pengujian 2

29
HASYLIM KUSHAIRI SCE3111 PPG SN 1 A. PENGUMPULAN MAKLUMAT PENGENALAN Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri- ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan. Penilaian membawa definisi tersendiri mengikut pandangan masing-masing. Menurut Jamila K.A Mohamed mendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak. D.Stuflebeam,dalam bukunya Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi makluamt yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya. Pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian, pengukuran dan penilaian 1

Upload: hasylim-bin-kushairi

Post on 18-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kajian Sains

TRANSCRIPT

HASYLIM KUSHAIRISCE3111PPG SN 1A. PENGUMPULAN MAKLUMAT

PENGENALAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan.

Penilaian membawa definisi tersendiri mengikut pandangan masing-masing. Menurut Jamila K.A Mohamed mendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak. D.Stuflebeam,dalam bukunya Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi makluamt yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian, pengukuran dan penilaian sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

Dalam bidang pendidikan, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung sama ada telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

KONSEP PENGUJIANPengujian dalam bilik darjah merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif. Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar. Menurut Cronbach (1970), Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Contohnya : Skala bernombor :

i. 30/100 untuk ujian penglihatan, ii. 100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)iii. 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.

Sistem berkategori: i. ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti ii. rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar dikukuhkan lagi oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.Dalam bilik darjah, pengujian adalah untuk mengukur perubahan tingkah laku murid berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid. Kaedah yang lazimnya digunakan untuk mengesan pencapaian murid secara formal ialah dengan menggunakan kertas dan pensil. Ianya terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang mana murid perlu memberi tindak balas. Pengujian dapat mengukur ciri-ciri tingkah laku dalam masa terhad kepada sebahagian aspek pembelajaran sahaja seperti kognitif, afektif atau psikomotor.

CIRI-CIRI PENGUJIAN

Sesuatu ujian yang berkualiti perlu mempunyai elemen-elemen kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, dan kebolehtadbiran.

i. Kesahan

Merujuk kepada takat sesuatu ujian yang dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. Kesahan isi adalah untuk menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang ujian yang hendak diuji. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan terlebih dahulu. Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar seseorang pelajar untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan dalam situasi yang lain. Contohnya seorang pelajar memperolehi 8A dalam peperiksaan percubaan di sekolah juga harus memperoleh pencapaian yang sama dalam peperiksaan SPM yang sebenar. Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya. Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Sebagai contoh, jika pelajar memperolehi skor yang tinggi dalam satu ujian, dan apabila ujian tersebut diulangi, guru mesti menyemak yang pelajar tersebut mempunyai skor yang hampir sama untuk menentukan kesahan serentak.

ii. KebolehpercayaanMerujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. iii. KeobjektifanKeobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan guru dalam memeriksa jawapan pelajar yang ramai. Sebuah ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi jika pemarkahan ujian ini tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi guru yang memeriksa ujian ini. Sebaliknya, ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana pemarkahan mungkin berbeza antara dua orang pemeriksa yang lain walaupun kedua-duanya menanda berdasarkan skima pemarkahan yang sama. iv. Kebolehtadbiran

Merujuk kepada kelicinan pelaksanaan sesebuah ujian di dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan. Ciri kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan dewan peperiksaan, pengedaran kertas soalan, pengawasan, pengutipan skrip jawapan serta pemarkahan.

TUJUAN PENGUJIAN i. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.ii. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.iii. Mengesan kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar.iv. Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.v. Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertentu.vi. Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.vii. Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarannya.viii. Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.ix. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran. x. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

KONSEP PENGUKURANPengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu iaitu pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Oleh yang demikian pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Sebagai contoh, Muhammad mendapat 60 peratus dalam ujian Sains. Kita tidak menyatakan prestasi Muhammad sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian sains tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi atau ciri tertentu seseorang pelajar mengikut alat yang digunakan.Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian dan pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Oleh itu, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 80 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 40, walaupun skor 80 itu dua kali ganda 40. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. Proses pengukuran menunjukkan pencapaian keseluruhan murid tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan atau tingkah laku seseorang individu.

