pada tahun 2013 dengan tujuan menilai kompetensi

pensyarah bahasa secara berfokus merupakan instrumen yang digunakan untuk

kajian ini. Instrumen ini mempunyai enam dimensi iaitu Kepelbagaian Kaedah,

Kemahiran Berbahasa, Pengurusan Peralatan dan Ruang, Peningkatan Potensi

Peserta, Kreatif dan Inovatif dan Penilaian Berkualiti (Jadual 2) dengan komposit

indeks kebolehpercayaan 0.76, 0.69, 0.80, 0.74, 0.76 dan 0.82 masing-masing.

Skala yang mengandungi 20 item ini mempunyai kesahan konvergen yang tinggi: (1)

julat pemberat faktor dari 0.76 hingga 0.94 (JBK, 2013) iaitu lebih daripada piawai

0.70 (Hair, Anderson, Tatham dan Black, 2006); (2) julat Squared Multiple

Correlations (SMC) dari 0.58 hingga 0.88 iaitu lebih daripada piawai 0.50 (Hair dan

kawan-kawan 2006; Holmes-Smith, 2001); dan (3) julat Averaged Extracted Value

(AVE) dari 63% hingga 81% yang lebih daripada 50% seperti yang dicadangkan

(Fornell dan Larker, 1981). Skala ini juga mempunyai kesahan diskriminan yang

tinggi dengan AVE lebih daripada 0.50 dan komposit indeks kebolehpercayaan lebih

daripada 0.70 (JBK, 2013) (Hair et. al., 2006; Fornell dan Larker, 1981).

Page 165: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

165

Jadual 2. Dimensi dan Item Skala Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB

8.3 Borang Kaji Selidik

Borang kaji selidik terbahagi kepada tiga bahagian (Lampiran 1). Bahagian pertama

mengandungi maklumat demografi responden yang merangkumi jenis kursus,

jantina, umur, jawatan, dan bilangan tahun memegang jawatan. Bahagian kedua

mempunyai 20 item tentang kompetensi pensyarah bahasa dalam penyampaian

latihan kursus bahasa. Item-item itu disusun mengikut turutan enam dimensi yang

terdapat dalam Skala Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB iaitu Kepelbagaian

Kaedah, Kemahiran Berbahasa, Pengurusan Peralatan dan Ruang, Peningkatan

Potensi Peserta, Kreatif dan Inovatif dan Penilaian Berkualiti (Jadual 2). Responden

diminta menjawab dengan menggunakan skala 1 hingga 6, iaitu 1 untuk “Amat tidak

Bil. Dimensi Item

1. Kepelbagaian Kaedah a. mereka bentuk latihan berdasarkan latar belakang peserta yang berbeza

b. menjalankan aktiviti berdasarkan keupayaan peserta yang berbeza

c. mengadakan intervensi berdasarkan keperluan Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) yang berbeza

2. Kemahiran Berbahasa a. menggunakan bahasa yang sopan

b. menggunakan bahasa pertuturan yang mudah difahami

c. menggunakan bahasa standard

3. Pengurusan Peralatan dan Ruang

a. memastikan susun letak peralatan sesuai dengan keperluan aktiviti

b. memastikan semua peralatan untuk tujuan PdP berfungsi dengan baik

4. Peningkatan Potensi Peserta

a. mewujudkan peluang untuk meningkatkan kemampuan peserta

b. memfasilitasi sesi latihan untuk membangunkan keupayaan peserta

c. menimbulkan keaktifan pada diri peserta agar bersedia untuk belajar

d. menyedarkan peserta kepentingan peningkatan keupayaan diri dalam menjalankan tugas

5. Kreatif dan Inovatif a. menggunakan kreativiti untuk mereka bentuk sesi latihan yang menarik

b. menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan peserta

c. memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan daya kreativiti

d. menyediakan pelbagai pilihan untuk peserta dalam penyelesaian masalah

6. Penilaian Berkualiti a. menjalankan penilaian secara objektif

b. menggunakan instrumen penilaian yang dapat menilai perkara yang dinilai

c. menjalankan penilaian mengikut langkah-langkah yang ditetapkan

d. menjalankan penilaian berdasarkan data yang dikumpulkan

Page 166: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

166

berkompetensi”, 2 untuk “Tidak berkompetensi”, 3 untuk “Kurang berkompetensi”, 4

untuk “Agak berkompetensi”, 5 untuk “Berkompetensi” dan 6 untuk “Amat

berkompetensi”.

Bahagian ketiga kaji selidik pula mengandungi item pra ujian dan pasca ujian

untuk empat kursus BM dan tiga kursus BI masing-masing tentang pengetahuan dan

kemahiran yang dimiliki oleh responden sebelum dan selepas mengikuti kursus.

Item-item itu merupakan aspek kandungan penting bagi setiap modul latihan kursus

BM dan BI (Rajah 5, 6, 7, 8, 10, 11, dan 12). Responden diminta menjawab dengan

menggunakan skala 1 hingga 7 untuk menilai kedua-dua bahagian tersebut iaitu

pengetahuan dan kemahiran responden sebelum dan selepas kursus.

8.4 Prosedur Pengumpulan Data

Borang kaji selidik ditadbirkan dalam kalangan peserta yang mengikuti kursus BM

dan Kursus BI di IAB dari bulan Mac hingga Oktober 2014. Soal selidik dijawab oleh

peserta sebaik sahaja setiap kursus tamat. Pengurus kursus yang merupakan ahli

JBK bertanggungjawab mengendalikan pentadbiran ini. Selepas itu, borang

berkenaan diserahkan kepada pensyarah berkenaan untuk pemprosesan data.

8.5 Kaedah Penganalisisan Data

Dua pendekatan telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan dalam

kajian ini. Pertama, statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis maklumat

demografi responden yang termasuk jenis kursus, jantina, umur, jawatan dan

bilangan tahun memegang jawatan. Statistik deskriptif juga digunakan untuk soalan

kajian pertama (Apakah tahap pencapaian pensyarah BM dalam enam dimensi

Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB?), soalan kajian kedua (Apakah tahap

pencapaian pensyarah BI dalam enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah

Bahasa IAB?) dan soalan kajian ketiga (Apakah perbezaan atau persamaan tahap

pencapaian kompetensi antara pensyarah BM dan BI dalam enam dimensi Model

Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB?). Hasil dapatan dipaparkan dengan

menggunakan min, sisihan piawai atau peratusan. Skor penentu untuk pensyarah

Page 167: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

167

yang kompeten (soalan kajian pertama dan kedua) ialah 4.8 iaitu 80% daripada skala

Likert enam ([6 x 80] ÷ 100).

Kedua, ujian-T digunakan untuk soalan kajian keempat (Dengan

mengaplikasikan kompetensi yang disarankan dalam Model Kompetensi Pensyarah

Bahasa IAB, adakah sesi latihan kursus bahasa yang dikendalikan oleh pensyarah

bahasa IAB dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran

peserta kursus?). Untuk melihat sama ada latihan kursus bahasa yang dikendalikan

oleh pensyarah bahasa IAB dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan

kemahiran peserta kursus, ujian-T digunakan untuk menilai kesignifikan skor peserta

antara sebelum dan selepas mengikuti kursus berdasarkan pra ujian dan pasca

ujian.

Sekiranya perbezaan skor adalah signifikan iaitu nilai p kurang daripada 0.05,

ini bermakna latihan kursus bahasa yang dikendalikan dapat menambahkan

pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus. Walau bagaimanapun,

jika perbezaan skor adalah tidak signifikan iaitu nilai p melebihi 0.05, ini bererti

latihan kursus bahasa yang dikendalikan tidak dapat menambahkan pengetahuan

dan meningkatkan kemahiran peserta kursus. Untuk menjelaskan tahap kesignifikan

skor tersebut secara eksplisit, skor itu dibahagikan kepada tiga tahap peningkatan

pengetahuan dan kemahiran pensyarah berdasarkan julat perbezaan seperti yang

dipaparkan dalam Jadual 3 iaitu (1) Agak Tinggi (1.00-2.99); (2) Tinggi (3.00-4.99);

dan (3) Sangat Tinggi (5.00-6.00).

Jadual 3. Tiga Tahap Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran Pensyarah

Julat Tahap

1.00-2.99 Agak Tinggi

3.00-4.99 Tinggi

5.00-6.00 Sangat Tinggi

9. Demografi Responden

Kajian ini melibatkan 444 orang responden iaitu 280 orang (63%) yang menghadiri

Kursus BM dan 164 orang (37%) yang mengikuti Kursus BI. Seramai 50.2%

responden (223 orang) merupakan perempuan dan 49.8% responden (221 orang)

Page 168: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

168

lelaki. Golongan berumur 51 hingga 60 tahun merupakan golongan terbesar yang

terlibat dalam kajian ini iaitu sebanyak 42.1% (187 orang). Angka ini diikuti oleh

golongan berumur 41 hingga 50 tahun iaitu 41.9% (186 orang), 31 hingga 40 tahun

iaitu 8.6% (38 orang) dan 21 hingga 30 iaitu 7.4% (33 orang). Majoriti daripada

kalangan responden terdiri daripada Penolong Kanan iaitu sebanyak 48.0% (213

orang) diikuti oleh guru besar iaitu sebanyak 22.5% (100 orang), responden lain

berjumlah 20.9% (93 orang) dan Pengetua sebanyak 8.6% (38 orang). Kebanyakan

responden memegang jawatan masing-masing melebihi 20 tahun iaitu sebanyak

38.7% (172 orang), diikuti pula dengan satu hingga lima tahun sebanyak 23.1% (102

orang) dan enam hingga 10 tahun sebanyak 13.7% (61 orang). Dalam pada itu,

terdapat seramai 9.9% (44 orang) yang menjawat jawatan berkenaan selama 16

hingga 20 tahun. Jumlah ini disusuli oleh golongan 11 hingga 15 tahun sebanyak

9.2% (41 orang), sementara tempoh kurang daripada satu tahun pula hanya

mencatatkan 5.4% (24 orang). Jadual 4 memaparkan ciri-ciri demografi responden

kajian ini.

Jadual 4: Demografi Responden Kajian

Demografi Kategori Frekuensi Peratus (%)

Jenis Kursus BM 280 63 BI 164 37 Jantina Lelaki 221 49.8 Perempuan 223 50.2 Umur 21-30 33 7.4 31-40 38 8.6 41-50 186 41.9 51-60 187 42.1 Jawatan Pengetua 38 8.6 Guru Besar 100 22.5 Penolong Kanan 213 48.0 Lain-lain 93 20.9 Bilangan Tahun Kurang 1 Tahun 24 5.4 Memegang Jawatan 1-5 Tahun 102 23.1

6-10 Tahun 61 13.7 11-15 Tahun 41 9.2 16-20 Tahun 44 9.9 > 20 Tahun 172 38.7

10. Dapatan Kajian

10.1 Soalan Kajian 1

Page 169: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

169

Apakah tahap pencapaian pensyarah BM dalam enam dimensi Model

Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB?

Berdasarkan Rajah 2, secara keseluruhannya pensyarah BM IAB adalah kompeten

dalam enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB, iaitu dimensi

Kepelbagaian Kaedah, Kemahiran Berbahasa, Pengurusan Peralatan dan Ruang,

Peningkatan Potensi Peserta, Kreatif dan Inovatif, dan Penilaian Berkualiti dengan

mencapai skor min sekurang-kurangnya 5.03. Antara enam dimensi tersebut,

pensyarah BM IAB mencapai tahap kompetensi yang paling tinggi dalam dimensi

Kemahiran Berbahasa dengan skor min sebanyak 5.66 (SP=.48). Ini diikuti dengan

dimensi Peningkatan Potensi Peserta (M= 5.32; SP=.59), Penilaian Berkualiti

(M=5.18; SP=.60), Kreatif dan Inovatif (M=5.13; SP=.67) dan Pengurusan Peralatan

dan Ruang (M=5.12; SP=.67). Pensyarah BM IAB memperoleh skor min yang paling

rendah dalam dimensi Kepelbagaian Kaedah iaitu sebanyak 5.03 (SP=.67). Secara

ringkas, pensyarah BM IAB berkompetensi dalam semua dimensi Model Kompetensi

Pensyarah Bahasa IAB.

Rajah 2: Tahap Pencapaian Pensyarah BM IAB Dalam Enam Dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB

Page 170: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

170

10.2 Soalan Kajian 2

Apakah tahap pencapaian pensyarah BI dalam enam dimensi Model

Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB?

Pensyarah BI IAB juga kompeten dalam enam dimensi Model Kompetensi Pesyarah

Bahasa IAB dengan mencapai skor min sekurang-kurangnya 5.27 (Rajah 3 ). Antara

enam dimensi itu, pensyarah BI IAB mencapai tahap kompetensi yang paling tinggi

dalam dimensi Kemahiran Berbahasa dengan min sebanyak 5.80 (SP=.37).

Pensyarah BI IAB mencapai skor min sebanyak 5.60 (SP=.43) dalam dimensi

Peningkatan Potensi Peserta. Dalam dimensi Kreatif dan Inovatif, pensyarah BI IAB

mencapai skor min sebanyak 5.57 (SP=.43). Ini diikuti oleh dimensi Penilaian

Berkualiti (M=5.45; SP=.48) dan Pengurusan Peralatan dan Ruang (M=5.41;

SP=.47). Pensyarah BI IAB memperoleh skor min yang paling rendah dalam dimensi

Kepelbagaian Kaedah iaitu sebanyak 5.27 (SP=.55). Secara ringkas, pensyarah BI

IAB juga berkompetensi dalam semua dimensi Model Kompetensi Pensyarah

Bahasa IAB.

Rajah 3: Tahap Pencapaian Pensyarah BI dalam Enam Dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB

Page 171: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

171

10.3 Soalan Kajian 3

Apakah perbezaan atau persamaan tahap pencapaian kompetensi antara

pensyarah BM dan BI dalam enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah

Bahasa IAB?

Berdasarkan Rajah 4, jelaslah, yang pertama, pensyarah BM dan BI sama-sama

mencapai skor min yang paling tinggi dalam dimensi Kemahiran Berbahasa (M=5.66,

SP=.48 [BM]; M=5.80, SP=.37 [BI]). Kedua, pensyarah BM dan BI juga mencapai

skor min yang paling rendah dalam dimensi yang sama iaitu Kepelbagaian Kaedah

(M=5.03, SP=.67 [BM]; M=5.27, SP=.55 [BI]). Pensyarah BM mencapai skor min

yang kedua tinggi dalam dimensi Peningkatan Potensi Peserta, diikuti dengan

dimensi Penilaian Berkualiti, Kreatif dan Inovatif dan Pengurusan Peralatan dan

Ruang. Pensyarah BI pula mencapai skor min yang kedua tinggi dalam dimensi

Peningkatan Potensi Peserta, diikuti dengan Kreatif dan Inovatif, Penilaian Berkualiti,

dan Pengurusan Peralatan dan Ruang. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan

besar antara turutan tahap pencapaian kompetensi pensyarah BM dan BI dalam

enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB.

