pendidikan sivik dan kewargaan permainan tradisional antara kaum

39
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGAAN NAMA AHLI: PUGANESWARA (K),SUKDESH SINGH HARRVEEN KUMAR,THANENGENRAO SUVENDRAN KELAS: 3TANJUNG TAJUK: PERMAINAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM NAMA GURU: PN.ROHAYATI

Upload: harrveenkumar

Post on 16-Feb-2015

155 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGAAN

NAMA AHLI: PUGANESWARA (K),SUKDESH SINGH

HARRVEEN KUMAR,THANENGENRAO

SUVENDRAN

KELAS: 3TANJUNG

TAJUK: PERMAINAN TRADISIONAL PELBAGAI

KAUM

NAMA GURU: PN.ROHAYATI

PENGENALAN

Page 2: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

PENGHARGAAN

Page 3: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan, Bukit Mewah Encik, Cheah Lef Ngan yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru mata pelajaran Sivik saya iaitu Puan Rohayati kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kerja Kursus Sivik ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kelas 3 Tanjung yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.

OBJEKTIF PROJEKa) Mengumpulkan maklumat tentang permainan tradisional masyarakat.

b) Membukukan permainan-permainan tradisional supaya tidak pupus

ditelan zaman

Page 4: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

c) Mendedahkan generasi muda pada kekayaan warisan budaya

masyarakat tempatan.

KAEDAH PENGUMPULAN

a) Jalankan temu bual dengan penduduk tempatan.Maklumat – maklumat yang dirakamkan itu perlu ditaip dengan kemas

b) Bahan-bahan yang sudah bertaip diserahkan kepada ahli kumpulan

yang bertanggungjawab untuk menyunting,menyusun dan menjilid.

PELAKSANAAN PROJEK

a) Mencari sumber rujukan. Pendudukan yang lebih dewasa dirujuk kerana mereka lebih dewasa dirujuk kerana mereka lebih mengetahui tentang warisan permainan tradisional.

b) Memohon kerjasama dan kebenaran untuk mendapat sumber rujukan dalam aktiviti temu bual.

Page 5: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

c) Menetapkan tarikh dan masa temu bual.

d) Memastikan peralatan yang digunakan dalam aktiviti temu bual berfungsi dalam keadaan yang baik.

e) Melaksanakan aktiviti temu bual dan membuat rakaman.

f) Menaip maklumat tentang permainan tradisional yang dikumpulkan itu untuk dijadikan manuskrip.

g) Membuat semakan dan suntingan.

REFLEKSI

Kejayaan projek

a. Projek ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Page 6: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

b. Wujud hubungan yang positif antara ahli kumpulan dengan masayarakat tempatan terutama yang lebih dewasa.

c. Keyakinan diri ahli kumpulan bertambah kukuh.

Masalah Projek

a) Sukar mendapatkan orang yang mengetahui tentang permainan tradisional.

b) Proses menyediakan manuskrip berdasarkan maklumat dan rakaman permainan tradisional mengambil masa yang lama.

Page 7: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

c) Kebanyakan maklumat permainan tradisional yang dikumpulkan sudah dibukukan sebelum ini.

d) Generasi muda pada zaman ini kurang berminat dalam permainan tradisional.

Cara Mengatasi Masalah

a)Menemu bual lebih banyak sumber dan memilih bahan

yang baik

b)Menaip manuskrip secara bekerjasama yang melibatkan

semua ahli kumpulan.

Projek Khidmat Masyarakat

Page 8: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Tajuk Projek Projek Mengumpulkan Maklumat Tentang Permainan

Tradisional

Matlamat Projek

a)Membolehkan generasi muda mengetahui lebih dalam

tentang permainan tradisional.

b)Menggerakkan inisiatif remaja untuk bekerja secara

berkumpulan dan bertanggungjawab antara satu sama yang

lain.

LAMPIRAN

INTERNET

http://images.google.com.my/images

http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm

Page 9: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing

BUKU RUJUKAN

BUKU ILMIAH

ORANG SUMBER

MAJALAH

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu

Page 10: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek

Page 11: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Pembahagian Tugas

NAMA TUGASANPUGANESWARA(K) MENGUMPULKAN PERMAINAN

TRADISIONAL ORANG INDIAHARRVEEN KUMAR MENGUMPULKAN PERMAINAN

TRADISIONAL ORANG MELAYUSUVENDRAN MENGUMPULKAN PERMAINAN

TRADISIONAL ORANG CINATHANENGEYRAO MENYUSUN DAN MENJILID

SUKDESH SINGH MEMBERI IDEA-IDEA

Page 12: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

PERMAINAN WAU

Teraju tiga sememangnya sinonim dengam wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung.Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana.Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima

belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angina dan langit.Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicpta.Wau burung, wau pari, wau kotak,wau bayan,wau merak, wau kucing,wau jala budi,wau lenggang kebayan,wau sewah,wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu iaitu wau bulan.Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya

Page 13: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni.Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

MEMBUAT WAU

1) Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

2) Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna.

3) Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

4) Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya.

Page 14: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

5) Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah.

6) Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau.

CARA BERMAIN

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Page 15: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

SEPAK BULU AYAMSepak Bulu Ayam merupakan sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sebuyam atau chapteh.

Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan secara berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin. Ini biasanya dikenali sebagai menimang. Menimang juga boleh dimainkan lebih daripada satu orang, dan pemain bergilir menimang bulu ayam, sementara pemain lain mengira berapa kali sepakan dibuat.

Page 16: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Membuat Bola

Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.

Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Page 17: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

PERMAINAN SEPAK RAGA

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.

Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan.

PERMAINAN GULI

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur

Page 18: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

GELANGGANG

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

CARA BERMAIN

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Page 19: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

GALAH PANJANG

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain

Page 20: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

CARA BERMAIN

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.

Page 21: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

ACI SOROKSorok-sorok atau juga dikenali sebagai aci sorok ialah sejenis permainan kanak-kanak yang turut dimainkan di Malaysia. Permainan ini dimainkan dengan sebilangan pemain menyembunyikan diri mereka dalam had kawasan tertentu dan dicari

Page 22: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

oleh seorang atau lebih pencari. Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan ia amat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. Lazimnya siapa yang dapat menyorok paling lama dianggap pemenang.

UNDIANSebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari.Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain.

KONDA-KONDI

Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakatIndia, ia dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang.

Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. Kayu diletak di tengah lubang secara melintang. Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan.

Page 23: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

CARA BERMAINSediakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran ½ kaki dan satu kayu panjang berukuran 1 kaki. Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya. Undian di buat bagi menentukan kumpulan mana yang main dahulu. Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat. Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dengan mengunakan kayu panjang. Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. Apabla pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang bermain dikira mati. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat. Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1. Mata yang dikumpulkan oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu. 

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM

CINA

Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.

Page 24: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.

Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari sama ada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.

CARA BERMAIN

Permainan mahjong dimainkan oleh empat pemain di meja persegi mengambil posisi timur, selatan, barat, utara. Para pemain pergi melalui ritual menggunakan 144 mahjong genteng s untuk tumpukan sisi "dinding" dua ubin tinggi di depan masing-masing pemain. Permainan dimulai dengan setiap pemain memiliki tiga belas diambil dari ubin dinding ubin. Pemain duduk di kursi sebelah timur dimulai dengan "tombol" dan menarik ubin lain dari dinding. Hal ini membuat jumlah ubin di tangannya empat belas. Tujuan permainan ini adalah untuk memiliki tangan pemenang yang terdiri dari 4 set dari tiga ubin dan sepasang ubin dari jenis yang sama. Para 4 set bisa menjadi kombinasi tiga dari jenis atau serangkaian tiga dalam setelan yang sama. Dengan kata lain tangan pemenang dapat digambarkan sebagai demikian: 4 x 3 + 2 = 14.

Pemain yang menarik ubin dapat memutuskan untuk tetap tapi harus mengorbankan ubin lain di tangannya untuk membuang dalam "halaman" menghadap ke atas di atas meja. Atau, pemain bisa ditarik ubin menang dan menang langsung. Ingat bahwa seorang pemain harus memiliki tiga belas ubin di tangannya tapi menang dengan empat belas.

Page 25: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur)

daripada bertemu dalam garisan yang sama, ser ta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur. Xiangqi mempunyai sebuah sejarah yang panjang. Walaupun asal-usulnya tidak jelas, namun permainan ini didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-4 Sebelum Masihi di China.Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Page 26: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pema in akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.

Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Pada zaman moden, ia digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai alat persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina.Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna.Yo-yo barat ia mengekalkan gerakan berputar melalui kesan berputar berdasarkan pemuliharaan momentum sudut.

Page 27: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

CARA BERMAIN

Yo-yo Cina juga dikenali sebagai Diabolo memerlukan pemainnya memegang stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali nilon mengikut cara yang dihendaki. Pemain perlu mengimbangi yo-yo daripada terjatuh dan memutarkan diabolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal akan memilih diabolo berat untuk melakukan pelbagai aksi. Diabolo mudah dipelajari tetapi mengambil masa panjang untuk menjadi mahir.

PEMBUATAN YO-YO CINA

Pembuatan Yo-yo Cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.Bagaimanapun, yo-yo cina sekarang diperbuat daripada plastik untuk menambah daya tahan.Manakalatongkat masih menggunakan kayu keras sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat yang diperbuat daripada aluminium Lucite, karbon, logam dan Fibreglass.

Page 28: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Fibreglass bersifat ringan dan kuat. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengah yo-yo cina mempunyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yo-yo cina membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga di mainkan oleh tentera British untuk tujuan

hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang.

Page 29: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum

Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuat aan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern

ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga

.

Page 30: Pendidikan Sivik Dan Kewargaan permainan tradisional antara kaum