JENIS-JENIS PENGUKURAN

Terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza, contohnya, pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi rendah, sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan pembolehubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis pembolehubah asas dalam pengukuran, iaitu jenis kuantitatif seperti 20%, 50%, 80% dan jenis kategori seperti motivasi rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi. Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah. Secara ringkasnya, skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap dan nilai sesuatu ukuran.

i.Skala Nominal

Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan. Contohnya, guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan.Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor 1 dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4.

Dalam skala nominal ini, kita boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu, misalnya, nombor 4 untuk etnik Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina, nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik. Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pembolehubah yang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala nominal. Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut: Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja. Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.ii. Skala OrdinalUkuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh disusun sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik.Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markah keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut: Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik. Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih berbanding kategori lain.iii. Skala SelaData jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Ini bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Jarak numerik yang sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur.Contohnya, andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skala sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat 50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D, kerana skala sela tidak mempunyai nilai mutlak, tetapi hanya berdasarkan jarak. Dalam skala sela, nilai sifar (0) merupakan suatu nilai yang arbitrari, yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong, iaitu skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut: Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada yang lain. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran.iv. Skala NisbahSkala keempat ialah skala nisbah, iaitu skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong. Misalnya, perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45. Contoh ukuran berskala nisbah ialah wang, jarak dan tinggi.

TUJUAN PENGUKURAN i. Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.ii. Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.iii. Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.iv. Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.v. Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.vi. Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan yang tertentu.KONSEP PENILAIANPenilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah penilaian. Antaranya ialah Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan pelajar sekolah rendah.Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisian dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dijelaskan secara ringkas seperti berikut :Peringkat Interpretasi & tindakanPeringkat analisisPeringkat Pemeriksaan & pengukuranPeringkat Pentadbiran ujianPeringkat Persediaan ujian

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian. Kepentingannya di antara ketiga-tiga sistem ini dapat dilihat dalam rajah 1 di bawah.

Rajah 1 : perkaitan penilaian, pengukuran, dan pengujian

Secara umumnya, penilaian pendidikan merangkumi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.Oleh itu, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred seperti A, B, C, D atau E bersama penjelasan nilainya seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal. Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai atau interpretasi ukuran.

JENIS-JENIS PENILAIANDi bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan, dan penilaian mengesan pencapaian. Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian ini boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif yang digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan, dan penilaian sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Cara penilaian ini merupakan dalam bentuk tidak formal seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, kuiz matematik, memeriksa hasil kerja pelajar dalam kelas atau kerja rumah. Penilaian formatif ini biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran pelajar secara individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta. Oleh itu penilaian ini kerap kali dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajarkan. Di samping itu, penilaian formatif juga digunakan untuk mengesan kemajuan pelajar di dalam kelas melalui ujian kertas pensel dalam bentuk formal. Ujian kertas pensel lazimnya diadakan selepas beberapa unit kemahiran ataupun pembelajaran telah diajarkan. Keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya.Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal atau dua penggal. Cara penilaian yang digunakan adalah bentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala radar dan senarai semak. Penilaian sumatif ini biasanya digunakan untuk menentukan pencapaian pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Keputusan ujian itu akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod profil serta menempatkan semula kedudukan pelajar dalam kumpulan yang sesuai. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk mengesan pencapaian pelajar dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian mereka di antara kelas. Oleh itu, penilaian ini biasanya dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan. Selain daripada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, penilaian sumatif juga meliputi peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya, yang mana keputusannya digunakan untuk menggredkan pelajar mengikut peringkat pencapaian dalam satu tahap persekolahan serta menentukan taraf pensijilan.

TUJUAN PENILAIANSistem penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini ialah :

i. Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya membuat penafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya. ii. Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan. iii. Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan. iv. Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang. v. Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam rekod prestasi dan rekod profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan. vi. Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru seperti program KBSR atau KBSM.

