penerangan pengujian

12
KERTAS PENERANGAN TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI) 37

Upload: aman-zaki

Post on 06-Aug-2015

523 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penerangan pengujian

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

PENERANGAN

Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan telah terlaksanakan mengikut peraturan IEE, TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara- perkara berikut:

i. Pemasangan baru.

ii. Pemasangan sedia ada untuk tujuan penambahan atau pengubahsuaian.

iii. Pemasangan elektrik yang sedia ada secara berkala mengikut perancangan atau perencanaan untuk tujuan penyelenggaraan.

iv. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap pemasangan.

v. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.

PEMERIKSAAN PENGLIHATAN

Pemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan sebarang ujian iaitu dengan cara melihat, tujuannya adalah seperti berikut:

i. Untuk memastikan bahawa alat-alat yang dipasang adalah mengikut Piawaian British (BS), Piawaian Malaysia (MS) yang diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sirim. Sekiranya alat-alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan maka pihak pemborong hendaklah mengemukakan surat kelulusan berkenaan.

ii. Untuk memastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu dijalankan mengikut peraturan IEE, TNB, JKR, ST dan lain-lain peraturan yang dikehendaki.

iii. Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan yang nyata atau zahir pada pemasangan atau alat-alat elektrik yang disambungkan kepadanya.

37

Page 2: Penerangan pengujian

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Senarai Pemeriksaan Penglihatan

Pemeriksaan Penglihatan sebagaimana yang disyorkan oleh pihak TNB adalah seperti berikut :

i. Setiap sambungan pada pengalir kabel mestilah betul serta kuat dan kukuh dari segi mekanikal dan elektrikal.

ii. Setiap pengalir kabel mestilah dibuat tanda pengenalan terutamanya pada pendawaian tiga fasa

iii. Semua kabel dan peralatan mestilah dipasang di tempat-tempat yang tidak terdedah dan yang boleh membahayakan keadaan.

iv. Pemilihan saiz kabel, penebat, kapasiti membawa arus dan susutan voltan hendaklah diberi perhatian.

v. Sambungan suiz kutub tunggal ke pangalir fasa sahajavi. Sambungan yang betul ke atas soket, pemegang lampu dan alat-alat

kawalan yang lain.vii. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan lain-lain

mestilah diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dan Sirim.viii. Beban bagi sesuatu litar hendaklah diberi perhatian, contohnya bilangan

point bagi sesuatu litar.ix. Konduktor Bumi.

a) Perlindungan mekanikal.b) Perlindungan dari karat.c) Sambungan yang kuat ke elektrod bumi.d) Mengikut saiz.

x. Elektrod Bumia) Saiz dan ukuran panjang.b) Jenis bahan.c) Kotak bumi (kebuk bumi).d) Label amaran.

xi. Tanda-tanda amaran dan pengenalan:a) Label pada suis gear dan gear kawalan.b) Pengenalan pada konduit dan trunking dengan cat bewarna oren.c) Tanda amaran kehadiran voltan 240V atau 415V.

xii. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus:a) Perlindungan dengan halangan.b) Perlindungan dengan mengelak jangkauan.c) Perlindungan dengan bahan bukan pengalir.d) Perlindungan dengan penahan dan penutup.e) Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagian-bahagian hidup.

38

Page 3: Penerangan pengujian

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Turutan pengujian.

Pengajian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan bagi mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Berikut adalah senarai pengujian yang perlu dijalankan mengikut turutan :

i. Ujian keterusan.ii. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.iii. Ujian pengalir perlindungan, ini termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahaniv. Ujian kekutuban.v. Ujian rintangan penebatan.vi. Ujian rintangan elektrod bumi.vii. Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi.viii. Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

Ujian keterusan.

Ujian ini bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan di sepanjang litar. Terdapat dua kaedah ujian keterusan yang dicadangkan. Alat penguji yang digunakan adalah jangka ohm dan loceng penguji (D.C).

Tatacara menjalankan ujian :

i. Suis utama hendaklah di OFFkan.ii. Beban hendaklah ditanggalkan, jika tidak boleh ditanggalkan suis kawalan hendaklah di

OFFkan.iii. Suis kawalan hendaklah di Onkan sekiranya lampu atau beban dapat ditanggalkan.iv. Fius atau pemutus litar akhir hendaklah di cabut atau di OFFkan.v. Jalankan ujian sebagaimana rajah di bawah.

39

Page 4: Penerangan pengujian

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Semasa ujian ini dilakukan lampu tidak perlu dicabut dari pemegang lampu dan suis hendaklah di ONkan.

Meter menunjukkan bacaan bagi beban tersebut.

Ujian keterusan litar gelang.

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. Terdapat dua kaedah ujian keterusan litar gelang yang dicadangkan. Alat-alat penguji yang digunakan ialah multimeter (ohm meter) dan loceng penguji (d.c)

Tatacara menjalankan ujian kaedah pertama.

1. Ujian keterusan di antara penghujung akhir bagi setiap pengalir litar gelang, sambungkan lead penguji seperti gambarajah di bawah:

40

Page 5: Penerangan pengujian

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

2. Ulang tatacara seperti di atas bagi ujian keterusan pengalir fasa dan neutral.3. Meter akan menunjukkan bacaan mestilah kurang daripada satu ohm menunjukkan

keterusan pengalir adalah baik.

Tatacara menjalankan ujian kaedah kedua.

1. Ujian keterusan di antara penghujung bagi setiap pengalir litar gelang, sambungkan plambam penguji seperti rajah di bawah. Satu pengalir digunakan untuk pintaskan ketiga-tiga pangalir iaitu bumi, neutral dan hidup.

2. Meter akan menunjukkan bacaan mesti kurang daripada satu ohm menunjukkan keterusan pengalir adalah baik.

3. Ujian keterusan ini dijalankan dengan pengalir iaitu N - L, L - E dan N - E

41

Page 6: Penerangan pengujian

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Ujian keterusan pengalir perlindungan

Tujuan ujian keterusan pengalir perlindungan dijalankan adalah untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan. Alat penguji yang digunakan adalah jangka ohm. Terdapat dua jenis kaedah untuk menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan.

Tatacara menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan kaedah pertama.

1. Bekalan utama diputuskan jika perlu.2. Bagi menguji keterusan pengalir perlindungan sambungkan plambam penguji mengikut

gambarajah dibawah.3. Meter akan mesti menunjukkan bacaan kurang daripada satu ohm menunjukkan

keterusan pengalir perlindungan adalah baik.

Kaedah 1 Tatacara menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan kaedah kedua

1. Bekalan utama diputuskan jika perlu2. Bagi menguji keterusan pengalir perlindungan satu pengalir tambahan diperlukan untuk

pintaskan pengalir perlindungan dengan pengalir fasa atau neutral sebagai pengalir panduan.

3. Meter mesti menunjukkan bacaan kurang daripada satu ohm bagi menunjukkan keterusan pengalir perlindungan yang baik.

42