Rajah 4: Perbandingan Tahap Pencapaian Antara Pensyarah BM dan BI Dalam Enam Dimensi Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB

Page 172: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

172

10.4 Soalan Kajian 4

Dengan mengaplikasikan kompetensi yang disarankan dalam Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB, sejauh manakah sesi latihan kursus bahasa yang dikendalikan oleh pensyarah bahasa IAB dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus?

Untuk melihat sama ada sesi latihan kursus bahasa yang dikendalikan oleh

pensyarah bahasa IAB dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan

kemahiran peserta kursus, perbezaan skor pengetahuan dan kemahiran peserta

sebelum dan selepas peserta mengikuti kursus dinilai kesignifikannya dengan

menggunakan ujian-T berdasarkan pra ujian dan pasca ujian yang telah dijalankan.

Ini termasuk empat kursus BM iaitu (1) Kursus Komunikasi Berkesan; (2) Kursus

Pengurusan Mesyuarat Berkualiti; (3) Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo

Berkualiti; dan (4) Kursus Pengucapan Awam; dan tiga kursus BI iaitu (1) Kursus

Effective Communication; (2) Kursus Management of English in Schools; dan (3)

Kursus Professional Reading and Writing yang telah dikendalikan oleh JBK

sepanjang tahun 2014. Seterusnya, tahap kesignifikan skor dinilai berdasarkan tiga

tahap iaitu (1) Agak Tinggi (1.00-2.99); (2) Tinggi (3.00-4.99); (3) Sangat Tinggi

(5.00-6.00) seperti yang dibincangkan dalam Bahagian 8.5.

10.4.1 Kursus Bahasa Melayu

Tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran peserta kursus BM adalah seperti

yang berikut:

a) Kursus Komunikasi Berkesan

Berdasarkan Lampiran 2, kesemua lima belas item yang berkaitan dengan tahap

pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti Kursus

Komunikasi Berkesan mempunyai nilai p yang kurang daripada .05 atau berada pada

tahap signifikan. Ini bermakna kursus tersebut dapat menambahkan pengetahuan

dan meningkatkan kemahiran peserta selepas mereka mengikuti kursus itu. Walau

bagaimanapun, memandangkan skor purata perbezaan min bagi lima-belas item

tersebut adalah 2.12 (Lampiran 2), peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta

kursus adalah pada tahap ‘Agak Tinggi”.

Page 173: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

173

Rajah 5 memaparkan julat perbezaan min bagi kesemua lima belas item yang

berkaitan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas

mengikuti Kursus Komunikasi Berkesan iaitu antara 1.93 dan 2.69. Tiga aspek yang

paling dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus ialah 1)

jenis-jenis komunikasi (M=2.69); 2) konsep penyediaan minit curai (M=2.33); dan 3)

format minit curai (M=2.30). Tiga aspek yang kurang dapat meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran peserta kursus ialah 1) komunikasi profesional

(M=1.93); 2) smart skill dalam komunikasi (M=1.96); dan 3) masalah komunikasi

dalam organisasi (M=1.97).

Rajah 5: Perbandingan Min Input Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Komunikasi Berkesan

Page 174: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

174

b) Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

Lampiran 3 menunjukkan kesemua sepuluh item yang berkaitan dengan

pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti Kursus

Pengurusan Mesyuarat Berkualiti berada pada tahap signifikan dengan nilai p yang

kurang daripada .05. Dengan kata lain, terdapat perubahan signifikan dalam input

pengetahuan dan kemahiran latihan selepas peserta mengikuti kursus itu.

Memandangkan skor purata perbezaan min bagi sepuluh item tersebut adalah 2.07

(Lampiran 3), jelaslah bahawa peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta

kursus adalah pada tahap ‘Agak Tinggi”.

Rajah 6 memaparkan julat perbezaan min bagi sepuluh item yang berkaitan

dengan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti

Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti iaitu antara 1.94 dan 2.21. Yang paling

dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus termasuk aspek 1)

prinsip penulisan minit mesyuarat (M=2.21); 2) format penulisan minit mesyuarat

(M=2.17); 3) tatasusila dan protokol mesyuarat (M=2.11); dan 4) keahlian dan fungsi

ahli mesyuarat (M=2.11). Yang kurang dapat meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran peserta kursus termasuk aspek 1) gaya bahasa dan penggunaan kata

atau ayat minit mesyuarat (M=1.94); 2) tujuan mesyuarat (M=1.94); dan 3)

penggunaan bahasa dalam penulisan minit mesyuarat (M=1.97) dan 4) kategori

mesyuarat (M=2.08).

Page 175: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

175

Rajah 6: Perbandingan Min Input Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

c) Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti

Pada keseluruhannya terdapat perubahan yang signifikan dalam input pengetahuan

dan kemahiran latihan selepas peserta mengikuti Kursus Penulisan Surat Rasmi dan

Memo Berkualiti. Lampiran 4 jelas menunjukkan kesemua enam belas item yang

berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas

mengikuti kursus ini adalah signifikan (p<0.05). Walau bagaimanapun, disebabkan

skor purata perbezaan min bagi enam belas item tersebut hanya 1.28 (Lampiran 4),

peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus juga adalah pada tahap

‘Agak Tinggi”.

Rajah 7 memaparkan julat perbezaan min antara enam belas item tersebut

yang berkaitan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan

selepas menghadiri Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti adalah

antara 1.11 dan 1.47. Tiga aspek yang paling dapat meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran peserta kursus ialah 1) format penulisan memo (M=1.47); 2) kesilapan

Page 176: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

176

umum ejaan dan tanda baca (M=1.42); dan 3) prinsip penulisan memo berkualiti

berasaskan Prinsip 4C (M=1.36). Yang kurang dapat meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran peserta kursus ialah aspek 1) kata sapaan (M=1.11); 2) kata ganti diri

(M=1.11); 3) bahasa tubuh (M=1.13); dan 4) rujukan hormat (M=1.18).

Rajah 7: Perbandingan min Input Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti

perkembangan

Page 177: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

177

d) Kursus Pengucapan Awam

Berdasarkan Lampiran 5, kesemua dua belas item yang berkaitan dengan

pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti Kursus

Pengucapan Awam mempunyai nilai p yang kurang daripada .05 atau berada pada

tahap signifikan. Ini bermakna terdapat perubahan yang signifikan dalam input

pengetahuan dan kemahiran latihan selepas peserta mengikuti kursus tersebut.

Namun disebabkan skor purata perbezaan min bagi dua belas item tersebut adalah

2.10 (Lampiran 5), peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus juga

adalah pada tahap ‘Agak Tinggi”.

Rajah 8 memaparkan julat perbezaan min bagi dua belas item yang berkaitan

dengan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas menghadiri

Kursus Pengucapan Awam adalah antara 1.86 dan 2.37. Aspek yang paling dapat

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserat ialah 1) komponen pengucapan

awam (M=2.37); 2) dasar bahasa dan aplikasinya dalam pentadbiran awam

(M=2.23); 3) langkah-langkah dalam penyediaan teks ucapan (M=2.23); dan 4)

penulisan teks ucapan dan penyampaian ucapan (M=2.17). Aspek yang kurang

dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus ialah 1)

penggunaan bahasa (retorik bahasa) (M=1.86); 2) bahasa badan (M=1.94); dan 3)

komunikasi efektif dan pengucapan awam berkesan (M=1.98).

Page 178: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

178

Rajah 8: Perbandingan min Input Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pengucapan Awam

Jadual 5 merumuskan skor purata perbezaan min pengetahuan dan

kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti empat kursus BM mengikut

kedudukannya. Jelaslah bahawa Kursus Komunikasi Berkesan menduduki tempat

yang paling tinggi dengan skor purata perbezaan min sebanyak 2.12, diikuti dengan

Kursus Pengucapan Awam (M=2.10) dan Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

(M=2.07). Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti berada di tempat

yang terendah dengan skor purata perbezaan min sebanyak 1.28 sahaja. Ini

bermakna antara empat kursus BM, Kursus Komunikasi Berkesanlah yang paling

dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus. Ini

diikuti dengan Kursus Pengucapan Awam dan Kursus Pengurusan Mesyuarat

Berkualiti. Manakala, Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti

merupakan kursus yang paling kurang menambahkan pengetahuan dan

Page 179: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

179

meningkatkan kemahiran peserta kursus. Rajah 9 pula memaparkan perbandingan

julat perbezaan min dan kedudukannya antara empat kursus BM.

Jadual 5: Skor Purata Perbezaan Min Pengetahuan dan Kemahiran Peserta Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus BM

Bil. Nama Kursus Skor Purata Perbezaan Min

1. Komunikasi Berkesan 2.12

2. Pengucapan Awam 2.10

3. Pengurusan Mesyuarat Berkualiti 2.07

4. Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti 1.28

3.76

3.76

3.82

3.82

3.78

3.79

3.79

3.79

3.82

3.87

4

3.94

3.75

3.78

3.78

3.82

3.87

3.82

3.9

5.74

5.71

5.75

5.75

5.71

5.69

5.71

5.65

5.65

5.71

5.85

5.81

5.85

5.87

5.85

5.85

5.84

5.79

5.76

0 1 2 3 4 5 6 7

Menulis semula teks tersebut untuk…

Mengestrak idea utama daripada teks…

Berkongsi proses dan teks yang telah…

Menulis teks yang pelbagai jenis…

Membandingkan gaya dan format…

Tujuan penulisan teks

Ciri-ciri jenis penulisan yang berbeza

Genre (Jenis-jenis penulisan)

Kemahiran penulisan yang efektif

Ciri-ciri penulisan yang baik

Berkongsi intipati apa yang telah dibaca

Membaca secara efektif pelbagai jenis…

Teknik mengenali idea utama

Teknik membaca seimbas lalu

Teknik mengimbas

Kepelbagaian ciri teks yang berbeza

Bahan bacaan yang sesuai bagi…

Kemahiran membaca secara efektif

Kemahiranan membaca

Rajah 12. Perbandingan Min Input Pengetahuan dan Kemahiran LatihanSebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Professional Readingand Writing

Selepas

Perbezaan Min

1.86

1.97

1.97

2.03

2.10

2.07

2.09

1.87

1.85

1.84

1.83

1.86

1.92

1.90

1.93

1.93

1.93

1.95

1.98

Rajah 9: Perbandingan Julat Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus BM

Jadual 6 merumuskan aspek-aspek yang paling dan kurang dapat

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam keempat-empat kursus

BM yang dikendalikan oleh JBK IAB pada tahun 2014.

Jadual 6. Aspek Kursus yang Paling dan Kurang Dapat Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Peserta Kursus BM

Bil. Nama Kursus Aspek paling dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

peserta

Aspek kurang dapat meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran peserta

1. Komunikasi Berkesan

a. Jenis-jenis Komunikasi a. Komunikasi professional

b. Konsep penyediaan minit curai b. Smart skill dalam komunikasi

c. Format minit curai c. Masalah komunikasi dalam organisasi

2. Pengucapan a. Komponen pengucapan awam a. Penggunaan bahasa (retorik

Page 180: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

180

Awam bahasa) b. Dasar bahasa dan aplikasinya

dalam pentadbiran awam b. Bahasa badan

c. Langkah-langkah dalam penyediaan teks ucapan

c. Komunikasi efektif dan pengucapan awam berkesan

d. Penulisan teks ucapan dan penyampaian ucapan

3. Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

a. Prinsip penulisan minit mesyuarat a. Gaya bahasa dan penggunaan kata atau ayat minit mesyuarat

b. Format penulisan minit mesyuarat b. Tujuan mesyuarat

c. Tatasusila dan protokol mesyuarat c. Penggunaan bahasa dalam penulisan minit mesyuarat

d. Keahlian dan fungsi ahli mesyuarat

d. Kategori mesyuarat

4. Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti

a. Format penulisan memo a. Kata sapaan

b. Kesilapan umum ejaan dan tanda baca

b. c.

Kata ganti diri Bahasa tubuh

c. Prinsip penulisan memo berkualiti berasaskan Prinsip 4C

d. Rujukan hormat

10.4.2 Kursus Bahasa Inggeris

Tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran peserta kursus BI adalah seperti

yang berikut:

a) Kursus Effective Communication

Terdapat perubahan yang signifikan dalam input pengetahuan dan kemahiran latihan

selepas peserta kursus mengikuti Kursus Effective Communication. Lampiran 6

jelas menunjukkan kesemua enam belas item yang berkaitan dengan pengetahuan

dan kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus ini adalah signifikan

(p<0.05). Walau bagaimanapun, disebabkan skor purata perbezaan min bagi enam-

belas item tersebut adalah 1.64 (Lampiran 6), peningkatan pengetahuan dan

kemahiran peserta kursus berada pada tahap ‘Agak Tinggi” sahaja.

Rajah 10 memaparkan julat perbezaan min antara enam belas item yang

berkaitan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas

mengikuti Kursus Effective Communication adalah antara 1.40 dan 1.83. Yang paling

dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta termasuk aspek a)

menulis surat menggunakan kosa kata dan perbendaharaan yang betul dalam BI

(M=1.83); b) pengenalan kepada jenis-jenis surat (M=1.74); c) aspek mesyuarat

berkesan (M=1.69); d) langkah-langkah penyediaan mesyuarat (M=1.69); dan e)

Page 181: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

181

penilaian persembahan (M=1.69). Yang kurang dapat meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran peserta kursus ialah aspek a) pengenalan kepada pemimpin sebagai

‘role model’ (M=1.40); b) kepentingan Bahasa Inggeris sejajar dengan MBMMBI

(M=1.50); c) protokol membuat panggilan dan menjawab telefon (M=1.50); dan d)

menggunakan BI yang betul dan tepat dalam perbualan telefon (M=1.55).

3.76

3.76

3.82

3.82

3.78

3.79

3.79

3.79

3.82

3.87

4

3.94

3.75

3.78

3.78

3.82

3.87

3.82

3.9

5.74

5.71

5.75

5.75

5.71

5.69

5.71

5.65

5.65

5.71

5.85

5.81

5.85

5.87

5.85

5.85

5.84

5.79

5.76

0 1 2 3 4 5 6 7

Menulis semula teks tersebut untuk…

Mengestrak idea utama daripada teks…

Berkongsi proses dan teks yang telah…

Menulis teks yang pelbagai jenis…

Membandingkan gaya dan format…

Tujuan penulisan teks

Ciri-ciri jenis penulisan yang berbeza

Genre (Jenis-jenis penulisan)

Kemahiran penulisan yang efektif

Ciri-ciri penulisan yang baik

Berkongsi intipati apa yang telah dibaca

Membaca secara efektif pelbagai jenis…

Teknik mengenali idea utama

Teknik membaca seimbas lalu

Teknik mengimbas

Kepelbagaian ciri teks yang berbeza

Bahan bacaan yang sesuai bagi…

Kemahiran membaca secara efektif

Kemahiranan membaca

Rajah 12. Perbandingan Min Input Pengetahuan dan Kemahiran LatihanSebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Professional Readingand Writing

Selepas

Perbezaan Min

1.86

1.97

1.97

2.03

2.10

2.07

2.09

1.87

1.85

1.84

1.83

1.86

1.92

1.90

1.93

1.93

1.93

1.95

1.98

Rajah 10: Perbandingan min Input Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Effective Communication

b) Kursus Management of English Language in Schools

Berdasarkan Lampiran 7, kesemua empat belas item yang berkaitan dengan

pengetahuan dan kemahiran sebelum dan selepas mengikuti Kursus Management of

English Language in Schools mempunyai nilai p yang kurang daripada 0.05 atau

berada pada tahap signifikan. Ini bermakna terdapat perubahan yang signifikan

dalam input pengetahuan dan kemahiran latihan selepas peserta mengikuti kursus

tersebut, tetapi disebabkan skor purata perbezaan min bagi dua belas item tersebut

1.67

1.67

1.62

1.67

1.69

1.69

1.66

1.40

1.50

1.74

1.83

1.50

1.55

1.64

1.66

Page 182: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

182

adalah 2.14 (Lampiran 7), peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus

hanya berada pada tahap ‘Agak Tinggi”.