Taksonomi BloomTaksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.ARAS TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM (1956)

1) PengetahuanMengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2) KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

3) AplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

4) AnalisisSesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5) SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6) PenilaianMembuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

TAKSONOMI SOLO

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo1) PrestructuralJawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) UnistructuralJawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) MultistructuralJawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) RelationalJawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended AbstractJawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumattambahan.

Taksonomi KrathwohlTaksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1) PenerimaanBerhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2) Gerak balasMembawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) MenilaiPada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) OrganisasiMembawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENAKSIRAN FORMAL

Ujian Formatif

KelebihanKekurangan

Boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal dalam sesuatu masa yang tidak khusus atau khususPerlaksanaan ujian formatif adalah tidak selaras dalam sesebuah kelas, sekolah, daerah dan negara (Atkin, JM, et al., 2001).

Tidak mendatangkan tekanan yang berat kepada pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru (Stiggins, R., et al., 2006).Menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan refleksi penilaian terhadap individu pelajar sekiranya jumlah pelajar adalah terlalu ramai bagi sesebuah kelas

Melahirkan pelajar yang benar-benar memahami isi pelajaran yang dipelajari dan menguasainya dengan baik (Stiggins, R., et al., 2006).Tidak berjaya mewujudkan semangat persaingan antara pelajar untuk berusaha mendapatkan keputusan yang terbaik kerana pencapaian pencapaian hanya bertujuan menguji kefahaman mereka dan tidak berlaku perbandingan dengan kelompok atau individu pelajar lain.

Sasaran boleh tertumpu kepada kumpulan, individu atau secara kelas.Menyukarkan tindakan guru untuk membetulkan kelemahan pelajar serta merta semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikhuatiri mengambil masa yang lama jika gagal diurus dengan baik

Membantu guru mengesan pelajar yang lemah secara khusus dan terperinci berserta topik dan sub-topik yang gagal dikuasai dengan baik (Atkin, JM, et al., 2001).Kelemahan pelajar adalah pelbagai dan tidak sama antara satu sama lain. Guru sukar memberi perhatian kepada sesuatu kelemahan dengan tidak mengabaikan mereka yang lain.

Pelajar-pelajar dapat membuat refleksi kendiri dan memperbaiki kelemahan dalam sesuatu unit atau kemahiran yang telah dipelajari sebelum meneruskan pembelajaran kepada unit yang seterusnya dalam keadaan bersediaPerlaksanaan ujian adalah tidak selaras antara suatu kelas dengan kelas yang lain atau sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain lantas kemampuan pelajar tidak diuji secara sama rata terhadap sesebuah unit pelajaran atau kemahiran.

Ujian Sumatif

KelebihanKekurangan

Membantu para guru dan pentadbir kurikulum terhadap keberkesanan perlaksanaan sesuatu kurikulum seperti KBSR dan KBSM kepada pelajar-pelajar di seluruh negara (Stiggins, R., et al., 2006).Memberi tekanan kepada pelajar ibu bapa dan guru untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk meningkatkan gred pencapaian sekolah.

Tindakan pensijilan pelajar- pelajar yang dilaksanakan selepas peperiksaan memberi motivasi dan semangat untuk pelajar-pelajar yang mendapat gred yang baik untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi (Atkin, JM, et al., 2001).Melahirkan pelajar-pelajar yang berorientasikan peperiksaan dengan menghafaz isi pelajaran tertentu dan bukan memahaminya secara mutlak.

Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk belajar dan mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan (Stiggins, R., et al., 2006).Menimbulkan rasa rendah diri dalam kalangan pelajar yang mendapat gred pencapaian yang rendah kerana keputusannya kelak akan dibandingkan dengan pencapaian pelajar- pelajar lain.

Mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar dan sekolah untuk meningkatkan pencapaian individu pelajar dan sekolah masing-masing melalui keputusan yang cemerlang (Stiggins, R., et al., 2006).Gred pencapaian yang diperoleh kadangkala berasaskan nasib dan tuah, bukannya usaha pelajar tersebut. Pelajar yang cemerlang tetapi kebetulan menghadapi masalah lain seperti kesihatan pada ketika menduduki peperiksaan tidak dapat menunjukkan prestasi yang terbaik dan tidak dapat menduduki peperiksaan seperti asal.

Pembahagian pelajar kepada kelas dan kumpulan mengikut gred pencapaian ujian atau peperiksaan memudahkan guru mengenal pasti pelajar yang lemah dan pelajar yang bijak sekali gus melakukan kepelbagaian dalam kaedah mengajar secara khusus sesuai dengan tahap pelajar.Penyediaan soalan yang meliputi kesemua topik pembelajaran yang telah diajar sukar untuk diseimbangkan dengan baik kerana topik yang banyak dan jumlah soalan yang terhad. (Atkin, JM, et al., 2001).

Sistem Penilaian di MalaysiaSistem penilaian yang dijalankan di Malaysia terbahagi kepada 2 peringkat, iaitu: a. Penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS)b. Penilaian berpusat

Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS)PKBS merupakan sistem penilaian yang dijalankan pada peringkat sekolah yang bersifat berterusan (Abdullah Sani Yahya, 2005). PKBS ialah juga satu proses untuk memonitor pertubuhan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid secara keseluruhan berdasarkan objektif kokurikulum baru yang bersepadu dan juga falsafah pendidikan negara sama ada berbentuk formal ataupun tidak formal. Terdapat 2 pelaksanaan PKBS dalam kalangan guru di sekolah, iaitu:

i) PKBS dilaksanakan oleh guru-guru tanpa kawalan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

ii) PKBS yang dilaksanakan berdasarkan arahan-arahan standard daripada Kementerian Pendidikan contohnya PEKA, sains, kerja kursus kemahiran hidup dan sejarah. KPM mengedarkan peraturan melaksana dan pentaksiran termasuk skema pemarkahan.

Alat penilaian dibina dan dikawal oleh guru, ditadbir dan diselaraskan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kaedah yang disarankan oleh PKBS ialah:

Ujian Pencapaianujian ini bagi menguji aspek pengetahuan dan kefahaman bagi mata pelajaran bahasa, matematik dan sains.

Ujian Prestasiujian ini dilakukan untuk menilai kebolehan murid dalam aspek lisan, bacaan, kegiatan amali, Pendidikan jasmani, muzik, kokurikulum dan kemahiran manipulatif.

Ujian Situasi ujian ini pula dijalankan bagi mengenal pasti sikap dan nilai bagi agama Islam dan pendidikan moral melalui situasi tertentu.

Pemerhatianpemerhatian dijalankan bagi mengenal pasti dan mencatat perkembangan murid mengenai ciri-ciri afektif seperti dalam agama Islam, pendidikan moral dan kokurikulum.

Pentaksiran Pentaksiran ialah hasil kerja yang dijalankan bagi menentukan mutu, hasil kerja yang dicapai dalam pendidikan seni dan kemahiran manipulatif.

Penilaian BerpusatPenilaian Berpusat dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu satu peringkat dinilai di peringkat sekolah rendah dan satu peringkat lagi dinilai di sekolah menengah. Ia terdiri daripada UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), PMR (Penilaian Menengah Rendah), SPM/STPM (Penilaian Menengah Atas).

JENIS-JENIS PEPERIKSAAN

Peperiksaan PenggalPeperiksaan penggal merangkumi penilaian berbentuk formatif dan sumatif. Kebanyakannya diadakan dalam bentuk formal pada penghujung penggal. Ia diuruskan oleh AJK Peperiksaan sekolah dan semua soalan akan dibuat mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU), diselia dan diselaraskan bagi setiap kelas adalah mengikut Panitia masing-masing. Menerusi peperiksaan ini prestasi dan pencapaian pelajar dapat ditentukan dalam setiap mata pelajaran yang diambil dan pihak sekolah boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan. Kemudian pihak sekolah boleh merancang strategi dan tindakan susulan yang sesuai bagi mengatasi sebarang kelemahan yang wujud (Tierney Robert J. & Readence John E., 2000)