Rajah 11 memaparkan julat perbezaan min antara empat belas item yang

berkaitan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas

menghadiri Kursus Management of English Language in Schools adalah antara 1.92

dan 2.73. Tiga aspek yang peserta kursus paling dapat meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran ialah 1) mengikuti perkembangan terkini inovasi PdP Bahasa Inggeris

(M=2.73); 2) pembentangan pelan tindakan (M=2.50); dan 3) menyediakan pelan

tindakan khusus pada sekolah individu (M=2.29). Tiga aspek yang kurang dapat

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus ialah 1) menyediakan

pelan tindakan bagi memperkukuh Bahasa Inggeris secara umum (M=1.92); 2)

aktiviti dalam PdP Bahasa Inggeris (M=1.94); dan 3) Dasar MBMMBI dan

Transformasi Kurikulum (M=1.96).

Page 183: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

183

3.76

3.76

3.82

3.82

3.78

3.79

3.79

3.79

3.82

3.87

4

3.94

3.75

3.78

3.78

3.82

3.87

3.82

3.9

5.74

5.71

5.75

5.75

5.71

5.69

5.71

5.65

5.65

5.71

5.85

5.81

5.85

5.87

5.85

5.85

5.84

5.79

5.76

0 1 2 3 4 5 6 7

Menulis semula teks tersebut untuk…

Mengestrak idea utama daripada teks…

Berkongsi proses dan teks yang telah…

Menulis teks yang pelbagai jenis…

Membandingkan gaya dan format…

Tujuan penulisan teks

Ciri-ciri jenis penulisan yang berbeza

Genre (Jenis-jenis penulisan)

Kemahiran penulisan yang efektif

Ciri-ciri penulisan yang baik

Berkongsi intipati apa yang telah dibaca

Membaca secara efektif pelbagai jenis…

Teknik mengenali idea utama

Teknik membaca seimbas lalu

Teknik mengimbas

Kepelbagaian ciri teks yang berbeza

Bahan bacaan yang sesuai bagi…

Kemahiran membaca secara efektif

Kemahiranan membaca

Rajah 12. Perbandingan Min Input Pengetahuan dan Kemahiran LatihanSebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Professional Readingand Writing

Selepas

Perbezaan Min

1.86

1.97

1.97

2.03

2.10

2.07

2.09

1.87

1.85

1.84

1.83

1.86

1.92

1.90

1.93

1.93

1.93

1.95

1.98

Rajah 10: Perbandingan min Input Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Management of English Language in Schools

c) Kursus Professional Reading and Writing

Pada keseluruhannya terdapat perubahan yang signifikan dalam input pengetahuan

dan kemahiran latihan selepas peserta kursus mengikuti Kursus Professional

Reading and Writing. Lampiran 8 jelas menunjukkan kesemua sembilan belas item

yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas

mengikuti kursus ini adalah signifikan (p<0.05). Namun disebabkan skor purata

Page 184: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

184

perbezaan min bagi sembilan belas item tersebut adalah 1.94 (Lampiran 8),

peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus hanya pada tahap ‘Agak

Tinggi”.

Rajah 12 memaparkan julat perbezaan min antara sembilan belas item yang

berkaitan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas

menghadiri Kursus Professional Reading and Writing adalah antara 1.83 dan 2.10.

Tiga aspek yang paling dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta

kursus ialah 1) teknik mengenali idea utama (M=2.10); 2) teknik membaca seimbas

lalu (M=2.09); dan 3) teknik mengimbas (M=2.07). Tiga aspek yang kurang dapat

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus ialah 1) kemahiran

penulisan yang efektif (M=1.83); 2) ciri-ciri penulisan yang baik (M=1.84); dan 3)

berkongsi intipati apa yang dibaca (M=1.85).

Jadual 7 merumuskan pula skor purata perbezaan min pengetahuan dan

kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti tiga kursus BI dengan mengikut

kedudukannya. Kursus Management of English Language in Schools menduduki

tempat yang paling tinggi dengan skor purata perbezaan min sebanyak 2.14. Ini

diikuti dengan Kursus Professional Reading and Writing dengan skor purata

perbezaan min sebanyak 1.94. Kursus Effective Communication berada di tempat

yang terendah dengan skor purata perbezaan min sebanyak 1.64. Ini bererti antara

tiga kursus BI, Kursus Management of English Language in Schools yang paling

dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus. Ini

diikuti dengan Kursus Professional Reading and Writing; manakala Kursus Effective

Communication merupakan kursus yang paling kurang menambahkan pengetahuan

dan meningkatkan kemahiran peserta kursus. Rajah 13 memaparkan perbandingan

julat perbezaan min pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas

mengikuti tiga kursus BI tersebut dan kedudukannya.

Page 185: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

185

Rajah 12: Perbandingan min Input Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Professional Reading and Writing

3.76

3.76

3.82

3.82

3.78

3.79

3.79

3.79

3.82

3.87

4

3.94

3.75

3.78

3.78

3.82

3.87

3.82

3.9

5.74

5.71

5.75

5.75

5.71

5.69

5.71

5.65

5.65

5.71

5.85

5.81

5.85

5.87

5.85

5.85

5.84

5.79

5.76

0 1 2 3 4 5 6 7

Menulis semula teks tersebut untuk…

Mengestrak idea utama daripada teks…

Berkongsi proses dan teks yang telah…

Menulis teks yang pelbagai jenis…

Membandingkan gaya dan format…

Tujuan penulisan teks

Ciri-ciri jenis penulisan yang berbeza

Genre (Jenis-jenis penulisan)

Kemahiran penulisan yang efektif

Ciri-ciri penulisan yang baik

Berkongsi intipati apa yang telah dibaca

Membaca secara efektif pelbagai jenis…

Teknik mengenali idea utama

Teknik membaca seimbas lalu

Teknik mengimbas

Kepelbagaian ciri teks yang berbeza

Bahan bacaan yang sesuai bagi…

Kemahiran membaca secara efektif

Kemahiranan membaca

Rajah 12. Perbandingan Min Input Pengetahuan dan Kemahiran LatihanSebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Professional Readingand Writing

Selepas

Perbezaan Min

1.86

1.97

1.97

2.03

2.10

2.07

2.09

1.87

1.85

1.84

1.83

1.86

1.92

1.90

1.93

1.93

1.93

1.95

1.98

Page 186: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

186

Jadual 7: Skor Purata Perbezaan Min Pengetahuan dan Kemahiran Peserta Sebelum dan Selepas Mengikuti Tiga Kursus BI Mengikut Kedudukan

Rajah 13: Perbandingan min Input Pengetahuan dan Kemahiran Latihan Sebelum dan Selepas

Mengikuti Tiga Kursus BI

Seterusnya, Jadual 8 merumuskan aspek yang paling dan kurang dapat

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam ketiga-tiga kursus BI yang

dikendalikan oleh pensyarah bahasa JBK IAB pada tahun 2014.

Bil. Nama Kursus Skor Purata Perbezaan Min

1. Management of English Language in Schools 2.14

2. Professional Reading and Writing 1.94

3. Effective Communication 1.64

Page 187: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

187

Jadual 8: Aspek-Aspek Kursus yang Paling dan Kurang Dapat Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Peserta Kursus BI

Bil. Nama Kursus Aspek paling dapat meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran peserta

Aspek kurang dapat meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran peserta

1. Management of English Language in Schools

a. Mengikuti perkembangan terkini inovasi PdP Bahasa Inggeris

a. Menyediakan pelan tindakan bagi memperkukuhkan Bahasa Inggeris secara umum

b. Pembentangan pelan tindakan b. Aktiviti dalam PdP Bahasa Inggeris

c. Menyediakan pelan tindakan khusus pada sekolah individu

c. Dasar MBMMBI dan Transformasi Kurikulum

2. Professional Reading and Writing

a. b.

Teknik mengenali idea utama Teknik membaca seimbas lalu

a. b.

Kemahiran penulisan yang efektif Ciri-ciri penulisan yang baik

c. Teknik mengimbas c. Berkongsi intipati apa yang dibaca

3. Effective Communication

a. Menulis surat menggunakan kosa kata dan perbendaharaan yang betul dalam Bahasa Inggeris

a. Pengenalan kepada pemimpin sebagai ‘role model’

b. Pengenalan kepada jenis-jenis surat

b. Kepentingan Bahasa Inggeris sejajar dengan MBMMBI

c. Aspek mesyuarat berkesan c. Protokol membuat panggilan dan menjawab telefon

d. Langkah-langkah penyediaan mesyuarat

d. Mengguna BI yang betul dan tepat dalam perbualan telefon

e. Penilaian persembahan

Sebagai rumusannya, (1) pensyarah BM dan BI IAB kompeten dalam

keenam-enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB; (2) tidak terdapat

banyak perbezaan antara turutan tahap pencapaian kompetensi pensyarah BM dan

BI dalam enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB; (3) pensyarah

BM dan BI sama-sama mencapai skor min yang paling tinggi dalam dimensi

Kemahiran Berbahasa; (4) pensyarah BM dan BI juga mencapai skor min yang

paling rendah dalam dimensi Kepelbagaian Kaedah; (5) selepas mengikuti empat

kursus BM dan tiga kursus BI masing-masing, terdapat perubahan yang signifikan

dalam input pengetahuan dan kemahiran latihan peserta; (6) peningkatan

pengetahuan dan kemahiran peserta dalam ketujuh-tujuh kursus yang diikuti adalah

pada tahap ‘Agak Tinggi”; (7) antara empat kursus BM, Kursus Komunikasi Berkesan

merupakan kursus yang paling dapat menambahkan pengetahuan dan

meningkatkan kemahiran peserta kursus. Ini diikuti dengan Kursus Pengucapan

Page 188: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

188

Awam dan Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti. Kursus Penulisan Surat Rasmi

dan Memo Berkualiti merupakan kursus yang paling kurang menambahkan

pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta; dan (8) antara tiga kursus BI,

Kursus Management of English Language in Schools merupakan kursus yang paling

dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus. Ini

diikuti dengan Kursus Professional Reading and Writing manakala Kursus Effective

Communication merupakan kursus yang paling kurang menambahkan pengetahuan

dan meningkatkan kemahiran peserta kursus.

11. Perbincangan

11.1 Pensyarah BM dan BI Kompeten Dalam Enam Dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB

Dapatan kajian yang pertama menunjukkan bahawa sama ada pensyarah BM

mahupun pensyarah BI IAB adalah kompeten dalam keenam-enam dimensi Model

Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB. Pertama, pensyarah bahasa IAB adalah

kompeten dalam dimensi Kepelbagaian Kaedah. Ini bererti mereka berkemahiran

mereka bentuk latihan yang bersesuaian dengan kepelbagaian latar belakang

peserta, menjalankan pelbagai aktiviti mengikut keupayaan peserta dan

melaksanakan intervensi dalam sesi latihan (JBK, 2013).

Seperti yang dicadangkan oleh Chew (2011) dan New Mexico Teacher

Competencies (2013), tenaga pengajar yang kompeten dalam dimensi Kepelbagaian

Kaedah berupaya mereka bentuk latihan yang selaras dengan latar belakang peserta

kursus yang berbeza. Perkara ini seiring dengan pendapat Berliner (2005) bahawa

tenaga pengajar yang cemerlang berkemahiran menggunakan pelbagai pendekatan

yang bersesuaian dengan keperluan peserta. Penglibatan semua peserta secara

aktif dalam pembelajaran boleh dicapai melalui pemilihan aktiviti dan bahan yang

relevan dengan kepelbagaian latar belakang mereka.

Rosadah Mahmud dan Khadijah Hussein (2001) pernah mengatakan

kepelbagaian aktiviti berdasarkan keupayaan peserta dapat membantu peserta

lambat tidak terus tertinggal dalam pelajaran dan peserta yang cepat masih dapat

mengekalkan minat dalam sesi latihan. Sejajar dengan dapatan kajian ini yang

Page 189: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

189

menunjukkan pensyarah bahasa IAB kompeten dalam dimensi Kepelbagaian

Kaedah, bererti pensyarah bahasa IAB telah mempelbagaikan aktiviti dalam sesi

latihan untuk membantu peserta selaras dengan keupayaan setiap individu.

Keupayaan pensyarah dalam mempelbagaikan aktiviti ini dapat merangsang

penglibatan aktif peserta dalam sesi latihan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti

latihan seperti sumbang saran, perbincangan, kerja kumpulan, simulasi,

pembentangan atau persembahan.

Pensyarah bahasa IAB juga kompeten dalam melaksanakan intervensi dalam

sesi latihan. Kemahiran ini adalah penting kerana intervensi dalam PdP dapat

membantu peserta mencapai tahap pengetahuan yang dikehendaki selaras dengan

objektif PdP. Pencapaian pensyarah bahasa IAB ini adalah seiring dengan pendapat

Gordon (1994) bahawa intervensi dalam PdP adalah tindakan yang dirancang untuk

membantu peserta melonjak dari tahap pengetahuan semasa ke tahap pengetahuan

yang dihasratkan. Kemungkinan besar dalam melaksanakan intervensi secara

berkesan, pensyarah bahasa IAB juga telah dapat mengenal pasti punca masalah

yang dihadapi oleh peserta dan mendapatkan maklumat yang mencukupi berkaitan

masalah itu seperti yang disarankan oleh Komeen dan Pameijer (2007) agar dapat

melaksanakan intervensi secara terancang dan terperinci.

Kedua, pensyarah bahasa IAB mencatatkan prestasi yang menggalakkan

dalam dimensi Kemahiran Berbahasa. Ini menunjukkan bahawa pensyarah bahasa

IAB telah menggunakan bahasa yang sopan, bahasa pertuturan yang mudah

difahami dan bahasa standard dalam penyampaian sesi latihan (JBK, 2013). Dalam

penggunaan bahasa yang sopan, kemungkinan besar pensyarah bahasa IAB telah

menggunakan bahasa yang halus dan menepati tujuan penggunaannya, lemah

lembut serta tidak menyinggung perasaan peserta. Ini sejajar dengan pandangan

Awang Sariyan (2007) dalam menghuraikan penggunaan bahasa sopan.

Menggunakan bahasa sopan penting dalam penyampaian sesi latihan kerana ini

dapat mengelakkan konflik dalam kalangan peserta dan pensyarah serta dapat

menjaga perasaan masing-masing.

Pensyarah bahasa IAB juga menggunakan bahasa pertuturan yang mudah

difahami dalam penyampaian sesi latihan. Seperti yang disarankan oleh Ding (2005)

bahawa penggunaan bahasa sedemikian membolehkan penyampai dan pendengar

berinteraksi antara satu sama lain dan segala maklumat yang ingin disampaikan

boleh difahami dan diterima oleh pendengar. Dalam konteks kajian ini bererti

Page 190: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

190

pensyarah bahasa IAB berjaya mengelakkan penggunaan bahasa yang sukar

difahami atau mudah disalah tafsir oleh peserta kursus.

Pensyarah bahasa IAB juga menggunakan bahasa standard dalam

penyampaian sesi latihan. Ini bermaksud pensyarah bahasa IAB telah menggunakan

bahasa mengikut sistem bahasa yang betul dari segi ejaan, morfologi dan sintaksis

seperti yang ditekankan oleh Marzhan (2010). Mereka tidak menggunakan bahasa

rojak, bahasa slanga mahupun bahasa pijin. Secara tidak langsung pensyarah

bahasa IAB telah memartabatkan bahasa dan memelihara keutuhan bahasa dalam

sesi latihan yang dilaksanakan di IAB.

Ketiga, dapatan kajian juga menunjukkan pensyarah bahasa IAB kompeten

dalam dimensi Pengurusan Peralatan dan Ruang. Dengan kata lain, pensyarah

bahasa IAB kompeten dalam memastikan susun letak peralatan yang sesuai dengan

keperluan aktiviti dan memastikan semua peralatan untuk tujuan PdP berfungsi

dengan baik (JBK, 2013). Dalam memastikan susun letak peralatan yang sesuai

dengan keperluan aktiviti, pensyarah bahasa IAB berkemampuan menyediakan

bahan bantu mengajar dan ruang untuk aktiviti yang boleh mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif seperti yang ditekankan oleh Hoy dan Weinstein (2006).

Keadaan ini telah memastikan perjalanan sesi latihan menjadi mudah dan lancar

kerana peserta dapat memberikan tumpuan sepenuhnya. Dengan itu, pensyarah

bahasa IAB juga dapat membuat pemantauan secara berterusan dan berkesan.

Perkara tersebut telah ditekankan oleh Evertsin, Emmer, dan Worshom (2003)

semasa membincang tentang kepentingan penyusunan persekitaran fizikal terhadap

keberkesanan PdP di dalam bilik darjah.

Pensyarah bahasa IAB juga telah dapat memastikan semua peralatan untuk

tujuan PdP berfungsi dengan baik. Peralatan di dalam bilik kuliah seperti alatan

multimedia, LCD, penghawa dingin, pembesar suara dan lain-lain lagi telah

dipastikan keberfungsiannya sebelum sesi latihan dijalankan. Selain itu, tindakan

pensyarah bahasa IAB bagi memastikan keselamatan peralatan eletrik juga telah

mengelakkan sebarang kejadian yang boleh menggangu sesi latihan daripada

berlaku. Persediaan peralatan dan keberfungsiannya membolehkan sesi latihan

dijalankan tanpa sebarang halangan. Ekoran daripada itu, pengurusan masa sesi

latihan yang cekap dapat dipastikan. Pandangan Evertsin, Emmer, dan Worshom

(2003) menyokong dapatan kajian ini iaitu persediaan peralatan tanpa sebarang

kecacatan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan berkesan.

Page 191: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

191

Situasi ini membolehkan pensyarah bahasa IAB lebih bersedia dan yakin dalam

penyampaian sesi latihan.

Keempat, pensyarah bahasa IAB juga kompeten dalam dimensi Peningkatan

Potensi Peserta. Ini bererti mereka berkemahiran mewujudkan peluang untuk

meningkatkan kemampuan peserta, memfasilitasi sesi latihan untuk membangunkan

keupayaan peserta, menimbulkan keaktifan pada diri peserta agar bersedia untuk

belajar serta menyedarkan peserta tentang kepentingan peningkatan keupayaan diri

dalam menjalankan tugas (JBK, 2013).

Pensyarah bahasa IAB berkemahiran mewujudkan peluang untuk

meningkatkan kemampuan peserta. Misalnya, untuk menggalakkan penglibatan

peserta dalam sesi latihan, soalan kognitif aras rendah dan aras tinggi ditujukan

kepada peserta mengikut kemampuan mereka masing-masing seperti yang

disarankan oleh Wilen (1995) dan Onosko dan Newman (1994). Setiap peserta juga

diberikan peluang memberi pendapat dalam perbincangan supaya mereka dapat

berkongsi idea dan belajar antara satu sama lain sebagaimana yang dijelaskan oleh

Ashari Sikor dan rakan-rakan (2011). Selain itu, kemungkinan besar pensyarah

bahasa IAB juga dapat mewujudkan peluang untuk meningkatkan kemampuan

peserta melalui pembelajaran secara kolaboratif. Seperti yang dicadangkan oleh

Cooper dan Robinson (2008), peserta digalakkan mengambil bahagian secara

berkumpulan untuk menyediakan tugasan yang diberi dan bekerjasama untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi serta menghasilkan produk. Dengan itu,

pensyarah dapat mencungkil potensi peserta secara optima.

Bagi meningkatkan potensi peserta, pensyarah bahasa IAB juga mahir

memfasilitasi sesi latihan secara berkesan bagi membantu peserta mengikuti

pembelajaran dengan lebih mudah, selesa dan produktif. Sebagaimana yang

didefinisikan oleh Oxford Advanced Learner’s Dictionary (2005), memfasilitasi

bermaksud sesuatu tindakan atau proses untuk mempermudah. Untuk

melaksanakan tugas tersebut khasnya dalam proses latihan, pada asasnya

pensyarah bahasa IAB adalah jelas tentang tujuan sesi latihan berkenaan.

Tambahan pula, pensyarah bahasa IAB juga kompeten mengumpul maklumat yang

cukup tentang gaya pembelajaran peserta. Dengan maklumat yang ada, pensyarah

bahasa IAB dapat membuat persediaan awal tentang kaedah sesi latihan yang akan

dijalankan berdasarkan sasaran peserta.

Page 192: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

192

Pensyarah bahasa IAB yang kompeten dalam Peningkatan Potensi Peserta

bermaksud juga mereka dapat menimbulkan keaktifan peserta agar bersedia untuk

belajar dalam sesuatu sesi latihan. Bagi tujuan tersebut, pensyarah bahasa IAB

berkemampuan mengumpul data tentang tahap kesediaan, keperluan dan keinginan

peserta seperti yang disarankan oleh Bomia dan rakan-rakan (1997). Usaha

sedemikian dapat menggalakkan peserta mengambil bahagian secara aktif dalam

sesi latihan. Apabila peserta aktif dan bersedia untuk belajar, dengan hati terbuka

mereka sudi menerima kandungan latihan yang disampaikan oleh pensyarah. Ini

menyebabkan perkongsian pengetahuan dapat berlaku dalam kalangan peserta.

Selain itu, pensyarah bahasa IAB juga kompeten menjalinkan hubungan baik dengan

peserta sebelum sesi latihan berlangsung. Ini selari dengan pendapat Jones (2008)

dan Mayer dan Turner (2006) bahawa hubungan yang akrab antara pensyarah dan

peserta merupakan prasyarat yang dapat meningkatkan keterlibatan peserta dalam

sesi latihan.

Usaha meningkatkan potensi peserta juga termasuk menyedarkan peserta

tentang kepentingan peningkatan keupayaan diri untuk menjalankan tugas dan

peranan sebagai pemimpin sekolah. Bagi mencapai tujuan tersebut, pensyarah

bahasa IAB berkemampuan menanamkan kefahaman peserta tentang konsep

kendiri. Misalnya, kemungkinan besar pensyarah bahasa IAB dapat mewujudkan

peluang yang sesuai dalam sesi latihan untuk peserta mengesan kekuatan dan

kelemahan kendiri melalui proses membuat refleksi. Sebagaimana yang dijelaskan

oleh Rogers (1950), individu yang mengetahui kekuatan dan kelemahan kendiri

biasanya tahu dan cuba menyusun strategi untuk meningkatkan potensi diri. Tugas

pensyarah bahasa IAB tersebut amat penting memandangkan IAB merupakan

institusi latihan yang bertanggungjawab membangunkan kapasiti pemimpin

pendidikan di Malaysia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan.

Kesedaran yang dipupuk itu harap dapat membantu peserta membangunkan institusi

pendidikan yang mereka bertugas secara berkesan dan berterusan.

Kelima, pensyarah BM dan BI juga mencatatkan prestasi

memberangsangkan dalam dimensi Kreatif dan Inovatif. Ini bererti wujudnya amalan-

amalan seperti menggunakan kreativiti untuk mereka bentuk sesi latihan yang

menarik, menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan peserta, memberi peluang

kepada peserta untuk menggunakan daya kreativiti dan menyediakan pelbagai

pilihan untuk peserta menyelesaikan masalah (JBK, 2013).

Page 193: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

193

Pensyarah bahasa IAB telah berusaha menggunakan kreativiti untuk mereka

bentuk sesi latihan yang menarik. Ini adalah selaras dengan definisi “pengajaran

kreatif” sebagaimana yang disarankan oleh Morris (2006) iaitu penggunaan

pendekatan imaginatif untuk membuat pembelajaran lebih menarik, lebih banyak

penglibatan, lebih mengujakan dan lebih efektif sekaligus mampu mengembangkan

minda dan tingkah laku kreatif dalam kalangan peserta. Selain itu, perkara ini turut

mencerminkan terdapat amalan inovatif seperti yang didefinisikan oleh Bocconi dan

kawan-kawan (2012) iaitu kolaborasi, personalisasi, pembelajaran aktif dan

keusahawanan yang merangsang pembelajaran kreatif dipraktikkan dalam sesi

latihan.

Pemikiran kritis dilihat amat relevan dengan keperluan kontemporari dalam

era yang penuh dengan perubahan ini (JBK, 2013). Kompetensi ini merupakan seni

menganalisis dan menilai pemikiran dengan pandangan untuk memajukan sesuatu

(Paul dan Elder, 2007). Dalam konteks ini, para pensyarah bahasa IAB didapati

menggalakkan amalan pemikiran kritis dalam kalangan peserta. Sebagai contoh,

mereka berkemampuan menjalankan aktiviti yang melibatkan perbandingan,

penganalisisan, penilaian dan sintesis input-input perbincangan semasa sesi latihan.

Kemahiran intelektual ini penting kerana kompetensi ini mengupayakan seseorang

peserta berhadapan serta menyelesaikan masalah di sekolah secara berkesan.

Sebenarnya, Shakirova (2007) pernah menekankan bahawa kemahiran tersebut

dapat membolehkan seseorang berhadapan dengan masalah sosial, saintifik dan

praktik secara berkesan. Usaha ini perlu diteruskan agar para pemimpin sekolah

mempunyai pemikiran kritis yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah

dalam operasi harian sekolah yang penuh dengan perubahan ini.

Di samping itu, konotasi kajian juga menunjukkan bahawa pensyarah

bahasa IAB memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan daya kreativiti

dengan mengaplikasikan teknik menggalakkan kreativiti yang disarankan oleh

Stephens (2004). Dengan kata lain, pensyarah bahasa IAB cuba menekankan

aspek-aspek seperti pemupukan perasaan ingin tahu, rangsangan pemikiran

imaginatif, pengupayaan explorasi ilmu dan pemupukan sikap keterbukaan terhadap

pandangan yang berbeza-beza. Sekiranya dikaitkan dengan dapatan daripada

Ofsted (2010), kaedah ini dilihat sinonim dengan usaha mempromosikan

pembelajaran kreatif dalam PdP harian di sekolah-sekolah. Oleh hal yang demikian,

semua pensyarah bahasa IAB perlu terus menjadikan penggunaan daya kreativiti ini

sebagai salah satu asas andragogi dalam konteks latihan untuk para peserta kursus.

Page 194: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

194

Pensyarah yang kompeten dalam dimensi Kreatif dan Inovatif perlu

menyediakan pelbagai pilihan untuk peserta dalam penyelesaian masalah kerana

dunia pendidikan sememangnya tidak sunyi daripada permasalahan. Justeru, para

pemimpin sekolah perlu dilatih untuk mengenal pasti punca masalah, meninjau

pelbagai alternatif dengan teliti, membuat penilaian yang bersangkut paut dengan

matlamat organisasi, dan menilai hasil penyelesaian masalah (JBK, 2013). Merujuk

kepada definisi “kreativiti” oleh Naiman (2014), para pensyarah bahasa IAB mampu

mengoptimumkan sesi latihan yang dikendalikan dengan mengaplikasikan proses

mencari pola tersembunyi dan menghubungkaitkan pelbagai fenomena yang

kelihatan tidak berkaitan sebelum menjana pelbagai pilihan penyelesaian kepada

permasalahan yang diketengahkan oleh para peserta kursus. Penyediaan pelbagai

pilihan untuk peserta dalam penyelesaian masalah ini adalah penting kerana

pemimpin yang dinamik perlu arif dalam menyelesaikan masalah.

Keenam, pensyarah bahasa IAB adalah kompeten dalam melaksanakan

Penilaian Berkualiti dalam sesi latihan yang dikendalikan. Kompetensi pensyarah

dalam melaksanakan penilaian berkualiti dilihat melalui pelaksanaan penilaian

secara objektif, penggunaan instrumen penilaian yang dapat menilai perkara yang

dinilai, pelaksanaan penilaian mengikut langkah-langkah yang ditentukan dan

melaksanakan penilaian berdasarkan data yang dikumpulkan.

Pensyarah bahasa IAB dapat melaksanakan penilaian secara objektif.

Mereka menjalankan penilaian secara berterusan sepanjang kursus dijalankan.

Penilaian dibuat berdasarkan hasil kerja, peningkatan kemahiran dalam kalangan

peserta dan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku. Mereka dapat menilai

prestasi peserta kursus dengan berdasarkan fakta, secara adil dan saksama serta

tidak mengikut perasaan atau berat sebelah meskipun hubungan pensyarah dengan

peserta kursus adalah akrab. Ini selaras dengan pandangan Kirkpatrick dan

Kirkpatrik (2006) yang menekankan keobjektifan yang merupakan ciri penting dalam

penilaian.

Pensyarah bahasa IAB juga menggunakan instrumen penilaian yang dapat

menilai perkara yang hendak dinilai dalam sesi latihan. Ini bererti instrumen penilaian

yang digunakan oleh pensyarah bahasa IAB dapat menilai pencapaian yang

digariskan dalam objektif kursus khususnya berkaitan tujuan dan kandungan

Page 195: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

195

program latihan. Ini sejajar dengan pandangan Topno (2012) iaitu kedua-dua elemen

tersebut merupakan fokus utama dalam penilaian keberkesanan program latihan.