Peperiksaan PercubaanPeperiksaan percubaan berbentuk formatif dan meliputi semua topik yang telah dipelajari. Melalui peperiksaan ini ramalan dan jangkaan mengenai prestasi dan pencapaian setiap pelajar bagi setiap mata pelajaran dapat dilihat. Justeru itu, keputusan yang dicapai oleh pihak sekolah boleh merencanakan sebarang pengubahsuaian sebelum peperiksaan sebenar bermula. Peperiksaan ini adalah latihan yang menghampiri situasi peperiksaan sebenar (Tierney Robert J. & Readence John E., 2000).

Peperiksaan AkhirPeperiksaan akhir merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir tahun, bertujuan untuk menentukan dan memberi gred. Penilaian ini berbentuk sumatif yang mana skop yang diuji lebih luas, mencakupi semua aspek yang hendak diuji berdasarkan apa-apa yang telah dipelajari. Peperiksaan ini menentukan standard dan menjadi kayu ukur kejayaan sekolah dan pelajar selain membekalkan data-data yang berguna untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Tierney Robert J. & Readence John E., 2000).

Di sini saya ingin memaparkan diantara kebaikan-kebaikan peperiksaan berpusat terhadap pelajar-pelajar, iaitu: 1. Peperiksaan besar berkemungkinan akan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengejar cita-cita dan menjadi orang yang berkelulusan tinggi. Kekadang peperiksaan mampu mengubah seseorang pelajar yang tidak berakhlak dan bodoh kepada pelajar yang dikagumi dan berakhlak tinggi kerana melalui peperiksaan kita akan dapat mempelajari pentingnya ilmu pengetahuan dan sesungguhnya kita akan dapat menilai dan merasakan bahawa usaha kita menghulur tangan kepada sekalian cikgu dan keprihatinan kita yang sentiasa berjaga malam hanya kerana ingin mengulangkaji tidak disia-sia.

2. Peperiksaan boleh mengajar seseorang pelajar bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan. Sebelum kita berjaya melunaskan cita-cita kita tentu saja banyak dugaan yang mendatang seperti ada seorang pelajar bergelar otak cair yang merupakan saingannya. Tentu mereka akan menemui pelbagai kesusahan kerana mempunyai kepandaian yang sama. Peperiksaan akan memberi kita peluang untuk menilai dan meneliti kebolehan dan bakat seseorang pelajar itu.

3. Peperiksaan juga dapat meningkatkan kedudukan pelajar-pelajar yang lemah kerana dengan adanya dorongan dan didikan yang sempurna mereka akan terangsang untuk memulakan kejayaannya melalui peperiksaan dan setelah percubaan pertama dan seterusnya mereka tidak mungkin akan terkecundang di tengah jalan lagi. 4. Peperiksaan juga dikategorikan sebagai satu pengajaran kerana pelajar akan dapat memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan semasa menulis atau membaca.

Keburukannya juga ada banyak seperti: 1. Peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana siang malam, setiap hari dan setiap ketika, hanya satu kerjanya membaca, belajar, membaca, belajar. Oleh itu, ibu bapa dan guru amat diperlukan untuk menolong pelajar tersebut supaya tiada tekanan emosi dalam bidang pembelajaran.

2. Peperiksaan juga boleh merosakkan kebahagiaan seorang pelajar kerana kekadang ibubapa sering tidak ambil endah dan tidak sesekali memberi sokongan moral terhadap anaknya sendiri. Lebih teruk lagi jika pelajar itu tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya yang hanya mahukan kemegahan dan bersombong dengan keputusan yang disandang oleh anaknya.