Pada masa yang sama pensyarah bahasa IAB juga dapat melaksanakan

penilaian mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Seperti yang dicadangkan

oleh Janet Wall (n.d), terdapat sembilan langkah untuk menjalankan penilaian yang

berkualiti. Ini bermula dengan penetapan tujuan, diikuti dengan penetapan skop

penilaian, penetapan soalan berkaitan perkara yang hendak diketahui, seterusnya

reka bentuk penilaian, cara pengumpulan data, mengumpul data, menganalisis data,

mendokumentasikan serta menyebarluaskan data yang telah dianalisis dan akhir

sekali mendapatkan maklum balas untuk tujuan penambahbaikan. Apabila

pensyarah bahasa IAB mengikut prosedur tersebut untuk melaksanakan penilaian

dalam sesi latihan, ini bermakna mereka dapat menjalankan penilaian yang berkualiti

dan boleh dipercayai.

Pensyarah bahasa IAB juga berkemampuan melaksanakan penilaian

berdasarkan data yang dikumpulkan dalam sesi latihan. Data itu berada dalam

bentuk kuantitatif atau kualitatif. Ini bermaksud pensyarah bahasa IAB dapat

mengumpul pelbagai jenis data yang membolehkan mereka mengenal pasti punca

masalah dalam sesi latihan dan seterusnya mengesan kemajuan peserta.

Berdasarkan data yang dikumpulkan itu, pensyarah bahasa IAB boleh membuat

keputusan yang lebih tepat tentang bagaimana mengadakan penambahbaikan dan

meningkatkan keberkesanan latihan. Seperti yang dinyatakan oleh Barneveld (2008),

berdasarkan data yang komprehensif ini, seseorang tenaga pengajar boleh membina

pelan tindakan yang dapat membawa impak pembelajaran positif serta

mendatangkan manfaat kepada peserta kursus secara keseluruhannya.

11.2 Turutan Tahap Pencapaian Kompetensi Pensyarah Bahasa Dapatan kajian yang kedua menunjukkan bahawa tidak banyak terdapat perbezaan

dalam turutan tahap pencapaian kompetensi antara pensyarah BM dan BI dalam

enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB. Dapatan kajian ini

merupakan satu dapatan yang lojik. Ini disebabkan kedua-dua pensyarah BM dan BI

yang berada di sebuah jabatan yang sama, iaitu JBK didedahkan dengan program

pembangunan profesional yang lebih kurang sama sepanjang masa mereka

berkhidmat di IAB. Lebih-lebih lagi, pensyarah JBK sentiasa digalakkan supaya

Page 196: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

196

bantu-membantu antara satu sama lain untuk melengkapkan diri dengan kompetensi

yang sewajarnya. Jadi, sekiranya pensyarah mendapati dirinya kurang kompeten

dalam sesuatu bidang, mereka digalakkan belajar daripada rakan sejawat untuk

sama-sama menguasai kompetensi itu demi dapat menjalankan tugas dan peranan

secara berkesan dan cemerlang. Jadi, perbezaan yang besar tidak dapat dikesan

antara pensyarah BM dan BI dalam turutan tahap pencapaian keenam-enam dimensi

Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB.

11.3 Pencapaian Skor Min Yang Paling Tinggi Dalam Dimensi Kemahiran Berbahasa

Dapatan kajian yang ketiga menunjukkan bahawa kedua-dua pensyarah BM dan BI

IAB mencapai skor min yang paling tinggi dalam dimensi Kemahiran Berbahasa. Ini

bererti secara perbandingan, Kemahiran Berbahasa merupakan dimensi yang paling

dapat dikuasai oleh pensyarah bahasa IAB. Dengan kata lain, pensyarah bahasa IAB

mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi. Sebenarnya pensyarah yang terlibat

dalam latihan bahasa di IAB mempunyai pengkhususan dalam bidang berkenaan.

Sebanyak 83% pensyarah BM dan 100% pensyarah BI JBK mendapat latihan formal

dalam bidang bahasa (JBK, 2014). Latihan pengkhususan dalam bidang bahasa ini

menyediakan pensyarah dengan pengetahuan dan kemahiran berbahasa. Oleh itu

pengetahuan dan kemahiran kebahasaan seperti penguasaan bahasa standard,

penggunaan laras bahasa yang sesuai dan kesantunan dalam berbahasa dapat

dikuasai dengan baik oleh pensyarah bahasa BM dan BI IAB.

Semua pensyarah BM dan BI JBK juga mempunyai sekurang-kurangnya 10

tahun pengalaman mengajar dalam bidang bahasa sebelum memegang jawatan

sebagai pensyarah di IAB (JBK, 2014). Pengalaman yang luas dalam bidang

masing-masing membolehkan pensyarah menguasai dan mengukuhkan kemahiran

berbahasa secara tekal. Ini menjadi asas kukuh dan memberi keyakinan tinggi

kepada pensyarah dalam menyampaikan sesi latihan bahasa di IAB. Kemahiran

korpus bahasa yang mantap dapat membantu pensyarah meningkatkan kemahiran

peserta dalam bidang berkaitan secara berkesan.

Pensyarah bahasa IAB juga mengikuti latihan pembangunan profesional

dalam bidang bahasa secara berkala dan berterusan. Misalnya, pada peringkat

awal, setiap pensyarah baharu IAB perlu melalui latihan pembangunan profesional

Page 197: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

197

iaitu Kursus Induksi. Ini diikuti dengan aktiviti Understudy, Team Teaching dan

Program Training of Trainer. Usaha tersebut bertujuan memastikan setiap pensyarah

menguasai kompetensi yang diperlukan dalam bidang masing-masing. Reka bentuk

latihan yang menepati keperluan pensyarah dalam bidang berkenaan telah dapat

meningkatkan keupayaan pensyarah dalam menjalankan tugas. Hal ini selaras

dengan pandangan Rick dan kawan-kawan (1995) iaitu, latihan yang direka bentuk

berkait dengan tugas akan dapat mempertingkatkan kemahiran sedia ada

seseorang. Tidak dapat dinafikan ini dapat membantu pensyarah bahasa JBK

mempertingkatkan ketrampilan berbahasa semasa menyampaikan sesi latihan.

11.4 Pencapaian Skor Min yang Paling Rendah Dalam Dimensi Kepelbagaian Kaedah

Dapatan kajian yang keempat menunjukkan bahawa kedua-dua pensyarah BM dan

BI IAB mencapai skor min yang paling rendah dalam dimensi Kepelbagaian Kaedah.

Oleh sebab punca masalah tersebut dapat diterangkan dengan lebih jelas

berdasarkan data ketujuh-tujuh kursus yang dikumpulkan, dapatan ini dibincangkan

secara terperinci dalam Bahagian 11.6 hingga 11.8.

11.5 Input Pengetahuan dan Kemahiran Peserta Kursus

Dapatan kajian yang kelima menunjukkan bahawa selepas mengikuti kursus BM

atau kursus BI, terdapat perubahan yang signifikan dalam input pengetahuan dan

kemahiran latihan peserta. Ini bererti kursus bahasa sama ada kursus BM atau BI

yang dikendalikan oleh JBK IAB dapat menambahkan pengetahuan dan

meningkatkan kemahiran peserta. Dapatan kajian ini adalah wajar memandangkan

pensyarah bahasa IAB adalah terlatih dan berpengalaman dalam bidang bahasa

seperti yang dibincangkan dalam Bahagian 11.1 dan 11.3. Dapatan kajian ini juga

menunjukkan IAB sebagai institusi pendidikan yang bertanggungjawab

membangunkan kapasiti pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM, sentiasa

cuba melestarikan kualiti sesi latihan dari semasa ke semasa. Justeru, untuk tujuan

tersebut, pensyarah bahasa perlu memberi keutamaan kepada pengukuhan

kompetensi yang cemerlang itu secara berterusan.

Page 198: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

198

11.6 Tahap Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran Peserta Kursus

Seperti yang dimaklumkan, untuk menjelaskan tahap peningkatan pengetahuan dan

kemahiran peserta secara eksplisit, terdapat tiga tahap peningkatan pengetahuan

dan kemahiran dalam analisis kajian ini iaitu tahap ‘Sangat Tinggi’, ‘Tinggi’ dan ‘Agak

Tinggi’ (Jadual 3). Dapatan kajian keenam menunjukkan bahawa peningkatan

pengetahuan dan kemahiran peserta dalam ketujuh-tujuh kursus yang diikuti adalah

pada tahap ‘Agak Tinggi” sahaja. Antara tiga tahap peningkatan pengetahuan dan

kemahiran, tahap ‘Agak Tinggi” merupakan tahap peningkatan pengetahuan dan

kemahiran yang paling rendah. Dengan kata lain, terdapat ruang penambahbaikan

bagi pensyarah bahasa IAB untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran

peserta kursus.

Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa peningkatan pengetahuan dan

kemahiran peserta dalam ketujuh-tujuh kursus yang diikuti adalah pada tahap ‘Agak

Tinggi” sahaja boleh diteliti berdasarkan perbezaan min antara skor pengetahuan

dan kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus. Fenomena ‘Agak

Tinggi’ ini berlaku disebabkan perbezaan min antara skor pengetahuan dan

kemahiran peserta sebelum dan selepas mengikuti ketujuh-tujuh kursus itu adalah

‘kecil’. Sebenarnya sekiranya perbezaan min antara skor pengetahuan dan

kemahiran sebelum dan selepas mengikuti kursus-kursus itu adalah ‘besar’, maka

tahap peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta akan berada pada tahap

‘Tinggi’ atau ‘Sangat Tinggi’.

Dengan kata lain, yang menentukan ‘kecil’ atau ‘besar’ perbezaan min ialah

‘rendah’ atau ‘tinggi’ skor pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan selepas

mengikuti kursus. Dengan skor pengetahuan dan kemahiran peserta selepas

mengikuti kursus yang konstan (misalnya 6), jika skor pengetahuan dan kemahiran

peserta sebelum mengikuti kursus adalah rendah (misalnya 2), perbezaan min akan

menjadi ‘besar’ (6-2=4); namun jika skor pengetahuan dan kemahiran peserta

sebelum mengikuti kursus adalah tinggi (misalnya 4), perbezaan min akan menjadi

‘kecil’ (6-4=2).

Manakala, dengan skor pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum

mengikuti kursus yang tekal (misalnya 2), jika skor pengetahuan dan kemahiran

peserta selepas mengikuti kursus adalah rendah (misalnya 3), perbezaan min akan

menjadi ‘kecil’ (3-2=1); tetapi jika skor pengetahuan dan kemahiran peserta selepas

Page 199: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

199

mengikuti kursus adalah tinggi (misalnya 5), perbezaan min akan menjadi ‘besar’ (5-

2=3). Dalam konteks kajian ini, antara kedua-dua jenis skor tersebut, skor

pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum mengikuti kursus dijadikan fokus

perbincangan yang selanjutnya.

Biasanya, dalam penggubalan modul latihan, terdapat dua perkara yang perlu

diberikan perhatian oleh penggubal. Pertama, tahap pengetahuan dan kemahiran

peserta sebelum mengikuti kursus atau juga dikenali sebagai tahap kesediaan

peserta. Kedua, tahap pengetahuan dan kemahiran yang digariskan dalam modul

latihan. Tahap pengetahuan dan kemahiran ini biasanya digariskan sejajar dengan

keperluan peserta kursus. Kedua-dua jenis tahap pengetahuan dan kemahiran

tersebut mempunyai hubungan yang rapat. Lazimnya berdasarkan tahap

pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada peserta, penggubal menentukan

tahap pengetahuan dan kemahiran kandungan modul latihan yang sejajar dengan

keperluan peserta kursus.

Tujuan peserta mengikuti sesuatu kursus adalah untuk mempelajari

pengetahuan dan kemahiran baharu. Tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan

dan kemahiran lama peserta merupakan landasan untuk mereka menjana

pengetahuan dan kemahiran baharu. Pengetahuan dan kemahiran baharu ini akan

membawa nilai tambah kepada peserta. Sehubungan ini, tahap pengetahuan dan

kemahiran dalam sesebuah modul latihan biasanya digariskan lebih tinggi daripada

tahap kesediaan peserta. Dengan itu, selepas mengikuti kursus, peserta dapat

memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang membawa nilai tambah

kepada mereka. Tahap pengetahuan dan kemahiran modul latihan seperti ini

dikatakan sejajar dengan keperluan peserta kursus.

Jika tahap kesediaan peserta lebih tinggi daripada tahap pengetahuan dan

kemahiran yang digariskan dalam sesebuah modul latihan, ini bererti modul latihan

itu mempunyai banyak pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh peserta

sebelum mereka mengikuti kursus berkenaan. Modul latihan seperti ini tidak dapat

memenuhi keperluan peserta kerana tidak membawa nilai tambah kepada mereka

walaupun mereka mengikuti kursus itu. Tahap pengetahuan dan kemahiran modul

latihan seperti ini dikatakan tidak sejajar dengan keperluan peserta kursus.

Jika diperhatikan dengan teliti, didapati kebanyakan peserta yang mengikuti

tujuh kursus yang dikendalikan oleh JBK IAB telah menilai tahap kesediaan mereka

Page 200: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

200

sebelum mengikuti kursus dengan skor antara tiga hingga lima (Rajah 5 hingga 8;

Rajah 10 hingga 12). Sekiranya peserta menilai tahap kesediaan mereka dengan

skor ‘tiga’, ini bermaksud sebelum peserta mengikuti kursus itu, mereka telah

menguasai 50% ([3 x 100] ÷ 6) daripada pengetahuan dan kemahiran kursus

berkenaan. Manakala peserta yang menilai tahap kesediaan mereka dengan skor

‘lima’ bererti mereka telah menguasai 83.33% ([5 x 100] ÷ 6) daripada pengetahuan

dan kemahiran kursus itu. Dengan sebanyak 50% hingga 83.33% pengetahuan dan

kemahiran telah dikuasai oleh peserta sebelum mereka mengikuti kursus-kursus itu,

ini menunjukkan tahap kesediaan peserta adalah lebih tinggi daripada tahap

pengetahuan dan kemahiran yang digariskan dalam ketujuh-tujuh modul latihan

kursus-kursus tersebut.

Dengan skor kesediaan peserta yang begitu tinggi, maka tidak hairanlah

mengapa perbezaan min antara skor kesediaan peserta sebelum dan selepas

mengikuti kursus adalah kecil. Ringkasnya, dengan mengandungi 50% hingga

83.33% pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh peserta kursus,

jelaslah bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran ketujuh-tujuh modul latihan itu

telah digariskan tidak sejajar dengan keperluan peserta kursus. Ketujuh-tujuh modul

latihan tersebut merupakan modul latihan yang tidak dapat membawa nilai tambah

yang banyak kepada peserta kursus.

Akibatnya, kemungkinan besar aktiviti yang berdasarkan pemilihan bahan

yang tidak relevan dengan keupayaan peserta tentu tidak dapat melibatkan semua

peserta secara aktif dalam pembelajaran. Misalnya, peserta yang telah menguasai

pengetahuan dan kemahiran itu tentu merasa bosan (Rosadah Mahamuud dan

Khadijah Hussein, 2002). Ini sebenarnya merupakan sebab utama yang

menyebabkan tahap peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta untuk

ketujuh-tujuh kursus tersebut berada pada tahap ‘Agak Tinggi’ sahaja.

Sekiranya dilihat dari sudut lain, fenomena bahawa peningkatan pengetahuan

dan kemahiran peserta kursus hanya berada pada tahap ‘Agak Tinggi’ sebenarnya

mempunyai hubungan rapat dengan dapatan kajian ketiga iaitu pensyarah BM dan

BI mencapai skor min yang paling rendah dalam dimensi Kepelbagaian Kaedah.

Seperti yang dimaklumkan bahawa dimensi Kepelbagaian Kaedah merangkumi tiga

aspek penting iaitu (1) mereka bentuk latihan berdasarkan latar belakang peserta

yang berbeza; (2) menjalankan aktiviti berdasarkan keupayaan peserta yang

berbeza; dan (3) mengadakan intervensi berdasarkan keperluan PdP yang berbeza

Page 201: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

201

(JBK, 2013). Ringkasnya, pensyarah yang mahir dalam ketiga-tiga aspek tersebut

dapat menyediakan modul latihan yang sejajar dengan keupayaan dan keperluan

peserta.

Realitinya, pensyarah BM dan BI IAB mencapai skor min yang paling rendah

dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Ini bererti masih terdapat ruang penambahbaikan

bagi pensyarah bahasa IAB untuk mempertingkatkan ketiga-tiga aspek tersebut.

Konotasi analisis ini adalah logik memandangkan perbincangan sebelum ini telah

menunjukkan bahawa tahap kesediaan peserta adalah lebih tinggi daripada tahap

pengetahuan dan kemahiran peserta yang digariskan dalam ketujuh-tujuh modul

latihan. Dengan kata lain, modul latihan yang disediakan oleh pensyarah bahasa

IAB banyak mengandungi pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh

peserta kursus sebelum mereka mengikuti kursus.

11.7 Kursus BM dan Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran Peserta

Dapatan kajian yang ketujuh menunjukkan bahawa antara empat kursus BM, Kursus

Komunikasi Berkesanlah yang paling dapat menambahkan pengetahuan dan

meningkatkan kemahiran peserta kursus. Ini diikuti dengan Kursus Pengucapan

Awam dan Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti. Kursus Penulisan Surat Rasmi

dan Memo Berkualiti pula merupakan kursus yang paling kurang dapat

menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus.

Kedudukan tersebut sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan tahap

peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta seperti yang dibincangkan

sebelum ini.

Secara perbandingan, bagi setiap aspek yang dinilai, skor pengetahuan dan

kemahiran peserta sebelum mengikuti Kursus Komunikasi Berkesan dan Kursus

Pengucapan Awam adalah kurang daripada empat (Rajah 5 dan Rajah 8). Ini

bermaksud sebelum mengikuti kursus-kursus tersebut, peserta menguasai kurang

daripada 66.67% ([4 x 100] ÷ 6) pengetahuan dan kemahiran kursus tersebut.

Manakala, skor pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum mengikuti Kursus

Pengurusan Mesyuarat Berkualiti dan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo

Berkualiti kebanyakannya adalah lebih daripada empat (Rajah 6 dan Rajah 7). Ini

bererti sebelum mengikuti kursus-kursus tersebut, peserta telah menguasai lebih

Page 202: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

202

daripada 66.67% ([4 x 100] ÷ 6) pengetahuan dan kemahiran kedua-dua kursus

tersebut.

Dengan kata lain, sebelum mengikuti kursus, peserta Kursus Pengurusan

Mesyuarat Berkualiti dan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti telah

menguasai lebih banyak pengetahuan dan kemahiran tentang kursus-kursus

tersebut berbanding dengan peserta Kursus Komunikasi Berkesan dan Kursus

Pengucapan Awam menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang kursus

berkenaan. Ertinya, pengetahuan dan kemahiran baharu yang boleh dibawa oleh

Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti dan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan

Memo Berkualiti kepada peserta adalah lebih rendah daripada Kursus Komunikasi

Berkesan dan Kursus Pengucapan Awam. Jadi, adalah logik mengapa kedudukan

peningkatan pengetahuan dan kemahiran bagi Kursus Pengurusan Mesyuarat

Berkualiti dan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti lebih rendah

daripada Kursus Komunikasi Berkesan dan Kursus Pengucapan Awam (Jadual 5).

Perhatian perlu diberikan kepada Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo

Berkualiti, iaitu kursus yang paling rendah dalam peningkatan pengetahuan dan

kemahiran peserta. Peserta kursus tersebut telah menilai tahap kesediaan mereka

sebelum mengikuti kursus dalam lingkungan 4.65 hingga 5.13 (Rajah 7). Ini bererti

tahap pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai oleh peserta sebelum mengikuti

kursus adalah antara 77.50% ([4.65 x 100] ÷ 6) hingga 85.50% ([5.13 x 100] ÷ 6).

Dengan skor kesediaan sebelum mengikuti kursus yang begitu tinggi, adalah wajar

purata skor perbezaan min pengetahuan dan kemahiran peserta sebelum dan

selepas mengikuti Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti adalah paling

rendah (M=1.28) berbanding dengan ketiga-tiga kursus BM yang lain (Jadual 5).

Selain tahap pengetahuan dan kemahiran modul latihan yang kurang dapat

digariskan sejajar dengan keperluan peserta, satu lagi perkara yang dapat

diperhatikan ialah keperluan semasa peserta. Peserta Kursus Penulisan Surat Rasmi

dan Memo Berkualiti berkemungkinan besar juga kurang dapat diberi pertimbangan

sewajar berdasarkan keperluan peserta sebenar. Barangkali ini juga merupakan

salah satu sebab mengapa Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti

merupakan kursus yang paling kurang dapat meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran peserta. Misalnya, antara aspek-aspek yang dinilai dalam Kursus

Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti, terdapat sebanyak lima aspek yang

berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran berbahasa yang skor kesediaan

Page 203: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

203

peserta sebelum mengikuti kursus adalah melebihi lima. Ini termasuk aspek ‘kata

sapaan’ (M=5.13), ‘kata ganti diri’ (M=5.13), ‘bahasa tubuh’ (M=5.11), ‘gelaran’

(M=5.06) dan ‘rujukan hormat’ (M=5.03) (Rajah 7).

Terdapat juga aspek-aspek yang berkaitan dengan pengetahuan dasar-dasar

bahasa KPM dan aspek teknikal dalam penyediaan dokumen formal yang skor

kesediaan peserta sebelum mengikuti kursus tersebut adalah kurang daripada lima.

Misalnya aspek ‘sejarah perkembangan bahasa Melayu’ (M=4.65), ‘dasar bahasa

dan aplikasinya dalam pentadbiran awam’ (M=4.81), ‘kedudukan bahasa Melayu

dalam pentadbiran’ (M=4.84), ‘format penulisan memo’ (M=4.84) dan ‘kesilapan

umum ejaan dan tanda baca’ (M=4.87).

Secara perbandingan, konotasi analisis tersebut ialah peserta Kursus

Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti lebih menguasai pengetahuan dan

kemahiran berbahasa daripada pengetahuan tentang dasar-dasar bahasa KPM dan

aspek teknikal dalam penyediaan dokumen formal sebelum mereka mengikuti kursus

itu. Fenomena tersebut sebenarnya juga dapat diperhatikan pada kursus-kursus BM

yang lain. Sebagai contoh, peserta Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam aspek ‘gaya bahasa dan

penggunanan kata atau ayat minit mesyuarat’ (M=4.3) dan ‘penggunaan bahasa

dalam penulisan minit mesyuarat’ (M=4.27) sebelum mereka mengikuti kursus itu.

Tetapi mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih rendah dalam

aspek ‘prinsip penulisan minit mesyuarat’ (M=3.97) dan ‘format penulisan minit

mesyuarat’ (M=4.12) (Rajah 6) sebelum mereka mengikuti kursus tersebut.

Peserta Kursus Pengucapan Awam pula mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang tinggi dalam aspek ‘retorik bahasa’ (M=3.96) dan bahasa badan

(M=3.92) (Rajah 8) sebelum mereka mengikuti kursus berkenaan. Namum, mereka

mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih rendah dalam aspek ‘komponen

pengucapan awam’ (M=3.43), ‘dasar bahasa dan aplikasinya dalam pentadbiran

awam’ (M=3.55), dan ‘penulisan teks ucapan dan penyampaian ucapan’ (M=3.71)

(Rajah 8) sebelum mereka mengikuti kursus itu.

Peserta kursus mempunyai pengetahuan dan kemahiran berbahasa yang

tinggi kerana rata-rata semua pemimpin pendidikan yang datang berkursus telah

menguasai BM sejak di bangku sekolah lagi. Tambahan pula, penguasaan BM

merupakan prasyarat untuk melayakkan mereka sebagai penjawat awam. Peserta

Page 204: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

204

kursus kurang mempunyai pengetahuan tentang dasar-dasar bahasa KPM dan

aspek teknikal dalam penyediaan dokumen formal kerana kurang pendedahan

semasa di bangku sekolah. Namun, aspek tersebut sebenarnya yang merupakan

pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu peserta kursus dalam

menjalankan tugas harian mereka secara berkesan dalam jawatan yang dipegang

semasa.

Tumpuan latihan bahasa IAB perlu berfokus kepada aspek pengetahuan

tentang dasar-dasar bahasa KPM dan aspek teknikal dalam penyediaan dokumen

formal kerana peserta kursus kurang mahir dalam bidang tersebut. Walau

bagaimanapun, realitinya ialah aspek pengetahuan dan kemahiran berbahasa telah

diberikan tumpuan yang tidak kurang keberatannya. Usaha seperti ini tidak dapat

memaksimumkan hasil pembelajaran kerana kandungan aspek-aspek kursus

sedemikian tidak dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta.

Misalnya, peserta kursus yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi

dalam kebahasaan tentu menganggap kursus berkenaan tidak bersesuian untuk

mereka. Ini disebabkan kursus itu tidak dapat membawa pengetahuan dan

kemahiran baharu atau nilai tambah kepada mereka walaupun mereka mengikuti

kursus itu.

Masalah tersebut sebenarnya merupakan salah satu sebab penting mengapa

Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti menduduki tempat yang

terendah dalam peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus (Jadual 5).

Berbanding dengan Kursus Komunikasi Berkesan, misalnya, kursus yang paling

dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, tumpuan utamanya tidak

termasuk sebarang pengetahuan dan kemahiran berbahasa tetapi hanya aspek

teknikal dalam bidang komunikasi yang dapat membantu peserta dalam menjalankan

tugas harian secara berkesan (Rajah 5).

Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa pensyarah bahasa IAB kurang

dapat menentukan keperluan peserta semasa. Pada hakikatnya ini merupakan

aspek ketiga dalam dimensi Kepelbagaian Kaedah iaitu ‘mengadakan intervensi

berdasarkan keperluan PdP yang berbeza’ (JBK, 2013). Dengan kata lain,

pensyarah bahasa perlu mahir dalam pemilihan strategi dan bahan yang relevan

dengan keperluan semasa peserta yang berlainan. Jadi, tidak dapat dinafikan

bahawa kurang dapat menentukan jenis keperluan peserta yang sebenar juga

merupakan sebab yang menyumbangkan kepada dapatan kajian ketiga iaitu

Page 205: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

205

pensyarah bahasa IAB mencapai skor min yang paling rendah dalam dimensi

Kepelbagaian Kaedah.

Keperluan peserta sebenar juga merupakan satu aspek penting yang perlu

diberi pertimbangan yang wajar semasa menggubal sesebuah modul latihan.

Sekiranya jenis keperluan semasa peserta dapat disasarkan secara tepat dan aktiviti

intervensi berdasarkan pemilihan bahan yang relevan dengan keperluan semasa

peserta, tentu dapat melibatkan semua peserta secara aktif dalam pembelajaran.

Seperti yang dinyatakan oleh Gordon (1994), intervensi seperti ini dapat

memaksimumkan hasil pembelajaran kerana dapat membantu peserta melonjak dari

tahap pengetahuan dan kemahiran semasa ke tahap pengetahuan dan kemahiran

yang ingin dihasilkan.

11.8 Kursus BI dan Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran Peserta

Dapatan kajian yang kelapan menunjukkan antara tiga kursus BI, Kursus

Management of English Language in Schools paling dapat menambahkan

pengetahuan serta meningkatkan kemahiran peserta kursus. Ini diikuti dengan

Kursus Professional Reading and Writing manakala Kursus Effective Communication

merupakan kursus yang paling kurang dapat menambahkan pengetahuan dan

meningkatkan kemahiran peserta kursus. Seperti yang dibincangkan sebelum ini,

kedudukan tersebut sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan tahap

peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta.

Secara perbandingan, bagi setiap aspek yang dinilai, skor kesediaan peserta

sebelum mengikuti Kursus Management of English Language in Schools dan Kursus

Professional Reading and Writing adalah kurang daripada empat (Rajah 11 dan

Rajah 12). Ini bermaksud sebelum mengikuti kursus-kursus tersebut, peserta

menguasai kurang daripada 66.67% ([4 x 100] ÷ 6) pengetahuan dan kemahiran

kursus tersebut. Manakala, skor kesediaan peserta sebelum mengikuti Kursus

Effective Communication adalah melebihi empat (Rajah 10). Ini bererti sebelum

mengikuti kursus tersebut, peserta telah menguasai lebih daripada 66.67% ([4 x 100]

÷ 6) pengetahuan dan kemahiran kursus tersebut.

Page 206: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

206

Sebelum mengikuti kursus, peserta Kursus Effective Communication telah

menguasai lebih banyak pengetahuan dan kemahiran tentang kursus tersebut

berbanding dengan peserta Kursus Management of English Language in Schools

dan Kursus Professional Reading and Writing tentang kursus berkenaan. Ertinya,

pengetahuan dan kemahiran baharu yang dibawa oleh Kursus Effective

Communication kepada peserta adalah lebih rendah daripada Kursus Management

of English Language in Schools dan Kursus Professional Reading and Writing. Jadi,

adalah tidak hairan mengapa kedudukan peningkatan pengetahuan dan kemahiran

bagi Kursus Effective Communication lebih rendah daripada Kursus Management of

English Language in Schools dan Kursus Professional Reading and Writing (Jadual

7).

Satu sebab lagi yang dapat diperhatikan tentang mengapa Kursus Effective

Communication merupakan kursus yang paling kurang dapat menambahkan

pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus ialah kandungan

kursusnya yang terlalu padat. Secara perbandingan, kandungan kursus-kursus lain

hanya fokus kepada satu bidang sahaja, tetapi kandungan Kursus Effective

Communication merangkumi banyak aspek. Sebagai contoh, kursus BM iaitu Kursus

Komunikasi Berkesan khususnya berfokus pada aspek komunikasi sahaja (Rajah 5).