3. Kesihatan pelajar juga boleh terjejas jika sentiasa meremeh-temehkan waktu menjamu selera kerana hendak mengulangkaji. Bukankah sia-sia jika pelajar itu terlajak tidur kerana tidak cukup tidur ataupun kerana tidak sihat maka tidak hadir ke dewan peperiksaan. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ATAU JSU

Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaansesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujiansecara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancanganyang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yangtinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah denganmenyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan.

JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakanmatrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi ArasKemahiran (melintang).

Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)

Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikanPemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masamengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus danlain-lain.Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU1. Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.2. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.3. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.4. Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.

Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itua. soalan objektif (30 soalan)b. 1 markah bagi 1 itemc. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:= Jumlah masa X Jumlah soalanJumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran itemBiasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan BloomTiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotorDomain Kognitif6. Penilaian Sukar5. Sintesis4. Analisis3. Penggunaan2. Kefahaman1. Pengetahuan Mudah

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei, dan lain-lain.

Langkah V: Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll) Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar) Pemarkahan

Langkah VI Nyatakan mata pelajaran Nyatakan tingkatan Susunan nombor soalan mengikut tajukRumusanDalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan denganujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti katasebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, datayang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuanpemilihan, pengkelasan atau bimbingan.

PENUTUPKesimpulannya, seseorang guru merupakan orang yang berperanan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru yang menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan seterusnya melaksanakan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian ini, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu pelajar secara menyeluruh agar menepati dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan walaupun dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dan ketua keluarga. Tugasan ini banyak memberikan saya input-input baru yang sangat berguna untuk saya praktikkan di sekolah nanti. Tugasan ini juga menjadikan saya lebih memahami apa itu pengujian, pengukuran dan juga penilaian.Banyak ilmu baru yang saya perolehi setelah menyelesaikan tugasan ini. Ia memberikan saya satu dimensi baru dan menjadikan saya seorang yang teliti atas sesuatu tugasan yang diberikan. Ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan dan akan saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain di tempat kerja. Selain itu, saya telah memperolehi satu pengalaman baru yang mana sikap bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu tugasan yang diberikan merupakan faktor kejayaan seseorang. Pengalaman dalam menjayakan tugasan ini cukup berharga buat saya. Saya berharap agar ilmu yang saya dapat ini akan terus berada dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi. Antara masalah yang paling ketara ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melaksanakan penyelidikan dan mengumpulkan maklumat. Walaubagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan baik dengan mengurus masa yang betul dan sistematik. Selain itu, kurangnya pengalaman dan ilmu yang cetek juga menyebabkan saya terpaksa menyelidik dan membuat kajian dengan bersungguh-sungguh agar tugasan ini dapat menepati apa yang dikehendaki.

Rujukan

Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus sekolah. Pahang: PTS Profesional.

Atkin, JM, Hitam, P., & Coffey, J. (2001)penilaian. Kelas dan piawaian sains negara.Washington, DC: National Academies Press.

Chappuis, S. (2005).Adakah penilaian formatif kehilangan maknanya?Minggu Pendidikan, 24(44), 38.

Dettmer Peggy A. & Hanna, Gerald S. (2004). Assessment for effective teaching: using context-adaptive planning / Gerald S. Hanna,. Boston: Pearson A and B.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Martell, K, & Calderon, T. (2005). Assessment of students learning in bisness schools: What it is, where we are, and where we need to go next. Vol 1. No. 1 pp 1-22. Tallahasee, Florida: Association for Institutional research.

Morgan, C. & Watson, A. (2002). The interpretative nature of teachers assessment of students Mathematics: Issues for equity. Journal for research in Mathematics Educations, 33(2), 78-110.

Salvia J. & Yseldyke, J. (1978). Assessment in Special and remedial education. Boston: Houghton Mifflin.

Stiggins, R., Arter, J., Chappuis, J., & Chappuis, S. (2006).Penilaian Kelas bagi pelajar pembelajaran: Melakukan dengan betul-menggunakan dengan baik.Portland, atau: Perkhidmatan Ujian Pendidikan.

Tabatha Rayment (2011). 101 Senarai penting tentang pentaksiran. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

1