Namun, Kursus Effective Communication yang mempunyai nama yang sama tetapi

dikendalikan dengan menggunakan Bahasa Inggeris merangkumi aspek pengurusan

mesyuarat berkualiti, kemahiran lisan, kemahiran penulisan surat dan e-mel,

kemahiran persembahan umum dan pembentangan dalam Public Speaking (Rajah

10).

Situasi tersebut menjadikan terlalu banyak input perlu disampaikan kepada

peserta dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan peserta tidak dapat

memberi tumpuan yang secukupnya terhadap semua aspek modul latihan itu. Ini

juga mengakibatkan peserta tidak dapat menguasai dan mendalami kandungan

kursus dalam masa yang singkat dan dalam keadaan yang selesa. Jelaslah bahawa

kandungan modul latihan yang terlalu padat boleh menimbulkan masalah kepada

peserta kursus dalam mempertingkatkan keberkesanan latihan. Jadi, adalah wajar

Kursus Effective Communication merupakan kursus yang paling kurang dapat

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus berbanding dengan dua

kursus BI yang lain (Jadual 7).

Page 207: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

207

Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa pensyarah bahasa IAB kurang

dapat menentukan kepadatan kandungan modul latihan berdasarkan keupayaan dan

keperluan peserta yang sebenar. Padahal kemampuan menjalankan sesi latihan

berasaskan keupayaan dan keperluan peserta merupakan dua aspek penting dalam

dimensi Kepelbagaian Kaedah iaitu ‘menjalankan aktiviti berdasarkan keupayaan

peserta yang berbeza’ dan ‘mengadakan intervensi berdasarkan keperluan PdP

yang berbeza’ (JBK, 2013). Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa kurang dapat

menentukan kepadatan kandungan modul latihan juga merupakan salah satu sebab

yang menyumbang kepada dapatan kajian ketiga iaitu pensyarah bahasa IAB

mencapai skor min yang paling rendah dalam dimensi Kepelbagaian Kaedah.

Kepadatan kandungan modul latihan merupakan satu aspek asas yang perlu

diberi pertimbangan yang wajar semasa menggubal sesebuah modul latihan.

Sekiranya kepadatan kandungan modul latihan dapat ditetapkan secara berpatutan

dan aktiviti intervensi selaras dengan keupayaan dan keperluan semasa peserta,

sesi latihan sedemikian dapat merangsang pembelajaran disamping

mempertingkatkan keberkesanan latihan. Ini disebabkan peserta kursus dapat

menyesuaikan pengetahuan dan kemahiran yang diterima dengan pengetahuan dan

kemahiran yang sedia ada untuk menjana pengetahuan dan kemahiran baharu

dalam tempoh masa yang cukup dan dalam keadaan yang selesa.

Berdasarkan perbincangan dari Bahagian 11.1 hingga 11.8, boleh

dirumuskan bahawa walaupun pensyarah BM dan BI IAB adalah kompeten dalam

keenam-enam dimensi Model Kompetensi Pensyarah Bahasa IAB dan dapat

menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus, masih

terdapat ruang penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap yang

lebih cemerlang. Penambahbaikan ini khususnya, boleh dilakukan dalam

membangunkan modul latihan tentang bagaimana a) menetapkan tahap

pengetahuan dan kemahiran modul latihan kursus sejajar dengan keperluan peserta;

b) menentukan keperluan peserta semasa; dan c) mengelakkan kandungan modul

latihan yang terlalu padat.

Terdapat ruang penambahbaikan untuk pensyarah bahasa IAB meningkatkan

kompetensi mereka dalam tiga aspek tersebut disebabkan walaupun mereka pernah

menjadi guru dan mempunyai pengalaman dalam PdP bahasa, namun mereka tiada

pengalaman yang banyak dalam mereka bentuk modul latihan. Sungguhpun semasa

di sekolah, mereka juga perlu menyesuaikan PdP mereka dengan tahap kesediaan

Page 208: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

208

murid yang sebenar, tetapi sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah telah

ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Justeru, mereka biasanya

tidak banyak menghadapi masalah dalam membuat penyesuaian berkenaan dalam

memenuhi keperluan murid di sekolah.

Sehubungan ini, adalah penting dan perlu pensyarah bahasa IAB membuat

penambahbaikan dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Sekiranya pensyarah bahasa

IAB dapat menguasai lagi kepakaran tersebut, mereka tentu dapat meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran peserta yang berada pada tahap ‘Agak Tinggi’ ke tahap

‘Tinggi’ ataupun ‘Sangat Tinggi’. Ini sebenarnya merupakan usaha yang perlu

dilaksanakan sekiranya pensyarah IAB ingin menjamin kecemerlangan berterusan

dalam sesi latihan yang dikendalikan.

12. Implikasi Kajian

Analisis dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa masih terdapat ruang

penambahbaikan bagi pensyarah bahasa IAB dalam membangunkan modul latihan

yang sejajar dengan keupayaan dan keperluan peserta yang sebenar. Justeru, untuk

tujuan penambahbaikan, JBK IAB perlu mengkaji semula kandungan ketujuh-tujuh

kursus tersebut berdasarkan tiga perkara penting iaitu kerelevanan kandungan

modul latihan dengan tahap keperluan dan keperluan semasa peserta serta

kepadatan kandungan modul latihan yang bersesuaian. Usaha tersebut perlu dilihat

dan dikaji khususnya dari sudut bahawa sesi latihan bahasa itu perlu membawa nilai

tambah kepada peserta kursus iaitu dapat membantu mereka menjalankan tugas

harian secara berkesan.

Dalam hal ini, untuk kursus BM, tumpuan khas perlu diberikan kepada Kursus

Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti dan Kursus Pengurusan Mesyuarat

Berkualiti, manakala bagi kursus BI ialah Kursus Effective Communication. Tahap

pengetahuan dan kemahiran yang digariskan dalam modul latihan perlu diperiksa

semula berdasarkan tahap kesediaan peserta agar sejajar dengan tahap keperluan

peserta. Kandungan kursus-kursus tersebut terutamanya aspek-aspek yang kurang

dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta atau

kurang dapat memanfaatkan peserta seperti yang disenaraikan dalam Jadual 6 dan

Jadual 8, perlu dipertimbangkan semula secara serius sama ada perlu dimurnikan,

ditambahbaik atau digugurkan.

Page 209: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

209

Khususnya, fokus modul latihan perlu menjurus kepada aspek pengetahuan

tentang dasar-dasar bahasa yang dilaksanakan oleh KPM dan aspek teknikal dalam

penyediaan dokumen formal daripada aspek kemahiran berbahasa. Pertimbangan ini

bukan sahaja berdasarkan analisis dapatan kajian yang menunjukkan bahawa

secara umumnya peserta kursus sebenarnya mempunyai tahap pengetahuan dan

kemahiran berbahasa yang tinggi, malah selaras dengan fungsi IAB sebagai institusi

pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan kapasiti pemimpin pendidikan

dalam bidang pengurusan pendidikan.

Selain itu, Kursus Effective Communication perlu disemak semula dari segi

kepadatan kandungan modul latihan. Satu alternatifnya ialah membahagikan modul

latihan tesebut kepada dua kursus yang berasingan, misalnya Effective

Communication yang berfokuskan bidang komunikasi dan Public Speaking yang

bertumpuan pada kemahiran persembahan secara verbal. Dengan itu, peserta

kursus mempunyai masa yang cukup untuk mendapat input dari setiap modul latihan

secara optimum. Ini dapat merangsang proses pembelajaran dan seterusnya

meningkatkan keberkesanan latihan. Lebih-lebih lagi, keadaan sedemikian dapat

membantu sebahagian besar peserta yang mengikuti kursus itu yang pada asasnya

tidak mempunyai kemahiran tinggi dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

Ringkasnya, berdasarkan makluman tahap kesediaan, tahap dan jenis

keperluan semasa peserta yang dikumpulkan, isi kandungan kursus, kaedah PdP,

strategi meningkatkan potensi peserta dan intervensi latihan perlu diubahsuaikan

oleh pensyarah bahasa JBK supaya sejajar dengan keperluan pembelajaran serta

keupayaan dan pembangunan peserta semasa. Usaha tersebut memakan masa dan

memerlukan kepakaran yang spesifik khususnya kepakaran dalam bidang mereka

bentuk modul latihan. Walau bagaimanapun, hanya dengan usaha sedemikian

dapatlah kursus-kursus tersebut menambahkan pengetahuan dan meningkatkan

kemahiran peserta kursus secara berkesan.

Sejajar dengan hasrat menambahbaik dan meningkatkan kualiti modul latihan

secara berkesan, pensyarah bahasa IAB perlu mengikuti program pembangunan

profesional yang bersifat khusus untuk menangani kelemahan dalam mereka bentuk

modul latihan yang kurang selaras dengan tahap keupayaan dan keperluan peserta

sebenar. Justeru, JBK perlu menyususn strategi dan membuat rancangan supaya

pensyarah bahasa IAB dapat mengikuti program yang dapat meningkatkan

Page 210: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

210

kompetensi pensyarah bahasa dalam kepakaran mereka bentuk modul latihan

berkualiti dalam masa terdekat.

Secara khususnya, program pembangunan profesional itu perlu berfokuskan

bagaimana membangunkan modul latihan yang sejajar dengan tahap keperluan dan

keperluan semasa peserta dengan berdasarkan tahap kesediaan peserta selain

kepadatan kandungan modul latihan perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

Bagaimana mengumpul makluman, menganalisis dan mentafsir makluman tersebut

serta menterjemahkan makluman itu secara berkesan ke dalam modul latihan yang

digubal merupakan kemahiran kritikal yang perlu dikuasai oleh pensyarah bahasa

JBK. Usaha ini amat penting kerana dunia pendidikan mengalami perubahan yang

pesat. Perubahan dalam keperluan pembelajaran peserta menuntut kaedah

pengajaran perlu dipelbagaikan (Brophy, 2001). Dengan memperoleh kemahiran

tersebut, pensyarah bahasa dapat meningkatkan kompetensi mereka dalam dimensi

Kepelbagaian Kaedah dan seterusnya dapat mengendalikan sesi latihan dengan

cemerlang.

Mengikut Harris dan Jones (2011), kemampuan mengadakan PdP yang

berkualiti mempunyai hubungan rapat dengan komuniti pembelajaran profesional

(PLC). Komuniti pembelajaran profesional merupakan budaya yang menggalakkan

perkongsian ilmu yang bertujuan untuk penambahbaikan secara berterusan dalam

PdP. Melalui amalan perkongsian ilmu, tenaga pengajar boleh bertukar-tukar fikiran

serta mendapat idea yang bernas, misalnya, dalam mempelbagaikan kaedah dan

strategi latihan (Harris dan Jones, 2011). Justeru, pihak pengurusan IAB amnya dan

JBK khasnya perlu mengambil tindakan yang wajar untuk memantapkan lagi budaya

tersebut dalam kalangan pensyarah bahasa. Konsep ini perlu difikirkan secara serius

dan diterjemahkan dalam bentuk operasional kerana usaha ini dapat memantapkan

kompetensi pensyarah IAB yang mempunyai kaitan rapat dengan tugas

membangunkan keupayaan pemimpin pendidikan di negara kita.

13. Batasan Kajian dan Cadangan Kajian Lanjutan

Data kajian ini hanya dikumpulkan melalui pendekatan kuantitatif iaitu dengan

menggunakan borang kaji selidik. Kajian lanjut perlu meliputi kaedah kualitatif seperti

temu bual, pemerhatian atau kumpulan fokus supaya dapat mengesahkan dapatan

Page 211: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

211

yang diperoleh daripada kajian kuantitatif. Melalui kaedah-kaedah tersebut misalnya

melalui temu bual dengan responden berkenaan, pengkaji mudah mendapat

maklumat yang jitu untuk mengesahkan rumusan yang dibuat dalam kajian. Sebagai

contoh, dikaitkan dengan kajian ini, andaian seperti ‘tahap kesediaan peserta adalah

lebih tinggi daripada tahap pengetahuan dan kemahiran yang digariskan dalam

modul latihan kursus’ dapat disahkan lagi dengan berdasarkan makluman dari kajian

kualitatif iaitu melalui temu bual dengan peserta yang mengikuti kursus berkenaan.

Dapatan kajian ini dikumpulkan melalui empat kursus BM dan tiga kursus BI.

Setiap kursus tersebut telah dijalankan antara dua hingga empat kali sepanjang

tahun 2014 (Jadual 1). Walaupun kebanyakan peserta yang mengikuti kursus

bahasa JBK pada tahun 2014 telah dijadikan sebagai responden kajian, bilangan

responden secara purata untuk setiap kali kursus tersebut adalah 23 orang (444÷19)

(Jadual 1). Untuk mendapatkan satu dapatan kajian yang boleh digeneralisasikan

secara meluas, kajian lanjut perlu melibatkan kekerapan kursus dan bilangan

responden yang lebih banyak.

Salah satu tujuan kajian ini adalah untuk melihat sama ada dengan

mengaplikasikan kompetensi yang disarankan dalam Model Kompetensi Pensyarah

Bahasa IAB, sesi latihan yang dikendalikan oleh pensyarah bahasa IAB dapat

menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta kursus.

Walaupun dapatan tersebut telah diperoleh secara tidak langsung melalui pra ujian

dan pasca ujian, satu instrumen perlu diadakan untuk mengumpulkan data tentang

keberkesanan sesi latihan secara khususnya. Terdapat banyak faktor boleh

menyumbang kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus

selain kompetensi pensyarah bahasa. Tanpa instrumen yang berfokus itu, korelasi

antara kompetensi pensyarah dengan keberkesanan sesi latihan terhadap

peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus masih boleh dipersoalkan.

14. Penutup

IAB merupakan wahana penting dalam pembangunan kapasiti pemimpin pendidikan

di negara kita. Untuk menjamin kecemerlangan berterusan dalam sesi latihan yang

dikendalikan, IAB perlu memastikan kompetensi pensyarahnya supaya sentiasa

berada pada tahap yang tinggi. Ini disebabkan kualiti pemimpin pendidikan yang

Page 212: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

212

sering kali dikaitkan dengan keberkesanan sistem pendidikan negara kita

mempunyai hubungan rapat dengan latihan yang dibekalkan oleh pensyarah IAB.

Dalam keghairahan untuk meningkatkan kompetensi pensyarah dan menjana

kecemerlangan pendidikan, menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap

kompetensi pensyarah dan keberkesanan kursus merupakan satu usaha yang perlu

dilaksanakan secara berkala. Kajian seperti ini memberikan makluman yang kukuh

untuk peningkatan kompetensi pensyarah dan penambahbaikan sesi latihan.

Semoga usaha JBK menjalankan kajian ini bukan sahaja dapat menterjemahkan

dapatannya dalam bentuk operasional yang menguntungkan ahlinya bahkan

membawa suatu amalan proaktif kepada jabatan lain yang seterusnya dapat

menyumbang ke arah melestarikan kualiti sesi latihan IAB secara berterusa

Page 213: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

213

Rujukan Ahmad Khair Mohd. Nor & Rohaida Abdul Gani. (2005). Budi bahasa di bilik

darjah. Dewan Bahasa, Julai, 36-39.

Ahmad Raji Yaakub. (2001). Peranan latihan ke arah kejayaan HRMIS, Buletin EG-HRMIS. Andserson, David R. and Kenneth P. Burnham. 2002. “Avoiding Pitfalls When Using Information-Theoretic Methods.” Journal of Wildlife Management. 66:910-6. Ashari Sikor, Sapon Ibrahim, Mohamad Hisham Mohd Hashim, Ahmad Rizal Madar & Noor Azila Zamani. (2011). Teknik pembelajaran andragogi dalam kalangan pelajar dewasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Project Report. Universiti TunHussein Onn Malaysia (Unpublished) Australian Quality Training Framework. (2009). Essential Conditions and Standards for Continuing Registration. Diperolehi daripada

http://www.nssc.natese.gov.au/data/assets/pdf_file/0011/51023/Validation_and_Moderation_-_Guide_for_developing_assessment_tools.pdf .

Awang Sariyan. (2006). Hakikat Bahasa dan realisasi fungsinya dalam pembinaan dan penakatan tamadun (ed. kedua). Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor, & Haliz A Jaafar. (2007). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Jabatan Asas Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Barneveld, C.V. (2008). What works? Research into practice. Diperolehi daripada http://www.edu.gov.on.ca/eng/literacynumeracy/inspire/ research /using_data.pdf. Berliner, D. C. (2005). Our Impoverished View of Educational Reform 1.

Published by Teachers College Record, August 02, 2005. Diperolehi daripada: http://www.tcrecord.org/content.asp?contentid=12106.

Bloom, B. (Ed.). (1985). Developing talent in young people. New York, NY:

Ballantine.

Page 214: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

214

Boak, G. & Coolican, D. (2001) 'Competencies for retail leadership: accurate, acceptable, affordable'. Leadership and Organization Development Journal 22/5, 212-220. Bocconi, S., Kampylis, P.G. & Punie, Y. (2012). Innovating learning: Key

elements for developing creative classrooms in Europe. JRC Scientific and Policy Report. European Commission. Diperolehi daripada http://ftp.jrc.es/EURdoc/JRC72278.pdf.

Bomia, L., Beluzo, L., Demeester, D., Elander, K., Johnson, M., & Sheldon,

B. (1997). The impact of teaching strategies on intrinsic motivation. Champaign, IL: ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education. p. 294.

Brophy, J. (2001). Subject-specific instructional methods and activities. In: J. Brophy, (Ed.) Advances in research on teaching, vol. 8. New York, NY: Elsevier. BusinessDictionary.com. (n.d.). Diperolehi daripada http://www.business dictionary .com / definition/data.html. Cairns, R.B. Developmental science: Three audacious implications. in: L.R. Bergman,R.B. Cairns, L.G. Nilsson, L. Nystedt (Eds.) Developmental science and the holistic approach. Lawrence Erlbaum, Mahwah, NJ; 2000:49–62. Chew, F.P. (2011). Pendekatan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu,Volume 22, pp. 111-136. CommunicationTheory.org (2010). Lasswell’s Model. Communication Theory diperolehi 2 Dec 2013 from http://communicationtheory .org/lasswell-models/. Cooper, J., and Robinson, P. (1998). Small group instruction in science, mathematics, engineering, and technology. Journal of College Science Teaching 27:383. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan: Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan: Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 215: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

215

Dewan Bahasa dan Pustaka, (2010). Pusat Rujukan Persuratan Melayu, http://prpm.dbp.gov.my/. Dictionary.com. (n.d.). Retrieved from http://dictionary.reference.com/browse/objective?s=t . Ding Choo Ming. (2005). Bahasa Penjaga Budaya. Dewan Bahasa, Julai, 48-51. Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching students through their individual learning styles: A practical approach. Reston, Virginia: Reston Publishing. Egan, K. (2005). An imaginative approach to teaching. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Evertson, C.M., Emmer, E. T. & Worsham, M.E. (2003). Classroom management for elementary teachers. Boston: Allyn & Bacon. Family, Career and Community Leaders of America, Inc. (n.d.). Problem solving for leaders. Retrieved from http://www.fcclainc.org/assets/files/pdf/programs/ dynamicleader/problem_solving_for_leaders.pdf.

Fletcher, A. (n.a). Defining Student Engagement: a literature review.

Retrieved from https://adamfletcher.net/get-engaged/student-

engagement/

Fornell, C & Larcker, D. F, (1981). Evaluating structural equation models with unobservable variables and measurement error. Journal of Marketing Research, 18, 39-50.

Gerlach, J. M. (1994). “Is this collaboration?” In Bosworth, K. and Hamilton, S. J. (Eds.), Collaborative learning: Underlying processes and effective techniques, New directions for teaching and learning, No. 59.

Gordon, T. J. (1994). The Delphi method. Washington, DC: American Council for the United Nations University.

Hair, J., Black, B. Babin, B., Anderson, R. and Tatham, R. (2006). Multivariate Data Analysis (6th edition). Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall.

Page 216: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

216

Harris, L. R. (2008) A Phenomenigraphic investigation of teacher conceptions of student engagement in learning. The Australian Educational Researcher, 5(1), 57-79.

Harris, L.R. & Jones, M. (2011). Professional learning community in action. London: Leannta Publishing.

Hashim Hj. Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hashim Hj. Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi, & Siti Sarah Ab Karim. (2012). Hati budi Melayu: Kajian keperibadian sosial Melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang. Online Journal of Language Studies, 12 (1), 163-182.

Holmes-Smith, P. (2001). Introduction to Structural Equation Modelling using LISREL. Perth, ACSPRI-Winter training program. Hornby, A.S. (2005). Oxford Advanced Learner’s Dictionary. New York: Oxford University Press. Hoy, A. W. & Weinstein, C. S. (2006). Student and teacher perspectives on classroom management. Handbook of classroom management: Research, practice and contemporary issues, 181-222. Ika Hariyati. (2013). Pengertian dan perbedaan intervensi serta implementasi keperawatan yang berorientasi pada klien. Izani Daud. (2012). Memanfaatkan dan mengembangkan potensi diri. Dewan

Siswa. Kuala Lumpur: DBP.

Jabatan Bahasa dan Komunikasi (JBK). (2013). Pembangunan model dan instrumen kompetensi pensyarah bahasa Institut Aminuddin Baki. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jabatan Bahasa dan Komunikasi(JBK). (2014). Biodata Pensyarah Jabatan Bahasa dan Komunikasi Pendidikan 2014. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam. (2005). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6

Tahun 2005: Dasar latihan sumber manusia sektor awam.

Page 217: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

217

Jones, R. D. (2008) Strenghtening Student Engagement. Retrieved from

http://www.cesdp.nmhu.edu/proflearning/docs/Teaching%20and%20Lea

rning/Student%20Engagement/Strengthen%20Student%20Engagement

%20white%20paper.pdf

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu: Apa sudah jadi? Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia, Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Retrieved from www.moe.gov.my/my/standard-kualiti- pendidikan-malaysia. Khine, M.S., & Fisher, D.L. (2004). Teacher interaction in psychosocial learning environments: Cultural differences and their implications in science instruction. Research in Science & Technological Education, 22, 99-111. Kirkpatrick, D & Kirkpatrick, J. (2006). Evaluating training programs: The four levels. California: Berrett-Koehler Publishers, Inc. Kizlik, B. (2012). Measurement, assessment, and evaluation in education. Retrieved from http://drjj.uitm.edu.my/DRJJ/OBE%20FSG%20Dec07/OBEJan2010/DrJJ- Measure-assess-evaluate-ADPRIMA-n-more-17052012.pdf . Koomen, H. & Pameijer, N. (2007). Diagnostich proces in het onderwijs: de rol can contextfactoren, veranderbaarheid, positivieve elementen, In K. Verschueren & H. Koomen. Handboek diagnostiek in de leerlingen- begeleiding. Antwerpen/Apeldoom: Garant, 15-39. Lasswell, H. (1948). Bryson, L., (Ed). The Structure and Function of Communication in Society. The Communication of Ideas. New York: Institute for Religious Social Studies, 117. Logan, G. D. (1994). Spatial attention and the apprehension of spatial relations. Journal of Experimental Psychology: Human Perception and Performance, 20, 1015-1036. Majdi, Udo Yamon ffendi. (2007). Quranic Quotient. Jakarta: Ultum Media.

Page 218: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

218

Marzhan bin Herman. (2010). Pencemaran bahasa. Muat turun dari http://zhan09. blogspot.com/2010/08 Meyer, D. K., & Turner, J. C. (2006). Reconceptualizing emotion and motivation to learn in classroom contexts. Educational Psychology Review, 18, 377-390. Morris, W. (2006). Creativity -- Its place in education. Retrieved from http://www.jpb.com/creative/Creativity_in_Education.pdf Mortimore, P. (1998). Road to improvement: Reflections on school

effectiveness. Netherlands: Swets & Zeitlinger.

Naiman, L. (2014). Creativity at work. Retrieved from http://www.creativityatwork.com/2014/02/17/what-is-creativity/. Nakpodia E.D. & James Urien, 2011. Teacher Education in Nigeria: Challenges to Educational Administrators in the 21st Century. The Social Sciences, 6: 350- 356. New Mexico Teacher Competencies (2013). Teach nm, career resources for New Mexico school teachers and administrators. Retrieved from http://teachnm.org/experienced-teachers/nm-teacher-competencies.html Noor Asheikin Ja’afar. (2013). Autisme dan Masalah Pembelajaran: Teknologi Pendidikan. (http://noorasheikin.wordpress.com/bahan/pengenalan-masalah- pembelajaran/intervensi-dan-khidmat-sokongan/) Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah dan Rahimi Che Aman. (2009).

Kemahiran komunikasi guru pelatih Universiti Sains Malaysia (Communication skills among training teachers Of Universiti Sains Malaysia). Jurnal Pendidik dan Pendidikan,

Jil. 24, 125–142. Northampton College (2008). Pennsylvania Adult Teacher Competencies

User’s Guide. Retrieved from www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/08841233.2012.726206.

Page 219: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

219

Office for Standards in Education, The(Ofsted). (2010). Learning: Creative approaches that raise standards. Manchester: Crown. Onosko, J. J. & Newmann, F. M. (1994), Creating more thoughtful learning

environments. In Mangieri, J.N. & Block, C. (Ed.), Creating powerful

thinking in teachers and students: Diverse perspectives . Fort Worth,

TX: Harcourt.

Hornby, A.S. (2005). Oxford Advanced Learner’s Dictionary. New York:

Oxford University Press.

Parsons, J. & Taylor, L. (2011). Student engagement: What do we know and what should we do. Retrieved from http://www.sd71.bc.ca/pdfs/calendar/2013-

2014/student_engagement_literature_review_2011.pdf Patall, E. A., Cooper, H., & Robinson, J. C. (2008). The effects of choice on

intrinsic motivation and related outcomes: A meta-analysis of research findings. Psychological Bulletin, 134, 270 –300.

Paul, R. & Elder, L. (2007). The miniature guide to critical thinking –

concepts and tools. The Foundation for Critical Thinking. www.criticalthinking.org.

Piaget, J. & Cook, M.T. (1952). The origins of intelligence in children. New York, US: W W Norton & Co. Piaget, J. (1958). The growth of logical thinking from childhood to

adolescence. AMC, 10, 12. Pulaski, M. (1971). Understanding Piaget: An introduction to children’s

cognitive development. New York: Harper & Row. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kemahiran Berfikir dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin & Zulkiflee Haron. (2012). Kemahiran

Generik Menurut Perspektif Islam. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Reynolds, A.J. (2001). Unit 11 Section 1: Types of data. Retrieved from http://www.cimt.plymouth.ac.uk/projects/mepres/book7/bk7i11/bk7_11i1.htm.

Page 220: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

220

Rogers, C.R. (1951). Client-centered therapy. Boston: Houghton Mifflin. Rosadah binti Mahamud & Khadijah binti Hussein. (2002). Kajian ke atas

keupayaan golongan berpendapatan sederhana dalam memiliki rumah di kawasan JB. UTM.

Saks, A.M. (1996). The relationship between the amount and helpfulness of

entry training and work outcomes. Human Relations 49(4): 18-32.

Sarminah Samad. (1996). Persepsi Pegawai Tadbir Universiti Malaya

terhadap kesan program ke atas kecekapan tugas. Kertas projek

penyelidikan Ijazah M.Sc. (Pembangunan Sumber Manusia). UPM,

Serdang, Malaysia.

Schlecty, P. (1994). Increasing Student Engagement. Missouri Leadership Academy. p. 5.

School of Data. (2013). What is Data? Retrieved from http://schoolofdata.org/handbook/courses/what-is-data/. Sera, Y. & Beaudry, S. (2007). Monitoring & evaluation. Retrieved from http://siteresources.worldbank.org/INTBELARUS/Resources/M&E.pdf Shakirova, D.M. (2007). Technology for the shaping of college students’ and

upper-grade students’ critical thinking. Russian Education & Society, 49(9), 42-52.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Arifin, Siti Fazriah Raja Mohamed dan Akbariah

Mohd. Mhdzir. 2006. Multiple intelligences : Theory and application of the Rasch’s Model. Proceeding for Third International Conference On Measurement and Evaluation in Education. ICMEE 2006. Pp. 287-296.

Skinner, B. F. (1937). Two types of conditioned reflex: A reply to Konorski

and Miller. The Journal of General Psychology, 16, 272-279. Snowman, J. & Biehler, R.F. (2006). Psychology applied to teaching (11th

ed. Boston: Houghton Mifflin Harcourt. Stephens, K. (2004). 20 ways to encourage children’s resourcefulness and

creativity. Parenting Exchange. Issue #22. Supramani, S. (2006). Penyoalan guru: Pemangkin pemikiran aras tinggi

murid. Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya, 225-246.

Page 221: TITIAN ILMU KEPIMPINAN PENDIDIKANiab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/Manuskrip TITIAN ILMU.pdf · Keberkesanan Kursus Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Pemimpin

221

Taylor-Powell, E., Steele, S. & Douglah, M. (1996). Planning a program evaluation. Madison, WI: Cooperative Extension Publications.

Topno, H. (2012). Evaluation of training and development: An analysis of

various models. IOSR Journal of Business and Management. Volume 5, Issue (Sep-Oct 2012), pp. 16-22.

Wadsworth, B.J. (2004). Piaget’s theory of cognitive and affective

development Foundations of contructivism. New York: Longman Publishing.

Wall, J. (n.d.). Program evaluation model 9-step process. Retrieved from http://www.janetwall.net/attachments/File/9_Step_Evaluation_Model_Paper.p

df . Wall, J. E. (2004). Harnessing the power of technology: Testing and

assessment applications. In J. E. Wall and G. R. Walz (Eds), Measuring up: Assessment issues for teachers, counselors and administrators. (pp. 665-684). Austin, TX: Pro-Ed, Inc.

Wilen, W. W. (1995).A rationale for developing students’ critical thinking

through questioning, Jurnal Pendidikan Guru, 10, 33-44.